Selasa, 28 Julai 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Tan Sri Muhyuddin Akan Dipecat Dari UMNO ?

Posted: 28 Jul 2015 11:00 PM PDT

MUHYIDDIN TO BE SACKED FROM UMNO? Have we all underestimated Najib & Rosmah?

Oleh J. D. Lovrenciear

MUHYIDDIN TO BE SACKED FROM UMNO? Have we all underestimated Najib & Rosmah?The fall of Deputy Prime Minister and Vice President of Umno, Tan Sri Muhiyuddin in an unceremonious fashion from Cabinet together with several others who were opposed to the Najib game-plan should make many people to rush to the drawing board.

Not so much to hatch a counter plan but to search their souls if they had underestimated the joint prowess of the Najib-Rosmah team.

As we reckon, Tan Sri Muhiyuddin is no plain politician who rose to the echelons of power by chance. He is a grassroots man and hails from the cradle of Umno, Johor, to begin with.

Add to that the recent spat between a Najib-Rosmah loyalist with the royal household of the State of Johor.

What do you have? A potent, latent ball of unhappiness that can go ballistic of course given the Malay culture where to 'menghina' is not taken kindly. And when a Muslim invokes the name of God in resignation in the face of such totally unacceptable sacking of their leader, the embers cannot be extinguished over time.

But that sentiment aside, have we really underestimated the Najib-Rosmah team power? Yes. Let us eat humble pie to appreciate this truth.

Umno supreme council determined to ignore 1MDB debacle


Pic of Rosmah (in gold), Muhyiddin (green tie) & Najib (blue tie) Now there is talk that Muhyiddin might be sacked from Umno at its Friday supreme council meeting, just like Anwar Ibrahim was in 1998 - Malaysia Chronicle

All the opposition mavericks could not bring the 1MDB to weigh upon Najib or his spouse or the paid blind loyalists.

The Tun, often compared to a cunning old fox too could not shunt the throwing out of those who stood by his battle-cry to remove Najib.
Did anyone anticipate that there will be new cabinet taking shape so soon? Yes. We knew it for sure as the rumour mill was active for quite a while. But it came at time when we least expected by the days and weeks.

Plan B 

What is most significant in this day and times is the fact that the Najib-Rosmah team would not have hatched their checkmate advances recently. It must have been a plan long on the boards under cover.

Looking back, it could all have been in the pipeline since the days of weapons purchases and kickbacks sourced. It could have almost got derailed with the Altantuya murder but the team pulled that one through with no one being sent to the gallows even after all these years and the courts having deemed that motive was not essential.

Before the 1MDB debacle, there were many more dents to their armor – from branded bags to shopping sprees to jet set lifestyles at government expense.

There was a news break out about Rosmah's boy making it real big in the wild wild west.

They survived all of that too. Then came the multi-million splurge on a wedding. That do was dusted off like droplets on a duck's back.

The cascades of global expose of the 1MDB that saw a scramble to initiate all kinds of high-profiled investigations saw many going incommunicado or tight-lipped.

Was it fear or wisdom or sheer facts against allegations that silently dictated to some that to instead pledge absolute loyalty to the Najib-Rosmah team is the only option to withstand an onslaught in the making?

It looks like they have won but have they really won?

Today we witness the Najib-Rosmah team surrounded by a team of full-pledged loyalists, the new Cabinet line up.


Umno is in tatters. But the Najib Administration has revved up to a higher overdrive mode. The opposition is running around with a torn stigmas of a failing coalition given the unsavory fact that the Najib-Rosmah team saw to it very much earlier that the opposition camp's charismatic leader Anwar Ibrahim is best shut away in the dungeon.

All the veterans of Umno tried. Tengku Razaleigh tired. Musa Hitam did too. Tun Daim would certainly not have abstained. Rafidah Aziz blasted too.

But the Najib-Rosmah team has checkmated all of them. That may be hard to accept. Some will argue that the old fox is not done yet.

Even before the dust can settle this Tuesday 28 July as streams of shocked supporters are almost camping at the now former DPM's house, we hear whispers of the 1MDB investigations hitting a wall already.

With the TPP in insight with initiatives in place soon in Hawaii and later in Malaysia come November 015, all that matters to the global players is that the Najib-Rosmah team is not rattled. That too is another fact that the Najib-Rosmah team are capitalizing to the last letter.

In the days ahead we will know whether Umno will crack up or have a last go at the Najib-Rosmah team. But with the change of guard in the AG's department, is there much hope really? Already there is talk of hauling up those guilty of hanky-panky dealings beginning with the now former DPM's finger in the cookie jar.

The question then is have we underestimated the Najib-Rosmah team this far? - MAIL BAG


Malaysia Chronicle.

Segitiga Di Leher Nora Danish, Simbol Illuminati? By canang

Posted: 28 Jul 2015 10:15 PM PDT





SUKAR untuk membicarakan tentang Illuminati secara tepat kerana memerlukan huraian yang panjang, namun Illuminati biasa dikaitkan dengan satu pertubuhan rahsia yang ditubuhkan sejak tahun 1776 bertujuan mengatur pelbagai peristiwa dunia bagi mewujudkan satu 'dunia baru'.


Dikatakan, salah satu yang melemahkan agenda besar ini adalah pengaruh Islam jadi pelbagai langkah dibuat untuk melemahkan penganut agama syumul ini di seluruh dunia termasuk melekakan mereka dengan hiburan.


Sejauh mana kebenarannya tak dapat dipastikan namun pengaruh Illuminati yang menyusup masuk melalui dunia hiburan di seluruh dunia sudah lama dibincangkan.


Apa yang sukar, pengikut pertubuhan sesat ini dikatakan bergerak secara rahsia dan hanya menerusi simbol-simbol tertentu sahaja mereka dapat dikenali.


Justeru kalau pun terlihat simbol yang mencurigakan hingga membuatkan seseorang itu dikaitkan dengan pertubuhan Illuminati atau mana-mana ajaran sekali pun, sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut masih boleh disanggah apatah lagi di zaman sekarang ramai yang melakukan sesuatu secara membuta tuli tanpa memahami maksud sebenarnya.


simbol-agama
 

Antara lambang atau logo yang biasa dikaitkan dengan Illuminati adalah mata sebelah dan piramid atau segitiga.

Terbaharu, isu Illuminati dikaitkan dengan pelakon hot Nora Danish yang didapati mempunyai lambang menyerupai segitiga di bahagian lehernya, dipercayai tatu sementara.




Pemeriksaan mendapati walaupun peminat sibuk bertanyakan lambang segitiga tersebut, Nora masih mengekalkannya di leher sehingga kelmarin 


nora2


.

nora4


nora1
 

Tak dapat dipastikan sama ada lambang tersebut masih kekal di leher kekasih Nedim ini namun difahamkan, Nora menafikan sama sekali ianya ada kena mengena dengan Illuminati.

Nora: Tak Mahu Berkahwin Hanya Untuk Tutup Mulut Orang


Berkemungkinan besar, Nora hanya 'suka-suka' sahaja memakai lambang tersebut di lehernya.

Namun sebagai ingatan buat Nora mahupun diri sendiri dan saudara seIslam lain, melakukan sesuatu menyerupai kaum atau penganut agama lain adalah haram hukumnya.. termasuk bertatu walau sementara. Wallahua'lam. –  


MYNEWSHUB.CC

Apandi Ali ganti Ghani Patail, Zahid ganti Muhyiddin - Carian google mencanak !

Posted: 28 Jul 2015 09:30 PM PDT


 

Carian google hari ini tiba-tiba mencanak naik dengan pencarian maklumat dua nama yang saya sebutkan di atas.
Berpusu-pusu orang mencari maklumat berkenaan Mohamed Apandi Haji Ali dan berpusu-pusu juga orang taip nama Abdul Ghani Patail.

Selain daripada kedua-dua nama di atas, ada lagi carian lain yang turut sama meningkat naik dari saat ke saat. Antaranya adalah:


  • UMNO
  • 1MDB
  • Najib Razak
  • Zahid Hamidi
  • Tan Sri Muhyiddin Yassin
  • Cabinet Reshuflle
Boleh dilihat semuanya berkisar tentang suasana kepimpinan negara kita yang diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Suasana yang sedang berkocak kuat menggegarkan segenap penjuru kedai kopi lama seluruh negara.

Zahid ganti Muhyiddin

Saya ada terbaca semalam berkenaan artikel menarik bagaimana hanya dengan satu ucapan, hidup anda akan berubah dalam temph satu hari. Dengan hanya satu ucapan, anda akan turun bawah dari kedudukan yang tinggi.

Walaupun saya tak baca artikel tersebut, hanya melihat tajuk sekali lalu, saya dah dapat agak ia merujuk pada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pemerhati politik dah boleh agak apa yang akan berlaku sebelum ianya dipastikan berlaku oleh Datuk Seri Najib Razak.

Pujian pada DS Najib Razak

Apa yang berlaku membuatkan saya tak boleh tidak mahu memuji ketegasan dan kedegilan Datuk Seri Najib Tun Razak. Dia pamerkan pada kita semua dengan apa yang sedang berlaku ini betapa dia tak sama macam Tun Abdullah yang mudah saja ikut letak jawatan selepas di desak walaupun tak ada salah banyak sangat cara pengurusannya.

Samada PM betul atau tidak itu bukan kerja saya nak siasat. Dah ada orang yang sedang melakukan siasatan dan merencanakan apa-apa yang patut. Tapi rasanya PM buat tindakan betul dengan membuang semua orang yang tidak bersetuju dan seiring dengannya. Lebih mudah untuk dia teruskan penguasannya selepas ini.

(Nota terkini: Tapi nampaknya orang yang mengetai siasatan 1MDB pun dah kena pecat ! memang Najib cekap !)

Antara langkah bijak PM buat selepas jadi Perdana Menteri adalah dengan mengekalkan segala sistem pemerintahan dan sistem mengekalkan kekuasaan sebagai pemimpin UMNO dan juga perdana Menteri.

Selama 22 tahun memerintah negara, Tun Mahathir telah berjaya membentuk satu sistem kebal untuk mempertahankan dirinya berkuasa. Samada di tempat Perdana Menteri mahupun di tempat presiden UMNO.

Salah Tun Mahathir adalah tidak merungkai semula segala sistem yang dibentuknya ketika dia berkuasa secara berpusat. Dia perlu merungkaikan pusat penguasaan kepada sistem berkumpulan yang berpecah supaya ada proses Check & Balance.

Jika dia rungkaikan semula cara pengekalan kuasa PM dan juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan jadi begitu kebal macam sekarang ini. Akan ada satu mekanisme yang mudah untuk lempar keluar sesiapa saja PM yang tidak berfungsi dengan baik.


Apandi Ali ganti Ghani Patail

Ini sebenarnya isu yang paling penting. Pengumuman Ghani Patail telah disingkirkan dari jawatan pentingnya dan digantikan kepada orang baru Apandi Ali.

Ini penting untuk perancangan Perdana Menteri menguasai semula permainan yang semakin mencabar. Dia perlu singkirkan orang yang sedang mengetuai siasatan dakwaan kononnya dia belasah duit sampai RM2.6 billion masuk dalam akaun peribadinya.

Bila orang baru ganti separuh jalan siasatan yang sedang dijalankan. Lebih mudah untuk diberikan arahan. Ia juga sebagai satu amaran awal supaya ang baru dilantik sedar kedudukan dirinya siapa yang berkuasa melantiknya. Jadi sila berhati-hati dalam membuat siasatan dan keputusan.

Siapa Apandi Ali

Ada banyak maklumat berkenaan siapa dia Apandi Ali ini, tapi yang paling menarik untuk anda semua tahu adalah seperti berikut:
  1. Dia merupakan bekas bendahari UMNO Kelantan
  2. Dia juga mengetuai panel hakim yang memenangkan Zahid Hamidi dalam kes pertikaian kedududkan kemenangan Zahid di Parlimen Bagan Datoh

Apa seterusnya yang akan berlaku nanti sama-sama lah kita tunggu dan lihat.

Cuma yang malang kat sini sudah tentu adalah Pakatan Rakyat yang telah berkubur. Mereka terkubur dalam keadaan lawan mereka berada dalam keadaan yang paling lemah.

Atau mungkin itu semua sudah diatur sejak awal oleh para bijak pandai yang bekerja untuk Perdana Menteri. Mereka meresap masuk menggunakan masalah yang semua orang tahu antara PAS dan DAP untuk membelahkan retak yang dah lama wujud.

Juga tentu malang untuk GHB yang masih dalam peringkat awal menyusun kembali segala runtuhan yang dihasilkan daripada pecahnya Pakatan Rakyat. Apapun harap-harap sebelum negara jadi macam Greece, segalanya dapat diselamatkan... 
Apa pendapat anda ?

Suasana Sedih Semasa Pemecatan Muhyiddin.. Gambar Sebagai Bukti

Posted: 28 Jul 2015 09:00 PM PDT

Suasana Sedih Semasa Pemecatan Muhyiddin. Najwa Mahiaddin, anak kepada bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan dari Kabinet hari ini menyerahkan nasib keluarga mereka kepada Tuhan.



"Allah knows best (Allah yang Maha Mengetahui)," tulisnya di laman Twitternya di akaun @najwamahiaddin pada jam 1.55 tengah hari, beberapa minit selepas pengumuman rombakan Kabinet diumumkan perdana menteri.

Beliau yang merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu berkata demikian mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang mengeluarkan bapanya dari barisan Kabinet baru hari ini, bersama beberapa orang menteri lain.

Postingnya itu sehingga kini mendapat ulangan tweet kira-kira 3,800 kali dan disukai 936 pengguna Twitter.

Najwa juga mengulang tweet seorang pengguna dengan nama Farid Farish yang memuatnaik di Twitternya gambar Muhyiddin dan isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, berpelukan dalam suasana yang mengharukan.

Rata-rata, pengikutnya di Twitter memberi respons yang positif dengan memberikan kata-kata dorongan kepadanya serta ada juga memberikan kenyataan pedas seakan-akan menyindir pemimpin BN yang lain.

Suasana Sedih Semasa Pemecatan Muhyiddin

Tuan Cohen @amirulhafiqq berkata "@najwamahiaddin sabarlah, kak. Dah terang lg bersuluh, tp ramai yg masih bodoh."

Manakala rakan penyanyinya Yuna Zarai di @yunamusic menyokong tulisan di Twitternya dengan berkata, "@najwamahiaddin sending love and support your way Najwa. (Saya sampaikan kasih sayang dan dorongan kepada anda, Najwa).

Sementara seorang pengikut dengan nama Azmi di akaun @wakazmi berkata: "org johor bersama tansri. Yes Allah knows best."

Ali Amir Razali di @aliamirrazali berkata: "semoga TS tabah. Hope u all r okay. Sad day (Harap anda semua okay. Hari yang menyedihkan)."

Manakala, Marr Mohamad di @MarrMohamad menulis: "Kami di belakang ayahmu. Allah maha mengetahui segalanya!"

Twitter beliau meraih lebih dari 5,000 retweet hanya dua jam selepas menulisnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat pengumuman tersebut hari ini dalam satu siaran secara langsung, mengesahkan laporan The Malaysian Insider pagi ini tentang rombakan kabinet.

Najib mengakui menyingkirkan Muhyiddin sebagai timbalannya satu "keputusan amat sukar" tetapi terpaksa dilakukan bagi memastikan Kabinet bergerak sebagai satu pasukan yang jitu.

"Saya boleh terima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian daripada proses dalam membuat keputusan.

"Namun sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan pada forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap kerajaan serta negara," katanya.

Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet (collective responsibility), kata Najib.

Beliau berkata, rombakan Kabinet itu dilakukan selepas mengambil kira pertimbangan politik dan keperluan pentadbiran beliau bagi memastikan ia komited dan sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara.

Selepas Musa Hitam dan Ghaffar Baba,

Posted: 28 Jul 2015 08:30 PM PDT

Putra Persia II's photo.

Muhyiddin adalah TPM ketiga dari Johor yg disingkirkan dlm sejarah Politik Tanah Melayu.


Musa dan Ghaffar tidak memberontak spt Anwar Ibrahim. Kerana Anwar difitnah...


Kita lupakan ttg Musa,Ghaffar dan Anwar. Kita tunggu apakah Muhyiddin juga spt mereka... kerana bangsa Johor terkenal dgn KESETIAAN..

Hanya org JOHOR kenal Bangsa JOHOR.


Pada Ibu2,Bapa2,Abang2,Kakak2 dan Adik2 yg nak cari menantu atau pasangan dari Johor...

Ini lah yg gua maksudkan Bangsa JOHOR..


gua tambah sikit kat sajak usman awang ni..

Hensemnya nmpk sweet

Jelitanya nmpk menarik
Tutur nya penuh adab


Pandangan nya tetap santun


Marah nya penuh sacarsam

*betulkan org orang Johor*

-wa cakap lu-

Apakah tindakan Muhyiddin seterusnya? - MSO

Posted: 28 Jul 2015 08:00 PM PDT

 

ULASAN MALAM
Rombak kabinet diumumkan Najib Razak tengah hari tadi dan penyingkiran Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri terus menjadi bahan percakapan umum. Kisah ini akan terus menjadi topik hangat seminggu dua ini. 
 
Walaupun pengumuman itu muktamad, tetapi ulasan dan pandangan terhadap kabinet baharu itu akan terus berlaku dengan berbagai pandangan dan persepsi mengenainya.
Ada beberapa perkara yang menunjal-ninjal kepala orang ramai khususnya pemerhati politik ekoran rombakan kabinet itu. Antaranya apakah Ahmad Zahidi Hamidi yang dilantik menjadi TPM mampu untuk memperkuatkan kedudukan Najib? 
 
Apakah Zahid dapat memastikan Najib dan Rosmah akan aman daripada dikritik? Dan ini penting, apakah isu 1MDB tidak akan timbul lagi.
Perlantikan Zahid saya tidak melihat kepada kemantapan dan menambah nilai kabinet Najib, tetapi ia lebih kepada menjadikan Zahid sebagai panglima untuk mengukuhkan kedudukan Najib. Zahid diharap menjaga Najib bukan kerajaan. Itupun yang dilakukan Zahid selama berada dalam kabinet selama ini.
Najib sudah tentu membuat penilaian dan juga kajian apabila dia menggugurkan Muhyiddin. Beliau sudah menjangkakan akan ada sebilangan ahli Umno yang tidak berpuas hati dan menentang keputusannya. 
 
Mereka yang berada di belakang Muhyiddin sudah tentu akan bangkit mempertahankan Muhyiddin dan mempertikaikan tindakan Najib.
Rasa tidak puas hati atas peyingkiran itu menyebabkan penyokong Muhyddin atau mana-mana Umno bahagian bersimpati dengan Muhyiddin akan membuat aksi tindakan membela. 
 
Walaupun kebangkitan itu tidak sama dengan kebangkitan ahli Umno semasa Anwar Ibrahim disingkir dari jawatan sama 17 tahun lalu, tetapi Najib tentu membuat persiapan dan mengira kejadian itu akan berlaku. Pengalaman dilalui Dr Mahathir Mohamad pasti dipelajari.
Di sinilah Najib sudah membuat perhitungan sebelum melantik Zahid bukannya Hishamuddin Hussein. Zahid dari perhitungan Najib mempunyai pengaruh akar umbi yang melata dalam Umno. Pengaruh dan pendokong Zahid lebih besar daripada Hishamuddin. 
 
Kelebihan yang Zahid miliki itulah yang mengajak hatinya untuk melantik Zahid sebagai TPM. Kesetiaan, bekas anak buah dan kawan sangat diperlukan Najib dalam keadaan kritikal begitu.
Persoalannya apakah Zahid mampu dan perlantikannya dapat dijadikan benteng mengukuhkan kedudukan Najib? Zahid tidak syak lagi mempunyai tugas berat dalam hal ini. Beliau perlu membuktikan kepada Najib yang dapat menggunakan pengaruhnya mempertahankan Najib dari digugat. 
 
Zahid telah membuktikan sebelum ini dia berjaya menjadi keldai kepada Najib. Masa Najib berhadapan dengan masalah di Kementerian Pertahanan dahulu, dia serahkan kepada Zahid untuk memikulnya. Dan sebagai boy Najib Zahid sedia melakukan apa sahaja asalkan diupah dengan jawatan.
Persoalan lain disebalik rombakan kabinet itu yang membelenggu kepala orang ramai, apakah tindakan Muhyiddin seterusnya. Apakah bekas TPM itu hanya mendiamkan diri dan berihat daripada politik. 
 
Apakah dia akan bersekongkol dengan mereka yang senasib dengannya. Dalam hal ini orang yang mungkin bersama Muhyiddin ialah Shafei Afdal.
Walaupun ada beberapa yang lain yang digugurkan tetapi mereka dilihat ikhlas dan redha menerima sebagai satu ketentuan. Tetapi Shafei yang berkedudukan sebagai Naib Presiden ada pengikutnya sendiri dan mempunyai pengaruh yang meluas di Sabah. 
 
Kedudukan itu boleh menyebabkan Shafei berfikir berlainan daripada mereka itu.
Pengikut dan pendokongnya tentu kesal dan kecewa dengan tindakan Najib itu. Apakah mereka akan melihat dan membiar begitu sahaja bos mereka itu. Dan apakah Shafei tidak akan bercantum dengan Muhyiddin untuk melakukan sesuatu sekurang-kurang menjelaskan kepada penyokong masing-masing menerusi satu gerakan. 
 
Apakah mereka juga akan mengikuti road show yang dianjurkan pengikut mereka?
Dan persoalan juga timbul apa kesudahan dan sikap Dr Mahathir Mohamad. 
 
Dr Mahathir harus diletakkan ketanggungjawaban atas nasih diterima Muhyiddin itu. Bukankah Mahathir yang menjadi mentor kepada Muhyiddin yang menggerak serangan kepada Najib. Adalah tidak bertanggungjawab kalau Dr Mahathir menerima seadaknya.
Persoalan-persolan itu akan terjawab selepas ini. Saya yakin Muhyuddin maupun Shafei Afdal dan Dr Mahathir yang berasa sudah tewas dengan game untuk menjatuhkan Najib akan terus bertindak. 
 
Apakah tindakan itu, inilah yang menjadi persoalannya dan yang sama-sama kita tunggu. Ia akan terjawab dalam seminggu dua lagi.
Untuk mengira Muhyiddin akan menentang Najib dalam perhimpunan agung Umno, (PAU) ia masih terlalu lama. 
 
Najib sudah bertindak lebih awal untuk memastikan kedudukannya tidak tergugat apabila telah menangguhkan PAU sehingga tahun 2018. 
 
Perhimpunan itu mungkin diadakan selepas pilihan raya umum ke- 14. Ketika itu Muhyuddin dan yang lain sudah tidak mempunyai apa-apa kuasa atau aset lagi untuk menentang Najib.
Jadi hendak tidak hendak Muhyiddin atau Shafei dan Dr Mahathir atau sesiapa yang marahkan Najib perlu bertindak secepat mungkin. Mereka tidak perlu tunggu untuk berlawanan dengan Najib dalam perhimpunan agung Umno kerana keputusan itu sudah terlewat. Tindakan terbaik ialah sebelum PAU. 
 
Apakah mereka akan bergabung dengan entiti lain untuk menganyang Najib? Walahu'alam. [wm.kl.9:07 pm 28/07/15]

[TERKINI] Najib Tersilap Langkah Pecat Muhyiddin, Bakal Terima "Hukuman Berat" Dari Rakyat...

Posted: 28 Jul 2015 07:15 PM PDT


Sokongan untuk Muhyiddin melimpah ruah di Facebook

Rakyat Malaysia menzahirkan sokongan masing-masing kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin di laman Facebook peribadinya hari ini, tidak lama selepas beliau memuat naik satu kenyataan, respons kepada penyingkirannya sebagai timbalan perdana menteri.


Kenyataan yang disiarkan 3 jam lalu, setakat ini menerima Like daripada lebih 131,000 orang (162,509 setakan pukul 10:45 pm) dan dikongsi lebih 31,000 kali.

Ramai yang melahirkan sokongan kepada Muhyiddin dan ada yang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menggugurkan timbalannya dan sesetengahnya menasihatkan bekas timbalan perdana menteri itu supaya melawan Najib dalam pemilihan Umno akan datang.

Najib adalah presiden parti Melayu itu sementara Muhyiddin timbalannya.

Azizi Hashim dalam komennya menenangkan Muhyiddin, memberitahunya beliau mendapat sokongan ramai yang yakin terhadapnya.

"Anda tidak berseorangan! Persidangan Agong Umno ada TSMY.... kasi lawan jawatan Presiden," tulisnya menggunakan huruf awalan nama Muhyiddin.

Pengguna Facebook dikenali sebagai Ash Rule dalam komennya berkata: "Baik xde jawatan dari xde maruah."

Sementara seorang lagi dengan nama Keyrol Xtuned menasihatkan Muhyiddin supaya bersabar.

"Bersabarlah TSMY.. Sesungguhnya Allah akan memakbulkan doa umat2Nya yg teraniaya.. 1 Malaysia dah tahu siapa yg salah siapa yg benar.. bertabahlah Tan Sri."

Baharinshah Borhan pula menggalakkan bekas timbalan perdana menteri itu meneruskan perjuangannya dengan menulis: "Teruskan perjuangan TSMY.. sy akan berdoa yg terbaik utk Tan Sri" sementara Mohd Irfan berkata, rakyat Malaysia ada kuasa untuk mengundi keluar Najib pada pilihan raya umum akan datang yang harus diadakan selewat-lewatnya pada 2018.

"Najib ada kuasa singkirkan menteri menteri yang lain, tapi kita yang rakyat ni ada kuasa untuk singkirkan Najib pada PRU akan datang nanti. Insyallah."

Iqbal Zharif menulis: "Kami nak PM baru, bukan TPM baru. Kami rakyat Malaysia sentiasa pada pihak yang benar, kami bersama Tan Sri!"

Iman Jay menulis walaupun Muhyiddin hilang jawatannya, tetapi ramai rakyat Malaysia yang menghormatinya.

"Hari ini Tan Sri hilang jawatan tapi Tan Sri tidak pernah hilang maruah dan rasa hormat rakyat seluruh Malaysia," katanya. -TMI


Netizen marah Muhyiddin digugurkan

Sebaik sahaja Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan gugur dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan, kebanyakan pengguna media sosial mula mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Di laman sosial Facebook, rata-rata netizen mula melahirkan rasa tidak puas hati dan berpendapat bahawa Muhyiddin patut dikekalkan untuk terus mendukung barisan kepimpinan kerajaan.

Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Muhammad Izzudin Al Qassam melahirkan rasa hairan ke atas tindakan Najib itu.

"Najib, kenapa pecat Muhyiddin daripada jawatan TPM? Pelik la," tulisnya di ruangan komen di akaun rasmi milik Perdana Menteri.

Seorang lagi pengguna Facebook dengan nama Jessica Lee turut melahirkan persoalan yang sama terhadap tindakan Najib.

"Why you did this to Muhyiddin Yassin (Kenapa buat begini kepada Muhyiddin Yassin)?" katanya seperti yang dipetik menerusi ruangan komen tersebut.

Mohd Ariff Azlan, seorang lagi netizen pula berpendapat bahawa rata-rata yang meninggalkan komen di akaun Najib tidak bersetuju dengan tindakan Perdana Menteri.

"Komen-komen yang terdapat di sini menunjukkan kami tidak memerlukan kamu lagi. Jika kamu fikir dengan mengubah Kabinet, kamu akan selamat, tunggulah nanti rakyat akan bangkit dan tukar kamu dan pasukan kamu," katanya.

Sehingga berita ini ditulis, laman akaun Facebook rasmi Najib masih menerima persoalan daripada rakyat Malaysia yang rata-ratanya ingin tahu punca sebenar Muhyiddin digugurkan.



Penyokong Muhyiddin lepas geram di Facebook Najib

Laman Facebook rasmi Perdana Menteri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menjadi sasaran kemarahan yang dipercayai dibuat penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mereka yang marah dengan keputusan Najib menggugurkan timbalannya menggunakan ruang komen di laman berkenaan untuk melepas geram.

Mereka berkongsi komen '****SUPPORT Muhyiddin Yassin' yang diulang beberapa kali dalam satu komen selain diikuti beberapa ratus orang.

Turut dimasukkan doa rakyat untuk pemimpin yang zalim.

Komen tersebut dimasukkan sebaik Najib mengemaskini status, 'Kenyataan Media YAB Perdana Menteri Mengenai Rombakan Kabinet".

Malah status rakaman ucapan takziah kepada keluarga bekas Presiden Indian, Dr. APJ Abdul Kalam yang meninggal dunia juga diserang dengan komen yang sama. -FMT

Kenapa gugur Muhyiddin? Rakyat tanya Najib

Pengumuman rombakan barisan Kabinet yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggugurkan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menimbulkan tanda tanya rakyat meskipun ada yang menjangka perkara itu akan berlaku.

Sinar Online mendapatkan reaksi orang ramai sejurus pengumuman dibuat, hari ini.

Menurut Arman Putera Asmuni, 42, Najib perlu menyatakan alasan menggugurkan Muhyiddin kepada rakyat supaya rakyat dapat menerima keputusannya itu.

"Mudah sahaja. Kenapa (gugur Muhyiddin)? Jika dia (Najib) boleh jawab kenapa, kita boleh terimalah rasionalnya keperluan menukar timbalan perdana menteri. Sebab (Muhyiddin) tidak sakit atau masalah kesihatan dan tidak ada kes besar yang dilaporkan secara rasmi terhadapnya, jadi, soalan saya, kenapa?

"Yang lain-lain juga kenapa ditukar portfolio dan digugurkan? Jika beliau boleh tampil dan jelaskan 'saya gugurkan pemimpin yang ini kerana alasan ini', rakyat boleh terima," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Najib dalam sidang media secara langsung menjelaskan tindakan beliau menggantikan Muhyiddin itu sememangnya 'sukar' namun keputusan dibuat demi memperkuatkan lagi jemaah menteri sebelum menghadapi Pilihan Raya ke-14.

Namun, desas-desus menyebut pengguguran itu ada kaitan dengan kelantangan Timbalan Presiden Umno itu dalam mengkritik skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Namun, Arman Putera dilihat tidak terkejut dengan keputusan itu dan sudah menjangkakan ia akan berlaku susulan beberapa tindakan Muhyiddin sebelum ini yang mengkritik 1MDB.

"Jangkaan itu ada. Saya tidak terkejut, cuma seperti saya kata tadi, mesti ada alasan kenapa gugurkan, kenapa ditukar?," katanya.

Perkara sama turut disuarakan Vanishree Radha Krishna, 37, yang mengakui tidak terkejut langsung dengan rombakan itu dan sudah pun menjangkakan perkara itu.

Namun katanya, Najib tidak sepatutnya terus 'menghapuskan' Muhyiddin apabila pemimpin itu dilihat tidak memihak kepadanya dalam skandal 1MDB.

"Sepatutnya Muhyiddin daripada awal kena bela rakyat bukan hanya pada masa ini sahaja (melibatkan skandal 1MDB). Sebelum ini pun, ada banyak lagi isu lain tapi masih belum terlambat. Mungkin sekarang beliau dah sedar. Terlalu banyak isu timbul dia rasa makin lama rakyat Malaysia dianaktirikan.

"Mungkin suara hati dia merasakan ini semua tak betul dan dia mula bersuara. Sepatutnya beliau diberikan kebebasan, tak bolehlah terus 'shut him off'. Apa yang Najib buat sekarang ini memang 'very clear cut'," katanya.

Vanishree juga kesal apabila isu perkauman dibangkitkan sejak kebelakangan ini yang didakwanya bagi menutup isu atau skandal yang didedahkan.

"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini banyak isu perkauman dibangkitkan tapi realitinya ketiga-tiga bangsa utama di negara ini tidak ada gaduh. Saya tak pernah gaduh dengan Melayu atau Cina malah saya tinggal di kawasan yang pelbagai kaum.

"Saya lihat kes-kes perkauman seperti diadakan. Kami sayang negara ini dan nak tinggal di sini dengan menyayangi kaum lain seperti adik-beradik. Boleh dikatakan ahli politik di negara ini... tapi bukan semua, tidak cintakan negara ini. Mereka 'money minded'. Kalau betul mereka cintakan negara ini, mereka tidak akan rosakkan negara," katanya.

Sementara, Ahmad Razif, 27 pula memilih untuk menyerahkan semua keputusan rombakan itu kepada pihak yang berkaitan dan menanti keputusan siasatan berhubung 1MDB yang sedang berjalan.

"Isu yang melibatkan 1MDB itu sepatutnya diselesaikan secara dalaman dan tidak didedahkan kepada umum sangat tapi memandangkan dunia sekarang yang menggunakan teknologi yang pelbagai, jadi, maklumat dapat lebih cepat.

"Perkara ini dalam siasatan lagi, saya pun tak tahu nak komen positif atau negatif. Saya serahkan semua kepada Kabinet. Kita tunggulah kata putus selepas siasatan selesai nanti," katanya. -SH


ULASAN GB

Nampaknya Najib seperti tersilap langkah, langkah memecat Muhyiddin telah membangkitkan kemarahan rakyat.

Walaupun Najib menyatakan bahawa kabinet barunya akan meningkatkan keyakinan awam, namun hakikatnya tidak begitu. Lebih ramai yang mempertikaikan keputusannya memecal Muhyiddin dan tidak mustahil pula keputusannya itu akan menyebabkan backfire kepada Najib sendiri.

Muhyiddin mempunyai ramai penyokong terutama di peringkat akar umbi. Sebagai menteri pelajaran, Muhyiddin juga mempunyai penyokong teras dari kalangan kaum guru yang selama ini membentuk ramai perwakilan di dalam perhimpunan UMNO. Justeru itu tidak mustahil akan muncul satu "kebangkitan" mempertahankan Muhyiddin di dalam UMNO apatah lagi Najib yang terpalit dengan isu 1MDB sudah pasti akan diasak oleh ahli-ahli UMNO supaya melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Memang bukan merupakan satu rahsia lagi, langkah memecat Muhyiddin dan Gani Pail adalah untuk menyelamatkan diri beliau daripada terus disiasat berhubung salah guna kuasa berhubung skandal 1MDB.

Najib kelihatan sedang menggali kuburnya sendiri. Beliau tidak mungkin terlepas kerana demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan.

Malah sebelum ini GB menyatakan satu hari Najib dan Rosmah wajar ditangkap dan dipenjarakan. Petikan:

GB pernah meminta agar Najib dan Rosmah ditahan dan disiasat dan jika didapati benar Najib dan Rosmah bersalah menghabiskan wang rakyat seperti dilakukan oleh isteri Hosni Mubarak di Mesir, Imeda Marcos di Filipina, Najib dan Rosmah perlu dihukum penjara seperti yang telah dikenakan ke atas isteri Mubarak dan Marcos... Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan....


Pengguguran Muhyiddin: Orang Johor Marah

Posted: 28 Jul 2015 06:45 PM PDT



Dua laman facebook yang menunjukkan sokongan kuat daripada golongan muda terhadap veteran UMNO yang merupakan anak Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto Facebook


JOHOR BAHRU, 28 Julai:

Kebanyakan penduduk Johor terutama generasi muda, meluahkan rasa tidak puas hati mereka di media sosial selepas berita pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri diumumkan, tengah hari tadi.

Ramai yang memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepada Muhyiddin, 68, anak kelahiran Johor dan veteran politik UMNO yang menunjukkan prestasi yang membanggakan semua penduduk negeri itu.

Antara laman Facebook penyokong kuat Johor adalah laman bukan politik 'Persatuan Bangsa Johor' yang mempunyai lebih 155,000 pengikut.

Facebook berkenaan aktif dengan enam posting dalam Bahasa Melayu mengenai Muhyiddin digugurkan dan digantikan dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu.

Postin pertama dimuat naik pada jam 2 petang selepas rombakan Kabinet diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ramai penduduk Johor yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan perdana menteri yang menggugurkan nama Muhyiddin, Ahli Parlimen Pagoh.

Ada yang memberi komen, UMNO bermain kotor dan meminta ahli UMNO Johor supaya bersatu dan meninggalkan parti sebagai menyokong Muhyiddin.

Antara komen Facebook yang lain adalah dari Zam Seekers yang meminta penduduk Johor bersatu menentang UMNO: "Ayuh Bangsa Johor, bersatu kuburkan UMNO."

Seorang lagi netizen, Nazir Nordin Ibrahim mengesyorkan bagi meyokong Muhyiddin, UMNO Johor perlu keluar parti dan bergerak secara berkecuali.

"Pusat akan tumbang, support TSMY," katanya.

Ada juga yang berkata, apa yang berlaku pada Muhyiddin sama dengan yang berlaku kepada timbalan perdana menteri sebelum ini, antaranya Tun Musa Hitam.

Walau bagaimanapun isu pemisahan Johor dari Malaysia, masih lagi tema popular yang dibincangkan.

Hairul Nizam dalam komennya meminta penduduk Johor menolak politik parti dan sudah tiba masanya Johor keluar dari Malaysia.

Ada juga yang menggesa penduduk Johor menolak mana-mana parti politik dan kembali kepada kerajaan beraja secara total.

Walaupun tidak disebut yang Muhyiddin masih lagi memegang jawatan dalam parti UMNO sebagai timbalan president, jawatan itu bukan dilantik dan bergantung kepada keputusan Majlis Tertinggi.

Muhyiddin berasal dari daerah Muar dan merupakan anak guru agama terkenal di Johor.

Beliau menamatkan pengajian dan menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu di Universiti Malaya sebelum kembali ke Johor untuk berkhidmat sebagai anggota Perkhidmatan Awam Johor (JCS) dan kemudian menjawat beberapa jawatan sebagai pengurus kanan di sektor swasta.

Bekas Ketua Pemuda UMNO Johor kemudian bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Pagoh pada 1978 yang disandang selama dua penggal sehingga 1986.

Beliau juga pernah menjawat timbalan menteri di dua kementerian.

Beliau kemudian bertanding untuk kerusi DUN Bukit Serampang dan menang. Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1986.

Selepas tugas menteri besar, Muhyiddin kembali menjawat beberapa portfolio sebagai menteri penuh sebelum dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada April 2009.

Beliau turut menjawat jawatan Menteri Pendidikan.

Sebagai ahli politik veteran UMNO, Muhyiddin memegang jawatan Timbalan Presiden sejak Mac 2009.

Ahad lalu, Muhyiddin mula bersuara mengenai isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ketika majlis penutupan mesyuarat Bahagian UMNO Cheras.

Beliau dilaporkan tidak berniat jahat dalam menyokong siasatan 1MDB dan berkata perlu berkata benar dalam memberikan pandangan.

Beliau turut berkata perdana menteri perlu secara peribadi menerangkan isu berkenaan kepada umum.

Susulan itu, terdapat khabar angin bahawa Muhyiddin akan digugurkan daripada jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dipetik dari - http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/07/28/pengguguran-muhyiddin-orang-johor-marah/#ixzz3hCR2AAm2


The Three Stooges ?

Posted: 28 Jul 2015 06:30 PM PDT

Muhammad Faisal Saad's photo.

kita suka baca tun m bantai najib...tun m bantai paklah ...paklah bantai tun m dan mudin hentam najib...
tapi diwaktu yg sama kita lupa kekayaan mereks itu dan keperitan rakyat alami dlm tindakan dasar mereka.....

Cananglahnie: Dengar ni betul2 apa TSM cakap

Posted: 28 Jul 2015 06:23 PM PDT

Cananglahnie: Dengar ni betul2 apa TSM cakap: Dengar ni betul2 apa TSM cakap.Macai2 jangan ikut perangai setan pekak .... bila org cakap perkara yg betul terus melenting. Tak ...

Tetap pendirian isu 1MDB walaupun disingkirkan, kata Muhyiddin

Posted: 28 Jul 2015 06:00 PM PDT

Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke program Persidangan Antarabangsa Matrix Global School di Bandar Baru Sendayan, Seremban, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 28 Julai, 2015.

Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke program Persidangan Antarabangsa Matrix Global School di Bandar Baru Sendayan, Seremban, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 28 Julai, 2015.

Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke program Persidangan Antarabangsa Matrix Global School di Bandar Baru Sendayan, Seremban, hari ini. 

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan keredaannya menerima keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menggugurkan beliau daripada jawatan nombor 2 negara dalam rombakan Kabinet hari ini.

Jawatan timbalan perdana menteri kini dipegang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang pada masa sama turut memegang portfolio menteri dalam negeri.

Muhyiddin sebelum ini antara yang lantang mengkritik 1MDB, syarikat milik Kementerian Kewangan yang mengumpul hutang mencecah RM42 bilion dalam masa 6 tahun beroperasi.

Terbaru, beliau membuat kejutan di mesyuarat Umno bahagian Cheras pada Ahad, apabila secara terbuka mengkritik cara perdana menteri, yang juga pengerusi lembaga penasihat 1MDB dan menteri kewangan mengendalikan syarikat itu.

Beliau turut mendedahkan ada meminta Najib melepaskan jawatan sebagai pengerusi lembaga penasihat 1MDB itu tetapi ia tidak diendahkan.

Beliau juga mengakui mengambil serius laporan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai sejumlah wang yang didakwa disalurkan ke dalam akuan peribadi Najib, mengatakan presiden Umno itu perlu menjelaskannya sendiri, bukan hanya melalui kenyataan Jabatan Perdana Menteri.

Muhyiddin juga mendedahkan beliau membangkitkan perkara tersebut beberapa kali dalam mesyuarat majlis tertinggi Umno dan mesyuarat Kabinet.

Beliau juga berkata, Barisan Nasional akan kalah sekiranya Pilihan Raya Umum ke-14 diadakan dalam tempoh terdekat ini. – 28 Julai, 2015.



 Terbaru, beliau membuat kejutan di mesyuarat Umno bahagian Cheras pada Ahad, apabila secara terbuka mengkritik cara perdana menteri, yang juga pengerusi lembaga penasihat 1MDB dan menteri kewangan mengendalikan syarikat itu.

Beliau turut mendedahkan ada meminta Najib melepaskan jawatan sebagai pengerusi lembaga penasihat 1MDB itu tetapi ia tidak diendahkan.

Beliau juga mengakui mengambil serius laporan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai sejumlah wang yang didakwa disalurkan ke dalam akuan peribadi Najib, mengatakan presiden Umno itu perlu 
menjelaskannya sendiri, bukan hanya melalui kenyataan Jabatan Perdana Menteri.

Muhyiddin juga mendedahkan beliau membangkitkan perkara tersebut beberapa kali dalam mesyuarat majlis tertinggi Umno dan mesyuarat Kabinet.

Beliau juga berkata, Barisan Nasional akan kalah sekiranya Pilihan Raya Umum ke-14 diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Beliau turut mendedahkan ada meminta Najib melepaskan jawatan sebagai pengerusi lembaga penasihat 1MDB itu tetapi ia tidak diendahkan.

Beliau juga mengakui mengambil serius laporan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai sejumlah wang yang didakwa disalurkan ke dalam akuan peribadi Najib, mengatakan presiden Umno itu perlu menjelaskannya sendiri, bukan hanya melalui kenyataan Jabatan Perdana Menteri.

Muhyiddin juga mendedahkan beliau membangkitkan perkara tersebut beberapa kali dalam mesyuarat majlis tertinggi Umno dan mesyuarat Kabinet.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/

. PANAS SAMA PANAS, API BAKAR API.

Posted: 28 Jul 2015 05:30 PM PDT

 
Edward Stephen Edward Stephen's photo.
p/s: Dengan pengguguran Muhyidin Yassin sebagai
TPM dan perlantikan kabenit baharu
melibatkan angota jawatankuasa PAC.


Apakah isu 1MDB akan sepi?


Apakah Muhyidin Yassin akan tutup mulut?


Apakah Abdul Gahni Patail turut tutup mulut?


Apakah rakyat akan yakin nasib mereka terus
mendapat pembelaan sewajarnya dengan
menteri-menteri terkini yang adalah menurut
citarasa Najib Razak?


Jelas PRU-14 adalah tangga kepada Najib
Razak and the gang BN/ UMNO untuk terus
berkuasa dan mengaut untung dengan
mencekek leher rakyat - khususnya Sabah
dan Sarawak.


Ingat Sabahan dan Sarawakian jangan leka.

'Kabinet baru tingkatkan keyakinan awam' terhadap kerajaan BN menjelang PRU-14 ~ Najib Razak.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak percaya kabinet barunya, yang menyaksikan pengguguran timbalannya Tan Sri Muhyidin Yassin, akan meningkatkan keyakinan awam.

"Saya yakin bahawa, masa berlaku, kabinet baru ini akan meningkatkan keyakinan awam terhadap kerajaan dan BN menjelang pilihan raya umum ke-14," katanya.

Najib juga menegaskan bahawa kepentingan rakyat dan negara amat penting.

"Tiada yang lebih penting daripada keperluan Malaysia dan rakyatnya – saya akan sentiasa letakkan kepentingan itu mengatasi segala-galanya," katanya.

Najib berkata kabinet akan memastikan kerajaan mempunyai kekuatan dan perpaduan untuk menumpukan kepada usaha membangunkan negara ini dan mendepani sebarang cabaran.

"Susulan mandat yang diberikan secara demokratik kepada kerajaan BN dalam pilihan raya umum 2012, menjadi tugas saya untuk memastikan kerajaan menyempurnakan program transformasi," tambahnya.

Beliau menegaskan kabinet haruslah bertindak sebagai satu pasukan yang padu.

Najib hari ini membuat keputusan drastik menggugurkan Muhyiddin selepas beliau dilihat lantang memberikan komen negatif terhadap syarikat pelaburan kontroversi negara 1MDB.

Tempat Muhyiddin digantikan oleh Datuk Seri Zahid Hamidi.
 

PAS harap kabinet baru adil, telus

Posted: 28 Jul 2015 05:00 PM PDT


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berharap barisan kabinet baharu dapat terus menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan adil dan telus.

Beliau berkata terlalu awal bagi PAS menyatakan pendapat berhubung barisan kabinet itu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, lapor Bernama.

"Kita tak boleh kata bersetuju atau tidak (dengan barisan kabinet baharu)... kita tunggu sejauh mana mereka dapat laksanakan tugas khususnya bagi isu melibatkan rakyat dan negara," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur , hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat harian Jawatankuasa PAS di ibu pejabat parti itu.

Najib hari ini mengumumkan Kabinet baharunya dengan melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan.

UPDATE - Muhyiddin Dipecat.. Zahid Hamidi TPM

Posted: 28 Jul 2015 04:30 PM PDT

 




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, Menteri Dalam Ngeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik menjadi timbalannya, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Najib mengumumkan demikian di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Dalam ucapan pengumumannya, Najib berkata beliau sememangany bersikap terbuka dalam menerima kritikan.

"Namun sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat tidak sepatutnya dilakujkan di forum terbuka.

"Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama," katanya, mengulas keputusan untuk menggugurkan Muhyiddin.

Berikut antara perubahan baru yang diumumkan Najib:

Wan Junaidi – Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
 

Reezal Merican – Timbalan Menteri Luar
 

Shabery Cheek – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

SEMOGA BUMI MALAYSIA TIDAK AKAN DIKAWAL OLEH TANGAN2 KOTOR YAHUDI LAKNATULLAH

Posted: 28 Jul 2015 03:52 PM PDT

Carls Carlie's photo.Seperti dijangka..selepas raya desakan untuk Ds Najib berundur semakin kuat..dikhabarkan Tun Mahathir akan bersama2 TS Muhyiddin serta Syafie Afdal n Zetty Aziz akan mngadap Agong untuk menyarankan undi x percaya terhadap kepimpinan Ds Najib..masa semakin berjalan menentukan untung rugi nasib rakyat Malaysia..sebelum temetrainya perjanjian perkongsian trans pasifik (TPPA)...
 

Mukhriz Mahathir tiba di rumah Muhyiddin

Posted: 28 Jul 2015 09:00 AM PDT



Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir baru saja hadir ke kediaman bekas timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin kira-kira jam 8.35 malam tadi.

Beliau kemudiannya terus memasuki rumah berkenaan tanpa berkata apa-apa kepada wakil media yang telah menunggu di situ sejak petang tadi lagi.

Beberapa minit sebelum itu, Muhyiddin keluar untuk pertama kalinya sejak digugurkan dari kabinet Datuk Seri Najib Razak mengucapkan terima kasih kepada rakan media dan mereka yang mengunjungi beliau.

Muhyiddin yang berbaju petak biru kelihatan tenang dan sempat melemparkan senyuman kepada kira-kira empat puluh petugas media tempatan dan antarabangsa di perkarangan rumahnya.

Beliau bagaimanapun menyatakan hanya akan membuat sidang akhbar pada keesokan harinya.

"Saya cuma nak nyatakan saya telah pun mengeluarkan kenyataan saya dan media pun telah melaporkan apa yang telah berlaku dan bagaimana kenyataan yang telah saya keluarkan petang tadi. Dan saya tak akan beri kenyataan baru.

"Saya akan maklumkan esok jam 11 pagi saya jemput semua media datang sini dan di situ nanti saya akan jelaskan apa-apa pertanyaan persoalan yang dikemukakan oleh saudara-saudara sekalian sama ada media tempatan atau antarabangsa.

"Itu saja saya nak sebutkan," kata beliau sebelum kembali ke rumahnya.

Najib makan malam dengan TPM Baru ??

Posted: 28 Jul 2015 08:45 AM PDT

 

Sacked Gani Had Sole Right To Charge Najib For CBT !!

Posted: 28 Jul 2015 08:15 AM PDT

Mafiaboss Melayu's photo.Article 145 (6) of the Federal Constitution makes it clear that an Attorney-General shall not be removed from office except on like grounds and in the like manner as a judge of the Federal Court.

Article 125 (3) of the Federal Constitution regulates the manner in which a Judge of the Federal Court may be removed and it says


"If the Prime Minister, or the Chief Justice after consulting the Prime Minister, represents to the Yang Di-Pertuan Agong that a judge of the Federal Court ought to be removed on the ground of any breach of any provision of the code of ethics prescribed under clause (3B) or on the ground of inability, from infirmity of body or mind or any other cause, properly to discharge the functions of his office, the Yang Di-Pertuan Agong shall appoint a tribunal in accordance with Clause 4 and refer the representation to it; and may on the recommendation of the tribunal remove the judge from office."


It appears from a reading of this provision that a tribunal would be required to determine if an Attorney-General should be removed. His services cannot simply be terminated because of health reasons.

The position is made even more peculiar now that Tan Sri Gani Patail is reported to have said he is unaware of his removal.


This is a very serious matter. The Attorney-General has sole powers to institute criminal proceedings under the Federal Constitution. 


He must have security of tenure in order to carry out his duties without fear or favour and he cannot be removed from office just like that. In this case , Tan Sri Gani was also part of the Special Task Force probing matters relating to 1MDB and the Prime Minister. So how can he just be removed from office in an instant?

I call upon the government to explain. This may set a very dangerous precedent and will have the most unfortunate effect of completely ruining any form of independence on part of the Attorney-General. 

We cannot have this. If it is unconstitutional, then it must be corrected forthwith. If nothing is done and it is allowed to remain, then we should be prepared for a complete collapse in our criminal justice system and more in the making.



GOBIND SINGH DEO
 

Chairman,
National Legal Bureau,
DAP Malaysia
MP Puchong.
 

Esok Muhyiddin Akan Dedah Segala Persoalan

Posted: 28 Jul 2015 07:28 AM PDT


 

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjawab segala persoalan dan pertanyaan susulan penggugurannya sebagai timbalan perdana menteri menerusi satu sidang media pada pagi Rabu. 

Beliau berkata, sidang media itu akan diadakan di kediamannya di Bukit Damansara pada pukul 11 pagi Rabu. "Saya telah pun mengeluarkan kenyataan saya pada hari ini dan media pun telah melaporkan tentang apa yang berlaku dan bagaimana kenyataan yang saya keluarkan petang tadi dan saya tidak akan memberi kenyataan baru.

"Saya akan maklumkan esok jam 11 pagi. Saya jemput semua media untuk datang sini. 

Dan di situ nanti saya akan perjelaskan apa-apa pertanyaan dan persoalan yang hendak dikemukakan oleh media tempatan mahupun antarabangsa," katanya kepada pemberita secara ringkas di luar kediamannya di Bukit Damansara di sini, malam Selasa. 

Pada Selasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan kabinet yang menyaksikan Muhyiddin digugurkan sebagai timbalan perdana menteri dan jawatan itu digantikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Sementara itu, sebaik sahaja sidang media itu tamat, kelihatan ketibaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di situ untuk menemui Muhyiddin. -mstar-


kERENGGA
Esok Muhyiddin Akan Dedah Segala Persoalan (Video) KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjawab segala persoalan dan pertanyaan susulan penggugurannya sebagai timbalan perdana menteri menerusi satu sidang media pada pagi Rabu. Beliau berkata, sidang media itu akan diadakan di kediamannya di Bukit Damansara pada pukul 11 pagi Rabu. "Saya telah pun mengeluarkan kenyataan saya pada hari ini dan media pun telah melaporkan tentang apa yang berlaku dan bagaimana kenyataan yang saya keluarkan petang tadi dan saya tidak akan memberi kenyataan baru. "Saya akan maklumkan esok jam 11 pagi. Saya jemput semua media untuk datang sini. Dan di situ nanti saya akan perjelaskan apa-apa pertanyaan dan persoalan yang hendak dikemukakan oleh media tempatan mahupun antarabangsa," katanya kepada pemberita secara ringkas di luar kediamannya di Bukit Damansara di sini, malam Selasa. Pada Selasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan kabinet yang menyaksikan Muhyiddin digugurkan sebagai timbalan perdana menteri dan jawatan itu digantikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Sementara itu, sebaik sahaja sidang media itu tamat, kelihatan ketibaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di situ untuk menemui Muhyiddin. -mstar-

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Esok Muhyiddin Akan Dedah Segala Persoalan (Video) KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjawab segala persoalan dan pertanyaan susulan penggugurannya sebagai timbalan perdana menteri menerusi satu sidang media pada pagi Rabu. Beliau berkata, sidang media itu akan diadakan di kediamannya di Bukit Damansara pada pukul 11 pagi Rabu. "Saya telah pun mengeluarkan kenyataan saya pada hari ini dan media pun telah melaporkan tentang apa yang berlaku dan bagaimana kenyataan yang saya keluarkan petang tadi dan saya tidak akan memberi kenyataan baru. "Saya akan maklumkan esok jam 11 pagi. Saya jemput semua media untuk datang sini. Dan di situ nanti saya akan perjelaskan apa-apa pertanyaan dan persoalan yang hendak dikemukakan oleh media tempatan mahupun antarabangsa," katanya kepada pemberita secara ringkas di luar kediamannya di Bukit Damansara di sini, malam Selasa. Pada Selasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan kabinet yang menyaksikan Muhyiddin digugurkan sebagai timbalan perdana menteri dan jawatan itu digantikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Sementara itu, sebaik sahaja sidang media itu tamat, kelihatan ketibaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di situ untuk menemui Muhyiddin. -mstar-

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Esok Muhyiddin Akan Dedah Segala Persoalan (Video) KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjawab segala persoalan dan pertanyaan susulan penggugurannya sebagai timbalan perdana menteri menerusi satu sidang media pada pagi Rabu. Beliau berkata, sidang media itu akan diadakan di kediamannya di Bukit Damansara pada pukul 11 pagi Rabu. "Saya telah pun mengeluarkan kenyataan saya pada hari ini dan media pun telah melaporkan tentang apa yang berlaku dan bagaimana kenyataan yang saya keluarkan petang tadi dan saya tidak akan memberi kenyataan baru. "Saya akan maklumkan esok jam 11 pagi. Saya jemput semua media untuk datang sini. Dan di situ nanti saya akan perjelaskan apa-apa pertanyaan dan persoalan yang hendak dikemukakan oleh media tempatan mahupun antarabangsa," katanya kepada pemberita secara ringkas di luar kediamannya di Bukit Damansara di sini, malam Selasa. Pada Selasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan kabinet yang menyaksikan Muhyiddin digugurkan sebagai timbalan perdana menteri dan jawatan itu digantikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Sementara itu, sebaik sahaja sidang media itu tamat, kelihatan ketibaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di situ untuk menemui Muhyiddin. -mstar-

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Esok Muhyiddin Akan Dedah Segala Persoalan (Video) KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjawab segala persoalan dan pertanyaan susulan penggugurannya sebagai timbalan perdana menteri menerusi satu sidang media pada pagi Rabu. Beliau berkata, sidang media itu akan diadakan di kediamannya di Bukit Damansara pada pukul 11 pagi Rabu. "Saya telah pun mengeluarkan kenyataan saya pada hari ini dan media pun telah melaporkan tentang apa yang berlaku dan bagaimana kenyataan yang saya keluarkan petang tadi dan saya tidak akan memberi kenyataan baru. "Saya akan maklumkan esok jam 11 pagi. Saya jemput semua media untuk datang sini. Dan di situ nanti saya akan perjelaskan apa-apa pertanyaan dan persoalan yang hendak dikemukakan oleh media tempatan mahupun antarabangsa," katanya kepada pemberita secara ringkas di luar kediamannya di Bukit Damansara di sini, malam Selasa. Pada Selasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan kabinet yang menyaksikan Muhyiddin digugurkan sebagai timbalan perdana menteri dan jawatan itu digantikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Sementara itu, sebaik sahaja sidang media itu tamat, kelihatan ketibaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di situ untuk menemui Muhyiddin. -mstar-

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ