Rabu, 29 Julai 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Polis siasat pihak ajak protes jalanan anti-PM

Posted: 29 Jul 2015 11:15 PM PDT


 
Polis akan menyiasat Datuk S Ambiga selepas dikatakan membuat kenyataan berhubung kemungkinan protes jalanan jika anggota parlimen tidak bertindak untuk menggantung pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Kenyataan ini timbul selepas Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam, memberitahu Malaysiakini, bahawa beliau enggan menafikan laporan laporan berhubung perkara itu.

Dalam sidang media hari ini, Khalid meminta Ambiga menjelaskan sama ada beliau menyebut perkara itu.

Ambiga bagaimanapun berkata beliau tidak mahu berhubung dengan pihak polis melalui media.

"Saya mahu tahu artikel atau tweet mana dia (Khalid) rujuk. Saya tidak mahu berkomunikasi dengan dia melalui media," katanya.

Khalid pula berkata beliau mahu memberikan peluang kepada Ambiga untuk menafikan perkara itu kerana mungkin terdapat kesilapan dalam laporan.

"Tetapi jika beliau tidak mahu menafikannya, jadi kita terpaksa bertindak," katanya.

Beliau berkata laporan polis mungkin dibuat dan Ambiga akan disiasat bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan berhubung kegiatan yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Di Twitter pula, Khalid berkata polis akan bertindak terhadap pihak yang menggalakkan orang ramai turut ke jalan raya bagi mendesak perdana menteri meletakkan jawatan.

Pelik Tapi Benar.. Ketika Semua Menyerang Najib

Posted: 29 Jul 2015 10:30 PM PDT


Pelik Tapi Benar.. Ketika Semua Menyerang Najib. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini berkata tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang enggan mengulas mengenai barisan Kabinet baharu jelas menunjukkan hala tuju parti itu yang cenderung kepada Umno.

Sambil menyatakan rasa kesal dengan tindakan Hadi itu, Lim berkata beliau juga terkejut dengan tindakan pemimpin PAS itu yang menyifatkan rombakan kabinet kerajaan persekutuan yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai perkara biasa.


"Itu jelas menunjukkan hala tuju PAS di mana beliau (Hadi) cenderung kepada perdana menteri dan Umno," katanya yang menyifatkan rombakan Kabinet semalam sebagai satu "gempa bumi"."

Pada sidang akhbar di George Town, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini amat prihatin dengan perkara itu dan berharap Najib dapat memperjelas pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Kabinet baharu itu.

Najib melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri menggantikan Muhyiddin. 
 
 
Addin

Mashitah dan penipuan tentang kepimpinan PM Farouk A. Peru

Posted: 29 Jul 2015 09:45 PM PDT

  Golongan agamawan yang memanggil diri mereka sebagai "pewaris nabi" dan menggunakan label "alim ulama" (maksudnya "orang yang berilmu") adalah golongan yang cukup disegani di kalangan orang Melayu Islam. 

Kalau sesiapa menyoal pandangan mereka, pasti banyak orang Melayu Islam yang akan tersentap dan nyaring menyanggah "kau tu siapa, ulama ke? Ulama belajar lebih 80 cabang ilmu" dan sebagainya. 

Dengan sikap yang amat taksub ini, tidak hairanlah yang golongan ulama boleh berkata apa saja dan masih boleh mendapat tepukan gemuruh daripada mereka. 

Saya amat terpegun beberapa hari yang lepas membaca tentang ucapan Datuk Mashitah Ibrahim tentang kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kononnya mencontohi Nabi Muhammad. 

Paling menghairankan, bidang kepakaran Mashitah adalah bidang agama tetapi beliau memberi analisa yang begitu cetek dengan membanding sunah Nabi Muhammad dengan kepimpinan Najib yang sekarang ini begitu hebat dikritik. 

Mungkinkah Mashitah menggunakan posisinya sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk cuba mempengaruhi rakyat jelata supaya menyokong kepimpinan Najib dengan berkata yang kononnya Najib mencontohi Rasulullah? 

Mari kita fikirkan. Hujah utama Mashitah ialah yang Rasulullah mengamalkan kepimpinan yang sederhana (atau dalam bahasa Melayu pentaksub Arab, "wasatiyah"). 

Kehidupan ini dikatakan sebagai moderat dan tidak ekstrem. Inilah dikatakan sebagai falsafah kepimpinan Najib. 

Adakah ini benar? Perlu diingat, semasa Isis (Negara Islam Syria dan Iraq) pertama muncul dulu, Najib satu-satunya pemimpin yang memuji kemaraan mereka. 

Pujian Najib ni amat mengejutkan pembaca di media sosial yang sudah sedar pada masa itu yang Isis organisasi ekstremis amat merbahaya. Namun begitu, perdana menteri kita sendiri memuji Isis! 

Bagaimana pula begitu? Ada 2 jawapan kepada masalah ini. Satu, Najib tidak sedar tentang apa yang dipercakapkannya. Jikalau demikian, beliau tidak mencontohi Nabi Muhammad. Nabi Muhammad pengikut setia Al-Quran (Surah Yunus, Ayat 15) dan jika fakta ini benar, maka Najib perlu mengetahui tentang apa yang dipercakapkannya sendiri. 

Dia perlu menyelidiki maklumat itu sebelum bersetuju. Kemungkinan kedua, Najib memang sedar dan mengagumi Isis yang sememangnya teroris dan pembunuh. Jika ini benar, maka Najib sendiri bukanlah pemimpin sederhana tetapi pemimpin yang ekstrem. 

Kerenah jahat Isis setakat ini memang tidak dapat dipuji mahupun diberi alasan oleh pemimpin dunia malah mereka mengutuk Isis. Jadi tindakan Najib memuji mereka sememangnya salah langkah yang jauhnya hingga ke laut, kata orang. Itulah sebabnya kita tidak mendengar apa-apa lagi mengenai Isis daripada Najib. 

Pada saya, ucapan Najib yang memuji Isis itu dilakukan kerana beliau tidak menyedari siapa itu Isis. 

Beliau hanya bertaklidkan anasir jahat dalam Jabatan Perdana Menteri yang ada bersimpati dengan perjuangan pertubuhan tersebut. 

Namun begitu, beliau belum lagi mencontohi Nabi Muhammad yang hanya akan mengikut perkara diketahuinya. 

Bagaimana pula dengan aspek lain kepimpinan Nabi Muhammad? Nabi Muhammad seorang yang gaya hidupnya amatlah sederhana. 

Baginda tidak mengadakan majlis besar-besaran atau mempunyai bangunan yang besar di mana VIP dan VVIP mendapat layanan istimewa. Baginda tidak duduk di tempat yang diangkat supaya baginda dapat dikenali sebagai seorang Rasul. Adakah ini budaya Umno? Rasanya tidak. 

Bagaimana pula dengan perhubungan dengan pemimpin dunia? Nabi Muhammad bukanlah seorang yang angkuh tetapi baginda juga bukanlah seorang yang akan berkompromi dalam prinsip hidup. 

Adakah begitu kesnya dengan pemimpin negara kita? Jika mereka benar-benar mencontohi Nabi Muhammad, mungkinkah mereka menggunakan syarikat "branding" daripada negara yang ada masalah dengan hak asasi manusia dan dikenali dunia dengan polisi pembersihan etnik mereka? 

Bagaimana pula dengan bermain golf dengan pemimpin yang polisinya menahan selama 15 tahun tanpa perbicaraan orang yang kononnya bersalah? Bukan saja bermain golf tetapi saya rasa Nabi Muhammad tidak akan mengambil "selfie" dengan pemimpin demikian.

 

Baginda tidak akan terpegun dengan sesiapa yang etikanya boleh dipersoalkan walaupun orang tersebut mempunyai kuasa yang tiada bandingannya. 

Nabi Muhammad juga orang yang telus dalam kegiatan hariannya. Ini bermakna yang beliau tidak akan merahsiakan kegiatannya daripada orang ramai. 

Baginda tidak boleh berbelanja harta baitulmal (tempat penyimpanan harta) dengan senyap-senyap kepada kroninya. 

Menurut Al-Quran, baginda memberi hujah yang baginda hidup di kalangan kaumnya seumur hidup. Jadi secara logiknya, segala kegiatannya boleh diketahui orang. 

Tiada alasan yang boleh diberi jika orang mahu menyelidik perbelanjaan Nabi Muhammad. Bolehkah ini dikatakan terhadap barisan kepimpinan kita? Bagaimana pula dengan retorik perkauman? 

Adakah Nabi Muhammad mengadakan polisi yang berlainan untuk Salman Al-Farsi (berbangsa Parsi) atau Bilal ibn Rabah (berbangsa Habsyi). 

Tidak sama sekali! Nabi Muhammad tidak boleh menggunakan sebarang retorik perkauman. Retorik begitu melanggar falsafah Islam yang menolak perkauman atau sebarang unsur rasis di kalangan manusia. 

Namun begitu, barisan kepimpinan Umno tiada masalah menghunus keris mereka dan berjanji untuk memandikan keris itu dengan darah kaum lain. 

Adakah ini cara 'rahmatan lil alameen' (manusia yang mengasihani sekalian alam) iaitu Nabi Muhammad? 

Rasanya tidak. Sekali lagi gelagat pemimpin Umno jauh tersasar daripada contoh Nabi Muhammad. 

Berbalik kita kepada Mashitah Ibrahim. Mashitah dulu pernah menyemarakkan api kemarahan dengan mendakwa yang orang bukan Islam membakar Al-Quran. 

Jadi dia pun menolak prinsip Al-Quran yang menyuruh kita menyelidiki sesuatu dakwaan sebelum mengikutinya. 

Dengan ucapan terkini daripadanya yang mendakwa yang perdana menteri mencontohi Nabi Muhammad, dapatlah dilihat yang Mashitah ini melacurkan agama Islam untuk kepentingan dirinya 


-malaysianinsider-

Pemecatan TPM: Perhimpunan Agung Khas UMNO & BN perlu diadakan Oleh Aspan Alias

Posted: 29 Jul 2015 09:00 PM PDT

 
Pemecatan TPM: Perhimpunan Agung Khas UMNO & BN perlu diadakanMesyuarat Majlis Tertinggi yang sepatutnya diadakan pada hari Jumaat ini telah dibatalkan. 
 
Begitu juga perjumpaan tertutup diantara Presiden parti dan pimpinan Bahagian yang juga sepatutnya diadakan di Dewan Tun Hussein Onn pada hari yang sama dibatalkan. Setiausaha Agung UMNO T Adnan Mansor tidak pula memberitahu apakah sebabnya perjumpaan-perjumpaan itu dibatalkan.

Pembatalan itu dikatakan kena-mengena dengan pemecatan Muhyiddin Yassin dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dua hari lepas. Apa kaitan dengan pemecatan itu sama-sama kita buat persepsi masing-masing.

Tetapi seperkara yang wajar difahami, yang dipecat itu adalah pemimpin nombor dua negara dan mesyuarat itu tidak sepatutnya dibatalkan. Malahan Najib sepatutnya memanggil perhimpunan Agung khas UMNO kerana yang terlibat itu adalah pemimpin besar dalam parti dan kerajaan. 

Moralnya perhimpunan Agong khas parti wajar dipanggil serta merta bagi mendapatkan pandangan perwakilan dari seluruh negara.

Lebih dari itu Najib sebagai pengerusi BN sepatutnya memanggil mesyuarat majlis tertinggi BN kerana ia melibatkan Timbalan Pengerusi kepada BN. Najib tidak boleh memecat seperti membunuh nyamuk sahaja. Yang beliau pecat itu adalah Timbalan Perdana Menteri bukannya timbalan pengerusi JKKK.

Jika Najib benar-benar bermoral manusianya, kedua-dua perhimpunan Agung Khas UMNO serta perhimpunan Majlis BN wajar diadakan kerana itu sahaja caranya bagi Najib mendapat sokongan secara legitimasi dari pimpinan BN dan perhimpunan agung UMNO.

Perlantikan Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri itu adalah dengan 'endorsement' BN, maka adalah salah moralnya jika BN dan perwakilan UMNO tidak diberitahu secara resmi tentang pemecatan yang beliau lakukan terhadap timbalannya. 

Jika semasa perlantikan Muhyiddin sebagai timbalannya dahulu di restui oleh perhimpunan UMNO dan BN maka pemecatan beliau itu perlu dirujuk kembali kepada perhimpunan khas UMNO dan BN juga.

Jika semasa meminang anak dara orang untuk dinikahi maka jika sampai waktu bercerai Najib perlu kembalikan isteri yang hendak diceraikan itu kepada ibu bapanya. Najib tidak boleh mencapakkan begitu sahaja timbalannya itu apabila sudah tidak diperlukannya lagi. 

Itu Melayu tidak beradab dan beradat namanya.Bukankah Melayu itu hidup mereka dikandung adat? Agama dijunjung adat dikendung, kata orang-orang yang beradat hidupnya.

Najib wajar memberitahu dengan berani bahawa beliau memecat Timbalanya itu diatas dasar dan sebab yang kukuh. Ahli-ahli UMNO serta BN wajar diberitahu melalui perjumpaan dan perhimpunan khas dan beliau tidak boleh hanya pandai memecat tetapi tidak tahu dan tidak berani untuk mengendalikan tindakan beliau memecat Timbalannya itu.

Lebih dari itu Najib perlu mendapatkan sokongan dari perhimpunan agung khas tentang perlantikan Ahmad Zahid Hamidi sebagai pengganti kepada Muhyiddin itu. 

Jika Najib tidak berani memanggil perhimpunan agung khas UMNO dan perhimpunan Barisan Nasional, persepsi umum yang pemecatan yang dilakukan oleh Najib itu adalah di dasarkan kepada kepentingan peribadi beliau sahaja dan bukannya diatas kepentingan partinya. 

Persepsi ramai yang beliau memecat Muhyiddin dan melantik Zahid Hamidi itu adalah semata-mata untuk melindungi beliau dari 'consequence' isu 1MDB semata-mata.

Ahli-ahli UMNO dan BN wajar mendesak Najib untuk memanggil perhimpunan agung khas itu kerana itu adalah tindakan yang sewajarnya dilakukan setelah melakukan pemecatan terhadap pemimpin nombor dua negara itu.

Kelalaian Najib dalam isu ini akan menguatkan persepsi ramai yang beliau seorang pemimpin yang tidak tahu adat dan adab dan hanya pandai mendapatkan dan seterusnya mengekalkan kuasa tanpa moral yang tinggi.
Isu ini isu besar. 

Najib perlu didesak dan mengambil isu ini sebagai isu besar kerana ia merupakan elemen penting dalam demokrasi, iaitu memperkayakan budaya dan semangat demokrasi itu.

Jika tidak dilakukan ini, Najib akan berhadapan dengan cemuhan dan interpretasi masing-masing dari rakyat jelata. Najib perlu bertanggungjawab diatas pemecatan timbalannya ini. 

Jika tidak betul kendaliannya, Najib tidak mustahil tersungkur dihadapan mata rakyat jelata yang semakin jemu dengan tindakan-tindakan pengecut beliau itu. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Malaysia Negara bertuah punya Menteri paling ramai diantara Negara2 Asean.

Posted: 29 Jul 2015 08:30 PM PDT

Herman Monte Herman Arap's photo.

P/s;foto hanya menunjukkan Menteri2 penuh,belum termasuk timbalan Menteri.

Lepasan Universiti Kemunting jadi PM ke 7 ?

Posted: 29 Jul 2015 08:00 PM PDT

Tentunya orang Perak boleh tersenyum seketika kini.Ini kerana MP Bagan Dato Zahod Hamidi di pilih PMNajib untuk gantikan tempat TPM Muhyiddin Yassin.

Anak saudara kepada Panglima PAS arwah Dato Hasan Adli ini mempunyai sejarah panjang dalam UMNO.

Bekas pelajar sekolah agama di Perak ini pernah isytihar "perang" ke atas Dr Mahathir atas isu kroni dan nepotisme.Belia menjadi Ketua Pemuda UMNO di era Anwar menjadi Timbalan PM.Zahid bersama Anwar ketika krisis Mahathir-Anwar 1998 yang menyebabkan Mahathir hantar Zahid "menuntut ilmu" ke Universiti Kemunting.

Selepas "lulus belajar" di Universiti Kemunting,beliau "bertaubat" dan berpaling tadah dengan menyokong semula Dr Mahathir.

Selepas PRU 2008,Pak Lah masukkan Zahid menjadi ahli kabinetnya sebagai Timbalan Menteri.Apabila giliran Najib menjadi PM,Zahid di angkat menjadi menteri penuh.Mulanya sebagai Menteri Tentera(Pertahanan) kemudian menjadi Menteri Polis(KDN) pula.

Semasa  menjawat Menteri Tentera,Lahad Datu di serang penceroboh Solo.Apabila Najib melantiknya menjadi Menteri Polis,Zahid mula tunjuk belangnya hinggakan Gengster, Kongsi Gelap,sindiket dadah dan gerila IS pun "gerun" dengannya.

Walaubagaimanapun,beberapa kontroversi juga melandanya seperti kes pukul Bazli dan wartawan MalaysiaKini.Biasalah panas baran peminat motor berkuasa tinggi.

Barangkali suhu amarah Zahid turun sedikit apabila menjadi orang nombor dua Malaysia dan bakal menjadi orang Perak pertama menjadi PM Malaysia.Itupun jika UMNO masih releven untuk setahun dua ini.

TRANSFORMASI

Posted: 29 Jul 2015 07:30 PM PDT





FAHAMi APA

iTU


TRANSFORMASi

 

Ahmad Maslan Dakwa Video Pendedahan Muhyiddin Adalah Bohong

Posted: 29 Jul 2015 07:00 PM PDT









Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan menolak dakwaan video yang dirakamkan di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui wang sebanyak RM2.6 bilion telah dipindahkan ke akaun peribadinya.

"Itu tidak betul.. tidak ada pengaliran wang dan sebagainya. Sebenarnya presiden (Najib) telah memberi taklimat kepada kami Ahli Majlis Tertinggi (UMNO) tentang perkara yang berkaitan.

"Beliau tidak pernah menggunakan 1MDB dan masuk ke dalam akaun dia," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis makan malam bersama Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia (PPIPBM), pada Rabu.

Jelas beliau, perkara itu sudah pun diperjelaskan Perdana Menteri dan beliau menafikan telah menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Terbaru, video pendek berdurasi 57 saat yang dimuat naik Malaysiakinimenunjukkan, bekas Timbalan Perdana Menteri itu sedang berbual dengan beberapa tetamu termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir di kediamannya Selasa lalu.

Dalam perbualan mereka itu, Muhyiddin menyebut Najib pernah mengakui kepadanya bahawa terdapat sejumlah besar wang dipindahkan ke akaun peribadinya.

astroawani



Fact Sheet - July 29: BERSIH 4.0 calls for August rally

Posted: 29 Jul 2015 06:30 PM PDT


VIDEO - Usul undi tak percaya menunggu Najib di Dewan Rakyat

Posted: 29 Jul 2015 06:00 PM PDT

 

KENAPA MT UMNO 31 JULAI BATAL?

Posted: 29 Jul 2015 05:30 PM PDT


Ismaily Bungsu C's photo.

MT UMNO yang dijadualkan 31 Julai ini diberitakan dibatalkan. Kenapa dibatalkan? Apakah Najib tidak berani berhadapan dengan dua tokoh yang dia pecat itu?

Lagi diberitakan Najib akan ketemu semua ketua2 bahagian seluruh negara di KL dan sekaligus akan ketemu kedua pemimpin yang dipecat itu.

Apakah Najib akan berani berhadapan dengan keduanya atau ini juga akan dibatalkan?

Jangan lupa, keduanya duduki kerusi dalam UMNO kesan dipilih oleh perwakilan dan untuk memecat keduanya bukan kuasa Najib dan kena berhadapan dengan perwakilan dengan alasan2 yang masuk akal.

Najib memecat keduanya sebagai menteri kesan mengkritik soal dana 1MDB yang sejumlah RM42 bilion dan paling ketara dana yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib di kedua akaun di Ambank Private KL sejumlah RM2.6 bilion.

Najib diberitakan melalui surat kabar telah mengakui kemasukan dana berkenaan dan kemudian ia membuat kenyataan tidak menggunakan wang itu untuk kepentingan diri.

Kedua akaun yang dijelaskan telah ditutup, lalu ke mana perginya wang berkenaan dan ini memerlukan penjelasan.

Rakyat mahu tahu dari mana Najib mendapatkan wang sejumlah RM2.6 bilion itu? apakah itu wang rasuah atau wang dari 1MDB hak rakyat?

Kita faham menurut fasal 117M&A 1MDB, Najib selaku PM berkuasa penuh terhadap dana 1MDB dan ikut kuasa itu Najib seolah menjadikan syarikat kepunyaan Kementerian kewangan itu milik peribadi Najib hingga 1MDB mengalami hutang RM42 bilion.

Najib sendiri melantik pasukan petugas peguam khas untuk siasat skandal negara termasuk Gavenor BNM, Ketua Polis Negara, dan pengerusi SPRM. Kemudian mengapa Najib pecat peguam negara walhal bersaranya oktober depan? Apakah Najib takut?

Kemudian kenapa memilih yang menyokong Najib sebagai menteri dan kebetulan 4 orang Menteri itu ahli PAC dan ini jelas memilih yang bersikap pak angguk untuk selematkan diri kesan 1MDB?

Ketua2 bahagian UMNO kalau sayangkan negara, kena tanya semua perkara ini dan memang menjadi kesalahan kalau dana negara di 1MDB dimasukkan ke akaun peribadi dan kalau tidakpun kesan rasuah juga boleh diambil tindakan.

Jelasnya meski rombakan kabinet telah dilakukan dan itu bukan cara untuk menyelesaikan masalah 1 MDB dan rakyat mahu tahu ke mana dana RM42 bilion itu dan mana sudah dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

Rakyat mahu tahu dan Najib kena jelaskan dan bukan melambat2kan dengan bermacam alasan.


ISMAILY BUNGSU
sabah
 

Sudah ada cawangan Umno bangkit buat undi tak percaya kepada Presiden ??

Posted: 29 Jul 2015 05:00 PM PDT

  

Gugur TPM: Cawangan Umno tidak sokong Presiden.

Muhyiddin JOHOR BAHRU - Keputusan menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam senarai kabinet sebagai Timbalan Perdana Menteri mengundang rasa tidak percaya di kalangan akar umbi terhadap kepimpinan Presiden Umno.

Ia membuatkan Umno Cawangan Kampung Pok yang berada dalam Bahagian Gelang Patah mengadakan satu mesyuarat tergempar semalam.

Timbalan Ketua Cawangannya, Azman Abdul Rahman yang membawa usul berkenaan turut disokong kira-kira 200 ahli parti cawangan berkenaan.

"Kami bukan mahu keluar dari parti ..dan masih setia dengan Umno, tetapi keputusan menggugurkan Muhyiddin menyebabkan kami hilang kepercayaan terhadap Presiden (najib).

"Rombakan kabinet dengan menggugurkan Muhyiddin adalah tidak sesuai dengan keadaan semasa..sepatutnya presiden lebih menumpukan kekuatan parti untuk mendapat sokongan rakyat," katanya.

Pemecatan demi panjangkan hayat politik Najib - Zam

Posted: 29 Jul 2015 04:59 PM PDT


SEMAKIN PANAS !! TMJ Bersuara Isu Muhyiddin Yassin Ditendang Kabinet Oleh Najib Razak By canang

Posted: 29 Jul 2015 09:00 AM PDT

 
 
Makin panas dan panas . Selepas apa yang berlaku pastinya pelbagai pihak memberikan reaksi samadapositif mahupun negatif . Tapi kebanyakkannya lebih cenderung kepada negatif .
 
Terkini , TMJ juga seakan memerli apa yang Najib Razak telah lakukan terhadap kabinetnya .
 
'Kalau Dah Nak Lemas, Najis Pun Capai'
 
Demikianlah kata-kata yang dinyatakan oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada petang tadi yang menimbul persoalan netizen apakah kata-kata itu berkaitan dengan rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri.
 
Difahamkan, kenyataan itu dikeluarkan ketika beliau bersoal jawab dengan wartawan yang bertanyakan pandangannya mengenai FAM atau bola sepak.
 
Wartawan : Tunku, ada sebarang komen berkenaan bolasepak atau FAM?
 
TMJ : Kalau orang dah nak lemas, najis pun dia sanggup capai.
 
Wartawan: Apa maksud Tunku?
 
TMJ : Fikir-fikirkanlah sendiri.
 
Wartawan: Adakah ini berkenaan bola sepak ataupun berkenaan isu-isu yang lain?
 
TMJ : (senyum)… Terima kasih.
 
Sebelum ini, TMJ pernah mempertikaikan kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir ke forum Nothing ToHide di PWTC dengan alasan telah dinasihatkan oleh Ketua Polis Negara. -azyumiko
 
#najibletakjawatan besepah-sepah di komen-komen fanpage rasmi Najib Razak . Kental betul apa yang Najib buat sekarang ni , Adakah taktik Obombaaa ?? 
 
 
Inikah yang dipelajar sambil main goft tempoh hari .

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Mohamed Apandi Ali, 65, telah dilantik sebagai Peguam Negara yang baru.

Posted: 29 Jul 2015 08:30 AM PDT

Mafiaboss Melayu's photo.Menurut laporan Bernama, Ketua Setiausaha Negara Ali Hamsa mengumumkan perkhidmatan Abdul Gani sebagai Peguam Negara ditamatkan atas sebab 'masalah kesihatan'.

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Mohamed Apandi Ali, 65, telah dilantik sebagai Peguam Negara yang baru.

Yang di-Pertuan Agong, bertindak atas nasihat perdana menteri, telah memberikan keizinan perlantikan Apandi sebagai peguam negara berkuatkuasa 27 Julai.

Laporan yang sama juga mendedahkan yang Gani akan terus berkhidmat kepada negara sebagai pegawai perundangan dan penghakiman sebelum dia bersara wajib pada 6 Oktober 2015.

Gani akan berusia 60 tahun pada 6 Oktober, umur wajib bersara bagi kakitangan awam.

Ada dua persoalan yang saya harus kemukakan selaku rakyat biasa.

Jika jawatan Peguam Negara ialah jawatan perkhidmatan awam dan umur bersara wajib untuk perkhidmatan awam ialah 60 tahun, bagaimana Apandi Ali yang sudah berusia 65 tahun dibenarkan memegang jawatan tersebut?

Jika jawatan Peguam Negara yang memerlukan keizinan dari sultan ialah lantikan politik, maka kerajaan perlu bersikap telus tentangnya. Biarkan satu negara tahu yang jawatan yang paling penting selaku ketua pendakwaraya negara ini ialah satu jawatan lantikan politik.

Ketika ini, saya juga tertanya-tanya tidak adakah pegawai kanan lain dalam Kamar Peguam Negara yang cukup layak menggantikan Gani Patail sebagai Peguam Negara sehingga terpaksa diambil seorang hakim Mahkamah Persekutuan.

Bagaimana dengan orang kedua terpenting dalam kamar Peguam Negara- Peguam Cara Negara? Adakah tidak layak dan tidak boleh diharap untuk menggantikannya?

Kerajaan perlu menjelaskan keadaan ini.

(Kredit to: Sdr Farouk Hashim)

PANAS - SKANDAL RASUAH GABENOR BANK NEGARA ZETI

Posted: 29 Jul 2015 08:00 AM PDT



Plot semakin memuncak, cawangan khas kini menyiasat Governer Zeti, Datuk Shamsiah, Datuk Shamsuddin dan Abdul Rahman dari Bank Negara Malaysia di bawah seksyen 124 Kanun Keseksaan.

Pada masa ini disiasat di bawah seksyen 124 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman sehingga 20 tahun penjara

Seksyen 124 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman sehingga 20 tahun penjara.

Difahamkan bahawa sebagai tambahan kepada siasatan seksyen 124, siasatan rasuah akan juga diadakan membabitkan Zeti dalam satu perjanjian yang melibatkan Dato' Tawfiq Ayman dan Alif Ayman.

Siasatan tersebut adalah dua kali ganda tetapi akan menyiasat mereka yang terlibat dalam rundingan langsung kontrak pam air di mana Kementerian Pelajaran dianugerahkan kontrak air lumayan kepada syarikat yang mempunyai beberapa pengarah yang berkaitan dengan Tan Sri Dr Zeti.

Pelanggan utama syarikat yang mempunyai kaitan dengan Zeti adalah Kementerian Pelajaran

Siasatan yang dijalankan akan menyiasat pengendalian dana Kerajaan dan penyalahgunaan proses tender.

Adalah penting untuk ditekankan bahawa terdapat komitmen kewangan yang terlibat dalam kerja-kerja rawatan air. Ini bukanlah satu 'Bukan boleh Keuntungan'.

Dato Tawfiq Ayman adalah suami kepada Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang juga kini adalah Gabenor Bank Negara.

Dato Tawfiq Ayman juga di bawah perhatian baru bagi komisen haram yang diterima dalam perjanjian CIMB-Southern Bank di mana pihak ketiga mendapat keuntungan daripada saham hasil daripada pengendalian maklumat sulit secara haram. Terdapat tumpuan baru dalam penyiasatan ini berikutan penemuan bukti baru.

Oleh kerana hubungan yang rapat antara suami dan isteri, Ayman mempunyai akses kepada maklumat sulit yang telah digunakan untuk mendapat keuntungan dalam urusan perniagaannya.



Bloglist Malaysia

Terkini: Bangunan Polis Bukit Aman Terbakar!

Posted: 29 Jul 2015 07:15 AM PDT

 

Kuala Lumpur – Bangunan Bukit Aman di laporkan terbakar dalam satu kejadian kira-kira jam 5.20 petang tadi.

Menurut sumber, kebakaran di tingkat 9 dan 10 menara tersebut bermula dari 'pantry' sebelum merebak ke tempat lain.

Sepasukan anggota bomba dan penyelamat telah tiba di tempat kejadian bagi mengawal keadaan.

Kebakaran tersebut berlaku tatkala negara "di tengah-tengah bahang" dengan isu pemecatan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Gani Patail sebagai Peguam Negara serta isu 1MDB.

Justeru itu tidak menghairankan wujudnya spekulasi nakal di laman sosial yang mengaitkan kebakaran itu dengan percubaan untuk menghilangkan "evidences" tertentu.

Ketua Polis Negara walaubagaimana pun menyatakan hanya dokumen tidak penting yang terbakar dan meminta semua pihak tidak menyebarkank habar angin.

Asrro awani melaporkan:

Satu kebakaran telah berlaku di salah sebuah bangunan lama Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman.

Kebakaran dilaporkan berlaku di tingkat 10 Menara 2 yang menempatkan Jabatan Narkotik dan Jabatan Siasatan Jenayah.

Difahamkan pihak bomba menerima laporan kebakaran tersebut kira-kira 5.20 petang tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengesahkan kejadian tersebut menerusi akaun Twitternya.

Menurutnya, kebakaran tersebut berjaya dipadamkan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kejadian sedang disiasat.



Kelab Greenboc

Muhyiddin Kata Najib Akui RM2.6B Dalam Akaunnya

Posted: 29 Jul 2015 06:32 AM PDT



Satu rakaman video menunjukkan Tan Sri Muhyiddin membincangkan mengenai dakwaan bahawa wang jutaan ringgit dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi perhatian hari ini.

Video sepanjang 53 saat itu menunjukkan bekas timbalan perdana menteri itu berbual dengan beberapa orang tetamu di kediamannya, antaranya Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas menteri, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

Sebahagian daripada rakaman itu tidak dapat didengar dengan jelas, namun secara umum, Muhyiddin dalam video itu nampaknya membangkitkan bahawa beliau sudahpun bersemuka dengan Najib berhubung dakwaan tersebut.

Ia berhubung dakwaan yang dilaporkan The Wall Street Journal pada 3 Julai lalu, bahawa penyiasat Malaysia mendapati wang sebanyak hampir AS$700 (RM2.6 bilion) juta dipindahkan ke akaun peribadi Najib.

Susulan laporan WSJ, Najib menafikan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi dan menuduh bapa Mukhriz, bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi dalang untuk menjatuhkannya.

Dalam video itu, Muhyiddin memberitahu para tetamu bahawa beliau sudah bertanya mengenai sumber wang tersebut dan mendapat jawapan bahawa dana berkenaan diperolehi daripada seorang individu di Timur Tengah.

"Then saya kata kenapa masuk akaun you? Kenapa masuk akaun Najib Razak?," soal Muhyiddin.

"Dia mengaku. Jadi saya tanya: Mengapa letak dalam akaun peribadi sendiri?," kata Muhyiddin lagi dalam bahasa Inggeris.

Ketika dihubungi, Abdul Kadir mengesahkan bahawa perbualan itu sememangnya berlaku namun menegaskan bahawa ia tidak sepatutnya dirakam.

Beliau juga enggan memberi pandangannya mengenai isi perbualan berkenaan.

"Saya tidak mahu komen mengenainya. Ia adalah perbualan tertutup. Ia tidak sepatutnya dirakam.

"Mukhriz sudah meminta hadirin supaya tidak merakamnya," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi petang ini.

Berikut adalah transkrip penuh perbualan:

Muhyiddin: I asked him (Najib) from whom? He did not mention siapa nama dia, from somewhere in the Middle East.

Berapa banyak? Lepas tu dia ..(tidak jelas)... susah nak kiralah. Dia kata 'a lot', 'a lot'.

Then saya kata kenapa masuk akaun you? ... (tidak jelas) ... kenapa masuk akaun Najib Razak? Duit berapa? 700 million US dollar. Kalau kali tiga point something... 2.6 billion that goes into his personal account.

Ini dia sebut. He admitted. So I said why did you put into your personal account?

- mkini

Saya tidak kesal kritik Najib, 1MDB – Muhyiddin Yassin

Posted: 29 Jul 2015 02:30 AM PDT

  <iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/JMnOzfXQ3EQ" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui beliau sedikit pun tidak menyesal mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak terutama berkaitan kontroversi syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai pemimpin beragama Islam, beliau tidak boleh berbohong mengenai situasi (1MDB) yang berlaku pada masa ini.
"Sebagai orang lama dalam politik, setelah apa yang berlaku, saya tidak boleh berbohong. Mungkin pandangan saya agak pedas, tetapi ia harus dilaksanakan," katanya pada sidang media di rumahnya di Bukit Damansara pada Rabu.
Muhyiddin berkata, Jemaah Menteri perlu diperjelaskan mengenai isu kontroversi 1MDB kerana selama ini maklumat yang diberikan tidak jelas.


"Isu besar 1MDB perlu lebih diberikan penjelasan. Sebab itu saya perlu mendapatkan maklumat lain untuk membantu siasatan," katanya lagi.
Muhyiddin sewaktu berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Cheras menyatakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan kalah sekiranya isu 1MDB tidak diselesaikan.
Ditanya tentang pengumuman beliau digugurkan dalam barisan Kabinet, Muhyiddin akui hanya diberitahu mengenainya pada Selasa.
"Sewaktu dihubungi pada pukul 11.30 pagi, saya berada di Sendayan, Negeri Sembilan. Saya sedar bahawa majlis di Sendayan itu merupakan majlis terakhir saya sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Mengulas lanjut mengenai pertemuannya dengan Najib di Pejabat Perdana Menteri selepas itu, Muhyiddin berkata, beliau ada bertanya tentang tujuannya dipanggil oleh Najib dan jika ia berkaitan rombakan Kabinet.
"Dia (Najib) hanya mengangguk. Kemudian saya bertanya adakah saya tidak disenaraikan dalam Kabinet itu, dia (Najib) hanya angguk dan selepas itu, Najib hanya mengucapkan terima kasih," katanya.

Muhyiddin: Saya tahu lebih sikit tentang 1MDB

Posted: 29 Jul 2015 01:45 AM PDT

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/JMnOzfXQ3EQ" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>


Susulan kelantangannya dalam isu 1MDB, ramai tertanya-tanya sejauh mana Tan Sri Muhyiddin Yassin tahu berkaitan kontroversi melanda  1MDB, syarikat cetusan ilham perdana menteri.

Diajukan soalan itu oleh pemberita hari ini, beliau tidak menyatakan secara langsung tetapi berkata ia lebih sedikit daripada pihak media.

"Saya tahu (mengenai 1MDB)  dari apa yang dikatakan dan bahan yang diberi.

"Dan apa yang saudara (pemberita) tahu  tentang 1MDB mungkin saya tahu lebih," katanya dalam sidang media di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur hari ini.

Muhyiddin hari ini mengadakan sidang media pertama selepas digugurkan sebagai timbalan perdana menteri semalam.






Corruption Scandal: Bank Negara Governor Zeti petrakubrik

Posted: 29 Jul 2015 01:00 AM PDT


The Plot Thickens, Special branch is currently investigating Governer Zeti, Datuk Shamsiah, Datuk Shamsuddin and Abdul Rahman of Bank Negara Malaysia under section 124 of the penal code.

Currently under investigation under section 124 of the penal code that carries a penalty of up to 20 years in prison.
 
Currently under investigation under section 124 of the penal code that carries a penalty of up to 20 years in prison.
Section 124 of the penal code carries a penalty of up to 20 years imprisonment.

It is understood that in addition to the section 124 investigation, a parallel corruption investigation will also be held implicating Zeti in a deal that involves Dato' Tawfiq Ayman and Alif Ayman.

The investigation is two fold but will probe those involved in the direct negotiation of water pump contracts whereby the ministry of Education awarded lucrative water contracts to the a company that has several directors who are related to the Tan Sri Dr Zeti.

Several directors of www.azair.com.my are linked to Governor Zeti
Several directors of http://www.azair.com.my are related to Governor Zeti.
A major client of the Zeti linked company www.azair.com.my is the education ministry.
A major client of the Zeti linked company http://www.azair.com.my is the education ministry.
The investigation under way will probe the mishandling of Government funds and abuse of the tender process.

It is important to note that there is a financial commitment involved in the water treatment work. This is not a Not for Profit
A snapshot from the company website indicates that there is a clear financial commitment involved in the water treatment work. "Azair will outline the financial commitment required", clearly this company is not a not for profit. 
Dato Tawfiq Ayman is the husband of Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz who is the acting Governor of Bank Negara.

Dato Tawfiq Ayman is also under a renewed spotlight for illicit commissions received in a CIMB-Southern Bank deal where by third parties profited from stock due to the illicit handling of confidential information. 

There is a renewed interest in the investigation of this following the introduction of new evidence.

By virtue of the close relationship between husband and wife, Ayman has access to confidential information that has been used for his benefit in his business dealings.

In order for a bank to be sold and bought over it has to be approved by Bank Negara and the Securities Commission. What this means is that confidential information would be made available to Zeti due to her position. In the case of CIMB – Southern bank, Zeti's husband Dato Tawfiq Ayman was a broker for the deal and was paid a handsome commission. 

The finalized deal was valued at just over USD1.8 million dollars with many analysts valuing the deal at 1.92 of book value. Whilst this is not extraordinary in it's own sense, what is troubling is the involvement of Zeti's husband in the deal.
  1. How is possible for millions and even billions of dollars as alleged by various news portals to moved around without the knowledge of the Governor of Bank Negara?
  2. Zeti should clarify why a company controlled by her family members received lucrative water contracts from the ministry of education
  3. What was the nature of Zeti's involvement with CIMB Southern bank deal? Similarly what was Tawfiq Ayman's involvement?

Betul Ker BAPAK KO IJO..??

Posted: 29 Jul 2015 12:15 AM PDT

Komeneh Gopen's photo. Kenaikan Zahid dicawangan dan bahagian bermula dengan laluan dari sepupunya Azahari dan ahli ahli tempatan bagan Datoh. 

Apabila dia sudah naik, ditinggalkannya mereka mereka yg membantunya tanpa pembelaan. malah Azhari sendiri dibiarkan bagitu sahaja selama puluhan tahun tanpa dibantu dari keuntungan nasibnya.

Politik Zahid penuh dengan peristiwa peristiwa dan tingkah laku yg tidak menunjukan kesetiakawan dalam politik, banyak rakan politik yg ditikam dari belakang apabila timbul peluang.

Bukan setakat itu, malah Zahid tidak malu mengutuk pihak pihak yg pernah membantunya. Tetapi apabila terjebak dgn masaalah dia tidak malu utk merayu pertolongan. setelah pulih semula, dia sedia menghentam mereka yg membantunya.

Semasa Rahim Tamby Cik menghadapi masaalah mengenai tuduhan salah laku sek bawah umur, Zahid adalah dalang yg meletakkan tekanan yg memaksa Rahim mengundur jawatan sebagai ketua 

pemuda.Jawatan Pemangku pemuda diganti oleh Nazri Aziz. Zahid dinaik pangkat pemangku ketua pemuda UMNO.

Sehabis tempoh, Nazri engan bertanding Jawatan ketua pemuda, Zahid yg bertanding tetiba menang dalam satu pertandingan 4 penjuru dan terus menyanjung Tun Madey dengan berkata " aku sayang orang tua itu ".

Tapi hanya manis dibibir saja, dan selepas itu membantu rakan baiknya DSAI utk memalukan Tun Madey dengan syarahan KKN semasa DSAI tidak sabar utk menjadi penganti TUN madey dan mereka merancang menjatuhkan TUN Madey.

Sikap talam 2 muka 3 muka malah 4 muka Zahid terus kelihatan hingga sekarang dengan GAME kejatuhan Jiddin.

'Muhyiddin, Shafie tidak boleh diam'

Posted: 28 Jul 2015 11:30 PM PDT






Hari ini, rasmilah bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi menjadi timbalan perdana menteri dan menteri pendidikan. Turut digugurkan, Datuk Seri Shafie Apdal dari jawatan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.

Sebaik selepas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kedua-duanya nampaknya menerima keputusan tersebut dengan reda dan berlapang dada.

Walau tidak lagi bergelar menteri, Muhyiddin, 68, dan Shafie, 57, juga cuba menunjukkan bahawa kritikan dan persoalan yang dilontarkan mereka adalah "demi rakyat".

Parti pembangkang kini berusaha untuk merisik mereka, namun kedua-duanya masih setia dengan Umno. Maka, jalan apakah di hadapan mereka?

Sewaktu masih dalam Kabinet, mereka terikat dengan tanggungjawab bersama sebagai anggota jemaah menteri seperti yang ditegaskan Najib. Namun, kini tidak lagi.

Di dalam Umno, kedua-duanya masih kekal dalam jawatan yang dipilih secara demokratik.

Muhyiddin masih lagi timbalan presiden seperti kehendak perwakilan Umno dalam pemilihan parti tahun 2013. Begitu juga Shafie, naib presiden.

Muhyiddin dan Shafie boleh memilih untuk berdiam diri dan mengaku tewas di tangan Najib, atau mengotakan ikrar mereka agar "rakyat" dapat mengetahui duduk perkara sebenar dalam isu 1MDB.

Fakta yang muncul dalam siasatan kes 1MDB setakat ini cukup memeranjatkan. Tokoh wartawan, Datuk A Kadir Jasin semalam memberitahu, Pasukan Petugas Khas mempunyai cukup bukti untuk mendakwa pihak yang  terbabit dalam kes 1MDB.

Tanpa mendedahkan sumbernya, A Kadir mengaitkan maklumat daripada "bekas pengawai tinggi perundangan" itu dengan siasatan ke atas akaun Najib, didakwa

Semalam, dengan tidak semena-mena, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mendapati beliau tidak lagi menjawat jawatan itu. Alasannya, beliau terpaksa diganti kerana faktor kesihatan.

Aneh sekali, seorang peguam negara yang menganggotai satu pasukan penyiasat penting digugurkan secara mengejut, kata peguam kanan, Datuk S Ambiga.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed pula tidak dapat terus berada di jawatan tersebut kerana Najib mengumumkan beliau dilantik ke jawatan timbalan menteri hari ini.

Melihat kepada perkembangan ini, Muhyiddin dan Shafie tidak mampu untuk berdiam diri. Mereka perlu membuka mulut – sebesar yang boleh – seperti mulut bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bak kata orang tua-tua, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Tiada apa sangat yang mereka perlu gusarkan.

Paling teruk, mereka mungkin dipecat dari jawatan dalam Umno, jika terus mengkritik kerajaan dan membangkitkan persoalan mengenai 1MDB.

Tapi Najib akan hilang kawalan ke atas parti jika berbuat demikian, seperti yang dihadapi Tun Dr Mahathir Mohamad selepas memecat timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

- mkini