Jumaat, 24 Julai 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


VIDEO - Ucapan khas Mahathir untuk Najib: Selamat bersara!

Posted: 24 Jul 2015 11:00 PM PDT

 

Sempena ulang tahun Datuk Seri Najib Razak yang ke-62, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi ucapan khas dengan meminta supaya beliau bersara awal daripada menjadi perdana menteri.

Sementara itu, mengulas penggantungan permit The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan, Dr Mahathir secara sinis berkata beliau "bersetuju" dengan tindakan berkenaan.

The Edge - Kami Lakukan Untuk Buktikan Rakyat Malaysia Ditipu AS$1.83 Billion Benar, kami perdaya bayar Justo - The Edge Media Group

Posted: 24 Jul 2015 10:15 PM PDT


Kami tidak melakukan sebarang kesalahan dan bersedia membantu penyiasat tidak seperti beberapa pihak yang seolah-olah sudah menghilangkan diri.


KUALA LUMPUR: Kami merujuk kepada berita akhbar Singapura, Straits Times (ST) hari ini (24 Julai) di mana Andre Xavier Justo menuduh kami tidak membayar kepadanya apa yang dipersetujui bagi maklumatdiberi berhubung skandal usaha sama 1Malaysia Development Berhad (1MDB)-PetroSaudi.

Pertama, kami mengatakan wartawan ST pasti mempunyai hubungan "kuat" sehingga diberi akses kepada Justo di penjara Bangkok, sedangkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang kini berada  di Bangkok, setakat ini tidak menerima akses kepada Justo.

Kami tertanya-tanya kemungkinan wujudnya pihak tertentu yang berkuasa mengatur Nirrmal Ghosh daripada ST menemui Justo supaya beliau boleh melancarkan serangan ke atas kami?

Justo jelas adalah seorang lelaki marah, dan difahamkan begitu memandangkan kami tidak membayar kepadanya sebagaimana dikehendaki.

Benar, kami memperdayakannya tetapi itu adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan bukti bagi mendedahkan bagaimana sekumpulan kecil rakyat Malaysia dan warga asing, menipu rakyat Malaysia sebanyak AS$1.83 bilion.

Kenyataan beliau mengesahkan apa yang kami katakan sebelum ini iaitu, kami tidak pernah membayar sesiapa.

Bagi tuduhan Justo kami memberitahunya untuk mengubah dokumen dan objektif kami menjatuhkan kerajaan, sesungguhnya jika kami mempunyai niat sedemikian, kami tidak akan memberitahu kepada orang yang baharu pertama kali ditemui.

Apatah lagi jika kami tahu beliau akan marah kerana kami tidak membayar sebagaimana diingini.

Tiada pengubahsuaian kerana kami segera melakukan "digital finger print" cakera padat yang mengandungi lebih 400,000 emel dan dokumen dan melindunginya.

Apa yang terkandung dalam cakera yang kami beri kepada Bank Negara Malaysia, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu ini adalah salinan asal yang diserahkan Justo kepada kami dan beliau berkata tidak melakukan sebarang ubah suai.

Tambahan pula, jejak wang yang kami berjaya kesan dan serahkan kepada penyiasat menunjukkan bagaimana wang daripada 1MDB dipindahkan ke dalam akaun pelbagai individu di beberapa bank-bank global di beberapa negara dengan mudah dan boleh disahkan penyelidik dengan bantuan rakan-rakan mereka di negara ini.

Justo disifatkan seorang lelaki yang kecewa. Tetapi ia bukan mengenai Justo, ia mengenai kita.

Ia skim menipu rakyat Malaysia sebanyak AS$1.83 bilion melalui usaha sama 1MDB-PetroSaudi.

Hakikat banyak agensi kerajaan sedang menyiasat 1MDB dan kini sebuah syarikat hampir bankrap perlu diselamatkan mengesahkan semua kerja The Edge Media Group lakukan untuk mendedahkan apa yang berlaku.

Kami tidak melakukan sebarang kesalahan dan bersedia membantu penyiasat tidak seperti beberapa pihak yang seolah-olah sudah menghilangkan diri.


* Tong Kooi Ong adalah pengerusi The Edge Media Group dan Ho Kay Tat adalah penerbit. The Malaysian Insider adalah sebahagian daripada kumpulan The Edge Media Group. – 24 Julai, 2015.

- astroawani

Jangan Tertekan Sampai Tak Lalu Makan - Oleh Kadir Jasin

Posted: 24 Jul 2015 09:30 PM PDT


NAK salahkan orang kita naik angin, emosional dan jadi tak tentu arah pun tak boleh juga. Memang keadaan dalam negara kita kacau-bilau. Politik huru-hara dan ekonomi tak tentu hala.
Tapi, alhamdulillah ada lagi orang kita yang boleh buat jenaka dan gelak ketawa. Orang Utara kata, buat lawak atau kelolo.

Kelolo, bukan koro. Koro penyakit yang serang orang lelaki sampai hilang kejantanan dan segala keberanian (Baca di sini).

Semalam saya minum teh dengan seorang ahli parlimen pembangkang. Mulai 26 Jun lalu, saya boleh minum teh dengan semua orang politik tanpa rasa ragu sebab saya tidak ada afiliasi dengan mana-mana parti politik lagi. Saya sudah jadi non-partisan.

Lagi pula, mulai 1 Julai saya tidak ada kerja atau jawatan lagi. Sudah tutup kedai. Nganggur. Orang Utara kata, sepak kertas. Orang putih kata, jobless. Selama 46 tahun makan gaji – mulai 16 Jun 1969 sampai 1 Julai 2015.

Ahli parlimen bekas Pakatan Rakyat itu bagi tahu saya, bulan puasa dia menjelajah Sulawesi - negeri orang Bugis - selama dua minggu. Dia nak belajar macam mana wilayah Indonesia itu selesaikan pertumpahan darah Islam-Kristian.


Mangsa pergaduhan agama di Sulawesi

Dia kata, orang Bugis bukan lanun seperti yang sering diandaikan, tapi satu bangsa yang sangat utamakan kebenaran.

Saya kata: "Ya lah, mana ada orang Bugis di negeri Bugis nak mengaku ada orang Bugis zaman dulu kala jadi lanun."

Itu zaman dulu. Sekarang, kalau melanun orang Somalia di Afrika Timur nombor satu. Tapi lanun boleh kata ada di semua benua. Di mana ada laut, ada lah lanun. Di darat dipanggil pencuri, perompak, penyamun, perampok dan sebagainya. Sekarang ada perampok kolar putih.

Ahli parlimen itu adalah antara yang kena sekat daripada pergi ke luar negara.

Saya kata, susah juga nak fikirkan apa alasan sebenar mereka dihalang daripada meninggalkan tanah air. Fikir punya fikir, saya mendapat ilham berikut:

1. Sekarang musim durian. Kerajaan mahu mereka tinggal dalam negara dan bantu lariskan jualan durian supaya pemilik dusun, peraih dan peruncit durian boleh cari makan, menjana ekonomi dan memacu transformasi.

2. Sekarang Tahun Melawat Malaysia. Jadi kerajaan mahu seramai mungkin rakyat jelata ambil bahagian dalam Cuti-Cuti Malaysia.

3. Sekarang nilai ringgit merudum. Kalau ramai rakyat Malaysia mengembara ke luar negara, lagi teruklah kejatuhannya.

4. Rizab luar pun merosot. Khabarnya kerana mempertahankan nilai ringgit. Kalau ramai orang kita mengembara ke luar negara dan bawa keluar duit yang banyak, lagi teruklah kejatuhan rizab dan kadar tukaran duit kita.

5. Tapi saya rasa para YB itu tidaklah kaya. Jadi banyak mana sangat yang mereka nak bawa keluar. Lagi pun elaun baru mereka, khabarnya, belum lagi dibayar. Perbendaharaan tak cukup duit kot!

6. Dalam suasana ada macam-macam teori persekongkolan (conspiracy theories) boleh jadi juga pihak berkuasa takut para YB itu pergi ke luar negara untuk sertai IS.

7. Mungkin kerajaan tidak mahu mereka ke luar negara sebab mereka akan disiasat berkenaan dakwaan konspirasi nak jatuhkan Perdana Menteri.

8. Yang lawaknya, dua orang yang Pasukan Petugas 1MDB nak tangkap dah cabut lari ke luar negara. Seorang namanya Nik Faisal Ariff Kamil (peguam) dan seorang lagi Suboh Mohd Yassin, bekas pegawai tinggi kerajaan.


Nik Faisal (atas) dan Suboh

9. Atau boleh jadi juga pihak berkuasa tak mahu mereka ke luar negara pasal takut mereka dapat lagi banyak maklumat dan dokumen berkenaan 1MDB.

Nasihat saya, janganlah gundah gulana sampai makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah, resah gelisah tak tentu arah. Meminjam lingo kontemporari anak-anak muda, jangan emo sangat!

Jangan risau sampai sasau. Jangan tidak ketahuan sampai kena sawan. Lagi teruk kalau kena sawan babi. Tak ada ubat. Kita emo dan susah hati pun belum tentu ada orang peduli.

Ambil iktibar daripada sejarah. Bila pembesar Perancis bagi tahu Marie Antoinette yang rakyat jelata Perancis tak ada roti nak makan, bini raja Perancis itu kata: "Biar mereka makan kek!"


Marie Antoinette amat berpengaruh

Tak lama lepas itu rakyat Perancis bangkit memberontak. Marie Antoinette dan laki dia, Raja Louis XVI kena pancung.

Dua puluh sembilan tahun lalu, Presiden Marcos lari tinggalkan negara kerana diburu rakyat jelata. Nasib baik Amerika tolong seludup. Sekarang ada muzium kasut Imelda Marcos di Manila.

Muzium Kasut Imelda Marcos di Manila

Akhir kalam, dalam kita berjenaka melegakan sesak di dada, eloklah kita fikir-fikirkan siapa yang kita mahu terajui negara di masa akan datang. Itu saja yang kita boleh buat. Kita hanya boleh berfikir dan bagi pendapat. Kuasa melantik bukan di tangan kita. 

Kita ada kuasa hanya waktu pilihan raya.

Kita fikirkanlah yang terbaik di kalangan yang kurang baik. Kita memilih manusia bukan malaikat. Fikirkanlah yang tahu agama dan moral, yang tidak terlalu kontroversi, tidak terlalu kaya raya dan yang anak bininya tahu tempat masing-masing. - http://kadirjasin.blogspot.com/.

Rafizi saman balas Najib dan Rosmah Mohamad Fadli

Posted: 24 Jul 2015 08:45 PM PDT

 
rafizi-saman

Tindakan itu katanya, bagi mendidik rakyat supaya tidak takut dengan ugutan dan tindakan saman yang menjadi senjata utama Najib

PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata dia telahpun memfailkan saman balas terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Katanya, saman balas itu bagi mendidik rakyat supaya tidak takut dengan ugutan dan tindakan saman yang menjadi senjata utama Najib.

"Oleh itu, saya telah menyaman kembali Najib dan Rosmah dalam tuntutan balas kerana tindakan saman yang dibawa terhadap saya itu adalah percubaan untuk menutup mulut saya daripada terus membawa isu rakyat yang tidak disegani oleh Perdana Menteri.

"Saya berpendapat memandangkan rakyat tidak pernah berhadapan dengan seorang Perdana Menteri yang menggunakan tindakan saman untuk menjawab kritikan pembangkang, rakyat juga perlu tahu bahawa hujah-hujah pembelaan dan tuntutan balas di mahkamah mempunyai asas yang kukuh dan bersifat kepentingan awam," jelasnya.

Ahli Parlimen Pandan itu juga menyeru supaya pimpinan politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai jangan takut dengan ugutan saman oleh penjawat awam terutamanya daripada Perdana Menteri.

"Mereka perlu terus dikritik dan dipertanggungjawabkan kerana itu asas penting dalam sistem demokrasi yang sihat," katanya lagi.

Tegasnya, pembelaan dan tuntutan dalam saman balas itu berasas kedua-dua plaintif pertama dan kedua, Najib dan Rosmah, terlibat dalam kepentingan awam.

"Isu yang dibawa oleh saya (penarikan subsidi minyak oleh Najib) adalah berkaitan kepentingan awam, perkataan-perkataan yang diaju adalah dilindungi oleh perlindungan mutlak (absolute privilege).

"Merujuk kepada perkataan-perkataan yang diadu (terutamanya pembelian cincin), plaintif kedua (Datin Seri Rosmah Mansor) melalui kelakukan sendiri dan pengenalan beliau, telah menerima liputan meluas mengenai perbelanjaan beria-ia dan pembelian/penerimaan beg tangan berjenama dan barang kemas yang amat mahal," ujarnya.

Berani saman Harakahdaily, tapi tak berani saman WSJ Khairil Ashraf

Posted: 24 Jul 2015 08:00 PM PDT


najib

Pas membandingkan reaksi Perdana Menteri yang pantas menyaman Harakahdaily tetapi masih belum membuat apa-apa keputusan terhadap WSJ yang membawa impak lebih besar.

PETALING JAYA : Pas mempersoal tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak yang masih berdolak-dalih untuk menyaman Wall Street Journal (WSJ) yang melaporkan RM2.6 bilion disalurkan ke akauan peribadinya.

Tindakan melengah-lengahkan Najib berbeza dengan tindakan pantasnya menyaman media pembangkang, Harakahdaily.

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kesan laporan WSJ yang disiarkan dalam bahasa Inggeris boleh dibaca oleh seluruh dunia berbanding laporan Harakahdaily dalam Bahasa Melayu yang hanya dibaca oleh segelintir rakyat Malaysia.

"Malah, artikel di WSJ bukan sahaja mencemar imej Najib, malah negara kerana kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

"Atau sebenarnya tindakan memohon penjelasan daripada WSJ hanya sekadar membeli masa untuk menimbulkan isu sensasi yang baru seperti bagi mengalih rakyat daripada apa yang ditimbulkan WSJ?

"Apakah akan ada dakwaan balas bahawa WSJ juga melaporkan sesuatu berdasarkan maklumat yang telah diubahsuai?, katanya kenyataan media.

Pesuruhjaya Pas Pahang itu berkata, Najib tidak seharusnya berdalih lagi dalam isu tersebut kerana kesannya kini turut dirasai oleh seluruh rakyat.

Pada Mac lepas, Najib memfailkan saman terhadap Harakahdaily kerana menerbitkan artikel berhubung isu dana 1MDB yang didakwa berunsur fitnah terhadap beliau.

Tidak mustahil The Edge tipu rakyat Malaysia – Rahman Dahlan ? - Khairil Ashraf

Posted: 24 Jul 2015 07:15 PM PDT

 
RAHMAN-DAHLAN_the-adge_1mdb_600
Sebuah organisasi berita tidak akan membayar untuk mendapatkan maklumat dan tidak sepatutnya menipu dalam mendapatkan maklumat.

PETALING JAYA: Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata tidak mustahil untuk akhbar The Edge menipu seluruh rakyat Malaysia.

Ini kerana, katanya, akhbar itu telah melakukan perkara yang sama iaitu berbohong kepada penjenayah licik, Xavier Andre Justo bagi mendapatkan maklumat mengenai laporan syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Sebuah organisasi berita tidak akan membayar untuk mendapatkan maklumat, tetapi mereka juga tidak sepatutnya menipu dalam mendapatkan maklumat," katanya.

Beliau yang memuat naik status di Facebooknya juga menyatakan reputasi akhbar tersebut menjadi taruhan apabila mereka menipu bagi mendapatkan maklumat yang dicuri.

Katanya, The Edge sepatutnya menjelaskan maklumat yang diperolehi dari awal lagi dan mengisytiharkan bagaimana mereka memperolehi maklumat tersebut.

"Memalukan apabila The Edge tidak menjelaskan perkara tersebut dari awal. Hanya apabila Justo mendedahkan segala kesalahannya, The Edge bertindak melindungi kesalahan mereka

"Mereka mengeluarkan laporan itu untuk beberapa bulan demi kepentingan politik dan berharap tiada siapa tahu siapakah Justo (bekas kakitangan PetroSaudi International).

"Sekarang, dalam keadaan terdesak, mereka berkata penerbitan maklumat yang dicuri dan yang diragui adalah perkara yang bermaruah," katanya.

Abdul Rahman mengeluarkan kenyataan itu ekoran The Edge mengaku bahawa akhbar itu memperdaya Justo untuk mendapatkan dokumen berhubung 1MDB.

Kementerian Dalam Negeri telah menggantung penerbitan The Edge selama tiga bulan kerana dua laporan berkenaan 1MDB didakwa telah menganggu ketenteraman awam.

Tindakan kerajaan akan buat rakyat lagi marah – Ibrahim Ali Mohamad Fadli

Posted: 24 Jul 2015 06:30 PM PDT

 
ibrahim_ali
Kerajaan seharusnya menumpukan siasatan terhadap skandal 1MDB bukannya menimbulkan isu lain.

KUALA LUMPUR: Menggantung penerbitan akhbar dan menyekat pembangkang ke luar negara hanya akan membangkitkan lagi kemarahan rakyat terhadap kerajaan.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, kerajaan sepatutnya menyelesaikan masalah 1MDB bukannya menimbulkan masalah lain.

"Saya tak kata secara total saya tak setuju, tetapi kerajaan tidak patut menggantung The Edge hanya kerana mereka mendedahkan bukti scandal 1MDB.

"Ada tindakan keras, rakyat sokong namun tak semua. Rakyat sekarang boleh berfikir dan mereka bijak-bijak, tidak seperti zaman pemerintahan kerajaan dahulu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Perkasa.

Kementerian Dalam Negeri menggantung penerbitan The Edge Weekly dan The Financial Daily selama tiga bulan bermula 27 Julai kerana melaporkan skandal 1MDB yang didakwa boleh menganggu ketenteraman awam.

Sebelum ini, Rafizi Ramli dan Tony Pua dihalang meninggalkan negara ini dipercayai kerana pendedahan skandal 1MDB.

"Pada saya, yang penting siasat sama ada berlaku ada berlaku penyelewengan dalam 1MDB.

"Kerajaan perlu jawab betul-betil dan fokus menjawab isu berbangkit 1MDB," kata Ibrahim.

Kenyataan Haron Din pra-matang, kata Mujahid - Faiz Zainudin FMT

Posted: 24 Jul 2015 05:45 PM PDT

 
mujahid-rawa-harun-din

Kemenangan wakil rakyat Pas bukan bergantung sepenuhnya kepada undi ahli Pas tetapi penyokong Pakatan Rakyat.

PETALING JAYA: Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata kenyataan Datuk Dr Haron Din pra-matang apabila menyifatkan wakil rakyat Pas yang mendukung perjuangan Gerakan Harapan Baru (GHB) haram menikmati gaji dan elaun sebagai wakil rakyat Pas.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, kenyataan Mursyidul Am Pas itu terlalu awal kerana mereka masih ahli Pas dan belum menubuhkan parti baru.

"Benda ini tak jadi parti lagi, agak pra-matang nak buat andaian itu, pelantikan kami dari sudut parti kami dicalonkan oleh parti (Pas) dan kita berterima kasih atas kepercayaan yang diberi dalam PRU-13 lalu," katanya ketika dihubungi FMT.

Beliau yang juga salah seorang daripada lapan Ahli Parlimen Pas yang bersama GHB berkata, kemenangan yang diperolehi secara demokrasi atas sokongan pengundi Pakatan Rakyat, bukan semata-mata undi ahli Pas.

"Tiket Pas. Yang bagi menang siapa, bukan ahli Pas, tiket Pas jentera Pas tetapi rakyat menyokong kita kerana kita ada gagasan pada waktu iaitu Pakatan Rakyat.

"Perlu ambil kira faktor sokongan, kemenangan diberikan oleh rakyat yang mengundi, yang datang daripada orang ramai yang tak ada kena mengena dengan Pas termasuk undi dari Cina yang bukan ahli Pas dan saya rasa saya bertanggungjawab kepada undi mereka," katanya.

Mujahid membangkitkan wakil rakyat Pas yang menang sama ada menjaga amanah yang diberi kepada meraka atau sebaliknya ekoran kemenangan yang diperolehi itu bukan sepenuhkan hasil sokongan ahli Pas tetapi PR.

"Kalau mereka ini tidak menunjukkan komitmen kepada Pakatan Rakyat, dengan tindakan mereka yang tidak mesra kepada PR ini juga perkhianatan kepada undi yang diberikan kepada mereka itu juga ia harus adil," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad enggan memberi sebarang komen terhadap kenyataan Harun Din yang didakwanya bukan kenyataan rasmi daripada Pas pusat.

"Saya tak nak komen atas apa kenyataan yang keluar dari surat khabar, Facebook dan sebagainya. Kita nak tunggu satu kenyataan rasmi yang diserahkan kepada kami melalui surat hasil daripada mesyuarat Pas Pusat dan dan hasil daripada mesyuarat yang sah bukanya kenyataan dibuat secara peribadi.

KPN, jangan ‘kantoi’ dan malukan Malaysia di Thailand, pesan DAP

Posted: 24 Jul 2015 05:00 PM PDT

Dua Kali Gagal Jumpa Justo - IGP Jangan Malukan Negara

Pengerusi Biro Undang-undang DAP Gobind Singh Deo berkata, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sepatutnya sedia maklum akan prosedur bagi bertemu bekas pengarah PetroSaudi International itu yang kini ditahan di Thailand atas tuduhan cuba memeras ugut majikannya, berhubung dokumen sulit berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Julai, 2015.


Pengerusi Biro Undang-undang DAP Gobind Singh Deo menyeru Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar agar tidak terus memalukan Malaysia di mata dunia apabila gagal bertemu Andre Xavier Justo di Thailand buat kali kedua.

Menurutnya, Khalid sepatutnya sedia maklum akan prosedur bagi bertemu bekas pengarah PetroSaudi International itu yang kini ditahan di Thailand atas tuduhan cuba memeras ugut majikannya, berhubung dokumen sulit berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Ia amat memalukan bagi kita membaca dalam akhbar yang ketua polis kita gagal buat kali kedua dalam percubaannya bertemu Justo.

"Ia lebih memalukan apabila membaca yang polis Thai menggesanya 'menggunakan saluran sesuai', antaranya Kementerian Luar Negeri," kata ahli Parlimen Puchong itu, dalam kenyataannya hari ini.

Menurut Gobind, Khalid perlu patuh kepada undang-undang seperti orang lain kerana beliau bukanlah berada di atas undang-undang.

"Maka beliau perlu bertindak dalam kerangka undang-undang atau bersedia menghadapi tindakan seperti kebiasannya di sini," kata Gobind.


Beliau turut mengingatkan Khalid sebarang bukti yang diperoleh daripada Justo secara tidak sah mungkin tidak boleh digunakan di mahkamah kelak.

Pihak berkuasa Thailand hari ini sekali lagi menolak permintaan polis Malaysia untuk menyoal Justo atas dakwaan menawarkan untuk menjual maklumat rahsia berkaitan syarikat sarat hutang 1MDB, lapor Bangkok Post.

Sebaliknya, Ketua Polis Thailand Somyot Poompunmuang berkata, Justo bukan warganegara Malaysia dan menasihatkan rakan sejawatannya, Khalid menggunakan saluran yang betul, termasuk Kementerian Luar.

Thailand sebelum ini menolak permohonan sama oleh Bukit Aman pada 16 Julai.

Laporan itu berkata pada mesyuarat itu, diplomat dan polis dari Kedutaan Malaysia di Bangkok bertemu Somyot dan bertanya jika mereka boleh bertemu dan merekodkan kenyataan daripada Justo.

Ia sebelum ini melaporkan Khalid adalah sebahagian daripada delegasi Malaysia.

Reman Justo adalah sehingga 15 Ogos.


Polis Thailand menahan Justo pada 22 Jun atas tuduhan memeras ugut PSI, sebuah syarikat antarabangsa yang berpusat di Arab Saudi yang dikaitkan dengan kontroversi 1MDB. – 24 Julai, 2015

-themalaysianinsider


MOHON PANJANG KAN WAHAI SAHABAT.....

Posted: 24 Jul 2015 02:17 PM PDT

     
  • PADA Yang Menjangkau Usia 50, 50++, DKT2 50

    S U D A H M E L E B I H I ? S E D A N G M E N G H A M P I R I ? M A S I H J A U H L A G I ?

    Nasihat untuk yang dah umur 50 tahun ke atas.

    Yang dah 50 tahun tu mula-mulalah berlatih.

    Yang dah hampir 50 tahun boleh bersedia.

    Yang lambat lagi nak ke umur 50 tahun boleh kongsi dan bantu mak ayah jika masih ada.

    PERTAMA MASA MENGUMPUL HARTA SUDAH HABIS. FOKUS SEKARANG UNTUK GEMBIRAKAN ORANG

    Fokus pada nak menggembirakan orang lain. Sekarang bukan masa untuk cari harta saja.

    KEDUA JANGAN TINGGALKAN APA-APA UNTUK ANAK-ANAK. MEREKA PERLU USAHA DAN CARI SENDIRI

    Rancang macamana nak belanjakan duit simpanan. Anda patut gembirakan hidup anda dan ganti apa yang tak dapat buat sebelum ini. Kalau mampu pergilah melancong.

    Jangan tinggalkan apa-apa kepada anak-anak yang boleh buatkan anak-anak bergaduh. Dengan meninggalkan sesuatu akan bawa masalah bila anda sudah tiada nanti.

    KETIGA BUAT KERJA JANGAN BERTANGGUH

    Lakukan pada saat ini dan sekarang, bukan semalam dan esok. Hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal. Semalam telah pergi dan esok mungkin takkan berlaku.

    KEEMPAT DIDIKLAH ANAK CUCU DENGAN AGAMA

    Bergembira dengan cucu-cucu (jika ada) tapi jangan jadi "full time baby sitter". Itu bukan tanggungjawab anda untuk jaga mereka. Jangan rasa bersalah tak jaga anak sesiapapun termasuk cucu sendiri.

    Tanggungjawab anda adalah terhadap anak-anak anda. Selepas mereka dewasa dan menjadi ibubapa tugas awak telah tamat. Biarkan anak-anak anda sendiri yang jaga anak-anak mereka.

    KELIMA KALAU SAKIT BERSABARLAH

    Terimalah sakit dan lain-lain kelemahan fizikal. Ia adalah sebahagian daripada proses meningkatnya umur. Bersyukur dengan keupayaan kesihatan yang anda ada.

    KEENAM DUNIA NI BUKAN TEMPAT KAMU DAPAT APA YANG KAMU HENDAK

    Kenali siapa diri anda dan apa yang anda ada sekarang. Jika anda tak dapat apa yang anda nak, ketahuilah itu semua dah terlambat.

    KETUJUH BERSAMALAH DENGAN MEREKA YANG IKHLAS MENYAYANGI ANDA

    Berbahagialah dengan pasangan anda, anak-cucu dan rakan-rakan anda. Mereka yang betul-betul sayangkan anda, sayang anda seadanya.

    KELAPAN BERLAPANG DADALAH

    Memaafkan dan terima kemaafan. Maafkan diri sendiri dan orang lain. Lapangkan minda dan hati.

    KESEMBILAN SEGERALAH MEMBINA AKHIRAT ANDA. IA PASTI BERLAKU

    Berkawanlah dengan kematian. Ia kitaran semulajadi dalam kehidupan. Jangan takut akan ia. Kematian adalah permulaan hidup yg lebih baik.

    Jadi bersedialah! Bukan untuk mati tetapi untuk bertemu Yang Maha Esa Allah Swt.

    KESEPULUH BAYANGKANLAH KEGEMBIRAAN HIDUP DI SYURGA YANG KEKAL. IA SANGAT HAMPIR

    Hiduplah dengan aman bersama Yang Maha Esa. Untuk Dialah yang anda ada setelah anda meninggalkan dunia ini.


    PROFESSOR DR. HARLINA SHIRAJ

Rombakan Kabinet: Shafie dijangka digugur, Ahmad Maslan Menteri penuh.??

Posted: 24 Jul 2015 04:30 AM PDT


kabinet-malaysia-2013xx
Perdana Menteri dijangka membuat rombakan Kabinet sebelum Bajet 2016 dan rombakan terakhir sebelum pilihan raya. kabinet-malaysia-2013xx

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan rombakan Kabinet antara awal Ogos hingga pertengahan Oktober sebagai persediaan terakhir untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Akhbar China Press melaporkan, rombakan itu dilihat amat penting kerana dijangka merupakan barisan Kabinet terakhir sebelum ketibaan pilihan raya umum. Rombakan tersebut dijangka diadakan sebelum pengumuman Bajet 2016 pada 23 Oktober untuk memudahkan menteri-menteri baharu melaksanakan tugas-tugas berkaitan.



Akhbar itu melaporkan, antara tujuh hingga lapan Menteri dijangka digantikan termasuk Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Turut dikhabarkan tersenarai ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri. Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G.

Palanivel dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala yang tempoh senatornya bakal tamat. Akhar itu memetik sumber sebagai berkata, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dari Sabah akan diberi peranan penting untuk menenangkan keadaan di negeri itu selepas Shafie digugurkan daripada Kabinet. 



Najib sendiri dijangka mengambil alih jawatan Menteri Dalam Negeri sementara jawatan Menteri Kewangan akan digantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang merupakan Menteri Pertahanan ketika ini. Walaupun menyebut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meninggalkan Kementerian Pendidikan, tetapi laporan itu tidak menyebut kementerian yang bakal diteraju Muhyiddin.


Untuk Menteri Kewangan II pula, jawatan itu akan diisi oleh Datuk Seri Abdul Wahid Omar sementara Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Abdul Wahid di Unit Perancang Ekonomi sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Untuk mengimbangi pengaruh Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang kini merupakan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan dilantik sebagai menteri.

Turut dikhabarkan bakal dilantik sebagai menteri penuh ialah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin.

Ahmad dikatakan berpeluang dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia. Nama bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Johari Baharom dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim juga disebutkan. Irmohizam dijangka dilantik sebagai timbalan menteri.

Untuk calon MIC pula, Datuk M. Saravanan yang kini merupakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan berpeluang dilantik sebagai menteri sementara seorang senator dari parti itu mengisi jawatan timbalan menteri.

Menteri-menteri daripada kaum Cina dijangka tidak mengalami perubahan melainkan pertukaran jawatan dalam kalangan timbalan menteri.

Dalam pada itu, Presiden SPDP, Datuk Seri Tiong King Sing yang juga Ahli Parlimen Bintulu juga dijangka menyertai Kabinet.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Selamat Tinggal kekasihku, jangan kau ratapi pemergian ku ...

Posted: 24 Jul 2015 03:45 AM PDT

 

Pengarah pilihan raya baru PAS, Datuk Mustafa Ali dilihat telah cuba memujuk ahli-ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) supaya terus kekal bersama PAS.

Mustafa berjanji bahawa parti itu akan meletakkan calon lebih ramai bukan Islam dalam pilihan raya akan datang.

Mustafa dalam satu kenyataan sebelum ini berkata : "Sekarang ini rasanya PAS akan bersendiri.

Kita akan mengukuhkan sayap penyokong. Jadi Malaysia akan melihat lebih ramai calon bukan Islam diketengahkan PAS dalam pilihan raya.

"Kita tiada halangan, jadi kita bebas tanding semua kerusi, termasuk kerusi DAP," kata Mustafa.

"Anda rasa calon PAS bukan Islam boleh menang terhadap calon DAP bukan Islam? Mustahil!" Begitulah sinisnya reaksi dari seorang pemimpin DHPP Richard Wong Chee Chew, dari Langkap, Teluk Intan.

Pengerusi DHPP Perak, S. Naliraja berkata ramai anggota DHPP negeri ini, yang semuanya terdiri daripada bukan Islam dan jumlah 17,000, turut kecewa dengan cara pemimpin-pemimpin parti "progresif", seperti bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dan Ahli Parlimen PAS Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, telah disingkirkan oleh puak ulama konservatif dalam pemilihan parti bulan lalu.

Mujahid, bekas ahli jawatankuasa kerja PAS pusat sejak 2005, juga bertanggungjawab menubuhkan DHPP bukan Islam.

"Ramai berkata mereka menyertai DHPP 'kerana pemimpin progresif seperti Mat Sabu dan Mujahid dan tidak suka cara pemimpin-pemimpin ini telah ditendang keluar.

Naliraja berkata ramai anggota DHPP itu merasakan bahawa jika pemimpin progresif boleh dikeluarkan, ia juga akan menjadi mudah bagi penyokong orang bukan Islam untuk dihapuskan juga.



Nampaknya Mustafa terpaksa berputeh mata dan menggigit jari kerana DHPP tidak semudah itu mahu dipergula-gulakan.

Malah PAS Perak juga akan meratap pilu pada hari minggu ini kerana DHPP Perak merancang untuk keluar beramai-ramai menyokong Gerakan Harapan Baru (GHB) yang akan menjelajah Ipoh nanti.

Pengumuman mereka dijangka selepas mesyuarat Gerakan Harapan Baru (GHB) - sebuah gerakan baru progresif PAS - di Ipoh Ahad ini.

GHB diterajui oleh pemimpin-pemimpin PAS yang progresif yang menyokong kerjasama politik dengan PKR dan DAP dan yang mengambil pendekatan politik yang lebih terbuka dan inklusif. Pelan untuk GHB adalah untuk berusaha ke arah membentuk sebuah parti yang tersendiri, yang akan membuka jalan kepada gabungan pembangkang baru.



Gerakan ini muncul selepas pemimpin progresif PAS telah disingkirkan dalam pemilihan parti baru-baru ini, yang turut menyaksikan parti Islam yang melanggar hubungan dengan DAP mengenai isu hudud, berakhir Pakatan Rakyat. ~ sumber

Manjung Mari.

"PUCUK YANG DICITA - ULAM MENDATANG"

Posted: 24 Jul 2015 03:00 AM PDT

Tanpa Disangka.. Andre Xavier Justo Buka Mulut


Tanpa Disangka.. Andre Xavier Justo Buka Mulut. Kami merujuk kepada berita akhbar Singapura, Straits Times (ST) hari ini (24 Julai) di mana Andre Xavier Justo menuduh kami tidak membayar kepadanya apa yang dipersetujui bagi maklumat diberi berhubung skandal usaha sama 1Malaysia Development Berhad (1MDB)-PetroSaudi.

Pertama, kami mengatakan wartawan ST pasti mempunyai hubungan "kuat" sehingga diberi akses kepada Justo di penjara Bangkok, sedangkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang kini berada  di Bangkok, setakat ini tidak menerima akses kepada Justo.

Kami tertanya-tanya kemungkinan wujudnya pihak tertentu yang berkuasa mengatur Nirrmal Ghosh daripada ST menemui Justo supaya beliau boleh melancarkan serangan ke atas kami?

Justo jelas adalah seorang lelaki marah, dan difahamkan begitu memandangkan kami tidak membayar kepadanya sebagaimana dikehendaki.

Benar, kami memperdayakannya tetapi itu adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan bukti bagi mendedahkan bagaimana sekumpulan kecil rakyat Malaysia dan warga asing, menipu rakyat Malaysia sebanyak AS$1.83 bilion.

Kenyataan beliau mengesahkan apa yang kami katakan sebelum ini iaitu, kami tidak pernah membayar sesiapa.

Bagi tuduhan Justo kami memberitahunya untuk mengubah dokumen dan objektif kami menjatuhkan kerajaan, sesungguhnya jika kami mempunyai niat sedemikian, kami tidak akan memberitahu kepada orang yang baharu pertama kali ditemui.

Tanpa Disangka.. Andre Xavier Justo Buka Mulut

Apatah lagi jika kami tahu beliau akan marah kerana kami tidak membayar sebagaimana diingini.

Tiada pengubahsuaian kerana kami segera melakukan "digital finger print" cakera padat yang mengandungi lebih 400,000 emel dan dokumen dan melindunginya.

Apa yang terkandung dalam cakera yang kami beri kepada Bank Negara Malaysia, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu ini adalah salinan asal yang diserahkan Justo kepada kami dan beliau berkata tidak melakukan sebarang ubah suai.

Tambahan pula, jejak wang yang kami berjaya kesan dan serahkan kepada penyiasat menunjukkan bagaimana wang daripada 1MDB dipindahkan ke dalam akaun pelbagai individu di beberapa bank-bank global di beberapa negara dengan mudah dan boleh disahkan penyelidik dengan bantuan rakan-rakan mereka di negara ini.

Justo disifatkan seorang lelaki yang kecewa. Tetapi ia bukan mengenai Justo, ia mengenai kita.

Ia skim menipu rakyat Malaysia sebanyak AS$1.83 bilion melalui usaha sama 1MDB-PetroSaudi.

Hakikat banyak agensi kerajaan sedang menyiasat 1MDB dan kini sebuah syarikat hampir bankrap perlu diselamatkan mengesahkan semua kerja The Edge Media Group lakukan untuk mendedahkan apa yang berlaku.

Kami tidak melakukan sebarang kesalahan dan bersedia membantu penyiasat tidak seperti beberapa pihak yang seolah-olah sudah menghilangkan diri.

* Tong Kooi Ong adalah pengerusi The Edge Media Group dan Ho Kay Tat adalah penerbit. The Malaysian Insider adalah sebahagian daripada kumpulan The Edge Media Group.
 
 
Addin

GHB - Mohktar Senik Meroyan Di Utusan Malaysia ‘Makhluk dua alam’ tidak mampu bertahan

Posted: 24 Jul 2015 02:07 AM PDT


KUALA LUMPUR 23 Julai – Parti serpihan Pas yang bakal ditubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB) dijangka tidak mampu bertahan lama jika para pemimpinnya mengambil pendekatan 'makhluk dua alam'.

Ketua Dewan Ulama Pas Pahang, Mokhtar Senik berkata, GHB pada masa ini dilihat mempunyai dua sisi iaitu yang mewakili gerakan Islam dan sekular.

"Jika GHB muncul sebagai parti politik Islam kedua selepas Pas, ia tidak akan dapat berkayuh sejauh mana dalam gelombang politik tanah air.

"Akhirnya, mereka terpaksa kembali menjadi Pas yang mendukung semua prinsip ajaran Islam atau terpaksa menjadi parti sekular seperti DAP," katanya dalam satu kenyataan di laman web rasmi Pas hari ini.

Ahad lalu, bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Abdul Samad mengumumkan pemimpin-pemimpin yang terlibat dalam GHB akan meninggalkan Pas secara automatik apabila sebuah parti politik baharu ditubuhkan secara rasmi pada 14 September depan.

Mokhtar menambah, parti serpihan tersebut dijangka hanya memainkan peranan sebagai 'dewan himpunan Melayu penyokong DAP' yang berperanan untuk menarik undi orang Melayu.

Beliau memberitahu, langkah itu terpaksa dilakukan bagi mengelakkan timbul perasaan kurang senang dalam DAP dan PKR sekiranya pemimpin-pemimpin GHB menyertai dua parti tersebut.

"Posisi mana yang harus disediakan kepada bekas pimpinan Pas itu? Kalau sebagai ahli biasa, lebih baik mereka kekal dalam Pas.

"Kalau sebagai pim­pi­nan, sudah pasti me­reka tidak akan disenangi oleh barisan kepemimpinan yang lebih kanan dalam parti tersebut," jelasnya.

Sehubungan itu, Mohktar berpandangan, penubuhan parti baharu oleh GHB merupakan jalan selamat untuk membolehkan kumpulan tersebut terus berkhidmat dengan DAP.

- utusan


KMM masih belum ada bukti laporan Sarawak Report palsu

Posted: 24 Jul 2015 12:15 AM PDT

 
SKMM masih belum ada bukti laporan Sarawak Report palsuSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) masih belum mengesahkan pendedahan Sarawak Report mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetapi mahu portal berita tempatan berhati-hati dalam laporan mereka.

Pengawal selia Internet tempatan itu berkata masih belum dapat dibuktikan sama ada pendedahan laman pemberi maklumat itu palsu, katanya dalam taklimat kepada pengarang berita atas talian di Cyberjaya, pagi tadi.

Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin, bagaimanapun memberitahu pengarang supaya berhati-hati dan melaporkan secara fakta, dengan berkata terdapat peningkatan dalam maklumat salah yang boleh menyebabkan negara tidak stabil.

Selain daripada artikel Sarawak Report itu, Zulkarnain memetik kejadian Plaza Low Yat dan isi kandungan yang menyinggung sebagai mengancam keselamatan negara dan kestabilan politik dan ekonomi.

Pada taklimat hari ini, SKMM membentangkan kertas informasi bertajuk "Most complaints are on Misinformation" (Kebanyakan aduan ialah mengenai salah maklumat), menyenaraikan "ketidakstabilan politik dan ekonomi (Sarawak Repport)" sebagai salah satu kebimbangan.

SKMM menyekat akses ke laman web Sarawak Report sejak Ahad, walaupun ia masih boleh diakses menggunakan server proksi dan cara lain.

Ia mewajarkan sekatan itu dengan alasan kandungannya mungkin palsu dan sebagai pengawal selia, ia perlu menjaga "kestabilan nasional".

Zulkarnain memberitahu pengarang portal berita hari ini, SKMM akan menunggu siasatan yang sedang berjalan ke atas Sarawak Report dan 1MDB sebelum memutuskan bila akan membatalkan sekatan itu.

Sekatan ke atas Sarawak Report dibuat ketika pihak berkuasa sedang menyiasat kesahihan maklumat yang dibocorkan mengenai 1MDB kepada laman web berpangkalan di United Kingdom itu.

Tuduhan maklumat palsu mengenai 1MDB bermula dengan penangkapan bekas pengarah PetroSaudi International, Xavier Andre Justo di Thailand bulan lepas, kerana didakwa mengugut dan memalsukan maklumat sensitif 1MDB terhadap bekas majikannya.

Ini diikuti laporan akhbar pro-kerajaan, New Straits Times, yang memetik seorang pakar IT tidak bernama sebagai berkata siasatan forensik ke atas maklumat 1MDB dan PetroSaudi menunjukkan data tersebut diubahsuai.

Barisan Nasional (BN) mendedahkan video oleh seorang wartawan Sarawak, Lester Melanyi, yang mendakwa pernah bekerja di Sarawak Report dan mempunyai bukti yang pengarang dan pengasasnya, Clare Rewcastle-Brown, berpakat dengan ahli politik pembangkang Malaysia bagi memalsukan bukti terhadap 1MDB.

Rewcastle-Brown menafikan dakwaan itu, dan berkata Melanyi tidak pernah bekerja dengan laman web itu dan merupakan seorang yang tidak boleh dipercayai. - TMI

Najib juga perlu dihalang ke luar negara – Kit Siang Khairil Ashraf

Posted: 23 Jul 2015 11:30 PM PDT

 
lim-kit-siang_najib_talk_600

Perdana Menteri menjadi individu yang dituduh dalam skandal 1MDB dan sepatutnya disekat ke luar negara seperti Tony Pua dan Rafizi.

KUALA LUMPUR : Sebagai individu yang dituduh terlibat dengan skandal 1MDB, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya tidak dibenarkan ke luar negara, kata Lim Kit Siang.

Penasihat DAP itu berkata, jika Tony Pua dihalang meninggalkan negara ini kerana terlibat dalam pendedahan skandal itu, Perdana Menteri juga sepatutnya turut disenaraihitam dan disekat ke luar negara kerana menjadi individu yang dituduh dalam skandal itu.

"Adakah Najib juga dalam senarai hitam? Najib orang yang berada pada kedudukan yang tertuduh. 

Najib juga perlu disenaraihitam (dari keluar negara)," katanya.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, adakah individu lain yang terlibat dengan 1MDB turut akan dihalang untuk ke luar negara?

"Kita mahu maklumat yang sewajarnya berkenaan perkara ini," katanya.

Katanya, kejadian Tony Pua dan Rafizi Ramli dihalang ke luar negara merupakan kejadian pertama yang berlaku terhadap Ahli Parlimen di negara ini.

"Negara mahu tahu sebab kenapa dua orang Ahli Parlimen iaitu Tony Pua dan Rafizi Ramli dihalang ke luar negara," katanya.