Isnin, 27 Julai 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Siapa Taja Muhyidin Dan Umno Cheras Di Berjaya Times Square?

Posted: 27 Jul 2015 07:15 PM PDT



Tindakan Tan Sri Muhyiddin semalam bercakap di hadapan media tentang perkara perkara yang sudah dijawab dan diputuskan oleh MT mengundang persepsi yang semakin tidak baik kepada UMNO dan BN.

Sebagai seorang Timbalan dan orang nombor dua, tidak patut Muhyiddin bercakap begitu. Nampak seperti tidak serik. Tan Sri Muhyiddin ulangi cakap benda sama di Janda Baik dalam kursus tertutup UMNO beberapa bulan lepas. Macam lah UMNO ini tidak pernah bermesyuarat langsung mengenai isu negara dan 1MDB.

Muhyiddin seolah sengaja bercakap sekali lagi di bahagian yang ramai orang tahu sudah kalah iaitu Cheras. Bercakap pula di atas rostrum yang ditaja Berjaya Times Square, tempat di mana beberapa hari lepas diadakan satu majlis hari jadi untuk Tun Mahathir.

Vincent taja mesyuarat UMNO Cheras?

Patutlah Tun M berani bergambar secara terbuka di depan wanita bertanduk syaitan, Alice In Wonderland dan Frozen. Rupanya sudah ada penyelamat yang akan memadamkan dosa dosa Tun M itu di tempat yang sama juga.

Apakah ini secara kebetulan? Muhyiddin dijemput ke mesyuarat UMNO Cheras, bercakap hentam 1MDB dan kritik 1MDB secara terbuka dengan majlis hari jadi Tun Mahathir serta tempat Vincent Tan iaitu Berjaya Times Square.

Cepat benar mesyuarat UMNO Cheras dirancang dan diadakan. Ada komplot berlaku di Berjaya Times Square? Muhyiddin tidak patut cakap perkara yang sudah diputuskan dalam MT. Tangkapan demi tangkapan sudah pun dilakukan berkaitan dalang yang mahu jatuhkan negara menerusi blackmail 1MDB.

Audit Negara dan PAC sudah pun dalam proses melakukan siasatan. Laporan awal audit sudah pun nyatakan bahawa tiada perkara yang mencurigakan dalam 1MDB. Jadi apa lagi yang Tan Sri Muhyiddin cuba hendak pertikaikan?

Sebagai orang nombor dua, sewajarnya kalau tidak mahu kalah pilihan raya, Muhyiddin perlu membantu orang nombor satu untuk bersama sama menang pilihan raya. Dato Sri Najib seorang yang baik pada kawan dan orang nombor duanya.

Tidak seperti Mahathir. Menangguhkan proses pemilihan UMNO sebenarnya telah menyelamatkan Muhyiddin daripada dilawan dan dilanggar oleh lawan yang lebih kuat dan berpengaruh.

Patut orang nombor dua berterima kashlah kepada orang nombor satu. Kalau Muhyiddin jadi orang nombor dua pada zaman Mahathir dan bercakap sedemikian secara terbuka dalam mesyuarat UMNO Bahagian, sudah pasti hayat Muhyiddin sebagai Timbalan sudah lama habis.

Sama ada dipecat dan disingkir terus dari UMNO. Namun Dato Sri Najib tidak begitu, beliau seorang yang baik pada sahabatnya.

Sebenarnya Muhyiddin telah khinati kawan dan rakan rakan lain dalam Majlis Tertinggi dan Kabinet Malaysia. Jika Kabinet Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasional hari ini mahu menang pada PRU14, rasanya Muhyiddin perlu digugurkan sebagai TPM.

Beliau sendiri tidak yakin untuk menang pilihan raya, bagaimana hendak berperang jika orang nombor dua sendiri tidak yakin pada pasukannya untuk menang. Majlis Tertinggi UMNO juga perlu buat keputusan segera.

Tidak boleh membiarkan orang nombor dua terus menerus bercakap atas kepuasan peribadi di hadapan orang UMNO dan orang ramai. Yang akhirnya akan memberi imej negatif pada UMNO. Majlis Tertinggi UMNO perlu buat satu mesyuarat khas untuk putuskan kedudukan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Apakah semua ini berlaku kerana adanya Komplot Berjaya Times Square?

Hadi mohon batal saman RUU Hudud - FMT

Posted: 27 Jul 2015 06:30 PM PDT

 
Hadi, hudud

Individu yang menfailkan sama dikatakan tidak mempunyai hak untuk menghalang cadangan, pembentangan dan perbahasan mengenai perkara berkenaan.

KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memohon Mahkamah Tinggi membatalkan saman difailkan empat individu berhubung pembentangan rang undang-undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 pada sidang Parlimen.

Abdul Hadi, menerusi affidavit sokongan berkata, keempat-empat individu itu tidak mempunyai hak untuk menghalang cadangan, pembentangan dan perbahasan mengenai perkara berkenaan.

Beliau juga mendakwa saman pemula yang difailkan Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaluddin itu juga tidak mempunyai merit dan sebagai anggota Dewan Rakyat, beliau mempunyai hak keistimewaan serta imuniti.

Abdul Hadi memfailkan permohonan itu pada 2 Julai lepas melalui Tetuan Wan Jawahir (amp) Takiyuddin.

Mansoor dan lain-lain memfailkan saman pemula berkenaan pada 12 Jun lepas dengan menamakan Abdul Hadi, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, dua Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat iaitu Datuk Ismail Mohamed Said dan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee serta Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah sebagai defendan pertama hingga kelima.

Keempat-empat individu itu juga memohon satu deklarasi bahawa pembentangan mengenai pindaan itu merupakan satu kemungkiran terma-terma Buku Jingga Pakatan Rakyat oleh Abdul Hadi.

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, yang mewakili empat defendan iaitu Pandikar, Ismail, Ronald dan Roosme, memberitahu pemberita bahawa permohonan itu didengar di dalam kamar Hakim Datuk Asmabi Mohamad hari ini untuk pengurusan kes.

Katanya, Asmabi menetapkan 28 September untuk pendengaran permohonan Abdul Hadi.



- BERNAMA

Pergantungan The Edge konspirasi UMNO jatuhkan Najib- Mahfuz FMT Reporters

Posted: 27 Jul 2015 05:45 PM PDT

 
najib-mahfuz

Menerusi penggantungan akhbar tersebut, ia memberi kesan kepada pemikiran rakyat untuk mempercayai laporan mengenai isu 1MDB yang membabitkan.

PETALING JAYA: Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung dua akhbar mingguan dan harian milik The Edge seolah-olah satu konspirasi politik dalaman pimpinan UMNO untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia jelas kerana orang UMNO sendiri sudah tidak mampu untuk mempertahankan dan melindungi Najib.

Jelasnya, menerusi penggantungan akhbar tersebut, ia memberi kesan kepada pemikiran rakyat untuk mempercayai laporan akhbar itu mengenai isu 1MDB yang membabitkan Najib.

"Penggantungan ini juga dibuat bertujuan memberi tekanan kepada Najib untuk berundur dari jawatan Perdana Menteri," kata dalam satu kenyataan media pada Isnin.

"KDN digunakan untuk tujuan tersebut kerana dalam kalangan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional sudah tidak mampu mempertahan dan melindungi Najib apabila majorati rakyat Malaysia mempercayai Najib sesungguhnya terlibat," tambahnya lagi.

Oleh kerana ramai pimpinan UMNO tidak berani berterus terang dengan Najib memandangkan sebelum ini mereka begitu kuat mempertahankan beliau, maka tindakan yang boleh dilakukan ialah memberi tekanan dengan pengantungan akhbar The Edge dan menimbulkan kemarahan rakyat kepada Najib.

"Sama ada apakah Najib akan tunduk pada tekanan ini atau tidak, ianya bergantung kepada sejauh mana pula Pasukan Khas Siasatan Kes 1MDB mampu membebaskan diri mereka daripada sebarang pengaruh Najib.

"Jika mereka mampu dibeli oleh Najib, maka Perdana Menteri akan berupaya bertahan untuk satu tempoh yang singkat tetapi Pasukan Penyiasat pula akan menghadapi kutukan rakyat Malaysia sekaligus menyebabkan institusi yang mereka ketuai mengalami krisis kepercayaan yang akan meruntuhkan negara Malaysia yang di cintai," ujarnya.

PMO minta Muhyiddin henti buat kenyataan FMT Reporters

Posted: 27 Jul 2015 05:00 PM PDT

 
Muhyiddin-umno_1mdb_600
Gesaan itu dibuat bagi memberi ruang kepada proses siasatan

PETALING JAYA: Pejabat Perdana Menteri (PMO) menggesa semua pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak membuat kenyataan yang boleh mengeruhkan persepsi rakyat terhadap kerajaan dan UMNO.

Sebaliknya, PMO menasihat semua pihak supaya bersabar dan menunggu hasil siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), katanya menerusi kenyataan media pada Isnin.

Katanya, siasatan Pasukan Petugas Khas sedang berjalan dan semua pihak perlu beri ruang kepada proses siasatan.

"Semua pihak lebih-lebih lagi anggota Pentadbiran termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin hendaklah menunggu hasil siasatan."

"Sewajarnya kita mengelak membuat kenyataan yang boleh mengeruhkan persepsi rakyat terhadap kepimpinan negara serta kerajaan dan UMNO," kata Pejabat Perdana Menteri.

MAHB terlalu berkuasa di di KLIA2? Faiz Zainudin

Posted: 27 Jul 2015 09:00 AM PDT

 
Sim-Tze-Tzin_KLIA

Kementerian Pengangkutan dikatakan tunduk kepada MAHB di KLIA2.

PETALING JAYA:Kementerian Pengangkutan dikatakan gagal menyelesaikan masalah mendapan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Dakwaan itu dibuat Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sim Tze Tzin.

Katanya, kegagalan Kementerian Pengangkutan memantau masalah yang berlaku di KLIA2, menyebabkan Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) bertindak sesuka hati..

Dalam kenyataannya, Ahli Parlimen Bayan Baru itu berkata, masalah mendapan itu timbul kerana lokasi pembinaan terminal yang dikatakannya tidak sesuai.

"Tetapi MAHB mengambil keputusan membina KLIA2 di tapak barat yang merupakan tanah gambut. Ini telah diketahui sejak 1992! Selain itu, perubahan rekabentuk finger pier kepada satelit concept yang memakan belanja jauh lebih besar juga diputuskan oleh MAHB," dakwanya.

Tambah Tze Tzin, dia juga mendesak pihak Kementerian Pengangkutan supaya menyatakan pendirian rasmi berhubung perubahan pelan Induk yang dibuat MAHB.

"Saya mendesak Menteri Pengangkutan menjawab adakah pihak kementerian bersetuju atau tidak bersetuju perubahan Pelan Induk KLIA oleh MAHB?

"Siapakah yang membuat keputusan-keputusan tersebut, pegawai mana dalam MAHB dan Kementeri Pengangkutan?," solanya.

Katanya, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengarahkan pihak KLIA2 supaya menyelesaikan masalah yang berlaku tahun lalu, namun sehingga kini masih gagal diselesaikan.


"MAHB seolah-olah berkuasa penuh menjalankan segala urusan KLIA2 tanpa mematuhi arahan Kementerian Pengangkutan. Menteri Pengangkutan nampak lemah dalam isu-isu berkaitan MAHB," katanya.

Sehubungan itu dia mendesak menteri berkenaan mengumumkan laporan siasatan berhubung mendapan yang berlaku.

Ia perlu dilakukan bagi mengembalikan semula keyakinan pengguna terhadap kualiti perkhidmatan penerbangan negara ini selepas ia dicemari tiga insiden nahas pesawat.

Gendang pahlawan pagoh telah dipalu, adakah pahlawan bugis akan mencari sarung keris yg dah lama telanjang?

Posted: 27 Jul 2015 08:00 AM PDT

Kritik Najib - Salleh Keruak Desak Muhyiddin Letak Jawatan

Posted: 27 Jul 2015 07:12 AM PDT


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin patut meletakkan jawatan kerana tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata speaker Sabah.

Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata Muhyiddin patut meneladani jejak langkah Tun Musa Hitam, timbalan perdana menteri ketika era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kenyataan Muhyiddin semalam, kata Salleh (gambar), secara tersirat bermaksud undi tidak percaya terhadap perdana menteri selepas didakwa menyebabkan orang ramai tertanya-tanya dalam isu 1MDB.

"Perkara mulia dan terhormat untuk dilakukan Muhyddin, seperti dilakukan Musa Hitam dulu, letak jawatan kerana apabila beliau tidak lagi yakin dengan perdana menteri, berdasarkan prinsip beliau tidak layak lagi kekal dalam kerajaan," katanya dalam blog hari ini.

Bekas ketua menteri Sabah itu berkata  Muhyiddin memberikan gambarkan bahawa kabinet dan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno tidak tahu menahu berkaitan isu sekitar kontroversi syarikat pelaburan kontroversi negara itu.

Muhyiddin semalam memberi amaran bahawa Umno berdepan krisis kepercayaan ekoran kontroversi 1MDB.

Bercakap di Mesyuarat Agung Umno Cheras malam, Muhyiddin berkata jika pilihan raya umum diadakan dalam masa yang terdekat, Umno akan tewas.

Timbalan perdana menteri juga berkata tiada seorang pun yang boleh memberi penjelasan sebenar berhubung isu 1MDB termasuk yang berada dalam kabinet.

- mkini

Subhanallah !! Perompak Islam Yang Memalukan Negara Islam ?

Posted: 27 Jul 2015 02:45 AM PDT

Mafiaboss Melayu's photo.
PKR mendakwa sejumlah USD1 bilion wang 1Malaysia Development Sdn Bhd (1MDB) dipindahkan ke akaun peribadi milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukannya USD700 juta seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mendakwa, jumlah itu sangat besar dalam sejarah negara untuk seorang Perdana Menteri.

"Kita sebelum ini ingat jumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi USD700 juta.

"Angka terbaru yang saya perolehi daripada 'authority' USD1 bilion dimasukan ke dalam akaun Perdana Menteri," katanya di Pulau Pinang seperti dilapor media rasmi Kerajaan Selangor, Media Selangorku.

Menteri Besar Selangor itu berkata, masalah 1MDB menyumbang kepada kejatuhan nilai Ringgit serta menggugat kedatangan pelabur ke Malaysia.

"Keadaan ini dijangka mengakibatkan peniaga mengambil keputusan menutup perniagaan akibat terpaksa menanggung kerugian besar," katanya.

Satu saat pun Anwar tidak berhak di penjara, kata Azmin FMT Reporters

Posted: 27 Jul 2015 02:00 AM PDT

 
azmin_anwar_600

Anwar perlu dibebaskan segera dan pulangkan kepada rakyat untuk membawa perubahan total kepada negara.

PETALING JAYA: Mohamed Azmin Ali berkata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berhak di penjara walaupun satu saat.

Timbalan Presiden PKR itu berkata, Anwar sepatutnya berada di sisi keluarga dan rakyat.

Katanya, Anwar perlu dibebaskan segera dan pulangkan kepada rakyat untuk membawa perubahan total kepada negara.

"Datuk Seri Anwar tidak berhak berada di penjara.

"Bukan lima tahun, bukan empat tahun malahan satu saat pun tempatnya mesti dipulangkan balik kepada pangkuan keluarga dan rakyat," katanya di Hotel Sunway dalam majlis Jelajah Amanat Presiden pada Ahad, lapor media rasmi kerajaan Selangor, Media Selangorku.

Menteri Besar Selangor itu berkata, meskipun Anwar dibalik tirai besi, namun beliau tetap memberikan nasihat supaya parti kekal berada di landasan tepat meneruskan perjuangan rakyat.

Beliau berkata, nasihat dan amanat yang ditinggalkan Anwar terus dijadikan pemangkin supaya PKR terus mara ke hadapan.

Katanya, beliau sempat bertemu dan berbincang panjang bersama Anwar di Penjara Sungai Buloh selama dua jam setengah Jumaat lalu.

PENGEMIS TERCANTIK DI DUNIA

Posted: 27 Jul 2015 01:15 AM PDT



BEIJING - CHINA. Mempunyai rupa paras cantik bak 'supermodel', namun siapa sangka si gadis yang bernama Han Biyao ini 'bekerja' sebagai pengemis.

Han Biyao merupakan seorang gadis Tionghua, disebut-sebut sebagai pengemis tercantik di dunia.

Di mana sebalik rupa parasnya yang rupawan, ada kisah tragis yang pernah melanda dirinya.

Memetik laporan Rocket News baru-baru ini melaporkan, bahawa sebelum meninggal ayah Biyao merupakan seorang jutawan.

Sepeninggalan ayahnya menyebabkan ibunya jatuh sakit sehingga tidak mampu bekerja bagi menyara hidup.

Keperitan keluarga Biyao tidak terhenti di situ, apabila dilaporkan bahawa keluarga itu dihimpit dengan hutang hingga mencecah ratusan ribu yuan, hingga hampir memaksa Biyao untuk menjual keperawananya dek kerana untuk melangsaikan hutang tersebut.

Itulah kehidupan, hidup bagai roda kadangkala di atas kadangkala di bawah, itulah terjadi kepada Biyao di mana dahulu hidupnya dikelilingi dengan harta.

Namun dalam sekelip mata gadis berwajah cantik ini jatuh miskin dan hidup menderita, Biyao mengaku pernah bekerja sebagai seorang pelayan restoran demi menyambung hidup dan merawat ibunya.

Kini, Biyao memilih menggunakan kelebihan suaranya untuk menjadi penyanyi selain masih mengemis di sudut-sudut kota metropolitan Beijing, China.


SH

Muhyiddin sudah tiup peluit serang Najib

Posted: 27 Jul 2015 12:30 AM PDT


Muhyiddin Yassin, pening.
Ucapan Muhyiddin Yassin semasa merasmi mesyuarat agung Umno bahagian Cheras malam tadi yang menyentuh berbagai aspek dan pandangannya dalam isu 1MDB dan isu-isu ekonomi dan kewangan adalah sangat penting dan merupakan satu mesej jelas yang perlu dilayani.

Apa yang dituturkan Muhyuddin itu, khasnya mengenai isu 1MDB  adalah perulangan kepada apa yang pernah disebut sebelum ini termasuk dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno dan juga dalam Perhimpunan Agungnya.

Pernyataan malam tadi mengenai isu itu adalah penegasan daripadanya dan ia merupakan petanda bahawa timbalan presiden Umno itu tidak boleh berkompromi lagi dengan isu 1MDB yang kian membarahi kredbiliti Umno dan kerajaan pimpinan beliau bersama Najib Razak.

Ada empat perkara yang disebut Timbalan Perdana Menteri itu mengenai isu 1MDB yang membelenggu Najib Razak kini. Pertama katanya, dia sudah pun menasihati Najib agar melepaskan jawatan sebagai pengerusi penasihat lembaga pengarah 1MDB bagi mengelakkan PM itu terjebak dengan isu atau skandal mengaitkan syarikat itu dan kedudukan beliau sebagai PM.

Kedua, isu 1MDB itu kini sudah menjadi liabiliti kepada Umno sehinggakan kalau ia tidak diselesaikan dan sekiranya pilihan raya diadakan dalam masa terdekat Umno dan BN akan kalah. Dalam konteks negara pula kata Muhyuddin isu 1MDB telah menjejaskan keyakinan luar kepada Malaysia.

Ketiga, dalam bahasa lebih diplomasi Muhyiddin mendesak Najib agar menjelaskan secara berterus terang terhadap beberapa perkara yang mengabui mata umum di sebalik isu berkenaan. Apa yang dapat difahami Muhyiddin tidak yakin dengan tindakan diambil untuk menghuraikan isu itu seperti penubuhan Jawtaankuasa Khas, (pemeriksa intrim oleh Audit Negara) dan penangkapan beberapa individu terbabit dengan 1MDB boleh menyelesaikan masalah berkenaan.

Lebih jauh dari itu beliau juga mahu hasil laporan intrim itu didedahkan kepada umum dan laporan itu dijadikan dokumen umum supaya dapat dinilai secara terbuka.

Keempat, Muhyuddin sendiri menzahirkan rasa tertekan dengan isu 1MDB dimana beliau berasakan tanggungjawabnya sebagai TPM sangat diperlukan oleh rakyat untuk menyelesaikan atau menjawab isu itu. Beliau mulai menyuarakan yang rakyat mahukan beliau mengatasinya. Pernyataan Muhyiddin ini merupakan satu mesej yang sangat penting dan signifiken dengan apa yang dibangkitkan itu.

Itulah empat mauduk penting yang menjadi bahan percakapan Muhyiddin di perasmian mesyuarat itu. Ia menggambarkan keresahan Muhyuddin, rasa tidak puas hatinya kepada cara Najib, dan beliau menarik perhatian ahli Umno dalam masa sama supaya bingkas mengatasi masalah mencemaskan Umno itu.

Apabila Muhyiddin menyebutkan perkara itu dalam sebuah mesyuarat Umno secara terbuka bererti beliau sudah tidak ada upaya lagi, atau pun mengambil pendekatan mengatasi perkara itu secara diam. Beliau juga sama sekali tidak akan membantu Najib (bersubahat) melindungi daripada isu tersebut walaupun dia adalah timbalan Najib yang sepatutnya membantu Najib.

Dan apabila beliau turut mengungkitkan pesanan ayahnya sebagai seorang Tuan Guru agar bercakap benar, memberi pengertian kepada umum sikap Muhyiddin dalam isu atau skandal itu beliau tidak akan bersekongkol sama sekali.

Seperkara yang menarik seperti apa disebut Muhyiddin untuk mengatasi masalah ini, beliau sudah pun memberi tahu sesuatu kepada Najib, tentunya untuk mengatasi isu itu supaya tidak bertele-tela dan bagi menyelamatkan Umno dan kerajaan yang kian terhakis kepercayaan disebabkan isu itu. Tetapi Muhyiddin tidak bersedia untuk memberi tahu diluar apakah perkara yang disebutkan kepada Najib itu.

"Saya sudah sebut kepada Najib, tetapi saya tidak akan bawa ke luar," begitulah kira-kira kata Muhyiddin dipetik.

Apa boleh difahami bahawa timbalan perdana menteri itu sudah habis ikhtiar untuk membantu Najib serta menyelamatkan Umno dan kerajaan BN, tetapi nampaknya masih dipandang acuh tidak acuh oleh Najib, apabila menurutnya Najib mengucapkan, "terima kasih" yang mungkin nadanya skeptikal kepada saranan Muhyiddin tanpa menuruti apa yang disarankan itu.

Apakah perkara (rahsia) yang disebut atau diberi tahu Muhyiddin itu? Kenapa ia sampai begitu sulit sekali? Tetapi anehnya kenapa Muhyuddin menyatakan perkara itu? Saya berpendapat apa disebut Muhyuddin itu ialah meminta agar Najib Razak mengundurkan diri sebagai PM secara terhormat. Mungkin bagi perkiraan Muhyiddin dan para pemerhati dan pakar strategi politik Umno berundur itu adalah jalan terbaik.

Di sini saya tidak mahu meletakkan pandangan Muhyiddin kepada Najib itu dengan mengambil kira pandangan Dr Mahathir Mohamad. Sebelum ini Dr Mahathir beberapa kali minta Najib berundur. Tetapi biarlah ianya ikhlas daripada Muhyiddin sendiri. Lagipun saya kira Muhyuddin lebih mementingkan maruah Umno dan kerajaan BN daripada mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri. Bagi Muhyiddin kalau dia tidak dapat jadi PM pun tidak mengapa asalkan Umno terus kekal berkuasa.

Namun apabila Muhyiddin membuat atau menyebut perkara itu, - minta Najib berundur, sudah tentu Muhyiddin sendiri sudah dapat mengjangkakan isu 1MDB yang mengalami kerugian atau kehilangan sebanyak RM42 billion itu tidak akan dapat menyelamatkan Najib daripada kedudukannya kini. 

 
Seperti mana katanya, rakyat kini sedang tertanta-tanya dan menanti apakah jawaban berhubung isu berkenaan.

Isu 1MDB ditebali lagi dengan isu-isu ekonomi dan kewangan lain, kejatuhan nilai ringgit dan juga pelaksanaan GST yang membebankan rakyat.  Ketiga-tiga isu itu bolehlah diibaratkan penyakit tiga serangkai yang menghimpit kehidupan manusia dan menjadi satu fenomena kini; jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Tindakan yang diambil Najib yang banyak mendiamkan diri, atau cuba menyembunyikan hakikat sebenar apa yang berlaku di sebalik 1MDB menjadi rakyat "iseng" dengan isu berkenaan, dan natijahnya memberi keburukan kepada Umno. Sikap diambil Najib itu juga menggambarkan dia bukan seorang getlemen dan telus.

Menyimpulkan keikhlasan Muhyiddin menjelaskan apa yang disebut kepada Najib itu; - berundur, serta kebimbangan beliau terhadap isu 1MDB menunjukkan Muhyiddin sendiri sudah bersedia melakukan apa-apa sahaja tindakan termasuk mengambil alih jawatan PM daripada Najib.

Muhyiddin tidak mungkin akan mengulangi pendirian dan sikapnya dan rakyat (Umno) tentang itu kalau beliau tidak sudah bersiap sedia.

Sebelum Muhyiddin berhajat turun ke laut sudah pasti dia sudah siap dengan perahu dan pendayung serta pukat dan jala.

Saya dapat memahami mesej ucapan dan penegasan Muhyiddin mengenai isu 1MDB di Cheras itu sebagai signal akhir Muhyiddin bahawa beliau akan meniup peliut (sirem) untuk merempuh Najib dalam masa terdekat. 
 
Mesyuarat bahagian Umno yang sedang berjalan kini akan digunakan untuk mengemakan bunyi peliut tentangan terbukanya kepada Najib itu. [wm.kl.9:14 am 27/07/15]


VIDEO - TPM: Anggota kabinet tak senang saya baca The Edge

Posted: 26 Jul 2015 11:45 PM PDT


<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/wfn3L9qHa-A" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiada seorang pun yang mampu memberi penjelasan sebenar berhubung skandal 1MDB yang sarat hutang, termasuk anggota jemaah menteri atau kabinet.

Justeru, katanya, beliau cuba mendapatkan maklumat daripada media termasuk akhbar minggan perniagaan The Edge Financial Weekly yang kini digantung penerbitannya, tetapi ditegur oleh rakan-rakan dalam Kabinet.

dollah yankee

dollah yankee


Siapa yang mati dulu?

Posted: 27 Jul 2015 06:29 AM PDT


Pada minggu terakhir puasa hari itu Awang Selamat,utusan malaysia ada menulis ... 
Menurut akhbar rasmi UMNO iaitu Utusan Malaysia, hari ini memaparkan sebuah artikel yang ditulis oleh Awang Selamat mengatakan rombakan kabinet akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri.
"Najib kerap dikritik sebelum ini kerana terlalu menjaga hati orang dan berhati-hati dalam melakukan rombakan Kabinet terutama ke atas menteri yang lesu dan tidak proaktif. Tetapi itulah pendekatan beliau yang suka memberi peluang menambah baik diri kepada semua anggota Kabinetnya. "
"Kali ini, senario politik berubah, Najib tidak boleh ambil mudah. Maka beliau perlukan pasukan baharu yang bukan sahaja dinamik malah komited menyokongnya dalam saat-saat yang sukar dan ketika berdepan krisis." 
Awang Selamat turut menyebut dalam artikelnya bahawa ini jelas membuktikan Datuk Seri Najib mahu bangkit daripada dugaan politik yang dihadapi terutama berkaitan isu 1MDB. Jadi tidak dapat dinafikan hasil rombakan kabinet tersebut mampu mewujudkan perubahan drastik malah ada juga kemungkinan besar memberi kejutan lebih besar.

Mungkin juga Muhyiddin Mat Yassin dah mula rasa tak sedap badan dan berpeluh didalam 'air-cond' pejabat yang 'sejuk-gedi'... "Tak boleh jadi nie... tak lawan mati,lawan pun mati, lebih baik lawan.."

 Muhyiddin Yassin melihat laporan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai sejumlah wang disalurkan ke dalam akuan peribadi Najib Razak adalah satu perkara serius yang perlu dijelaskan.
Timbalan perdana menteri yang pertama kali mengulas isu tersebut mengakui begitu banyak persoalan mengenai dakwaan media antarabangsa yang masih tidak jelas dan ini menimbulkan kebimbangan kerana ianya bukan melibatkan jumlah kecil tapi  hingga beratus juta dolar.
"Pada awal berita itu, saya teks beliau, saya panggi 'sir' (panggilan hormat) saya kata pada dia ini merupakan tuduhan serius anda kena nafi, kemudian beliau jawab terima kasih dan kata sudah nafi.
Beliau juga mendedahkan membangkitkan perkara tersebut berapa kali dalam mesyuarat majlis tertinggi Umno dan mesyuarat Kabinet kerana merasakan tanggungjawabnya sebagai timbalan perdana menteri menyuarakan hal berkenaan.
"Saya ada tanggungjawab sebagai timbalan perdana menteri saya beri pandangan dalam MT sekali sekala, dalam jemaah menteri tiap-tiap minggu saya kata mesti kena ada jalan penyelesaian. Ianya perlu dimuktamadkan.
"Kalau tidak selesai maka ia akan jadi beban, kalau seringgit dua tidak apa, tapi sepatutnya kalau tidak ada 1MDB tidak akan ada masalah," katanya.
Pada masa sama beliau mengakui kerap kali dikecam rakyat kerana dilihat terlalu mendiamkan diri dalam isu tersebut.

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah.. kita ingat dia yang penerajang Najib turun, tapi last-last Najib yang nanti penerajang dia... Kah..Kah..Kah..

fcamel 雜記

fcamel 雜記


階級複製

Posted: 27 Jul 2015 10:10 AM PDT

Komentar Kini

Komentar Kini


Antara Anwar Ibrahim dan Abdul Hadi Awang

Posted: 27 Jul 2015 03:23 AM PDT


Mereka yang kalah sedang berusaha bersungguh untuk menubuhkan parti Islam baru.Pertanyaan, Mengapa mereka bertindak demikian.

Jawapan, tidak lain tidak tidak bukan kerana kecewa dan tak puashati serta tak mahu Abdul Hadi Awang jadi presiden PAS

Itulah tindakan mereka yang mendakwa merekalah yang mati matian memperjuangkan Islam di Malaysia ini.

Lain pula ceritanya ketika mereka  kami tidak mahu terima Anwar Ibrahim menjadi ketua Pakatan Rakyat.

Mereka seramai 40 orang yang tidak mahu terima Anwar menjadi ketua Pakatan Rakyat tinggal perti Keadilan rakyat secara beramai ramai.termasuk Mohd Ezam Mohd Nor.

Mereka seramai 40 orang itu bukan calang calang tokoh bertindak keluar parti. Malang sekali mereka yang kalah (orang PAS) masih ahli Pas tapi tidak suka Abdul Hadi Awang.

Sebab itu penulis tersangat hormat mereka yang tidak nama diri mereka pejuang Islam, Mereka ada integrity dalam berpolitik berbanding dengan mereka yang jaja sana sini akulah pejuang Islam.

Pada hemat penulis mereka yang kalah tak terima Abdul Hadi Awang sebagai presiden pas itu jelas dan nyata tak punya maruah apa tah lagi integrity. Jauh sekali.

Jika mereka ada integrity sudah lama mereka keluar parti, macam tokoh kepimpinan parti keadilan rakyat yang lebih ramai jumlahnya berbanding tokoh tokoh PAS yang hanya mendadik dada.

Persoalan yang timbul sekarang apakah benar kedudukkan pas akan lemah, kerana sudah ada yang buat ramalan kerajaan pas Kelantan akan tumbang pada PRU 14 nanti.

Sejarah telah membukti kedudukan parti Keadilan rakyat semakin kuat setelah 40 orang kepimpinannya keluar parti pada PRU 13. Kerusi Parlimen PKR bertambah jadi 30 kerusi.

Kedudukan PAS  lemah pada PRU 13. Ini sebelum mereka yang kalah dalam muktamar ke 62 mengamuk lagi, ia itu hilang enam kerusi parlimen dari 26 kerusi jadi 20 kerusi.disamping  hilang kerajaan Negeri Kedah. 

Apa apa pun, penulis nasihat mereka yang kalah dan nak tubuh parti Islam baru uruslah emosi kamu agar tidak jadi alat kepada politik kafirisme yang akan buat batu locatan untuk memerintah tanahair yang tercinta ini.