Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI


KPN gelar Papagomo beruk Adam Abu Bakar

Posted: 21 Jul 2015 11:00 PM PDT

 
khalid_papagomo_watsup_600_2

Beliau menafikan pernah meghubungi blogger Papagomo seperti yang disiarkan di Facebook.

SHAH ALAM: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan bahawa beliau pernah menghubungi blogger Papagomo berhubung insiden pergaduhan di Plaza Low Yat.

Katanya, beliau langsung tidak pernah menghubungi Papagomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris dan menyifatkan blogger yang sering mengeluarkan kenyataan perkauman itu seperti binatang.

"Saya tidak pernah WhatsApps dia. Saya menafikan saya pernah ber Whatsapp dengan orang ini atau beruk ini," katanya dalam sidang media di I-City, Shah Alam pada Rabu.

Minggu lalu, tersebar di laman sosial yang diviralkan mengenai paparan skrin yang yang mendakwa Khalid sedia menyelesaikan 'isu Low Yat' dengan bayaran RM20,000.

Manakala satu lagi paparan skrin dimuatnaik pada petang Isnin yang menafikan perbualan Papagomo dan Khalid.

Peguam Papagomo, Ahmad Shuaib Ismail menjelaskan akaun Facebook itu bukan kepunyaan anak guamannya.

Papagomo telahpun meminta maaf kepada Khalid susulan kejadian itu.

"Saya dahpun padamkan. Minta hal ini jangan diperbesarkan boleh? Masih Hari Raya dan saya harap Tan Sri boleh maafkan kesilapan saya," tulis Papagomo.

Manakala, ia didakwa dibalas oleh Khalid, "Ok, tapi kamu jangan buat lagi Azri.

"This is nation matter… deal with it or silent."

HARI HARI AKHIR SAEKOR NAJIB...??

Posted: 21 Jul 2015 10:00 PM PDT




HARi HARi 

AKHiR 

SAEKOR 

NAJiB




Datuk from 1MDB-linked company second person remanded 


Pengarah urusan Ihsan Perdana direman bantu siasatan 1MDB


Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman ditutup mukanya ketika dibawa ke Mahkamah Majistret di Putrajaya pagi tadi bagi mendapatkan perintah reman. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 22 Julai, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/v#sthash.xqneyDFN.dpuf

KAH KAH KAH



--------------

Pas terdesak perlu "bertakup" dengan Umno

Posted: 21 Jul 2015 09:17 PM PDT

 

Pengumuman dibuat oleh Anwar Ibrahim yang akan melancarkan pembentukan Pakatan Baru (Pakatan 2:0) yang melibatkan beberapa Ngo dan juga Gerakan Harapan Baru (GHB) memberi tekanan kepada Pas dibawah pimpinan baru yang diketuai oleh Abdul Hadi Awang. Sudah pasti pembentukan Pakatan 2:0 itu tidak akan merangkuli sama Pas.

Seperti mana dibayangkan oleh Anwar menerusi kenyataan disampaikan oleh peguamnya, Pakatan 2:0 itu akan menampilkan Ngo seperti Ikram, Abim, Bersih yang akan berkolobrasi dengan PKR dan DAP. Manakalan parti baharu yang sedang diusahakan oleh GHB akan mengganti tempat Pas.

Kata Anwar Pakatan baharu itu bertujuan untuk meneruskan kecemerlangan Pakatan Rakyat sebelum ini yang telah berjaya memberi tekanan kepada UBN sehingga menafikan majoriti dua pertiga di parlimen serta meletakkan kerajaan pimpinan Najib Razak goyah.

Keperluan menubuhkan Pakatan baru itu kata Anwar penting ke arah untuk menyalamatkan negara yang kini teruk tertekan dibawah pimpinan Najib. Isu-isu mengenai 1MDB, kejatuhan nilai ringgit adalah faktor kepentingan Pakatan baru itu.

Apabila tertubuhnya Pakatan 2:0 nanti, sudah pastilah Pas akan kehilangan rakan kerana tidak mungkin parti agama itu akan ikut sama bergabung dengan Pakatan Rakyat. DAP yang menjadi tunggak kedua dalam Pakatan itu bersama GHB sudah pasti tidak bersedia untuk menerima Pas sebagai sekutu Pakatan 2:0 itu.

Disinilah meletakkan Pas dalam keadaan tidak menentu dan perlu bingkas segera. Apakah Pas berhajat untuk bersendirian mencari keredhaan Allah tanpa kemenangan politik? Kalau begitu, perwujudan Pakatan 2:0 itu tidak memberi kesan kepada Pas.

Sebaliknya kalau Pas masih memerlukan kemenangan politik, merindui jawatan dan mengimpikan jawatan lebih penting dari apa yang ada sekarang ini, atau pemimpinnya ingin mendapat keuntungan dari kemerdekaan cara Umno, dan mengekalkan status quo kedudukan kini Pas perlu berbuat sesuatu.

Satu langkah yang perlu difikirkan Pas ialah bergerak proaktif bersama Umno bagi menghadapi tentangan Pakatan baru itu. Dalam hal ini Pas boleh bergabung dengan Umno. Umno kini merupakan tali hayat kepada Pas. Satu mekanisme perlu dirangka untuk menyatukan Pas dengan Umno.

Pas tidak perlu menunggu lebih lama untuk melaksanakan cita-cita yang terpendam tetapi sudah diketahui umum. Kata orang alang-alang berakwat biarlah hitam.

Pas tidak boleh bertanding secara bersendirian dalam pilihan raya akan datang. Pas perlu kepada patner yang kuat sekiranya parti itu mahu menghantar wakil ke parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Jika Pas bertanding bersendirian, Pas akan mati beragam. Untuk mengekalkan kerajaan Kelantan pun masih belum tentu.

Pengumuman atau pembentukan Pakaran 2:0 itu dilihat sebagai desakan kepada Pas untuk segera bertakup dengan dengan Umno. [wm.kl.11:54 am 22/07/15]

Jawapan Untuk TITM: Jangan Melampau Hina GHB

Posted: 21 Jul 2015 08:15 PM PDT

 
Secebis ingatan buat TITM dan PAS yang semakin jauh meninggalkan perjuangan dan akhlak Islam.

Kpd: Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
Dpd: Madah Pujangga

Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB.
Kerana merekalah lah PAS dikenali umum (melalui PAS4ALL)

Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB.
Kerana pada merekalah ahli-ahli parti melihat contoh golongan yg ditarbiyah berkorban dan memahami perjuangan Islam.

Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB ini,
kerana merekalah inilah PAS diberi sokongan bila bertanding dan memenangi di kerusi-kerusi yg PAS tidak pernah menangi.

Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB
kerana ramai di antara mereka yg banyak berkorban masuk keluar penjara sedangkan golongan ustaz hanya bersilat dipentas ceramah dan menjual air liur serta menikmati elaun, gaji dan pencen.

Jangan melampau menghina tokoh -tokoh GHB ini
kerana bukanlah hak kepimpinan ulama mempersoalkan keikhlasan berjuang dan golongan ulama sendiri belum pernah diuji seperti yg telah mereka lalui

Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB ini,
kerana ukhuwwah dan akhlak Islam tidak mengizinkan kita mencaci, mencerca dan memfitnah mereka kerana kita tidak tahu siapa lebih mulia di sisi Allah.

Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB ini,
hanya semata-mata kamu sudah tidak berkenan kepada mereka.

Namun gunalah gaji, elaun dan pencenmu. Semoga setiap kali kamu menerimanya, kamu akan ingat bahawa tokoh - tokoh GHB ini sama - sama menyumbang hasil jerik perit untuk menolong PAS sebelum ini tetapi kini kamu mengelabah dgn kekuatan mereka. Ada di antara mereka telah berada di medan perjuangan ketika sebahagian pemimpin PAS masih di sekolah lagi.

Jangan melampau membenci tokoh - tokoh HB ini,
kerana rakyat sedang menilai bagaimana sikap, akhlak dan keterbukaan serta kematangan kita, dan bagaimana kesudahan hidup kita di dunia ini.

Senyum melihat gelagat manusia. Hebatnya pengajaran Ilahi. Jangan lupa hisab diri sendiri.


Jangan melampau hina Pas, pesan Tuan Ibrahim

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mengingatkan bekas-bekas pemimpin Pas yang telah meninggalkan perjuangan parti itu agar tidak melampau dalam menghina Pas.

Menurutnya, kerana parti itulah bekas-bekas pemimpin tersebut menikmati kelebihan termasuk dikenali serta menjadi wakil rakyat.

"Secebis ingatan buat sahabat yang semakin jauh meninggalkan bahtera perjuangan Pas. Jangan melampau menghina Pas, kerana Pas lah kamu dikenali umum.

"Jangan melampau menghina parti ini, kerana atas parti inilah kita diberi tempat bertanding dan memenangi pelbagai gelaran dan jawatan.

"Jangan melampau menghina parti ini, kerana atas nama parti Pas lah kamu menjadi YB (Yang Berhormat) dan menikmati elaun, gaji dan pencen," katanya melalui catatan terbaharu di Facebooknya.

Sejak kebelakangan ini, beberapa bekas pemimpin kanan Pas dilihat terus 'menyerang' parti itu susulan perancangan penubuhan sebuah pergerakan, Gerakan Harapan Baru.

Terbaharu, bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyebut bahawa Pas sudah tidak relevan dan Gerakan Harapan Baru itu merupakan cara untuk membuat pembaharuan terhadap parti Islam itu.

Melalui catatan sama, Tuan Ibrahim turut berkata, jangan melampau dalam menghina Pas kerana ramai yang berjuang untuk pemimpin-pemimpin itu.

"Jangan melampau menghina parti ini kerana ribuan ahli yang ikhlas berjuang tanpa mendapat kesenangan sebagaimana yang kamu kecapi.

"Namun gunalah gaji, elaun dan pencenmu. Semoga setiap kali kamu menerimanya, kamu akan ingat bahawa inilah hasil jerih perit ahli parti yang kamu cerca ini berkorban bagi memenangimu," katanya.

Malah beliau menegaskan agar bekas-bekas pemimpin itu tidak menghina Pas hanya kerana sudah tidak sekapal lag.

"Jangan melampau menghina parti ini, hanya semata-mata kamu sudah tidak berkenan kepadanya.

"Jangan melampau membenci parti ini, kerana rakyat sedang menilai bagaimana sikap kita, dan bagaimana kesudahan hidup kita di dunia ini. Senyum melihat gelagat manusia. Hebatnya pengajaran Ilahi," tulisnya.

Kelab Greenboc

Kesiaan..........dia masih enggan terima hakikat!

Posted: 21 Jul 2015 07:30 PM PDT

Zack Ahmad's photo. Kerana takut hilang pengaruh dan ahli..........dia tak dapat terima hakikat manusia yang mereka khianati dan mangsa egois mereka mendapat sambutan serta sokongan dari berbilang lapisan penyokong.

Hari ini Naib Presiden yang buat kenyataan seakan merayu walau pun sebelum ini Timbalan Presiden juga membuat kenyataan yang bernada sama sedangkan Tuang Presiden pula memperlecehkan usaha kumpulan 'terbuang' ini dengan berlagak sebagai Pak Nujum......... 

Bangang apakah akan ada dua atau tiga NGO di dalam sebuah parti? Naib Presiden PAS ramal Harapan Baru jadi NGO mk - 1:17PM - 21 Jul 2015. 

Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar A Samad mendakwa kumpulan progresif dalam parti itu yang kini dilihat sebagai kumpulan Gerakan Harapan Baru tidak yakin mendapat sokongan rakyat sehingga terpaksa menangguhkan penubuhan parti baru beberapa kali. 

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini Iskandar berkata, beliau juga tidak akan terkejut jika parti berkenaan ditangguhkan sekali lagi penubuhannya atau akhirnya hanya menjadi pertubuhan bukan kerajaan (NGO). 

"Pada asalnya parti tersebut dijangka ditubuhkan pada pertengahan Ogos tetapi kemudian ditangguh kepada awal September. Terkini, ia akan ditubuhkan pada pertengahan bulan September. 

"Saya percaya kumpulan tersebut yang sekarang ini menggelar diri mereka sebagai Gerakan Harapan Baru (GHB) sedang meninjau sokongan rakyat terhadap gerakan tersebut," katanya. Kelihatan kabur Iskandar yang juga Exco Selangor berkata, penubuhan parti itu akan ditangguhkan jika sokongan rakyat dilihat tidak memberangsangkan. 

"Malah saya juga tidak terkejut jika penubuhan parti tersebut dibatalkan dan kumpulan itu hanya bergerak sebagai NGO," katanya. 

Iskandar yang memenangi jawatan naib presiden dalam muktamar yang menyaksikan hampir seluruh pemimpin progresif diketepikan berpendapat, jika GHB mahu menjadi parti, ia perlu dilakukan segera. Ketika ini, katanya, kredibliti mereka sedang dipertikaikan apabila hala tuju mereka "kelihatan kabur". 

Jika benar mahu membawa nilai tambah ke dalam landskap politik negara, katanya, GHB perlu menarik keanggotaan daripada kalangan penyokong Umno atau BN, bukan ahli PAS. "Sepatutnya matlamat utama mereka adalah menumbangkan Umno dan BN, bukan menghancurkan PAS. 

"Perkara yang hendak diperjuangkan mereka seperti inklusif dan mendekati masyarakat bukan Islam telah lama ada di dalam PAS. 

"Masanya untuk memperkukuhkan PAS kerana sudah tentu Umno akan bersorak jika berlaku perpecahan di dalam parti ini," katanya. 

Posted by mountdweller.
Wednesday, July 22, 2015 Kesiaan..........dia masih enggan terima hakikat! Kerana takut hilang pengaruh dan ahli..........dia tak dapat terima hakikat manusia yang mereka khianati dan mangsa egois mereka mendapat sambutan serta sokongan dari berbilang lapisan penyokong Hari ini Naib Presiden yang buat kenyataan seakan merayu walau pun sebelum ini Timbalan Presiden juga membuat kenyataan yang bernada sama sedangkan Tuang Presiden pula memperlecehkan usaha kumpulan 'terbuang' ini dengan berlagak sebagai Pak Nujum......... Bangang apakah akan ada dua atau tiga NGO di dalam sebuah parti? Naib Presiden PAS ramal Harapan Baru jadi NGO mk - 1:17PM - 21 Jul 2015 Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar A Samad mendakwa kumpulan progresif dalam parti itu yang kini dilihat sebagai kumpulan Gerakan Harapan Baru tidak yakin mendapat sokongan rakyat sehingga terpaksa menangguhkan penubuhan parti baru beberapa kali. Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini Iskandar berkata, beliau juga tidak akan terkejut jika parti berkenaan ditangguhkan sekali lagi penubuhannya atau akhirnya hanya menjadi pertubuhan bukan kerajaan (NGO). "Pada asalnya parti tersebut dijangka ditubuhkan pada pertengahan Ogos tetapi kemudian ditangguh kepada awal September. Terkini, ia akan ditubuhkan pada pertengahan bulan September. "Saya percaya kumpulan tersebut yang sekarang ini menggelar diri mereka sebagai Gerakan Harapan Baru (GHB) sedang meninjau sokongan rakyat terhadap gerakan tersebut," katanya. Kelihatan kabur Iskandar yang juga Exco Selangor berkata, penubuhan parti itu akan ditangguhkan jika sokongan rakyat dilihat tidak memberangsangkan. "Malah saya juga tidak terkejut jika penubuhan parti tersebut dibatalkan dan kumpulan itu hanya bergerak sebagai NGO," katanya. Iskandar yang memenangi jawatan naib presiden dalam muktamar yang menyaksikan hampir seluruh pemimpin progresif diketepikan berpendapat, jika GHB mahu menjadi parti, ia perlu dilakukan segera. Ketika ini, katanya, kredibliti mereka sedang dipertikaikan apabila hala tuju mereka "kelihatan kabur". Jika benar mahu membawa nilai tambah ke dalam landskap politik negara, katanya, GHB perlu menarik keanggotaan daripada kalangan penyokong Umno atau BN, bukan ahli PAS. "Sepatutnya matlamat utama mereka adalah menumbangkan Umno dan BN, bukan menghancurkan PAS. "Perkara yang hendak diperjuangkan mereka seperti inklusif dan mendekati masyarakat bukan Islam telah lama ada di dalam PAS. "Masanya untuk memperkukuhkan PAS kerana sudah tentu Umno akan bersorak jika berlaku perpecahan di dalam parti ini," katanya. Posted by mountdweller

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

SECARA TIDAK LANGSUNG, NAJIB MENGAKU "BERSALAH" ??

Posted: 21 Jul 2015 07:00 PM PDT

Berita Mengejutkan Yang Sudah Dijangka

Adakah Ini Bukti Najib Bersalah? Menyekat akses kepada laman web pemberi maklumat Sarawak Report hanya membuatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dilihat lebih bersalah, kata tokoh parlimen DAP Lim Kit Siang.

Lim berkata dalam menyekat akses kepada laman itu, Najib dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) "hampir mengumumkan kepada rakyat Malaysia dan dunia bahawa perdana menteri tidak begitu bersalah kerana beliau mahu rakyat mempercayai".

Ini ekoran dakwaan terhadap Najib berkaitan skandal firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mana beliau gagal untuk menepisnya, kata Lim.

Menurut pemimpin pembangkang itu lagi, ketika tidak ramai rakyat Malaysia membaca Sarawak Report, SKMM bertindak dengan menguar-uarkan rasa takut Najib terhadap laman web yang berpangkalan di UK.

"Dan seseorang tidak takut pembohongan dan kepalsuan, tetapi hanya yang benar!" kata Lim dalam kenyataannya hari ini.


Harapan Baru - Ulasan Sebenar Prof Agus Yang Diputar Sinar Harian

Posted: 21 Jul 2015 06:30 PM PDT

 




HEBATKAN GERAKAN HARAPAN BARU (GHB)?

Setelah selesainya pemilihan kepimpinan baru PAS, muncul gelombang dari pemimpin yang kalah dari kumpulan progresif untuk menubuhkan parti baru.

Sebabnya satu yang utama: Mereka kecewa dan marah dengan kumpulan ulama yang merancang pembersihan kumpulan progresif dalam PAS.

Kumpulan progresif ini melihat PAS sudah menjadi parti agamawan, bukan lagi 'PAS for All.'

Apa kesannya kepada PAS?

Satu yang saya perhatikan ialah tanpa kumpulan progresif ini, tiada lagi pemimpin PAS yang kelihatan merakyat dan memahami isu-isu semasa negara. Tiada lagi kenyataan menarik dari pemimpin PAS untuk mengulas isu Felda, GST, 1MDB dan lainnya.

Kedua, ketiadaan kumpulan progresif dalam PAS boleh memberi kesan kepada kekuatan PAS. Mana-mana parti pun begitu apabila berpecah. Pada tahun 1978, apabila PAS berpecah, Berjasa menang. Pada tahun 1990, apabila UMNO berpecah, PAS menang.

Sejarah ini perlu dilihat dan diteliti, biarpun senario sekarang dengan tahun 1978 dan 1990 adalah berbeza.

Boleh kekalkah Gerakan Harapan Baru? Sejarah menunjukkan sukar bagi parti serpihan kekal kuat. Berjasa, Hamim dan S46 tak mampu bertahan.

Bagaimana pula Gerakan Harapan Baru?

Sukar untuk dinyatakan. Tetapi dilihat kepada semangat golongan kelas pertengahan dan anak muda yang mahukan perubahan politik serta masalah yang dihadapi oleh kepemimpinan UMNO sekarang, ada banyak ruang yang boleh digunakan oleh kumpulan progresif untuk menarik sokongan rakyat.

Gunalah ruang itu sebaiknya.

Masalahnya, ada empat cabaran awal GHB.

Pertama, masa (timing) GHB digerakkan tidak tepat. Ini kerana GHB ditubuhkan selepas pemilihan PAS dan ditubuhkan oleh mereka yang tewas.

Kedua, tempat pelancaran tidak kena. Banyak ceramah bermula di Kelantan. Mengapa ditumpu pada kawasan kuat PAS? Mengapa tidak dilancarkan di tempat di luar Kelantan atau di kawasan Melayu yang lain. Lebih meriah lagi kalau dilancarkan di Sabah dan Sarawak.

Ketiga, pemimpin GHB masing-masingnya tokoh hebat tetapi kontroversi dengan sejarah masing-masing.

Keempat, keupayaan sumber kewangan GHB. Tanpa sumber kewangan, GHB sukar bertahan. Stamina mudah habis tanpa sumber yang mencukupi.

Akhirnya, berpolitiklah secara sihat. Jangan bawa budaya caci maki, keji mengeji dan label melabel. Politik begitu karut pada saya.

- Mohammad Agus Yusoff

Lim Kok Wing Tarik Diri Jadi Penasihat Najib

Posted: 21 Jul 2015 05:45 PM PDT

 



Hanya baru beberapa bulan seorang penasihat perdana menteri dilaporkan meletak jawatan sebagai penyelaras kempen memperbaiki imej Datuk Seri Najib Razak.

Memetik sumber The Malaysian Insider melaporkan Tan Sri Lim Kok Wing melepaskan jawatan itu pada awal bulan ini.

Beliau menyertai barisan penasihat Najib awal tahun ini ketika pelbagai pihak mempertikaikan kredibiliti perdana menteri.

Satu daripada perancangan dilakukan Lim untuk membantu Najib ialah siri jelajah perdana menteri bertemu rakyat bagi mendengar pandangan orang ramai terhadap kerajaan.

Peletakan jawatan Lim berlaku ketika Najib masih bergelut dengan dakwaan skandal 1MDB serta peningkatan desakan supaya beliau berundur daripada jawatan perdana menteri.

Di sebalik laporan mengenai pelantikannya, Lim, 69, mendakwa beliau bekerjasama dengan kerajaan sejak Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada 1974.

Selain berkempen untuk memperbaiki imej Najib, Lim juga dilaporkan bertanggungjawab merancang strategi untuk menyanggah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Rafizi cabar Najib SEKAT blog Dr Mahathir

Posted: 21 Jul 2015 05:00 PM PDT

 
 Rafizi cabar Najib SEKAT blog Dr MahathirSeorang ahli parlimen pembangkang mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk menyekat blog bekas mentornya yang bertukar penyeksa, Tun Dr Mahathir Mohamad, iaitu chedet.cc.

Menurut Rafizi Ramli, ketegasan untuk menyekat akses kepada chedet.cc dianggap sebagai ujian litmus sama ada Najib mempunyai keberanian untuk mendiamkan pengkritik utama beliau itu iaitu Mahathir sendiri.

Naib presiden PKR itu berkata demikian sebagai respons terhadap tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menyekat akses laman web pemberi maklumat Sarawak Report.

SKMM mendakwa laman web, menerbitkan laporan buruk berkaitan 1MDB, yang boleh mengganggu gugat kestabilan politik.

Bagaimanapun, Rafizi berhujah kawalan ketat pada Sarawak Report tidak lebih daripada percubaan untuk menimbulkan kesangsian maklumat mengenai 1MDB, dan bukannya percubaan serius yang sebenar untuk menyekat akses.

"Sudah pasti Umno sedar bahawa satu lagi laman web berpengaruh yang terus menyebarkan maklumat mengenai 1MDB adalah chedet.cc. Blog ini menerima mungkin bilangan yang sama pelawat setiap hari.

"Oleh itu, jika Umno serius mengenai ketiadaan laporan berita mengenai 1MDB, Putrajaya tidak boleh mengamalkan double standard dan harus menyekat akses kepada chedet.cc juga.

"Hanya Putrajaya boleh menjadi alasannya baik bahawa ia tidak bertolak ansur dengan berita palsu yang dikeluarkan oleh Sarawak Report kerana chedet.cc meningkatkan serangan peribadi dan politik kepada Najib," katanya kepada Malaysiakini. - M'kini

Dana Pilihanraya - MT Umno Nafi Dakwaan Mahathir

Posted: 21 Jul 2015 04:30 PM PDT



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak pernah memberitahu Umno bahawa wang sejumlah RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya dan digunakan untuk pilihan raya umum lalu, kata dua anggota Majlis Tertinggi Umno.

Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyangkal dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa ahli Umno diberitahu bahawa wang itu digunakan untuk membiayai kempen pilihan raya.

"Najib hanya berkata, wang itu bukan dari 1MDB dan beliau tidak pernah guna untuk kepentingan peribadi beliau. Saya dengar sendiri," kata Reezal yang juga MP Kepala Batas.

Turut bersetuju dengan beliau, Tajuddin pula mencabar Dr Mahathir untuk menyenaraikan butiran bahawa Najib didakwa mengaku wang 1MDB digunakan untuk pilihan raya.

"Bagaimana Mahathir tahu? Bila beliau bercakap dengan perdana menteri?" soal Tajuddin, timbalan menteri pertanian dan industri asas tani.

"1MDB tidak pernah membiayai pilihan raya kami. Kami mempunyai sumber dana untuk parti," kata MP Pasir Salak tanpa mendedahkan dengan lebih lanjut.

Semalam Dr Mahathir mendakwaUmno diberitahu bahawa wang yang didepositkan ke dalam satu akaun bank peribadi digunakan dalam pilihan raya umum lalu.

"Tidak ada penafian wang itu telah didepositkan ke dalam akaun peribadi. Penjelasan kepada Umno bahawa ia untuk pilihan raya itu. Umno seolah-olah berpuas hati,"  kata Dr Mahathir.

- mkini

PKR perlu tegas nyatakan pendirian – Khalid Samad

Posted: 21 Jul 2015 09:00 AM PDT

 
 PKR perlu tegas nyatakan pendirian – Khalid SamadPETALING JAYA: Ketegasan dan pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memilih sama ada menyokong Pas atau golongan 'Pas Progresif' diperlukan untuk memastikan pembangkang lebih mantap seterusnya memenangi Pilihan Raya umum ke-14 (PRU14).

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, ketegasan PKR untuk menyatakan pendirian amat diperlukan dan kerana itu DAP dilihat seolah-olah 'memaksa'.

"Pertelingkahan di antara Pas dan DAP yang dianggap tidak ada kena mengena dengan PKR adalah sebaliknya. Ia persoalan kemantapan dan potensi kemenangan PR yang jelas hubung-kaitnya secara terus dengan PKR! Oleh itu sikap yang tegas dari PKR amat sangat diperlukan dan itulah sebabnya DAP bagaikan 'memaksa'," tulis Khalid diblognya.

Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu menjawab persoalan yang dibangkitkan bekas Editor Malaysiakini, Fathi Aris Omar, yang mempersoalkan kemampuan Pas untuk mempertahankan kerusi pada PRU14 dan kritikan terhadap Gerakan Harapan Baru.

Khalid berkata, PKR tidak boleh mengambil sikap seperti 'menarik rambut dalam tepung' untuk menjaga hubungannya dengan DAP dan Pas kerana keadaan itu pasti menjejaskan keyakinan rakyat terhadap pakatan pembangkang.

"Adakah suasana 'menarik rambut dalam tepung' merupakan keadaan dan suasana yang ideal yang ingin dikekalkan dan dibanggakan, di mana PKR ditempelak Pas berkali-kali dan PKR tidak bertindak balas?

"Walaupun rambut tidak putus dan tepung kononnya tidak berselerak tetapi adakah suasana sebegitu menambahkan keyakinan rakyat terhadap PR? Adakah memadai dengan PKR tidak bertindak balas, tidak seperti DAP dengan kaedah 'tokong'nya, untuk meyakinkan rakyat bahawa PR merupakan gabungan yang mantap?," soalnya.

Khalid berkata, rakyat Malaysia mengidamkan suasana saling menghormati, kejujuran dalam berpakat antara parti politik dan ia mampu direalisasikan dengan penubuhan parti baru.

"Saya tidak hairan DAP inginkannya dan dengan itu usaha ini disokong oleh mereka. Saya dan rakan-rakan juga inginkannya, bukan kerana DAP tetapi demi masa depan Negara," katanya. - FMT

Semua Aspek Pembelaan Najib dan 1MDB adalah himpunan pendustaan dan Courtier Propaganda Oleh Mohd Ariff Sabri

Posted: 21 Jul 2015 08:15 AM PDT

 
Semua Aspek Pembelaan Najib dan 1MDB adalah himpunan pendustaan dan Courtier PropagandaAtau- every aspect of the defense of Najib is an accumulation of lies and courtier propaganda.

Kita sudah tahu kerajaan telah menyekat akses kepada portal berita Sarawak Report. Rahman Dahalan menteri perumahan dan pembela Najib nombor wahid, mempertahankan tindakan kerajaan.

Dengan jawatan pengarah komunikasi stratejik nya, Rahman Dahalan segera menggerhanakan pengampu2 lain seperti speaker Sabah- Salleh Said Keruak dan pemimpin2 kelas 3 cheap matinee wayang gambar UMNO.

Dia menyebut perihal patutnya tindakan tersebut kerana Sarawak Report menyiarkan berita palsu dan fitnah. Bagaimana dia sampai kepada konklusi ini? Kita cabar dia- buktikan kepalsuan dan fitnah tersebut.

Respons yang dilakukan oleh Rahman Dahalan dan Menteri Penerangan Sahabery Chik- adalah response thuggish dari orang yan bersikap gangster sebab mereka ada kuasa.

Kuasa fisikal mereka ada tapi kuasa meyakinkan minda, tidak ada.

Atas asas apa Rahman Dahalan membuat konklusi demikian? Atas pengakuan seorang yang orang Sarawak tahu tak boleh pakai- bernama Lester Melanyi . ini dalil Rahman Dahalan.

Tapi tidak mengapa- kebodohan bukan suatu jinayah. Kita biarkan lama mana labu Rahman Dahalan boleh bertahan. Kita biarkan Rahman Dahalan tenggelam dengan labu2 nya. Malah jika Rahman fumble, pemimpin UMNO lain menyukai nya.

Kita tahu UMNO- kalau mereka tidak kelahi dengan parti lain, mereka kelahi sesama sendiri.
Point yang saya hendak buat- ialah betapa terdesaknya kerajaan mahu mempertahankan bangkai gajah mereka dengan nyiru pembohongan dan betapa mudah nya kerajaan melalui kuasa yang mereka ada menipu rakyat.

1MDB bukan cerita ciptaan dan rekaan. Ia bencana yang dibawa oleh Najib yang bersekongkol dengan Cina yang bernama Jho Low. Itu sebab nya saya suka ulangi dusta yang UMNO sibarkan;
UMNO suruh kita yang tidak ada apa2 ini berkelahi dengan orang Cina biasa- seperti budak2 yang buat kacau di Lowyat dan Berjaya Times Square- tapi pemimpin atasan tidur sekatil dengan orang atasan Cina.

Inilah senang nya bangsa Melayu kena tipu oleh pemimpin atasan UMNO. Kalau kita cungkil, kita akan dapati setiap pemimpin atasan UMNO ada partner cina. Tapi orang awam Melayu dihasut membenci dan berkelahi dengan orang awam cina.

1MDB dan isiu2 berbangkit darinya termasuklah manipulasi Jho Low seorang Cina yang konon sangat dibenci oleh UMNO itu, adalah suatu malapetaka besar. Ini malapetaka yang dibikin oleh Najib Razak.

Sudah terang dan nyata- ada banyak yang tidak kena dengan 1MDB. Sudah berapa kali auditor bertukar dan bagaimana auditor tak berani memberi lapuran tanpa ingatan kelayakan?

Dan berapa kali lapuran audit 1MDB gagal disiapkan dalam masa yang ditetapkan kerana banyak nya tahi yang dibikin oleh Jho Low dan Najib disana dan mungkin juga campurtangan Rosmah Mansor; berapa kali 1MDB yang dikatakan kaya dengan harta tapi tidak mampu membayar faedah keatas pinjaman, dan berapa kali faedah pinjaman tidak mampu diayar?

Saya tidak fikir suatu pembayaran yang dikatakan dipinjam dari Ananda Krishan berlaku sebenarnya- bahkan yang membayar faedah iu ialah kerajaan sendiri. Dan kalau kerajaan bayar- itu duit rakyat yang mesti dipertanggung-jawabkan oleh kerajaan. Dan mengapa kerajaan memberi pinjaman kecemasan hampir RM1 billion kepada 1mdb kalau 1MDB tidak ada masaalah?

Nah sekarang kita didedahkan pula oleh tuduhan yang akan didapati benar nanti iaitu RM2.6 billion disalurkan kedalam akaun Najib. Dan pembelaan yang Najib boleh buat ialah duit itu tidak dia pakai untuk sendiri pakai.

Itu tidak patut dipedulikan. Yang patut dipedulikan ialah duit awam masuk dalam akaun peribadi. Ini money laundering. Ini mungkin CBT duit kerajaan. Ini suatu salahlaku PM yang boleh dihukum lokap.

RM2.6 bilion untuk kempen PRU UMNO? Ertinya duit RM2.6 billion itu membiayai kempen UMNO dan BN untuk menang pilihanraya. Ini menjadikan kerajaan yang UMNO bina ialah kerajaan yang dibina atas rasuah, budaya rasuah dan oleh perasuah. Ini bukan sebuah kerajaan yang boleh dibanggakan oleh bangsa Melayu.

Dan itu tidak mengherankan sebab itulah rasmi Najib sebenarnya. Merasuah penentang dan orang awam supaya terus menyokong nya dan memsabsidi lifestyle bergentayangan dan poya2 nya.

Darah yang mengalir dalam badan Najib bukan darah pahlawan. Ianya darah bugis yang suka pesta, seronok dan mengatur komplot dalam istana. Bukan boleh dibangga pun.

Sebab itu, saya amat meluat bila Najib membanggakan susur galur keturunan nya. Cuba tanya Najib untuk menamakan 10 orang saudara terdekat nya di Pekan kalau dia tahu. Orang Pekan janganlah bengap sangat- semua orang tahu kepedulian Najib untuk saudara mara nya di Pekan adalah minima. Dia lebih mendahulukan saudara mara nya dari negeri Johor.

Dan apa peranan yang dimainkan oleh keturunan Dato Shabandar dalam sejarah Pahang? Kalau kita baca sejarah Pahang yang ditulis oleh orang Melayu atau oleh W. Linehan, kita lihat shahbandar tidak ada peranan besar pun dalam membentuk negeri Pahang.

Semasa perang saudara yang menabalkan keturunan Sultan yang ada hari ini, ada kita jumpa peranan shahbandar? Tidak ada – hanya bila kumpulan Tok Gajah, Bahaman dan Mat Kilau dan pemimpin pemberontakan lain mahu diusir oleh British barulah nama shahbandar muncul. Iu pun dalam peranan menyegerakan penyinkiran kumpulan Tok Gajah.

Dan shahbandar melakukan demikian mungkin untuk menyingkirkan saingan dalam hairaki istana. Kalau Bahaman, Tok Gajah dan pembesar lain ditepikan- maka pendakian shahbandar dalam susun-atur istana Pahang lebih dipermudahkan.

Semasa tok gajah dan para pemimpin dalam kumpulan nya bertombak, berlembing,berparang dan bertikaman dengan British dan tali barut British, dimana shahbandar? Mungkin berserosonok dan berpoya poya dalam istana.

Keturunan macam ini yang mahu dibanggakan oleh orang Pahang?
Semua ini sebahagian dan pengkisahan untuk membina mitos untuk Najib. - http://sakmongkol.blogspot.com/

Suami sakit mental bunuh isteri kerana cemburu FMT Reporters

Posted: 21 Jul 2015 07:30 AM PDT

 
crime_dead_600_1

Suspek yang mengalami masalah mental dipercayai telah menghentak isterinya dengan menggunakan objek tumpul sehingga mati.

KUALA LUMPUR: Gara-gara kerana ikutkan perasaan cemburu, seorang wanita maut selepas dipukul dengan teruk oleh suaminya.

Kejadian berlaku di Taman Tun Dr. Ismail kira-kira jam 7.30 malam pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Sharul Othman Mansor berkata, mangsa Suraiza Hamzah, 46, meninggal dunia selepas dihentak oleh suaminya dengan menggunakan objek tumpul.

Menurut beliau, suami mangsa mengalami masalah mental.

"Mangsa yang bekerja sebagai juruaudit di sebuah syarikat penerbangan tambang murah ditemui telah terbaring di ruang tamu rumah oleh anak lelakinya berusia 17 tahun," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, sebelum kejadian pasangan suami isteri itu telah bergaduh akibat cemburu apabila suami mangsa berusia 47 tahun itu mengesyaki isterinya menjalin hubungan dengan lelaki lain.


Sharul memberitahu, suspek ditahan oleh anggota ronda Balai Polis Taman Tun Dr Ismail setengah jam kemudian selepas menerima maklumat daripada ibu saudara anak mangsa.

Katanya lagi, sebaik menemui ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri, anak pasangan itu telah memaklumkan kepada ibu saudaranya untuk menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan.

"Mayat mangsa telah di hantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat," katanya.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Simpati asnaf jadi mangsa mainan politik Faiz Zainudin

Posted: 21 Jul 2015 06:45 AM PDT

 
mohd-asri_majlis_600

Orang politik tidak sepatutnya terlibat menyampaikan zakat kerana ia bukan hak mereka.

PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin melahirkan rasa simpati terhadap golongan asnaf di negara ini yang menjadi mangsa mainan politik oleh pemimpin politik.

Katanya, amat mendukacitakan sekiranya benar kisah kesusahan seorang warga emas yang hadir ke satu majlis semata-mata untuk mendapatkan bantuan zakat seperti yang diviralkan di laman sosial.

Kisah itu diceritakan oleh anak warga emas berkenaan, Rabiatun Asmah Mohd Ali yang mendakwa ibunya dianiaya untuk hadir bagi menerima sumbangan hari raya tetapi sebenarnya hanya bertujuan meramaikan majlis.

Wanita itu merujuk kepada Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri pada 2 Julai 2015 di MAEPS, Serdang yang dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom.

"Kisah yang yang ditulis, jika benar, amat mendukacitakan nasib golongan asnaf yang menjadi mainan politik," tulisnya di Facebook.

Asri berkata, teguran yang dibuat Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra amat baik dan boleh dijadikan ikutan kepada ahli politik.

"Antara titah DYMM Raja Perlis yang saya bangga ialah agar orang politik jangan ambil kesempatan dengan zakat.

"Kata DYMM Raja mereka tidak sepatutnya membuat penyerahan zakat kepada asnaf, nanti mereka 'claim mileage' untuk diri mereka. Padahal zakat bukan hak mereka," tulis Asri.

21 ditahan bantu siasatan kes gaduh di Wangsa Walk - FMT Reporters

Posted: 21 Jul 2015 06:00 AM PDT

 
polis_Wangsa-Walk_600
Pergaduhan berlaku di Wangsa Walk dipercayai akibat tindakan seorang individu cuba menghalang perhubungan adik perempuannya dengan seorang lelaki.

KUALA LUMPUR: Seramai 10 lagi ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan di pusat beli-belah Wangsa Walk pada Isnin.

Ini menjadikan 21 orang tahan setakat ini termasuk 11 yang ditahan pada hari kejadian.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, kesemua suspek yang berumur antara 15 hingga 29 tahun ditahan direman sehingga Jumaat.

Katanya, pihak polis masih lagi mengesan beberapa suspek yang terlibat dalam pergaduhan itu.

Mohamad Roy berkata, lima cedera dalam pergaduhan itu dan hanya seorang yang masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pergaduhan berlaku di Wangsa Walk dipercayai akibat tindakan seorang individu cuba menghalang perhubungan adik perempuannya dengan seorang lelaki.

Polis nasihat perarakan di Kuching dibatalkan - Mohamad Fadli

Posted: 21 Jul 2015 05:15 AM PDT

 
khalid_sarawak_polis_600

Polis menerima maklumat perhimpunan itu digunakan untuk menghasut dan membangkitkan sentimen rakyat Sarawak agar keluar daripada Persekutuan.

PETALING JAYA: Polis menasihatkan penganjur perhimpunan dan perarakan di bandar Kuching, Sarawak, yang akan diadakan pada Rabu dibatalkan atas sebab keselamatan dan kemudaratan awam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya mendapat maklumat perarakan itu akan dijadikan platform untuk menghasut rakyat Sarawak keluar daripada Persekutuan.

"Polis telah menerima makluman untuk mengadakan perhimpunan perarakan di atas pada 22 Julai di Kuching Sarawak.

"Walaupun makluman yang diberi adalah selaras dengan ketetapan undang-undang, namun pihak polis telah menerima maklumat bahawa ada pihak-pihak yang merancang menggunakan perhimpunan perarakan tersebut sebagai platform untuk menghasut dan membangkitkan sentimen rakyat Sarawak agar keluar daripada Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan.

Borneo Post online melaporkan, satu perhimpunan dan perarakan luar biasa bakal diadakan pada 22 Julai di Kuching apabila Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak akan turut mengambil bahagian dalam perarakan sempena tarikh sebenar kemerdekaan Sarawak.

Perarakan itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Hari Kebangsaan dan Kebebasan Sarawak 722 dengan disertai Gerakan Sarawak for Sarawakians (S4S) dan DAP Sarawak.

"Kami melihat ini sebagai sebuah gerakan rakyat di mana ia membantu untuk meningkatkan kesedaran politik rakyat Sarawak dan mempertahankan kepentingan Sarawak selain memerangi ketidakdilan serta dasar yang tidak adil daripada kerajaan," kata Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen.

Rahman Dahlan wajar minta maaf - Mohamad Fadli

Posted: 21 Jul 2015 04:30 AM PDT


rafizi-rahman

Rafizi Ramli mendakwa Abdul Rahman Dahlan menyebarkan berita palsu tanpa menyiasat kesahihannya.

PETALING JAYA: Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan wajar memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana membawa berita palsu untuk mengelirukan rakyat mengenai skandal 1MDB.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu wajar meminta maaf memandangkan beliau tidak menyemak kesahihan maklumat terlebih dahulu.

Abdul Rahman sebelum ini telah membuat pendedahan mengenai suatu klip video pengakuan bekas Editor Sarawak Report, Lester Melanyi mengenai pemalsuan dokumen berhubung 1MDB yang bersekongkol dengan parti pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam pendedahan itu, Lester Melanyi mendedahkan kewujudan seorang jurugrafik pakar yang membuat dokumen palsu.

Rafizi berkata, kenyataan Lester Melanyi itu rekaan semata-mata dan ia telah memberi tamparan hebat kepada Abdul Rahman.

Katanya, The Malaymail Online telah mendedahkan bahawa orang yang didakwa pakar grafik itu (James Steward) merupakan seorang pengurus rangkaian keretapi di United Kingdom yang tidak ada kena mengena dengan Malaysia.

"Perkara ini disahkan oleh wakil majikan beliau sendiri seperti dilaporkan oleh The Malaymail Online," katanya.

Sehubungan itu, katanya, pengakuan yang dibuat oleh Lester Melanyi adalah palsu dan bermotif keuntungan kepada dirinya setelah dia sendiri mengaku menerima wang untuk menghasilkan video tersebut.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar menyiasat Lester Melanyi untuk mengetahui siapa dalang di belakangnya yang membayar dia untuk menyebarkan tuduhan palsu.

"Ini kerana tuduhan-tuduhan itu mengganggu siasatan skandal 1MDB yang sedang berjalan sekarang," katanya dalam kenyataan media.

Pas bakal kehilangan pejuang isu rakyat !! - Faiz Zainudin

Posted: 21 Jul 2015 03:45 AM PDT

 
mohammad-agus_pas_harakan_600

GHB mempunyai ruang dan peluang untuk menarik sokongan rakyat serta menjadi sebuah parti politik yang kuat namun akan berdepan masalah di peringkat awal.

PETALING JAYA: Sokongan terhadap Pas dijangka akan terjejas dengan tiadanya kumpulan progresif yang bakal menubuhkan parti Islam baru menerusi Gerakan Harapan Baru (GHB).

Pensyarah Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff berkata, tiadanya kumpulan progresif dalam Pas bermakna tiada lagi pemimpin Islam yang akan memperjuangan isu rakyat seperti isu Felda, GST, 1MDB dan isu-isu negara yang lain.

"Ketiadaan kumpulan progresif dalam Pas boleh memberi kesan kepada kekuatan Pas. Mana-mana parti pun begitu apabila berpecah. Pada tahun 1978, apabila Pas berpecah, Berjasa menang. Pada tahun 1990, apabila UMNO berpecah, Pas menang.

"Sejarah ini perlu dilihat dan diteliti, biarpun senario sekarang dengan tahun 1978 dan 1990 adalah berbeza," katanya menerusi posting terbaru di Facebook.

Mohamad Agus berkata, berdasarkan sejarah lepas parti serpihan Pas tidak akan kekal lama.
Bagaimanapun, senario itu berbeza dengan GHB kerana politik semasa yang memperlihatkan semangat golongan muda inginkan perubahan serta kemelut yang dihadapi UMNO sekarang.

Katanya, GHB mempunyai ruang dan peluang untuk menarik sokongan rakyat serta menjadi sebuah parti politik yang kuat namun akan berdepan dengan pelbagai cabaran diawal penubuhan.

"Pemimpin GHB masing-masingnya tokoh hebat tetapi kontroversi dengan sejarah masing-masing.
"…(Dan), keupayaan sumber kewangan GHB. Tanpa sumber kewangan, GHB sukar bertahan. 

Stamina mudah habis tanpa sumber yang mencukupi," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar A Samad berkata, beliau yakin GHB tidak akan mendapat sambutan dan tidak mustahil pelancaran parti baru akan ditangguhkan lagi.

"Malah saya juga tidak terkejut jika penubuhan parti tersebut dibatalkan dan kumpulan itu hanya bergerak sebagai NGO," katanya dalam kenyataan media.

Anwar tidak dibenar bersalam dengan cucu FMT Reporters

Posted: 21 Jul 2015 03:00 AM PDT


anwar_zahid_600

Beliau hanya dibenarkan bercakap dengan ahli keluarganya melalui telefon di sebalik tabir kaca penjara Sungai Buloh sempena lawatan Hari Raya Aidilfitri. 

PETALING JAYA: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan sikap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tidak membenarkannya untuk bersalaman dengan ahli keluarganya.

Menurutnya, sempena hari raya Aidilfitri ini, beliau hanya dibenarkan bercakap dengan ahli keluarganya melalui telefon di sebalik tabir kaca penjara Sungai Buloh.

"Kesal dgn sikap Menteri Dalam Negeri yang tiada prikemanusiaan tidak membenarkan bersua, bersentuhan dan bersalaman dengan keluarga sempena raya.

"Terutama anak cucu yang balik dari luar negara tempoh singkat untuk beraya dengan saya," katanya seperti yang disiarkan dalam status Facebook Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pada 21 Julai ini, genap 163 hari dipenjarakan selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Zack Ahmad's photo.
 Kezaliman UMNO terhadap DS Anwar semakin "MEMUNCAK"

Aib Di Aidilfitri - Ahli Keluarga Saman Chef Wan ??

Posted: 21 Jul 2015 02:31 AM PDT





Berpunca daripada tindakan chef selebriti,Chef Wan yang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap ahli keluarga di laman sosial, kini ahli keluarganya sendiri akan mengambil tindakan untuk menyamannya pula.

"Tindakan tegas akan aku sekeluarga ambil ke atas Chef Wan. Buat cerita dan sebarkan gambar yang tidak sepatutnya," jelas salah seorang dipercayai ahli keluarga Chef Wan di laman sosial Twitter yang mendapat ratusanretweet.

Chef Wan sebelum ini menyuarakan rasa tidak puas hatinya di Instagram kerana ada ahli keluarganya yang didakwa tidak membantu langsung menyediakan persiapan di hari raya beserta gambar ahli keluarga yang masih tidur.

Bagaimanapun perkara tersebut dinafikan oleh ahli keluarganya yang menyatakan bahawa mereka lewat bangun tidur kerana penat melayan ramai tetamu yang terdiri daripada peminat Chef Wan sendiri. Bagaimanakah kesudahan episod kali ini, kita tunggu sama-sama. (rtky/s)


 

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT