Isnin, 13 Julai 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Insiden gaduh di Low Yat, KPDNKK patut dipersalahkan – Rani Kulup Faiz Zainudin

Posted: 13 Jul 2015 08:00 PM PDT

 
rani-kulup-low-yat

Penguatkuasa KPDNKK gagal memantau penjualan barangan tiruan dan penipuan yang sering berlaku terhadap pengguna.

VIDEO INSIDE
 
 
 
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) patut dipersalahkan ekoran pergaduhan antara sekumpulan lelaki dengan pekerja di Plaza Low Yat.

Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, KPDNKK tidak menjalankan tugas mereka dengan baik untuk memantau perniaga yang gemar mengambil kesempatan terhadap pengguna
.
Katanya, pihak KPDNKK seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kekecohan yang berlaku itu yang disebabkan kegagalan mereka menunaikan tanggung jawab.

"Kepada KPDNKK anda tidak menjalankan tugas dengan kemas untuk membantu pembeli. Banyak pembeli teraniaya dan tertipu.. bila jadi macam ini polis yang susah.

"PDRM patut boleh menyambut raya, tiga hari lagi nak raya tak boleh raya,KPDNKK kamu yang salah kamu yang tidak boleh raya, polis boleh beraya," katanya.

Abdul Rani menasihatkan pengguna supaya berhati-hati sebelum melakukan pembelian agar tidak timbul salah faham sehingga boleh menyebabkan kekecohan.

"Kepada pengguna nak beli lihat dulu kerana kuasa membeli kepada kamu jadi kalau tak ori tak payah beli," katanya.

Jelasnya lagi, kes yang berlaku di Plaza Low Yat bukanlah isu rusuhan kaum, ia hanya salah faham antara pembeli dengan peniaga.

"Ini bukan rusuhan kaum, ini hanya salah faham telefon bimbit yang dikatakan original tapi tak original. Bukan di Low Yat sahaja, di Chambel, Pertama Kompleks yang mana peniaga-peniaga ni ala-ala gangster, orang lalu ikut kedai dia tak jadi beli dia dah kepung dan keluarkan kata-kata kesat," katanya.

PASTI Terengganu nafi laporan guru terlibat melakukan kelucahan melampau FMT Reporters

Posted: 13 Jul 2015 07:30 PM PDT

 
Sulaiman-Sulong,pasti

Berita yang dikeluarkan mengaitkan seorang tenaga pengajar PASTI di sebuah pusat asuhan di Kemaman itu didapati sangat tidak benar dan berniat jahat.


PETALING JAYA: Jabatan PASTI Negeri Terengganu menafikan sekeras-kerasnya laporan yang mendakwa seorang guru wanita PASTI terlibat melakukan kelucahan melampau terhadap seorang muridnya.

Pengarahnya, Sulaiman Sulong berkata, berita yang dikeluarkan mengaitkan seorang tenaga pengajar PASTI di sebuah pusat asuhan di Kemaman itu didapati sangat tidak benar dan berniat jahat.

"Pengurusan PASTI Negeri Terengganu menafikan sekeras-kerasnya bahawa guru yang dimaksudkan adalah tenaga pengajar PASTI berkenaan dan beliau juga adalah bukan guru PASTI.

"Penyebaran berita yang sangat tidak berakhlak terutama dalam umat Islam sibuk dengan pencarian Lailatul Qadar malam penuh berkat di sepuluh akhir Ramadhan ini sangat dikesali dan mengundang persepsi negatif masyarakat terhadap PASTI sebagai sebuah pusat asuhan yang telah melahirkan pelajar soleh pintar yang unggul di Terengganu.

"Oleh itu, PASTI dengan ini menuntut agar pihak yang terbabit menyiarkan berita berkenaan menarik balik berita tersebut dan seterusnya memohon maaf secara terbuka di atas penyiaran berita yang tidak berasas dengan serta merta.

"Sekiranya pihak yang berkenaan gagal untuk melakukannya maka pihak PASTI tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan imej yang cuba dicemari oleh mereka yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam kenyataan media.

Berita yang disiarkan Terengganu Times itu menjadi viral di laman sosial apabila turut memuatkan salinan laporan polis yang didakwa dibuat oleh ibu kepada kanak-kanak terlibat.

Ekonomi lembab, GST punca gaduh di Low Yat – Arul PSM Khairil Ashraf

Posted: 13 Jul 2015 07:00 PM PDT

 
Arutchelcvan_low-yat_600

Kerajaan juga didakwa mengguna isu kaum untuk memecah belahkan rakyat.

PETALING JAYA : Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelcvan berkata antara punca pergaduhan di Plaza Low Yat adalah isu perkauman yang masih digunakan pemeintah untuk memecahbelahkan rakyat.

Selain itu, katanya, kejadian itu juga berpunca daripada kesengsaraan rakyat disebabkan ekonomi yang lembab dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Jika rakyat bersatu, maka kita dapat rampas balik berbilion ringgit yang dikebas Najib dan geng.

"Gunakan wang itu untuk menaikkan gaji minima, bina rumah mampu beli, beri pendidikan dan perubatan percuma dan semarakkan ekonomi tempatan," katanya menerusi Facebook.

Pada petang Sabtu, dilaporkan pergaduhan tercetus di tingkat bawah Plaza Low Yat selepas tujuh lelaki menyerang pekerja kedai menjual telefon bimbit.

Pergaduhan berlarutan pada Ahad malam sehingga Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dikerah untuk mengawal keadaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kejadian itu melibatkan kes curi yang tiada mengena dengan isu perkauman.

Gerakan Harapan Baru tidak beri nilai tambah kepada muafakat pembangkang Khairil Ashraf

Posted: 13 Jul 2015 06:15 PM PDT

 
tuan-man,ghb
Kumpulan progresif yang menjadi pelopor penubuhan gerakan itu masih lagi ahli Pas.

KUALA LUMPUR : Pembentukan Gerakan Harapan Baru (GHB) oleh kumpulan progresif Pas tidak memberi nilai tambah kepada muafakat pembangkang.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini kerana pelopor pembentukan GHP masih lagi ahli Pas.

"Mereka masih dalam Pas. Jadi, tiada apa pun nilai tambah yang boleh diberi kepada pakatan pembangkang," katanya pada sidang media pada Isnin.

Pesuruhjaya Pas Pahang itu berkata, Pas tidak boleh bertindak terhadap pemimpin progresif Pas yang menubuhkan GHB selagi tiada aduan yang dikemukakan.

Katanya, setakat ini, parti tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak berkenaan salah laku kumpulan terbabit.

"Kalau masuk parti baharu dan sertai parti lain secara automatik akan gugur keahlian. Mereka akan lalui proses disiplin jika ada aduan.

" Bagi pihak parti Pas mengingatkan mereka masih terikat kepada peraturan dan disiplin parti, dan kita tidak benarkan.

"Peraturan kita (Perlembagaan parti) tidak membenarkan mana-mana ahli parti terlibat dengan mana-mana parti lain sama ada mempromosikan, parti baru atau menggerakkan satu usaha ke arah ahli Pas keluar daripada parti," katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditanya adakah Pas akan mengambil tindakan terhadap kumpulan progresif yang menubuhkan GHB.

Dalam perkembangan lain, Ketua Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali menegaskan, Pas Selangor kekal memberi sokongan kepada Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.
 
"Tiada masalah di sini kerana Menteri Besar masih mendapat sokongan kami," katanya.

Beliau berkata, tiada masalah untuk Pas dan DAP bekerjasama di peringkat kerajaan negeri tetapi hubungan antara parti itu sudah tamat.

Pembangkang dakwa insiden Low Yat taktik alih perhatian rakyat Mohamad Fadli

Posted: 13 Jul 2015 05:30 PM PDT


rafizi-low-yatBagaimanapun, pembangkang tidak bimbang kerana mempunyai banyak bukti tentang skandal 1MDB.

KUALA LUMPUR: Pembangkang mendakwa insiden pergaduhan di Plaza Low Yat merupakan strategi Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengalih perhatian rakyat terhadap skandal 1MDB.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bagaimanapun berkata, mereka tidak bimbang dengan taktik Perdana Menteri kerana mempunyai banyak bukti melibatkan skandal itu.

"Sekiranya Najib berpendapat ini satu cara untuk alihkan pandangan rakyat dalam krisis 1MDB, saya tidak bimbang.

"Ini kerana bukti-bukti mengenai skandal 1MDB dengan Najib kukuh, dan Najib tidak boleh lari," katanya kepada pemberita selepas di Perkarangan Plaza Low Yat pada Isnin.

Ahli Parlimen Pandan itu turut meminta pihak polis segera mengeluarkan kenyataan yang jelas mengenai kejadian itu.

"Pihak polis perlu keluarkan kenyataan sama ada benar atau tidak memang benar ada kes kecurian atau salah faham antara peniaga dengan pembeli.

"Kenyataan yang pihak polis keluarkan tidak jelas dan hanya mendatangkan kekeliruan kepada rakyat.

"Ketua Polis Kuala Lumpur dan Ketua Polis Negara perlu keluarkan kenyataan agar dapat membendung daripada penyalahgunaan fakta yang bertujuan mengapi-apikan di media sosial," katanya.

Rafizi berkata, pihak polis perlu mengambil tindakan segera kepada pengguna media sosial atau ahli politik yang cuba mengeluarkan kenyataan palsu yang membangkitkan amarah perkauman.

"Jika berkaitan menteri atau baru-baru ini tuduhan mengenai isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, cepat sahaja polis ambil tindakan untuk siasatan.

"Mengapa jika kes yang boleh mendatangkan masalah perkauman di media sosial ini tidak diambil tindakan segera," tegasnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak tidak bertanggungjawab mengaitkan rusuhan Low Yat ini dengan isu perkauman.

Beliau juga mengutuk tindakan pihak tertentu yang menggunakan laungan takbir dalam rusuhan tersebut.

"Ini bukan jihad kerana Islam tidak menyuruh umatnya memainkan sentimen perkauman.

"Saya harap mereka berhenti meggunakan laungan tadbir kalimah Allah itu. Rusuhan ini tiada kaitan apa-apa," jelasnya.

 
 Nmpaknya Keempat empat TASK FORCE dapat menarik NAFAS LEGA, keranaa isu di Low Yatt - dapat mengalihkan pandangan rakyat kepada isu sebenar penyelewengan NAJIB ROSMAH. 
 
Secara jelas MELAYU DI PERBODOHKAN LAGI..... Padan Muka.....

Keluar dari perangkap perkauman - Dyana Sofia

Posted: 13 Jul 2015 04:30 PM PDT

Pada hari Sabtu yang lalu kita dikejutkan dengan kekecohan yang berlaku di Plaza Low Yat di Kuala Lumpur sehingga menyebabkan keganasan dan kerosakan harta benda bernilai RM70,000.

Sehubungan dengan itu, satu lagi kekecohan berlaku pada malam semalam di Plaza Low Yat sehingga menyebabkan lima orang cedera termasuk dua anggota media.

Laporan beberapa media mengatakan insiden ini bermula apabila satu individu didapati mencuri telefon bimbit dan diserahkan kepada pihak berkuasa dan dilepaskan.

Sejurus itu, individu terbabit datang semula bersama rakan-rakannya dan menimbulkan kekacauan di dalam Plaza Low Yat.

Pihak yang tidak bertanggungjawab pula meyebarkan pelbagai khabar angin melalui sosial media dan meniup api perkauman di dalam insiden ini sehingga membawa kepada situasi penuh beremosi.

Budaya samseng Saya mengutuk keganasan yang berlaku di Plaza Low Yat.

Ini merupakan contoh penularan budaya samseng di kalangan anak muda. Hanya dengan isu satu telefon bimbit berpuluh anak muda turun ke Low Yat menggunakan keganasan untuk membuat sesuatu tuntutan yang tidak pasti.

Budaya samseng yang menular di kalangan anak muda jika tidak dibendung mampu membawa kepada bahana yang lebih besar.

Masa kini budaya samseng berada di mana-mana, di jalan raya, ralli, kancah politik, padang bola dan juga media sosial! Ini adalah sesuatu yang amat membahayakan kerana di dalam keadaan masyarakat akhir-akhir yang mudah tersentuh dengan isu kaum dan agama, apa sahaja isu mampu menyemarakkan api perkauman.

Ditambah pula dengan budaya samseng, ianya hanya akan membawa kepada keburukan yang tidak terkawal. Keganasan dan provokasi secara fizikal dan melalui media social tidak akan menyelesaikan masalah malah hanya membawa kepada lebih banyak masalah. Insiden di Plaza Low Yat ini harus dijadikan iktibar.

Anak muda diseru supaya mengawal diri dan emosi. Segala masalah dan pertelingkahan harus diselesaikan secara rasional tanpa perlu beraksi ganas, merosakkan harta benda dan meninggikan suara.

Anak muda sebulat suara harus menolak budaya samseng yang langsung tidak membawa keuntungan dan fokus kepada budaya hujah dan diskusi, berfikiran-sivik dan toleransi.

Memandangkan 70% peratus dari populasi Malaysia terdiri daripada anak muda berusia bawah 40 tahun, anak muda di tahap yang terbaik untuk mengetuai misi memupuk keamanan, penerimaan dan keterbukaan, bukannya menyimbah minyak ke dalam api. Keluar dari perangkap perkauman.

Saya menyeru supaya anak muda juga tidak terperangkap di dalam isu perkauman dan mengulang sejarah hitam.

Kita perlu membawa fokus kembali kepada isu besar yang benar-benar memudaratkan seluruh rakyat Malaysia seperti yang dilaporkan di media baru-baru ini dan bukannya bergaduh sesama sendiri.

A nak muda perlu menyumbang kepada keutuhan pembangunan negara bangsa dan menolak apa-apa sahaja provokasi untuk memulakan isu perkauman.

Segala tenaga ini patut disalurkan kepada mengutuhkan semangat patirotisme dan kenegaraan. Saya menyeru supaya semua anak muda Malaysia mengetuai misi untuk menyemai semangat cintakan negara secara aman untuk Malaysia milik kita bersama. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. 



Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI SEMUA SAHABAKU !!

Posted: 13 Jul 2015 04:15 PM PDT

"SAY NO TO RACISM !!

Posted: 13 Jul 2015 09:33 AM PDT

Ali Mech's photo.

Zaman sekarang bukan lagi zaman perkauman... gunakan akal fikiran yg waras dlm membuat sesuatu tindakan...kaum melayu,cina,india dn berbagai2 bangsa sudah boleh hidup dlm suatu keluarga besar...mengapa sifat2 spt ini mau dimainkan.......maaf kami benci pada perkauman....
 

VIDEO - Macam Mana Tiba Tiba KPN Ada Telor Pulak !!

Posted: 13 Jul 2015 09:37 AM PDT

Kecoh Di Low Yat - IGP Arah Polis Tangkap Papagomo





Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang melawat Plaza Low Yat yang dicemari rusuhan dan keganasan di pusat membeli belah itu pada Sabtu dan Ahad.lalu mengesahkan bahawa kejadian itu berpunca daripada kes curi.

Katanya, rakan tertuduh yang ditangkap itu kemudiannya mengambil kesempatan dengan membuat kecoh dan ada pihak pula mengembar-gemburkan laporan bahawa kaum tertentu menindas dan menipu kaum yang lain sehingga mencetuskan rasa tidak puashati. Sehubungan itu, Khalid yang menamakan bloger Papagomo ditangkap.



Berita palsu: Polis buru PapaGomo

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa beliau mengarahkan penulis blog Wan Mohd Azri Wan Deris diberkas kerana membuat berita palsu berhubung pergaduhan di Plaza Low Yat.

Wan Mohd Azri adalah penulis blog yang menggunakan nama Papa Gomo di papagomo.com dan di laman sosial.



"Mereka (pengguna media sosial) membuat berita palsu dan salah seorang daripadanya adalah Papa Gomo.

"Saya sudah mengarahkan agar orang-orang ini ditangkap," kata Khalid yang berharap Wan Mohd Azri akan tampil menyerahkan diri.

Khalid juga menjelaskan individu yang mencetuskan pergaduhan tersebut sememangnya mencuri satu telefon bimbit daripada salah sebuah kedai di plaza tersebut.

- mkini



KPN JANGAN BERPURA PURA, Anak Haramjadah Papagomo ni hidupnya hanya berpandukan dengan fitnah sana sini, untuk menyara kehidupan bersama anak2 nya. Saman Fitnah RM500 ribu terhadap DS Anwar pun masih belum dilangsaikan nya. Kenapa dia masih bermaharajalela dan tidak pernah dilokap - 
Ada kah MEMFITNAH Musuh Politik UMNO dapat perlindungan KHAS ? YDP Agong buat apa? Mufti Mufti seluruh negara kenapa diam MEMBISU ?




Kumpulan progresif Pas lancar Gerakan Harapan Baru Adam Abu Bakar

Posted: 13 Jul 2015 02:00 AM PDT

 
Gerakan-Harapan_600

GHB membawa Islam yang sebenar-benarnya iaitu "rahmat untuk semua" dalam memberi pembelaan dan keadilan buat seluruh rakyat Malaysia. 

KUALA LUMPUR: Kumpulan progresif dalam Pas yang kalah teruk dalam pemilihan baru-baru ini melancarkan Gerakan Harapan Baru (GHB) sebagai wadah dan entiti bagi menggerakkan semula kerja sama politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat.

Pengerusi GHB, Mohamad Sabu menyatakan GHB akan mendukung Islam yang syumul dengan pendekatan inklusif, progresif dan peduli rakyat.

Bahkan, GHB juga komited untuk membawa Islam yang sebenar-benarnya iaitu "rahmat untuk semua" dalam memberi pembelaan dan keadilan buat seluruh rakyat Malaysia.

"GHB masih lagi dalam peringkat 'pro-term'. Sedang diusahakan di peringkat Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan di peringkat GHB kita masih lagu berbincang," katanya dalam sidang media di Vistana Hotel pada Isnin.

Mohamad turut menegaskan, barisan kepemimpinan GHB masih lagi ahli Pas.

"Kita masih lagi ahli Pas, selagi parti baru belum ditubuhkan, kita tetap menjadi ahli Pas. Takkan kita nak keluar rumah, sedangkan rumah masih belum siap, nanti kena hujan," katanya.

Pada masa sama, Mohamad Sabu atau Mat Sabu menafikan bahawa penubuhan GHB adalah disebabkan kecewa dengan kekalahan pemimpin golongan progresif di dalam Pas.

"Kita tidak kecewa dengan kekalahan hari tu, sudah biasa hadapi kekalahan, tetapi kita kecewa dengan UMNO dan BN," katanya.

Selain, GHB juga akan terus meletakkan pelaksanaan hukum hudud sebagai satu asas perjuangan.
"Hudud adalah sebahagian dalam syariat Islam. Kita perjuangkan ia dalam Parlimen dan perbincangan . Sebab kami tidak boleh pisahkan ia, itu terkandung dalam ajaran Islam," tegasnya.

Turut hadir dalam sidang media itu juga adalah bekas Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, dan Ahmad Awang, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Dr Hatta Ramli, Hanipa Maidin, Dr.Dzulkefli Ahmad, Tan Sri Muhamad Muhamad Taib.

Kata Mad Sabu lagi, GHB juga bersedia untuk bekerjasama dengan semua parti politik, dan juga mana-mana NGO agar UMNO/BN dapat ditumbangkan.

"Kami sedar dengan suasana politik Malaysia. Kalau nak memerintah, mesti ada kerja sama dengan semua," ujarnya.

Mualaf ugut adu kepada Sultan Selangor Khairil Ashraf

Posted: 13 Jul 2015 01:15 AM PDT

  Mereka mendakwa pegawai MAIS di Pejabat Agama Islam Daerah Klang tidak melaksanakan tugas dan tanggung jawab dengan baik.

mais-mualaf

KLANG : Persatuan Kebajikan Mualaf Selangor mendakwa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengabaikan saudara baru atau mualaf di negeri berkenaan.

Presidennya, Mikhael Iskhandar berkata, pegawai-pegawai MAIS di Pejabat Agama Islam Daerah Klang tidak melayan mualaf dengan sewajarnya dan terdapat pelbagai karenah birokrasi apabila berurusan.

Mikhael berkata, telah banyak aduan yang diajukan oleh pihaknya mengenai perkara berkenaan seperti menghantar surat rasmi kepada pihak atasan tetapi sehingga kini tidak ada maklum balas yang diberikan oleh MAIS.

Beliau yang mewakili 500 orang mualaf di Selangor berkata, antara masalah-masalah yang dihadapi oleh mualaf adalah mereka tidak dibenarkan untuk bertanya soalan mengenai Islam dengan lebih lanjut dalam kursus yang dianjurkan.

"Ustaz akan memberi respon yang negatif seolah-olah agama Islam tidak boleh disoal dan ini menyebabkan mualaf lebih runsing dan pening mengenai pemahaman terhadap Islam.

"Adakah mualaf tidak berhak mengetahui dengan lebih mendalam mengenai Islam? Kenapa harus pengajaran Islam dilengahkan," katanya yang memeluk Islam sejak Januari lalu.
 
Dia berkata, apabila berurusan dengan pegawai MAIS, banyak persoalan yang diajukan oleh mualaf akan ditolak ketepi dan ini membuatkan mereka terpaksa menunggu untuk berjumpa pegawai lain.

"Selain itu, cara pegawai MAIS juga adalah biadap dan tidak bersopan santun dalam menjalani tugas semasa menjawab soalan dari mualaf," katanya.

Dia berkata, jika pendedahan itu tidak diambil tindakan oleh MAIS, mereka tidak akan teragak-agak untuk mengumpulkan kira-kira 500 orang mualaf di Selangor untuk menghantar memorandum kepada Sultan Selangor untuk mendapat perhatian Baginda.

Mualaf ugut adu kepada Sultan Selangor Khairil Ashraf

Posted: 13 Jul 2015 12:30 AM PDT

 
mais-mualaf

Mereka mendakwa pegawai MAIS di Pejabat Agama Islam Daerah Klang tidak melaksanakan tugas dan tanggung jawab dengan baik.

KLANG : Persatuan Kebajikan Mualaf Selangor mendakwa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengabaikan saudara baru atau mualaf di negeri berkenaan.

Presidennya, Mikhael Iskhandar berkata, pegawai-pegawai MAIS di Pejabat Agama Islam Daerah Klang tidak melayan mualaf dengan sewajarnya dan terdapat pelbagai karenah birokrasi apabila berurusan.

Mikhael berkata, telah banyak aduan yang diajukan oleh pihaknya mengenai perkara berkenaan seperti menghantar surat rasmi kepada pihak atasan tetapi sehingga kini tidak ada maklum balas yang diberikan oleh MAIS.

Beliau yang mewakili 500 orang mualaf di Selangor berkata, antara masalah-masalah yang dihadapi oleh mualaf adalah mereka tidak dibenarkan untuk bertanya soalan mengenai Islam dengan lebih lanjut dalam kursus yang dianjurkan.

"Ustaz akan memberi respon yang negatif seolah-olah agama Islam tidak boleh disoal dan ini menyebabkan mualaf lebih runsing dan pening mengenai pemahaman terhadap Islam.

"Adakah mualaf tidak berhak mengetahui dengan lebih mendalam mengenai Islam? Kenapa harus pengajaran Islam dilengahkan," katanya yang memeluk Islam sejak Januari lalu.

Dia berkata, apabila berurusan dengan pegawai MAIS, banyak persoalan yang diajukan oleh mualaf akan ditolak ketepi dan ini membuatkan mereka terpaksa menunggu untuk berjumpa pegawai lain.

"Selain itu, cara pegawai MAIS juga adalah biadap dan tidak bersopan santun dalam menjalani tugas semasa menjawab soalan dari mualaf," katanya.

Dia berkata, jika pendedahan itu tidak diambil tindakan oleh MAIS, mereka tidak akan teragak-agak untuk mengumpulkan kira-kira 500 orang mualaf di Selangor untuk menghantar memorandum kepada Sultan Selangor untuk mendapat perhatian Baginda.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


PELANCARAN GHB...GERAKAN HARAPAN BARU-GAMBAR DAN VIDEO

Posted: 13 Jul 2015 05:55 AM PDT

 

 

 

  OLEH: GREENBOC

[GAMBAR & VIDEO] Sidang Media Pelancaran Gerakan Harapan Baru

G18 isytihar akan tubuh parti Islam baru

Kumpulan profesional yang kalah dalam pemilihan PAS bulan lepas mengumumkan penubuhan sebuah kumpulan dinamakan "Gerakan Harapan Baru" untuk mengasaskan penubuhan satu parti politik baru berteraskan Islam.

Penubuhan Gerakan Harapan Baru ini turut bertujuan untuk memperjuang usaha penubuhan gabungan pembangkang "Pakatan Rakyat 2.0".

"Gerakan Harapan Baru atau singkatannya Harapan Baru bertujuan menggerakkan semula kerjasama parti-parti politik, NGO dan rakyat.

"Harapan Baru akan mendukung Islam yang syumul dengan pendekatan yang inklusif, progresif dan peduli kepada rakyat.

"Kami komited untuk membawa tawaran Islam yang sebenar-benarnya Rahmat untuk Semua"
dalam memberi pembelaan dan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Kami mendokong nilai-nilai demokratik dalam sebuah negara demokrasi yang subur dan berfungsi serta menghormati kedudukan semua kaum, agama dan budaya," kata Mat Sabu, pengerusi Gerakan Harapan Baru dalam satu sidang media hari ini.

Antara mereka yang menghadiri sidang media hari ini termasuklah bekas naib presiden PAS Ahmad Awang, bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib dan bekas ketua pemuda PAS Suhaizan Kait.

Selain itu, dua anak bekas presiden turut terlibat dalam gerakan itu, iaitu Faiz Fadzil,anak Datuk Fadzil Noor dan Mujahid Yusof, anak Datuk Dr Yusof Rawa.

Turut hadir timbalan ketua muslimat PAS Siti Mariah Mahmud, bekas naib presiden, Salahuddin Ayub dan bekas anggota jawatankuasa pusat Dzulkefly Ahmad dan Khalid Samad.

Mereka semua akan turut bertindak sebagai penaja parti baru itu. -mk



KENYATAAN AKHBAR SEMPENA PELANCARAN GERAKAN HARAPAN BARU (HARAPAN BARU)

Tarikh : 13 Julai 2015
Tempat : Hotel Vistana, Kuala Lumpur

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

1. Perkembangan mutakhir negara sangat meresahkan. Kenaikan harga barang akibat cukai GST serta kejatuhan nilai ringgit terus menekan dan menghimpit kehidupan rakyat. Pada masa yang sama kedudukan ekonomi dunia yang tidak menentu, ketepuan daya-saing negara serta ramalan harga minyak mentah yang terus menjunam bakal mengancam penarafan negara sekaligus menjadikan Malaysia tidak berdaya-saing sebagai destinasi pelaburan. Skandal penyelewengan urusniaga serta hutang 1-MDB dan terkini pembabitan Perdana Menteri dengan 'embezzlement' atau 'salahguna dana awam' berbilion ringgit meletakkan Malaysia menghampiri kedudukan liga "Negara Gagal" atau 'A Failed State'.

2. UMNO dan Barisan Nasional sudah tidak lagi berupaya memimpin dan menjamin kesejahteraan rakyat dalam negara ini. Gelombang kebangkitan rakyat menuntut perubahan semakin memuncak. Tuntutan perubahan ini merentasi semua kaum, jantina, bandar dan luar bandar, golongan miskin dan sederhana, muda dan tua, yang berkerja mahu pun mahasiswa. Anak-anak muda semakin lantang dan menonjol lantas bangkit mewakili suara hati-nurani rakyat. Negara sangat mendambakan perubahan untuk mempastikan masa depan rakyat yang lebih terjamin, makmur, sejahtera dan aman.

3. Kehadiran Pakatan Rakyat sejak dua penggal parlimen yang lalu telah merubah suasana politik tanahair. Pakatan Rakyat telah menampilkan suasana perimbangan kuasa dan prinsip semak-imbang yang berkesan dalam tata-order politik negara. Sekaligus saingan Pakatan Rakyat telah menamatkan monopoli kuasa hegemoni Umno-BN serta mengembalikan keadilan dan membela rakyat. Ini menyelamatkan negara dari segala kerosakan, kebobrokan dan penyelewengan amanah penguasa politik Barisan Nasional.

4. Kini Pakatan Rakyat tidak lagi dapat berfungsi seperti dahulu. Sangat malang bahawa dalam susunan kini, hanya kerjasama longgar dalam pentadbiran negeri Selangor dan Pulau Pinang dapat dilakukan. Kedudukan ini telah menjejaskan agenda memimpin gerakan kebangkitan rakyat untuk terus melakarkan perubahan besar dalam negara.

5. Hari ini, kami ingin mengumumkan penubuhan satu entiti dan wadah yang kami namakan sebagai Gerakan Harapan Baru atau singkatannya HARAPAN BARU yang bertujuan untuk menggerakkan semula kerjasama parti-parti politik, NGO dan rakyat. HARAPAN BARU akan mengasaskan satu penubuhan parti politik baru yang berteraskan Islam bagi mencapai matlamat tersebut.

6. HARAPAN BARU akan mendukungi Islam yang syumul dengan pendekatan yang Inklusif, progresif dan peduli kepada rakyat. Kami komited untuk membawa tawaran Islam yang sebenar-benarnya "Rahmat untuk Semua" dalam memberi pembelaan dan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia. Kami mendokong nilai-nilai demokratik (musyawwarah-rundingan) dalam sebuah negara demokrasi yang subur dan berfungsi serta menghormati kedudukan semua kaum, agama dan budaya, dalam sebuah politik yang mengiktiraf kewujudan kemajmukan dan kepelbagaian (Politik Li Ta'arafu) dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.

7. Politik Islam yang kami bawa akan memberi penekanan dalam soal akhlak, moraliti dan amanah dalam tadbir-urus pemerintahan serta interaksi dengan semua pihak. Disamping menekankan pegangan akidah yang teguh, kami juga mendukungi keluasan syariat Islam dan Maqasid Syariah(Tujuan-Matlamat Syariat Islam). Islam yang diperjuangkan bukannya di dalam bentuk slogan, emosi dan sentimen tetapi sebagai satu tawaran "Rahmat dan Keadilan" yang memberi kesejahteraan untuk rakyat dan menjamin kemakmuran negara.

8. HARAPAN BARU akan tampil bertemu rakyat dari Perlis hingga ke Sabah bermula pada akhir bulan Julai hingga akhir Ogos untuk berinteraksi dengan rakyat dan menjelaskan tawaran yang disediakan. Kami mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama dengan gerakan ini bagi pembentukan semula kerjasama dan muafakat politik sebagai penerusan legasi perjuangan pemimpin terdahulu seperti Al-Marhum Tuan Guru Yusof Rawa, Al-Marhum Ust Fadhil Mohd Noor dan Al-Marhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menjayakan usaha penubuhan Pakatan Rakyat 2.0.

Sekian. Wassalam.

Mohamad Bin Sabu

Pengerusi
GERAKAN HARAPAN BARU