Ahad, 2 Ogos 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Kepada Kerajaan Malaysia - Tolong Benarkan 3 Adik Beradik Ini Bersekolah.

Posted: 02 Aug 2015 11:00 PM PDT


3 beradik tidak pernah sekolah, sebak bila pertama kali melihat suasana dalam kelas rakan-rakan sebayanya. Tetapi tetap tidak dibenarkan bersekolah.

02/08/15. Kota Bharu.

1. Latar belakang kes.

Kami mendapat maklumat untuk meminta pertolongan berkenaan 3 beradik yang tercicir dari sistem pendidikan negara. Si abang yang sulong sudah berumur 11 tahun. Kedua 10 tahun. Dan ketiga 8 tahun. Kami bergegas mencari dan lokasi mereka.

Siasatan kami, mereka semua hanya mengenali beberapa huruf sahaja. Kisahnya berpunca daripada ibu-ayah yang ketagihan pil kuda. Berkahwin di Thailand. Tidak bertanggungjawab mendaftarkan kelahiran anak-anak mereka.

Kesemua mereka 5 beradik. Seorang telah dijual ke Melaka (kami sedang menjejaki). Seorang lagi masih bersama si ibu untuk dijadikan pelaris minta sedekah. Kisah 3 beradik ini bermula apabila saudara sebelah ibu membuat laporan JKM (menghantar 3 beradik ke JKM) selepas mendapati ibu dan ayah mereka mengabaikan mereka kerana kegiatan dadah, hasil sumbangan orang ramai, apabila kesnya keluar dalam akhbar.

Tindakan ini mendatangkan kemarahan ibu dan ayah kerana 3 beradik ini adalah sumber pendapatan mereka dan selain melakukan tugasan berkaitan dadah. Atas tanggungjawab, 3 beradik ini dituntut semula oleh ibu saudara sebelah ayahnya (kakak kepada ayah 3 beradik ini). Dan berjaya mendapatkan hak dari mahkamah. Ini membuatkan ibu-ayah sangat marah dan menuduh kakaknya ingin memakan hasil bantuan.

2. Fokus isu.

Isu yang kami ingin dedahkan, rayu dari Malaysia ialah sehingga sekarang, 3 beradik ini gagal memasuki sistem pendidikan negara kerana masalah dokumen. Ibu dan bapa saudara (penjaga baru bawah mahkamah) bukanlah orang berada. Jabatan Pendidikan Negeri meminta dokumen kelahiran. 

Untuk proses ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pendaftaran Negeri pula, meminta dari mereka perkara yang tidak mampu mereka laksanakan. Yakni sijil nikah, gambar berukuran pasport, tandatangan dari ibu dan ayah kandung. Sehinggakan penjaga 3 beradik ini pernah diletak parang di kepala oleh si ayah kandung kerana meminta dokumen ini.

Cara lain diteruskan dengan membuat laporan polis, AADK untuk menangkap ibu dan ayah ini. Apabila ditangkap, selain siasatan kes dadah dan rujukan pemulihan akhlak, ianya memudahkan untuk meminta dokumen yang diperlukan. Tetapi sepanjang 3 tahun, banyak kali membuat laporan, tetap tiada tindakan. Malah pegawai mendakwa tangkap pun tak guna. Lepas tangkap, bebas dan buat semula.

3. Plan kami demi pendidikan 3 beradik ini.

Kami merayu sistem Malaysia mengeluarkan dokumen kelahiran 3 beradik ini. Tetapi hakikatnya inilah Malaysia kita. Negara dunia ketiga.

Oleh itu, memandangkan 3 beradik masih belum boleh membaca, kami akan hantar ke mana-mana Tadika yang sudi terima sehingga habis tahun ini. Atau mana2 lepasan SPM, graduan yang sanggup mengajar mereka. Lokasi berhampiran Wakaf Che Yeh. Kami akan tanggung dengan bantuan anda kosnya. Pm saya jika sudi. Terima kasih.

Tahun depan adalah sasaran kami untuk 3 beradik ini memasuki sistem pendidikan negara. Jadi kami rayu bantuan anda sama ada dalam bentuk nasihat, sumbangan, 'cable', tekanan, share, desakan dan sebagainya. Selalunya, sistem di Malaysia bertindak bukan mengikut gaji yang dibayar. Tetapi mengikut populariti isu yang dibongkarkan.

Jika 3 beradik ini masih gagal memasuki sistem pendidikan negara tahun depan, dengan target boleh membaca hujung tahun ini, kami berhajat membawa mereka memasuki sistem tahfiz sehingga ke 15 tahun. Jadi ada lagi tahun-tahun untuk perjuangkan penderitaan mereka mendapatkan pendaftaran kelahiran. Jadi, pada 15 tahun, mereka boleh memasuki sistem latihan kemahiran negara seperti Giat Mara dan seumpamanya.

4. Rayuan kepada rakyat Malaysia.

Jadi kami rayu bantuan anda sama ada dalam bentuk nasihat, sumbangan, 'cable', tekanan, share, desakan dan sebagainya. 

Untuk tabung pelan pendidikan 3 beradik ini, bolehlah salurkan ke :

Khairul Nizam Bin Abd Ghani
BSN 03001 41 00002517 2

Semoga Allah terima ibadah kita semua. Dan permudahkan penderitaan 3 beradik ini. Amin.



AMENO WORLD

Nik Amar: Pas tangguh laksana hudud bimbang darurat

Posted: 02 Aug 2015 10:15 PM PDT

Akhirnya Tembelang Pecah HUDUD 

Hanya Mainan Politik PAS

KOTA BHARU - Tindakan Kerajaan Kelantan menangguhkan pelaksanaan hudud di negeri itu, yang dirancang pada awal 1990an, kerana khuatir sejarah diisytiharkan darurat 1978 akan berulang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, atas pengalaman itu Kelantan mengambil langkah yang berhati-hati dalam melaksanakan sebarang undang-undang.

"Berdasarkan pengalaman (Pas Kelantan), Kita bimbang kalau teruskan usaha ini (laksana hudud) mungkin tindakan-tindakan yang tidak baik akan berlaku yang akan menjejaskan keseluruhan usaha kita untuk memperjuangkan Islam," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Akibat krisis politik yang berlaku pada 1977 darurat diisytiharkan oleh Kerajaan Pusat.

Pemerintahan darurat itu ditarik balik pada 1 Januari 1978 dan pada 11 Mac 1978.

Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata, Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengirim surat rasmi bagi menjelaskan hukum hudud secara terperinci kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika zaman pemerintahannya, namun dibalas dengan surat amaran keras.

Sehubungan itu, Mohd Amar menegaskan, tidak perlu sebarang perbincangan kerana perkara utama yang perlu difokuskan merupakan soal pelaksanaan perundangan syariah berkenaan.

"Kita memang mengharapkan satu masa nanti masyarakat akan menerima hudud di Malaysia. Oleh itu kita sentiasa meneruskan penjelasan dan penerangan mengenai hukum hudud ini kepada rakyat," katanya.

Mengulas mengenai jawatankuasa khas teknikal bagi mengkaji pelaksanaan hukum hudud, Mohd Amar berkata, perbincangan kali kedua bersama anggota jawatankuasa bakal diadakan tetapi tarikh ia bergantung kepada ketetapan Pengerusi jawatankuasa, Datuk Ahmad Yakub yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan. -SH

Sumpah seranah, maki hamun dan lebel macam-macam tu sebenarnya hanya mainan politik. Mana perginya motto PAS sebagai sebuah gerakan Islam? Pejuang Gerakan Islam menipu hingga tahap ini kemudian mengaku takut kerajaan pusat laksanakan darurat.

Jika dah tahu takut darurat, mengapa berlagak seolah-olah beriya-iya benar mahukan HUDUD dilaksana di Kelantan.


INI SEMUA BUKAN MUNAFIK KE?
WAKAKA


Desakan Pemuda UMNO Kluang: "LANTIK SEMULA TIM. PRESIDEN SEBAGAI TIMBALAN PERDANA MENTERI" !!

Posted: 02 Aug 2015 09:30 PM PDT



Lantik semula timbalan presiden kami sebagai timbalan perdana menteri, desak Ketua Pemuda Ketua Pemuda Umno Cawangan Bandar Bahagian Kluang, Azizul Ali, pagi ini dalam satu kenyataan berkata, tindakan Najib menggugurkan Muhyiddin daripada Kabinetnya membelakangkan 145,000 suara yang memilih beliau pada pemilihan parti sebelum ini.

"Kami menuntut supaya presiden hormat kehendak ahli-ahli parti dengan mengembalikan jawatan timbalan perdana menteri kepada Muhyiddin.

 "Jika presiden tidak boleh menghormati kehendak ahli-ahli parti, kami yakin ahli-ahli parti akan hilang hormat kepada presiden," katanya.

"Adalah malang bagi Umno jika ahli-ahli tidak lagi hormat kepada presiden.

Justeru, kami menuntut supaya presiden melantik semula timbalan presiden kami sebagai timbalan perdana menteri," tegasnya.

"Ahli-ahli parti sentiasa mahukan supaya parti yang menguasai kerajaan.

Perkara ini selalu disebut dalam Perhimpunan Agung Umno.

"Tetapi Najib nampaknya secara terang terangan mengabaikan suara ini dengan menggugurkan Muhyiddin daripada senarai Kabinet baharu.

"Dalam tradisi Umno, timbalan presiden adalah timbalan perdana menteri.

Maknanya, orang yang diletakkan menjadi timbalan perdana menteri adalah timbalan presiden yang dipilih oleh ahli-ahli parti," katanya.

Azizul berkata, meskipun perdana menteri mempunyai kuasa prerogatif dalam memilih anggota Kabinet, tradisi Umno memperuntukkan ia dipandu keputusan parti.



"Memanglah penentuan siapa menjadi timbalan perdana menteri adalah kuasa prerogatif perdana menteri, tetapi dalam tradisi Umno penggunaan kuasa prerogatif ini dipandu oleh keputusan parti.

Barulah parti dikatakan menguasai kerajaan. "Jika parti memilih Muhyiddin sebagai timbalan presiden, maka beliau yang sepatutnya menjadi timbalan perdana menteri.

"Apa sebab Najib membelakangkan suara 145,000 perwakilan Umno yang memilih Muhyiddin sebelum ini?

Apakah ini dikatakan parti menguasai kerajaan?" soalnya.

Sehubungan itu, Azizul memberi amaran, sekiranya Najib gagal menghormati ahli parti, perkara sama akan turut berlaku kepadanya.

Muhyiddin pada Selasa lalu digugurkan daripada Kabinet dan jawatan timbalan perdana menteri susulan kritikannya terhadap Najib berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan jawatan itu diserahkan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

HARAPAN DAN IMPIAN BARU.
Lantik semula timbalan presiden kami sebagai timbalan perdana menteri, desak Ketua Pemuda Ketua Pemuda Umno Cawangan Bandar Bahagian Kluang, Azizul Ali, pagi ini dalam satu kenyataan berkata, tindakan Najib menggugurkan Muhyiddin daripada Kabinetnya membelakangkan 145,000 suara yang memilih beliau pada pemilihan parti sebelum ini. "Kami menuntut supaya presiden hormat kehendak ahli-ahli parti dengan mengembalikan jawatan timbalan perdana menteri kepada Muhyiddin. "Jika presiden tidak boleh menghormati kehendak ahli-ahli parti, kami yakin ahli-ahli parti akan hilang hormat kepada presiden," katanya. "Adalah malang bagi Umno jika ahli-ahli tidak lagi hormat kepada presiden. Justeru, kami menuntut supaya presiden melantik semula timbalan presiden kami sebagai timbalan perdana menteri," tegasnya. "Ahli-ahli parti sentiasa mahukan supaya parti yang menguasai kerajaan. Perkara ini selalu disebut dalam Perhimpunan Agung Umno. "Tetapi Najib nampaknya secara terang terangan mengabaikan suara ini dengan menggugurkan Muhyiddin daripada senarai Kabinet baharu. "Dalam tradisi Umno, timbalan presiden adalah timbalan perdana menteri. Maknanya, orang yang diletakkan menjadi timbalan perdana menteri adalah timbalan presiden yang dipilih oleh ahli-ahli parti," katanya. Azizul berkata, meskipun perdana menteri mempunyai kuasa prerogatif dalam memilih anggota Kabinet, tradisi Umno memperuntukkan ia dipandu keputusan parti. "Memanglah penentuan siapa menjadi timbalan perdana menteri adalah kuasa prerogatif perdana menteri, tetapi dalam tradisi Umno penggunaan kuasa prerogatif ini dipandu oleh keputusan parti. Barulah parti dikatakan menguasai kerajaan. "Jika parti memilih Muhyiddin sebagai timbalan presiden, maka beliau yang sepatutnya menjadi timbalan perdana menteri. "Apa sebab Najib membelakangkan suara 145,000 perwakilan Umno yang memilih Muhyiddin sebelum ini? Apakah ini dikatakan parti menguasai kerajaan?" soalnya. Sehubungan itu, Azizul memberi amaran, sekiranya Najib gagal menghormati ahli parti, perkara sama akan turut berlaku kepadanya. Muhyiddin pada Selasa lalu digugurkan daripada Kabinet dan jawatan timbalan perdana menteri susulan kritikannya terhadap Najib berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan jawatan itu diserahkan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. – 2 Ogos, 2015. ~ sumber

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

'Akar umbi tagih penjelasan kerana sayang Najib'

Posted: 02 Aug 2015 08:47 PM PDT



Jika semalam Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak berkata tiga juta ahli Umno menyokong teguh kepimpinannya selepas rombakan Kabinet, tetapi tinjauanMalaysiakini mendapati sebilangan ahli akar umbi masih menagih penjelasan dari beliau berhubung isu 1MDB.

Ahli Umno Lembah Pantai, Mimie Jariah Hanafi berkata penjelasan berkenaan ditagih kerana mereka sayangkan Najib dan ia juga akan memuaskan hati orang ramai yang bukan ahli parti.

"Rata-rata penyokong tegar dia dari akar umbi.

"Akar umbi sebenarnya sayang PM. (Tapi) orang kata PM jahat tapi kita tak tahu apa sebenarnya cerita di atas," katanya sewaktu ditemui Malaysiakini.

"Sepatutnya PM perlu beritahu pada rakyat ke mana perginya dana RM2.6 bilion yang didakwa masuk dalam akuan peribadi beliau. Perjelaskan kepada rakyat ke mana perginya duit itu.

"Itu yang rakyat nak tahu," kata Mohd Najib Ahmad, 51 tahun yang juga ahli Umno Lembah Pantai.

Bagaimanapun, Ketua Pemuda bahagian Lembah Pantai, Mohd Nazri Abd Rahman berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada perdana menteri sepertimana yang dinyatakan Najib sebelum ini dengan menunggu keputusan penuh PAC.

Sependapat dengan Mohd Nazri Abd Rahman ialah ahli Umno bahagian yang sama, Azahari K Jamad.

"Kita sebagai ahli Umno kita sepatutnya setia kepada pemimpin dan kami di peringkat bawahan serahkan kepada peringkat atasan untuk membuat penjelasan… kita (akar umbi) tak boleh buat penjelasan sebab kita pun tak tahu perjalanan 1MDB ini yang sebenarnya," kata beliau.

- mkini

Pertemuan Mahyuddin Dengan Sultan Johor : Beliau Merupakan Peminpin Sejati Pujian Sultan.

Posted: 02 Aug 2015 08:00 PM PDT

Sekeping gambar Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin  dan menteri besar Johor membawa seribu makna apabila dimuat naik ke Internet petang ini.

Turut bergambar bersama, Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, permaisuri Johor, serta Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin.

Melalui akaun Facebook bola sepak Johor, yang dinaunginya, TMJ memuat naik gambar mereka bergambar bersama, kemungkinan dalam pertemuan mereka di Istana Serene, Johor Bahru hari ini.

Tanpa menyentuh secara jelas, gambar itu dimuat bersama tulisan memuji "pemimpin sejati",

"Pemimpin sejati tidak mencipta pengikut, mereka membentuk lebih ramai pemimpin," menurut tulisan itu.


Dalam gambar tersebut, TMJ berpakaian baju batik berdiri di sebelah kanan Muhyiddin yang memakai sepasang baju Melayu berwarna merah.

Selepas kira-kira sejam dimuat naik di Facebook JOHOR Southern Tigers itu, tulisan itu disukai oleh lebih 21,000 pengguna Facebook dan hampir 2,000 perkongsian dilakukan serta lebih 500 komen.

Tulisan tersebut memberi pelbagai reaksi susulan pertemuan di Istana Bukit Serene itu.

Thyro Bryan: Daulat Tuanku, demi untuk rakyat jelata mohon Tuanku menasihatkan Pemimpin yang berasal dari negeri Johor supaya tidak memalukan bangsa Johor dengan sikap yang tidak sewajarnya dan mengeluarkan kenyataan yang memalukan bangsa Johor. Ampun tuanku.

Hairul Hisham Zainal Abidin: Harapan tinggi untuk berita baik dari istana Johor. Daulat Tuanku.

Nur Hafizah: Mohon campur tangan raja-raja Melayu membantu kami yang dizalimi pemerintah dan pengikutnya. Perlu ada raja yang bingkas bangun ke hadapan. Najib dah makin melampau.

Terdahulu Sultan Sultan Ibrahim menerima kunjungan Muhyiddin Yassin dan Norainee Abdul Rahman dalam pertemuan kira-kira sejam.

Muhyiddin dilihat keluar daripada istana pada jam 4.35 petang sambil melambai kepada wartawan yang menunggu di luar pagar istana.

Tengku Ismail pula kemudian berangkat keluar daripada istana dengan sebuah kereta mewah Rolls Royce Phantom.

Perjumpaan itu dispekulasikan berkaitan isu pengguguran Muhyiddin daripada jawatan nombor dua dalam kerajaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Suara tidak puas hati terhadap pengguguran Muhyiddin, yang lantang bersuara dalam isu 1MDB, banyak datang daripada Johor, kubu kuat beliau.

Mat Sabu enggan komen apa-apa berkaitan PAS lagi OLEH YASMIN RAMLAN

Posted: 02 Aug 2015 07:30 PM PDT





 
 Pengerusi protem Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu berkata beliau sudah menjadi ahli biasa dan enggan mengulas apa-apa yang berkaitan dengan PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 Ogos, 2015.

Pengerusi protem Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu berkata beliau sudah menjadi ahli biasa dan enggan mengulas apa-apa yang berkaitan dengan PAS.

Pengerusi protem Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu berkata beliau sudah menjadi ahli biasa dan enggan mengulas apa-apa yang berkaitan dengan PAS.

Pengerusi protem Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu menyatakan hari ini, beliau kini enggan mengulas apa-apa yang berkaitan dengan PAS.

Bekas timbalan PAS itu, lebih mesra dikenali sebagai Mat Sabu, berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang seolah-olah berpihak kepada Perdana Menteri sejak kebelakangan ini.

"Itu kena tanya dia (Hadi). Kena tanya isi hati dia. Saya tak nak komen atas pandangan peribadi dia.

"Saya tak nak komen lagi hal PAS. Saya dah jadi ahli biasa," katanya selepas majlis 'Dialog Terbuka #Harapanbaru bersama Mat Sabu dan Pimpinan' di Kuala Lumpur hari ini.

Selasa lalu, susulan rombakan Kabinet, Hadi menggesa wakil rakyat PAS memerhatikan terlebih dahulu barisan Kabinet yang baru diumumkan sebelum membentangkan usul tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat.

"Kita tak boleh kata bersetuju atau tidak (dengan barisan Kabinet baharu)... kita tunggu sejauh mana mereka dapat laksanakan tugas khususnya bagi isu melibatkan rakyat dan negara," beliau dilaporkan berkata.

Jumaat lalu, Najib memuji Hadi, menyatakan beliau menghargai sikapnya yang berpegang pada prinsip seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah.

Sementara itu, pada majlis tersebut Mat Sabu dalam ucapannya berkata, umat Islam di dunia ini secara umumnya kelihatan hebat dalam perjuangan, tetapi apabila mendapat kuasa, gagal dalam pemerintahan.

"Kita melihat gerakan umat Islam perlu berubah diseluruh dunia, perlu berani membuat perubahan.

"Isu perkauman masih dimainkan oleh pemerintahan dan orang Islam sudah terperangkap. Parti Islam juga mudah terperangkap dalam isu perkauman," katanya tanpa merujuk kepada mana-mana pihak.

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 100 orang dan rata-rata daripada mereka hadir sambil mengisi borang sebagai ahli gerakan itu.

Gerakan itu ditubuhkan oleh pemimpin PAS dari puak progresif dan golongan profesional yang tersingkir semasa pemilihan parti yang diadakan pada muktamar tahunan awal Jun lalu.




See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/

Jangan jadi pak turut, tapi contohilah penyokong pembangkang, kata Najib OLEH RAM ANAND

Posted: 02 Aug 2015 07:00 PM PDT

 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, penyokong pembangkang tidak berputus asa dengan pemimpin mereka dan sentiasa menyatakan sokongan walau apa pun akibatnya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 2 Ogos, 2015.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, penyokong pembangkang tidak berputus asa dengan pemimpin mereka dan sentiasa menyatakan sokongan walau apa pun akibatnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, penyokong pembangkang tidak berputus asa dengan pemimpin mereka dan sentiasa menyatakan sokongan walau apa pun akibatnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta ahli Umno mencontohi penyokong pembangkang yang menyokong pemimpin mereka tanpa mengira keadaan, sambil menegaskan beliau tidak mahu dikelilingi "pak turut".

Presiden Umno itu berkata, penyokong pembangkang tidak berputus asa dengan pemimpin mereka dan sentiasa menyatakan sokongan walau apa pun akibatnya.

"Ada orang kata saya mahu 'yes men' (pak turut). Tidak, saya tidak mahu 'yes men'. Tetapi saya juga tidak mahu 'no men'.

"Kalau anda hendak katakan 'tidak' kepada saya, lakukannya secara tertutup," kata Najib pada mesyuarat agung tahunan Umno bahagian Hulu Selangor hari ini.

"Begitu banyak tuduhan terhadap orang itu, tetapi penyokong masih mempertahankannya, tidak kira apa. Kenapa?

"Kerana mereka tahu kita perlu menyokong pemimpin kita supaya parti boleh menang dalam pilihan raya," katanya jelas merujuk kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai individu yang dimaksudkan.

Najib minggu lepas memecat timbalannya dalam parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan naib presiden Datuk Seri Shafie Apdal, daripada Kabinet berikutan kritikan mereka terhadap cara beliau mengendalikan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan itu ketika ini menanggung hutang mencecah RM42 bilion dan Najib merupakan pengerusi lembaga penasihatnya.

Satu pasukan petugas khas ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan yang dana negara dari 1MDB dipindahkan ke dalam akaun peribadi Najib.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jangan-jadi-pak-turut-tapi-contohilah-penyokong-pembangkang-kata-najib#sthash.sHIBrkS6.dpuf

 

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa

Jangan jadi pak turut, tapi contohilah penyokong pembangkang, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, penyokong pembangkang tidak berputus asa dengan pemimpin mereka dan sentiasa menyatakan sokongan walau apa pun akibatnya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 2 Ogos, 2015.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, penyokong pembangkang tidak berputus asa dengan pemimpin mereka dan sentiasa menyatakan sokongan walau apa pun akibatnya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 2 Ogos, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jangan-jadi-pak-turut-tapi-contohilah-penyokong-pembangkang-kata-najib#sthash.sHIBrkS6.dpuf

Umno Bahagian Ini Paling Berani.. Saksikanlah

Posted: 02 Aug 2015 06:30 PM PDT


Umno Bahagian Ini Paling Berani.. Saksikanlah. Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima sambutan hangat ketika hadir ke mesyuarat agung tahunan Umno bahagian Kluang, berbeza dengan mood di Seremban dan Kota Melaka semalam.

Muhyiddin, yang digugurkan sebagai timbalan presiden Umno dipercayai kritikan berhubung isu 1MDB, dijadual berucap kepada 400 orang perwakilan.

Mesyuarat pula dijangka panas apabila terdapat usul menuntut penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan dakwaan skandal terhadapnya, termasuk isu 1MDB dan pembunuhan Altantuya Shaariibu.

"Isu itu masih menjadi persoalan termasuk siapa yang memberi arahan kepada Sirul Umar Azhar," menurut usul yang diterima media itu.


"Sebagai pengawal peribadi YAB Datuk Seri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Ini adalah nyawa manusia, amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan."

Umno Bahagian Ini Paling Berani.. Saksikanlah

Selain itu, usul berkaitan 1MDB mempersoalkan bagaimana sebuah syarikat milik penuh kementerian kewangan yang mana perdana menteri sendiri merupakan pengerusi lembaga penasihat miliki bebanan hutang berjumlah RM51 bilion.

"Laporan-laporan dalam akhbar di New York (New York Time 7 Februari 2015) begitu tajam, pedas dan berleluasa, namun Najib membisu seribu bahasa," kata usul tersebut.

Sementara itu, menyentuh isi pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (GST) mengusulkan dengan mendesak kerajaan menggandakan aktiviti pemantauan ke atas pelaksanaan GST dengan lebih agresif bagi mengelak penipuan oleh peniaga.

"Kerajaan telah memaklumkan bahawa pelaksanaan GST memberi jaminan harga barangan menjadi lebih rendah, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya," kata usul tersebut.
Addin

Tajuk Berita Paling Hot Hari Ini.. Saya tak akan turun, 3 juta ahli sokong saya'

Posted: 02 Aug 2015 06:00 PM PDT



MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan beliau tidak akan turun sebagai Presiden Umno kerana 3 juta ahli parti itu teguh berdiri di belakangnya.
  
Beliau berkata, sebagai seorang yang dipilih melalui prinsip demokratik berdasarkan perlembagaan parti yang baharu, beliau perlu diberi ruang bagi berkhidmat dengan cara terbaik untuk Umno dan rakyat.
"Berkat dari sokongan Umno yang saya rasa masih jitu dan ampuh, suara seorang suruh saya turun, saya tidak akan turun sebab 3 juta ahli Umno ada bersama saya.
  
"Bukan saya angkuh tetapi saya telah dipilih (sebagai Presiden Umno) jadi jangan ganggu saya melakukan yang terbaik.
  
"Ada kata saya tidak bijak kerana buang sistem kuota untuk bertanding presiden parti, tetapi saya mahu parti kita lebih inklusif lebih demokratik maka saya serah kepada ahli Umno tentukan," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kota Melaka di Bandar Hilir di sini hari ini.
  
Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka; Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin; dan Ketua Bahagian Umno Kota Melaka Datuk Abdul Latiff Tamby Chik.
 
Najib berkata, ahli Umno perlu memberikan sokongan kepada dirinya bukan kerana sebab peribadi, tetapi kerana beliau adalah Presiden Umno.

"Sokongan kepada saya bukan kerana saya Najib bukan kerana sebab peribadi, sokongan kuat perlu diberi kepada Presiden Umno kerana tidak boleh ada Presiden Umno yang lemah untuk pastikan parti kita terus berjaya," katanya.
 
Sementara itu, Najib berkata, beliau tidak bersetuju sikap ekstrem dalam Umno dan mahukan semua ahli parti memilih kesederhanaan bagi memastikan Umno terus kekal mendapat sokongan rakyat.
  
Katanya, sikap angkuh dan fikir Umno terlalu kebal untuk kalah dalam pilihan raya akan membuatkan anggota Umno terlalu selesa dan sikap melihat parti itu terlalu lemah akan membuatkan ahli Umno terlalu kecewa untuk berjuang serta menghampakan rakyat.

"Kalau kita pilih jalan pertengahan kita pilih jalan wasatiyyah dalam Islam maknanya, kalau kita bersatu, setia kepada ketua, kita bekerja keras, kalau kita berkhidmat pada rakyat, kalau kita jaga kemaslahan rakyat, jaga agama semua kaum Insya-ALLAH kita boleh menang (pilihan raya)," katanya.

Menurut Najib, rakyat pada masa ini melihat kepada keupayaan untuk 'meletak makanan di atas meja', maka ini perlu diberi fokus utama oleh ahli Umno.

"Rakyat nak bumbung di atas mereka, hendak rezeki halal, hendak sekolah dan pendidikan inilah perkara yang perlu kita fokus. Soal 1MDB bukan segalanya macam dunia nak kiamat; siling nak runtuh, ini bukan 'defining issue'," katanya.
  
Beliau berkata sehubungan itu semangat setiakawan dalam Umno perlu dipupuk terutamanya di kalangan akar umbi dan pemimpin di pelbagai peringkat bagi memastikan Umno terus kukuh bagi membela nasib rakyat dan bangsa Melayu.
  
Katanya semangat setiakawan yang perlu dipupuk dalam semua ahli Umno memainkan peranan penting dalam memastikan semua ahli parti itu akan bersama dalam situasi susah atau senang terutamanya menghadapi cabaran hebat pada masa ini.
  
"Jangan pula masa senang kita sokong, masa susah kita tebuk kapal pula, susah senang kita bersama itulah setiakawan dalam politik, kita dalam keluarga begitu lah. Zaman susah tidak lama kerana ada cahaya di hujung terowong jika ada setiakawan politik ini," katanya.  

Sementara itu, Najib menegaskan Umno merupakan tunjang kepada perjuangan membela nasib bangsa Melayu di negara ini dan menasihatkan ahli parti itu supaya tidak membiarkan perbezaan pendapat 'menguburkan' parti tersebut.
  
"Kalau tiada Umno maka 'terbangsat' lah bangsa Melayu. Saya tidak dapat bayangkan nasib bangsa Melayu tanpa Umno," katanya.

- Bernama

MEMANG BERBALOI BODEK, AMPU, JILAT NAJIB !!

Posted: 02 Aug 2015 05:30 PM PDT

MEMANG BERBALOI BODEK, AMPU, JILAT NAJIB JANGAN MAIN-MAIN... Lawak2 bangang & bodoh dia pon, NAIK JUGA PANGKAT.. Kalau dulu kebangsaan jer, sekarang dah antarabangsa tau.. Ada peluang ler tu naik jet mewah VVIP bersama Rosmah & Najib terbang ke luar negara (antarabangsa).. Bertuahnya badan.. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
MEMANG BERBALOI BODEK, AMPU, JILAT NAJIB JANGAN MAIN-MAIN... Lawak2 bangang & bodoh dia pon, NAIK JUGA PANGKAT.. Kalau dulu kebangsaan jer, sekarang dah antarabangsa tau.. Ada peluang ler tu naik jet mewah VVIP bersama Rosmah & Najib terbang ke luar negara (antarabangsa).. Bertuahnya badan.. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

VIDEO - PAS Kelantan mahu keadilan untuk Muhyiddin

Posted: 02 Aug 2015 05:00 PM PDT


VIDEO - Muhyiddin Gelar Ahmad Maslan Sebagai 'Budak Kecil Yang Sombong'

Posted: 02 Aug 2015 04:30 PM PDT

 

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan anggota kabinet Datuk Ahmad Maslan sebagai sombong susulan ulasannya berkaitan peluang BN dalam pilihan raya.

Ahmad dilapor berkata tidak perlu menjawab berhubung peluang BN dalam pilihan raya kerana 'esok' tiada lagi pilihan raya. Muhyiddin menyamakan kenyataan Ahmad itu dengan budak kecil yang tidak mahu apa-apa apabila dewasa atas alasan masih lagi kecil.


TEGUR LEMBAGA PENAPISAN FILEM (LPF) JANGAN BERFIKIRAN SEMPIT ... USTAZ KAZIM ELIAS BELASAH AZALINA OTHMAN

Posted: 02 Aug 2015 09:15 AM PDT

Ustaz Kazim hentam Azalina Othman kaw2




Azalina Othman

Assalamualaikum...lama sungguh saya mendiamkan diri didlm arena FB ni, rasa aman bila tak muat status atau berkongsi info..

Tp rasanya lagi tidak aman bila terbaca laporan ada org yg mengatakan kalau setakat berpegang2 atau adegan2 tertentu antara bukan mahram dlm drama n filem
tak payahlah diperbesarkan.. disuruhnya pulak berfikiran terbuka jgn disempitkan..

Astaghfirullah.. Sepatutnya usaha utk menambah baik dan patuh pd perintah Allah wajib disokong, utk Akak yg bercakap demikian, bawak2 lah insaf, hidup
didunia x lama, kuasa menteri pun apa sangat..

Kita ni makhluk Allah, hamba Allah.. Klu kita x mampu jd baik tp janganlah halang orang lain nak jd baik.. Yg haram tetap haram walau sekadar lakonan...

Sebelum ini heboh pasal Azalina Othman menyerang Lembaga Penapisan Filem (LPF) jangan berfikiran sempit:

KUALA LUMPUR - Lembaga Penapisan Filem (LPF) ditegur agar tidak berfikiran sempit dan mengkaji semula garis panduan penapisan bagi penerbitan drama atau
filem, demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menurut Azalina, isu adegan pasangan bercinta berpegangan tangan, berpelukan tidak perlu diperbesarkan kerana ia hanya sekadar lakonan yang tidak mengundang
ke arah maksiat terhadap penonton.

"Isu ini dah jadi agak merepek kerana sesebuah drama atau filem merupakan industri kreatif dan apa yang dipaparkan di kaca televisyen hanyalah lakonan."

Kalau nak cakap babak-babak itu boleh mengundang perlakuan tidak senonoh, rasanya tidak perlu medium televisyen kerana di internet, hanya di hujung jari
saja sudah boleh mempengaruhi masyarakat.

"Kita tidak boleh berfikiran sempit. Kalau semua tak boleh, takkan nak bercakap dengan bantal?" katanya yang mengulas garis panduan penerbitan drama dan
filem yang dikeluarkan oleh LPF baru-baru ini.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kesian, menteri JPM Azalina Othman Said. Mungkin dia tak belajar agama sejak kecil atau 'kot kot terlebih belajar' (tentunya
bukan ilmu Islam) sehingga sanggup menolak hukum agama seperti berita di atas..

Patutlah Ustaz Kazim Elias menegurnya. Eloklah tegur menegur sesama kelompok, jangan sampai orang anggap miskin sangat kerajaan Malaysia (bukan miskin
harta), menteri JPMnya pun terlalu 'jahilliah' dalam agama.

Ya, tegur jangan tak tegur, itu kewajipan. Kita hanya menyampaikan, walau satu ayat. 



(IH)Ibnu Hasyim

PM: Tak perlu 'yes man', tapi janganlan 'no man'

Posted: 02 Aug 2015 08:37 AM PDT

Najib Kutuk Pembangkang Pertahankan Seluar Dalam Lebar




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan rombakan kabinet Selasa lalu bertujuan mewujudkan kabinet yes man (pak turut).

Beliau sebaliknya berkata Umno akan runtuh jika semua orang dalam parti itu menjadi penurut semata-mata.

"Saya tak mahu yes man, tapi janganlah 'no men' di luar," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Umno Hulu Selangor hari ini.

Beliau juga berkata pihak yang berbeza pandangan boleh menyuarakannya melalui ruang sedia ada dan tidak perlu mengikut cara pembangkang.

"(Pembangkang) hilang jam tangan Omega pun pertahankan. Seluar dalam lebar pun pertahankan. 'Suka sama suka' pun pertahankan.

"Sebab apa? Dia tahu kalau pemimpin dipertahankan, parti akan menang dan parti akan berjaya," katanya.

Najib dipercayai mengeluarkan kenyataan itu bagi menteramkan anggotanya yang mula memberikan reaksi negatif terhadap pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri.

- mkini


Keluarga bimbang kemungkinan ditangkap, Muhyiddin hubungi Zahid

Posted: 02 Aug 2015 07:45 AM PDT


Keluarga bimbang kemungkinan ditangkap, Muhyiddin hubungi ZahidSusulan kebimbangan disuarakan keluarga terhadap keselamatan dirinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau terpaksa menghubungi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengesahkan sama ada benar dirinya akan ditangkap.

Timbalan presiden Umno itu berkata, tiada sebarang kesalahan dilakukan sehingga boleh mengakibatkan dirinya dikenakan tindakan undang-undang, lebih-lebih lagi selepas dirinya digugurkan sebagai timbalan perdana menteri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya cuba tanya Zahid, timbalan perdana menteri yang baru dipilih. Saya tanya Zahid, benarkah saya ni nak ditangkap, nak hukum saya. Saya tidak percaya, tapi isteri saya (yang percaya).

"Takkanlah lepas awak jadi timbalan perdana menteri, nak tangkap bekas timbalan perdana menteri," katanya di hadapan perwakilan Umno Bahagian Kluang ketika merasmikan mesyuarat bahagian itu hari ini.
Selepas menjalankan semakan, Muhyiddin berkata Zahid memaklumkan kepadanya, ia hanya khabar angin.

"Dia kata, tidak Tan Sri. Beliau buat pengesahan. 15 minit, 20 minit kemudian, beliau hubungi saya semula. Beliau kata saya dan isteri boleh tidur nyenyak," katanya.

"Tapi, malam itu tak boleh tidur juga," katanya.

Muhyiddin berkata, perkara berhubung penangkapan itu dimaklumkan anaknya, yang melarang beliau pulang ke rumah ekoran terdapat sekumpulan wartawan di kediamannya.

"Anak saya hubungi saya, dia kata ayah jangan balik rumah dulu, pemberita ramai berkumpul di luar rumah," katanya.

Khabar angin timbul selepas satu rakaman video bocor di Internet, menunjukkan Muhyiddin memberitahu tetamu di rumahnya yang Najib mengaku menerima RM2.6 bilion yang dipindahkan ke akaun peribadi beliau pada 2013.

Zahid juga menyentuh mengenai perkara itu dalam menurut laporan di The Star hari ini.

Beliau memberitahu akhbar itu, beliau tidak tahu mengapa tuduhan itu tersebar memandangkan tidak ada sebab untuk menangkap pendahulunya itu.

"Saya terima banyak panggilan telefon daripada mereka yang bimbang, bertanya sama ada benar bekas timbalan perdana menteri akan ditangkap. Saya pastikan kepada mereka, beliau tidak akan ditangkap.

"Khabar angin ini mengarut sama sekali. Saya hubungi peguam negara dan ketua polis negara untuk sahkan tuduhan itu, dan mereka juga kata tidak.

"Saya sendiri kemudiannya menghubungi Muhyiddin pukul 2 pagi (semalam) bagi memastikan kepada beliau dan isterinya, yang polis tidak akan menangkapnya," kata Zahid kepada The Star. – TMI


Badi Mahathir kini sudah terkena Najib Oleh Mohd Sayuti Omar

Posted: 02 Aug 2015 07:00 AM PDT


Badi Mahathir kini sudah terkena NajibSegala tindakan Najib Razak termasuk tindakan secara pejam mata (berani) memecat timbalannya Muhyiddin Yassin, serta tindakan susulan oleh PDRM tentunya atas arahan Zahid Hamdi yang baru menerima ghanimah jawatan TPM dari Najib, menahan beberapa individu tertentu tidak akan menyelesaikan masalah Najib.

Bahkan segala tindakan itu memberi alasan dan hujah baharu kepada penentang Perdana Menteri itu agar berundur. Tindakan itu menimbulkan kemarahan dan kebencian baharu kepadanya. Kalau dahulu orang di luar Umno yang serabut dan benci dengan Najib tetapi tindakan terbaru mengundang kemarahan dari dalam Umno.

Mereka yang bersimpati dengan Muhyiddin kini sudah lantang menyuarakan kemarahan dan kebencian kepada Najib. Senario ini akan kelihatan di sepanjang Umno di semua peringkat mengadakan mesyuarat peringkat bahagian yang sudah pun bermula kini. Keadaan menunjukkan Umno terbelah dua akan terpamer dari sikap dan tindak tanduk ahli ekoran tragedi itu.

Najib dalam menghadapi saat-saat genting gagal mengurangkan musuh tetapi ralik menambahkan musuhnya.
Nasib diterima Dr Mahathir Mohamad tahun 1998 ekoran memecat timbalannya Anwar Ibrahim, dimana Mahathir didesak dan diasak agar melepaskan jawatan kini sudah berjangkit, badi Mahathir sudah terkena kepada Najib. Walaupun tidak ada bangkitan segera daripada Umno tetapi momentum ke arah itu sudah bergerak.

Muhyiddin juga hari ini telah memberi isyarat dia tidak akan membisukan diri daripada terus memperkatakan isu 1MDB. Muhyiddin kata dia tidak akan berada dalam sindrom bisu. Ertinya skandal 1MDB akan dijadikan modal besar untuk Muhyiddin bergerak menggerudi Najib.

Tindakan memecat Muhyiddin itu satu perkiraan mendalam dibuat Najib. Tindakan itu sebenarnya satu pilihan terakhir yang harus dibuat secara pantas. Najib tidak ada pilihan kedua atau ketiga, hanya ada satu pilihan sahaja. Pecat Muhyiddin.

Muhyiddin bukan sahaja setakat menjadi duri dalam daging kepadanya, tetapi tindakan dan ketegasan Muhyiddin dalam isu 1MDB dan akaun peribadi Najib menjadikan, sikap Muhyiddin terhadap isu itu menjadikan ia bagaikan api dihadapan dan duri di belakang bagi Najib. Najib harus menyelamatkan diri dari keadaan itu.

Najib satu masa sukar untuk mengambil tindakan terhadap Muhyiddin tetapi dalam masa lain beliau terpaksa berbuat demikian apabila gagal menjinakkan Muhyiddin. Dipercayai Najib mula tertekan dan hilang akal apabila Muhyiddin menunjukkkan sikapnya tidak sedia berkompromi dengan Najib dengan memberi kata dua; berhenti atau Najib memecat beliau.

Sikap Muhyiddin itu menggambarkan beliau sudah tidak boleh lagi untuk berdiplomasi memikul masalah Najib, berhubung pengaliran wang dana 1MDB ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri itu sebanyak RM2.6 billion. Muhyiddin berbuat begitu kerana dia sendiri berasa malu berketuakan orang seperti Najib. 
Sebagai seorang yang dididik dengan nilai-nilai Islam sedari kecil Muhyiddin tidak sampai hati mengkhianati saksiah dirinya.

Manakala Najib pula, setelah berada dipersimpangan, yang amat sukar, akhirnya pada Selasa lepas telah mengambil risiko memecat Muhyiddin kemudian menyandarkan kepada Zahid Hamidi sebagai batu besar menghalang gelombang yang bakal meledak ekoran pemecatan itu. Masih menjadi tanda tanya apakah Zahid mampu menyelamatkan bosnya itu itu atau gelombang itu turut sama menenggelamkannya.


Zahid sudah pun mula bertindak. Dipercayai penahaan beberapa individu berautoriti dalam pelbagai agensi seperti Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Sazilee Abdul Khairy dan dua yang lain Rashpal Singh dan Jessica Gurmeet Kaur, adalah atas arahan Zahid selaku TPM dan Menteri Dalam Negeri. 

Tindakan itu dibuat apabila Zahid sedia mencemarkan dakwat merahnya untuk 
mempertahankan Najib, menanda tangani memerintah polis menahan dan siasat mereka.

Penahanan individu berkenaan memberi gambaran betapa terdesak dan kritikalnya keadaan Najib sehingga terpaksa menggunakan aparat rakyat untuk membelanya. 

Tindakan itu terpaska diambil untuk menyelamatkan kedudukan dan kekuasaan Najib, bukan dibuat atas kebaikan rakyat. Hanya dengan kuasa yang tersisa yang ada sahaja yang membebaskan Najib dari penjara? Sampai bila?

Dipercayai lebih ramai lagi akan menjadi mangsa keadaan yang terwujud oleh Najib ini, dan Zahid akan memainkan peranan lebih luas lagi. Zahid yang terheret dalam permainan ini secara tidak langsung telah meletakkan dirinya dalam keadaan serba salah. Nasib politik Zahid juga akan ditentukan oleh nasib politik Najib.

Zahid sendiri tidak ada pilihan lain untuk menyelamatkan nyawa politiknya kerana beliau dikenali bukan kumpilan Muhyiddin. Satu masa Zahid pernah membuat kenyataan akan mencabar kedudukan Muhyiddin dalam Umno. Chemistry itu menyebabkan Zahid tidak betah dan mempunyai lorong cerah dalam Umno kalau Muhyiddin menjadi perdana menteri atau presiden parti.

Kalau satu masa dulu Zahid seakan menyerahkan nasib politiknya kepada Anwar Ibrahim, tetapi dia terselamat apabila cekap (baca munafik) mengambil sikap melarikan diri dan mufarakah atau berpaling tadah diri dari saf Anwar. Zahid yang bersama Anwar tetapi akhirnya meninggalkan Anwar kesepian dalam penjara.

Perubahan jawatan PM daripada Mahathir Mohamad kepada Abdullah Ahmad Badawi memberi peluang kepada Zahid membina semula imej politiknya, apabila Abdullah mengambil Zahid menyertai kabinet.

Hari ini Zahid yang tidak mempunyai kekuatan (karismatik) politik tersendiri sudah terheret jauh dalam percaturan politik kuasa Najib dan menjatuhkan Muhyiddin. Zahid kini walaupun bergelar jawatan timbalan perdana menteri, hakikatnya dia adalah "algojo" kepada Najib untuk menggantung sesiapa sahaja yang cuba mencabar dan menganggu Najib.

Justeru keadaan dan kedudukan Zahid, kelamaan dan kependekan dia memegang jawatan TPM itu bergantung kepada nyawa Najib Razak. Hari ini Najib berundur esok juga Zahid akan berundur. Atau kedua-duanya akan terkorban dalam tragedi serangan daripada rakyat jelata yang akan dimulakan pada bila-bila masa sahaja.

Zahid sebagai kawan dan pembela Najib sedia mengorbankan jari jemarinya dengan kekotoran kuasa yang ada kepadanya. Lihatlah nanti. - http://msomelayu.blogspot.com/

 

'Tindakan pada Muhyiddin kena ikut saluran'

Posted: 02 Aug 2015 06:15 AM PDT


 

Sebarang tindakan pada Tan Sri Muhyiddin Yassin, jika perlu, mesti mengikut saluran sedia ada, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

"Kita ada pengurusan parti.

"Jadi pandangan seorang Majlis Tertinggi tidak akan jadi muktamad, kalau sekiranya saluran...," katanya.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Aziz Kaprawi semalam dilapor tidak menolak kemungkinan Muhyiddin dihadapkan ke Lembaga Disiplin Umno kerana penyebaran sebuah video.

Video pendek itu memuatkan rakaman beliau mendakwa Najib mengakui wang (AS$700) RM2.6 bilion masuk ke dalam akaunnya.

Hishammuddin hari ini berkata menghormati pandangan Aziz tetapi ia "tidak menggambarkan pendapat semua" dalam MT.

Muhyiddin janji tak akan jadi bisu

Posted: 02 Aug 2015 05:30 AM PDT

 
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata beliau tidak akan membisu daripada bercakap soal melibatkan kepentingan rakyat, termasuk 1MDB.

"Bila sebut ini kawan-kawan politik bagi saya nasihat: 'Tan Sri bukan TPM lagi. Cakap baik-baik.'

"Manalah tahu kalau ada pihak nak cari salah supaya jawatan timbalan presiden (Umno) saya tergugat.

"Takkan sebagai timbalan presiden saya membisu. Saya harus cakap. Tapi saya tak bisu kerana saya tak berada dalam keadaan sindrom bisu," katanya.

 

Muhyiddin selar kenyataan 'esok bukan pilihan raya'

Posted: 02 Aug 2015 04:45 AM PDT

 
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan anggota kabinet Datuk Ahmad Maslan sebagai sombong susulan ulasannya berkaitan peluang BN dalam pilihan raya.

Ahmad dilapor berkata tidak perlu menjawab berhubung peluang BN dalam pilihan raya kerana 'esok' tiada lagi pilihan raya.

Muhyiddin menyamakan kenyataan Ahmad itu dengan budak kecil yang tidak mahu apa-apa apabila dewasa atas alasan masih lagi kecil.

Kenyataan Muhyiddin itu disambut dengan gelak ketawa oleh 400 perwakilan Umno bahagian Kluang yang mengadakan mesyuarat tahunan mereka.

Muhyiddin sebelum digugurkan sebagai timbalan perdana menteri sebelum ini berkata, sekiranya pilihan raya umum diadakan esok, BN akan kalah.
 

Pertemuan Muhyiddin-sultan berlangsung sejam

Posted: 02 Aug 2015 04:00 AM PDT


 

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerima kunjungan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Muhyiddin tiba bersama isterinya Norainee Abdul Rahman dan menghadap sultan dan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail.

Menteri Besar Datuk Seri Khaled Nordin turut hadir dalam pertemuan kira-kira sejam di di Istana Bukit Serene di Johor Bahru.

Muhyiddin dilihat keluar daripada istana pada jam 4.35 petang sambil melambai kepada wartawan yang meunggu di luar pagar istana.

Tengku Ismail pula kemudian berangkat keluar daripada istana dengan sebuah kereta mewah Rolls Royce Phantom.

Perjumpaan itu dispekulasikan berkaitan isu pengguguran Muhyiddin daripada jawatan nombor dua dalam kerajaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Suara tidak puas hati terhadap pengguguran Muhyiddin, yang lantang bersuara dalam isu 1MDB, banyak datang daripada Johor, kubu kuat beliau.

Sultan Ibrahim terkenal sebagai seorang sultan yang banyak terlibat memberi ulasan dalam perjalanan politik negara ini.

Muhyiddin pernah menjadi menteri besar Johor pada 1986.

Zahid Hamidi Nafi Keluar Kenyataan Akan Tutup Semua Laman Sosial Kita Bantai

Posted: 02 Aug 2015 03:07 AM PDT


 
Berikutan satu berita viral yang mendakwa akan menutup semua laman sosial, Timbalan Perdana Menteri yang baharu, Ahmad Zahid Hamidi tampil menafikan perkara tersebut.

Penafian itu dibuat oleh beliau di laman Twitter rasmi miliknya, @Zahid_Hamidi.


"Saya tidak pernah keluarkan kenyataan berikut. #DSZH ", tulis beliau di tweet tersebut.

Berita viral tersebut diterbitkan oleh blog harianmetro.org dengan tajuk "TPM BARU LULUSKAN UNTUK TUTUP SEMUA LAMAN SOSIAL SELASA INI". - Siakapkeli.my
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook. 

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel. 

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

Utusan Nasihat Ahmad Maslan Hati-Hati Bila Bercakap

Posted: 02 Aug 2015 02:45 AM PDT



Hari ini, Datuk Ahmad Maslan dinasihati oleh Akhbar Utusan Malaysia supaya menjadi seorang yang lebih bijak setelah pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Kata-kata nasihat yang dilemparkan melalui ruangan pojok Awang Selamat itu berkata Ahmad Maslan perlu menggunakan peluang kedua yang diberi untuk membaiki kelemahan dirinya yang seringkali mengeluarkan kenyataan kontroversi tanpa mengendahkan kesan terhadap kerajaan dan masyarakat.

"Harap-harap Ahmad akan ambil iktibar pengalaman sebelum ini yang kerap mencetuskan kontroversi melalui kenyataannya.

"Beliau perlu lebih berhati-hati sebelum bercakap dengan mengambil kira implikasi kepada kerajaan dan masyarakat awam," kata ruangan tersebut.

Tambahnya lagi, Ahmad adalah seorang pemimpin yang berdedikasi, rajin dan komited namun apa yang rakyat perlukan adalah pemimpn yang bijak dan kemas dalam mengurus persepsi.

"Kerja kuat sahaja tidak memadai. Lebih-lebih lagi pada era yang mencabar ini.

"Ini zaman yang menuntut pemimpin bijak dan kemas dalam mengurus persepsi. Lagipun, pemimpin bukan sahaja dinilai dengan kata-kata, yang lebih penting tindakan dan hasilnya," kata ruangan tersebut.

Ahmad Maslan seringkali dikritik terutamnya di media sosial apabila dia mengeluarkan kenyataan yang dianggap kurang bijak terutamanya dalam isu GST.

Terbaru, kenyataan Ahmad Maslan berkenaan isu "Kalau esok PRU" sekali lagi mengundang komen kritis dari orang ramai yang menganggap komen itu kurang bijak.


Sultan Johor Titah Muhyiddin Menghadap Petang Ini

Posted: 02 Aug 2015 02:00 AM PDT

 
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilapor menitahkan bekas timbalan perdana nenteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap baginda, hari ini.

Perjumpaan itu dikatakan akan membincangkan isu penggugurannya daripada jawatan nombor dua dalam kerajaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Memetik sumber, Astro AWANImelaporkan Muhyiddin dijangka menghadap sultan pada 3.30 petang di Istana Bukit Serene di Johor Bahru.

Suara tidak puas hati terhadap pengguguran Muhyiddin, yang lantang bersuara dalam isu 1MDB, banyak datang daripada Johor, kubu kuat beliau.

 

Sultan Ibrahim terkenal sebagai seorang sultan yang banyak terlibat memberi ulasan dalam perjalanan politik negara ini.

Muhyiddin pernah menjadi menteri besar Johor pada 1986.


Posted by Jeebond BLM.

Kembalikan jawatan Muhyiddin, kata Pemuda Umno Kluang

Posted: 02 Aug 2015 01:15 AM PDT



Pemuda Umno Kluang mendesak presiden parti Melayu itu, Datuk Seri Najib Razak mengembalikan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri kerana secara konvensyen, pemegang jawatan berkenaan adalah timbalan presiden Umno.

Ketua Pemuda Umno Cawangan Bandar Bahagian Kluang, Azizul Ali berkata tindakan Najib menggugurkan Muhyiddin daripada Kabinetnya dalam rombakan pada Selasa membelakangkan 145,000 suara yang memilih Muhyiddin ketika pemilihan Umno sebelum ini.

"Ahli-ahli parti sentiasa mahukan supaya parti yang menguasai kerajaan. Perkara ini selalu disebut dalam Perhimpunan Agung Umno.

"Tetapi Najib nampaknya secara terang terangan mengabaikan suara ini dengan menggugurkan Muhyiddin daripada senarai Kabinet baharu.

"Dalam tradisi Umno, timbalan presiden adalah timbalan perdana menteri. Maknanya, orang yang diletakkan menjadi  timbalan perdana menteri adalah timbalan presiden yang dipilih oleh ahli-ahli parti," katanya.

Beliau yang baru-baru ini meletak jawatan ketua penerangan Pemuda Umno Bahagian Kluang selepas Datuk Khairul Anwar Rahmat melepaskan jawatan sebagai naib ketua Pemuda Umno Johor, berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini yang dikeluarkan sebelum Muhyiddin dijadualkan merasmikan mesyuarat bahagian itu pagi ini.

Azizul berkata, meskipun perdana menteri mempunyai kuasa prerogatif dalam memilih anggota Kabinet, tradisi Umno memperuntukkan ia dipandu keputusan parti.

"Memanglah penentuan siapa menjadi timbalan perdana menteri adalah kuasa prerogatif perdana menteri, tetapi dalam tradisi Umno penggunaan kuasa prerogatif ini dipandu oleh keputusan parti. Barulah parti dikatakan menguasai kerajaan.

"Jika parti memilih Muhyiddin sebagai timbalan presiden, maka beliau yang sepatutnya menjadi timbalan perdana menteri.

"Apa sebab Najib membelakangkan suara 145,000 perwakilan Umno yang memilih Muhyiddin sebelum ini? Apakah ini dikatakan parti menguasai kerajaan?" soalnya.

Sehubungan itu, Azizul memberi amaran, sekiranya Najib gagal menghormati ahli parti, perkara sama akan turut berlaku kepadanya.

"Kami menuntut supaya presiden hormat kehendak ahli-ahli parti dengan mengembalikan jawatan timbalan perdana menteri kepada Muhyiddin.

"Jika presiden tidak boleh menghormati  kehendak ahli-ahli parti, kami yakin ahli-ahli parti akan hilang hormat kepada presiden," katanya.

"Adalah malang bagi Umno jika ahli-ahli tidak lagi hormat kepada presiden. Justeru, kami menuntut supaya presiden melantik semula timbalan presiden kami sebagai timbalan perdana menteri," tegasnya.

Muhyiddin pada Selasa lalu digugurkan daripada Kabinet dan jawatan timbalan perdana menteri susulan kritikannya terhadap Najib berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan jawatan itu diserahkan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - TMI

Cawangan Khas serbu rumah Timbalan Pendakwa Raya SPRM, cari dokumen 1MDB

Posted: 01 Aug 2015 11:45 PM PDT



Ahmad Sazilee, yang dipinjamkan dari Jabatan Peguam Negara merupakan antara tiga individu yang ditahan pada awal pagi Sabtu bagi membantu siasatan polis berhubung beberapa laporan polis yang dibuat terhadap Rewcastle-Brown. - Gambar Fail


KUALA LUMPUR: Polis menyerbu pejabat Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ahmad Sazilee Abdul Khairi pada Sabtu malam untuk mencari dokumen yang berkaitan dengan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut sumber SPRM kepada Astro AWANI, serbuan selama dua jam bermula pukul 7 malam oleh sekumpulan pegawai Cawangan Khas merampas sejumlah dokumen berkaitan.

Serbuan di pejabat Ahmad Sazilee di Bahagian Operasi Khas SPRM, Putrajaya itu turut merampas satu komputer riba.

Difahamkan, polis turut merampas dokumen "Perintah Operasi" iaitu dokumen yang ditandatangani Ketua Bahagian Operasi yang bertanggungjawab menjalankan siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd, sebuah entiti milik 1MDB.

Kira-kira 12 pegawai dan anggota polis terbabit dalam serbuan itu.

Sebelum itu, polis juga dilaporkan memeriksa kediaman Ahmad Sazilee, yang dipinjamkan dari Jabatan Peguam Negara.

Ahmad Sazilee, yang dipinjamkan dari Jabatan Peguam Negara merupakan antara tiga individu yang ditahan pada awal pagi Sabtu bagi membantu siasatan polis berhubung beberapa laporan polis yang dibuat terhadap Pengarang blog politik Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Mereka telah dibebaskan pada tengah malam Sabtu.

Menurut Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara, Bahagian Komunikasi Korporat, ACP Datin Asmawati Ahmad, ketiga-tiga individu itu dibebaskan dengan jaminan polis.

Selain Ahmad Sazilee, dua lagi individu yang ditahan ialah bekas Ahli Lembaga Penasihat SPRM, Tan Sri Rashpal Singh serta Ahli Sekretariat Kewangan dan Pasukan Petugas Khas Pentadbiran Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan Jabatan Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan Sabtu berkata, polis sudah merakam percakapan ketiga-tiga individu itu berhubung laporan berbaur fitnah yang dibuat oleh Clare.

Menurutnya, beberapa pegawai dari Bank Negara Malaysia dan beberapa bank komersial akan turut dipanggil bagi membantu siasatan polis.

- astroawani