Ahad, 12 Julai 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


AL FATIHAH : Pelakon 'Lawrence of Arabia', Omar Shariff meninggal dunia

Posted: 12 Jul 2015 11:45 PM PDT

 

LONDON: Pelakon Omar Shariff, yang dikenali ramai melalui filem klasik seperti Lawrence of Arabia dan Doctor Zhivago meninggal dunia pada usia 83 tahun.

Omar, dilahirkan di Mesir pada tahun 1932, memenangi dua anugerah Golden Globe dan pernah dicalonkan dalam anugerah Oscar bagi wataknya sebagai Sherif Ali dalam filem arahan David Lean, Lawrence of Arabia pada tahun 1962.

Beliau memenangi satu lagi anugerah Golden Globe tiga tahun kemudian memainkan watak sebagai Yuri Zhivago dalam Doctor Zhivago.

Awal tahun ini, Omar disahkan menghidap penyakit Alzheimer.

Ejennya, Steve Kenis berkata, "Omar diserang penyakit jantung petang tadi (10 Jul) di sebuah hospital di Kaherah."

Menurut laman IMDB, Omar pernah berlakon dalam 118 watak kecil dan besar secara keseluruhannya.

Filem terakhir lakonnanya "1001 Inventions and the World of Ibn Al-Haytham" bakal ditayangkan tidak lama lagi.


- Agensiberita/ag

BERAPA HARTA NAJIB

Posted: 12 Jul 2015 11:00 PM PDT



FACE BOOK


PM ikrar tak kecewakan rakyat, terus tadbir k'jaan



Macam mana PM boleh ikrar tak kecewakan rakyat, sedangkan rakyat sampai hari ini menanti pengisytiharan harta PM dan Isterinya...


KAH KAH KAH
gwa kah kah
tergolek dog
kah kah kah


--------------

Insiden Low Yat simptom barah kronik, peniaga menipu, dilindungi rasuah dan samseng

Posted: 12 Jul 2015 10:15 PM PDT




BANGI, Isnin – Insiden yang berlaku di Plaza Low Yat pada hari Sabtu bersambung pada Ahad malam apabila ratusan pemuda Melayu dilaporkan berkumpul di luar bangunan itu sebagai sokongan kepada pembeli yang ditipu oleh peniaga Cina.

Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam sederhana, Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman berkata, kejadian ini hanya satu simptom kepada penyakit barah yang kronik iaitu perniagaan yang dijayakan dengan menipu, dilindungi rasuah dan samseng.

Katanya dalam satu kenyataan, anak Melayu terlibat tidak akan bertindak 'melepaskan geram' sedemikian sekiranya kita mempunyai pihak penguatkuasa yang berwibawa.

"Sudah jadi rahsia umum, peniaga cauvinis diaspora tidak berani diusik penguatkuasa, walau sekadar penjaja jalanan," katanya mengulas ratusan pemuda yang berkumpul malam tadi di Plaza Low Yat sebagai tanda protes terhadap peniaga berbangsa Cina yang menipu pembeli.

Kejadian pada hari Sabtu itu berpunca daripada sikap penipu peniaga telefon bimbit jenama Oppo berbangsa Cina, yang memberikan telefon 'klon' kepada seorang pelanggannya berbangsa Melayu, yang dikatakan berasal dari Kampung Baru Kuala Lumpur.

Setelah diperiksa, telefon baru itu bukan telefon 'original', lalu pembeli itu kembali ke premis untuk menuntut haknya setelah ditipu. Si pembeli kemudian mengambil telefon 'original' namun dituduh sebagai pencuri sehingga ditangkap oleh pihak polis.

Pelanggan itu bagaimanapun dilepaskan kerana didapati tidak bersalah mencuri.

Pada Sabtu malam, tujuh pemuda Melayu 'menyerang' premis kedai telefon bimbit itu dan pihak polis berkata, pemuda-pemuda Melayu itu akan disiasat atas kesalahan 'merusuh', sedangkan mereka berbuat demikian sebagai 'tunjuk ajar' kepada peniaga Cina yang menipu dan menganiaya pelanggan.

Tambah Ustaz Hazizi, pihak cauvinis diaspora telah melakukan pelbagai kesalahan dan provokasi terhadap Islam, Melayu dan Perlembagaan, tetapi mereka tidak diambil tindakan dan seolah-olah kebal di sisi undang-undang.

"Cauvinis diaspora inilah saban hari membuat provokasi; memperlekeh ajaran agama Islam, mempersenda budaya orang Melayu, mempersoal kedudukan Islam, Melayu dan institusi Raja dalam kenegaraan Malaysia, menghasut orang Melayu agar membenci mufti dan ulamak, dan sebagainya.

"Mereka juga terkenal mengotorkan dinding-dinding awam, papan-papan tanda, pintu-pintu premis perniagaan dengan iklan pinjaman "Along", menggoda orang Melayu yang suka berhutang atau yang terdesak.

"Tetapi semua perangai jelik itu dan banyak lagi, tiada tindakan diambil oleh pihak penguatkuasa. Mereka seolah-olah kebal di sisi undang-undang.

"Hakikatnya mereka dilindungi oleh pengkhianat bangsa Melayu sendiri, yang menjual maruah bangsa untuk mendapatkan sedikit laba di dunia.

"Oleh itu tidak pelik jika rakyat mengambil tindakan sendiri," katanya.

Mengulas tindakan pemuda-pemuda Melayu yang menyerang premis telefon itu, Ustaz Hazizi berkata ia adalah tindak balas perasaan marah.

"Perbuatan memaki dan menghamun, hatta perbuatan 'melanggar' kedai Cina itu pun, tidak lain hanya tindak balas perasaan marah. Melayu memang terkenal dengan amuk. Tetapi marah orang Melayu ini, senang dipujuk. 


Lambat panas, cepat sejuk. Itulah masalahnya," katanya lagi.

Jangan Terpesong Daripada Penyiasatan 1MDB A Kadir Jasin

Posted: 12 Jul 2015 09:30 PM PDT

Redzuan Hjdwen's photo.
  KITA, rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu, nampaknya sangat mudah dipesongkan dan sangat cepat lupa.

[PERINGATAN: Komen guna "Anonymous" tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Kerana asyik bercakap mengenai akaun bank AS$700 juta (RM2.6 bilion) milik Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak, kita seolah-olah lupa isu sebenar, iaitu penyiasatan ke atas 1MDB.

Kita kena terus tumpu perhatian kepada 1MDB kerana inilah punca masalah dan dari sinilah bermulanya jejak wang (money trail) yang berpuluh-puluh bilion itu.

Alhamdulillah, nampaknya sejak seminggu dua ini selera dan modus operandi badan-badan penyiasat telah berubah. Daripada mata kasar, nampak mereka lebih serius, bebas, terbuka dan telus menyiasat hal-hal berkaitan 1MDB, termasuk akaun Perdana Menteri (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak di AmBank Islamic.

Sampai saat ini pun Mohd Najib tidak menafikan yang akaun itu pernah wujud. Ia dibuka sebelum pilihan raya umum (PRU) 2013 dan ditutup beberapa bulan selepas itu. Beliau hanya berkata, beliau tidak menggunakan tabung negara untuk kepentingan diri beliau sendiri.

Penubuhan Pasukan Petugas mengandungi Pejabat Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan Bank Negara Malaysia menambahkan keyakinan bahawa penyiasatan pada peringkat ini adalah lebih bebas, berani dan telus.

Alhamdulillah, Peguam Negara (Tan Sri) Abdul Gani Patail, nampaknya lebih gigih dan berani menyiasat. Namun kita belum boleh lagi mencurahkan air di tempayan kerana mendengar dentuman guruh di langit. Macam orang putih kata, "anything can happen" (apa saja boleh berlaku.)

Pasukan Petugas perlu membongkar dan memperjelaskan modus operandi 1MDB, khususnya yang berkaitan dengan pinjaman-pergi-balik melibatkan PetroSaudi dan pembelian penjana elektrik bebas (IPP) kerana disyaki berlaku penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, bayaran bawah kaunter dan rasuah.

Tidak dapat dinafikan lagi iaitu 1MDB membayar harga yang sangat tinggi bagi membeli IPP tua yang hampir tamat tempoh konsesinya. Kalau konsesi mereka tidak disambung, IPP berkenaan akan menjadi harta TNB dengan bayaran RM100 sahaja.

Rakyat jelata tentu ingin tahu bagaimana sebuah syarikat Kementerian Kewangan yang menterinya Mohd Najib sendiri boleh berhutang hingga RM42 bilion dengan modal berbayar hanya RM1 juta tanpa Kabinet mengetahuinya.

Apa yang strategik mengenai perniagaan hartanah dan utiliti (elektrik dan air) sedangkan kita sudah pun ada banyak syarikat dan agensi kerajaan yang berpuluh-puluh tahun menjalankan perniagaan seperti itu - Sime Darby dan UEM dalam hartanah dan TNB dalam bidang tenaga?

Yang nampak strategik dalam erti kata yang mencurigakan ialah kerajaan menjual tanah milik negara kepada 1MDB dengan harga sampah - orang putih kata "dirt cheap" - (sekitar RM60 sekaki persegi) dan menjualnya 40 hingga 50 kali lebih tinggi. Tabung Haji, misalnya, membeli dengan harga RM2,700 sekali persegi. Kalau setakat jual-beli tanah itu bukan strategik namanya.

Ancaman Terhadap Kedaulatan Negara

Kita juga hendak tahu apakah potensi ancaman terhadap kedaulatan negara apabila 1MDB berhutang berbilion-bilion ringgit daripada pihak asing seperti International Petroleum Investment Company (IPIC), PetroSaudi dan Aabar?

Apakah yang dicagarkan kepada IPIC sehingga mereka sanggup meminjamkan AS$1 bilion (RM2.7 bilion) kepada 1MDB Mei lalu?

Kita hendak tahu apakah ancaman terhadap kedaulatan negara kita apabila Singapura tahu rahsia usus niaga 1MDB di republik itu.   

Pihak Berkuasa Mata Wang Singapura (MAS) tahu apa sebenarnya berlaku dengan duit 1MDB di Singapura yang pada mulanya tunai, kemudian jadi sijil harta dan lepas itu "unit".

Kalau penyiasatan MAS tidak menemui apa-apa yang buruk tentulah Bank Negara dan media arus perdana telah mencanangkannya. Sebaliknya apabila MAS menyerahkan laporan siasatannya kepada Bank Negara, Gabenor (Tan Sri) Zeti Akhtar Aziz berkata ia adalah rahsia.

Kita takut maklumat yang ditemui oleh MAS dan pihak-pihak luar yang lain digunakan sebagai "leverage" untuk memeras ugut pemimpin kita.

Kita mahu tahu Pasukan Petugas memberi pencerahan kepada kita mengenai peranan Jho Low yang terbukti sangat akrab dengan Mohd Najib, keluarganya serta ramai lagi pembesar dan pegawai tinggi Kerajaan Malaysia.

Apakah keistimewaan "dealmaker" kelahiran Pulau Pinang ini sehingga beliau begitu bebas dan terlindung?

Jhlo Low (kiri sekali) bersama Najib dan keluarga

Kita hairan mengapa orang ini bukan sahaja sangat berkuasa dan berpengaruh malah seolah-olah tidak boleh disentuh oleh undang-undang negara sedangkan beliau adalah warganegara. Apa rahsia yang dipegangnya? 


Alhamdulillah Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akhirnya membuat kenyataan umum bahawa ia akan memanggil Jho Low untuk memberi keterangan dalam siasatannya mengenai 1MDB.


Sekiranya Jho Low enggan bekerjasama, PAC wajib membuat laporan polis terhadap beliau supaya dengan itu PDRM boleh meminta bantuan Polis Antarabangsa, Interpol untuk mengesan beliau.

Kalau beliau tidak bersalah atau tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan, beliau tentu berani kembali ke tanah air sendiri untuk menghadapi PAC dan membersihkan namanya.

Kesan Jangkitan 1MDB

Masalahnya, 1MDB hanyalah salah satu daripada banyak isu yang menyebabkan politik dan ekonomi kita dalam keadaan kacau-bilau dan amat membimbangkan.

Ada banyak lagi isu yang menyebabkan ekonomi kita tertekan dan kita mengalami defisit keyakinan (confidence deficit) yang teruk.

Kita belum lagi mendedahkan secara terperinci apa yang telah dan sedang berlaku dalam syarikat dan agensi terpilih seperti Tabung Haji, Felda, Felda Global Ventures (FGV), SRC International Sdn Bhd, 
Pembinaan PFI Sdn Bhd dan tabung-tabung pelaburan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP).

Yang kita tahu dan sudah pun didedahkan adalah tabung-tabung pelaburan ini, termasuk Tabung Haji, telah pun memberi hutang berbilion ringgit kepada 1MDB dengan membeli bon-bon serta tanah miliknya.

Pencarum Tabung Haji, khususnya dan umat Islam amnya, tentu ingin tahu mengapa tanah TRX dijual pada harga yang sangat tinggi kepada Tabung Haji sedangkan Tabung Haji telah pun memberi pinjaman RM920 juta kepada 1MDB dengan membeli bon-bonnya.

Tapak TRX: Beli murah daripada kerajaan dan jual mahal

Kalau kerajaan hendak berjasa kepada Tabung Haji dan umat Islam mengapa tidak dijual saja tanah itu terus kepada Tabung Haji atau pada harga diskaun daripada 1MDB? 


Kerana 1MDB, Tabung Haji terpaksa berbohong dan membuat tipu helah. Pengerusi Tabung Haji, (Datuk Panglima) Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pada 26 Mei, banyak pihak berminat membeli tanah Tabung Haji di TRX dengan keuntungan sekurang-kurangnya RM5 juta, tapi sampai hari ini pun belum ada khabar berita yang tanah itu sudah dijual.


Keadaan juga tenat di FGV yang merupakan periuk nasi peneroka Felda dan keturunan mereka. FGV diuar-uarkan sebagai penanda aras IPO apabila sahamnya dijual kepada orang ramai sebelum PRU 2013.

Redzuan Hjdwen's photo.
Sekarang, selain menderita keruntuhan harga minyak kelapa sawit dan getah, FGV juga mengalami persepsi pasaran yang negatif akibat urus niaganya.

Harga sahamnya di Bursa Malaysia merudum daripada harga IPO RM4.55 kepada RM1.65 pada 10 Julai. Ini bermakna pelabur, termasuk Koperasi Permodalan Felda yang mewakili peneroka Felda telah rugi lebih 60 peratus.

Orang kepercayaan Mohd Najib di Felda, FGV

Baru- baru ini FGV mengumumkan pembelian ladang Eagle High Plantation milik orang kaya Indonesia (Tan Sri Kehormat) Peter Sandokh yang dianggap terlalu mahal oleh pelabur dan penganalisis pasaran. Sandokh adalah sahabat akrab Mohd Najib.


Sekarang FGV terpaksa menjual aset-asetnya di Amerika dan Kanada untuk menampung kos pelaburan itu serta memperbaiki kedudukan kewangannya yang goyah. Keuntungan tahun 2014 jatuh kepada RM20.21 juta berbanding RM982.2 juta tahun 2013.

Masalahnya bukan 1MDB sahaja berniaga dengan berhutang, tetapi beberapa buah syarikat Kementerian Kewangan yang lain pun melakukan hal serupa, misalnya Pembinaan PFI Sdn Bhd yang berhutang lebih RM25 bilion dengan KWSP sementara SRC International berhutang RM4 bilion dengan KWAP.

Jadi sebenarnya kalau kita faham ekonomi, perniagaan dan kewangan kita akan berasa sangat bimbang dengan apa yang sedang berlaku sekarang.

Nampaknya bukan sahaja rakyat jelata hidup dengan berhutang, tapi kerajaan dan syarikat-syarikatnya pun berhutang dalam jumlah yang sangat besar.

Hari ini hutang kerajaan sudah pun mencecah tahap maksimum, iaitu 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sebab itulah apabila syarikat penarafan antarabangsa Fitch menaikkan taraf hutang Kerajaan Malaysia daripada negatif kepada stabil, para pelabur tidak yakin.

Kesimpulannya, kita wajib kembali menumpukan perhatian kepada penyiasatan ke atas 1MDB kerana dari situlah bermulanya jejak wang (money trail), nawaitu yang songsang, kemungkinan pecah amanah, penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah. Malah ada orang kata, penderhakaan kepada negara (treason).


Wallahuaklam.

Kalau Sudah Disahkan Betul - Bila Lagi Nak Tangkap Dan Siasat ??

Posted: 12 Jul 2015 08:53 PM PDT

Nazri Akui Wang Dan Akaun Bank Rosmah Adalah Sah





Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mempertahankan RM2 juta yang dilaporkan didepositkan ke dalam akaun bank Datin Seri Rosmah Mansor sebagai 'telus dan sah di segi undang-undang'.

Jumlah wang yang didepositkan itu mempunyai rekod bank berkomputer untuk semakan, dan oleh itu ia adalah telus, mengikut undang-undang dan bukan menyalahgunakan kuasa, kata Nazri.

Dalam respons kepada Sin Chew Daily di Kuala Kangsar semalam, Nazri berkata ia tidak sepatutnya memeranjatkan jika Rosmah, sebagai isteri perdana menteri, mempunyai RM2 juta dalam akaun bank beliau.

Sebaliknya, kata menteri itu, ia hanya memeranjatkan jika akaun itu hanya ada RM5,000.

Rosmah juga sering menyumbang kepada kumpulan yang kurang bernasib baik, atas nama isteri perdana menteri untuk membantu mereka yang memerlukan.

"Inilah ketelusan yang rakyat mahu," katanya sambil menambah beliau berharap rakyat tidak keliru apabila ada ketelusan dan fikir ia rasuah.

- mkini

NAJIB TIDAK UNDUR, SIAPA YANG PALING KECEWA? Artikel menarik utk kita fikirkan suarakami

Posted: 12 Jul 2015 08:15 PM PDT

 Betulkah penyokong Tun Mahathir paling kecewa jika Najib tidak berundur sebelum PRU14..

Saolannya kenapa perlu paling kecewa?
Memperjuangkan sesuatu tanpa kepentingan diri tentulah berbeza dengan berhempas pulas mempertahankan kuasa, pangkat dan jawatan.

Kalau dia seorang ahli umno dan sokong Tun Mahathir, dia kena akur kepada pendirian KBU yang dipilihnya.

Kalau dia bukan ahli umno, lebih sekadar penyokong atau pengundi atas pagar, sudah tentu dia sentiasa ada pilihan.

Kalau dia penyokong Tun Mahathir dan dalam masa yang sama menyokong pembangkang, kenapa perlu kecewa kerana jika Najib tidak berundur, potensi pembangkang tawan Putrajaya adalah 101%.

Semasa PRU13, di Pulau Pinang orang Melayu diingatkan jangan sokong pembangkang tetapi mereka tetap pilih.... Siapa yang paling kecewa sekarang.

Jika hari ini Tun Mahathir minta Najib berundur dan umno tetap mempertahankannya.. kita lihat nanti, selepas PRU14, siapa paling kecewa...

Jika Tun Mahathir salah, kita lega, walaupun kita menyokongnya.


Jika Tun Mahathir betul, kita lega kerana sudah menjalankan tanggungjawab..

Jadi, siapa yang paling kecewa (?)

Siapa agaknya dua Menteri yang bakal disingkirkan Najib lepas Aidilfitri ini?

Posted: 12 Jul 2015 07:30 PM PDT

 Dua Menteri Kabinet dijangka digugurkan menerusi rombakan kabinet yang diramal dilakukan selepas sambutan Aidilfitri.

Akhbar Mingguan Malaysia dalam ruangan Bisik-bisik Awang Selamat pada Ahad meramalkan, salah seorang Menteri yang digugurkan itu akan ditawarkan sebagai Pengerusi di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Akhbar itu turut meramalkan Menteri Pembangunan luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafiee Apdal akan bertukar portfolio.

Shafie, antara pemimpin UMNO yang dilihat tidak senada dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kontroversi 1MDB.

Malah, cakap-cakap politik mendakwa skandal pembelian hartanah Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Australia lebih mensasar untuk menjatuhkan reputasi Shafie sebagai Menteri yang bertanggungjawab.

Seorang lagi, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut dinamakan akan bertukar pottfolio.

"Jawatan Menteri Sumber Hijau dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel kemungkinan dikosongkan buat sementara sehingga pemilihan semula MIC September depan. Jika itu terjadi, seorang menteri lain akan memangku jawatan tersebut," tulis Awang Selamat.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad pula dikatakan akan dibawa masuk semula ke Kabinet dan bakal menjadi Menteri kanan.

"Najib tidak boleh ambil mudah. Maka beliau perlukan pasukan baharu yang bukan sahaja dinamik malah komited menyokongnya dalam saat-saat yang sukar dan ketika berdepan krisis.

"Ia juga mesej jelas kepada semua bahawa beliau mahu bangkit daripada dugaan politik yang dihadapi terutama berkaitan isu 1MDB. Malah kemungkinan Najib membuat perubahan drastik tidak boleh ditolak. 

Mana tahu ada kejutan lebih besar, kita tunggu," kata Awang Selamat lapor Free Malaysia Today.

Jalinkan Hubungan Tidak Rasmi, DAP Bukan Musuh Tegar. -Muslimat PAS S'ngor: Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 12 Jul 2015 07:00 PM PDT


Kerjasama tidak rasmi PAS dan DAP seperti sebelum 2008 perlu dijalinkan, kata Ketua Muslimat PAS Selangor Wan Hasrina Wan Hassan.

KL: Meskipun tahaluf siyasi antara PAS dan DAP kini terbatal,  Dewan Muslimat PAS Selangor menggesa kerjasama yang tidak rasmi seperti sebelum 2008 dijalinkan, memandangkan parti sekular itu bukannya "musuh tegar" parti Islam itu.

Ketuanya Wan Hasrina Wan Hassan berkata kerjasama antara mereka masih boleh dijalinkan dan ia sudah pasti akan melibatkan kebaikan bersama demi kepentingan rakyat dan negara.

Katanya, ini berdasarkan kepada mereka "memahami perbezaan pandangan dan sikap antara parti membolehkan mereka menjaga keharmonian politik dan kestabilan negara daripada ancaman musuh dan kuasa asing".

Hasrina juga mengharapkan tahaluf siasi antara PAS dan PKR, satu lagi rakan dalam Pakatan Rakyat (PR), dapat diperkemas memandangkan PRU ke-14 sudah semakin hampir.

Katanya, beliau berharap, kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar Mohamed Azmin Ali boleh menggunakan formula terbaik agar susunan sedia ada dapat dipertahankan demi mandat yang diberikan rakyat Selangor.




Sikap Wan Hasrina ini dilihat terkedepan dan selari dengan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad yang terdahulu hari ini berkata, pihaknya akan menunggu keputusan PAS Pusat selepas Majlis Syura Ulama membuat keputusan hubungan PAS dan DAP putus.

Sementara itu, di Perak, PAS kemungkinan akan bertanding semua 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu selepas ia memutuskan secara rasmi hubungan dengan DAP. Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria dalam satu postingnya di Facebook menulis: "Mungkin PAS Perak akan bertanding 59 kerusi DUN dalam PRU14. Meneruskan perjuangan Nabi."

Razman memuat naik status itu selepas Majlis Syura Ulama PAS mengeluarkan keputusan hubungan tahaluf siasi PAS dan DAP diputuskan secara rasmi. (IH)

Kerajaan Disaran Tutup Plaza Lowyat

Posted: 12 Jul 2015 06:30 PM PDT




Pihak berkuasa disaran untuk menutup sementara Plaza Low Yat sehingga siasatan insiden pergaduhan yang berlaku pada malam Sabtu berpunca akibat penipuan oleh peniaga di lokasi itu selesai.

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, isu penipuan serta paksaaan pembeli bukanlah perkara baru di Low Yat malah beberapa kawasan lain di sekitar ibu negara.

"Bukan sahaja di Low Yat malah di Jalan Petaling dan beberapa kawasan penjual yang diketahui dijaga kumpulan gangster. Jika ada pelanggan yang membatalkan hasrat untuk membeli, mereka akan diherdik. Ia sekali gus menimbulkan ketakutan kepada pembeli sendiri

"Banyak lagi contoh pembeli yang biadab. Cara mereka menjual juga seolah-olah seperti gangster, bagus juga ada kes sebegini, barulah semua orang buka mata. Biar masyarakat tahu ada situasi begini.

"Penyelesaiannya mudah, tutup sahaja Low Yat dahulu, selain memberi masa agensi berkenaan menyiasat peniaga terbabit, ia satu bentuk teladan tentang memberi kepentingan kepada pengguna di lokasi tumpuan seperi Low Yat ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Rani mengulas kejadian sekumpulan tujuh lelaki mengamuk di Plaza Low Yat pada Sabtu selepas seorang rakan mereka dituduh mencuri sebuah telefon bimbit.

Dalam kejadian yang berlaku jam 7.50 malam itu, beberapa pekerja kedai telefon di plaza berkenaan dibelasah oleh kumpulan tersebut. Mereka turut merosakkan peralatan dan barangan di dalam kedai.

Dipercayai lelaki terbabit sebelum itu ditahan oleh pengawal keselamatan plaza terbabit sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Tindakan itu bagaimanapun membangkitkan kemarahan rakan-rakannya menyebabkan mereka mengambil tindakan menyerang kedai telefon bimbit terbabit bersama pembantu jualan yang ada.

Walaupun dikatakan timbul isi rasis dalam insiden ini, Abdul Rani menjelaskan, pihak berkenaan tidak harus diberi muka untuk mengelakkan perkara seumpama itu berulang.

"Kami akan membuat laporan polis esok. Ia merupakan isu gangster dan harus diberi perhatian sewajarnya.

"Saya mahu tekankan, paling penting mana-mana lokasi termasuk Low Yat ini harus segera ditutup jika insiden seumpama ini berlaku," jelasnya.

Pada pagi Ahad, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur, Muez Abdul Aziz berkata pihaknya akanmemulakan siasatan berhubung insiden pergaduhan di Low Yat tersebut.

Bagaimanapun pihaknya masih menunggu laporan rasmi daripada suspek yang kini ditahan polis.


JOM KITA BOIKOT LOW YATT - PASTIKAN LOW YAT TUTUP !

Posted: 12 Jul 2015 06:00 PM PDT




Polis tutup laluan ke Plaza Low Yat, 4 individu ditahan




KUALA LUMPUR: Pihak polis telah menahan empat individu kerana kesalahan mencuri dan merusuh berhubung insiden pergaduhan di Plaza Low Yat pada Sabtu.

Setakat ini, polis telah membuka dua kertas siasatan melibatkan Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan merusuh dan mencuri, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa.

"Kami memberi jaminan akan menjalankan siasatan dengan telus dan adil melibatkan kedua-dua pihak.

"Beri masa polis melengkapkan siasatan sebelum membuat apa-apa kesimpulan," katanya ketika ditemui di Plaza Low Yat malam Ahad.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat agar tidak percaya khabar angin yang disebarkan di media sosial.

Mengulas mengenai insiden kekecohan berhampiran Plaza Low Yat awal malam tadi, beliau berkata sekumpulan lelaki berkumpul di hadapan pintu besar pusat membeli-belah tersebut pada sekitar jam 8.30 malam.
"Seorang suspek ditahan hari ini kerana cuba memprovokasi kumpulan terbabit," kata Tajuddin.

Saksi berdekatan memberitahu bahawa kumpuan terbabit mula berkumpul sejak jam 6 petang dan bergerak ke arah pintu hadapan Plaza Low Yat pada sekitar jam 8.30 malam.

Polis tiba pada sekitar jam 9 malam untuk mententeramkan keadaan dengan menutup beberapa laluan masuk
ke tempat terbabit.

Sementara itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui laman Twitter berkata tiada pergaduhan atau rusuhan di Plaza Low Yat pada malam Ahad.

Beliau juga meminta pengguna laman sosial untuk tidak mempercayai khabar angin.

Tambahnya, insiden ini tidak melibatkan pergaduhan antara kaum, cuma dua pihak yang bertelagah.

"PDRM akan ambil tindakan terhadap kedua-dua pihak yang bergaduh. Ini tiada kena mengena dengan kaum. Cuma dua pihak yang bergaduh!" tweet beliau.

- astroawani
Jawatan Timbalan Ketua Ulama Sedunia : Hj Hadi tidak ada kena mengena dengannya 12 NOV 2014 : DSAI bersama Dr Mahyudin Ali, Setiausaha Agong Kesatuan Ulama Dunia di rumahnya.Dr Abdul Hayyi Shukor bekas pensyarah UIA, Ustaz Ahmad Awang dan saudara Fawwaz Fadzil. Suatu ketika, Hj Hadi dengan megahnya di umumkan sebagai Timbalan Ketua Ulama Se Dunia, maka gegak gempitalah puak wala'un di pelusuk ceruk Malaya turut melaungkannya … Ada yang menulis : Atas perlantikan TGHA sbg Timbalan Presiden Ulamak Sedunia di dalam Muktamar yg diadakan semalam. Ini menandakan Syeikh Qaradhawi dan ulamak sedunia menaruh kepercayaan dan harapan tinggi kepada Malaysia utk menjadi nadi penggerak gerakan kebangkitan ummah. Sebab tu TGHA diberikan kprcayaan dgn dilantik sbg Timbalan Presiden Ulamak Sedunia dan dalam muktamar tersebut. Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menulis : Dengan rasa penuh tawaddhu dan terharu dengan perlantikan Presiden PAS sebagai Timbalan Presiden Ulama' Se dunia sebentar tadi….Adalah didoakan agar Gandingan Dr Yusuf Al Qaradhawi bersama timbalannya ini insyaAllah akan melahirkan lebih banyak garis panduan feqah2 almuasirah dan semasa dalam pentadbiran negeri Islam dan membawa sinar dalam definisi kebajikan, kesejahteraan dan kebahagiaan yang hakiki. ~ sumber Sehingga ada yang menganggap Hj Hadi sebagai pembantu utama kepada al-Qaradhawi! Itu adalah antara sanjungan meninggi gunung terhadap perlantikan Hj Hadi sebagai Timbalan Presiden Ulama Sedunia. Disamping itu, berita mengenai Anwar Ibrahim yang telah diberi penghormatan menyampaikan Ucaptama dalam muktamar tersebut, dipandang sepi…..tenggelam beritanya... Apa yang digambarkan oleh wala'un ini agak keterlaluan. Seolah-olahnya Hj Hadi ini diangkat oleh al-Qaradhawi menjadi sebagai orang nombor duanya! Lihat apa yang di siarkan oleh PAS Pusat di bawah ini: Apa yang digambarkan oleh PAS Pusat (gambar sebelah) adalah tepat sekali. Hj Hadi sebenarnya dilantik BUKAN sebagai Timbalan Ketua atau Timbalan Presiden Ulama Sedunia sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh wala'un.... tetapi cuma sebagai naib sahaja... Gambarannya adalah sebagaimana keadaan hiraki dalam struktur organisasi PAS. Ada satu presiden, satu timbalan presiden dan ada 3 naib presiden. Kesatuan Ulama Se dunia juga begitu, ada satu presiden iaitu Yusuf al-Qaradawi dan ada 3 naib presiden iaitu : Naib 1 - Ahmad Al-Raisuni - Maghribi Naib 2 - Dr Syaikh Ahmad Al-Khalili - Mufti Oman Naib 3 - Abdul Hadi Awang - Malaysia Kesatuan ini tidak mengguna pakai jawatan Timbalan Presiden tetapi sebaliknya menggunakan istilah Setiausaha Agung. Jawatan ini disandang oleh Dr Mahyuddin Ali al-Qaradaghi. Dalam struktur DAP, Setiausaha Agong memainkan peranan yang lebih dominan. Maka begitu jugalah Setiausaha Agong Kesatuan Ulama Sedunia. Beliaulah orang yang kedua selepas al-Qaradhawi, yakni menjadi pembantu utamanya. Jadi, Jawatan Timbalan Ketua atau Timbalan Presiden Ulama Sedunia ini memang tidak pernah wujud. Hj Hadi tidak ada kena mengena dengan jawatan tersebut. Kalau ikut susun atur hiraki Kesatuan Ulama Sedunia ini, Hj Hadi berada dirangking ke-4. Harap semua wala'un maklum duduk perkara yang sebenarnya.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

MUNAFIK Jika Tidak Tepati Janji !!

Posted: 12 Jul 2015 05:15 PM PDT

Mafiaboss Melayu's photo.
Jika Al-Quran dan ajaran serta tradisi Islam adalah panduan kepada dasar-dasar kerajaan, maka Perdana Menteri Najib Razak seharusnya lebih terbuka kepada kritikan dan mengambil tindakan serius terhadap penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam pentadbiran negara.

Lagi pun, ini adalah teras ajaran dan amalan Islam seperti yang dicontohi oleh sahabat-sahabat Nabi Muhammad ketika mereka menjadi Khalifah selepas kewafatan Baginda.

Sebagai contoh, PM haruslah mengambil iktibar kata-kata Abu Bakar As-Siddiq apabila beliau diangkat menjadi Kalifah pertama umat Islam.

Najib dan orang di sekelilingnya haruslah maklum bahawa tiada bangsa, keturunan atau kepercayaan sebagai seorang Muslim, satu-satunya pembahagi adalah keimanan, tiada sebarang bangsa istimewa yang dianugerah Tuhan sebagai pembela keimanan.

"Patuhi aku selagi aku patuh kepada Allah dan pesuruhnya. Tetapi jika aku tidak lagi patuh kepada keduanya, maka kalian tidak lagi terikat untuk setia denganku," ahli sejarah Islam telah merekodkan sahabat itu sebagai berkata ketika beliau bercakap dengan rakyat yang beliau akan pimpin.
 

Tunku Mahkota Johor letak jawatan

Posted: 12 Jul 2015 04:30 PM PDT


Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim meletakkan jawatannya sebagai presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) pada jam 5 petang tadi.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Kehormat persatuan bolasepak Negeri itu Mohd Fahmy Yahya dalam Facebook rasmi pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Johor Southern Tigers.

Namun tidak dinyatakan dengan jelas mengapa peletakkan jawatannya dibuat secara mengejut.

Dalam kenyataannya, Mohd Fahmy berkata Datuk Ismail Karim selaku setiausaha kerajaan negeri dilantik menggantikan baginda sebagai presiden Persatuan Bolasepak negeri itu yang baru.

"Bagaimanapun segala perancangan, pengurusan kewangan, pentadbiran, pembentukan akademi dan stadium baru serta polisi persatuan akan diteruskan.

"Segala perancangan jangka masa panjang dalam sukan bola sepak Negeri Johor termasuk dari segi infrastruktur dan segala yang berkaitan akan tetap dilaksanakan," kata Mohd Fahmi.

ASSALAMMUALAIKUM & SELAMAT PAGI BUAT SAHABATKU SEMUA !

Posted: 12 Jul 2015 04:00 PM PDT

Timbalan Pengerusi DAP Perak tempelak PJ Perak, Razman Zakaria.

Posted: 12 Jul 2015 10:31 AM PDT



Kenyataan Haji Razman untuk PAS bertanding di 59 kerusi DUN Perak adalah satu kenyataan yang sangat tidak logik (pinjam cakap Harun Din).

Malah kenyataan PJ Perak ini lebih kelakar dari apa yang pernah di ucapkan oleh PAS Sabah yang mahu bertanding di semua kawasan di Sabah!

Baca di sini.

Ahli Parlimen Batu Gajah dan Timbalan Pengerusi DAP Perak, V.Sivakumar menganggap kenyataan Razman itu amat melucukan.

Beliau menempelak kenyataan Razman tersebut sebagai tidak mempunyai asas tetapi rata-rata membuktikan niat buruk untuk menghancurkan kekuatan parti pembangkang DAP dan PKR dalam PRU14," katanya.

Betulkah PAS nak tanding 52 kerusi utk meneruskan perjuangan Nabi?



Menurutnya, jika PAS bertanding di 59 kerusi DUN Perak, ini akan melibatkan kerusi-kerusi yang ditandingi oleh parti PKR.

Jadi, bagaimana pula PAS boleh megekalkan hubungan tahaluf siasi dengan PKR?

Seterusnya beliau memberikan data imbasan kembali keputusan PRU12 dan PRU13 untuk renungan bersama.

"Dalam PRU12, PAS Perak bertanding 20 kerusi tetapi hanya memenangi 6 kerusi. "Manakala dalam PRU13 pula PAS bertanding 22 kerusi tetapi hanya mampu memenangi 5 kerusi.



"Tetapi, dalam PRU14, PAS berniat bertanding 59 kerusi tanpa bantuan DAP dan PKR. PAS juga perlu sedar bahawa kekuatan mereka juga telah berkurangan akibat persengketaan dalamannya.

"Pada hemat saya, PAS akan menghadapi kesulitan dalam mempertahankan kerusi-kerusi yang dimenanginya di bawah pucuk pimpinan yang sedia ada dan persekitaran politik yang telah berubah." V. Sivakumar turut meramalkan PAS akan mengalami kekalahan teruk dalam PRU14 jika terlalu tamak dan berniat untuk menghancurkan pihak pembangkang di negeri Perak.

Rakyat juga lebih arif membaca niat tersirat PAS untuk bertanding 59 kerusi DUN semata-mata untuk membantu UMNO Barisan Nasional menubuhkan kerajaaan sekali lagi di Perak. Baca artikel penuh:


Ibnu Hasyim.

Timbalan Pengerusi DAP Perak tempelak PJ Perak, Razman Zakaria. Kenyataan Haji Razman untuk PAS bertanding di 59 kerusi DUN Perak adalah satu kenyataan yang sangat tidak logik (pinjam cakap Harun Din). Malah kenyataan PJ Perak ini lebih kelakar dari apa yang pernah di ucapkan oleh PAS Sabah yang mahu bertanding di semua kawasan di Sabah! Baca di sini. Ahli Parlimen Batu Gajah dan Timbalan Pengerusi DAP Perak, V.Sivakumar menganggap kenyataan Razman itu amat melucukan. Beliau menempelak kenyataan Razman tersebut sebagai tidak mempunyai asas tetapi rata-rata membuktikan niat buruk untuk menghancurkan kekuatan parti pembangkang DAP dan PKR dalam PRU14," katanya. Betulkah PAS nak tanding 52 kerusi utk meneruskan perjuangan Nabi? Menurutnya, jika PAS bertanding di 59 kerusi DUN Perak, ini akan melibatkan kerusi-kerusi yang ditandingi oleh parti PKR. Jadi, bagaimana pula PAS boleh megekalkan hubungan tahaluf siasi dengan PKR? Seterusnya beliau memberikan data imbasan kembali keputusan PRU12 dan PRU13 untuk renungan bersama. "Dalam PRU12, PAS Perak bertanding 20 kerusi tetapi hanya memenangi 6 kerusi. "Manakala dalam PRU13 pula PAS bertanding 22 kerusi tetapi hanya mampu memenangi 5 kerusi. "Tetapi, dalam PRU14, PAS berniat bertanding 59 kerusi tanpa bantuan DAP dan PKR. PAS juga perlu sedar bahawa kekuatan mereka juga telah berkurangan akibat persengketaan dalamannya. "Pada hemat saya, PAS akan menghadapi kesulitan dalam mempertahankan kerusi-kerusi yang dimenanginya di bawah pucuk pimpinan yang sedia ada dan persekitaran politik yang telah berubah." V. Sivakumar turut meramalkan PAS akan mengalami kekalahan teruk dalam PRU14 jika terlalu tamak dan berniat untuk menghancurkan pihak pembangkang di negeri Perak. Rakyat juga lebih arif membaca niat tersirat PAS untuk bertanding 59 kerusi DUN semata-mata untuk membantu UMNO Barisan Nasional menubuhkan kerajaaan sekali lagi di Perak. Baca artikel penuh:

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


ORANG RAMAI DAH MULA MAINKAN MSU...DAN MEMALUKAN PAS????

Posted: 12 Jul 2015 02:02 AM PDT

Waktu dewan ulamak buat usul dlm muktamar utk putuskan hubungan dgn Dap, maka guan eng batuk je sikit, kelamkabut kata kputusan itu belum muktamad sebenarnya. Kena klulusan msjlis syura (MSU) dulu, katanya.
Bila ditanya bila MSU nk buat kputusan? Ohh...tak tahu bila, sbb MSU tak cukup korum, mursyidul am pulak dah ' expired'. Mybe lepas raya. Katanya.
Tiba2 MSU dah cukup korum dan muryidul am pun dah "Re-new" jwtnnya semlm. Maka, MSU buat keputusan usul dewan ulamak diluluskan iaitu tiada lagi tahalluf siyasi dgn Dap, tapi dgn Pkr ok. Dah sah belum cerai?
Belum....mereka kata kena bawa dekat Ajk Pusat pula utk tindakan seterusnya. Siapa dlm dewan ulamak tu? Mereka itu majoriti dlm MSU juga. Siapa pula dlm MSU? Mereka itu ada dlm Ajk pusat juga.
Tok ingatkan antum semua. Jgn terkejut kalau lepas ni kputusan cerai dgn Dap masih belum muktamad. Khabarnya nk di bawa ke pemegang besar mohor majlis raja2 dulu utk diperkenankan...


 KES 2


Rahim Cheng: PAS SELANGOR TUNGGU ARAHAN PUSAT.

PAS Selangor dimaklumkan bahawa Majlis Syura Ulamak (MSU) telah memutuskan agar hubungan tahaluf siasi dengan DAP dibatalkan.

Kami juga dimaklumkan bahawa pelaksanaan keputusan ini telah diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (JKPP) menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa.

Oleh yang demikian, PAS Selangor akan meneruskan kerjasama dan hubungan sehingga menerima arahan rasmi daripada JKPP

Kami juga ingin menjelaskan bahawa hubungan dan kerjasama di dalam kerajaan adalah berdasarkan jawatan-jawatan kerajaan seperti Exco, Ahli Dewan Negeri, Ahli Majlis dan Ketua Kg maka akan diteruskan demi menjaga amanah rakyat yang diterima pada PRU13.

YB Dato' Iskandar A. Samad
Pesuruhjaya
PAS Negeri Selangor
11 Julai 2015


[7/12, 9:20 AM] Rahim Cheng: Masa pas brgaduh teruk dgn dap sblm muktamar, dia kata tunggu muktamar putuskan psl hubungan dgn DAP.


Bila muktamar luluskan usul putus dgn DAP, dia kata tnggu dulu apa ketetapan MSU.

Bila MSU kata cnfirm putus dgn DAP, dia plak kata tnggu arahan rasmi JK Pas Pusat.

😝😝😝😝😝😜😜😜

 KES 3


Semua orang tak pernah tahu apa jasa Harun Din, Zuhdi Marzuki, Razman Zakaria, Mokhtar Senik dan Zaharudin Mamat kepada Pakatan Rakyat...... Saya syak mereka ini adalah barua UMNO yang ditugaskan untuk memecah-belahkan PR dari dalam.


KES  4

Mariam ARashid

Anggota DAP pegang bendera Pas...
Tinggal kenangan...

Mariam ARashid's photo.
Like · Comment · 

KES 5




KES 6

Sebagai panduan utk ahli dan pendokong Pas Shah Alam behubung dgn keputusan Mesy MSU

"PAS SHAH ALAM TERUSKAN KERJASAMA DENGAN PKR DAN DAP"

PAS Shah Alam memaklumi bahawa Mesyuarat Majlis Syura Ulamak memutuskan hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal. Dalam masa yang sama, PAS mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR.

PAS Shah Alam juga memaklumi keputusan ini diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dilaksanakan menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa.

Sementara itu, PAS Shah Alam menyedari keterlibatan kepimpinan, ahli dan jentera di semua peringkat di dalam merancana, melaksana dan menggalas amanah rakyat Negeri Selangor yang telah memberi mandat kepada Pakatan Rakyat di dalam PRU ke-13 yang lalu.

PAS Shah Alam juga menyedari bahawa Pakatan Rakyat Selangor yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP telah dapat bekerjasama dengan baik; menyelesaikan isu dan perbezaan dengan harmoni; dan menerajui Kerajaan Negeri, PBT dan semua institusi di bawah kerajaaan Negeri Selangor dengan mantap dan jaya.

Maka, sehingga ada ketetapan dan kaedah perlaksanaan yang bersesuaian dengan keperluan politik di Negeri Selangor oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, PAS Shah Alam akan terus berkerjasama dan berkawan dengan PKR dan DAP untuk menggalas tanggungjawab membangun negeri dan masyarakat Selangor.

AZLI YUSOF
YDP Pas Shah Alam
11 Julai 2015