Ahad, 9 Ogos 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Mahathir: Derma Arab RM2.6 bilion 'bullshit'

Posted: 09 Aug 2015 10:45 PM PDT

 
Kepimpinan Melalui Teladan !!  -  Kamu dulu pun suka menipu...sekarang Anak Didik Kamu Pun ikut juga lah....
 
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menolak penjelasan bahawa dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah wang derma.

"Siapa dalam dunia ini akan dermakan  AS$700 juta kepada perdana menteri Malaysia?

"Malah Obama juga tak dapat kumpulkan jumlah ini ketika mengintai jawatan presiden.

"Dicadangkan ia daripada Arab. Arab memang pemurah, tetapi tak semurah itu," katanya.

Mahathir berkata dakwaan itu disifatkan orang ramai sebagai "hogwash or bullshit" (mengarut atau tak masuk akal).

Katanya, perkara itu sudah menjadi bahan ketawa orang ramai.
 

Anak Najib seru rakyat jangan jatuhkan bapanya !

Posted: 09 Aug 2015 10:00 PM PDT

Zar Ali's photo. Siapa dan apa yang menyeksa rakyat dan adakah rakyat benci?
 
Published: 10 August 2015

Anak lelaki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta serangan bertalu-talu yang dilemparkan terhadap bapanya dihentikan segera kerana ia akan menyebabkan negara sendiri terkorban. 

Menganggapnya sebagai serangan peribadi, Mohd Nazifuddin Najib berkata, tuduhan itu bukan saja memberi kesan kepada bapanya, tetapi akan menyeksa rakyat dan mempengaruhi sokongan rakyat terhadap kerajaan. 

"Ketiadaan kepercayaan akan membuatkan masyarakat sanggup 'mengorbankan' negara semata-mata untuk menjatuhkan perdana menteri. 

"Ini kerana pelabur asing takut untuk melabur kerana beranggapan negara tidak stabil sekali gus menyebabkan nilai mata wang kita jatuh dan seterusnya akan mempengaruhi ekonomi secara keseluruhannya," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia selepas merasmikan Cafe Jaringan Melayu Malaysia (JMM) di Kuala Lumpur, semalam. 

Nazifuddin berkata, tuduhan itu dilihat sebagai rancangan pihak berkepentingan semata-mata untuk menjatuhkan bapanya. 

"Pihak berkenaan harus sedar tekanan yang mereka berikan tidak membaiki keadaan sebaliknya memburukkan situasi negara dalam pelbagai aspek seterusnya kita sendiri yang akan terkesan. 

"Saya berharap masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan khabar angin yang tidak sahih dan memikirkan implikasinya terhadap kesejahteraan negara dalam jangka masa panjang," katanya. – 10 Ogos, 2015. 


Rakyat bersuara bukan bermakna benci FMT Reporters.
Monday, August 10, 2015 Siapa dan apa yang menyeksa rakyat dan adakah rakyat benci? Anak Najib seru rakyat jangan jatuhkan bapanya Published: 10 August 2015 9:23 AM Anak lelaki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta serangan bertalu-talu yang dilemparkan terhadap bapanya dihentikan segera kerana ia akan menyebabkan negara sendiri terkorban. Menganggapnya sebagai serangan peribadi, Mohd Nazifuddin Najib berkata, tuduhan itu bukan saja memberi kesan kepada bapanya, tetapi akan menyeksa rakyat dan mempengaruhi sokongan rakyat terhadap kerajaan. "Ketiadaan kepercayaan akan membuatkan masyarakat sanggup 'mengorbankan' negara semata-mata untuk menjatuhkan perdana menteri. "Ini kerana pelabur asing takut untuk melabur kerana beranggapan negara tidak stabil sekali gus menyebabkan nilai mata wang kita jatuh dan seterusnya akan mempengaruhi ekonomi secara keseluruhannya," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia selepas merasmikan Cafe Jaringan Melayu Malaysia (JMM) di Kuala Lumpur, semalam. Nazifuddin berkata, tuduhan itu dilihat sebagai rancangan pihak berkepentingan semata-mata untuk menjatuhkan bapanya. "Pihak berkenaan harus sedar tekanan yang mereka berikan tidak membaiki keadaan sebaliknya memburukkan situasi negara dalam pelbagai aspek seterusnya kita sendiri yang akan terkesan. "Saya berharap masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan khabar angin yang tidak sahih dan memikirkan implikasinya terhadap kesejahteraan negara dalam jangka masa panjang," katanya. – 10 Ogos, 2015. Rakyat bersuara bukan bermakna benci FMT Reporters

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

PM - MAMPUKAH ZAHID MENONGKAH ARUS MASALAH YANG ADA KINI?

Posted: 09 Aug 2015 09:15 PM PDT


Keluarga, rakan-rakan dan orang Perak mungkin paling gembira dengan perlantikan Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru menggantikan Muhyiddin Yassin yang dipecat pada Selasa lalu.  Sejak merdeka, inilah kali pertama pemimpin dari  Perak dianugerahkan jawatan kedua tertinggi itu dalam kerajaan.

Tentunya juga lebih ramai yang mengharapkan beliau tidak kecundang di tengah pendakian sebagaimana beberapa Timbalan Perdana Menteri sebelum ini dan seterusnya dapat menjadi orang Perak pertama berjaya  menduduki puncak singgahsana Seri Perdana akhirnya.

Zahid sendiri barangkali kembang mekar hatinya ketika menerima perlantikan tersebut, walaupun menyatakan jawatan itu lebih berupa amanah berbanding hadiah. Perasaan dan ucapan seperti itu adalah normal kepada sesiapa saja.

Tetapi hakikatnya, Zahid sedang berdepan tugas paling sukar berbanding mana-mana Timbalan Perdana Menteri sebelum ini. Jika selama ini ramai yang melihat beliau sebagai pemimpin yang suka senyum dan ketawa, bebanan tugas berat yang menantinya tidak mustahil membuatkannya tidak sempat langsung mempamerkan wajah manisnya lagi.

Susunan tugas yang menantinya bukan saja berkaitan parti dan kerajaan yang sedang berhadapan dengan pelbagai isu, malah yang paling sukar bagi Zahid ialah mengembalikan semula kepercayaan serta keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Najib Razak.

Ia pula akan berterusan sehingga pilihanraya ke 14 yang bakal menentukan sama ada UMNO mampu kekal berkuasa atau hilang segala-galanya.

Isu 1MDB dan wang RM2.6 bilion adalah isu yang paling menghenyak Najib dan meskipun sandaran boleh diletakkan kepada pasukan petugas khas menanganinya, mengubah persepsi rakyat yang tidak memihak kepada UMNO dan kerajaan adalah tugas paling utama bagi Zahid.

Ia memburuk kerana serentak dengan pemecatan Muhyiddin, Najib juga menyingkirkan Peguam Negara daripada jawatannya dan menggula-gulakan empat ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC dengan jawatan menteri dan timbalan menteri.

Sesiapa saja, termasuk makcik Felda dan pakcik-pakcik kampung yang melepak di kedai kopi tentunya tidak  sukar memahami bahawa tindakan Najib itu adalah semata-mata untuk menyelamatkan dirinya dan menjadikan siasatan terhadapnya tergendala serta tertangguh jadinya.

Bagi mereka, Muhyiddin dipecat kerana kerap menegur 1MDB dan mahukan penjelasan mengenai wang RM2.6 bilion, Peguam Negara disingkir dan digantikan dengan orang lain kerana sedang mengetuai pasukan petugas khas manakala PAC pula dipecahkan berikutan sedang dalam proses memanggil beberapa individu penting bagi mendapatkan keterangan seperti Arul Kanda Kandasamy, Jho Low dan lain-lainnya.

Semua perlakuan ini menjadikan Najib sebagai watak yang begitu "hitam" di mata rakyat. Di tambah dengan pelbagai isu lain seperti GST, kos sara hidup, hutang negara, urus tadbir kerajaan, Rosmah dan sebagainya, harus diakui kedudukan Najib di mata rakyat sedang terperosok ke sudut paling rendah sekarang ini.

Ucapan dan kata-kata Najib bukan saja tidak diyakini lagi, bahkan rakyat secara perlahan-lahan sedang menjauhinya yang dilihat semata-mata dapat bertahan kerana kuasa masih ditangannya, tetapi bukan lagi sebagai kepimpinannya melekat di hati rakyat. Legasinya sebagai anak Tun Razak pula mula dijadikan perbandingan.

Sebab itu, meskipun selepas memecat Muhyiddin dan menyusun kabinetnya, kedudukan Najib langsung tidak menjadi lebih baik atau meningkat. Beliau masih kecundang dalam persepi rakyat yang menolaknya.

Ini menjadikan Zahid yang boleh dianggap berwatak "putih" kerana latar belakang pendidikan agama dan sokongan kuat dalam UMNO yang dimilikinya, mempunyai tugas yang jauh lebih berat dan sukar di hadapannya.

Ia bukan saja tentang bagaimana cara dan keupayaan "putih" untuk "memutihkan"  watak  "hitam" itu di mata rakyat, tetapi yang turut dibimbangi ialah kalau-kalau "putih" turut tenggelam dengan "hitam" yang kekal dengan onarnya yang tidak sebulu dengan kehendak rakyat.

Jauh lebih ditakuti juga kiranya "putih" akhirnya akan bertukar menjadi "kelabu"  atau beralih kepada "putih kehitam-hitaman" dek kerana ketidakupayaan  "memutihkan" warna "hitam"  itu.

Berbeza dengan beberapa Timbalan Perdana Menteri era Tun Mahathir, meskipun ketika itu pergolakan turut berlaku dan jawatan nombor dua itu juga silih berganti, kelebihannya ialah watak bekas Perdana Menteri selama itu 22 tahun itu begitu kukuh dan mantap untuk terus berhadapan dengan rakyat.

Tun Mahathir tetap agresif memainkan peranan utama, manakala orang nombor duanya pula sekadar pembantu dan pelengkap saja. Kekuatannya ialah beliau tidak dihadapkan dengan skandal wang yang bersifat peribadi.

Namun sekarang ini, Najib dengan dakwaan berkaitan 1MDB, wang RM2.6 bilion dalam akaunnya dan RM2 juta yang didepositkan ke akaun isterinya, tidak saja meletakkan dakwaan itu bersifat peribadi, malah menjerunya menjadi  pasif serta  seakan hilang kekuatan moral untuk menjawab dan berhadapan dengan rakyat.

Sepertinya sekarang ini tugas itu terletak sepenuhnya di pundak Zahid sebagai timbalannya yang baru. Berjaya atau gagalnya Zahid melakukan tugas ini banyak terletak kepada kekuatan jati dirinya berpegang kepada kebenaran, meski bagaimana pahit sekalipun perkara itu kepada Najib.

Zahid, di mata rakyat tidak boleh terlalu membela, mempertahan atau memuji Najib sepertimana perlakuan Abdul Rahman Dahlan, Azalina Othman Said, Ahmad Maslan atau pengampu lainnya kerana perlakuan itu seperti menggali lubang kuburnya sendiri.

Tetapi beliau juga tidak boleh terlalu lantang dan terbuka sebagaimana Muhyiddin, meskipun dalam acara tertutup atau di depan ahli parti.  Rakaman video curinya pasti akan tersebab nanti. Sekaligus, pemecatan juga bakal menunggunya kerana Najib terlihat sanggup melakukan apa saja untuk mengekalkan kuasanya.

Dalam masa sama, memenangi hati rakyat demi masa depan UMNO juga menjadi tanggungjawabnya. Itulah sukarnya bila "putih"bertembung dengan "hitam", kecuali jika "hitam" dapat ditolak ke tepi atau ditiadakan sama sekali sebelum pilihanraya yang tidak sampai tiga tahun lagi tempohnya.

2 Pegawai Tinggi SPRM Jumpa JPA Dan KSN Hari Ini

Posted: 09 Aug 2015 08:20 PM PDT




Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditukarkan serta merta ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) dua hari lepas akan menemui Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini bagi membincangkan pertukaran mereka.

Sehubungan itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim meminta semua pihak bertenang kerana isu pertukaran kedua-dua pegawai itu akan diselesaikan dengan cara terbaik.

"Saya yakin walaupun isu ini urusan pentadbiran, kerajaan akan menanganinya dengan baik. Kita tidak mahu orang ramai hilang kepercayaan kepada agensi-agensi penguatkuasaan," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat perhubungan Umno negeri Perlis di Padang Besar semalami.

Shahidan mengulas isu pertukaran dua pegawai SPRM tersebut, Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin; dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob.

Bahri mengetuai BOK, bahagian yang menyiasat SRC International Sdn Bhd dalam isu (1MDB) manakala Rohaizad menerima rombongan pemimpin pembangkang di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan berdialog dengan mereka.

Shahidan yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Perlis berkata Umno negeri itu akan membuat persiapan untuk menyambut Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk merasmikan persidangan ketiga-tiga Umno bahagian Kangar, Padang Besar dan Arau secara berkelompok.

Bernama difahamkan persidangan itu akan berlangsung di Dewan 2020 pada 23 Ogos ini yang dijangka dihadiri lebih 12,000 orang.

"Jumlah kehadiran mungkin lebih kerana ahli-ahli Umno ternanti-nanti ucapan perdana menteri berhubung kemelut politik semasa dan media sosial," kata Shahidan.

- Bernama


KELANTAN SUDAH HAMPIR PASTI JATUH KE TANGAN UMNO!!!!!!!

Posted: 09 Aug 2015 07:30 PM PDT


Umum mengetahui kemenangan PAS di Kelantan adalah faktor pengundi luar yg pulang mengundi.

Ini diakui sendiri oleh Mustafa Muhammad sehingga dia mahukan pengundi2 luar Kelantan mengundi secara pos (supaya undi mereka dpt dimanipulasikan)

Selepas ini pengundi2 luar Kelantan ini samada tidak pulang mengundi ataupun mmengundi calon2 Harapan Baru.

Hampir pasti di Kelantan akan berlaku pertandingan tiga penjuru kerana PAS tidak akan mahu berunding dengan sesiapa sahaja.

PAS sekarang partai Hadi Awang. Kita semua maklum perangai dan sifat ego dan bongkak Hadi Awang.

Mana2 ahli PAS yang bekerja dengan kerajaan negeri dinasihatkan carilah kerja lain mulai dari sekarang

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Sejak dua tiga hari ni Tulang Besi buat sedikit kajian berkenaan dengan Irish Republican Army (IRA) di Ireland Utara.

Rupanya kejayaan British melemahkan gerakan IRA adalah kerana mereka berjaya membeli hampir separuh dari kepimpinan IRA.

Dengan kata lain, separuh dari kepimpinan IRA di Ireland Utara satu masa dahulu adalah agen British.

Misalnya pemimpin IRA bernama Gerry Adams mengetahui bahawa pemandu serta pembantu beliau adalah agen British.

Atas sebab itulah IRA tidak boleh menang di dalam peperangan mereka menentang tentera British. IRA akhirnya berpecah dan segala pergerakan mereka terbantut.

Kalau merujuk kepada ucapan Hasan Ali dlm perjumpaan dgn guru2 Kemas Melaka, kita dapat membuat kesimpulan perkara yang sama sedang berlaku dalam PAS.

PAda hemat Tulang Besi@Malaysiawaves keseluruhan kepimpinan PAS sekarang telah pun menjadi alat atau agen UMNO.

Termasuklah si Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang cuba hendak berlakon menyokong BERSIH 4.0 tapi akhirnya terdedah sandiwara beliau sepenuhnya.

Namun, pada hemat Tulang Besi, yg membantutkan usaha perpaduang dgn UMNO adalah tindakan pimpina progresif menubuhkan Harapan Baru.

Sekarnag ini PAS seperti terpacak. Nak maju kedepan tak boleh takut ahli2 PAS lari ke HArapan Baru. Nak patah balik pun tak boleh sebab takda sapa percaya dengan kepimpinan PAS yang ada sekarang.

Harapan Baru ni mengagalkan semua perancangan UMNO dan kumpulan pro UMNO aka ulama dlm PAS.

TULANG BESI

Muhyiddin Dedah Kisah Najib Lagi..

Posted: 09 Aug 2015 07:00 PM PDT


Muhyiddin Dedah Kisah Najib Lagi. Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempersoalkan tindakan Datuk Seri Najib Razak menggugurkannya sebagai timbalan perdana menteri kerana segala teguran yang diberikan kepada perdana menteri dilakukan secara berhemah.

Timbalan presiden Umno itu berkata ciri-ciri yang dimahukan Najib ada padanya namun kerana terlalu banyak mempersoalkan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), beliau digugurkan.

"Kalau sesiapa pun boleh mengemukakan pandangan, berentap meja pun boleh. Cuba tanya presiden parti, pernah tidak saya berentap meja di hadapan beliau. Saya ini kan berhemah, gaya pun macam bodoh je.

"Mana ada hentak meja, mengangkat suara pun tidak ada. Beri pandangan secara berhemah. Salah? Habis kenapa gugurkan saya?

"Tidak apa prerogatif perdana menteri. Dia tidak suka tidak apa. Kita hormat," katanya sewaktu berucap merasmikan mesyuarat pemuda Umno Petaling Jaya Utara petang ini.

VIDEO KHAS BUAT BAPA REFORMASI DATO SERI ANWAR IBRAHIM 68 TAHUN.

Posted: 09 Aug 2015 06:30 PM PDT


Kapal Tangki Hilang Ditemui Tetapi Muatan Minyak Hilang

Posted: 09 Aug 2015 06:00 PM PDT


Kapal MT Joaquim dengan muatan 3,500 metrik tan minyak mentah 'marine gas oil' bernilai kira-kira RM2.8 juta yang dilaporkan hilang semalam ketika dalam pelayaran ke Langkawi dari Tanjung Pinang Indonesia, ditemui semula di kedudukan 14 batu nautika timur Pulau Rupat Indonesia hari ini. - Foto Bernama


SINGAPURA - Kapal tangki berdaftar di Singapura, 'MT Joaquim'(1796GT), telah dijumpai di kedudukan kira-kira 13.7 batu nautika dari Tanjung Keling, Malaysia selepas ia dilaporkan dirampas semalam.

Dalam satu kenyataan, Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata pihaknya menerima laporan pada 9 pagi (waktu tempatan) Ahad bahawa kapal tangki itu telah ditemui.

Menurut syarikat pengurusan kapal tersebut, RTBS Consultants Pte. Ltd., ada sembilan kru dalam kapal tersebut semasa insiden itu berlaku.

Semua kru (seorang warga Singapura dan lapan rakyat Indonesia) telah dikenal pasti tetapi minyak yang dibawa oleh kapal itu dilaporkan hilang.

MPA berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia untuk memastikan keselamatan anggota kru dan kapal tersebut.

Seorang kru yang dilaporkan cedera telah diterbangkan ke Hospital  Alor Gajah di Melaka untuk menerim rawatan.

Sementara itu, MPA berkata syarikat pengurusan kapal tersebut sedang membuat persiapan untuk membawa balik kapal tangki itu ke Singapura.

Kira-kira 7 malam (waktu tempatan) semalam, MPA menerima laporan bahawa "MT Joaquim" telah dirampas di perairan kira-kira 29 batu nautika ke utara Pulau Rupat di Selat Melaka.

Semasa insiden, kapal itu dalam pelayaran ke Pulau Langkawi, Malaysia, dari Tanjung Pinang, Indonesia. - Bernama



Nazir Razak Muat Naik Imej Individu Penting SPRM

Posted: 09 Aug 2015 05:30 PM PDT



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Nazir Razak menerusi akaun instagram memuat naik imej empat individu penting Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Empat individu terbabit adalah Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed; Timbalan Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Mohd Shukri Abdul; Pengarah Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob.

Imej itu disertakan kapsyen yang menarik perhatian pengikut Instagram adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu.

"Beberapa lelaki yang baik. Lindungi institusi mereka, SPRM. Benarkan dan dorong mereka melaksanakan tugas tanpa rasa takut atau pilih kasih," katanya yang juga Pengerusi Kumpulan CIMB Nazir dalam ulasan instagramnya hari ini.


A few good men. Protect their institution, MACC. Allow & encourage them carry out their duties without fear or favor.

A photo posted by Nazir Razak (@nazir.razak) on

Aug 9, 2015.

Sebelum ini, pemindahan dua pegawai kanan SPRM, Bahri dan Rohaizad ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengundang tanya tanya pelbagai pihak.

Muat naik itu menerima pelbagai komen daripada pengikut Instagram Nazir.

Sementara itu, Abu Kassim pula selesai menjalani pembedahan pada 7 Ogos lalu dan kini sedang dalam cuti sakit.

Tempat beliau dipangku Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Datuk Mustafar Ali sehingga Abu Kassim kembali bertugas.


Angan-Angan Besar PAS Di Sarawak - Tawan 10 Kerusi

Posted: 09 Aug 2015 05:00 PM PDT



PAS merancang untuk bertanding di lebih 10 kawasan pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang, dengan enam daripadanya sudah dikenal pasti manakala selebihnya masih dalam perbincangan antara parti itu dengan sekutunya PKR Sarawak.

Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata enam kawasan itu terdiri daripada Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro dan Belawei.

Beliau berkata jumlah kerusi yang ditandingi PAS nanti lebih besar berbanding pilihan raya negeri sebelum ini kerana parti itu yakin dengan sokongan ramai terhadap mereka, walaupun sedar PAS bakal berhadapan cabaran besar ekoran perpecahan dalam Pakatan Rakyat dan kemunculan Gabungan Harapan Baru (GHB).

Bercakap pada sidang media selepas melancarkan jentera pilihan raya negeri Sarawak Dewan Pemuda PAS di Kuching lewat malam tadi, Nik Abduh berkata berdasarkan kajian yang dijalankan parti itu di Sarawak, pembangkang dilihat bakal menghadapi cabaran besar pada pilihan raya negeri Sarawak kelak.

Ini lebih-lebih dari segi populariti Ketua Menteri Sarawak yang baharu Tan Sri Adenan Satem yang cukup besar, namun menurutnya PAS adalah sebuah parti yang sukakan cabaran.

Pada pilihan raya negeri lepas, PAS bertanding di lima kawasan dewan undangan negeri, namun parti itu tidak pernah memenangi sebarang kerusi walaupun sudah bertapak di Sarawak sejak kira-kira 20 tahun.

GHB yang diterajui bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sebelum ini dilaporkan akan ditubuhkan pertengahan September dengan hasrat menyatukan semula parti politik pembangkang yang retak susulan keputusan PAS dan DAP untuk menamatkan kerjasama politik antara mereka.

Bulan lepas seorang jurucakap GHB Sarawak berkata pergerakan itu sudah mengenal pasti calon mereka yang akan bertanding pada pilihan raya negeri akan datang.


- Bernam


MEMORANDUM MINTA NAJIB REHAT DISERAH KE TANGAN PM SENDIRI DI PASIR GUDANG

Posted: 09 Aug 2015 02:30 PM PDT


Norwati Abdul Manaf menunjukkan memorandum yang diserahkan kepada Najib Razak selepas mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Ingatkan selepas ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hati ahli-ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang berubah tidak jadi hantar memorandum.

Rupa-rupanya niat itu diteruskan juga dan berwakilkan Ahli Jawatankuasa Bahagian, Norwati Abdul Manaf, memorandum yang mengandungi 12 perkara itu diserahkan ke tangan Najib sendiri selepas perasmian Persidangan UMNO Bahagian Pasir Gudang pagi tadi.

"Kami terima apa juga yang diucapkan Najib tetapi kami dari 107 cawangan dah bulat hati untuk tetap menghantar memorandum ini.

"Dua perkara yang penting adalah meminta Najib berehat dari jawatannya dan membatalkan penangguhan pemilihan parti yang diumumkan selama 18 bulan itu," katanya kepada wartawan MalaysiaGazette.

Norwati yang juga Ketua Wanita cawangan Mawar selanjutnya berkata, pemilihan kepimpinan parti perlu disegerakan.

"Kalau Najib kata ada tiga juta ahli yang menyokongnya, kami harap dia adakan pemilihan secepat mungkin. Tak payah tangguh.

"Kami adalah ahli UMNO yang juga mempunyai hak untuk bersuara demi kebaikan parti," katanya.

Norwati berharap Najib selaku Presiden UMNO dapat mempertimbangkan memorandum yang diserahkan sebaik mungkin.

"Kami buat bukan suka-suka sendiri. Sebelum diserah kepada Najib, kami tunjuk dulu kepada 'bos' kami, Datuk Seri Khaled Nordin.

"Bila dah dapat lampu hijau, kami tak ragu-ragu lagi untuk serah," ujarnya.

- MalaysiaGazette

Copy Paste Dari - https://www.facebook.com/demiinegara

Utusan Buat Onar Lagi

Posted: 09 Aug 2015 03:30 AM PDT



Sambutan mesra Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima kunjungan beberapa pemimpin pembangkang pada minggu ini memperlihatkan agensi itu "cuba bermain politik", kata akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Awang Selamat, nama pojok yang mewakili pengarang akhbar itu berkata pemimpin pembangkang cuba menunjukkan sentimen berbeza kali ini selepas pernah mengecam SPRM dalam kes kematian Teoh Beng Hock.

"Sebab itu Awang senyum lebih-lebih lagi melihat gambar penasihat DAP Lim Kit Siang di pejabat SPRM di Putrajaya.

Cuma agak hairan mengapa SPRM dalam situasi yang panas membenarkan delegasi pembangkang masuk ke bangunan dan berdialog."Seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan pegawai tertentu dan ia mengundang pelbagai tafsiran termasuk dilihat 'cuba bermain politik'," katanya seperti disiarkan akhbar itu edisi Ahad, Mingguan Malaysia.

Awang Selamat berkata pemimpin pembangkang cuba menangguk di air keruh apabila siasatan SPRM kali ini berkait dengan pemimpin kerajaan.  "Seperti dijangka, DAP bersama PKR dan Gerakan Harapan Baru atau GHB (kumpulan serpihan yang ditolak oleh akar umbi PAS) bertindak cepat menangguk di air keruh dalam isu siasatan polis ke atas beberapa pegawai SPRM.

"Hanya disebabkan siasatan SPRM melibatkan pemimpin kerajaan maka parti itu tanpa rasa malu mahu berbaik dengan SPRM sambil menyerlahkan sekali lagi siapa sebenarnya musang berbulu ayam," katanya.

Kira-kira 10 wakil rakyat pembangkang mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada Khamis bagi menyatakan sokongan terhadap agensi anti rasuah itu.

Antaranya ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (PAS), Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli (PAS) dan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli (PKR).

Turut hadir Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang (Ahli Parlimen Gelang Patah), Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok (DAP), Pengerusi Gerakan Harapan Baru Mohamad Sabu dan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim.

Mereka mengadakan pertemuan dengan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob dan dalam sidang media selepas itu berkata, seluruh rakyat harus memberi sokongan kepada SPRM.Mohamad berkata, kejadian terbaru yang dianggap "serangan" polis terhadap anggota SPRM menunjukkan SPRM tidak berkuasa.

"Kami hendak menyatakan sokongan kepada SPRM supaya ia boleh menjadi sebuah badan yang berwibawa terutamanya dalam menyiasat mereka dalam kedudukan yang tinggi di Malaysia," katanya.
 
 
ADDIN

Inilah Sebab Mengapa Hadi Dan PAS Tak Pernah Serang Najib

Posted: 09 Aug 2015 02:45 AM PDT



KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mengambil kesempatan menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Pusat daripada beberapa isu yang dibangkitkan di media sosial atas sebab lebih penting iaitu kesejahteraan agama, rakyat serta negara.

Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuk, walaupun ada antara isu itu merupakan kesempatan terbaik untuk Abdul Hadi menyerang, tetapi pendirian dibuat oleh Presiden PAS adalah untuk menyelamatkan negara dan mensejahterakan rakyat.

"Sikap yang ditonjolkan seperti ini menjadi satu lagi petunjuk penting Pas semakin menjadi inklusif berbanding sebelumnya," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Zuhdi turut memberi contoh sifat inklusif Pas yang kini lebih menyerlah kerana turut menjemput kepimpinan Barisan Nasional (BN) dalam majlis-majlis sambutan Hari Raya Puasa berbanding hanya anggota pakatan rakyat sebelum ini.

"Salah satu pendekatan yang akan diterapkan kepada organisasi akar umbi Pas ialah berikhtiar menutup ruang bermusuh atau ruang bersaing bersandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: "Janganlah kamu bercita-cita menemui musuh"," katanya.

Beliau dalam pada itu menjelaskan, keputusan Majlis Syura Ulama Pas memutuskan hubungan dengan DAP membuka ruang lebih besar untuk Pas berhubung langsung dengan rakyat khususnya kaum Cina.

Jelasnya, hubungan Pas dengan kaum Cina sebelum ini dibuat melalui DAP yang bertindak sebagai jambatan penghubung tetapi kini PAS mencipta ruang sendiri tanpa memerlukan lagi perantaraan DAP mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Apa yang penting organisasi PAS di semua peringkat perlu kreatif mencipta ruang bersama dan menutup ruang bermusuh dengan mana-mana pihak kecuali terhadap mereka yang jelas chauvinist dan bersifat anti Islam," katanya. – mynewshub.cc



Betul Lah YAB MB Selangor Kata : "Polis Barua UMNO"

Posted: 09 Aug 2015 02:00 AM PDT

Polis Pantau 'Johor Tolak Najib'




JOHOR BAHRU - Beberapa kain rentang kontroversi yang dipercayai ditemui di sekitar kawasan Skudai dan Senai, dekat sini, menjadi 'viral' dalam laman sosial.

Kewujudan kain rentang itu dipercayai menjadi cubaan provokasi pihak tertentu ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abd Razak.

Najib yang merupakan Presiden Umno dijangka hadir ke negeri ini, bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang, hari ini.

Tanpa tertera gambar Najib mahupun logo Umno, kain rentang terbabit memaparkan kata-kata seperti 'Johor Tolak Najib'; 'Najib King of Donation' dan 'Tangkap Najib'.

Bagaimanapun, tinjauan Sinar Harian semalam tidak menemui kain rentang seumpama itu di jalan-jalan utama di sekitar bandar raya Johor Bahru.

Ketua Polis Johor, Datuk Rusli Ahmad berkata, beliau sudah mengarahkan semua Ketua Polis Daerah untuk memantau perkara berkenaan.

"Kita minta juga supaya pihak yang berwajib supaya mengambil tindakan yang sewajarnya kerana kain rentang tersebut didapati dinaikkan di tempat yang tidak sepatutnya.

"Kita turut menasihatkan orang ramai supaya tidak sengaja menimbulkan isu yang sensitif seperti ini," katanya.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Salehuddin Hassan berkata, beliau telah mengarahkan kakitangannya yang bertugas untuk melakukan pemeriksaan dan menurunkan kain rentang tersebut serta merta.

"Kita tidak menerima sebarang permohonan permit untuk menaikkan kain rentang tersebut.

"Ini adalah perkara yang tidak baik dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan kita tidak pasti angkara siapa.

"Namun, saya akan arahkan anggota MPJBT yang bertugas supaya segera menurunkan kain rentang tersebut sekiranya ia terdapat di bawah seliaan kami," katanya.

Sementara itu, sumber Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) memberitahu kain rentang terbabit mula diturunkan sejak tengahari semalam, sebaik sahaja pihak mereka mendapat maklumat mengenainya.

Ketua Umno Bahagian Kulai, Datuk Zainal Abidin Jidin berkata, pemasangan kain rentang ditemui di sekitar kawasan Skudai dan Senai itu dilihat seakan bertujuan memberi persepsi negatif terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan parti yang dipimpin.

Menurutnya, perbuatan terbabit (pemasangan kain rentang) tiada kaitan dengan ahli Umno dan pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengenalpasti pihak bertanggungjawab.

"Ini perbuatan sabotaj kerana mereka tahu Perdana Menteri akan datang ke negeri ini.

"Ini bukan perbuatan ahli kita kerana kita punyai pendekatan tersendiri untuk menyuarakan pandangan.

"Kita akan siasat perkara ini dan kain rentang berkenaan juga telah diturunkan sebaik sahaja kita menerima maklumat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

- sinarharian


Alasan Duit Derma Najib Menjadi 'Lawak Antarabangsa'

Posted: 09 Aug 2015 01:15 AM PDT


Mafiaboss Melayu's photo. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sepatutnya berterus-terang memberitahu lebih awal RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya adalah duit derma dan bukannya daripada syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Wujud khabar angin sebelum ini beberapa "putera Arab" dan "sheikh" (ahli perniagaan) yang kaya raya akan "mengaku" menderma sejumlah wang besar kepada Najib.

Persoalannya, jika duit atau hutang 1MDB tidak pergi ke akaun peribadi perdana menteri, ke mana pergi duit itu???

Persoalan mengenai pengurusan dan fungsi 1MDB masih tidak terjawab kerana ahli perniagaan Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low dan individu berkaitan dengan syarikat yang dibebani hutang berbilion ringgit kini melarikan diri ke luar negara.

Manakala, individu yang disiasat pasukan petugas khas termasuk Pengarah Urusan SRC International yang juga bekas ketua pegawai pelaburan 1MDB, Nik Faisal Ariff Kamil serta pengarah 1MDB Datuk Suboh Mohd Yassin sepatutnya tampil membersihkan nama perdana menteri.

Siapa penderma ini dan mengapa SPRM dan pasukan petugas khas 1MDB mengambil masa yang lama untuk mengetahui AS$700 juta datang daripada derma???.

Justeru itu, pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bermula dengan ketua pesuruhjaya Tan Sri Abu Kassim Mohamed perlu meletakkan jawatan secara suka rela kerana gagal mengesan secara awal US4700 juta dalam akaun AmIslamic Najib adalah wang derma.

Kesan dari kes ini juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dipecat oleh Najib manakala Peguam Negara Tan Sri Abd Gani Patail telah ditamatkan perkhidmatan secara tiba-tiba.

Sementara itu pegawai penyiasat dan timbalan pendakwaraya SPRM dalam kes ini telah ditangkap polis, dua pengarah SPRM yang menyiasat kes ini juga telah ditukarkan ke JPM dalam tempoh 24 jam.

Assalamualaikum.. jom bantu maahad tahfiz ni...

Posted: 09 Aug 2015 12:30 AM PDT

 Innalillahi wa innalilahi Rojiun. .

Maahad Tahfiz Masjid Jamiul Hasanah Batu 10 Tanjong Karang Selangor yg berada di depan rumah pusaka arwah ayah sy telah terbakar mlm tadi..Kejadian berlaku disebabkan Litar Pintas.

Shad Ab's photo.

Shad Ab's photo.

Shad Ab's photo.

Mohon sebarang sumbangan drpd orang ramai utk pelajar2 dan pihak Maahad.

Akaun Bank Islam : Maahad Jamiul Hasanat
No Akaun : 12083010011313

Mohon shbt2 kawan2 supaya share dan panjang2 kan maklumat..
Terima Kasih.

GAMBAR GAMBAR SAMBUTAN GHB DI SABAH DAN PERTMATANG PAUH

Posted: 08 Aug 2015 11:45 PM PDT






Rakyat Sabah, warga Sandakan anda dijemput hadir untuk mendengar sendiri tentang Harapan Baru. Dapatkan maklumat terkini berkenaan 1MDB, kejatuhan nilai matawang ringgit dan juga masa depan Pakatan Rakyat terus dari pimpinan tertinggi Harapan Baru.






Tuan Haji Hamzah Abdullah Pengerusi Harapan Baru Sabah sedang berucap di Majlis Perasmian Harapan Baru Sabah. Yang belum tiba, segerakan perjalanan, sebentar lagi ikon pejuang rakyat, Tuan Haji Mat Sabu akan berucap.


GHB DI SABAH DENGAN PALUAN KOMPANG







SAMBUTAN GHB DI PERMATANG PAUH