Rabu, 5 Ogos 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


'Rakyat M'sia digesa berdiri teguh di belakang SPRM'

Posted: 05 Aug 2015 10:45 PM PDT


 
Seruan sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk meneruskan siasatan terhadap RM2.6 bilion yang dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkemundang di sebuah forum di Kuala Lumpur malam tadi.

Forum bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur, yang menarik kira-kira 1,000 orang dan membariskan pemimpin dari parti-parti pembangkang, masyarakat sivil dan seorang bekas timbalan menteri Umno, merayu kepada rakyat Malaysia supaya memberi sokongan penuh kepada SPRM.

Bercakap di forum tersebut, ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang (gambar) dibacakan penuh laporan berita komen pengarah operasi khas SPRM, Bahri Mohamad Zin, yang berkata beliau akan mencari dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu.

Lim juga mengakui bahawa beliau adalah seorang pengkritik SPRM, tetapi merasakan ia menjadi tanggungjawab rakyat untuk melindungi institusi itu daripada Najib dan Lim mengumumkan beliau akan pergi ke ibu pejabat SPRM hari ini untuk memberikan sokongan kepada para pegawainya.

Lim berkata, beliau sering merasakan SPRM hanya mengejar ikan bilis, bukan ikan yu, tetapi apabila ia diserang, maka "menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankannya".

Kakitangan SPRM telah mengadakan solat hajat pada hari Selasa, untuk memohon kepada Allah supaya mereka diberi kekuatan untuk "melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin".

SPRM juga, dalam satu kenyataan semalam, berkata ia akan menyoal perdana menteri Najib berhubung sumbangan RM2.6 bilion derma yang diterimanya.

Sehingga kini, tujuh pegawai SPRM telah sama ada ditangkap atau dipanggil oleh pihak polis dan mereka semua terlibat dalam penyiasatan terhadap SRC International Sdn Bhd dan pemindahan dana RM 2.6 bilion ke dalam akaun bank Najib.


Seorang lagi penceramah, Datuk S Ambiga memuji Bahri sebagai seorang hero dan meminta hadirin memberi tepukan gemuruh kepadanya dan pegawainya dalam memerangi rasuah.

Seorang lagi penceramah, bekas timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, juga menyokong kakitangan awam dalam menjalankan tugas mereka.

Saifuddin (gambar), yang juga pengerusi Gerakan Kesederhanaan Global, berkata masyarakat sivil dan rakyat akan menyokong kakitangan awam yang melakukan perkara yang betul, seperti mana SPRM dalam hal ini.

PasMa sokong Mukhriz Mahathir ditukar...??

Posted: 05 Aug 2015 10:00 PM PDT


Zar Ali's photo.

PETALING JAYA - Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menyokong Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ditukar kerana menyebabkan hubungan kerajaan Pusat dan negeri semakin parah.

Presiden PasMA, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, hubungan Pusat-negeri semakin keruh apabila Mukhriz kelihatan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah dipecat Timbalan Perdana Menteri.

"Saya melihat hubungan tidak begitu selesa antara kerajaan Kedah dan Kerajaan Pusat akibat berbeza pendapat dalam UMNO, apabila bapa Mukriz, Tun Dr Mahathir Mohamad banyak mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Malah terbaharu isu pemecatan Timbalan Perdana Menteri, nampak Mukhriz lebih berpihak kepada Muhyiddin ia juga antara penyebab berlakunya keretakan UMNO Kedah.

"Kalau kemelut yang berlaku sekarang berterusan. Jadi mungkin perlu seorang pemimpin (Menteri Besar) yang lebih mesra dengan Pusat untuk melincinkan pentadbiran negeri," katanya ketika dihubungi FMT.

Bekas Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah berkata, kesan kemelut tersebut sudah nampak apabila tiada perubahan besar dari segi pembangunan negeri sejak UMNO mengambil alih kerajaan daripada Pas.

"Nampak kerajaan Pusat tidak begitu membantu pembangunan di Kedah setelah hampir separuh penggal mentadbir akibat kelemut dalam UMNO," katanya.

Katanya, kemelut dalaman yang berlaku dalam UMNO juga satu kelebihan kepada pembangkang untuk merampas kembali Kerajaan Kedah daripada Barisan Nasional (BN).

"Saya fikir peluang untuk pembangkang cerah, malah ramai mengatakan kedudukan Mukhriz tidak begitu selesa dengan kemelut yang berlaku," katanya.

Sebelum ini, bekas calon Ketua Pemuda UMNO, Syed Rosli Jamalulail mencadangkan Perdana Menteri memecat Mukhriz kerana tidak menyokong kepemimpinan Najib.

Dia juga menyokong Najib menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal malah mencadangkan Perdana Menteri memecat pemimpin UMNO lain yang tidak seiringan dengan pucuk pimpinan parti. 


http://www.freemalaysiatoday.com/

Subhanallah...Inilah Kamar Tidur Mantan Amirul Mukmini Imarah Islam Afghansitan Dicatat oleh ustazcyber.

Posted: 05 Aug 2015 09:30 PM PDT



Imarah Islam Afghansitan (IIA) sendiri adalah sebuah pemerintahan yang menguasai sejumlah wilayah besar di Afghanistan, meskipun dunia tak menyebutnya sebagai "negara", eksistensi IIA nyatanya diakui dan diperhitungkan dunia internasional.

Terbukti konferensi-konferensi internasional yang terkait Afghanistan tak jarang mengundang delegasi dari IIA.

Mungkin anda akan mengira pemimpin sebuah negara pasti berlimpahkan harta dan hidup dalam kemewahan, sebagaimana yang terjadi pada pemimpin-pemimpin negara pada umumnya.

Namun tidak dengan pemimpin IIA Mullah Muhammad Umar Mujahid (rahimahullah). Kekuasaan di tangannya tak membuat hatinya cinta kepada kemewahan. Setelah wafatnya, beredar foto kamar tidur Mullah Umar.

Sebuah ruangan yang tidak luas dan sama sekali tak mewah. Siapa saja yang melihatnya tidak akan menyangka bahwa ruangan itu adalah kamar tidur seorang pemimpin pemerintahan. Ketegasan dan kebijaksanaannya dalam memimpin membuatnya dipuji oleh para ulama.

Ditambah lagi sifat lemah lembut dan zuhudnya, membuatnya semakin dicintai rakyat maupun ulama. (Gambar.Mullah Umar Mujahid rahimahullah)

Berikut ini beberapa kutipan Twitter pernyataan para Ulama dan tokoh umat dari berbagai belahan dunia mengenai kepergian Amirul Mukminin Mullah Muhammad Umar rahimahullahu:

Dr. Hani As-Siba'i: "Angkatlah kepalamu wahai kaum, karena kalian hidup di era Mullah Muhammad Umar!"

Syaikh Majid Al-Ghamidi: "Semoga Allah merahmati sang komandan jenius dan disegani Mullah Muhammad Umar Al-Mujahid, dan semoga Allah menempatkan beliau dalam golongan para syuhada'.

Sungguh perjalanan jihad Harakah Taliban adalah untaian himah yang paling terang di zaman kita ini, wajib atas kita untuk terus mempelajari dan mengkajinya."

Dr. Abdullah An-Nafisi: "Sungguh saya merasa sangat terhormat pernah bertemu langsung dengan Mullah Muhammad Umar.

Saya duduk dan melihat takjub pada sosok lelaki ini, seakan-akan dia bukanlah berasal dari zaman kita (Mullah Umar sangat bersahaja dan sederhana).

Saat saya bersama beliau, pengawal Mullah Umar datang memberitahunya bahwa begitu banyak delegasi dan para pemimpin barat memohon untuk bisa bertemu beliau. Beliau berkata kepada para pengawalnya di hadapan saya:

'Saya tidak sudi bertemu mahluk-mahluk musyrikin najis itu, katakan pada mereka untuk bertemu menteri luar negri atau menteri politik dan hukum!' Lalu beliau menoleh kearah kami:

'Saya ingin menyambut kalian saja.' Sungguh beliau adalah pemimpin umat yang tidak mau tunduk kepada Barat." Syaikh Al-A'llamah Al-Muhaddits Sulaiman Al-'Ulwan: 



"Saya mencoba untuk membuka satu per satu halaman sejarah Islam hari ini, dan sungguh tidak saya dapati seorangpun yang sangat memegang erat Islam dalam kepemimpinannya kecuali Mullah Muhammad Umar semoga Allah merahmati sang Imam dan menempatkannya dalam syurga Firdaus."

Dr. Abu Al-Barra' As-Syami: "Dengan izin Allah semua kita percaya pada kepemimpinan Taliban, majelis syura mereka, dan amir mereka yang senantiasa Allah menangkan Mullah Muhammad Umar.

Mullah Umar telah terbiasa dengan pengorbanan, berbagi, dan menderita demi Islam dan jihad, beginilah yang kami dapatkan dari madrasah seorang Mullah Umar." Dr. Abdullah Al-Muhaisini:

"Mullah Umar telah berpulang kepada Allah, cukuplah bagi saya dan kita semua mengetahui dan yakin bahwa saudara-saudara belaiu di Taliban akan melanjutkan perjuangan beliau dan mereka akan tetap berjalan di jalan yang telah beliau tempuh.

Kami katakan kepada para tentara Taliban: 'Sungguh kalian adalah mahkota kepala kami, dan betapa kami sangat mendambakan berada diantara kalian, tetapkanlah pendirian wahai tentara Allah!"

Betapa zuhud dan sederhananya ia, seakan-akan ia bukan manusia di zaman kita.


(Arrahmah.com)

HANYA MAHATHIR SAJA YANG BOLEH TANGKAP NAJIB - NAK HARAPKAN P9LIS, TOBAT LAHOM TAK AKAN JADI !

Posted: 05 Aug 2015 09:15 PM PDT


Zar Ali's photo.

Zahid akan pantau prestasi 6 menteri penuh dari Perak

Posted: 05 Aug 2015 08:30 PM PDT


Zar Ali's photo. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata adalah tidak munasabah jika mereka yang dilantik menganggotai pentadbiran di peringkat nasional gagal membawa pembangunan ke negeri ini untuk menjadikan Perak antara negeri termaju di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata adalah tidak munasabah jika mereka yang dilantik menganggotai pentadbiran di peringkat nasional gagal membawa pembangunan ke negeri ini untuk menjadikan Perak antara negeri termaju di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan memantau prestasi 6 menteri penuh yang berasal dari Perak dan komitmen mereka untuk membangunkan negeri ini semasa mereka memegang jawatan berkenaan.

Beliau berkata adalah tidak munasabah jika mereka yang dilantik menganggotai pentadbiran di peringkat nasional gagal membawa pembangunan ke negeri ini untuk menjadikan Perak antara negeri termaju di Malaysia.

"Jangan pernah ambil kesempatan untuk diri sendiri tetapi ambillah mana yang sempat untuk membawa pembangunan ke Perak," katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Timbalan Perdana Menteri di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh malam ini.

Meskipun baharu dilantik ke jawatan timbalan perdana menteri, Zahid berkata beliau akan tetap memantau sejauh mana Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainudin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II Datuk Seri Ong Ka Chuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mah Siew Keong, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah serta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mampu berbuat demikian.

"Saya tidak ada kuasa tapi saya perhatikan kalau ada maklum balas daripada tuan-tuan dan puan-puan, kalau ada yang tidak membawa pembangunan bagi tahu saya," katanya.

"Saya dah berjanji kepada diri saya dan Sultan Perak bahawa titah Tuanku untuk melihat anak Perak di peringkat nasional mesti bantu negeri asal dari segi pembangunan menjadi realiti," katanya.

Beliau juga berkata walau setinggi manapun kedudukan seseorang itu, kepentingan mencari ilmu tidak harus dipinggirkan terutama dalam kalangan pemimpin agar sentiasa berada di garisan hadapan dan tidak mudah dipermainkan atau ditipu, terutama di dalam media sosial.

Zahid juga berkata tabiat suka menyalahkan orang lain juga perlu dihentikan dan setiap orang sepatutnya mengambil pendekatan membetulkan diri sendiri terlebih dahulu.

"Apa yang patut ada pada kita bukan sahaja istiqamah tapi juga tawaduk," katanya sambil menambah apa sahaja yang berlaku pasti ada sebabnya.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

SPRM akan panggil Najib berhubung derma RM2.6 bilion

Posted: 05 Aug 2015 08:00 PM PDT



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Najib Razak bagi mendapatkan penjelasan berhubung sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri itu, kata badan itu hari ini. –

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Najib Razak bagi mendapatkan penjelasan berhubung sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri itu, kata badan itu hari ini. –

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Najib Razak bagi mendapatkan penjelasan berhubung sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri itu, kata agensi itu hari ini.

SPRM berkata pihaknya sudah mengenalpasti identiti pihak yang memberi wang itu dan mendapatkan penjelasan daripada penderma yang berasal dari Timur Tengah itu akan tetapi  tidak boleh mendedahkan identitinya.

Pada Isnin, SPRM mengesahkan sejumlah RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun Najib sebagai sumbangan derma, bukan daripada syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"SPRM mendapatkan penjelasan daripada pihak penderma yang berasal dari Timur Tengah dan pihak berkaitan juga mengesahkan sumbangan derma tersebut.

"Sumbangan derma RM2.6 bilion itu tiada kaitan langsung dengan 1MDB.

"Perbincangan juga diadakan dengan Peguam Negara Malaysia yang meminta supaya SPRM membuat penjelasan mengenai perkara ini sementara siasatan masih dijalankan.

"Sehubungan itu, SPRM juga ingin memaklumkan Najib akan diminta untuk memberi penjelasan mengenai sumbangan derma yang diterima beliau kepada SPRM," kata badan anti-rasuah itu dalam satu kenyataan petang ini.

Ia berkata, SPRM mendapat tahu tentang butir penderma melalui dokumen yang diambil dari bank dan didapati terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun perdana menteri.

"Dalam dokumen itu ada dijelaskan sumbangan RM2.6 bilion adalah sebagai derma," katanya.

The Wall Street Journal (WSJ) pada 2 Julai menerbitkan satu artikel yang memetik "penyiasat yang tidak dinamakan" mengatakan hampir AS$ 700 juta (RM2.6 bilion) daripada dana syarikat berkaitan 1MDB disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib sebelum pilihan raya umum ke-13.

1MDB menafikan dakwaan itu, manakala Najib menafikan mengambil sebarang dana awam untuk kepentingan peribadi.

Walaupun mengancam untuk menyaman WSJ atas dakwaan itu, Najib tidak pernah secara langsung menafikan wang itu ada dalam akaun beliau .

Pada Isnin, SPRM mengeluarkan kenyataan mengesahkan RM2.6 bilion itu disalurkan ke akaun perdana menteri tetapi ia sumbangan politik dari penderma, bukan dari 1MDB.



http://www.themalaysianinsider.com

Cadangan PAC siar laporan interim 1MDB bertentangan peraturan Dewan Rakyat, kata Pandikar Amin.

Posted: 05 Aug 2015 07:30 PM PDT


Zar Ali's photo.Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata tindakan itu bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat 85, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang tidak membenarkan apa-apa keterangan yang diambil di hadapan PAC dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya disiarkan dalam apa jua bentuk sebelum Jawatankuasa itu membentangkan laporan tersebut kepada Majlis. 

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata tindakan itu bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat 85, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang tidak membenarkan apa-apa keterangan yang diambil di hadapan PAC dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya disiarkan dalam apa jua bentuk sebelum Jawatankuasa itu membentangkan laporan tersebut kepada Majlis. 

Cadangan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk menyiarkan laporan interim siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah bertentangan dengan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata "tindakan itu bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat 85, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang tidak membenarkan apa-apa keterangan yang diambil di hadapan PAC dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya disiarkan dalam apa jua bentuk sebelum Jawatankuasa itu membentangkan laporan tersebut kepada Majlis.

"Penyiaran laporan interim juga bertentangan dengan Seksyen 23 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 yang jelas tidak membenarkan mana-mana ahli atau jawatankuasa memberi keterangan di luar Majlis tanpa keizinan khas Majlis terlebih dahulu," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Pengerusi PAC Dr Tan Seng Giaw akan kemungkinan jawatankuasa itu mencadangkan mengeluarkan laporan ringkas berhubung 1MDB bagi memberitahu orang ramai tahap siasatan yang dijalankan.

Berhubung isu sama ada PAC boleh meneruskan mesyuarat dengan kehadiran tiga ahli jawatankuasa sahaja, Pandikar berkata mengikut peraturan Mesyuarat 83(3), kuorum bagi sesebuah Jawatankuasa Pilihan hendaklah 3 orang ahli termasuk Pengerusi kecuali jika Majlis memerintahkan boleh lebih atau kurang daripada itu.

"Walaupun baki ahli PAC mencukupi bilangan kuorum yang disyaratkan bagi ahli tetapi jawatan pengerusi dikosongkan, maka PAC tidak boleh meneruskan mesyuarat sehingga pengerusi yang baharu dilantik oleh Majlis," katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa Peraturan Mesyuarat 77(3) hanya terpakai apabila jawatan pengerusi itu masih diisi oleh seseorang ahli Majlis, dan PAC tidak mempunyai kuasa untuk memilih seorang daripada mereka untuk menjadi pengerusi apabila jawatan pengerusi menjadi kosong.

Perkara 73(3) peraturan mesyuarat pula mencatatkan semasa ketiadaan Pengerusi atau Naib Pengerusi oleh kerana keuzuran atau lain-lain sebab, Jawatankuasa hendaklah memilih seorang daripada mereka untuk menjadi seorang pengerusi yang akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa itu.

"Memandangkan pelantikan Pengerusi baru masih belum dibuat, apa-apa mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara hendaklah ditangguhkan, dan tiada peruntukan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang menghendaki suatu penangguhan mesyuarat Jawatankuasa itu dibuat dengan memohon persetujuan daripada ahli-ahli Jawatankuasa terlebih dahulu," kata Pandikar.

Menyentuh mengenai naib pengerusi jawatankuasa itu mengadakan mesyuarat, Pandikar berkata beliau tidak boleh mengadakan mesyuarat jawatankuasa atas kapasitinya sebagai Naib Pengerusi kerana Peraturan Mesyuarat 82(2) memperuntukkan secara khusus mengenai tatacara pelantikan jawatan ahli jawatankuasa yang menjadi kosong.

"Dalam hal keadaan jawatan pengerusi atau ahli jawatankuasa menjadi kosong, Peraturan Mesyuarat 82(2) memperuntukkan pelantikan semula bagi jawatan tersebut dibuat melalui pelantikan oleh Majlis atau Jawatankuasa Pemilih mengikut mana-mana yang berkenaan dan bukannya melalui pemilihan dalam kalangan naib pengerusi dan ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara sedia ada sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Peraturan Mesyuarat 77 (3)," katanya.


See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Siasatan polis terhadap SPRM langgar undang-undang, kata PKR

Posted: 05 Aug 2015 06:45 PM PDT


Zar Ali's photo.

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berpendapat tindakan polis terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah satu campur tangan nyata dalam siasatan SPRM dan perlu dihentikan serta-merta.

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berpendapat tindakan polis terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah satu campur tangan nyata dalam siasatan SPRM dan perlu dihentikan serta-merta.

Siri siasatan dan serbuan polis terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sewaktu agensi itu masih menyiasat dana sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah satu kesalahan undang-undang, kata Mohamed Azmin Ali.

"Di bawah Seksyen 48 Akta SPRM, menjadi satu kesalahan jika sesiapa menghalang siasatan SPRM.

"Tidak syak lagi, tindakan polis ini satu campur tangan terang-terangan dan perlu dihentikan serta-merta," kata Azmin yang juga menteri besar Selangor dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut seksyen yang dipetiknya: "Mana-mana orang yang mengamang, menghalang, menggalang atau melengah-lengahkan pegawai suruhanjaya dalam pelaksanaan kewajipannya di bawah akta ini melakukan sesuatu kesalahan."

Menurut Azmin, SPRM perlu diberi ruang secukupnya bagi menjalankan siasatan ke atas 1MDB.

"Justeru, saya menyeru semua rakyat Malaysia yang berpegang pada kebenaran serta parti politik dan pertubuhan sivil agar menyokong SPRM dalam menjalankan tugas mereka.

"Ini mustahak bagi memastikan sebarang kebolehpercayaan dalam siasatan 1MDB dapat dipulihkan," kata Azmin.

Sehingga semalam, polis menyiasat 7 orang pegawai tertinggi SPRM berhubung dakwaan kebocoran maklumat siasatan 1MDB.

Terkini, seorang lagi timbalan pengarah SPRM sedang disiasat polis di Putrajaya berhubung tuduhan sama – menjadikan jumlah terbaru 8 orang.


http://www.themalaysianinsider.com.

Kah Kah Kah....Ambik Kau !!

Posted: 05 Aug 2015 06:30 PM PDT

Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diserbu polis hari ini.

Posted: 05 Aug 2015 06:00 PM PDT

Polis serbu bahagian operasi khas SPRM



Langkah itu dipercayai berkaitan dakwaan pembocoran kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan 1MDB.

Sekurang-kurangnya lima kenderaan, termasuk empat kereta polis, dilihat meninggalkan ibu pejabat polis daerah (IPD) pada jam 6.45 petang dan kini berada di luar pejabat bahagian itu di Menara Prisma, Putrajaya.

Beberapa orang pegawai polis berpakaian biasa dipercayai telah memasuki bangunan itu.

Jurucakap SPRM sebelum ini memberitahu pemberita di luar IPD itu bahawa tiga pegawainya disoal siasat berhubung kebocoran itu sehingga 6.45 petang.

- mkini

'Malaikat’ dari langit mana derma RM2.6 bilion?

Posted: 05 Aug 2015 05:15 PM PDT




BERITA yang disampaikan stesen televisyen mulai malam tadi hingga pagi ini menyebutkan bahawa SPRM mengesahkan akaun berjumlah RM2.6 bilion milik Najib Tun Abdul Razak bukan dari 1MDB tapi dari penderma. 

Mmmmm… 'malaikat' (penderma) dari langit mana ye yang begitu sangat murah hati menderma sampai RM2.6 bilion.

Sehingga bila agaknya rakyat Malaysia akan disogokkan dengan kenyataan-kenyataan yang sangat meragukan dan tak masuk akal?

Bingai dan dungu sangatkah semua rakyat Malaysia nih sehingga tidak mampu membaca apa yang tersirat di sebalik wayang yang sedang dimainkan ketika ini?

SPRM sudah diterajui oleh orang baru yang baru dilantik oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak.

Seluruh Kabinet baru yang dilantik oleh sang Perdana Menteri ketika ini adalah mekanisme atau jentera perang (konspirasi) mempertahankan Najib dari sebarang kaitan yang boleh membawa imej negatif khususnya mengenai sekandal 1MDB. 

Pelaksanaan undang-undang, Rukun Negara seolah-olah sudah tidak berfungsi bahkan seperti tidak wujud lagi.

Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, Kesopanan dan Kesusilaan, semuanya sudah dinjak-injak di bawah telapak kaki mereka yang merasa sangat berkuasa dan berkedudukan.

Bahkan Majlis Tertinggi dan seluruh anggota parti yang menjadi sandaran hampir seluruh bangsa Melayu di Negara ini seolah-olah sudah menukar kulit untuk menjadi zombie yang tidak mampu mengeluarkan apa-apa pandangan selain mendengar dan menerima arahan dari kuasa tertinggi parti yang juga sebagai Perdana Menteri.

MasyaALLAH, malapetaka apa sebenarnya yang sedang menimpa negaraku yang tercinta ini?

Apa yang disebut oleh suatu pihak bahawa kononnya ada konspirasi menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat sebenarnya tidak pernah wujud.

Skandal 1MDB yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Sri Najib itulah yang wujud sebenarnya.

Benar atau tidak, maka pasukan penyiasat dari badan-badan yang diamanahkan dan dipertanggungjawabkan sebagai mewakili suara rakyat seluruhnya mulai menjalankan siasatannya.

Isunya adalah Najib sang Perdana Menteri yang diamanahkan dan dipertanggungjawabkan sebagai peneraju kepimpinan untuk mengangkat martabat bangsa agama dan negara.

Apabila si peneraju mulai terpalit dengan berbagai isu yang meragukan dan merosakkan kepercayaan rakyat, adalah menjadi tanggungjawab sesiapa sahaja khususnya mereka yang terdekat sama ada Majlis Tertinggi atau badan penasihat mempersoalkan dan memperincikan hal yang berlaku sebenarnya. 

Menyedari kedudukannya sebagai Perdana Menteri akan tergugat, Najib terlebih dahulu melakukan tindakan drastik dengan mengugurkan Tan Sri Muhyiddin Yasin dari jawatan TPM, kerana Muhyiddinlah yang memohon penjelasan dari Najib tentang isu 1MDB.

Pada waktu yang sama Ketua Pasukan Khas yang menyiasat skandal 1MDB Abdul Gani Patail secara tiba-tiba juga dilucutkan dari jawatan Peguam Negara. Nasib yang sama menimpa kepada beberapa pegawai tinggi SPRM.

Gara-gara tindakan Najib itu semuanya menjadi bisu. Majlis Tertinggi bisu, Bahagian-Bahagian apatah lagi Cawangan lagi bisu. 

Kalau ada pun suara dari Johor sebagaimana yang disuarakan oleh Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Sinar Harian Rabu 5 Ogos 2015) halaman 2).

Barangkali kerana semangat perjuangan Umno yang asal masih hidup di Istana Johor (tempat bermula dan lahirnya Umno - 11 Mei 1946). Selain itu semuanya menjaga 'periuk nasi' masing-masing.

Bahkan para cendekiawan, agamawan (ulamak ?), budayawan dan entah apa-apa awan lagi semuanya turut sama menjadi bisu, tidak upaya untuk menyuarakan kebenaran dan kejujurannya masing-masing terhadap isu yang sedang mencalar bangsa dan Negara ini.

Lebih menghairankan tokoh-tokoh agama termasuklah mufti atau bekas-bekas mufti yang biasanya dan dahulunya begitu 'bersemangat' memperkatakan tentang amal maaruf nahi mungkar juga ikut sama 'menikus', seolah-olah apa yang sedang berlaku ketika ini tidak ada kaitan dengan kemungkaran, bahkan lebih dari itu boleh menukar akidah manusia dari mentaati (takut/zuhud) kepada ALLAH dan Rasul menjadi takut kepada seseorang yang menyebabkan nanti akan kehilangan kedudukan, pangkat dan gaji (upah).

Demikianlah apabila agama (Tuhan), undang-undang, kesopanan dan kesusilaan bahkan raja dan negara pun sudah dikesampingkan. Sedemikian itu apakah nilai manusianya yang setiap waktu kononnya menyembah dan mengakui kebesaran serta kekuasaan ALLAH Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya? 

Ringgit, pangkat kedudukan ternyata lebih diimankan, bahkan menjadi kiblat atau hala tuju sembahan (berhala). Demikianlah senarionya, seolah-olah Tuhan sudah mati di hati mereka. Walhal ALLAH sentiasa memberi rezeki dari sumber yang manusia sendiri tidak mengetahuinya.

Pepatah Melayu lama menyebutkan "Bangkai gajah tak boleh ditutup dengan nyiru..". Siapakah gajah, siapakah bangkai, siapakah nyiru. Dan bau bangkai itu sedang membuak serta menyebar ke setiap lubang hidung mereka yang masih sihat dan berakal serta mengenal erti kebenaran dan kebohongan yang melingkari kehidupannya.

Saatnya akan sampai apabila malaikat mulai mencabut ubun-ubunnya dan ketika itu hanya mata yang terbelalak kerana malaikat Zabaniah sudah menanti untuk membayar segala 'kebaikan' yang pernah dilakukan selama hayatnya yang diamanahkan untuk menegakkan kebenaran dan menentang kemungkaran. Subhanallah...Allahu Akbar…


Khalid Salleh
Pelakon Terbaik Asia Pasifik 1998


- sinarharian

SPRM - 'Demi Allah, saya akan cari dalang ke lubang cacing'

Posted: 05 Aug 2015 04:30 PM PDT



Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin hari ini bersumpah dengan nama Allah akan mencari dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu.

"Saya bersumpah dengan nama Allah saya akan mencari dalang yang mengarahkan ini.

"Kami bekerja siang malam sepanjang bulan puasa dan ini, berlanjutan sepanjang hari raya baru ini.

"Kami tiada masa berpolitik tapi kami menjalankan tugas kami seperti yang diamanahkan dan diharap oleh rakyat.

"Demi Allah saya akan cari dalang dalang yang mengarahkan (penahanan) ini sehingga ke lubang cacing," beliau berkata.

Beliau juga mengingatkan 'dalang-dalang' itu bahawa kuasa yang mereka ada tidak sebesar mana.

"Kamu ada kuasa sedikit saja tapi saya ada Allah," katanya yang baru selesai menunaikan solat hajat ketika dihubungi Malaysiakini.

Bahri berkata demikian ketika diminta mengulas siasatan terbaru polis terhadap dua lagi pegawai SPRM, termasuk pegawai yang menyiasat bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Difahamkan, individu yang disiasat termasuk orang nombor tiga dalam operasi khas SPRM, Roslan Che Amat, serta menyerbu pejabat mereka di Putrajaya, dipercayai berkaitan kertas pendakwaan bocor terhadap perdana menteri.

Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan bagi kegiatan yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Polis setakat ini sudah menyiasat beberapa pegawai SPRM dalam operasi yang bermula awal pagi Sabtu lalu dengan penahanan timbalan pendakwa raya suruhanjaya itu, Ahmad Sazilee Abdul Khairi.

Kesemua penahanan itu dibuat ketika ketua peseuruhjayanya, Datuk Abu Kassim Mohamed dan timbalannya, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull sedang bercuti.

Bahri turut disiasat pada Isnin lalu

- mkini

Pasukan khas 1MDB 'bersara' bersama Gani?

Posted: 05 Aug 2015 09:00 AM PDT


 
 
Pasukan khas pelbagai agensi yang menyiasat syarikat pelaburan negara 1MDB seperti terhenti tiba-tiba selepas penyingkiran Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara minggu lepas.

Sebelum ini, pasukan itu sentiasa mengemas kini perkembangan siasatan mereka selepas muncul berita menggemparkan terdapat RM2.6 bilion wang dimasukkan ke akaun Datuk Seri Najib Razak.

Ini diikuti dengan penangkapan berprofil tinggi melibatkan syarikat yang dikaitkan dengan aliran wang itu. Muncul juga spekulasi seperti ada reaksi balas berlaku setelah itu.

Pasukan itu diisi nama-nama besar termasuk Gani, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu bakar, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Bagaimanapun, selepas Gani digantikan dengan peguam negara yang baru pada 27 Julai, tiada lagi kemas kini daripada mereka.

Di pihak SPRM pula, Abu Kassim kini sedang bercuti manakala timbalannya Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berada di luar negara untuk tugas rasmi.

Difahamkan Shukri akan pulang minggu depan tetapi sumber memberitahu beliau akan menyambung dengan cuti selepas itu.

Polis sasar Zeti?

Malaysiakini juga difahamkan bahawa siasatan SPRM pada SRC International Sdn Bhd, syarikat milik Kementerian Kewangan, menjadi tugasan terakhirnya sebalum bersara.

Abu Kassim dan Mohd Shukri (gambar) juga tiada ketika pegawai kanan suruhanjaya itu disiasat oleh polis bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan atas dakwaan terlibat aktiviti yang boleh menjejaskan demokrasi berparlimen.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini bahawa dokumen penting berkaitan siasatan SPRM telah dirampas.

Walaupun SPRM berikrar meneruskan siasatan pada SRC, difahamkan perkembangan terbaru ini ternyata mengecewakan mereka.

Sementara itu, Zeti juga dipercayai sedang berada di luar negara. Bank Negara bagaimanapun ketika dihubungi enggan mengesahkannya.

Dua anggota parlimen hari ini - Lim Lip Eng and Teo Kok Seong – hari ini menyerahkan surat kepada Bank Negara, mendesak bank pusat itu mengesahkan bahawa Najib pernah mengisytiharkan menerima RM2.6 bilion.

Mereka juga mahu tahu sama ada Zeti tidak berada dalam negara dan diberikan jawapan, Zeti masih bertugas.

Kemampuan Zeti dan Bank Negara menjalankan tanggungjawabnya dalam pasukan khas 1MDB itu menjadi tanda tanya memandangkan beliau sendiri mungkin disiasat polis susulan kebocoran maklumat sulit kewangan.

Pasukan tanpa pengasas?


Bank Negara menafikan penglibatan mereka.

Zeti bagaimanapun dinamakan dalam beberapa blog pro-BN sebagai sosok utama dalam dakwaan konspirasi untuk menjatuhkan Najib.

Pihak-pihak lain yang turut dinamakan sudah dirakamkan kenyataan mereka oleh polis. Dalam masa yang sama, Zeti juga kini dihamburkan dakwaan rasuah.

Sementara itu, walaupun kewujudan pasukan khas itu hanya diketahui orang awam pada 3 Julai, selepas The Wall Street Journal melaporkan aliran wang ke akaun Najib, ia mungkin telah wujud empat tahun lebih awal.

Gani pada perhimpunan bulanan Jabatan Peguam Negara pada Oktober tahun lalu berkata memulakan pasukan khas pada Mac 2011 bagi membantu kerajaan membanteras pelarian cukai kastam, pengubahan wang haram, rasuah dan salah guna subsidi minyak.

Beliau menjelaskan bahawa pasukan itu bukan agensi baru, tetapi kerjasama dengan pegawai-pegawai daripada pelbagai agensi demi membanteras penjenayah antarabangsa.

Walaupun pasukan khas 1MDB berkata Gani dirunding untuk pandangan undang-undang, jelas bahawa memainkan peranan sebagai anggota penting dalamnya sebelum ini.

Dengan semua perkembangan di atas, kemungkinan besar tiada maklumat kemas kini akan diketahui daripada pasukan itu dalam masa terdekat.
 
KedahLanie.

Skandal 1MDB: “Ada orang lain arahkan DPP ditangkap jam 1 pagi” – SPRM - Written By canang

Posted: 05 Aug 2015 08:30 AM PDT


Zar Ali's photo.
Polis menyiasat SPRM berhubung draf pendakwaan yang disiarkan Sarawak Report yang kononnya kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri.

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kesal cara layanan yang diberikan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Ketua Pengarah, Bahagian Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin.

Katanya, pihak polis tidak akan menahan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) pada jam 1 pagi melainkan ada pihak yang mengarahkan berbuat demikian.

"Saya kesal perkara ini berlaku, kami disiasat sepenuhnya hari siang dan malam. Tiba-tiba DPP kami diambil pada jam 1 pagi dan ia amat menghairan saya mengapa boleh berlaku sedemikian.

"Saya rasa pihak polis tidak buat kerja gila macam ini, kecuali ada pihak yang mengarahkan sedemikian," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM pada Isnin.

Beliau mengaku disoal siasat oleh pihak polis selama tiga jam berkata, kenyataannya diambil untuk membantu siasatan pihak polis mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan.

Siasatan yang dilakukan oleh pihak polis adalah mengenai artikel yang disiarkan laman web Sarawak Report minggu lepas mengenai draf yang dikatakan kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri.

Bahri berkata, beliau yakin bahawa SPRM tidak terlibat dalam menghasilkan semula semula kertas pertuduhan itu.

"Saya yakin dengan sepenuh hati, bukan dari kami, mungkin satu bendanya adalah 'reproduce' semula," katanya yang juga merupakan sebahagian daripada pasukan khas yang menyiasat 1MDB.

Surat bual dengan Dr Mahathir Mohamad

Posted: 05 Aug 2015 07:45 AM PDT


SURAT TERBUKA

Ybhg Tun Dr Mahathir Mohamad,
Yayasan Perdana,
Putrajaya, Sepang
Wilayah Persekutuan.

Assalamualaikum wbh wbt.


Saya tidak tahu persis ketika ini apa yang sedang Tun lakukan. Apakah sedang melakukan senaman ringan atau pun mengambil sarapan pagi, sedang itu cuba mengarapkan idea untuk sebuah tulisan dalam blog daripada nota-nota yang dicatat hujung lewat malam tadi.

Yang pastinya Tun tetap kekal dan cekal dengan kerja rutin harian. Kecergasan Tun dapat dilihat daripada butir cakap, penulisan dan kenyataan-kenyataan akhabar Tun yang penuh sinikal. Kalau Tun uzur dan kurang sihat badan, tertanda apabila blog Tun tidak dikemaskinikan dan tidak ada kenyataan akhbar dan majlis-majlis sosial dan politik yang hadiri.


Tun surat yang saya namakan "Berbual Dengan Tun Mahathir" ini, tidak membawa maksud besar dan gah daripada apa yang tersarang diminda Tun mengenai masa depan negara. Sebagai seorang negarawan Tun terus berfikir dan memerahkan otak macam mana untuk memajukan negara, bangsa dan agama. Semua kita terikat dengan tanggungjawab itu yang teramanah ke atas batu jelama kita semua. Nampaknya Tun rajin dan istiqamah dalam berusaha membangunkan negara meskipun sudah tidak mempunyai kuasa eksekutif siasah, hampir 20 tahun lampau.

Istilah pensiun langsung tidak ada dalam kamus Tun demi bangsa dan negara. Saya percaya komitmen Tun kepada nasib bangsa dan negara jauh lebih tinggi dan besar daripada orang lain. Tun akan berhenti bercakap soal negara bangsa apabila paku terakhir terpacak di keranda Tun. Maaf.

Inilah watak dan saksiah seorang yang "budiman" wajar dipuji dan dibanggakan. Tun bekerja untuk negara bangsa tanpa pamrih tetapi ada kalanya kerja-kerja Tun songsang kalak juga. Itu perkara biasa, bak kata orang 'gading mana tidak retak, bumi mana tidak ditimpa hujan'. Tun adalah mahhluk baharu yang tidak terelak dari melakukan kesilapan.

Saya memahami juga dengan kritikan bertubi-tubi Tun kepada YAB Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, ianya dibuat adalah demi negara. Kerana Tun melihat apa dilakukan Datuk Seri Najib boleh merosakkan negara dan menjejaskan imej dan maruah negara serta mencarikkan legasi yang dibina oleh Tun. Tun telah menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang Tun sendiri lantik kerana Tun Abdullah dilihat gagal dan tidak mampu meneruskan kesenimbungan Tun membena negara. Tun seakan tidak mempercayai kepada kemampuan dan kehambaan Tun Abdullah dalam membangun negara dan bangsa.

Walaupun ada perkara lain yang agak personal kenapa Tun marahkan Tun Abdullah, tetapi itulah yang dijaja dan dijual kepada umum, kenapa Tun tidak senang dengan Tun Abdullah. Persepsi awam meletakkan cemuhan Tun kepada Tun Abdullah kerana kelemahan Tun Abdullah tanpa sedikit pun orang menyalahkan kepada sikap ego Tun yang berasa cerdik sepanjang masa.

Jadi tiada pilihan lain, Tun berkerja siang malam dan seolah-olah melupai yang Tun Abdullah naik kerana jaminan dan restu Tun juga. Dalam proses Tun hendak menjatuhkan Tun Abdullah saya melihat satu tindakan yang bertentangan dengan sikap dan fiil Tun sebenarnya. Tun bukan sahaja melakukan tindakan secara fizikal, mengkritik dan tidak memberi sokongan tetapi menekan jiwa Tun Abdullah dengan bertindak keluar dari UMNO bersama Toh Siti Hasmah sekali. Tindakan ini adalah paling parah.

Tindakan Tun itu semata-mata kerana tidak senang Tun kepada Tun Abdullah. Kerana selepas itu apabila Datuk Seri Najib mengambil alih kepimpinan Tun dengan senang hati dan "bergumbira" pula Tun telah kembali semula ke dalam UMNO. Demikian sekali sinisnya Tun kepada Tun Abdullah.

Orang melihat musim panas Tun dengan pentadbiran Datuk Seri Najib akan sampai ke petang membawa ke malam. Tetapi rupa-rupanya tidak, berlaku hujan ribut di tengah hari. Tun melalui hubungan putih hitam, kelat masam dengan Datuk Seri Najib. Hanya beberapa waktu sahaja Tun dapat bersenang, berbulan madu dengan Datuk Seri Najib. Penyakit yang menimpa Tun semasa Tun Abdullah jadi PM, turut menimpa ke atas Datuk Seri Najib. Tun mula mengkritik Datuk Seri Najib dan turut memberi tekanan jiwa ke atasnya pertama kali apabila Tun menarik sokongan kepada Datuk Seri Najib.

Ada alasan besar dan konkrit kenapa Tun mengkritik Datuk Seri Najib. Ia berpunca daripada kesalahan dan salah lakukan Datuk Seri Najib dalam mengurus negara. Penyalahgunaan kuasa sebagai perdana menteri dilakukan oleh Datuk Seri Najib adalah faktor besar kenapa Tun tidak senang dengan Datuk Seri Najib. Ini termasuklah isu kerugian (hilang) wang 1MDB serta isu-isu lain termasuknya juga ulah dan sikap isteri Datuk Seri Najib yang menjolok mata Tun serta pembunuhan Altantuya.

Tun mungkin mengira kritikan dan serangan terhadap Datuk Seri Najib akan mencapai kemenangan seperti mana Tun lakukan kepada Tun Abdullah. Saya ada terdengar Tun memberi kata dua kepada Datuk Seri Najib, tetapi Datuk Seri Najib tidak mempedulikannya. Pendeknya telah habis usaha Tun untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib kunonya demi negara dan bangsa, tetapi hampa.

Datuk Seri Najib tidak sedia berundur dan melepaskan jawatan kepada Tan Sri Muhyiddin seperti mana Tun sarankan. Istidraj sebaliknya berlaku bila mana Tan Sri Muhyiddin terpaksa meninggalkan panggung di Putrajaya dan hidup tanpa jawatan apabila Datuk Seri Najib menyingikirnya sebagai timbalan perdana menteri 28 Julai lalu. Ia barangkali mengejutkan Tun dan pemecatan Tan Sri Muhyiddin itu adalah suatu tragedi yang tidak terbaca oleh Tun. Tun di checkmate oleh Datuk Seri Najib.

Tun kena bertanggungjawab atas nasib malang yang menimpa Tan Sri Muhyiddin. Saya percaya kalau bukan kerana nasihat dan formula berstrategi yang dibentang oleh Tun, Tan Sri Muhyiddin tidak akan memberanikan diri menyerang Datuk Seri Najib secara terbuka. Sokongan Tun di belakanglah menyebabkan Tan Sri Muhyiddin berani.

Hari ini, atau tepat pada Selasa lalu riwayat Tan Sri Muhyddin di Putrajaya sudah berakhir. Penyingkiran Tan Sri Muhyiddin oleh Datuk Seri Najib lebih drastik daripada apa yang Tun lakukan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim 17 tahun lalu. Apakah Tun pernah terfikir yang Datuk Seri Najib akan menciplat strategi Tun?

Kalau iya, ternyata Datuk Seri Najib lebih berani dan kemah tindakannya bagi menjamin keadaan huruhara yang pernah dihadapi Tun pada tahun 1998 hingga 2006 itu tidak berlaku. Di sini tampaknya Datuk Seri Najib yang dilihat manja tidak mempunyai "nekad politik" lebih berjaya daripada Tun. Siapa menyangka, cempedak dah jadi nangka.

Kenapa saya berkata Datuk Seri Najib lebih berjaya, kerana tindakan diambil memecat timbalan presiden itu tidak mewujudkan suasana sepertimana dialami Tun sebelum ini. Tan Sri Muhyiddin tampaknya tidak mahu berbuat apa-apa dan reda dengan apa yang berlaku. Di samping itu juga beliau memberi jaminan akan tetap setia bersama parti. Bagi Tan Sri Muhyiddin beliau mengambil tindakan itu kerana faham dengan kapasiti yang ada kepadanya.

Beliau tidak mempunyai pengaruh yang besar dan meluas dalam Umno untuk bangkit menentang Datuk Seri Najib seperti mana Datuk Seri Anwar bangkit menerusi reformasi menentang dan mengasak Tun. Kelemahan itu menjadikan Tan Sri Muhyiddin mengambil sikap tawaqus dengan keadaan dan tidak melakukan sesuatu. Bagi saya nasib Tan Sri Muhyddin, walaupun beliau menunjukkan kesetiaan kepada parti tetapi dia sudah finish.

Peluangnya untuk menduduki kembali jawatan itu sudah tidak ada harapan lagi. Datuk Seri Najib sudah mengepong Tan Sri Muhyiddin dengan seluruh panglima perangnya. Tertakdir beliau dapat mempertahankan kedudukannya dalam pemilihan UMNO tahun 2018 atau 2019, (yang pasti akan diadakan selepas pilihan raya umum, dan Datuk Seri Najib masih menjadi PM), apakah Datuk Seri Najib akan melantik Tan Sri Muhyiddin sebagai timbalannya? Ke mana Datuk Seri Najib hendak tohok Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi? Datuk Dr Ahmad Zahid adalah seorang kawan yang setiakawan, begitulah kata Datuk Seri Najib.

Dari congakan politik saya kerjaya politik Tan Sri Muhyiddin secara tertib dalam UMNO sudah pun habis.

Mengira itu, apakah Tun tidak akan berbuat sesuatu untuk Tan Sri Muhyiddin dan juga sebagai mencapai cita-cita Tun yang dianggap sebagai perjuangan belum berakhir, sebelum tutup mata. Apakah Tun akan mengangkat bendera putih kepada Datuk Seri Najib Razak? Saya tidak fikir begitu apabila mengenali dan membaca sejarah perjuangan Dr Mahathir Mohamad.

Saya ada cadangan untuk tidak menjadikan Tun "mati kutu" dengan apa yang berlaku ini. Cadangan ini mungkin tidak munasabah dan amat mustahil untuk dilakukan. Tetapi dengan mengambil kira filsafah dalam politik itu tidak ada sesuatu yang mustahil Tun boleh melakukannya. Lagi pun "keagahan" Datuk Seri Najib yang bermaharajalela dalam negara ini perlu dibendung. Amukan negara yang menggunakan kuasanya dengan rakus harus dihentikan. Laksana Sultan Melaka yang berdepan dengan amukan Jebat, maka Tuah yang disembunyikan harus dibawa ke muka.

Bagi kejayaan ini saya cadangkan Tun berkolobrasi dengan Datuk Seri Anwar untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib. Saya lihat kekuatan yang ada kepada Tun menerusi UMNO tidak cukup untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib. Saya setuju dalam hal ini dengan pandangan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, bahawa Tun tidak mempunyai kekuatan (power) untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib. Sebelum ini Tun merancang dan mencadangkan agar Datuk Seri Najib dijatuhkan menerusi komplot undi tidak percaya kepada Datuk Seri Najib di parlimen.

Saya yakin hasrat dan cita-cita Tun untuk selamatkan Malaysia daripada terus diganyang dan digasak oleh Datuk Seri Najib dengan pelbagai salah laku penyelewengan dan perbuatan rendah moral, tidak akan berjaya kalau Tun tidak berkolobrasi dengan Datuk Seri Anwar. Tun perlu melihat kembali kepada kejayaan dan pencapaian Tun selama ini bukankah kerana berkerjasama atau Datuk Seri Anwar yang menjadi timbalan Tun?

UMNO berada dipuncak semasa Tun menjadi Presiden yang berkolobrasi dengan Datuk Seri Anwar menjadi timbalan presiden. Ketika itu UMNO dan BN benar-benar menjadi sebuah kerajaan yang hebat dan dapat menyumbangkan kemakmuran kepada negara. Tidak mungkin kalau Tun tidak berkolorbrasi dengan Datuk Seri Anwar Tun mencapai kedudukan itu dan UMNO sendiri berada dalam keadaan mantap dan dihormati.

Pengaruh Datuk Seri Anwar masih ada. Walaupun beliau ketika ini dikurung tetapi semangat juangnya, masih dihayati oleh para penyokongnya. Penyokongnya bukan sedikit. Kelebihan yang ada kepada Datuk Seri Anwar ini dapat dihidu oleh Datuk Seri Najib Razak sebab itulah Datuk Seri Najib sedia melantik Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalannya. Perlantikan itu adalah penumpangan pengaruh Datuk Seri Ahmad Zahid oleh Datuk Seri Najib bukan kerana Datuk Seri Zahid memiliki keistimewaan dan kehandalan sebagai seorang pemimpin.

Percayalah Tun, Datuk Seri Najib tidak dapat dijatuhkan dari dalam UMNO. Dia akan berjaya dijatuhkan dari luar UMNO. Mekanisme tindakan dari luar UMNO ialah Tun perlu berkolobrasi dengan pembangkang dan menggunakan tunggul-tunggul pengaruh dan kekuatan yang dimilik Datuk Seri Anwar Ibrhaim. Disaat Jebat mengamuk, bawalah pulang Tuah ke dalam gelanggang, nescaya negeri ini kembali aman.

Hanya dengan cara itu sahaja Tun akan dapat memberesi kerja-kerja Tun sekiranya di dalam hati Tun kini keadaan Datuk Seri Najib sudah amat teruk dan tidak berfaedah lagi.

Sekian wasalam.
Salam hormat
MOHD SAYUTI OMAR.

MP, petani ditangkap protes depan pejabat MB

Posted: 05 Aug 2015 07:00 AM PDT

 
Polis menangkap anggota parlimen Parti Rakyat Malaysia (PSM)  Dr Michael Jayakumar serta sekumpulan petani dan aktivis yang mengadakan protes di luar pejabat menteri besar Perak hari ini.

Kumpulan itu, yang menolak arahan pengusiran, berkumpul untuk bertemu Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, setelah dikatakan mencubanya sejak beberapa bulan lalu.

Turut ditangkap Setiausaha Agung PSM A Sivarajan dan pemimpin popular parti itu  S Arutchelvan.

'Ayuh demo besar, sediakan stadium Azmin'

Posted: 05 Aug 2015 06:15 AM PDT


 
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Zaid Ibrahim menggesa sebuah protes besar melibatkan 100,000 orang diadakan sebagai bantahan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Marilah adakan perhimpunan di mana 100,000 orang daripada pelbagai latar berkumpul – sudah tentunya aman – bagi menyatakan bantahan terhadap perdana menteri," katanya.

Zaid juga berharap Menteri Besar Selangor Azmin Ali dapat menyediakan stadium dan sokongan yang diperlukan untuk perhimpunan besar itu sebelum 31 Ogos.

Zaid juga berharap pemimpin pembangkang dan Umno yang kritikal, seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, dapat berkongsi pentas.

"...untuk isytihar kepada orang ramai walaupun terdapat perbezaan politik, mereka akan bersatu untuk selamatkan Malaysia," katanya di blog hari ini.


 




"Pemimpin-pemimpin ini tidak harus membenarkan orang yang mencuri dan merompak kekayaan negara terlepas.

"Mereka harus tunjukkan kepada rakyat kuasa setiakawan menentang rasuah dan salah guna kuasa. Mereka mesti kembalikan keyakinan terhadap dasar-dasar kita dan Pejabat Peguam Negara kita."

VIDEO - Najib Bercakap Tentang Salur Derma Parti Ke Akaun Peribadi.. Saksikan!!

Posted: 05 Aug 2015 05:30 AM PDT


Ini adalah video ucapan Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri  ketika merasmikan Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) di Putrajaya, pada Februari 2012.
Katanya sumbangan atau derma kepada parti politik haruslah dimasukkan ke dalam akaun rasmi parti dan bukannya akaun peribadi.
Sebabnya, tindakan itu perlu bagi mengelakkan ahli politik menyalah-gunakan nama parti semasa mengutip derma ataupun wang berkenaan disalah-gunakan bagi tujuan peribadi katanya...

Lihat video di bawah..


Itu apa yang diucapkannya dulu.....



Tapi tiba-tiba 1Malaysia gempar RM2.6 Billion telah di 'derma' kan kononnya untuk dana parti kedalam akaun peribadi Presiden UMNO itu sendiri..

Aku kata 'kononnya' sebab setahu aku lah kenyataan SPRM hanya menyebut ianya adalah 'derma' tak sebutpun untuk apa 'derma' itu..

Yang mengatakan 'derma' itu untuk dana pilihanraya dan kerja-kerja sosial ialah pemimpin-pemimpin UMNO..

Menariknya.. derma yang disalurkan ke akaun peribadinya itu yang kononnya untuk kegunaan parti, Timbalannya pun tak tahu..

Malang betul nasib Timbalannya itu.. tanya pasal 'derma' itu pun kena pecat.. kah.. kah.. kah...

Cakap tak serupa bikin!! Ceh!!



Anak Sungai Derhaka


Lagi Pemimpin Umno Berpaling Tadah Dalam Isu 1MDB? - Addin

Posted: 05 Aug 2015 04:45 AM PDT


Lagi Pemimpin Umno Berpaling Tadah Dalam Isu 1MDB?
 
Bimbang pasukan petugas khas menyiasat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dilihat bagai tidak bertaring, seorang pemimpin Umno menggesa Putrajaya memastikan ketiga-tiga agensi penguatkuasaan yang terlibat terus memberi tumpuan kepada usaha mendedahkan rasuah yang didakwa dalam syarikat sarat hutang itu.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir meminta Putrajaya mengkoordinasi pengukuhan semula 3 agensi terlibat - Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Katanya, perbalahan antara 3 agensi penguatkuasa itu perlu dihentikan dan mereka harus menumpukan kepada skop siasatan mereka.
Ini berikutan penangkapan dan soal siasat ke atas pegawai SPRM dan Jabatan Peguam Negara oleh  polis pada Sabtu dan serbuan ke atas rumah dan pejabat salah seorang kakitangan SPRM.

Sebelum itu, pasukan petugas itu melihat pertukaran kepada salah seorang anggota utamanya apabila Tan Sri Abdul Gani Patail tiba-tiba diganti sebagai peguam negara.

"Saya minta pasukan petugas khas ini dikoordinasikan semula supaya tidak timbul perbalahan antara 3 agensi penguatkuasaan ini," katanya kepada The Malaysian Insider.

Katanya, situasi dihadapi 3 agensi itu sekarang dilihat menimbulkan polemik tidak sehaluan.

"Mereka perlu kukuhkan kerjasama dan jangan bawa polemik kononnya PDRM, SPRM dan BNM seolah-olah nampak tidak sehaluan.

Lagi Pemimpin Umno Berpaling Tadah Dalam Isu 1MDB? 

"Polis dilihat memberi tekanan kepada SPRM dan BNM, seolah-olah mereka tidak bersama dengan kerajaan," katanya.

Pasukan petugas khas tersebut ditubuhkan bagi menyiasat 1MDB dan dakwaan yang berbilion ringgit dipindahkan daripada syarikat berkaitan dana pelaburan negara itu ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

The Wall Street Journal (WSJ) dan laman web pemberi maklumat Sarawak Report melaporkan awal bulan lalu, sejumlah hampir AS$700 juta (RM2.67 bilion) didakwa dipindahkan dari dana milik negara ke dalam 2 akaun bank di bawah nama Najib di AmBank pada awal 2013.

Najib menafikan mengambil wang daripada 1MDB untuk kepentingan peribadi, tetapi tidak secara langsung menjawab soalan berhubung pemindahan dana itu.

Pada Isnin, SPRM mengumumkan RM2.6 bilion dalam akaun Najib bukan dari 1MDB, tetapi merupakan sumbangan derma politik.

Seolah-olah berbeza daripada mandat asal pasukan petugas itu, SPRM juga mengumumkan ia masih meneliti bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd, manakala polis meneliti 1MDB. BNM pula, dimaklumkan sedang menyiasat kaedah kewangan dan prosedur.

Selepas perubahan mendadak di pejabat peguam negara itu pula, bank pusat menafikan khabar angin mengatakan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz meletak jawatan.

Aziz berkata, sekiranya ini berterusan, ia bakal menyebabkan rakyat tidak lagi percaya kepada institusi penguatkuasaan dalam negara kita.

"Kita takut krisis keyakinan itu akan membuatkan rakyat tidak percaya kepada institusi penguatkuasaan dalam negara.

"Akhirnya rakyat akan memilih bergerak ke jalanan.

"Kita tidak mahu apa yang jadi di Tunisia, Mesir, Libya dan Iraq terjadi di Malaysia, kerana rakyat tertekan dan hilang kepercayaan dengan institusi," katanya.

Beliau berkata, tidak menjadi masalah jika rakyat tidak percaya dan hilang keyakinan kepada parti politik, tetapi ia suatu yang membimbangkan jika sistem dalam negara juga terjejas.

"Tidak percaya kepada politik tidak apa lagi. Tidak percaya kepada agensi pihak berkuasa yang menjaga keamanan dan ketelusan, ini yang sangat bahaya.

"Jangan sampai rakyat ke tahap tidak percaya kepada sistem yang ada ini. Saya takut akan membawa hingga rakyat hilang pertimbangan," katanya.

Beliau menyeru supaya Putrajaya mengambil tindakan segera bagi menghalang keadaan daripada menjadi lebih buruk.
 
 
Addin

Yang ini fakta atau auta? Tulisan: 'Kroni' Dr M derma RM1 bilion pada pembangkang

Posted: 05 Aug 2015 04:00 AM PDT



Sebuah tulisan di laman web pro perdana menteri, MYKMU, hari ini mendakwa taikun-taikun perniagaan yang rapat dengan Tun Mahathir Mohamad telah menyumbang hampir RM1 bilion kepada pembangkang sejak 2008.

Tulisan utama itu membangkitkan persoalan sama ada benar atau tidak ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan menyumbang hampir RM 400 juta kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya 2013.

Penulis itu, Amin Yatim, juga mendakwa "beberapa ratus juta" disumbangkan oleh syarikat YTL, Tan Sri Syed Mokhtar Syed Nor Al-Bukhary (gambar) dan tokoh-tokoh perniagaan lain.

Justeru, tulisan itu menyatakan kekecewaan mereka terhadap Mahathir yang memilih menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menerima dana RM2.6 bilion daripada penderma. 



"Saya kecewa Tun sanggup menyerang Mohd Najib yang berbelanja berhabis-habisan untuk kemenangan BN tetapi memejamkan mata tindakan kroni-kroni Tun menyumbang kepada parti lawan dalam pilihan raya 2013," kata Amir. Amir menulis demikian dalam artikel berjudul "Warkah Buat Tun Mahathir: Benarkah Vincent Tan derma RM 400 juta kepada DAP?"

Mahathir pada 3 Ogos menulis di blog menyatakan kesediaan akaun peribadinya selama 22 tahun menjadi perdana menteri diperiksa bagi membuktikan beliau telus.

Katanya bagi menghalalkan tuduhan RM2.6 bilion wang berada dalam akaun Najib, beliau pula dituduh perkara sama.

Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir menghuraikan panjang lebar berkaitan kewangan beliau dan Umno selama ini. 



Mengarut, kata DAP Sementara itu, bendahari DAP Fong Kui Lun (bawah) menolak dakwaan Tan menderma kepada mereka.

"Mereka cakap mengarut," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Sementar aitu,

Bendahari Agung PKR Tan Yee Kew pula menjawab: "Saya tidak boleh komen. Saya tidak pernah dengar berhubung perkara itu." 



Malaysiakini sedang cuba menghubungi Kumpulan Berjaya untuk mendapatkan reaksinya #

Gambar kat bawah ni aku terima melalui WhatsApp dari geng UMNO bahagian Kota Bharu pagi tadi- betul atau tidak di luar pengetahuan aku .

Posted by mountdweller.

Wednesday, August 5, 2015 Yang ini fakta atau auta? Tulisan: 'Kroni' Dr M derma RM1 bilion pada pembangkang Dipaparkan Aug 05, 2015 2:29pm Dikemaskini Aug 05, 2015 2:46pm Sebuah tulisan di laman web pro perdana menteri, MYKMU, hari ini mendakwa taikun-taikun perniagaan yang rapat dengan Tun Mahathir Mohamad telah menyumbang hampir RM1 bilion kepada pembangkang sejak 2008. Tulisan utama itu membangkitkan persoalan sama ada benar atau tidak ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan menyumbang hampir RM 400 juta kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya 2013. Penulis itu, Amin Yatim, juga mendakwa "beberapa ratus juta" disumbangkan oleh syarikat YTL, Tan Sri Syed Mokhtar Syed Nor Al-Bukhary (gambar) dan tokoh-tokoh perniagaan lain. Justeru, tulisan itu menyatakan kekecewaan mereka terhadap Mahathir yang memilih menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menerima dana RM2.6 bilion daripada penderma. "Saya kecewa Tun sanggup menyerang Mohd Najib yang berbelanja berhabis-habisan untuk kemenangan BN tetapi memejamkan mata tindakan kroni-kroni Tun menyumbang kepada parti lawan dalam pilihan raya 2013," kata Amir. Amir menulis demikian dalam artikel berjudul "Warkah Buat Tun Mahathir: Benarkah Vincent Tan derma RM 400 juta kepada DAP?" Mahathir pada 3 Ogos menulis di blog menyatakan kesediaan akaun peribadinya selama 22 tahun menjadi perdana menteri diperiksa bagi membuktikan beliau telus. Katanya bagi menghalalkan tuduhan RM2.6 bilion wang berada dalam akaun Najib, beliau pula dituduh perkara sama. Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir menghuraikan panjang lebar berkaitan kewangan beliau dan Umno selama ini. Mengarut, kata DAP Sementara itu, bendahari DAP Fong Kui Lun (bawah) menolak dakwaan Tan menderma kepada mereka. "Mereka cakap mengarut," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Sementar aitu, Bendahari Agung PKR Tan Yee Kew pula menjawab: "Saya tidak boleh komen. Saya tidak pernah dengar berhubung perkara itu." Malaysiakini sedang cuba menghubungi Kumpulan Berjaya untuk mendapatkan reaksinya # Gambar kat bawah ni aku terima melalui WhatsApp dari geng UMNO bahagian Kota Bharu pagi tadi- betul atau tidak di luar pengetahuan aku Posted by mountdweller

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

1MDB - Lagi Pegawai Tinggi SPRM Disiasat Polis

Posted: 05 Aug 2015 03:15 AM PDT

Zar Ali's photo.

Timbalan pengarah SPRM pula dipanggil polis

Seorang lagi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipanggil polis untuk diambil keterangannya berhubung siasatan terhadap dakwaan rasuah membabitkan SRC International Sdn Bhd (SRC).

Polis memanggil Timbalan Pengarah Operasi Khas SPRM, Tan Kang Sai, ke balai polis di Putrajaya.
Semalam dua pegawai agensi antirasuah itu memberi keterangan kepada polis.

Tan akan menjadi pegawai ketujuh dari SPRM diambil keterangan oleh polis berhubung dakwaan kebocoran maklumat dalam siasatan rasuah membabitkan SRC.

Polis menjalankan siasatan kes itu mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan, iaitu membabitkan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen.



Posted by Jeebond BLM

Najib ada RM2.6 bilion: Haron, Hadi masih tak percaya ? OLEH: Amiruddin Ahmad

Posted: 05 Aug 2015 02:30 AM PDT


Selepas SPRM mengesahkan wang RM2.6 bilion yang dipertikaikan oleh Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report dalam akaun peribadi Najib adalah derma politik, perhatian kini tertumpu kepada Mursyidul Am Pas Haron Din dan Presiden Pas, Hadi Awang.

Haron dilapor berkata, logik akal menyatakan jika seseorang mahu mengambil dana awam ke akaun persendirian, mereka tidak akan melakukan sebegitu sebaliknya akan disalurkan ke akaun rahsia.

Presiden Pas Hadi Awang pula selepas itu membela kenyataan Haron dengan berkata:

"Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas Najib, kena ada saksi juga... saksi yang adil.


"Kita ikut asas Islam, sikap yang baik kita sokong, yang tidak baik kita tentang," katanya kepada Astro Awani, 7 Julai lalu.

Kini, semuanya telah terang lagi bersuluh. SPRM adalah saksi yang sangat berwibawa sebagaimana yang disyaratkan Hadi, dan sebarang keterangan pegawai penyiasat suruhanjaya itu boleh terus dijadikan bahan perbicaraan mahkamah.

Haron, Hadi menyepikan diri

Persoalannya, di manakah Haron dan Hadi selepas membela Najib? Mengapakah mereka menyepikan diri?

Pembelaan semberono ke atas Najib oleh ulama-ulama besar Pas ini mengelirukan ahli. Ahli Pas menganggap ulama adalah institusi yang amat suci dan sebarang kelemahan mereka tidak boleh diterima.

Dalam keadaan seperti itu tidak selayaknya ulama Pas membela Najib dan pemimpin BN yang telah diketahui dibelit pelbagai skandal kewangan. 
Adakah Hadi tidak pernah mendengar pendedahan oleh Tengku Razaleigh Hamzah bagaimana tokoh-tokoh Umno mencuri wang sepanjang 1980an lalu?

Atau adakah Hadi dan Haron tidak percaya kepada pendedahan Anwar bagaimana penyamun-penyamun dalam BN membahagi-bahagikan harta rakyat antara sesama mereka?

Janji BN

Bukankah Hadi dan Haron ketika era Fadzil Noor dan Nik Aziz dulu juga mengecam pemimpin BN kerana menyelewengkan harta rakyat? Jadi mengapakah mereka tiba-tiba berpaling tadah?

Persoalan inilah yang perlu difikir masak-masak oleh ahli Pas sebelum bersedia untuk walak membuta tuli kepada pemimpin tertinggi mereka. Tidak pernahkah terdetik di hati ahli Pas kedua-dua tokoh ulama ini telah dijanjikan sesuatu oleh pemimpin BN apabila seorang menteri pernah mendedahkan telah berlaku tiga kali pertemuan antara Hadi dan Najib.

Adakah hanya janji untuk melaksanakan Hudud di Kelantan diberikan atau pemimpin BN menjanjikan sesuatu yang lebih besar sehingga tokoh-tokoh tertinggi Pas bersungguh-sungguh membela Najib?

Sekiranya kerjasama Umno-Pas adalah termasuk dalam pakej hudud yang dibincangkan maka seharusnya ahli Pas meninggalkan parti itu kerana telah diselewengkan arah perjuangannya. 
Pas kini dilihat semakin menghampiri zaman kepimpinan Asri Muda, yang mana perkongsian kuasa bersama BN adalah keutamaan kononnya demi Melayu.

Kepiminan ulama


Kepimpinan ulama yang diasaskan sejak era Yusof Rawa tidak mengutamakan Melayu tetapi mendaulatkan prinsip ketuanan Islam. Sekiranya Hadi dan Haron mahu membawa kembali perjuangan nasionalisme Islam era Asri maka wajiblah ahli Pas menyertai Gerakan Harapan Baharu seberapa segera bagi membela rakyat Malaysia yang dizalimi BN.


Sekiranya mereka mahu meneruskan walak tanpa berfikir, sekurang-kurangnya, seperti akar umbi Umno yang menyoal Najib ke manakah wang derma RM2.6 bilion dibelanjakan, ahli Pas juga wajib menyoal Hadi dan Haron apakah pendirian mereka selepas SPRM mengesahkan Najib adalah pemilik dana yang didedahkan WSJ?

Berdiam diri bukanlah jawapan dari ulama yang muktamar. Jika mereka mahir hukum hakam maka segeralah keluarkan kenyataan seperti Mufti Perlis Mohd Asri Zainal Abidin yang berpendapat haram seorang penjawat awam menerima sumbangan sebesar RM2.6 bilion.


Nazir Razak Puji Gabenor Bank Negara

Posted: 05 Aug 2015 01:53 AM PDT



Ketika berdepan siasatan polis dan dakwaan liar berkomplot untuk menjatuhkan kerajaan, siapa sangka Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mendapat pujian daripada adik perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak.

Nazir, yang juga pengerusi kumpulan CIMB, hari ini memuat naik gambarnya dengan Zeti dan Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Christine Lagarde.

"Saat-saat bersama dua ikon kewangan antarabangsa," tulisnya di laman perkongsian gambar Instragram hari ini.

Tokoh perbankan itu berpakaian formal dengan dasi dan tali leher manakala Zeti pula tampil dengan kebiasaannya berbaju kurung biru.

Zeti kini terasak apabila polis berkata akan merakamkan kenyataan ramai lagi pegawai Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pejabat Peguam Negara (AGC).

Ketika ditanya sama ada ini akan termasuk Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz dan orang nombor dua SPRM, Datuk Shukri Abdull, Ketua Polis NegaraTan Sri Khalid Abu Bakar tidak menolak kemungkinan itu.

Siasatan terhadap pegawai Bank Negara berkaitan dengan laporan polis mengenai kebocoran transaksi perbankan.

Bank Negara dan SPRM menafikan pegawainya terlibat.

Dalam masa yang sama badan-badan itu sedang menyiasat isu sekitar 1MDB melalui sebuah pasukan khas yang dibentuk sebelum ini.