Selasa, 4 Ogos 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


SKMM cari pemilik akaun FB Sharifah Sofia

Posted: 04 Aug 2015 08:15 PM PDT


CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta seorang pemilik akaun Facebook bernama Sharifah Sofia Syed Rashid untuk hadir ke SKMM bagi membantu proses siasatan berhubung penyebaran maklumat-maklumat yang belum ditentukan kesahihannya dalam akaun Facebooknya.

Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin, berkata hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati wujud akaun ‎Facebook menggunakan profil Sharifah Sofia Syed Rashid yang digunakan untuk penyebaran maklumat-maklumat yang belum ditentukan kesahihannya.

Katanya, analisis yang dijalankan turut mendapati, pemilik berkenaan juga disyaki menggunakan pelbagai profil seperti Sharifah dan Kapten Sharifah untuk tujuan yang sama.

Menurutnya, maklumat-maklumat yang disebarkan dalam akaun FB itu bukan sahaja palsu bahkan berupaya menjejaskan ketenteraman awam.

"Justeru, MCMC meminta mana-mana pengguna media sosial yang mempunyai maklumat mengenai pemilik akaun FB itu untuk tampil membantu siasatan.

"Mana-mana pihak yang cuba menyebarkan maklumat-maklumat palsu di media sosial boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 211 atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," tegasnya.

Pengguna media sosial yang mendapati akaun mereka disalahgunakan untuk membuka akaun palsu adalah dinasihatkan untuk melaporkan perkara itu kepada pihak FB agar akaun palsu mereka itu boleh ditutup.

Mereka juga boleh melaporkan perkara itu kepada MCMC di e-mel aduanskmm@cmc.gov.my


Posted by Jeebond BLM

PAS: Putus dengan GBH atau letak jawatan MP MALAYSIAKINI

Posted: 04 Aug 2015 07:30 PM PDT

 

Ketegangan antara PAS Kuala Terengganu dengan anggota parlimen mereka Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang menyertai Gerakan Harapan Baru (GBH) terus berpanjangan.

Ia hari ini dilihat memasuki episod baru apabila akar umbi PAS memberikan kata dua kepada Kamarul Bahrin supaya memohon maaf dan memutuskan hubungan dengan GBH.

"Jika sekiranya Datuk Raja Kamarul Bahrin masih gagal berbuat demikian dalam tempoh yang diberikan maka akar umbi, aktivis dan kepimpinan PAS Kawasan Kuala Terengganu sebulat suara menuntut Datuk Raja Kamarul Bahrin meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Kuala Terengganu dengan serta-merta," kata Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah.

PAS Kuala Terengganu Ahad lalu secara rasmi memutuskan sebarang kerjasama dengan Kamarul Bahrin selepas beliau dikatakan mengisytiharkan diri sebagai pengerusi GHB negeri.

Raja Bahrin bagaimanapun berkata beliau masih belum membuat apa-apa keputusan tetapi dukacita dengan tindakan PAS itu kerana ia diumumkan sebelum majlis rumah terbuka hari rayanya.

Penentangan keras akar umbi PAS itu dilihat berlaku memandangkan Terengganu merupakan kubu kuat PAS dan negeri kelahiran presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menetap di Marang.

Semalam, PAS negeri menerima tamparan awal apabila bapa saudara kepada sultan Terengganu, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ismail mengumumkan keluar parti kerana tidak puas hati dengan kekalahan kumpulan progresif dalam pemilihan parti.

Hadi beri penjelasan

Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, PAS Kuala Terengganu berkata keputusan itu dibincangkan dalam perbincangan tergempar di Kuala Terengganu semalam yang dikatakan dihadiri lebih 1,000 orang.

Wan Sukari berkata, keputusan itu disokong penuh akar umbi, aktivis dan kepimpinan PAS akar umbi bagi mengelakkan "masalah GHB dan ketidakpatuhan kepada arahan pimpinan" merebak.

"PAS kawasan Kuala Terengganu sama sekali tidak bertolak ansur dalam prinsip menjunjung disiplin parti sebagai asas kekuatan perjuangan," katanya.

Mereka juga akan menghantar laporan lengkap kepada PAS Pusat selaras dengan arahan berhubung isu GHB bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil oleh.

Sementara itu, Wan Sukairi juga berkata terdapat juga pertemuan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang telah sudi memberikan penjelasan terhadap pelbagai isu serta menjawab soalan peserta. 



Dua inspektor polis ditahan SPRM

Posted: 04 Aug 2015 07:00 PM PDT


Ketua Polis Daerah Seremban ACP Muhamad Zaki Harun hari ini mengesahkan dua inspektornya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima suapan RM3,500 daripada orang awam. 

Beliau berkata SPRM menghubunginya lewat petang semalam bagi memaklumkan penahanan pegawai terbabit.

"Kedua-duanya ditahan SPRM kerana disyaki menerima suapan bagi kes yang sedang disiasat mereka.

"Saya akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM jika diperlukan," katanya kepada media di sini.

Kedua-dua inspektor itu yang masing-masing berusia 26 dan 28 tahun, ditahan SPRM di Terminal 1, di sini kira-kira pukul 6.10 petang semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17A Akta SPRM 2009. - Bernama

 

ORANG PAHANG BERASA MALU BERSAUDARA DENGAN JIB. APA MACAM ?

Posted: 04 Aug 2015 06:30 PM PDT


Mat Datar's photo.

Tak mengapalah jika Jib dan kunco2 nya menyangka orang Melayu ini bodoh belaka. Bangsa Malaysia? 

Mungkin kepada Jib yang boleh diperbodohkan ialah 3.2 juta ahli UMNO. Jib lupa , jika 3.2 juta ahli UMNO menyokongnya, 3.2 juta juga menyokong Muhyidin.

Mungkin ini lah golongan yang dimaksudkan oleh ib yang akan terima bulat2 bahawa RM2.6 biliun itu sebetulnya sumbangan dari Pak Arab yang amat murah hati. 

Orang Abu Dhabi baik hati. Mereka menderma RM2.6 biliun. Apatah lagi jika sumbangan tersebut diawali dengan bismillah dan selawat serta salam, diakhiri pula dengan doa. 

Bangga lah bangsa Malaysia. Bangsa Pahang khususnya. Dari Lanchang ke Pekan. 

Dari Ulu Tembeling ke Kampung Merchong. Kerana mengikut Najib, orang Pahang anggap dia sebagai saudara. 

Agaknya Jib minum daun ketum berlebihan malam tadi sebelum masuk kamar.

Hanya orang Pahang yang tidak ada perasaan malu dan rendah maruah sahaja mahu mengaku bersaudara dengan Jib.

Azalina Othman 'conteng arang' ke muka Najib, .. jangan sampai kena laknat Allah kata mufti!

Posted: 04 Aug 2015 06:00 PM PDT


Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria menegur Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said kerana membuat kenyataan jahil.

Katanya, kenyataan Azalina -adegan pasangan bercinta berpegangan tangan dan berpelukan tidak perlu diperbesarkan kerana ia hanya sekadar lakonan yang tidak
mengundang maksiat – "tidak patut dikeluarkan oleh seorang bertaraf menteri."

"Baru sehari dua naik sebagai menteri dah keluarkan kenyataan tidak munasabah.

Saya suka ingatkan menteri, timbalan menteri dan ahli Exco negeri, mereka telah mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong atau Sultan untuk pegang jawatan berlandaskan kepada Perlembagaan dan mereka bersumpah dengan nama Allah untuk mempertahankan Perlembagaan.

"Perlembagaan menyatakan agama di negara ini adalah Islam. Maka, janganlah mereka sesekali mengejek dan memperkecilkan hukum Allah. Jika tidak, maknanya
mereka melanggar sumpah," katanya.


Beliau juga mengingatkan semua pemimpin supaya tidak melanggar sumpah, bagi mengelak dilaknat Allah.



"Saya nasihati (mereka) jangan melampau. Islam berdasarkan kepada iman. Iman itu boleh diukur berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan. Jadi, tidak boleh keluarkan kenyataan secara akal atau logik kerana ia adalah hukum Allah.

"Akal dikawal oleh nafsu dan ia dipengaruhi oleh syaitan. Jangan beraja dengan nafsu dan komen tidak tentu hala.

"Seorang menteri Islam wajib mengamalkan amar makruf nahi mungkar, atau dalam bahasa senang difahami menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kejahatan,"
katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Sebelum ini Azalina telah ditegur oleh penceramah terkenal, Kazim Elias dan Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim kerana membuat kenyataan itu.

* baru beberapa hari je, Menteri lantikkan Najib bikin kontroversi .. dah la terpalit skandal 1MDB, Najib mesti pening dengan isu ini. hahahhahaha .

 

PEN BURUK ONLINE.

Governor Bank Negara dan Orang No. 2 SPRM juga akan di tangkap, selain Clare Editor Sarawak Report,

Posted: 04 Aug 2015 05:15 PM PDT



Clare Rewcastle-Brown hari ini mendakwa bahawa polis Malaysia tidak mempunyai cara untuk mengekstradisinya walaupun mendapatkan waran tangkap terhadapnya di Kuala Lumpur.

Katanya, ia kerana 'jenayah' yang polis Malaysia tuduh dilakukannya, tidak wujud di UK dan negara-negara lain.

"'Jenayah' bagi waran tangkap yang diperolehi itu, tidak wujud di kebanyakan negara di luar Malaysia, jadi saya tidak boleh diekstradisi di bawahnya," katanya.

Bukit Aman hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh waran tangkap terhadap Clare di bawah Seksyen 124B dan 124I Kanun Keseksaan.

Clare dikehendaki untuk siasatan atas dakwaan menjalankan kegiatan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Waran itu berkaitan dengan kesalahan-kesalahan yang didakwa dilakukan di bawah Seksyen 124B dan 124I Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lebih ramai lagi akan dipanggil dan tidak menolak kemungkinan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz dan orang nombor 2 SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull juga akan turut disoal siasat.

Clare, Zeti dan Shukri telah dituduh oleh sesetengah pihak sebagai antara mereka yang terbabit dalam satu konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri.

Juga dalam senarai itu ialah Pemilik kumpulan media Edge, Datuk Tong Kooi Ong. Sarawak Report dan The Edge telah menerbitkan artikel mengenai dakwaan skandal 1MDB. ~

malaysiakini Nota Tambahan : Pada 30 Julai lalu, Ketua polis Negara menafikan polis sedang menyiasat Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.

Penafian tersebut dibuat apabila terdapat dakwaan dari sebuah blog bahawa gabenor dan pegawai-pegawai Bank Negara sedang disiasat oleh polis cawangan khas di bawah Seksyen 124

 

HARAPAN DAN IMPIAN BARU.

Serbuan polis boleh jejaskan integriti SPRM ??

Posted: 04 Aug 2015 04:30 PM PDT





SHAH ALAM - Yayasan Anti Rasuah Malaysia hari ini melahirkan kebimbangan terhadap tindakan pihak berkuasa yang menyerbu Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Presiden yayasan itu, Dr Ahmad Satar Ali Merican ketika diminta mengulas mengenai serbuan tersebut berkata, tindakan pihak berkuasa boleh menjejaskan integriti pegawai siasatan SPRM.

"Kita tidak mahu pegawai-pegawai (SPRM) kejadian ini menjejaskan siasatan. Kita tidak mahu pegawai-pegawai ini risau untuk melakukan siasatan secara telus," katanya kepada dihubungi Sinar Online, hari ini.

Pejabat Timbalan Pendakwa Raya SPRM dilaporkan diserbu sepasukan polis pada Sabtu lalu.

Pegawai berkenaan dipinjamkan kepada SPRM daripada Jabatan Peguam Negara diambil keterangan semalam‎ berhubung kes ‎berkait 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Menurut sumber, serbuan tersebut dilakukan bertujuan untuk mengambil dokumen berkaitan siasatan 1MDB.

Memetik sebuah laporan portal tempatan, pihak berkuasa menghabiskan masa selama 2 jam melakukan serbuan ke pejabat pegawai berkenaan.

Mengulas lanjut, kata Ahmad Satar, tidak ada keperluan bagi pihak berkuasa untuk membuat serbuan ke atas pegawai tersebut.

"Dia kakitangan kerajaan yang dilantik untuk menduduki posisi tersebut. Dia bukan mahu lari ke mana-mana sebab dia kakitangan kerajaan.

"Kalau pegawai didapati tidak jujur laksanakan tugas-tugas mereka, mereka perlu disiasat, tetapi dengan cara berhemah, tidak perlu buat serbuan," katanya lagi.

Mengulas mengenai siasatan 1MDB pula, pada pendapatnya, siasatan terhadap badan pelaburan tersebut boleh diselesaikan dengan cepat dan kemas sekiranya pihak yang terlibat tampil memberikan kerjasama baik.

"Jika orang-orang yang diberi amanah tampil ke hadapan beri keterangan, maka isu ini akan cepat diselesaikan.

"Semakin lama ia dibiarkan, semakin banyak spekulasi dan fitnah timbul. Jika beri kerjasama, ia dapat mengelakkan fitnah dan menjimatkan masa siasatan," jelasnya lagi.

- sharian

Derma politik diterima Najib adalah rasuah ikut Akta SPRM, kata PKR

Posted: 04 Aug 2015 02:53 PM PDT


Zar Ali's photo.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, takrifan akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menetapkan penjawat awam tidak dibenarkan menerima 'suapan' dalam apa jua bentuk sekali pun.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, takrifan akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menetapkan penjawat awam tidak dibenarkan menerima 'suapan' dalam apa jua bentuk sekali pun. 

Derma politik berjumlah RM2.6 bilion yang diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui akaun peribadinya adalah satu bentuk rasuah, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli. 



Beliau berkata, takrifan Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menetapkan Najib adalah penjawat awam yang tidak dibenarkan menerima "suapan" dalam apa jua bentuk sekali pun.

Naib presiden PKR itu berkata, takrifan "suapan" di bawah akta ini termasuklah hadiah dan derma apabila hadiah dan derma itu diberikan untuk mendapat balasan.

"Seksyen 50 Akta SPRM menetapkan sekiranya seorang penjawat awam memberi atau menerima suapan, penjawat awam itu melakukan satu rasuah," kata ahli Parlimen Pandan itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau turut berkata Seksyen 16 Akta SPRM menetapkan seseorang yang didapati bersalah melakukan rasuah boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun.

"Tidak ada rakyat Malaysia yang waras boleh menerima penjelasan Najib menerima derma sebanyak RM2.6 bilion daripada seseorang untuk membiayai kempen Pilihan Raya Umum ke-13 Barisan Nasional (BN) tanpa penderma itu mendapat sebarang balasan.

"Oleh itu, derma yang disebut-sebut oleh pimpinan Umno sekarang ini boleh digolongkan sebagai suapan mengikut Seksyen 3 Akta SPRM," katanya.

Sehubungan itu, beliau turut mengarahkan anggota PKR seluruh negara, serta rakyat biasa, membuat laporan kepada SPRM, susulan kenyataan badan pengendali membanteras rasuah itu yang mengatakan wang yang dimasukkan ke dalam akaun Najib itu adalah derma politik.

Katanya, kenyataan SPRM semalam yang mengesahkan sejumlah RM2.6 bilion dipindahkan ke akaun peribadi Najib sebagai derma politik mengundang lebih banyak persoalan mengenai rasuah dan pecah amanah yang perlu disiasat.

"Saya ingin mengingatkan Najib dan rakyat Malaysia, skop siasatan pasukan petugas khas yang dianggotai oleh SPRM, Bank Negara Malaysia, polis dan Jabatan Peguam Negara adalah untuk menyiasat secara keseluruhan urus niaga 1MDB bagi memastikan tidak ada pecah amanah atau salah guna kuasa.

"Ini meliputi semua tuduhan yang dibawa sebelum ini termasuklah mengenai wang 1MDB dipindahkan ke akaun milik individu yang rapat dengan Najib seperti Low Taek Jho, sehinggalah kegagalan 1MDB memenuhi komitmen kewangannya untuk membayar hutangnya yang mencecah RM42 bilion," katanya.

Urus niaga pemindahan wang sebanyak RM2.6 bilion ke akaun peribadi Najib katanya, hanyalah satu tugasan kecil yang kebetulan mendapat perhatian rakyat apabila The Wall Street Journal mendedahkan mengenainya.

"Kenyataan SPRM semalam tidak sedikit pun menjawab soalan-soalan penting yang perlu disiasat pasukan petugas itu yang bertanggungjawab kepada rakyat untuk merungkaikan semua persoalan mengenai 1MDB," katanya.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Clare: M'sia tak boleh ekstradisi saya

Posted: 04 Aug 2015 08:15 AM PDT

Clare: M'sia tak boleh ekstradisi sayaZar Ali's photo.

Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown hari ini mendakwa bahawa polis Malaysia tidak mempunyai cara untuk mengekstradisinya walaupun mendapatkan waran tangkap terhadapnya di Kuala Lumpur.

Katanya, ia kerana 'jenayah' yang polis Malaysia tuduh dilakukannya, tidak wujud di UK dan negara-negara lain.

"'Jenayah' bagi waran tangkap yang diperolehi itu, tidak wujud di kebanyakan negara di luar Malaysia, jadi saya tidak boleh diekstradisi di bawahnya," katanya kepada Malaysiakini.

Bukit Aman hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh waran tangkap terhadap Clare di bawah Seksyen 124B dan 124I Kanun Keseksaan.

Clare dikehendaki untuk siasatan atas dakwaan menjalankan kegiatan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Dia juga dikehendaki untuk siasatan atas dakwaan menerbitkan laporan palsu yang boleh memudaratkan ketenteraman awam.

Dalam satu kenyataan ringkas, Pengarah CID, Datuk Mohmad Salleh berkata, polis juga juga akan membuat permohonan untuk menyenaraikan Clare dalam senarai orang yang dikehendaki ASEANAPOL serta notis merah Interpol.

S'pura belum terima permohonan Johor

Posted: 04 Aug 2015 07:30 AM PDT


 

Singapura belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada kerajaan negeri Johor bagi persetujuan membenarkan operasi pembenihan awan di ruang udara Empangan Sungai Lebam dan Upper Layang, di Johor Bahru.

Konsulat Jenderal Singapura di Johor Baharu, dalam kenyataan hari ini, berkata pihaknya setakat ini, tidak dihubungi mana-mana pihak berkaitan perkara tersebut.

"Tetapi kami sedia bekerjasama rapat dengan Malaysia dalam hal ini. Singapura menyokong penuh usaha seumpama itu di Johor, terutama semasa musim kemarau," katanya.

Konsulat itu mengulas beberapa laporan yang memetik Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor, Datuk Hasni Mohammad sebagai berkata pihaknya telah menulis surat kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA)
Malaysia bagi mendapatkan kebenaran membuat operasi itu daripada republik berkenaan.

Paras air di dua empangan tersebut yang membekalkan keperluan air di daerah Johor Bahru dan sebahagian Kota Tinggi itu, kini mencapai tahap kritikal.

Semalam, Hasni mengumumkan SAJ Holdings Sdn Bhd akan mengeluarkan jadual bekalan air secara berkala dalam tempoh terdekat kepada kira-kira 500,000 pemilik akaun di kawasan Johor Bahru dan Pasir Gudang, sebagai memastikan mereka mendapat bekalan air mencukupi.

- Bernama

Waran tangkap editor Sarawak Report

Posted: 04 Aug 2015 06:45 AM PDT


 

 Polis Malaysia telah memperolehi waran tangkap terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Waran itu berkaitan dengan kesalahan-kesalahan yang didakwa dilakukan di bawah Seksyen 124B dan 124I.

Clare dikehendaki untuk siasatan atas dakwaan menjalankan kegiatan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Dia juga dikehendaki untuk siasatan atas dakwaan menerbitkan laporan palsu yang boleh memudaratkan ketenteraman awam.

Dalam satu kenyataan ringkas, Pengarah CID, Datuk Mohmad Salleh berkata, polis juga juga akan membuat permohonan untuk menyenaraikan Clare dalam senarai orang yang dikehendaki ASEANAPOL serta notis merah Interpol.
 
 


 
Waran tangkap itu diperolehi ketika pihak polis menangkap beberapa individu dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara.

Antara mereka ialah bekas penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh yang dikatakan bertemu dengan Clare di London.

Mereka yang ditangkap itu telah pun dibebaskan tetapi Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lebih ramai lagi akan dipanggil dan tidak menolak kemungkinan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz dan orang nombor 2 SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull juga akan turut disoal siasat.

Clare, Zeti dan Shukri telah dituduh oleh sesetengah pihak sebagai antara mereka yang terbabit dalam satu konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri.

Juga dalam senarai itu ialah Pemilik kumpulan media Edge, Datuk Tong Kooi Ong.

Sarawak Report dan The Edge telah menerbitkan artikel mengenai dakwaan skandal 1MDB.

'RM2.6b nak belanja macam mana bukan masalah anda'

Posted: 04 Aug 2015 06:00 AM PDT




Laman web pro Datuk Seri Najib Razak MYKMU hari ini tampil menjawab pelbagai persoalan berkaitan kemasukan dana RM2.6 bilion ke dalam akaunnya.

Ia bagaimanapun tidak menjawab bagaimana wang tersebut dibelanjakan atas alasan "bukan masalah anda".

"Wang tersebut dibelanjakan ke mana? Bukan masalah anda.

"Ini hanya isu antara penderma, penerima dan MT Umno," menurut MYKMU dalam tulisan berjudul "Nota Kaki Untuk Seorang Anak Menteri Besar".

Tulisan itu dipercayai ditujukan kepada anak kepada Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin, Akmal Saufi, yang menghamburkan pelbagai persoalan panas di sebalik itu itu.

Akmal Saufi yang juga pengarah Sukarelawan Pemuda BN (BNYV) membangkitkan pelbagai persoalan berkaitan derma itu, termasuk sama ada seorang perdana menteri boleh menerimanya ketika sedang memang jawatan.

Tak sembunyi

Beliau juga turut mengulangi persoalan yang ditimbulkan Tun Dr Mahathir Mohamad sama ada ada berkaitan keperluan cukai yang tertakluk bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Artikel dalam MYKMU, antara laman yang terkehadapan mempertahan Najib, juga menyebut tiada unsur rasuah dalam transaksi itu kerana ia bukan dimiliki secara tidak sah, disembunyikan atau berpunca daripada pihak berkepentingan.

"Dalam keadaan ini tiada kepentingan dan tidak disembunyikan dari pihak berkuasa," menurut tulisan itu lagi.

MYKMU juga menolak persoalan sama ada ia perlu dibayar cukai kerana mulai tahun taksiran 2004, pendapatan dari luar dan diterima di Malaysia oleh individu bermastautin dan diremitkan ke Malaysia dikecualikan cukai pendapatan.

MYKMU juga berkata Bank Negara tahu berkaitan perkara itu kerana ia sebuah transaksi besar selain akaun peribadi Najib semua dimaklumkan kepada pihak itu.

Bagaimanapun, BN tidak dapat mendedahkan sumber dana itu kerana pembangkang, iaitu DAP, pernah menolak undang-undang bagi membolehkan perkara itu dibuat.

Anda agama apa?

Wang itu juga dikatakan bertujuan untuk pilihan raya dan kerja kebajikan.

"Para penyumbang tahu mereka menyumbang ke dalam akaun presiden Umno. Pihak berkuasa juga tahu. Ia bukan akaun yang dibuka secara sembunyi dan menggunakan akaun penyamar.

"Jadi tidak ada apa-apa masalah. Mereka tidak ditipu atau dipesongkan," jawabnya.

MYKMU juga mengingatkan Akmal Saufi terhadap ajaran agamanya sebelum membuka langkah menyindir perdana menteri.

"Hendak troll? Teruskan! Jika ia menggembirakan anda. Kecewa kerana anda tidak dapat? Selamat bermadah!

"Mahu maki dan hina Najib Razak kerana bersangka buruk? Fikirlah anda agama apa," katanya.


RM2.6 Bilion Dimasukkan Ke Akaun PM Najib Adalah Rasuah? Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 04 Aug 2015 05:15 AM PDT


ADAKAH wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan dana sumbangan derma dan bukannya daripada syarikat pelaburan negara sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah rasuah dari sudut Islam?
.
Jumlah atau nilai pemberian yang luar biasa kepada seorang penguasa atau pegawai boleh dianggap rasuah jika tujuannya adalah kerana kedudukannya, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, hari ini.

Mufti Perlis itu berkata, seseorang penguasa, pegawai atau petugas hendaklah merenung dirinya, pemberian yang diberikan kepadanya itu mempunyai kaitan dengan jawatan dipegangnya atau tidak.

"Jika ada kaitan yang akan mempengaruhi tindakannya atau akan mengganggu keadilan atau amanahnya, maka itu rasuah. Kesan itu sama ada secara langsung atau tidak langsung," katanya dalam kenyataan Facebook, hari ini.

Asri berkata, sebaliknya jika pemberian itu atas dasar sahabat dan kenalan, ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa, dan tiada ruang untuk penyalahgunaan kuasa maka ia dinamakan hadiah. Katanya, situasi itu seperti memberikan hadiah kepada sahabat walaupun penerimanya adalah seorang pegawai besar dalam sesuatu urusan.

"Namun pemberian itu bukan kerana kedudukan atau untuk penyalahgunaan kuasa maka itu dianggap hadiah," katanya.

Beliau berkata sedemikian selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata semalam wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah dana sumbangan derma dan bukannya daripada syarikat pelaburan negara sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

SPRM dalam kenyataan semalam mengesahkan hasil siasatan yang dibuat dan sudah dirujuk dan dimaklumkan kepada peguam negara.
Laporan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini mendedahkan penyiasat Malaysia mengesan berbilion ringgit wang 1MDB disalurkan ke beberapa syarikat sebelum transaksi terakhir didepositkan ke akaun peribadi Najib di Ambank.

Bekas timbalan perdana menteri yang disingkirkan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Najib mengaku kepadanya wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaunnya adalah dari "Timur Tengah".

Dr Asri
Dalam weblog ini 'Bagaimana Nak Hapus Rasuah, Makna Rasuah Pun Tak L...' Ibnu Hasyim mengulas pada Mac 20, 2009. mengenai 'Rasuah' kira-kira begini..

[Okey, saya jawab! Dalam kitab 'Riadhus Sholihin' (Fasal 1 .Haram berlaku zalim dan perintah mengembalikan hak orang', hadis no 7) dinukilkan sebuah hadis Abu Humaid (Abdurrahman) bin Saad Assaidy RA berkata…

Rasulullah mengangkat seseorang (jadi pegawai) untuk kumpulkan zakat. Namanya Ibnu Allutbiyah dari suku Al'azd. Setelah beliau kembali dari bertugas bertemu Rasulullah (dan serahkan apa yang patut) katanya, "Yang ini untuk kamu (kerajaan pimpinan Rasulullah) dan yang ini saya dapat hadiah dari orang-orang itu!"

Maka Rasululah SAW cepat-cepat naik atas mimbar, setelah memuji syukur kepada Allah kata beliau, "Amma ba'du, adapun saya mengangkat seseorang untuk satu tugas yang diberikan Allah kepada saya, lepas itu dia datang dan berkata, ini bahagianmu dan yang ini saya sendiri dapat dari orang-orang (yang dikutip itu)! Mengapa dia tidak duduk saja di rumah ibubapanya hingga datang hadiah itu kepadanya kalau benar-benar demikian (yakni kalau benar-benar orang-orang itu hendak memberi kepadanya bukan kerana tugasnya ke sana sebagai pemungut wang zakat, duduk di rumah pun dapat juga)? Demi Allah, tiada seseorang yang mengambil sesuatu yang bukan haknya, pasti akan dipikulnya di hari kiamat. Akan saya tahu juga seseorang yang memikul unta, lembu atau kambing yang mengembek. (yakni orang itu tidak lepas dari tanggungjawab dan dihisab di akhirat)."

Rasulullah terus mengangkat duatangannya sampai nampak putih ketiaknya, sambil bersabda, "Allahumma hal ballaghtu. Ya Allah! Saya telah menyampaikan."

Hadis yang dirawikan oleh Bukhari & Muslim itu mentakrifkan 'sesuatu yang bukan haknya' hasil perolehan dari khidmat tugas atau jabatannya untuk diri sendiri, selain dari upah atau gaji yang telah diperuntukkan kepadanya. Itulah antara ciri-ciri 'rasuah' yang sekarang kini ditopengkan di balik kata manis 'hadiah', 'wang sagu hati', 'derma', keraian, dan lain-lain, yang bukan dapat kepada kerajaan tetapi dapat kepada individu petugasnya.

Walaupun dia Perdana Menteri atau Raja, kalau 'hadiah' yang diberi itu kerana jawatannya, maka pemberian itu bukan miliknya, tetapi milik kerajaan atau rakyat. Itulah 'rasuah'! Jangan main-main, di akhirat penerima-penerima rasuah itu akan dihukum. Itulah salah satu contoh bahawa takrif 'rasuah' yang ada sekarang ini tidak lengkap dan perlu dibetulkan semula. Jadi rasuah adalah harta yang diperolehi kerana selesainya suatu kepentingan manusia yang wajib diselesaikan tanpa imbalan lagi (yang tidak sepatutnya diterima).

Kerana itu nabi bersabda ertinya "Rasulullah SAW telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan". (Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)

Oleh itu ada ulama-ulama yang mentakrifkan rasuah dan sogokan sekurang-kurangnya adalah…

1..Wang, derma, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain.

2.. Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat.

3.. Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya.

4.. Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan.

5.. Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga.

6.. Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi'

7.. Apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan seperti di atas.

Sebagai rujukan di samping beberapa dalil-dalil Al-Quran sila lihat hadis-hadis ini..

1..Nabi Muhammad SAW bersabda, "Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah pengkhianatan." ( Riwayat Abu Daud, no 2943, Albani : Hadith Sohih ; Ma'alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)

2..Nabi bersabda kepada seorang gabenornya yang telah ditugaskan mengutip zakat kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa Nabi, lalu ia menyimpan sebahagian dari wang yang dikutip sambil berkata, "..ini untukmu (bahagian untuk Islam) dan ini untukku yang diberikan sebagai hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda,

"Ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang kepadamu hadiahmu, jika kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah)" (Al-Bukhari & Muslim)

3..Di dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Rasulullah SAW mengutus Abdullah bin Rawahah berangkat ke Khaibar (daerah Yahudi yang tunduk kepada kekuasaan Islam) untuk menilai hasil buah kurma di daerah itu kerana Rasulullah SAW telah memutuskan bahawa hasil bumi Khaibar dibahagi dua; separuh untuk kaum Yahudi sendiri, dan yang separuh lagi diserahkan kepada kaum Muslimin.

Ketika Abdullah bin Rawahah sedang menjalankan tugasnya, orang-orang Yahudi datang kepadanya membawa berbagai perhiasan dan berkata kepada Abdullah, "Perhiasan ini untuk anda, ringankanlah kami dan berilah kepada kami lebih dari separuh,"

Abdullah menjawab, "Wahai kaum Yahudi! Demi Allah kalian memang makhluk Allah yang paling aku benci. Apa yang kamu lakukan ini justeru membuatkan diriku lebih membenci kamu.

Rasuah yang kamu tawarkan itu adalah barang haram, dan kami kaum Muslimin tidak memakannya!" Mendengar jawaban tersebut mereka (Yahudi) berkata, "Kerana (sikap) inilah langit dan bumi tetap tegak!" [Imam Malik, Al Muwattha':1450].

4.. Rasulullah SAW bersabda, "Hadiah yang diberikan kepada para penguasa adalah suht (haram) dan rasuah yang diterima hakim adalah kufur" [Riwayat Ahmad]. Oleh yang demikian, tidak kira samada itu adalah rasuah mahupun hadiah, kedua-duanya adalah jelas-jelas haram di dalam Islam.

Semua harta yang diperolehi dari jalan rasuah adalah haram, menyimpannya adalah haram, membelanjakannya adalah haram. Justeru, setiap penerima, pemberi dan perantara yang terlibat di dalam keharaman ini wajib dihukum, dan hukuman ke atas mereka adalah ta'zir.

Dan banyak lagi. Sila rujuk http://www.zaharuddin.net/,

http://www.mykhilafah.com/, atau lain-lain. Bagaimana pula dengan rasuah politik? Itulah yang disebut 'politik wang' supaya nampak cantik sikit. Inilah yang memeningkan Tengku Ahmad Rhithaudden selaku Pengerusi Jawatankuasa Disiplin UMNO sekarang ini yang terpaksa bertindak kepada Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, Khairy Jamaluddin atau entah siapa-siapa lagi.

Bagaimana hendak menghapuskan rasuah hingga ke akar umbi? Pada saya ianya tidak akan selesai, kalau takrifnya pun masih belum lengkap lagi. Takrif perlu dibetulkan, walaupun melibatkan amalan pemimpin-pemimpin tertinggi atau Sultan.]

Maka terjawablah persoalan di atas.. Sekian. (IH)

Jangan persoal keikhlasan penderma kepada Najib..

Posted: 04 Aug 2015 04:30 AM PDT




Kepada semua teman yang pernah menghina dan memperlekeh integriti perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, adalah lebih baik kalian semua menginsafi perbuatan kalian dan bertaubatlah jika perlu.

Saya sendiri berasa amat takut dengan dosa akibat pelbagai hamburan dan tohmahan selama ini terhadap Najib dan keluarganya.

Kalau boleh ingin saja saya hadir melawat Seri Perdana dan merafak kemaafan dengan setulus ikhlas serta memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada beliau. Ingin saja saya bersalam dan mencium tangan Datin Seri Rosmah Mansor jika ini dibenarkan.

Pengakuan saya ini sama sekali tidak bermaksud membodek hanya kerana beliau seorang jutawan, mohon jangan sesekali tindakan saya ini disalah erti.

Saya benar-benar ikhlas. Janganlah ditambah dosa kering saudara sekalian. Cukuplah jika yang sedia ada itu mengheret kalian ke neraka.

Ingin saya imbas di sini, Najib lahir dari kalangan bangsawan iaitu Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak. Beliau diberi didikan terbaik dari dalam dan luar negara.

Beliau cukup berkarisma bukan sahaja untuk memimpin tiga juta ahli Umno seluruh dunia, malah untuk menjadi nakhoda melayarkan negara ini menjadi sebuah negara maju. Saya maksudkan layar bahtera, bukan layar perak.


RAKYAT BANGUN LAH - JANGAN LAGI DIPERBODOHKAN

Posted: 04 Aug 2015 04:15 AM PDT


Zar Ali's photo.

Jangan persoal keikhlasan penderma kepada Najib..

Posted: 04 Aug 2015 03:30 AM PDT





Kepada semua teman yang pernah menghina dan memperlekeh integriti perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, adalah lebih baik kalian semua menginsafi perbuatan kalian dan bertaubatlah jika perlu.

Saya sendiri berasa amat takut dengan dosa akibat pelbagai hamburan dan tohmahan selama ini terhadap Najib dan keluarganya.

Kalau boleh ingin saja saya hadir melawat Seri Perdana dan merafak kemaafan dengan setulus ikhlas serta memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada beliau. Ingin saja saya bersalam dan mencium tangan Datin Seri Rosmah Mansor jika ini dibenarkan.

Pengakuan saya ini sama sekali tidak bermaksud membodek hanya kerana beliau seorang jutawan, mohon jangan sesekali tindakan saya ini disalah erti.

Saya benar-benar ikhlas. Janganlah ditambah dosa kering saudara sekalian. Cukuplah jika yang sedia ada itu mengheret kalian ke neraka.

Ingin saya imbas di sini, Najib lahir dari kalangan bangsawan iaitu Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak. Beliau diberi didikan terbaik dari dalam dan luar negara.

Beliau cukup berkarisma bukan sahaja untuk memimpin tiga juta ahli Umno seluruh dunia, malah untuk menjadi nakhoda melayarkan negara ini menjadi sebuah negara maju. Saya maksudkan layar bahtera, bukan layar perak.


VIDEO - ADA MALING ??

Posted: 04 Aug 2015 02:45 AM PDT

Anak MB Umno Hambur Soalan Untuk Najib





Lagi suara melawan arus daripada Johor, kali ini daripada anak Menteri Besar Datuk Seri Khaled Nordin pula, Akmal Saufi.

Akmal Saufi, yang juga Pengarah Surarelawan Pemuda BN (BNYV) membangkitkan pelbagai persoalan berkaitan derma RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan dalam akaun peribadinya.

"Bolehkah seorang menteri atau timbalan perdana menteri atau perdana menteri menerima derma apabila sedang memang jawatan di dalam kerajaan?

"Adakah perlu duit derma tersebut perlu diisytihar kepada rakyat dan ahli Kabinet yang lain?" soal anggota Parlimen Belia Johor itu.

Akmal, 28, menulis panjang di Facebook beliau hari ini berhubung pelbagai aspek berkaitan derma itu, termasuk buktinya dan sama ada pihak lain turut mengetahuinya.

Beliau juga turut mengulangi persoalan yang ditimbulkan Tun Dr Mahathir Mohamad sama ada ada berkaitan keperluan cukai yang tertakluk bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Soalan-soalan dibangkitkan, termasuk:

1. Ketika Najib menerima dana sejumlah RM2.6 bilion, adakah beliau maklum sejumlah wang telah memasuki akaunnya?

2. Apakah bukti bahawa duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan IMDB mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan IMDB?

3. Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan bagi kepada kerajaan, tujuan Umno atau tujuan peribadi?

4. Jika duit tersebut adalah sumbangan buat Umno, adakah kepimpinan Umno terutamanya Majlis Tertinggi (MT) mengetahui tentang derma tersebut?

5. Jika MT tidak mengetahui adakah ini bermaksud Umno tidak akan mengetahui kewujudannya jika Najib tidak memaklumkan kewujudannya?

6. Bilakah Najib bercadang untuk maklumkan kepada MT?

7. Andai kata derma tersebut derma peribadi, adakah Najib menerimanya ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah menteri?

8. Adakah gabenor Bank Negara dan cendekiawannya sedar akan pergerakan duit sejumlah RM2.6 bilion ke dalam negara?

9. Adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri sedar mengenai sejumlah duit yang telah diterima Najib?

10. Jika ya, adakah Dato Seri Najib telah membayar sebarang cukai pendapatan berdasarkan nilai duit tersebut?

11. Adakah seorang perdana menteri boleh mendapat pengecualian cukai?

12. Jika Najib mendapat pengecualian cukai, adakah pengeculian tersebut adalah kepada gaji Najib atau apa saja derma yang diterima beliau?

13. Jika derma tersebut adalah bagi tujuan kerajaan, mengapa Kementerian Kewangan tidak mengetahui kewujudannya?



- mkini

VIDEO - Pandikar Amin Salah Guna Kuasa Tangguh Siasatan PAC

Posted: 04 Aug 2015 02:00 AM PDT



Video - 'Ismail Sabri Cheek' panggilan terkini 2 menteri

Posted: 04 Aug 2015 01:30 AM PDT



PUTRAJAYA - Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini sering dipanggil 'Ismail Sabri Cheek' sebagai merujuk kepada keserasian dua kementerian yang mereka terajui dalam melaksanakan agenda pembangunan luar bandar.

'Ismail Sabri Cheek' panggilan terkini 2 menteri

Berkongsi perkara itu pada majlis serah tugas di sini hari ini, Ahmad Shabery, yang mengambil alih Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani daripada Ismail Sabri yang kini menerajui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berikutan rombakan kabinet pada 28 Julai lepas, berkata asas peranan dua kementerian itu adalah sama.

"Sebahagian besar pertanian melibatkan masyarakat luar bandar dan kekuatan luar bandar itu adalah pertanian," katanya.

Ahmad Shabery berkata ia merupakan kali kedua beliau menerima serahan tugas daripada Ismail Sabri selepas kali pertama untuk menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan sebelum ini.


Katanya beliau masih memerlukan panduan daripada pendahulunya Ismail Sabri dalam memacu kesinambungan agenda pembangunan masyarakat luar bandar di kementerian baharunya itu.

"Setelah lebih dua tahun di kementerian ini banyak perkara yang dirancang beliau tidak memerlukan saya membuat rombakan atau memikirkan sesuatu yang baharu dan sebab itu banyak yang saya akan dapatkan panduan beliau jika ingin membuat penambahbaikan," katanya. - Bernama

 

Lihatlah Najib dan Zahid Hamidi masuk jerat sendiri ??

Posted: 04 Aug 2015 12:45 AM PDT


Zar Ali's photo. Kita selalu melihat lambang "u turn" di jalan-jalan dan perbuatan "u turn" juga kerap berlaku dalam kehidupan seharian manusia. 

Di jalanraya banyak jalan susur untuk pergi ke mana-mana destinasi lain daripada jalan utama dan dalam kehidupan seharian juga kerapkali sesuatu perkara disusurkan daripada matlamat asal yang mahu dituju.

Begitulah lumrah dan rencah dalam kehidupan manusia. Hanya mereka yang teguh pendirian, sentiasa berbuat yang benar dan tidak takut dengan kebenaran saja yang tidak memilih laluan "u turn" atau jalan susur jika sudah membuat keputusan untuk melalui jalan lurus sehingga sampai ke matlamat yang mahu dituju sejak awal lagi.

Melalui penubuhan pasukan petugas khas oleh Peguam Negara sebelum ini, ia adalah untuk menyiasat dakwaan kemasukan wang berjumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Najib Razak.

Selepas melakukan lima tangkapan dengan terakhir seorang despatch dan kemudian Gani Patail disingkirkan sebagai Peguam Negara atas alasan kesihatan, kita tidak pernah mendengar apa-apa khabar berita lagi tentang pasukan itu.

Cuma yang kita tahu kemudiannya tiga orang telah ditahan untuk membantu siasatan. Mereka ialah bekas pengerusi sebuah panel penasihat SPRM, Tan Sri Rashpal

Singh, kakitangan di Jabatan Peguam Negara, Jessica Sidhu dan seorang yang berjawatan timbalan pendakwaraya di SPRM, Ahmad Sazilee Abdul Khairy.


Buat seketika, ramai yang bingung dengan penangkapan mereka ini. Apa tujuan orang yang ada kaitan dengan pasukan penyiasat tiba-tiba ditahan polis?

Akhirnya semalam, Timbalan Perdana Menteri yang baru dilantik, Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan penangkapan ketiga-tiga mereka ini ialah untuk membantu
siasatan berkaitan kebocoran maklumat 1MDB.


Katanya, kerajaan memandang serius isu kebocoran itu kerana maklumat berkaitan siasatan 1MDB telah digunakan untuk menjejaskan imej Perdana Menteri.

"Kita ambil serius isu kebocoran ini dan polis akan menyiasatnya dengan profesional. Kami mahu menentukan bagaimana maklumat itu dibocorkan sama ada melalui

SPRM, Peguam Negara, Bank Negara atau pihak polis sendiri," katanya yang juga Menteri Dalam Negeri.

Pulakkk!!! 

Dengan tumpuan siasatan kini disusurkan ke arah mencari pembocor maklumat berbanding isu wang RM2.6 bilion yang menjadi matlamat asalnya, ia secara langsung memberi gambaran bahawa laporan The Wall Street Journal, Sarawak Report dan The Edge selama ini adalah benar dan sahih belaka.

Secara sedar dan sengaja, Zahid Hamidi telah mengesahkannya untuk pencerahan kita semua.
Maknanya maklumat yang bocor itu adalah benar, cuma ia dianggap boleh menjejaskan imej Najib.

Maknanya juga, jika maklumat yang disiarkan dalam media itu tidak sahih, buat apa pembocor maklumat ingin dicari? Lebih baik ambil tindakan undang-undang

terus kepada media terbabit saja atas dakwaan fitnah dan sebagainya?


Adakah ini yang menyebabkan saman terhadap WSJ terus tertangguh, manakala Sarawak Report hanya disekat dan The Edge digantung permitnya?

Tentunya ini akan membuatkan ramai tertanya-tanya, apa jadi kepada siasatan pasukan petugas khas selepas ini?
Mungkin juga sebahagian yang lain merasakan tidak lagi penting untuk mengetahui hasil siasatan pasukan petugas khas itu setelah Gani Patail disingkirkan dan mencari pembocor maklumat lebih disasarkan.

Bagi yang ingin mengetahui kebenaran, pasti turut tertanya-tanya, apakah setelah pembocor maklumat diketahui nanti, isu wang RM2.6 bilion yang dikaitkan

dengan Najib itu akan diteruskan siasatannya atau bakal disenyapkan begitu saja?


Tidak kurang yang mencadangkan agar sebuah Suruhajaya Diraja segera ditubuhkan bagi menggantikan pasukan petugas khas itu kerana dengan jalan susur semakin menjadi pilihan untuk melencong daripada laluan utama yang mahu dituju sebelum ini, ia adalah pilihan terbaik untuk mencari sebuah kebenaran yang seakan-akan semakin kabur hari demi hari.

Bertuah Jadi Rakyat Malaysia.....

Posted: 04 Aug 2015 12:00 AM PDT


 
Ramai Yang Derma Untuk Pemimpin Kami...!!! Najib - Ya, saya terlibat dlm skandal 1MDB. Tp apa yg kamu boleh buat wahai rakyat Msia?

Huhuhu Nak report keluar berita? The Edge & Sarawak Report sy dah ban. Tv & radio sy yg kawal. Nak report polis?

Lol, hehehe. Kamu kenal ke IGP siapa?Keh3 Nak report Peguam Negara? AG yg mana? Yg sy lantik tu ke?

Hehehe Nak report SPRM? Hahaha. Lg la sy control. Nak report kat TPM? Din dah kena. Try la pi kat Zahid.

Nanti kamu pula ditangkap. Haha Nak turun demo jalanan? Sy suruh polis jgn bg kebenaran. Kalau turun jugak, kena tangkap, kena tear gas, kena pukul.

Mau ke? Nak bubar parlimen/kabinet? Menteri2 bahlol sy punya kuli, speaker pun balaci sy.

Siapa lg? Keh keh keh Nak report kat pemimpin pembangkang? Tian Chua, Rafizi, Nurul Izzah semua dah kena tangkap skali.

Nak lg? Haha Nak bungkus

BN PRU 14? Seriously?


Hehehe Suruhanjaya Pilihanraya tu ketuanya siapa? Haha Wahai rakyat Msia, apa lg kamu boleh buat?

Maka najib pun berhuhuhu sampai kiamat.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN