Sabtu, 25 Julai 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Sekat media tak selesai masalah

Posted: 25 Jul 2015 11:00 PM PDT

 
"Mungkin kita perlu menghapuskan perkataan ban (larangan) daripada perbendaharaan kata politik dan mengambil pendekatan membayangkan kejernihan fikiran serta rasional," kata bekas menteri kanan, Tan Sri Rafidah Aziz.

Mengulang mengenai penggantungan permit dua penerbitan The Edge Media Group oleh kerajaan semalam, Rafidah berkata, pada era ini hampir segala-galanya didorong oleh Internet dan media sosial.

"Orang ramai boleh bercakap apa saja yang mereka mahu di mana-mana," tulis beliau di Facebook.

Rafidah yang pernah menggalas tugas sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri antara Mei 1987 hingga Mac 2008 berkata, tanpa mengabaikan had terhadap kebebasan bersuara, penting untuk media tidak dihukum kerana membuat laporan yang tidak disenangi sesetengah pihak.

"Adakah pasti kita tidak menuju ke arah negara yang mengarahkan apa perlu dilaporkan dan tidak dilaporkan dalam media?" tanya beliau.

Kata Rafidah, kerajaan boleh menyekat sesetengah penerbitan tetapi ia tidak akan menyelesaikan apa-apa.

Sebaliknya kata beliau, tindakan itu akan menyebabkan rakyat lebih marah.

"Lebih buruk, akan ada rasa tidak puas hati baru (rakyat) terhadap kerajaan tanpa sebab yang sepatutnya," katanya.

Langkah Kementerian Dalam Negeri menggantung permit The Edge tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya kerajaan perlu memberi penjelasan mengenai sebarang isu kepentingan awam dengan mengemukakan hujah yang kukuh.

Namun kata Rafidah tindakan 'melatah' menjadi pilihan

"Janganlah hendaknya kita diberitahu kini kita perlu menutup Internet," katanya.
 

Wartawan bersatu tolak penggantungan The Edge

Posted: 25 Jul 2015 10:00 PM PDT


 

Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili dunia media massa akan menganjurkan protes terhadap tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permit penerbitan akhbar The Edge selepas mendedahkan dakwaan salah guna dana awam dalam 1MDB.

Pengumuman itu dibuat dalam satu kenyataan bersama oleh Gerakan Media Marah (Geramm), Institut Wartawan (IoJ), Wartawan Sans Frontieres (RSF), Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), dan Kelab Wartawan Asing Malaysia.

"Susulan perkembangan mutakhir ini, kami selaku kumpulan mewakili bidang kewartawanan bersama mengecam keputusan KDN menggantung permit penerbitan akhbar The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan yang berkuatkuasa 27 Julai ini.

"Mungkin ada isu etika mengenai cara The Edge Media Group mendapatkan maklumat yang membawa kepada pendedahan berhubung operasi dana 1MDB, namun ia sama sekali tidak mengabsahkan arahan penggantungan tersebut," kata kenyataan itu.

Gabungan berkenaan menyatakan, perhimpunan pada 8 Ogos ini disokong oleh masyarakat awam di sekitar Kuala Lumpur.

Keluar dari belenggu

Bagaimanapun lokasinya belum ditetapkan.

Selain itu, sebagai menunjukkan kebersamaan wartawan dengan rakan setugas mereka di kumpulan media berkenaan, satu lagi perhimpunan solidariti akan diadakan di pejabat The Edge di Petaling Jaya pada jam 3 petang Jumaat ini.

"Bagi media, ini adalah isu yang memberi kesan kepada kami semua. Kita semua #AtTheEdge.

"Apa yang telah berlaku kepada Edge ini bukan sesuatu yang baru dan tidak akan menjadi yang terakhir, melainkan jika kita semua secara kolektif bersuara terhadap perbuatan itu," kata gabungan itu.

Kenyataan sama menegaskan, isu etika ekoran pendedahan The Edge dalam isu 1MDB menunjukkan betapa perlunya media mendapat akses terhadap maklumat.

"Inilah masanya untuk keluar daripada belenggu rejim Rahsia Rasmi dan menuju Kebebasan Maklumat apabila maklumat menjadi hak awam.

"Kami juga menggesa agar tiada lagi campur tangan politik dalam media, dan akses terhadap maklumat yang melibatkan kepentingan awam tidak dihalang sama ada dengan undang-undang atau prosedur," jelasnya.

ZAM: How to make sure you are not a BLOODY FOOL when you are powerful Oleh Zainuddin Maidin

Posted: 25 Jul 2015 09:00 PM PDT

 
ZAM: How to make sure you are not a BLOODY FOOL when you are powerfulAlat jentera kerajaan digunakan sepenuhnya untuk menggambarkan keadaan ekonomi yang sihat( rosy picture of economy) walaupun wabak sebenarnya telah dirasakan oleh rakyat dari atas ke bawah.

Gambaran ini diberikan oleh Bank Negara dengan simpanan luar negara yang kukuh selain dari berita-berita kemungkinan penanaman modal asing,keuntungan syarikat- syarikat, projek-projek baru,kenaikan ringgit ( walaupun tidak stabil) ) dan berbagai lagi. Peranan memberikan rosy picture of economy ini dijalankan oleh agensi berita kerajaan Bernama.

Perdana Menteri dan juga lain-lain jentera ekonomi negara yang pastinya tahu keadaan sebenar mestilah berterus terang kepada rakyat supaya mereka dapat menyesoikan diri dengan keadaan dan tidak terlalu marah dalam menghadapi realiti sebenar.

Ini pernah dilakukan oleh Singapura apabila menghadapi ancaman ekonomi suatu masa dahulu dan rakyat menurut nasihat kerajaan tentang apa yang mereka harus lakukan untuk membina ketahanan ekonomi negara.

Sebagai rakyat bawahan saya dengan ikhlas ingin memberikan feedback tanda-tanda ancaman ekonomi yang sedang berlaku sekarang yang tidak mewajarkan lagi bagi Perdana Mengteri untuk berada dalam keadaan Denail Sydrom atau kata orang kedah " Buat Dak". 

Saya harap feedback ini tidak dianggap sebagai fitnah dan Najib tidak seharusnya lagi percaya kepada feedback ekonomi yang bersifat politik atau membuat kenyataan ekonomi berunsur politik.

Dalam politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib boleh berpegang kepada kata kata hikmah Allah Yarham Azman Atar Tokoh Lawak Politik UMNO bahawa " If your are in power make sure you are powerful otherwise your are bloody fool " tetapi kata-kata ini hanya terpakai untuk politik tetapi tidak untuk ekonomi. 

Orang-orang UMNO tidak boleh membantu Najib memperkasakan kedudukannya dalam ekonomi negara.

Apa yang saya kemukakan ini adalah bunga-bunga keruntuhan ekonomi yang membimbangkan. 

Mungkin dianggap fitnah dari saya tetapi kerajaan yang ikhlas yang mempunyai segala jentera berkeredibiliti boleh membuat kajian dan siasatan untuk mencari kebenaran.

Antara faktor yang saya temui sendiri ialah:

1- Program berbuka puasa di hotel-hotel besar dan sederhana tahun ini di seluruh negara anjuran kooporat atau syarikat perniagaan berkurangan. Pasar-pasar Ramadan juga tidak semeriah tahun lalu.

2- Penjualan berbagai pengeluaran hasil kering laut yang popular di Tanjung Dawai Merbuk Kedah telah jatuh dengan teruknya. Penjualan tak sampai 50% dari jualan cuti Hari Raya tahun lalu.( Saya dimaklumkan oleh beberapa peniaga yang saya kunjungi setiap tahun)

3- Banyak kereta baru yang dirampas kerana kegagalan bayaran ansuran dan kereta-kereta ini sukar pula dapat dijual semula. Sila tanya dengan polis tentang pekara ini kerana laporan polis dibuat oleh" penarik kereta."

5- Kutipan zakat tahun ini telah merudum dibandingkan dengan tahun lalu kerana ramai orang Islam yang hilang pekerjaan dan kekurangan hasil perniagaan.

6- Maruah Ringgit Malaysia jatuh. Biasanya peniaga-peniaga di Mekah dan Madinah terus menerima ringgit Malaysia tetapi ramai jemaah yang menunaikan umrah di bulan Ramadan telah diiminta menukarkan ringgit ke Saudi Rial lebih dahulu dan demikian juga di Thailand diminta tukarkan ke Bath lebih dahulu.

7- Ramai orang berebut-rebut mencari Singapore Dollar sehingga sukar untuk dapat dibeli di pasaran kerana mejangka ringgit Malaysia akan jatuh lagi dan mereka akan dapat membuat keuntungan.

8- GST tidak dapat di kawal dengan berkesan. Semalam saya minum teh tarik segelas RM1.80 di sebuah kedai mamak di Presint Deplomat Putrajaya berbanding dengan kedai lain ditempat yang sama.

9- Penerbut-penerbit terpaksa memberhentikan pengeluaran majallah kerana GST( Sila siasat masalah yang dihadapi oleh Utusan , Berita Publishing, Karangkraft dll) 

-http://zamkata.blogspot.com/

Pengasas Sarawak Report mungkin akan diektradisi Faiz Zainudin

Posted: 25 Jul 2015 08:00 PM PDT

 
zahid-claire

Sebarang tindakan yang akan diambil bergantung kepada siasatan muktamad PDRM

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memohon perintah ekstradisi terhadap terhadap pengendali laman Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown daripada kerajaan Britain.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ia akan diuruskan melalui Wisma Putra.

Bagaimanapun sebarang tindakan yang akan diambil bergantung kepada siasatan muktamad PDRM.
"Jika terdapat unsur-unsur jenayah yang dilakukan oleh Clare Brown, hubungan dua hala dalam bentuk pertukaran maklumat risikan sudah sedia terjalin antara Malaysia dan Britain," katanya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Zahid membayangkan usaha itu bukan mudah kerana ia berkaitan dengan kedaulatan negara berkenaan.

"Sebagaimana prinsip kedaulatan yang dihormati antara negara, sudah pasti pihak British tidak merestui mana-mana individu warganegaranya mencampuri urusan dalaman negara lain," katanya.

Sebelum ini beberapa pihak telah membuat laporan polis terhadap portal Sarawak Report kerana dipercayai cuba memfitnah dan menjatuhkan reputasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk didakwa memalsukan dokumen yang membawa kepada banyak pendedahan tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kerajaan cuba tadbir negara ala kuku besi-Wan Azizah FMT Reporters

Posted: 25 Jul 2015 07:15 PM PDT

 
wan_azizah

Kerajaan cuba sekat media kerana takut dengan pendedahan

PETALING JAYA: Kerajaan dikatakan sedang menyekat hak kebebasan rakyat untuk bersuara dengan mentadbir negara ala kuku besi.

Dakwaan itu dibuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang kecewa dengan penggantungan akhbar The Edge.

Jelasnya, tindakan itu bukan sahaja menunjukkan kerajaan takut kepada kebenaran malah kepada rakyat yang mempersoalkan kewibawaannya.

Dalam kenyataannya, beliau menjelaskan tindakan itu telah menghalang media daripada menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.

"Sudah menjadi kebiasaan untuk saya membaca akhbar The Edge Weekly. Rencana-rencana mengenai perniagaan, ekonomi dan politik di Malaysia amat teliti dan ditulis dengan cermat.

Rencananya menyumbang kepada suatu perbincangan yang ilmiah bagi memastikan demokrasi di Malaysia diamalkan secara sihat," kata Presiden Pakatan Rakyat (PKR) itu.

Jelasnya, sebagaimana orang lain, menjadi rutin beliau membaca akhbar berkenaan.

"Namun hari ini, saya, seperti juga ribuan ahli-ahli perniagaan malah rakyat Malaysia amnya, tidak dapat menjalani rutin ini lagi," luah Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

PANAS !! Pelacur Melayu Dedahkah Rakaman Dato Yang Main 4 Kali Tapi Tak Bayar...??

Posted: 25 Jul 2015 06:30 PM PDT



Pelacur Melayu Dedahkah Rakaman Dato Yang Main 4 Kali Tapi Tak Bayar

LICIK, berani dan tidak tahu malu… itu yang boleh kami gambarkan tentang peribadi pelacur kelas atasan yang menggelarkan dirinya sebagai Zara XXX ini.

Tidak peduli orang ternama mahupun berpangkat, Zara terus mengatur agendanya sebagai 'pelacur paling berani' mendedahkan identiti lelaki yang mendapatkan khidmat seksnya.

10392515_854865827895968_5140758714708178568_n
Malah, amaran ugutan terhadap pelanggan VVIP yang berhutang selepas melanggannya yang dimuat naik baru-baru ini ternyata benar-benar belaka.

BACA: GILA BERANI.. Zara Nak Dedah Lagi VVIP Yang Langgan Seksnya!
Jika sebelum ini, Zara hanya sekadar memberi hint tentang pelanggannya yang bergelar ustaz semata-mata. Namun, tidak kali ini.

Apa yang lebih menggemparkan,  Zara dengan selamba mendedahkan gambar dan informasi pelanggannya yang berpangkat Dato' menerusi salah satu nama akaun Facebook,  'Zara House of Lust II'.

baru
Menerusi statusnya, Zara yang lengkap menyebarkan nama, nombor telefon, nombor plat kereta milik pelanggannya mendakwa Dato' berkenaan telah menipu untuk mendapatkan khidmat seksnya sebanyak empat kali.

Berang dengan hal itu, Zara bertindak memalukan Dato' berkenaan di laman Facebook sekali gus memberi peringatan kepada lelaki-lelaki jalang bahawa dia bukan pelacur bodoh yang boleh dipermainkan sesuka hati oleh lelaki jalang.

Tidak henti setakat itu, Zara turut menanyakan pendapat netizen sama ada wajar atau tidak dia memuat naik gambar bogel Dato' dan rakannya.
1
Peliknya, pelacur berbadan gebu dan berkulit cerah ini seakan tidak takut akan kesan yang boleh menimpa dirinya kelak terhadap kenyataan berani matinya itu.

Apa pun, bagi kami inilah padahnya jika tunduk pada syaitan dengan mendekati maksiat.
Mungkin, inilah yang dikatakan 'Ada bangkai adalah hering' yang bermaksud di mana ada perempuan jahat di situlah ada lelaki jahat.

BACA: Pelacur Dedah Ustaz Langgan 'Khidmatnya' 3 Jam, Hutang 3 Ribu

Moga-moga Allah SWT memberikan hidayah kepada Zara dan pelanggan-pelanggannya. – 


 <iframe width="420" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/Og3jb7jE_b8" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>



<iframe width="420" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/5cEUx4J3N1M" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>



MYNEWSHUB.CC

SEKILAS PANDANG: Perkara yang tidak masuk akal dari Putrajaya semakin hari, semakin teruk.

Posted: 25 Jul 2015 05:41 PM PDT

Sekarang, bukankah mendedahkan kebenaran itu penting buat negara?



SEKILAS PANDANG: Perkara yang tidak masuk akal dari Putrajaya semakin hari, semakin teruk.

Baru-baru ini kita melihat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat laman pemberi maklumat Sarawak Report (SR) sebagai satu langkah "pencegahan" untuk "menjaga kestabilan negara".

Ini dilakukan selepas badan itu mendakwa laman itu mengeluarkan laporan terhadap 1MDB yang berkontroversi berdasarkan dokumen yang berkemungkinan diubah.

Walaupun laman itu masih boleh diakses oleh ramai orang, tindakan untuk menyekatknya mencetuskan kemarahan orang awam kepada SKMM.

Untuk mengukuhkan lagi tanggapan yang sekatan ini tidak berasas, ketua bahagian pemantauan dan penguatkuasaan badan itu Zulkarnain Mohd Yasin telah dipetik sebagai berkata pada Khamis bahawa masih belum ada sebarang bukti yang laman itu (SR) telah mengeluarkan laporan yang palsu.

Zulkarnain dilaporkan mengatakannya ketika satu taklimat kepada editor-editor media atas talian di Putrajaya pada pagi itu.

Bagaimanapun, pada petang hari yang sama (Khamis), SKMM melakukan apa yang Putrajaya sering lakukan - bercanggah sendiri, dengan mengeluarkan satu kenyataan menolak laporan berita yang memetik Zulkarnain itu.

Ia berkata bahawa laporan yang memetik Zulkarnain yang mengatakan tidak terdapat bukti SR mengeluarkan laporan palsu adalah "tidak tepat".

"Kenyataan oleh (Zulkarnain) yang diterbitkan di beberapa portal berita perlu dilihat daripada konteks yang ianya masih lagi dalam penyiasatan yang dilakukan oleh pihak polis dan Pasukan Petugas Khas, dan bukan sebagai pengesahan yang tidak terdapat bukti bahawa laporan SR adalah palsu.

"Berhubungan dengan ini, tajuk utama dan artikel beberapa portal berita atas talian dalam isu ini adalah tidak tepat," kata kenyataan itu.

Ia menambah bahawa tujuan taklimat itu adalah untuk mengingatkan editor-editor berita atas talian bahawa laporan palsu atau tidak tepat dan penyebaran maklumat sebegitu boleh menggugat keamanan dan keharmonian negara.

Harus diingat bahawa bukan satu, tetapi banyak portal telah mengeluarkan cerita daripada sudut yang sama daripada taklimat itu.

Apakah peluang yang kesemua mereka itu salah?

Yang mana satu sekarang ini, SKMM? Siapa sebenarnya yang salah?

Adakah kesemua portal yang hadir ke taklimat itu berkomplot untuk sengaja melaporkan berita itu di luar konteks, atau adakah Zulkarnain itu tidak tahu apa-apa seperti apa yang ditaklimatkan kepada media?

SKMM turut memberi amaran bahawa mereka yang didapati menerbitkan semula isi kandungan daripada SR mungkin akan dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mari andaikan yang SR menerbitkan berita berdasarkan dokumen yang diubah.

Bagaimana tentang Wall Street Journal, New York Times, Washington Post atau Bloomberg?

Kesemua agensi berita luar telah mengeluarkan laporan dalam nada yang sama mengenai 1MDB.

Adakah mereka semua turut bersubahat dengan SR untuk menggugat negara dan "menggulingkan kerajaan"?

Jadi adakah SKMM akan menyekat akses ke laman sesawang ini juga dan menyumbat semua orang yang menyebarkan laporan mereka terhadap 1MDB ke penjara?

Adakah ini cara SKMM untuk untuk menggertak pengkritik 1MDB dan Putrajaya? Lebih-lebih lagi, adakah dana yang bermasalah itu telah bebas daripada sebarang salah laku? Jadi bagaimana melaporkan dan berkongsi mengenainya amalan mereka yang didakwa tidak mengikut undang-undang itu salah?

Jika Putrajaya mahu memenjarakan mereka yang berfikir bahawa kemelut 1MDB tidak seharusnya pun berlaku dan orang-orang di belakangnya harus dipertanggungjawabkan, mereka tidak akan cukup penjara dalam negara.

Sekarang, The Edge telah pun digantung untuk tiga bulan oleh Kementerian Dalam Negeri. Teruskan bersama kami untuk selanjutnya.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Sekarang-bukankah-mendedahkan-kebenaran-itu-penting-buat-negara#sthash.h8hq68TC.dpuf

Penggantungan The Edge: Kerajaan mengaku silap secara tak sengaja, kata GHB

Posted: 25 Jul 2015 05:00 PM PDT

Zack Ahmad's photo. Pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB) Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan undang-undang drakonian Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 bagi menyekat saluran penerangan kepada rakyat. Pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB) Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan undang-undang drakonian Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 bagi menyekat saluran penerangan kepada rakyat.

Pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB) itu berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan undang-undang drakonian Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 bagi menyekat saluran penerangan kepada rakyat.

"Penggantungan tiga bulan The Edge yang didakwa boleh menjejaskan ketenteraman awam sangat mengecewakan rakyat.

"Kerajaan secara tidak sengaja mengakui kesalahannya dan cuba untuk menyembunyikan perbuatan jahat mereka dengan menghukum orang lain.

"Tindakan ini amat dikesali dan terkutuk," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, negara kini menuju ke arah kejatuhan, dan kini bukan hanya soal mahu menukar perdana menteri tetapi memperbaharui keseluruhan institusi kerajaan yang kritikal supaya berfungsi semula dan bersemangat.

Bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, antara yang paling kritikal ialah mengenai fungsi Parlimen yang mana kini ahlinya tidak lagi "bersenjata" dan memainkan perangan "semak dan seimbang" terhadap cabang eksekutif.

"Persoalan besar adalah bagaimana kebenaran boleh melemahkan kerajaan melainkan jika kerajaan itu adalah berdasarkan kepada kepalsuan," katanya.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam menggantung dua akhbar The Edge selama tiga bulan bermula 27 Julai ini.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Alwi Ibrahim berkata, tindakan itu dibuat berdasarkan tajuk serta cara pelaporannya mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sumber maklumatnya yang diragukan dan laporan yang dibuatnya ketika siasatan sedang dilakukan ke atas 1MDB.

"Kedua-dua penerbitan itu didapati mengandungi hasil penerbitan yang melanggar penerbitan Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012 kerana mengandungi hasil penerbitan yang memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam atau mungkin menggemparkan fikiran orang ramai atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara," katanya. – 25 Julai, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.
 

GHB sanggah Hadi, nafi berwalikan DAP OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Posted: 25 Jul 2015 09:00 AM PDT

 Zack Ahmad's photo. Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sepatutnya menyalahkan DAP kerana punca utama kemelut terjadi adalah disebabkan kelemahannya sendiri memimpin PAS. 

Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sepatutnya menyalahkan DAP kerana punca utama kemelut terjadi adalah disebabkan kelemahannya sendiri memimpin PAS. –

Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang itu berkata, Hadi tidak sepatutnya menyalahkan DAP kerana punca utama kemelut terjadi adalah disebabkan kelemahannya sendiri memimpin PAS.
"Saya tak tahu dalam konteks apa dia cakap. Ini sebenarnya masalah (dalaman) PAS dan kelemahan dia sendiri dengan PAS.

"Tetapi nak alihkan isu dan salahkan DAP," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, penubuhan GHB sebaliknya berkaitan isu kebangkitan rakyat akibat masalah yang dilalui dalam PAS sendiri.

"Ini soal kebangkitan rakyat, kerana PAS yang bermasalah. Tidak ada kaitan dengan DAP," katanya.
Hadi dalam kenyataannya 23 Julai lalu mengingatkan ahli GHB agar tidak menjadikan DAP sebagai wali atau ketua.

Dalam kenyataannya yang bertajuk 'Kepada sesiapa yang berkenaan PAS sahaja', Hadi berkata hanya ahli parti yang sedar mengenai perjuangan Islam bersama fadilatnya dapat membezakan antara kawan dan wali.

"(Mereka) boleh berkawan dengan kalangan DAP dan sepertinya, tetapi tidak boleh berwalikan DAP kerana tidak beriman dan budiman.

"Mereka yang tidak ada kefahaman dan kemanisan (perjuangan Islam) tersebut, sanggup hidup dan mati bersama kalangan DAP dan yang sewaktu dengannya, kerana tidak membezakan di antara kawan dan wali," katanya.

Setiausaha GHB, Dr Dzulkefly Ahmad ketika dihubungi berkata, hubungan dengan DAP adalah sebagai rakan pembangkang yang bercita-cita untuk meneruskan kembali tahaluf siyasi yang terkubur dan bakal menumbangkan Umno-Barisan Nasional (BN).

"Tidak ada siapa dari ahli kami Harapan Baru yang 'berwalikan' DAP.

"Dulu, yang kerap membuat tuduhan PAS diperkudakan dan menggadaikan prinsip perjuangan demi mencapai kemenangan politik, ialah Umno. 

"Kini nampaknya giliran PAS pula membuat tuduhan terhadap kami," katanya.

Bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, lebih baik jika PAS bersama dengan GHB menumbangkan Umno daripada terus bercakaran sesama sendiri.

"Adalah lebih baik kalau kita sama-sama 'berlumba-lumba' menumbangkan Umno bagi menamatkan kebobrokan tadbir urus parti pemerintah yang sarat dengan kemungkaran rasuah, salah guna kuasa, kerakusan, pembolotan, pembaziran, ketidakadilan dan kezaliman, daripada mengulangi fitnah Umno," katanya.

Hadi dalam kenyataan sama berkata, sesiapa yang tidak istiqamah atas akidah, dasar dan matlamat, pasti akan berundur, melompat, terlompat atau dilempar keluar jemaah.

"Sesiapa yang hanya ingin berlakon, Allah maha mengetahui dia hanya pelakon dan dikeluarkan tanpa diduga dan disangka, bersama pelakon tambahannya," katanya. – 25 Julai, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com.

GHB sanggah Hadi, nafi berwalikan DAP

Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sepatutnya menyalahkan DAP kerana punca utama kemelut terjadi adalah disebabkan kelemahannya sendiri memimpin PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Julai, 2015.Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sepatutnya menyalahkan DAP kerana punca utama kemelut terjadi adalah disebabkan kelemahannya sendiri memimpin PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Julai, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ghb-sanggah-hadi-nafi-berwalikan-dap#sthash.7wGBGGPW.dpuf

GHB sanggah Hadi, nafi berwalikan DAP

Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sepatutnya menyalahkan DAP kerana punca utama kemelut terjadi adalah disebabkan kelemahannya sendiri memimpin PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Julai, 2015.Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sepatutnya menyalahkan DAP kerana punca utama kemelut terjadi adalah disebabkan kelemahannya sendiri memimpin PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Julai, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ghb-sanggah-hadi-nafi-berwalikan-dap#sthash.7wGBGGPW.dpuf

Sindiran, kutukan cemari ucapan hari lahir Najib FMT Reporters

Posted: 25 Jul 2015 08:15 AM PDT

 
hb-najib

Di sebalik kata-kata kasar dan sindiran yang ditulis, pentadbir laman Facebook Najib Razak tidak bertindak untuk memadamkannya

PETALING JAYA: Pelbagai nada ucapan mewarnai hari ulang tahun Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang ke-62.

Selain bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta beliau bersara dalam ucapan sempena hari lahirnya, laman Facebook Ahli Parlimen Pekan itu, turut menjadi sasaran.

"Ya! Jgn putus asa mencuri $$$ lebih dari $2,700,000,000 yg sudah dicuri awak," tulis Dominic Andro.

"Sama2..sipencuri duit rakyat..thn dpn brim bg up skit lg bro jibby..klu x..faham2 jelah pru nnti," komen Caleb Di Angel di laman berkenaan.

Di sebalik kata-kata kasar dan sindiran yang ditulis, pentadbir laman Facebook Najib Razak tidak bertindak untuk memadamkannya

Komen-komen berkenaan diberikan selepas Perdana Menteri memuat naik statusnya pada 23 Julai lalu, sempena hari ulang tahunnya yang ke 62.

"Hari yang bermakna bagi saya. Terima kasih kepada semua atas doa dan ucapan di ulang tahun hari lahir saya ini," tulisnya.

"SAYA MASIH BERSAMA BN" - Bekas MB Trengganu Dauk Seri Ahmad Said

Posted: 25 Jul 2015 07:30 AM PDT


ahmad-said_600

Menurut bekas Menteri Besar Terengganu kalau beliau mahu meninggalkan BN ia telah dibuat setahun yang lalu.

KEMAMAN: Bekas Menteri Besar Terengganu yang juga Adun‎ Kijal Datuk Seri Ahmad Said menafikan beliau akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) sebagaimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Ahmad ketika ditemui di majlis rumah sambutan hari raya di rumahnya di Telok Kalong berkata kalau beliau mahu meninggalkan BN ia telah dibuat setahun yang lalu.

"Saya masih bersama BN dan masih lagi Adun Kijal, siapa yang sebarkan berita saya keluar BN… apapun keputusan tunggu pada Perhimpunan Agung Umno nanti," katanya kepada pemberitai.

Ahmad Said diganti oleh Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang mengangkat sumpah sebagai menteri besar baharu Terengganu pada 12 Mei 2014.


- Bernama

PAS Perlu Bertindak Sebelum Sokongan Melayu Dan Cina Hilang

Posted: 25 Jul 2015 06:26 AM PDT


Bekas Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar hari ini menggesa pimpinan PAS untuk memberi tumpuan dan mengawal pengundi terasnya iaitu Melayu Islam agar tidak hilang sokongan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 di samping berusaha memulihkan kepercayaan pengundi bukan Melayu Islam khususnya pengundi Cina.

Menurut Mahfuz, ekoran krisis dalaman Pakatan Rakyat (PR) pimpinan PAS dilihat seolah-olah berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa.

"Sehingga sekarang saya masih belum nampak sesuatu telah dilakukan. Malah apa yang saya lihat ialah beberapa tindakan dan kenyataan yang dibuat oleh pimpinan PAS bakal mengundang kemerosotan sokongan pengundi Islam Melayu itu sendiri.

"Respon PAS terhadap Gerakan Harapan Baru (GHB) membayangkan kerisauan, kebimbangan dan ketakutan PAS terhadap kemunculan gerakan tersebut.

"Kenyataan-kenyataan PAS yang mengecam GHB dan pimpinannya akan membuka ruang untuk ahli PAS memberikan respon yang baik terhadap GHB.

"Ini akan menyebabkan berlakunya kemerosotan sokongan pengundi Melayu Islam khususnya dari kalangan pimpinan dan ahli PAS daripada pelbagai peringkat," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, jika dilihat dari sudut kekuatan PAS sebagai Gerakan Islam, parti tersebut boleh merasakan 'syok sendiri' kerana tiada siapa lagi yang dianggap sebagai musuh dalam selimut PAS.

"Namun, dari sudut pilihan raya, PAS memerlukan sokongan dan undi daripada semua orang sama ada Islam atau pun bukan Islam," katanya.

Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sebelum ini mengumumkan penubuhan GHB yang terdiri daripada pemimpin kanan PAS yang gagal dalam pemilihan parti bulan lepas.

GHB, juga  telah mengemukakan permohonan pendaftaran sebagai sebuah parti politik, dilihat sebagai pengganti PAS dalam gabungan pembangkang Pakatan Rakyat sekarang selepas DAP dan PAS putus hubungan.

Rakan kongsi ketiga dalam Pakatan Rakyat ialah PKR.



Gantung penerbitan The Edge perbuatan melulu FMT Reporters

Posted: 25 Jul 2015 05:30 AM PDT

 
edge-financial-daily,-suspended

Tindakan itu akan menambah wasangka rakyat terhadap ketelusan siasatan 1MDB 


PETALING JAYA: Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung penerbitan akhbar The Edge disifatkan sebagai perbuatan melulu dan tidak professional.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPM) Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, turut menyifatkannya mencalar hak demokratik.

Dia menjelaskan, apa yang perlu diberikan perhatian adalah isu asas berhubung skandal 1MDB yang masih menjadi tanda tanya.

"Penggantungan permit surat khabar mingguan dan akhbar kewangan harian The Edge dan juga kes saman terhadap Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakob serta Ketua Pengarang Portal 

Harakahdaily, Taufek Yahya menunjukkan kerajaan begitu terburu-buru bertindak dalam menghukum aktivisme media di dalam negara," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman portal Harakahdaily.

Jelas Ahli Parlimen Pasir Mas itu, tindakan sedemikian akan menambahkan lagi wasangka rakyat terhadap ketelusan siasatan 1MDB yang dijalankan oleh kerajaan.

Lagi Datuk ditahan bantu siasatan 1MDB - FMT Reporters

Posted: 25 Jul 2015 04:45 AM PDT

 
1MDB,-MACC

Ia menjadikan indvidu keempat ditahan bagi membantu siasatan 1MDB 


PUTRAJAYA: Seorang pengarah urusan bergelar 'Datuk' direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut laporan Utusan Malaysia Online, individu berumur 48 tahun itu merupakan orang keempat yang ditahan reman dalam siasatan kes berkaitan pelbagai tuduhan mengenai 1MDB.

Dia dilaporkan tiba pada 10.15 pagi Sabtu di Mahkamah Majistret Putrajaya dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Sementara itu, seorang lagi pengarah syarikat yang juga bergelar Datuk yang merupakan individu kedua ditahan dalam kes berkaitan 1MDB telah dibebaskan hari ini selepas ditahan reman selama empat hari sejak Rabu lalu.

Pengarah berumur 54 itu dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM100,000 dengan dua penjamin.

Rafidah Aziz Pun Tibai 1MDB Jugak ? Sekat media sekadar alih perhatian isu sebenar, kata Rafidah

Posted: 25 Jul 2015 04:00 AM PDT

 
Tan Sri Rafidah Aziz menggesa pihak bertanggungjawab perlu mula memberikan fakta kepada umum melibatkan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad.

Susulan penggantungan akhbar kewangan harian The Edge Financial Daily dan mingguan The Edge, bekas menteri Kabinet Tan Sri Rafidah Aziz menyifatkannya sekadar mengalih perhatian daripada isu sebenar dan hanya akan membuatkan orang ramai lebih kecewa dengan kerajaan.

Dalam tulisan di akaun Facebooknya, bekas menteri industri dan perdagangan antarabangsa yang juga bekas ketua Wanita Umno itu berkata, perkataan "sekat" perlu dibuang daripada "kamus politik" Malaysia.

Katanya, sementara kebebasan bersuara mempunyai had tertentu, mengambilkira faktor kesopanan, menghormati kepercayaan agama orang lain dan hak majoriti, penting juga dipastikan media tidak dihukum sewenang-wenangnya, bukan kerana melampaui batasan had itu tetapi kerana melaporkan sesuatu yang dianggap tidak menyenangkan.
"Pastinya kita tidak mahu mengikut seperti negara lain di mana media diarahkan apa yang perlu ditulis," katanya.

Beliau berkata pihak bertanggungjawab perlu mula memberikan fakta kepada umum melibatkan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Sekali lagi kita dialihkan perhatian daripada isu sebenar yang dihadapi.
"Kita boleh sekat mana-mana penerbitan, tapi itu tidak akan menyelesaikan segalanya. Malah, ia membuat orang ramai lebih marah.

"Lebih buruk lagi, kini sia-sia sahaja, wujud ketidakpuasan hati terhadap kerajaan," katanya.

Rafidah berkata perbincangan di media sosial akan tetap berterusan tanpa mengira apa jua sekatan yang dikenakan, malah sekatan itu hanya akan memberi satu topik baru untuk rakyat "bincang dan kutuk."

"Jangan pula kata sekarang kita terpaksa tutup Internet. Terlalu banyak campur tangan akan merosakkan semuanya," katanya.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam menggantung permit penerbitan 2 akhbar tersebut selama 3 bulan bermula 27 Julai.

KDN menerusi surat yang dikirimkan menyatakan isu 1MDB yang dilaporkan 2 akhbar itu memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, keselamatan atau mungkin menggemparkan fikiran orang ramai atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau negara.

Pemilik The Edge bagaimanapun mengatakan akan mencabar keputusan penggantungan tersebut dan mempertahankan mereka tidak melakukan sebarang kesalahan tidak beretika.

Awal bulan ini, The Edge menerima surat tunjuk sebab di mana kementerian itu memberinya tujuh hari untuk menjelaskan mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadapnya mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

The Edge dituduh menerbitkan artikel mengenai dana negara itu yang dikatakan menimbulkan kekeliruan dan keraguan mengenai institusi kewangan kerajaan dan Malaysia.

1MDB amat sensitif bagi kerajaan, kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan pengerusi lembaga penasihatnya dan juga mengetuai Kementerian Kewangan, yang memiliki 1MDB.

Beliau juga turut dikaitkan dengan dakwaan yang wang dari entiti berkaitan 1MDB disalurkan ke akaun bank peribadinya.

Beliau tidak menjawab dakwaan itu secara langsung tetapi hanya menafikan mengambil dana awam untuk "kepentingan peribadi".

Dr. Asri Pertikai Bai'ah Hodoh PAS Jadikan Rumahtangga Sebagai Cagaran

Posted: 25 Jul 2015 03:04 AM PDT



Politik kepartian boleh menjadi begitu hodoh jika cagaran untuk kemenangan sesebuah kumpulan itu adalah rumahtangga.

Mufti Perlis, Datuk Seri Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, berpolitik sepatutnya dibangunkan untuk membina masyarakat dan negara yang lebih baik.

Dengan 'mainan' politik kepartian, kata bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia itu, seseorang isteri kononnya boleh tertalak tiga gara-gara tindakan si suami.

"Justeru, teraniayalah isteri dan anak-anak di rumah hanya kerana perbuatan si suami dalam parti," katanya.

Kenyataan umum itu dibuat Mohd Asri dipercayai mengulas polemik antara kumpulan dalam PAS ketika ini yang berselisih pendapat mengenai bai'ah dilafaz wakil rakyat parti berkenaan.

Sesetengah bai'ah itu dikatakan turut 'mencagarkan' isteri seseorang calon pilihan raya apabila ia dikaitkan dengan talak.

PAS dikatakan mewajibkan semua bakal calon melafazkan ikrar itu sebelum dinamakan dalam mana-mana pilihan raya.

Semalam Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ilmuan Malaysia (ILMU), Fathul Bari Jahaya turutmemberikan pandangan mengenai isu berkenaan.

PAS kini bergolak apabila kumpulan progresif - termasuk di kalangan wakil rakyatnya - sedang dalam usaha menubuhkan gerakan baru selepas mereka 'dikorbankan' dalam pemilihan parti awal Jun lalu.

Secara umum, kata Mohd Asri, beliau bersetuju dengan pandangan ulama silam, Syeikh Ibn Taimiyyah bahawa seseorang yang melafazkan taklik tanpa niat sebaliknya sekadar untuk meyakinkan atau menakut-nakutkan, talak tidak terjatuh apabila ikrar itu dilanggar.

Bagaimanapun jika taklik itu dilafazkan dengan disertakan hasrat mentalakkan isterinya jika sumpah dilanggar "kerana malu ataupun kecewa", maka talaknya jatuh.


Mujahid nasihat Haron: Hati-hati 'berfatwa'

Posted: 25 Jul 2015 02:09 AM PDT

 
 
Walaupun bergelar ulama dan berstatus Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din tetap perlu berhati-hati mengeluarkan kenyataan, termasuk memberikan 'fatwa' haram kepada wakil rakyat tertentu yang menyertai Gerakan Harapan Baru.
Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, wang yang diperolehi sebagai wakil rakyat sebahagiannya digunakan untuk membiayai keluarganya.
Kata anak bekas Yang Dipertua Agung PAS itu berkata mengapa Haron beranggapan elaun diperolehinya haram apabila membuat pendirian menyokong Pakatan Rakyat.
"Saya ingin bertanya semula kepada beliau (Haron), ada wakil rakyat dalam PAS yang tidak mesra kepada Pakatan dan kadang-kadang menyerang Pakatan. Bagaimana (hukum) pendapatan mereka?

"Adakah ia sah? Adakah mereka memenangi kerusi itu atas tiket Pakatan atau PAS semata-mata? Jawapannya, mereka menang atas tiket Pakatan," kata Mujahid yang juga Pengerusi Penaja GHB Pulau Pinang.

Beliau berucap di majkus rumah terbuka hari raya anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) di George Town, Pulau Pinang semalam.

Mujahid juga memberi contoh bagaimana beliau memenangi kerusi parlimen Parit Buntar dalam pilihan raya umum 2013 dengan memperoleh majoriti 8,000 undi.

Kata Mujahid, 80 peratus daripada pengundinya adalah komuniti China, 10 peratus India dan selebihnya Melayu.

PAS mempunyai kira-kira 4,000 di Parit Buntar.

"Jika kita tolak 4,000 ahli PAS, saya masih ada majoriti 4,000 undi. Di mana saya nak letak muka kalau mereka datang jumpa saya?" katanya. - Mkini

Adik PM kutuk penggantungan The Edge

Posted: 25 Jul 2015 01:00 AM PDT

 
Adik PM kutuk penggantungan The EdgePengerusi Kumpulan CIMB merangkap adik kepada perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak mengutuk penggantungan operasi akhbar perniagaan mingguan dan harian The Edge dan The Edge Financial Daily.

Personaliti korporat negara itu menyifatkan akhbar tersebut sebagai tunjang kepada komuniti perniagaan dan ia memastikan komuniti itu kekal jujur, bermaklumat dan berdaya saing.

Membuat kenyataan menerusi akaun Instagram, adik kepada Datuk Seri Najib Razak itu memuji liputan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akhbar itu.

"Liputan 1MDB baru-baru ini mengagumkan tetapi jika ada silap, betulkan mereka atau gunakan saluran undang-undang.

"Saya mengutuk penggantungan ini dan simpati saya buat semua kakitangan yang terkesan," katanya.
The Edge dan The Edge Financial Daily digantung bermula Isnin depan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), kata penerbit hari ini.


Penerbit berkata, menerusi surat yang dikirimkan, KDN menyatakan isu 1MDB yang dilaporkan 2 akhbar itu memudaratkan dan boleh membawa gangguan kepada keselamatan dan ketenteraman awam atau memberi ancaman kepada keselamatan negara.

"Gagal menghentikan penerbitan selama 3 bulan akan menyebabkan pembatalan permit penerbitan," kata KDN dalam surat tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Penerbit Kumpulan Media The Edge Ho Kay Tat melahirkan kekecewaannya berhubung keputusan KDN menggantung penerbitan 2 akhbar itu.

Katanya, The Edge akan mencabar keputusan KDN di mahkamah bagi membatalkan arahan penggantungan tersebut. - TMI

 
 

Hadi dan Najib sama-sama terdesak untuk pagar diri Oleh Mohd Sayuti Omar

Posted: 25 Jul 2015 12:00 AM PDT

 
Hadi dan Najib sama-sama terdesak untuk pagar diriSerupa tetapi tidak sama Najib Razak dan Abdul Hadi Awang dalam usaha untuk mengekalkan kedudukan dan menjaga wibawa parti mereka mengambil tindakan tergesa-gesa yang tidak popular. 

Najib yang terhimpit dengan isu 1MDB sudah terdesak sehingga sanggup menggunakan berberapa akta termasuk Akta Hasutan 1948 untuk menutup kebusukannya dari terus beruap.

Dua buah akhbar The Edge dan The Edge Financial digantung permit penerbitan selama tiga bulan. Sebelum itu SKMM telah bertindak menyekat portal Sarawak Report dan memberi ugutan kepada mana-mana pihak yang menyiarkan maklumat mengenai 1MDB akan dikenakan tindakan.

The Edge dan The Edge Financial Daily The Edge dan The Edge Financial Daily The Edge dan The Edge Financial Daily Beberapa orang (yang sebenarnya) dijadikan kambing hitam disebalik pendedahan penyalahgunaan wang 1MDB juga telah ditangkap dan disiasat dibawah akta hasutan. 

Mereka juga dihalang untuk bergerak bebas ke dalam negeri dan dan juga diluar negara. Antara mereka yang disekat perjalanan ke luar negeri ialah Pengerusi DAP Selangor Tony Phua dan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Bekas ketua pembangkan Anwar Ibrahim lebih awal disekat dengan cara lebih kejam lagi menerusi penjara selama lima tahun.

Najib sudah mengguna semua para hulubalangnya bagi melindungi beliau dan menutup kebusukannya. Sebelum ini para hulubalangnya sekadar membela Najib menerusi air liur, tetapi kini sudah membuat tindakan fizikal apabila tindakan menerusi air liur tidak berkesan. 

Ahmad Sabery Chik menerusi kuasa SKMM yang ada kepadanya manakala Zahid Hamidi meneuris KDN. 

Kedua mereka ini bolehlah dianggap sebagai Malik Zabaniah dan Riduan yang menjaga pintu-pintu kerkuasaan Najib.

Zahid pula kelihatan lebih serius membela Najib. Ini berikutan ada ura-ura yang beliau akan diletak di bawah kementerian lain dalam satu rombakan kabinet yang bakal dilakukan Najib. Mungkin bagi menyelamat kedudukannya Zahid mula menunjukan taring dan pembelaanya kepada Najib. 

 Ertinya perang saraf Najib untuk menukar Zahid ke porfolio lain dalam satu rombakan kabinet berjaya.

Bagi mempamerkan lagi kesungguhan membela Najib tidak mustahil Zahid bertindak lebih jauh lagi dengan mengarah polis atau badan-badan keselamatan dibawah kawalannya bertindak lebih rakus, seperti tangkapan dan sebagainya.

Mengenai persamaan Najib dengan Abdul Hadi tadi, kalau Najib menggunakan beberapa akta untuk mengukuhkan kedudukannya, maka berlain pula dengan Abdul Hadi yang menggunakan ayat-ayat Quran, petikan hadith dan sebagainya untuk mengekang ahli Pas agar tidak meninggalkan parti itu dari berhijrah kepada GHB.

Isu bai'ah yakni ikrar politik dilakukan sesetengah calon Pas dijadikan modal untuk mengekang ahli Pas dari meninggal parti berkenaan. GHB rupanya menyerabutkan Abdul Hadi.

Ada seorang pemimpin tertinggi Pas mengeluarkan fatwa haram bagi wakil rakyat Pas menerima dan menikmati elaun dan gaji sekiranya wakil rakyat itu telah menyertai GHB. Entah berdasarkan nas mana pemimpin berkenaan membuat fatwa berkenaan. 

Saya sudah katakan, dalam politik sekular, ayat-ayat Quran dan hadith tidak terpakai. Quran dan hadith hanya terpakai kepada politik jemaah sahaja.

Fatwa yang dikeluarkan itu hanya untuk mengekang wakil rakyat berkenaan daripada meninggalkan Pas dan sikap pemimpin itu menunjukkan dia sudah terdesak dan panas dengan sambutan yang diberikan kepada GHB.

Berhubung bai'ah itu ingin juga ditanya, macam mana dengan calon Pas bertanding dan angkat ikrar tetapi tewas, apakah talak mereka juga jatuh apabila mereka meninggalkan Pas? 

Kalau mengikut fatwa pemimpin tertinggi Pas itu yang ingin sangat dikenal sebagai spiritual leader bekas calon itu juga tertakluk dengan ikrar berkenaan. Jika ia tidak jatuh dan hanya jatuh kepada yang menang maka jelas ikrar bai'ah suatu bidaah besar.

Bukankah perbuatan bai'ah itu hanya berlaku pada tahun 2004 dan terbatas di beberapa buah negeri sahaja. Macam mana dengan keadaan Pas pada tahun tahun sebelumnya termasuk di Kelantan. 

Apakah waktu itu sudah ada ikrar berkenaan atau hanya baru terfikir pada tahun 2004? 

Kalau begitu ertinya soal bai'ah jatuh talak itu bukan perkara yang wajib dalam Pas melainkan ia hanya satu teknik sahaja bagi menyelamatkan Pas apabila ahli yang mungkir. 

Tidakkah ini adalah helah politik dan bukan hukum mutlak daripada Allah?

Dan kalaulah benar bai'ah itu menyebabkan talak itu jatuh bererti Pas menjadi agen tidak rasmi di negara ini menggalakkan berlakunya perceraian dan talak itu bertantangan dengan sunah Rasulullah sendiri yang membenci kepada percerian. 

Talak itu juga tidak pernah dibuat pada zamannya dan hanya direka oleh agamawan yang lebih termakan pallet agama di zaman muasir ini sahaja.

Kesimpulan baik Najib dan Abdul Hadi kedua terdesak dengan apa yang menimpa diri mereka dan parti mereka, sehingga terpaksa menggunakan akta dan Quran untuk dijadikan pagar melindungi mereka. Ayat-ayat jambi tidak akan menambah undi. - http://msomelayu.blogspot.com/


 

Kisah Nabi Sulaiman Dengan Seorang Pemuda | KISAH NYATA KISAH BENAR - by TraveloQue

Posted: 24 Jul 2015 11:30 PM PDT

 Kisah Nabi Sulaiman Dengan Seorang Pemuda | KISAH NYATA KISAH BENAR | Selain seorang nabi, Sulaiman a.s. juga seorang raja terkenal.


Atas izin Allah ia berhasil menundukkan Ratu Balqis dengan jin ifrit-Nya. Dia dikenali sebagai manusia boleh berdialog dengan segala binatang.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit dan bumi hingga tiba di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang, ia cukup memerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula samudera itu.

Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin Ifrit menyelam ke samudera itu sampai ke dasarnya. DI sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari permata putih yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya ke atas samudera dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman.

Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi terlalu hairan, "Kubah apakah gerangan ini?" fikirnya. Dengan minta pertolongan Allah, Nabi Sulaiman membuka tutup kubah. Betapa terkejutnya dia begitu melihat seorang pemuda tinggal di dalamnya.

"Sipakah engkau ini? Kelompok jin atau manusia?" tanya Nabi Sulaiman kehairanan.

"Aku adalah manusia", jawab pemuda itu perlahan.

"Bagaimana engkau boleh memperolehi karomah semacam ini?" tanya Nabi Sulaiman lagi. Kemudian pemuda itu menceritakan riwayatnya sampai kemudian memperolehi karomah dari Allah boleh tinggal di dalam kubah dan berada di dasar lautan.

Diceritakan, ibunya dulu sudah tua dan tidak berdaya sehingga dialah yang memapah dan menggendongnya ke mana jua dia pergi. Si anak selalu berbakti kepada orang tuanya, dan ibunya selalu mendoakan anaknya. Salah satu doanya itu, ibunya selalu mendoakan anaknya diberi rezeki dan perasaan puas diri. Semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat yang tidak di dunia dan tidak pula di langit.

"Setelah ibuku wafat aku berkeliling di atas pantai. Dalam perjalanan aku melihat sebuah kubah terbuat dari permata. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu sehingga aku masuk ke dalamnya." Tutur pemuda itu kepada Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman yang dikenali boleh berjalan di antara bumi dan langit itu menjadi kagum terhadap pemuda itu.

"Bagaimana engkau boleh hidup di dalam kubah di dasar lautan itu?" tanya Nabi Sulaiman ingin mengetahui lebih lanjut.

"Di dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu di mana berada. Di langitkah atau di udara, tetapi Allah tetap memberi rezeki kepadaku ketika aku tinggal di dalam kubah."

HIKMAH BERBAKTI KEPADA KEDUA IBUBAPA

"Bagaimana Allah memberi makan kepadamu?"

"Jika aku merasa lapar, Allah menciptakan pohon di dalam kubah, dan buahnya yang aku makan. Jika aku merasa haus maka keluarlah air yang teramat bersih, lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu."

"Bagaimana engkau mengetahui perbedaan siang dan malam?" tanya Nabi Sulaiman a.s yang merasa semakin hairan.

"Bila telah terbit fajar, maka kubah itu menjadi putih, dari situ aku mengetahui kalau hari itu sudah siang. Bila matahari terbenam kubah akan menjadi gelap dan aku mengetahui hari sudah malam." Tuturnya. Selesai menceritakan kisahnya, pemuda itu lalu berdoa kepada Allah, maka pintu kubah itu tertutup kembali, dan pemuda itu tetap tinggal di dalamnya.

Itulah keromah bagi seorang pemuda yang berbakti kepada kedua orang tuanya.