Sabtu, 8 Ogos 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Kaki Skodeng Seluar Dalam Wanita Dicekup

Posted: 08 Aug 2015 11:01 PM PDT



Perbuatan keji seorang lelaki yang menggunakan kamera telefon untuk merakam 'upskirt' akhirnya terkantoi setelah perbuatannya itu disedari oleh satu pasangan yang sedang menaiki eskalator di Mid Valley Megamall disini.

Menceritakan kejadian, pengguna Facebook, Xi Yin berkata perkara itu berlaku kira-kira jam 6 petang ketika dia dan teman lelakinya sedang menaiki eskalator untuk ke tingkat tiga pasaraya tersebut.

Perbuatan si perakam yang ketika itu berada di belakang mangsa terkantoi apabila teman lelaki Xi Yin ternampak perakam itu membengkokkan lutut 90 darjah dan meletakkan telefon bimbitnya di atas lutut tersebut.

Teman lelaki Xi Yin kemudiannya bertanyakan lelaki tersebut, "Apa yang kamu sedang buat?".

Perakam terbabit kemudiannya sambil tersenyum berkata "Saya akan delete(buang), tolong lepaskan saya".

Perakam terbabit kemudian cuba melarikan diri dari tempat kejadian. Xi Yin dan teman lelakinya yang tidak dapat menangkap lelaki tersebut menjerit meminta bantuan.

Menurut Xi Yin, perakam itu berjaya ditangkap setelah beberapa lelaki yang lalu lalang di pasaraya tersebut menghalang laluan si perakam.

Perakam itu kemudiannya dibawa ke bilik pengawal keselamatan yang kemudiannya memeriksa telefon lelaki terbabit. Setelah diperiksa, terdapat satu album khas yang dipenuhi dengan gambar dan video 'upskirt' di dalam album terbabit.

"Saya tak buat apa-apa pun. Cuma ambil untuk kepuasan saya sendiri", kata si perakam cuba menyelamat diri.

Satu laporan polis telah dibuat oleh Xi Yin dan beberapa orang saksi berkenaan kejadian.




ADA TANDA APA APA KE?

Posted: 08 Aug 2015 09:00 PM PDT



Ribut yg membadai, telah meranapkan byk khemah dan juadah Majlis Aidulfitri Umno Bahagian Tanah Merah, Kelantan ptg tadi, 8 Ogos 2015 yg turut dihadiri TPM yg baharu, Zahid Hamidi. Tentu Umno bhg tersebut gundah gulana dgn kejadian yg tidak disangka2 itu. Amacam?
KAH KAH KAH
woit
ada tanda apa apa ke?



-------------

Setelah Najib Diusir Keluar Dari Putrajaya Kelak, Siapa Kah Paling Layak Mengambil Alih ?

Posted: 08 Aug 2015 08:30 PM PDT


Assalammualaikum Semua.

Secara jujurnya.... SIAPA KAH PALING LAYAK mengambil tempat PM Najib setelah Najib diusir keluar dari Putrajaya??


 

A -  YBM Tengku Razaleigh Hamzah.

 


B -  YM Tun Musa Hitam.


C -  YB Tan Sri Muhyuddin Yassin.




D -  Dato Seri Anwar Ibrahim.

PKR: Adakah sejarah akan terlakar sekali lagi di Johor?

Posted: 08 Aug 2015 08:00 PM PDT


Bob Kelanang's photo.

BATU PAHAT, 8 OGOS: Pengkhianatan Umno-Barisan Nasional (BN) terbukti bukan sahaja ditentang dan ditolak rakyat malahan pihak Istana Johor yang menunjukkan reaksi perkembangan politik negara terkini.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, gabungan rakyat dan istana pastinya menjadi harapan baru kepada rakyat Malaysia.


Katanya, suara Istana Johor juga memperkukuhkan kehendak rakyat yang mahukan perubahan di peringkat Kerajaan Persekutuan.


"Sejarah Semenanjung ini bermula di Johor dengan Istana mengambil bahagian, bergabung dengan rakyat.
"Adakah sejarah akan terlakar sekali lagi di Johor, adakah ini titik permulaannya.


"InsyaAllah. Kita doakan bersama," katanya di hadapan 200 wakil Majlis Pimpinan Negeri dan cabang Johor.


Beliau berucap demikian dalam Majlis Jelajah Amanat Presiden Johor di Hotel Landmark di sini petang ini.


Selain itu, Wan Azizah turut berkesempatan melancarkan 'rebranding' PKR Johor dengan slogan Demi Rakyat Johor.

Sebelum ini, Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Tengku Ibrahim dilihat lantang memuat naik status di laman sosial berbicara tentang konflik politik di Malaysia.


Malah, pihak istana turut menitahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap baginda Sultan Johor sehari selepas beliau digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri.


Tindakan Istana Johor itu mendapat sokongan luar biasa rakyat dan warga netizen yang menyuarakan harapan kepada campur tangan istana bagi menyelamatkan negara.


Anak Bekas Pengarah Operasi Khas SPRM Buat Pendedahan.. Saksikanlah

Posted: 08 Aug 2015 07:15 PM PDT



Anak Bekas Pengarah Operasi Khas SPRM Buat Pendedahan. Sepanjang bertugas dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama hampir 33 tahun, Datuk Bahri Mohamad Zin berdepan pelbagai dugaan, termasuk diugut, dipulau dan diherdik.

Beliau yang juga bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM turut diganggu secara sihir termasuk menggunakan santau.

Dugaan itu didedahkan sendiri anak Bahri, Eila melalui kemas kini di Facebook beliau malam tadi.

Namun, kata Eila, semua halangan itu tidak menjejaskan tumpuan Bahri, malah tetap yakin "mempertahankan kebenaran".

"Hidup ni, bukan nak tongkat langit, tapi nak cari sebanyak mana sebab untuk Allah redha," tulisnya.


Semalam Bahri menamatkan tugasnya di SPRM kerana dipindahkan secara mengejut ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Sebelum itu beliau lantang mengecam serbuan dan pemeriksaan polis terhadap anggota pasukannya yang kini menyiasat isu dana awam yang dikaitkan dengan perdana menteri.


Anak Bekas Pengarah Operasi Khas SPRM Buat Pendedahan

Bahri juga berikrar - dan bersumpah - untuk mencari dalang kepada gangguan dialami SPRM.

Turut ditukarkan, Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob, yang menerima kunjungan wakil parti politik pembangkang ke pejabat agensi berkenaan.

"Ayah saya, Bahri Muhamad Zin hampir 33 tahun berkhidmat di SPRM.

"Berpuluh tahun dia bekerja menjalankan amanah rakyat, siasat dan tangkap malaun-maluan (penjahat) yang suka sangat bedal duit haram (hak rakyat).


"Beratus juta juga dia dan jabatan berjaya selamatkan dari hilang ke tangan-tangan tahi," katanya lagi meluahkan perasan semalam.

Pada tulisan itu juga Eila mendedahkan ayahnya seorang yang tegas terutama dalam soal agama.

Justeru, katanya, dia dan adik-beradiknya terlebih dahulu mengenali Saiyidina Umar al-Khattab berbanding Cinderella.

Sementara itu, Eila juga mempersoalkan pertukaran kerja Bahri ke JPM.

"Saya tahu dia pakar dalam tiga perkara: mengajar agama, siasat, buktikan dan tangkap orang jahat dan tanam pelbagai jenis pokok.

"Apabila ayah dipindahkan, saya terfikir apa yang mereka (orang yang pindahkan Bahri) mahu beliau lakukan.

"Mengajar agama di JPM? tanam pokok di JPM dan hasilnya untuk membayar bil orang kenamaan? atau lagi banyak mereka mahu dia kantoikan orang?," soal Eila.
Addin

Nota buat Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara .

Posted: 08 Aug 2015 06:30 PM PDT


Nota buat Perdana Menteri dan KPN.

Sesungguhnya Datuk Seri Najib Razak adalah seorang penipu yang bacul.

Lebih dari itu, beliau juga bukan sekadar penipu yang bacul, malahan Najib Razak juga atas sifatnya sebagai perdana menteri seakan membawa Malaysia ke arah pemerintahan diktator yang bakal menjahanamkan masa depan bangsa negara.
Lantaran kebaculannya,

Najib Razak telah menggunakan kuasa dan kedudukannya sebagai perdana menteri untuk memecat, memindahkan dan menukar kakitangan awam demi kepentingan peribadinya.

Najib bin Abdul Razak juga telah dengan sengaja memberi gambaran kepada rakyat terbanyak akan campurtangannya dalam urusan siasatan penyelewengan dan ketidaktelusan pentadbirannya yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ‪#‎SPRM‬.

Gambaran jelas juga telah dipertontonkan kepada rakyat bahawa Datuk Seri Najib Razak telah memperkudakan Ketua Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) Malaysia,

YBhg. Tan Sri Khalid Abu Bakar yang juga bertindak "double standard" dalam menjalankan tugasnya selaku Ketua Polis Negara dalam kes siasatan yang terkait dengan isu kepincangan ‪#‎1MDB‬.






Saya, Mohd Sofi Yassin atas sifat saya sebagai anak Johor dan rakyat Malaysia dengan ini menuntut agar Ketua Polis Negara jujur dan telus dalam menjalankan tugasnya atau akan terus menerima kritikan terbuka dan kemarahan rakyat akan memuncak.

Pasukan Polis ditubuhkan bukan bertujuan menjaga kepentingan jawatan seorang perdana menteri, tetapi ianya bermatlamat menjaga kesejahteraan rakyat dan kedaulatan negara Malaysia tercinta.

Penahanan demi penahanan dan penangkapan demi penangkapan yang telah dilakukan oleh ‪#‎PDRM‬ terhadap rakyat marhaen serta kakitangan awam yang menuntut Najib Razak disiasat dan didakwa kerna salahguna kuasa serta penyelewengan lain jelas membuktikan betapa etika kepolisian telah dicabul rakus oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.



Bukan tujuan saya untuk mengaibkan samada perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak maupun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, tetapi dengan ikhlas saya nyatakan; Saya cintakan kepada pentadbiran telus, jujur yang berpaksikan kebenaran luruh.

#‎kepada_Allah_aku_berserah‬
Salaam Takzim


 


Mohd Sofi Yassin - Kerajaan Rakyat
‪#‎KerajaanRakyat‬ l ‪#‎Politik‬ l ‪#‎Media‬ l

SPRM - Khairy Tak Takut Hilang Jawatan Seperti Muhyiddin

Posted: 08 Aug 2015 05:45 PM PDT



Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, beliau rela menerima nasib sama seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin jika tindakannya mempertikaikan pertukaran pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak disenangi kerajaan.

Menurut beliau, berdasarkan pendirian sesuatu yang benar mesti dipertahankan.

Tambahan pula, katanya, pertukaran dua pegawai kanan agensi pencegahan rasuah itu berlaku tanpa pengetahuan kabinet.

Ahli Parlimen Rembau berkata, pertukaran itu berlaku selepas mesyuarat kabinet.

"Jadi mana kita tahu. Kita pun tak tahu," kata Khairy di sidang media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan pergerakan wanita, pemuda dan puteri Umno bahagian Klang, hari ini.

Khairy menambah, sekiranya berpeluang beliau akan membawa sendiri isu itu kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamza selepas ini.

"Saya akan tanya dia (Ali Hamza), kenapa ini berlaku? Adakah sesuai untuk membuat pertukaran ini dalam situasi sekarang?" katanya.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno itu menegaskan SPRM mesti diberi kebebasan untuk menjalankan tugas tanpa sebarang sekatan atau ugutan.

Semalam Pengarah Bahagian Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri dalam pertukaran mengejutkan banyak pihak.

Kata tiada masalah, orang akan gelak

Pengumuman itu dibuat ketika SPRM berdepan siasatan polis berhubung dakwaan berlaku kebocoran maklumat kerajaan.

Pada masa sama SPRM sedang menjalankan siasatan kes berprofil amat tinggi kerana membabitkan perdana menteri secara langsung.

Sementara itu, Khairy menyeru ahli Umno supaya berani untuk bangkit bersuara jika mendapati parti itu bermasalah.

Katanya, suara itu boleh disampaikan melalui mesyuarat perwakilan.

"Saya rasa kalau kita tak sebut kita ada masalah, orang akan gelakkan kita, sebab satu dunia tahu kita hadapi keadaan politik yang sangat mencabar pada hari ini.

"Ahli umno bangkitlah. Jangan cakap tak ada masalah. Bersama-sama bangkit untuk cari penyelesaian dan kembalikan maruah Umno," katanya.

Khairy berpendapat Umno hari ini menghadapi krisis kepercayaan apabila rakyat semakin tidak yakin kepada parti berkenaan.

Katanya, pemimpin Umno tidak dapat menyelesaikan masalah jika akar umbi tidak bersuara untuk menyatakan hakikat parti itu.


Isy, "U-Turn" Memanjang.... Kini PAS Mahu Sertai BERSIH 4.0

Posted: 08 Aug 2015 05:00 PM PDT



PAS Pusat akan menyertai Himpunan Bersih 4.0

KUALA LUMPUR: PAS Pusat memutuskan akan menyokong dan menyertai Himpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan hujung bulan ini. 


Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Ibrahim kepada media sebaik sahaja selesai Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Kuizm hari ini.Menurut beliau, PAS konsistan dalam menuntut pilihan raya yang bersih dan adil sebagaimana yang dituntut oleh rakyat negara ini.

Justeru, katanya PAS Pusat juga memutuskan Naib Presiden PAS Idris Ahmad dan Timbalan Pesuruhjaya 1 Wilayah Kamaruzaman Mohamad sebagai mewakili parti di dalam jawatankuasa Bersih 4.0.

"Atas prinsip pilihan raya adil dan bersih PAS akan menyertai Bersih 4.0 nanti,"tegasnya. Himpunan Bersih 4.0 dijangka akan diadakan pada 28 dan 30 Ogos ini. -HD


Jangan kita diperbodohkan sertai demonstrasi jalanan, kata Abdul Hadi

Penyokong-penyokong PAS diminta tidak menyertai sebarang aktiviti demonstrasi jalanan sehingga melibatkan pergaduhan dengan pihak berkuasa.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata mereka tidak seharusnya dipergunakan untuk kepentingan pihak yang tidak bertanggungjawab sedangkan mereka hanya memerhati tanpa melibatkan diri dengan aktiviti tersebut.

Beliau yang baru mengekalkan kerusi Presiden PAS selepas menewaskan kumpulan profesional daripada PAS berkata segala permasalahan politik yang sedang melanda negara ini seharusnya diselesaikan mengikut lunas dan syariat Islam.

"Kita berdemonstrasi, bergaduh dengan pihak polis sedangkan orang lain memerhati. "Jangan kita diperbodohkan (pihak tidak bertanggungjawab)," katanya semasa berucap di Perhimpunan Pihak 4.0 di Kuala Lumpur, Ahad malam.

Jelas Abdul Hadi lagi, demonstrasi jalanan akan mengundang keganasan sekiranya dibiarkan apatah lagi jika terdapat pihak yang membuat provokasi.

Beliau berkata demikian dipercayai mengulas mengenai perhimpunan haram yang diadakan di hadapan Pusat Membeli-belah Sogo pada Sabtu lalu yang menyaksikan 29 orang ditangkap pihak berkuasa.

Pemimpin profesional PAS, Mohamad Sabu yang tewas dalam pemilihan parti itu baru-baru ini meminta penyokong-penyokongnya menyertai perhimpunan BERSIH untuk mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.

Beliau yang kini mengetuai Gerakan Harapan Baru (GHB) berkata, perhimpunan itu juga bagi mendesak sebuah kerajaan peralihan ditubuhkan untuk mentadbir negara sehingga diadakan pilihan raya bebas demi menyelamatkan Malaysia daripada kehancuran.

Perhimpunan BERSIH dirancang diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini secara serentak di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu. -Rakyat Post


ULASAN GB

"U-turn" Memanjang nampak gayanya. Menuduh GHB haru-biru sekarang thmahan itu kembali kepada PAS sendiri. Haru biru PAS kini, Lansung tiada istiqamah.

Mula-mula Presiden PAS menyatakan kita jangan tertipu dengan menyertai demonstrasi jalanan.

Setelah tinggal bersendirian kerana bermosi sangat memutuskan hubungan kerjasama dengan DAP dan disamping memusnahkan Pakatan Rakyat, kini, laksana hidung tak mancung pipi tersorong-sorong kini PAS hendak menyertai perhimpunan Bersih 4.0 sekalipun PAS belum lagi menerima sebarang jemputan untuk menyertainya.

Seringkali PAS menyatakan ia sentiasa berpegang dengan slogannya..."Beristiqamah Sehingga Kemenangan" .. namun sekarang nampaknya slogan sudah tinggal slogan.

PAS gagal beriistiqamah dengan pendirian Presidennya untuk tidak menyertai demonstrasi.

Inilah akibatnya apabila ulama PAS asyik menyerang kumpulan progresif dengan makian dan cacian seperti JEBON, BARUA, BROKER, TOLOL dan sebagainya.

Akhirnya hukum kebenaran dan keadilan berjalan, PAS dan ahli-ahlinya akan terus menerima "hukuman" Allah... dan nampaknya PAS yang bakal tidak bertahan dua tahun lagi... satu tuduhan Presiden PAS terhadap GHB yang bakal kembali kepada partinya sendiri.

p/s Harakahdaily telah mengubah tajuk beritanya: PAS konsisten tuntut p'raya yang bersih dan adil.. lagi bukti tiada istiqamah.

Mujur GB sempat membuat printscreen dan menyimpan tulisan asal...


Kelab Greenboc

Najib - ‘Bila saya diserang, semua orang diam’

Posted: 08 Aug 2015 09:00 AM PDT



Najib menafikan dirinya adalah pemimpin autokratik dan tidak perlu dikelilingi 'Yes men'. - Foto arkib TRP/ Adib Hakim

KUALA LUMPUR, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan ketua bahagian parti itu berhubung isu dana politik.

Akhbar The Star melaporkan, Najib memberitahu perwakilan Umno Bahagian Tun Razak yang beliau berbuat demikian demi kepentingan parti.

"Apa sahaja yang saya buat sebagai Presiden Umno, walaupun jika saya terima dana, semuanya untuk parti.

"Saya telah membantu bahagian-bahagian, termasuk memberi mereka peruntukan bulanan untuk menguruskan pejabat mereka.

"Umno di bawah pimpinan saya telah melakukan banyak aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR), hantar orang tunaikan haji dan baiki rumah-rumah usang.

"Apa yang berlaku ialah mereka diamkan diri, selepas mereka dapat duit, tetapi bila saya diserang, semua orang diam," katanya.

Najib menafikan dirinya adalah pemimpin autokratik dan tidak perlu dikelilingi 'Yes men'.

Tegasnya, beliau boleh terima perbezaan pendapat, kerana ia dapat memberi perspektif berbeza.

"Kami boleh bertukar-tukar idea, malah berdebat dalam mesyuarat, tetapi apabila pucuk pimpinan buat keputusan, kami perlu sokong parti. Kami perlu tunjuk satu barisan bersatu," katanya.

Pagi tadi, Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyuarakan kebimbangannya terhadap ahli bermuka-muka yang takut memberitahu pemimpin kesalahan mereka lakukan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Umno Bahagian Pagoh sambil menyuarakan kegusarannya mengenai kewujudan ahli parti yang bermuka-muka.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut menambah, semakin lama seseorang itu memegang jawatan, maka cabaran yang perlu dihadapinya semakin hebat.

Ini merujuk kepada ahli-ahli yang tidak menegur kesalahan pemimpin, walaupun jelas berlaku kepincangan dalam sesuatu isu.


Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/08/08/bila-saya-diserang-semua-orang-diam/#ixzz3iCgtN2ep


Shafie Apdal dedah formula nak jadi menteri

Posted: 08 Aug 2015 08:30 AM PDT


Shafie: Kata yes saja, confirm menteri

Nampaknya ada formula mudah untuk menjadi menteri ketika ini.

Sekurang-kurangnya itu dibayangkan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini.

Kata bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah itu, apa yang diperlukan seseorang untuk menjadi anggota kabinet hanyalah menjadi pak turut.

Kata beliau dengan bersikap pak turut, seseorang itu "confirm" boleh menjadi menteri.
Namun ahli politik Sabah itu berkata, bukanlah menjadi kesalahan untuk seseorang mengiyakan kata-kata pemimpin atasan.

"Bukan tak boleh yes. Yes kalau tempat yg baik," katanya di mesyuarat agung tahunan Umno Parit Sulong hari ini.

Mohd Shafie berkata, pada ketika yang perlu beliau akan berkata "tidak".
Tiada cadangan berundur

Semuanya itu, kata Mohd Shafie, dilakukan kerana beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan untuk dipertahankan.

Sebaliknya, kata beliau, jika memiliki kepentingan tertentu adalah lebih wajar untuknya berdiam diri saja.
Mohd Shafie digugurkan daripada jawatan menteri dalam rombakan kabinet Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

Turut digugurkan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kedua-dua mereka mempunyai satu persamaan -mempersoalkan cara Najib menguruskan isu 1MDB secara terbuka.

Ketika ini Mohd Shafie masih menjadi naib presiden dan tidak mempunyai sebarang cadangan berundur.

Sementara itu dalam sidang media selepas perasmian mesyuarat, Mohd Shafie berkata beliau dan Majlis Tertinggi Umno tidak pernah diberi taklimat mengenai "derma" bernilai RM2.6 bilion diterima Najib.

"Sepanjang yang saya tahu, mesyuarat yang saya hadiri, kami tidak dimaklumkan. Namun kabinet diberitahu baru-baru ini dalam mesyuarat terakhir saya," katanya.

Dana itu didakwa datang daripada penderma di Timur Tengah.

Lebih banyak sokongan BN untuk SPRM oleh V Shuman

Posted: 08 Aug 2015 07:45 AM PDT


Anda tahu situasi semakin tidak terkawal apabila orang yang selama ini menjadi penyokong setia, mula mendesak tindakan di ambil kepada orang yang menjadi tumpuan.

Cerita yang menjadi tumpuan- Ketua Pemua Barisan Nasional (dan Umno) Khairy Jamaluddin dan Perkasa NGO yang rapat dengan Umno, menyuarakan sokongan mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kekecohan skandal akaun peribadi RM 2.6 bilion yang melibatkan Perdana Menteri Najib Razak.

Laporan berita memetik Khairy mendesak supaya SPRM dibenarkan bertindak bebas dan menyokong keputusan mereka untuk memanggil Najib bagi mendapatkan keterangan yang lebih jelas.

"Jika benar wujud keperluan untuk menyoalsiasat PM, maka terbukti yang SPRM sedang menjalankan tugas tanpa pilih kasih.

"Semua siasatan yang sedang berjalan perlu diteruskan sehingga gambaran jelas diperolehi supaya siasatan dapat menyakinkan rakyat,"

The Malaysia Insider memetiknya sebagai berkata demikian. Ini sangat bertentangan dengan pendirian Khairy beberapa hari lepas, apabila SPRM mengeluarkan kenyataan pertamanya, berkata duit yang masuk ke dalam akaun, adalah "derma".

Dia tidak mahu mengesahkan perkara itu, dan berkata yang "bukan satu jenayah" untuk duit dimasukkan ke dalam akaun seseorang. Khairy dikecam hebat kerana kenyataanya itu, dengan pemimpin pembangkang dan netizen mengejeknya dalam media sosial.

Dia tidak membalas dan hanya berdiam diri. Mungkin disebabkan kejadian itu yang membuatkan Khairy menimbang semula kata-katanya dan mengeluarkan kenyatan terbaru, yang bunyinya lebih masuk akal.

Sentimenb sama kenyataan Khairy juga dikeluarkan oleh NGO hak Melayu Perkasa, yang meminta supaya "tangan ghaib" yang menganggu siasatan didedahkan. Malaysiakini memetik setiausaha biro integriti dan pemerhatian NGO itu Azrul Akmal Sharudin (kiri) menggelarkan dalang disebalik serbuan dan penahanan pegawai-pegawai SPRM yang terlibat dalam siasatan kes itu, sebagai "musuh negara".

"Musuh-musuh negara ini perlu ditentang dengan menggunakan kuasa rakyat dan diajar menggunakan undang-undang, kerana mereka cuba menghalang kebenaran melalui ancaman dan menakut-nakutkan pegawai-pegawai SPRM, supaya penyiasat-penyiasat ini menangguhkan kerja mereka.

"Rakyat akan terus menyokong SPRM untuk menyiasat sesiapa sahaja," tambahnya. NGO akan pergi ke ibupejabat SPRM di Putrajaya pada Isnin nanti untuk menyerahkan memerondum sokongan.

SPRM, yang sebelum ini dianggap organisasi pengecut dan diberikan pelbagai gelaran selepas kematian Teoh Beng Hock, kebelakangan ini telah meraih sokongan pengkritik paling lantang mereka- wakil rakyat pembangkang.

Khamis lepas, beberapa pemimpin utama pembangkang bertemu SPRM dan memberikan jaminan kepada suruhanjaya itu yang mereka tidak bersendirian dalam mencari kebenaran.

Ini berlaku selepas beberapa pegawai SPRM ditahan dan disoal siasat oleh polis atas dakwaan membocorkan draf kertas pendakwaan kepada Najib. Mereka telah ditahan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan, yang melibatkan kesalahan "aktiviti yang mengancam demokrasi berparlimen."

Mari kita berharap yang SPRM akan teguh dengan keputusan mereka meneruskan siasatan, tanpa terganggu dengan halangan dan ancaman menakut-nakutkan mereka. Isu ini sudah berleretan sejak sekian lama, menjadi tajuk berita memalukan untuk negara di seluruh dunia. Ia mencemarkan imej negara dan memerlukan penyelesaian secepat mungkin.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

'Saya diserang bukan kerana saya Najib, tapi kerana saya Presiden UMNO'

Posted: 08 Aug 2015 07:00 AM PDT



KUALA LUMPUR: "Saya diserang bukan kerana saya Najib, tapi kerana saya Presiden UMNO."

Itu kata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai menjawab pelbagai tuduhan yang dihadapinya kebelakangan ini terutama di media sosial.

Berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Najib juga menegaskan beliau bukan pemimpin autokratik sehingga tidak menerima semua pendapat yang diberikan.

"Saya bukanlah seorang yang autokratik, tanya Ku Nan dia kadang-kadang tidak setuju. 'Sorry, sir. I think you are wrong'. Tetapi dia masih kekal Setiausaha Agung.

"Saya tak makan cucuk. Sebab itulah saya diserang. Bukan kerana saya Najib, kerana saya Presiden UMNO.

"Kenapa masa saya Timbalan Menteri tidak diserang? Kurang diserang. Kenapa? Kerana saya bukan Presiden parti," tegas beliau.

Justeru, beliau mengajak semua ahli UMNO agar tidak terikut-ikut dengan agenda pembangkang yang hanya mahu melemahkan parti keramat Melayu itu.

"Kalau nak parti UMNO tersungkur, puncaknya mana? Puncaknya ialah pemimpin tertinggi. Jadi carilah segala-gala kesalahan . Kalau tak ada adakan, ada-adakan. Taburlah segalanya yang tidak benar, separuh benar, cerita macam-macam. Kalau daripada sepuluh tu satu mesti lekat.Ini lah strategi pembangkang,"

"Tapi kita dalam UMNO jangan pula kita tumpang semangkuk.Jangan kita masuk sama-sama. Dengar sikit, belum tahu betul sudah cakap betul," tambahnya.


Najib juga menyifatkan media sosial sebagai 'racun' yang mampu mengancam parti.

"Ini kerja media sosial juga. Jangan terima segala-gala di media sosial. Ini lebih bahaya daripada demonstrasi jalanan. Demonstrasi mungkin tak gugat UMNO, tapi dengan racun media sosial inilah ancaman baharu kekuatan parti kita," katanya.

Justeru, Najib menggesa ahli UMNO agar bangkit mempertahankan parti dan pucuk pimpinan parti.

"Kalau nampak Presiden Parti kena serang (di media sosial), kita serang balik," katanya lagi.

- astroawani


SEHATI SEJIWA !!

Posted: 08 Aug 2015 06:45 AM PDT

Muhyiddin tegur pemimpin tak sedar realiti

Posted: 08 Aug 2015 06:02 AM PDT

Muhyiddin Tegur Pemimpin Yang Syok Sendiri





Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata sesetengah pemimpin gagal menyedari keadaan sebenar disebabkan mereka dikelilingi penyokong yang tidak bercakap benar.

Dalam ucapannya di Mesyuarat Agung Tahunan Umno Pagoh, timbalan presiden parti itu berkata, keadaan menjadi lebih buruk apabila pemimpin terbabit berasa bangga diri disebabkan maklumat salah berkenaan.

Tanpa menyebut nama secara khusus Muhyiddin berkata pemimpin terbabit tidak diberitahu oleh orang bawahannya jika melakukan kesalahan.

"(Orang itu akan berkata) Mengapa orang suruh saya berhenti? Saya OK, sokongan ramai. Apabila saya pergi ke (mana-mana) majlis, beribu-ribu orang datang," katanya.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, beliau tidak mengaitkan kenyataan itu kepada sesiapa, sebaliknya "mengandaikan" seserang pemimpin berasa begitu.

Di sebalik penafian itu, kenyataan Muhyiddin itu agak jelas merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak yangmengetepikan beliau daripadakabinet pada 28 Julai lalu.

Mendakwa tidak boleh bekerjasama dengan Muhyiddin, Najib juga pernah menyatakan rasa bangga apabila rakyat hadir beramai-ramaike majlis dihadirinya.

Menurut Muhyiddin, seseorang pemimpin mungkin tidak menyedari melakukan kesalahan kerana ia tidak ditegur orang bawahan.

"Itu yang saya kata kepada perdana menteri. Salahkah saya?" katanya.

- mkini

Najib hilang kredibiliti dengan pertukaran pegawai SPRM, kata Azmin OLEH KC NAZARI

Posted: 08 Aug 2015 01:30 AM PDT


Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, tindakan menukar 2 pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia jelas sebagai satu usaha merencatkan siasatan badan anti-rasuah itu dalam melaksanakan tugas mereka. –

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, tindakan menukar 2 pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia jelas sebagai satu usaha merencatkan siasatan badan anti-rasuah itu dalam melaksanakan tugas mereka. –

Mohamed Azmin Ali berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hilang kredibiliti dalam mentadbir negara dan perlu meletak jawatan apabila bertindak menukar 2 pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri.

Timbalan presiden PKR itu berkata, tindakan Najib jelas sebagai satu usaha merencatkan siasatan badan anti-rasuah itu dalam melaksanakan tugas mereka.

"Perdana menteri bertanggungjawab kerana tindakan memburu pegawai kerajaan seperti ini tidak pernah berlaku dalam negara kita.

"Mengapa satu badan bebas seperti SPRM menjadi mangsa kepada Barisan Nasional (BN)?

"Mengapa mereka ditekan dan diugut dalam usaha mereka mencari kebenaran?

"Beliau harus meletak jawatan kerana kredibilitinya musnah sama sekali dalam hal ini dan Putrajaya harus bertanggungjawab terhadap situasi ekonomi hari ini," kata Azmin kepada pemberita sewaktu ditemui di Batu Caves, Selangor pagi ini. – 8 Ogos, 2015.

See more at: http://www.themalaysianinsider.com/

Jangan hanya dengar kata ‘pembodek’, kata Muhyiddin OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Posted: 08 Aug 2015 12:45 AM PDT

Zar Ali's photo.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap di majlis perasmian mesyuarat Umno Bahagian Pagoh di Dewan Pekembar, Pagoh, Johor, hari ini. 

Beliau menegaskan, tidak pernah menggunakan saluran luar bagi membangkitkan isu berkenaan 1MDB, sebaliknya menggunakan platform mesyuarat dalam Kabinet mahupun parti.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap di majlis perasmian mesyuarat Umno Bahagian Pagoh di Dewan Pekembar, Pagoh, Johor, hari ini. Beliau menegaskan, tidak pernah menggunakan saluran luar bagi membangkitkan isu berkenaan 1MDB, sebaliknya menggunakan platform mesyuarat dalam Kabinet mahupun parti.

Pemimpin diingatkan agar tidak hanya mendengar suara "pembodek" sebaliknya perlu lebih bertanggungjawab dan mengambil kira pandangan orang-orang di sekeliling mereka, walaupun terdapat pendapat yang bercanggah, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tanpa menyebut nama sesiapa, timbalan presiden Umno itu ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Pagoh, di Johor hari ini berkata, pemimpin yang hanya mendengar pujian-pujian dan menolak teguran adalah disebabkan mereka "dilindungi hijab" manusia yang tidak ikhlas.

"Yang ini jadi masalah bila kita jadi pemimpin, kadang-kadang kita dikelilingi penyokong kita yang beritahu, 'its ok sir, things are so good', 'don't worry sir, everything is ok sir, yes sir.

"Kita tidak nampak apa-apa tapi rasa bangga diri," katanya.

"Ini yang saya kata kepada perdana menteri, salahkah saya?" soalnya, merujuk kepada tindakan Datuk Seri Najib Razak menggugurkan dirinya daripada Kabinet baru-baru ini kerana lantang mengkritik membabitkan isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Muhyiddin berkata, beliau tidak pernah menggunakan saluran luar untuk isu membabitkan syarikat itu, sebaliknya kritikan hanya disalurkan menggunakan platform mesyuarat dalam Kabinet mahupun parti.

"Banyak pandangan saya disuarakan dalam mesyuarat. Hari ini, walaupun di luar jemaah menteri, saya tidak harus berdiam diri.

"Lagi lama jadi pemimpi, lagi banyak keliling kita kata 'okay, great, you are great man for the nation', tapi tidak pernah berkata 'sir, this is wrong'.

Beliau berkata, orang ramai kini bertanya kepadanya, apa yang perlu mereka lakukan terhadap pemimpin yang sebegitu rupa.

"Mereka bertanya kepada saya apa nak jadi, doa sahajalah, buka pintu hati, semoga dilihat. Jangan jadi pemimpin kita nampak depan sahaja," katanya.

"Saya tidak kata siapa-siapa, tapi kata andaikan seorang pemimpin rasa begitu."

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, tanpa sebarang perubahan dan keberanian, parti Melayu itu akan terkubur kerana Umno kini katanya kelihatan seperti pembangkang.

"Umno mesti berani bersuara, kalau tidak berubah, orang akan ubah kita.

"Sebab itu bila saya kata kalau esok pilihan raya, ikut pertimbangan saya disokong fakta-fakta yang dikumpulkan dan kajian ilmiah yang dibuat pakar, kita kalah. Mungkin menang bahagian Pagoh sahaja," katanya.

"Saya membangkitkan itu untuk membangkitkan rasa takut ahli Umno, saya bertanya ramai orang, rakyat biasa, yang ini saya bimbang," katanya.

Beliau berkata, susulan isu-isu seperti 1MDB, penyokong tegar Umno dikhuatiri tidak akan memilih parti itu dalam pilihan raya akan datang.
"Walaupun selama ini mereka sokong Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya, kali ini mereka kata tidak akan sokong," katanya. – 8 Ogos, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

Jangan hanya dengar kata 'pembodek', kata Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap di majlis perasmian mesyuarat Umno Bahagian Pagoh di Dewan Pekembar, Pagoh, Johor, hari ini. Beliau menegaskan, tidak pernah menggunakan saluran luar bagi membangkitkan isu berkenaan 1MDB, sebaliknya menggunakan platform mesyuarat dalam Kabinet mahupun parti. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 8 Ogos, 2015.Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap di majlis perasmian mesyuarat Umno Bahagian Pagoh di Dewan Pekembar, Pagoh, Johor, hari ini. Beliau menegaskan, tidak pernah menggunakan saluran luar bagi membangkitkan isu berkenaan 1MDB, sebaliknya menggunakan platform mesyuarat dalam Kabinet mahupun parti. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 8 Ogos, 2015.Pemimpin diingatkan agar tidak hanya mendengar suara "pembodek" sebaliknya perlu lebih bertanggungjawab dan mengambil kira pandangan orang-orang di sekeliling mereka, walaupun terdapat pendapat yang bercanggah, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tanpa menyebut nama sesiapa, timbalan presiden Umno itu ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Pagoh, di Johor hari ini berkata, pemimpin yang hanya mendengar pujian-pujian dan menolak teguran adalah disebabkan mereka "dilindungi hijab" manusia yang tidak ikhlas.
"Yang ini jadi masalah bila kita jadi pemimpin, kadang-kadang kita dikelilingi penyokong kita yang beritahu, 'its ok sir, things are so good', 'don't worry sir, everything is ok sir, yes sir.

"Kita tidak nampak apa-apa tapi rasa bangga diri," katanya. "Ini yang saya kata kepada perdana menteri, salahkah saya?" soalnya, merujuk kepada tindakan Datuk Seri Najib Razak menggugurkan dirinya daripada Kabinet baru-baru ini kerana lantang mengkritik membabitkan isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Muhyiddin berkata, beliau tidak pernah menggunakan saluran luar untuk isu membabitkan syarikat itu, sebaliknya kritikan hanya disalurkan menggunakan platform mesyuarat dalam Kabinet mahupun parti.
"Banyak pandangan saya disuarakan dalam mesyuarat. Hari ini, walaupun di luar jemaah menteri, saya tidak harus berdiam diri.
"Lagi lama jadi pemimpi, lagi banyak keliling kita kata 'okay, great, you are great man for the nation', tapi tidak pernah berkata 'sir, this is wrong'.
Beliau berkata, orang ramai kini bertanya kepadanya, apa yang perlu mereka lakukan terhadap pemimpin yang sebegitu rupa.
"Mereka bertanya kepada saya apa nak jadi, doa sahajalah, buka pintu hati, semoga dilihat. Jangan jadi pemimpin kita nampak depan sahaja," katanya.
"Saya tidak kata siapa-siapa, tapi kata andaikan seorang pemimpin rasa begitu."
Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, tanpa sebarang perubahan dan keberanian, parti Melayu itu akan terkubur kerana Umno kini katanya kelihatan seperti pembangkang.
"Umno mesti berani bersuara, kalau tidak berubah, orang akan ubah kita.
"Sebab itu bila saya kata kalau esok pilihan raya, ikut pertimbangan saya disokong fakta-fakta yang dikumpulkan dan kajian ilmiah yang dibuat pakar, kita kalah. Mungkin menang bahagian Pagoh sahaja," katanya.
"Saya membangkitkan itu untuk membangkitkan rasa takut ahli Umno, saya bertanya ramai orang, rakyat biasa, yang ini saya bimbang," katanya.
Beliau berkata, susulan isu-isu seperti 1MDB, penyokong tegar Umno dikhuatiri tidak akan memilih parti itu dalam pilihan raya akan datang.
"Walaupun selama ini mereka sokong Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya, kali ini mereka kata tidak akan sokong," katanya. – 8 Ogos, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jangan-hanya-dengar-kata-pembodek-kata-muhyiddin#sthash.caM5dsIT.dpuf

Jangan hanya dengar kata 'pembodek', kata Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap di majlis perasmian mesyuarat Umno Bahagian Pagoh di Dewan Pekembar, Pagoh, Johor, hari ini. Beliau menegaskan, tidak pernah menggunakan saluran luar bagi membangkitkan isu berkenaan 1MDB, sebaliknya menggunakan platform mesyuarat dalam Kabinet mahupun parti. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 8 Ogos, 2015.Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap di majlis perasmian mesyuarat Umno Bahagian Pagoh di Dewan Pekembar, Pagoh, Johor, hari ini. Beliau menegaskan, tidak pernah menggunakan saluran luar bagi membangkitkan isu berkenaan 1MDB, sebaliknya menggunakan platform mesyuarat dalam Kabinet mahupun parti. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 8 Ogos, 2015.Pemimpin diingatkan agar tidak hanya mendengar suara "pembodek" sebaliknya perlu lebih bertanggungjawab dan mengambil kira pandangan orang-orang di sekeliling mereka, walaupun terdapat pendapat yang bercanggah, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tanpa menyebut nama sesiapa, timbalan presiden Umno itu ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Pagoh, di Johor hari ini berkata, pemimpin yang hanya mendengar pujian-pujian dan menolak teguran adalah disebabkan mereka "dilindungi hijab" manusia yang tidak ikhlas.
"Yang ini jadi masalah bila kita jadi pemimpin, kadang-kadang kita dikelilingi penyokong kita yang beritahu, 'its ok sir, things are so good', 'don't worry sir, everything is ok sir, yes sir.

"Kita tidak nampak apa-apa tapi rasa bangga diri," katanya. "Ini yang saya kata kepada perdana menteri, salahkah saya?" soalnya, merujuk kepada tindakan Datuk Seri Najib Razak menggugurkan dirinya daripada Kabinet baru-baru ini kerana lantang mengkritik membabitkan isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Muhyiddin berkata, beliau tidak pernah menggunakan saluran luar untuk isu membabitkan syarikat itu, sebaliknya kritikan hanya disalurkan menggunakan platform mesyuarat dalam Kabinet mahupun parti.
"Banyak pandangan saya disuarakan dalam mesyuarat. Hari ini, walaupun di luar jemaah menteri, saya tidak harus berdiam diri.
"Lagi lama jadi pemimpi, lagi banyak keliling kita kata 'okay, great, you are great man for the nation', tapi tidak pernah berkata 'sir, this is wrong'.
Beliau berkata, orang ramai kini bertanya kepadanya, apa yang perlu mereka lakukan terhadap pemimpin yang sebegitu rupa.
"Mereka bertanya kepada saya apa nak jadi, doa sahajalah, buka pintu hati, semoga dilihat. Jangan jadi pemimpin kita nampak depan sahaja," katanya.
"Saya tidak kata siapa-siapa, tapi kata andaikan seorang pemimpin rasa begitu."
Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, tanpa sebarang perubahan dan keberanian, parti Melayu itu akan terkubur kerana Umno kini katanya kelihatan seperti pembangkang.
"Umno mesti berani bersuara, kalau tidak berubah, orang akan ubah kita.
"Sebab itu bila saya kata kalau esok pilihan raya, ikut pertimbangan saya disokong fakta-fakta yang dikumpulkan dan kajian ilmiah yang dibuat pakar, kita kalah. Mungkin menang bahagian Pagoh sahaja," katanya.
"Saya membangkitkan itu untuk membangkitkan rasa takut ahli Umno, saya bertanya ramai orang, rakyat biasa, yang ini saya bimbang," katanya.
Beliau berkata, susulan isu-isu seperti 1MDB, penyokong tegar Umno dikhuatiri tidak akan memilih parti itu dalam pilihan raya akan datang.
"Walaupun selama ini mereka sokong Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya, kali ini mereka kata tidak akan sokong," katanya. – 8 Ogos, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jangan-hanya-dengar-kata-pembodek-kata-muhyiddin#sthash.caM5dsIT.dpuf

Dua majalah 'bungkus' kerana GST

Posted: 08 Aug 2015 12:00 AM PDT

 
Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sekali lagi 'memakan korban' apabila dua majalah kartun terpaksa ditutup apabila kos operasinya semakin meningkat.

Selepas kira-kira 22 tahun majalah bercetak Apo? dan Ujang ditamatkan penerbitannya kelmarin.

Selain GST, kejatuhan nilai ringgit dan kenaikan harga kertas turut memburukkan lagi keadaan.

Rata-rata peminat kartun sedih dengan berakhirnya riwayat majalah berkenaan.

Bersatu demi kebebasan media

Posted: 07 Aug 2015 11:30 PM PDT


 

Lebih 300 orang berkumpul di Kuala Lumpur hari ini untuk memprotes penggantungan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily ekoran laporannya mengenai skandal 1MDB.

Penunjuk perasaan berkumpul di Pasar Seni sebelum berjalan ke bangunan Majlis Peguam Malaysia yang terletak kira-kira 100 meter antara satu sama lain.

Sambil membawa plakad, mereka melaungkan pelbagai slogan menuntut kebebasan media.

Protes hari ini disertai petugas media, aktivis dan orang awam.

Ia juga mendapat sokongan daripada pelbagai parti politi.

 
 Sebahagian peserta Perhimpunan #808 di Pasar Seni yang berjalan kaki ke ibu pejabat Majlis Peguam di Kuala Lumpur, hari ini. Mereka berkumpul bagi menunjukkan bantahan terhadap penggantungan 2 akhbar perniagaan The Edge. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 8 Ogos, 2015.

Salah seorang daripada mereka ialah bekas timbalan menteri, Datuk Saifuddin Abdullah, yang hadir menunjukkan kebersamaan dengan media.

Tokoh lain yang dilihat termasuk Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, Exco Selangor, Elizabeth Wong dan pemimpin Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvan.