Isnin, 10 Ogos 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Singkir Najib untuk selesaikan krisis negara, kata Dr Mahathir OLEH MD IZWAN

Posted: 10 Aug 2015 09:45 PM PDT


Tun Dr Mahathir Mohamad berucap pada sesi dialog di Universiti Tunku Abdul Rahman di Kajang, Selangor hari ini. Beliau memberi penyelesaian mudah tetapi sukar dilaksanakan berhubung situasi semasa yang melanda negara iaitu dengan menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

Tun Dr Mahathir Mohamad berucap pada sesi dialog di Universiti Tunku Abdul Rahman di Kajang, Selangor hari ini. Beliau memberi penyelesaian mudah tetapi sukar dilaksanakan berhubung situasi semasa yang melanda negara iaitu dengan menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

Jalan paling mudah untuk menyelesaikan krisis negara ketika ini adalah dengan menyingkirkan individu yang menjadi punca kepada masalah tersebut iaitu Datuk Seri Najib Razak, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir tidak mengatakan secara spesifik individu dimaksudkannya, bagaimanapun diketahui umum beliau paling lantang mengkritik Najib dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pernah menggesa peletakan jawatannya.

"Penyelesaian kepada krisis ketika ini adalah mudah, buang orang yang bertanggungjawab buat semua ini.

"Tapi penyelesaian mudah sebegitu juga sukar untuk dilaksanakan," katanya semasa dialog di Universiti Tunku Abdul Rahman, Kajang hari ini.

Namun, Dr Mahathir berkata tidak mengetahui bagaimana untuk menyingkirkan pemimpin nombor satu negara itu.

"Masalahnya bagaimana nak lakukan? Bahagian itu saya tidak ada jawapan lagi," katanya.

Dr Mahathir semasa sesi soal jawab juga mempertikaikan kepimpinan negara yang tidak memberi contoh baik kepada orang ramai dengan mengaitkan dengan skandal RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi Najib.

"Apa pendapat anda? Adakah pemimpin sedia ada memberikan contoh yang baik apabila pemimpin kita sendiri mencuri RM2.6 bilion?" soalnya.

Bagaimanapun, beliau berkata, menggunakan kaedah ganas bukan jalan terbaik menyingkirkan Najib tetapi tiba masanya orang ramai memberitahunya sampai masanya untuk beliau letak jawatan.

"Kita perlu mengambil tindakan tapi bukan secara ganas, tapi kita perlu (beritahu) tiba masanya untuk kamu pergi (letak jawatan)," katanya.

Dr Mahathir sebelum ini pengkritik lantang terhadap pentadbiran Najib, khususnya dalam isu membabitkan 1MDB yang terpalit dengan banyak skandal kewangan.

Beliau juga sebelum ini pernah menggesa supaya Najib melepaskan jawatannya, namun sebaliknya berlaku apabila Najib memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Kabinet dan menteri lain yang tidak sehaluan dengan pendiriannya dalam isu 1MDB.

Mengenai calon pengganti Najib, Dr Mahathir berkata, tidak semestinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang baharu dilantik timbalan perdana menteri akan naik menjadi pengganti, tetapi sebaliknya ia mesti diputuskan parti sendiri.

"Itu untuk Umno buat keputusan, bukan sahaja untuk Zahid yang buat keputusan ataupun Najib buat keputusan.

"Umno perlu buat keputusan. Sebab Umno masih ada timbalan presiden yang dipilih, Zahid tidak terpilih menjadi timbalan," katanya.

Beliau sebaliknya mengatakan supaya tunggu sehingga Umno membuat keputusan terlebih dahulu dalam mencari pengganti Najib jika berlaku peletakan jawatan perdana menteri.


See more at: http://www.themalaysianinsider.com..

Pertukaran pegawai SPRM tiada kaitan dengan siasatan 1MDB, kata Ali Hamsa

Posted: 10 Aug 2015 09:00 PM PDT

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, pertukaran dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri tidak kena mengena dengan siasatan 1MDB.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, pertukaran dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri tidak kena mengena dengan siasatan 1MDB.

"Ia tidak kena mengena dengan siasatan 1MDB," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan petugas awam bersempena sambutan Aidilfitri di Kuching.

Dua pegawai itu, Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin, dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob melaporkan diri bertugas di pejabat SPRM pagi ini.

Mereka sepatutnya melaporkan diri bertugas di Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Hamsa berkata beliau sudah bersemuka dan berbincang dengan 2 pegawai itu. –

http://www.themalaysianinsider.com/.

Kena banyak reda, Wan Azizah beritahu isteri Muhyiddin OLEH KC NAZARI

Posted: 10 Aug 2015 08:30 PM PDT



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau pasti dapat menyelami rasa hati Puan Sri Norainee Abdul Rahman, isteri kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan tidak dapat tidur malam pada 27 Julai lalu, hari suaminya digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau pasti dapat menyelami rasa hati Puan Sri Norainee Abdul Rahman, isteri kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan tidak dapat tidur malam pada 27 Julai lalu, hari suaminya digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri

Pernah menjadi isteri timbalan perdana menteri yang dipecat daripada jawatannya 17 tahun dahulu dan kini,  Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kini memegang jawatan ketua pembangkang yang pernah disandang suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, beliau pasti dapat menyelami rasa hati Puan Sri Norainee Abdul Rahman, isteri kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan tidak dapat tidur malam pada 27 Julai lalu, hari suaminya  digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri.

"Saya Alhamdulillah, dalam banyak-banyak hal, saya banyak reda.

"Saya boleh tidur sebab saya selalunya (jenis) OK punya," katanya selepas melancarkan buku "Reformasi: Perjuangan Diteruskan" di Puchong malam ini.

Menurut Dr Wan Azizah, beliau bersimpati dengan Norainee yang pernah bersamanya dalam pertubuhan kebajikan isteri menteri dan timbalan menteri, Badan Kebajikan dan Amal Tenaga Isteri-isteri (Bakti).

Namun kata Dr Wan Azizah, Norainee lebih beruntung kerana Muhyiddin hanya dipecat dan tidak dikenakan sebarang tuduhan terhadapnya seperti Anwar.

"Sebagai sahabat dia dahulu kami dalam Bakti bersama-sama tentunya saya bersimpati. Dia (Muhyiddin) melalui detik-detik itu (pemecatan) tetapi sekurang-kurangnya dia tidak perlu didakwa," kata Dr Wan Azizah.

Beliau sebelum itu melancarkan buku 'Reformasi: Perjuangan Diteruskan' sempena hari lahir Anwar yang ke-68 pada hari ini.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Jom Bincang, Benarkah Ustaz Hadi 'Selesa' Dengan UMNO? Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 10 Aug 2015 08:00 PM PDT



Mat Sabu: Jika kawan Umno, anda kena keluar.

 
Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana anggota gerakan itu yang berkawan atau menyokong seteru politiknya Umno, kata pengerusi jawatankuasa penajanya,  Mohamad Sabu.
Ia juga dilihat sebagai satu peringatan tersirat kepada pemimpin PAS, termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang kini dilihat selesa dengan Umno.
Begitu lapor Malaysiakini sebentar tadi.

"Sesiapa yang berkawan dengan Umno, anda kena keluar," kata Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, disambut tepukan gemuruh di majlis makan malam Aidilfitri bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Seberang Jaya, malam tadi.

Mat Sabu berkata GHB, yang terdiri daripada bekas progresif dari PAS, dituduh mahu hidup senang apabila mereka mengambil keputusan untuk menubuhkan kumpulan serpihan PAS itu.

Keputusan untuk membentuk kumpulan baru itu dibuat selepas DAP mengisytiharkan Pakatan Rakyat telah terkubur, selepas PAS di muktamarnya yang ke-61, meluluskan usul memutuskan hubungannya dengan DAP kerana memutuskan hubungan dengan Hadi.

Bagaimanapun, Mat Sabu menolak sebarang tanggapan bahawa pemimpin GHB mahu mencari cara mudah selepas kekalahan mereka dalam pemilihan PAS Jun lalu, yang didominasi oleh sayap ulama.

Mari kita bincang adakah benar 
Ustaz Abdul Hadi 'selesa' dengan UMNO? Apakah buktinya. Selesa macam mana? DAP pernah menuduh PAS akan berkerjasama dengan UMNO lepas muktamar. Tuduhan itu berlaku sejak belum muktamar lagi, tetapi hingga kini, tak ada apa-apa. Sila kemukakan fakta. Buktikan Abdul Hadi nak join atau bersama UMNO.
Pemimpin-pemimpin parti pembangkang lain juga pernah berunding dengan UMNO/BN termasuk PKR dan DAP. Mengapa tidak dikatakan mereka 'selesa' dengan UMNO/BN? (IH)

Mahathir Dedah Rahsia Najib Lagi..

Posted: 10 Aug 2015 07:30 PM PDT


Mahathir Dedah Rahsia Najib Lagi. Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mungkin akan menjadi mangsa seterusnya selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditekan hebat oleh Putrajaya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri paling lama tersebut berkata, walaupun ia sekadar khabar angin, tidak mustahil ia boleh menjadi nyata.

"Itu khabar angin yang saya dengar, tapi dalam kes ini khabar angin itu biasanya mempunyai kebenaran," katanya pada sidang media selepas dialog di Universiti Tunku Abdul Rahman, Kajang hari ini.

Dr Mahathir bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai sumber khabar angin tersebut. Zeti antara individu di peringkat tertinggi yang menganggotai pasukan petugas khas menyiasat skandal syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dakwaan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir Dedah Rahsia Najib Lagi.

Namun kebelakangan ini, Zeti menjadi perhatian umum apabila Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, polis akan menyoal siasat lebih ramai pegawai SPRM, Bank Negara Malaysia dan Jabatan Peguam Negara bagi memberi keterangan dalam siasatan maklumat bocor 1MDB.

Khalid tidak menolak kemungkinan memanggil Zeti dan orang nombor dua SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

BNM sebelum ini juga menafikan dakwaan membocorkan maklumat transaksi tersebut.

Blogger pro Umno sebelum ini turut menamakan Zeti dan Shukri sebagai individu yang berpotensi terlibat dalam konspirasi menggulingkan kepimpinan perdana menteri dalam kerajaan.

Kontroversi terkini membabitkan SPRM apabila pihak polis membuat serbuan ke atas beberapa pegawai penyiasat agensi pencegah rasuah tersebut, malah dua pegawai atasannya ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri. 

 
 
Addin

Mungkinkah Zahid juga akan melopong?

Posted: 10 Aug 2015 07:00 PM PDT


Dr M: Tak semestinya Zahid ganti Najib.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hanya Umno yang boleh menentukan pengganti Datuk Seri Najib Razak jika perdana menteri itu terpaksa berundur dari jawatan tersebut kelak.

Katanya, tidak semestinya jawatan itu secara automatik akan diisi oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, walau menteri dalam negeri itu kini dilantik ke jawatan timbalan perdana menteri.

Tegasnya, jawatan timbalan presiden Umno masih lagi diisi oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menurutnya tidak melakukan apa-apa kesalahan. "

Itu untuk Umno putuskan, bukan Zahid Hamidi sahaja putuskan atau Najib.

Sebab, Umno ada timbalan presiden yang dipilih.

Zahid Hamidi bukan timbalan presiden yang dipilih," katanya kepada pemberita petang ini.




Menurutnya, keadaan pada masa ini berbeza dengan keadaan pada 1998 apabila beliau memecat timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Kabinet dan juga daripada jawatan parti.

"Dulu, macam Anwar, kita tahu sebab dia dipecat.

Ini, saya tak nampak yang Tan Sri Muhyiddin buat salah.

"Dia nak minta terangkan sahaja, takkanlah tidak boleh tegur (Najib)," katanya lagi.

Secara lazimnya, jawatan timbalan perdana menteri akan diisi oleh timbalan presiden Umno, selaku parti paling dominan dalam BN.

Seterusnya, Mahathir berkata, anggota Umno sendiri tidak berpuas hati dengan pentadbiran Najib tetapi perdana menteri itu enggan berundur.

"Sekarang ini saya dengar cakap orang Umno sendiri, mereka tidak puas hati dengan kepimpinan Najib dan minta (perdana menteri) berundur tetapi dia tidak mahu.

"Malah Najib bagi duit kepada semua orang sebab tak mahu berundur. Itu salah," katanya.


Posted by mountdweller.

Demo 'gulingkan' Najib ikhtiar terakhir, kata Mahathir

Posted: 10 Aug 2015 06:30 PM PDT




Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demonstrasi jalanan boleh dilakukan untuk 'mengulingkan' Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri. Mahathir menegaskan bahawa ia adalah ikhtiar terakhir, di mana menurut beliau kita tidak suka pada keganasan kerana ia memberi kesan kepada yang lain. Namun katanya jika tidak ada ikhtiar lain lagi, ia boleh dilakukan.

Shahidan penggerak batal tukar 2 pengarah SPRM

Posted: 10 Aug 2015 06:00 PM PDT



Meskipun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mengakui menjadi antara penggerak dalam keputusan menarik balik arahan pertukaran dua pengarah kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), namun menolak tanggapan bahawa beliau seorang jaguh.

"Saya tidak bersetuju dengan perkataan jaguh, saya bukan ayam sabung (kerana) ini tugas kita," katanya kepada pemberita di PWTC petang ini.

Katanya, selain beliau, seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low di antara yang bertanggungjawab dalam usaha untuk mengekalkan dua pengarah kanan tersebut di SPRM.

Jelasnya, dalam menyelesaikan isu tersebut beliau menghubungi pihak berwajib bagi mendapatkan maklumat sehingga keputusan dibuat bahawa pegawai yang ditukar akan berjumpa dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) pagi tadi.

Hari ini, setelah pertemuan itu dibuat, pemindahan dua pegawai kanan SPRM itu ke JPM pada Jumaat lalu, dibatalkan.

Minggu lalu, Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob berjumpa dengan pemimpin pembangkang.

Manakala, Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin bersumpah dengan nama Allah akan mencari dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu.

Bahri turut mengingatkan 'dalang-dalang' itu bahawa kuasa yang mereka ada tidak sebesar mana.

Sementara itu, Shahidan ketika mengulas lanjut mengenai kenyataan Bahri itu berkata, pengarah SPRM itu dalam keadaan tertekan ketika itu.

Namun, katanya, sekiranya pegawai itu bersalah, tindakan tetap akan diambil ke atas mereka.

"Bukan niat SPRM untuk keluar kenyataan sedemikian rupa. Sudah pasti mereka dalam keadaan tertekan.

"Tetapi kalau pegawai itu bersalah kita kena ingatkanlah," katanya.

‘Pembangkang Sengaja Mahu Jatuhkan UMNO’ – Tengku Adnan

Posted: 10 Aug 2015 05:30 PM PDT


 DH PERANGAI ENGKO ORG TU MCM SETAN....
LAGI NAK TUDUH2 PEMBANGKANG BUAT FITNAH TERHADAP ENGKO ORG...
 

LAGI PUN MEMANGLAH PR 2.0 NAK JATUHKAN UMNO/BN...
 

DAH MASUK PILIHANRAYA MEMANGLAH NAK MENANG...
 

PR 2.0 NAK TAWAN PUTRA JAYA...
 

TAPI ADA JUGAK PARTI YG BERTANDING DLM PILIHANRAYA TAK NAK MENANG....kikiki...

UMNO adalah sebuah parti yang kukuh dan kuat dalam mempertahankan hak rakyat, namun ia 'jatuh' dikancah permainan politik kotor...
www.mysuara.net

1MDB - Dakwaan Mahathir Kitar Semula Dan Tiada Bukti

Posted: 10 Aug 2015 05:00 PM PDT





1Malaysia Development Berhad (1MDB) terus menumpukan kepada pelan rasionalisasinya walaupun menerima tuduhan 'kitar
semula' dan tidak dibuktikan daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam catatan terbaru di blog beliau.

Dalam kenyataan hari ini, 1MDB berkata tuduhan tersebut telah ditangani oleh  1MDB dalam pelbagai kenyataan, termasuk penjelasan terperinci mengenai aliran dana daripada pelaburannya dalam usaha sama dengan PetroSaudi International.

1MDB berkata tuduhan kitar semula itu bukan sahaja menimbulkan fitnah ke atas 1MDB, tetapi turut memberi kesan kepada operasi hariannya.

"Kami juga memberi penjelasan, beberapa kali, mengenai rasional kami untuk nilai yang kami bayar dalam mengambil alih aset tenaga kami.

"Seperti yang kami jelaskan dalam kenyataan kami bertarikh 30 Jun 2015, 1MDB percaya nilai yang kami bayar untuk aset-aset ini - yang mungkin melibatkan premium dalam keadaan tertentu, sebagai biasa apabila mengambil alih perniagaan lain - sejajar dengan potensi sedia ada dan yang akan datang.

"1MDB kini mahu terus menumpukan kepada kejayaan pelaksanaan pelan rasionalisasi kami, yang telah dibentangkan kepada kabinet pada 29 Mei, 2015," menurut 1MDB.

Sejak itu, 1MDB berkata ia telah mencatat kemajuan, bermula dengan pembayaran semula pinjaman berjumlah US$975 juta (kira-kira RM3.6 bilion) dan pemeteraian lembaran jangka mengikat dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) yang akan membawa kepada pengurangan hutang syarikat kira-kira RM16 bilion.

"Kami turut melantik perunding hartanah bebas untuk menjana wang daripada tanah-tanah syarikat di Bandar Malaysia, Air Itam dan Pulau Indah," kata 1MDB.

Mengenai Bandar Malaysia, 1MDB berkata pihaknya menerima minat daripada 40 syarikat tempatan dan antarabangsa untuk menjadi rakan pembangunan bagi projek membabitkan 194.4 hektar (486 ekar) dan mereka kini dalam proses kajian terperinci.

1MDB juga kini dalam kajian terperinci dengan syarikat tempatan dan antarabangsa yang telah disenarai pendek bagi jualan pelaburannya dalam Edra Global Energy Bhd, katanya.

Katanya secara kolektif, tindakan oleh 1MDB ini akan mengurangkan hutang dengan ketara dan memastikan tiga aset terasnya mampan untuk tempoh jangka panjang, iaitu TRX, Bandar Malaysia dan Edra Global Energy.

- Bernama

VIDEO - Anwar di sebalik tirai besi, keluarga ucapkan selamat hari lahir ke-68

Posted: 10 Aug 2015 04:30 PM PDT


Kerakusan Najib Razak terus berkuasa berikan 'Impak Maksima' kepada kemerosotan ekonomi

Posted: 10 Aug 2015 09:00 AM PDT


http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/FAIZ_FADZIL_290515_TMISETH_06.JPG 
Kerakusan Najib Razak terus berkuasa berikan 'Impak Maksima' kepada kemerosotan ekonomi dan masalah sosial rakyat Malaysia.



Hari ini nilai mata wang negara Ringgit Malaysia adalah RM 3.93 berbanding 1 dolar US. Reserve Bank Negara pula kini hanya tinggal RM 100 billion, sedangkan hutang negara melebihi RM 800 billion. Ia adalah bukti kemerosotan ekonomi negara yang tidak dapat dikawal lagi oleh Najib Razak.






Penurunan nilai mata wang disebabkan pelbagai faktor termasuk kehilangan kepercayaan pelabur luar terhadap urustadbir kewangan dan pentadbiran yang bersih dan baik apabila pemerintah umnobn dilanda krisis korupsi dan penyelewengan dana awam yang semakin parah. Aliran keluar pelaburan asing kini mencecah RM 11.6 billion.





Peningkatan harga barang dan petrol ditambah dengan pelaksanaan gst telah memburukkan lagi keadaan ekonomi yang menyebabkan kelembapan pergerakan urusniaga. Semakin kurang pengguna berbelanja semakin merosotlah aktiviti dan pendapatan industri perniagaan dalam semua sektor samaada runcit, kecil dan sederhana, pertanian dan perladangan.

VIDEO - Poskad besar, 3 kek hadiah hari jadi Anwar ke 68

Posted: 10 Aug 2015 08:00 AM PDT


Demokrasi Sudah Mati, Kini Saya Malu Hendak Bercerita Tentang Malaysia Kepada Orang Luar - Tun M

Posted: 10 Aug 2015 07:15 AM PDT




Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir telah menyatakan bahawa demkorasi di Malaysia sudah tiada lagi dan mati dan beliau tenyata sudah malu untuk berceritakan kepada orang luar tentang Malaysia.

Menurutnya dalam penulisan di blog miliknya Chedet.cc, beliau selalu ditanya tentang negara Malaysia apabila ke luar negara tetapi sudah tidak pada masa sekarang.

Persepsi mengenai Malaysia kini telah berubah dimana sebelum ini orang luar sering tertanya tentang kehebatan Malaysia tetapi kini mereka sudah menganggap Malaysia seperti negara yang tinggal di benua Afrika dan arab di mana banyak rasuah dan nilai mata wang semakin mengecil.

"Saya tidak dapat menjawab  dengan jujur tentang Malaysia kini tetapi saya tidak mahu berbohong dan semua ini adalah kerana salah 1MDB dan Najib."

"Saya merasakan sesuatu yang salah mengenai 1MDB apabila telah dikeluarkan oleh The Edge bahawa ia telah membeli loji kuasa di atas harga pasaran dan meminjam wang membayar komisen sebanyak 10% dan kadar faedah sebanyak 5.9%."

"Saya menunggu tindakan kerajaan untuk menafikan apa yang di siarkan oleh The Edge berkenaan tetapi tidak sebaliknya tidak dab barulah saya sedar ia adalah salah," katanya.

Selain itu beliau turut menyentuh mengenai isu lain melibatkan 1MDB seperti PetroSaudi di mana mempersoalkan bagaimana urusan jual beli dilakukan dan wang tersebut seolah-olah hilang dan ia perlu dipulangkan kembali kepada Malaysia.

Di dalam tulisan panjang lebarnya tun turut menyentuh tentang laporan dari World St Wall Street Journal tentang dakwaan wang USD700 juta dalam akaun Najib dan beliau masih tertunggu-tunggu laporan Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira.

Selain isu itu Tun M juga menyentuh isu kehidupan Najib dilihat terlalu bermewah-mewah di mana majlis pertunangan dan perkahwinan anak perdana menteri terlalu mewah sehingga mengalahkan raja-raja.

"Apa yang Najib lakukan ini belum pernah terjadi di Malaysia, orang yang rugi dan sedar akan bangun menentang apa yang dilakukan oleh Najib dan peluang Najib untuk memerintah pada masa hadapan dilihat gelap dimana kita akan lihat selepas ini pembangkang mungkin akan mengambil alih Malaysia."

"Demokrasi sudah mati. Ianya mati kerana seorang pemimpin yang dipilih itu telah memilih untuk merosakkan institusi Kerajaan dan menajdikan ia sebagai alat untuk mengekalkan dirinya, jika bercakap mengenai 1MDB siapa yang harus untuk disiasat oleh polis tiada orang lain melainkan Najib," kata Tun M menghabiskan tulisannya.


Intelektual dunia bersama tuntut Anwar bebas

Posted: 10 Aug 2015 06:30 AM PDT


Zar Ali's photo.

Mungkin itulah hadiah hari ulang tahun paling bermakna buat Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila sekumpulan intelektual dunia tampil bersama menuntut pembebasannya tanpa syarat. 

Dalam kenyataan bersama itu, kumpulan itu antaranya mengutuk penjara lima tahun terhadap Anwar dan percaya ia sebagai sebuah "fitnah politik". 

Antara nama-nama besar yang tampil menyatakan bantahan mereka termasuk, John L Esposito, Richard Falk, Noam Chomsky, Slavoj Žižek, Francis Fukuyama, Saad Eddin Ibrahim dan Karen Armstrong.

"Kami menggesa kerajaan Malaysia, yang seringkali menyatakan ingin menjadi sebuah demokrasi terbaik di dunia untuk membebaskan Anwar Ibrahim, dan mengangkat prinsip-prinsip demokrasi tanpa sebarang syarat," kata mereka. 

Kenyataan bersama 33 orang itu, termasuk separuh tokoh pelbagai bidang Filipina, itu diedarkan oleh PKR hari ini sempena ulang tahun ke-68 Anwar hari ini. 

Anwar memang terkenal mempunyai hubungan baik dengan tokoh-tokoh intelektual di pelbagai negara sebelum ini. Bagaimanapun, mereka tidak pernah tampil dengan kenyataan bersama menyatakan sikap jelas sebelum ini. 

Kenyataan itu dilihat sebahagian kempen berterusan penyokongnya bagi memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia. Anwar dipenjarakan lima tahun selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.~ 


malaysiakini
Intelektual dunia bersama tuntut Anwar bebas Mungkin itulah hadiah hari ulang tahun paling bermakna buat Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila sekumpulan intelektual dunia tampil bersama menuntut pembebasannya tanpa syarat. Dalam kenyataan bersama itu, kumpulan itu antaranya mengutuk penjara lima tahun terhadap Anwar dan percaya ia sebagai sebuah "fitnah politik". Antara nama-nama besar yang tampil menyatakan bantahan mereka termasuk, John L Esposito, Richard Falk, Noam Chomsky, Slavoj Žižek, Francis Fukuyama, Saad Eddin Ibrahim dan Karen Armstrong. "Kami menggesa kerajaan Malaysia, yang seringkali menyatakan ingin menjadi sebuah demokrasi terbaik di dunia untuk membebaskan Anwar Ibrahim, dan mengangkat prinsip-prinsip demokrasi tanpa sebarang syarat," kata mereka. Kenyataan bersama 33 orang itu, termasuk separuh tokoh pelbagai bidang Filipina, itu diedarkan oleh PKR hari ini sempena ulang tahun ke-68 Anwar hari ini. Anwar memang terkenal mempunyai hubungan baik dengan tokoh-tokoh intelektual di pelbagai negara sebelum ini. Bagaimanapun, mereka tidak pernah tampil dengan kenyataan bersama menyatakan sikap jelas sebelum ini. Kenyataan itu dilihat sebahagian kempen berterusan penyokongnya bagi memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia. Anwar dipenjarakan lima tahun selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.~ malaysiakini

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

VIDEO - Wanita Umno Kutuk Najib

Posted: 10 Aug 2015 05:45 AM PDT


Mahathir - Cerita Najib Tak Masuk Akal

Posted: 10 Aug 2015 05:00 AM PDT




Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, penjelasan bahawa dana RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digunakan untuk kempen pilihan raya adalah tidak masuk akal.

Lebih-lebih lagi apabila melihat gaya hidup Najib yang nampak lebih mewah daripada yang boleh ditampung dari gaji seorang perdana menteri, kata Mahathir.

Malah, beliau juga hanya memerlukan kurang dari RM10 juta untuk setiap kempen pilihan raya BN yang diketuainya.

Mahathir menulis demikian di blognya, chedet.cc bagi menjawab penjelasan Najib kepada pemimpin BN bahawa jumlah RM2.6 bilion itu digunakan untuk pilihan raya.

"Penjelasan bahawa lebih RM2 bilion digunakan untuk pilihan raya adalah tidak masuk akal. Saya hanya perlukan kurang dari RM10 juta untuk setiap satu daripada lima (kempen) pilihan raya yang saya ketuai, dan saya memenangi kesemuanya dengan majoriti lebih dua pertiga.

"Kenapa anda perlukan RM2.6 bilion? Adakah untuk merasuah ahli politik atau penjawat awam atau untuk memanipulasi pilihan raya? Itu tidak betul, apa lagi sah di sisi undang-undang," kata Mahathir.

Mengulas lanjut mengenai gaya hidup Najib, Mahathir berkata, tiada perdana menteri yang mampu hidup seperti itu dengan gaji RM20,000 sebulan.

"Kemewahan majlis pertunangan dan perkahwinan jauh melebih majlis golongan raja-raja. Beberapa majlis diadakan di Malaysia dan juga di Kazakhstan.

"Para tetamu diberi pelbagai hadiah oleh tuan rumah. Jelas sekali puluhan juta ringgit dibelanjakan, jauh melebihi apa yang mampu ditanggung oleh PM Malaysia," katanya.

Mahathir juga mempersoalkan mengenai pembiayaan filem "porno" The Wolf of Wall Street oleh anak tiri Najib, Riza Aziz dan juga rombongan "membeli-belah di London, Paris dan tempat lain".

"Jelas sekali PM dan isterinya memiliki wang yang lebih banyak daripada gaji dan elaun yang dibayar kepada PM," tambahnya.

mkini


Cerita Dongeng 1MDB kata Mahathir

Posted: 10 Aug 2015 04:15 AM PDT

Mafiaboss Melayu's photo.Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak boleh menerima jawapan yang diberikan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa RM2.6 bilion adalah datang dari penderma.

Katanya, tidak dinafikan bangsa Arab seorang yang pemurah tetapi mustahil untuk bangsa Arab bersikap begitu pemurah dengan mendermakan berbilion ringgit.

"Saya langsung tidak dapat meraih satu dolar pun dari mereka (Arab) untuk Universiti Islam Antarabangsa (UIA) atau untuk Oxford Islamic Centre.

"Dakwaan bahawa Arab menderma bilion ringit adalah apa yang masyarakat istilahkan sebagai 'hogwash' atau 'bullshit'," katanya.

Menulis di blognya, Dr Mahathir turut menjelaskan tidak ada mana-mana pemimpin dunia akan dermakan sebanyak AS$700 juta kepada Perdana Menteri Malaysia.

"Malah, Obama juga tak dapat kumpulkan jumlah sedemikian ketika beliau bertanding jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat, " katanya.

You, Noora Abdullah, Hummer Mike Pro, Zak

Dr Mahathir perlukan kurang RM10 juta menang 2/3 majoriti pilihan raya

Posted: 10 Aug 2015 03:30 AM PDT

Zar Ali's photo.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kembali mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dengan berkata beliau hanya perlu kurang RM10 juta untuk memenangi pilihan raya. 

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kembali mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dengan berkata beliau hanya perlu kurang RM10 juta untuk memenangi pilihan raya. 

 "RM2 bilion untuk pilihan raya itu aneh. Saya perlu kurang daripada RM10 juta bagi setiap satu daripada 5 pilihan raya umum dan saya menang dengan majoriti lebih dua pertiga," katanya..
Bekas perdana menteri keempat itu dalam tulisan terbarunya berkata, beliau memerlukan kurang daripada RM10 juta bagi memenangi setiap satu daripada pilihan raya umum sewaktu beliau masih memerintah.
"RM2 bilion untuk pilihan raya itu aneh. Saya perlu kurang daripada RM10 juta bagi setiap satu daripada 5 pilihan raya umum dan saya menang dengan majoriti lebih dua pertiga," katanya. – 10 Ogos, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-m-perlukan-kurang-rm10-juta-menang-2-3-majoriti-pilihan-raya#sthash.W58JR7Xe.dpuf
Bekas perdana menteri keempat itu dalam tulisan terbarunya berkata, beliau memerlukan kurang daripada RM10 juta bagi memenangi setiap satu daripada pilihan raya umum sewaktu beliau masih memerintah.
"RM2 bilion untuk pilihan raya itu aneh. Saya perlu kurang daripada RM10 juta bagi setiap satu daripada 5 pilihan raya umum dan saya menang dengan majoriti lebih dua pertiga," katanya. – 10 Ogos, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-m-perlukan-kurang-rm10-juta-menang-2-3-majoriti-pilihan-raya#sthash.W58JR7Xe.dpuf
 

http://www.themalaysianinsider.com.

Obama pun tak dapat RM2.6 bilion seperti Najib, kata Dr Mahathir

Posted: 10 Aug 2015 02:45 AM PDT


Zar Ali's photo.

Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan status wang derma RM2.6 bilion di dalam akaun Datuk Seri Najib Razak yang disifatkan sebagai sukar dipercayai.

Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan status wang derma RM2.6 bilion di dalam akaun Datuk Seri Najib Razak yang disifatkan sebagai sukar dipercayai

Orang ramai masih tidak percaya RM2.6 bilion dalam akaun Datuk Seri Najib Razak datangnya daripada seorang penderma Timur Tengah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut bekas perdana menteri itu, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama juga tidak meraih dana sebanyak itu sewaktu bertanding dalam pilihan raya presiden.

"Siapa dalam dunia ini akan derma AS$700 juta kepada perdana menteri Malaysia? Obama pun tak dapat jumlah begini untuk bertanding presiden," kata Dr Mahathir dalam tulisan di blog popularnya chedet.cc hari ini. – 10 Ogos, 2015.

Malaysia Insider.

TERKINI !! 2 pengarah dipindah JPM kembali ke SPRM OLEH DIYANA IBRAHIM

Posted: 10 Aug 2015 01:45 AM PDT



Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin (kanan) dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob tidak dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri, lapor portal.

Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin (kanan) dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob tidak dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri, lapor portal.

Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob tidak akan dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Perkara itu disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim kepada The Malaysian Insider.

Terdahulu, portal The Star Online melaporkan, keputusan itu dibuat selepas satu mesyuarat SPRM dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Zabidi Zainal di Putrajaya pagi ini.

Pemindahan Bahri dan Rohaizad diumumkan pada Jumaat, berikutan beberapa siri tangkapan polis dan soal siasat terhadap 7 pegawai SPRM berhubung dakwaan kebocoran maklumat rasmi mengenai syarikat pelabur negara sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Polis berkata, pihaknya sedang menyiasat siapa yang membocorkan maklumat itu kepada laman web Sarawak Report dan membocorkan mengenai dokumen yang dikatakan draf kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang diterbitkan laman itu.

Bahri secara kritikal mengecam tindakan polis terhadap anggota SPRM, termasuk serbuan di pejabat bahagian operasi khas, manakala Rohaizad menerima kunjungan sekumpulan pemimpin politik pembangkang yang pergi ke ibu pejabat SPRM minggu lepas bagi menyatakan sokongan.

Bahri sebelum ini menafikan kebocoran itu dibuat orang dalam SPRM.

Bahagian operasi khas yang diketuainya juga sedang menyiasat bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Berikutan bantahan banyak pihak terhadap campur tangan dalam badan anti rasuah itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Sabtu mengumumkan, polis akan menghentikan siasatannya atas SPRM berhubung dakwaan kebocoran itu buat sementara waktu. – 10 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

40 tahun bersama Umno, jangan panggil saya pengkhianat, kata Muhyiddin OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Posted: 10 Aug 2015 01:00 AM PDT




Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata golongan yang melemparkan tuduhan berkenaan masih muda dan tidak memahami sejarah panjang perjuangan pemimpin yang bersusah payah untuk meneruskan perjuangan parti.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata golongan yang melemparkan tuduhan berkenaan masih muda dan tidak memahami sejarah panjang perjuangan pemimpin yang bersusah payah untuk meneruskan perjuangan parti.

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan agar tidak melabelkannya sebagai pengkhianat Umno kerana bukan sedikit jasa yang disumbangkan sepanjang 40 tahun bergiat aktif dalam parti Melayu itu.

Timbalan presiden Umno itu berkata, golongan yang melemparkan tuduhan berkenaan masih muda dan tidak memahami sejarah panjang perjuangan pemimpin yang bersusah payah untuk meneruskan perjuangan parti. 

"Saya sudah berada dalam parti hampir 40 tahun waktu mana saudara belum lahir pun. Jangan perbodohkan saya (gelar) pengkhianat. Siapa pengkhianat? Ada orang tuduh saya pengkhianat. Waktu itu dia masih lagi berhingus.

"Takkanlah saya buat macam ini dah jadi pengkhianat. Pasal saya tidak diletak dalam jemaah menteri sudah digelar pengkhianat.

"Sebelum itu semua tabik saya. Mesti adil. Kita sedang berdepan zaman susah. Bukan zaman kegemilangan," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat pemuda Umno Bahagian Petaling Jaya Utara petang ini.

Muhyiddin mengimbau kembali antara sumbangannya ketika menjadi menteri besar Johor cuba menyatupadukan kembali orang Melayu selepas parti Melayu itu diharamkan pada 1988.

Katanya, Perhimpunan Melayu Johor diadakan pada waktu itu dengan menghimpunkan 200 pertubuhan besar dengan Tun Hussein Onn diangkat sebagai penaung gabungan itu.

"Bila Umno diharamkan, perpecahan Melayu agak jelas di seluruh negara. Oleh kerana saya jadi menteri besar, saya bertanggungjawab kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia di Johor untuk bersatu padu.

"Saya peringatkan diri saya, tidak mahulah sewaktu tidak berada di Johor, ditulis dalam sejarah ada manusia yang pada waktu itu menjadi menteri besar tidak berbuat apa-apa menyelesaikan perpecahan Melayu Umno Johor.

"Memang tuan-tuan tidak ingat. Dah tua saya ini. Banyak pengalaman. Jadi hendak buang saya ini, rugi," katanya. – 9 Ogos, 2015.


See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Tak selamat di sini, kata bos SPRM

Posted: 10 Aug 2015 12:15 AM PDT


Kepulangan yang ditunggu, namun hanya dua ayat sempat dipetik daripada Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull malam ini - "Terima kasih" dan "Di sini tidak selamat".


Beliau 'diserbu' pemberita sejurus selepas tiba dari Amerika Syarikat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hanya mengulangi ucapan itu dan tidak menjawab sebarang pertanyaan daripada wartawan yang menantinya.

Dikelilingi kira-kira 10 pengawal Shukri cuba dirapati untuk mendapatkan komennya mengenai tindakan kerajaan memindahkan serta-merta dua pengarah SPRM pada Jumaat lalu, Shukri hanya menjawab:  "Terima kasih. Terima kasih. Nanti I jumpa you. "

Beliau juga berkata keadaan "tidak selamat" di situ.

"Biar saya selesaikan dulu," katanya.

Turut kelihatan hadir di KLIA ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya II SPRM Datuk Mustafar Ali.

Tawar diri ganti dua pegawai

Shukri tiba di KLIA pada jam 9.40 malam selepas menamatkan kunjungan rasmi ke AS selama 10 hari.

Kemudian, beliau bersama Low dan Mustafar mengadakan pertemuan kira-kira 15 minit di lounge khas di lapangan terbang itu sebelum menaiki kenderaannya.

Minggu lalu SPRM menjadi tumpuan ramai apabila pegawai kanan dan penyiasatnya ditahan polis yang menyiasat kes kebocoran maklumat berhubung isu pengaliran dana ke akaun persendirian perdana menteri.

Situasi itu berlaku ketika Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed bercuti sakit, manakala Shukri yang berada pada kedudukan kedua organisasi antirasuah itu berada di luar negara.

Seorang timbalan pendakwa raya SPRM dan seorang bekas panel penasihat badan itu adalah antara individu ditahan polis untuk membantu siasatan.

Dua pengarah bahagian SPRM pula dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri.

Keadaan itu menimbulkan suasana tegang antara SPRM dan Polis Diraja Malaysia sehingga mendorong Shukri menawarkan dirinya sebagai ganti untuk pegawai yang ditukarkan kerana kedua-dua mereka bertindak atas arahan beliau.

Ku Li harap kabinet selesai kemelut negara

Posted: 09 Aug 2015 11:30 PM PDT

 
Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mahu barisan baru Kabinet menyelesaikan segera semua kemelut yang berlaku dalam negara ini.

Beliau berkata ini bagi mengelakkan rakyat menanggung beban kerana bimbang banyak masalah berkaitan kemajuan rakyat tidak dapat diselesaikan khususnya kenaikan harga barang dan peluang pekerjaan.

"Rombakan Kabinet baru-baru ini (28 Julai lepas) adalah hak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana team baru yang dilantik itu mengikut kesesuaian di bawah pentadbirannya (Najib)," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Aidilfitri Majlis Belia Kelantan (MBK) di Bukit Chekati di Gua Musang semalam, beliau turut mengharapkan barisan baru kabinet itu mendapat sokongan rakyat khususnya dari segi pembelaan kepada kehidupan mereka.

Rombakan kabinet itu menyaksikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin di samping tujuh menteri dan sembilan timbalan menteri baru.

- Bernama