Ahad, 16 Ogos 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Nak tahu kenapa Peguam Negara di pecat... ???

Posted: 16 Aug 2015 10:15 PM PDT


Hari tu Najib bagi tahu rakyat, mantan Peguam Negara, Gani Patail dipecat atas alasan kesihatan .... kawan tu tinggal sebulan sahaja lagi untuk bersara...

Kena pecat mengejut gitu sahaja. Tak ada majlis meraikan sebagaimana lazimnya 'Jasa Mu Dikenang....

Tan Sri Gani Patail dimalukan dengan pemakluman khidmatnya ditamatkan ketika beliau datang ke pejabatnya untuk bertugas seperti biasa....

Setiausaha Negara Ali Hamsah siap menunggu diluar pintu pejabat dan melarangnya dari masuk.

Ungkapan popular oleh Donald Trump dan Tony Fernandes dalam siri teevee 'The Apprentice Worldwide' suatu ketika dulu seolah-olah dilakonkan semula secara live oleh Ali Hamsah : "You are fired!" katanya kepada Gani Patail yang terpinga-pinga sebab dia sendiri pun tidak tahu kenapa!

Tapi hari ini, mantan Peguam Negara, Gani Patail harus tahu kenapa beliau kena pecat.

Boss operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan pegawai-pegawainya juga harus tahu kenapa mereka disoalsiasat, pejabat dan rumah mereka kena geledah malah ada yg kena tukar seketika....

Pengarah Komunikasi Strategik BN, Abdul Rahman Dahlan mengatakan pemecatan Gani Patail adalah kerana Gani terlibat dengan pasukan petugas yang menyiasat wang RM2.6 billion yang dimasukan ke akaun peribadi Najib. Rahman kata, "tidah sah!"

Woit! Hanya kerana tidak sah maka Gani kena pecat dengan cara yang memalukan, begitu ker?

Hanya kerana "tidak sah" 7 pegawai tinggi SPRM kena soal siasat, kena geledah dan kena tukar ??

Woit! Apa pelik sangat cerita ni?? Kalau ikut pendedahan Sarawak Report , Shahril Samad boleh RM1juta, Ahmad Maslan boleh ke dia RM2juta..... mamat ni dah dapat berapa juta agaknya?? Kuat sangat gosoknya sampai melecet ...!!!

Cer baca berita berikut : Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyifatkan pasukan petugas khas untuk menyiasat dakwaan wang RM2.6 bilion didepositkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah "tidak sah".

"Sejak awal, pasukan khas itu ditubuhkan secara tidak sah. Mereka tidak sepatutnya menyiasat perdana menteri atau mana-mana individu berkaitan hal itu.

"Pasukan khas asal ditubuhkan bagi melihat keseluruhan polisi sistem perbankan seperti pengubahan wang haram, aliran dana haram, pengurup wang yang menggunakan cara yang haram untuk memindahkan wang dari dalam dan luar negara, transaksi wang secara haram melibatkan pengganas dan penjualan dadah serta kelemahan yang ada di dalam sistem. "Ini adalah sebab kenapa peguam negara, Bank Negara,

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan polis terlibat," katanya dalam wawancara dengan The Star Online. Selain itu, Abdul Rahman berkata, peguam negara tidak sepatutnya terlibat dalam penyiasatan itu demi memastikan pengasingan kuasa.

Pasukan petugas khas itu dibubarkan dengan serta merta selepas Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail telah dipecat daripada jawatan tersebut dan diganti dengan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.

Walaupun pembubaran pasukan petugas khas itu, Abdul Rahman, yang juga menteri kabinet menegaskan bahawa siasatan masih boleh diteruskan.


HARAPAN DAN IMPIAN BARU.

Yang Ditunggu-Tunggu Oleh Rakyat Akhirnya Muncul

Posted: 16 Aug 2015 09:30 PM PDT



Yang Ditunggu-Tunggu Rakyat Akhirnya Muncul. Parti Amanah Rakyat atau "Amanah" dijangka menjadi nama rasmi parti Islam baharu yang ditunggu-tunggu, ditubuhkan daripada kumpulan serpihan pemimpin PAS dan ahli badan bukan kerajaan Islam.

Dijangka dilancarkan pada Hari Kemerdekaan, menurut sumber, parti yang berteraskan Islam itu akan menggunakan warna Gerakan Harapan Baru (GHB) sekarang iaitu oren sebagai warna tema partinya.

Nama dan logonya akan dihantar ke Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak lama lagi sebelum dilancarkan secara rasmi pada 31 Ogos.

Keputusan mengenai nama, logo dan warna parti itu dimuktamadkan pada mesyuarat di Shah Alam semalam yang dihadiri pemimpin-pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB), yang merupakan sebahagian daripada ahli Parlimen dan pemimpin politik PAS yang paling menonjol.GHB adalah pelopor kepada parti baharu ini.

Yang Ditunggu-Tunggu Akhirnya Muncul

Menurut satu temu bual terdahulu dengan bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, keanggotaan ahli dan pemimpin PAS akan terbatal sebaik sahaja mereka menyertai parti politik yang lain.
Selain ahli PAS dari seluruh negara kata sumber itu, Amanah akan terdiri daripada pemimpin utama beberapa NGO Islam terbesar negara seperti Abim, Ikram dan Haluan.

Difahamkan hampir 70% pemimpin PAS dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan akan meninggalkan parti itu dan menyertai Amanah sebaik sahaja ia ditubuhkan nanti.

Sehingga kini, Amanah yang bakal ditubuhkan sudah sedia dengan penyelarasnya di setiap negeri dan kawasan Parlimen di seluruh negara yang terdiri daripada bekas pemimpin kanan PAS sebelum ini yang dilantik menerusi GHB.
 
 
ADDIN

Hanya Sultan Johor dan saya tahu keseluruhan cerita – TMJ FMT Reporters

Posted: 16 Aug 2015 09:00 PM PDT


Baginda menasihatkan semua pihak tidak membuat spekulasi tentang hubungan Sultan Johor dengan Perdana Menteri.

tmj_cmt_600_2

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Brigadier Jeneral Tuanku Ismail Ibni Sultan Ibrahim bertitah supaya semua pihak tidak membuat spekulasi berkenaan hubungan ayahanda baginda dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Titahnya, sama ada hubungan itu baik atau tidak, hanya baginda dan ayahanda baginda, Sultan Johor, sahaja yang tahu keseluruhan cerita tentang perkara itu.

Baginda mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi yang berkata, tiada masalah antara Sultan Johor dengan Perdana Menteri.

"Ini adalah pendapat saya bahawa seseorang tidak perlu membuat kenyataan tanpa menyedari cerita yang sebenar.

"Jangan membuat spekulasi berkenaan DYMM Tuanku ada masalah dengan Perdana Menteri atau tidak, kerana hanya DYMM Sultan dan saya sahaja yang tahu keseluruhan cerita tentang perkara tersebut.

"Oleh itu, buat masa ini, hanya kita perlu tahu dan tidak ada sebab untuk ia didedahkan kepada umum," tulis baginda di akaun Facebook Johor Southern Tigers.

Sebelum ini, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mempersoalkan kenyataan Puad itu.

Menerusi blognya, Zainuddin berkata, rakyat hanya percaya (hubungan Istana Johor dan Najib tiada masalah) jika kenyataan itu dibuat jurucakap rasmi Istana Johor.

Mesyuarat UMNO kecoh, perwakilan dakwa dipukul, ditendang FMT Reporters

Posted: 16 Aug 2015 08:30 PM PDT



Zar Ali's photo.

Dua perwakilan mendakwa dipukul selepas mempertikai nama cawangan mereka serta 17 cawangan lain tidak disenarai.

PETALING JAYA: Mesyuarat UMNO Bahagian Bagan di Pulau Pinang pada Ahad kecoh seketika apabila dua perwakilan mendakwa ditumbuk dan ditendang.

Dalam kejadian di Hotel The Light di Butterworth kira-kira jam 1.30 petang itu, kedua-duanya dibelasah kerana mempertikai senarai perwakilan mesyuarat berkenaan selepas nama cawangan mereka serta 17 lagi tidak tersenarai.

Memetik laporan Harian Metro, mereka mendakwa dicederakan sekumpulan lelaki yang bukan ahli UMNO serta beberapa ahli jawatankuasa bahagian itu.

Akhbar itu melaporkan pergelutan berkenaan berlaku hampir 10 minit sebelum berjaya dileraikan anggota polis bertugas.

Susulan kejadian itu, kedua individu yang mendakwa dipukul membuat laporan polis di Balai Polis Seberang Jaya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor ketika mengesahkan menerima laporan dibuat dan sedang menyiasat kejadian itu.

Umno terkenal seantero dunia, kata Rahman Dahlan

Posted: 16 Aug 2015 08:00 PM PDT

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata Umno merupakan parti yang sentiasa mendengar denyut jantung rakyat serta tidak rasis.

Umno merupakan parti terkuat dan dikenali seantero dunia terutamanya di negara Islam, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

"Jangan kata kita tidak mampu untuk berdepan dengan pilihan raya, kita berani... sekarang kita (Umno) memiliki 88 kerusi di Parlimen dan kita ada 9 negeri yang mempunyai menteri besar dan ketua menteri daripada 14 buah negeri, jangan kata Umno lemah," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika timbul gesaan supaya ahli Umno mempersiapkan diri dari sekarang untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Abdul Rahman yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Bagan dekat di Bukit Mertajam hari ini.

Beliau berkata Umno juga merupakan parti yang sentiasa mendengar denyut jantung rakyat serta tidak rasis.

"Sudah termaktub dalam perlembagaan Umno bahawa parti itu dituntut untuk tidak mengetepikan hak-hak kaum lain," katanya. – Bernama,
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umno-terkenal-seantero-dunia-kata-rahman-dahlan#sthash.B9yZZJqs.dpuf

 

See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Langkah mayat kami jika mahu tukar kerajaan jalan belakang, kata Zahid - OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Posted: 16 Aug 2015 07:30 PM PDT



Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini memperuntukkan proses pertukaran kerajaan dilakukan melalui pilihan raya yang sah, meskipun terdapat klausa dalam Perlembagaan yang membenarkan kerajaan ditukar selain daripada pilihan raya umum.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mana-mana pemimpin Umno yang ingin bekerjasama dengan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui "jalan belakang" perlu berhadapan dengan ahli Umno.

Beliau berkata, sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini memperuntukkan proses pertukaran kerajaan dilakukan melalui pilihan raya yang sah, meskipun terdapat klausa dalam Perlembagaan yang membenarkan kerajaan ditukar selain daripada pilihan raya umum.

"Ini negara demokrasi, kita ada pilihan raya untuk memilih kerajaan, walaupun ada beberapa klausa jika tidak mendapat kepercayaan,  Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat perdana menteri boleh bubar (Parlimen).

"Jika akuan bersumpah diperolehi daripada majoriti ahli Parlimen kerajaan yang ada itu tumbang maka terbentuk kerajaan baharu.

"Langkah mayat ahli-ahli Umno kalau nak tukar kerajaan guna jalan belakang," kata Zahid.

Beliau juga berkata, BN akan mencari jalan untuk memastikan tiada wakil rakyat mereka daripada ahli Parlimen mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) melompat parti.

"Kita akan cari jalan tidak akan berlaku lompat parti, ahli Parlimen dan Adun kita," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataannya sebelum ini yang mengatakan terdapat pemimpin Umno yang bekerjasama dengan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan melalui akuan bersumpah.

"Susah-susah adakan pilihan raya, kita menang majoriti walau tidak dua pertiga. Bila kapal bergoyang, ombak melanda, ada yang nak korek kapal, bagi air laut masuk dalam kapal.

"Saya tidak menamakan sesiapa, Alhamdulillah kalau penafian dilakukan mana-mana tokoh," katanya.

Ahli Parlimen Bagan Datoh itu berkata, selaku naib presiden Umno, beliau tidak akan membiarkan perkara itu berlaku.

"Surat sumpah akuan janji itu disiapkan untuk ditandatangani bukan sahaja 87 ahli Parlimen pembangkang, tapi 1 BN, dan mereka sasarkan 37 lagi ahli Parlimen BN untuk bersama mereka.

"Adakah namanya kerajaan BN, jika kita ada 37 mereka ada 87?" soalnya.

"Sebelum nasi menjadi bubur, saya sebagai naib presiden, saya akan pastikan konspirasi itu tidak akan terjadi."

Zahid turut menegaskan, maklumat yang diterimanya berkenaan perkara itu adalah sah.

"Ini bukan nak beri amaran-amaran. Zahid Hamidi tidak beri amaran, kalau nak bertindak dia akan bertindak tanpa amaran," katanya.

"Alhamdulillah perkara itu tidak berlaku, tapi saya tahu siapa orang itu."

Beliau turut berkata, dirinya tidak menyalahgunakan kuasa, sebaliknya, maklumat berkenaan diperolehinya selaku menteri dalam negeri.

"Saya bukan salahgunakan kuasa saya, tapi jangan pertikaikan kemampuan menteri dalam negeri ini mendapatkan maklumat yang sahih. Ini maklumat sebenar," katanya.
.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/langkah-mayat-ahli-umno-jika-mahu-tukar-kerajaan-guna-jalan-belakang-

http://www.themalaysianinsider.com.

Umno Pontian dedah Najib buat keputusan rombak Kabinet menerusi WhatsApp? OLEH MD IZWAN

Posted: 16 Aug 2015 07:00 PM PDT


Zar Ali's photo.

Ketua Umno Bahagian Pontian Datuk Ir Hasni Mohammad berkata sehari sebelum rombakan Kabinet dilaksanakan, pengendali akaun WhatsApp ketua-ketua Umno bahagian meminta pandangan daripada ketua bahagian sama ada wajar atau tidak langkah itu diambil. 

Ketua Umno Bahagian Pontian Datuk Ir Hasni Mohammad berkata sehari sebelum rombakan Kabinet dilaksanakan, pengendali akaun WhatsApp ketua-ketua Umno bahagian meminta pandangan daripada ketua bahagian sama ada wajar atau tidak langkah itu diambil.

Ketua Umno Bahagian Pontian Datuk Ir Hasni Mohammad mendedahkan keputusan rombakan Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dibuat hanya menerusi perbincangan dalam WhatsApp tanpa dibincangkan mengikut saluran tertinggi parti Melayu itu.

Hasni berkata sehari sebelum rombakan Kabinet dilaksanakan, pengendali akaun WhatsApp ketua-ketua Umno bahagian meminta pandangan daripada ketua bahagian sama ada wajar atau tidak langkah itu diambil.

"Satu hari sebelum rombakan Kabinet, ketua-ketua bahagian diminta beri pandangan perlu atau tidak, kalau 150 bersetuju, pentadbir atau admin WhatsApp ketua-ketua bahagian ini berkata presiden akan laksanakan," kata Hasni semasa majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pontian di Johor petang ini.

Langkah itu dipertikaikan Hasni kerana menurutnya sebarang keputusan yang penting seharusnya dirujuk terlebih dahulu di peringkat tertinggi parti menerusi Majlis Tertinggi (MT) atau Badan Perhubungan Umno Negeri.

"Kenapa kaedah Majlis Tertinggi dan Badan Perhubungan tidak lagi digunapakai," katanya.

Menurut Hasni, lebih mengeruhkan keadaan apabila terdapat ketua bahagian dalam kumpulan WhatsApp itu yang besar kepala hanya kerana mempunyai hubungan rapat dengan Najib.

"Ada setengah ketua bahagian yang baru sekali dua berjumpa dengan presiden, malah dalam WhatsApp itu ada ketua bahagian yang sudah rasa besar dan boleh menghukum ketua bahagian lain

"Malah mereka ini boleh hukum saya kalau kenyataan yang saya cakap ini menyinggung presiden," katanya.

Najib pada Julai lalu merombak Kabinet dengan menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri dan beberapa menteri yang lain, dipercayai kerana kritikan dalam isu membabitkan syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Namun, Najib tidak menyingkirkan Muhyiddin sebagai timbalan presiden Umno.

Sementara itu, Hasni menyifatkan keputusan menyingkirkan Muhyiddin daripada Kabinet sebagai tidak wajar dan tidak boleh diterima sama sekali kerana status beliau yang masih menjawat jawatan tertinggi parti.

"Kami Umno Johor menyokong rombakan Kabinet tapi kami tidak menyokong penyingkiran Tan Sri daripada Kabinet," katanya.

Hasni juga membidas Najib dengan mengatakan rakyat Johor sekarang terluka dengan keputusan penyingkiran Muhyiddin daripada kerajaan.

"Kami sangat terluka," katanya dalam majlis yang turut dihadiri Muhyiddin hari ini.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article.

Zahid, you should support whoever moves to replace Najib

Posted: 16 Aug 2015 06:30 PM PDT

Zahid says that the UMNO leader who plans to topple the government is back to his sense now understand the severity of his plan. If I may ask Zahid, what is so severe about his plan if he really has the plan to topple Najib's leadership? 
 
To me to allow Najib to continue ruling the country is more severe and dangerous than toppling him.

To realize the severity of allowing Najib to be there in the PM's office is more devastating as losing the general election is imminent if he leads the next GE. 
 
UMNO has never loss the federal leadership but once the party loses power at the federal level the party will never smell power in Putrajaya again and forever. 
 
UMNO and BN have lost Selangor and the state will never be back in the hands of BN at least for another decade or more.

BN lost to the opposition in Penang and for BN to repossess power in that state will be a huge enterprise for the next maybe 2 decades or so. UMNO and BN had lost Kelantan way back since 1990 and UMNO have not been able to replace the opposition in the state until today. 
 
The big talk of taking back Selangor is just a daydream as the opposition have entrenched its control on the state political fabrics down to the ground since the opposition wrest control on Selangor government in 2008.

UMNO must realize that they are not fighters for the people any longer. UMNO is now impregnated by self-serving leaders with debauched attitude, mannerism with deluded minds. All they care is for their own selves and they are prepared to bring UMNO down together with them when the courts of the rakyat give their verdicts in the coming GE.

In actuality, the severity of Najib and gang still in the country's leadership line up is real and factual. 
 
Let us all come to term that if the person or leader alleged by Zahid to topple the leadership is an actual and real patriot and ought to be supported by BN leaders. 
 
This is the move that should be supported not only by the BN powerhouse but also the opposition legislative assembly members. We have to forget about partisan politics. The situation that now warrants unity and unanimity to the fullest. 
 
It's not just the issue of 1MDB and the RM2.6 billion corrupt-look donations but more towards achieving our ultimate i.e. national unity parallel with the economic soluble plans for the country.

Zahid's claim that the move by the particular leader alleged by Zahid is has severe consequences to the nation is truly fallacious. 
 
Any move by anybody to keep Najib away from handling the nation's leadership is irrefutably a noble move and should be received with full conviviality. This move is truly an undeniably upright and vertical move towards total correction plans for the country.

Let's pray that the allegations by Zahid that there is a leaders who initiates the move to oust Najib from Putrajaya especially by someone from outside the current leadership lineup is true. That is a real momentous and organic political movement to-date. 

Zahid himself should support the move if his allegations are ture as Najib is already at the end of his politics. He (Zahid) has no capacity to manage this fractious UMNO and the government.

Zahid, time waits for no man. Your position as Deputy PM will last at the coming GE. Bet you.



PM tegaskan dana parti hak presiden

Posted: 16 Aug 2015 06:00 PM PDT






Kepala Batas: Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak berkata, proses mendapatkan dana parti adalah hak eksklusif presiden dan proses mendapatkan dana itu tidak perlu dibincangkan dalam mesyuarat atau perjumpaan tertutup bersama ahli parti.

Najib berkata, beliau tidak pernah mempersoal tindakan bekas Presiden UMNO terdahulu mendapatkan dana politik, termasuk ketika menjadi Timbalan Presiden selama enam tahun kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menurutnya, ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Presiden UMNO, Pak Lah selaku timbalan tidak pernah mempersoalkan mengenai dana parti.

"Tetapi kenapa apabila saya jadi presiden, ia dipersoalkan.

"Saya buat untuk kepentingan parti dan sudah diputuskan oleh SPRM tidak menyalahi undang-undang," katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kepala Batas di Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas, sebentar tadi.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/70752?m=1#sthash.1dV7HI4N.dpuf


AMANAH

Posted: 16 Aug 2015 05:30 PM PDT

Nurliyana Abdullah's photo.

DULUnya ada seorang raja Arab mahu jumpa perdana menterinya, tetapi sebaik baginda sampai di pondok sekuriti pejabat perdana menteri, itu sekuriti bertanya apakah baginda mendapat kelulusan untuk masuk ke pejabat perdana menteri dan baginda kata "tidak ada"

Lalu sekuriti itu menjelaskan yang baginda tidak boleh masuk kecuali ada kelulusan dan baginda tidak membantah dan baginda segera hubungi perdana menteri dan menyatakan yang baginda tak dapat masuk kerana sekuriti tidak membenarkan.

Perdana menteri memarahi sekuriti dan bagindapun dibenarkan masuk untuk membincangkan sesuatu dan setelah selesai perdana menteri segera mengarahkan yang berkenaan memecat sekuriti itu.

Pemecatan itu segera diketahui oleh Raja dan Raja menghubungi Perdana Menteri agar menarik balik pemecatan itu sebaliknya baginda menitahkan perdana menteri untuk menaikkan pangkat sekuriti itu ke jawatan yang lebih tinggi dan perdana menteri terpaksa akur.

Nah, berdasarkan cerita ini, maka ingatlah meskipun kita tinggi pangkat tetapi tidak semestinya kita itu berkuasa tidak patuh terhadap peraturan2 yang ditentukan.

Terkait kasus ini, saya tadinya mengurus sesuatu hal dan memang saya diamanahkan sepenuhnya mengatur dan dalam mesyuarat telah ditentukan dan tiba2 seseorang yang tidak tahu cerita asal lalu mengubah-ubah seuatu yang ditentukkan tanpa kasih tahu saya dan saya mula naik angin segera saya sergah dia dan mengatakan agar jangan pandai memandai tanpa tahunya saya.

Mulanya dia usaha untuk mengajar saya bagaimana kendalikan sesuatu dan saya tetap bertegas bahawa yang ditetapkan harus dipatuhi dan jika tidak saya persilakan "OUT" saja dan jangan ada usaha memandai-mandai.

Akhirnya dia diam dan malu lalu wajah macam ditampar malaikat dan kelihatanya dia salah orang dan saya jangan ada usaha mahu makan tetap saya sergah dan lawan. 

Iya, orang lain, silakan tetapi jangan anak murut yang seorang ini pasti siap kamu dikerjakan.

Kita kena disiplin bila kendalikan sesuatu kerja yang diamanahkan tanpa fikir apakah dia boss atau kuli tidaklah kita peduli dan semua orang kena patuh aturan dan undang2 yang ditetapkan dan inilah yang dikatakan amanah.


NURLIYANA ABDULLAH
Yayasan Sabah
16/8/2015

Ahmad Maslan "Diboo" Perwakilan UMNO Pontian ??

Posted: 16 Aug 2015 05:15 PM PDT

 

AKU INGATKAN PEMBANGKANG JE X SUKA DGN SI BODOH NI...

RUPA2NYA MACAI YG SAMA2 BODOH PUN X SUKA DGN DIA...

MEMANG TERBUKTILAH SIKAYU NI BETUL2 BANGANG...
BOOO SAMA DIA...

GHB Di Shah Alam... Hujan Tidak Menghalang Kehadiran Pengunjung....

Posted: 16 Aug 2015 05:00 PM PDT

Chuleed Yusri Yk's photo.
#‎harapanbaru‬ di shah alam....hujan xmenghalang kehadiran untuk memberi sokongan dan mengetahui perkembangan semasa...

Yang pastinya semuanya inginkan perubahan dan dh jemu dgn penindasan kerajaan yg korup..
Kepada pucuk pimpinan PKR ' play safe' anda blm tentu selamat ...

HANGPA YANG LANTIK DEPA NI...

Posted: 16 Aug 2015 04:45 PM PDT


JANGAN RISAU, ZAHID SEBENARNYA MENYINDIR NAJIB....

Posted: 16 Aug 2015 09:00 AM PDT


Apabila Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi tiba-tiba mendedahkan adanya usaha untuk menggulingkan kerajaan melalui undi tidak percaya yang diketuai oleh seorang pemimpin UMNO, segera kedengaran banyak sosek-sosek menimpa dirinya kembali.

Ramai yang mengatakan, apa salahnya pertukaran kerajaan selain pilihanraya, jika bukan dengan kekerasan atau angkat senjata. Di Sabah, beberapa kali pernah berlaku dan di Perak ia baru saja berlaku pada 2009 lalu. Takkan Zahid tak tahu, kata mereka,

Sambil itu, rama juga yang mengingatkan Zahid agar tidak lupa bahawa pendedahannya mengenai pemimpin pembangkang yang didakwanya menjadi dalang tragedi Lahad Datu, sehingga sekarang masih tidak dijawabnya lagi.

Kata mereka, janganlah hendaklah pendedahan kali ini juga tiada jawapannya sampai akhirnya.

Begitu juga dakwaannya bahawa beliau mempunyai bukti Mohamad Sabu terlibat dengan ajaran Syiah, sampai sekarang juga gagal ditunjukkannya kebenaran itu kepada umum.

Memangnya Zahid, terutama sejak menjadi Menteri Dalam Negeri, suka menunjukkan beliau mempunyai maklumat itu dan maklumat ini, tapi akhirnya tidak lebih sekadar khabar yang dikutip daripada burung-burung berterbangan saja.

Ada pula berkata, Zahid tidak sepatutnya cuba memesongkan isu kerana beliau perlu lebih menumpukan perhatiannya untuk menjawab pertanyaan rakyat mengenai syarikat adiknya yang terlibat dalam bidaan menguruskan kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh melalui Kementerian Dalam Negeri yang diterajuinya.

Tambahan lagi, jika dilihat daripada pendedahan Zahid itu, beliau seperti mempunyai maklumat yang cukup lengkap mengenai usaha menggulingkan kerajaan itu. Tapi, sebagaimana selalu, beliau suka membiarkan orang berteka-teki, sama seperti orangramai mungkin berteka-teki sampai mati mengenai dalang Lahad Datu dan bukti syiahnya Mat Sabu.

Sehingga ini, dua pemimpin UMNO yang paling mungkin terlibat sebagaimana dakwaan Zahid itu, sudah pun menafikan penglibatan mereka. Muhyiddin Yassin mengatakan bodohlah jika beliau melakukannya kerana sudah terlibat dalam pembinaan kerajaan ini sejak 40 tahun yang lalu.

Tengku Razaleigh Hamzah pula berkata, beliau masih bersama kepimpinan Najib sambil menyindir, kerajaan hanya dapat digulingkan melalui kekuatan tentera dan tidak ada mana-mana individu yang mampu melakukannya dengan kekuatan biasa.

Begitulah bila Zahid sekali lagi cuba bikin gempar dalam negara. Bukannya kenyataannya itu mahu disokong atau dipuji, tetapi lebih ramai yang ragu-ragu dan skeptikal dengannya.

Sebabnya tidak lain ialah kerana Zahid dikenali sebagai pemimpin yang suka baling "bom asap" saja selama ini. Kadang-kadang berita dari burung berterbangan saja sudah dianggap seperti wahyu dari Tuhan.

Beliau sebenarnya membaling bom bukan untuk membunuh musuh tetapi agar semua tumpuan tertuju kepada kepulan asap itu saja. Apa gerakannya di sebalik asap berkepul-kepul itu hanya beliau saja mengetahuinya.

Sebab itu, jangan marah, kritik atau hentak Zahid dengan kenyataannya kali ini. Sekarang beliau sudah jadi orang nombor dua dalam kerajaan, tetapi kedudukannya masih belum selamat lagi untuk menjejak singgahsana Seri Perdana.

Dalam UMNO, kerusi nombor dua masih lagi dipegang oleh Muhyiddin. Zahid juga tidak boleh percaya sepenuhnya kepada Najib untuk memberi laluan "smart tag" kepadanya kerana masih ada Hishammuddin Hussein, sepupu Perdana Menteri sebagai pesaingnya.

Selain itu, di luar UMNO dan melalui tekanan Tun Mahathir, lebih banyak perancangan yang sukar dijangka untuk mengenepikan Najib daripada kedudukannya.

Maka, tidak mustahil lebih banyak lagi "bom asap" akan diletupkan Zahid selepas ini.

Tujuan Zahid membaling "bom asap" mengenai wujudnya usaha menggulingkan kerajaan ini jika dihalusi disebabkan beberapa faktor. Antaranya, beliau ingin menyampaikan mesej bahawa kerajaan pimpinan Najib sekarang ini teramat lemah dan boleh ditukar bila-bila masa saja melalui undi tidak percaya di Parlimen.

Dengan itu, Najib akan meletakkan lebih pergantungan kepadanya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri untuk memantau serta mengekang gerakan tersebut. Zahid secara tidak langsung memberitahu kedudukan kerajaan yang lemah itu adalah disebabkan isu-isu yang membeliti Najib sendiri.

Sementara kasih sayang Najib diharapkan lebih tertumpah kepadanya melalui pendedahan itu, Zahid dalam masa yang sama juga dapat mengukuhkan lagi kedudukannya melalui kelam kabutnya orangramai disebabkan "asap" itu.

Zahid bukan saja anak didik Anwar Ibrahim, tetapi cara gaya berpolitiknya juga tidak banyak berbeza dengan bekas Ketua Pembangkang itu. Bagaimana beliau mengumpul dan menjaga kekuatan sokongannya dalam UMNO adalah sama seperti Anwar dahulu. Jika Anwar suka pegang janggut orang bila bertemu kenalan lamanya, selain pegang janggut, Zahid pula kerap "cucuk perut" untuk menunjukkan keakrabannya.

Selain itu, tindakan Zahid mendedahkan wujudnya usaha menggulingkan kerajaan ini juga bertujuan menyindir Najib dan mengingatkannya tentang "karma" yang pasti menimpa berikutan Najiblah yang mengetuai gerakan menggulingkan kerajaan Perak pimpinan Nizar Jamaluddin pada 2009 dahulu.

Dengan kata lain, kalau ikut lenggok cakap orang Bagan Datoh, maksudnya ialah "dulu kau gulingkan orang, kali ini tunggulah kau kena guling pulak."

Zahid hakikatnya tahu menukar kerajaan melalui undi tidak percaya di Parlimen adalah "halal" dan dibenarkan oleh perlembagaan. Tetapi di Perak dahulu, usul tidak percaya itu tidak dibawa pun ke sidang DUN, hanya dipersembahkan kepada Istana Perak saja.

Sambil mengingatkan itu, Zahid juga sebenarnya ingin menakut-nakutkan Najib akan ketentuan Tuhan yang selalu "bayar cash" semua dosa dan kecurangan di dunia ini lagi.

Lebih-lebih lagi Zahid juga tahu Najib turut menghadiri Malam Doa Untuk Malaysia di Dataran Merdeka pada malam tadi.

Untung-untung Najib jadi takut dan terganggu fikirannya, tambahan lagi beban 1MDB dan isu RM2,600 juta jauh lebih berat lagi bahananya di sisi Tuhan, lalu mungkin sedia menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepadanya.

Jika ini tidak berjaya menggugat Najib, tunggulah "bom asap" seterusnya lagi daripada Zahid. (SH 16/08/2015)
 
 
KHL

TIMBALAN PERDANA MENTERI JANGAN KELIRUKAN RAKYAT - Oleh Zainuddin Maidin

Posted: 16 Aug 2015 08:30 AM PDT


Zar Ali's photo. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi tidak seharusnya mengelirukan rakyat antara usaha untuk menggulingkan kerajaan dengan usaha untuk menngulingkan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri.

Jangan membesarkan pekara yang kecil dan mengecilkan pekara yang lebih besar. Sebagai seorang Menteri DalaM Negeri beliau tahu hal yang sebenarnya.

Datuk Seri harus sedar bahawa ketidaksetabilan, kekecohan dan kemurungan negara sekarang adalah kerana Najib mempertahankan tahktanya dan senghaja tidak mahu menghayati dengan sejujurnya perasaan rakyat terhadapnya dan isterinya sebailknya condong untuk menyalahkan kejahatan media sosial.

Hakikat ini tidak benar samasekali kerana tentangan tidak sahaja datang dari orang luar,dari orang atas pagar dan juga dari penyokong-penyokong setia UMNO tetapi dari dalam kepimpinan UMNO sendiri secara tersirat dan tersurat.

Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin sendiri telah mengkritik usaha untuk membendung dan menekan suara kebangkitan ini secara yang tidak demokratik. Apakah kritikannya boleh dipandang kecil sedangkan beliau dipileh kejawatannya secara demokratik oleh ahli ahli UMNO.

Orang Melayu khususnya orang UMNO sendiri sampai keperingkat sanggup meminta dikencingkan Najib bukanlah kerana mereka tidak sayang pada UMNO tetapi mereka mahu Najib diceraikan dari UMNO kerana telah tali menali pengurusannya yang flip flop dari parti hingga kepada negara sehingga tidak dihormati oleh pegawai-pegawai tinggi kerajaan sendiri.

Malah kita boleh bertanya kenaapakah Naib Presiden UMNO Datuk Hishammuddin sendiri menyatakan ketakutan terhadap masa depan UMNO. Apakah jika kempimpinan meyakinkan beliau akan bimbang dan takut.

Bagaimanakah poster-poster anti Najib boleh dinaikan dan tebiar beberapa hari di Johor sedangkan Menteri Besar sendiri adalah Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri. Adakah MB tidak tahu atau MB sendiri tidak berani memerentah diturunkannya? Kenapa MB tidak kutuk perbuatan biadab ini di negerinya sendiri.

Apakah benar dawkaan Pengarah JASA Puad Zakarshi yang menggambarkan dirinya sebagai jurucakap Istana mengatakan hubungan antara Istana Johor dengan Najib adalah baik? Rakyat hanya akan percaya jika datang dari jurucakap rasmi Istana Johor sendiri . Bilakah Puad di lantik menjadi jurucakap Istana Johor? atau hidung tak mancong pipi tersorong-tersorong?

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mempunyai segala sumber kuasa untuk mengetahui dan mengesahkan bahawa apa juga yang dibuat oleh Najib untuk membersihkan dirinya sudah tidak lagi dipercayai oleh rakyat kerana telah talimenali pengurusannya yang flip flop,dari soal IMDB, SPRM, Tabung Haji, Tabung Dana Politik RM 2.6 billion, GST, Akta Hasutan dan sebagainya yang menunjukan ketidak cekapan dan kepincangan dalam pengurusan keselamatan, kewangan, politik dan sosio ekonomi negara.

Yang tinggal hanya penampilannya yang segak dan kacak dan keupayaan luar biasanya untuk buat dak,buat sardin,buat tak reti.

Bagi rakyat cara mudah untuk memulihkan keyakinan negara ialah dengan Najib berundur secara teratur dan selamat.

Mengikut conventional beliau hendaklah digantikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Muhyiddin hendaklah mengekalkan Ahmad Zahid sebagai Timbalannya dan melantik Datuk Seri Hashamuddin Hussein sebagai Menteri Dalam Negeri.

Sebagai Perdana Menteri Muhyiddin hendaklah groom MB Kedah Mukhriz Mahathir dan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin untuk pemimpin masa depan negara dan memberikan tanggungjawab utama kepada mereka untuk memulihkan keyakinan rakyat terutama gulongan muda kepada UMNO.. Keduanya akan dapat diterima oleh semua kaum.

Walaupun saya tahu Tun Mahathir pernah menolak secara bersurat suatu jawatan yang ditawarkan oleh Datuk Seri Najib sebaik sahaja menjadi Perdana Menteri tetapi saya percaya Tun Mahathir akan menerimanya jika beliau dilantik oleh Muhyiddin untuk menjadi penasihat tidak rasmi kepada kerajaan Malaysia.

Ini adalah sangat penting untuk memulihkan keyakinan dari dalam dan luar negara terhadap keselamatan dan ekonomi.

Bua masa ini Datuk Seri Ahmad Zahid tidak perlu bimbang dengan gerakan untuk menggulingkan kerajaan kerana yang lebih bahaya api dalam sekam di dalam UMNO dan orang Melayu umumnya yang sedang membakar dan bersedia untuk membakar hangus UMNO dalam pilihanraya akan datang jika Najib masih kekal.

Rancangan untuk menggulingkan kerajaan hanya kerana hendak memenuhi cita-cita sesaorang yang mengidam untuk menjadi Perdana Menteri tidak mungkin menjadi realiti, tidak akan disokong oleh orang Melayu, tetapi yang lebih penting kepada tugas Zahid sekarang ialah menyelamatkan negara dan bukannya menyelamatkan Najib dan Rosmah.Aturkanlah laluan selamat dan terhormat kepadanya.

Zahid juga adalah seorang yang berpindidikan agama seperti Muhyiddin dan dalam keadaan yang runcing ini kembalilah kepada Allah,mintalah petunjuk dari Allah dengan sejujurnya dan janganlah berpolitik dengan Allah kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang.

Tuhanku aku telah menyampaikan seikhlas hatiku apa yang tersirat dihatiku-Amin


Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com

Ahmad Maslan Di Boo Oleh Ahli UMNO Bahagiannya Sendiri ?

Posted: 16 Aug 2015 08:00 AM PDT

Zaki Yamani's photo.
AKU INGATKAN PEMBANGKANG JE X SUKA DGN SI BODOH NI...

RUPA2NYA MACAI YG SAMA2 BODOH PUN X SUKA DGN DIA...

MEMANG TERBUKTILAH SIKAYU NI BETUL2 BANGANG...
BOOO SAMA DIA...

Berbuih nk mendapatkan balik sokongan....semua dia betul....sipuaka xnk ' back up' ke..

Posted: 16 Aug 2015 07:45 AM PDT

PANAS - MENTERI KATA PASUKAN KHAS SIASAT RM2.6 JUTA TAK SAH

Posted: 16 Aug 2015 07:12 AM PDT





Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyifatkan pasukan petugas khas untuk menyiasat dakwaan wang RM2.6 bilion didepositkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah "tidak sah".

"Sejak awal, pasukan khas itu ditubuhkan secara tidak sah. Mereka tidak sepatutnya menyiasat perdana menteri atau mana-mana individu berkaitan hal itu.

"Pasukan khas asal ditubuhkan bagi melihat keseluruhan polisi sistem perbankan seperti pengubahan wang haram, aliran dana haram, pengurup wang yang menggunakan cara yang haram untuk memindahkan wang dari dalam dan luar negara, transaksi wang secara haram melibatkan pengganas dan penjualan dadah serta kelemahan yang ada di dalam sistem.

"Ini adalah sebab kenapa peguam negara, Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan polis terlibat," katanya dalam wawancara dengan The Star Online.

Selain itu, Abdul Rahman berkata, peguam negara tidak sepatutnya terlibat dalam penyiasatan itu demi memastikan pengasingan kuasa.

Pasukan petugas khas itu dibubarkan dengan serta merta selepas Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail telah dipecat daripada jawatan tersebut dan diganti dengan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.

Walaupun pembubaran pasukan petugas khas itu, Abdul Rahman, yang juga menteri kabinet menegaskan bahawa siasatan masih boleh diteruskan.

Sembang Orang Kampung NASIHAT YANG BERHARGA

Posted: 16 Aug 2015 07:13 AM PDT



Inilah di antara tulisan terbaik
Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:

"Pada saat engkau mati janganlah kau bersedih.

Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu,
Kerana kaum muslimin akan mengurus jasadmu.
Mereka akan melucuti pakaianmu,
memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu
ke tempatmu yang baru, perkuburan.


Akan ada banyak orang yang mengantarkan jenazahmu
bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu.
Barang-barangmu akan dikemas,
kunci kuncimu, kitab, sepatu dan pakaianmu.


Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermnfaat untukmu.
Yakinlah;
dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. 


Ekonomi akan tetap berlangsung..


Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain.


Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu.


Sedangkan kamu yg akan dihisab
dan diperhitungkan dari hartamu!


Kesedihan atasmu ada 3;
Orang yg mengenalmu
sekilas akan mengatakan, kasihan.


Kawan-kawanmu
akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa-tawa!


Di rumah
ada kesedihan yg mendalam!


Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu,
sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun??


Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam kenangan!

Demikianlah

"Kisahmu telah berakhir di tengah tengah manusia".


Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai,
Akhirat!!


Telah musnah kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak.

Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta.


Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.

Pertanyaannya adalah:

Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu??

Hakikat ini memerlukan renungan.

Usahakan dengan sungguh-sungguh.


jalankan kewajiban-kewajiban,
hal-hal yg disunnahkan,
sedekah rahsia, merahasiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.


Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini
insyaAllah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat.


"Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin." Subhanallah.


Semoga Bermanfaat 

Derma RM2.6 Billion : Ketua Umno Bahagian Kuantan Dedah Siapa & Mengapa Derma

Posted: 16 Aug 2015 03:30 AM PDT



Ketua Umno Bahagian Kuantan, Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat mendedahkan derma RM2.6 billion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri sebenarnya adalah sumbangan politik dari Arab Saudi kepada negara ini.

Menurut beliau, derma ini adalah sebagai tanda penghargaan negara tersebut kepada Malaysia yang memperjuangkan Islam.

"Ia sebagai penghargaan kepada Malaysia yang memperjuangkan agama Islam dan mengamalkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah."

Menurut beliau juga wang tersebut juga diberikan sebagai tanda menghargai usaha kerajaan Malaysia yang komited menyekat penyebaran fahaman kumpulan IS.

Tambahnya lagi, bukan Malaysia sahaja yang menerima derma dari Arab Saudi.

"Bukan Malaysia sahaja yang menerima sumbangan atau derma daripada Arab Saudi, ada lagi dua tiga  negara lain turut menerima sumbangan sama, termasuk masyarakat Islam di Filipina dan (Selatan) Thailand," katanya memetik laporan dari Sinar Harian.

Datuk Seri Wan Adnan berkata perkara itu didedahkan sendiri oleh Datuk Seri Najib kepada 146 Ketua Umno Bahagian di dalam satu perjumpaan pada Rabu lalu.

Menurutnya juga, Presiden Umno itu turut menjelaskan wang itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau kerana ia sumbangan Arab Saudi kepada Najib dan bukannya kepada parti.

Wan Adnan juga berkata semua ketua bahagian berpuas hati dengan penjelasan tersebut selain menyuarakan harap supaya perkara ini tidak lagi dipanjangkan.

"Buat masa ini, kita menghadapi cabaran sangat berat dan jika krisis kepercayaan berlarutan, ia pastinya menyukarkan jentera parti untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Selaku Ketua Umno Bahagian ini, saya akan membentangkan usul menyokong penuh kepimpinan perdana menteri dan pemimpin Umno yang lain pada Persidangan Perwakilan Umno Bahagian minggu depan yang akan dirasmikan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein," katanya.


Sunday, August 16, 2015 Apa masalahnya? Bukankah Najib juga dilantik melalui Parlimen? Maka betullah aspan alias kata Zahid sudah sakit dan kena berubat! Zam pula kata - Jangan besarkan perkara yang kecil dan kecilkan perkara yang besar Akuan Bersumpah untuk singkir Najib Adam Abu Bakar | August 15, 2015 Ahmad Zahid Hamidi enggan mendedahkan identiti tokoh berkenaan dan membuat dakwaan itu berdasarkan maklumat dari sumber-sumber yang dipercayai. zahid,tokoh KUALA LUMPUR: Seorang tokoh UMNO didakwa sedang berusaha usaha untuk mendapatkan Akuan Bersumpah daripada Ahli Parlimen sama dari Barisan Nasional (BN) dan pembangkang dalam usahanya menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan perkara tersebut setelah mendapat maklumat dari sumber-sumber yang beliau sangat percayai. "Sehingga kini ada 88 Ahli Parlimen pembangkang termasuk bebas dan ada usaha untuk menarik Ahli Parlimen BN menyertai usaha itu. "Hairannya, ia diketuai oleh pemimpin UMNO, tetapi saya tidak mahu menamakan siapa. Biarlah masa yang menentukan," katanya sewaktu berucap bagi merasmikan UMNO Bahagian Ampang Kali Ke 12 pada Sabtu. Mengulas lanjut, Zahid menyatakan peguam kepada tokoh UMNO itu sedang menyiapkan memorandum sebanyak tujuh helai. Ia juga disertakan dengan kertas kuning untuk disembahkan kepada Yang DiPertuan Agong dan ia akan dikepilkan bersama akuan berkenaan untuk menyatakan mereka mendapat suara majoriti. Jelas Zahid lagi, selaku Menteri Dalam Negeri, dan juga Timbalan Perdana Menteri yang baru sahaja dilantik, beliau tidak akan membiarkan perkara sedemikian berlaku. "Sebagai Timbalan Presiden, Menteri Dalam Negeri, saya tidak akan benarkan ia terjadi. Posted by mountdweller

Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_web

Orang Melayu & Umno Najib

Posted: 16 Aug 2015 02:45 AM PDT



Ini isiu yang penting. Saya cuba huraikan dengan bahasa yang semudahnya. Jika ia melibatkan orang Melayu dalam UMNO sahaja, ia bukan hal saya.

Tapi ia melibatkan keseluruhan bangsa Melayu. Ada yang sokong UMNO, ada yang tidak sokong. Kita hormatilah perbezaan. ini bukan soal aqidah sehingga kita hendak berbunuhan sesama sendiri.

Sahabat saya ahli parlimen Bera, DS Ismail Sabri Yaakob baru2 ini mengistiharkan bahawa masa depan orang Melayu hanya dengan UMNO.Ini kenyataan yang menarik.

Hanya di Malaysia masa depan sesuatu bangsa itu bergantung kepada parti politik. Ditempat lain, masa depan sesuatu kaum bergantung kepada kaum itu sendiri.

Tuhan pun ada menyebut Dia tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka. Dia tidak sebut sehinga mengubah UMNO atau kekal UMNO.

Maka yang penting kita tanya, adakah mereka ada dalam diri mereka itu, himpunan nilai2 untuk membangun dan memajukan?

Terjemah kedalam politik, ia bererti sama ada mereka ada system nilai yang membentuk sebuah kerajaan yang didirikan diatas system perintah ikut hukum dikendalikan oleh yang terbaik dari kalangan kaum tersebut.Bila tuhan lantik Talut jadi raja dan pemimpin, kaum mereka protes. Meraka kata Talut tidak kaya dan bukan dari klik mereka. Tuhan nyatakan 2 syarat penting ialah sihat tubuh badan dan kuat minda nya. Melihat kepada apa yang Najib lakukan hari ini, macam ada sedikit sakit mental.

Hanya di Malaysia ianya lain. Bergantung mutlak kepada UMNO- sebuah parti politik. Tidak kira sama ada UMNO ada system nilai atau tidak, tidak kira pimpinan UMNO itu terbaik atau tidak dan tidak kira sama ada pimpinan UMNO itu korap atau tidak.

Agak nya, atas semangat itulah maka dia keluar kenyataan mahu bina Low Yatt untuk Melayu. Peniaga Melayu , pembeli nya Melayu. Dia lupa bahawa master distributor dan principals semua Cina.

Ini suatu pandangan yang haibat. Cukup haibat. Saya sangat alu alukan bila pemimpin UMNO bercakap mengenai Melayu.

Elok juga pemimpn UMNO bercakap mengenai pasaraya untuk Melayu, kedai runcit untuk Melayu( mamak mydin pun tak boleh) kopi tiam untuk melayu.

Paling elok, bikin undang2 mengharam orang Melayu beli daripada kedai bukan Melayu.

Namakan dasar ini, Jihad pengguna.

Atas nama keadilan, kalau kita dilarang beli dari kedai cina,larangan serupa mesti dikenakan keatas pekedai India. Haramkan makan nasi daun pisang.

Pemimpin UMNO bila bercakap memang bersemangat mengenai semua Melayu. Tapi bila melaksanakan dasar, rakan kongsi Cina belaka. Mereka bercakap mengenai perkara2 meMelayukan itu ini, sudah 45 tahun sejak 1970.

Apa yang terjadi sejak itu? Pegangan ekwiti Melayu secara individu sekitar 19%. Hanya memasukkan GLC, ekwiti Melayu tinggi. Itupun kalau kita anggap GLC mewakili kepentingan Melayu.

Berapa perniagaan yang sudah di divest oleh GLC kepada peniaga Melayu?

Ternyata GLC kayakan segelintir Melayu. Bagaimana kita atasi? Dengan mengurangkan perniagaan diberi kepada GLC.

Dan GLC seringkali berfungsi sebagai atm elit UMNO.

Nilai saham yang diberi kepada individu Melayu 1970-1990 bernilai RM54 billion, sekarang hanya RM2 billion. Mereka yang dapat borang pink , saham percuma, saham anugerah pada harga anugerah dengan pembiayaan anugerah, sudah jual masa depan bangsa Melayu.

Melayu menjual diri mereka sendiri. Melayu tidak berminat membina sumber aliran kekayaan berterusan. Dasar mengayakan segelintir Melayu dengan harapan terjadi lelehan kebawah, tidak berjaya.

Tapi itulah yang terjadi dalam dasar ekonomi yang UMNO laksanakan.UMNO memuliakan trickle down economics.

Bagaimana kesenjangan pendapatan antara kumpulan 20% teratas dengan kumpulan 40% terbawah atau dengan kita selebihnya ini? Kumpulan T20 pemilik pendapatan purata bulanan RM12,000; kita punya pendapatan purata mungkin hanya Rm2000. RM1686 untuk B40.

Makanya, semua cakap besar mengenai meMelayukan ini dan itu, semua nya omongan kosong.

Selagi sumber pengkayaan tidak diletakkan kedalam tangan ejen2 ekonomik secara lansung, mala masaalah ekonomi orang Melayu akan begitulah juga.

Ismail Sabri memang ada semangat untuk bercakap mengenai semua nya Melayu. Suatu ketika saya cukup kagum dengan usaha dia mahu menjadikan pengurangan dan penghapusan orang tengah sebagai suatu dasar. Maka lahirlah jihad orang tengah.

Tapi saya lihat pegawai Mardi di Raub beli buah durian bukan secara lansung dari petani Melayu, tapi beli dari pemungut dan pusat kumpulan durian yang dimiliki oleh orang Cina.

Penanam dapat untung 4 sekilo, orang tengah dapat untung RM6, MARDI dapat untung RM 10.

Siapa jadi orang tengah? Cina dan MARDI. Orang tengah bernama Si Mardi ini pula menjual; Di Singapura, sekilo RM60. Di Hong Kong RM70 sekilo. jika kos mardi ialah 70%, maka untung kasar sekilo si Mardi menjadi RM18-RM21 sekilo.

Mardi institusi kerajaan. Mereka boleh beli secara lansung jika pegawai nya rajin masuk bukit dan kampong Melayu.

Mengenai Ismail Sabri, dia ahli umno dan menteri UMNO maka kenyataan nya boleh kita simpati dan faham. Namun, kenyataan nya boleh dilihat sebagai self-serving juga. Kalau dia tak kata demikian, apa yang hendak dikata?

Perlukah Pengundi Melayu pada UMNO.

Kita telah buktikan bahawa , kita tidak musnah kerana tidak sokong UMNO dalam PRU13. Malah, bencana menimpa kita dengan kita mengekal Najib dan UMNO sebagai kerajaan.

Izinkan saya ulang sekali lagi. Daripada 11 juta pengundi dalam PRU13, 65% atau lebih adalah orang Melayu. Yakni 7.2 juta.

Jika semua undi yang UMNO dapat sebanyak 3.2 juta itu Melayu, orang Melayu yang tidak undi UMNO ialah 4.0 juta. Mengapa lah susah sangat orang UMNO faham bahawa pengundi Melayu yang tidak menyokong mereka lebih ramai daripada yang menyokong?

Perhatikan lagi. Mustahil 100% pengundi Melayu undi UMNO. Saya orang Melayu calun DAP pun dapat undi orang Melayu. Mungkin mereka mengundi saya sebab saya seperti mereka, adalah sesama Melayu, sesama beragama Islam dan sesama bertaat setia juga kepada Raja Melayu saya. Kepada mereka, ini pertimbangan yang lebih utama daripada melihat saya calun UMNO atau tidak. Ini bukti orang Melayu sedia sokong calun asalkan dia Melayu walaupun bukan dari UMNO.

Katalah daripada 3.2 juta yang undi UMNO itu 85% orang Melayu- maka jumlah yang mengundi UMNO ialah 2.72 juta Melayu.

Itu bererti jumlah Melayu yang tidak menyokong UMNO daripada 7.2juta ialah 4.5 juta.

Apa point saya?

Biarkan Melayu UMNO sahaja sokong kebathilan dan kemungkaran.

Point saya ialah kita sesama Melayu, sesama agama dan sesama Raja lebih baik biarkan semua ahli UMNO sokong apa yang presiden parti mereka lakukan. Kita jangan tercemar dengan kotoran dan daki yang umno bawa.

Kalau mereka anggap apa presiden parti buat tidak salah apa2, apa kita hendak sibuk?

Kecuali kita Melayu yang diluar UMNO tidak memerlukan sebuah parti yang memuliakan korapsi, salah guna kuasa, dan kerendahan akal budi. Kita tidak memerlukan parti seperti ini kerana ia bertentangan dengan nilai yang kita pegang.

Ia bukan parti Onn Jaafar, bukan UMNO Tengku Abdul Rahman dan bukan UMNO Tun Razak.

Bila mereka lakukan demikian, ertinya orang Melayu dalam UMNO akan mempertahankan pesalah, perasuah, pemimpin yang korap, penyamun dan perompak, pemimpin zalim dan pemimpin yang membodohkan rakyat khususnya orang Melayu.

Biarlah orang Melayu UMNO sahaja yang memaafkan penyonglap wang dan pemimpin bodoh- manakala kita, majoriti orang Melayu jangan mengikat diri kita dengan UMNO. - http://sakmongkol.blogspot.com/

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

IGP: Pengajur Bersih 4.0 hanya penting diri..??

Posted: 16 Aug 2015 02:00 AM PDT


Zar Ali's photo. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan penganjur Bersih 4.0 hanya mementingkan diri kerana sanggup mengadakan demonstrasi yang akan menjejaskan kehidupan harian orang ramai terutama peniaga dan pemandu teksi.

Beliau berkata nama Bersih hanyalah sekadar gelaran namun hakikatnya penganjur tidak mahu mematuhi undang-undang.

"Mereka minta 'clean' (bersih) itu, 'clean' ini tetapi diri sendiri kotor tidak mahu mematuhi undang-undang. Dia tidak mahu menjaga kepentingan orang lain, dia nak jaga hak dia sahaja, sesuka hati berhimpun.

"Cuba kita tengok, bila mereka mengadakan perhimpunan semua tutup kedai. Mereka (peniaga) ini tidak ada hak ke. Jadi, fikirkanlah juga hak orang lain," katanya mengulas cadangan penganjuran demonstrasi BERSIH 4.0 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur; Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah) pada bulan ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis perbarisan tamat latihan dan pentauliahan Kor Suksis Insitutut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kali ke-11 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Batu Pahat, hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Johor Datuk Rusli Ahmad dan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.

Khalid berkata, pihaknya juga mendapati penganjuran Bersih tidak lagi untuk memperjuangkan pilihan raya bersih namun lebih menjurus untuk menjatuhkan kerajaan.

"Ini saya bagi ingatan ... jika ini tujuan mereka (jatuhkan kerajaan), polis akan ambil tindakan-tindakan pencegahan dan saya ingatkan penganjur-penganjur Bersih agar berhati-hati," katanya.

Berhubung pendedahan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam bahawa terdapat gerakan untuk menggulingkan kerajaan yang didalangi seorang tokoh UMNO dengan sokongan anggota Parlimen pembangkang, Khalid berkata polis sedang memantau perkembangan yang berlaku ketika ini.

"Jika mana-mana orang dan parti politik cuba menurunkan kerajaan sedia tanpa mengikut Perlembagaan dan undang-undang (ia kesalahan serius), kita akan ambil tindakan," katanya.

Berkenaan Kor Suksis, beliau berkata, pihaknya sedang mempertimbang untuk mengkaji semula silibus latihan bagi memantapkan lagi pasukan itu.

Sebanyak 1,026 pelatih Kor Suksis menerima sijil tamat latihan pada majlis itu.


-Bernama



Bila terlalu bencikan kaum Cina ...

Posted: 16 Aug 2015 01:15 AM PDT


Zar Ali's photo. MP Seputeh Teresa Kok telah membuat laporan polis mengenai "tweet palsu Teresa Kok" yang mengapikan perasaan perkauman di Twitter. 

Dia pada mulanya menyangka bahawa seseorang telah menggunakan akaun Twitter beliau untuk tweet mesej tersebut, tetapi menyedari kemudiannya bahawa tweet tersebut adalah dari akaun lain yang didaftarkan untuk meniru supaya tweet tersebut kelihatan berasal dari beliau. 

"Ia merupakan satu imej tweet palsu, dibuat untuk kelihatan seperti saya yang menulis tweet itu. 

Saya akan membuat laporan hari ini, "katanya di Twitter hari ini. Tweet tersebut kononnya beliau telah berkata bahawa perogol, perompak dan penculik di Malaysia adalah Melayu. 

DAP juga telah menghantar mesej melalui Twitter mengatakan tweet tersebut adalah palsu ~ 15 Ogos 2015. - 

sumber

HARAPAN DAN IMPIAN BARU.



Wan Azizah Jawab Gambar Makan di dalam ETS

Posted: 16 Aug 2015 12:30 AM PDT


Wan Azizah Kesal Gambar Makan Jadi Viral ‎


Wan Azizah Wan Ismail

ALOR SETAR - Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kesal tindakannya makan dalam gerabak Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) baru-baru ini, menjadi viral dan dijadikan modal politik pihak tertentu mengaitkan dirinya sebagai pemimpin tidak wajar diteladani.

Mengulas perkara itu, katanya, ia bukan disengajakan, sebaliknya mendapat kebenaran daripada pengurusan Keretapi Tanah Melayu Berhad.

"Saya dalam perjalanan menaiki ETS dari stesen KL Sentral ke Ipoh. Bagaimanapun, gerabak yang ada kafe rosak dan digantikan gerabak lain, di mana dibenarkan makan di situ.

"Saya lapar, jadi saya makanlah. Lagipun saya tidak sepah sampah dan dapat kebenaran. Gambar yang menjadi viral itu bukan isu pun," katanya.

Difahamkan, gambar Wan Azizah sedang makan nasi lemak dalam ETS disebarkan melalui laman sosial dan ada pihak mempertikaikan tindakannya itu berikutan peraturan dalam gerabak tidak membenarkan makan dan minum.‎ - Sinar Harian/15/8/15

Jaga ahli Umno sahaja tidak cukup untuk menang PRU14, kata Khairy

Posted: 15 Aug 2015 11:45 PM PDT


Zar Ali's photo. Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata ahli parti perlu menerima hakikat kemenangan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang bergantung kepada rakyat yang memberi mandat untuk memerintah negara ini. 

Menjaga ahli Umno sahaja dan bergantung kepada kelemahan parti lawan tidak cukup untuk menjamin kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata ahli parti perlu menerima hakikat kemenangan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang bergantung kepada rakyat yang memberi mandat untuk memerintah negara ini.

"Menjaga ahli Umno sahaja tidak cukup atau mengharapkan kelemahan parti lawan untuk menang. Kita perlu kembali kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Padang Terap, di Kuala Nerang hari ini.

Justeru, katanya, kepimpinan parti perlu merangka strategi bagi memastikan anggota parti dan pengundi memberi kepercayaan kepada Umno dan BN untuk terus memerintah negara.

Beliau berkata Umno dan BN tidak akan memperolehi kemenangan pada PRU14 sekiranya tidak mendapat sokongan daripada rakyat.

Khairy, yang juga menteri belia dan sukan, berkata Umno perlu kembali kepada asas perjuangannya sebelum ini iaitu mendekati rakyat di peringkat akar umbi serta memastikan suara hati mereka didengar oleh kepimpinan parti.

Menurutnya, suara akar umbi adalah penting dalam memastikan Umno dan BN tidak kalah pada pilihan raya akan datang.

"Kita jangan membisu dan apa yang terbuku dalam hati kita suarakan. Ahli Umno tidak perlu cakap di belakang sebaliknya guna platfom seperti mesyuarat perwakilan ini untuk sampaikan isi hati mereka," katanya.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/…/jaga-ahli-umno-sahaja-…