Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI


Selamatkan Najib. Rombakan Kabinet Perlu, Kata Akhbar UMNO. (92) Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 11 Jul 2015 11:00 PM PDT

 
Akhbar Utusan Malaysia hari ini mendedahkan rombakan Kabinet akan berlaku pada ketika pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdepan saat genting. - Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Julai, 2015.

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan? 
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

Ketika pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang berdepan saat genting, akhbar milik Umno hari ini mendedahkan rombakan Kabinet bakal dibuat tidak lama lagi.

Utusan Malaysia dalam edisi mingguannya berkata, Najib kini tidak boleh mengambil mudah apa yang berlaku memandangkan keadaan politik kini tidak lagi sama. Beliau perlu mengambil langkah lebih proaktif menghadapi serangan ke atas pentadbirannya.

"Kali ini, senario politik berubah, Najib tidak boleh ambil mudah.
"Maka beliau perlukan pasukan baharu yang bukan sahaja dinamik malah komited menyokongnya dalam masa yang sukar dan ketika berdepan krisis," kata penulis ruangan pojok Awang Selamat.

Awang dalam tulisannya berkata, rombakan itu penting bagi membolehkan Najib menangkis isu besar, khususnya yang membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang terpalit dengannya.

"Ia juga mesej jelas kepada semua beliau mahu bangkit daripada dugaan politik yang dihadapi terutamanya berkaitan isu 1MDB.
"Malah kemungkinan Najib membuat perubahan drastik tidak boleh ditolak. Mana tahu ada kejutan yang lebih besar, kita tunggu," katanya.

Beberapa nama diberikan Awang yang bakal terkesan daripada rombakan tersebut, antaranya naib presiden Umno dan juga menteri kanan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

"Tidak terlepas menjadi perhatian Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Shafie Apdal yang dijangka bertukar potfolio," katanya.

Shafie sebelum antara yang lantang mempersoalkan isu mengenai 1MDB dan menggesa supaya siasatan dibuat ke atas syarikat sarat hutang itu di mana Najib merupakan pengerusi lembaga penasihatnya.
Selain itu, 2 menteri juga akan bertukar portfolio.

"Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Datuk Abdul) Rahman Dahlan pula disebut-sebut dilantik menteri komunikasi dan multimedia sementara (Datuk Seri Ahmad) Shabery Cheek akan menerajui kementerian lain," katanya.

Rombakan juga akan melibatkan pemimpin MIC yang berada dalam Kabinet di mana menurut Awang, Najib dijangka membuang bekas presidennya Datuk Seri G Palanivel daripada kerajaannya.

"Jawatan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Palanivel kemungkinan dikosongkan buat sementara sehingga pilihan raya semula MIC September depan.
"Jika itu berlaku, seorang menteri lain akan memangku jawatan tersebut," katanya.

Selain itu, Awang juga mendedahkan bakal terdapat muka baharu dalam Kabinet Najib nanti.

"Rombakan kali ini juga dijangka menyaksikan setidak-tidaknya 2 muka baharu untuk jawatan timbalan menteri.
"Awang difahamkan, perubahan akan turut berlaku bagi jawatan tertentu di ibu pejabat Umno," katanya.

Menurut Awang, Najib kali ini tidak boleh lagi menjaga hati dan berhati-hati dalam membuat rombakan kerana masa untuk memberi peluang sudah berakhir.

"Najib kerap dikritik sebelum ini kerana terlalu menjaga hati orang dan berhati-hati dalam melakukan rombakan Kabinet terutama ke atas menteri yang lesu dan tidak proaktif.


"Tetapi itulah pendekatan beliau yang suka memberi peluang menambah baik diri kepada semua ahli Kabinetnya," katanya.


Najib ketika ini berdepan cabaran dan kritikan hebat daripada lawannya selepas terpalit dalam skandal 1MDB menerusi pendedahan panas, malah akhbar The Wall Street Journal baru-baru ini juga mendedahkan skandal sejumlah wang dipindahkan ke akaun peribadi Najib. - 12 Julai, 2015.

Harussani - Sifat Kebinatangan Dan Syaitan Menyebabkan Najib Difitnah

Posted: 11 Jul 2015 10:00 PM PDT



Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menawarkan diri untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan perbalahan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata kedua mereka perlu bersemuka dan berunding kerana semakin lama dibiarkan, ia akan menyebabkan rakyat berpecah belah.

Jelasnya lagi, itu telah memberi kesan negatif kepada negara, bangsa dan umat Islam.

"Sebab itu, tak boleh dibiarkan berlarutan. Saya sedia jadi orang tengah sekiranya diperlukan," katanya yang dipetik daripada Sinar Harian Online.

Ketika berucap pada majlis sumbangan zakat dan Hari Raya Aidilfitri kepada golongan asnaf dan fakir miskin oleh Yayasan Muhibbah Fng Ah Seng di Parit Buntar, beliau turut menyelar mereka yang menyebar fitnah terhadap Perdana Menteri, berhubung isu 1MDB.

"Bagi saya, punca maklumat palsu dan berbaur fitnah tersebar cepat dalam kalangan kita adalah disebabkan sifat kebinatangan dan kesyaitanan yang ada dalam diri manusia yang mana sifat-sifat seperti takbur, was-was dan suka memfitnah timbul meskipun syaitan diikat pada bulan Ramadan," katanya yang dipetik dari portal itu.



Netizen Puji Anak Melayu Yang Berani Gegarkan Lowyat

Posted: 11 Jul 2015 09:16 PM PDT



Dilaporkan gara-gara balas dendam sebuah kedai telefon berjenama OPPO di plaza lowyat diserang sekumpulan lelaki melayu. video pergaduhan tersebut tersebar luas di media sosial sejak semalam.

Kejadian berlaku sekitar 7.30 malam semalam dimana 7 lelaki melayu dikatakan telah menyerang kedai tersebut dan dianggarkan kerugian mencecah rm70000.

 

Foto Pergaduhan Di Plaza Lowyat




Laporan terkini, satu pergaduhan berlaku di Plaza Lowyat yang melibatkan beberapa individu. Pergaduhan ini telah mencetuskan kesesakan di plaza berkenaan.

Manakala beberapa buah video menunjukkan orang ramai menerkam masuk selain itu beberapa babak pergaduhan sehingga ada premis-premis lain yang menjadi mangsa pergaduhan.

Laporan awal mengatakan adalah berpunca daripada dakwaan seorang pemula telah mencuri sebuah telefon Lenovo.

Bagaimanapun punca yang sahih belum dikenal pasti setakat ini. — sk









 "Kejadian berpunca daripada perasaan tidak puas hati apabila salah seorang rakan suspek ditahan pengawal keselamatan Plaza Lowyat kerana didakwa mencuri telefon bimbit di kedai itu sebelum diserahkan kepada polis." katanya memetik Harian Metro.

 "Kes disiasat mengikut Seksyen147/427 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya.

Bagaimanapun, reaksi netizen di laman sosial pula berbangga dengan tindakan anak-anak muda Melayu yang dilihat berani menggegarkan Low Yat yang selama ini sering menipu pelanggan mereka.


"Respect! Ada juga anak Melayu yang berani menggegarkan Low Yat yang menjadi sarang penipu bangsa itu!" kata mereka.


PAS Mahu Lawan 59 Kerusi DUN Perak? Terbukti Niat Untuk Membantu BN Menang PRU14

Posted: 11 Jul 2015 06:00 PM PDT

 
PAS Mahu Lawan 59 Kerusi DUN Perak? Terbukti Niat Untuk Membantu BN Menang PRU14Kenyataan yang dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Perak Tuan Haji Razman dalam laman Facebook beliau kira-kira jam 1.00 pagi pada 11 Julai 2015 adalah amat melucukan. Beliau menyatakan bahawa "Mungkin PAS Perak akan bertanding 59 kerusi dalam PRU14. Meneruskan perjuangan Nabi Saw". 

Walaupun kenyataan ini tidak mempunyai asas tetapi rata-rata membuktikan niat buruk pemimpin ini untuk menghancurkan kekuatan parti pembangkang DAP dan PKR dalam PRU14.

Kenyataan yang dibuat oleh Pesuruhjaya PAS dianggap sebagai kenyataan yang dikeluarkan oleh parti PAS itu sendiri. Jadi, kita tidak boleh mentafsirkan ini sebagai kenyataan peribadi yang tidak ada sangkut-paut dengan parti. Kenyataan ini juga menguatkan lagi perasaan syak wasangsa rakyat Perak bahawa ada hubungan sulit di antara parti PAS dan UMNO Barisan Nasional.

Kenyataan Haji Razman seolah-olah membuka jalan dan memberi ruangan kepada parti-parti Barisan Nasional untuk bernafas semula di negeri Perak. Beliau berniat mewujudkan perang 3 penjuru di semua kerusi DUN Perak. 

Sudah pasti ini akan membawa keuntungan besar kepada Barisan Nasional. Parti-parti pembangkang boleh mengalami kekalahan akibat perpecahan undi hasil daripada pertandingan 3 penjuru ini. Saya pasti beliau juga sedar tentang perkara ini.

Pada pandangan saya kenyatan Pesuruhjaya PAS Perak itu adalah berniat memenangkan Barisan Nasional di Perak dalam PRU14. Saya tidak nampak semangat perjuangan yang sebenar untuk menumbangkan Barisan Nasional yang zalim di negeri Perak.

Saya sangat menghormati rakan-rakan PAS yang masih meneruskan perjuangan menentang rejim Barisan Nasional yang telah membawa banyak kecelakaan dan kesengasaraan kepada rakyat. 

Tetapi, saya tidak boleh menghormati mana-mana pemimpin yang telah terkeluar daripada landasan perjuangan yang sebenar. Saya juga menganggap tindakan ini sebagai satu pembelotan yang tidak akan dimaafkan oleh rakyat Perak yang ingin melihat perubahan dalam pilihanraya yang akan datang.

Rakyat Perak sedang menanti dengan penuh harapan bahawa pemimpin-pemimpin parti pembangkang akan mengambil alih kerajaan Perak untuk membebaskan mereka daripada belenggu kezaliman kerajaan Barisan Nasional. 

Tetapi, aspirasi dan harapan rakyat negeri Perak dihancurkan oleh pemimpin seperti Haji Razman yang tamak dan berniat jahat. Rakyat juga tidak akan mempercayai pemimpin-pemimpin seperti ini.

Saya tidak tahu samada kenyataan yang dibuat oleh beliau itu adalah setelah berunding dengan PAS Pusat. Walau bagaimanapun, saya juga terpanggil untuk menyentuh tentang keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulama di dalam isu hubungan dengan DAP. 

Dalam mesyuarat yang diadakan pada 10 Julai 2015, Majlis Syura Ulama telah memutuskan bahawa hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal. 

Dalam masa yang sama, PAS mahu mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR.

Kenyataan Haji Razman untuk PAS bertanding di 59 kerusi DUN Perak juga melibatkan kerusi-kerusi yang ditandingi oleh parti PKR. Jadi, bagaimana pula PAS boleh megekalkan hubungan tahaluf siasi dengan PKR?

Saya juga ingin mengimbas kembali keputusan PRU12 dan PRU13 untuk renungan bersama. Dalam PRU12, PAS Perak bertanding 20 kerusi tetapi hanya memenangi 6 kerusi. Manakala dalam PRU13 pula PAS bertanding 22 kerusi tetapi hanya mampu memenangi 5 kerusi. 

Tetapi, dalam PRU14, PAS berniat bertanding 59 kerusi tanpa bantuan DAP dan PKR. PAS juga perlu sedar bahawa kekuatan mereka juga telah berkurangan akibat persengketaan dalamannya. 

Pada hemat saya, PAS akan menghadapi kesulitan dalam mempertahankan kerusi-kerusi yang dimenanginya di bawah pucuk pimpinan yang sedia ada dan persekitaran politik yang telah berubah.

PAS akan mengalami kekalahan teruk dalam PRU14 jika terlalu tamak dan berniat untuk menghancurkan pihak pembangkang di negeri Perak. 

Rakyat juga lebih arif membaca niat tersirat PAS untuk bertanding 59 kerusi DUN semata-mata untuk membantu UMNO Barisan Nasional menubuhkan kerajaaan sekali lagi di Perak. -

Apa beza perjanjian penstrukturan air antara Azmin dan Khalid? FMT Reporters

Posted: 11 Jul 2015 05:00 PM PDT


azmin,air

Kerajaan Selangor diminta mendedahkan isi kandungan perjanjian air dengan Kerajaan Persekutuan kepada umum.

PETALING JAYA: Kerajaan Selangor diminta supaya mendedahkan isi kandungan perjanjian penstrukturan semula industri air dengan Kerajaan Persekutuan.

Penyelaras Bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor, Khairoll Anuar Almegat berkata, isi kandungan perjanjian itu penting untuk pengetahuan rakyat.

"Dengan termeterainya perjanjian ini telah menjadi bukti bahawa selama ini rakyat Selangor telah dijaja dengan satu pembohongan terancang.

"Rakyat Selangor pasti masih belum lupa bagaimana isu pembinaan Loji Langat 2 dikatakan tidak diperlukan tetapi hari ini perkara sebaliknya berlaku", katanya dalam kenyataan media.

Kerajaan Selangor dan Persekutuan menandatangani Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian Utama air pada Jumaat yang memberi lanjutan 60 hari kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan pengambil alihan syarikat konsesi air, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dan Puncak Niaga Sdn Bhd.

Khairoll Anuar berkata, walaupun menyambut baik perjanjian itu bagi menyelesaikan masalah air di Lembah Klang, namun pengumumannya sedikit pelik.

"Sebelum ini, Tan Sri Khalid Ibrahim, bekas Menteri Besar dikatakan sebagai tunduk kepada UMNO/Barisan Nasional apabila berkeras mahu melaksanakan projek Langat 2 dan penstrukturan air ini.

"Khalid telah dipecat dan digulingkan atas tuduhan memperdagangkan dirinya kepada taikun belaan UMNO/BN termasuklah projek Langat 2 ini. Oleh itu, SAMM Selangor ingin mendapatkan penjelasan, apakah bezanya antara perjanjian Langat 2 Khalid dengan Langat 2 Azmin (Mohamed Azmin Ali) ini ?, katanya.

Dia berkata, jika alasan isu pemilikan tanah dan hak milik Loji Air Semenyih dan Bukit Nanas sahaja yang disandarkan selama ini, ia bukanlah satu alasan konkrit kerana isu itu boleh diselesaikan di meja rundingan bukan mengheret rakyat ke dalam drama perebutan kuasa sedikit masa lalu.

"Adakah Azmin juga telah menjual dirinya kepada Taikun UMNO/BN, " tegasnya.

Isu pertikaian hak milik Loji Air Semenyih dan Bukit Nanas antara kerajaan Selangor dan Persekutuan menjadi punca penstrukturan air tertangguh walaupun perjanjian utama telah ditandatangani pada September tahun lalu, selain keengganan SPLASH menerima tawaran pengambilalihan oleh kerajaan negeri.

Baru-baru ini Puncak Niaga Holdings Berhad, pemilik SYABAS dan Puncak Niaga Sdn Bhd mengancam menarik diri daripada perjanjian air kerana pelaksanaan penstrukturan itu telah beberapa kali tertangguh.

Tiga syarikat konsesi air- ABBAS, SYABAS dan Puncak Niaga- telah menerima tawaran pengambilalihan oleh kerajaan negeri tetapi SPLASH menolak kerana tawaran yang dibuat dikatakan terlalu rendah.

Kerajaan Selangor menawarkan RM9.65 bilion untuk ambil alih empat syarikat konsesi itu, jumlah yang dibuat di bawah pentadbiran Khalid.

ASSALAMMUALAIKUM & SELAMAT PAGI BUAT SAHABATKU SEMUA !

Posted: 11 Jul 2015 04:30 PM PDT

Matlamat parti Islam baharu lebih besar daripada hudud, kata Mujahid

Posted: 11 Jul 2015 12:19 PM PDT

PAS Gagal istiqamah, "GAHARU" Teruskan Perjuangan Islam Yang Syumul

 
Parti politik baharu yang sedang dipertimbangkan untuk ditubuhkan sekumpulan pemimpin progresif PAS yang "disingkirkan" akan membuat pendirian Islam lebih besar daripada sekadar kanun keseksaan Islam atau hudud.

Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Islam mengajar umatnya mengekalkan keamanan, dan bukannya memaksa pelaksanaan undang-undang.
"Inilah sebabnya bekas Muryidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menangguhkan hudud. Beliau faham sangat. Beliau tahu isunya belum selesai.

"Apakah hudud segala-galanya? Ia hanya undang-undang jenayah,"
katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual di pejabatnya di Parit Buntar.

Ketika ditanya mengenai pendirian parti baharu itu mengenai hudud, beliau berkata, terdapat perkara lebih besar dalam Islam selain hudud, seperti mewujudkan kehidupan lebih baik dan selesa untuk rakyat.

"Untuk melakukannya bukan dengan memperkenalkan undang-undang jenayah Islam untuk membendung jenayah. Anda berjuang umpamanya untuk gaji minimum dan mengurangkan kadar jenayah.

"Semua itu perlu dijadikan sebahagian daripada agenda. Itu pendirian kami apabila berbicara mengenai hudud... sebab itu mereka anggap saya sebagai anti-hudud,"
katanya.

Mujahid, yang juga salah seorang pemimpin PAS paling dikenali dan terlibat dalam usaha antara agama yang menggalakkan perpaduan serta keharmonian antara orang Islam dan bukan Islam berkata, isu hudud perlu dilihat dalam kerangka undang-undang negara.

"Anda perlu mengimbangi antara rangka kerja perundangan dan hudud sebagai keperluan dalam kanun jenayah syariah. Untuk melaksanakan hudud, anda mesti lihat rangka kerja undang-undang. Untuk berbuat demikian anda perlu melalui proses demokratik.

"Bercakap mengenai proses, anda perlu tahu apa kuasa dan bidang kuasa yang ada. Negeri mempunyai kuasa tetapi ia terhad kepada Akta Mahkamah Syariah, yang menyatakan hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah negeri ialah penjara 3 tahun, denda RM5,000 dan 6 kali sebatan," katanya.

"Melihat kepada perkara ini, kita perlu berlaku sangat praktikal dalam mengendalikannya. Kita perlu melalui proses demokrasi dan menerima keputusannya, sama ada ia (hudud) boleh dilaksanakan atau tidak.

"Bagi 'Gerakan Harapan Baharu', kami melihat hudud dalam konteks itu. Bukan hanya retorik, perkara yang emosi atau sensasi," kata ahli Parlimen Parit Buntar itu.

Dalam rang undang-undang hudud untuk meminda Enakmen Jenayah Syariah Kelantan II, antara hukuman yang dinyatakan adalah pemotongan anggota badan dan merejam sampai mati.

Bagaimanapun, baru-baru ini dilaporkan rang undang-undang persendirian yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Dewan Rakyat untuk meminda Akta Mahkamah Syariah tidak termasuk semua hukuman itu.

Isu hudud adalah punca yang membawa kepada keruntuhan Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP.

Pada Mac, kerajaan PAS di Kelantan membentang dan meluluskan rang undang-undang hudud di Dewan Undangan Negeri dan menimbulkan kemarahan DAP yang sentiasa menentang pelaksanaan hudud.

Selepas saling mengkritik, PAS ketika muktamar tahunannya "menyingkirkan" pemimpin progresif yang mesra PR, menggantikannya dengan kumpulan konservatif, sebelum memutuskan hubungan dengan DAP, yang seterusnya mengisytiharkan gabungan PR terkubur.

Ketika kumpulan progresif menuju ke arah cita-cita parti baharu mereka, Mujahid berkata perlembagaan parti baharu ini dengan jelas akan menentukan asas dan dasar Islamnya.

Mereka juga akan menghormati Perlembagaan Persekutuan, identiti kaum dan pelbagai budaya serta kepentingan bersama rakyat.

Beliau berkata, walaupun parti itu akan menggunakan Islam sebagai panduan ke arah pembangunan negara, ia akan menjadi lebih inklusif, seperti ditetapkan Islam. "Kami mahu menunjukkan Islam yang berbeza daripada PAS. Isunya sekarang ialah orang melihat PAS dan berasa parti itu tidak lagi mempromosikan aspirasi Islam,"
katanya. –TMI

Hadi: Hudud hanya dilaksana jika cukup syarat

HULU TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Menurutnya, hudud akan dilaksanakan terlebih dahulu kepada umat Islam sementara bukan Islam diberi pilihan (untuk menerimanya atau tidak).

"Bagaimanapun, ia mesti dilaksanakan mengikut proses demokrasi. Kita dahulukan yang mana dahulu, kita selesaikan masalah, atasi kemiskinan dahulu.

"Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan, hukum mencuri tidak boleh dijatuhkan sekiranya gaji minimum tidak dilaksanakan.

"Sebagai contoh, gaji minimum kena ada, kalau dia mencuri sebab gaji tak cukup, ia (hudud) tak boleh dilaksanakan sebab tak cukup syarat nak laksana hukum ini, itu kena faham.

"Masalah pengangguran diselesaikan dulu baru (hudud) dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan ceramah Pra-Bubar Parlimen di Kuala Berang, di sini, semalam. - Bernama


ULASAN GB

Amat jelas sekali bahawa PAS tidak istiqamah. Dahulu Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa Hudud Bukan Agenda Utama. Tetapi kini PAS memperjuangkan hudud seolah-olah perjuangan Islam itu hanya hudud semata-mata sehingga sanggup memutuskan tahaluf siyasi bersama DAP.

Gerakan Harapan Baharu (GAHARU), akan meneruskan perjuangan Islam yang syumul. Bukan bererti GAHARU menolak hudud, tetapi berpegang kepada prinsip bahawa "Islam itu lebih besar daripada sekadar kanun keseksaan Islam atau hudud.".

Hal ini bertepatan dengan "fatwa" Ketua Ulama Sedunia, Sheikh Yusuf al-Qaradhawi, yang menyatkan 'sebelum Nabi SAW melaksanakan hukum hudud, Baginda terlebih dahulu menegakkan Islam secara keseluruhannya, yakni menegakkan kehidupan Islam'.

Jelas tersurat, fakta ini bermakna, perlaksanaan hukum hudud adalah peringkat atau 'projek' terakhir dalam agenda perlaksanaan Islam.

Dalam ungkapan yang lebih jelas-seperti yang dinyatakan Qaradhawi- "dasar [berkenaan perlaksanaan hudud ialah] tidak dilaksanakan [hukum] hudud melainkan apabila kita telah melaksanakan-seperti yang telah saya katakan-ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan akidah, syariat, akhlak, tata susila dan nilai-nilai [murni], kita bangunkan masyarakat Islam, dalam keadaan ini, kita laksanakan [hukum] hudud".


Kenyataan Qaradhawi ini secara tidak langsung menidakkan pandangan yang melihat 'perlaksanaan hudud' sebagai 'agenda teratas' dalam sesebuah negara Islam.

Sila rujuk: [VIDEO] Al-Qardhawi: Tegakkan Kehidupan Islam Dahulu, Bukan Hudud

Pengarah 1MDB bantah Dana Rakyat USD700 di pindah ke syarikat lain suarakami

Posted: 11 Jul 2015 07:15 AM PDT


Zack Ahmad's photo.

Dua pengarah 1MDB meletak jawatan sebagai langkah protes selepas mengetahui dana berni;lai AS$700 juta (RM2.6 bilion) untuk projek kerjasama dengan PetroSaudi dipindahkan ke syarikat lain pada 2009.

Maklumat itu, lapor The Star, diperoleh daripada penyiasat yang meneliti dakwaan salah laku terhadap dana 1MDB.

Laporan itu juga menyebut Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan Tan Sri Azlan Mohd Zainol membuat keputusan meletak jawatan kerana marah apabila tuntutan mereka supaya wang berkenaan diserah semula, diabaikan.

"Ahli lembaga pengarah tidak berpuas hati apabila perjanjian ditandatangani tanpa banyak pertimbangan dan AS$700 bilion (RM2.6 bilion) yang diperuntukkan bagi projek kerjasama dipindahkan ke syarikat lain tanpa kebenaran mereka," lapor akhbar itu.

Tidak dapat dipastikan pihak mana yang mengetepikan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB untuk melakukan pindahan berkenaan serta enggan mengikut arahan supaya wang terbabit dipulangkan.

PR - KINI HANYA PKR DAN DAP

Posted: 11 Jul 2015 06:30 AM PDT

 

Majlis Syura Ulama (MSU) telah membuat keputusan membatalkan tahaluf siyasi dengan DAP.

Walaupun sebelum daripada ini, pemimpin-pemimpin PAS berdolak-dalik mengenai isu pemutusan hubungan dengan DAP ekoran dari usul dari Dewan Ulama di muktamar yang lepas yang telah diterima sebulat suara tanpa bahas dengan alasan usul berkenaan belum muktamad kerana belum diputuskan oleh Majlis Syura Ulama, kini segala-galanya telah selesai apabila MSU memutuskan untuk membatalkan hubungan kerjasama atau tahaluf siyasi dengan DAP.

Di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha MSU, Nik Mohd Zawawi Salleh bertarikh 10 Julai 2015, beliau menyatakan MSU kesal dengan tindakan-tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat, serta campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS yang menyebabkan MSU mengambil tindakan memutuskan hubungan kerjasama dengan DAP.

Tetapi dalamasa yang sama, PAS mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR.

Untuk ulasan selanjutnya sila rujuk ulasan GB di bawah ini.



Keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak Di Dalam Isu Hubungan Dengan DAP

Pas terus istiqamah dengan prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua yang menegakkan keadilan dan kesejahteraan untuk semua kaum. Oleh kerana itu, PAS konsisten meneruskan hubungan dengan semua pihak menerusi hubungan tahaluf siasi bersama parti politik dan NGO bukan Islam.

Dalam masa yang sama Pas tetap teguh berpegang dengan dasar-dasar Islam ketika berhubung dengan semua pihak.

Namun Majlis Syura Ulamak kesal dengan tindakan-tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat, serta campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS. Oleh itu, Majlis Syura Ulamak memutuskan bahawa hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal. Dalam masa yang sama, PAS mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR.

Keputusan ini diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dilaksanakan menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa.

Dato' Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh
Setiausaha Majlis Syura Ulamak,
24 Ramadhan 1436 / 10 Julai 2015


ULASAN GB

1) Akhirnya selesai sudah isu tahaluf siyasi dengan DAP. Keputusan MSU di atas memang ditunggu-tunggu. Dan yang pasti, keputusan itu "disambut baik" oleh UMNO yang memang mengharapkan PAS memutuskan hubungan dengan DAP.

2) Tiada nas, bukti atau dalil dikemukakan di dalam kenyataan MSU berkenaan mengenai dakwaan DAP telah "campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS". Justeru itu keputusan itu dilihat lebih kepada menjaga airmuka "beberapa ulama" yang telah membuat kenyataan-kenyataan melulu sebelum ini yang meminta tahaluf siyasi dengan DAP dibatalkan atau disemaksemula.

3) Tindakan MSU itu juga mengesahkan tindakan-tindakan DAP yang memecat ahli-ahli PAS yang berkhidmat di dalam kerajaan negeri Pulau Pinang. Dan bererti PAS Pulau Pinang sudah tidak layak untuk membangkitkan isu pemecatan di mahkamah.

4) Keputusan MSU itu juga mengesahkan Pakatan Rakyat telah dikuburkan.

5) Pengekalan tahaluf siyasi bersama PKR hanyalah untuk menyelamatkan kepentingan ADUN-ADUN PAS yang menjadi exco dan menyelamatkan kedudukan 5,000 ahli PAS yang sedang berkhidmat dengan kerajaan negeri Selangor.

6) PAS juga dilihat sanggup untuk menerima kekalahan di dalam pilihanraya terutama di pantai barat dimana para pengundinya adalah multi-racial yang sebelum ini pengundi bukan-Islam telah mengundi PAS di atas dasar semangat setiakawan di dalam Pakatan Rakyat.

7) Tindakan MSU itu juga menyebabkan ahli-ahli akar umbi PAS akan terus bersemangat menyokong penubuhan parti Islam yang baharu bagi memperbaharui jalinan tahaluf siyasi bersama DAP dan PKR yang telah terjalin erat sebelum ini dan meneruskan kerja-kerja dakwah kepada rakan-rakan di dalam parti-parti yang ia bertahaluf siyasi dengannya. 
 

Akhirnya.. Umno Bergelak Sakan...!!

Posted: 11 Jul 2015 05:45 AM PDT

 

Akhirnya.. Umno Bergelak Sakan. PAS mendapat kelulusan daripada Majlis Syura Ulamanya (MSU) untuk memutuskan hubungan dengan DAP - sambil kekal meneruskan keadaan sedia ada dengan PKR.

Setiausaha MSU Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata majlis itu mengadakan perbincangan mengenai isu itu semalam.

Katanya, keputusan diambil MSU akan diserahkan kepada Jawatankuasa Pusat PAS untuk tindakan selanjutnya.Dalam kenyataan dikeluarkan melalui Nik Muhammad Zawawi, MSU mendakwa kesal dengan tindakan "provokasi berterusan" yang dibuat DAP sehingga melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat.

Namun yang lebih menarik, MSU mendakwa keputusan memutuskan hubungan dengan DAP itu dibuat kerana parti berkenaan "campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS"."Oleh itu, Majlis Syura Ulama memutuskan bahawa hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal. 

Dalam masa yang sama, PAS mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR," katanya.Bagaimanapun kenyataan itu tidak menjelaskan bagaimana DAP campur tangan dalam isu aqidah seperti disebutkan PAS.

Akhirnya.. Umno Bergelak Sakan

Berikut adalah kenyataan penuh dikeluarkan MSU:

Pas terus istiqamah dengan prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua yang menegakkan keadilan dan kesejahteraan untuk semua kaum. 

Oleh kerana itu, PAS konsisten meneruskan hubungan dengan semua pihak menerusi hubungan tahaluf siasi bersama parti politik dan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) bukan Islam.

Dalam masa yang sama Pas tetap teguh berpegang dengan dasar-dasar Islam ketika berhubung dengan semua pihak.

Namun Majlis Syura Ulama kesal dengan tindakan-tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat, serta campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS. 

Oleh itu, Majlis Syura Ulamak memutuskan bahawa hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal. 

Dalam masa yang sama, PAS mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR.Keputusan ini diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dilaksanakan menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa.


Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh

Setiausaha Majlis Syura Ulama,
24 Ramadhan 1436 / 10 Julai 2015

Akhirnya.. Umno Bergelak Sakan

Posted: 11 Jul 2015 05:00 AM PDT

 

Akhirnya.. Umno Bergelak Sakan. PAS mendapat kelulusan daripada Majlis Syura Ulamanya (MSU) untuk memutuskan hubungan dengan DAP - sambil kekal meneruskan keadaan sedia ada dengan PKR.Setiausaha MSU Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata majlis itu mengadakan perbincangan mengenai isu itu semalam.

Katanya, keputusan diambil MSU akan diserahkan kepada Jawatankuasa Pusat PAS untuk tindakan selanjutnya.Dalam kenyataan dikeluarkan melalui Nik Muhammad Zawawi, MSU mendakwa kesal dengan tindakan "provokasi berterusan" yang dibuat DAP sehingga melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat.

Namun yang lebih menarik, MSU mendakwa keputusan memutuskan hubungan dengan DAP itu dibuat kerana parti berkenaan "campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS"."Oleh itu, Majlis Syura Ulama memutuskan bahawa hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal. 

Dalam masa yang sama, PAS mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR," katanya.Bagaimanapun kenyataan itu tidak menjelaskan bagaimana DAP campur tangan dalam isu aqidah seperti disebutkan PAS.

Aku baca status lebai malang ni tergelak terkentut2...

Posted: 11 Jul 2015 04:15 AM PDT




Macam ni ke cara nk jaga keharmonian semua kaum lebai oiiii.....kalau mcm ni pendekatan PASUG...

Bukan saja yg bukan islam tp yg islam pn akan perlahan2 mnjauhkan diri....pasir mas apa khabar lebai.....

 

Mami Ijjat Meroyan Di Bulan Puasa ?

Posted: 11 Jul 2015 03:30 AM PDT

Apa,,,, dia ingat malaysia ni bapak dia yg punya???? 

Jika dibiarkan puak2 dajal ini terus memerintah,, tidak mustahil malaysia senasib dgn sirya, mesir, dan negara2 yg sudah hancur dekkerana pemimpin2 yg angkuh, sombong,.......
 
 
Hana Mastura 18:44 Berita, Foto, Info Ilmiah, Isu Semasa, Parah, Pelik, Peringatan, seksi, semasa, Status Edit Tinggalkan Malaysia jika tidak suka kerajaan BN....
 
danishnetworks.blogspot.com| 
 
By Hana Mastura

Azwan Ali Maki Hamun Agensi Umrah Di Mekah

Posted: 11 Jul 2015 02:51 AM PDT



Semua sedia maklum yang pengacara kontroversi, Azwan Hj. Ali kini sedang mengerjakan umrah kali kelapan beliau dan ramai peminat berharap setiap kali pemergian selebriti ini menunaikan ibadah, beliau akan pulang dengan sikap yang lebih positif.

Namun, satu insiden kelewatan bas jemaah umrah bertolak dari kota Madinah ke kota Mekah baru baru ini menjadi punca Azwan Ali sekali lagi meluahkan rasa tidak puas hati beliau melalui media sosial. Kali ini ditujukan terus kepada agensi pengurusan umrah.


Azwan Ali dalam kemaskini terbaru di Instagram memuat naik perbualan beliau bersama ejen yang menguruskan beliau meluahkan rasa tidak puas hati dengan jadual perjalanan yang diubah — selalunya jemaah perlu bertolak lebih awal ke kota Mekah.


Salah seorang pegawai agensi yang pernah mengendalikan Azwan Ali tampil memberikan penjelasan di Facebook tentang perubahan jadual tersebut dan mendakwa ianya memang amalan biasa sejak bertahun untuk bertolak sekitar 10.00 pagi dari Madinah ke Mekah.

"Kenapa saya ingin kongsikan perkara ini, kerana saya pun bekerja sebagai (ejen) menguruskan jemaah untuk menunaikan umrah. 
 
Dan dia pernah sekali pergi umrah dengan agensi kami. Kami penat nak layan kerenah dia sebelum pergi dan sampai di sana pun ada yang tidak puas hati," ujar pegawai yang menggunakan nama Samuel Prince tersebut. (rtky/m)



WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0
sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Matlamat parti Islam baharu lebih besar daripada hudud, kata Mujahid

Posted: 11 Jul 2015 08:47 PM PDT

OLEH LOOI SUE-CHERN

Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Islam mengajar umatnya mengekalkan keamanan, dan bukannya memaksa pelaksanaan undang-undang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 11 Julai, 2015. 


Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Islam mengajar umatnya mengekalkan keamanan, dan bukannya memaksa pelaksanaan undang-undang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 11 Julai, 2015.

Parti politik baharu yang sedang dipertimbangkan untuk ditubuhkan sekumpulan pemimpin progresif PAS yang "disingkirkan" akan membuat pendirian Islam lebih besar daripada sekadar kanun keseksaan Islam atau hudud.

Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Islam mengajar umatnya mengekalkan keamanan, dan bukannya memaksa pelaksanaan undang-undang.

"Inilah sebabnya bekas Muryidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menangguhkan hudud. Beliau faham sangat. Beliau tahu isunya belum selesai.


"Apakah hudud segala-galanya? Ia hanya undang-undang jenayah," katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual di pejabatnya di Parit Buntar.

Ketika ditanya mengenai pendirian parti baharu itu mengenai hudud, beliau berkata, terdapat perkara lebih besar dalam Islam selain hudud, seperti mewujudkan kehidupan lebih baik dan selesa untuk rakyat.

"Untuk melakukannya bukan dengan memperkenalkan undang-undang jenayah Islam untuk membendung jenayah. Anda berjuang umpamanya untuk gaji minimum dan mengurangkan kadar jenayah.

"Semua itu perlu dijadikan sebahagian daripada agenda. Itu pendirian kami apabila berbicara mengenai hudud... sebab itu mereka anggap saya sebagai anti-hudud," katanya.

Mujahid, yang juga salah seorang pemimpin PAS paling dikenali dan terlibat dalam usaha antara agama yang menggalakkan perpaduan serta keharmonian antara orang Islam dan bukan Islam berkata, isu hudud perlu dilihat dalam kerangka undang-undang negara.

"Anda perlu mengimbangi antara rangka kerja perundangan dan hudud sebagai keperluan dalam kanun jenayah syariah. Untuk melaksanakan hudud, anda mesti lihat rangka kerja undang-undang. Untuk berbuat demikian anda perlu melalui proses demokratik.

"Bercakap mengenai proses, anda perlu tahu apa kuasa dan bidang kuasa yang ada. Negeri mempunyai kuasa tetapi ia terhad kepada Akta Mahkamah Syariah, yang menyatakan hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah negeri ialah penjara 3 tahun, denda RM5,000 dan 6 kali sebatan," katanya.

"Melihat kepada perkara ini, kita perlu berlaku sangat praktikal dalam mengendalikannya. Kita perlu melalui proses demokrasi dan menerima keputusannya, sama ada ia (hudud) boleh dilaksanakan atau tidak.

"Bagi 'Gerakan Harapan Baharu', kami melihat hudud dalam konteks itu. Bukan hanya retorik, perkara yang emosi atau sensasi," kata ahli Parlimen Parit Buntar itu.

Dalam rang undang-undang hudud untuk meminda Enakmen Jenayah Syariah Kelantan II, antara hukuman yang dinyatakan adalah pemotongan anggota badan dan merejam sampai mati.
Bagaimanapun, baru-baru ini dilaporkan rang undang-undang persendirian yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Dewan Rakyat untuk meminda Akta Mahkamah Syariah tidak termasuk semua hukuman itu.

Isu hudud adalah punca yang membawa kepada keruntuhan Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP.
Pada Mac, kerajaan PAS di Kelantan membentang dan meluluskan rang undang-undang hudud di Dewan Undangan Negeri dan menimbulkan kemarahan DAP yang sentiasa menentang pelaksanaan hudud.

Selepas saling mengkritik, PAS ketika muktamar tahunannya "menyingkirkan" pemimpin progresif yang mesra PR, menggantikannya dengan kumpulan konservatif, sebelum memutuskan hubungan dengan DAP, yang seterusnya mengisytiharkan gabungan PR terkubur.

Ketika kumpulan progresif menuju ke arah cita-cita parti baharu mereka, Mujahid berkata perlembagaan parti baharu ini dengan jelas akan menentukan asas dan dasar Islamnya.

Mereka juga akan menghormati Perlembagaan Persekutuan, identiti kaum dan pelbagai budaya serta kepentingan bersama rakyat.
Beliau berkata, walaupun parti itu akan menggunakan Islam sebagai panduan ke arah pembangunan negara, ia akan menjadi lebih inklusif, seperti ditetapkan Islam.

"Kami mahu menunjukkan Islam yang berbeza daripada PAS. Isunya sekarang ialah orang melihat PAS dan berasa parti itu tidak lagi mempromosikan aspirasi Islam," katanya. – 11 Julai, 2015.

PAS hipokrit jika kekal dalam kerajaan Selangor, Pulau Pinang, kata Mahfuz

Posted: 11 Jul 2015 08:38 PM PDT


PAS hipokrit jika masih kekal dalam kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang, kata bekas ketua penerangan parti Islam itu Datuk Mahfuz Omar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Julai, 2015.PAS hipokrit jika masih kekal dalam kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang, kata bekas ketua penerangan parti Islam itu Datuk Mahfuz Omar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Julai, 2015.
























 Datuk Mahfuz Omar menyifatkan PAS akan dilihat hipokrit jika masih kekal dalam kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang pada ketika parti itu sudah memutuskan hubungan dengan DAP, sekutu mereka sebelum ini dalam Pakatan Rakyat (PR).

Bekas ketua penerangan PAS itu mengulas mengenai keputusan Majlis Syura Ulama (MSU) PAS yang memuktamadkan untuk memutuskan kerjasamanya dengan DAP pada satu mesyuarat kelmarin.

"Apabila PAS sudah mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan DAP, maka PAS seharusnya tidak bekerjasama dengan DAP dalam kerajaan Pulau Pinang dan Selangor.


"Jika tidak, rakyat akan melihat PAS sebagai hipokrit kerana masih terus dilihat mempunyai hubungan dalam pemerintahan Selangor dan Pulau Pinang," kata Mahfuz yang dipetik dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Kontroversi isu putus hubungan PAS dan DAP tercetus sejak muktamar tahunan parti itu menerima tanpa bahas usul Dewan Ulama tersebut awal bulan lalu.

Susulan keputusan itu, kerajaan DAP Pulau Pinang menyatakan beliau menerima tanpa soal sekiranya ahli PAS dalam kerajaannya mahu meletak jawatan, tetapi mereka enggan atas alasan pelantikan dibuat parti.

Malah, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga sudah memberi kata dua kepada ahli PAS yang enggan berganjak daripada kerajaan negeri.

Sementara itu di Selangor, PAS masih lagi berada dalam pentadbirannya walaupun sudah menamatkan kerjasamanya dengan DAP di negeri tersebut.

Mahfuz berkata, langkah seterusnya kini bergantung kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang perlu mengambilkira keputusan yang dibuat Majlis Syura itu untuk menentukan hala tuju di Selangor dan Pulau Pinang.

"Jawatankuasa Kerja PAS Pusat perlu menentukan dengan bijaksana apa yang perlu dilakukan dengan ahli PAS dalam kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang," katanya.
Mahfuz juga mengulangi pendirian PAS perlu berundur daripada kerajaan negeri.

"Saya hanya memberikan pandangan ahli PAS perlu berundur daripada kerajaan.

"Terpulang kepada mereka," katanya.

Dewan Ulama PAS pada muktamar tahunan ke-61 mengusulkan parti Islam itu memutuskan hubungan dengan DAP selepas Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat kecaman hebat daripada parti sekular itu. – 12 Julai, 2015.

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT