Selasa, 11 Ogos 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Tun Mahathir Tiada Idea, Kata Salleh Keruak

Posted: 11 Aug 2015 11:15 PM PDT


Fokus utama kerajaan pada masa ini adalah untuk memastikan ekonomi negara bertambah baik, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak.

"Kita banyak masalah bukan atas dasar kesilapan kita tetapi berpunca dari penurunan harga minyak dunia dan itu memberi kesan kepada ringgit Malaysia, (dan) ia juga berlaku di negara lain," katanya.

Salleh bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di ibunegara semalam.

Menyentuh kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai perhimpunan jalanan hanya boleh dijalankan sebagai langkah terakhir untuk mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak berundur, Salleh berpendapat saranan itu dilihat seolah-olah Dr Mahathir tidak mempunyai idea.

Ini kerana sebelum ini Dr Mahathir menulis di blognya bahawa demonstrasi jalanan tidak patut diadakan, katanya.

 

Menyentuh mengenai Penolong Pengarang Utusan Ku Seman Ku Hussain yang mencabar Salleh dan Ketua Pengarah JASA Datuk Dr Puad Zarkashi berdebat dalam isu RM 2.6 bilion, Salleh berkata biar pembaca yang menilai kebenarannya.

"Mungkin kita ada pendapat yang berbeza, beliau melihat dari perspektif (tertentu) manakala saya melihat dari sudut yang berdasarkan fakta," katanya.

- Bernama



Nazri - Hanya Orang Gila Saja Tak Suka Ringgit Jatuh

Posted: 11 Aug 2015 10:30 PM PDT


KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan kejatuhan nilai ringgit adalah baik untuk industri pelancongan negara.

"Hanya orang gila saja yang tidak memahami apa yang dimaksudkannya ketika nilai ringgit Malaysia menghampiri RM4 untuk setiap AS$1.

"Apabila nilai matawang kita lemah, adakah anda akan ke London? Di mana anda akan belanjakan wang? PD (Port Dickson), Pulau Pinang.

"Sebab itu saya kata, seseorang itu boleh dianggap gila kalau gagal memahami apa yang saya cakap," katanya pada sidang media selepas majlis pengisytiharan Warisan Kebangsaan di Muzium Negara Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Menurut Nazri, keadaan ringgit yang lemah juga mendorong pelancong asing membelanjakan lebih banyak wang di negara ini.

"Maka (penurunan mata wang ringgit) baik untuk pelancongan, pelancongan dalam negeri," ujarnya.

Sebelum itu, Nazri ditanya pendapatnya mengenai keadaan semasa ringgit yang ketika ini mencatat penurunan terburuk sejak 17 tahun lalu, iaitu melepasi paras RM3.93 untuk setiap AS$1.

- astroawani

Manfaat Kangen Water & Acidic Water

Posted: 11 Aug 2015 10:00 PM PDT

change-kangen-water

Manfaat Kangen Water

Penghidratan dan Drinkability
 

Air Alkali adalah sumber terbaik untuk penghidratan yang sihat kerana bukan sahaja ia mempunyai rasa yang lebih baik, malah ia lebih mudah untuk diserap oleh tubuh badan. 

Ini meningkatkan keupayaan minuman itu dengan mengurangkan perasaan yang biasa ada ketika kita meminum air seperti loya, kembung, dan tidak sedap. Kebanyakan orang boleh merasa perbezaannya selepas meminum segelas air Kangen.

Micro Clustering
 
Beberapa kajian telah membuktikan satu fenomena yang dikenali sebagai "Kelompok Mikro" yang merujuk kepada struktur molekul air yang sangat kecil. Banyak manfaat telah dikaitkan dengan fenomena ini.


Neutralisasi Radikal Bebas
 
Air alkali membantu kesihatan organ-organ dalaman. Sebahagian daripada sebab untuk manfaat ini adalah air alkali telah ditunjukkan untuk menjadi anti-oksida yang meneutralkan radikal bebas.


Menggalakkan Pemanjangan Umur
 
Secara saintifiknya, air ini diiktiraf sebagai pembantu dalam kesihatan dan pemanjangan umur. Manfaat semula jadi air ini digalakkan dan dipertingkatkan oleh kealkaliannya.


Detoksifikasi
 
Air adalah pelarut sejagat yang tubuh badan kita bergantung untuk membuang toksin dan bahan buangan lain daripada badan Dengan negatif potensi pengurangan pengoksidaan (-ORP) dan rasa yang hebat, anda boleh bergantung kepada air alkali seperti Kangen Water untuk membantu dalam peneutralan radikal bebas dan menangani semua keperluan penghidratan badan anda.





4 Kebaikan Utama Minum Kangen Water

Posted: 11 Aug 2015 09:30 PM PDT

 
Posted on by in Kangen Water, Kangen Water Malaysia | Comments Off on 4 Kebaikan Utama Minum Kangen Water

Meningkatkan Penghidratan

stock-footage-man-drinking-water-near-window
 
Proses pengionan air mengurangkan saiz molekul air sehingga dua pertiga. Kelompok molekul air berubah menjadi bentuk heksagon apabila melalui proses pengionan. 

Lebih kecil saiz molekul air heksagon itu, lebih mudah untuk menembusi membran selular, meningkatkan pembaikan tisu dan menyingkirkan bahan buangan dalam badan. 

Jumlah air heksagon yang dihasilkan adalah bergantung kepada luas permukaan plat elektrolisis dan kuasa elektrik yang dikhaskan untuk proses pengionan.

Keseimbangan pH Badan

body-copy
 
Kangen Water meningkatkan pH air paip dengan proses pengionan atau pemisahan molekul air (H2O) yang menjadikan ion H+ (hidrogen dengan cas elektrik positif) dan OH- (hidroksil dengan caj elektrik negatif), dan juga ionik mineral beralkali. 

Bilangan OH- yang banyak meningkatkan penampan bikarbonat dalam darah, mengimbangi dan meneutralkan pH badan, dan mengeluarkan sisa asid dan toksin dalam badan.

Meningkatkan Oksigen Darah

17r68ka7gh65ajpg
 
Air Kangen yang segar mengandungi banyak ion hidroksil (OH-) yang mendermakan elektron kepada oksigen radikal bebas yang tidak stabil, menyebabkan molekul oksigen menjadi stabil. 

Menurut kata pakar, meminum air Kangen secara tetap akan meningkatkan jumlah oksigen yang terlarut dalam darah. Oksigen yang stabil menyebabkan mental aktif dan tubuh badan menjadi segar dan lebih bertenaga.

Meneutralkan Radikal Bebas
free-radicals
 
Menurut Dr. Hidemitsu Hayashi, Pengarah kepada The Water Institute di Tokyo, Jepun, "Disebabkan oksigen aktif adalah radikal bebas dan boleh merosakkan tisu normal, ia adalah penting untuk menghapuskan atau meneutralkannya sebelum ia boleh menyebabkan kerosakan pada tisu yang sihat. 

Jika kita dapat mencari kaedah yang berkesan untuk menghalang oksidasi tisu yang sihat disebabkan oleh oksigen aktif, maka kita dapat mencegah penyakit."

Air Kangen mempunyai banyak ion hidroksil (OH-) yang menyediakan elektron tambahan untuk meneutralkan radikal bebas yang merosakkan di dalam badan. 

Air Kangen yang segar dan baru dihasilkan mempunyai ORP negatif yang tinggi (Keupayaan Pengurangan Pengoksidaan), menjadikannya anti-oksidan yang kuat dan dapat meneutralkan radikal bebas di dalam badan.

Lama sepi, gabenor Bank Negara tampil Khamis ini

Posted: 11 Aug 2015 09:00 PM PDT


 

Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz akan membuat penampilan pertama selepas menjadi perhatian dalam pelbagai isu selepas siasatan terhadap kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak.

Selain beliau, pasukan petugas khas menyiasat perkara itu, bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara terbubar selepas Tan Sri Gani Pail digantikan dengan peguam negara baru Tan Sri Apandi Ali.

Zeti dijadual mempengerusikan sidang media pada Khamis ini di ibu pejabat Bank Negara di Kuala Lumpur untuk mengumumkan angka pertumbuhan dalam negeri untuk suku kedua tahun ini.

Perkara lain dijangka disentuh termasuk kejatuhan nilai ringgit dan rizab asing Bank Negara.

Bank Negara setakat ini masih belum membuka mulut berhubung dakwaan skandal melibatkan Najib ketika SPRM menjelaskan dana besar itu daripada penderma.

Dakwaan itu pertama kali dilaporkan oleh media antarabangsa The Wall Street Journal pada 3 Julai, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kegiatan pengubahan wang haram dan sama ada ia tertakluk kepada cukai.

Dalam masa yang sama, Zeti pula menjadi sasaran blog-blog yang tampil mengaitkan dakwaan rasuah dengannya serta konspirasi menjatuhkan kerajaan.

Zahid, Muhyiddin tampil mesra dalam acara sultan

Posted: 11 Aug 2015 08:30 PM PDT


T
 Timbalan perdana menteri sekarang Datuk Seri Zahid Hamidi dan bekas penyandang jawatan itu Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil mesra hari ini.

Ini berlaku selepas pelbagai spekulasi dibuat berhubung potensi pergolakan dalaman Umno.

Mereka dilapor dalam mood ceria dan berborak sesama sendiri dalam sebuah majlis di Johor hari ini, dalam acara yang sultan Johor menjadi tuan rumahnya.

"Dalam acara petang ini, Muhyiddin dan Zahid duduk di sebelah tuanku (Sultan Ibrahim Ismail).

"Ketika makan, mereka kelihatan menyendeng dan berbisik sesama sendiri, dan Muhyiddin malah menghulurkan makanan daripada pinggannya sendiri kepada Zahid.

"Interaksi mereka begitu positif," menurut Oriental Daily.

Menteri besar Johor turut hadir dalam acara itu.

Muhyiddin digantikan dengan Zahid susulan rombakan kabinet pada 28 Julai lalu, yang dispekulasi meluas susulan kelantangannya dalam isu 1MDB, syarikat pelaburan negara yang terbeban hutang besar.

Menurut akhbar Cina itu, ini kali pertama Zahid dan Muhyiddin bertemu selepas rombakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Parti Islam Baru Tak Ikut Model PAS, Tidak Tolak Ulama, Tidak Sasarkan PAS. -Dr Mujahid. Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 11 Aug 2015 08:00 PM PDT

 

unnamed (1)

 
Parti Islam baru yang akan ditubuhkan tidak akan meniru struktur organisasi PAS, parti serpihannya, kata seorang pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB). Malah, anggota jawatankuasanya Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, membayangkan tiada lagi badan seperti Majlis Syura Ulama, badan tertinggi dalam pembuat keputusan selepas muktamar.

Kita tak nak tiba-tiba ada dua kuasa dalam parti seperti contoh Majlis Syura dan ada pula kuasa eksekutif. Kita tak nak perkara ini bertindan.
"Biar jawatankuasa dan kepimpinan yang akan menentukan perjalanan parti ini nanti," katanya dalam wawancara bersamaMalaysiakini.
Bagaimanapun, walaupun tiada badan seumpama itu, mereka merancang mewujudkan sebuah panel penasihat, bukan sahaja dalam isu agama tetapi juga hal ehwal semasa.
"Kita tidak meletakkan mana-mana eksekutif dalam pendekatan kita (melalui panel itu). Yang ada pada majlis kita ialah yang bersifat menasihat."Kita bukan nak bekerja soal agama sahaja, walaupun dia orang agama tetapi perlu tahu tentang ekonomi sebagai contoh. Ini apa yang kita cuba ketengahkan. Masih belum muktamad," katanya.
Elak krisis PAS berulang
Berhubung struktur dewan-dewan pula Mujahid, anggota Parlimen Parit Buntar, berkata perkara itu masih belum diputuskan.
"Struktur dewan-dewan itu kita belum muktamadkan lagi tapi saya rasa mana-mana organisasi boleh buat apa-apa sayap. Yang penting fungsi sayap ini akan membantu parti itu dan kepimpinan.

"Akan ada perbezaan (dengan PAS). Perbezaannya ialah falsafah yang kita perjuangkan," katanya lagi.


Pengerusi GHB Pulau Pinang itu berkata, walaupun timbul cakap-cakap yang mengatakan mereka menolak ulama, namun perkara itu tidak benar sama sekali.


Katanya, GHB akan tetap melibatkan peranan ulama selepas gerakan itu menjadi sebuah parti, tetapi menegaskan tidak akan meletakkan pemisahan dengan golongan lain, seperti profesional.


Ia bagi mengelak krisis yang kini melanda PAS berlaku sekali lagi, katanya.


"Sifat keterangkuman yang dibawa GHB ini adalah termasuk golongan ulama. Cuma kita lihat, tidak perlu ada satu klausa khas untuk beritahu bahawa mereka ini ulama."Dalam GHB, kita terbuka pada semua orang selagi mereka menyakini cara yang gerakan ini bawa. Semua ialah penggerak dan tak perlu letak dikotomi (pemisahan) ulama dan bukan ulama. Sebab kalau tidak, konflik dalam PAS akan berulang," katanya.


PAS nak masuk? Fikir panjang
 
Bagi membuktikan GHB serius untuk melibatkan ulama dalam gerakan itu, satu persidangan bagi membincangkan konsep syariah Islam dalam konteks negara Malaysia akan diadakan.
Mujahid berkata, persidangan itu akan turut dihadiri oleh wakil sebuah parti politik dari Tunisa bagi berkongsi pandangan mengenai pelaksanaan prinsip syariah terhadap sesebuah negara.
"GHB sangat serius untuk melibatkan peranan ulama dalam gerakan ini dan kita akan buat satu persidangan iaitu untuk membincangkan tentang konsep Islam dalam konteks negara."Dan kita juga akan membincangkan prinsip syariah mengikut konteks Malaysia," kata Mujahid sambil menambah persidangan itu akan diadakan pada 15 Ogos ini.
Selain itu, Mujahid turut berkata GHB tidak akan menjadikan ahli PAS sebagai sasaran mereka mendapatkan anggota baru.
"Kita juga tumpu pada NGO dan masyarakat sivil. Sebab itu GHB kini dah berkembang pesat.
 "Kita tak akan memaksa orang PAS untuk sertai GHB. Kalau orang PAS nak sertai, kita suruh mereka fikir panjang. Kita bukan nak memperkecilkan sasaran kumpulan kita, misi kita sebenarnya luas," katanya lagi. 
 
 
 
(DrMujahid.com)
 

TMJ Selar Pemimpin Seperti Lalang

Posted: 11 Aug 2015 07:30 PM PDT



KUALA LUMPUR: Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyeru pemimpin lain agar mencontohi Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang ikhlas dalam menegakkan kebenaran dan masa depan Johor.

"Usaha beliau sepatutnya dijadikan contoh kepada pemimpin-pemimpin lain.

"Janganlah menjadi seperti sesetengah individu yang sanggup menggadaikan prinsip demi kepentingan peribadi," kata Tunku Ismail dalam laman Facebook JOHOR Southern Tigers pada Selasa.

Selain itu, Tunku Ismail turut menyelar tindakan sesetengah pemimpin yang tidak tetap pendirian bagai lalang ditiup angin.

"Janganlah juga menjadi seperti sesetengah orang yang pada mulanya hanya memuji melambung tinggi sesetengah pemimpin, tetapi apabila melihat rakyat tidak berpuas hati, berubah pula pendirian bagai lalang ditiup angin," kata beliau.

Selepas pemecatan bekas timbalan perdana menteri yang juga timbalan presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Khaled merupakan antara pemimpin yang lantang dengan menyentuh isu "kebenaran dan kesetiaan".

Tunku Ismail dalam masa sama turut mengingatkan orang ramai agar memilih pemimpin yang berkelayakan, bijaksana dan telus supaya tidak memalukan dan menjadi bahan jenaka rakyat.





Batalkan niat nak bawa masuk 1.5 juta Bangladesh TERBONGKOR

Posted: 11 Aug 2015 07:00 PM PDT


Pendedahan adik kandung Ahmad Zahid Hamidi, Abdul Hakim Hamidi berkerjasama dengan syarikat yang menyediakan sistem dalam talian (link) untuk membawa masuk warga Bangladesh ke negara ini tidak mengejutkan, sebaliknya perkara itu sudah diduga sejak awal.

Sebaik sahaja Zahid mengumumkan KDN hendak bawa masuk 1.5 juta rakyat Bangladesh orang sudah dapat membaca apakah tujuan dan maksudnya. Kalau tidak ada mengada, keuntungan kantung sendiri, untuk apa sejumlah sebanyak itu Bangladesh dibawa masuk.

Sebabnya, jumlah Bangladesh yang berada di negara ini sudah lebih daripada mencukupi bahkan kehadiran sesetengahnya membawa keburukan dan lambakan masalah sosial ke negara ini. KDN patut menumpukan membenteras jenayah angkara Bangladeshi daripada menambah bilangan mereka di negara ini.
Tetapi kerana Zahid mungkin ada undang disebalik batu menerusi projeknya itu, maka kemasukan 1.5 juta Bangladesh itu tidak perlu dipertikaikan. 
 
Sebaliknya itulah kerja-kerja menteri di Malaysia yang menggunakan kedudukannya untuk kepentingan diri dan kroni. Boleh dikatakan semua menteri mempunyai agenda untuk mengembung poket para kroninya, dan perkara ini sudah menjadi tradisi dalam kerajaan Umno - Barisan Nasional.
Hari ini terdedah yang adik Zahid, bernama Abdul Hakim Hamidi, merupakan pemilik syarikat yang sedang berbincang dengan Dhaka dan Putrajaya untuk menyediakan satu sistem pengurusan kemasukan 1.5 juta Bangladesh seperti mana diumumkan Zahid sebelum ini, menjawab segala dugaan dan agakan negatif itu.

Syarikat bernama Real Time Networking Sdn Bhd, dimana Abdul Hakim adalah pengerusi eksekutifnya yang mencadangkan perkhidmatannya dimana ianya boleh dipantau di Bangladesh dan Malaysia. Dalam kata lain syarikat itu menjadi komunikasi dan pemudah cara kemasukan rakyat Bangladesh ke negara ini.

Fee atau bayaran untuk perkepala menggunakan khidmat itu ialah RM3,000 termasuk tikit penerbangan. Bayangkan berapa banyak wang dikaut oleh syarikat berkenaan? 
 
Apakah perolehan kepada syarikat itu juga dianggap sebagai derma seperti mana kemasukan RM2.6 billion ke dalam akaun peribadi Najib Razak?
Sistem dalam talian Real Time yang dikendalikan sebagai Workforce Management Sdn Bhd dan Networking System (Workman), adalah sama seperti syarikat disediakan oleh Bestine, firma yang dimiliki oleh bekas menteri Dalam Negeri sebelum ini, Azmi Khalid, demikian menurut sebuah portal.

Apa yang didedahkan itu jelas bahawa kemasukan Bangladesh yang dirancangkan Zahid itu boleh dianggap sebagai ada kepentingan tertentu. 
 
Bagaimana pun adik Zahid seperti mana dilaporkan menjelaskan, tidak ada kontrak kerajaan yang diperolehi syarikat miliknya berhubung perkara itu sebaliknya ia merupakan kerjasama dengan Persatuan Agensi Pengambilan Pekerja Antarabangsa Bangladesh (Baira).
Syarikat milik Azmi Khalid yang menguruskan kemasukan Bangladesh ke negara ini dibatalkan kerana mengenakan bayaran tinggi.

Ekoran terbongkarnya satu lagi tembelang ini, wajar kalau cadangan Zahid itu dimansuhkan bagi mengelakkan tafsiran buruk terhadapnya dan juga adiknya. Zahid sendiri hendaklah mengumumkan cadangan untuk membawa masuk 1.5 Bangladesh itu dibatalkan serta merta sebagai membuktikan dia seorang yang telus dan jujur.

Tanpa mengambil tindakan berkenaan sudah tentu timbul persepsi yang Zahid juga menyuburkan rasuah dan amalan kronisme yang beliau sebelum ini sangat menentangnya. [wm.kl.2:13 pm 11/08/15]

Penolong pengarang Utusan cabar menteri, pengarah Jasa debat isu derma RM2.6 bilion Najib

Posted: 11 Aug 2015 05:30 PM PDT




Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Pengarah Jasa Datuk Dr Puad Zarkashi perlu bersedia berdebat dalam isu RM2.6 dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak bagi membuktikan mereka pembela perdana menteri, kata Ku Seman Ku Hussain.

Penolong pengarang akhbar milik Umno edisi Ahad, Mingguan Malaysia itu berkata Salleh dan Puad memutar belit kenyataannya yang sama sekali tidak mempersoalkan dana RM2.6 bilion itu datang daripada sumber rasuah.

"Kedua-dua panglima ini sama sekali tidak menyentuh isu yang saya bangkitkan iaitu derma RM2.6 bilion itu bukan milik Umno. Hujah saya seluruh kepimpinan tertinggi termasuk bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak tahu tentang kewujudan derma itu.

"Saya mencabar sama ada Salleh (menteri RTM) atau Puad supaya mengatur debat dengan saya mengenai isu fundamental derma RM2.6 bilion yang saya anggap bukan kepunyaan Umno ini.

"Kalau disiarkan secara langsung di RTM lagi bagus supaya mereka lebih kelihatan sebagai pembela Najib. Saya sanggup untuk berdebat satu lawan dua dengan Salleh dan Puad," katanya menerusi blognya, kayangdailypost semalam.

Ku Seman berkata kedua-dua "panglima" Najib itu tidak menjawab persoalan yang diajukannya menerusi rencana yang disiarkan Mingguan Malaysia pada Ahad sebaliknya membangkitkan isu derma RM2.6 bilion itu sebagai rasuah.

Katanya, jawapan Salleh dan Puad membuatkan rakyat melihat pemimpin kanan Umno sebagai terlalu dungu hingga tidak tahu apa yang ada dalam akaun parti.

"Mereka ini kaki spin, sebab itulah cybertrooper yang diketuai Puad hanya layak dibaca pengampu Umno saja.

"Cuba cari dalam tulisan saya, adakah ayat yang membawa maksud saya mempertikaikan derma itu sebagai rasuah? Saya hanya mengatakan derma itu sebagai hak peribadi.

"Yang saya bangkitkan adalah derma itu kepunyaan Najib. Kalau dana politik Umno, sudah tentu Umno tahu sejak awal lagi," katanya.

Beliau berkata kedua-dua pemimpin itu tidak perlu menyembunyikan sesuatu yang tidak cerdik dengan tindakan tidak cerdik.

Katanya, Salleh dan Puad seharusnya menjawab soalan cepu emas anak menteri besar Johor dulu sebelum menjawab tulisannya.

"Sebenarnya apabila membaca kenyataan mereka di Utusan Malaysia hari ini (semalam) yang cuba merendahkan hujah saya, tiba-tiba saya hilang hormat kepada mereka. Mereka cuba menonjolkan diri sebagai pembela Najib tetapi pada masa sama tidak mempunyai kecerdikan yang tinggi.

"Maka akhirnya Puad dan Salleh hanya boleh disamakan dengan juak-juak Umno yang sudah disihirkan supaya menjadi tukang angguk.

"Sama ada mereka mahu menjadi pembela buta dan tuli, itu soal mereka tetapi jangan menggunakan kuasa untuk menafikan hak rakyat mendapatkan maklumat yang betul," katanya.

Semalam, Utusan Malaysia ditegur Umno kerana lantang mempersoalkan derma RM2.6 bilion yang masuk ke akaun Najib sebagai dana politik, melalui tulisan Ku Seman.

Puad berkata, Ku Seman sepatutnya menjelaskan kepada pembaca tiada peraturan yang menghalang seseorang individu menggunakan akaun peribadi bagi tujuan dana politik.

Puad berkata, jika benar Najib mahu menggunakannya untuk kepentingan peribadi, beliau pasti menyimpannya di akaun peribadi di luar negara dan bukan dibawa balik ke Malaysia.

Ku Seman melalui artikel "Derma RM2.6 bilion dan Integriti Umno" pada Ahad mempersoalkan integriti parti itu dalam menjelaskan perkara sebenar isu derma RM2.6 bilion ke akaun Najib.

Katanya, pada masa sama wujud tangan ghaib yang menghalang siasatan kes 1MDB apabila pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Salleh pula dilaporkan berkata, Utusan Malaysia tidak sepatutnya mempersoalkan lagi dana politik yang diterima Najib kerana ia sudah disahkan bukan rasuah oleh SPRM dan Najib.

Katanya, apa yang penting adalah penjelasan berterusan kepada ahli parti hingga ke peringkat akar umbi untuk mengelakkan salah faham atau kekeliruan.

"Apa yang ditimbulkan penulis dalam rencana berkenaan adalah pandangan peribadi beliau berdasarkan dapatan dan kefahamannya mengenai maksud dana parti, tetapi SPRM sudah jelaskan ia tiada unsur rasuah.

"Malah penderma dana tersebut juga sudah memberi penjelasan," katanya dipetik Utusan Malaysia melalui kenyataan, semalam. – tmi






Kejatuhan ringgit adalah YANG PALING TERUK DI ASIA..??

Posted: 11 Aug 2015 05:15 PM PDT

Sedarlah Najib, Penolakan Sudah Ada Di Mana - Mana !! Shahbudin Husin

Posted: 11 Aug 2015 04:45 PM PDT


Zar Ali's photo.

 
Perdana Menteri Najib Razak seharusnya lebih sedar diri ketika ini. 

Hakikat bahawa beliau semakin ditolak dan tidak dikehendaki lagi memimpin negara ini sudah boleh dilihat di mana-mana. 

Jika selama ini penolakan itu lebih banyak tersimpan dalam hati atau lebih kerap diluahkan di kedai-kedai kopi atau dalam kata-kata melalui hujung jari, tetapi kini ia tidak lagi dilakukan secara sembunyi-sembunyi.
Sudah ada yang berani meluahkannya dalam mesyuarat perwakilan UMNO sendiri. 

Di Langkawi, seorang perwakilan bernama Anina Saaduddin menyifatkan Najib selama ini telah "kencing" tiga juta ahli UMNO serta menyarankan MT UMNO membawanya segera berubat. 

Di Pasir Gudang, seorang Ketua Wanita UMNO cawangan yang juga AJK Bahagian, Norwati Abdul Manaf telah menyerahkan sendiri memorandum 12 perkara kepada Najib ketika beliau hadir merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Pasir Gudang, Ahad lalu. 

Memorandum yang didakwa mewakili 107 cawangan itu antaranya meminta Najib berehat daripada jawatannya dan membatalkan penangguhan pemilihan parti selama 18 bulan yang dibuat sebelum ini. 

Pergerakan Pemuda UMNO Labis juag mahukan Najib berehat buat sementara sehingga siasatan mengenai 1MDB diselesaikan
.
Selain itu, pelbagai cara lagi dilakukan un***** meluahkan perasaan bagi menunjukkan penolakan itu.
Ada yang membuat kain rentang, pelekat kereta, tulisan di baju dan macam-macam lagi.

Di media sosial atau percakapan hari-hari, barangkali tidak sah jika tidak menyebut perlunya Najib segera berundur sama ada bagi menyelamatkan UMNO atau pun negara. 

Di bawah ini antara tanda-tanda penolakan yang dapat dikumpulkan oleh blog ini untuk tatapan kita bersama. 

Selepas ini pasti lebih banyak lagi penolakan yang sama yang muncul di depan mata kita. Tidak mustahil juga lebih ramai pemimpin UMNO sendiri meluahkannya dalam mesyuarat perwakilan yang sedang berlangsung di seluruh negara. 

Melalui benih penolakan yang mulai merata di mana-mana ketika ini, bukan saja dakwaan Najib bahawa tiga juta ahli UMNO tetap menyokongnya boleh dipersoalkan, malah yang lebih perlukan jawapan ialah berapa lamakah lagi beliau mampu bertahan? 

Ada sesiapa yang boleh berikan jawapan? 


http://shahbudindotcom.blogspot.com/
Sedarlah Najib, Penolakan Sudah Ada Di Mana - Mana !! Shahbudin Husin Perdana Menteri Najib Razak seharusnya lebih sedar diri ketika ini. Hakikat bahawa beliau semakin ditolak dan tidak dikehendaki lagi memimpin negara ini sudah boleh dilihat di mana-mana. Jika selama ini penolakan itu lebih banyak tersimpan dalam hati atau lebih kerap diluahkan di kedai-kedai kopi atau dalam kata-kata melalui hujung jari, tetapi kini ia tidak lagi dilakukan secara sembunyi-sembunyi. Sudah ada yang berani meluahkannya dalam mesyuarat perwakilan UMNO sendiri. Di Langkawi, seorang perwakilan bernama Anina Saaduddin menyifatkan Najib selama ini telah "kencing" tiga juta ahli UMNO serta menyarankan MT UMNO membawanya segera berubat. Di Pasir Gudang, seorang Ketua Wanita UMNO cawangan yang juga AJK Bahagian, Norwati Abdul Manaf telah menyerahkan sendiri memorandum 12 perkara kepada Najib ketika beliau hadir merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Pasir Gudang, Ahad lalu. Memorandum yang didakwa mewakili 107 cawangan itu antaranya meminta Najib berehat daripada jawatannya dan membatalkan penangguhan pemilihan parti selama 18 bulan yang dibuat sebelum ini. Pergerakan Pemuda UMNO Labis juag mahukan Najib berehat buat sementara sehingga siasatan mengenai 1MDB diselesaikan. Selain itu, pelbagai cara lagi dilakukan un***** meluahkan perasaan bagi menunjukkan penolakan itu. Ada yang membuat kain rentang, pelekat kereta, tulisan di baju dan macam-macam lagi. Di media sosial atau percakapan hari-hari, barangkali tidak sah jika tidak menyebut perlunya Najib segera berundur sama ada bagi menyelamatkan UMNO atau pun negara. Di bawah ini antara tanda-tanda penolakan yang dapat dikumpulkan oleh blog ini untuk tatapan kita bersama. Selepas ini pasti lebih banyak lagi penolakan yang sama yang muncul di depan mata kita. Tidak mustahil juga lebih ramai pemimpin UMNO sendiri meluahkannya dalam mesyuarat perwakilan yang sedang berlangsung di seluruh negara. Melalui benih penolakan yang mulai merata di mana-mana ketika ini, bukan saja dakwaan Najib bahawa tiga juta ahli UMNO tetap menyokongnya boleh dipersoalkan, malah yang lebih perlukan jawapan ialah berapa lamakah lagi beliau mampu bertahan? Ada sesiapa yang boleh berikan jawapan? http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

PAS Shah Alam Lumpuh, Ketua Dan AJK Letak Jawatan

Posted: 11 Aug 2015 01:46 PM PDT


SHAH ALAM: Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam Helmi Radzuan dan 12 anggota jawatankuasanya meletakkan jawatan kerana parti itu semakin 'eksklusif'.

Bekas naib ketua Pemuda PAS kawasan itu Abbas Salimmi Adzmi berkata kesemua mereka meletakkan jawatan secara sukarela sejak 14 Julai lepas hingga semalam, dan kini menjadi anggota biasa parti itu.

Surat peletakan jawatan mereka telah diserahkan kepada Setiausaha Dewan Pemuda PAS Selangor untuk tindakan lanjut selain memaklumkan perkara itu kepada Yang Dipertua PAS Shah Alam Azli Yusof dan Anggota Parlimen kawasan itu Khalid Abdul Samad.

Sambil menyifatkan PAS seharusnya bergerak secara inklusif, Abbas Salimmi mendakwa pendekatan yang diambil kepimpinan baharu selepas muktamar parti itu pada Jun lepas menyukarkan kesefahaman serta gerak kerja jawatankuasa pada peringkat pusat dan negeri.

"Apabila berlaku pertukaran (peringkat pusat dan negeri), bagi kami di kawasan Shah Alam agak sukar untuk bergerak...bukan masalah pada program tetapi pembawaan Pemuda pusat dan negeri berlainan daripada sesi lepas," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada peletakan jawatan itu ada kaitan dengan penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB), Abbas Salimmi berkata beliau dan 12 rakannya tidak menolak kemungkinan gerakan itu sebagai wadah baharu untuk dipertimbangkan.

Dalam pada itu, Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata pihaknya menghormati keputusan 13 bekas AJK itu kerana perlembagaan parti membenarkan mereka bertindak sedemikian.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Selangor akan diminta mengisi kekosongan yang ada mengikut ketetapan parti, katanya dalam kenyataan di sini.

"Itu hak mereka, kita tahu arah tuju mereka. Dengan sebab itu kita ucapkan syabas. Itu lebih baik dan lebih berani berbanding mereka yang lantang bersama GHB tetapi masih bersembunyi di sebalik jawatan PAS," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Khairuddin mengesahkan hanya dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PAS Selangor yang menyertai GHB manakala 13 ADUN yang lain mahu setia kepada pimpinan parti.


Tukar Tiub

Tukar Tiub


DUIT 1MDB TERSANGKUT

Posted: 11 Aug 2015 06:43 PM PDT










NO:33

33. Selepas Wall Street Journal melaporkan 2.6 bilion Ringgit kepunyaan Najib di dalam akaun peribadinya, ia ditutup. Anda tidak boleh mengambil semua wang itu untuk disimpan dengan anda. Ia perlu dipindahkan. Rupa-rupanya ia dipindahkan ke bank di Singapura. Kemudian pihak berkuasa Singapura membekunya. 


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/malaysia-dr-mahathir-mohamad#sthash.YslX8jgY.dpuf

TULISAN MAHATHIR:
minggu ini mahathir 
menulis 47 poin  tentang rasuah najib
poin no 33 tentang duit 2.6 bilion ringgit masuk ke akaun najib kemudian dipindahkan ke bank singapura yang kemudiannya di bekukan

apa makna berita dari mahathir ini?

1- duit tak sampai
2- duit tersangkut di singapura
3- duit masih ada lagi

wartawan dan media 
wajib menggali pekara ini
wartawan wajib meminta 
penjelasan dari mahathir

TANYA TANYA 




---------------------

APA MAKNA GAMBAR INI?

Posted: 11 Aug 2015 06:08 PM PDT






CU@JB


APA MAKNA 

GAMBAR INI?

1- siapa tak ada dalam gambar ini?
2- kenapa bernama siar gambar ini?
3- siapa dalam gambar ini?




--------------

SEE YOU AT FOUR

Posted: 11 Aug 2015 05:30 PM PDT




CU@4 

Ringgit cecah 3.96 berbanding dolar AS

Ringgit ditutup 0.7% lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, mencecah paras 3.96 per dolar, bagi pertama kali sejak krisis kewangan Asia pada 17 tahun lepas.
Pada 5 petang, mata wang tempatan itu disebut pada 3.9600/9630 berbanding dolar AS daripada 3.9270/9300 semalam.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ringgit-cecah-3.96-berbanding-dolar-as#sthash.guC97glH.dpuf



CU@4 


KAH KAH KAH
KAH KAH 
KAH



---------------

NAJIB RAZAK MENGIRINGI PERDANA MENTERI ROSMAH MANSOR

Posted: 11 Aug 2015 11:48 AM PDT




APA iNI?


SURAT BERANI SEORANG PUTERI

Posted: 11 Aug 2015 07:06 AM PDT



SURAT PUTERI

YANG BERANI

Peletakan jawatan Exco Puteri Umno Malaysia – Haziqah Nasirah Zol Bahari 



Salam perjuangan, saudara Izwan.
Saya terpanggil untuk menulis kepada saudara selepas terbaca artikel tentang "Pemberontakan Umno bermula di Johor, tiga pemimpin sayap letak jawatan".
Untuk pengetahuan saudara, saya meletakkan jawatan secara serta-merta sebagai Exco Puteri Umno Malaysia dan naib ketua Puteri Umno Bahagian Kota Tinggi menerusi surat yang dihantar kepada Datuk Mas Ermieyati Samsudin bertarikh 19 Januari 2015.
Pengunduran tersebut dibuat selepas pertimbangan mendalam dalam tempoh yang panjang, atas kesedaran prinsip dan falsafah perjuangan saya sudah tidak selari dengan aspirasi saf kepimpinan Puteri dan juga parti yang secara langsung menyekat saya dalam memenuhi tuntutan jawatan seperti yang diharapkan.
Saya pada ketika itu hilang kepercayaan pada pucuk pimpinan parti, namun mengundur diri secara baik atas dasar hormat kepada sahabat-sahabat Puteri yang masih yakin dan setia dengan kepimpinan presiden. Kata-kata Soe Hok Gie "...dan seorang pahlawan adalah seorang yang mengundur diri untuk dilupakan seperti kita melupakan yang mati untuk revolusi." adalah azimat yang saya pegang ketika itu.
Namun demikian, pengguguran  Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri menyebabkan saya tidak boleh lagi berdiam diri dari menyatakan pendirian saya terhadap pimpinan presiden yang ternyata memecahbelahkan perpaduan parti dan gagal mendengar suara rakyat yang mahukan beliau meletak jawatan selepas gagal mengurus negara dengan baik ekoran dakwaan penglibatannya dalam skandal 1MDB dan isu-isu ketirisan yang amat serius.
Saya menyeru agar ahli-ahli Umno, bukan sahaja dari Johor untuk bangkit berdiri dan menyatakan pendirian dengan berani demi parti dan demi Malaysia. Berundurlah, Datuk Seri Najib Razak!
Terima kasih. – 31 Julai, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/perletakan-jawatan-exco-puteri-umno-malaysia-haziqah-nasirah-zol-bahari#sthash.uJBW8DGe.dpuf

-----------

BADAK MELINTAS

Posted: 11 Aug 2015 06:30 AM PDT







SEMiOTIK



MUSTAHiL
satu pekara mustahil telah berlaku
saekor badak telah melintas
betul betul dihadapan 
baginda  sultan  
dan
 tengku mahkota johor
tetapi baginda langsung
tidak ambil pot
baginda terus berbual
dengan tengku mahkota


MUSTAHIL TAK 

NAMPAK

 BADAK






--------------------

BAPA BUREK ANAK BURIT

Posted: 11 Aug 2015 05:30 AM PDT





AYAH ADA 

MICHEAL CHEN

ANAK ADA 

JHO LOW



-------------

MARI KITA SELAMATKAN NAJIB

Posted: 11 Aug 2015 05:09 AM PDT





SEMUA BOLEH 


SELESAi


NAJiB BUAT


  SUMPAH


 LAKNAT


 TAK KENAL
 

JHO LOW




HABiS CERiTA

SEMUA AKAN 

SENYAP




------------

DUA DUA KAKI KELENTONG

Posted: 10 Aug 2015 10:54 PM PDT








MARI BELAJAR










dua dua dari kelantan
dua dua mengakui
tahu hal ekonomi
lihat bagaimana dua dua menipu
lihat bagimana dua dua kelentong

dua dua mahu bodek
dua dua putar alam
dua dua sangkal sama sendri
apa yang ku li kata betul
tok pa kata tak betul
apa tok pa kata betul
ku li kata tak betul
dua dua putar alam

ku li tak berani usik najib
tok pa tak berani sangkah najib
walhal satu dunai tahu
keadaan politik sekarang
membantu kejatuhan nilai ringgit
suasana politik sekarang
menakutkan pelabur
menghilangkan keyakinan
bayangkan najib dapat derma 2.6 bilion
ini tak pernah berlaku dalam dunia
justeru - semua orang takut
semua orang celah
beli emas
beli perak lebih selamat dari ringgit
khalas. period. bas

































------------------

34 JAM DI KUALA L:UMPUR

Posted: 10 Aug 2015 09:48 PM PDT










29









34





--------------

SIAPA NAMA PUTERA ARAB

Posted: 10 Aug 2015 09:07 PM PDT









SiAPA NAMA 

PUTERA 

ARAB SAUD

YANG DERMA

2.6 BiLiON 

SAJE TANYA

MANA TAHU

ADA CHAN

JUAL CiNCIN

-----------

TIGA PULUH EMPAT

Posted: 10 Aug 2015 08:39 PM PDT








34





---------------

KESEDARAN AKHIRNYA SAMPAI

Posted: 10 Aug 2015 08:15 PM PDT






KESEDARAN 

SAMPAi JUGA 

AKHiRNYA

Mahathir: Demo desak PM undur pilihan akhir

Mahathir Mohamad berkata, perhimpunan jalanan hanya boleh dijalankan sebagai langkah terakhir untuk menyingkir Najib Razak dari jawatan perdana menteri.

"Itu hanyalah sebagai langkah terakhir. Kita bukan orang ganas. Kita tidak sepatutnya memilih jalan demostrasi kerana ia akan menyusahkan orang lain.

"Tetapi jika tiada jalan lain, ia boleh dilakukan," kata bekas perdana menteri itu dalam satu sidang media di Universiti Tunku Abdul Rahman petang ini.

Beliau menjawab soalan mengenai perhimpunan #TangkapNajib pada 1 Ogos dan perhimpunan BERSIH 4 yang dirancang untuk diadakan pada 29 dan 30 Ogos untuk menekan Najib agar meletak jawatan.


KAH KAH KAH
woit
gwa tak ada apa nak tambah
gwa tak ada idea 
gwa tak tahu nak cakap
gwa tak pandai nak komen
gwa hanya tergolek dog
kah kah kah

REBiOK SE


--------------

MALAM INI HARAPAN BARUI

Posted: 10 Aug 2015 07:45 PM PDT






MALAM INI

SUNGAI BULUH

Salam tuan tt Mohon tuan share event ini dalam blog tuan tt.

Dialog Terbuka Bersama #HarapanBaru Subang 📆: 11 Ogos 15 🕘: 9.00 malam 🏢: Pusat Tarbiah Kg Kubu Gajah, Jalan Gajah 21, Kg Kubu Gajah, Sg Buloh 👬 Penghujah:

1⃣ Salahudin Ayub 
2⃣ DR Dzulkefly Ahmad 
3⃣ DR Mariah Mahmud
4⃣ Tuan Guru Tajudin Mad Jali 

Jemput Hadir ramai-ramai.. on APA AKAN BERLAKU 15 SEPTEMBER
Publish | Delete | Spam
Ahmades
on 8/10


----------