Khamis, 6 Ogos 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Ada kambing hitam bakal mengaku jadi penderma Najib, kata veteran Umno OLEH NABIHAH HAMID

Posted: 06 Aug 2015 10:15 PM PDT

 Zar Ali's photo. Bekas menteri pertanian Tan Sri Sanusi Junid berkata seorang kambing hitam dijangka akan mengaku menderma kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan pasti ia seorang warga asing.

Bekas menteri pertanian Tan Sri Sanusi Junid berkata seorang kambing hitam dijangka akan mengaku menderma kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan pasti ia seorang warga asing. 

Seorang veteran Umno menyifatkan kenyataan pihak berkuasa mengesahkan wang berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun perdana menteri adalah ehsan derma tidak mengejutkan dan sudah diduga.

Malah, beliau mendakwa, sudah dapat dijangkakan bakal ada individu yang "menjadi kambing hitam" yang akan mengaku mendermakan wang tersebut untuk menjernihkan keadaan.

Tetapi, bekas menteri pertanian Tan Sri Sanusi Junid berkata, beliau berpendapat wang itu bukan disumbangkan ahli Umno atau warga Malaysia, tetapi pasti dibuat warga asing di luar negara.

"Ia sudah dijangka dan bukan satu kejutan, saya pasti mereka akan mencari individu yang kaya mengakui mendermanya," kata Sanusi melalui satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.

Beliau turut mengatakan, tidak mungkin hanya seorang sahaja yang menderma wang sebanyak itu.

"Yang jelas ialah, kalau rakyat Malaysia yang derma, tidak mungkin seorang sahaja. Yang ada berbilion pun tidak mampu menderma sebanyak itu," kata bekas menteri yang berkhidmat di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Pada masa sama, beliau yang pernah menjadi menteri besar Kedah turut menamakan beberapa nama individu yang kaya sebagai contoh.

"Kenalah cari orang luar negara seperti Sultan Brunei, Bill Gates, Warren Buffet atau yang sekaya itu. Atau pun raja-raja Arab dan anak-anak mereka.

"Orang berniaga tidak mungkin derma sebanyak itu tanpa dapat sesuatu. Itu bukan derma namanya.
"Kecuali kita upah dengan lumayan seseorang yang sanggup mengaku dia yang menderma. Tetapi kenalah yang boleh dipercayai," katanya.

Sanusi turut sinis dengan mendakwa hanya mereka yang mencapai keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) yang tinggi di universiti akan "digunakan" untuk mencari individu yang sanggup menjadi kambing hitam.

"Kenalah pakai tokoh yang CGPA 3.85 untuk mencari penderma ini," katanya yang melahirkan keyakinan derma tersebut bukan dibuat ahli Umno, kerana pada kebiasaannya, yuran tahunan parti mereka sendiri dibayar ketua bahagian.

Isnin lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan RM2.6 bilion yang didakwa disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memang wujud.

Bagaimanapun, ia bukan wang dari syarikat milik Kementerian Kewangan yang sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau entiti berkaitan dengannya seperti dakwaan pihak tertentu bulan lalu.

Menurut SPRM, wang itu ialah sumbangan derma politik yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib.
Semalam, badan anti rasuah itu mengeluarkan satu lagi kenyataan menyatakan ia sudah mengenal pasti penderma itu yang merupakan seorang dari Timur Tengah tetapi tidak mendedahkan identitinya.

Ia juga mengatakan Najib akan dipanggil bagi memberi penjelasan mengenai perkara itu.
 


http://www.themalaysianinsider.com/
Like   Comment  

Pemuda BN setuju SPRM perlu panggil Najib jelaskan RM2.6 bilion OLEH YASMIN RAMLAN

Posted: 06 Aug 2015 09:30 PM PDT




Ketua Pemuda Barisan Nasional Khairy Jamaluddin Abu Bakar (tengah, duduk) semasa di sidang media selepas mesyuarat exco Pemuda di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Pemuda Barisan Nasional Khairy Jamaluddin Abu Bakar (tengah, duduk) semasa di sidang media selepas mesyuarat exco Pemuda di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Pemuda Barisan Nasional Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menyatakan persetujuannya yang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus memanggil perdana menteri tampil menjelaskan sumbangan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya.

Katanya, SPRM mesti bertindak bebas dan bersetuju yang dengan mendapatkan penjelasan Datuk Seri Najib Razak, ia akan memberi gambaran yang lebih jelas berhubung kontroversi yang timbul.

"Kalau perlu keterangan perdana menteri sendiri untuk bantu siasatan supaya lebih menyeluruh. Ini bukti SPRM menjalankan siasatan tanpa 'fear or favour' (rasa takut atau menyebelahi mana-mana pihak)," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda BN di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

"Tindakan SPRM itu mestilah berterusan sehingga agensi bebas itu dapat membuktikan satu gambaran yang lebih jelas kepada rakyat Malaysia tentang apa sebenarnya yang berlaku," kata Khairy yang juga ketua Pemuda Umno.

Katanya, jika presiden parti itu perlu berbuat demikian untuk membantu SPRM menjalankan siasatan, rakyat boleh percaya yang tiada apa yang hendak disembunyikan dan siasatan itu bersifat telus.

SPRM semalam mengumumkan mengenal pasti penderma dari Timur Tengah yang menyumbangkan sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib, tetapi tidak menamakan individu berkenaan.

Agensi anti-rasuah itu berkata, ia akan memanggil perdana menteri untuk tampil memberikan penjelasan mengenai sumbangan itu.

Khairy kelmarin berkata, Najib sebagai presiden Umno tidak melakukan sebarang jenayah dengan menerima sumbangan itu bagi pihak parti.

"Di Malaysia, tidak ada undang-undang melarang parti politik daripada menerima sumbangan daripada penyokongnya," Khairy dipetik sebagai berkata portal berita Malaysiakini.

Pemimpin pembangkang dan wakil masyarakat sivil bagaimanapun berkata, perbuatan Najib itu melanggar undang-undang kerana Akta SPRM mentakrifkan derma dan hadiah sebagai suapan, dan pemegang jawatan awam tidak boleh menerima wang tersebut.

Akta itu juga menyatakan sebarang bentuk suapan yang diterima dianggap rasuah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya. – 6 Ogos, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Pemuda BN setuju SPRM perlu panggil Najib jelaskan RM2.6 bilion

 Ketua Pemuda Barisan Nasional Khairy Jamaluddin Abu Bakar (tengah, duduk) semasa di sidang media selepas mesyuarat exco Pemuda di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 6 Ogos, 2015. Ketua Pemuda Barisan Nasional Khairy Jamaluddin Abu Bakar (tengah, duduk) semasa di sidang media selepas mesyuarat exco Pemuda di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 6 Ogos, 2015.Ketua Pemuda Barisan Nasional Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menyatakan persetujuannya yang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus memanggil perdana menteri tampil menjelaskan sumbangan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya.
Katanya, SPRM mesti bertindak bebas dan bersetuju yang dengan mendapatkan penjelasan Datuk Seri Najib Razak, ia akan memberi gambaran yang lebih jelas berhubung kontroversi yang timbul.
"Kalau perlu keterangan perdana menteri sendiri untuk bantu siasatan supaya lebih menyeluruh. Ini bukti SPRM menjalankan siasatan tanpa 'fear or favour' (rasa takut atau menyebelahi mana-mana pihak)," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda BN di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

"Tindakan SPRM itu mestilah berterusan sehingga agensi bebas itu dapat membuktikan satu gambaran yang lebih jelas kepada rakyat Malaysia tentang apa sebenarnya yang berlaku," kata Khairy yang juga ketua Pemuda Umno. Katanya, jika presiden parti itu perlu berbuat demikian untuk membantu SPRM menjalankan siasatan, rakyat boleh percaya yang tiada apa yang hendak disembunyikan dan siasatan itu bersifat telus.
SPRM semalam mengumumkan mengenal pasti penderma dari Timur Tengah yang menyumbangkan sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib, tetapi tidak menamakan individu berkenaan.
Agensi anti-rasuah itu berkata, ia akan memanggil perdana menteri untuk tampil memberikan penjelasan mengenai sumbangan itu.
Khairy kelmarin berkata, Najib sebagai presiden Umno tidak melakukan sebarang jenayah dengan menerima sumbangan itu bagi pihak parti.
"Di Malaysia, tidak ada undang-undang melarang parti politik daripada menerima sumbangan daripada penyokongnya," Khairy dipetik sebagai berkata portal berita Malaysiakini.
Pemimpin pembangkang dan wakil masyarakat sivil bagaimanapun berkata, perbuatan Najib itu melanggar undang-undang kerana Akta SPRM mentakrifkan derma dan hadiah sebagai suapan, dan pemegang jawatan awam tidak boleh menerima wang tersebut.
Akta itu juga menyatakan sebarang bentuk suapan yang diterima dianggap rasuah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya. – 6 Ogos, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemuda-bn-setuju-sprm-perlu-panggil-najib-jelaskan-rm2.6-bilion#sthash.fJz1QZXD.dpuf

Kampung dikepung selepas serangan bom

Posted: 06 Aug 2015 09:00 PM PDT

Lebih 150 anggota pasukan keselamatan mengepung kawasan berhampiran Kampung Sompoi, Bachok, di Narathiwat selepas insiden pengeboman yang menggorbankan dua tentera laut.

Komander Tentera Laut, Kapten Noppadol Titawattana-sakul, mengerahkan pasukan keselamatan itu bersama anjing pengesan mengepung kawasan kampung tersebut untuk memburu orang yang bertanggungjawab ke atas insiden berkenaan.

Dalam insiden pengeboman pukul 7.05 pagi semalam, sasarannya adalah tentera laut yang bertugas mengawal keselamatan jalan raya di Kampong Sompoi.

Dua anggota tentera laut terkorban dan dua lagi cedera.

Ketua Polis Daerah Bachok, Kol Patta Madawa berkata bom buatan sendiri seberat 25 kg itu dipasang dalam tong gas memasak yang diletakkan di tepi jalan dan diaktif dengan menggunakan walkie-talkie.

Beliau berkata sasaran bom itu adalah lapan anggota tentera laut yang menaiki sebuah pikap dan kekuatan bom telah merosakkan kenderaan tersebut.

Patta berkata polis percaya kumpulan yang mendalangi pengeboman kali ini adalah dipimpin Ramlee Kacaekaso, seorang pemimpin gerakan yang aktif di Bachok, Narathiwat.


Dalam kejadian berasingan, dua anggota pasukan keselamatan wanita cedera ditembak ketika menaiki motosikal di Kg Bendan Nako, Srisakorn, Narathiwat.   
 
 
 
Bernama

'Kematian 4 rakyat M'sia kemalangan tragik'

Posted: 06 Aug 2015 08:30 PM PDT

 

Koroner Negara, Marvin Bay memutuskan semalam bahawa kematian empat rakyat Malaysia dalam kebakaran di asrama pekerja asing di Geylang akhir tahun lepas ialah 'akibat kemalangan tragik', lapor stesen televisyen Channel NewsAsia (CNA).

Dalam kejadian awal pagi pada 6 Disember lepas, mangsa Jubitol Rumanjing, 37, Ramu Kotiah, 50, dan Yusoff Masrong, 49, meninggal dunia di tempat kejadian sementara Maslan Musundo, 43, meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Tan Tock Seng.

Keempat-empat mereka bekerja di Singapura sebagai tukang cuci dan tinggal di sebuah unit tiga tingkat yang telah diubah suai sebagai asrama.

Televisyen tempatan melaporkan Peter Awat, yang berkongsi bilik dengan keempat-empat mangsa, tersedar daripada tidur apabila mendengar jeritan Ramu.

Peter berkata dia melarikan diri walaupun Maslan memberitahunya supaya jangan berganjak.

Beliau berkata keempat-empat mereka memutuskan untuk terus berada dalam bilik dan menunggu bantuan tiba, kerana takut cedera akibat kebakaran, yang merebak hingga ke koridor.

Sekurang-kurangnya 20 penghuni yang lain, yang terjaga selepas terdengar jeritan rakan-rakan mereka, sempat melarikan diri. Kempat-empat mangsa ditemui dalam salah satu bilik di rumah tersebut.

Tiga daripada mereka terbaring di atas lantai dengan muka ke atas dan mangsa keempat dijumpai terduduk di penjuru bilik dengan menutup kepalanya dengan kain selimut.

CNA melaporkan bahawa bedah siasat menunjukkan bahawa mereka mati akibat penyedutan asap, dan tiada kesan terbakar pada tubuh badan mereka.

Adalah dipercayai bahawa asap memasuki bilik melalui ruang ventilasi, lubang di sekitar pintu dan melalui panel kaca, akhirnya menyebabkan mereka mati.

Siasatan oleh pasukan Siasatan Kebakaran Pasukan Pertahanan Awam Singapura menunjukkan bahawa kebakaran adalah berpunca daripada unsur-unsur elektrik.

Apabila inkuiri terhadap kematian mereka selesai, Bay merakamkan "ucapan takziah yang mendalam" kepada keluarga mangsa termasuk saudara kepada salah seorang mangsa, yang melecur pada tubuh badannya.

Bay berkata tragedi itu memberi peringatan bahawa perkara terbaik ialah melarikan diri daripada tempat kebakaran dan adalah amat berbahaya untuk terus berada dalam bangunan itu untuk menunggu bantuan tiba.

Beliau berkata ruang kesempatan untuk melarikan mungkin sempit.

"Amat malang sekali keempat-empat mangsa akhirnya mengambil keputusan secara tragik untuk terus berada dalam rumah yang terbakar itu, CNA memetik Bay sebagai
berkata.

- Bernama

Jawapan Nur Jazlan Tidak Bertanggungjawab

Posted: 06 Aug 2015 08:00 PM PDT


Zar Ali's photo. KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf kecewa dengan sikap Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mengelak daripada menjawab pertanyaan wartawan mengenai isu wang derma berjumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Saya fikir jawapan dia tidak bertanggungjawab. Saya kecewa," katanya kepada Astro AWANI.

Katanya, sebagai bekas Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Nur Jazlan sepatutnya memikirkan jawapan lebih sesuai daripada memberikan alasan enggan mengulas kerana sudah tidak lagi menganggotai PAC.

"Beliau (Nur Jazlan) perlu tahu memberi jawapan yang lebih bijak daripada mengelak menjawab pertanyaan para wartawan.

"Sebagai bekas Pengerusi PAC, kita ingin mendengar cadangan bernas daripadanya," ujar Yusmadi.
Yusmadi juga turut mempersoalkan tindakan Nur Jazlan yang disifatkan seperti 'cuci tangan' selepas ditawarkan jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri yang baharu.

Ini memandangkan Nur Jazlan sepatutnya menyelesaikan beberapa perkara membabitkan PAC sebelum menerima tawaran jawatan di dalam kabinet.

"Selain berdepan masalah kepimpinan, mengapa dia terima tawaran jawatan itu. Sepatutnya selesaikan isu dihadapi PAC. Selesaikan unfinished businessterlebih dahulu," katanya lagi.

Yusmadi mencadangkan satu Suruhanjaya Diraja (RCI) diwujudkan bagi menyelesaikan siasatan membabitkan syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development (1MDB) dan SRC International.

Sebelum ini, Nur Jazlan yang ditemui wartawan memaklumkan beliau merasakan kurang sesuai untuk mengulas mengenai perkara membabitkan siasatan PAC.

Beliau pada masa sama berharap pengerusi PAC yang baharu dapat melakukan tugas dengan baik dan menyelesaikan isu berbangkit dengan segera.


Posted by Jeebond BLM

ZAHID PERLU HENTIKAN GANGGUAN POLIS KEPADA SPRM, SIASAT BOCOR MAKLUMAT KEMUDIAN

Posted: 06 Aug 2015 07:15 PM PDT


Isu derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib Razak bukan lagi sekadar isu politik yang memanaskan topik perbualan dalam masyarakat dan sama ada salah atau betul perbuatan itu, tetapi telah menjadi perkara yang meruntuhkan sebahagian sistem dalam pentadbiran negara.

Disebabkan wang tersebut, SPRM dan PDRM saling berbalah dan seolah-olah sedang bermusuh, manakala Jabatan Peguam Negara yang berhak terhadap sesuatu pendakwaan pula semakin tidak diyakini oleh masyarakat berikutan Gani Patail tiba-tiba disingkirkan daripada jawatannya.

Walaupun SPRM sudah membersihkan nama Najib berhubung sumbangan RM2.6 bilion yang diterimanya dengan mentaktifkannya sebagai derma, tetapi badan itu masih lagi menyiasat berkaitan SRC Internanational Sdn Bhd yang turut menyumbang sebahagian daripada jumlah tersebut.

Melalui pendedahan The Wall Street Journal sebelum ini, SRC International Sdn Bhd, sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan didakwa menyalurkan RM50 juta kepada sebuah syarikat subsidiarinya,

Gandingan Mentari Sdn Bhd, yang kemudian disumbangkan kepada Ihsan Perdana Sdn Bhd dengan jumlah yang sama. Ihsan Perdana yang merupakan syarikat berkaitan perlaksanaan tanggungjawab sosial bagi 1MDB kemudian menyalurkan pula sebanyak RM42 juta ke dalam akaun peribadi Najib. RM8 juta lagi dikekalkan dalam akaun syarikat itu.

Siasatan terhadap SRC International dan kaitannya dengan Najib ialah berikutan syarikat itu telah dibantu mendapatkan dana Kumpulan Wang Amanah Pencen sebanyak RM4 bilion sebelum ini.

Sumbangan RM50 juta kepada Ihsan Perdana dan RM42 juta daripadanya dimasukkan ke akaun Najib didakwa kerana bantuan pinjaman yang diperolehinya itu. Ini bermakna secara tidak langsung daripada RM2.6 bilion itu terdapat sebahagian kecil wang berkaitan 1MDB iaitu RM42 juta manakala AS$681 juta lagi dimasukkan daripada luar negara melalui Falcon Private Bank. 



Dalam pasukan petugas khas yang ditubuhkan sebelum ini, SPRM bertanggungjawab menyiasat unsur-unsur rasuah berkaitan SRC International ini, termasuk juga sudah menahan reman CEO Ihsan Perdana, Dr Shamsul Anwar Sulaiman.

Walaupun pasukan petugas khas sudah dibubarkan oleh Peguam Negara yang baru Apandi Ali, tetapi SPRM tetap menyatakan tugas mereka menyiasat kes berkaitan SRC International belum berakhir dan berazam untuk menyelesaikannya dengan telus dan adil. SPRM juga berpegang kepada Seksyen 72 Akta SPRM 2009 yang memberikan kekebalan undang-undang kepada pegawainya dalam menjalankan siasatan berkaitan kesalahan di bawah akta tersebut memandangkan penyiasatan yang dijalankan adalah dengan suci hati.

Bagaimanapun, belum pun SPRM habis melaksanakan tugasnya itu, beberapa pegawai dan kakitangan mereka telah ditahan oleh pihak polis atas dakwaan membocorkan maklumat.

Maklumat bocor yang sedang disiasat itu ialah berkaitan perbankan dan deraf kertas pertuduhan terhadap Najib oleh Sarawak Report baru-baru ini.

Tiadanya siasatan berkaitan maklumat palsu memberi andaian kepada umum bahawa segala pendedahan yang tersebar sebelum ini, termasuk deraf kertas pertuduhan, adalah benar dan sahih.

Melalui penahanan dan serbuan terhadap sembilan pegawai SPRM setakat ini, bukan saja mereka disoal siasat, bahkan dokumen dan komputer riba turut dirampas oleh polis.

Rumah juga turut diserbu. Ini bukan saja menimbulkan takrifan sebagai gangguan dan ancaman, bahkan seperti menghalang SPRM daripada meneruskan tugas mereka.

Meskipun Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar mempertahankan tindakan mereka dengan alasan untuk sama-sama mencari kebenatan, namun SPRM tetap rasa terganggu.

Sebab Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Mustafar Ali secara terbuka menyatakan rasa kesalnya atas tindakan polis itu kerana ia menjejaskan penyiasatan mereka.

Yalah...kalau dokumen dan komputer sudah dirampas, tentunya siasatan jadi terbantut dan tergendala. Keadilan juga sukar ditegakkan kerana bukti-bukti sudah tiada lagi dalam tangan, kecuali jika SPRM ada menyimpan salinannya di tempat lain yang lebih selamat.

Dalam hal ini, tidak menghairankan apabila SPRM mendapat simpati masyarakat yang melimpah. Selain dikunjungi pemimpin pembangkang untuk menyatakan sokongan moral, luahan di internet menyokong SPRM agar meneruskan tugas dengan telus dan adil juga datang bertalu-talu. 






Betapa SPRM seperti sudah hilang daya dalam melaksanakan tanggungjawab kerana gangguan pihak polis ini sehingga terpaksa mengadakan solat hajat memohon petunjuk dan kekuatan daripada Tuhan.

Pengarah Operasi Khas SPRM, Bahri Mohamad Zain, dengan marah bersumpah untuk mencari dalang yang mengarahkan penahanan pegawainya itu sehingga ke lubang cacing selepas ini.

Sambil menganggap tindakan polis sebagai "kerja gila", beliau berkata, ia tidak mungkin berlaku tanpa arahan seseorang.

Dengan rosak dan runtuhnya sebahagian sistem bernegara melalu perbalahan terbuka antara kedua agensi itu, semuanya kerana isu RM2.6 bilion, langkah terbaik yang harus diambil ialah menghentikan segera tangkapan, penahanan dan serbuan oleh polis terhadap SPRM. SPRM harus diberi ruang melakukan tugas penyiasatannya terhadap SRC International terlebih dahulu sebelum tindakan lain mahu diambil terhadap mereka.

Jika ada kes, terserahlah kepada Peguam Negara mengambil tindakan seterusnya, manakala jika tiada kes ia mesti diumumkan sebab-sebabnya. Selepas habis tugas SPRM itu, barulah polis sepatutnya menjalankan tugasnya mengenai kebocoran maklumat sama ada berkaitan deraf pertuduhan, perbankan mahu pun melibatkan aktiviti mengganggu demokrasi berparlimen.

Ketika itu bukan saja SPRM, malah Bank Negara dan Jabatan Peguam Negara juga boleh disiasat. Tetapi apabila polis melakukan penahanan di ketika SPRM sedang menjalankan tugasnya, ia tentulah dianggap mengganggu tugas agensi pembanteras rasuah itu serta dilihat seolah-olah mahu melindungi Perdana Menteri.

Lebih buruk lagi ialah sebelum wujudnya gangguan terhadap SPRM ini, Gani Patail telah pun disingkirkan beberapa jam sebelum Muhyiddin Yassin dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dengan ini, dalam pasukan petugas khas yang dianggotai oleh empat agensi itu, hanya Bank Negara saja belum dikacauganggu, meskipun semakin kuat desas-desus Zeti Akhtar Aziz bakal ditukar sebagai Gabenor Bank Negara.

Demi memulihkan imej negara dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan, Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap polis, haruslah segera mengeluarkan arahan kepada PDRM agar menghentikan siasatan, penahanan serta serbuan terhadap SPRM ini.

Sesuai dengan kuasa dan peranan SPRM sebagai badan bebas setelah dinaiktaraf daripada Badan Pencegah Rasuah, ia semestinya dibiarkan menjalankan tugasnya tanpa sebarang gangguan.

Kacauganggu oleh polis bukan saja memburukkan imej pemimpin dan kerajaan, malah menyebabkan kebosanan di kalangan rakyat.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri yang ada sedikit sebanyak asas agama dan mungkin lebih takutkan Tuhan berbanding Najib, Zahid wajib membuktikan dirinya tidak hilang jati diri meskipun setelah diberikan jawatan tinggi.

Kegagalan Zahid berbuat demikian akan menyebabkan beliau juga dilihat semacam ingin melindungi dan mempertahankan sama Perdana Menteri yang semakin dibenci dan dijauhi ketika ini.

Kakitangan kerajaan yang ingin melaksanakan tugas dengan jujur, adil dan amanah demi kepentingan negara seharusnya dilindungi serta diberi galakan, bukannya ditekan dalam menegakkan keadilan.

Malaysia akan menuju kehancuran dan kemusnahan jika kerosakan sistem dalam negara ini tidak segera dibendung sebagaimana runtuhnya banyak negara sebelum ini dan Zahid yang menjaga polis akan sama-sama tenggelam jika gagal berbuat apa-apa memulihkan kerosakan yang berpunca daripada Najib ini.


Rakyat Marhaen.

Jumaat, 7 Ogos 2015 ZAHID PERLU HENTIKAN GANGGUAN POLIS KEPADA SPRM, SIASAT BOCOR MAKLUMAT KEMUDIAN Isu derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib Razak bukan lagi sekadar isu politik yang memanaskan topik perbualan dalam masyarakat dan sama ada salah atau betul perbuatan itu, tetapi telah menjadi perkara yang meruntuhkan sebahagian sistem dalam pentadbiran negara. Disebabkan wang tersebut, SPRM dan PDRM saling berbalah dan seolah-olah sedang bermusuh, manakala Jabatan Peguam Negara yang berhak terhadap sesuatu pendakwaan pula semakin tidak diyakini oleh masyarakat berikutan Gani Patail tiba-tiba disingkirkan daripada jawatannya. Walaupun SPRM sudah membersihkan nama Najib berhubung sumbangan RM2.6 bilion yang diterimanya dengan mentaktifkannya sebagai derma, tetapi badan itu masih lagi menyiasat berkaitan SRC Internanational Sdn Bhd yang turut menyumbang sebahagian daripada jumlah tersebut. Melalui pendedahan The Wall Street Journal sebelum ini, SRC International Sdn Bhd, sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan didakwa menyalurkan RM50 juta kepada sebuah syarikat subsidiarinya, Gandingan Mentari Sdn Bhd, yang kemudian disumbangkan kepada Ihsan Perdana Sdn Bhd dengan jumlah yang sama. Ihsan Perdana yang merupakan syarikat berkaitan perlaksanaan tanggungjawab sosial bagi 1MDB kemudian menyalurkan pula sebanyak RM42 juta ke dalam akaun peribadi Najib. RM8 juta lagi dikekalkan dalam akaun syarikat itu. Siasatan terhadap SRC International dan kaitannya dengan Najib ialah berikutan syarikat itu telah dibantu mendapatkan dana Kumpulan Wang Amanah Pencen sebanyak RM4 bilion sebelum ini. Sumbangan RM50 juta kepada Ihsan Perdana dan RM42 juta daripadanya dimasukkan ke akaun Najib didakwa kerana bantuan pinjaman yang diperolehinya itu. Ini bermakna secara tidak langsung daripada RM2.6 bilion itu terdapat sebahagian kecil wang berkaitan 1MDB iaitu RM42 juta manakala AS$681 juta lagi dimasukkan daripada luar negara melalui Falcon Private Bank. Dalam pasukan petugas khas yang ditubuhkan sebelum ini, SPRM bertanggungjawab menyiasat unsur-unsur rasuah berkaitan SRC International ini, termasuk juga sudah menahan reman CEO Ihsan Perdana, Dr Shamsul Anwar Sulaiman. Walaupun pasukan petugas khas sudah dibubarkan oleh Peguam Negara yang baru Apandi Ali, tetapi SPRM tetap menyatakan tugas mereka menyiasat kes berkaitan SRC International belum berakhir dan berazam untuk menyelesaikannya dengan telus dan adil. SPRM juga berpegang kepada Seksyen 72 Akta SPRM 2009 yang memberikan kekebalan undang-undang kepada pegawainya dalam menjalankan siasatan berkaitan kesalahan di bawah akta tersebut memandangkan penyiasatan yang dijalankan adalah dengan suci hati. Bagaimanapun, belum pun SPRM habis melaksanakan tugasnya itu, beberapa pegawai dan kakitangan mereka telah ditahan oleh pihak polis atas dakwaan membocorkan maklumat. Maklumat bocor yang sedang disiasat itu ialah berkaitan perbankan dan deraf kertas pertuduhan terhadap Najib oleh Sarawak Report baru-baru ini. Tiadanya siasatan berkaitan maklumat palsu memberi andaian kepada umum bahawa segala pendedahan yang tersebar sebelum ini, termasuk deraf kertas pertuduhan, adalah benar dan sahih. Melalui penahanan dan serbuan terhadap sembilan pegawai SPRM setakat ini, bukan saja mereka disoal siasat, bahkan dokumen dan komputer riba turut dirampas oleh polis. Rumah juga turut diserbu. Ini bukan saja menimbulkan takrifan sebagai gangguan dan ancaman, bahkan seperti menghalang SPRM daripada meneruskan tugas mereka. Meskipun Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar mempertahankan tindakan mereka dengan alasan untuk sama-sama mencari kebenatan, namun SPRM tetap rasa terganggu. Sebab Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Mustafar Ali secara terbuka menyatakan rasa kesalnya atas tindakan polis itu kerana ia menjejaskan penyiasatan mereka. Yalah...kalau dokumen dan komputer sudah dirampas, tentunya siasatan jadi terbantut dan tergendala. Keadilan juga sukar ditegakkan kerana bukti-bukti sudah tiada lagi dalam tangan, kecuali jika SPRM ada menyimpan salinannya di tempat lain yang lebih selamat. Dalam hal ini, tidak menghairankan apabila SPRM mendapat simpati masyarakat yang melimpah. Selain dikunjungi pemimpin pembangkang untuk menyatakan sokongan moral, luahan di internet menyokong SPRM agar meneruskan tugas dengan telus dan adil juga datang bertalu-talu. Betapa SPRM seperti sudah hilang daya dalam melaksanakan tanggungjawab kerana gangguan pihak polis ini sehingga terpaksa mengadakan solat hajat memohon petunjuk dan kekuatan daripada Tuhan. Pengarah Operasi Khas SPRM, Bahri Mohamad Zain, dengan marah bersumpah untuk mencari dalang yang mengarahkan penahanan pegawainya itu sehingga ke lubang cacing selepas ini. Sambil menganggap tindakan polis sebagai "kerja gila", beliau berkata, ia tidak mungkin berlaku tanpa arahan seseorang. Dengan rosak dan runtuhnya sebahagian sistem bernegara melalu perbalahan terbuka antara kedua agensi itu, semuanya kerana isu RM2.6 bilion, langkah terbaik yang harus diambil ialah menghentikan segera tangkapan, penahanan dan serbuan oleh polis terhadap SPRM. SPRM harus diberi ruang melakukan tugas penyiasatannya terhadap SRC International terlebih dahulu sebelum tindakan lain mahu diambil terhadap mereka. Jika ada kes, terserahlah kepada Peguam Negara mengambil tindakan seterusnya, manakala jika tiada kes ia mesti diumumkan sebab-sebabnya. Selepas habis tugas SPRM itu, barulah polis sepatutnya menjalankan tugasnya mengenai kebocoran maklumat sama ada berkaitan deraf pertuduhan, perbankan mahu pun melibatkan aktiviti mengganggu demokrasi berparlimen. Ketika itu bukan saja SPRM, malah Bank Negara dan Jabatan Peguam Negara juga boleh disiasat. Tetapi apabila polis melakukan penahanan di ketika SPRM sedang menjalankan tugasnya, ia tentulah dianggap mengganggu tugas agensi pembanteras rasuah itu serta dilihat seolah-olah mahu melindungi Perdana Menteri. Lebih buruk lagi ialah sebelum wujudnya gangguan terhadap SPRM ini, Gani Patail telah pun disingkirkan beberapa jam sebelum Muhyiddin Yassin dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri. Dengan ini, dalam pasukan petugas khas yang dianggotai oleh empat agensi itu, hanya Bank Negara saja belum dikacauganggu, meskipun semakin kuat desas-desus Zeti Akhtar Aziz bakal ditukar sebagai Gabenor Bank Negara. Demi memulihkan imej negara dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan, Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap polis, haruslah segera mengeluarkan arahan kepada PDRM agar menghentikan siasatan, penahanan serta serbuan terhadap SPRM ini. Sesuai dengan kuasa dan peranan SPRM sebagai badan bebas setelah dinaiktaraf daripada Badan Pencegah Rasuah, ia semestinya dibiarkan menjalankan tugasnya tanpa sebarang gangguan. Kacauganggu oleh polis bukan saja memburukkan imej pemimpin dan kerajaan, malah menyebabkan kebosanan di kalangan rakyat. Sebagai Timbalan Perdana Menteri yang ada sedikit sebanyak asas agama dan mungkin lebih takutkan Tuhan berbanding Najib, Zahid wajib membuktikan dirinya tidak hilang jati diri meskipun setelah diberikan jawatan tinggi. Kegagalan Zahid berbuat demikian akan menyebabkan beliau juga dilihat semacam ingin melindungi dan mempertahankan sama Perdana Menteri yang semakin dibenci dan dijauhi ketika ini. Kakitangan kerajaan yang ingin melaksanakan tugas dengan jujur, adil dan amanah demi kepentingan negara seharusnya dilindungi serta diberi galakan, bukannya ditekan dalam menegakkan keadilan. Malaysia akan menuju kehancuran dan kemusnahan jika kerosakan sistem dalam negara ini tidak segera dibendung sebagaimana runtuhnya banyak negara sebelum ini dan Zahid yang menjaga polis akan sama-sama tenggelam jika gagal berbuat apa-apa memulihkan kerosakan yang berpunca daripada Najib ini. Luahan hati SPRM terhadap gangguan polis kepada mereka... Tindakan polis menyiasat mengenai kebocoran deraf kertas pertuduhan memberi gambaran ia adalah benar dan sahih... Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 8/07/2015 08:03:00 PG E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Najib Mungkin Bertemu Buku Dengan Ruas.. Ini Sebagai Bukti?

Posted: 06 Aug 2015 06:30 PM PDT

Najib Mungkin Bertemu Buku Dengan Ruas.. Ini Sebagai Bukti? Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dana SRC International Sdn Bhd yang didakwa ditemui dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak  adalah berlandaskan kepada undang-undang.

"Tanpa adanya sebarang niat jahat," kata sumber yang rapat dengan siasatan SPRM.

"Berdasarkan seksyen 72 Akta SPRM 2009, pegawai kami diberi kekebalan dari sebarang tindakan undang-undang dalam menjalankan siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta ini memandangkan siasatan yang dijalankan adalah dengan suci hati."

Seksyen 72 Akta SPRM adalah satu klausa yang panjang, antaranya menyatakan, "tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau apa juga prosiding lain boleh diambil, dibawa, dimulakan, atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa terhadap kerajaan Malaysia, mana-mana pegawai SPRM, mana-mana anggota lembaga penasihat atau jawatankuasa khas SPRM atau mana-mana orang yang dengan sah bertindak bagi pihak suruhanjaya itu, dengan syarat perbuatan atau pernyataan itu dilakukan atau dibuat dengan suci hati."

Peruntukan ini dipercayai digunakan dalam mempertahankan SPRM daripada tindakan undang-undang dyang difailkan oleh keluarga Teoh Beng Hock keluarga yang ditemui meninggal dunia pada 2009 di luar pejabat SPRM selepas dia disoal siasat oleh pegawai SPRM.



Addin 


Zar Ali's photo. "Langit Tidak Selalu Cerah" - Pandai Pandai Tupai Melompat, Akhirnya Jatuh ke tanah juga Nanti !!

Polis Pertahan Tindakan Siasat SPRM

Posted: 06 Aug 2015 06:00 PM PDT


Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim mempertahankan tindakan polis melakukan siasatan dan serbuan ke atas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM baru-baru ini.

Tegasnya, ia berikutan tindakan itu dilakukan mengikut bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pada masa sama katanya, siasatan itu hanya tertumpu kepada kes kebocoran maklumat siasatan SPRM mengenai SRC International, yang dahulunya antara entiti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Fokus kami adalah isu kebocoran maklumat mengikut seksyen yang terkandung dalam Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) iaitu tidak boleh mengeluarkan sebarang maklumat. Jadi, fokus kami adalah kebocoran maklumat dan tiada kaitan dengan isu lain," katanya semasa sidang media di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

"Kamu kena faham di sini, ia (pegawai terlibat) telah mendedahkan maklumat. Maklumat dan siasatan adalah dua perkara berbeza. Kamu tidak sepatutnya membocorkan maklumat kepada awam iaitu melibatkan dokumen-dokumen sulit .Jadi, ikut undang-undang iaitu berdasarkan BAFIA," jelasnya.

Bagaimanapun katanya, siasatan PDRM hanya tertumpu kepada isu pembocoran maklumat sulit dan tiada kaitan dengan isu lain.

"Kami tidak akan menyentuh dan mengganggu isu (siasatan) lain, kami menghormati bidang tugas SPRM dan kami fokuskan bidang kuasa kami," ujar beliau.

"Individu berkenaan telah mendedahkan maklumat di tempat yang tidak sepatutnya iaitu kepada orang awam," katanya.

Tambah beliau, sebarang maklumat sulit tidak sepatutnya didedahkan kepada pihak media.

"Dalam Whistleblower Act, pihak media bukan agensi yang sepatutnya menerima maklumat berkenaan buat masa ini," ujarnya.

Beliau pada masa sama enggan mengulas mengenai dakwaan Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin bahawa polis bertindak atas arahan individu tertentu.

Khalid Kepada SPRM - Tujuan Kita Sama, Cari Kebenaran

Posted: 06 Aug 2015 05:15 PM PDT


Polis hari ini menafikan mengganggu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan menyerbu pejabat dan menyoal siasat anggotanya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka hanya menjalankan tugas berhubung siasatan kebocoran maklumat rasmi kerajaan dan perbankan.

"Umum harus faham bahawa setiap agensi kerajaan mempunyai tugas dan tanggungjawab tersendiri dalam menjalankan sesuatu siasatan, namun ia tetap selari dengan tujuan asal iaitu untuk mencari kebenaran.

"Atas dasar ini, PDRM tidak sesekali mengganggu siasatan atau mencampuri tugas dan tanggungjawab SPRM, atau bertindak dalam apa jua cara yang boleh menjejaskan hubungan kerja antara agensi-agensi terbabit," katanya.

Beliau juga menolak dakwaan bertindak atas tekanan atau arahan daripada mana-mana pihak berhubung perkara itu.

- mkini



Kepada semua agensi Kerajaan - jalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah - jangan sedikit pun kamu cuba untuk condong dan sokong pemimpin yang zalim dan rasuah - Hayati Surah Hud Ayat 113. http://quran.com/11/113
Surat Hud [verse 113] - And do not incline toward those...
quran.com



Apabila Anak Muhyiddin Bermadah..

Posted: 06 Aug 2015 04:45 PM PDT

 



"Kita semua mungkin terjatuh namun kita semua bangkit. Bertabahlah Malaysia (kerana) selepas hujan akan muncul mentari," begitu anak Tan Sri Muhyiddin Yassin, Najwa, menyatakan perasaannya ketika ini.

Memuat naik lagu dan klip video terkininya di Internet malam tadi, orang ramai segera memberi reaksi hangat kepada lagu After The Rain itu.

When life gets cold and skies aren't blue
you're not alone, I'm here for you
My brothers and sisters
we'll see you through.


Kelmarin Najwa sudah menguar-uarkan rancangannya memperkenalkan lagu terbaru ciptaan Juny itu melalui Facebook.

Seperti dijanjikan klip video berkenaan dimuat naik di Facebook Najwa awal malam tadi.

Perdana Menteri langgar undang-undang anti rasuah terima ‘derma’, kata Ambiga - OLEH SHERIDAN MAHAVERA

Posted: 06 Aug 2015 04:23 PM PDT


Peguam Datuk Ambiga Sreenevanasan bercakap pada forum 'Malaysia: 

Ke mana kita pergi dari sini' di Kuala Lumpur malam tadi. 

'Perdana menteri langgar undang-undang anti rasuah terima 'derma', kata Ambiga  OLEH SHERIDAN MAHAVERA  Published: 6 August 2015=  Peguam Datuk Ambiga Sreenevanasan bercakap pada forum 'Malaysia: Ke mana kita pergi dari sini' di Kuala Lumpur malam tadi.   Peguam Datuk Ambiga Sreenevanasan bercakap pada forum 'Malaysia: Ke mana kita pergi dari sini' di Kuala Lumpur malam tadi.  Semakin ramai yang mengatakan Umno melanggar undang-undang anti rasuah apabila menggelarkan wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai sumbangan derma, kali ini ia disuarakan peguam terkemuka Datuk Ambiga Sreenevasan.  Bekas pengerusi Majlis Peguam itu berkata, mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, takrif suapan dalam Seksyen 50 termasuk derma.  Seksyen ini menyatakan, sebarang bentuk suapan dianggap diterima sebagai rasuah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, katanya.  Ini bermakna, bebannya terletak kepada penerima wang itu untuk menyangkal sebarang unsur rasuah.  "Mereka memburukkan lagi keadaan untuk diri mereka sendiri apabila menggunakan istilah derma. Ini memang betul 'red flag' (amaran bahaya)," kata Ambiga pada satu forum bertajuk 'Malaysia: Ke mana kita pergi dari sini' di Kuala Lumpur malam tadi.  SPRM mengisytiharkan wang RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun Najib adalah sumbangan derma dan bukannya wang daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).  Ia juga mengesahkan pendermanya ialah dari Timur Tengah tetapi tidak menamakan sumber itu. Bagaimanapun, agensi itu semalam berkata, ia akan meminta Najib untuk memberikan penjelasan mengenai sumbangan itu.  Semalam Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, Najib perlu disiasat SPRM kerana menerima sumbangan itu.  Rafizi menyebut Seksyen 3 Akta SPRM yang menyatakan, seorang pegawai awam tidak dibenarkan menerima suapan dalam apa jua bentuk.  Maksud "suapan" di bawah akta itu juga termasuk "derma" dan "hadiah".  Kenyataan ini dibuat ketika penyokong Najib dalam Umno berkata derma itu wajar atas alasan perdana menteri memerlukannya untuk membiayai kempen parti pemerintah Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013.  Ambiga berkata jika dana tersebut digunakan untuk pilihan raya, mungkin ada alasan untuk membawa BN ke mahkamah kerana menggunakan sejumlah besar wang untuk mempengaruhi pilihan raya.  Seorang lagi ahli panel forum itu, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua, mempersoalkan sama ada Najib "menjual negara" bagi mendapatkan wang itu.  "Mengapa seorang penderma Timur Tengah akan memberi perdana menteri RM2.6 bilion untuk pilihan raya tempatan? Adakah wang ini percuma? Najib tidak akan beritahu, Peguam Datuk Ambiga Sreenevanasan bercakap pada forum 'Malaysia: 

Ke mana kita pergi dari sini' di Kuala Lumpur malam tadi.

Semakin ramai yang mengatakan Umno melanggar undang-undang anti rasuah apabila menggelarkan wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai sumbangan derma, kali ini ia disuarakan peguam terkemuka Datuk Ambiga Sreenevasan.

Bekas pengerusi Majlis Peguam itu berkata, mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, takrif suapan dalam Seksyen 50 termasuk derma.

Seksyen ini menyatakan, sebarang bentuk suapan dianggap diterima sebagai rasuah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, katanya.

Ini bermakna, bebannya terletak kepada penerima wang itu untuk menyangkal sebarang unsur rasuah.
"Mereka memburukkan lagi keadaan untuk diri mereka sendiri apabila menggunakan istilah derma. 

Ini memang betul 'red flag' (amaran bahaya)," kata Ambiga pada satu forum bertajuk 'Malaysia: Ke mana kita pergi dari sini' di Kuala Lumpur malam tadi.

SPRM mengisytiharkan wang RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun Najib adalah sumbangan derma dan bukannya wang daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

'Perdana menteri langgar undang-undang anti rasuah terima 'derma', kata Ambiga  OLEH SHERIDAN MAHAVERA  Published: 6 August 2015=  Peguam Datuk Ambiga Sreenevanasan bercakap pada forum 'Malaysia: Ke mana kita pergi dari sini' di Kuala Lumpur malam tadi.   Peguam Datuk Ambiga Sreenevanasan bercakap pada forum 'Malaysia: Ke mana kita pergi dari sini' di Kuala Lumpur malam tadi.  Semakin ramai yang mengatakan Umno melanggar undang-undang anti rasuah apabila menggelarkan wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai sumbangan derma, kali ini ia disuarakan peguam terkemuka Datuk Ambiga Sreenevasan.  Bekas pengerusi Majlis Peguam itu berkata, mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, takrif suapan dalam Seksyen 50 termasuk derma.  Seksyen ini menyatakan, sebarang bentuk suapan dianggap diterima sebagai rasuah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, katanya.  Ini bermakna, bebannya terletak kepada penerima wang itu untuk menyangkal sebarang unsur rasuah.  "Mereka memburukkan lagi keadaan untuk diri mereka sendiri apabila menggunakan istilah derma. Ini memang betul 'red flag' (amaran bahaya)," kata Ambiga pada satu forum bertajuk 'Malaysia: Ke mana kita pergi dari sini' di Kuala Lumpur malam tadi.  SPRM mengisytiharkan wang RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun Najib adalah sumbangan derma dan bukannya wang daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).  Ia juga mengesahkan pendermanya ialah dari Timur Tengah tetapi tidak menamakan sumber itu. Bagaimanapun, agensi itu semalam berkata, ia akan meminta Najib untuk memberikan penjelasan mengenai sumbangan itu.  Semalam Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, Najib perlu disiasat SPRM kerana menerima sumbangan itu.  Rafizi menyebut Seksyen 3 Akta SPRM yang menyatakan, seorang pegawai awam tidak dibenarkan menerima suapan dalam apa jua bentuk.  Maksud "suapan" di bawah akta itu juga termasuk "derma" dan "hadiah".  Kenyataan ini dibuat ketika penyokong Najib dalam Umno berkata derma itu wajar atas alasan perdana menteri memerlukannya untuk membiayai kempen parti pemerintah Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013.  Ambiga berkata jika dana tersebut digunakan untuk pilihan raya, mungkin ada alasan untuk membawa BN ke mahkamah kerana menggunakan sejumlah besar wang untuk mempengaruhi pilihan raya.  Seorang lagi ahli panel forum itu, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua, mempersoalkan sama ada Najib "menjual negara" bagi mendapatkan wang itu.  "Mengapa seorang penderma Timur Tengah akan memberi perdana menteri RM2.6 bilion untuk pilihan raya tempatan? Adakah wang ini percuma? Najib tidak akan beritahu,

Ia juga mengesahkan pendermanya ialah dari Timur Tengah tetapi tidak menamakan sumber itu. 

Bagaimanapun, agensi itu semalam berkata, ia akan meminta Najib untuk memberikan penjelasan mengenai sumbangan itu.

Semalam Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, Najib perlu disiasat SPRM kerana menerima sumbangan itu.

Rafizi menyebut Seksyen 3 Akta SPRM yang menyatakan, seorang pegawai awam tidak dibenarkan menerima suapan dalam apa jua bentuk.

Maksud "suapan" di bawah akta itu juga termasuk "derma" dan "hadiah".

Kenyataan ini dibuat ketika penyokong Najib dalam Umno berkata derma itu wajar atas alasan perdana menteri memerlukannya untuk membiayai kempen parti pemerintah Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013.

Ambiga berkata jika dana tersebut digunakan untuk pilihan raya, mungkin ada alasan untuk membawa BN ke mahkamah kerana menggunakan sejumlah besar wang untuk mempengaruhi pilihan raya.

Seorang lagi ahli panel forum itu, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua, mempersoalkan sama ada Najib "menjual negara" bagi mendapatkan wang itu.

"Mengapa seorang penderma Timur Tengah akan memberi perdana menteri RM2.6 bilion untuk pilihan raya tempatan? Adakah wang ini percuma? Najib tidak akan beritahu," katanya.

Pua berkata terdapat "double-standards" dalam tanggapan terhadap parti politik yang menerima sumbangan derma dari luar.

Katanya, jika DAP yang melakukannya pasti parti pembangkang itu akan diburu dan dilabel sebagai pengkhianat kepada negara.

"Malah, kalau kita terima RM26,000 daripada Singapura pun, habislah kita. Kita akan dituduh sebagai pengkhianat yang ditaja orang luar," katanya. – 6 Ogos, 2015.

.

themalaysianinsider.com/bahasa/article.

Majlis Tertinggi Umno tidak pernah dimaklum sumbangan derma, kata Shahrir

Posted: 06 Aug 2015 08:15 AM PDT


Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Tan Sri Shahrir Samad berkata Majlis Tertinggi tidak dimaklumkan mengenai derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun presidennya, Datuk Seri Najib Razak

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Tan Sri Shahrir Samad berkata Majlis Tertinggi tidak dimaklumkan mengenai derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Susulan pendedahan derma RM2.6 bilion disalurkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Shahrir Samad berkata, Majlis Tertinggi (MT) Umno tidak pernah bertanya, dan ahlinya tidak pernah diberi taklimat mengenai sebarang sumbangan politik kepada akaun pemegang amanah presiden atau bendahari parti.

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) yang juga ahli MT itu dipetik blog pro Umno MyKMU.net sebagai berkata, MT dan jawatankuasa perhubungan negeri parti tidak pernah diberitahu mengenai apa-apa sumbangan atau derma politik yang diterima.

"Selama saya duduk dalam MT Umno dan Jawatankuasa Perhubungan Umno Negeri Johor, soal derma tidak pernah dibangkit atau didedahkan kepada ahli MT dan perhubungan negeri," kata ahli politik yang menganggotai MT sejak zaman bekas presiden Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Selain harta dan sumber pendapatan sedia ada, parti mempunyai kepercayaan kepada presiden, pengerusi Perhubungan Umno Negeri dan bendahari untuk mencari sumber kewangan bagi membiayai aktiviti politik dan pilihan raya," katanya dipetik berkata kepada portal itu.

Pada Isnin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Najib sebagai sumbangan derma, bukan wang pelabur strategik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Agensi anti rasuah itu juga mengesahkan penderma berkenaan dari Timur Tengah tetapi tidak menamakannya. Ia juga berkata akan meminta Najib tampil memberikan penjelasan mengenai sumbangan itu.

Dakwaan mengenai wang sebanyak RM2.67 bilion dalam akaun Najib pertama kali muncul pada 2 Julai dalam satu laporan The Wall Street Journal (WSJ), memetik dokumen daripada penyiasat Malaysia.

WSJ berkata sumber dana itu tidak diketahui, tetapi ia diterima melalui entiti berkaitan 1MDB dalam pelbagai tranche dan yang terbesar sebanyak AS$681 juta yang disalurkan kepada akaun Najib pada Mac 2013, menjelang pilihan raya umum pada Mei tahun sama.

Perdana menteri menafikan mengambil dana 1MDB untuk kegunaan peribadi, tetapi tidak secara langsung menjawab mengenai pemindahan dana itu. – 6 Ogos, 2015.



.themalaysianinsider.com/bahasa/article.

6 anggota polis dihadap ke mahkamah terima rasuah RM8,000

Posted: 06 Aug 2015 07:30 AM PDT


Zar Ali's photo.

Enam anggota polis Balai Muadzam Shah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuantan, hari ini atas tuduhan menerima rasuah RM8,000. 

Enam anggota polis Balai Muadzam Shah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuantan, hari ini atas tuduhan menerima rasuah RM8,000.

Enam anggota polis dari Balai Muadzam Shah, Rompin, mengaku tidak bersalah hari ini atas dua pertuduhan menerima rasuah bernilai RM8,000 dan tidak melaporkan kesalahan rasuah hujung tahun lalu.

Kesemua tertuduh minta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Habibah Mohamed Yusof di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuantan, hari ini.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan hari ini, mereka berumur dalam lingkungan umur 20-an hingga 50-an dan berpangkat Konstabel, Lans Koperal dan Koperal.

"Kesemua tertuduh didakwa mengambil suapan sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap lori bernombor pendaftaran WJF 7420, yang tidak mempunyai permit dan lesen membawa kayu getah," kata SPRM.

Jika disabitkan kesalahan masing-masing boleh didenda tidak kurang RM 10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, mana-mana yang lebih tinggi dan dipenjara hingga 20 tahun.

"Koperal Mazlan Muhd Nor, 34, menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009 menerima suapan iaitu wang tunai masing-masing sebanyak RM7,000 dan RM1,000.

"Lans Koperal Mohd Azmie Majid @Majied, 29, Konstabel Mohamad Firdaus Abdullah, 24, dan Koperal Mohd Juhairy Jamaludin, 32, yang didakwa bersubahat bersama Koperal Mazlan Muhd Nor, menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 iaitu menerima suapan RM7,000 dan RM1,000.

"Keempat-empat mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada 18 Disember 2014, antara 2 hingga 4 pagi di Kedai Makan Sri Muadzam Ikan Bakar, Rompin, dan kira-kira 7.55 malam pada 22 Disember 2014 di Restoran Anjung D'café Rompin," kata SPRM.

Manakala dua lagi ialah Lans Koperal Mohd Hazly Tomiran, 29, dan Konstabel Mohd Hafizi Abdullah, 28, yang didakwa bersubahat bersama Mazlan – di mana kedua-dua mereka menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 16 (a)(B) iaitu menerima suapan RM7,000.

"Pertuduhan ke atas mereka juga dibacakan bersama Seksyen 28 (1)(c) dan Seksyen 25 (3) Akta SPRM 2009 iaitu tidak melaporkan perlakuan rasuah Mazlan," kata kenyataan itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syafinas Shabuddin mewakili SPRM.

Hakim membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Kes disebut semula pada 3 September 2015. – 6 Ogos, 2015.

themalaysianinsider.com/bahasa.

6 anggota polis dihadap ke mahkamah terima rasuah RM8,000

Enam anggota polis Balai Muadzam Shah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuantan, hari ini atas tuduhan menerima rasuah RM8,000. – Gambar SPRM, 6 Ogos, 2015.Enam anggota polis Balai Muadzam Shah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuantan, hari ini atas tuduhan menerima rasuah RM8,000. – Gambar SPRM, 6 Ogos, 2015.Enam anggota polis dari Balai Muadzam Shah, Rompin, mengaku tidak bersalah hari ini atas dua pertuduhan menerima rasuah bernilai RM8,000 dan tidak melaporkan kesalahan rasuah hujung tahun lalu.
Kesemua tertuduh minta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Habibah Mohamed Yusof di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuantan, hari ini.
Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan hari ini, mereka berumur dalam lingkungan umur 20-an hingga 50-an dan berpangkat Konstabel, Lans Koperal dan Koperal.

"Kesemua tertuduh didakwa mengambil suapan sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap lori bernombor pendaftaran WJF 7420, yang tidak mempunyai permit dan lesen membawa kayu getah," kata SPRM. Jika disabitkan kesalahan masing-masing boleh didenda tidak kurang RM 10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, mana-mana yang lebih tinggi dan dipenjara hingga 20 tahun.
"Koperal Mazlan Muhd Nor, 34, menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009 menerima suapan iaitu wang tunai masing-masing sebanyak RM7,000 dan RM1,000.
"Lans Koperal Mohd Azmie Majid @Majied, 29, Konstabel Mohamad Firdaus Abdullah, 24, dan Koperal Mohd Juhairy Jamaludin, 32, yang didakwa bersubahat bersama Koperal Mazlan Muhd Nor, menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 iaitu menerima suapan RM7,000 dan RM1,000.
"Keempat-empat mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada 18 Disember 2014, antara 2 hingga 4 pagi di Kedai Makan Sri Muadzam Ikan Bakar, Rompin, dan kira-kira 7.55 malam pada 22 Disember 2014 di Restoran Anjung D'café Rompin," kata SPRM.
Manakala dua lagi ialah Lans Koperal Mohd Hazly Tomiran, 29, dan Konstabel Mohd Hafizi Abdullah, 28, yang didakwa bersubahat bersama Mazlan – di mana kedua-dua mereka menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 16 (a)(B) iaitu menerima suapan RM7,000.
"Pertuduhan ke atas mereka juga dibacakan bersama Seksyen 28 (1)(c) dan Seksyen 25 (3) Akta SPRM 2009 iaitu tidak melaporkan perlakuan rasuah Mazlan," kata kenyataan itu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syafinas Shabuddin mewakili SPRM.
Hakim membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.
Kes disebut semula pada 3 September 2015. – 6 Ogos, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/6-anggota-polis-dihadap-ke-mahkamah-terima-rasuah-rm8000#sthash.BLrgXe8v.dpuf

Tajuddin, berhenti hina intelek orang Malaysia oleh V Shuman

Posted: 06 Aug 2015 06:45 AM PDT

Penjilat bangang yang menganggap semua orang bodoh!  

SEKILAS PANDANG: Nampaknya untuk menjadi ahli politik tidak perlu ada otak .

Lebih-lebih lagi, sekiranya anda bernaung di bawah BN/Umno dan menjadi sebahagian daripada anggota Kabinet Persekutuan.

Kita telah mendengar mereka ini menghamburkan kenyataan tidak masuk akal yang membuatkan tahap IQ seseorang jatuh mendadak dari 120 kepada 0 dalam masa 10 saat.

Salah seorang mereka ialah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Tajuddin Abdul Rahman.

Menurutnya, 1MDB ialah isu komersial, yang tidak memerlukan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Najib Razak. Malaysiakini memetik Tajuddin berkata, "

Apabila anda hendak mengadakan undi tidak percaya kepada perdana menteri, ia memerlukan sebab sahih yang memberi kesan kepada rakyat, ekonomi dan keselamatan negara.

"Apakah situasi di negara kita kini? Adakah kita tidak selamat? Adakah keselamatan kita terancam?

Adakah ekonomi kita bermasalah?" dia bertanya. Tunggu, ada lagi yang lebih menarik. "Kita hidup seperti biasa, orang pergi kerja, pergi sekolah dan mereka berseronok dengan karaoke untuk hiburan. Mereka tidak melarikan diri dari negara.

Mereka mempunyai wang, mereka pergi bercuti ke luar negara dengan keluarga mereka dan pulang balik."

Phew, logik yang sangat bijak dari orang yang sangat "bijak".

Dia juga ialah seorang timbalan menteri. Kalau mengikut logiknya, kemampuan seseorang untuk pergi ke "karaoke" ialah petanda negara sejahtera.

Lupakan sahaja tentang fakta 1MDB masih menjadi isu pertelingkahan, bukan hanya di negara ini, tetapi di peringkat antarabangsa juga.

Agensi berita asing melaporkan tentang 1MDB yang membuatkan pelabur asing menjauhkan diri daripada melabur di sini. Tidakkah ini memberi kesan kepada ekonomi?

Adakah Tajuddin tidak sedar yang prestasi ekonomi Malaysia yang terburuk di Asia.













Turunkan Gambar Isteri Tengku Mahkota Pahang Yang Tak Tutup Aurat... Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 06 Aug 2015 06:00 AM PDT

SANDIWARA PEMUTIHAN SANDIWARA SEKALI LAGI

Posted: 06 Aug 2015 05:15 AM PDT







SPRM
Wei TT tak tahu ke penyiasat sprm tu dah kena siasat.pejabat nya dah kena sita lepas ni giliran penyiasat go pdrm go pulak yg kena.eh lupalak yg pejabat mereka dah dibakar.

so line mungkin dah clear utk najib sbb penyiasat peguam dah kena pecat.pac dah di jadikan menteri.zety pulak boleh dkautim.fuyyoo nampak terer jugak team najib punya kerja on SATU SANDIWARA DIPENTASKAN
Anonymous
on 8/6/15


HERAN BIN PELIK
Yang Heran bin Peliknya.. duit 2.6b itu dikatakan derma untuk pilihanraya .. tup tup tup.. Timb. Presden UMNO dan BN tidak tahu pun ada akaun tu.. kah kah kah.. naib presiden pun tak tahuu.. sampai bergaduhhh.. sampai kena buanggg.. tup tup tup.. Rahman Dahla pulak duk jaja duit derma yang ikhlas untuk kegunaan pilihanraya kah kah kah.. takleh tahan nak gelakk..

duit masuk satu hal.. duit keluar dua hal.. yang sekor dua UMNO duk marapu bela lanun tu apahal.. bugis juge kee.. opss.. sahla ko memang keturunan BUGIS.. maaflaa bukan semua BUGIS nakal macam ni yg baik pun ramai .. tapi kooo dah terlajakkk la bugisnye.. baru la bugiss.. on SATU SANDIWARA DIPENTASKAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/6/15


PERIKSA  MESIN ATM
salam tt Setiap malam saya ke atm Periksa tengok kot kot ads pak arab derma 2.6 billion tapi hampa belaka setakat ini Bukan apa saya susah sejak kena gst harga barang baik harga elektrik naik semua naik lah

 Cuma kote tak boleh naik naik seperti dulu kala Macam mana kote nak naik Kotak getah kondom pun kena gst Kena main tarik tarik pulak Kah kah kah Najib tak apa lah pakai getah import Kah kah kah on SATU SANDIWARA DIPENTASKAN
Anonymous
on 8/6/15



Rayuan Khir Toyo berlarutan hampir 7 bulan

Posted: 06 Aug 2015 04:30 AM PDT


Tanggal 19 Ogos depan, genap tujuh bulan sejak bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo membuat rayuan ke atas sabitan tuduhan rasuah.

Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan difahamkan masih belum menetapkan tarikh untuk menyampaikan keputusannnya.

Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Kok Wha yang merupakan menganggotai panel lima hakim tersebut sepatutnya bersara pada 16 Mei namun perkhidmatannya dilanjutkan enam bulan, yang kini masuk bulan ketiga.

Hakim sepatutnya bersara selepas mencapai had umur maksimum 66 tahun tetapi boleh dilanjutkan selama enam bulan.

Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mengetuai panel lima hakim tersebut yang mendengar rayuan pada 19 Januari.

Tiga lagi ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Ma'arop, Tan Sri Hasan Lah dan Datuk Ramly Ali.

Khir yang merupakan bekas ADUN Sungai Panjang disabitkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam dengan kesalahan rasuah pada 23Disember 2011 kerana memperolehi dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Hayroni, pada harga RM3.5 juta – lebih rendah daripada harga RM6.5 juta yang dibayar oleh Ditamas pada 2004.

Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara pada 30 Mei 2013 dan arahan merampas harta tersebut.

Terima Kasih Kepada ADUN SEKINCHAN DAP YB NG SWEE LIM yang dapat membongkar salahlaku dan rasuah Bekas MB Selangor itu.






MB Johor, Perlis terima pangkat kehormat Wataniah

Posted: 06 Aug 2015 03:45 AM PDT


Zar Ali's photo.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menerima pangkat Pegawai Kanan Kehormat Askar Wataniah.

Majlis pemakaian pangkat dilakukan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Kementerian Pertahanan.

Azlan dianugerahkan pangkat Brigadiar Jeneral (Kehormat) dan dilantik sebagai Penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAPKAW) negeri Perlis berkuat kuasa 24 April lepas.

Manakala Mohamed Khaled turut menerima pangkat yang sama dan dilantik sebagai Penaung JAPKAW negeri Johor berkuat kuasa 3 Mac.

Majlis turut dihadiri Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Ketua Setiusaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Pelantikan sebagai Penaung JAKPAW diberikan kepada individu seperti ketua menteri, menteri besar atau personaliti berpengaruh di sesebuah negeri.


- Bernama

Nur Jazlan enggan ulas lagi siasatan PAC

Posted: 06 Aug 2015 03:00 AM PDT

 
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed enggan menjawab sebarang soalan mengenai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dengan alasan bahawa beliau kini merupakan anggota eksekutif.

Dalam satu sidang media hari ini di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, beliau enggan mengulas soalan berkaitan penangguhan mesyuarat PAC yang dilontarkan oleh wartawan.

"Tidak boleh saya komen hal PAC yang terletak bawah parlimen dalam peranan saya sebagai timbalan menteri, yang terletak di bawah (badan) eksekutif.

"Saya ulang sekali lagi, saya sekarang anggota eksekutif, saya tak boleh komen pasal perkara-perkara di bawah parlimen," tegasnya apabila ditanya oleh wartawan.

Clare Rewcastle dapat perlindungan polis UK

Posted: 06 Aug 2015 02:15 AM PDT


Ketua pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown, yang dikehendaki oleh polis Malaysia, berjaya mendapat perlindungan daripada polis United Kingdom (UK).

Perkara itu berlaku selepas Rewcastle mengadu diikuti dan dirakamkan lensa kamera di London susulan siasatannya terhadap amalan rasuah di Malaysia.

Menurut akhbar UK The Independent, Scotland Yard mengesahkan menerima aduan Rewcastle.

Rewcastle berkata polis sudah menempatkan anggota mereka setelah memberitahu terdapat orang tidak dikenali menunggu dalam kereta dekat rumahnya.

Bulan lalu, Rewcastle mendakwa diekori selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bulan lalu, Rewcastle (gambar) berkata, beliau diikuti apabila bertemu dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) rasmi Malaysia.

"Saya membelakangi tingkap kaca besar dan dia memerhati belakang saya dan kelihatan gelisah dan dia (pegawai SPRM) berkata 'Anda tahu anda sedang diikuti?'" Rewcastle dipetik sebagai berkata.


Pasukan petugas khas dibubarkan

Pertemuan itu telah diterbitkan di Malaysia Today, mendorong Rewcastle menuduh Raja Petra Kamaruddin (foto) yang pengendali laman web itu, mendalangi operasi pengawasan terhadap beliau.


Malaysia Today mendedahkan orang yang menemui Clare adalah bekas penasihat SPRM Rashpal Singh Jeswant Singh, yg kemudiannya telah ditangkap oleh polis Malaysia untuk "aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen ".

Rewcastle mengeluh bahawa beberapa orang lain yang telah bersentuhan dengan dia juga telah ditangkap
"(Hampir) semua orang yang telah menghubungi saya telah ditangkap," beliau dipetik sebagai berkata.

Sarawak Report, bersama-sama dengan The Wall Street Journal, adalah antara media pertama yang melaporkan dakwaan bahawa RM2.6 bilion telah didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Satu pasukan petugas khas yang terdiri daripada polis, SPRM, Bank Negara dan Jabatan Peguam Negara kemudiannya menyiasat perkara itu.

Walau bagaimanapun, pada minggu lepas, Peguam Negara Abdul Gani Patail (gambar) tiba-tiba dipecat dan penggantinya, hakim bersara Mohamed Apandi Ali, membubarkan pasukan petugas khas itu.

SPRM telah berikrar untuk meneruskan siasatan dengan sendiri tetapi beberapa penyiasat yang kemudiannya ditahan oleh pihak polis.

Komen Farouk Harakiri (pembaca) : Hahaha polis malaysia kena main lagi, ini bukan yg pertama TETAPI kali yg ke3 dalam tahun ini sahja, bermula dgn polis australia, kemudian polis Thailand dan terbaru polis UK,nampak sangat krebility pdrm telah jatuh dan tidak di hormati lagi oleh rakan rakan mereka di negara asing, kalau aku jadi kpn, aku pun malu, tapi kpn malaysia ada ker maruah diri.


~malaysiakini

DI MANA SUARA EZAM SESUMPAH TERHADAP NAJIB?

Posted: 06 Aug 2015 01:30 AM PDT

 
DISAAT Najib sekarang di dalam keadaan amat tertekan dengan berbagai isu dan skandal yang dipersoalkan kepadanya, aku tertanya-tanya di mana suara Ezam Mohd Nor? 

Bukankah Ezam dipelihara Najib begitu manja sekali mengalahkan ramai lagi ahli-ahli Umno yang lain namun disaat Najib ketika ini amat memerlukan tukang 'cover' dirinya, 

Ezam menyepi diri. Ezam adalah salah seorang yang bertugas di Pejabat Menteri Kewangan, iaitu Najib sebagai penasihatnya. 

Aku masih ingat sewaktu Ezam menghalalkan dirinya untuk menyertai Umno di antara faktor utamanya katanya adalah beliau semakin yakin dengan kepimpinan Umno selepas Mahathir. 

Apabila beliau mulanya dilantik sebagai Senator, maka beliau semakin hebat menyerang Anwar waktu itu.
Tiada lain yang keluar dari mulutnya selain dari memburukkan bekas bosnya itu. 

Kemudian Ezam sesumpah ini terus dilantik sebagai Penasihat oleh Najib di Kementerian Kewangan. 

Sekarang, Najib diselimuti dengan "kudis-kudis" buta dengan berbagai dakwaan terhadapnya. 

Bermula dengan isu Altantuya, kemudiannya skandal 1MDB dan bertambah menekan lagi adalah isu wang RM 2.6 Bilion yang berada di dalam akaunnya. 

Apakah Ezam juga sanggup mengangguk dan bersetuju bahawa itu semuanya adalah wang kutipan derma? 

Di mana kejantanan Ezam ? Aku mencabar Ezam sesumpah agar bercakap sepatah perkataan untuk bertanya Najib, siapakah yang menderma ke dalam akaun beliau sebanyak itu? 

Beranikah Ezam? Jika tidak, lebih baik Ezam bersara dari kancah politik daripada terus memikul biawak hidup. 

Ezam kini pada aku lebih bangsat dari raja katak, Ibrahim Alkataki. Alhamdulillah, Allah keluarkan Ezam dari KEADILAN lebih awal.


Dicatat oleh WFAUZDIN NS.

Tanda Tanda "KEHANCURAN" Kerajaan UBN Hampir Tiba ?

Posted: 06 Aug 2015 12:45 AM PDT

Mafiaboss Melayu's photo.1.Gerakan Harapan Baru (HB) menganggap tindakan menangkap beberapa pegawai pasukan penyiasat SPRM berkaitan isu 1MDB adalah satu penghinaan terancang terhadap SPRM. 

2. Sebagai bekas Anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, SPRM yang dilantik oleh Yang di Pertuan Agong (2009-2013) tindakan penghinaan terhadap pegawai-pegawai SPRM ini adalah paling tidak bertamadun dan sangat memalukan negara dimata masyarakat tempatan dan antarabangsa.

3. HB sangat memahami beban tugas penyiasatan, bekerja keras tanpa waktu dan tekanaan jiwa yang terpaksa ditanggung semata-mata memenuhi kewajipan pada negara.

4. HB juga ingin memberikan penghargaan dan dukungan yang seutuhnya kepada Datuk Bahari Mohd Zin, Pengarah Operasi Khas SPRM yang berikrar untuk mencari dalang sebenarnya di sebalik penangkapan beberapa pegawai penyiasat SPRM yang terlibat dalam penyiasatan isu 1MDB.
(Kredit to: Sdr Salahuddin Hj Ayub)

Tangkapan 3 pegawai SPRM jejaskan siasatan - Mustafar Ali

Posted: 06 Aug 2015 12:30 AM PDT



PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mustafar Ali mengakui siasatan terhadap kes SRC International Sdn Bhd terjejas akibatpenahanan tiga pegawai SPRM pada Rabu.

"Seorang Pegawai Kanan dipanggil polis dan dibenarkan pulang ke pejabat sekitar 6 petang. Tapi dua lagi ditangkap polis untuk siasatan dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

"Salah seorang daripadanya adalah pegawai penyiasat yang menyiasat kes SRC International.

"Penyiasatan kes masih diteruskan dan kita jalankan secara bebas, telus dan profesional," katanya ketika ditemui oleh media di Menara Prisma, di sini pada Rabu.


Beliau turut mengakui tindakan yang diambil ke atas pegawai penyiasat SPRM sedikit sebanyak menjejaskan proses siasatan.

"Saya sahkan mereka dipanggil ke IPD Putrajaya, bilik pejabat mereka digeledah dan dibuat pembongkaran, selepas itu dibawa ke rumah masing-masing," tambahnya.

Pada Rabu, tiga pegawai SPRM telah ditahan polis untuk membantu siasatan terhadap SRC International, yang dahulunya antara entiti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

- astroawani

SPRM Ucap Terima Kasih Kunjungan Pembangkang

Posted: 05 Aug 2015 11:57 PM PDT




Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengucapkan terima kasih di atas kunjungan kira-kira 10 wakil rakyat pembangkang ke ibu pejabatnya di Putrajaya pagi ini.

Pengarah Komunikasi Strategiknya, Datuk Rohaizad Yaakob berkata, beliau mengucapkan terima kasih terhadap sokongan yang diberikan.

"Terima kasih banyak-banyak kerana beri sokongan pada SPRM.

"Kami buat kerja kami sehabis baik secara jujur, telus dan sepenuh masa," katanya dalam sidang media di perkarangan ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.

Antara wakil rakyat yang hadir ialah Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Turut hadir ialah Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu dan MP Pandan, Rafizi Ramli.