Rabu, 12 Ogos 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


'Umno umpama terbang sebelah sayap' ??

Posted: 12 Aug 2015 11:00 PM PDT




Perwakilan Wanita Umno Bahagian Langkawi Anina Saaduddin membayangkan Umno umpama terbang sebelah sayap apabila Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Seri Shafie Apdal digugurkan dari kabinet bulan lalu.

"Apabila tengkuk dan bahu iaitu timbalan presiden (Muhyiddin), dan naib presiden (Shafie) dicantas, maknanya Umno terbang sebelah sayap," katanya kepadaMalaysiakini.

Ditanya sebab Najib mengambil tindakan sedemikian, Aina berkata: "Sebab Najib nak pertahankan jawatan dia".

Beliau mendakwa, secara peribadi tindakan Najib melucutkan jawatan Muhyidin sebagai salahguna amanah rakyat, amanah ahli Umno, kepercayaan secara politik.

"Keputusan itu tidak menggembirakan tiga juta ahli Umno yang dia (Najib) dakwa di belakang dia," tegas Anina lagi.

Dalam mesyuarat bahagian itu Sabtu lalu, keadaan menjadi gamat apabila Anina memberikan ucapan keras terhadap Najib.

Rakaman video memaparkan ucapan Anina itu turut tersebar luas di alam maya.

Menurut Anina lagi, tindakan Najib merombak kabinet dan pemindahan dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mengejutkan rakyat dan "menakutkan tiga juta ahli Umno yang berada di belakangnya".

Aina merujuk kepada kes pemindahan Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk RohaizadYaakob ditukar ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) Jumaat lalu.

Bagaimanapun, setelah bantahan keras daripada SPRM, perpindahan mereka ke JPM dibatalkan pada hari Isnin.

Mengulas lanjut, Aina berkata ramai orang sayang Umno dan "saya bercakap juga kerana saya sayangkan Umno".

"Cuma keyakinan rakyat terhakis kerana sikap pemimpin yang tidak telus, banyak benda yang tersembunyi, penerangan tidak dibuat dengan betul," katanya.

Menurutnya, tindakan terhadap SPRM itu dan tindakan drastik dalam kabinet telah mengejutkan rakyat dan mengejutkan tiga juta ahli Umno.

"Sudah tentu ahli Umno takut," tegas Aina lagi.

Ditanya sama ada beliau tidak takut dilucutkan keahliannya dalam Umno atas kelantangannya itu, Aina berkata, beliau percaya parti itu tidak akan berbuat demikian.

Bagaimanapun, seandainya beliau dipecat, Aina menganggap tindakannya itu sebagai berbaloi kerana menyatakan kebenaran demi masa depan Malaysia.

"Ya (terima perlucutan keahlian kerana) saya penuh yakin (menegur Najib) kerana untuk menyelamatkan Umno, Malaysia," tegasnya.



Khalwat: JHEAINS tahan model sambilan kerana percubaan melakukan persetubuhan haram

Posted: 12 Aug 2015 10:30 PM PDT


Zar Ali's photo.

SEREMBAN - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menahan seorang model sambilan pakaian muslimah kerana berkhalwat dengan pasangannya di sebuah bilik hotel bajet di pekan Jempol, di sini, Isnin lalu. 

Menurut sumber, wanita berusia 38 tahun itu ditangkap berdua-duaan dengan seorang lelaki dipercayai duda berusia 34 tahun yang juga rakan sepejabatnya. 

"Mereka dikatakan menyewa bilik hotel itu kira-kira jam 2 pagi bagi melakukan perbuatan terkutuk.
"Bagaimanapun, perbuatannya terbongkar hasil operasi dijalankan sepasukan penguat kuasa JHEAINS di hotel berkenaan, kira-kira jam 5 pagi," katanya di sini, semalam. 

Sumber berkata, ketika serbuan, penguatkuasa mengetuk pintu bilik berulang kali sebelum lelaki terbabit membukanya. 

Bagaimanapun, katanya, lelaki itu yang terkejut memberi kerjasama dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat seorang wanita bukan muhrim dengannya. 

"Pasangan terbabit dibawa ke pejabat JHEAINS untuk siasatan lanjut mengikut mengikut Seksyen 61 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan (EJSNS) 1992 iaitu percubaan persetubuhan haram dan sewaktu pemeriksaan tiada berlaku sebarang perkara tidak diingini. 

"Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda RM3,000, penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

KERJA ITU ADALAH SATU AMANAH ! WAJIB BERKERJA DENGAN PENUH KEIKHLASAN, BARU LAH GAJI YANG DITERIMA ADA BERKATNYA !!

Posted: 12 Aug 2015 10:00 PM PDT


 
 
Akak nak kerja ke tidak? Kalau nak lempar-lempar bungkusan orang tolong berhenti dan bagi peluang kerja tu kat orang lain yer.
 
depalma-sp.blogspot.com

Jawatankuasa baharu PAC dilantik 19 Oktober, kata menteri OLEH KC NAZARI

Posted: 12 Aug 2015 09:30 PM PDT


Ahli baharu Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan dilantik pada sidang Dewan Rakyat Oktober depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ahli baharu Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan dilantik pada sidang Dewan Rakyat Oktober depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang baharu akan hanya dilantik pada sidang Dewan Rakyat pada Oktober depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Azalina berkata, ia merupakan keputusan yang dicapai Kabinet dalam mesyuarat mingguan mereka hari ini sekali gus melenyapkan cakap-cakap tentang keperluan mengadakan sidang khas Dewan Rakyat bagi tujuan itu.

Pengumuman ini juga bermakna pendengaran PAC berhubung operasi syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan tertangguh buat sementara waktu.

Azalina berkata, keputusan itu dibuat apabila mengambil kira rombakan Kabinet pada 29 Julai lalu serta pertukaran jawatan ketua pembangkang.

Katanya, pelantikan Jawatankuasa Pemilih Parlimen yang bertanggungjawab melantik ahli PAC akan turut dilakukan hari pertama sidang Dewan Rakyat pada 19 Oktober depan.

"Setelah mengambil kira pertukaran jawatan ketua pembangkang serta susulan penyusunan semula jemaah menteri pada 29 Julai, 2015 maka terdapat keperluan melantik atau menggantikan ahli Jawatankuasa Pemilih sedia ada dengan yang baharu sebelum jawatankuasa tersebut dapat bertindak melantik ahli PAC.

"Kabinet membuat keputusan melakukan pertukaran Jawatankuasa Pemilih dan pelantikan pengerusi serta ahli PAC pada hari pertama Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Majlis Parlimen ke-13 iaitu 19 Oktober," kata Azalina dalam kenyataannya.

Azalina berkata, Barisan Nasional akan melantik ketua whip baharu pada hari itu dan pembangkang pula dijangka mengemukakan nama baharu bagi menganggotai PAC memandangkan PAS kini berpecah daripada pembangkang.

Sementara itu, Azalina berkata kerajaan tidak berniat melengah-lengahkan pelantikan ahli PAC.

Ini kerana, Jawatankuasa Pemilih Parlimen yang baharu perlu dipilih semula sebelum ahli PAC dilantik selaras Peraturan Mesyuarat 77(2) dan 76(2) Dewan Rakyat.

"Setelah itu, PAC dapat meneruskan semua tugas yang diamanahkan kepada mereka termasuk prosiding siasatan terhadap 1MDB.

"Saya menegaskan kerajaan sama sekali tidak menangguhkan prosiding siasatan terhadap 1MDB oleh PAC dengan sengaja.

"Prosiding tersebut dapat diteruskan selepas pelantikan pengerusi dan ahli PAC yang baharu," katanya. – 12 Ogos, 2015.

.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Pesawat milik kerajaan ditawar untuk jualan tender RM80.5 juta, lapor akhbar

Posted: 12 Aug 2015 09:00 PM PDT


Pesawat eksekutif Boeing Business Jet (BBJ) 737-700 pernah digunakan sebagai penerbangan rasmi ketua kerajaan Malaysia dijual susulan pembelian pesawat baharu jenis Airbus Corporate Jet (ACJ320) bernilai RM465 juta.

Pesawat eksekutif Boeing Business Jet (BBJ) 737-700 pernah digunakan sebagai penerbangan rasmi ketua kerajaan Malaysia dijual susulan pembelian pesawat baharu jenis Airbus Corporate Jet (ACJ320) bernilai RM465 juta.

Pesawat eksekutif Boeing Business Jet (BBJ) 737-700 yang pernah digunakan sebagai penerbangan rasmi ketua kerajaan Malaysia ditawar untuk jualan tender RM80.5 juta, lapor Berita Harian.

Tawaran pembelian jet tersebut diiklankan sebuah akhbar tempatan, menyatakan pesawat yang kini dilupuskan itu terbuka kepada mana-mana individu dan syarikat yang berminat.

Difahamkan, pesawat eksekutif yang ditamatkan khidmatnya itu susulan pembelian pesawat baharu jenis Airbus Corporate Jet (ACJ320) bernilai RM465 juta, menurut akhbar itu hari ini.

Menurut kenyataan Bahagian Kewangan, Kementerian Pertahanan menerusi iklan yang disiarkan itu, mereka yang berminat wajib menghadiri taklimat tender serta lawatan tapak pada pagi Selasa depan di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.

"Tarikh tutup tender adalah pada 2 September ini. Dokumen tender boleh diperoleh daripada Cawangan Pegurusan Kewangan, Bangunan Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak mulai 18 Ogos (Selasa) dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang," kata kenyataan tawaran terbabit, semalam.

Iklan tersebut turut menyatakan sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar, memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah, adalah satu kesalahan jenayah mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.



Pesawat BBJ 737-700 yang menggunakan nombor pendaftaran M53-01 merupakan pesawat kendalian TUDM.

Kerajaan sebelum ini memiliki 5 buah pesawat khas iaitu ACJ A319, BBJ, Fokker F28, Global Xpress, dan Falcon 900 yang diperuntukkan untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong, perdana menteri, dan timbalan perdana menteri.

Sebelum ini pada Ogos 2012, pesawat Fokker F28 dilupuskan kerana berusia lebih 30 tahun dan tiada pesawat gantian dicadangkan. – 13 Ogos, 2015.

.
See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa

Kemelut berterusan, mesyuarat MT Umno bulan ini mungkin tangguh lagi OLEH MD IZWAN

Posted: 12 Aug 2015 08:30 PM PDT


Tekanan dan rasa tidak puas hati sejak rombakan Kabinet dilakukan dikatakan antara sebab Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor teragak-agak membuat keputusan memanggil mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dijadualkan hujung bulan ini

Tekanan dan rasa tidak puas hati sejak rombakan Kabinet dilakukan dikatakan antara sebab Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor teragak-agak membuat keputusan memanggil mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dijadualkan hujung bulan ini.

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dijadualkan pada 28 Ogos ini mungkin ditangguhkan sekali lagi selepas kemelut dalaman parti masih berterusan susulan rombakan Kabinet bulan lepas.

Sumber dalam parti berkata, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor masih belum mengeluarkan notis sama ada mesyuarat tersebut akan diadakan atau tidak setakat ini.

"Mesyuarat tersebut sudah ada dalam jadual setiausaha agung, cuma beliau masih lagi tidak membuat keputusan untuk memanggil mesyuarat atau tidak," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tekanan dan rasa tidak puas hati sejak rombakan Kabinet dilakukan – yang menyaksikan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digugurkan – dikatakan antara punca Tengku Adnan teragak-agak membuat keputusan memanggil mesyuarat kali ini.

"Sejak rombakan Kabinet, tidak ada tanda kemelut dalam parti reda, tapi sebaliknya lebih teruk.

"Kamu boleh lihat dalam mesyuarat bahagian dan sayap yang berlangsung sepanjang bulan ini, yang panas. Kritikan daripada akar umbi kepada presiden juga tidak nampak akan berhenti," kata sumber tersebut.

Sebelum ini, mesyuarat MT pada 29 Julai juga dibatalkan pada saat akhir di mana difahamkan ia sepatutnya diadakan bagi membuat keputusan berhubung status Muhyiddin dan Shafie.

Bekas timbalan perdana menteri dan bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah tersebut disingkirkan daripada Kabinet Datuk Seri Najib Razak dikatakan akibat perbezaan pendapat dalam isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sementara itu, Tengku Adnan ketika ditemui pada Isnin berkata, beliau belum membuat keputusan mengenai mesyuarat 28 Ogos ini dan akan membuat kenyataan mengenainya kemudian.

"Tunggu nanti saya akan beri kenyataan," katanya ringkas.

Dalam pada itu, pegawai Shafie memberitahu The Malaysian Insider, mereka juga masih belum menerima sebarang notis mengenai mesyuarat 28 Ogos ini.

Bagaimanapun, melambatkan mesyuarat bukan lagi menjadi pilihan kerana perlembagaan Umno menyatakan, MT hendaklah bersidang setiap 2 bulan sekali, atau apabila presiden memanggilnya, atau apabila dua pertiga daripada anggota majlis membuat permintaan bertulis memohon ia diadakan.

Jika setiausaha agung tidak juga memanggil mesyuarat, ahli yang memohon supaya mesyuarat itu diadakan boleh juga memanggil mesyuarat dengan syarat semua ahli MT dijemput hadir.

Menurut perlembagaan Umno, "Jika setiausaha agung tidak memanggil mesyuarat mengikut Fasal 9.13.2 dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan itu dibuat, maka ahli yang memohon boleh memanggil mesyuarat itu dengan syarat semua ahli MT dijemput hadir.

"Satu perdua daripada bilangan ahli MT adalah menjadi cukup bilang bagi menjalankan mesyuarat." – 13 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Ketika ahli politik berbalah, Rafidah gesa penjawat awam pikul tanggungjawab

Posted: 12 Aug 2015 08:00 PM PDT


Bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz berkata penjawat awam perlu bangkit bukti kemampuan ketika pemimpin politik bagai hilang arah mentadbir negara.

Bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz berkata penjawat awam perlu bangkit bukti kemampuan ketika pemimpin politik bagai hilang arah mentadbir negara.

Bekas menteri Tan Sri Rafidah Abdul Aziz berkata, tiba masanya untuk penjawat awam bangkit membuktikan kemampuan mereka ketika waktu ini pemimpin politik bagaikan hilang arah dalam mentadbir negara.

Beliau yang juga bekas ketua Wanita Umno itu berkata, terdapat isu ekonomi yang memerlukan perhatian segera, seperti kejatuhan ringgit, memenuhi keperluan sektor swasta dan keseluruhan tahap daya saing Malaysia.

"Saya gesa semua peringkat dalam kerajaan, tolong teruskan urusan pentadbiran negara.

"Kalau nampaknya dalam lingkungan politik, kita sudah makin hilang arah, ...biarlah yang lain dalam kerajaan, bermula dengan penjawat awam yang dihormati, memikul tanggungjawab.

"Tolong.. teruskan dengan pentadbiran negara. Jangan benarkan sesiapa melihatnya seperti dalam keadaan tidak tentu arah," tulisnya dalam satu posting di laman Facebook hari ini.

Rafidah, bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri meluahkan kebimbangannya melihatkan kepada perkembangan yang berpunca daripada kontroversi sekitar firma pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

"Sudah agak lama juga kemelut ini bermula, dan kebimbangan paling utama saya kini menjadi nyata.

"Saya sebelum ini risau isu 1MDB bukan sekadar itu saja, tetapi akan ada banyak isu sampingan, plot dan sub-plotnya, isu sebenar, isu yang direka dan isu berbangkit, yang akan muncul dalam kegelapan politik, kelemahan dan ketamakan manusia."

Beliau menggesa pihak berkuasa untuk "teruskan dan menyambung setiap aspek siasatan" dan melakukannya tanpa rasa takut atau gentar.

Rafidah kebelakangan ini dilihat menggunakan laman Facebook beliau bagi menyatakan kekhuatirannya mengenai keadaan dalam negara ini.

Ia susulan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi perhatian dan mengundang kritikan berhubung dakwaan wang RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya daripada syarikat berkaitan 1MDB.

Wang tersebut kini disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sumbangan politik dari Timur Tengah.

Polis ketika ini masih menyiasat 1MDB yang mempunyai hutang sebanyak RM42 bilion.

Sementara itu, SPRM sedang menyiasat bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd yang mengambil pinjaman RM4 bilion daripada dana pencen kerajaan, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP.

Pada 10 Ogos, Rafidah menulis di Facebooknya:"Saya ngeri setiap kali ada berita atau perkembangan terbaru mengenai krisis 1MDB dan isu berkaitan... saya sering bertanya diri sendiri, apa sudah jadi dengan negara ini?" – 12 Ogos, 2015.

.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/

FOTO & VIDEO LETUPAN KUAT DI CHINA.. GEGARAN SEHINGGA 10KM

Posted: 12 Aug 2015 07:30 PM PDT


 



Tianjan, China - Satu letupan kuat dilaporkan berlaku di China sebentar tadi.

Gambar dan video letupan dikongsi ramai di laman web Weibo dan juga media sosial lain.

Menurut seorang People's Daily China, gegaran terbabit dapat dirasai sehingga 10 KM.

Pihak berkuasa China mengesahkan kejadian berlaku kira-kira 11.30pm waktu tempatan China.

Gambar di tempat kejadian juga turut dimuat naik oleh portal berita www.news.cn





Summary only...

Najib gugat demokrasi terima dana asing RM2.6 bilion, kata DAP - OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Posted: 12 Aug 2015 07:00 PM PDT



Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berpakaian seperti banduan berucap pada majlis mengumpul dana DAP di Dewan Sivik Petaling Jaya, malam tadi. Beliau berpakaian begitu sebagai persediaan sekiranya ditangkap berbicara secara terbuka berkenaan 1Malaysia Development Berhad.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berpakaian seperti banduan berucap pada majlis mengumpul dana DAP di Dewan Sivik Petaling Jaya, malam tadi. Beliau berpakaian begitu sebagai persediaan sekiranya ditangkap berbicara secara terbuka berkenaan 1Malaysia Development Berhad.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu disiasat di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana menerima dana politik RM2.6 bilion dari negara luar, kata Tony Pua.

Setiausaha publisiti kebangsaan DAP itu berkata, perbuatan Najib itu satu ancaman kepada negara dan ia dilihat sebagai cubaan untuk berkompromi dengan agen negara asing.

"Orang sebenar yang patut disiasat kerana mengancam demokrasi ialah Najib. Kenapa? Kerana menteri pelancongannya mengakui RM2.6 bilion sumbangan derma diterima dari Timur Tengah," katanya merujuk kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz.

"Kita ada parti politik di Malaysia yang menang pilihan raya pada Mei 2013 dengan dana kerajaan asing. Bukankah itu ancaman kepada negara kita?

"Itu tak menjadikan Najib berkompromi sebagai agen negara asing? RM2.6 bilion dari negara asing dan oleh itu Najib menang pilihan raya umum menyebabkan kita sekarang menderita di bawah pentadbirannya," katanya ketika berucap di majlis mengumpul dana DAP di Dewan Sivik Petaling Jaya malam tadi.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata dengan dana RM2.6 bilion digunakan Najib untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) maka tidak hairan Pakatan Rakyat (PR) tidak dapat menewaskan Barisan Nasional (BN) dalam PRU itu.

Katanya, Najib tidak boleh mengisytiharkan dirinya bebas daripada tuduhan salah laku wang RM2.6 bilion berkenaan kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri belum memanggil presiden Umno itu.

"Dengan RM2.6 bilion ini, tak peliklah PR kalah dalam PRU lalu. Bagaimana nak menang dengan RM2.6 bilion? Walaupun dengan RM2.6 bilion digunakan, PR masih mampu mencapai hampir 53% undi. Boleh tahan juga.

"Kita menggesa Najib hadir ke pejabat SPRM secara sukarela untuk membersihkan namanya. Jangan tunggu lagi. Cepat ke SPRM, sebelah bangunan saja.

"Pergi SPRM dan jelaskan dari mana derma itu datang dan sama ada derma itu berkait dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)," katanya.

Pua malam tadi menarik perhatian hadirin apabila berucap mengenakan pakaian ala banduan selepas dihalang ke luar negara pada bulan lalu.

Katanya, kostum berkenaan bagi menunjukkan kepada Najib bagaimana sukarnya ahli dan parti politik bersusah payah mengadakan majlis untuk mengumpul dana bagi parti menjalankan aktiviti.

"Tahun lalu ketika majlis mengumpul dana, saya bercakap tentang 1MDB dan sebagai ganjaran, saya menjadi ahli Parlimen pertama disaman perdana menteri kerana memfitnah.

"Peguam menasihati saya minggu lalu agar berhati-hati dengan kata-kata kerana jika saya membangkitkan lagi 1MDB saya akan ditangkap dan dibawa ke penjara.

"(Malam ini) sedia untuk ditangkap.Tak perlu tukar terus masuk lokap. Tetapi kebenaran perlu diberitahu dan rakyat Malaysia perlu beritahu kita tak takut," katanya.

Beliau berkata sudah menjadi kelazimannya sebagai ahli Parlimen di kawasan itu untuk menerangkan mengenai 1MDB pada majlis makan malam tahunan DAP. – 13 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Ini dia lidah penjilat tegar! Mungkin lidah ni dah kematu.........dah tidak dapat merasa apa-apa

Posted: 12 Aug 2015 06:15 PM PDT

\Di zaman dia di bawah Mahathir.....dia jilat lenju Ketika di bawah Pak Lah....dia jilat licin Sekarang di bawah Najib.........dia jilat sehingga kering Rupanya otak dan perasaannya pun sudah kering
Sehingga kini dia masih bertahan kerana.........dia adalah penjilat tegar! '

Mahathir dulu jadi PM bagus sangat ke?' mk - 5:40PM - 12 Aug 2015 

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diingatkan agar berhenti dari terus menerus menyerang kepimpinan Datuk Seri Najib Razak. 

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata ini kerana Tun Mahathir lupa rekod beliau sewaktu mentadbir negara dulu juga adalah teruk.
"Saya ingat Dr Mahathir ini telah lupa. 

Dia rasa masa dia jadi perdana menteri dulu OK sangat, bagus sangat… masa dia itulah sistem undang-undang kita habis dibongkarnya. 

"Ini rekod dia pun teruk kemudian nak kata tidak ada demokrasi. 

Kalau tidak ada demokrasi, lama dah blog dia ditutup," katanya ketika diminta mengulas tulisan di blog Tun Mahathir bahawa demokrasi telah mati di Malaysia. 

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menyatakan rasa meluat kerana Datuk Seri Najib Razak sanggup melumpuhkan siasatan ke atas 1MDB dan juga kes wang RM2.6 bilion dalam akaun perdana menteri itu. 

Tindak-tanduk perdana itu menyebabkan demokrasi kini mati, kata Mahathir lagi. Tambahnya, pasukan polis sepatutnya menyiasat Najib dan bukannya mengganggu penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

'Dr M dulu guna ISA' Mengulas lanjut, Nazri berkata Tun Mahathir kini bercakap tidak berasaskan pertimbangan waras dan kerap kali mengeluarkan kenyataan yang bersifat dendam. 

"Oleh kerana dendam kesumatnya kepada perdana menteri sekarang dia keluarkan kenyataan berdasarkan kepada kemarahan bukan pertimbangan yang waras."Biarlah dia dengan kemarahan dia, tidak usah layanlah. 

Saya pun dah lama tak ambil tahu apa yang dia cakap,' ujarnya. Sementara itu ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Tun Mahathir bahawa perhimpunan jalanan langkah terakhir untuk perdana menteri meletakkan jawatan ini jawab Nazri: 

"Saya nak tanya dia balik masa dia jadi perdana menteri dulu dia layan ke perkara ini? 

"Bukankah dia yang telah menggunakan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba untuk memporak-perandakan kerajaan," jelasnya. 

BERSIH 4 merancang untuk mengadakan perhimpunan pada 29 dan 30 Ogos untuk menekan Najib agar meletak jawatan. 



Posted by mountdweller.
Wednesday, August 12, 2015 Ini dia lidah penjilat tegar! Mungkin lidah ni dah kematu.........dah tidak dapat merasa apa-apa Di zaman dia di bawah Mahathir..........dia jilat lenjun Ketika di bawah Pak Lah....... dia jilat licin Sekarang di bawah Najib.........dia jilat sehingga kering Rupanya otak dan perasaannya pun sudah kering Sehingga kini dia masih bertahan kerana.........dia adalah penjilat tegar! 'Mahathir dulu jadi PM bagus sangat ke?' mk - 5:40PM - 12 Aug 2015 Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diingatkan agar berhenti dari terus menerus menyerang kepimpinan Datuk Seri Najib Razak. Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata ini kerana Tun Mahathir lupa rekod beliau sewaktu mentadbir negara dulu juga adalah teruk."Saya ingat Dr Mahathir ini telah lupa. Dia rasa masa dia jadi perdana menteri dulu OK sangat, bagus sangat… masa dia itulah sistem undang-undang kita habis dibongkarnya. "Ini rekod dia pun teruk kemudian nak kata tidak ada demokrasi. Kalau tidak ada demokrasi, lama dah blog dia ditutup," katanya ketika diminta mengulas tulisan di blog Tun Mahathir bahawa demokrasi telah mati di Malaysia. Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menyatakan rasa meluat kerana Datuk Seri Najib Razak sanggup melumpuhkan siasatan ke atas 1MDB dan juga kes wang RM2.6 bilion dalam akaun perdana menteri itu. Tindak-tanduk perdana itu menyebabkan demokrasi kini mati, kata Mahathir lagi. Tambahnya, pasukan polis sepatutnya menyiasat Najib dan bukannya mengganggu penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 'Dr M dulu guna ISA' Mengulas lanjut, Nazri berkata Tun Mahathir kini bercakap tidak berasaskan pertimbangan waras dan kerap kali mengeluarkan kenyataan yang bersifat dendam. "Oleh kerana dendam kesumatnya kepada perdana menteri sekarang dia keluarkan kenyataan berdasarkan kepada kemarahan bukan pertimbangan yang waras."Biarlah dia dengan kemarahan dia, tidak usah layanlah. Saya pun dah lama tak ambil tahu apa yang dia cakap,' ujarnya. Sementara itu ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Tun Mahathir bahawa perhimpunan jalanan langkah terakhir untuk perdana menteri meletakkan jawatan ini jawab Nazri: "Saya nak tanya dia balik masa dia jadi perdana menteri dulu dia layan ke perkara ini? "Bukankah dia yang telah menggunakan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba untuk memporak-perandakan kerajaan," jelasnya. BERSIH 4 merancang untuk mengadakan perhimpunan pada 29 dan 30 Ogos untuk menekan Najib agar meletak jawatan. Posted by mountdweller

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

NAJIB PERNAH ADA HUBUNGAN SULIT DENGAN ANAK SAYA -TUN MAHATHIR By canang

Posted: 12 Aug 2015 05:45 PM PDT


GEMPAR apabila satu screen shot tersebar luas dan dikongsi ramai pengguna Internet kononnya mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hubungan sulit dengan anak beliau, Datin Paduka Marina Mahathir.

Melalui imej berkenaan, artikel yang kononnya hasil tulisan Melati A. Jalil itu turut menggambarkan ia telah dilaporkan oleh portal pro-pembangkang, The Malaysia Insider.

Artikel tersebut kononnya telah dimuat naik semalam kira-kira jam 4.10 petang.



Walau bagaimanapun, melalui pengumuman terkini di laman portalnya, TMI menafikan pernah menerbitkan laporan berkenaan sambil menyifatkannya sebagai tindakan pihak tidak bertanggungjawab.

"The Malaysian Insider hari ini menafikan menyiarkan berita memetik mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan Datuk Seri Najib Razak mempunyai hubungan sulit dengan anaknya, Datin Paduka Marina," tulis TMI dalam artikel penafiannya. –

PKR Bodoh, Nurul Izzah Budak-budak Sebab Saman Najib - Nazri

Posted: 12 Aug 2015 05:00 PM PDT



Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menyifatkan tindakan PKR memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai perbuatan bodoh.

Malah, beliau berkata parti pembangkang itu tidak faham undang-undang pilihan raya.

"Ini adalah satu perbuatan bodoh daripada PKR. "Dia (Nurul Izzah) budak-budak, baru jadi ahli Parlimen dan tidak faham undang-undang," katanya dalam sidang media selepas merasmikan seminar Pemeliharaan Arkib Digital di Arkib Negara hari ini.

Tegas Nazri, PKR dituntut membuktikan bahawa setiap calon pilihan raya lalu membelanjakan lebih RM200,000 seperti didakwa mereka.

"Jadi, apa salahnya kerajaan? Dan bolehkah dia (PKR) buktikan yang setiap calon belanja lebih daripada RM200,000?

"Tetapi jika sebelum pilihan raya atau selepas pilihan raya kalau nak belanja RM10 juta pun biarlah," katanya.

PKR hari ini memfailkan saman terhadap Najib atas dakwaan melakukan kesalahan pilihan raya susulan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.







Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata saman itu difailkan di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini, melalui peguam Tommy Thomas.

Ia juga difailkan terhadap Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, syarikat pelaburan negara 1MDB dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Selain Izzah, saman sivil itu dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, PKR dan pemimpin pembangkang Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Tian Chua lapor Malaysiakini.



 Ahli Parlimen Malaysia Paling Cantik YB Nurul Izzah Anwar -  Itu yang mereka sakit hati tu....Celaka UMNO Ni.

Saya sudah cukup bersopan, kata Wanita Umno 'Najib Kencing'

Posted: 12 Aug 2015 09:15 AM PDT



Seorang pemimpin Wanita Umno Langkawi yang menjadi viral dalam video "Najib kencing" baru-baru ini tampil mempertahankan kritikannya terhadap Datuk Seri Najib Razak walaupun dinasihatkan seorang menteri Kabinet agar menegur dengan cara lebih bersopan.

Anina Saaduddin mempertahankan tindakan dan hujahnya dan berkata, perkataan digunakannya dalam video tersebut sudah cukup bersopan dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini menegur secara berhemah tidak didengari malahan dibuang daripada Kabinet perdana menteri hujung bulan lalu.

Menyifatkan rintihan akar umbi tidak akan didengari sekiranya bercakap lembut kepada presiden Umno itu, Anina mempersoalkan nasihat Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek agar menegur dengan cara yang lebih santun.

"Saya bercakap dalam platform Umno, mesyuarat tertutup. Mesyuarat perwakilan Wanita Umno Bahagian.

"Maknanya perwakilan, platform yang betul. Sebagai ahli Umno saya rasa itulah platform terbaik untuk saya luahkan rasa hati saya kepada presiden.

"Bukan saya angkat banner bersorak di Sogo," kata Anina ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam merujuk kepada kompleks membeli belah di Kuala Lumpur yang popular sebagai lokasi diadakan demonstrasi.

Hujung minggu lalu sebuah video yang mengkritik keras Najib dengan mendakwa pemimpin tertinggi parti itu "kencing" atau menipu rakyat menjadi viral di media sosial.

Dengan nada tinggi dan berbaur sindiran, Anina lantang menyuarakan pendapatnya di sebuah persidangan perwakilan Wanita Umno.

"Datuk Seri presiden dah kencing 3 juta ahli Umno. Dia kata 3 juta ahli Umno sokong penuh kepimpinan beliau.

"Saya minta Majlis Tertinggi Umno bawa Datuk Seri Najib 'pi' (pergi) berubat," katanya dalam dialek utara.

Anina mempersoalkan Shabery yang juga menteri pertanian dan industri asas tani, jika Muhyiddin menggunakan bahasa cukup baik dalam membuat teguran tidak didengari, apa dimaksudkan dengan teguran berhemah.

"Macam mana lagi saya hendak cakap? Hendak cakap macam mana?

"Tolonglah susun ayat untuk saya," soal Anina yang merupakan pemimpin Umno Cawangan Padang Mat Sirat.

Anina menjawab nasihat Shabery sebelum ini yang mengatakan beliau perlu menegur pemimpin seperti ibu bapa sendiri.

Namun Anina menegaskan tiada guna bercakap baik dengan presiden kerana ia hanya akan menjadi luahan kosong.

Aina turut menegaskan kelantangan dirinya dalam video tersebut adalah kerana sayangkan Umno dan mahu menjaga kepentingan dan nama baik parti Melayu itu.

"Saya bercakap supaya saya didengari, saya hendak didengari, macam mana saya hendak didengari?

"Kalau saya cakap lemah lembut ingat saya hendak didengari? Bercakap macam ini baru menteri hendak komen. Kalau saya cakap baik-baik menteri nak komen?" katanya.

Semalam, Shabery menasihatkan Anina agar lebih bersopan santun dalam memberikan teguran.

- tmi

Posted: 12 Aug 2015 08:30 AM PDT



Tujuh belas tahun yang lalu, ketua pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Shafee Yahaya dipanggil untuk berjumpa perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad dan diarahkan untuk menutup siasatan satu kes rasuah yang sedang dijalankan BPR.

Hari ini, gangguan sama dilakukan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan ia telah menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia.

Dua pegawai SPRM ditahan polis dan kini dilepaskan dengan ikat jamin.

Selain itu, pengarah operasi khas Bahri Mohamad Zin dan pengarah komunikasi strategik Rohaizad Yaakob sebelum ini dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri secara serta-merta.

Laman Malay Mail Online melaporkan yang ia berikutan "isu disiplin".

(Berikutan kemarahan orang ramai, pemindahan tersebut telah dibatalkan.)

Kesemua empat pegawai SPRM ini menjadi sasaran boleh kerana mereka dipercayai terlibat dalam siasatan skandal 1MDB, yang melibatkan wang sejumlah RM2.6 bilion.

Wang itu kini dikatakan sebagai "derma" daripada seorang penyumbang dari Timur Tengah.

Pada tahun 1998, satu laporan rasmi terhadap Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Ali Abul Hassan Sulaiman telah dibuat kepada BPR.

Ketika pergi ke pejabatnya, pegawai BPR menemui ikatan wang kertas di dalam laci, dan Ali gagal memberi penjelasan tentang perkara itu.

EPU berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, dan bertanggungjawab memantau projek penswastaan.

Shafee diberitahu untuk memberikan laporan kepada Mahathir. Beliau diberi teguran keras sebelum diarah menutup kes.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, "Berani kamu menyerbu pejabat pegawai kanan saya."

Beliau kemudian bertanya kepada Shafee, sama ada Anwar Ibrahim yang mengarahkan serbuan itu. Shafee menjawab "tidak".

Kecewa dengan campur tangan dalam tugasnya, serta satu tuduhan lain, Shafee sudah bersedia untuk letak jawatan.

Namun isterinya Kalsom Taib memberi galakan agar beliau terus bertahan, walaupun dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan.

Insiden ini berlaku tiga bulan sebelum persaraannya.

Teguran keras yang diterima Shafee itu pasti kekal antara beliau dengan Mahathir sahaja. Ia mula diketahui orang awam selepas Shafee diminta menjadi saksi pembelaan dalam kes rasuah Anwar Ibrahim pada tahun 2000.

Media arus perdana hanya menyentuh perkara itu secara sepintas lalu dan ia seperti bakal dilupakan.

Kemudian pada tahun 2008, isu itu muncul kembali, ketika bekas pelapor khas PBB Param Cumaraswary terlibat dalam satu siri koresponden dalam akhbar The Sun, yang bermula pada Mac hingga April 2008.

Ketika itu, Mahathir cuba mencemarkan karakter Shafee dalam satu surat kepada akhbar itu.

Kalsom berang dengan serangan Mahathir dan menulis buku bertajuk ''The Shafee Yahaya Story, Estate Boy to ACA Chief' untuk menceritakan kisah itu dari sudut pandang Shafee.

Param mendakwa yang ada bukti mencukupi untuk menyiasat Mahathir atas campurtangannya dalam siasatan BPR.

Beliau juga berkata bahawa siasatan BPR terhadap Ali Abul Hassan mengambil masa tiga tahun, bermula 1998.

Pada tahun 2001, peguam negara menyatakan yang kes itu ditutup ekoran "tiada bukti mencukupi".

Apa yang cukup mengganggu adalah pada September 1998, Ali Abul Hassan dinaikkan pangkat menjadi Gabenor Bank Negara. Beliau menjadi gabenor Bank Negara sehingga April 2000.

Banyak persoalan yang bermain di fikiran, berhubung tahap campur tangan dan usaha menakut-nakutkan oleh politikus kepada penjawat awam.

Satu lagi fakta mengejutkan adalah Abul Hassan sebenarnya di bawah siasatan atas dakwaan rasuah sepanjang tempohnya menjadi gabenor.

Bagaimana ini boleh berlaku?

Apa sudah terjadi kepada laporan polis terhadap Mahathir yang dibuat pada 23 Jun 2000, atas peranannya dalam campur tangan siasatan yang dijalankan penjawat awam pada 1998?

Ketika ditanya wartawan berhubung insiden dengan Shafee itu, Mahathir mendakwa yang beliau telah lupa.

(Kredit to: Sdri Mariam Mokhtar)

Tembelang Menteri Kanan Ini Terbongkar Lagi

Posted: 12 Aug 2015 07:45 AM PDT


Tembelang Menteri Kanan Ini Terbongkar Lagi. Syarikat adik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi perlu dikeluarkan daripada senarai syarikat yang membida untuk menguruskan kemasukan 1.5 juta pekerja warga Bangladesh secara sistem atas talian, kata Zairil Khir Johari.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP itu berkata, Real Time Networking Sdn Bhd merupakan antara syarikat tempatan yang membida projek itu seperti disahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Demi kepentingan tanggungjawab awam, menteri dalam negeri perlu segera membatalkan kelayakan bidaan Real Time Networking. Zahid Hamidi perlu jelaskan peranannya menyokong syarikat adiknya kepada KDN serta pihak berkuasa Bangladesh.

"Jika beliau didapati melanggar batas etika, beliau perlu meletakkan jawatan sebagai menteri dalam negeri dan timbalan perdana menteri," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Zairil berkata, Datuk Abdul Hakim Hamidi menawarkan pakej yang membolehkan mereka mengutip ৳60,000 (RM3,000) bagi setiap pekerja masuk ke Malaysia, bertindak sebagai pengantara dengan beberapa agensi termasuk Jabatan Imigresen dan Jabatan Sumber Manusia.

Katanya, penjelasan KDN mengatakan nota Zahid kepada ketua setiausaha KDN bersifat umum itu tidak dapat diterima, seolah-olah cuba menipu rakyat dengan memberi jaminan syarikat yang mempunyai konflik kepentingan akan dinilai dengan adil dan objektif.

Tembelang Menteri Kanan Ini Terbongkar Lagi

Ahli Parlimen Bukit Bendera itu berkata, kenyataan Hakim juga bersifat angkuh dan menggugat tanggungjawab awam apabila mengatakan beliau bebas berniaga walaupun abangnya seorang menteri Kabinet.

"Hakim boleh berniaga apa saja asalkan ia tidak melibatkan agensi kerajaan yang ada kepentingan langsung dengan mana-mana ahli keluarga.

"Tetapi memandangkan abangnya adalah menteri dalam negeri dan berkuasa meluluskan kebenaran masuk pekerja ke Malaysia, tidak dapat dinafikan wujudnya unsur konflik kepentingan," katanya.

Katanya, Zahid perlu belajar daripada dasar Pulau Pinang yang melarang mana-mana ahli keluarga wakil rakyat mengendalikan urusan perniagaan dengan kerajaan negeri sejak 2008.

KDN dalam kenyataan semalam berkata, nota Zahid itu bukan satu bentuk arahan atau kelulusan dan masih belum melantik atau memberi kelulusan kepada mana-mana syarikat bagi menyediakan sistem menguruskan kemasukan secara atas talian pekerja Bangladesh ke Malaysia seperti didakwa.

Menurut KDN sehingga kini, beberapa syarikat termasuk Realtime Networking mengemukakan cadangan kepada kementerian untuk menyediakan sistem pengurusan pekerja asing namun kementerian belum membuat sebarang keputusan.

"Semua cadangan daripada syarikat berkaitan sistem akan diteliti dan dipertimbangkan oleh jawatankuasa di kementerian terlebih dahulu, mengikut prosedur sedia ada," katanya.
 
 
 
ADDIN

Saya lebih takut Tuhan berbanding manusia, kata Bahri.

Posted: 12 Aug 2015 07:00 AM PDT


Zar Ali's photo.

Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 

Datuk Bahri Mohamad Zin berkata apa yang berlaku padanya baru-baru ini tidak menghalangnya menggalas tugas yang diamanahkan. 

Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Bahri Mohamad Zin berkata apa yang berlaku padanya baru-baru ini tidak menghalangnya menggalas tugas yang diamanahkan.

Penyiasat badan anti rasuah Datuk Bahri Mohamad Zin tidak berasa terhalang dengan kejadian menimpanya baru-baru ini, iaitu pertukaran pejabat yang tiba-tiba dan sekejap, serta siasatan polis terhadapnya dan beberapa rakan sekerja lain. 

Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu berkata, tidak ada apa yang boleh menghalangnya menjalankan tugas kerana beliau lebih "takut hukuman Tuhan" jika dibandingkan dengan perkara lain. "Saya takut hukuman Tuhan.

Saya ada tanggungjawab yang diamanahkan dan lebih takut jika satu hari nanti Tuhan tanya saya apa yang sudah saya buat dengan sedikit kuasa diberikan kepada saya ini," katanya dalam perbualan ringkas dengan The Malaysian Insider, semalam. 

Dalam komen terbuka pertamanya sejak dipindahkan semula ke SPRM pada Isnin, Bahri yang pada Jumaat menerima arahan pertukaran ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkata, beliau enggan bercakap banyak sekarang memandangkan ketuanya kini sudah pulang dari luar negara. 

Beliau merujuk kepada Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull. Bahri mendapat perhatian umum apabila secara terbuka lantang membidas tindakan polis yang menyoal siasatnya dan 6 pegawai SPRM lain berhubung dakwaan kebocoran maklumat rasmi mengenai siasatan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Beliau menafikan kebocoran maklumat itu datang daripada SPRM, dan menyifatkan serbuan polis di pejabat bahagian operasi khas sebagai tindakan "gila". Beliau juga berikrar akan mencari dalang yang mengarahkan tindakan polis itu, yang menyebabkan kerja siasatan SPRM terganggu. 

SPRM juga menerima sokongan meluas daripada orang awam serta ramai yang marah dan melihat tindakan polis sebagai gangguan dan bertujuan intimidasi terhadap siasatan agensi itu. 

SPRM sedang menyiasat bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd, yang mengambil pinjaman RM4 bilion daripada tabung pencen kerajaan, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP. 

1MDB adalah isu sensitif bagi kerajaan, memandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pengerusi kepada lembaga penasihatnya dan juga mengetuai Kementerian Kewangan yang memiliki syarikat pelaburan itu. 

Jumaat lalu, Bahri dan rakan setugasnya, pengarah komunikasi strategik Datuk Rohaizad Yaakob ditukarkan ke JPM berkuatkuasa serta-merta. 

Pertukaran itu dipercayai dikuatkuasakan susulan kenyataan media Bahri yang lantang tersebut, sementara Rohaizad menerima kunjungan delegasi ahli politik pembangkang ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya bagi menunjukkan solidariti terhadap badan anti rasuah itu. 

Kedua-duanya dipindahkan semula ke jabatan masing-masing selepas pertemuan mereka dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa dan ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal. 

Beberapa rakan setugas Bahri yang lain berkata beliau tidak tahu akan dipindahkan dan tidak pernah menjangka kenyataan berterus-terangnya akan menyebabkan beliau ditukarkan ke jabatan lain. Sumber SPRM berkata, 

Seksyen 72 Akta SPRM 2009 memberikan Bahri imuniti apabila bercakap kepada media dengan niat baik. 

Sumber juga berkata, arahan pertukaran yang dikeluarkan JPA itu juga bertentangan dengan Seksyen 48 Akta SPRM 2009 kerana ia sama seperti mengancam untuk menghalang kerja menyiasat agensi berkenaan.

Salah seorang rakan sekerja Bahri yang enggan dikenali menggambarkan beliau sebagai seorang yang alim dan sering mengingatkan kakitangannya "walaupun orang lain mungkin ada kuasa, kita ada Allah bersama kita dalam menjalankan tugas". 

Pemindahan Bahri dan Rohaizad mencetuskan semula desakan supaya SPRM dijadikan agensi yang benar-benar bebas dan mempunyai suruhanjaya perkhidmatan sendiri bagi membolehkan ia memiliki autonomi dalam perjawatan kakitangan serta lantikan, tanpa tertakluk kepada perkhidmatan awam.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
Saya lebih takut Tuhan berbanding manusia, kata Bahri Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Bahri Mohamad Zin berkata apa yang berlaku padanya baru-baru ini tidak menghalangnya menggalas tugas yang diamanahkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Ogos, 2015.Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Bahri Mohamad Zin berkata apa yang berlaku padanya baru-baru ini tidak menghalangnya menggalas tugas yang diamanahkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Ogos, 2015.Penyiasat badan anti rasuah Datuk Bahri Mohamad Zin tidak berasa terhalang dengan kejadian menimpanya baru-baru ini, iaitu pertukaran pejabat yang tiba-tiba dan sekejap, serta siasatan polis terhadapnya dan beberapa rakan sekerja lain. Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu berkata, tidak ada apa yang boleh menghalangnya menjalankan tugas kerana beliau lebih "takut hukuman Tuhan" jika dibandingkan dengan perkara lain. "Saya takut hukuman Tuhan. Saya ada tanggungjawab yang diamanahkan dan lebih takut jika satu hari nanti Tuhan tanya saya apa yang sudah saya buat dengan sedikit kuasa diberikan kepada saya ini," katanya dalam perbualan ringkas dengan The Malaysian Insider, semalam. Dalam komen terbuka pertamanya sejak dipindahkan semula ke SPRM pada Isnin, Bahri yang pada Jumaat menerima arahan pertukaran ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkata, beliau enggan bercakap banyak sekarang memandangkan ketuanya kini sudah pulang dari luar negara. Beliau merujuk kepada Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull. Bahri mendapat perhatian umum apabila secara terbuka lantang membidas tindakan polis yang menyoal siasatnya dan 6 pegawai SPRM lain berhubung dakwaan kebocoran maklumat rasmi mengenai siasatan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Beliau menafikan kebocoran maklumat itu datang daripada SPRM, dan menyifatkan serbuan polis di pejabat bahagian operasi khas sebagai tindakan "gila". Beliau juga berikrar akan mencari dalang yang mengarahkan tindakan polis itu, yang menyebabkan kerja siasatan SPRM terganggu. SPRM juga menerima sokongan meluas daripada orang awam serta ramai yang marah dan melihat tindakan polis sebagai gangguan dan bertujuan intimidasi terhadap siasatan agensi itu. SPRM sedang menyiasat bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd, yang mengambil pinjaman RM4 bilion daripada tabung pencen kerajaan, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP. 1MDB adalah isu sensitif bagi kerajaan, memandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pengerusi kepada lembaga penasihatnya dan juga mengetuai Kementerian Kewangan yang memiliki syarikat pelaburan itu. Jumaat lalu, Bahri dan rakan setugasnya, pengarah komunikasi strategik Datuk Rohaizad Yaakob ditukarkan ke JPM berkuatkuasa serta-merta. Pertukaran itu dipercayai dikuatkuasakan susulan kenyataan media Bahri yang lantang tersebut, sementara Rohaizad menerima kunjungan delegasi ahli politik pembangkang ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya bagi menunjukkan solidariti terhadap badan anti rasuah itu. Kedua-duanya dipindahkan semula ke jabatan masing-masing selepas pertemuan mereka dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa dan ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal. Beberapa rakan setugas Bahri yang lain berkata beliau tidak tahu akan dipindahkan dan tidak pernah menjangka kenyataan berterus-terangnya akan menyebabkan beliau ditukarkan ke jabatan lain. Sumber SPRM berkata, Seksyen 72 Akta SPRM 2009 memberikan Bahri imuniti apabila bercakap kepada media dengan niat baik. Sumber juga berkata, arahan pertukaran yang dikeluarkan JPA itu juga bertentangan dengan Seksyen 48 Akta SPRM 2009 kerana ia sama seperti mengancam untuk menghalang kerja menyiasat agensi berkenaan. Salah seorang rakan sekerja Bahri yang enggan dikenali menggambarkan beliau sebagai seorang yang alim dan sering mengingatkan kakitangannya "walaupun orang lain mungkin ada kuasa, kita ada Allah bersama kita dalam menjalankan tugas". Pemindahan Bahri dan Rohaizad mencetuskan semula desakan supaya SPRM dijadikan agensi yang benar-benar bebas dan mempunyai suruhanjaya perkhidmatan sendiri bagi membolehkan ia memiliki autonomi dalam perjawatan kakitangan serta lantikan, tanpa tertakluk kepada perkhidmatan awam. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Nazri Aziz - Mahathir dulu jadi PM bagus sangat ke?

Posted: 12 Aug 2015 06:19 AM PDT




Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diingatkan agar berhenti dari terus menerus menyerang kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata ini kerana Tun Mahathir lupa rekod beliau sewaktu mentadbir negara dulu juga adalah teruk.

"Saya ingat Dr Mahathir ini telah lupa. Dia rasa masa dia jadi perdana menteri dulu OK sangat, bagus sangat… masa dia itulah sistem undang-undang kita habis dibongkarnya.

"Ini rekod dia pun teruk kemudian nak kata tidak ada demokrasi. Kalau tidak ada demokrasi, lama dah blog dia ditutup," katanya ketika diminta mengulas tulisan di blog Tun Mahathir bahawa demokrasi telah mati di Malaysia.


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menyatakan rasa meluat kerana Datuk Seri Najib Razak sanggup melumpuhkan siasatan ke atas 1MDB dan juga kes wang RM2.6 bilion dalam akaun perdana menteri itu.

Tindak-tanduk perdana itu menyebabkan demokrasi kini mati, kata Mahathir lagi.

Tambahnya, pasukan polis sepatutnya menyiasat Najib dan bukannya mengganggu penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

'Dr M dulu guna ISA'

Mengulas lanjut, Nazri berkata Tun Mahathir kini bercakap tidak berasaskan pertimbangan waras dan kerap kali mengeluarkan kenyataan yang bersifat dendam.

"Oleh kerana dendam kesumatnya kepada perdana menteri sekarang dia keluarkan kenyataan berdasarkan kepada kemarahan bukan pertimbangan yang waras.

"Biarlah dia dengan kemarahan dia, tidak usah layanlah. Saya pun dah lama tak ambil tahu apa yang dia cakap,' ujarnya.

Sementara itu ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Tun Mahathir bahawa perhimpunan jalanan langkah terakhir untuk perdana menteri meletakkan jawatan ini jawab Nazri:

"Saya nak tanya dia balik masa dia jadi perdana menteri dulu dia layan ke perkara ini?

"Bukankah dia yang telah menggunakan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba untuk memporak-perandakan kerajaan," jelasnya.

BERSIH 4 merancang untuk mengadakan perhimpunan pada 29 dan 30 Ogos untuk menekan Najib agar meletak jawatan.




Ahmad Maslan - Kejatuhan Ringgit Bagus Kerana Rakyat Malaysia Akan Membeli Barangan Tempatan.? Written By canang

Posted: 12 Aug 2015 02:30 AM PDT


Zar Ali's photo. $%1. Nilai ringgit ditentukan oleh keadaan pasaran. Ada kalanya nilai ringgit meningkat dan adakalanya menyusut. 

Pada tahun 2014, ringgit menyusut dibanding dollar Singapura, dollar Taiwan, rupiah Indonesia , rupee India, baht Thailand, dollar Hong Kong & dolar US. Namun ringgit mengukuh jika dibanding, won Korea, dolar Australia, pound UK, matawang Euro & yen Jepun.

Persoalannya. Kenapa nak banding dengan matawang dari negara lain? Kenapa tak hurai je kejatuhan nilai ringgit daripada sibuk membanding dengan matawang negara lain?

2. Ini berlaku akibat penurunan harga komoditi terutamanya petroleum dan penambahan nilai mata wang US yang disebabkan oleh faktor- faktor antarabangsa. Pada 3/12/14 harga minyak jenis Tapis turun kpd USD73.93 setong. Namun purata harga minyak Tapis Jan-Nov 2014 masih tinggi iaitu USD107.23 setong kerana sebelum ini harga minyak sehingga awal Oktober adalah tinggi.

Jadi. Apa langkah kerajaan untuk menanggani permasalahan tersebut? Petroleum bukan hanya dijualbeli melibatkan negara Malaysia. Bahkan negara2 lain juga termasuk Amerika. Kenapa matawang mereka kian mengukuh dan matawang kita kian jatuh?

3. Penyusutan nilai ringgit boleh dilihat drpd kadar tukaran dgn dollar US yang mana tertinggi tahun ini pada 28/8/14 dgn nilai 3.1480 & terendah pada 4/12/14 dgn nilai 3.4475. Sementara dolar Spura pula tertinggi pada 27/8/14 dgn nilai 2.5248 & terendah pada 11/2/14 dgn nilai 2.6332.Nilai ringgit tidak semestinya terus menyusut memandangkan negara kita mempunyai asas ekonomi yang kukuh.

'Tak semestinya' bukan jawapan yang pasti. Rakyat mahu kerajaan berikan satu penyelesaian kepada perkara tersebut. 

4. Barangan import akan lebih mahal sedikit kerana komponen produk yg diimport naik harga. Namun ini membolehkan rakyat menggunakan lebih banyak produk buatan Msia yg seterusnya akan mengembangkan sektor pembuatan dalam negara.

Jadi. Bagaimana ini mampu membantu ringgit menjadi kukuh dan tidak terus jatuh untuk hari2 mendatang? 

Bukan semua rakyat Malaysia jenis membeli barangan import dan bukan semua jenis barangan dapat dihasilkan oleh negara. Bagaimana jawapan ini mampu menyelesaikan nilai ringgit yang kian jatuh?

5. Barangan export Msia ke luar negara akan lebih murah. Ini akan mengembangkan sektor export. Maka akan bertambah keuntungan sykt, kenaikan gaji, bonus, tambahan bilangan pekerja, bertambah cukai kpd Kjaan & bilangan kilang juga berkembang.

Jadi semua rakyat Malaysia bekerja dengan industri eksport? Dapat gaji dan bonus yang lebih baik? Mampu kurangkan kos sara hidup dan kurangkan kadar inflasi?

6. Sektor pelancongan akan lebih berkembang kerana perkhidmatan hotel, pengangkutan, harga barangan akan menjadi lebih murah dari sudut pandangan negara yg nilai wangnya tinggi dibanding ringgit. Pertumbuhan ekonomi berlaku.

Jadi semua rakyat Malaysia bekerja dengan industri pelancongan pula? Dapat gaji dan bonus yang lebih baik? Mampu kurangkan kos sara hidup dan kurangkan kadar inflasi? Kejatuhan ringgit memberikan kebaikan untuk pelancong dan orang Malaysia perlu tepuk tangan? 

7. Sektor perkhidmatan yg diberi kpd pihak luar juga akan berkembang kerana kosnya akan menurun berkadaran dgn peratus penurunan matawang. Sektor perkhidmatan sebegini adalah sebahagian drpd komponen export.

Dan bagaimana ini mampu memanfaatkan rakyat terbanyak di negara ini?

8. Kesan positif bersih terhadap penyusutan ringgit kpd ekonomi negara mungkin tidak ketara. Namun ia bergantung kpd berapa banyak export & import. Setakat ini, export kita pada paras yg lebih berbanding import.

Apa kata bentangkan data dan analisis yang lebih kukuh agar rakyat boleh mengkaji akan kebenaran kenyataan di atas wahai menteri?

9. KDNK / GDP ialah penggunaan + pelaburan + perbelanjaan Kjaan + (export - import). GDP = consumption + investment + government expenditure + (export - import). Export yg lebih & import yg kurang akan mengembangkan KDNK / GDP.

Jadi. Bagaimana perkara ini boleh membantu nilai ringgit bertambah kukuh dan tidak terus susut lagi?
10. Nilai anggaran export tahun 2014 adalah RM762.8 billion & import ialah RM677.2 billion menjadikan lebihan dagangan sebanyak RM85.6 billion.

Dan, bagaimana ini boleh menyelesaikan masalah nilai matawang yang kian jatuh?

11. Sektor hartanah akan lebih menarik dgn penyusutan ringgit kpd orang luar namun keyakinan pelabur akan menurun pada kadar minima kerana nilai matawang berkadaran sedikit sebanyak dgn keyakinan pasaran, namun kestabilan politik adalah faktor keyakinan yg utama.

Dan, sekarang Ahmad Maslan bercakap bahawa kejatuhan nilai ringgit memberikan kelebihan kepada warga asing dalam sektor hartanah di mana mereka boleh membeli lebih banyak rumah, tanah, aset dalam negara akibat pertukaran matawang dengan mengambil kesempatan atas nilai ringgit yang semakin jatuh. 

Jadi bagaimana perkara ini boleh memberikan kelebihan kepada rakyat Malaysia untuk membeli rumah dan meringankan beban kos sara hidup mereka? 

Rakyat Malaysia adalah mereka yang bekerja dan tinggal disini. Rakyat Malaysia bukan orang luar atau warga asing. Just in case kalau Ahmad Maslan lupa tentang fakta itu.

12. Pasaran baru utk minyak kelapa sawit perlu segera dicari oleh MPOB dll agensi spt Felda, Felcra. 

Petronas juga perlu terus mencari sumber baru minyak & gas dgn adakan JV di negara2 lain. Produk hiliran getah dgn ciptaan & inovasi baru perlu terus diusahakan.

Okay. Sementara itu apakah pelan jangka pendek untuk mengelakkan nilai ringgit dari terus susut?

13. Asas-asas ekonomi negara kita adalah sentiasa kukuh. Oleh itu penyusutan nilai ringgit tidak akan menjejaskan ekonomi negara dgn ketara. Ekonomi kita akan terus berkembang & hasrat utk jadikan Msia negara maju berpendapatan tinggi tidak akan terbantut.

Owhh okay. Apa kata bentangkan satu data kajian dan analisis bahawa rakyat Malaysia perlu buat bodoh aje dengan kejatuhan nilai ringgit untuk tujuan perbahasan dan perbincangan? 

14. Dlm tempoh volatiliti / kemeruapan yang berlebihan, Bank Negara Msia akan sentiasa memantau pasaran ringgit bagi memastikan pasaran tukaran wang asing yang teratur. Ini akan menggalakkan kestabilan kadar pertukaran & memudahkan perdagangan & pelaburan.

Ini pelan BNM. Sekarang nyatakan apa pelan tindakan kabinet Najib dan kementerian kewangan.
15. Hasil Kjaan drpd sumber petroleum termasuk Petronas tidak terjejas banyak utk tahun ini sbb pengiraan purata harga minyak utk setahun 2014 adalah berdasarkan usd110 setong. 

Dijangka purata tahun ini sekitar usd104 setong dgn mengambil kira penurunan harga minyak pada Nov & Dis sekarang ini.

Dan kenapa jawapan ini boleh menghuraikan perbincangan tentang penyusutan nilai ringgit?

16. Rakyat sedang menunggu penurunan harga barang bila harga minyak turun. Peniaga, pengilang, pemborong, peruncit tentunya sedang membuat perkiraan yg wajar. Diesel juga dijangka turun pada 

1 Jan 2015 melihat kpd trend yg ada. Diesel naik 3 sen utk 1 Dis 2014 disebabkan subsidi yg tinggi diberi utk seliter diesel selama ini. Utk tahun 2013 purata subsidi utk diesel ialah 76 sen seliter & ron95 subsidi 74 sen seliter. Harga bahan bakar / minyak skrng ini berada dlm ketetapan pasaran yg baik utk banyak pihak.

Dan kenapa jawapan di atas ada kaitan dengan perbincangan tentang penyusutan nilai ringgit?

Pertama. Ahmad Maslan kau neh tak menjawab soalan. Orang nak tahu. Kenapa nilai ringgit jatuh. Dan orang nak tahu. Bagaimanakah negara akan terjejas dengan perkara tersebut. Dan bagaimanakah kerajaan akan menanggani permasalahan tersebut. Apakah pelan tindakan kabinet dan adakah kerajaan bersedia berterus terang dengan rakyat bagi mengatasi masalah ekonomi di negara ini.

Kedua. Dia menjawab secara membuta tuli. Memuji bahawa kejatuhan nilai ringgit menguntungkan orang luar. So? Adakah negara Malaysia ini sebenarnya wujud untuk memberikan kesenangan kepada ORANG LUAR?

Ketiga. Dia suruh rakyat Malaysia fikir positif. Dia huraikan bagaimana kejatuhan nilai ringgit membantu industri eksport dan pelancongan di negara berkembang. Adakah kesemua rakyat Malaysia neh jenis bekerja dan terlibat dalam kedua2 sektor tersebut?

Keempat. Dia juga bercakap bahawa rakyat Malaysia akan berkalih ke barangan tempatan selepas barangan import jadi lebih 'mahal' akibat pertukaran matawang. Cara dia membayangkan bahawa owhhh bagusnya. Kita sekarang dah boleh support IKS. Nasib baik ringgit jatuh. Syukurlah.. rakyat Malaysia. 

Jom kita support product tempatan.

PKR saman Najib isu wang RM2.6 bilion

Posted: 12 Aug 2015 01:30 AM PDT



PKR telah memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Razak atas dakwaan melakukan kesalahan pilihan raya susulan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata saman itu difailkan di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini.

Ia juga difailkan terhadap Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, syarikat pelaburan negara 1MDB dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Saman ini tindakan susulan daripada pendedahan (media berpengaruh antarabangsa) The Wall Street Journal (WSJ)," kata Izzah.

WSJ melaporkan wang itu dimasukkan dua bulan sebelum pilihan raya umum lepas.






Zar Ali's photo.Zar Ali kata Mutiara Untuk Pembohong

Imam Ali bin Abi Thalib berkata,"Buah dari melakukan kebohongan adalah kehinaan di dunia dan siksa di akherat."
 
Diantara perkataan Ali adalah, "Orang yang melakukan kebohongan akan mendapatkan tiga hal; Kemurkaan Allah, dilecehkan manusia, dan kebencian malaikat.'
Kebohongan merusak segala hal.
 
Kebohongan memicu kemunafikan.
 
Akibat dari kebohongan adalah cacian dan penyesalan.
 
Orang yang berbohong tidak punya rasa malu.
 
Diam membisu lebih baik daripada berbohong, lisan yang jujur awal dari kebahagiaan.
 
Salah seorang filosof berkata, "Jika kejelekan – kejelekan adalah sebuah rumah, maka kebohongan adalah kuncinya."
Umar bin Khatab berkata, "Kebiasaan berbohong memicu kemiskinan."
 
Seorang filosof mengatakan, "Kebohongan merupakan penghancur keimanan."
 
Ibnu Mas'ud menyatakan, "Kesalahan lisan yang paling besar adalah kebohongan."
 
Dalam sebuah riwayat dikatakan, " Tidak ada kepercayaan untuk kebohongan, dan tidak ada wibawa bagi para pembohong."
 
Aristoteles pernah ditanya, "Apa yang akan didapatkan manusia dari para pembohong? "Maka dia menjawab, "Tidak adanya kepercayaan orang – orang bagi mereka, kendati mereka berkata benar."
 
Ahmad Amin menegaskan, "Orang munafik adalah orang yang memuji hal – hal yang sebenarnya tidak terdapat pada dirimu, demi memperoleh sesuatu yang sebenarnya tidak layak dia dapatkan."
 
Plato berkata, " Orang munafik adalah orang yang memujimu dengan kebaikan yang tidak ada pada dirimu dan dia menyenangi engkau. 
 
Orang munafik juga adalah orang yang mencelamu, dan dia sangat membencimu.

Mengapa Kita Asyik Dapat Menteri Bodoh ? - Mafiaboss Melayu

Posted: 12 Aug 2015 12:45 AM PDT


Berikut adalah satu cadangan – mari kita mulakan satu acara tahunan, di mana kita sampaikan "anugerah" kepada menteri-menteri di bawah pelbagai kategori.

Ia akan menjadi satu cara bagi rakyat memberitahu menteri-menteri betapa kita "menghargai" mereka dan "kebijaksanaan" mereka.

Jika anugerah sebegini diberikan, pasti Menteri di Jabatan Perdana Menteri Shahidan Kassim akan memenangi anugerah bagi "paling banyak memberikan kenyataan bodoh" tangan ke bawah.

Kenyataan terbarunya? Beliau menyatakan yang kenyataan dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Malaysia yang dipindahkan minggu lepas (dan kemudian dipulangkan semula) adalah disebabkan "tekanan terhadap mereka supaya bertindak balas terhadap berita yang disensasikan di media sosial".

Adakah ini masuk akal? Tidak? Teruskan membaca, kerana apa yang hadir seterusnya turut tidak masuk akal.

The Malay Mail Online memetik Shahidan sebagai berkata bahawa kedua-duanya ditahan kerana mengeluarkan kenyataan umum berikutan tindakan polis terhadap pegawai SPRM.

"Mereka terkejut dan tidak dapat menumpukan perhatian. Dan disebabkan cerita-cerita yang disensasikan media sosial, mereka tertekan," beliau dipetik berkata.

Biar betul?

Shahidan berkata yang sebagai penjawat awam, kedua-dua mereka tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan media secara unilateral, kerana ini bertentangan dengan peraturan perkhidmatan awam.

Bahri dan RohaizadBahri dan Rohaizad
Tetapi hakikat sebenarnya, pegawai-pegawai SPRM ini – Bahri Mohamad Zin dan Rohaizad Yaakob – tidak melalui apa-apa cara mempengaruhi atau diracuni oleh media sosial.

Kami percaya mereka adalah profesional yang menjalankan tugas mereka dan tidak akan terpengaruh untuk bertindak balas berdasarkan apa yang mereka baca di media sosial.

Kedua-dua mereka kecewa kerana tidak dibenarkan untuk melakukan pekerjaan mereka, mungkin oleh mereka yang berkuasa. Satu-satunya "tekanan" terhadap mereka datang dari "tangan ghaib" (menurut Bahri), yang mahu siasatan ke atas dana RM2.6 bilion itu dihentikan tak kira apa.

Media sosial hanya terlibat dalam tindakan melepaskan kekecewaan yang dirasai oleh kedua-dua pegawai ini, jika tidak ia tidak akan disedari.

Kenyataan yang sedemikian tidak menghairankan, kerana dibuat oleh orang yang turut mencadangkan supaya kem kematian Wang Kelian di Perlis, dijadikan tarikan pelancong.

Lebih memburukkan keadaan, selain menjadi menteri, Shahidan juga diamanahkan dengan keselamatan negara, atas kapasitinya sebagai pengerusi Majlis Keselamatan Negara.

Kita berharap bahawa mungkin mereka lemah dalam satu bidang, tetapi cemerlang dalam bidang lain. Ini jelas tidak berlaku dalam kes Shahidan.

Beliau baru-baru ini dipetik menolak cadangan bahawa rondaan bersama jiran-jiran Malaysia akan membantu membendung insiden lanun di Selat Melaka dan Laut China Selatan.

Itu sebenarnya adalah cadangan daripada rakan Kabinetnya – Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein.

Shahidan berkata Malaysia mempunyai aset yang mencukupi untuk membuat rondaan di perairan negara tanpa perlu bergantung kepada bantuan dari Thailand, Indonesia dan Singapura.

"Setakat yang saya tahu, saya tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana laut yang terjejas itu berada di bawah bidang kuasa kita.

"Thailand dan Indonesia tidak pernah menjemput kita untuk membuat rondaan di perairan mereka. Jadi mengapa kita perlu melakukan perkara yang sama, kerana akan berlakunya kekeliruan dari segi bidang kuasa dan undang-undang," katanya.

Ini digelar orang Melayu sebagai "bodoh sombong".

Sama ada betul atau tidak Malaysia mempunyai aset yang diperlukan, hakikatnya adalah kita gagal teruk dalam mengawal aset marin kita dan juga memastikan negara kita bebas daripada diceroboh.

Jika aset kita begitu berkesan, mengapakah berlakunya peningkatan dalam jumlah kapal dagang tempatan yang menjadi mangsa lanun di perairan kita?

Apa malunya mengakui kesalahan, dan mengakui perlukan bantuan apabila ianya sangat-sangat diperlukan?

(Kredit to: Sdr V Shuman)

Mesyuarat Dipanggil W/Azizah, Dibatalkan Tergesa-gesa Kerana DAP Tidak Mahu.. Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 12 Aug 2015 12:00 AM PDT

PAS tak rasa terpinggir, hubungan dengan PKR masih baik -Mahfodz

SHAH ALAM: PAS menafikan ia dipinggirkan daripada sebarang program anjuran parti pembangkang sebaliknya ia tidak menyertai program diterajui DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB).


Ketua Dewan Ulamanya, Datuk Mahfodz Mohamed menegaskan PAS sememangnya mengambil pendirian untuk tidak menyertai program pembangkang, sekiranya DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB) turut serta.
"Sebab DAP sudah menolak kita, begitu juga dengan GHB sudah keluar daripada PAS. Yang kita ada dengan pembangkang adalah PKR sahaja. Sebab itulah kita tidak bersama. 
"Jikalau yang memanggil kita adalah PKR (sahaja), PAS akan datang," demikian menurutnya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
Terdahulu sebuah portal mendakwa PAS mula 'keseorangan' selepas dipinggirkan apabila satu demi satu program besar yang dianjurkan pembangkang tidak lagi melibatkan mereka.
Malah keputusan PAS untuk tidak menyertai himpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan pada hujung bulan ini juga disebabkan parti itu akan menganjurkan himpunan Bersihnya sendiri.
Terbaru, PAS membuat keputusan menganjurkan himpunan Bersih mereka sendiri dan tidak akan mengerahkan ahlinya menyertai himpunan Bersih 4.0 yang dianjurkan pelbagai pertubuhan termasuk parti pembangkang.
PAS turut didakwa diketepikan dalam sekurang-kurangnya tiga program besar pembangkang seperti mesyuarat parti pembangkang pada 29 Julai, penyerahan memorandum sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 6 Ogos dan himpunan Bersih 4.0 hujung bulan ini.
Mesyuarat pada bulan lalu itu dipanggil ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, namun dibatalkan secara tergesa-gesa kerana DAP tidak mahu menyertainya jika PAS ada.
Mengulas hal berkaitan, Mahfodz menegaskan hubungan PAS dan PKR masih berjalan dengan baik apatah lagi dalam mempertahankan kerajaan Selangor. Malah kedua-dua parti berkenaan juga mengadakan mesyuarat baru-baru ini, namun Mahfodz tidak menyatakan apa diperbincangkan kerana tidak hadir di mesyuarat berkenaan.
"Pada minggu lepas ada (mesyuarat antara PAS dan PKR). Yang hadir adalah setiausaha agung, timbalan dan naib presiden PAS. Mereka nyatakan (mesyuarat) itu pada mesyuarat AJK PAS Pusat pada 8 Ogos lepas. 
"PAS tidak rasa terpinggir sebab kami sudah biasa bersendirian. Jika semua sudah tidak mahu bersama dengan PAS, maka kita akan bersendirian. Yang penting kita tidak merasa terpinggir," terang Mahfodz.
Muktamar PAS Kali ke-61 yang diadakan pada Jun lalu menyaksikan parti berkenaan memutuskan hubungan langsung dengan DAP, akibat tekanan dan serangan berterusan dalam beberapa perkara.
Malah kerjasama di dalam Pakatan Rakyat (PR) hasil gabungan PAS-DAP-PKR akhirnya terkubur sebagaimana diumumkan pada awal bulan lalu.
 
Gerakan Harapan Baru (GHB) yang diterajui oleh pemimpin progresif PAS yang kalah pada pemilihan parti baru-baru ini juga merupakan haluan baru dalam pembentukan kerjasama parti-parti pembangkang.
  - AntaraPOS

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mesyuarat pada bulan lalu itu dipanggil ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, namun dibatalkan secara tergesa-gesa kerana DAP tidak mahu menyertainya jika PAS ada. 
 
Cuba fikirkan, mengapa jadi begitu, siapa ketua pembangkang sebenarnya?