Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI


HANYA BERTANYA

Posted: 14 Aug 2015 11:00 PM PDT

Pelik semenjak bilamuhyiddin suka

motorsikal besar
saje tanya

jangan marah 

Orang Melayu dan UMNO Najib.

Posted: 14 Aug 2015 10:30 PM PDT

Kemelayuan Ismail Sabri Yaakob.
 
Ini isiu yang penting. Saya cuba huraikan dengan bahasa yang semudahnya. Jika ia melibatkan orang Melayu dalam UMNO sahaja, ia bukan hal saya. 
 
Tapi ia melibatkan keseluruhan bangsa Melayu. Ada yang sokong UMNO, ada yang tidak sokong. Kita hormatilah perbezaan. ini bukan soal aqidah sehingga kita hendak berbunuhan sesama sendiri.
 Sahabat saya ahli parlimen Bera, DS Ismail Sabri Yaakob baru2 ini mengistiharkan bahawa masa depan orang Melayu hanya dengan UMNO.Ini kenyataan yang menarik. 
 
Hanya di Malaysia masa depan sesuatu bangsa itu bergantung kepada parti politik. Ditempat lain, masa depan sesuatu kaum bergantung kepada kaum itu sendiri. 
 
Tuhan pun ada menyebut Dia tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka. Dia tidak sebut sehinga mengubah UMNO atau kekal UMNO. 
 
Maka yang penting kita tanya, adakah mereka ada dalam diri mereka itu, himpunan nilai2 untuk membangun dan memajukan? 
 
Terjemah kedalam politik, ia bererti sama ada mereka ada system nilai yang membentuk sebuah kerajaan yang didirikan diatas system perintah ikut hukum dikendalikan oleh yang terbaik dari kalangan kaum tersebut.
 
Bila tuhan lantik Talut jadi raja dan pemimpin, kaum mereka protes. Meraka kata Talut tidak kaya dan bukan dari klik mereka. Tuhan nyatakan 2 syarat penting ialah sihat tubuh badan dan kuat minda nya. Melihat kepada apa yang Najib lakukan hari ini, macam ada sedikit sakit mental. 
 
Hanya di Malaysia ianya lain. Bergantung mutlak kepada UMNO- sebuah parti politik. Tidak kira sama ada UMNO ada system nilai atau tidak, tidak kira pimpinan UMNO itu terbaik atau tidak dan tidak kira sama ada pimpinan UMNO itu korap atau tidak. 
 
Agak nya, atas semangat itulah maka dia keluar kenyataan mahu bina Low Yatt untuk Melayu. Peniaga Melayu , pembeli nya Melayu. Dia lupa bahawa master distributor dan principals semua Cina. 
 
Ini suatu pandangan yang haibat. Cukup haibat. Saya sangat alu alukan bila pemimpin UMNO bercakap mengenai Melayu. 
 
Elok juga pemimpn UMNO bercakap mengenai pasaraya untuk Melayu, kedai runcit untuk Melayu( mamak mydin pun tak boleh) kopi tiam untuk melayu. 
 
Paling elok, bikin undang2 mengharam orang Melayu beli daripada kedai bukan Melayu.
Namakan dasar ini,  Jihad pengguna. 
 
Atas nama keadilan, kalau kita dilarang beli dari kedai cina,larangan serupa mesti dikenakan keatas pekedai India. Haramkan makan nasi daun pisang. 
 
Pemimpin UMNO bila bercakap memang bersemangat mengenai semua Melayu. Tapi bila melaksanakan dasar, rakan kongsi Cina belaka. Mereka bercakap mengenai perkara2 meMelayukan itu ini, sudah 45 tahun sejak 1970.
 
Apa yang terjadi sejak itu? Pegangan ekwiti Melayu secara individu sekitar 19%. Hanya memasukkan GLC, ekwiti Melayu tinggi. Itupun kalau kita anggap GLC mewakili kepentingan Melayu. 
 
Berapa perniagaan yang sudah di divest oleh GLC kepada peniaga Melayu? 
 
Ternyata GLC kayakan segelintir Melayu. Bagaimana kita atasi? Dengan mengurangkan perniagaan diberi kepada GLC. 
 
Dan GLC seringkali berfungsi sebagai atm elit UMNO. 
 
Nilai saham yang diberi kepada individu Melayu 1970-1990 bernilai RM54 billion, sekarang hanya RM2 billion. Mereka yang dapat borang pink , saham percuma, saham anugerah pada harga anugerah dengan pembiayaan anugerah, sudah jual masa depan bangsa Melayu. 
 
Melayu menjual diri mereka sendiri. Melayu tidak berminat membina sumber aliran kekayaan berterusan. Dasar mengayakan segelintir Melayu dengan harapan terjadi lelehan kebawah, tidak berjaya.
 
Tapi itulah yang terjadi dalam dasar ekonomi yang UMNO laksanakan.UMNO memuliakan trickle down economics. 
 
Bagaimana kesenjangan pendapatan antara kumpulan 20% teratas dengan kumpulan 40% terbawah atau dengan kita selebihnya ini? Kumpulan T20 pemilik pendapatan purata bulanan RM12,000; kita punya pendapatan purata mungkin hanya Rm2000. RM1686 untuk B40. 
 
Makanya, semua cakap besar mengenai meMelayukan ini dan itu, semua nya omongan kosong. 
 
Selagi sumber pengkayaan tidak diletakkan kedalam tangan ejen2 ekonomik secara lansung, mala masaalah ekonomi orang Melayu akan begitulah juga. 
 
Ismail Sabri memang ada semangat untuk bercakap mengenai semua nya Melayu. Suatu ketika saya cukup kagum dengan usaha dia mahu menjadikan pengurangan dan penghapusan orang tengah sebagai suatu dasar. Maka lahirlah jihad orang tengah. 
 
Tapi saya lihat pegawai Mardi di Raub beli buah durian bukan secara lansung dari petani Melayu, tapi beli dari pemungut dan pusat kumpulan durian yang dimiliki oleh orang Cina.
Penanam dapat untung 4 sekilo, orang tengah dapat untung RM6, MARDI dapat untung RM 10. 
 
Siapa jadi orang tengah? Cina dan MARDI. Orang tengah bernama Si Mardi ini pula menjual; Di Singapura, sekilo RM60. Di Hong Kong RM70 sekilo. jika kos mardi ialah 70%, maka untung kasar sekilo si Mardi menjadi RM18-RM21 sekilo. 
 
Mardi institusi kerajaan. Mereka boleh beli secara lansung jika pegawai nya rajin masuk bukit dan kampong Melayu. 
 
Mengenai Ismail Sabri, dia ahli umno dan menteri UMNO maka kenyataan nya boleh kita simpati dan faham. Namun, kenyataan nya boleh dilihat sebagai self-serving juga. Kalau dia tak kata demikian, apa yang hendak dikata? 
 
Perlukah Pengundi Melayu pada UMNO.
 
Kita telah buktikan bahawa , kita tidak musnah kerana tidak sokong UMNO dalam PRU13. Malah, bencana menimpa kita dengan kita mengekal Najib dan UMNO sebagai kerajaan. 
 
Izinkan saya ulang sekali lagi. Daripada 11 juta pengundi dalam PRU13, 65% atau lebih adalah orang Melayu. Yakni 7.2 juta. 
 
Jika semua undi yang UMNO dapat sebanyak 3.2 juta itu Melayu, orang Melayu yang tidak undi UMNO ialah 4.0 juta. Mengapa lah susah sangat orang UMNO faham bahawa pengundi Melayu yang tidak menyokong mereka lebih ramai daripada yang menyokong?
 
Perhatikan lagi. Mustahil 100% pengundi Melayu undi UMNO. Saya orang Melayu calun DAP pun dapat undi orang Melayu. Mungkin mereka mengundi saya sebab saya seperti mereka, adalah sesama Melayu, sesama beragama Islam dan sesama bertaat setia juga kepada Raja Melayu saya. 
 
Kepada mereka, ini pertimbangan yang lebih utama daripada melihat saya calun UMNO atau tidak. Ini bukti orang Melayu sedia sokong calun asalkan dia Melayu walaupun bukan dari UMNO.
 
Katalah daripada 3.2 juta yang undi UMNO itu 85% orang Melayu- maka jumlah yang mengundi UMNO ialah 2.72 juta Melayu. 
 
Itu bererti jumlah Melayu yang tidak menyokong UMNO daripada 7.2juta ialah 4.5 juta. 
 
Apa point saya?
 
Biarkan Melayu UMNO sahaja sokong kebathilan dan kemungkaran.
 
Point saya ialah kita sesama Melayu, sesama agama dan sesama Raja lebih baik biarkan semua ahli UMNO sokong apa yang presiden parti mereka lakukan. Kita jangan tercemar dengan kotoran dan daki yang umno bawa.  
 
Kalau mereka anggap apa presiden parti buat tidak salah apa2, apa kita hendak sibuk? 
 
Kecuali kita Melayu yang diluar UMNO tidak memerlukan sebuah parti yang memuliakan korapsi, salah guna kuasa, dan kerendahan akal budi. Kita tidak memerlukan parti seperti ini kerana ia bertentangan dengan nilai yang kita pegang. 
 
Ia bukan parti Onn Jaafar, bukan UMNO Tengku Abdul Rahman dan bukan UMNO Tun Razak. 
 
Bila mereka lakukan demikian, ertinya orang Melayu dalam UMNO akan mempertahankan pesalah, perasuah, pemimpin yang korap, penyamun dan perompak, pemimpin zalim dan pemimpin yang membodohkan rakyat khususnya orang Melayu. 
 
Biarlah orang Melayu UMNO sahaja yang memaafkan penyonglap wang dan pemimpin bodoh-  manakala kita, majoriti orang Melayu jangan mengikat diri kita dengan UMNO.
 
 
 

Buku "Dosa Dosa Mahathir" Tulisan Tuan Syed Hussein Al Attas Sudah Dilncarkan

Posted: 14 Aug 2015 10:00 PM PDT

Azmi Ibrahim's photo.

FAKTA BUKAN AUTA..

Tidak ada seorang pun Timbalan kepada Mahathir yang survived untuk mengambil alih kepimpinan dari dia...semua "dibunuhnya".


Paklah "Timbalan Bidan Terjun" selepas Mahathir bunuh Anwar Ibrahim pun akhirnya Mahathir bunuh tahun 2009.

Hari ini Najib yang tak pernah jadi Timbalan dia pun nak dibunuhnya.



Apa korang buta mata dan mata hati ke hingga tak nampak Keling Keturunan Kerala ini punya angkara?
Baik korang terjun kolam kumbahan taik lagi baguslah...

P/S : Sape nak tahu RAHSIA Mahathir yg korang tk pernah tahu sebelum ini pm aku laju laju..cuma RM100 senaskah.


 
TUN ABDULLAH DISINGKIR SETELAH MAHATHIR DILUAR KERAJAAN


Mana baki RM2.6 bilion, Muhyiddin tanya Najib OLEH MD IZWAN

Posted: 14 Aug 2015 09:15 PM PDT


Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak besar dan jika ia masih berbaki, beliau harus memaklumkan di mana wang tersebut kini disimpan.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak besar dan jika ia masih berbaki, beliau harus memaklumkan di mana wang tersebut kini disimpan.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa perdana menteri menjelaskan mengenai baki dari wang RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun bank peribadinya selepas ia dikatakan sudah ditutup pada 2013 lalu.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, jumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak tersebut besar dan jika ia masih berbaki, beliau harus memaklumkan di mana wang tersebut kini disimpan.

"Apakah berbaki wang itu semasa ia ditutup? Kerana, jumlahnya itu besar. Kalau jumlahnya besar, pasti ia berbaki.

"Kalau masih berbaki, ke manakah wang itu?" soal Muhyiddin ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kemaman di Terengganu petang ini.

Muhyiddin berkata beliau tidak dapat menjawab mengenai soal wang tersebut, sebaliknya menggesa Najib yang juga menteri kewangan supaya menjelaskannya.

"Berapa banyak yang diterima? Berapa banyak wang digunakan untuk pilihan raya? Saya mana tahu. Saya tidak dapat.

"Saya rasa mungkin presiden Umno dapat menjawabnya," katanya merujuk kepada Najib.

Kontroversi tercetus selepas The Wall Street Journal membuat pendedahan berkenaan wang RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib bagi kegunaan kempen pilihan raya pada 2013 lalu.

Najib tidak menafikan pada awalnya tetapi memberi amaran ke atas akhbar luar negara tersebut akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka.

Susulan daripada pendedahan tersebut, sebuah pasukan khas terdiri daripada pihak polis, Bank Negara Malaysia, Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditubuhkan bagi menyiasat tuduhan itu.

Baru-baru ini, pihak SPRM mengumumkan wang tersebut adalah derma politik kepada Najib tetapi tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai sumber wang tersebut.

Beberapa ahli Kabinet Najib sebelum ini berkata, tidak salah wang disalurkan ke dalam akaun peribadinya kerana beliau mempunyai kapasiti menjadi pemegang amanah bagi Umno.

Malah, Muhyiddin sebelum ini dalam sebuah video yang dibocorkan juga pernah mempersoalkan Najib mengenai kontroversi dana tersebut dan menuntut penjelasannya. – 14 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Dr Zaleha Rektor UIA paling menghampakan – EXCO Selangor FMT Reporters

Posted: 14 Aug 2015 08:30 PM PDT


Zar Ali's photo.

Tindakan Rektor UIA sejak pelantikannya didakwa telah membawa UIA kebelakang dari segi kebebasan akademik dan perkembangan ilmu.

  Dr. Zaleha

PETALING JAYA: Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin didakwa rektor paling teruk dalam sejarah universiti susulan penggantungan dua mahasiswa.

EXCO Pendidikan Negeri Selangor, YB Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Dr Zaleha terlalu menitikberatkan politik UMNO berbanding memartabatkan UIA.

Katanya, mengimbau kembali perilaku dan tindak balas Dr Zaleha kepada beberapa perkara semenjak pelantikannya, ia seakan-akan UIA sudah lebih kebelakang dari segi kebebasan akademik dan perkembangan ilmu.

"Saya rasa tidak salah jika saya katakan bahawa Rektor yang sedia ada sekarang ini merupakan antara yang paling menghampakan di dalam sejarah Universiti tersebut.

"Rektor yang sedia ada terlalu menitikberatkan faktor politik UMNO – daripada berusaha mempertingkatkan martabat Universiti yang menampilkan moto 'Taman Ilmu dan Budi'," katanya menerusi kenyataan media.

UIA menggantung Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPP) , Hanif Mahpa dan Afiqah Zulkifli, EXCO MPP UIA selama dua semester (iaitu setahun) kerana menganjurkan forum GST dan menjemput Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Ketua Angkatan Muda PKR itu menggesa UIA menimbang semula keputusan itu dan membenarkan kedua-kedua mahasiswa tersebut untuk menyambung pelajaran serta-merta.

"Saya juga ingin menyarankan agar UIA memulihkan kredibiliti Universiti dengan memberikan keutamaan semula kepada

kepentingan akademik dan pelajar.


"Cukup-cukuplah mencalarkan reputasi sebuah institusi akademik yang dahulunya disegani ramai, tiada manfaat yang baik jika terus-menerus berpaksikan dasar dengan politik UMNO yang kolot," katanya.


FMT

TUKAR KEPIMPINAN SELAMATKAN MALAYSIA DARI BENCANA POLITIK DAN EKONOMI, KATA AZMIN

Posted: 14 Aug 2015 08:00 PM PDT

Bob Kelanang
Bob Kelanang's photo.

Menteri Besar Selangor YAB Mohamed Azmin Ali berkata hakikatnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempermainkan rakyat dengan menyalahkan pihak lain berkenaan kejatuhan matawang negara. 

Ringgit yang jatuh menjunam hanya boleh dihentikan sekiranya ada perubahan besar dalam kepimpinan negara, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini, yang mengatakan ia juga perlu bagi mengelakkan Malaysia daripada bencana politik dan ekonomi. 

Timbalan presiden PKR itu juga mendakwa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak "mempermainkan" rakyat apabila beliau menyalahkan "mainan dan spekulasi politik" negara yang menyebabkan ringgit makin susut berbanding dolar AS, sedangkan hakikatnya beliau sepatutnya mengambil tanggungjawab.


"Kenyataan perdana menteri semalam yang 'mainan dan spekulasi politik yang keterlaluan menyebabkan sentimen yang tidak menentu terhadap pentadbiran negara', jelas bertujuan menyalahkan pihak lain selain dirinya yang mengakibatkan krisis matawang.

"Tiada apa selain perubahan besar dalam kepimpinan dan kesaksamaan politik boleh menghentikan kejatuhan merudum itu serta memelihara kita dari ambang bencana negara," kata Azmin dalam satu kenyataan hari ini. 

Azmin hari ini berkata orang ramai tidak terpedaya dengan "grandstanding" Najib dan "sound bites" perhubungan awam beliau.

Ringgit dijangka terus lemah selagi ketidaktentuan politik berterusan, katanya.


Ringgit mencecah paras terendah 4.0725 kepada dolar AS pagi ini selepas harga minyak mentah jatuh di bawah AS$42 (RM171) setong.


"Oleh itu, perdana menteri mesti berhenti berpura-pura mempamerkan seolah-olah keadaan berjalan seperti biasa dan beliau boleh terus memimpin negara keluar daripada keadaan huru-hara ini hanya dengan menyingkirkan timbalannya dan melantik menteri baru bagi menunjukkan sokongan yang dimilikinya," katanya.


Azmin merujuk kepada tindakan Najib baru-baru ini yang merombak Kabinetnya dengan menggugurkan mereka yang mengkritik cara beliau mengendalikan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Najib juga merupakan menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.


Azmin berkata Najib gagal membersihkan dirinya dari skandal kewangan 1MDB yang melibatkan hutang sebanyak RM42 bilion, khususnya wang RM2.6 bilion dalam akaun beliau yang dikatakan sumbangan penderma politik, serta kesannya terhadap negara.


Beliau berkata, memang wujud faktor luaran yang menyebabkan kejatuhan ringgit, seperti penurunan harga minyak, kemungkinan kenaikan kadar faedah AS dan susut nilai yuan China.


"Tetapi faktor-faktor ini memberi kesan kepada mata wang lain di rantau ini juga. Persoalannya ialah, mengapa ringgit kita yang paling teruk antara semua mata wang utama serantau?" soal Azmin.


Katanya, tindakan baru-baru ini seperti pembubaran anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), hasil rombakan Kabinet, dan halangan yang jelas terhadap penyiasat anti-rasuah yang menyiasat syarikat berkaitan 1MDB, juga menampakkan seolah-olah ada pakatan sulit dan konspirasi dalam kerajaan, yang memburukkan lagi persepsi negatif terhadap kepimpinan negara.

FMT

Bahan kimia dalam rokok elektrik jadi pemangkin kanser - FMT Reporters

Posted: 14 Aug 2015 07:30 PM PDT


kanser_rokok_600Proses pengewapan cecair nikotin akan disedut pengguna dan wap nikotin mempunyai sifat yang sama dengan asid nitrik yang menjadi punca kanser.
PETALING JAYA: Asid yang terkandung dalam cecair nikotin dalam rokok elektronik menjadi pemangkin kepada kanser di dalam badan.

Ketua Pegawai Perubatan Pusat Saringan Kanser, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) Dr Dalilah Kamaruddin berkata proses pengewapan cecair nikotin, yang dihasilkan daripada rokok elektronik mempunyai sifat yang sama dengan asid nitrik.

Katanya, walaupun dalam sukatan kecil juga boleh memudaratkan kerana proses resapannya ke dalam darah berupaya mengubah kandungan efisien dalam badan, kerana selain nikotin, cecair itu juga mengandungi gliserin.

"Malahan nikotin yang diwapkan itu sama dengan asid nitrik yang boleh menyebabkan kanser," katanya kepada Bernama.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam meminta pengguna shisha dan vapor supaya berhenti menggunakannya buat sementara waktu sehingga keputusan mengenai risikonya diumumkan dalam tempoh dua bulan lagi.

Kementerian itu kini sedang berbincang dengan pelbagai agensi dan pihak berkaitan bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai kesan penggunaan rokok elektronik itu.

Bagaimanapun, rata-rata pengguna vapor berdegil enggan berhenti menggunakannya kerana ia dilihat sebagai satu alternatif yang baik daripada merokok.

Bagi seorang juruteknik dari Manjung, Perak, Syafiq Ali, 24, misalnya, menjadi perokok tegar selama beberapa tahun kini berubah haluan kepada vapor.

Tidak terlalu ketagih dengan vapor kerana katanya ia tidak memberi kepuasan berbanding rokok biasa, Syafiq sanggup membelanjakan RM500 untuk membeli vapor hanya kerana mahu mengikuti trend baharu.

Dalam pada itu, vapor juga dijadikan alasan untuk berhenti merokok bagi Mohd Luqman Hashim, 26, dari Cheras.

"Saya sudah lima bulan berhenti merokok sejak menggunakan vape ini. Bagi saya vape lebih selamat berbanding rokok," katanya.

Bagaimanapun seorang pengendali kafe di Klang, Selangor pula memberitahu vapor telah menyebabkan perokok tegar berhenti merokok dan ini turut diakui oleh ahli keluarga yang berterima kasih kepadanya.

"Saya didatangi ahli keluarga semata-mata untuk ucap terima kasih kerana anak mereka sudah tidak merokok. Saya tidak melihat vaporing sebagai satu masalah, apapun kita tunggu kuputusan kementerian," katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Sugu kepada FMT.

VIDEO - Zeti tak undur, terus terajui Bank Negara hingga 2016

Posted: 14 Aug 2015 07:00 PM PDT


VIDEO - Anwar cengkung tapi masih tersenyum

Posted: 14 Aug 2015 06:30 PM PDT


Anwar cengkung tapi masih tersenyum.
 
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir sebagai saksi untuk kes saman bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sempat melemparkan senyuman kepada penyokongnya.

Anwar yang menjalani humuman penjara di Sungai Buluh, dikawal ketat oleh warden penjara dan anggota polis yang membuat 'rantai manusia' bagi menghalang orang ramai dan penyokong yang mahu menghampirinya.

Kes saman hari ini diketepikan selepas Khalid dan Saifuddin berbincang selama dua jam.

VIDEO - Bekas MB bersumpah 1MDB minta cagar telaga minyak ??

Posted: 14 Aug 2015 05:45 PM PDT

 

SEMUGA ALLAH BERSAMA MEMELIHARA KEPADA ORANG YANG BERCAKAP BENAR.


Bekas MB Terengganu bersumpah 1MDB minta cagar telaga minyak OLEH MD IZWAN

Posted: 14 Aug 2015 05:43 PM PDT

Zar Ali's photo.Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata Sultan Terengganu sendiri mengetahui hasrat 1MDB mencagarkan minyak dan gas asli di perairan Terengganu, merujuk langkah yang ingin diambil Terengganu Investment Authority (TIA), syarikat terdahulu sebelum ditukar menjadi 1MDB. 

Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata Sultan Terengganu sendiri mengetahui hasrat 1MDB mencagarkan minyak dan gas asli di perairan Terengganu, merujuk langkah yang ingin diambil Terengganu Investment Authority (TIA), syarikat terdahulu sebelum ditukar menjadi 1MDB.



Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said bersumpah mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pernah berhasrat mencagarkan minyak dan gas asli di perairan negeri itu.

Berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Bahagian Umno Kemaman hari ini, beliau menafikan mereka cerita tersebut.

Malah katanya, Sultan Terengganu sendiri mengetahui perkara itu, merujuk langkah yang ingin diambil Terengganu Investment Authority (TIA), syarikat terdahulu sebelum ditukar menjadi 1MDB.

"TIA ingin cagarkan minyak di Terengganu. Saya bersumpah 'wallahi wabillahi'.

"Ini bukan cerita sensasi. Saya sedia bersumpah di mana sahaja untuk mempertahankan cerita ini," kata Ahmad, yang juga Ketua Bahagian Kemaman.

Ahmad pernah membuat dakwaan tersebut pada Mei lalu, di Dewan Undangan Negeri Terengganu, apabila beliau berkata, keputusan untuk menggunakan sumber petroleum di negeri itu kemudiannya ditarik balik.

Dakwaan beliau itu kemudiannya diulang bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menjadi pengkritik utama Datuk Seri Najib Razak.

TIA ditubuhkan pada 2008 untuk mengurus dan melaburkan royalti daripada sumber petroleum di negeri itu, dan ditukar menjadi 1MDB pada 2009 selepas Najib menjadi perdana menteri pada tahun itu.

Menurut Ahmad lagi, pegawai atasan yang dilantik dalam TIA berasal dari Kuala Lumpur dan beliau sendiri tidak mengenali mereka.

"Cadangan nak tubuhkan TIA ini, semua orang dari Kuala Lumpur. Tan sri dan datuk seri yang saya sendiri tidak kenal dan kenal pada nama sahaja," katanya.

Banyak perkara yang mencurigakan mengenai TIA, kata Ahmad, bagaimanapun beliau tidak mahu mendedahkannya, mengatakan beliau menunggu masa yang sesuai untuk membongkar segalanya.

"Saya simpan dahulu buat sementara waktu, bila sampai masanya saya akan dedahkan lagi," katanya.

Dalam ucapannya juga, Ahmad menggesa supaya 1MDB menjelaskan mengenai hutang RM42 bilion yang ditanggung dana pelaburan negara itu dan menyenaraikan bagaimana mereka boleh mengumpul hutang sebanyak itu.

Mengulas pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Kabinet bulan lepas, hanya kerana mempersoalkan isu 1MDB, beliau menyifatkannya sebagai tidak wajar.

"Tak boleh macam itu... kerana Tan Sri hanya digugurkan sebab 1MDB," kata Ahmad dalam majlis yang turut sama dihadiri timbalan presiden Umno itu yang merasmikan mesyuarat perwakilan itu.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Muhyiddin pertikai pembubaran pasukan petugas siasat 1MDB, dakwa ada campur tangan OLEH MD IZWAN

Posted: 14 Aug 2015 05:00 PM PDT


Zar Ali's photo.

Beliau juga menggesa supaya tiga agensi penguatkuasa yang menganggotai pasukan itu sebelum ini tidak berhenti daripada mengambil tindakan undang-undang mengikut bidang kuasa masing-masing jika wujud salah laku membabitkan 1MDB. 

Beliau juga menggesa supaya tiga agensi penguatkuasa yang menganggotai pasukan itu sebelum ini tidak berhenti daripada mengambil tindakan undang-undang mengikut bidang kuasa masing-masing jika wujud salah laku membabitkan 1MDB. 

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempertikaikan keputusan pembubaran pasukan petugas khas yang menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada ketika siasatan itu masih belum selesai dan tidak menolak wujud campur tangan pihak tertentu di dalamnya.

Beliau juga menggesa supaya 3 agensi penguatkuasa yang menganggotai pasukan itu sebelum ini – Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia – tidak berhenti daripada mengambil tindakan undang-undang mengikut bidang kuasa masing-masing jika wujud salah laku membabitkan 1MDB.

Katanya, walaupun pasukan itu kini dibubarkan, ia tidak bermakna pihak bertanggungjawab tidak boleh mengambil tindakan daripada sudut undang-undang.

"Seperti Bank Negara, untuk menyiasat daripada sudut perundangan berkaitan kewangan. Atau pun SPRM, kalau ada elemen rasuah dan sebagainya. Atau pun pihak polis, yang boleh menggunakan undang-undang jenayah dan sebagainya. 

"Mereka perlu bertindak," kata Muhyiddin ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kemaman di Terengganu petang ini.

SPRM pada 5 Ogos mengumumkan pasukan petugas khas tersebut dibubarkan dan 3 agensi yang menganggotainya diminta membuat siasatan secara sendirian.

Timbalan presiden Umno itu berkata, kesan daripada pembubaran pasukan khas tersebut menyebabkan siasatan ke atas 1MDB tidak dapat dilaksanakan dan terbengkalai ketika ini.

"Yang menjadi persoalan hari ini, kenapa langkah yang sedang dilaksanakan dilihat terbengkalai sedikit, dilihat macam tidak dapat diteruskan dengan licin dan lancar?

"Dan ada campur tangan yang menyebabkan timbul isu dan masalah, sebagaimana kita lihat dan saksikan sekarang ini," katanya dipercayai merujuk kepada tindakan polis menyoalsiasat pegawai SPRM dan pertukaran pegawai kanan agensi anti-rasuah itu.

Muhyiddin berkata, kemelut yang timbul sesama agensi anggota penyiasat pasukan khas tersebut juga menambah masalah dan menyebabkan siasatan tergendala.

"Kenapa ada tindakan diambil pihak tertentu yang sedang menyiasat perkara ini?... Malangnya, apabila ia dimulakan, hari ini ia agak tergendala," katanya.

Sebuah pasukan petugas khas ditubuhkan bagi menyiasat 1MDB dan dakwaan berbilion ringgit dipindahkan daripada syarikat berkaitan dana pelaburan negara itu ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

The Wall Street Journal dan laman web pemberi maklumat Sarawak Report melaporkan awal bulan lalu, sejumlah hampir AS$700 juta (RM2.67 bilion) didakwa dipindahkan dari dana milik negara ke dalam dua akaun bank di bawah nama Najib di AmBank pada awal 2013.

Bagaimanapun, koordinasi pasukan khas tersebut dilihat bercelaru dengan pihak polis membuat tangkapan dan menyiasat beberapa individu daripada SPRM dan Bank Negara.

Malah, dua Pengarah SPRM yang terbabit dalam operasi khas menyiasat kes 1MDB, dan bekas anak syarikatnya SRC International, juga ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri minggu lalu atas alasan timbul "isu disiplin."

Namun, keputusan tersebut dibatalkan selepas Putrajaya dikritik hebat. – 14 Ogos, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com.

Razaleigh-Mahathir pact to oust ‘weakening’ Najib FMT Reporters

Posted: 14 Aug 2015 04:30 PM PDT


Mahathir_Tengku-Razaleigh-Hamzah_600

The former Prime Minister turned to the Best Prime Minister Malaysia never had after trying for more than a year on his own and failing.

KUALA LUMPUR: A Hong Kong-based news portal, Asia Sentinel, claims that former Prime Minister Mahathir Mohamad, 90, and Tengku Razaleigh Hamzah, 78, met on August 11, agreed to bury the hatchet and join forces with the common objective of toppling Prime Minister Najib Abdul Razak.

Their mutual concern is that Najib has "turned rogue" and become a danger to Umno come the 14th General Election in 2018.

His poor management of the economy, involvement in numerous scandals, refusal to explain them, and a lavish lifestyle in a nation where wages have remained stagnant for decades are other issues which have the two old warhorses worried.

Their marriage of convenience, for want of a better term, appears to have come at the right time after Mahathir failed to oust Najib on his own despite trying for over a year. The portal reckons that Najib is losing his grip on Umno at the grassroots level. 

"He still has the loyalty of a large number of the 191 divisional cadres, mostly through vast payments that provide them with electoral resources and jobs between elections, but the grassroots are another matter."

The portal does not spell out the specifics of how the aging duo plan to oust Najib from office.

They agree however, that Parliament Speaker Pandikar Amin Haji Mulia would be a stumbling block if a confidence motioned is introduced in the August House to move for the Prime Minister's departure through constitutional means.

As far as numbers go, said the portal, the 89 Opposition seats may be behind the duo in a no-confidence move in Parliament. "The ruling Barisan Nasional (BN) has 133 seats, but Umno holds only 88 of them."

Mahathir and Razaleigh fell out in 1986 when the economy went into deep recession and the former was blamed for pushing a Malay Economic Agenda to the limits. Their relationship worsened when Deputy Prime Minister Musa Hitam quit and joined forces with Razaleigh to oust Mahathir.

In the 1987 Umno Presidential election, Mahathir beat Razaleigh by 43 votes. A Court later ruled that some of Mahathir's votes had come from 33 illegal branches and ruled the party unlawful instead of discounting the invalid votes and handing the party presidency to Razaleigh. He then became known as the Best Prime Minister that Malaysia never had.

Nabi Yusuf AS - by jalanakhirat

Posted: 14 Aug 2015 09:00 AM PDT


Nabi Yusuf a.s. – (نبي يوسف عليه السلام) – merupakan salah seorang daripada golongan nabi dan rasul yang wajib diketahui. Kisah baginda dikisahkan dalam al-Qur'an iaitu dalam Surah Yusuf. Kisah baginda turut dikisahkan dengan nama Joseph, dalam Perjanjian Lama, (Yosef, Hebrew: יוֹסֵף).

Keluarga

Baginda merupakan putera ketujuh (ada sumber mengatakan anak kesebelas) Nabi Ya'akub a.s. dan baginda berkongsi ibu yang dikenali sebagai Rahil dengan adiknya, Bunyamin.

Baginda mempunyai 12 orang adik beradik lelaki dan baginda mempunyai rupa paras yang tampan dan dimanjai oleh bapanya. Walau bagaimanapun, ibu kandungnya wafat ketika baginda berusia 12 tahun.

Kasih sayang yang diperolehi dan kelebihan pada baginda dan Bunyamin mendorong 10 adik-beradik lelaki dari ibu yang lain berasa iri-hati dan dengki yang mewujudkan komplot menarik perhatian bapa mereka. Mereka bercadang untuk membunuh baginda.

Yahudza, anak lelaki keempat dari Nabi Ya'akub dan yang paling cekap dan bijaksana di antara mereka tidak bersetuju dengan cadangan pembunuhan memandangkan perlakuan tersebut adalah dilarang.

Maka, demi menghalau Yusuf, dia mencadangkan untuk mencampakkan baginda ke dalam sebuah "perigi buta" yang terletak di persimpangan jalan kafilah-kafilah dagang dan para musafir beristirehat. Dengan itu, berkemungkinan Yusuf akan diselamatkan dari perigi tersebut dan di bawa oleh sesiapa sahaja untuk dijadikan hamba.

Mimpi agung

Pada malam saudara baginda mengadakan komplot tentang baginda, Yusuf sedang tidur dan bermimpikan suatu yang aneh lalu menceritakan kepada ayahnya:
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".

Bapanya berkata: "Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia."

Dan demikianlah caranya Tuhanmu memilihmu dan akan mengajarmu tafsir mimpi serta akan menyempurnakan nikmatNya kepadamu dan kepada keluarga Ya'akub sebagaimana Dia telah menyempurnakannya kepada datuk nenekmu dahulu: Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (12:4-6)

Mimpi tersebut menunjukkan kelebihan yang diberikan Tuhan kepada baginda Nabi Yusuf. Amatlah berbahaya untuk membongkarkan mimpi tersebut kepada adik-beradiknya yang lain memandangkan dia dan adiknya, Bunyamin sudahpun dicemburui.

Yusuf dimasukkan ke dalam perigi

Pada hari sebelum mereka menjalankan rancangan, adik beradik Yusuf menghadap Nabi Ya'akub untuk meminta izin membawa Yusuf bermain bersama mereka tetapi bapanya bimbang akan keselamatan Yusuf yang berkemungkinan baginda akan dimakan serigala jika mereka tidak menjaganya.

Mereka berjaya menjalankan rancangan mereka dengan mencampakkan Yusuf ke dalam perigi dan pulang ke rumah pada senjanya dengan berpura-pura menangis dan mengatakan Yusuf dimamah serigala sambil menunjukkan baju Yusuf yang dilumuri darah palsu.

Kehidupan di Mesir

Sementara itu, baginda Nabi Yusuf telah ditemui oleh rombongan pedagang yang berhenti untuk mengambil air lalu baginda dibawa ke Mesir.

Di sana, baginda dijual dengan harga beberapa dirham sahaja. Baginda dibeli oleh seorang berbangsa Qibti atau Mesir yang bernama Futhifar (dalam al-Qur'an digelar al-Aziz – diceritakan bahawa beliau adalah ketua polis). Baginda berkhidmat sebagai hamba di Mesir sehingga dewasa.

Isteri Futhifar (Zulaikha)

Yusuf hidup tenang dan tenteram di rumah Futhifar, Ketua Polis Mesir, sejak ia menginjakkan kakinya di rumah itu dan kepercayaan penuh dari kedua majikannya. Nabi Yusuf yang telah dewasa mempunyai rupa yang menawan dan menarik minat ramai perempuan Mesir dan salah satu daripadanya ialah isteri kepada tuannya.

Setelah lama menahan kehendak, isteri Futhifar memancing Yusuf agar baginda terlebih dahulu mendekatinya dan bukannya dia dulu yang mendekati Yusuf demi menjaga kehormatan dirinya sebagai isteri Ketua Polis.

Dia selalu berdandan dan berhias malah menggoda Yusuf apabila baginda berada di rumah. Sikap dingin dan acuh tak acuh baginda terhadap rayuan dan ajakan Zulaikha membuat Zulaikha terdesak dengan nafsunya dan memerangkap baginda untuk ke bilik tidurnya dan menawarkan dirinya.

Penolakan baginda membuatkan wajah Zulaikha kemerahan, tanda marah yang meluap-luap kerana merasakan dirinya dihina dan diremehkan oleh Yusuf dan menganggapnya suatu perbuatan kurang ajar dari seorang hamba terhadap seorang tuan .

Akhirnya, Yusuf terperangkap apabila Futhifar pulang ketika Zulaikha menarik koyak belakang baju baginda ketika mengejar baginda yang hendak ke pintu.

Tanpa sempat Yusuf membuka mulut, Zulaikha memfitnah baginda di hadapan suaminya. Walau bagaimanapun, baginda terselamat dengan bukti yang berada di hadapan mereka iaitu baju baginda koyak di belakang dan bukan di hadapan. Akhirnya, Futhifar menyebelahi Yusuf dan berita itu sampai ke masyarakat umum.

Cacian dan cemuhan yang diterima Zulaikha membuatkan Zulaikha mempunyai niat untuk mengenakan Yusuf kembali. Lalu diadakan satu jamuan (di kalangan wanita) dan para jemputan diberikan pisau untuk memotong makanan mereka.

Kemudian, Yusuf disuruh untuk keluar di hadapan para jemputan lalu rupa parasnya membuatkan mereka ternganga hingga mereka tidak sengaja telah melukai jari-jari tangan sendiri dan mengatakan yang Yusuf bukanlah manusia biasa tetapi malaikat.

Dengan mengambil kesempatan tentang apa yang terjadi, Zulaikha menerangkan betapa Yusuf tidak mendengar arahan tuannya dan betapa Zulaikha tidak bersalah dalam hal ini dengan mengatakan pasti dia takkan jatuh hati kepadanya kalau bukan kerana paras rupanya.

Maka, ramai undangan bersetuju dan menggesa Yusuf untuk menurut sahaja. Yusuf yang tidak rela dengan gesaan itu berdoa agar dia lebih rela dimasukkan ke dalam penjara.

Futhifar, Ketua Polis Negara, suami Zulaikha memang pasti Yusuf bersih dari tuduhan yang dilemparkan dan sedar isterinya yang mencemarkan nama baik keluarganya.

Kerana itu dia sanggup mengikut kata isterinya untuk memenjarakan Yusuf agar orang berpendapat yang Yusuf bersalah untuk mengembalikan nama baiknya.

Penjara dan tafsiran mimpi

Kitab lama dalam tulisan Jawi mengenai kisah Nabi Yusuf. a.s.

Yusuf dimasukkan ke dalam penjara bukan disebabkan telah melakukan kesalahan, tetapi kerana tuannya ingin meletakkan kesalahan pada diri baginda.

Walau bagaimanapun, bagi baginda, penjara adalah tempat yang aman untuk menghindari segala godaan dan tipu daya yang akan menjerumuskannya ke dalam kemaksiatan dan perbuatan mungkar dan keadaan yang sempit dan tidak selesa membolehkan baginda beribadat.

Yusuf dipenjarakan bersama dua orang pegawai istana Firaun yang dituduh hendak meracuni Firaun atas perintah dan dengan kerjasama pihak musuh istana.

Salah seorang daripada mereka ialah penjaga gudang makanan dan seorang lagi ialah pelayan meja istana. Pada suatu hari, kedua tahanan itu menceritakan kepada baginda bahwa mereka telah mendapat mimpi.

Si pelayan bermimpi dia akan memerah anggur dan si penjaga gudang melihat dirinya menjunjung roti sambil dipatuk dan disambar burung. Mereka berharap agar Yusuf mentafsirkan mimpi tersebut memandangkan mereka melihat baginda sebagai orang yang boleh berbuat demikian.

Yusuf memberi tafsiran bahawa si pelayan yang memerah anggur akan dibebaskan manakala yang disambar burung akan dihukum mati. Maka, benarlah apa yang dikatakan baginda dan si pelayan itu dibebaskan.

Baginda memesan agar si pelayan itu menyebut namanya di hadapan siapa dia bekerja iaitu Firaun dan memberitahu yang dia dipenjarakan bukan atas kesalahannya. Walau bagaimanapun, si pelayan itu telah terlupa dan menyebabkan baginda terperangkap di dalam penjara untuk beberapa tahun lagi.

Ganjaran Firaun

Pada suatu hari, firaun Mesir mengumpulkan para pembesar, penasihat dan cendekiawan untuk mentafsir mimpi yang telah merunsingkan dan menakutkannya.

Firaun itu bermimpi melihat tujuh ekor lembu gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus-kurus. Dia juga melihat dalam mimpinya tujuh tangkai gandum hijau di samping tujuh tangkai yang lain kering.

Tiada siapapun yang dapat memberikan tafsiran bagi mimpi Firaun bahkan sebahagian mereka menganggapnya hanyalah mimpi kosong yang tidak bererti dan menganjurkan Firaun agar melupakan saja mimpinya itu.

Pelayan Firaun, pemuda yang pernah berjumpa Yusuf di dalam penjara teringat pesan Nabi Yusuf kepadanya sewaktu dia dikeluarkan dari penjara. Lalu dia memberanikan diri untuk menghampiri Firaun mengesyorkan agar Firaun merujuk kepada Yusuf.

Dengan izin Firaun, pelayan tersebut mengunjungi Nabi Yusuf di dalam penjara dan menceritakan apa yang berlaku kisah mimpi Firaun dan jawapan penasihat Firaun. Dia mengatakan kepada Nabi Yusuf jika Firaun dapat dipuaskan dengan tafsir mimpinya, berkemungkinan baginda akan dikeluarkan dari penjara setelah bertahun lamanya.

Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu tuai biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.

Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). "Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)". (12:47-49)

Nabi Yusuf yang sudah cukup derita hidup sebagai banduan yang tidak berdosa enggan keluar dari penjara sebelum peristiwanya dengan isteri Ketua Polis Negara diselesaikan terlebih dahulu dan fitnah yang dituduh ke atasnya. Baginda ingin keluar dari penjara sebagai orang yang suci bersih.

Firaun Mesir yang sudah banyak mendengar tentang Nabi Yusuf dan terkesan oleh tafsir mimpi baginda, membantu baginda lalu Firaun Mesir mengeluarkan titah untuk mengumpulkan para wanita yang telah menghadiri jamuan makan Zulaikha dan terhiris jari ketika itu.

Mereka menceritakan tentang apa yang mereka lihat dan alami dalam jamuan itu dan mengatakan Nabi Yusuf adalah ia seorang yang jujur, dan bersih. Zulaikha pula mengaku dialah yang bersalah.

Hasil pertemuan itu diumumkan ke seluruh lapisan masyarakat dan atas perintah Firaun, Nabi Yusuf dikeluarkan dari penjara secara hormat dan bersih dari segala tuduhan.

Sebagai wazir Mesir

Kecerdasan, pengetahuan, kesabaran , kejujuran, keramahan dan akhlak serta budi pekerti baginda membuatkan Firaun terfikir untuk menyerahkan tugas untuk membantunya memimpin negara dan rakyat.

Maka, Yusuf ditawarkan untuk tinggal di istana dan mewakili Firaun menyelenggarakan pemerintahan serta pengurusan negara serta memimpin rakyat Mesir yang diramalkan akan menghadapi masa-masa sukar dan sulit.

Nabi Yusuf tidak menolak tawaran Firaun Mesir itu. Baginda meminta agar diberi kuasa untuk pada bahagian perbendaharaan (kewangan dan pengedaran makanan). Pada hari penobatan yang dihadiri oleh para pembesar dan bangsawan, Nabi Yusuf dinaikkan sebagai wazir dengan mengenakan pakaian kerajaan dan hiasan yang mewah.

Kemudian, Firaun Mesir berkenan untuk mengahwinkan Yusuf dengan Zulaikha, janda majikannya yang telah mati ketika Nabi Yusuf masih dalam penjara. Yusuf menerima dan mendapat dua orang putera (menurut pendapat ulama, putera baginda dinamakan Ifratsim dan Minsya).

Dalam masa tujuh tahun pertama Nabi Yusuf menjalankan pemerintahan di Mesir, rakyat merasakan hidup tenteram, aman dan sejahtera. Barang-barang keperluan untuk semua tanpa terkecuali. Baginda juga tidak lupa peringatan yang terkandung dalam mimpi Firaun Mesir, lalu mempersiapkan gudang bagi penyimpanan makanan untuk musim kemarau yang bakal tiba.

Maka, tempoh kemarau telah dilalui tanpa sebarang kesukaran.

Pertemuan kembali

Musim kemarau membuatkan ramai orang luar Mesir seperti dari Palestin datang untuk meminta bantuan. Antara mereka ialah adik-beradik Nabi Yusuf sendiri. Walau bagaimanapun, mereka tidak tahu bahawa Yusuf masih hidup malah menjadi orang besar memimpin negara Mesir sebagai wakil Firaun.

Yusuf ingin menguji mereka dengan meragukan identiti dan mengesyaki mereka sebagai musuh dan meminta bukti. Oleh kerana mereka adalah orang-orang musafir gharib, maka sukar sekali bagi mereka untuk memberi bukti atau membawa saksi.

Nabi Yusuf memberi peluang kepada mereka dengan membenarkan mereka membeli gandum dari gudang dengan syarat mereka harus membawa Bunyamin atau mereka tidak akan mempunyai peluang lagi.

Mereka kini sukar untuk membawa Bunyamin memandangkan bapa mereka Ya'akub menyayanginya dan lebih berat untuk meninggalkannya selepas khabar akan "kematian" Yusuf.

Yusuf bukanlah ingin menganiaya atau membalas dendam tetapi hanya sekadar ingin mengetahui keadaan ayah dan adik bongsunya, Bunyamin yang sudah bertahun-tahun ditinggalkan dan hanya sekadar taktik untuk mempertemukan kembali dengan ayah dan saudara-saudaranya yang sudah lama terpisah.

Kemudian baginda memerintahkan pegawai-pegawainya mengisi karung-karung dengan makanan yang perlu tanpa mengambil sedikitpun barangan mereka untuk ditukar.

Tanpa mengetahu hal itu, mereka kembali di Palestin dan memberitahu Ya'akub tentang perjalanan mereka dan bagaimana Yusuf menerima mereka. Tetapi ayah mereka tidak mengizinkan mereka membawa Bunyamin kerana tidak mempercayai mereka lagi setelah apa yang berlaku ke atas Yusuf.

Setelah mengetahui bahawa barang untuk ditukar dengan makanan dipulangkan kembali, mereka lebih mudah meyakinkan ayah mereka, Bunyamin dibenarkan mengikuti mereka ke Mesir.

Setibanya di istana, mereka disambut oleh Yusuf yang masih mereka belum menyedari hakikat bahawa itu adalah adik mereka. Mereka disediakan jamuan dan tempat penginapan untuk setiap dua orang sebuah rumah tetapi, Bunyamin diajak bersamanya menginap di istana.

Di istana, Yusuf memberitahu segalanya kepada adiknya dan adiknya memberitahu tentang ayahnya pula.

Bunyamin ditahan

Selepas meminta diri, mereka pulang tetapi dikejar pengawal istana berkuda untuk memeriksa barangan mereka. Para pengawal mengatakan bekas minuman firaun telah hilang dan mungkin salah seorang daripada mereka telah mencurinya.

Mereka mengatakan mereka ke sana bukan untuk mencuri tetapi penggeledahan tetap dilakukan lalu mereka menemui belas minuman itu.

Oleh kerana bekas itu ditemui dalam karung kepunyaan Bunyamin, maka Bunyamin ditahan dan tidak dibenarkan menyertai rombongan untuk pulang.

Kerisauan muncul dalam fikiran yang lain kerana khuatir akan ayah mereka yang telahpun sengsara dengan kehilangan Yusuf.

Lalu mereka menghadap Yusuf dan merayu agar Bunyamin digantikan dengan sesiapa daripada mereka. Oleh kerana rayuan mereka tidak diterima, Yahudza sanggup menemani Bunyamin. Yang lain pula pulang ke Palestin untuk memberitahu ayah mereka.
Pertemuan kembali keluarga Ya'akub

Nabi Ya'akub berterusan bersedih atas kehilangan putera-puteranya lalu puteranya yang sembilan itu kembali mendapatkan Yusuf. Mereka merayu agar membantu mereka melepaskan Bunyamin agar mengurangkan penderitaan ayah mereka yang sudah sedia sakit.

Yusuf terharu dan akhirnya mengenalkan dirinya kepada mereka dan mereka memohon maaf atas kesilapan mereka dahulu. Akhirnya, mereka semua pulang ke Palestin termasuk Yusuf untuk berjumpa kembali bapanya.

Yusuf mengajak keluarganya untuk berhijrah ke Mesir dan mereka menuruti ajakan baginda. Menurut cerita riwayat tradisi, baginda wafat ketika berumur 110 tahun di Mesir dan kerandanya di bawa oleh Nabi Musa a.s. ketika baginda berhijrah keluar Mesir agar dapat dikebumikan di sana.
 
 
Jalan Ke Akhirat

PM umum pelan selia dana politik demi integriti

Posted: 14 Aug 2015 08:30 AM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP).

Menurutnya, jawatankuasa itu akan merangka satu pelan pembiayaan politik berintegriti yang komprehensif dan inklusif, khususnya untuk menentukan proses konsultatif di semua peringkat dan mengambil kira pandangan semua pihak.

"Pelan ini yang akan menangani isu pembiayaan politik adalah penting memandangkan walaupun perkara ini pernah dibangkitkan oleh saya sendiri dengan beberapa pihak lain sejak 2009 lalu, namun ia tidak mendapat sambutan.

"Selain daripada itu, pada masa ini tidak terdapat peraturan mengenai pembiayaan politik yang boleh menentukan sesuatu itu adalah salah atau tidak, walaupun terdapat beberapa peraturan mengenai perbelanjaan pilihanraya," kata Najib dalam satu sidang akhbar hari ini.

Perdana menteri berkata, JKNMPP akan menghasilkan pelan tindakan pembiayaan politik berintegriti melalui pembaharuan dan penambahbaikan undang-undang yang diperlukan untuk disediakan dalam tempoh setahun, seterusnya dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.

"Pelan ini diharapkan akan meningkatkan keyakinan bukan sahaja kepada ahli parti-parti politik, malahan rakyat dan generasi yang akan datang," tambahnya.

Najib berkata, terdapat keperluan mendesak untuk mengawal selia pembiayaan politik bagi memastikan kebertanggungjawaban dan ketelusan demi mewujudkan amalan politik yang sihat.

JKNMPP akan dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Paul Low manakala seorang lagi menteri di JPM Datuk Seri Idris Jala sebagai timbalannya.

Institut Integriti Malaysia (IIM) akan bertindak sebagai Pusat Rujukan dan Rundingcara JKNMPP dengan bantuan sekretariat, dan peruntukan disediakan oleh Bahagian Integriti dan Tadbir Urus (BITU) JPM.

JKNMPP ini akan dianggotai oleh wakil parti politik, tokoh masyarakat, ahli akademik, pemikir, wakil agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, wakil sektor swasta, wakil pertubuhan masyarakat sivil dan pihak-pihak berkepentingan, termasuk generasi muda.

"JKNMPP akan menimbang semua aspek peraturan pembiayaan politik termasuk perubahan institusi, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan baru," tambahnya.

Menurut Najib lagi, JKNMPP akan menjadi penasihat kepada kerajaan dalam hal pembiayaan politik berintegriti.

"Jawatankuasa ini juga akan menyediakan forum untuk ahli-ahlinya mengemukakan buah fikiran bagi menentukan mekanisme dan model pembiayaan politik yang berintegriti.

"Jawatankuasa ini juga akan menyelia usaha dialog konsultatif dengan segenap lapisan masyarakat di seluruh negara.

"Proses konsultatif akan berdasarkan amalan terbaik serantau dan sedunia," tambahnya.




Malaysiakini

Ahmad Said - Najib Tak Boleh Beli Saya

Posted: 14 Aug 2015 08:00 AM PDT





Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menegaskan bahawa beliau tidak boleh dibeli oleh sesiapa, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak

"Orang tidak boleh beli Mat Said, PM," katanya sambil berkata "nanti saya cerita".

"Kalau saya terima saya dah jadi jutawan. Saya tak terima satu sen pun."

Ahmad pernah keluar Umno selepas disingkirkan daripada kedudukan dalam kerajaan negeri pada 12 Mei lalu.

Beliau bagaimanapun kembali ke pangkuan Umno dua hari kemudian, yang menimbulkan spekulasi beliau dibayar.

Malaysiakini menyiarkan komen pembaca berhubung spekulasi berkaitan dalam ruangan "YourSay" sebelum disaman Datuk Seri Najib Razak.

Dalam ucapannya di mesyuarat Umno Kemanan hari ini, Ahmad bersumpah tidak pernah terlibat dalam sebarang bentuk rasuah.

"Mat Said tak pernah ambil duit," katanya.

- mkini

Anwar memang hebat.... !!

Posted: 14 Aug 2015 07:15 AM PDT


Zar Ali's photo. Ini bukti ketokohannya Anwar Ibrahim Hanya dibenarkan Keluar Penjara 1 jam untuk Menghadiri Perbicaraan Saman Tan Sri Khalid dan PKR (Saifuddin Nasution) ..

Dalam Tempoh yang Singkat itu Anwar bisa menyelesaikan Kemelut Parti..


Bisa Mendamaikan pertembungan 2 pihak dan kepimpinan dalam Parti PKR.. 

Akhirnya mereka mencapai perdamaian di luar Mahkamah..ini lah sebenar benar Quality seorang Pemimpin.. 

Mempunyai Qualiti kepimpinan sebagai seorang Perdana Menteri dan penyatu dalam parti Politik.. 

Seorang Pemimpin yang Baik bukan mencari titik perbezaan, tetapi mencari titik persamaan.. sebagaimana Nabi bisa Menyatukan Kaum Anshar dan Muhajirin.. 

Surah al-Hasyr ayat : وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِنْ قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ 

Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Anshar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. 

Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri. 

Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu) Apa yang Berlaku di dalam PAS ? bagaimana contoh kepimpinan yang di pamer di dalam PAS ? hanya kerana Perbezaan pendapat.. mereka menghukum, mentakfir , melabel sesama Jemaah.. 

Perubahan itu harus bermula daripada pemimpin itu sendiri.. jika pemimpin nya gagal meraikan Adabul Ikhtilaf.. gagal menunjukkan adab dan Akhlak.. kepimpinan dan apa yang dpimpin itu akan rosak.. 

Surah An Nahl ayat 90: إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَىٰ وَيَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ ۚ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. 

Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.


Ipoh Mali
Anwar memang hebat.... Ini bukti ketokohannya Anwar Ibrahim Hanya dibenarkan Keluar Penjara 1 jam untuk Menghadiri Perbicaraan Saman Tan Sri Khalid dan PKR (Saifuddin Nasution) .. Dalam Tempoh yang Singkat itu Anwar bisa menyelesaikan Kemelut Parti..Bisa Mendamaikan pertembungan 2 pihak dan kepimpinan dalam Parti PKR.. Akhirnya mereka mencapai perdamaian di luar Mahkamah..ini lah sebenar benar Quality seorang Pemimpin.. Mempunyai Qualiti kepimpinan sebagai seorang Perdana Menteri dan penyatu dalam parti Politik.. Seorang Pemimpin yang Baik bukan mencari titik perbezaan, tetapi mencari titik persamaan.. sebagaimana Nabi bisa Menyatukan Kaum Anshar dan Muhajirin.. Surah al-Hasyr ayat : وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِنْ قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Anshar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu) Apa yang Berlaku di dalam PAS ? bagaimana contoh kepimpinan yang di pamer di dalam PAS ? hanya kerana Perbezaan pendapat.. mereka menghukum, mentakfir , melabel sesama Jemaah.. Perubahan itu harus bermula daripada pemimpin itu sendiri.. jika pemimpin nya gagal meraikan Adabul Ikhtilaf.. gagal menunjukkan adab dan Akhlak.. kepimpinan dan apa yang dpimpin itu akan rosak.. Surah An Nahl ayat 90: إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَىٰ وَيَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ ۚ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran. ~Ipoh Mali

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

'Selepas ini kayalah YB dengan duit derma' - suarakami

Posted: 14 Aug 2015 06:30 AM PDT




Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said hari ini menyindir kemasukan wang derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

"Tiba-tiba ada menteri yang kata derma politik adalah normal. Lepas itu ada menteri kata lebih selamat masuk akuan peribadi daripada akaun lain.

"Lepas ini kaya-raya wakil rakyat, derma politik masuk akaun sendiri.

"SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) siasat baru kata ini duit parti," katanya kepada perwakilan Umno Kemaman dalam mesyuarat agung tahunannya.

Wang RM2.6 bilion itu yang dilapor dimasukkan dalam akaun Najib sebelum pilihan raya umum lalu dikatakan diderma dari Timur Tengah.

'RM jatuh akibat politik, tapi puncanya PM'

Posted: 14 Aug 2015 05:45 AM PDT



PKR mengakui perkembangan politik semasa antara penyumbang kejatuhan harga ringgit, menjadikannya yang terburuk dalam tempoh 17 tahun.

Bagaimanapun, hujah parti itu, ia sebenarnya berpunca isu kewibawaan Datuk Seri Najib Razak dalam isu derma RM2.6 bilion dan 1MDB.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, perkara itu berlaku apabila pelabur kurang yakin untuk melabur di negara ini.

"Memang betul kejatuhan kerana masalah politik tapi ia kerana kredibiliti dia (Najib) mengenai 1MDB, aliran wang yang masuk (dalam akaun Najib), mengenai tindakan dia kebelakangan ini," katanya.

Bercakap kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Rafizi berkata untuk mengembalikan kepercayaan pelabur antarabangsa, Najib harus meletakkan jawatan.

"Najib sedar kejatuhan ringgit berpunca daripada beliau dan tahu rakyat tidak gembira dan majoriti mahukan Najib letak jawatan

"Tetapi itu sudah jadi budaya dalam Umno, bahawa apabila seseorang mempunyai kuasa dia akan meletakkan kepentingan melebihi kuasa, keluarga, kerabat dari kepentingan rakyat.

"Saya yakin Datuk Seri Najib faham, tetapi kepentingan itu terlalu banyak sehingga beliau tidak sanggup mengorbankan kepentingan dia untuk rakyat," katanya.

Semalam Najib menyalahkanspekulasi politik antara punca kejatuhan ringgit yang sudah mencecah tahap RM4 untuk sedolar Amerika Syarikat (AS).

Najib juga cuba menenangkan keadaan dengan memberi jaminan untuk berusaha sedaya upaya untuk menangani masalah itu.


Najib Terpana.. Kemenangan Buat Rakyat

Posted: 14 Aug 2015 05:00 AM PDT


Najib Terpana.. Kemenangan Buat Rakyat. Pengumuman Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hari ini yang beliau berhasrat menggenapkan lima tahun tempoh perkhidmatannya, yang berakhir tahun depan, adalah satu kemenangan moral bagi dirinya dan suara rakyat, kata Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini.

Bekas menteri penerangan itu berkata, dalam blog popularnya Zamkata, perisytiharan itu adalah kemenangan bagi mereka yang menghormati Perlembagaan dan mahu kerajaan yang bersih dan adil.

Beliau berkata demikian selepas Zeti memberitahu pemberita pada satu majlis di Kuala Lumpur hari ini yang beliau tidak bercadang meletak jawatan dan akan meneruskan hingga tamat kontraknya di bank pusat itu.

"Zeti yang difitnahkan oleh sukarelawan-sukarelawan (Datuk Seri) Najib (Razak) untuk menjatuhkannya, hari ini mengisytiharkan akan terus berkhidmat hingga tamat tempoh.

"Ini adalah suatu lagi tanda tolak ansur kerajaan Najib di bawah tekanan rakyat setelah membatalkan pertukaran pegawai SPRM ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan memindahkan mereka balik ke SPRM dengan serta merta kerana beberapa petunjuk undang-undang dikemukakan oleh berbagai pihak mengatakan tindakan itu salah dari segi undang-undang," tulisnya.

Baru-baru ini, SPRM menjadi perhatian apabila pejabatnya diserbu dan beberapa pegawai, termasuk Pengarah Bahagian Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin disoal polis berhubung dakwaan kebocoran maklumat dalam siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jumaat lepas, Bahri dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob dipindahkan daripada agensi itu. 

Mereka sepatutnya melapor diri ke JPM pada hari Isnin, tetapi arahan pertukaran itu kemudiannya dibatalkan.




Najib Terpana.. Kemenangan Buat Rakyat


Selepas kemelut SPRM itu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata awal minggu ini, Zeti, yang juga salah seorang anggota pasukan petugas khas menyiasat wang RM2.6 bilion yang dideposit ke dalam akaun peribadi Najib, mungkin orang seterusnya yang akan disiasat kerana rasuah.

Zainuddin berkata, selain blog Dr Mahathir, terdapat beberapa blog lain yang mencatatkan tentang kemungkinan tindakan tertentu akan diambil terhadap Zeti.

Beliau berkata, khabar angin bertiup kencang mengatakan Zeti akan sama ada bersara, dipecat atau disiasat, selepas Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (Maicci) Tan Sri KK Eswaran berkata, terdapat dakwaan ahli keluarga Zeti menerima kontrak kerajaan dengan cara yang tidak beretika.

Eswaran dipetik berkata The Star Online, Zeti perlu menyangkal dakwaan yang dibuat terhadap beliau di media sosial.

"Ini mengejutkan orang ramai kerana Zeti yang mempunyai integriti sangat tinggi dan harum namanya dalam dunia ekonomi dan kewangan antarabangsa tiba-tiba dicemarkan namanya dengan sewenang-wenang.

"Kegagalan menggulingkan Zeti ini tidak seharusnya dianggap sebagai kemenangan moral hanya bagi Zeti sendiri tetapi ini adalah kemenangan suara rakyat yang cintakan keluhuran Perlembagan yang mahu menegakkan sebuah kerajaan yang adil, tulus, amanah, jujur dan bersih," katanya.

Sifat-Sifat Wanita Yang Tidak Disukai Menurut Islam

Posted: 14 Aug 2015 04:15 AM PDT

Abu As Siddiq's photo.

Assalamu'alaykum Wr.wb
Bismillahirroma nirrohiim

1) MANAANAH
 

Yaitu wanita yang senantiasa menyebut-
nyebut pemberiannya
kepada suaminya hingga ia berkata ." Aku
telah melakukan untukmu begini, begitu,
begini dan begini ."
Wanita Muslimah


2) HADAAQAH
 

Yaitu wanita yang selalu menginginkan
apa yang dilihatnya
sehingga ia membebani suaminya untuk
membelinya.Setiap kali mengujungi temannya dan
melihat sesuatu yang dimilikinya ia
tertarik dan ingin
membelinya.


3) HANAANAH
 

Yaitu istri yang terlalu
sayang dengan suami sebelumnya atau kepada
anak-anak
dari suami pertamanya
atau selalu rindu kepada rumah keluarganya.
Wanita begini lebih baik dijauhi.


4)BARAAQAH
 

Mengandung dua makna.wanita yang
diwaktu siang ia
bersolek dan menghias
wajahnya agar nampak
cantik berkilau,
atau wanita yang sering suka marah
karena makanan.


5) SYADAAQAH
 

Yaitu wanita yang
banyak berbicara.
Dikisahkan dari Sa'ih Al-
Azdi bahwasanya
ada seorang yang memberinya nasehat
demikian. " Janganlah
menikahi wanita
yang memiliki empat
tipe berikut :
 

--MUKHTALI'AH
 

Yaitu wanita yang suka
menuntut 'khulu'
yaitu cerai dengan harta
yang dibayarkan oleh pihak istri atau mahar yang
di kembalikan kepada suami tanpa sebab.
 

--MUBARIYAH
 

Yaitu wanita yang sombong dan membanggakan
faktor-faktor dunia.
 

--'AAHIRAH
 

yaitu wanita yang
memiliki kekasih lain. (suka selingkuh)
 

--NAASYIZ
 

Yaitu wanita yang
mendominasi suaminya,
baik perkataan maupun
perbuatannya. Selain yang tersebut diatas, berikut
ini masih ada tambahan kriteria wanita yang Tidak
baik untuk dinikahi.


6) MAL'UUNAH
 

Yaitu wanita yang
dilaknat oleh Rasulullah
saw dan kita disuruh
melaknatnya karena
Tabarruj nya
[berdandan ala jahiliyah]
dan perbuatannya yang
menyebarkan fitnah diantara manusia serta
tidak taat kepada Allah dan suaminya.


7) FARIK
Yaitu wanita yang selalu marah pada
suaminya


8) WARHAA'

Yaitu yang dungu.

Sahabat fillah,semoga tulisan ini bisa menjadi
bahan intropeksi kedalam diri kita, apakah kita
mempunyai salah satu sifat buruk diatas? atau
malah bukan cuma satu tapi beberapa?
Yuuk kita perbaiki
kualitas diri kita, dengan
segala cara agar kita bisa menghilangkan
sifat-sifat tidak baik
diatas, sehingga bisa
menjadi wanita
muslimah sejati,
berahlak mulia, berhati bersih,istiqomah dan
tentunya akan lebih di sayang Allah, disayang
suami,ibu/bapak/teman/
anak dll, dsb..


Semoga kamu (wanita) bisa menjadi wanita
muslimah terbaik,baik
di keluarga kita,
lingkungan kita, dan
insya Allah negara
Kita.Aamiin.., dan Insya
Allah bahagia dunia
Akhirat akan kita
dapatkan., Aamiin..


Nik Abduh Meroyan Dengan Gerakan Harapan Baru

Posted: 14 Aug 2015 03:30 AM PDT





PAS mungkin tidak dapat bersabar lagi langkah Gerakan Harapan Baru (GBH) yang dilihat terus menjadi duri dalam daging parti Islam itu.

Keadaan itu mungkin memaksa Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Mat menulis panjang menyeru golongan itu keluar parti kerana tiada lagi hujah untuk kekal dalamnya.

"Orang lain boleh mempersoal jemaah baru anda, syarie atau tidak. Anda pun berhak mempertahankan 'ijtihad' anda keluar PAS. Syarie atau tidak.

"Tetapi anda tak punya sedikit pun hujah syarie untuk kekal dalam PAS, dan dengan amanah jawatan yang anda masih pegang itu, anda gunakan untuk sabotaj PAS.

"Itu khianat dan tidak ada khianat sejelas itu," katanya tanpa menyebut secara langsung nama GBH, kumpulan serpihan yang digerakkan bekas pemimpin kanan parti itu.


GHH pimpinan bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu sedang berusaha menubuhkan sebuah parti Islam baru.

Mereka juga dilihat bakal menggantikan PAS dalam gabungan baru pembangkang bersama PKR dan DAP.

Pakatan Rakyat sebelum ini berkubur susulan perselisihan pendapat dan pendirian berpanjangan PAS dan DAP, terutamanya dalam isu hudud.




1MDB: Laporan dibuat SPRM terhadap KSN, ketua pengarah JPA..

Posted: 14 Aug 2015 02:45 AM PDT


Beberapa laporan dibuat orang awam hari ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal kerana menghalang penyiasatan.

Aduan tersebut difailkan mereka yang marah dengan tindakan yang diambil ke atas dua pegawai kanan SPRM – Pengarah Bahagian Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan pengarah komunikasi strategik Datuk Rohaizad Yaakob – yang ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Jumaat.

Ia susulan kritikan yang dibuat terhadap pihak polis berhubung siasatan polis ke atas kes dakwaan kebocoran maklumat dalam siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan juga pendekatan lembut mereka kepada pemimpin pembangkang semasa kunjungan mereka ke ibu pejabat SPRM minggu lepas.

Arahan pertukaran itu dikeluarkan Zabidi dan alasan yang diberikan ialah "isu disiplin".

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mustafar Ali mengesahkan laporan yang dibuat, mengatakan agensi anti-rasuah itu akan merujuk kepada pihak perundangan sebelum mengambil langkah seterusnya.

"SPRM mengesahkan setakat ini tiada laporan dibuat oleh pegawai sendiri sebaliknya ia dibuat orang awam

"SPRM akan merujuk bahagian perundangan bagi tindakan selanjutnya berkaitan undang-undang terhadap kes salah guna kuasa dalam arahan pertukaran berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.

Mustafar dalam satu kenyataan terdahulu menafikan laporan berita mengatakan aduan tersebut difailkan pegawai SPRM sendiri.

Katanya, laporan itu tidak berasas dan dibuat untuk 'merosakkan' hubungan baik antara agensi kerajaan dengan pegawai tinggi kerajaan.

Kedua-dua pengarah itu, Bahri dan Rohaizad, sepatutnya melapor diri di JPM susulan pertukaran itu, tetapi arahan itu dibatalkan pada saat-saat akhir selepas Ali bertemu mereka pada Isnin.

Kedua-duanya serta merta dikembalikan ke pejabat asal masing-masing di SPRM apabila rakyat bangkit menyatakan kemarahan.

Bahri yang mengetuai pasukan siasatan khas menyiasat SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB, minggu lalu, selepas menghabiskan dua jam disoal siasat polis, secara terbuka menyuarakan rasa tidak puas hati atas tindakan polis dalam meneliti isu kebocoran itu.

Beliau membayangkan terdapat "tangan tersembunyi" dalam tindakan polis itu.

Beliau juga berikrar mencari orang yang mengarahkan serbuan di pejabatnya itu pada hari berikutnya.

Bahri adalah antara mereka yang disoal berhubung dakwaan kebocoran maklumat itu walaupun beliau pernah menegaskan tiada orang dalam SPRM terlibat dengan kebocoran itu.

Beliau berkata siasatan bahagian itu ke atas SRC International dijalankan "siang dan malam".

Beliau menegaskan tindakan pihak polis itu, yang juga termasuk satu serbuan ke atas pejabat timbalan pendakwa raya di SPRM, "mengganggu" siasatan badan anti rasuah itu dan merupakan satu pelanggaran terhadap Seksyen 48 Akta SPRM lapor The Malaysian Insider

VIDEO - Sekilas Fakta, Bos AirAsia ingatkan k'jaan, tumpu kejatuhan ringgit, bukan sekat media

Posted: 14 Aug 2015 02:00 AM PDT


VIDEO - Rara dipanggil polis kerana dia berani sertai DAP - By canang

Posted: 14 Aug 2015 01:15 AM PDT


Rara dipanggil polis kerana dia berani sertai DAP.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata Syefura Othman atau Rara secara terang-terangnya dipilih kerana dia merupakan salah seorang perempuan muda Melayu yang berani untuk melihat perubahan. 

Aktivis Young Syefura Othman, atau Rara, dipanggil pihak polis kerana beliau merupakan salah seorang anak muda Melayu DAP yang berani melihat perubahan terhadap negara ini, kata ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Lim berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan pihak polis memanggil Rara berhubung posting di Facebook miliknya pada September tahun lepas yang didakwa menghina Sultan.



"Rara secara terang-terangnya dipilih kerana dia merupakan salah seorang perempuan muda Melayu yang berani untuk melihat perubahan (terhadap negara).
 

"Dia dihukum kerana cuba menakutkan anak muda Malaysia, terutamanya Melayu, dalam melihat perubahan," katanya di ibu pejabat DAP hari ini. Lim bagaimanapun, ketika ditanya mengenai kenyataannya "anak muda Melayu", beliau dengan segera memperbetulkannya dengan berkata: "Anak muda Melayu dan Malaysia."

"Saya rasa semua rakyat Malaysia akan disiasat, bukan anak muda Melayu sahaja," katanya ketika ditanya mengenai kenyataannya itu.

Rara akan disiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi esok berhubung dakwaan penghinaan terhadap Sultan menerusi Facebook susulan laporan polis dibuat terhadapnya.

Menurutnya, selain daripada dakwaan penghinaan terhadap Sultan, beliau juga akan didakwa atas "sebab-sebab yang tertentu" yang tidak dinyataka polis.

Beliau akan disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 dan akan ditemani peguam Gobind Singh Deo esok pada jam 10 pagi.

Terdahulu hari ini, Rara menjelaskan kepada The Malaysian Insider, posting tersebut dibuat pada September tahun lepas, berhubung isu aktivis Ali Abd Jalil dan Profesor Dr Azmi Sharom.

Namun, beliau tidak bertanya mengapa laporan polis terhadapnya, dipercayai oleh para "cybertroopers" Umno, hanya dibuat sekarang.

 

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT