Isnin, 3 Ogos 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


'Satu-satunya penyelesaian, tubuh RCI bebas'

Posted: 03 Aug 2015 11:15 PM PDT

Semua siasatan yang sedang berjalan terhadap skandal 1MDB tidak lagi boleh dipercayai kerana rakyat tidak lagi percaya kepada mereka, walaupun jika hasil siasatannya mungkin benar, kata seorang pemimpin Pemuda BN.

Oleh itu, sebuah Suruhanjaya Diraja (RCI) bebas perlu ditubuhkan untuk menyiasat perkara itu, kata Timbalan Pengerusi Pemuda Gerakan, kepada Malaysiakini hari ini.

Secara umumnya, tegas beliau, rakyat Malaysia, terutama mereka yang berpendidikan dan tanpa kepentingan diri, tidak akan percaya laporan siasatan atau keputusan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam, Peguam Negara ataupun  polis - walaupun jika hasil penemuan siasatan adalah benar.

Oleh itu, tambahnya, satu-satunya penyelesaiannya ialah dengan menubuhkan sebuah RCI benar-benar bebas.


Yong (gambar) berkata, anggota RCI yang menyiasat 1MDB itu harus dari semua lapisan masyarakat termasuk golongan profesional, hakim, ahli perniagaan dan rakyat biasa.

Katanya, pemilihan yang adil dan telus boleh dibuat melalui sistem pemilihan juri di mahkamah atau mengundi dengan bilangan ahli Parlimen yang sama dari kedua-dua belah pihak politik.

Menurut Yong lagi kejujuran adalah dasar yang terbaik.

Semalam, SPRM mengumumkan yang RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak adalah sumbangan penderma dan bukan dari akaun 1MDB.

Ekoran itu, pengguna media sosial meluahkan kekecewaan mereka melalui Twitter, dan menjadikan hashtag #DearNajib salah satu topik utama trending semalam.

Shafie batal jemput Najib rasmi mesyuarat Umno bahagian Semporna

Posted: 03 Aug 2015 10:30 PM PDT


 
Susulan dipecat daripada Kabinet, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal membatalkan jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada merasmikan mesyuarat Umno bahagian Semporna di Sabah yang dijadualkan pada 15 Ogos ini.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, Shafie sebaliknya menggantikannya dengan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menerima nasib sama disingkir daripada pentadbiran Najib disebabkan kritikan dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Senario politik sudah berubah," kata sumber dalam Umno yang rapat dengan Shafie.

Pegawai Najib yang dihubungi The Malaysian Insider bagaimanapun tidak memberi sebarang maklum balas tentang perkara tersebut.

Sementara itu, pegawai Shafie yang kini sedang bersama pulang ke Sabah juga tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai pembatalan jemputan itu dan hanya minta The Malaysian Insider menunggu sehingga 15 Ogos ini.

"Tunggu sehingga 15 Ogos," katanya merujuk kepada tarikh mesyuarat Umno bahagian Semporna.

Difahamkan, jemputan kepada Najib itu dibuat sebelum rombakan Kabinet Selasa lepas.

Shafie pulang ke Semporna semalam, kerusi Parlimen yang disandang sejak 1995 dan merupakan kepulangan pertama selepas disingkir daripada Kabinet.

Shafie tiba kira-kira jam 11 pagi di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan disambut lebih 200 penyokongnya serta deretan kereta mengiringi pulang ke kediamannya di Semporna.

Ribuan orang meraikan Shafie dengan menaikkan kain rentang dan sorakan menyatakan sokongan kepada kepimpinannya walaupun kini tidak berada dalam Kabinet lagi.

Beberapa wakil Pertubuhan Kadasan Dusun Murut Malaysia (KDM), yang mewakili masyarakat bumiputera di negeri tersebut juga hadir bagi menyambut Shafie.

Shafie, bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah, adalah salah seorang daripada beberapa menteri yang secara terbuka mempersoalkan cara Najib mengendalikan skandal 1MDB.

1MDB, yang dimiliki Kementerian Kewangan dan cetusan idea Najib, ketika ini sedang disiasat berhubung hutang terkumpulnya mencecah RM42 bilion.

Penyiasat juga melihat kepada dakwaan yang sejumlah RM2.6 bilion wang daripada syarikat berkaitan 1MDB disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib. - TMI

Jika Pakatan Rakyat 2.0 + PAS + Johor + Sabah bersatu menentang UmnoBN dalam pilihanraya akan datang. Harapan membina Malaysia yang lebih gemilang akan tercapai.

ISU PEMBIAYAAN POLITIK HELAH MENUTUP SKANDAL 1MDB

Posted: 03 Aug 2015 09:45 PM PDT



Sejak beberapa hari yang lepas, ada cubaan yang tersusun oleh pimpinan Umno untuk membawa isu baru iaitu pembiayaan parti-parti politik. Perkara ini mula-mula disebut oleh Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan disambut sendiri oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Dalam ucapannya di Seremban, Dato' Seri Najib mengumumkan kesediaan beliau untuk menyatakan punca kewangan Umno dan penyumbang-penyumbang kepada dana Umno lalu mencabar parti-parti pembangkang untuk turut menyatakan punca kewangan kami.

Operasi harian KEADILAN termasuk membayar gaji kakitangan di ibupejabat, sewa pejabat-pejabat KEADILAN negeri dan perbelanjaan ibupejabat ditampung oleh potongan gaji oleh wakil rakyat KEADILAN. 


KEADILAN mempunyai 29 ahli parlimen dan 40 ADUN di seluruh negara. Ahli Parlimen dan ADUN di Selangor dan Pulau Pinang (negeri yang diperintah pakatan pembangkang) menyumbang 20% dari gaji bulanan kepada KEADILAN. Ahli Parlimen dan ADUN dari negeri lain menyumbang 10% dari gaji bulanan kepada KEADILAN.

Bagi perbelanjaan lain, KEADILAN mengadakan majlis mengutip derma dari semasa ke semasa terutamanya menjelang pilihanraya. Kutipan dana dari majlis mengutip derma ini bergantung kepada kehadiran – ada yang berjaya mengutip dari RM50,000 sehingga RM500,000 bergantung berapa banyak tiket dijual.

Walau bagaimana pun, isu pembiayaan parti-parti politik ini hanyalah helah yang dimainkan oleh Umno dan Dato' Seri Najib Tun Razak. Saya berpandangan bahawa isu ini ditimbulkan untuk menutup dua persoalan besar yang tidak boleh dijawab oleh Dato' Seri Najib Tun Razak:

1. Ke manakah wang RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB dan benarkah wang itu telah diambil oleh individu-individu yang rapat dengan Perdana Menteri seperti Jho Low?

2. Kenapakah RM2.6 bilion yang sebahagiannya dituduh turut berasal dari dana 1MDB dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri?

Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Datuk Azalina Othman setakat ini memberi gambaran seolah-olah dana RM2.6 bilion itu kononnya adalah sumbangan dermawan antarabangsa kepada Dato' Seri Najib Tun Razak dan bukannya dana 1MDB.

Saya tidak terkejut sekiranya Dato' Seri Najib Tun Razak melalui jurucakapnya seperti Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam masa beberapa minggu ini akan menjual cerita-cerita berikut:

1. Dana RM2.6 bilion itu adalah derma dari orang kaya dari Timur Tengah secara peribadi kepada Dato' Seri Najib Tun Razak. Derma itu digunakan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak untuk membiayai kempen pilihanraya Umno dan Barisan Nasional dalam PRU13 yang lalu

2. Ada bukti dalam bentuk dokumen bahawa kononnya dana RM2.6 bilion itu adalah derma kepada Dato' Seri Najib Tun Razak

3. Oleh kerana dokumen itu, maka pemindahan RM2.6 bilion itu bukanlah berunsur rasuah dan hanyalah sumbangan politik seperti mana kes RM40 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Dato' Seri Musa Aman, Ketua Menteri Sabah satu ketika dahulu.

4. Berdasarkan perkara ini, siasatan ke atas 1MDB dan dana RM2.6 bilion di dalam akaun peribadi Perdana Menteri akan menyimpulkan bahawa tidak ada unsur rasuah dan kes ditutup begitu sahaja

Isu-isu yang dibawa kebelakangan ini berkaitan pembiayaan parti-parti politik hanyalah untuk mempersiapkan orang ramai dengan skrip yang telah disediakan iaitu siasatan berkenaan 1MDB dan dana di dalam akaun peribadi 1MDB mendapati tiada unsur rasuah dan kes ditutup begitu sahaja.

Saya yakin rakyat Malaysia yang celik tidak akan termakan dengan putar alam begini. Saya juga berharap pimpinan Umno yang masih ada sedikit maruah seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin terus mengkritik Dato' Seri Najib Tun Razak supaya rakyat tidak diperbodohkan dengan cerita dongeng kononnya dana RM2.6 bilion ini adalah sumbangan derma orang kaya Timur Tengah kepada Dato' Seri Najib Tun Razak.

 


RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Ini perkara gila, kata pengarah SPRM lepas disiasat polis OLEH KC NAZARI

Posted: 03 Aug 2015 09:00 PM PDT


Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin berkata beliau juga terkejut apabila timbalan pendakwa raya (SPRM) mereka ditangkap polis di malam hari. 

Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin berkata beliau juga terkejut apabila timbalan pendakwa raya (SPRM) mereka ditangkap polis di malam hari. 

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disiasat polis Cawangan Khas selama lebih 3 jam di pejabatnya hari ini melahirkan rasa terkejut dan kesal terhadap siasatan polis ke atas siasatan mereka terhadap operasi dana sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin berkata beliau juga terkejut apabila timbalan pendakwa raya (SPRM) mereka ditangkap polis di malam hari.

"Saya cukup kesal perkara ini berlaku kerana kami menyiasat dengan sepenuh hati siang dan malam bagi mencari kebenaran.

"Tiba-tiba DPP kami diambil pada pukul 1 pagi dan ia amat menghairankan kenapa boleh berlaku perkara gila sedemikian," katanya sewaktu ditemui wartawan selepas disiasat polis di pejabatnya di Putrajaya, petang tadi.

Bahri adalah sebahagian daripada pasukan khas yang menyiasat 1MDB.

Beliau turut melahirkan rasa curiga dengan individu lain yang dipercayai berada di belakang siri serbuan polis ke atas mereka yang menyiasat 1MDB.

"Saya rasa pihak polis tak akan buat kerja gila begini kecuali ada pihak lain memaksa pihak polis melakukannya," katanya.

Sementara itu, Bahri berkata siasatan polis terhadapnya petang ini dibuat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan berkaitan kebocoran dokumen yang didakwa sebagai "draf pertuduhan".

Beliau dipercayai merujuk kepada salinan gambar dokumen yang didakwa sebagai draf pertuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak – satu perkara yang sudah dinafikan Jabatan Peguam Negara.

"Saya yakin sepenuh hati bukan daripada kami benda itu dan ia dihasilkan semula," katanya.

Satu pasukan, dipercayai daripada Bukit Aman, tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada pukul 2.45 petang ini.

Bahri, yang tiba di pejabatnya jam 3.07 petang, kelihatan terkejut dengan kehadiran ramai petugas media di hadapan bangunan ibu pejabat itu.

Beliau diiringi ke dalam bangunan oleh pegawainya dan beberapa anggota keselamatan.

Sabtu lepas, polis menahan pegawai Jabatan Peguam Negara Jessica Gurmeet Kaur dan bekas penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh untuk disoal siasat berkaitan dengan kes itu.

Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.

Mereka dibebaskan pada malam yang sama apabila pihak polis gagal mendapatkan perintah reman untuk menahan mereka lebih lama.

Penangkapan Rashpal dipercayai berkaitan dengan laporan yang beliau ada menemui pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown di London.

SPRM bagaimanapun menafikan kebocoran dalam penyiasatan Putrajaya berhubung firma pelaburan negara yang dibebani hutang itu dibuat orang dalam agensi anti-rasuah itu.

Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob pada 21 Julai berkata Rashpal tidak mempunyai akses kepada siasatan berterusan yang dijalankan agensi itu kerana tempoh perkhidmatan beliau sebagai ahli lembaga itu berakhir pada Februari


http://www.themalaysianinsider.com

Mana tindakan LHDN siasat RM2.6 bilion masuk akaun Najib, soal Dr Mahathir

Posted: 03 Aug 2015 08:30 PM PDT


Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan kredibiliti Lembaga Hasil Dalam Negeri yang berdiam diri dengan dakwaan sejumlah wang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan kredibiliti Lembaga Hasil Dalam Negeri yang berdiam diri dengan dakwaan sejumlah wang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan tiada tindakan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap dakwaan sejumlah RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, jika sekarang Umno memerlukan RM2.5 bilion untuk pilihan raya umum (PRU), ia tetap melanggar aturan peraturan dan undang-undang pilihan raya, dan akaun perbelanjaan setiap calon perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa.

"Adalah salah jika ia melebihi jumlah tertentu. Saya pohon maaf jika peraturan ini sudah digugur. Ia diadakan untuk mengelak daripada rasuah berlaku," katanya dalam kenyataan tulisan di blognya hari ini.

Dr Mahathir berkata, sepanjang tempoh khidmatnya menjadi presiden Umno, sebanyak lima PRU diadakan dan jika disemak perbelanjaan tidak banyak wang digunakan terutama peruntukan daripada ibu pejabat parti, namun Barisan Nasional (BN) tidak pernah menang kurang daripada dua pertiga kerusi Parlimen.

Beliau mengakui pernah berada dalam situasi dipaksa LHDN membayar cukai pendapatan walaupun duit di dalam akaunnya itu adalah diberikan oleh Umno bagi tujuan parti dan pilihan raya.

Katanya, ketika disingkirkan daripada Umno pada 1970, Jabatan Hasil Dalam Negeri ketika itu menggeledah rumah dan kliniknya, serta menjumpai keratan cek digunakan dan mendakwa beliau tidak melaporkan pendapatan sepenuhnya.

Dr Mahathir berkata disebabkan itu, beliau didenda jabatan itu sebanyak RM300,000 malah dikenakan amaran akan dikenakan denda 3 kali ganda jika membantah dan pergi ke mahkamah.

"Saya tidak pergi ke mahkamah. Sebaliknya merayu duit yang dimasukkan dalam akaun saya ialah daripada parti. Tetapi ibu pejabat Umno tidak mengaku wang itu daripada Umno.

"Akhirnya saya dikenakan denda sebanyak RM130,000. Di waktu denda ini dikenakan, saya sudah dilantik menteri dalam kerajaan.

"Saya membayar secara beransur-ansur dan selesai bayaran semasa saya menjadi timbalan perdana menteri," katanya.




Katanya, ada sedikit perbezaan antara wang tunai sebanyak RM20,000 yang diterimanya dan cek sebanyak AS$700 juta (RM2.6 billion) yang dikatakan dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Beliau bagaimanapun enggan menyentuh isu 1MDB walaupun sebagai rakyat yang membayar cukai beliau berhak mempersoalkannya.

"Saya tidak hendak soal dari mana datang AS$700 juta ini. Saya akan tunggu sehingga Ketua Audit Negara dan PAC buat laporan terakhir, walaupun saya tidak lagi dapat terima bulat-bulat segala kenyataan yang akan diperbuat.

"Soal yang saya ingin tanya ialah, apakah LHDN bertindak dengan kuasa yang diberi kepadanya ke atas wang sebanyak RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaun peribadi Najib," katanya.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Ringgit terus merosot kepada 3.8510 berbanding AS$1

Posted: 03 Aug 2015 08:00 PM PDT



Pada 5 petang, ringgit disebut harga pada 3.8510 berbanding dolar Amerika daripada 3.8230 pada Jumaat lepas.

Ringgit turun 0.7% hari ini berbanding dolar AS berikutan permintaan lemah terhadap unit tempatan itu susulan data pembuatan yang kurang memberangsangkan dan harga minyak rendah.

Pada 5 petang, ringgit disebut harga pada 3.8510/8550 berbanding dolar Amerika daripada 3.8230/8260 pada Jumaat lepas.

Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan Nikkei Malaysia (PMI) yang hanya naik sedikit kepada 47.7 pada Julai daripada 47.6 pada Jun, menunjukkan keadaan operasi pengeluar Malaysia yang semakin teruk.

Bagi harga minyak rendah, peniaga itu berkata, harga mentah West Texas Intermediate menghampiri paras rendah dalam tempoh 3 bulan pada AS$46.69 setong ekoran kebimbangan akan lebihan penawaran.

"Bagaimanapun, eksport Malaysia meningkat bagi enam bulan berturut-turut pada Julai apabila pengeluar memperoleh pelanggan asing baharu dengan pelancaran produk baharu yang membawa kepada permintaan tinggi daripada antarabangsa," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 2.7958/7990 daripada 2.7775/7799 pada minggu lepas dan susut berbanding yen kepada 3.1014/1049 daripada 3.0771/0800 pada Jumaat minggu lepas.

Unit tempatan turun berbanding euro kepada 4.2238/2297 daripada 4.1816/1860 pada minggu lepas dan susut berbanding pound sterling kepada 6.0156/0231 daripada 5.9509/9563 pada Jumaat minggu lepas.


http://www.themalaysianinsider.com/

Zeti, Shukri mungkin dipanggil beri keterangan, kata ketua polis negara

Posted: 03 Aug 2015 07:30 PM PDT

 Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan orang nombor dua SPRM Datuk Shukri Abdull akan turut dipanggil membantu siasatan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan orang nombor dua SPRM Datuk Shukri Abdull akan turut dipanggil membantu siasatan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak menolak kemungkinan pihaknya akan memanggil lebih ramai pegawai daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia dan Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk merekodkan keterangan.

Khalid dipetik sebagai berkata Malaysiakini, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan orang nombor dua SPRM Datuk Shukri Abdull akan turut dipanggil membantu siasatan.

"Kami akan lihat. Kami akan buat soal siasat mereka yang kami anggap boleh memberi penerangan berhubung kait dengan proses penyiasatan yang sedang dijalankan," katanya kepada Malaysiakini.

"Kami akan menjalankan soal siasat membabitkan lebih ramai pegawai termasuk daripada Bank Negara, SPRM dan Jabatan Peguam Negara," katanya.

Mengenai pegawai daripada Bank Negara, Khalid berkata, siasatan akan turut dijalankan terhadap laporan polis mengenai kebocoran maklumat transaksi bank.

"Polis sedang melihat keseluruhan aspek siasatan, kami juga akan memanggil pegawai daripada bank komersial untuk disoal siasat," katanya seperti dilapor portal itu.

Zeti, Shukri dan beberapa pegawai kanan lain daripada Bank Negara, SPRM dan Jabatan Peguam Negara adalah antara nama yang disebut-sebut dalam beberapa blog bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

'Zeti, Shukri mungkin dipanggil beri keterangan, kata ketua polis negara  Published: 3 August 2015 10:55 PM  Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan orang nombor dua SPRM Datuk Shukri Abdull akan turut dipanggil membantu siasatan.  Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan orang nombor dua SPRM Datuk Shukri Abdull akan turut dipanggil membantu siasatan.  Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak menolak kemungkinan pihaknya akan memanggil lebih ramai pegawai daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia dan Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk merekodkan keterangan.  Khalid dipetik sebagai berkata Malaysiakini, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan orang nombor dua SPRM Datuk Shukri Abdull akan turut dipanggil membantu siasatan.  "Kami akan lihat. Kami akan buat soal siasat mereka yang kami anggap boleh memberi penerangan berhubung kait dengan proses penyiasatan yang sedang dijalankan," katanya kepada Malaysiakini.  "Kami akan menjalankan soal siasat membabitkan lebih ramai pegawai termasuk daripada Bank Negara, SPRM dan Jabatan Peguam Negara," katanya.  Mengenai pegawai daripada Bank Negara, Khalid berkata, siasatan akan turut dijalankan terhadap laporan polis mengenai kebocoran maklumat transaksi bank.  "Polis sedang melihat keseluruhan aspek siasatan, kami juga akan memanggil pegawai daripada bank komersial untuk disoal siasat," katanya seperti dilapor portal itu.  Zeti, Shukri dan beberapa pegawai kanan lain daripada Bank Negara, SPRM dan Jabatan Peguam Negara adalah antara nama yang disebut-sebut dalam beberapa blog bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.  SPRM juga sudah berulang kali menafikan pegawainya terlibat.   Sebelum ini, Bank Negara turut menafikan pegawainya yang membocorkan maklumat transaksi bank itu.  Polis sedang melakukan siasatan mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana aktiviti tersebut dianggap boleh menggugat demokrasi berparlimen.  Pada awal pagi Sabtu lepas, polis menahan tiga orang individu bagi membantu siasatan berhubung beberapa laporan polis yang dibuat terhadap pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.  Mereka ialah bekas ahli lembaga penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh, pegawai Jabatan Peguam Negara Jessica Gurmeet Kaur dan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Sazilee Abdul Khairi.  Kesemuanya dibebaskan dalam masa 24 jam selepas polis gagal mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan mereka.  http://www.themalaysianinsider.com'
SPRM juga sudah berulang kali menafikan pegawainya terlibat. 

Sebelum ini, Bank Negara turut menafikan pegawainya yang membocorkan maklumat transaksi bank itu.

Polis sedang melakukan siasatan mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana aktiviti tersebut dianggap boleh menggugat demokrasi berparlimen.

Pada awal pagi Sabtu lepas, polis menahan tiga orang individu bagi membantu siasatan berhubung beberapa laporan polis yang dibuat terhadap pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Mereka ialah bekas ahli lembaga penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh, pegawai Jabatan Peguam Negara Jessica Gurmeet Kaur dan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Sazilee Abdul Khairi.

Kesemuanya dibebaskan dalam masa 24 jam selepas polis gagal mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan mereka.


http://www.themalaysianinsider.com

Kenapa pecat Muhyiddin, Gani, jika RM2.6 bilion cuma derma, soal PAS

Posted: 03 Aug 2015 06:45 PM PDT


Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan mengapa beliau mengambil masa yang begitu lama menjelaskan berkenaan derma RM2.6 bilion.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan mengapa beliau mengambil masa yang begitu lama menjelaskan berkenaan derma RM2.6 bilion.

PAS hari ini mengajukan 10 soalan yang perlu dijelaskan susulan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan mendesak Najib menjelaskan mengapa beliau mengambil masa yang begitu lama menjelaskan berkenaan derma itu.

"Mengapa Najib mengambil masa sebegitu lama untuk menjawab persoalan ini, lebih-lebih lagi setelah pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Gani Patail serta penahanan beberapa pegawai Bank Negara dan SPRM berkaitan dengan kebocoran maklumat siasatan?" soalnya.

Beliau merujuk kepada Muhyiddin yang digugurkan dari Kabinet sebagai timbalan perdana menteri pada 28 Julai dan Gani yang digantikan dengan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai peguam negara berkuatkuasa 27 Julai.

Tuan Ibrahim turut menggesa agar dermawan yang menyumbangkan wang itu ke dalam akaun Najib didedahkan, serta syarat-syarat yang dikenakan ke atas penerimaan derma itu dinyatakan.

"Siapa penderma yang sebegitu murah hati? Mengapakah akaun itu ditutup jikalau ia dianggap bukan satu kesalahan? 

"Apakah syarat-syarat derma RM2.6 bilion? Susah dibayangkan derma sebesar ini dilakukan tanpa syarat ke akaun Perdana Menteri," katanya.

Tuan Ibrahim turut menyenaraikan 6 lagi persoalan untuk dijelaskan:

* Apakah ini derma dan bukan rasuah untuk habuan tertentu? Apakah siasatan SPRM melihat kepada perkara ini?

* Apakah ini sekadar permainan perakaunan? 

* Jika betul ia bukan duit 1MDB, mengapa sehingga kini saman kepada The Wall Street Journal (WSJ) masih tertangguh?

* Ketika wang derma dimasukkan ke akaun Najib, apakah Ambank memaklumkan perkara ini kepada Bank Negara?

* Mengapa Lembaga Hasil Dalam Negeri berdiam diri apabila ada akaun perseorangan yang memiliki dana sebanyak RM2.6 bilion?

* Apakah peranan Pengarah Urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil? Apakah polis mengetahui di mana beliau berada?

Petang tadi, SPRM mengatakan RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi perdana menteri merupakan sumbangan penderma, bukan dari syarikat berkaitan 1MDB seperti didakwa pihak tertentu.

"Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara.
"Hasil siasatan mendapati, dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik perdana menteri adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB," kata SPRM.

Ia juga menerangkan, semasa Pasukan Petugas Khas ditubuhkan, siasatan SPRM hanya memfokuskan ke atas isu berkaitan dengan SRC International Sdn Bhd dan kemasukan dana RM2.6 bilion ke dalam akaun Najib itu.

Manakala, pihak Polis Diraja Malaysia pula katanya, menjalankan siasatan berkaitan dengan 1MDB, sementara Bank Negara Malaysia menjalankan siasatan berkaitan dengan kaedah dan tatacara kewangan.

Awal bulan lalu The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan kira-kira AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan di antara agensi kerajaan, bank dan entiti yang berkaitan dengan 1MDB dan berakhir di akaun peribadi perdana menteri dalam 5 deposit berasingan.

Najib menafikan dakwaan itu dan mendakwa ia konspirasi politik pihak lawan termasuk bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi WSJ menegaskan siasatan mereka berlandaskan dokumentasi kukuh


See more at: http://www.thema

Apa kah perkara pertama komer Akan lakukan ???...

Posted: 03 Aug 2015 06:30 PM PDT

SPRM Sahkan Duit RM2.6 Billion Dari Penderma Bukan Duit 1MDB

Posted: 03 Aug 2015 06:00 PM PDT



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak adalah sumbangan penderma.

Ia, kata suruhanjaya itu lagi, bukan berpunca daripada dana syarikat pelaburan negara 1MDB.

"Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada peguam negara," kata SPRM.

"Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB," kata SPRM.

Dalam kenyataannya hari ini, SPRM juga mengingatkan bahawa badan itu hanya menumpukan siasatan terhadap dakwaan kemasukan dana ke akaun Najib dan  SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Siasatan berkaitan 1MDB dilakukan oleh pihak polis manakala Bank Negara pula meneliti hal berkaitan kaedah dan tatacara kewangan, kata SPRM.

"Bagaimanapun, siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih berjalan oleh SPRM," kata suruhanjaya itu lagi.

SPRM juga terus memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional.

"Diharap semua pihak akan bersabar dan memberi ruang kepada SPRM dalam menjalankan siasatan dengan menyeluruh," katanya.

- mkini



Zar Ali's photo.Satu Dunia Sedang Ketawakan 1Malaysia - Betapa Bodohnya Rakyat ditipu siang, malam, pagi dan petang !!!

Ketua Muslimat PAS Batu Melintang Ditemui Mati Dibunuh Kejam.

Posted: 03 Aug 2015 05:30 PM PDT


 

Ketua Muslimat PAS Batu Melintang dibunuh kejam, mayat mereput di tepi sungai
Mayat mereput yang dijumpai di Kuala Air Kepala dekat Sungai Pergau, Jeli, Khamis lalu adalah milik Ketua Muslimat PAS Batu Melintang dan dipercayai adalah mangsa bunuh.

KOTA BHARU, 2 Ogos: Mayat mereput yang dijumpai di Kuala Air Kepala dekat Sungai Pergau, Jeli, Khamis lalu adalah milik Ketua Muslimat PAS Batu Melintang dan dipercayai adalah mangsa bunuh. 


Bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat mangsa mendapati ada kesan hirisan di bahagian tangan dan kaki. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, ACP Ahmad Taufek Abdullah, dalam kenyataannya memberitahu hasil siasatan yang dijalankan pihaknya berjaya menahan seorang suspek berusia 32 tahun yang mempunyai talian persaudaraan dengan mangsa.
Katanya, suspek ditahan 7.30 malam Jumaat lalu dan kini direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut. Sebelum ini mangsa, Rudziah Shafiee, 50, yang juga guru mengaji dikatakan hilang sejak Selasa lalu sebelum mayatnya ditemui dalam keadaan terlentang dan sudah reput di tepi sungai. 


Sehubungan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan. 

Mangsa yang tinggal sendirian di Kampung Batu Melintang, di sini, itu dijumpai dekat Kuala Air Kepal, Sungai Pergau oleh seorang penjala ikan.



Siasatan polis mendapati, mangsa dipercayai meninggal dunia sejak kehilangannya Selasa lalu berdasarkan keadaan mayat yang sudah mereput. Sementara itu, abang mangsa, Abu Hassan, 55, ketika dihubungi memaklumkan jenazah adiknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Dendung, Batu Melintang, Jumaat lalu.

Dalam perkembangan sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang menziarahi keluarga mangsa semalam melahirkan rasa sedih berikutan mangsa adalah seorang wanita yang tidak berdaya selain dia juga adalah Ketua Muslimat PAS Cawangan Batu Melintang. 


Beliau berkata disebabkan perkara seperti inilah kerajaan negeri ingin merealisasikan Kanun Jenayah Syariah (KJS) kerana kita ingin membendung gejala jenayah yang semakin menular.



"Biar rakyat merasa gerun kepada hukum islam… Kanun Jenayah Syariah ini ialah rahmat Allah dan tuhan bagi rahmat dengan laksanakan undang undang Islam..apabila kita laksana undang-undang Allah, maka Allah turunkan rahmatNya. 


"Tetapi apabila kita tiada usaha untuk mendaulatkan undang undang Allah, maka Allah akan tunjuk kepada kita gejala yang dahsyat berlaku dan tiada undang undang yang mampu menyelesaikannya," katanya.
Ahmad berkata beliau berharap pihak polis dapat membuat siasatan yang rapi supaya pihak yang tidak bertanggungjawab dapat diambil tindakan sewajarnya dan dibawa kemuka pengadilan. - TRP.

Saya tidak tahu apa yang dibincangkan Muhyiddin dan Sultan Johor - Khaled Nordin

Posted: 03 Aug 2015 05:00 PM PDT


JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan beliau tidak tahu apa yang dibincangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene pada Ahad.

Katanya, pertemuan itu berlangsung secara tertutup antara mereka berdua sahaja.

"Setengah jam pertama Tuanku bersama Tan Sri Muhyiddin di bilik bacaan.

"Pertemuan lebih kepada kunjungan hormat Tan Sri Muhyiddin kepada Tuanku untuk  menjunjung kasih sepanjang dia (Muhyiddin) berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri," jelas Khaled.

Khaled ditemui semasa ditemui selepas merasmikan program Pembangunan Keusahawanan Belia Wilayah Iskandar Malaysia di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor.

Pada Ahad, Muhyiddin bersama isterinya Puan Seri Norainee Abdul Rahman mengadap Sultan IbrahimIbni Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Turut berangkat pada pertemuan selama sejam itu ialah Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

- astroawani

Respeklah Veteran Umno Ni.. Belasah Najib Lagi - Addin

Posted: 03 Aug 2015 04:30 PM PDT

Respeklah Veteran Umno Ni..  Belasah Najib Lagi. 

Veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid berkata Kabinet baharu yang dilantik perdana menteri minggu lalu dibarisi mereka yang akan mempertahankan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menggelarnya "Kabinet 1MDB".




Ia juga terdiri daripada mereka yang kritikal terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata bekas menteri Besar Kedah itu dalam video yang dimuat naik di YouTube.



"Yang jelas pula, yang dilantik di dalam (jemaah) menteri itu ialah orang-orang yang bersuara menghentam Dr Mahathir.



Seolah-olah, Kabinet ini Kabinet 1MDB. Kabinet untuk mempertahankan 1MDB. Kabinet untuk memperkecilkan atau menutup segala usaha untuk mendedahkan 1MDB."Jadi, masalah dia masih belum selesai. 



Bunga pinjaman bank jalan terus, pelaburan yang tak menguntungkan jalan terus dan modal bank terpaksa jalan terus," kata Sanusi yang merupakan bekas setiausaha agung Umno dan naib presiden pada zaman Dr Mahathir."Jadi, bagi kita, apa nak jadi kepada negara ini," kata bekas menteri pembangunan luar bandar dan pertanian tersebut pada satu temu bual Jumaat lalu.


Respeklah Veteran Umno Ni..  Belasah Najib Lagi



Minggu lepas, Datuk Seri Najib Razak menggugurkan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada kerajaan dalam rombakan Kabinet yang menyaksikan beberapa ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), badan Parlimen yang menyiasat 1MDB, dinaikkan pangkat ke jawatan menteri.











Muhyiddin sebelum ini lantang mengkritik 1MDB yang mengumpul RM42 bilion hutang dalam masa 6 tahun beroperasi.Sanusi, yang merupakan menteri besar Kedah dari 1996 hingga 1999, merasakan pemecatan Muhyiddin bukan kerana ucapan kerasnya mengkritik 1MDB pada mesyuarat agung tahunan Umno Bahagian Cheras, 26 Julai lalu."Saya tak fikir dia dipecat kerana ucapan itu. 



Saya fikir ucapan itu adalah sebab terakhir. Kerana, nak siapkan senarai nak lantik Kabinet baru ni, dia makan masa."Kita dulu pun pernah tukar Kabinet juga. Nak tukar kabinet, kena kaji," katanya sambil menambah Muhyiddin hanya membangkitkan isu biasa yang menjadi kebimbangan dan diperkatakan rakyat.



Bekas menteri yang pernah berkhidmat di zaman Dr Mahathir, Sanusi juga memberi pandangannya berhubung pelantikan 4 anggota PAC sebagai menteri dan timbalan menteri, mengatakan ia melumpuhkan panel bipartisan itu.Beliau berkata prosiding PAC yang sedang berjalan sekarang, termasuk inkuiri terhadap 1MDB, lebih penting daripada tugasan seorang timbalan menteri.



"Orang yang tengah buat kerja secara aktif dalam PAC, 4 orang daripada yang paling aktif sudah naik pangkat jadi timbalan menteri, lumpuhlah PAC," katanya.Beliau juga menyentuh mengenai pasukan petugas khas yang ketika ini menyiasat 1MDB, menyatakan kehairanannya apabila "seorang (daripada mereka) sudah kena berhenti kerana sakit".



Beliau dipercayai merujuk kepada bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail."Patutnya, orang yang sakit minta berhenti, yang ini tak. Orang yang dikatakan dah lama sakit ni tak minta berhenti pun, dia nak selesaikan tugas dia, tiba-tiba dia diberhentikan. 



Itu kan menjadi tanda tanya," katanya."Dan kita tengok, hasil daripada penyelidikan ini, sudah ada tangkapan. Dan ada yang nak ditangkap, dah lari. Jadi, rakyat bertanya-tanya, dunia pun dah tanya-tanya."Kawan-kawan saya dari luar negeri, dia tahu, dia ikut semua ini. Jadi, bila dia ikut, dia hairan... Kerana, sudah ada tindakan daripada pasukan petugas ini, tiba-tiba ada pemecatan.



"Beliau juga mempertahankan bekas ketuanya Dr Mahathir, yang dikecam beberapa menteri Umno kerana membangkitkan isu 1MDB.Sanusi berkata, berbeza dengan pemimpin pembangkang yang membawa isu itu kerana hendak mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya, Dr Mahathir menimbulkannya kerana menjangkakan ia boleh menjadi isu yang akan menjatuhkan BN.



"Dr Mahathir nampak, cara ini memang boleh mengalahkan kita, kecuali kita sendiri ambil masalah ini dan selesaikan," katanya.

Kerabat Diraja Terengganu Umum Keluar Pas

Posted: 03 Aug 2015 04:00 PM PDT

KUALA TERENGGANU - Kerabat Diraja Terengganu, Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang sebelum ini menyertai Pas sejak tiga tahun lalu merasakan hala tuju perjuangan parti Islam itu tidak lagi kondusif lantas mengumumkan keluar dari parti itu. 

Beliau yang lebih dikenali sebagai Tengku Paduka atau Ku Duka berkata strategi yang dimainkan Pas tidak mencerminkan kematangan ke arah memperkuatkan parti bersama rakan-rakan seangkatan dalam pakatan pembangkang. 

"Rakyat dapat melihat bagaimana ahli-ahli profesional Pas dalam Pakatan Rakyat (PR) berhujah begitu lantang dalam Parlimen bagi memperkatakan satu-satu isu.

Mereka ini berpengalaman dan memperoleh kelantangan berhujah namun malangnya mereka ini disingkir dalam Muktamar Pas baru-baru ini. Ini amat  mendukacitakan ramai pihak.   




"Sebagai seorang Islam benar saya sokong perjuangan ulama dalam Pas tapi dari segi politiknya kita mesti cari jalan bagi kita bekerjasama dan berdamping sesama kita untuk memperkuatkan jentera PR bagi menempuh PRU ke-14 akan datang," katanya pada sidang media di kediamannya di Batu Burok di sini hari ini. 

Ditanya sama ada kenyataannya seperti menjurus ke arah senada dengan Harapan Baharu, Tengku Ibrahim yang merupakan bapa saudara kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, berkata peletakan jawatannya tiada kaitan dengan Harapan Baharu namun beliau sedia mempertimbangkan menyertai  gerakan progresif itu.   

"Buat masa ini saya mahu berehat mencari tujuan. Saya akan menunggu dan mengikuti perkembangan hala tuju Harapan Baharu kerana ketika ini Harapan Baharu  belum ditubuhkan sebagai parti politik," katanya. 

Beliau turut mengakui telah didatangi wakil Harapan Baharu namun menyatakan tiada sebarang keputusan untuk menyertai Harapan Baharu buat masa ini. 

Tengku Ibrahim pernah menjadi Pengerusi Perhubungan Parti Melayu Semangat 46 dan menang dalam PRU ke-lapan pada 1990 serta menjadi Adun selama sepenggal. 

Setelah Semangat 46 dibubarkan pada Mei 1996, beliau kembali menyertai Umno sebelum mengisytiharkan keluar Umno serta menjadi ahli Pas pada 2012 dan sekali lagi mengisytiharkan berundur dari menjadi ahli Pas hari ini. - Bernama



Ini juga fitnah ke? Pastinya bukan dari aku...... KISAH KEJAYAAN ANAK MELAYU YANG DIBANGGAKAN(?)

Posted: 03 Aug 2015 09:00 AM PDT



Selamat pagi semua. Forget about the Sarghawakkkkk Report.

Now this is the PONTIAN REPORT!!! Tahukah anda, Siapa Pewaris Sebenar Pusat Judi Genting?

Tauke Genting Highlands, Lim Goh Tong, semasa bekerja di Cam eron Highlands tertarik dengan persekitaran Cameron Highlands.

Bila balik KL, dia pun mula mencari kawasan yang hampir sama dengan Cameron Highlands tapi dekat dengan KL. Cari punya cari…dia jumpa satu kawasan tanah tinggi di Gunung Ulu Kali yang berketinggian 1800 kaki dari paras laut.

Gunung Ulu Kali terletak ditengah-tengah sempadan Selangor dan Pahang. Nak buat apa-apa projek pun, bukan senang…sebab kena deal dengan dua negeri.



Tapi Lim Goh Tong bukan bod oh…sebab dia tau orang Melayu boleh dibeli. Toksah kata orang kampung…bapak Menteri pun boleh dibeli. Orang pertama dibeli oleh Lim Goh Tong ialah Tan Sri Haji Mohamed Noah Omar.

Toksah tengok title Tan Sri ataupun title Haji. Itu semua tak ada makna. Lim Goh Tong menubuhkan Syarikat Genting Highlands Berhad dan melantik Haji Mohamed Noah sebagai Pengarah.



Lim Goh Tong berpakat dengan Mohamed Noah untuk memohon tanah seluas 12,000 ekar yang terletak dalam negeri Pahang dan 2,800 ekar dari negeri Selangor. Dan sudah semestinya, perkara nak mintak tanah ni..

Haji Mohamad Noah yang buat. Kerajaan negeri Pahang meluluskan permohonan Genting Highlands Berhad serta merta. Tapi Datuk Harun Idris yang jadi Menteri Besar Selangor masa tu tak setuju nak bagi macam tu saja.

Dia memberikan hak milik 99 tahun kepada Genting Highlands Berhad. Goh Tong tak setuju dengan pajakan 99 tahun, sebaliknya dia mahukan hakmilik kekal. Datuk Harun tak setuju, sebaliknya dia hanya mahu bagi pajakan 99 tahun.

Akhirnya, Datuk Mohamed Noah berjumpa dengan Tun Razak yang masa tu menjadi Timbalan Perdana Menteri supaya mendesak Datuk Harun suruh bagi juga kat Lim Goh Tong.

Datuk Harun terpaksa bersetuju dengan Tun Razak supaya memberikan tanah seluas 2,8000 ekar yang dimiliki oleh Kerajaan Selangor kepada Lim Goh Tong.

Apa tujuan untuk membangunkan Genting Highlands..yang tu aku tak payah cerita. Kalau yang tu pun hangpa tak tau..memang bod oh la. Tun Razak pun aku tak payah cerita..sebab kalau tak tau dia tu bapak kepada Najib… tak tau nak kata la.

Cuma..berapa ramai yang tau siapa Tan Sri Haji Mohamed Noah yang menjadi kuda tunggangan Lim Goh Tong?

Tan Sri Haji Mohamed Noah adalah bapa mertua kepada Tun Razak. Datuk Najib jugak!! Anak Haji Mohamed Noah ialah Rahah (mak Najib) dan Suhaila (emak Hishamuddin). Datuk kepada Najib dan Hishamuddin adalah kuda tunggangan Lim Goh Tong untuk mendapatkan 14,800 ekar tanah rizab Melayu untuk dijadikan pusat perjudian terkemuka didunia.

Dan Pak Mentua dengan menantu bersepakat menggunakan kedudukan depa untuk mendapatkan persetujuan dua-dua kerajaan negeri. Tun Razak dari Pahang.. jadi tak susah nak bodek Sultan Pahang.

Manakala di Selangor, Tun Razak menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk memaksa

Datuk Harun Idris menyerahkan tanah milik kerajaan Selangor kepada Pak Mentua dia. Cara meluluskan Genting Highland pun semua kelam kabut. Sapa yang menentang semua kena steamroll.

Genting Highlands Berhad ditubuhkan pada 27 April 1965. Kerja-kerja membuat jalan dari Genting Sempah ke puncak gunung Ulu Kali bermula pada 18 Ogos 1965.

Dalam masa empat bulan, semua proses permohonan tanah selesai. Masa tu kalau rakyat biasa nak tukar nama dalam geran pun mengambil masa dua tahun. Najib Razak pewaris Genting Sejarah selebihnya..yang tu hangpa cari sendiri la. Genting Highlands melalui beberapa proses pertukaran nama, percantuman, pertukaran pemegang saham.. akhirnya dimiliki sepenuhnya oleh Lim Goh Tong.

Sekarang ni…ada la dua tiga kerat Melayu yang jadi Pengarah non-eksekutif.. menguruskan pusat judi. Tapi jangan risau…banyak lagi tanah-tanah di Malaysia ni yang belum tergadai.

Semua orang mempunyai pilihan…sama ada nak terus pilih generasi Tan Sri Mohamed Noah untuk menggadaikan tanah Melayu..atau campak saja depa kelaut.

Profail: Tan Sri Dato' Haji Mohammad Noah bin Omar / Maimun bin Haji Abdul Manaf -Anak -Rahah -Suhaila -Fakhriah -Abu Rais -Tun Rahah Mohammad Noah adalah isteri kepada Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak Hussein (1971-1976) -Toh Puan Suhaila menjadi isteri kepada Perdana Menteri Malaysia ke-3 , Tun Hussein Onn (1976-1981).

Cucunya kini Mohd Najib bin Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6 . Seorang lagi cucunya ialah Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang kini menjadi Menteri Dalam Negeri dalam kabinet Najib Umno dan Genting Berhad Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein,


Tan Sri Noah Omar memiliki 602,318,000 saham dalam Resort World Berhad. Yayasan Noah memegang saham sebanyak 3,334,600 dalam Genting Berhad. Yayasan Noah kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin. Bekas Ketua Polis Negara,


Jangan salahkan pencuri.. sebab kerja pencuri ialah mencuri. Salahkan diri sendiri sebab terus membenarkan pencuri bermaharajalela 


Posted by mountdweller






PKR Dedah Sumber Dana Pilihanraya.. UMNO Bila Nak Dedah?

Posted: 03 Aug 2015 08:30 AM PDT

 
Bernama semalam melaporkan, rakyat akan mendapat maklumat lebih jelas apabila cadangan mewujudkan semula peraturan menghendaki parti politik mendedahkan senarai punca dana politik diterima, dilaksanakan.
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata tindakan itu juga proses reformasi yang perlu diambil setiap parti bagi menepis dakwaan negatif selain mengembalikan keyakinan rakyat.
Menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu berkata kini terpulang kepada pembangkang sama ada mereka sanggup menyahut cadangan itu ataupun tidak.

"Kalau menolak, jangan tekan Umno untuk dedahkan itu ini. Perbetulkan dahulu parti sendiri," beliau dipetik sebagai berkata di Kuala Lumpur semalam.

Cadangan itu dilapor pernah dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) namun ditolak DAP.

Ianya mendapat reaksi yang agak segera dari Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali..


Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, pembangkang sudah bersedia sejak awal dan tiada masalah untuk berbuat demikian kerana ia seiring dengan dasar parti. 
"Malahan setiap sumbangan yang diterima itu perlu didedah secara terbuka dan dilaporkan secara telus," katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PKR Cabang Larut.. 
Menurutnya, pendedahan setiap dana yang diperoleh parti politik bukan sahaja melibatkan pembangkang malah BN seharusnya melakukan perkara sama bagi memastikan ada ketelusan dalam pembiayaan tersebut. 
"Hal ini dapat kita lihat ia telah menjadi amalan di negara Jerman apabila setiap parti politik itu perlu dibiayai dengan akta dan peruntukkan yang jelas. 
"Pendedahan tersebut perlu dilakukan secara terbuka dan telus," katanya lapor Sinar Harian

Hari ini sumber dana PKR dalam menghadapi pilihanraya didedahkan oleh Rafizi..

PKR menjelaskan sumber dananya untuk membiayai operasi parti itu walaupun mengesyaki isu itu ditimbulkan bagi menutup isu berkaitan 1MDB dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata operasi harian, termasuk bayaran gaji dan sewaaan pejabat PKR, ditampung oleh potongan gaji 29 anggota parlimen dan 40 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka. 
Katanya, wakil rakyat di Selangor dan Pulau Pinang menyumbang 20 peratus daripada gaji bulanan manakala di negeri lain sebanyak 10 peratus. 
"Bagi perbelanjaan lain, PKR mengadakan majlis mengutip derma dari semasa ke semasa terutamanya menjelang pilihan raya. 
"Kutipan dana dari majlis mengutip derma ini bergantung kepada kehadiran – ada yang berjaya mengutip dari RM50,000 sehingga RM500,000 bergantung berapa banyak tiket dijual," jelasnya lapor Malaysiakini


UMNO bila nak dedahkan?.. tapi berani ke pihak UMNO nak dedahkan tu?.. rasanya sampai kesudah tak akan didedahkan sumber mereka..

Esok lusa adalah Menteri nanti keluar kenyataan "UMNO dan Barisan Nasional memang berhasrat untuk mendedahkan pihak-pihak yang menyumbangkan dana pilihanraya buat kami.. tapi atas faktor keselamatan negara perkara ini terpaksa dielakkan..

Kah.. Kah.. Kah..





Anak Sungai  Derhaka

1MDB Tu Salah Anwar Ibrahim ??

Posted: 03 Aug 2015 07:45 AM PDT

Bhai/DeeDee semua...


Nak gelak pun ader ... Nak nangis pun ader... Kesian betul la kat machai-machai ni.... Kepala ada.. Tapi otak tak ader... Kosong je... Kelapa tua pon ader isi dalamnya... Sedap boleh dimakan... Tapi kepala machai nih kosong je dalamnya.... Nothing...


Sejak biler Mahathir Mohamed team-up ngan Anwar Ibrahim untuk jatuhkan Najib Razak... Giler aper... Dier nih mesti taktahu yang Mahathir Mohamed bukanlah dipeegunakan orang lain tuk bagi pejatuhkan Najib Razak.. Tapi memang Mahathir Mohamed plankan dari awal ikut kapla dier sendiri untuk tibai Najib Razak....

Sebab itu lah Mahathir Mohamed sebenarnyer bukan balachi saper-saper melainkan dier dok pikir camana nak letak anak dier jadi PM... Zahid Hamidi pulak tgh playsafe.. Dalam masa yang sama plan untuk lonjakkan diei sampai jadi PM..

Jadi.. Kat mana part Anwar Ibrahim punya "Plan B" nih.... Hahaha

Akai ader ka?? Hahaha... Lawak siot,,,...

 

Sikap Penyayang Buka Hati Wartawan Harakah Terhadap Abby Abadi Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI

Posted: 03 Aug 2015 07:00 AM PDT



 

Faizal dan Abby bakal disatukan sebagai suami isteri pada 14 Ogos depan.

PETALING JAYA: Bakal suami Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria memberitahu sikap penyayang dan dermawan yang ada pada bekas anggota kumpulan Elite itu membuatkan dia tertarik hati untuk memperisterikan wanita berkenaan.

Muhammad Faizal, 41, yang bertugas sebagai wartawan kanan di meida pembangkang iaitu Harakah berkata, sepanjang perkenalan mereka, Abby sering membantu golongan memerlukan dan dia melihat ia adalah kualiti paling baik wanita itu.

"Ramai yang tidak tahu Abby sebenarnya seorang penyayang dan sikap suka membantu dan menderma kepada golongan susah, itu membuatkan saya tertarik hati kepadanya," kata Muhammad Faizal kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 38, dan Faizal bakal disatukan sebagai suami isteri pada 14 Ogos ini di Masjid Keramat dekat sini manakala majlis kenduri kesyukuran akan diadakan pada 16 Ogos.

Dalam pada itu, Faizal berkata, dia tidak pernah menilai Abby berdasarkan cakap-cakap negatif terhadap bakal isterinya itu sebelum ini kerana ia tidak adil.




Abby dan Faizal berkenalan pada 2013.

"Saya bukan jenis mudah menilai orang daripada apa yang saya baca atau dengar dan mengenali Abby dia adalah seorang wanita yang berbeza daripada apa yang diperkatakan," katanya.

Tambahnya lagi, soal status Abby yang juga seorang janda juga bukan isu kerana dirinya sendiri sendiri pernah mengalami kegagalan rumah tangga sebelum ini.

"Saya ada tiga orang anak hasil perkahwinan terdahulu, begitu juga Abby. Ini adalah jodoh kami dan Insya-Allah ia akan saling melengkapi kami," ujarnya.

Mengimbau perkenalan bersama Abby, Faizal berkata, hubungan mereka pada awalnya sekadar profesional di antara wartawan dan selebriti namun ia mula berputik selepas kembali bertemu pada akhir tahun lalu.

"Saya seorang wartawan dan banyak membuat follow-up dengan Abby selain pernah bertemu dengannya ketika menghadiri program yang melibatkannya atas kapasiti kerja.

"Selepas pilihan raya umum pada 2013 berakhir kami pun tidak lagi berhubung namun kembali bertemu setahun kemudian dalam sebuah program pada Disember tahun lalu dan mula rapat sehinggalah mengambil keputusan untuk berkahwin," jelasnya.

Terdahulu Abby pernah berkahwin dengan aktor, Norman Hakim dan dikurniakan tiga cahaya mata sebelum bercerai pada tahun 2008.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 12, Marissa Dania Hakim, 10, dan Maria Danisha Hakim yang berusia tujuh tahun.

Abby kemudiannya bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 25, pada 2013 sebelum bercerai selepas 11 bulan berumah tangga.


Nasihat untuk ahli Umno di negeri pembangkang

Posted: 03 Aug 2015 06:15 AM PDT

Mukhriz dedah rahsia bagaimana mereka ambil semula Kedah pru 13 dahulu



Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yang juga menteri besar Kedah menasihatkan ahli Umno khususnya di negeri dikuasai pembangkang supaya benar-benar menjuarai rakyat dalam usaha mengembalikan negeri itu semula kepada BN.

"Seperti kami di Kedah, ketika kami kehilangan negeri ini pada PRU12, kami ambil pandangan daripada Terengganu yang berjaya dirampas semula daripada pembangkang dan dari situ kami benar-benar faham apa sebenarnya rintihan rakyat, juarainya dan kami tunjuk bagaimana nak selesaikannya.

"Kami bergerak seperti NGO dengan berkempen di sana sini dan respons kami terima begitu luar biasa di mana kami dapati memang banyak perkara rakyat tidak puas hati dengan kerajaan negeri.

"Saya bukan nak mengajar tetapi ingin berkongsi pengalaman, saya tahu situasi dan pecahan penduduk di Selangor dan Kedah berbeza namun mungkin ada sedikit iktibar untuk dicungkil dan dijadikan suntikan semangat," katanya.

Beliau yang juga ahli Majlis Tertingi Umno menegaskan demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Bahagian Tanjong Karang semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Umno Bahagian Tanjong Karang Datuk Shamsuddin Lias, Naib Ketua Umno bahagian Tanjong Karang Datuk Sulaiman Abdul Razak dan Ketua Pemuda Umno bahagian Tanjong Karang Maruwan Ahmad.

Mukhriz juga menasihatkan ahli Umno yang hilang jawatan atau tewas dalam pilihan raya umum (PRU) supaya tidak kecewa kerana segala yang berlaku mempunyai hikmah di sebaliknya.

Apa yang penting, katanya, ialah mengambil iktibar daripada setiap kegagalan atau kekalahan.

Naib Presiden PKR dedah dana mereka datang dari mana

Posted: 03 Aug 2015 05:30 AM PDT

PKR: Dana kami dari derma, potongan gaji


PKR menjelaskan sumber dananya untuk membiayai operasi parti itu walaupun mengesyaki isu itu ditimbulkan bagi menutup isu berkaitan 1MDB dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata operasi harian, termasuk bayaran gaji dan sewaaan pejabat PKR, ditampung oleh potongan gaji 29 anggota parlimen dan 40 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka.

Katanya, wakil rakyat di Selangor dan Pulau Pinang menyumbang 20 peratus daripada gaji bulanan manakala di negeri lain sebanyak 10 peratus.

"Bagi perbelanjaan lain, PKR mengadakan majlis mengutip derma dari semasa ke semasa terutamanya menjelang pilihan raya.

"Kutipan dana dari majlis mengutip derma ini bergantung kepada kehadiran – ada yang berjaya mengutip dari RM50,000 sehingga RM500,000 bergantung berapa banyak tiket dijual," jelasnya.

Konon Bapa Saudara Dengan "Anak Saudara" ?

Posted: 03 Aug 2015 04:45 AM PDT

Pulak Dah!!! (Gambar) Bekas Pemain Bola Sepak Kedah Dicekup Khalwat Tengah Malam Kat Hotel Bajet.. Jom Terjah!!!

[Image: 03hm311.transformed.jpg]BEKAS pemain bola sepak liga simpanan Kedah (kanan) dicekup berkhalwat dengan pasangannya oleh JAIK, malam kelmarin.

 

Alor Setar: Seorang bekas pemain bola sepak Liga Simpanan Kedah sanggup mengaku suami isteri bagi mengelak dicekup berkhalwat bersama pasangannya di sebuah hotel bajet di Lebuhraya Darulaman, kelmarin.

Malah, lelaki berusia 52 tahun itu yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak kemudian mengaku pasangannya berusia 27 tahun itu sebenarnya adalah anak saudaranya ketika disoal siasat anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK).

Bagaimanapun, tembelang mereka terbongkar apabila anggota JAIK menghubungi bapa wanita terbabit sebelum mendapati mereka tidak mempunyai sebarang ikatan.

Lelaki terbabit turut memberi alasan hanya menumpang tidur di bilik itu kerana mereka baru selesai menjalani latihan futsal di Titi Gajah.

Penolong Pengarah Penguatkuasa dan Undang-undang JAIK Syeikh Roshidi Mahmud berkata, dalam serbuan jam 12 tengah malam yang disertai 28 anggota penguat kuasa itu, pihaknya membuat pemeriksaan di bilik berkenaan selepas mengesyaki sesuatu mencurigakan.

Beliau berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang hanya bertuala tanpa baju membuka pintu dan terkejut melihat kehadiran pihak berkuasa.

"Dia pada mulanya mengaku suami isteri, namun ketika disoal siasat, dia kemudian memberitahu wanita terbabit adalah anak saudaranya.

"Bagaimanapun, mereka akhirnya mengaku hanya teman biasa dan ditahan kerana disyaki berkhalwat," katanya.

Roshidi berkata, lelaki itu dipercayai bekas pemain bola sepak di negeri ini dan kini bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat swasta manakala wanita terbabit tidak bekerja dan bujang.

Beliau berkata, lelaki terbabit berasal dari Pokok Sena dan wanita dari Kulim itu mengaku sudah lama berkenalan.

"Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Kota Setar untuk dibuat laporan tangkapan dan dibawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014. Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.



Sedaka Sejahtera

Najib, dunia sedang memerhatikan, berpada-padalah…

Posted: 03 Aug 2015 04:00 AM PDT

Dzulkefly Ahmad.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak lagi menghiraukan apa jua pandangan umum terhadap dirinya. Beliau berhenti mempedulikan popularitinya dari kaca mata rakyat dan masyarakat dunia. Beliau hanya punya satu matlamat iaitu "menyelamatkan dirinya".

Tentunya episod mutakhir adalah seluruhnya berhubung siasatan dakwaan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) awal bulan lalu yang sejumlah wang RM2.67 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib sudah siap. Bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam langkah terakhir untuk membuat pendakwaan terhadap Najib.

Menghidu akan tindakan tersebut, Najib bingkas bertindak bagi memintas langkah itu. Beliau panik. Pertama yang disingkirkan peguam negara sendiri. Nasib 3 lagi ahli pasukan petugas khas (special task force) juga ketidaktentuan.



Mereka bukan calang-calang peribadi, elit tertinggi negara; Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Pemecatan Gani, 60 hari sebelum tarikh bersaranya jelasnya tindakan "desperado". Gani banyak mencurah khidmat kepada Najib dan Umno-Barisan Nasional (BN). Tidak siapa sangsikan kesetiaannya. 

Namun, kesemua itu lenyap daripada radar kompas moral Najib. Atau memang beliau tidak ada kompas itu.
Untuk tujuan itu, beliau sanggup lakukan apa jua. Pergolakan mutakhir penuh aksi menggemparkan sedang ditonton rakyat adalah di bawah pengarahan Najib. Tidak perlu seorang pundit politik untuk merumuskan untuk kita.

Ya, Najib memang tidak punya pilihan. Situasi ini lazim disebut sebagai "damn if you do and damn if you don't" atau "ditelan mati emak, dibuang mati bapak". Najib mula percaya beliau paling berkuasa di negara ini dan tidak dapat dikalahkan atau ditundukkan! Pecat, tangkap dan gantung akhbar biasa sahaja buat Najib kini.

Harapan Baru Di Kelab Sultan Sulaiman Meriah.

Posted: 03 Aug 2015 03:30 AM PDT

TBO

Bapa Saudara Sultan Terengganu keluar PAS

Posted: 03 Aug 2015 12:37 PM PDT



Bapa saudara kepada sultan Terengganu, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim hari ini mengumumkan keluar PAS.

Beliau yang sudah enam tahun menjadi ahli parti Islam itu mengambil keputusan tersebut kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan muktamar lalu yang menolak kumpulan profesional.

Katanya, hasil dari muktamar itu menyebabkan terdapatnya pergolakan dalam PAS yang menyebabkan hala tuju perjuangan parti tidak lagi kondusif untuknya bersama dengan parti itu.

Beliau berkata keputusan yang diambil tidak ada kaitan dengan keputusan PAS kawasan itu yang memutuskan hubungan dengan anak saudaranya ahli parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Bahrin semalam.

Sebaliknya, kata Tengku Ibrahim, beliau sudah berfikir sejak sebelum ini lagi untuk berbuat demikian.
*gambar sewaktu beliau menyerah borang menyertai pas

LETAK JAWATAN KERANA MEREKA ADA MARUAH DIRI !!!

Posted: 03 Aug 2015 02:30 AM PDT

Belanja duit negara A$5,000 (RM14,000) naik helikopter urusan parti, Speaker Parlimen Australia letak jawatan. Sini shopping terbang ke luar negara pakai jet mewah VVIP KERAjaan.. OK jer !!! Bezanya kalau di luar negara w'pon bukan beragama Islam. Tahu letak jawatan atau tindakan undang2 terhadapnya diambil KERANA MEREKA ADA MARUAH DIRI !!! Berbanding di M'sia nama saja beragama Islam, tapi tiada maruah diri malah begitu rakus guna harta rakyat demi kerseronokan, kemegahan & kesenangan mereka..

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
 
 
 Belanja duit negara A$5,000 (RM14,000) naik helikopter urusan parti, Speaker Parlimen Australia letak jawatan. 
 
Sini shopping terbang ke luar negara pakai jet mewah VVIP KERAjaan.. OK jer !!! 
 
Bezanya kalau di luar negara w'pon bukan beragama Islam. 
 
Tahu letak jawatan atau tindakan undang2 terhadapnya diambil KERANA MEREKA ADA MARUAH DIRI !!! 
 
Berbanding di M'sia nama saja beragama Islam, tapi tiada maruah diri malah begitu rakus guna harta rakyat demi kerseronokan, kemegahan & kesenangan mereka..
 
 
 Rakyat Marhaen.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
LETAK JAWATAN KERANA MEREKA ADA MARUAH DIRI !!! Belanja duit negara A$5,000 (RM14,000) naik helikopter urusan parti, Speaker Parlimen Australia letak jawatan. Sini shopping terbang ke luar negara pakai jet mewah VVIP KERAjaan.. OK jer !!! Bezanya kalau di luar negara w'pon bukan beragama Islam. Tahu letak jawatan atau tindakan undang2 terhadapnya diambil KERANA MEREKA ADA MARUAH DIRI !!! Berbanding di M'sia nama saja beragama Islam, tapi tiada maruah diri malah begitu rakus guna harta rakyat demi kerseronokan, kemegahan & kesenangan mereka.. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
LETAK JAWATAN KERANA MEREKA ADA MARUAH DIRI !!! Belanja duit negara A$5,000 (RM14,000) naik helikopter urusan parti, Speaker Parlimen Australia letak jawatan. Sini shopping terbang ke luar negara pakai jet mewah VVIP KERAjaan.. OK jer !!! Bezanya kalau di luar negara w'pon bukan beragama Islam. Tahu letak jawatan atau tindakan undang2 terhadapnya diambil KERANA MEREKA ADA MARUAH DIRI !!! Berbanding di M'sia nama saja beragama Islam, tapi tiada maruah diri malah begitu rakus guna harta rakyat demi kerseronokan, kemegahan & kesenangan mereka.. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ