Selasa, 14 Julai 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Polis tahan empat jurujual telefon di Low Yat

Posted: 14 Jul 2015 11:15 PM PDT


zainuddin,oppo

Polis mengesahkan enam lagi suspek yang ditahan termasuk penjual telefon di plaza berkenaan.


KUALA LUMPUR : Empat jurujual telefon antara enam yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes curi telefon dan kekecohan di Plaza Low Yat.

Ia menjadikan jumlahnya 25 orang ditahan sehingga Selasa

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, kesemua enam suspek berumur antara 19 dan 43 tahun.

"Pada 11.30 pagi tadi (Selasa), seorang lelaki berusia 43 tahun, ditahan kerana dipercayai terlibat dalam menyampaikan ucapan yang berbaur hasutan di hadapan Plaza Low Yat pada Ahad lepas.

"Ini boleh menimbulkan isu perkauman dan ketenteraman awam yang berbilang kaum di negara ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zainuddin berkata, lelaki itu akan ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

"Seorang konstabel Polis Bantuan Felda berusia 22 tahun ditahan pada 1 tengah hari tadi di Jalan Persiaran KLCC dan akan direman selama tiga hari bermula hari ini.

"Empat individu yang bekerja sebagai jurujual telefon bimbit berusia antara 19 dan 29 tahun turut ditahan di plaza berkenaan pada 4 petang tadi. Kelima-lima suspek terlibat dalam rusuhan," katanya.

Katanya kelima-lima mereka disiasat di bawah Seksyen 147 dan 427 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, daripada 25 jumlah keseluruhan, masing-masing seorang terlibat dalam kes mencuri dan hasutan manakala 23 lagi terlibat dalam kes rusuhan di plaza itu, Ahad lepas.


-BERNAMA

Mokhzani didakwa miliki 18 kereta bernilai lebih RM36 juta - Faiz Zainudin

Posted: 14 Jul 2015 10:30 PM PDT


Mokhzani
Dr Mahathir dan Mokhzani dicabar menyaman sekiranya pendedahan itu tidak benar.

KUALA LUMPUR: Anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Mokhzani didakwa memiliki kekayaan luar biasa dalam tempoh singkat sehingga mampu memiliki koleksi kereta bernilai RM36.2 juta.

Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, Mokhzani, anak kedua Dr Mahathir, memiliki 18 koleksi kereta pelbagai jenama.

Sehubungan itu, katanya, Dr Mahathir juga perlu tampil menjelaskan sumber yang diperolehi anaknya itu yang dilihat di luar kemampuan sebenar.

"Dr Mahathir perlu tampil memperjelas tentang dana modal anaknya. Malah, Mokhzani juga perlu tampil menjelaskan segera," katanya dalam sidang media pada Selasa.

Katanya, pendedahan yang dibuat hari ini hanyalah melibatkan harga kereta yang dimiliki Mohkzani tidak termasuk termasuk rumah dan aset lain.

"Saya belum dedahkan lagi kekayaan anak-anak Dr Mahathir yang lain termasuk Mukhriz," katanya.

Katanya, Dr Mahathir lantang mengkritik kelemahan orang lain sedangkan anak sendiri tidak diperlaku sedemikian.

"Sebelum ini beliau pernah berkata, saya (Dr Mahathir) tidak ada duit tapi apakah kekayaan anaknya ini menunjukkan keluarganya tidak berduit?.

"Dr Mahathir sentiasa menuduh dan bercakap keburukan orang lain tetapi beliau sendiri mempunyai masalah tersendiri. Lupa nak tegur keluarga sendiri," katanya.

Pada masa sama , Azwanddin mencabar Mokhzani dan Dr Mahathir untuk menyaman beliau sekiranya pendedahan yang dibuat tidak benar.

"Jika pendedahan ini tidak benar saya silakan untuk saman saya secara terbuka dan saya yakin beliau tidak berani saman saya sebab saya ada bukti jelas," katanya.

Katanya, JMM meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta pihak polis untuk menyiasat hasil kekayaan luar biasa dalam tempoh yang singkat anak bekas Perdana Menteri itu.

Belum sihat tapi Anwar dikeluarkan dari HKL kerana wad penuh Faiz Zainudin

Posted: 14 Jul 2015 09:45 PM PDT

 
Dr.-Afif-Bahardin2

Keluarga Anwar mendakwa beliau dihantar semula ke Penjara Sungai Buloh dalam keadaan tergesa-gesa walaupun belum sihat sepenuhnya.

PETALING JAYA: Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim kecewa dengan rawatan kesihatan yang diberikan kerajaan kepada Ketua Umum PKR itu.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin berkata, Anwar telah dibawa keluar secara tergesa-gesa dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 12 Julai lalu sedangkan beliau masih belum bersedia sepenuhnya.

Katanya, Anwar masih memerlukan rawatan berterusan serta siasatan lanjut bagi memastikan beliau benar-benar sihat sejak beliau dimasukan ke HKL pada 7 Julai.

"Pasukan doktor pakar telah memaklumkan kepada keluarga Anwar bahawa alasan untuk menghantar beliau semula ke Penjara Sungai Buloh adalah atas alasan kesukaran logistik kakitangan dan kepadatan wad akibat denggi.

"Malangnya pasukan ini gagal untuk meyakinkan keluarga bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim benar – benar bersedia secara fizikal untuk di hantar semula ke Penjara," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Afif berkata, dia dimaklumkan bahawa Anwar perlu manjalani rawatan fisioterapi yang interakif serta pemantauan berterusan sehingga satu diagnosa dikenal pasti.

Sehubungan itu, katanya, AMK menggesa supaya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kesihatan Datuk Dr S. Subramanium untuk bertindak bagi memastikan Anwar mendapat rawatan kesihatan yang profesional sehingga beliau benar-benar sembuh.

"Kami juga menggesa agar ketua kepada pasukan doktor pakar ini, Datuk Dr Jeyaindran Tan Sri Sinnadurai, diganti bagi mengelakkan persepsi dan kesangsian terhadap tahap profesionalisme beliau memandangkan penglibatan beliau sebelum ini di dalam kes Fitnah Liwat II dan beberapa organisasi tertentu," katanya.

#‎BERITA_NAJIB_SEMAKIN_BIKIN_PANAS‬ - Lagi Skandal Terbaru? Najib Dikaitan Dengan Cerak Wang ??

Posted: 14 Jul 2015 09:00 PM PDT

SALAM CERIA SELALU UTK SAHABAT KU SEPERJUANGAN SEMUA SALAM MENUNAIKAN IBADAH PUASA 👈 SLMT BERSAHUR 👍

 
Alahai..Nama Najib Lagi...Kali Ini Dikaitkan Dgn Skandal Rasuah Cetak Wang Kertas Polimer Oleh Sydney Morning Herald Pula...

Gerakan Harapan Baharu: Koleksi Tulisan, "Printscreen" & Video Menarik

Posted: 14 Jul 2015 08:15 PM PDT

 
 
 
Respons Hanipa Maidin Tentang Kritikan Terhadap GHB

CAKAPLAH APA SAHAJA, GHB SEDIA MENDENGAR !

1. Macam macam yang dikatakan ke atas Gerakan Harapan Baru. Ada yang mengaitkan dengan golongan Islam liberal. Ada yang mengatakan ia akan hanya bertahan dua tahun sahaja . Ada yang menyamakannya dengan pertubuhan pertubuhan politik serpihan daripada Pas seperti Hamim yang tidak akan bertahan lama.Ada yang mengaitkan ia pertubuhan orang orang kecewa kerana kalah dalam pemilihan Pas dan banyak lagi tuduhan tuduhan nakal dan liar ke atas GHB

2. Sebagai pertubuhan yang meraikan kebebasan bersuara maka GHB mengucapkan terima kasih kepada semua golongan yang memberikan pendapat mereka mengenai GHB. Pendapat pendapat yang diberikan tersebut bukan sahaja perlu dihormati malahan perlu juga diambil kira oleh GHB. Tidak rugi mendengar pendapat yang berbeza seperti mana tidak untung mengangap kepelbagaian pendapat satu masalah. Teruslah bercakap kami ( GHB ) sedia mendengar !!!

3. Memandangkan wujudnya pelbagai tuduhan ke atas GHB maka tidak salah untuk GHB membuat serba sedikit klarifikasi , bukan bertujuan memuaskan hati mana mana pihak jauh sekali semua orang, sebaliknya ianya lebih kepada menjelaskan serba sedikit kekaburan yang menjejaskan pandangan setengah pihak tentang GHB.

4. Jika kekecewaan yang dikatakan mencetuskan wujudnya GHB ia tuduhan yang betul dan salah dalam nafas yang sama. Majoriti penggerak GHB adalah mereka yang terlibat dalam Pas sebagai pemimpin utama sama ada di peringkat nasional atau negeri khususnya. Sayang dan cinta mereka kepada Islam tidak pernah padam dulu, kini dan selamanya insyaAllah. Ironinya jika mereka bersama dengan Pas sebelum ini kerana Islam , jika GHB ditakdirkan menubuhkan wadah siyasah yang baru, insyaAllah Islam juga penyebab kepada keputusan penubuhan wadah siyasah tersebut.

5. Sebagai pimpinan utama dalam Pas sebelum ini, penggerak penggerak GHB bukan sahaja mahu Islam berdaulat di negara ini mereka juga mahu Islam dihormati oleh semua lapisan masyarakat..Islam yang jika berjanji tidak akan khianati janji itu..Islam yang jika memerintah pemimpinnya bertaqwa, berintegriti, amanah, cekap , jujur dan peduli rakyat ..Islam yang bukan sahaja bercakap dan berslogan bahawa Islam itu rahmat untuk semua namun slogan rahmatnya hanya kekal slogan dan tidak dirasai oleh manusia di kelilingnya.

6. Ya ,penggerak GHB memang kecewa tapi mereka bukan kecewa dengan kekalahan dalam muktamar. Sebaliknya mereka kecewa kerana gerakan Islam yang mereka infaqkan diri , harta benda dan masa mereka tidak lagi gerakan Islam yanh mereka kenal dulu..kini gerakan Islam itu merasakan hanya kerana ia menggelarnya gerakan Islam maka apa sahaja yang ia lakukan , meskipun tidak mencerminkan Islam yang sebenar dan Indah, tetap dikira Islam kerana ia dianggap memonopoli definisi dan apa sahaja yang dikaitkan dengan Islam.

7. Ada beza kekalahan dalam muktamar dengan "pembersihan terancang" dalam muktamar melalui satu siri kempen yang lama, tersusun dan teratur ke atas pemimpin pemimpin tertentu dalam Pas dengan menggunakan istilah istilah agama dan tuduhan-tuduhan liar dan tidak bertanggungjawab. Yang lebih membingungkan pemimpin yang diharapkan berkecuali dan bertindak sebagai pendamai juga turut serta memposisikan golongan tertentu ke satu sudut dan kedudukan yang dilihat asing dan tidak berjenama Islam sekaligus memberikan faedah yang tidak wajar kepada golongan tertentu yang lain.

8. Ya, mungkin sahaja GHB akan bertahan hanya dua tahun dan mungkin juga GHB akan mengalami nasib yang sama seperti pertubuhan yang dibentuk setelah keluar dari Pas.

9. Memandangkan kita bercakap tentang kemungkinan , kemungkinan kemungkinan itu hakikatnya sama sahaja tahap dan darjahnya dengan kemungkinan berikut iaitu berkemungkinan besar GHB yang membawa aspirasi baru yang tidak lari dari Islam yang syumul akan mengalami nasib yang jauh lebih baik daripada parti parti seperti Hamim dan dapat bertahan lebih lama atau lebih daripada dua tahun.

10. Mungkin juga GHB yang dikatakan serpihan ini mendapat lebih banyak sokongan dan menjadikan parti yang asal jika pun tidak menjadi parti yang asing kepada rakyat Malaysia namun mungkin sahaja menjadi parti yang dianggap tidak lagi relevan dalam politik Malaysia. Itulah namanya permainan kemungkinan..penuh dengan ketidakpastian.

11. Mungkin itu juga yang dialami oleh Erdogan dan sahabat sahabatnya yang menubuhkan AK parti setelah keluar daripada wadah sa'adat parti ..mungkin sahaja sahabat sahabat sa'adat membuat pelbagai telahan dan tuduhan ke atas Erdogan dan sahabat sahabatnya dalam AK parti namun realiti menunjukkan bahawa AK parti makin hari makin berkembang dan maju ke depan , saadat parti makin lama makin ke belakang dari persada politik Turki dan hampir menjadi nota kaki dalam politik ..

MOHAMED HANIPA MAIDIN
AHLI PAS DAN PENYOKONG GHB


Cawangan PAS Bubar, Ganti GHB Di Tumpat


Pelancaran Harapan Baru cawangan Alor Che Ismail, dun wakaf baru, Tumpat....insyaAllah 6 cawangan Pas dlm parlimen Tumpat akan ditukar kpd cawangan Harapan Baru



8 PERKARA BERKENAAN GERAKAN HARAPAN BARU (HARAPAN BARU)

www.harapanbaru.net

SIAPA HARAPAN BARU?

1. HARAPAN BARU lahir dari desakan kehendak rakyat yang resah dengan kemelut serta kepincangan negara khasnya NGO-NGO Islam serta anak muda dan pimpinan mahasiswa agar Politik Islam terus diperkukuhkan bagi memegang AMANAH membuat perubahan dalam ruang lingkup Perlembagaan Malaysia dan sistem demokrasi yang diamalkan.

2. HARAPAN BARU disertai aktivis pelbagai latar belakang, ras dan agama dari kalangan aktivis, profesional dan agamawan dengan membuka ruang dan peluang kepada bakat muda untuk diketengahkan – selagi mana kesemuanya berpayung kepada Nilai-nilai Teras HARAPAN BARU.

3. HARAPAN BARU memelihara Hak Asasi Manusia (Huquq al-Insan) berteraskan Kemuliaan Insan (Karamah Insaniyah) yang diiktiraf Allah (Human Dignity), sekaligus menyatukan warga besar rakyat dalam anjuran Persaudaraan Insan (Brotherhood of Man) serentak menolak pelbagai amalan perkauman dan rasisme.

APA MISI HARAPAN BARU INI?

4. HARAPAN BARU berusaha menterjemahkan Islam sebagai Rahmat Seluruh Alam dengan meletakkan agenda PEDULI rakyat sebagai tunggak utama aktivisme serta merangkumi semua aspek kehidupan nasional dan kenegaraan.

BAGAIMANA HARAPAN BARU MELAKUKANNYA?

5. HARAPAN BARU komited meneruskan legasi perjuangan Politik Islam yang ditunjukkan Almarhum Tuan Guru Yusuf Rawa, Almarhum Ustaz Fadhil Noor dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menerokai ruang Politik Islam yang Menyeluruh, PROGRESIF dan Inklusif.

6. Menjelang PRU14, HARAPAN BARU meneruskan momentum perubahan politik atas dasar tahaaluf yang jujur dan komited dalam perkara yang disepakati bersama rakan-rakan parti politik - PKR dan DAP, serta sinergi dengan mana-mana NGO dan segmen masyarakat merentasi garis ideologi.

7. Pendekatan dan tindak balas HARAPAN BARU bersifat tidak jumud (Dinamis) selari dengan realiti semasa dan setempat serta Sederhana (Wasatiyyah) namun tetap Tegas dalam berpegang kepada Prinsip.

8. Komited dengan politik baru, HARAPAN BARU berpaksi kepada politik yang berasaskan Ilmu dan Akhlaq, serta bersedia mewujudkan budaya mampu mengurus perbezaan dalam pelaksaan prinsip hak bersuara dan tuntutan kesaksamaan.



GERAKAN HARAPAN BARU PANDANGAN USTAZ HASRIZAL ANDUL JAMIL

Harapan peribadi saya dengan kemunculan Gerakan Harapan Baru ini, lebih daripada sekadar mengisi kelompongan idea progresif Islam dalam politik. Sebaliknya saya harap ia menjadi platform yang kukuh untuk menghimpun kumpulan-kumpulan Islam dalam semangat ukhuwwah Islamiyyah merentas 'jemaah' dan melangkaui beban sejarah.

Apabila anggota JIM / IKRAM menyertai PAS, mereka tiada lagi di dalam chain of command eksekutif JIM / IKRAM. Mereka dilepaskan untuk bergerak dengan penuh integriti di dalam parti yang mereka pilih. Tetapi selepas lebih 10 tahun berjuang bersama, susah senang bersama, termasuk ditahan dan dikenakan pelbagai tindakan undang-undang, perbezaan pendapat akhirnya disandarkan kembali kepada label-label silam yang mendalamkan permusuhan.

Penatnya hidup bermusuhan, curiga mencurigai, dan hodoh benar pada tahun 2015 masih mahu tarik menarik berebut-rebut pengikut.

Alhamdulillah Gerakan Harapan Baru, biar pun katalisnya adalah G18, ia beransur pergi ke dimensi yang lebih besar. IKRAM, Haluan, ABIM, dan pelbagai pertubuhan lain moga semakin dekat, menguzurkan perbezaan dan meningkatkan persefahaman. Gerakan Harapan Baru kena kuat mendengar, andai ada kebiasaan semasa di dalam PAS yang tidak sihat untuk semangat harapan baru, bermujahadahlah meninggalkannya.

Jika selama ini kita mungkin terlalu fokus kepada satu musuh iaitu saingan politik kita, tingkatkanlah rasa sedar yang tinggi bahawa beyond UMNO, BN atau mana-mana entiti politik, musuh kita yang hakiki adalah SYAITAN, dan HAWA NAFSU.

Siapalah saya untuk memberi nasihat kepada pejuang-pejuang. Ia hanya harapan saya, seorang rakyat.

Menubuhkan parti baru ini memang bukan pilihan terbaik. Tetapi krisis PAS tidak meninggalkan banyak pilihan. Justeru, kuatkan azam, bangkitkah dalam seribu kepayahan, dengan semangat inklusif itu, ramai saudara Islam dalam pelbagai NGO in sha Allah akan bersama. Non Muslim juga disantuni dengan akhlaq dan perkongsian pendidikan.

Mencela 'kuffar' itu sikapnya seolah-olah kita tiada tanggungjawab dakwah ke atas mereka.

Hulurkan salam persaudaraan dan persahabatan.

Sesungguhnya itulah munajatku di penghujung Ramadan ini.

#gerakanharapanbaru



MEMAHAMI ISU TUBUH JEMAAH ISLAM BARU, DAN KELUAR DARI JEMAAH ISLAM SEDIA ADA

Perbincangan hangat berkenaan penubuhan jamaah baru dan bagaimana dengan baiah mereka dengan jamaah yang sedia ada?

Maklum bagi mereka yang mendalami ilmu fiqh bahawa baiah yang wujud di dalam hadis atau yang meninggalkan jamaah ia berkaitan dengan baiah dengan kerajaan maka orang yang memutuskan baiah tersebut dan keluar daripada kerajaan Islam itu adalah haram. Tetapi berbaiah dengan parti atau jamaah tidak termasuk di dalam hadis ini.

Baiah parti dikategorikan sebagai ta'ahud dan sekiranya seseorang keluar daripada parti cukup dengan membayar kaffarah sumpah. Segala taklid taklid yang berccanggah dengan maqasid syarie taklid itu dianggap batil.

Cuma permasalahnnya adakah wajar menubuh jamaah baru sedangkan dah ada jamaah lama?

Maka perkara ini merujuk kepada fiqh masalih adakah ia banyak membawa kepada maslahah walaupun secara dasarnya mengurangkan jamaah itu lebih baik kerana dapat dikumpulkan tenaga yang banyak dan jamaah yang banyak itu memecahkan tenaga?

Tidak ada dalil yang kuat yang mengharamkan berbilang parti Islam. Kesemua pendapat yang telah diutarakan dalam bentuk pengharaman jamaah baru adalah ijtihad bukannya Syariat.

Maka perkara ini diserahkan kepada ahli politik untuk menuntukan hala tuju mereka walaupun secara peribadi saya lebih suka tidak ada jamaah baru, tetapi secara fiqhnya tidak ada yang menghalang penubuhan parti baru.

Selamat beramal ,kuatkan perpaduan umat Islam.

Ustaz Fauwaz Dato' Fadzil Noor


Tun M nasihat supaya tidak melindungi dan menyembunyi fakta jenayah Adam Abu Bakar

Posted: 14 Jul 2015 07:30 PM PDT

 
mahathir_najib_600_1

Seseorang yang tahu tentang perlakuan jenayah tetapi melindungi dan mnyembunyikan fakta jenayah dikira bersubahat dan boleh didakwa.

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pihak yang tahu jenayah berlaku tetapi melindungi dan menyembunyikan fakta tentangnya dikira bersubahat melakukan jenayah itu.

Katanya, orang yang bersubahat itu boleh dikenakan tindakan undang-undang yang sedia ada di negara ini.

"Mereka boleh disabitkan kesalahan membantu dan bersubahat melakukan jenayah. Mereka juga harus diambil tindakan undang-undang" tulisnya menerusi entri terbaru diblognya.

Mantan Perdana Menteri selama 22 tahun itu berkata, kerajaan Malaysia mahu dilihat sebagai sebuah negara yang benar-benar mempercayai hak asasi manusia, demokrasi dan juga undang-undang.

Namun, apabila pemberi maklumat mendedahkan kesalahan yang dilakukan oleh pihak kerajaan, secara tiba-tiba mereka yang mendedahkan maklumat itu disabitkan kesalahan, katanya.

"Pihak Kerajaan telah menyatakan bahawa pemberi maklumat harus dilindungi. Secara tidak langsung, mereka berguna untuk masyarakat kita.

"(tetapi) Mereka silap, adakah mereka tidak tahu bahawa pemberi maklumat tidak boleh mendedahkan maklumat yang membabitkan Perdana Menteri. Selain itu boleh (melibatkan orang lain dibolehkan) tetapi tidak Perdana Menteri," tulisnya.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Mahathir dipercayai merujuk kepada siasatan terhadap pihak-pihak yang membocorkan maklumat yang diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia negara kepada The Wall Street Journal (WSJ).

WSJ mendedahkan sejumlah USD700 juta atau RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun Ambank milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Baru-baru ini, Citizens For Accountable Governance Malaysia (CAGM) mendedahkan berjuta ringgit daripada akaun Najib disalurkan untuk kegunaan Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13).

Bank Negara Malaysia (BNM) juga menyiasat kebocoran maklumat akaun peribadi Datin Seri Rosmah Mansor yang menunjukkan kemasukkan RM2 juta ke dalam akaun Affin Bank milik isteri Perdana Menteri.

Anwar: Tukar PM gaya Dr M takkan ke mana

Posted: 14 Jul 2015 07:00 PM PDT


 
Menukar Perdana Menteri Datuk Seri Najib sahaja tidak cukup untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang berlaku dalam negara, kata bekas ketua pembangkang yang sedang dipenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Sebaliknya, kata Anwar, usaha menukar Najib yang digerakkan Tun Dr Mahathir Mohamad – mentor yang kemudian menjadi musuh politiknya – tidak akan membawa perubahan sebenar.

"Menukar Datuk Seri Najib sebagai perdana menteri tidak cukup buat rakyat.

"Kita pernah lalui proses yang sia-sia di mana pimpinan ditukar, tetapi sistem yang korup dan usang masih tidak berubah. Kita tidak perlukan penyelesaian sedikit demi sedikit, tetapi komitmen serius kepada reformasi dan penghapusan rasuah.

"Usaha menukar Datuk Seri Najib yang dikepalai Tun Mahathir, tanpa reformasi sebenar, hanya akan memuaskan kelompok-kelompok kroni mereka; ia tidak akan membawa perubahan sebenar buat rakyat," katanya.

Dalam perutusan Anwar melalui peguamnya hari ini, beliau berkata perubahan institusi utama seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Jabatan Peguam Negara dan pihak polis amat diperlukan.

Beliau mendakwa agensi-agensi itu selama ini telah gagal membendung kegiatan rasuah dan salah guna kuasa.

Selain itu, Anwar juga menuntut perubahan sistem pilihan raya, seperti yang digesa BERSIH, serta pemansuhan Akta Hasutan serta undang-undang antidemokrasi lain.

"Pada masa yang sama, Akta Hasutan dan pelbagai jenis undang-undang lain yang bersifat kuku besi masih digunakan untuk menutup mulut rakyat.

"Dari sebalik tembok besi ini, saya berasa amat bimbang dan risau buat tanah air kita," kata Anwar.

Menyentuh siasatan terhadap dakwaan pengaliran dana syarikat berkaitan 1MDB ke akaun Najib, Anwar berkata perkara itu menjadi sejarah kerana "seorang perdana menteri disiasat atas dakwaan penyelewengan wang".

"Siasatan ini berlaku pada ketika rakyat menghadapi kenaikan harga barang, GST yang teramat membebankan dan ketidakpastian hala tuju ekonomi negara yang paling teruk sejak krisis kewangan Asia tahun 1997," katanya.

Najib menafikan dakwaan oleh media antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ) itu.
 
 

KES BODEK BANGANG KES BODEK BANGANG

Posted: 14 Jul 2015 06:30 PM PDT

 Badlisyah CIMB letak jawatan

Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank Badlisyah Abdul Ghani yang secara terbuka mempertikaikan dokumen digunakan oleh The Wall Street Journal (WSJ) mengenai pemindahan dana ke akaun bank peribadi perdana menteri akan meletakkan jawatan berkuat kuasa 15 Ogos, lapor The Edge Markets. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/badlisyah-cimb-letak-jawatan#sthash.La8m1nCI.dpuf

KAH KAH KAH
woit
letak jawatan
kerana bangang
atau
kerana bodek
kalau bangang ok
bukan dna
tapi kalau bodek amat bahaya
bodek boleh merebak
BANGANG 

-------------

Jawapan Dari Dr Mashitah Isu Hukum Jilat Kemaluan Yang Amat Mengejutkan Sekali By canang

Posted: 14 Jul 2015 06:00 PM PDT


Pemimpin BN Cabut Lari Dengan Pendedahan Ini?

Posted: 14 Jul 2015 05:30 PM PDT

 

Najib Patut Ketar Dengan Berita Ini. Afidavit bersumpah akan didedahkan kepada umum minggu ini bagi menjelaskan bagaimana jutaan ringgit disalurkan kepada Barisan Nasional (BN) daripada akaun peribadi perdana menteri untuk digunakan semasa Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13), kata badan bukan kerajaan Citizens For Accountable Governance Malaysia (CAGM).

Penaung dan jurucakap kumpulan tersebut, peguam Md Zainal Abidin memberitahu The Malaysian Insider, dokumen itu apabila didedahkan, akan menunjukkan kesalahan yang dilakukan pentadbiran kini.

"Apabila didedahkan, ia akan menunjukkan bagaimana wang tersebut masuk dan keluar dari akaun PM, dan bagaimana keseluruhan proses itu berjalan.

"Ia akan menyambung semua titik dan menyelesaikan teka-teki selama ini," katanya.

CAGM mendakwa pada Ahad, jutaan ringgit dari akaun peribadi Najib di AmBank di Kuala Lumpur disalurkan kepada parti komponen BN menjelang PRU13 yang diadakan pada Mei, 2 tahun lalu.

Zainal memberitahu The Malaysian Insider semalam, afidavit bersumpah tersebut sebahagian daripada dokumen mahkamah yang difailkan seseorang daripada industri perbankan dalam saman terhadap perkara lain di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau berkata sudah mendapatkan kebenaran plaintif untuk mendedahkan dokumen bersumpah tersebut.

"Kita mempunyai beberapa dokumen, termasuk afidavit bersumpah ini yang digunakan individu tersebut untuk mendapatkan bantuan undang-undang.

"Kini kita hanya perlu menyelesaikan beberapa isu, seperti kemungkinan didakwa menghina mahkamah, dan kita akan mendedahkannya kepada umum dalam masa beberapa hari," katanya.

'IGP BERBOHONG. HANYA SHAHRUL NAIK KE ATAS' - BUZZE Update ‪#‎lowyatt7‬

Posted: 14 Jul 2015 05:00 PM PDT

 

Saya baru selesai membuat sidang media di Mahkamah Jalan Duta sebentar tadi. Saya membidas kenyataan media IGP semalam diplaza Low Yatt.

IGP bercakap bohong.



1. IGP menyatakan dua orang naik ke tingkat atas untuk mencuri telefon. INI BOHONG. Selepas bersama anakguam di IPD Dang Wangi hari ini, anakguam kami menyatakan hanya seorang sahaja naik ke atas dan bukannya dua orang.

2. IGP menyatakan salah seorang suspek yang di bebaskan telah membuat fitnah berkaitan telefon klon dan berkaitan di tipu peniaga cina, dan isu ini di petik oleh blogger untuk di viralkan padahal INI BOHONG. Anakguam kami tidak pernah menimbulkan cerita telefon klon ini dan anakguam kamitidak pernah ada apa2 hubungan dengan mana-mana blogger.

 

NAMPAKNYA PDRM DAH SEMAKIN HILANG KREDIBILITI APABILA IGP BERTINDAK MENGELIRUKAN ORANG AWAM DENGAN MENGELUARKAN KENYATAAN BOHONG.

MANA MUNGKIN POLIS MENANGKAP, MENYIASAT DAN TERUS MENUDUH ANAKGUAM KAMI SEBAGAI PENJENAYAH SEPERTI MANA KENYATAAN IGP SEMALAM KERANA MAHKAMAH, HAKIM DAN BUKTI2 BELUM DI KEMUKAKAN .

SESEORANG ITU TIDAK BERSALAH SELAGI BELUM DI BUKTIKAN SEBAGAI BERSALAH.

OLEH ITU JANGAN RISAU LOWYATT7, BARISAN PEGUAM TERHANDAL NEGARA BAKAL MEWAKILI ANDA SEMUA.

ALLAHUAKBAR!!!


MOHD KHAIRUL AZAM BIN ABDUL AZIZ
0129770412

. SAYA BERANI KERANA ADANYA BUKTI.

Posted: 14 Jul 2015 04:30 PM PDT


Najib Razak - Apa Hal Sabah Tidak Maju-Maju Selama Lebih Sedekad?

Edward Stephen Edward Stephen's photo.

Musa Aman - Apa Cerita Jalan Raya Penduduk Luar Bandar Kekal Laluan Tanah Merah Dan Lumpur Sampai Kelutut?

Najib Razak - Musa Aman :-

Apa Berlaku Kebanyakan Rakyat Pedalaman Sabah Kekal Berlambak Miskin Tegar?


Najib Razak / Musa Aman :- Apa Sebab Tiada Perlaksanaan Pembangunan Keperluan Rakyat Luar Bandar / Kampung² Sejak BN/UMNO Memenangi PRU-13.

Najib Razak / Musa Aman :- Kenapa Perlu Terus Berbohong Kepada Rakyat Sabah?
 
Edward Stephen Edward Stephen's photo.
Edward Stephen Edward Stephen's photo.Edward Stephen Edward Stephen's photo.

Nik Abduh Fitnah Almarhum Tok Guru Nik Aziz?

Posted: 14 Jul 2015 09:35 AM PDT

 'Putus kerjasama dengan DAP sesuai dengan kehendak Allahyarham Nik Aziz'






KOTA BHARU: Tindakan PAS yang memutuskan hubungan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan DAP dalam pakatan pembangkang adalah satu keputusan yang betul dan selaras dengan kehendak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata bapanya yang juga bekas Mursyidul Am PAS pernah menyatakan pandangan akhir di mana jika ingin berpecah biarlah DAP yang memulakannya terlebih dahulu.


"Dia pesan kepada saya jangan berpecah dengan DAP sehingga DAP sendiri buat keputusan untuk kerat (putus) dengan PAS, harapannya kalau terpaksa berpecah biarlah DAP yang mulakan dahulu dan itu berlaku.

"Oleh itu, saya yakin apa yang saya pegang adalah pandangan saya dan pandangan bersama ayahanda sebab saya orang yang paling dekat dengan dia," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Sebelum ini, Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan bahawa hubungan tahaluf siyasi atau kerjasama politik parti itu dengan DAP terbatal namun pihaknya masih mengekalkan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR.

Dalam perkembangan lain, Nik Mohamad Abduh berkata pihaknya akur sekiranya terdapat anggota PAS yang membuat keputusan untuk menyertai parti Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) ataupun DAP.

"Yang telah buat keputusan untuk berpindah kita alu-alukan dan ucapkan selamat tinggal kepada mereka sama ada untuk sertai Harapan Baru atau sertai DAP.

"Kepada mereka yang masih keliru harapnya beri masa... lihat, dengar dan berfikir. Saya nasihat kekal istiqamah dengan PAS," katanya.

Nik Mohamad Abduh berkata beliau yakin bahawa pimpinan baharu PAS ketika ini berupaya untuk menyelesaikan krisis yang dihadapi parti itu dalam masa terdekat.

"Saya yakin kepimpinan baharu cukup tenang untuk selesaikan isu-isu, sebagai contoh tidak ada tindakan drastik terhadap anggota yang berkasar dengan kepimpinan baharu meskipun banyak keputusan pelik dibuat ketika ini, pimpinan baharu itu lebih tenang," katanya.

Semalam, beberapa bekas pemimpin kanan PAS melancarkan sebuah pergerakan dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang.

Pengerusi jawatankuasa penajanya, Mohamad Sabu berkata gerakan itu akan menjadi wadah bagi menyatukan semua parti politik di bawah naungan Pakatan Rakyat sebelum ini serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sealiran dengan ideologi mereka.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata pemimpin yang berada dalam GHB sebenarnya takut kerana masih menjadi anggota PAS.

"Kalau betul nak tubuh parti baharu, letak lah jawatan dan keluar daripada PAS dahulu... baru orang yakin dengan tindakan mereka," katanya.

Beliau berkata dari sudut komposisi dan perjuangan GHB dan PKR hampir sama dan ia tidak akan memberi nilai tambah dalam pakatan pembangkang.

- astroawani