Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI


Tindakan Najib buktikan tuduhan ke atasnya benar, kata Dr Mahathir TMI -

Posted: 17 Aug 2015 11:15 PM PDT


Orang tua ni buatkan Najib lagi bengang!
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dengan pelbagai usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghalang siasatan ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ia memperlihatkan segala tuduhan ke atas presiden Umno itu mempunyai asas.

Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan Datuk Seri Najib Razak, beliau mungkin boleh membeli pilihan raya tetapi perdana menteri itu tidak boleh melakukan demikian untuk mengekalkan popularitinya.

Bekas perdana menteri itu berkata, dengan pelbagai usaha Najib menghalang siasatan ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ia memperlihatkan segala tuduhan ke atas presiden Umno itu mempunyai asas.

"Dengan tindakan itu, Najib secara berkesan menghentikan siasatan kehilangan berbilion ringgit yang dilaburkan dalam 1MDB dan kemunculan RM2.6 bilion ke dalam akaun Najib.

"Sekarang, tiada tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Najib kerana tuduhan itu tidak boleh dibuktikan.

 Tetapi, tindakannya membuktikan wujud kebenaran dalam tuduhan yang dibuat terhadapnya. "Maka pandangan awam kekal kuat mahu Najib meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Oleh demikian terdapat cakap-cakap mengenai usul undi tidak percaya terhadapnya di Parlimen," katanya melalui blog popularnya chedet.cc petang ini. Dr Mahathir berkata apa yang berlaku kepada Malaysia tidak pernah berlaku sebelum ini yang menyaksikan keluhuran undang-undang tercemar dan rakyat tidak berkuasa mengembalikannya semula.

Katanya, di negara lain keganasan digunakan untuk menumbangkan presiden yang tidak popular namun ia tidak sesuai dilakukan di Malaysia.

"Jadi kaedah atau institusi kerajaan dijangka untuk menyiasat dan mengenal pasti sama ada tuduhan terhadap perdana menteri benar atau sebaliknya.

"Institusi yang biasanya dijangka menjalankan tugas ini ialah polis. Institusi lain dengan kapasiti untuk menyiasat juga dijangka terlibat.

"Mereka bagaimanapun terhad kepada penyiasatan dan penyediaan laporan. Mereka tiada kuasa mendakwa. Untuk ini, peguam negara mesti memutuskan prosiding guaman," katanya.

Mengulas mengenai pengunduran Najib melalui undi tidak percaya, Dr Mahathir berkata ia memerlukan majoriti mudah namun ia tidak dapat dilakukan kerana hampir kesemua ahli Parlimen Umno terhutang budi kepada Najib.

Katanya, usaha menggunakan undi tidak percaya tidak akan berhasil kerana ahli Parlimen pembangkang tidak mencukupi selain pelbagai permasalahan semasa yang melanda negara.

"Dengan kejatuhan perdana menteri, seluruh kerajaan akan jatuh. "Kerajaan kekurangan dana. Ia perlu memotong peruntukan kepada semua kementerian.

Pengenalan GST menyebabkan peningkatan kos sara diri menyebabkan penyusutan nilai ringgit." – 17 Ogos, 2015.

Posted by mountdweller

Tulisan Terkini Tun Mahathir Tentang Isu Terkini Yang Menimpa Malaysia

Posted: 17 Aug 2015 10:30 PM PDT





Terjemahan Bahasa Melayu artikel terbaharu Tun Dr Mahathir dari chedet.cc, 17 Ogos 2015]

MALAYSIA 2

1) Apa yang berlaku di Malaysia pada hari ini tidak pernah berlaku sebelumnya. Kedaulatan undang-undang telah diperkotak katik sehingga rakyat seolah-olah tidak berkuasa untuk menegakkannya semula.

2) Ini kerana pemimpin yang diamanahkan untuk menegakkan undang-undang telah menjadi subjek kepada proses perundangan. Beliau telah didakwa sebagai orang yang melanggar undang-undang. Oleh kerana tiada sesiapa pun yang mengatasi undang-undang, seharusnya beliau perlu disiasat bagi menentukan sama ada benar beliau telah melanggar undang-undang atau sebaliknya.

3) Walaupun ini tidak pernah berlaku di Malaysia, perkara ini telah berlaku di kebanyakan negara, termasuk di negara Barat yg maju.

4) Mengimbas kembali kes Presiden Nixon dari Amerika Syarikat. Beliau telah mempergunakan pegawai kerajaan untuk mengintip pesaing politiknya. Ini telah dianggap sebagai salah guna kuasa di Amerika Syarikat.

5) Disebabkan itu beliau telah dicabar dan terpaksa meletakkan jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat. Naib Presiden mengambil alih dan pilihanraya diadakan. Naib Presiden memenangi jawatan tersebut. Masalah selesai.

6) Di negara lain, cara lebih ganas telah digunakan bagi menggulingkan seorang Presiden yang tidak popular, sama ada dipilih atau dikuasi tentera atau kumpulan politik berpengaruh.

7) Sekarang ini di Malaysia menolak cara ganas. Jadi, badan kerajaan dijangka akan melakukan penyiasatan dan mengenalpasti sama ada tuduhan terhadap PM benar atau tidak.

8) Institusi yang biasanya terlibat dengan hal seperti ini ialah pihak Polis. Institusi lain yang mempunyai kapasiti untuk menyiasat hal ini juga dijangka akan turut serta. Bagi kes yang melibatkan wang, Bank Negara dijangka akan melakukan penyiasatan dan laporan.

9) Kemudian suatu badan khas diwujudkan untuk mengawasi bagaimana wang Kerajaan diuruskan. Kesemua ini ialah Ketua Audit Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Sebagai tambahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dilibatkan.

10) Bagaimanapun mereka ini terhad kepada penyiasatan dan penyediaan laporan. Mereka tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa. Oleh itu, Peguam Negara perlu membuat keputusan dan mengambil tindakan undang-undang. Jika Peguam Negara memutuskan tiada kes yang perlu diselesaikan, perlakuan jenayah terang-terangan sekalipun tidak akan dibicarakan di mahkamah.

11) Satu-satunya proses lain untuk memecat PM adalah melalui undi tidak percaya di Parlimen. Ini memerlukan majoriti mudah. Dengan kejatuhan PM, seluruh Kerajaan akan jatuh. Tetapi dengan keputusan majoriti di Parlimen, kerajaan baharu boleh ditubuhkan. Boleh jadi dari parti yang sama atau parti yang berbeza-beza. Sebagai alternatif pilihanraya boleh diadakan.

12) Inilah saluran undang-undang yang termaktub di dalam Perlembagaan dan Undang-Undang Malaysia.

13) Disebabkan tuduhan serius terhadap pemimpin tertinggi kerajaan, suatu petugas khas yang terdiri daripada Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Gabenor Bank Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM telah dlantik dan ditubuhkan bagi mengumpul semua bukti yang relevan untuk Peguam Negara membuat keputusan terhadap tindakan yang akan diambil.

14) Kesemua agensi ini sedang berada pada pertengahan proses penyiasatan sehinggalah PM campur tangan. Pertama beliau memecat Peguam Negara dan melantik seorang lelaki untuk mengisi jawatan itu. Kemudian beliau membubarkan PAC dengan melantik Pengerusi dan tiga orang ahli PAC yang lain sebagai Timbalan Menteri dan jawatan lain. Pegawai SPRM yang berterusan menyiasat kes ini telah diganggu oleh pihak polis dan menuduh mereka membocorkan rahsia. Kedua-duanya dipindahkan ke JPM.

15) Khabar angin telah bertiup kencang dengan mengatakan bahawa Gabenor Bank Negara sedang disiasat kerana tuduhan rasuah. Walaupun beliau masih kekal sebagai Gabenor, kakitangan Bank Negara telah diganggu dan dituduh membocorkan maklumat kepada wartawan.

16) The Edge, akhbar yang telah mendedahkan skandal 1MDB ditutup. Akhbar The Malaysia Reserve disuruh untuk menjualnya semula kepada pemilik sebelumnya.

17) Najib juga telah memecat Timbalan Perdana Menteri dan salah satu daripada Menteri yang begitu lantang mempersoalkan rekod kewangan 1MDB dan wang RM 2.6 bilion di dalam akaun peribadi Najib.

18) Melalui tindakan ini, Najib telah berjaya menghentikan siasatan berhubung kehilangan berbilion Ringgit yang dilaburkan 1MDB dan kemunculan RM 2.6 bilion di dalam akaunnya. Kini tiada tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Najib kerana dakwaan tidak dapat dibuktikan. Tetapi tindakan beliau sedemikian telah membuktikan bahawa terdapat perkaitan dalam dakwaan terhadap beliau.

19) Bagaimanapun, pendapat umum masih tetap mahukan Najib meletakkan jawatan sebagai PM. Dari itu timbul pula cakap-cakap tentang undi tidak percaya terhadap beliau di Parlimen.

20) Keadaan ini amat sukar kerana hampir semua ahli UMNO seolah-olah terhutang budi kepada beliau. Dan pihak pembangkang tidak mempunyai jumlah ahli yang cukup untuk meluluskan usul tersebut.

21) Semua ini menemui jalan buntu. Tetapi ekonomi telah bertindak balas dengan cara sendiri. Ringgit menyusut kepada nilai RM3.80 berbanding USD. Kini di paras 4 Ringgit lebih dan dijangka jatuh lagi. Kesannya menjadikan negara miskin. Membayar hutang 1MDB dalam matawang USD menaikkan lagi kos. 1MDB tidak mampu walau untuk membayar hutangnya sendiri.

22) Pasaran saham kian jatuh. Para pelabur, terutamanya pelabur asing mengambil keluar wang mereka ke tempat yang lebih selamat di luar negara.

23) Kerajaan kekurangan dana. Kerajaan perlu memotong peruntukan bajet di semua kementerian. Pengenalan GST hanya menyebabkan kos sara hidup meningkat dan menjadikan nilai Ringgit semakin kritikal.

24) Najib mungkin boleh membeli jalan kemenangannya melalui pilihanraya akan datang tetapi dia tidak mampu memperoleh dana bagi membeli dan mengekalkan popularitinya. 
 
Kerajaan yang dipimpin beliau tidak mampu meminjam. Ekonomi negara akan runtuh. Rakyat akan menderita. Inilah gambaran suram yang menipu rakyat kerana Najib pada dasarnya telah mengkhianati amanah Kerajaan.

http://chedet.cc/?p=1831v



Mahathir: Alamat buruk buat Malaysia jika Najib kekal sebagai PM

Posted: 17 Aug 2015 09:45 PM PDT

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rakyat Malaysia perlu menghadapi keadaan lebih buruk apabila ekonomi negara jatuh teruk jika Datuk Seri Najib Razak kekal sebagai perdana menteri. 
Reaksi ekonomi pada masa ini sudahpun menunjukkan kejatuhan ketara namun ia akan lebih merosot jika Najib terus kekal, kata Dr Mahathir dalam tulisan di blog chedet.cc.

"Najib mungkin boleh membayar wang untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang tetapi dia tidak akan boleh mendapatkan dana untuk menampung pembelian popularitinya.


"Kerajaan yang dipimpinnya tidak akan dapat meminjam wang. Ekonomi negara akan jatuh. Inilah alamat buruk yang menanti rakyat Malaysia kerana Najib sudah mencuri kerajaan," kata Mahathir.

Dr Mahathir berkata ekonomi memberi tindak balas terhadap krisis politik yang berlaku apabila kadar ringgit mencatatnya kejatuhan.

Menurutnya, kadar sebelum ini pada RM3.80 bagi AS$1 tetapi kini mencecah lebih RM4 dan dilihat terus menjunam pada masa akan datang.

"Kesannya ia menjadikan negara miskin. Membayar hutang oleh 1MDB dalam Dolar Amerika akan lebih mahal. Dan 1MDB tidak mampu walaupun untuk perkhidmatan hutangnya," katanya.

Dr Mahathir berkata, pasaran saham semua akan runtuh apabila para pelabur, terutamanya dari luar memindahkan dana mereka ke tempat yang lebih selamat.

Selain itu, beliau berkata Putrajaya kini kekurangan wang dan telah mengurangkan peruntukan bajet bagi banyak kementerian.

"Pengenalan GST hanya menyebabkan peningkatan kos sara hidup membuatkan kejatuhan nilai ringgit lebih teruk," kata Mahathir, yang pernah menjadi menteri kewangan.

Rahman seolah sahkan wujud draf pertuduhan ke atas Najib FMT Reporters

Posted: 17 Aug 2015 09:00 PM PDT


RAHMAN-DAHLAN_najib_600

Kenyataan Rahman Dalam menerusi temubual dengan akhbar The Star menimbulkan lebih banyak persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan.

PETALING JAYA: Kenyataan Pengarah Komunikasi Strategi Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan dilihat seakan-akan mengesahkan kewujudan draf kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Menteri Kesejahteraan Bandar, 

Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menerusi wawancara yang dilapor sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada Ahad mengakui akan kertas pertuduhan itu.

Katanya, Rahman mengaku Perdana Menteri terpaksa mengambil langkah demi menghentikan tindakan jenayah dikenakan ke atas beliau.

"Pendedahan oleh Menteri ini bukan sahaja membuktikan bahawa ada kebenaran juga di dalam kisah itu, walaupun mula-mulanya dinafikan tetapi ia juga menunjukkan penyalahgunaan kuasa sekali lagi oleh Perdana Menteri semata-mata untuk kekal di atas.

"Rahman Dahlan dengan penuh lagak memberi alasan bahawa Perdana Menteri wajar berbuat begitu demi menghentikan satu tindakan jenayah dikenakan ke atas beliau. 

Adakah kita perlu percaya bahawa Perdana Menteri boleh lakukan ikut suka beliau, sedangkan sebarang tindakan hanya akan diambil oleh pihak pendakwaan yang berkuasa?" soalnya.

Nik Nazmi berkata, sekiranya benar sekalipun Perdana Menteri mungkin dikenakan tindakan undang-undang melalui jalan yang sah iaitu tindakan mahkamah, kenapa Perdana Menteri boleh menghentikannya sesuka hati hanya kerana beliau tidak berkenan?

Katanya, jika Peguam Negara tidak mempunyai bukti yang kukuh, buktikanlah perkara itu di mahkamah.

"Tindak-tanduk Najib yang bermatlamat menjaga kesejahteraan politik beliau kini membawa kesan-kesan yang buruk kepada negara terutamanya dengan kemusnahan institusi-institusi awam termasuklah Jabatan Peguam Negara, SPRM, BNM dan juga Polis negara, yang mana kesemuanya telah dikompromi demi politik.

"Perlu saya ingatkan di sini bahawa sehingga kini tidak satu bukti pun dikeluarkan oleh Rahman Dahlan dan kerajaan BN, bahawa terdapat dokumen yang telah diubah berkenaan 1MDB atau bukti bahawa terdapat percubaan untuk menggulingkan kerajaan.

"Kita juga perlu ingat bahawa sebarang pendedahan jenayah berkenaan Perdana Menteri tidak patut disamakan dengan serangan ke atas kerajaan mahupun negara.

Sehubungan itu, beliau menyarankan kepada orang ramai yang tidak berpuas hati terhadap penyalahgunaan kuasa yang melampau agar menunjukkan sokongan terhadap Bersih 4.0 yang akan diadakan hujung bulan ini.

Himpunan tersebut kata Nik Nazmi, sedang menumpukan usaha untuk memperkasakan demokrasi negara dan institusi-institusi awam, serta memanggil undi tidak percaya kepada Perdana Menteri secara terus daripada rakyat Malaysia.

Tiga soalan untuk Shahrir Samad Faiz Zainudin

Posted: 17 Aug 2015 08:30 PM PDT


shahrir-samad_1mdb_600

Beliau didakwa gagal menjawab tuduhan telah menerima sumbangan RM1 juta dari akaun peribadi Perdana Menteri.

PETALING JAYA: Integriti Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad sebagai pemimpin berprinsip boleh dipersoalkan kerana gagal menafikan telah menerima RM1 juta daripada akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengarah Strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir berkata, Shahrir gagal menafikan pendedahan yang dibuat Sarawak Report itu.

"Integriti beliau yang sebelum ini dianggap sebagai seorang berprinsip sehinggakan suara beliau yang kadang kala tidak selari dengan UMNO kini amat diragui.

"Mungkin tidak hairanlah sejak skandal 1MDB diketahui umum, kenyataan demi kenyataan oleh Tan Sri Shahrir begitu cenderung atau bersungguh-sungguh mempertahankan Najib," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya, Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Baharu perlu menjawab tiga persoalan susulan kegagalan beliau menyangkal pendedahan yang dibuat Sarawak Report.

1.Adakah Tan Sri tidak terasa terhutang budi kepada Dato' Seri Najib kerana derma yang dinyatakan itu datang dari akaun peribadi Dato' Seri Najib? Apakah permintaan atau syarat yang ditetapkan oleh Dato' Seri Najib bagi membolehkan Tan Sri menerima sumbangan RM 1 juta ini?.

2. Jika Tan Sri menganggap sumbangan peribadi Dato' Seri Najib adalah sesuatu yang normal, bolehkah Tan Sri memberi jaminan bahawa Tan Sri mampu meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan peribadi Dato' Seri Najib Razak?," soalnya.

3.Adakah derma yang diterima Tan Sri sebanyak RM1 juta telah dibayar cukai?

Akmal berkata, jika benar beliau menerima sumbangan tersebut daripada Perdana Menteri, ia jelas mengecewakan rakyat Johor terutamanya rakyat kawasan Johor Baharu yang mengundinya.

"Saya pasti rakyat khususnya rakyat Johor Bahru amat kecewa. Maka hilanglah satu suara yang sebelum ini lantang membangkitkan isu-isu rakyat dan kini hanya menjadi suara 'yes-man'," katanya.

Wahai Najib, bangsa Melayu bukan bangsa bangsat

Posted: 17 Aug 2015 08:00 PM PDT


zairilOrang Melayu bukan bangsat tanpa UMNO tetapi UMNO yang bangsat kerana mengkhianati orang Melayu dan negara Malaysia sejak sekian lama ini.
 

 
Oleh Zairil Khir Johari

Saya merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gerik di Dewan Serbaguna Gerik pada 16 Ogos 2016, sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini:

"Tiada Umno berkuasa terbangsatlah bangsa Melayu di bumi ini. Saya sebagai presiden akan lakukan supaya Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi bertuah ini."

Sebelum membuat kenyataan yang begitu bebal, Najib seharusnya cermin diri dahulu. Apakah bukan Najib sendiri yang memalukan bangsa dan negara dengan menjadikan Malaysia sebagai bahan jenaka antarabangsa gara-gara skandal 1MDB dan sumbangan "derma" RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya sendiri?

Najib menghina sejarah ketamadunan Melayu

Pun begitu, kenyataan Najib juga sekaligus menidakkan kemuliaan bangsa Melayu Nusantara yang sudah lama bertamadun. Tidakkah beliau sedar bahawa UMNO yang lahir pada tahun 1946 hanya berusia kurang daripada 70 tahun, sedangkan tamadun Melayu di rantau ini telah wujud sejak ratusan, kalaupun bukan ribuan tahun? Apakah selama-lama ini Melayu menjadi bangsa bangsat kerana tidak ada UMNO?

Apakah segala ketamadunan termasuk seni bina bangunan, teknologi pelayaran, kesusasteraan, kebudayaan dan sebagainya yang dibina berkurun lama sebelum lahirnya UMNO ini dilakukan oleh satu bangsa yang bangsat?

Bagaimana pula dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dan rakyat Melayu di Sarawak, apabila mereka lantang menolak kehadiran UMNO di negeri itu? Adakah mereka juga Melayu bangsat?

Umno yang sebenarnya merugikan Melayu

Walaupun banyak mana sumbangan dan jasa UMNO pada suatu ketika dahulu, ia tidak dapat dibandingkan dengan kerosakan yang mereka telah timpakan kepada orang Melayu, khususnya sejak dua, tiga dekad yang lalu. 

UMNO yang ditubuhkan sebagai gerakan massa yang berjuang untuk kemerdekaan kini sudah menjadi parti yang sinonim dengan rasuah dan kronisme.

Sudah pasti, rakyat Malaysia tidak akan melupakan bagaimana UMNO, atas nama kepentingan Melayu, telah menyebabkan kerugian berpuluh bilion ringgit melalui penyelewengan dan pengkhianatan seperti yang berlaku dalam skandal Bank Bumiputera pada awal tahun 1980an, skandal Forex Bank Negara pada awal tahun 1990an, sehingga ke skandal terbesar dalam sejarah Malaysia, iaitu syarikat 1MDB yang sudah melenyapkan puluhan bilion ringgit.

Malah, apa-apa jasa UMNO yang tinggal jugalah yang kini sedang dimusnahkan oleh kepimpinan Najib. 

Misalnya, Felda yang digerakkan oleh ayahandanya sendiri, Tun Abdul Razak, sebagai insiatif reformasi tanah yang berjaya menempatkan semula ratusan ribu orang Melayu luar bandar akhirnya kini goyah apabila harga saham Felda Global Ventures yang digembar-gemburkan sebagai penyenaraian kedua terbesar dunia selepas Facebook sudah merudum ke tahap RM1.52 berbanding harga penyenaraiannya, iaitu RM4.55. Ini bersamaan dengan kemerosotan sebanyak 67 peratus.

Demikian juga dengan Lembaga Tabung Haji yang ditubuhkan untuk memudahcarakan pengurusan ibadah Haji orang Islam di negara ini. Kini, dana pelaburan pak cik dan opah kita untuk naik haji pun tidak selamat di tangan Najib apabila secara senyap-senyap digunakan untuk membantu menyelamatkan 1MDB.

Begitu juga dengan dakwaan media antarabangsa baru-baru ini terhadap penyelewengan dalam pembelian aset oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di luar negara. Siapakah lagi yang bertanggungjawab, jika bukan UMNO yang secara langsung mengawal pengurusan tertinggi MARA dengan enam daripada 11 orang Ahli Majlis MARA?

Jelas, retorik UMNO untuk membela orang Melayu hanya omong-omong kosong, apabila merekalah sebenarnya yang merugikan bangsa dan negara.

Siapakah sebenarnya yang bangsat?

Najib seharusnya berdepan dengan hakikat bahawa kerajaan beliau telah gagal dalam tadbir urus negara kita, dengan nilai matawang ringgi yang kian menjunam dan krisis politik yang sedang melanda UMNO ekoran pemecatan beberapa orang menteri kanan termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Timbalan Presiden UMNO.

Pada masa sama, birokrat Melayu yang selama ini terhormat dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka juga kini menjadi mangsa kuasa kuku besi Eksekutif, apabila pegawai-pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diugut dan digertak melalui siasatan dan pemindahan hanya kerana mereka menyiasat dan membongkarkan penyelewengan 1MDB dan "pendermaan" luar biasa sebanyak RM2.6 billion ke dalam akaun peribadi Najib.

Justeru, saya amat pasti orang Melayu bukan bangsat tanpa UMNO, tetapi sebenarnya UMNO yang bangsat kerana mengkhianati orang Melayu dan negara Malaysia sejak sekian lama ini.

Zairil Khir Johari adalah Ahli Parlimen Bukit Bendera dan Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP.

Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. 
 
Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT

“Kami tidak terlibat komplot gulingkan kerajaan’ FMT Reporters

Posted: 17 Aug 2015 07:30 PM PDT


bung,-rahim

Bung Mokhtar dan Rahim Bakri terkejut nama mereka dikaitkan antara Ahli Parlimen yang terlibat dalam gerakan menggulingkan kerajaan.

PETALING JAYA: Dua Ahli Parlimen dari Sabah menafikan dakwaan mereka terlibat dalam komplot untuk menggulingkan kerajaan.

Ahli Parlimen Kudat, Datuk Abdul Rahim Bakri dan Ahli Parlimen, Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden menyifatkan dakwaan itu sebagai berniat jahat.

"Laporan itu adalah tidak bermoral, fitnah, serkap jarang dan bertujuan mencemarkan imej ahli-ahli Parlimen khususnya (dari) UMNO dan Barisan Nasional (BN)," kata Rahim.

Katanya, dakwaan itu tidak logik kerana sejak dua minggu lalu, beliau berada di kawasan Parlimennya menjalankan program Bersama Rakyat selain mengurus hal ehwal keluarga.

"Sebagai pemimpin yang telah bergiat lama dalam UMNO iaitu sejak 24 tahun lalu dan memegang pelbagai jawatan parti dan kerajaan, saya amat bersyukur dan sangat berpuas hati dengan pencapaian itu.

"Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, saya amat berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memberikan peluang kepada saya (berkhidmat) dalam tiga kementerian penting iaitu Kementerian Luar, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pertahanan.

"Adalah tidak logik dan tidak berperikemanusiaan tuduhan dibuat sebegitu," katanya.

Bung Mokhtar pula kesal dengan tuduhan yang mengaitkan beliau antara pemimpin UMNO yang didakwa terbabit dalam gerakan untuk menggulingkan kerajaan.

"Pada saya tuduhan sebegini kepada saya amat berat dan sungguh dikesali. Saya tidak pernah menjadi pengkhianat atau pembelot kepada parti yang saya perjuangkan," katanya.

Menurutnya, kalau ada usaha daripada mana-mana pihak mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat, beliau adalah orang pertama yang menentangnya.

"Kerana pada saya kerajaan ini dipilih oleh rakyat. Kalau mahu dijatuhkan pun biarlah melalui pilihan raya umum dan bukan di jalan raya atau mana-mana cara yang tidak bermaruah," katanya, lapor Bernama.

Sehubungan itu, Bung Moktar mahu pihak tidak bertanggungjawab menghentikan penggunaan namanya dalam perkara yang beliau sendiri tidak tahu.

Selangor sedia kaji semula skim air percuma - MB Azmin Ali - Mohamad Fadli

Posted: 17 Aug 2015 07:00 PM PDT


Azmin-Ali,-water-tariffs,-Selangor

Ini berikutan terdapat rakyat menggunakan air percuma itu bagi tujuan lain seperti berkebun dan kolam renang. 

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor bercadang untuk meneliti semula skim air percuma 20 meter padu pertama setiap bulan yang pada asalnya bertujuan untuk membantu rakyat.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, kajian semula skim air percuma itu berikutan terdapat rakyat menggunakan air percuma itu bagi tujuan lain seperti berkebun dan kolam renang.

"Sedangkan rakyat miskin yang tidak ada kolam air tidak mendapat manfaat," katanya di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim mengenai sama ada kerajaan negeri akan teruskan program pemberian air percuma selepas penstrukturan air Selangor dimuktamadkan.

Sehubungan itu, kajian itu akan dibahaskan dalam sidang akan datang ketika pembentangan Bajet 2016.

"Tetapi setakat ini belum ada hasrat untuk batalkan. Kita akan kaji apakah program ini dapat diperbaiki supaya kumpulan sasaran dapat manfaat perbelanjaan yang dikeluarkan kerajaan negeri," katanya lagi.

Komplot gulingkan Najib kerana gagal selesai isu 1MDB – Kadir Mohamad Fadli

Posted: 17 Aug 2015 06:30 PM PDT


Khadir-Sheikh_najib_1mdb_600

Presiden IKATAN tidak menolak kemungkinan Ahli Parlimen BN berbuat demikian kerana ditawarkan wang.

PETALING JAYA: Bekas menteri Kabinet, Tan Sri Abdul Khadir Sheikh Fadzir berkata, dakwaan wujudnya komplot untuk mengulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kerana kecewa skandal 1MDB gagal diselesaikan.

Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) itu berkata, ahli UMNO sudah letih melihat keadaan perkembangan politik semasa terutamanya tindakan kerajaan melengah-lengahkan siasatan 1MDB dan keadaan ekonomi negara yang semakin menekan.

"Seluruh rakyat Malaysia sememangnya mahu perkara ini diselesaikan dengan segera kerana rakyat sudah letih.

"Rakyat juga mahu mereka lebih menumpukan kepada perkara-perkara yang lebih penting dan berfaedah dalam usaha membantu rakyat," katanya dalam temubual khas bersama FMT.

Kadir berkata, sekiranya kemelut isu 1MDB ini dapat diselesaikan, beliau yakin desakan atau kritikan terhadap Najib tidak berlaku.

Malah, katanya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri tidak akan mengkritik terhadap isu 1MDB ini sekiranya persoalan-persoalan yang dibangkitkan dapat dijawab dan diselesaikan dengan segera.

Bagaimanapun beliau berpandangan kritikan terhadap Najib ini jelas kerana angka-angka seperti RM42 bilion dan RM2.6 bilion sangat menakutkan rakyat termasuk Dr Mahathir.

"Angka-angka ini sememangnya merosakkan negara dan kewangan negara.

"Tidak hairanlah Dr Mahathir dan pihak-pihak lain termasuk pembangkang bimbang mengenai isu 1MDB yang dilihat tidak berkesudahan," katanya.

Kadir, yang pernah menjadi Menteri Penerangan dan Menteri Pelancongan itu juga tidak menolak kemungkinan pemimpin UMNO yang berkomplot menggulingkan Najib itu kerana ditawarkan wang ringgit.

"Jika benar dakwaan itu dan ada bukti yang kukuh, tidak mustahil satu hari nanti ada pihak-pihak yang mempunyai banyak wang pula membeli Ahli-ahli Parlimen supaya mereka berpaling tadah terhadap kerajaan.

"Bukan disebabkan kerajaan melakukan kesalahan tetapi hanya untuk wang," katanya.

Jangan Abaikan Obat Ini !!

Posted: 17 Aug 2015 06:00 PM PDT

Azwan Ali kutuk Muhyiddin, sifatkan bekas TPM ‘amat merbahaya’ FMT Reporters

Posted: 17 Aug 2015 05:30 PM PDT


azwan-ali_muhyiddin_600

Adik kepada Menteri Besar Selangor itu menyelar tindakan Muhyiddin mengkritik Najib dan UMNO dalam Mesyuarat UMNO Bahagian di seluruh negara.

PETALING JAYA: Selebriti tempatan, Azwan Ali 'bikin panas' lagi dengan kenyataan kontroversinya dan kali ini dia mengutuk Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menerusi akaun Instagram, Azwan yang menggelarkan dirinya 'Diva AA' membuat kenyataan menyelar Muhyiddin yang berterusan menyerang kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Azwan bakal mencetuskan kemarahan ramai menyifatkan bekas Timbalan Perdana Menteri sebagai 'duri dalam daging' dan 'amat merbahaya' kerana kritikan terhadap Najib dan UMNO.

"Tak habis-habis ke hulu ke hilir. Kesian. That day siap buat PC 'Saya terima dengan hati terbuka'. Now? 

Ko dah kenapa? Stop your nonsense. Duri dalam daging amat-amat merbahaya. Get away!", tulisnya.

RM2.6 Bil Derma PERIBADI Najib, Bukan Untuk Parti ! Sebab Tentang IS ( Yang Belum Wujud Ketika itu ! Huh ??? )

Posted: 17 Aug 2015 05:00 PM PDT







Tu dia .... ABIM pun dah enter frame dalam isu Derma RM2.6 Bil Najib ...... Lagi ramai pemimpin2 Umno cuba menjawab bagi pihak Najib tanpa mereka sendiri tahu apa sebenarnya yang berlaku, akan semakin bercelaru jalan cerita ( atau spin ) yang cuba dilakukan oleh pro Najib !

Kali ni Presiden ABIM, Amidi Abdul Manan beri komen kepada kenyataan yang dibuat oleh Ketua Umno Bahagian Kuantan Datuk Wan Adnan sepertimana laporan Sinar semalam. Kita cek dulu apa kata Wan Adnan -

- Najib beri penjelasan kepada 146 Ketua2 Bahagian hari Rabu lepas

- Ia sebagai penghargaan kepada Malaysia yang memperjuangkan agama Islam dan mengamalkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

- Tambahnya, wang tersebut juga menghargai usaha kerajaan Malaysia yang begitu komited menyekat penyebaran fahaman kumpulan militan Negara Islam (IS).

- "Bukan Malaysia sahaja yang menerima sumbangan atau derma daripada Arab Saudi, ada lagi dua tiga negara lain turut menerima sumbangan sama, termasuk masyarakat Islam di Filipina dan (Selatan) Thailand,"

- Menurutnya, Najib yang juga Presiden Umno turut menjelaskan wang tersebut dimasukkan ke akaun peribadi beliau kerana ia adalah sumbangan Arab Saudi kepada Najib dan bukannya kepada parti.

Presiden ABIM tak berapa nak percaya kenyataan Wan Adnan di atas tapi, jika benar sekalipun, derma itu seharusnya diberikan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia kerana perjuangan Islam itu adalah secara kolektif.

Ia tidak seharusnya diberikan kepada seorang individu bernama Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

ABIM minta Najib sendiri berikan penjelasan kerana penjelasan seperti itu hanya menambah kekeliruan rakyat dan langsung tidak membantu imej Najib yang semakin teruk.




Betul, saya sokong pendirian ABIM. Kalau difikirkan, berapa banyak sangatlah sumbangan peribadi Najib kepada Islam selama 4 tahun menjadi PM untuk menerima sumbangan peribadi sebanyak RM2.6 billion sebagai penghargaan ?

Wan Adnan kata sumbangan itu adalah kepada Najib BUKAN kepada parti ! ( adakah itu yang disebut oleh Najib kepada 146 KB ? )

Nah sekarang kita jadi keliru pulak dah ...... jadi bukanlah derma politik.

Berita untuk menambah kegembiraan Hj Hadi dan wala'unnya

Posted: 17 Aug 2015 04:30 PM PDT




Tapi setelah bermesyuarat pada 13 Ogos Nik Amar dan Setiuasaha PAS yg baru, Takiyudin baru nak kumpul maklumat ....baru ambil tindakan ....

Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_web
 
Tapi setelah bermesyuarat pada 13 Ogos Nik Amar dan Setiuasaha PAS yg baru, Takiyudin baru nak kumpul maklumat ....baru ambil tindakan ....

Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_web

Tolong ambil perhatian kepada wala'un PAS yang siang malam membebel dalam fesbuk suruh mereka yg join GHB keluar dari PAS. 

Haji Hadi sendiri pun kata dia gembira dan bahagia bila aktivis parti yang kebanyakannya terdiri dari kalangan professional digugurkan dan tersingkir keluar parti dan menganggapnya sebagai proses pembersihan.... 

PAS berahi sangat nak singkirkan keahlian mereka, tapi cuma cakap-cakap saja tanpa berani bertindak.
Pada 8 Ogos lalu keluar kenyataan nak pecat... 

Tapi setelah bermesyuarat pada 13 Ogos Nik Amar dan Setiuasaha PAS yg baru, Takiyudin baru nak kumpul maklumat ....baru ambil tindakan .... 

Menurut satu temu bual terdahulu dengan bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, keanggotaan ahli dan pemimpin PAS akan terbatal sebaik sahaja mereka menyertai parti politik yang lain. 

Jadi , PAS tidak perlu bersusah payah kumpul maklumat ke benda. Tak perlulah nak buang masa buat mesyuarat mengenainya sebab GHB akan melancarkan Parti Amanah Rakyat atau "Amanah", nama rasmi parti Islam baharu yang ditunggu-tunggu, dijangka dilancarkan pada Hari Kemerdekaan, menurut sumber parti yang berteraskan Islam itu. 

Maka dengan itu, keahlian PAS mereka akan terbatal dengan sendiri. Gembiralah anda wala'un semua, bersama Hj Hadi!..



HARAPAN DAN IMPIAN BARU.

Rupanya Ini Kejutan Perhimpunan Bersih 4?

Posted: 17 Aug 2015 09:00 AM PDT


Rupanya Ini Kejutan Perhimpunan Bersih 4? Perhimpunan Bersih 4 yang dijadualkan 29 dan 30 Ogos ini di Kuala Lumpur, bakal membawa kelainan apabila ia dijangka akan turut disertai pimpinan dan penyokong Umno, kata penganalisis politik Dr Maszlee Malik.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu berkata demikian susulan tindakan penganjurnya menjemput Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menyertainya, selepas beliau mengatakan tidak ada masalah dengan perhimpunan itu.

"Kita mungkin akan menyaksikan satu kelainan dalam Bersih kali ini, iaitu kehadiran para penyokong Umno sendiri.


"Dan tidak mustahil kita akan dapati ada pimpinan Umno turut serta," katanya kepada The Malaysian Insider.

Ini kerana katanya, Bersih 4 yang turut akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak, diadakan ketika rakyat sedang keliru dengan keadaan ekonomi dan politik semasa.

"Pelbagai isu yang melanda negara, dibalas dengan 'act of denial' (tindakan penafian) di pihak kerajaan.

"Ini tidak menghilangkan kesangsian dan kegusaran yang bersarang di dalam jiwa rakyat Malaysia teramai, hatta dalam kalangan para pemimpin Umno dan penyokong Umno sendiri," kata Maszlee.

Beliau turut mengulas kenyataan Jazlan yang disifatkannya memperkecilkan perhimpunan yang dianjurkan rakyat.

"Adalah normal bagi menteri Umno untuk memperkecilkan demonstrasi dan perhimpunan yang dianjurkan rakyat selain penyokong mereka.

"Bukan pertama kali, malah di setiap perhimpunan Bersih dan lain-lain lagi," katanya.

Justeru, beliau menggesa menteri Umno itu untuk turun ke jalan dan melihat sendiri sambutan rakyat sewaktu perhimpunan itu nanti.

Rupanya Ini Kejutan Perhimpunan Bersih 4?

Sebelum ini, pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menjemput Jazlan menyertai perhimpunan mereka di Dataran Merdeka itu.

Sementara itu, Profesor Madya Dr Kartini Aboo Thalib Khalid berkata, jumlah kehadiran peserta demonstrasi bukan kayu pengukur untuk menilai sokongan masyarakat.

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, pola masyarakat Malaysia berbeza dengan negara lain yang menggunakan demonstrasi untuk menggulingkan kerajaan.

"Kalau ramai yang datang, tidak bermakna sokongan ramai dan kalau tidak ramai datang, tidak bermakna isu itu tidak penting. Saiz bukan ukuran.

"Pola demonstrasi di Malaysia tidak begitu tajam dan berkesan seperti di Thailand, Indonesia dan Filipina yang menggunakan demo jalanan untuk jatuhkan regim dengan sokongan elit tentera" kata Kartini kepada The Malaysian Insider.

Malah katanya, segmentasi etnik di Malaysia adalah kuat dan beliau percaya politik akomodasi akhirnya akan berakhir di meja perundingan.

Dalam pada itu, Pengarah Institut Kajian Etnik UKM Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata, golongan yang terlibat dalam demonstrasi merupakan penduduk bandar yang majoritinya faham tujuan dan matlamat akhir sesuatu demonstrasi.

Namun katanya, ada juga sebahagian pengikut muda dan peserta yang menyokong membuta tuli.

"Yang (turun) demonstrasi itu selalunya adalah yang celik politik. Sekiranya mereka merasakan demonstrasi tidak dapat merubah apa-apa, mereka tidak perlu demonstrasi," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Bilangan yang datang demonstrasi boleh meningkat sekiranya diadakan pada hujung minggu ketika ramai yang bercuti," kata Shamsul.

Jazlan sebelum ini menyifatkan sentimen rakyat untuk berdemonstrasi kini tidak lagi tinggi, meskipun terdapat perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan. 

Rakyat kini pada pandangannya, bersikap rasional dan memikirkan jangka masa panjang negara.

Situasi kini berbeza katanya, dibandingkan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada 1998, di mana rakyat ketika itu menurutnya cenderung menyertai demonstrasi.

Posted: 17 Aug 2015 08:00 AM PDT


 Mufti-Perlis-rm
Saya dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar Malaysia di luar negara seperti Jordan terpaksa menangguhkan pengajian kerana tidak berkemampuan disebabkan kejatuhan matawang. 

Mereka pelajar persendirian yang menanggung akibat dari krisis ekonomi negara. Simpati kepada rakyat marhaen yang tiada siapa akan menderma kepada mereka dengan derma yang banyak. 

 

Harap pihak zakat dan pihak yang mampu membantu. Semoga Allah membuka jalan kepada mereka untuk meneruskan pengajian mereka.

[Baca: "Hanya Orang Gila Saja Tak Faham Kebaikan Ringgit Jatuh" Kata Menteri] Berakalkah sesiapa yang menyatakan kejatuhan matawang sesuatu yang baik untuk rakyat?!! Ini pulak antara komen.. [Baca artikel selanjut..] komen-rm-jatuh-mydebat -tranungkite-
Saya dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar Malaysia di luar negara seperti Jordan terpaksa menangguhkan pengajian kerana tidak berkemampuan disebabkan kejatuhan matawang. Mereka pelajar persendirian yang menanggung akibat dari krisis ekonomi negara. Simpati kepada rakyat marhaen yang tiada siapa akan menderma kepada mereka dengan derma yang banyak. Harap pihak zakat dan pihak yang mampu membantu. Semoga Allah membuka jalan kepada mereka untuk meneruskan pengajian mereka. [Baca: "Hanya Orang Gila Saja Tak Faham Kebaikan Ringgit Jatuh" Kata Menteri] Berakalkah sesiapa yang menyatakan kejatuhan matawang sesuatu yang baik untuk rakyat?!! Ini pulak antara komen.. [Baca artikel selanjut..] komen-rm-jatuh-mydebat -tranungkite-

Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_web

Terima RM1 Juta Daripada Najib Perkara Biasa..

Posted: 17 Aug 2015 07:15 AM PDT


Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad mempertahankan dirinya yang didakwa menerima wang RM1 juta daripada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak seperti didedahkan laporan Sarawak Report dengan menegaskan, ia perkara normal.

Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata beliau tidak teragak-agak untuk bekerjasama dengan menjelaskan dalam siasatan bagaimana wang tersebut digunakan sekiranya diminta berbuat demikian.

"Siapa yang patut saya minta untuk mendapatkan bantuan kewangan untuk menguruskan bahagian saya, jika tidak daripada parti presiden sendiri," katanya seperti dilaporkan portal BNBBC.

Shahrir berkata menerima bantuan daripada presiden Umno merangkap perdana menteri untuk mana-mana bahagian adalah perkara biasa, terutamanya sekiranya bahagian tersebut kekurangan dana.

Sarawak Report pada Sabtu lalu mendakwa Najib menyalurkan dana daripada akaun kewangannya kepada beberapa pemimpin Umno lapor The Malaysian Insider

MP soal PM: Mana baki RM41 juta?

Posted: 17 Aug 2015 06:30 AM PDT




Kebolehan matematik Datuk seri Najib Razak dipertikaikan seorang anggota parlimen DAP, susulan kenyataan perdana menteri bahawa RM41 juta diperlukan untuk deposit pilihan raya.

MP Segambut Lim Lip Eng berkata, deposit untuk kerusi parlimen hanya RM15,000 dan kerusi dewan undangan negeri (DUN) lebih murah daripada itu.

"Jadi kalau tambah kesemua 222 kerusi parlimen dan 567 kerusi DUN, dan kemudian darab RM15,000, jumlah keseluruhannya kurang dari RM12 juta.

"Jadi ke mana baki dari RM41 juta? Adakah Najib lesapkannya?" tanya beliau di sebuah sidang akhbar di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut peraturan setiap calon pilihan raya perlu membayar tambahan deposit RM10,000 untuk bahan kempen selain jumlah RM5,000 atau RM3,000 untuk kerusi parlimen atau DUN.

Jika sesebuah parti bertanding semua kerusi, jumlah deposit yang perlu dibayar untuk kerusi parlimen adalah RM3.33 juta, dan RM7.37 juta untuk DUN. Jumlah keseluruhannya adalah RM10.7 juta.

Najib memetik angka deposit RM41 juta itu ketika membidas dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau hanya perlu RM10 juta untuk setiap pilihan raya.

- mkini

Guling Kerajaan - Rafidah Tak Percaya Cerita Zahid

Posted: 17 Aug 2015 05:45 AM PDT



Ketika polis memulakan siasatan berhubung dakwaan wujud gerakan menjatuhkan kerajaan, bekas menteri Umno Tan Sri Rafizah Aziz pula tidak termakan dengan cerita-cerita sebegitu.

Katanya, beliau terkejut dan tidak yakin sama sekali dengan dakwaan itu, yang mula-mula dilontarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelmarin.

Rafizah berkata, ketika pelbagai isu, termasuk berkaitan 1MDB dan derma RM2.6 bilion, masalah ekonomi serta pandangan ultra pelbagai bidang, tiada faedah untuk bertindak demikian.

"Tidak ada faedahnya bagi sesiapa juga, terutama dalam Umno dan BN sendiri untuk 'menjatuhkan' pemimpin dan 'menggulingkan kerajaan'.

"Tidakkah itu seperti memotong hidung kerana bencikan muka?" soalnya.

Justeru beliau mengingatkan supaya pemimpin Umno tidak sibuk mencemuh dan hendak menurunkan orang tertentu sehingga terlupa gelagat mereka diperhatikan.

"Rakyat yang mempunyai kuasa mengundi memerhati akan segala permainan dan lakonan politik itu dan akan membuat penentuan apa yang akan putuskan apabila sampai masa untuk mengundi," katanya lagi.

Rafidah juga mengingatkan bahawa bukan komplot yang menentukan masa depan sesebuah parti, sebaliknya peranan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Zahid kelmarin mendakwa terdapat seorang pemimpin Umno sedang mengetuai gerakan untukmenjatuhkan kerajaan melalui "pintu belakang" dengan sokongan ahli parlimen pembangkang.

Naib presiden Umno itu berkata, sebagai menteri dalam negeri beliau difahamkan mereka ini sedang menyediakan akuan bersumpah (SD) untuk menggulingkan kerajaan.

Polis akan menyiasat laporan tersebut bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan setelah menerima tiga laporan.


MP dakwa 'senarai 20' antikerajaan fitnah Zahid

Posted: 17 Aug 2015 05:15 AM PDT




Dua anggota parlimen BN hari ini menafikan dakwaan terlibat dengan gerakan untuk menggulingkan kerajaan.

Penafian itu dibuat berikutan tersebarnya senarai 20 orang wakil rakyat BN yang didakwa terlibat dengan gerakan tersebut.

Anggota parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad (gambar) berkata dakwaan terhadapnya palsu, fitnah dan berniat jahat.

"Ini palsu dan fitnah yang berniat untuk memporak-perandakan kerajaan.

"Benda ini fitnah. Tak ada (asas)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi mendakwa terdapat seorang pemimpin Umno kini sedang mengetuai gerakan menjatuhkan kerajaan melalui pintu belakang dengan sokongan ahli parlimen pembangkang.





Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata, terdapat usaha mendapatkan akuan berkanun (SD) di kalangan ahli parlimen pembangkang serta menarik ahli parlimen BN supaya menumbangkan kerajaan.

Sementara itu, laman web Majlis Penyokong BN (BNBBC) melaporkan, ahli parlimen Gerik Datuk Hasbullah Osman pula terkejut dengan senarai itu dan menyifatkannya tidak masuk akal.



 



"Semalam baru perdana menteri merasmikan mesyuarat Umno bahagian saya, mustahil saya mahu menjemput beliau kalau saya mahu menjatuhkan beliau.


"Orang yang buat fitnah itu pun bodoh sangat, amat bodoh," beliau dipetik sebagai berkata.

Selain itu, Hasbullah juga mendakwa, "fitnah" itu bertujuan untuk menunjukkan BN  tidak lagi kuat.

Sedangkan, beliau berdiri dan menyokong sepenuhnya di belakang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta tidak mempunyai sebarang masalah.

- mkini

Guling kerajaan: Saya akan buat solat hajat! - Shahidan Kassim Shahidan Kassim

Posted: 17 Aug 2015 12:45 AM PDT


Zar Ali's photo. SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim akan mengadakan solat hajat bagi memohon petunjuk daripada ALLAH berhubung perbuatan menamakan namanya antara Ahli Parlimen BN yang menyokong untuk menggulingkan kepimpinan Perdana Menteri. 

Bercakap kepada Sinar Online, Shahidan berkata, bermula malam ini, beliau akan meminta alim ulama untuk bersama-sama mengadakan solat hajat bagi menunjukkan kebenaran. 

"Saya mohon kepada ALLAH, agar tunjukkan kekuasaannya yang lebih tinggi daripada perbuatan viral senarai nama Ahli Parlimen BN.

Kita tengok kuasa ALLAH nanti, apa sangat kuasa viral mereka. "Perbuatan viral ini adalah 'stupid' dan dungu," katanya. Sabtu lalu, 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat Ahli Parlimen BN yang menjadi dalang mengumpulkan sokongan dan membuat akuan bersumpah menggulingkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Bagaimanapun semalam, Ahmad Zahid menjelaskan gerakan tersebut tidak melibatkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan daripada kepimpinan Kabinet baru-baru ini. 

Tambahnya, adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk bekerjasama dengan pembangkang menggulingkan kerajaan. 

"Kalau mereka ada 87 kerusi, semestinya majoriti. 

Jadi siapa nak jadi Perdana Menteri kalau menjadi?" katanya. 

Dalam masa sama Shahidan menegaskan akan melakukan perbuatan sama dengan mendedahkan nama penasihat dan penyokong Najib yang melakukan perkara ini, bagaimanapun beliau perlu mendapatkan nasihat orang agama. 

"Bolehkah fitnah dibalas dengan fitnah, saya perlu tanya orang agama, kalau dia kata boleh, saya akan keluarkan nama mereka yang suka melihat Datuk Seri Najib dapat ramai musuh. 

"Sepatutnya orang sebegini yang patut diterajang keluar Umno lebih awal. "...dan saya percaya mereka keluarkan nama ini kerana percaya Ahli Parlimen BN ini mempunyai kehebatan tersendiri, sebab itu kena fitnah. 

Hari ini 20 nama ahli parlimen BN yang dikatakan berkomplot untuk menggulingkan kerajaan di bawah pimpinan Najib mula tersebar. 

Selain Shahidan, antara nama lain yang tersenarai ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh), Datuk Seri Shafie Apdal (Semporna), Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong), Datuk Aziz Sheikh Fadzir (Kulim), Datuk Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan) dan Khairy Jamaluddin (Rembau).



Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

Artis Pula Dituduh Larikan RM4.8 Juta

Posted: 17 Aug 2015 12:00 AM PDT



Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menjelaskan bahawa dia difitnah kononnya dia terlibat dengan kemelut Koperasi Pengiat Seni Selangor Berhad (KOSENI) yang tidak melunaskan bayaran RM4.8 Juta kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

"Saya pernah menjadi penasihat KOSENI tetapi ontrak saya dah lama habis. Tiba-tiba keluar cerita saya ada kaitan dengan masalah usahan IKS yang belum mendapat bayaran mereka daripada KOSENI. Ini semua fitnah! Ada pihak mahu mensabotaj saya dengan memburukkan reputasi saya sebagai seorang selebriti dan Presiden Seniman," katanya.

Kira-kira dua minggu lalu, Seramai 38 usahawan IKS merayu kepada pihak berkuasa supaya mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu menyelesaikan kemelut masalah mereka dengan KOSENI dan mendedahkan bahawa barangan yang bernilai keseluruhannya RM4.8 juta tidak dibayar seperti yang dijanjikan dan tertulis di dalam kontrak perjanjian.

Menerusi sidang media berkenaan, nama Zed juga disebut sebagai antara pihak dibawah KOSENI yang kononnya 'membawa lari' wang tersebut. Manakala Zed menjelaskan dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis.

"Buat masa sekarang, apa-apa sahaja cerita saya yang keluar di akhbar, internet mahupun menerusi aplikasi Whatsapp, saya akan simpan sebagai bukti. Saya dah tahu siapa yang memfitnah saya. 'Menariknya', individu tersebut masih lagi memburukkan saya," jelasnya kepada mStar Online. (rtky/s)

Hubungan Najib - Sultan : TMJ Belasah Puad Zarkashi Tak tahu hal sebenar jangan cakap, tegur TMJ

Posted: 16 Aug 2015 11:31 PM PDT







Tunku Mahkota Johor menegur seorang pemimpin Umno negeri itu kerana membuat kenyataan bahawa tiada masalah antara sultan Johor dan perdana menteri.

Brigadier Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata seseorang itu tidak perlu membuat sebarang kenyataan tanpa menyedari cerita sebenar berkaitan perkara itu.

"Merujuk pernyataan yang dibuat oleh seorang ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengatakan tidak ada masalah antara sultan Johor dan perdana menteri; ini adalah pendapat saya bahawa seseorang tidak perlu membuat kenyataan tanpa menyedari cerita yang sebenar," katanya.

Menulis di Facebook Johor Southern Tigersk Tunku Ismail juga berkata hanya ayahandanya Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sahaja yang tahu keseluruhan cerita tentang perkara tersebut.

"...dan oleh itu, buat masa ini, hanya kita perlu tahu dan tidak ada sebab untuk ia didedahkan kepada umum," tulisnya.

Mstar kelmarin melaporkan Puad (gambar) sebagai berkata tiada sebarang masalah antara Sultan Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak

Kenyatan itu dibuat selepas muncul gambar Sultan Ibrahim dan Najib menghadiri sambutan Hari Kebangsaan Singapura di republik itu pada 9 Ogos lalu menjadi viral di media sosial.

Ia menunjukkan Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah berjalan di hadapan Sultan dan anakandanya Tunku Ismail.

"Saya bertemu dengan beliau (Najib) baru-baru ini dan beliau memberitahu saya tidak ada salah faham dengan Sultan.

"Malah, Najib turut menyapa baginda sebelum permulaan perarakan Hari Kebangsaan di Padang," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Umno bahagian di Batu Pahat.

- mkini

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT