Jumaat, 7 Ogos 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


RAKYAT MAHU NAJIB DITANGKAP ?

Posted: 07 Aug 2015 11:15 PM PDT


Zar Ali's photo.

Posted: 07 Aug 2015 10:45 PM PDT

  • Zar Ali's photo.

    BERITA TERKINI ! - Ada berita dari sumber yang boleh dipercayai, konon YBM Tengku Razaleigh Hamzah akan mengambil alih kerusi Perdana Menteri setelah PM Najib dapat ditumbangkan dalam masa terdekat.


    APA PENDAPAT ANDA ?
     
     
    Zar Ali's photo.Zar Ali Secara peribadi aku - TIDAK MUNGKIN - Kerana mengikut TEORI RAHMAN - Najib ada lah PM Terakhir dari UMNO.

KJ Tak Boleh Terima Pegawai SPRM Ditukar

Posted: 07 Aug 2015 10:00 PM PDT



Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar melahirkan rasa kecewa terhadap pertukaran dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

"Jangan kerana ada agenda, kita sanggup meruntuhkan apa sahaja institusi yang ada.

"Saya tidak sanggup membenarkan dan membiarkan keadaan seperti itu (berlaku)," kata Khairy.

Ahli Parlimen Rembau itu mengulas pertukaran Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikaso Strategik mereka, Datuk Rohaizad Yaakob, secara mengejut.

Kedua-dua mereka ditugaskan di Jabatan Perdana Menteri.

SPRM sedang menyiasat kes berprofil amat tinggi dan Bahri pernah bersumpah atas nama Allah untuk mencari "dalang" yang mengganggu pegawai agensi antirasuah berkenaan.

Rohaizad pula semalammenerima kunjungan wakil partipembangkang di ibu pejabat agensi berkenaan.

Bercakap kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan Ke-64 Majlis Belia Malaysia (MBM) di Kuala Lumpur malam tadi, Khairy berkata beliau difahamkan salah seorang pegawai itu dipindahkan mungkin hanya kerana menerima kunjungan pembangkang.

Rakyat kian tak percaya

Tambahnya tindakan memindahkan pegawai yang sedang menjalankan siasatan hanya akan merosakkan imej SPRM serta memberi gambaran seolah-olah ada agenda tertentu untuk menakut-nakutkan  agensi berkenaan.

Tegasnya, kebebasan untuk menjalankan tugas perlu dikembalikan kepada SPRM agar institusi itu tidak dilihat lemah sehingga menimbulkan reaksi dan persepsi buruk di mata masyarakat.

"Saya harap tindakan seperti ini dapat dihentikan segera dan intimidasi terhadap SPRM mestilah berhenti.

"Saya tidak boleh terima institusi seperti SPRM pemindahan pegawai-pegawai ini saya lihat sungguh pelik dan sangat mengecewakan seolah-olah ada intimidasi yang terancang terhadap SPRM bagi saya melemahkan institusi itu," katanya.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, tindakan menukar pegawai SPRM itu sangat tidak adil sehingga akan menimbulkan lebih banyak spekulasi dan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.

"Kalau tindakan sebegini diteruskan, maka kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan menjadi lebih teruk.

"Biarlah SPRM menjalankan tugas tanpa sekatan, jangan sesekali kita serang institusi ini," katanya.

- mkini


Polis gesa penganjur Perhimpunan 808 patuhi Akta Perhimpunan Aman

Posted: 07 Aug 2015 09:15 PM PDT


Penganjur Perhimpunan 808 diingatkan supaya tidak membuat sebarang tindakan yang bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012 termasuk membuat perarakan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Ogos, 2015.

Penganjur Perhimpunan 808 diingatkan supaya tidak membuat sebarang tindakan yang bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012 termasuk membuat perarakan.

Penganjur Perhimpunan 808 diingatkan supaya tidak membuat sebarang tindakan yang bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012 termasuk membuat perarakan.

Polis membenarkan penganjuran Perhimpunan 808 yang akan diadakan di hadapan pejabat Majlis Peguam, Jalan Benteng, di Kuala Lumpur esok, yang bertujuan membantah penggantungan akhbar milik The Edge Media Group.

Penganjur perhimpunan itu bagaimanapun diingatkan supaya tidak membuat sebarang tindakan yang bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 termasuk membuat perarakan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata penganjur memberi jaminan untuk mengadakan perhimpunan secara tertib dan polis tidak mahu perhimpunan itu menjejaskan ketenteraman awam sepanjang ia berlangsung.

"Perarakan adalah dilarang sama sekali dan termaktub mengikut APA 2012. Jika keadaan tidak terkawal, polis akan mengambil tindakan kerana melanggar APA," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, wakil penganjur perhimpunan itu, Mohd Radzi Abdul Razak menemui Zainol di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi bagi memberikan maklum balas berkaitan jumlah peserta yang dijangka hadir, pengisian program dan peruntukan undang-undang perhimpunan.

Perhimpunan yang dijangka bermula kira-kira 11.30 pagi hingga 1.30 tengah hari itu, dianjurkan sekumpulan aktivis media bagi menunjukkan sokongan membantah penggantungan akhbar The Edge Weekly dan The Edge Financial.

Permit penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily digantung selama 3 bulan berkuat kuasa 27 Julai lepas.

Tindakan itu dibuat selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dilaporkan kedua-dua akhbar itu memudaratkan dan boleh membawa gangguan kepada keselamatan dan ketenteraman awam atau memberi ancaman kepada keselamatan negara. –

Bernama

http://www.themalaysianinsider.com.

Cabaran Bersih 4 anjur perhimpunan 34 jam tanpa henti, desak Najib berundur OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Posted: 07 Aug 2015 08:30 PM PDT


Pengerusi Bersih 4 Maria Chin Abdullah bercakap kepada media di pejabatnya di Petaling Jaya, Selangor, hari ini, berhubung himpunan 34 jam pada 39 Ogos ini mendesak perdana menteri letak jawatan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 7 Ogos, 2015.

Pengerusi Bersih 4 Maria Chin Abdullah bercakap kepada media di pejabatnya di Petaling Jaya, Selangor, hari ini, berhubung himpunan 34 jam pada 39 Ogos ini mendesak perdana menteri letak jawatan.

Pengerusi Bersih 4 Maria Chin Abdullah bercakap kepada media di pejabatnya di Petaling Jaya, Selangor, hari ini, berhubung himpunan 34 jam pada 39 Ogos ini mendesak perdana menteri letak jawatan.

Sejarah Malaysia menunjukkan himpunan jalan raya tidak dapat menjatuhkan seseorang pemimpin kerajaan dengan mudah, namun Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyahut cabaran itu dengan pertama kali menganjurkan perhimpunan 34 jam tanpa henti mendesak perubahan sistem pentadbiran negara yang semakin korup di tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Bersih 4 Maria Chin Abdullah berkata, perhimpunan itu akan bermula pada 2 petang 29 Ogos dan berakhir 11.59 malam 30 Ogos ini, bertempat di beberapa lokasi utama di Kuala Lumpur.

Ia sebagai mesej rakyat kepada perdana menteri mengingatkan pentadbirannya yang penuh dengan penyelewengan dan rasuah perlu berakhir.

"Himpunan 2 hari berterusan sehingga malam lebih mencabar. Kali ini suara kami perlu didengar," katanya dalam temubual dengan The Malaysian Insider.

"Kita bercakap tentang perubahan (sistem) kerana walaupun Najib meletakkan jawatan esok dan ada pemimpin lain yang menggantikannya, tidak kira Barisan Nasional (BN) atau pembangkang, tiada jaminan perubahan akan berlaku.

"Kita akan selamanya ditindas. Media, kebebasan pilihan raya, penjenayah sengaja dibiarkan bebas. Jika kerajaan baharu dibentuk, tuntutan kami masih sama jika sistem itu masih tidak berubah," kata Maria.

Beliau berkata, perhimpunan itu akan diadakan bagi menyampaikan kepada mereka yang memegang kuasa, rakyat sebenarnya mahukan perubahan.

"Kami mahukan perubahan sistem yang boleh membawa keluar negara ini daripada krisis politik dan ekonomi yang semakin teruk," katanya.

Masih bertemakan warna kuning, Maria berkata, peserta kali ini akan bermalam di jalanan kerana pelbagai acara akan dipenuhi sepanjang 2 hari tanpa henti oleh pelbagai kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan aktivis.

Beliau menasihati peserta supaya membawa beg tidur (sleeping bag), air secukupnya dan berharap himpunan itu dapat bertahan tanpa ada sebarang gangguan daripada ejen provokasi atau polis.

"Sudah tentu ini cabaran kali pertama Bersih menganjurkan perhimpunan sebegini. Namun saya rasa rakyat mampu bertahan dan ramai yang akan menyokong kami berhimpun dari Sabtu sehingga 11.59 malam Ahad, kemudian baru kami akan bersurai," katanya yang menjangkakan kehadiran kira-kira 100,000 peserta.

Katanya, dalam himpunan kali ini peserta tidak akan diarah berjalan menuju ke lokasi akhir pentas utama sebaliknya ia akan berterusan di beberapa kawasan yang mempunyai aktiviti berlainan, antaranya kebudayaan, puisi, muzikal dan pidato awam.

"Himpunan yang lalu kita terpaksa menunggu orang ramai sampai ke pentas utama, sedikit kelam-kabut dan mesej yang cuba kami sampaikan tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

"Jadi kami akan buat di beberapa kawasan, lebih ramai orang yang akan berpeluang untuk bersuara, mesej akan disebarkan dengan lebih berkesan dan kekeliruan dapat dikurangkan.

"Sekurangnya-kurangnya jika ada tekanan pihak berkuasa supaya bersurai awal, mesej masih dapat disampaikan," katanya.

Bagaimanapun, katanya, lokasi dan mobilisasi setakat ini masih belum diputuskan oleh jawatankuasa dan hanya akan diumumkan semasa pelancaran gerakan itu pada minggu depan.

Katanya, Bersih juga bersedia dan tidak menolak kemungkinan usaha polis menggagalkan himpunan itu menggunakan taktik undang-undang termasuk menangkap peserta, pemimpin dan menimbulkan kebimbangan orang awam.

Tetapi katanya, rakyat Malaysia kini sudah matang dan akan tetap turun berhimpun walaupun berlaku tangkapan dan amaran pihak berkuasa.

"Kami jangkakan himpunan ini akan bertahan dalam tempoh agak lama kerana mahu rakyat benar-benar faham, walaupun ia tidak akan membawa perubahan serta-merta, perjuangan menuntut perubahan sistem adalah satu perjuangan yang panjang demi masa depan negara," katanya yang mengharapkan kerjasama polis membenarkan mereka berhimpun.

Maria berkata, selain Kuala Lumpur, perhimpunan berlangsung serentak di beberapa bandar termasuk Kuching dan Kota Kinabalu, termasuk Pulau Pinang, Pahang, Johor serta lebih 20 bandar di luar negara.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Pegawai SPRM dipindah, tindakan ‘tunjuk kuasa’, kata pemimpin Umno OLEH RAM ANAND

Posted: 07 Aug 2015 08:00 PM PDT


Zar Ali's photo. Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan langkah memindahkan 2 pegawai SPRM sebagai tindakan menunjuk kuasa secara terang-terangan sekali gus menunjukkan yang ada yang tidak berpuas hati dengan usaha agensi anti-rasuah itu mencari kebenaran.

Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan langkah memindahkan 2 pegawai SPRM sebagai tindakan menunjuk kuasa secara terang-terangan sekali gus menunjukkan yang ada yang tidak berpuas hati dengan usaha agensi anti-rasuah itu mencari kebenaran. 

Terdahulu hari ini, Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob dipindahkan kerana "isu disiplin" berkuat kuasa serta merta.

"Ini ialah tindakan menunjuk kuasa secara terang-terangan dan menunjukkan yang ada orang yang tidak berpuas hati dengan usaha SPRM mencari kebenaran," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider hari ini mengulas perkara itu.

Pemindahan mereka dibuat tidak lama selepas tujuh pegawai SPRM disoal siasat, pejabatnya diserbu dua kali dan dua daripada pegawainya ditahan semalaman oleh polis dalam tempoh seminggu.

SPRM sedang meneliti SRC International Sdn Bhd, sebuah syarikat yang sebelum ini dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ketika ini di bawah Kementerian Kewangan.

Pihak polis mendakwa wujud kebocoran dalam siasatan 1MDB dan mengkhususkan siasatan mereka ke atas SPRM.

"Ini akan menguatkan persepsi yang terdapat satu halangan yang jelas bagi SPRM dalam menjalankan tugas mereka," kata Saifuddin.

Menerusi mesej di akaun Twitternya, beliau juga menyifatkan pemindahan itu satu "kegilaan". 

Saifuddin juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global. 

Beliau diketahui umum sebagai seorang yang sederhana dalam Umno dan sering tidak bersetuju dengan rakan dalam partinya mengenai perkara dasar negara.


http://www.themalaysianinsider.com

HARAM HALAL TIDAK PENTING ??

Posted: 07 Aug 2015 07:15 PM PDT

Tidak perlu tahu dana parti, yang penting cukup, kata ahli MT Umno

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bukanlah satu keperluan bagi Umno mendedahkan dari mana datangnya sumber kewangan parti, kerana yang paling penting dana berkenaan cukup untuk perbelanjaan pilihan raya.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu berkata, dasar berkenaan sudah terpakai sejak kepimpinan Umno sebelum ini dan persoalan dana parti juga tidak pernah dibangkitkan di peringkat negeri.

"Saya dah hadapi beberapa pilihan raya dan pengerusi perhubungan negeri tidak pernah pun memaklumkan berapa jumlah negeri dapat sumbang

Najib, henti jadikan Malaysia bahan jenaka!

Posted: 07 Aug 2015 06:45 PM PDT


Dua hari lalu penulisan saya mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya perpada-pada dalam usaha 'menyelamatkan dirinya'. Dunia sudah tahu. Izinkan undang-undang negara berperanan menentukan kebenaran dan keadilan.

Diri ini saja sudah banyak menulis tentang 1MDB. Naik bosan juga dan lebih bosan adalah pembaca. Di sisi rakyat awam, pastinya lebih lagi. Meluat, menyampah dan marah. Hari ini saya menulis lagi. 

Kali ini untuk mengingatkan Najib, henti jadikan Malaysia bahan lawak jenaka dunia. Terlalu lama sangat isu 1MDB mengambil pentas utama. Memang luar biasa. Lazimnya isu akan datang dan pergi. 

Jarang-jarang dan kadang-kadang yang boleh bertahan lama seumpama PKFZ dan NFC. Tetapi 1MDB bakal memecah semua rekod lama.

Sampai bila? Sampai pengerusi penasihatnya tumbang! Pada 17 November, 2014 dalam kolum saya di TMI ini, berjudul 1MDB: Najib mangsa pertamanya menyebutkan "..saya ramalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan tumbang akibat 1MDB".

Sememang hebat anak muda yang panggilan glamournya Jho-Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho ini. 

Dia semacam 'financial wizard', tetapi menyalahgunakan kepakarannya. Kalau anda mengikuti seluruh rentetan dan pendedahan sejak 1MDB pertama kali didedahkan The Edge, majalah yang digantung 3 bulan itu, anda faham maksud saya.

Namun setelah 6 tahun beroperasi, (sejak penubuhan 2009), kejayaan 1MDB hanya mampu mengumpul RM42 bilion hutang korporatnya. Amat malang, pelbagai aset diperoleh dalam bidang tenaga dan hartanah, gagal menjana cash-flow atau 'revenue' untuk melunas hutangnya.

Lebih mengecewakan, 1MDB tidak henti-henti terpalit dengan pelbagai kontroversi. Hari ini, saya tegaskan Jho Low, dalam bahasa anak muda, 'kencing rakyat Malaysia'. Terlalu banyak urus niaga culas dan curang didedahkan…

AHAD INI PENJARA SUNGAI BULUH

Posted: 07 Aug 2015 06:15 PM PDT

JEMPUTAN BERPESTA DAN MELAWAN

 


AHAD DEPAN
JALAN 
PANGGUNG




---------------

ALA KERAJAAN BINATANG?

Posted: 07 Aug 2015 05:45 PM PDT


Ismaily Bungsu C's photo.

KITA masih boleh terima pemecatan Muhyddin. Kita masih boleh terima pemecatan Shafiee. Kita masih boleh terima pemindahan pegawai polis yang menyiasat kasus 1MDB/RM2.6 bilion.

Kita juga boleh terima kasus kenaikan pangkat 4 orang ahli PAC ke kerusi menteri termasuk pecat seorang ahli PSC atas alasan sakit dan seorang yang mungkin diarah berhenti.

Pemecatan Peguam Negara yang masih sihat dikata sakit memang luar biasa dan aneh, tetapi bila pegawai SPRM serta merta dipindah setelah berusaha menyiasat kasus RM2.6 bilion itu, maka itu tidak masuk akal kalau alasan menerima tetamu YB2 pembangkang.

Untuk apa Najib takut hadapi semuanya ini kalau memang Najib tidak bersalah? 

Kalau memang Najib Razak ini seorang yang berani dan hebat, maka sila hadapi semua perkara. Berani kerana benar dan takut makna Najib bersalah.

Memang pemindahan pegawai SPRM itu suatu perbuatan yang bangang dan GILA BABI sebab jelas Najib sudah ketakutan kerana ia tahu TONG TAHI akan terbongkar dan ia akan siap ke mahkamah dan masuk penjara. Hukuk karma siap menangi kamu Najib!

Sebagai seorang pemimpin yang selalu mendedangkan ketelusan dalam kepimpinan dan ia sebagai pejuang bangsa harus berani menghadapi segala tuduhan dan tampillah ke depan sebagai anak jantan yang siap menghadapi segalanya.

Mengarah siasat pindah dan main pecat2an, itu seolah membantutkan dan melambat2kan penyiasatan menyebabkan rakyat bakal tidak percaya sistem ketelusan kerajaan dan jika ini terus dilakukan maka tidak hairan rakyat Malaysia akan bangkit memaksa Najib secara paksa turun dari kerusi PM dan terus menghantarnya ke penjara sungai buluh.

Rakyat sudah muak kesan terlalu banyak sangat gangguan pihak kerajaan arahan atasan terhadap yang berkenaan untuk menyiasat berdasarkan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Kerajaan Malaysia sekarang ini seolah seperti miliknya Najib bin Razak yang sesuka hatinya melakukan apa saja mahunya demi menyelamatkan dirinya dan keadaan ini tidak jauh bedanya kerajaan Malaysia ini seperti kerajaan Binatang.


ISMAILY BUNGSU
sabah

PENCACAI2 & PENJILAT2 UMNO BANGGA DENGAN BERITA INI ?

Posted: 07 Aug 2015 05:30 PM PDT


Zar Ali's photo.

Najib Akan Buat Apa Saja Demi "SURVIVAL POLITIK"

Posted: 07 Aug 2015 05:15 PM PDT

Pulangkan pegawai saya, ambil saya, kata orang nombor 2 SPRM OLEH MUZLIZA MUSTAFA .

Posted: 07 Aug 2015 04:30 PM PDT

TKP SPRM Mengamuk: Semakin berserabut tapi tangan besar semakin terserlah

 Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, berkata beliau menawarkan dirinya sebagai balasan kerana 2 pegawai SPRM yang dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri iaitu Pengarah Bahagian Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik Datuk Rohaizad Yaakob hanya bertindak mengikut arahannya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull hari ini meminta Putrajaya mengembalikan semua dua pegawai tingginya yang menerima arahan pemindahan ke Jabatan Perdana Menteri berkuatkuasa serta merta hari ini. Sebagai balasan, beliau menawarkan dirinya, mengatakan kedua mereka itu - Pengarah Bahagian Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik Datuk Rohaizad Yaakob - hanya bertindak mengikut arahannya.

"Pulangkan pegawai saya serta merta. Ambil saya sebagai ganti. Mereka bekerja dan bertindak mengikut arahan saya," katanya dalam satu pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider. Shukri dilaporkan berada di luar negara atas urusan rasmi. – 7 Ogos, 2015.

Laporan Malaysiakini: 'Bagi balik orang SPRM, ambil saja saya' mk - 8:44PM - 7 Aug 2015 Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull menuntut kembali dua pegawai kanannnya dipulangkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM). 




Beliau malah menawarkan dirinya sebagai ganti kerana mereka cuma bertindak atas arahan.

"Segera pulangkan kembali kedua-dua pegawai saya dan ambil saya sebagai ganti.

"Pegawai saya bertindak atas arahan saya," katanya kepadaMalaysiakini daripada luar negara. Tiada pengumuman rasmi dibuat berhubung perpindahan itu dibuat, ketika berita ini ditulis.

Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin dan pengarah komunikasi strategik badan Datuk Rohaizad Yaakob dipindah keluar ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Bahri, yang mengendalikan kes berprofil tinggi itu lantang menentang "gangguan" polis terhadap suruhanjaya dan bersumpah dengan nama Allah mahu mencari dalang-dalang yang mengarahkan penangkapan pegawainya.



Manakala Rohaizad pula semalam menerima rombongan pemimpin pembangkang yang memberikan sokongan kepada badan yang sedang menjadi sasaran siasatan, serbuan dan tangkap polis. 

Anggota-anggota SPRM disiasat susulan dakwaan kebocoran draf kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.


Posted by mountdweller

Bukan Seorang Tapi Dua Pengarah SPRM Ditukar Ke JPM Serta-merta..

Posted: 07 Aug 2015 09:00 AM PDT

Bukan seorang Pengarah dari SPRM yang ditukarkan serta-merta seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini, tapi sebenarnya dua orang yang ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri itu..

Selain dari Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin dipindahkan keluar daripada bahagian yang mengendalikan kes berprofil tinggi itu turut dipindahkan ialah Pengarah Komunikasi Strategik SPRM.

Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob dilaporkan ditukar ke Jabatan Perdana Menteri kerana masaalah disiplin.

Baca ni..

PUTRAJAYA: Two Malaysian Anti-Corruption Commission directors have been transferred to the Prime Minister's Department. 
Special operations director Datuk Bahri Mohd Zin and strategic communications director Datuk Rohaizad Yaakob were told Friday they were transferred to the PM's Department with immediate effect. 
Bahri was among those questioned by Bukit Aman police in connection with the leakage of information in the 1Malaysia Development Bhd investigations. 
Reporters stationed at the MACC headquarters here said they saw Bahri leaving the building "in a hurry."
A staff said it was a "short goodbye" from Bahri as he walked out of the building with his colleagues at around 6.30pm to his Proton Inspira. 
At around 7pm, Rohaizad was seen walking quickly to the basement car park, refusing to talk to reporters. 
"Thanks for coming here," he said before driving off in his Proton Waja. 
On Aug 3, CID officers from Bukit Aman spent two hours questioning Bahri at the commission's headquarters in Putrajaya. 
He was among several MACC directors questioned by the police the past week. 
Bahri had reportedly said he vowed to "find perpetrators who are ordering the arrests" of MACC officers. 
Sources told The Star that Rohaizad was transferred due to "disciplinary issues." 
It is believed the transfer could be due to his "soft approach" on Opposition leaders when they visited the MACC headquarters on Thursday. 
A staff, who requested anonymity, said the MACC officers cried when informed about their transfers. 
MACC is not expected to release any statement, preferring "to let these matters to be put to rest" ~


The Star Online

Muhyiddin Dedah Tembelang Najib Lagi..

Posted: 07 Aug 2015 08:30 AM PDT


Muhyiddin Dedah Tembelang Najib Lagi. Timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Datuk Seri Najib Razak enggan mendedahkan identiti individu Timur Tengah yang menderma RM2.6 bilion ke akaun perdana menteri itu.

Muhyiddin berkata, beliau bersemuka dengan Najib untuk mendapatkan penjelasan selepas The Wall Street Journal melaporkan perkara itu pada 3 Julai.

"Saya tanya dia dari mana sumbangan itu datang, dan dia (Najib) kata 'dari Timur Tengah, tetapi saya tidak boleh sebut nama'," kata Muhyiddin.

Muhyiddin berkata, Najib memberitahunya bahawa pendemra Timur Tengah itu mahu wang RM2.6 bilion tersebut dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri.

Muhyiddin Dedah Tembelang Najib Lagi

"Saya tanya dia (Najib), kenapa ia masuk ke akaun dia? Dia jawab, 'penderma beritahu saya supaya masukkan ke akaun saya'.

"Ada boleh percaya? Bila orang bagitau, percaya sajalah," kata Muhyiddin.

Muhyiddin berkata beliau hanya diberitahu mengenai deposit wang RM2.6 bilion itu selepas pendedahan WSJ.

Timbalan presiden Umno itu berkata demikian dalam ucapannya di perhimpunan agung sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagiannya, di Pagoh, Johor.
 
 
Addin

'Bos SPRM tuntut kembali pegawainya, tawar diri sendiri'

Posted: 07 Aug 2015 07:45 AM PDT

Lee Penang's photo.Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull menuntut kembali dua pegawai kanannnya dipulangkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Beliau malah menawarkan dirinya sebagai ganti kerana mereka cuma bertindak atas arahan.


"Segera pulangkan kembali kedua-dua pegawai saya dan ambil saya sebagai ganti.


"Pegawai saya bertindak atas arahan saya," katanya kepada Malaysiakini daripada luar negara.


Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin dan pengarah komunikasi strategik badan Datuk Rohaizad Yaakob dipindah keluar ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).


Bahri, yang mengendalikan kes berprofil tinggi itu lantang menentang "gangguan" polis terhadap suruhanjaya dan bersumpah dengan nama Allah mahu mencari dalang-dalang yang mengarahkan penangkapan pegawainya.


Manakala Rohaizad pula semalam menerima rombongan pemimpin pembangkang yang memberikan sokongan kepada badan yang sedang menjadi sasaran siasatan, serbuan dan tangkap polis.


Anggota-anggota SPRM disiasat susulan dakwaan kebocoran draf kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

TERKINI - Bos Operasi Khas Dikeluarkan Dari SPRM

Posted: 07 Aug 2015 07:00 AM PDT



Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin dipindahkan keluar daripada bahagian yang mengendalikan kes berprofil tinggi itu.

Difahamkan pegawai kanan yang lantang menentang "gangguan" polis terhadap suruhanjaya itu dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Ketika dihubungi Malaysiakini, Bahri enggan mengulas perkara itu.

"Saya tak hendak komen banyak, nanti (dipindahkan) entah ke mana pula," katanya.

Perpindahan keluar Bahri dilihat bakal menimbulkan tanggapan ia dibuat susulan kenyataan lantangnya yang tidak senang dengan langkah polis.

Bahri pada Rabu lalu bersumpah dengan nama Allah untuk memburu dalang-dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu sampai ke lubang cacing.

Beliau juga mengingatkan 'dalang-dalang' itu bahawa kuasa yang mereka ada tidak sebesar mana.

"Kamu ada kuasa sedikit saja tapi saya ada Allah," katanya yang baru selesai menunaikan solat hajat ketika dihubungi Malaysiakini.

Bahri pada hari ini mengulas siasatan terbaru polis terhadap dua lagi pegawai SPRM, termasuk pegawai yang menyiasat bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Polis menyiasat dakwaan kebocoran draf kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan kes derman RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

- mkini


Bos SPRM cuti atas sebab kesihatan

Posted: 07 Aug 2015 06:15 AM PDT


 
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed kini bercuti atas sebab kesihatan.

Isu itu telah dilaporkan di beberapa blog, tetapi satu sumber mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa ia adalah benar.

Abu Kassim, 55, dikatakan mengalami masalah kesihatan itu dan akan menjalani satu pembedahan yang berisiko.

Spekulasi telah bertiup kencang mengenai ketiadaannya ketika pihak polis menyiasat beberapa pegawai SPRM yang berkaitan dengan siasatan terhadap SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Spekulasi berhubung ketiadaannya muncul ketika polis menyoal siasat, menyerbu pejabat, menahan dan mereman anggota mereka atas dakwaan kebocoran maklumat.

SPRM, yang turut menyiasat penyaluran RM2.6 bilion ke akaun Datuk Seri Najib, SRC International, menganggap tindakan itu mengganggu tugas mereka.

Timbalan Abu Kassim, Datuk Mohd Shukri Abdull (gambar) juga sedang mengikuti satu kursus di luar negara.

Wartawan veteran, Datuk Aharuddin Atan, yang mengendalikan blog Rocky Bru, adalah antara mereka yang menulis tentang keadaan kesihatan Abu Kassim.

Jangan Musnahkan Intergriti Institusi Kita - Anwar Ibrahim

Posted: 07 Aug 2015 05:30 AM PDT


KENYATAAN MEDIA DS ANWAR IBRAHIM -

Jangan musnahkan integriti institusi kita

"Saya menggesa Perdana Menteri Dato' Sri Najib untuk menghentikan segala tindakan mengganggu dan mengancam pegawai-pegawai siasatan agensi kawal selia negara.

Saya merujuk secara khusus bagaimana anggota PDRM diguna untuk menangkap, menyoal siasat malah juga mereman anggota-anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), termasuk mereka yang terlibat di dalam siasatan bagaimana RM 42billion wang rakyat melalui SRC International dimasukkan ke akaun peribadi DS Najib di AmBank.

Terdapat juga tanda-tanda bahawa Bank Negara, yang merupakan institusi kawal selia yang teramat penting, juga sedang diancam.

Amatlah mustahak bagi negara dan keadaan ekonomi agar Bank Negara terus dilihat sebagai sebuah badan yang bebas, profesional dan berintegriti.

Bank Negara wajib dibenarkan menjalankan tugas-tugas tanpa kekangan terutama di dalam aspek pengesanan dan pencegahan pengubahan dan aliran wang haram.

Jika Bank Negara dilihat cuai dan tidak cekap menjalankan tugas akibat gangguan politik, maka ekonomi negara akan mengalami kesan yang amat serius. Rakyat Malaysia perlu bersatu dalam memberi sokongan terhadap SPRM dan Bank Negara untuk menjamin institusi-institusi ini selamat dari gangguan politik.

Saya menggesa agar semua rakyat Malaysia, Ahli-Ahli Parlimen dari semua parti, NGO dan masyarakat sivil mengetepikan perbezaan dan bersatu untuk menyelamatkan negara kita dari krisis politik dan ekonomi yang melanda kita sekarang." Anwar Ibrahim

Sharpshooter.

Najib Makin Tersepit.. MT Umno Pula Buat Pendedahan

Posted: 07 Aug 2015 04:45 AM PDT



Najib Makin Tersepit.. MT Umno Pula Buat Pendedahan. Susulan pendedahan derma RM2.6 bilion disalurkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Shahrir Samad berkata, Majlis Tertinggi (MT) Umno tidak pernah bertanya, dan ahlinya tidak pernah diberi taklimat mengenai sebarang sumbangan politik kepada akaun pemegang amanah presiden atau bendahari parti.

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) yang juga ahli MT itu dipetik blog pro Umno MyKMU.net sebagai berkata, MT dan jawatankuasa perhubungan negeri parti tidak pernah diberitahu mengenai apa-apa sumbangan atau derma politik yang diterima.

"Selama saya duduk dalam MT Umno dan Jawatankuasa Perhubungan Umno Negeri Johor, soal derma tidak pernah dibangkit atau didedahkan kepada ahli MT dan perhubungan negeri," kata ahli politik yang menganggotai MT sejak zaman bekas presiden Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Selain harta dan sumber pendapatan sedia ada, parti mempunyai kepercayaan kepada presiden, pengerusi Perhubungan Umno Negeri dan bendahari untuk mencari sumber kewangan bagi membiayai aktiviti politik dan pilihan raya," katanya dipetik berkata kepada portal itu.

Najib Makin Tersepit.. MT Umno Pula Buat Pendedahan

Pada Isnin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Najib sebagai sumbangan derma, bukan wang pelabur strategik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Agensi anti rasuah itu juga mengesahkan penderma berkenaan dari Timur Tengah tetapi tidak menamakannya. Ia juga berkata akan meminta Najib tampil memberikan penjelasan mengenai sumbangan itu.

Dakwaan mengenai wang sebanyak RM2.67 bilion dalam akaun Najib pertama kali muncul pada 2 Julai dalam satu laporan The Wall Street Journal (WSJ), memetik dokumen daripada penyiasat Malaysia.

WSJ berkata sumber dana itu tidak diketahui, tetapi ia diterima melalui entiti berkaitan 1MDB dalam pelbagai tranche dan yang terbesar sebanyak AS$681 juta yang disalurkan kepada akaun Najib pada Mac 2013, menjelang pilihan raya umum pada Mei tahun sama.

Perdana menteri menafikan mengambil dana 1MDB untuk kegunaan peribadi, tetapi tidak secara langsung menjawab mengenai pemindahan dana itu.

Salleh Keruak - Kerajaan Akan Pinda Undang-Undang Siber Kawal Media Sosial

Posted: 07 Aug 2015 04:00 AM PDT


Menteri baru sudah memastikan keberkesanan kemelut kerajaan menerusi laporan The Star Online. Perdana Menteri juga mencadangkan supaya undang-undang siber dipinda bagi mensyaratkan pendaftaran portal berita didaftarkan.

Dalam laporan itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak memberitahu bahawa perkara itu sudahpun dalam peringkat kajian.

Katanya, beberapa model termasuk yang digunakan di Singapura kini dalam pertimbangan kerajaan.

"Saya bertemu dengan pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk mengkaji cadangan itu," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Dilaporkan, portal dengan lebih 50,000 pengunjung unik setiap bulan berdasarkan model yang digunakan Singapura perlu memohon lesen daripada Media Development Authority (MDA) negara itu.

Seterusnya, pengendali portal berkenaan perlu membuat pembayaran deposit bon sebanyak SG$50,000 bond kepada MDA. Namun, sekiranya pengendali portal itu tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan, deposit tersebut tidak akan dipulangkan.

Bagaimanapun, Mohd Salleh berkata, cadangan pindaan tersebut langsung tidak berkait rapat dengan skandal 1MDB sepertimana yang sedang hebat diperkatakan menerusi laman media dalam talian.

"Tiada kena mengena dengan perkara itu. Kita mahu pindaan menyeluruh. Undang-undang itu diperkenalkan pada 1998, sejak itu terdapat banyak perkembangan."

"Kita mesti ambil kira perkembangan ini. Banyak negara sudah meminda undang-undang siber mereka untuk memastikan media sosial tidak mencetus masalah," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Jelasnya lagi, cadangan pindaan itu bakal dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang pada Oktober depan.

Mengenai sekatan akses ke laman Sarawak Report pula, beliau berkata, Kerajaan tidak akan membatalkankannya.

- UtaraNews.com.

Tan Sri Muhyiddin - Polis Jangan Ganggu Urusan SPRM

Posted: 07 Aug 2015 03:15 AM PDT


Zar Ali's photo.

Bekas timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata polis tidak sepatutnya campur tangan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas SRC International.

Katanya, polis sepatutnya bertindak dengan berhemah sekiranya mahu menyiasat mengenai dakwaan kebocoran maklumat SPRM.

"Jumpalah bos, bincang sahaja. Siasat cara tertib berhemah, jangan sampai terang-terang," katanya
"Setiap agensi ada tugas masing-masing. Mesti diberi sepenuh kebebasan pada SPRM, polis, Bank Negara Malaysia, Peguam Negara.

"Jangan campur tangan. Apa hasil dari kerja mereka, sama ada baik atau tidak baik kita hendak tahu," katanya.


- mkini


Posted by Jeebond BLM

KENAPA BERAHSIA ? Muhyiddin: PM enggan dedah identiti penderma

Posted: 07 Aug 2015 02:25 AM PDT

Muhyiddin Bersuara Lagi Perihal RM2.6 Billion





Timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Datuk Seri Najib Razak enggan mendedahkan identiti individu Timur Tengah yang menderma RM2.6 bilion ke akaun perdana menteri itu.

Muhyiddin berkata, beliau bersemuka dengan Najib untuk mendapatkan penjelasan selepasThe Wall Street Journal melaporkan perkara itu pada 3 Julai.

"Saya tanya dia dari mana sumbangan itu datang, dan dia (Najib) kata 'dari Timur Tengah, tetapi saya tidak boleh sebut nama'," kata Muhyiddin.

Muhyiddin berkata, Najib memberitahunya bahawa pendemra Timur Tengah itu mahu wang RM2.6 bilion tersebut dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri.

"Saya tanya dia (Najib), kenapa ia masuk ke akaun dia? Dia jawab, 'penderma beritahu saya supaya masukkan ke akaun saya'.

"Ada boleh percaya? Bila orang bagitau, percaya sajalah," kata Muhyiddin.

Muhyiddin berkata beliau hanya diberitahu mengenai deposit wang RM2.6 bilion itu selepas pendedahan WSJ.

Timbalan presiden Umno itu berkata demikian dalam ucapannya di perhimpunan agung sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagiannya, di Pagoh, Johor.

- mkini