Khamis, 13 Ogos 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


PDRM guna teknologi drone hujung tahun ini,,??

Posted: 13 Aug 2015 11:00 PM PDT


Zar Ali's photo.

PETALING JAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan teknologi drone menjelang hujung tahun ini bagi membantu pelaksanaan tugasan anggotanya di sekitar Lembah Klang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, alat kawalan jauh itu akan digunakan antara lain untuk memantau situasi seperti perhimpunan haram dan rondaan di sekitar kawasan perumahan.

"PDRM sebelum ini telah menubuhkan unit Drone di bawah Unit Udara PDRM bagi memudahkan anggotanya melakukan tugasan itu. Penggunaan teknologi drone ini masih di peringkat latihan.

"Apabila urusan berkaitan lesen bagi penggunaan alat ini selesai, In sya-ALLAH PDRM akan mengaplikasikan teknologi ini," katanya pada sidang media selepas menutup Peringatan Hari Polis ke-208 di sini hari ini.

Katanya, PDRM juga merancang memuatkan aplikasi pengesan wajah ke dalam drone yang bakal digunakan untuk tujuan pengecaman wajah penjenayah.

Zar Ali's photo.

"Penggunaan drone dalam penugasan polis secara tak langsung akan mengurangkan tenaga manusia serta menjimatkan kos," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata polis memandang serius sebarang bentuk ancaman untuk menggodam laman sesawang jabatan dan agensi kerajaan. -Bernama


Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

Tai Chi Zeti & penyakit gila jatuh Ringgit?? - Oleh Mohd Ariff Sabri

Posted: 13 Aug 2015 10:15 PM PDT


Tai Chi Zeti & penyakit gila jatuh RinggitKomen rengkas mengenai isiu semasa. Ini catatan sekali imbas.
Persembahan Zeti Akhtar semalam siang.

Macam mana menilai dan menyedari implikasi2 pencerahan Zeti?

Pertama: ini suatu pembersihan Najib atau apa? Atau persembahan tai chi menyelamatkan diri?Sambil memberi kenyataan, keseluruhan persembahan tersebut boleh dibaca sebagai suatu indictment keatas kerajaan Najib.

Ancaman Zeti untuk saman mereka yang mengaitkan nya dengan 1MDB –adakah ianya dibuat kerana Zeti tahu system perundangan dalam negara ini, seacara kesemulajadian, memihak kepada yang berkuasa dan kaya?

Implikasi nya: ada sesuatu yang reput dengan sistem perundangan Malaysia.

Atau Zeti awal awal memberi amaran kepada mereka yang mencungkil penglibatan bisnes keluarga nya.MUngkinkah ejensi kerajaan diguna untuk intip kedalam kehidupan rakyat biasa?

Kalau demikian, saya syorkan Zeti menggunakan khidmat private eye dari PDRM sendiri membongkar siapa yang menggali cerita lama untuk disaman. Adakah pihak polis melakukan intipan terpilih?

Besar kemungkinan usaha Zeti akan membawa nya ke pintu jabatan dirty tricks kerajaan sendiri untuk menakutkan Zeti.Adakah kerajaan membuli rakyat?

Hence, performance semalam siang yang B rated sahaja.

Sekali pandang, ini macam persembahan tai chi. Jika BNM tidak ada kuasa regulasi, pengawalan dan enforcement, mengapa ada jabatan pemantauan dalam BNM?

Adakah ianya tempat penyelidikan pegawai kumpul material untuk Ph.D.? Atau sengaja suka2?

Jika ianya duit laundered, kata kan demikian. Jika bukan kata bukan. Jangan kata diluar skop pemantauan BNM. Apa yang dalam skop dan bukan dalam skop?

Adakah dengan ini, setelah sekian lama membisu, Zeti kata, sesungguhnya RM2.6 billion itu derma? Mulai sekarang, sesiapa boleh melakukan pencucian wang dengan syarat jangan beritahu BNM. Jika BNM tahu, segera kata ianya derma?

Ini seperti nasihat klasik seorang peguam- kamu boleh lakukan apa sahaja asal saja kamu jangan ditangkap.
Tapi ia juga memberi bayangan bahawa walaupun BNM badan regulasi kewangan yang perkasa, ada kuasa politk yang cuna menggangu kebebasan BNM. Tidak perlu otak Einstein untuk meneka kuasa itu datang dari mana.

Kejatuhan Ringgit dan penyakit gila massa.

Kedua, isiu kejatuhan Ringgit. Sahabat saya Chief ada reputasi tembak dahulu, tanya kemudian. Saya diberitahu , ini kaedah polis di India- shoot first , ask questions later inspector sahab ji.

Kadang2 pandangan nya sungguh bizzare. Tapi itulah dia chief. Najib kekalkan nya, kerana dia sorang2 nya attack dog yang berani menyalak kuat kepada Mahathir.

Ialah, kadang2, salakan anjing lebih dasyat dari gigitan.

Sayang sekali salakan chief menakutkan orang awam yang misinformed, tapi tidak menakutkan Mahathir. Pada umur 90 tahun, he has seen it all. Yang takutkan Mahathir ialah si pendekar Bugis jadi jadian.

Kepada menteri yang bergantung kepada pelancung yang suka belanja di Malaysia sebab Ringgit kita sekarang sangat rendah, kejatuhan Ringgit ialah suatu boon.

Tapi negara kita bukan semua penghuni nya pelancung. Menggilakan semua orang tanpa pengecualian, mengandaikan kesemua rakyat Malaysia berlagak sebagai pelancung. Semua murah. Barangan murah, khidmat GRO pun murah.

Mereka yang berjiwa dan berperwatakan pelancung akan suka Malaysia. Jika tak suka kerana semua barang dan khidmat murah, mereka tentu gila.

Tapi bagaimana dengan hospital- suatu perkhidmatan yang tentu lebih diutamakan dari terimaan hasil dari meraka yang datang suka ria dan seronok seronok? Mereka ini bukan pelancung.

mereka yang tidak berperwatakan pelancung tapi rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung kos perubatan yang tinggi, kejatuhan Ringgit adalah malapetaka.

Jika mereka tidak setuju dengan kejatuhan nilai Ringgit, bagaimana? Mereka gila?

Bagaimana dengan sector pembuatan yang bergantung kepada intermediate inputs yang di import? Kos pembuatan makin meninggi bukan? Jika USD sampai kepada RM5 bagaimana?

Rakyat bukan pelancung dan pengilang tentu komplen kerana kos pengilangan dan kos pembuatan akan meningkat yang akan dicerminkan dengan harga barangan akhir yang tinggi.

Jika mereka protes, adakah mereka dianggap gila?

Cuba bandingkan sumbangan sector perindustrian dan pengilangan dengan sector pelancungan . adakah nilai GDP sector pembuatan dan pengilangan besar atau kecil berbanding dengan nilai GDP pelancungan?

Siapa gila? -http://sakmongkol.blogspot.com/

Tembakan rambang, seorang tentera maut..?

Posted: 13 Aug 2015 09:30 PM PDT


 

Seorang anggota tentera maut manakala seorang lagi cedera akibat terkena tembakan rambang yang dilepaskan rakan setugas mereka di Khemah Pos Tentera, Felda Sahabat 22, dekat Lahad Datu, tengah malam kelmarin.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Awang Sahari EM Nadzeer berkata dalam kejadian pada 12.30 tegah malam itu anggota yang terbunuh dikenali sebagai Koperal Raju Karno Rano Karno, 30, manakala anggota yang cedera dikenali sebagai Koperal Julian Anak Janang.

Katanya, Raju Karno yang mengalami kecederaan di bahagian leher meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital manakala Julian mengalami kecederaan di bahagian paha.



"Kejadian itu bermotifkan salah faham dan tidak ada unsur-unsur melibatkan serangan pihak luar. Suspek beranggapan dirinya telah dipulaukan oleh rakan-rakannya lalu mengambil tindakan melepaskan tembakan rambang," katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu semalam.

Menurut Awang Sahari, suspek berumur 22 tahun itu telah ditahan manakala sepuncuk senapang M4 Carbain serta satu kelopak mengandungi 22 butir peluru hidup dirampas.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

- Bernama

VIDEO - Umno Parit Sulong tuju puisi khas buat Najib

Posted: 13 Aug 2015 09:00 PM PDT


YANG INI SIAPA NAK TANGGUNG ? RAKYAT JUGA KAH ?

Posted: 13 Aug 2015 08:30 PM PDT


Encik Politik's photo.

ANDA KENAL Rosmah Mansor.. ???

Tahu ke tak jawatan Rosmah Mansor..??
 

Siapa sebenarnya Rosmah Mansor..??

Jika ANDA mahu negara kita 'SELAMAT', anda kekalkanlah Rosmah Mansor di Sri Perdana, Putrajaya sampai ke kiamat..

Mudah2an khazanah & harta negara dapat disapu licin supaya rakyat dpt menikmati rahmat BR1M & GST buat selama2nya...

PRU~14 : RAKYAT SERBA SALAH ~bercakap benar pahit tetapi usahalah secara keras~

Posted: 13 Aug 2015 08:00 PM PDT



JIKA ketiga parti dalam PR bersatu utuh macam PRU13 pasti BN di PRU14 akan tumbang sebab PRU13 lalu itu jelas PR menang undi sejumlah 52% dan BN hanya 47% tetapi kesan di Malaysia diukur jumlah kerusi jelas PR kalah 33 kerusi yang menyebabkan BN semula berkuasa dengan majoriti mudah.
Berdasarkan kajian dan PRU2 sebelumnya jelas kemenangan BN setiap PRU dilaksanakan sokongan BN terus merosot dan PRU14 memang Anwar Ibrahim meramalkan PR akan mendapat undi 60% dan secara langsung BN tersungkur dan ini faktanya.

Bila melihat keadaan sekarang kasus negara bermasalah hutang negara 900 bilion dan masalah hutang 1MDB RM42 bilion yang entah ke mana dan kemudian masuknya dana RM2.6 bilion ke akaun Najib Razak sendiri jelas itu merosakkan nama BN dan kesannya kepercayaan rakyat terhadap BN terutama PM Najib memang jatuh teruk.

Tambahnya rakyat tidak percaya bila PM memecat Muhyddin/TPM dan Shafie Afdal dan serentak itu dipecat pula peguam negara dengan alasan yang sama sekali tidak masuk akal dan ini menjelaskan Najib memang bersalah sebab seorang yang tidak bersalah tidak mungkin takut menghadapi segala tuduhan.

Tambah memuakkan bila menteri2 yang bersikap ampu selalu saja memberikan jawaban yang bercanggah dan itu menandakan mereka sendiri tidak tahu fakta sebenarnya dan kemudian bila SPRM menjelaskan memang ada dana masuk ke akaun Najib Razak, maka kedua pegawai SPRM dipindah serta merta dan bahan siasatan dirampas. Apa sebenarnya ini?

Lagi aneh bila rombakan kabinet dilakukkan, 4 orang ahli PSC yang membuat siasatan dilantik ke jawatan menteri, seorang lagi dipecat atas alasan sakit, sementara seorang lagi meletakkan jawatan dan Pandikar menjelaskan PSC tidak boleh mengadakan mesyuarat. 
Kesan tindakan ini semua siasatan terganggu dan ini menjelaskan PM Najib memang berusaha menanguh-nangguhkan siasatan.

Kemudian Najib sendiri akui memang dana RM2.6 bilion itu dimasukkan ke dalam akaunnya kesan derma sahabatnya dari Arab dan kitapun sungguh hairan orang arab ini begitu baik sangat sama Najib dan Najib menjelaskan ianya untuk Parti.

Sekali lagi cukup aneh terasakan pada tahun 2012 Najib telah menjelaskan semua derma mesti dimasukkan ke akaun Parti untuk elak Rasuah, lalu bagaimana pula Najib sendiri rela akaunnya digunakan untuk derma parti berkenaan? Ini jelas amat bertentangan dan tambah bertentangan Menteri Maslan menjelaskan memang tiada dana RM2.6 bilion masuk ke dalam akaun Najib Razak.

Biasanya bila ada unsur2 penipuan, semua orang berusaha bersilat kata dan berusaha meyakinkan rakyat dan kesan ketidakjujuran itulah maka jawaban2 Najib dan para menterinya selalu saja bercanggah dan jawaban2 itu hanyalah berusaha mempertahankan penipuan hakikat sebenarnya.

Nah, berdasarkan apa yang saya jelaskan ini, maka saya simpulkan kalaulah PR yang gabungan 3 parti ini utuh semacam dulu dan berdasarkan keadaan/keputusan election lalu, pasti BN akan tersungkur di PRU14 akan datang ini, tetapi seperti yang kita mahu kelihatanya agar berubah sedikit kesan Hadi sendiri tidak mematuhi prinsip berparti yang akur suara majoriti.

Kenapa saya beranggapan demikian?

Di Semananjung Malaysia kekuatan PAS, DAP dan PKR memang cukup menakutkan BN dan terbukti di PRU lalu itu BN sebenarnya kecundang, cuma BN diselamatkan oleh Sabah yang punya 25 MP dan Sarawak mempunyai 31 kerusi MP menjadi jumlah penyelamat BN ialah 51 kerusi dan bukankah jelas kalau 51 MP ini sebelahi PR atau 33 saja sertai PR jelas Najib kepunan untuk duduki kerusi PM.

Memang tidak dapat dinafikan BN pimpinan Najib berusaha memecahkan PR untuk terus ia berkuasa dan pertama ia janjikan Hadi sesuatu, lalu Hadipun terpaut dengan janji2 itu dan ia guna agama maka PAS terpecah 3, satu asli ulamak, kedua yang professional PRO DAP/PKR dan satu lagi memang dalam BN yang siap memujuk dan memujuk Haji Hadi untuk PAS kawini UMNO/BN.

Nah, berdasarkan keadaan ini kelihatannya saya mentafsir ahli-ahli Pas dimusim PRU13 merasa binggung sama ada mengundi PAS atau mengundi grup yang PRO kepada DAP/PKR dimusim akan datang tetapi orang PKR dan DAP menang tidak berganjak dan ini kita lihat nanti apa sudahnya terserah bagaimana Mat Sabu dengan parti barunya yang bakal ditubuhkan nanti.

Di Sabah pula sejak dulu memang keadaannya Sabah unik sedikit dan agar sukar ditafsir, tetapi kita melihat di Sabah ini memang sokongan kepada BN juga merosot, cuma saja pembangkang terdiri STAR, SAPP tidak mahu bergabung dengan pembangkang PR dan kesannya ada setengah2 kawasan seperti Kota Marudu dan lain2 kesan adanya perlawanan tiga penjuru menyebabkan BN menang dan akhirnya pembangkang terutama SAPP tidak mendapat satu kerusipun dan STAR hanya satu DUN Bingkor.

Di Sabah ini sekarang saya lihat STAR dan SAPP ini semacam mesra BN dan tidak hairan dimusim akan datang parti lokal yang menamakan diri USA akan bergabung dengan BN untuk melawan PR sebab tanda2 mesra itu cukup jelas tetapi rasanya adalah terlalu awal untuk mentafsir keadaan ini. 
Tambah susah keadaan di Sabah bila ada 13 parti baru didaftar dan siap bertarung di musim election akan datang dan ini menambah parahnya keadaan nanti.

Saya melihat keadaan di Sabah ini semacam sama sahaja keadaannya dimusim PRU yang lalu dan kalau menangpun barangkali saya tafsir ada penambahan sedikit kerusi baik di DUN atau MP kerana saya lihat kawasan2 Melayu yang sekitar 33 kerusi UMNO itu tidak boleh tidak barangkali tidak akan berubah dan kalau adapun perubahan tidaklah terlalu banyak.

Kerana itu saya kira PKR/DAP kena kerja keras mendekati rakyat serta memberikan kefahaman yang jelas dan ini saya lihat baik PKR/DAP kurang berkesan menggunakan media2 seperti grup2 Facebook, Twitter dan sebagainya dan kalau adapun hanyalah main putar2 di grup WhatSapp kalangan mereka sendiri yang saya katakana asyik SYOK SENDIRI Sebab yang membaca ialah kalangan mereka sendiri yang setiap grup tidak lebih 100 orang ahli.

Saya melihat dan perhatikan SAPP terutama STAR cukup bijak menggunakan grup2 Facebook dan boleh dikatakan setiap daerah mereka punya grup Facebook dan setiap ahli mereka aktif menulis yang menyebabkan apa-apa makluman kempen terus sampai ke akar umbi dan ini beda dengan DAP/PKR tetapi keadaan sekarang yang yang STAR/SAPP mesra BN, sekali lagi mereka juga merasa keliru tetapi kalau kita sentuh hal ini maka ada saja jawaban mereka. Ah, itu hak mereka, tidaklah kita pedulikan sangat kala masing2 ada strategi.

Saya kira ini harus dititikberatkan jika benar2 mahu menumbangkan BN sama ada di Sabah atau seluruh Malaysia sebab saya kira musim PRU14 ini adalah waktu yang paling sesuai untuk menjatuhkan kepimpinan BN yang korup kesan banyak sangat skandal dan rakyat hidup dalam keadaan sengsara derita payah.

Di Sarawak saya melihat juga sama dan kedudukan di PRU lalu, DAP telah menambah kerusi dan kesan semangat kesedaran di sana sudah mula menguasai keadaan kesan slogan Sabah Sarawak Keluar Malaysia, maka ini juga akan membantu tetapi di sana kita melihat ketua menterinya sendiri sudah menyuarakan secara terang2kan tentang Autonomi tetapi rakyat harus mengerti meski Najib akan mempertimbangkan soal autonomi itu diharapkan rakyat jangan tertipu sebab kita belum tahu atutomi yang bagaimana mahu diberikan itu sebab autonomi ini membawa makna yang meluas dan terserah dalam bentuk perangkaan dan perjanjian yang dipersetujui nanti.

Nah, berdasarkan apa yang saya jelaskan ini dan kesan rakyat merasa bingung dan serba salah kerana pembangkang sendiri liat untuk bersatu demi sama menumbangkan BN. 
Meski saya lihat pembangkang agak kuat tetapi kesan tidak bersatu, itu jelas BN guna pecah dan perintah dan akhirnya BN juga bakal berkuasa jika PR gagal menambah lebih 33 kerusi MP dimusim datang kalau mengekalkan kemenangan dulu.

Meski demikian, kita masih ada dua tahun dan dalam dua tahun ini kesan ringgit merundum dan kesan GST terus menyusahkan rakyat, maka kita lihat apakah rakyat akan berubah atau rela susah dan kais pagi makan petang, terserahlah nantinya.


ISMAILY BUNGSU

Sabah

VIDEO - Tanpa Disangka... Najib Terkedu Dengan Berita Ini? - ADDIN

Posted: 13 Aug 2015 07:30 PM PDT



Gabenor Bank Negara Sindir Najib. Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hari ini tidak mahu menyentuh tentang RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, dengan berkata beliau mungkin ditangkap jika bercakap tentang individu tertentu.

"Saya perlu berhati-hati apa yang saya cakap - bahawa ia perlu dalam batasan undang-undang.

"Jika tidak, sebaik sahaja saya melangkah keluar dari pintu ini, saya akan berdepan ditangkap kerana bercakap tentang seseorang individu sekarang.

"Dan saya yakin anda tidak mahu perkara ini berlaku," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat bank pusat itu di Kuala Lumpur hari ini.

Respons Zeti itu disambut dengan ketawa wartawan dan pegawai Bank Negara yang hadir. Satu klip video mengenai respons beliau itu juga dimuat naik di Pocketimes.

Zeti ditanya sama ada Bank Negara mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai deposit yang besar itu ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri.
Gabenor Bank Negara Sindir Najib

Hari ini merupakan penampilan pertama beliau sejak beberapa minggu ubu selepas menjadi sasaran serangan berhubung peranan Bank Negara Malaysia dalam menyiasat 1MDB, di mana pihak-pihak tertentu menuduh bank pusat itu membocorkan maklumat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat mengenai deposit itu menyaksikan penyiasatnya ditangkap polis dan rumah serta pejabat mereka digelidah.

Penyiasat utama SPRM dalam kes itu dipindahkan keluar secara mendadak tetapi ia kemudiannya dibatalkan ekoran bantahan awam.

SPRM berkata RM2.6 bilion itu bukan dari 1MDB tetapi "sumbangan penderma".

Ia merancang memanggil Najib untuk menjelaskan mengenai deposit tersebut.

Panas; Tun M dan Ku Li bersatu menyerang menjatuhkan Najib !! - suarakami

Posted: 13 Aug 2015 07:15 PM PDT



Dalam politik apa sahaja boleh berlaku. Musuh masa lalu boleh menjadi kawan pada masa ini, serta sebaliknya.

Begitu yang dilihat berlaku dalam perkembangan politik terkini apabila Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah dikatakan telah mengadakan pertemuan awal minggu ini.

Tindakan itu meningkatkan spekulasi berkaitan langkah mereka bersama terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang sedang berdepan krisis kepercayaan awam ekoran dakwaan skandal 1MDB.

Sumber yang rapat dengan Mahathir, perdana menteri paling lama dalam sejarah Malaysia, mengesahkan bahawa pertemuan itu berlangsung pada Selasa tetapi tiada butiran lain diketahui setakat ini.

Pertemuan itu turut dilaporkan oleh Asia Sentinel yang mendakwa ia berkaitan pembentukan kerajaan perpaduan untuk mengetepikan Najib.

"Terdapat kemelut kepimpinan di Malaysia dan muafakat dicapai hanya seorang sahaja calon untuk tamatkannya.

"Orang itu ialah Ku Li (Razaleigh), satu-satunya jalan," seorang rakan Razaleigh yang tidak dinamakan dipetik sebagai berkata.

Halangan terbesar, menurut analisis Asia Sentinel, dalam isu undi tidak percaya di parlimen.

Menurut portal berita itu, kedua-dua mereka percaya terhadap sokongan bulat pembangkang, yang menguasai 89 daripada 222 kerusi, walaupun undi PAS masih boleh dipersoal.

BN memiliki 132 kerusi dengan 88 daripadanya milik Umno.

Selain itu, kata Asia Sentinel lagi, satu lagi halangan yang mungkin wujud daripada speaker dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Mahathir, 90, dan Razaleigh, 78, pernah menjadi musuh dalam perebutan kerusi presiden Umno pada 1987.

Pertembungan itu menyebabkan lahirnya parti serpihan Semangat 46. Parti Melayu itu bagaimanapun kemudian dibubarkan dan Razaleigh kembali menyertai Umno.

Pak Habib minta Mahathir 'zip mulut'

Posted: 13 Aug 2015 07:00 PM PDT

 
Seorang penulis politik veteran meminta supaya  Tun Dr Mahathir Mohamad "zip mulut" daripada terus mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Syed Hussein Alattas berkata, memandangkan Mahathir telah menjadi perdana menteri selama 22 tahun, maka bekas pemimpin itu sepatutnya berhenti daripada "bercakap".

Malah, Syed Hussein atau dikenali sebagai Pak Habib mendakwa, selama menjadi ketua negara, Mahathir juga telah gagal kerana tidak berjaya mengubah nasib bangsa Melayu.

"Bagitau dia (Mahathir) untuk zip mulut dia. Beritahu dia, Syed Hussein suruh Mahathir tolong tutup mulut.

"Anda sudah puas bercakap. 22 tahun anda jadi perdana menteri, apa pun tak boleh bikin (buat).

"Dia tak boleh mengubah Melayu. Dia gagal. Dia adalah kegagalan terbesar dalam politik Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran bukunya bertajuk Dosa-dosa Che Det di kediamannya di Janda Baik, Bentong Pahang semalam.

Selain itu, Syed Hussein turut melahirkan rasa simpatinya terhadap Najib yang berdepan dengan pelbagai serangan.

"Dia (Najib) anak manja, tak terfikir pun nak jadi perdana menteri. Dia cuma bernasib baik. Semua jawatan dia bertanding dia menang. Tiba-tiba kena serang macam ini. Kesianlah dia," kata Syed Hussein.

Syed Hussein yang telah menulis 74 buah buku mengenai politik, juga meminta supaya masyarakat memberi peluang kepada Najib untuk terus mentadbir negara.

Beliau juga meminta supaya Mahathir tidak "membunuh" karier politik Najib dengan  terus membuat kritikan.

VIDEO - Ceramah Presiden PAS Sekarang Penuh Dustaa

Posted: 13 Aug 2015 06:45 PM PDT




Dengar ceramah Haji Hadi di Manjoi.

Kutuk DAP pasal DAP tak izin laksana hudud. Kata ke DAP pasal PAS teguh berpegang dgn hukum Allah dan tak kesah pada DAP.

Lepas tu Haji Hadi kata kita masih bekerjasama dgn PKR.

Padahalnya pendirian PKR dan DAP sama dlm isu hudud. Siap PKR dan DAP buat preas conference bersama.

Boleh pula kerjasama dgn PKR yg tolak hudud mcm DAP tu.

Agaknya Haji Hadi terlebih makan unat hari tu kot?

Program Pihak 5.0 di Manjoi PKR Perak pun tak hadzir. Tapi program GHB PKR Perak hadzir.

(Di Selangor MB Selangor tak hadir langsung mana2 majlis Hari Raya anjuran PAS. Tapi puak2 PAS beriye2 dtg mahlis2 raya PKR sampai peringkat Cabang pun exco PAS siap datang)

Juga, dalam ceramah yang sama,  Haji Hadi kata DAP tolong kempen untuk pemimpin2 PAS yang mereka suka sewaktu pemilihan 2015.

Marah betul Haji Hadi pada DAP.

Tapi sikit pun Haji Hadi tak sebut UMNO kempen untuk pemimpin2 yg terkandung dlm chai.


Busuk2 DAP tu ada jasa DAP pada PAS.

UMNO tu musuh yang amat jelas.

UMNO kempen halal tapi DAP kempen haram?

KESIMPULAN:

Di Manjoi, dlm ceramah sempena Pihak 5.0 Haji Hadi berucap dlm 40 minit.

30 minit pertama dia berkhutbah dan bersyarahan agama.

Tapi, 10 minit terakhir waktu dia ulas isu2 semasa, penuh dgn bohong dan dusta.


Sekarang Presiden PAS mencampur adukan agama dengan dusta dan nista.

Moga Hadi dibalas Allah SWT di atas tindakan jahat nya




TULANG BESI

ps Link ceramah yg asal telah pun dibuang videonya.

Pengkhianatan Tuan Ibrahim Tuan Man pada PKR dan PR

Posted: 13 Aug 2015 06:15 PM PDT







Sumber :  http://www.malaysiawaves.net/

MARI KITA PAKAT SIMPAN UBAN

Posted: 13 Aug 2015 06:00 PM PDT

Kelab Pencinta Sejarah Kelate's photo.


MARI KITA PAKAT SIMPAN UBAN

Pada tahun 2012, Ismael Galvan Galvan dari Muzium Nacional de Ciencias Naturales Sepanyol menjalankan kajian tentang uban. 

Dari hasil para penyelidik itu menunjukkan uban merupakan tanda anda akan mempunyai hidup panjang dan sihat. Namun khabar buruk bagi anda yang mempunyai rambut merah kerana ini berkaitan tahap yang lebih tinggi untuk mengidap kanser.

"Pada manusia, melainkan kulit, rambut dan bulu merupakan jenis yang sama. Hal ini menghadkan pengetahuan pada kesan fisiologi pigmentasi, " kata Galvan .

Uban menandakan ketiadaan melanin. Ertinya uban merupakan tanda hidup yang sihat.

" Jauh dari tanda berkaitan penuaan, uban menunjukkan keadaan yang baik, " tegasnya. Jadi , anda sudah beruban ? 

Subhanallah ...

SALAM CERIA SELALU UTK SAHABAT KU SEPERJUANGAN SEMUA

Posted: 13 Aug 2015 05:30 PM PDT

Ahli keluar Pas satu proses pembersihan parti

Posted: 13 Aug 2015 05:00 PM PDT


KUALA TERENGGANU - Pas menganggap tindakan sekumpulan ahlinya yang keluar parti itu sebagai satu proses pembersihan dalam Pas.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perkembangan itu langsung tidak membimbangkan sebaliknya optimis dengan tindakan pihak terbabit dan menyifatkan ia adalah pemutihan yang berlaku secara automatik.

"Itu pembersihan parti yang berlaku dengan sendiri. Apabila berlaku banjir bah, pasir berubah..tidak risau, tidak risau. Gembira, gembira," katanya kepada pemberita ketika hadir di Majlis Hari Raya Terbuka Pas Terengganu di hadapan Pejabat Pas Terengganu di Jalan Sultan Omar, di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh serta pimpinan negeri termasuk Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat.

Beliau turut memberitahu bahawa keahlian Pas semakin meningkat sejak akhir-akhir ini dan mendakwa kira-kira 4,000 ahli baharu telah pun didaftarkan, manakala lebih kurang 3,000 borang keahlian baharu sedang diproses ketika ini.

Dalam perkembangan sebelum ini, beberapa pihak keluar Pas termasuk bekas Ketua Pemuda Pas Melaka, Jauhar Mohd Dawi yang mengisytiharkan keluar parti dan menyertai Harapan Baru, sebelumnya bekas Pesuruhjaya Pas Melaka, Adly Zahari dan Ketua Pemuda Pas Shah Alam, Helmi Radzuan, serta 12 orang anggota jawatankuasanya.

Selain itu, seramai 12 orang terdiri daripada pemimpin dan ahli Pas kawasan Jelebu termasuk bekas Ketua Pemuda Pas Kawasan Jelebu, Mohd Faizal Fadli Idrus turut mengambil tindakan sama, semalam.

Dalam perkembangan lain berhubung Himpunan Bersih 4.0, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang memberitahu pihaknya hanya menghantar dua orang wakil ke perhimpunan tersebut pada 29 dan 30 Ogos ini kerana memaklumkan pihaknya akan menganjurkan majlis sendiri nanti.

Dua wakil tersebut adalah Naib Presiden Pas, Idris Ahmad dan Timbalan Pesuruhjaya 1 Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad.
Batu Vs Kayu

Zeti: Saya mungkin ditangkap jika cakap tentang seseorang

Posted: 13 Aug 2015 04:15 PM PDT



Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hari ini tidak mahu menyentuh tentang RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, dengan berkata beliau mungkin ditangkap jika bercakap tentang individu tertentu.

"Saya perlu berhati-hati apa yang saya cakap - bahawa ia perlu dalam batasan undang-undang.

"Jika tidak, sebaik sahaja saya melangkah keluar dari pintu ini, saya akan berdepan ditangkap kerana bercakap tentang seseorang individu sekarang.

"Dan saya yakin anda tidak mahu perkara ini berlaku," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat bank pusat itu di Kuala Lumpur hari ini.

Respons Zeti itu disambut dengan ketawa wartawan dan pegawai Bank Negara yang hadir.

Satu klip video mengenai respons beliau itu juga dimuat naik di Pocketimes.

Zeti ditanya sama ada Bank Negara mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai deposit yang besar itu ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri.

Hari ini merupakan penampilan pertama beliau sejak beberapa minggu ubu selepas menjadi sasaran serangan berhubung peranan Bank Negara Malaysia dalam menyiasat 1MDB, di mana pihak-pihak tertentu menuduh bank pusat itu membocorkan maklumat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat mengenai deposit itu menyaksikan penyiasatnya ditangkap polis dan rumah serta pejabat mereka digelidah.

Penyiasat utama SPRM dalam kes itu dipindahkan keluar secara mendadak tetapi ia kemudiannya dibatalkan ekoran bantahan awam.

SPRM berkata RM2.6 bilion itu bukan dari 1MDB tetapi "sumbangan penderma".

Ia merancang memanggil Najib untuk menjelaskan mengenai deposit tersebut.

- mkini




USAHA UNTUK GULINGKAN GABENOR BANK NEGARA GAGAL ??

Posted: 13 Aug 2015 09:00 AM PDT

Ini dia wajah malaun yang memburukan Gebenor Bank Negara Ciitt.........

Keturunan atas angin juga! ....Sejak dari kerajaan Melaka....golongan inilah yang jadi kacang hantunya.

Presiden Persatuan Dewan Perniagaan dan Perindustiran India Tan Sri KK Eswaran

Gebenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang telah difitnahkan oleh sukarelawan -sukarelawan Najib untuk menjatuhkanya, hari ini telah mengistiharkan akan terus berkhidmat hingga tamat tempoh.

Dalam sidang akhbarnya hari ini beliau mengistiharkan " Pasti saya akan tetap berada di jawatan saya sehingga tamat tempoh khidmat saya selama lima tahun yang berakhir pada tahun depan."

Ini adalah suatu lagi tanda tolak anur kerajaan Najib di bawah tekanan rakyat setelah membatalkan pertukaran pegawai SPRM ke Jabatan Perdana Menteri dan memindahkan mereka balik ke SPRM dengan serta merta kerana beberapa petunjuk undang-undang dikemukakan oleh berbagai pihak mengatakan tindakan itu salah dari segi undang-undang. 






Berita Zeti akan turut dipersarakan,dipecat atau akan disiasat telah tersebar luas terutamanya selepas serangan tiba-tiba dibuat oleh Presiden Persatuan Dewan Perniagaan dan Perindustiran India Tan Sri KK Eswaran dalam akhbar The Star pada 7 Ogos 2015 mengatakan Zeti telah membantu keluarganya untuk mendapat kontrak secara tidak beretika.

Ini mengejutkan orang ramai kerana Zeti yang mempunyai integriti sangat tinggi dan harum namanya dalam dunia ekonomi dan kewangan antarabangsa tiba-tiba dicemarkan namanya dengan sewenang-wenang Blog Tun Mahathir dan juga beberapa blog lain telah menyebutkan tentang kemungkinan beberapa tindakan diambil terhadap Zeti yang terlibat dalam siasatan 1MDB yang telah dihentikan. Blog ini telah mensifatkan serangan tiba-tiba Tan Sri Eswaran terhadap Zeti yang tidak pernah bermusuhan dengannya sebagai sebahagian dari usaha untuk menjatuhkan Integriti keluarga Diraja Pak Ungku Aziz.

Kegagalan menggulingkan Zeti ini tidak seharusnya dianggap sebagai kemenangan moral hanya bagi Zeti sendiri tetapi ini adalah kemenangan suara rakyat yang cintakan keluhuran Perlembagan yang mahu menegakan sebuah kerajaan yang adil,tulus,amanah,jujur dan bersih.

Posted by zainudin maidin

Posted by mountdweller.

Ini dia wajah malaun yang memburukan Gebenor Bank Negara Ciitt.........keturunan atas angin juga! Sejak dari kerajaan Melaka....golongan inilah yang jadi kacang hantunya USAHA UNTUK GULINGKAN GABENOR BANK NEGARA GAGAL Presiden Persatuan Dewan Perniagaan dan Perindustiran India Tan Sri KK Eswaran Gebenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang telah difitnahkan oleh sukarelawan -sukarelawan Najib untuk menjatuhkanya, hari ini telah mengistiharkan akan terus berkhidmat hingga tamat tempoh. Dalam sidang akhbarnya hari ini beliau mengistiharkan " Pasti saya akan tetap berada di jawatan saya sehingga tamat tempoh khidmat saya selama lima tahun yang berakhir pada tahun depan." Ini adalah suatu lagi tanda tolak anur kerajaan Najib di bawah tekanan rakyat setelah membatalkan pertukaran pegawai SPRM ke Jabatan Perdana Menteri dan memindahkan mereka balik ke SPRM dengan serta merta kerana beberapa petunjuk undang-undang dikemukakan oleh berbagai pihak mengatakan tindakan itu salah dari segi undang-undang. Berita Zeti akan turut dipersarakan,dipecat atau akan disiasat telah tersebar luas terutamanya selepas serangan tiba-tiba dibuat oleh Presiden Persatuan Dewan Perniagaan dan Perindustiran India Tan Sri KK Eswaran dalam akhbar The Star pada 7 Ogos 2015 mengatakan Zeti telah membantu keluarganya untuk mendapat kontrak secara tidak beretika. Ini mengejutkan orang ramai kerana Zeti yang mempunyai integriti sangat tinggi dan harum namanya dalam dunia ekonomi dan kewangan antarabangsa tiba-tiba dicemarkan namanya dengan sewenang-wenang Blog Tun Mahathir dan juga beberapa blog lain telah menyebutkan tentang kemungkinan beberapa tindakan diambil terhadap Zeti yang terlibat dalam siasatan 1MDB yang telah dihentikan. Blog ini telah mensifatkan serangan tiba-tiba Tan Sri Eswaran terhadap Zeti yang tidak pernah bermusuhan dengannya sebagai sebahagian dari usaha untuk menjatuhkan Integriti keluarga Diraja Pak Ungku Aziz. Kegagalan menggulingkan Zeti ini tidak seharusnya dianggap sebagai kemenangan moral hanya bagi Zeti sendiri tetapi ini adalah kemenangan suara rakyat yang cintakan keluhuran Perlembagan yang mahu menegakan sebuah kerajaan yang adil,tulus,amanah,jujur dan bersih. Posted by zainudin maidin at 13:07 Posted by mountdweller at 6:41 PM 3 comments

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Syabas!! SPRM Mula Bertindak Tegas...

Posted: 13 Aug 2015 08:30 AM PDT

Mafiaboss Melayu's photo.

Beberapa laporan telah dibuat oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan suruhanjaya itu sendiri terhadap Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Zabidi Zainal.

Satu sumber memberitahu Malaysiakini bahawa laporan dibuat berhubung pemindahan Pengarah Operasi khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan pengarah komunikasi strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob Jumaat lepas.

"Terdapat beberapa laporan yang difailkan di bawah Seksyen 48 Akta SPRM 2009," tambah sumber itu yang tidak mahu namanya disebut.

Seksyen 48 Akta SPRM ialah berkaitan dengan kesalahan menghalang penyiasatan.

Difahamkan, laporan yang sama telah dibuat terhadap polis kerana menangkap pegawai SPRM dan merampas komputer riba mereka, serta dokumen yang berkaitan dengan siasatan SRC International Sdn Bhd, dan dakwaan pemindahan RM42 juta ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Polis menyiasat pegawai SPRM berhubung dakwaan kebocoran dokumen sulit dengan siasatan terhadap SRC.

Zar Ali's photo.

Rara Dipanggil Polis Kerana Poster Ini ?

Posted: 13 Aug 2015 08:00 AM PDT

Mafiaboss Melayu's photo.Aktivis Young Syefura Othman, atau Rara, dipanggil pihak polis kerana beliau merupakan salah seorang anak muda Melayu DAP yang berani melihat perubahan terhadap negara ini, kata ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Lim berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan pihak polis memanggil Rara berhubung posting di Facebook miliknya pada September tahun lepas yang didakwa menghina Sultan.

"Rara secara terang-terangnya dipilih kerana dia merupakan salah seorang perempuan muda Melayu yang berani untuk melihat perubahan (terhadap negara).

"Dia dihukum kerana cuba menakutkan anak muda Malaysia, terutamanya Melayu, dalam melihat perubahan," katanya di ibu pejabat DAP hari ini.
Lim bagaimanapun, ketika ditanya mengenai kenyataannya "anak muda Melayu", beliau dengan segera memperbetulkannya dengan berkata: "Anak muda Melayu dan Malaysia."

"Saya rasa semua rakyat Malaysia akan disiasat, bukan anak muda Melayu sahaja," katanya ketika ditanya mengenai kenyataannya itu.

Rara akan disiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi esok berhubung dakwaan penghinaan terhadap Sultan menerusi Facebook susulan laporan polis dibuat terhadapnya.

Menurutnya, selain daripada dakwaan penghinaan terhadap Sultan, beliau juga akan didakwa atas "sebab-sebab yang tertentu" yang tidak dinyataka polis.

Beliau akan disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 dan akan ditemani peguam Gobind Singh Deo esok pada jam 10 pagi.

Terdahulu hari ini, Rara menjelaskan kepada The Malaysian Insider, posting tersebut dibuat pada September tahun lepas, berhubung isu aktivis Ali Abd Jalil dan Profesor Dr Azmi Sharom.

Namun, beliau tidak bertanya mengapa laporan polis terhadapnya, dipercayai oleh para "cybertroopers" Umno, hanya dibuat sekarang.

Katanya beliau hanya menulis di postingnya beberapa perkataan seperti ‪#‎Sultanbukantuhan‬ ‪#‎pray4ali‬ ‪#‎mansuhaktahasutan‬ ‪#‎solidaritiwithaliabdjalil‬ dan ‪#‎solidaritiwithazmi‬. – 13 Ogos, 2015.-TMI

1MDB : Bank Negara Mahu PeguamNegara Bertindak !!

Posted: 13 Aug 2015 07:15 AM PDT

Mafiaboss Melayu's photo."Bank ini telah menyerahkan kertas siasatan kepada peguam negara dengan cadangan untuk tindakan penguatkuasaan yang sesuai," katanya.

Ini penampilan sulung Zeti dalam beberapa minggu setelah beliau dan agensi-agensi penguatkuasaan lain menjadi perhatian susulan siasatan mereka.

Siasatan itu juga ditunggu-tunggu kerana ia melibatkan kemasukan RM2.6 bilion wang derma ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam tempoh itu peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah digantikan, yang kemudian menyaksikan pasukan siasatan khas terbubar.

Pasukan itu pada mulanya disertai Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Jabatan Peguam Negara.

SPRM dan Bank Negara bagaimanapun meneruskan siasatan mereka.

Bagaimanapun, muncul kontroversi baru apabila pegawai SPRM disiasat polis berhubung dakwaan kebocoran draf kertas pendakwaan pada Najib dan Zeti pula dihamburkan pelbagai dakwaan liar di Internet.

Memalukan!! Bila Gadis Bertudung Hisap Vape, Rosak Habis

Posted: 13 Aug 2015 06:30 AM PDT


 
Sejak wujudnya rokok vape yang kini semakin popular dan menjadi kegilaan ramai, dilihat masyara...

Sejak wujudnya rokok vape yang kini semakin popular dan menjadi kegilaan ramai, dilihat masyarakat semakin rakus menghisap vape. Tak kira dimana kita pergi, kewujudan alat elektronik itu boleh dilihat dimana-mana sahaja.

Alat ini dicipta bagi menggantikan rokok dimana wujudnya dakwaan mengatakan alat elektronik itu lebih selamat diambil berbanding rokok. Namun sejauh mana manfaat rokok jenis elektronik ini masih lagi menimbulkan tanda tanya malah ada yang mengatakan ia haram diambil kerana sama seperti rokok.

Mungkin kerana ramai yang memuji rokok vape ini lebih selamat dan jimat berbanding rokok maka ia juga diambil oleh sesetengah golongan wanita.

Memang memalukan dan amat menyedihkan! Mana taknya jika dahulu budaya merokok dalam kalangan wanita sukar sekali ditemui namun kini, mereka tanpa segan silu menghisap vape dan menghembuskan asap rokok di khayalak ramai.

Lebih memalukan wanita dan gadis-gadis melayu yang bertudung turut menghisap vape.

Malah, ada juga gadis yang bangga berkongsi gambar selfie sambil menghisap rokok vape seolah-olah bangga dengan aksinya yang disifatkan cool.

Buktinya dapat kita lihat menerusi aksi tidak tahu malu beberapa gadis melayu yang beramai-ramai menghasilkan hembusan kepulan asap tebal menggunakan rokok vape!

Tak pasal-pasal aksi mereka mencetuskan bualan dan kritikan hangat apabila tersebarnya gambar tersebut di laman sosial.

Alahai, elok-elok manis mengenakan baju kurung dan bertudung litup, habis hilang semua elemen kesantunan dan kesopanan.

Malah, para lelaki sendiri termasuk penghisap rokok tegar mengakui tidak suka melihat gadis yang merokok kerana berpendapat gadis seperti ini bagaikan tiada tarikan.

Bila tersebar hal-hal seperti ini, sedikit sebanyak pastinya menjejaskan imej wanita Melayu yang cukup terkenal adab sopannya.

Apa pun, semoga kisah viral 'gadis-gadis vape' ini menjadi sempadan dan pengajaran kepada wanita lain agar tidak mengikut jejak langkah yang memalukan seperti ini. -sensasi.org- hdh







Hukum menghisap shisha

. Posted in Soal Fiqh
Assalamualaikum ustazah,
Apa hukum menghisap shisha? Adakah hukumnya sama dengan hukum menghisap rokok? Dan adakah kesannya pada kesihatan sama dengan rokok?
Anuar Ahmad, JB
 shahidah1

Ustazah Shahidah (Tim. KW IKRAM Johor)
Jawapan:

Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, bekas Mufti Arab Saudi, menghisap shisha dan rokok dan segala jenis-jenisnya termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan kerana kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak. 

Pakar-pakar perubatan telah menjelaskan kesan-kesan buruk kedua-dua perkara tersebut (hisap shisha dan rokok). Sesungguhnya Allah swt telah mengharamkan ke atas orang Islam melakukan sesuatu yang memudaratkan mereka. 

Oleh itu adalah wajib bagi mereka yang menghisap shisha atau rokok supaya berhenti dan berwaspada daripada perbuatan tersebut kerana firman Allah swt: 

يسئلونك ماذا أُحل لهم قل أُحل لكم الطيبات

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Muhamad), "Apakah yang dihalalkan bagi mereka"? Katakanlah, "Yang dihalalkan bagi kamu adalah yang baik-baik. (al-Maidah: 4)
Dan firmannya lagi:

ويحل لهم الطيبات ويحرم عليهم الخبائث

Maksudnya: Dan dia (Muhamad) yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka. (al-A'raf: 157)

Dan kesemua jenis rokok dan shisha termasuk dalam perkara buruk yang memudaratkan manusia. Maka kesemua jenis rokok dan shisha adalah haram berdasar dengan dua ayat al-Quran di atas apabila diperhati maksud kedua-duanya.

Selain itu, menurut pendapat pakar perubatan, menghisap shisha adalah 400 kali lebih bahaya dari menghisap rokok. Demikian ditegaskan oleh Pakar runding Bedah Jantung dan Paru-paru, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof.Madya Datuk Dr.Ramzisham Abdul Rahman. Menurut beliau, masa merokok jauh lebih pendek dari menghisap shisha yang kadangkala boleh menjangkau dua jam atau lebih. 

Wap panas yang disedut boleh memusnahkan cilia atau bulu-bulu roma dalam dada yang boleh menjadikan kita batuk dengan teruk. 

Ia juga akan mengakibatkan kerosakan pada paru-paru dan jantung hingga membawa kepada penyakit kronik seperti kanser paru-paru atau kerosakan koronari jantung.

Menurut beliau, ini adalah berasaskan satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Kawalan Tembakau di Britain pada 2010 mendapati menghisap shisha memberi risiko yang jauh lebih bahaya dari menghisap rokok tembakau. 

Kerana kandungan tembakau herba (bahan tambahan) di dalam shisha memiliki kecenderungan untuk menyimpan kandungan karbon monoksida empat hingga lima kali ganda lebih tinggi berbanding menghisap rokok tembakau.

Sebagai kesimpulan, menghisap shisha adalah haram sepertimana haramnya menghisap rokok dan kesan mudarat menghisap shisha adalah lebih buruk daripada kesan menghisap rokok mengikut bahan perasa atau bahan tambahan yang digunakan.

Jelas kini bahawa hukum menghisap shisha adalah haram berdasarkan dalil di atas dan ia disokong oleh bukti-bukti kajian sains. 

Maka saya menyeru para penghisap shisha agar segera berhenti dan bertaubat atas ketelanjuran yang lalu. Semoga Allah menerima taubat kita. Amin.


WALLAHU A'LAM

Lelaki meraung akibat peha tertusuk besi (Gambar) FMT Reporters mangsa_bomba_600

Posted: 13 Aug 2015 05:45 AM PDT


Zar Ali's photo.

PETALING JAYA: Seorang lelaki hanya mampu meraung kesakitan apabila peha kanannya tertusuk besi selepas dia terlibat dalam kemalangan. 

Mangsa Zakaria Kassim, 39, yang memandu kereta jenis Proton Saga model BLM telah merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 45, 

Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Kejadian berlaku kira-kira jam 7.41 pagi, Khamis. 

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan ke Kuantan dari Bentong. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Anuar Hassan dalam satu kenyataan berkata, lapan anggota bersama satu jentera bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam. 

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, anggotanya mendapati mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dengan sebatang besi dipercayai besi belakang kenderaan berat itu tertusuk paha kanan mangsa. 

Beliau berkata, pihaknya terpaksa menenangkan mangsa yang tidak dapat menahan kesakitan sebelum anggotanya bertindak memotong besi tersebut. Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Bentong (HB) untuk mendapatkan rawatan kecemasan dan keadaannya dilapor stabil.


Kerengga.
Lelaki meraung akibat peha tertusuk besi (Gambar) FMT Reporters mangsa_bomba_600 PETALING JAYA: Seorang lelaki hanya mampu meraung kesakitan apabila peha kanannya tertusuk besi selepas dia terlibat dalam kemalangan. Mangsa Zakaria Kassim, 39, yang memandu kereta jenis Proton Saga model BLM telah merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 45, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Kejadian berlaku kira-kira jam 7.41 pagi, Khamis. Difahamkan, mangsa dalam perjalanan ke Kuantan dari Bentong. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Anuar Hassan dalam satu kenyataan berkata, lapan anggota bersama satu jentera bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam. Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, anggotanya mendapati mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dengan sebatang besi dipercayai besi belakang kenderaan berat itu tertusuk paha kanan mangsa. Beliau berkata, pihaknya terpaksa menenangkan mangsa yang tidak dapat menahan kesakitan sebelum anggotanya bertindak memotong besi tersebut. Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Bentong (HB) untuk mendapatkan rawatan kecemasan dan keadaannya dilapor stabil.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

HOT!! : TERBONGKAR!! YB KHALID SAMAD DEDAH KENAPA PAS TERBELAH DUA.. Written By Pejuang Perubahan

Posted: 13 Aug 2015 05:00 AM PDT


Punca Sebenar Perpecahan Dalaman PAS (Bahagian I) Perkembangan mutakhir ini, dengan kemunculan gerakan Harapan Baru (HB) telah menyebabkan ramai ahli PAS berada dalam keadaan kebingungan.

Mereka tertanya-tanya apa sebenarnya yang sedang berlaku?

Mengapa PAS yang selama ini kelihatan kukuh bersatu dan sedang berada dalam kedudukan yang antara paling berjaya sepanjang sejarahnya, tiba-tiba bagaikan berpecah dua?

Bagi sebahagian ahli, soalan yang timbul dijawab secara mudah dan dengan kaedah menghukum seperti, "tiadanya keikhlasan", "proses pembersihan", "sifat munafik", "kecewa" dan sebagainya.

Namun dijawab pula sebahagian yang lain bahawa, "mereka yang terlibat adalah orang-orang lama, lebih 30 tahun bersama PAS dan telah berkali-kali diuji dan terbukti keikhlasan mereka.

Sekiranya sebab-sebab seperti itu adalah puncanya, sudah pasti sudah lama mereka meninggalkan perjuangan ini".

Oleh itu ramai dari kalangan ahli biasa menolak penjelasan yang mudah seperti itu. "Semestinya wujud sebab yang lain", kata sebahagian mereka lagi. Maka di atas sebab lain inilah yang cuba saya rungkaikan di sini.

Dalam membuat analisa ini, saya terpaksa menjelaskan bukan sahaja yang tersurat tetapi juga yang tersirat.

Mungkin bacaan saya tepat, tetapi mungkin juga sebaliknya, namun dalam usaha memahami keadaan yang telah berlaku, penjelasan yang saya kemukakan ini adalah, bagi saya, yang paling munasabah dan rational.

BERMULANYA MASALAH Masalahnya pada hemat saya bermula selepas sahaja kemenangan tercapai dalam PRU 2008. Boleh dikatakan ianya merupakan 'ujian kemenangan' buat PAS.

Pada ketika itu, PAS dan PKR berada dalam Barisan Alternatif (BA). Untuk menghadapi PRU 2008, telah diwujudkan persefahaman politik antara BA dan DAP demi mengelak berlakunya pertandingan tiga penjuru apabila berdepan dengan UMNO/BN.

Tanpa dijangka, BA dan DAP telah mencapai keputusan yang begitu baik sehingga memungkinkan pembentukan kerajaan di lima Negeri dan menafikan majoriti 2/3 BN di Parlimen.

Oleh kerana ianya tidak dijangka, maka PAS agak bercelaru menanganinya! Sehari selepas keputusan diumumkan, terdapat pimpinan PAS yang telah mengatur pertemuan dengan pimpinan UMNO.

Yang sah dan nyata, cadangan membentuk kerajaan bersama UMNO/BN telah dipertimbangkan untuk Selangor dan Perak. Saya tidak dengar cadangan sama dipertimbangkan untuk Kedah.

Mungkin untuk Kedah ianya tidak dianggap perlu atas sebab PAS adalah majoriti. Ianya juga tidak releven untuk Kelantan. Di Pulau Pinang pula, jumlah kerusi DAP dan PKR mencukupi untuk pembentukan kerajaan.

Maka tiada apa yang boleh dilakukan PAS kecuali untuk bersama. 'KETIDAK SELESAAN' PIMPINAN UTAMA PAS Racangan bertemu pimpinan UMNO ini mungkin atas sebab 'ketidak selesaan' pimpinan utama PAS dengan pilihan membentuk kerajaan bersama PKR dan DAP, melalui pembentukan PR, di Selangor dan Perak.

Pada ketika itu, di kedua-dua negeri tersebut, PAS mempunyai kerusi paling sedikit berbanding PKR dan DAP. Pada masa yang sama, barisan pembangkang merupakan barisan pembangkang kesemuanya Melayu Islam dari UMNO!

Maka adalah dipercayai pimpinan utama PAS merasakan kekeliruan teramat untuk PAS berada di pihak majoriti bukan Melayu Islam berhadapan dengan pembangkang Melayu Islam!

Walaupun usaha rundingan ini telah akhirnya berjaya dipintas, namun sikap 'tidak selesa' memerintah bersama PKR dan DAP dalam keadaan PAS tidak 'dominan' terus menghantui pimpinan utama di dalam PAS.

Hasil dari itu, timbul pemikiran yang mempertikaikan kebijaksanaan pendekatan 'PR' kerana ia memungkinkan PAS 'memerintah bersama' tetapi dalam keadaan minoriti.

Namun ketidak selesaan ini tidak dikemukakan untuk dibincang tetapi sebaliknya ianya dipendam. Dan dalam setiap ucapan, ungkapan "kukuhkan PR" terus diulangi walaupun hati berkata sebaliknya. SEPTEMBER 16 DAN KONSEP UG Di atas kerangka pemikiran dan logik yang sama, maka cadangan September 16 anjuran DSAI ditolak pimpinan utama PAS. 'Majoriti Islam Melayu' adalah syarat yang tidak mampu dipenuhi pada ketika itu.

Pada 2009 mungkin hasil 'ketidak selesaan' ini juga, maka cadangan 'Unity Government' dikemukakan oleh DS Presiden PAS tanpa apa-apa perbincangan di peringkat PAS Pusat mahu pun Majlis Syura.

Mungkin UG ini dilihat sebagai satu-satunya cara untuk melepaskan PAS dari dilema bersama PKR dan DAP tanpa 'dominasi' PAS.

Pada ketika itu kerusi PAS di Parlimen juga adalah yang tersedikit berbanding rakan PR. Melalui UG, paling kurang, majoriti 'Melayu Islam' dapat tercapai kalaupun tidak dominasi PAS.

Akan tetapi segala perbincangan berhubung UG ini telah dipatahkan oleh Almarhum TGNA sehingga akhirnya ianya ditarik balik secara rasmi. Sebuah kerajaan PR dengan PAS atau 'Melayu Islam' sebagai minoriti, di Parlimen dan di beberapa Negeri, yang mungkin terbentuk melalui kemenangan PR, tidak boleh diterima oleh pimpinan utama PAS.

Akan tetapi, ramai dari pimpinan Pusat tidak melihatnya sebagai satu 'masalah' yang mewajibkan PAS mempertimbang kembali keterlibatannya dalam PR! Pada masa sama, ahli biasa semakin teruja dengan terbentuknya PR.

Ini terbukti melalui keputusan pemilihan Muktamar PAS pada tahun 2011. Pada muktamar 2011 saya sendiri telah dipilih sebagai AJK PAS Pusat setelah gagal beberapa kali sebelum itu.

Kemenangan saya diyakini atas sebab sikap pro-PR saya yang turut disokong perwakilan pada ketika itu.

MENANGANI 'MASALAH' PEMIMPIN DAN AHLI 'TERLALU' PRO-PR Pada ketika inilah, pada hemat saya, ada yang merasai bahawa demi menangani 'masalah' ini, maka perlu ditukar saff pimpinan AJK PAS Pusat dengan yang tidak terlalu pro-PR.

Pada masa sama, perlu juga ditimbulkan keresahan ahli terhadap keterlibatan PAS dalam PR. Kalau tidak, maka hubungan PAS dan PR akan benar-benar dikukuhkan dan dengan itu dilema pimpinan utama PAS akan berterusan!

Masalah ini ditangani melalui strategi serampang dua mata seperti berikut:-

1. Pimpinan 'terlalu pro-PR' perlu dijatuhkan pada pemilihan Muktamar dengan apa cara sekalipun, termasuk pendekatan melabel dan fitnah

2. Hubungan antara PAS dan PR perlu digodak sehingga ahli terpaksa pilih antara PAS atau PR STRATEGI PERTAMA: MULANYA KEMPEN FITNAH DAN MELABEL Maka sejak selepas muktamar 2011, usaha dimulakan untuk menyebarkan kebencian terhadap pemimpin tertentu. Istilah 'parasit', 'Anwarinas' dan 'Erdogan' mula dipopularkan dan pemimpin yang disasarkan ini turut dikritik kerana 'tidak menyokong ide UG yang dikemukakan Presiden.

Mereka dituduh menolak konsep UG kerana "mementingkan kepimpinan dan politik DSAI lebih dari politik DS Presiden".

Pada muktamar PAS 2013, usaha untuk menjatuhkan pimpinan yang terlalu pro-PR telah diusahakan tetapi menemui kegagalan. Kewujudan usaha ini telah didedahkan oleh Dr. Hassan Ali melalui 'video masyhurnya' yang dirakam di satu majlis di Melaka pada 2013.

Kegagalan ini menyebabkan berlakunya usaha yang lebih gigih ke arah 'pembersihan' saff pimpinan dari anasir yang kononnya "wala'

Pakatan melebihi wala' kepada PAS". i) Strategi Menjatuhkan Pimpinan 'Terlalu Pro-PR' Pada Muktamar 2015 Dengan itu strategi yang lebih kemas telah disusun bagi menghadapi Muktamar 2015. Langkah pertama dilakukan sebaik sahaja selesai muktamar 2013.

Pesuruhjaya PAS Negeri yang terlalu kommitted dengan PR ditukar. Antaranya, Dr. Rani, yang di bawah kepimpinannya PAS Selangor telah mencapai prestasi terbaik sepanjang sejarahnya dengan memenangi 15 kerusi DUN.

Sambil itu muka baru turut dilantik sebagai PJ Perak walaupun terdapat mereka yang lebih lama dan lebih layak.

Langkah kedua adalah perlaksanaan program dalaman parti yang menjalankan kempen memburuk-burukkan pemimpin pro-PR. Program dalaman seperti Liqa' Fikri, Liqa' Siyaasi,

Nekad dan sebagainya dianjurkan sepanjang hampir dua tahun dengan tujuan menanamkan kebencian ahli terhadap kelompok pemimpin ini.

Langkah ketiga, mempopularkan individu tertentu melalui program dalaman ini sambil pemimpin yang ingin ditolak terus diasak dan diserang dengan didakwa membawa fikrah menyimpang dari dasar Islam!

Tuduhan bahawa kononnya ada usaha untuk menjatuhkan Presiden mula diwar-warkan melalui program dalaman seperti ini.

Langkah keempat adalah untuk menguasai cawangan dan kawasan tertentu sebelum muktamar 2015 supaya usaha menukar saff pimpinan dapat dijayakan.

Ini menjadi lebih mudah dengan kehadiran asatizah muda yang telah diasuh sejak 2009 dengan sikap tertentu. Mereka telah muncul sebagai pimpinan cawangan dan kawasan.

Langkah kelima dan terakhir, menghalang mereka yang ingin dijatuhkan dari bertemu dengan ahli melalui program parti.

Program yang ingin diadakan oleh pimpinan ini dituduh "berniat berkempen" dan ditolak oleh pimpinan beberapa negeri tetapi program menjatuhkan mereka terus dianjurkan. Lima langkah seperti di atas telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Ianya tidak mungkin suatu kebetulan. ii) Aduan Kepada Pimpinan Utama Apabila diadu persoalan kempen jahat ini kepada DS Presiden semasa mesyuarat AJK PAS Pusat, maka telah sekadar dijawab bahawa fitnah dan dakyah adalah 'perkara biasa'.

Maka disyorkan semua yang difitnah dan diberi gelaran menghina menerimanya sebagai 'sumber pahala'!

Pokoknya, bibit perpecahan disemai dan dibiarkan begitu sahaja. Terdapat juga pimpinan yang 'menfatwakan' bahawa label-melabel adalah 'Sunnah'! Mereka mengemukakan berbagai hujjah untuk mempertahankan amalan terkutuk ini.

Yang paling mengelirukan adalah dakwaan bahawa Abdullah Azam telah berpesan supaya sekiranya ada 10 peluru, maka 9 adalah untuk pengkhianat dan hanya 1 untuk musuh luar! Sedangkan Abdullah Azam menceritakan mengenai perjuangan untuk mencapai kemerdekaan menentang penjajah dan 'pengkhianat' yang dimaksudkan adalah orang tempatan yang bersekongkol dengan penjajah!

Bukan ahli jemaah sendiri! Tanpa usaha menghentikannya, media sosial dimanfaatkan untuk memperhebatkan lagi usaha dakyah dan fitnah terhadap pimpinan yang ingin dijatuhkan.

Gelaran yang lebih serius diperkenalkan termasuk "Liberal, Sekular, Plural, anti-hudud, anti-ulama" dan sebagainya. iii) Kemuncak Usaha Penyingkiran Pimpinan 'Terlalu Pro-PR' Pada muktamar 2014, istilah 'barua dan broker' diperkenalkan oleh DS Presiden sendiri. Melaluinya, pendirian DS Presiden yang jelas 'berpihak' semakin terserlah.

DS Presiden menggelar saff pimpinan yang sediada pada ketika itu sebagai "pilihan muktamar, bukan pilihan dirinya".

Menjelang Muktamar 2015, DS Presiden mengeluarkan kenyataan samada "pilih pimpinan pilihan PAS atau pilihan DAP". Juga disebut "Muktamar sebagai medan membersihkan PAS dari pemimpin Sekular".

Dengan usaha gigih yang dilakukan serta keterlibatan pimpinan utama sendiri, maka tidak hairan bahawa akhirnya matlamat pertama tercapai dengan cemerlangnya.

Pimpinan yang ingin dijatuhkan dapat dijatuhkan secara 'setandan'. Bahagian kedua esok saya akan cuba menjelaskan strategi kedua, iaitu menimbulkan keresahan ahli terhadap PR.

Ianya telah dilaksanakan dan jelas kelihatan semakin berjaya.


WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD
HOT!! : TERBONGKAR!! YB KHALID SAMAD DEDAH KENAPA PAS TERBELAH DUA.. Written By Pejuang Perubahan on Khamis, Ogos 13, 2015 | 2:00 PTG Punca Sebenar Perpecahan Dalaman PAS (Bahagian I) Perkembangan mutakhir ini, dengan kemunculan gerakan Harapan Baru (HB) telah menyebabkan ramai ahli PAS berada dalam keadaan kebingungan. Mereka tertanya-tanya apa sebenarnya yang sedang berlaku? Mengapa PAS yang selama ini kelihatan kukuh bersatu dan sedang berada dalam kedudukan yang antara paling berjaya sepanjang sejarahnya, tiba-tiba bagaikan berpecah dua? Bagi sebahagian ahli, soalan yang timbul dijawab secara mudah dan dengan kaedah menghukum seperti, "tiadanya keikhlasan", "proses pembersihan", "sifat munafik", "kecewa" dan sebagainya. Namun dijawab pula sebahagian yang lain bahawa, "mereka yang terlibat adalah orang-orang lama, lebih 30 tahun bersama PAS dan telah berkali-kali diuji dan terbukti keikhlasan mereka. Sekiranya sebab-sebab seperti itu adalah puncanya, sudah pasti sudah lama mereka meninggalkan perjuangan ini". Oleh itu ramai dari kalangan ahli biasa menolak penjelasan yang mudah seperti itu. "Semestinya wujud sebab yang lain", kata sebahagian mereka lagi. Maka di atas sebab lain inilah yang cuba saya rungkaikan di sini. Dalam membuat analisa ini, saya terpaksa menjelaskan bukan sahaja yang tersurat tetapi juga yang tersirat. Mungkin bacaan saya tepat, tetapi mungkin juga sebaliknya, namun dalam usaha memahami keadaan yang telah berlaku, penjelasan yang saya kemukakan ini adalah, bagi saya, yang paling munasabah dan rational. BERMULANYA MASALAH Masalahnya pada hemat saya bermula selepas sahaja kemenangan tercapai dalam PRU 2008. Boleh dikatakan ianya merupakan 'ujian kemenangan' buat PAS. Pada ketika itu, PAS dan PKR berada dalam Barisan Alternatif (BA). Untuk menghadapi PRU 2008, telah diwujudkan persefahaman politik antara BA dan DAP demi mengelak berlakunya pertandingan tiga penjuru apabila berdepan dengan UMNO/BN. Tanpa dijangka, BA dan DAP telah mencapai keputusan yang begitu baik sehingga memungkinkan pembentukan kerajaan di lima Negeri dan menafikan majoriti 2/3 BN di Parlimen. Oleh kerana ianya tidak dijangka, maka PAS agak bercelaru menanganinya! Sehari selepas keputusan diumumkan, terdapat pimpinan PAS yang telah mengatur pertemuan dengan pimpinan UMNO. Yang sah dan nyata, cadangan membentuk kerajaan bersama UMNO/BN telah dipertimbangkan untuk Selangor dan Perak. Saya tidak dengar cadangan sama dipertimbangkan untuk Kedah. Mungkin untuk Kedah ianya tidak dianggap perlu atas sebab PAS adalah majoriti. Ianya juga tidak releven untuk Kelantan. Di Pulau Pinang pula, jumlah kerusi DAP dan PKR mencukupi untuk pembentukan kerajaan. Maka tiada apa yang boleh dilakukan PAS kecuali untuk bersama. 'KETIDAK SELESAAN' PIMPINAN UTAMA PAS Racangan bertemu pimpinan UMNO ini mungkin atas sebab 'ketidak selesaan' pimpinan utama PAS dengan pilihan membentuk kerajaan bersama PKR dan DAP, melalui pembentukan PR, di Selangor dan Perak. Pada ketika itu, di kedua-dua negeri tersebut, PAS mempunyai kerusi paling sedikit berbanding PKR dan DAP. Pada masa yang sama, barisan pembangkang merupakan barisan pembangkang kesemuanya Melayu Islam dari UMNO! Maka adalah dipercayai pimpinan utama PAS merasakan kekeliruan teramat untuk PAS berada di pihak majoriti bukan Melayu Islam berhadapan dengan pembangkang Melayu Islam! Walaupun usaha rundingan ini telah akhirnya berjaya dipintas, namun sikap 'tidak selesa' memerintah bersama PKR dan DAP dalam keadaan PAS tidak 'dominan' terus menghantui pimpinan utama di dalam PAS. Hasil dari itu, timbul pemikiran yang mempertikaikan kebijaksanaan pendekatan 'PR' kerana ia memungkinkan PAS 'memerintah bersama' tetapi dalam keadaan minoriti. Namun ketidak selesaan ini tidak dikemukakan untuk dibincang tetapi sebaliknya ianya dipendam. Dan dalam setiap ucapan, ungkapan "kukuhkan PR" terus diulangi walaupun hati berkata sebaliknya. SEPTEMBER 16 DAN KONSEP UG Di atas kerangka pemikiran dan logik yang sama, maka cadangan September 16 anjuran DSAI ditolak pimpinan utama PAS. 'Majoriti Islam Melayu' adalah syarat yang tidak mampu dipenuhi pada ketika itu. Pada 2009 mungkin hasil 'ketidak selesaan' ini juga, maka cadangan 'Unity Government' dikemukakan oleh DS Presiden PAS tanpa apa-apa perbincangan di peringkat PAS Pusat mahu pun Majlis Syura. Mungkin UG ini dilihat sebagai satu-satunya cara untuk melepaskan PAS dari dilema bersama PKR dan DAP tanpa 'dominasi' PAS. Pada ketika itu kerusi PAS di Parlimen juga adalah yang tersedikit berbanding rakan PR. Melalui UG, paling kurang, majoriti 'Melayu Islam' dapat tercapai kalaupun tidak dominasi PAS. Akan tetapi segala perbincangan berhubung UG ini telah dipatahkan oleh Almarhum TGNA sehingga akhirnya ianya ditarik balik secara rasmi. Sebuah kerajaan PR dengan PAS atau 'Melayu Islam' sebagai minoriti, di Parlimen dan di beberapa Negeri, yang mungkin terbentuk melalui kemenangan PR, tidak boleh diterima oleh pimpinan utama PAS. Akan tetapi, ramai dari pimpinan Pusat tidak melihatnya sebagai satu 'masalah' yang mewajibkan PAS mempertimbang kembali keterlibatannya dalam PR! Pada masa sama, ahli biasa semakin teruja dengan terbentuknya PR. Ini terbukti melalui keputusan pemilihan Muktamar PAS pada tahun 2011. Pada muktamar 2011 saya sendiri telah dipilih sebagai AJK PAS Pusat setelah gagal beberapa kali sebelum itu. Kemenangan saya diyakini atas sebab sikap pro-PR saya yang turut disokong perwakilan pada ketika itu. MENANGANI 'MASALAH' PEMIMPIN DAN AHLI 'TERLALU' PRO-PR Pada ketika inilah, pada hemat saya, ada yang merasai bahawa demi menangani 'masalah' ini, maka perlu ditukar saff pimpinan AJK PAS Pusat dengan yang tidak terlalu pro-PR. Pada masa sama, perlu juga ditimbulkan keresahan ahli terhadap keterlibatan PAS dalam PR. Kalau tidak, maka hubungan PAS dan PR akan benar-benar dikukuhkan dan dengan itu dilema pimpinan utama PAS akan berterusan! Masalah ini ditangani melalui strategi serampang dua mata seperti berikut:- 1. Pimpinan 'terlalu pro-PR' perlu dijatuhkan pada pemilihan Muktamar dengan apa cara sekalipun, termasuk pendekatan melabel dan fitnah 2. Hubungan antara PAS dan PR perlu digodak sehingga ahli terpaksa pilih antara PAS atau PR STRATEGI PERTAMA: MULANYA KEMPEN FITNAH DAN MELABEL Maka sejak selepas muktamar 2011, usaha dimulakan untuk menyebarkan kebencian terhadap pemimpin tertentu. Istilah 'parasit', 'Anwarinas' dan 'Erdogan' mula dipopularkan dan pemimpin yang disasarkan ini turut dikritik kerana 'tidak menyokong ide UG yang dikemukakan Presiden. Mereka dituduh menolak konsep UG kerana "mementingkan kepimpinan dan politik DSAI lebih dari politik DS Presiden". Pada muktamar PAS 2013, usaha untuk menjatuhkan pimpinan yang terlalu pro-PR telah diusahakan tetapi menemui kegagalan. Kewujudan usaha ini telah didedahkan oleh Dr. Hassan Ali melalui 'video masyhurnya' yang dirakam di satu majlis di Melaka pada 2013. Kegagalan ini menyebabkan berlakunya usaha yang lebih gigih ke arah 'pembersihan' saff pimpinan dari anasir yang kononnya "wala' Pakatan melebihi wala' kepada PAS". i) Strategi Menjatuhkan Pimpinan 'Terlalu Pro-PR' Pada Muktamar 2015 Dengan itu strategi yang lebih kemas telah disusun bagi menghadapi Muktamar 2015. Langkah pertama dilakukan sebaik sahaja selesai muktamar 2013. Pesuruhjaya PAS Negeri yang terlalu kommitted dengan PR ditukar. Antaranya, Dr. Rani, yang di bawah kepimpinannya PAS Selangor telah mencapai prestasi terbaik sepanjang sejarahnya dengan memenangi 15 kerusi DUN. Sambil itu muka baru turut dilantik sebagai PJ Perak walaupun terdapat mereka yang lebih lama dan lebih layak. Langkah kedua adalah perlaksanaan program dalaman parti yang menjalankan kempen memburuk-burukkan pemimpin pro-PR. Program dalaman seperti Liqa' Fikri, Liqa' Siyaasi, Nekad dan sebagainya dianjurkan sepanjang hampir dua tahun dengan tujuan menanamkan kebencian ahli terhadap kelompok pemimpin ini. Langkah ketiga, mempopularkan individu tertentu melalui program dalaman ini sambil pemimpin yang ingin ditolak terus diasak dan diserang dengan didakwa membawa fikrah menyimpang dari dasar Islam! Tuduhan bahawa kononnya ada usaha untuk menjatuhkan Presiden mula diwar-warkan melalui program dalaman seperti ini. Langkah keempat adalah untuk menguasai cawangan dan kawasan tertentu sebelum muktamar 2015 supaya usaha menukar saff pimpinan dapat dijayakan. Ini menjadi lebih mudah dengan kehadiran asatizah muda yang telah diasuh sejak 2009 dengan sikap tertentu. Mereka telah muncul sebagai pimpinan cawangan dan kawasan. Langkah kelima dan terakhir, menghalang mereka yang ingin dijatuhkan dari bertemu dengan ahli melalui program parti. Program yang ingin diadakan oleh pimpinan ini dituduh "berniat berkempen" dan ditolak oleh pimpinan beberapa negeri tetapi program menjatuhkan mereka terus dianjurkan. Lima langkah seperti di atas telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ianya tidak mungkin suatu kebetulan. ii) Aduan Kepada Pimpinan Utama Apabila diadu persoalan kempen jahat ini kepada DS Presiden semasa mesyuarat AJK PAS Pusat, maka telah sekadar dijawab bahawa fitnah dan dakyah adalah 'perkara biasa'. Maka disyorkan semua yang difitnah dan diberi gelaran menghina menerimanya sebagai 'sumber pahala'! Pokoknya, bibit perpecahan disemai dan dibiarkan begitu sahaja. Terdapat juga pimpinan yang 'menfatwakan' bahawa label-melabel adalah 'Sunnah'! Mereka mengemukakan berbagai hujjah untuk mempertahankan amalan terkutuk ini. Yang paling mengelirukan adalah dakwaan bahawa Abdullah Azam telah berpesan supaya sekiranya ada 10 peluru, maka 9 adalah untuk pengkhianat dan hanya 1 untuk musuh luar! Sedangkan Abdullah Azam menceritakan mengenai perjuangan untuk mencapai kemerdekaan menentang penjajah dan 'pengkhianat' yang dimaksudkan adalah orang tempatan yang bersekongkol dengan penjajah! Bukan ahli jemaah sendiri! Tanpa usaha menghentikannya, media sosial dimanfaatkan untuk memperhebatkan lagi usaha dakyah dan fitnah terhadap pimpinan yang ingin dijatuhkan. Gelaran yang lebih serius diperkenalkan termasuk "Liberal, Sekular, Plural, anti-hudud, anti-ulama" dan sebagainya. iii) Kemuncak Usaha Penyingkiran Pimpinan 'Terlalu Pro-PR' Pada muktamar 2014, istilah 'barua dan broker' diperkenalkan oleh DS Presiden sendiri. Melaluinya, pendirian DS Presiden yang jelas 'berpihak' semakin terserlah. DS Presiden menggelar saff pimpinan yang sediada pada ketika itu sebagai "pilihan muktamar, bukan pilihan dirinya". Menjelang Muktamar 2015, DS Presiden mengeluarkan kenyataan samada "pilih pimpinan pilihan PAS atau pilihan DAP". Juga disebut "Muktamar sebagai medan membersihkan PAS dari pemimpin Sekular". Dengan usaha gigih yang dilakukan serta keterlibatan pimpinan utama sendiri, maka tidak hairan bahawa akhirnya matlamat pertama tercapai dengan cemerlangnya. Pimpinan yang ingin dijatuhkan dapat dijatuhkan secara 'setandan'. Bahagian kedua esok saya akan cuba menjelaskan strategi kedua, iaitu menimbulkan keresahan ahli terhadap PR. Ianya telah dilaksanakan dan jelas kelihatan semakin berjaya. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

VIDEO Isteri Malas Jimak - Tak Nak Bersetubuh Atau Melakukan Seks.

Posted: 13 Aug 2015 04:15 AM PDT







BERSIH ENGGAN LAYAN ISU PAS.

Posted: 13 Aug 2015 03:30 AM PDT

Salman Karimi's photo.
Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) memberi jaminan perhimpunan aman kali ke-4 (Bersih 4) dianjurkannya akan diteruskan seperti dirancang walaupun tidak mendapat sambutan PAS, yang secara tradisinya menggerakkan sejumlah besar penyokong untuk perhimpunan Bersih sebelum ini.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya enggan melayan konflik dalaman parti politik sebaliknya mahu menumpukan kepada usaha mereka menuntut perubahan dalam sistem pilihan raya.

"Saya nak ingatkan, himpunan Bersih adalah isu rakyat Malaysia dan bukan hanya tentang parti politik.

NOTA TAPAK KAKI:

TERBAIK..

TAK PERLULAH PENGANJUR MELAYAN KERENAH LEBAI YANG DAH BESAR KEPALA TU..TERUSKAN AGENDA RAKYAT BAGI MENUNTUT SISTEM PILIHANRAYA YANG ADIL DAN TELUS.

PS: INGAT PROGRAM MAKAN2 KE NAK BERJEMPUT BAGAI?

'Dosa-dosa Mahathir' dilancar di Janda Baik

Posted: 13 Aug 2015 02:45 AM PDT





Kerana sebuah buku seorang pemimpin boleh jatuh.

Perkara itu pernah berlaku kepada Pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini apabila diserang 50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM.

Anwar ketika itu timbalan perdana menteri bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun kini sejarang mungkin berulang apabila Mahathir pula menjadi sasaran dengan cara hampir sama, ketika beliau sendiri giat mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Penulis politik veteran Syed Hussein Alattas (gambar) hari ini akan melancarkan buku barunya,Dosa-dosa Mahathir yang berkisar tentang kegagalan Mahathir di kediamannya di Janda Baik, Pahang hari ini.

"Ini saya punya kerja. Kita ini penulis, kita dokumenkan apa yang berlaku. Mahathir ini dia jadi perdana menteri selama 22 tahun dan dia gagal.

"Tiba-tiba sekarang ini dia mengigau. Dah nyanyuk kot," katanya berseloroh ketika dihubungi Malaysiakini.

Ditanya sama ada buku itu sebagai tanda sokongan kepada Najib, Syed Hussein memberitahu sebagai penulis,beliau tiada kaitan dengan presiden Umno itu.

Malah, Syed Hussein atau dikenali sebagai Pak Habib berkata, beliau hanya merekodkan segala yang terjadi sepanjang Mahathir menjadi perdana menteri selama 22 tahun.