Jumaat, 10 Julai 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Majlis Syura Ulamak Pas Sahkan Putus Hubungan Dengan DAP

Posted: 10 Jul 2015 09:27 PM PDT



Pas terus istiqamah dengan prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua yang menegakkan keadilan dan kesejahteraan untuk semua kaum. Oleh kerana itu, PAS konsisten meneruskan hubungan dengan semua pihak menerusi hubungan tahaluf siasi bersama parti politik dan NGO bukan Islam.

Dalam masa yang sama Pas tetap teguh berpegang dengan dasar-dasar Islam ketika berhubung dengan semua pihak.


Namun Majlis Syura Ulamak kesal dengan tindakan-tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat, serta campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS. Oleh itu, Majlis Syura Ulamak memutuskan bahawa hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal. Dalam masa yang sama, PAS mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR.

Keputusan ini diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dilaksanakan menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa.

 

Dato' Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh
Setiausaha Majlis Syura Ulamak,
24 Ramadhan 1436 / 11 Julai 2015

GABENOR BANK NEGARA DR.ZETI WAJAR LETAK JAWATAN !!

Posted: 10 Jul 2015 08:00 PM PDT



Sepandai-padai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor bertindak dengan pantas menerusi peguamnya meminta Bank Negara menyiasat segera pembocoran akaunnya di Afffin Bank yang menerima RM2 juta.

Tindakan ini mengesahkan tentang wujudnya akaun simpanan itu yang dengan sekaligus menyebabkan orang ramai terfikir bahawa tidaklah semua laporan Sarawak Report palsu.

Berasaskan kebenaran ini, awam juga membuat kesimpulan mudah maka laporan lain-lain SR juga adalah benar walaupun sedang dipertikaikan.

Menerusi peguamnya ,Rosmah memberikan tempoh 72 jam kepada Bank Negara untuk mendapat hasil siasatan terhadap pembocoran akaunnya yang kejadian ini melanggar Akta Perkhidmatan Bank 2013.

Saya kurang ariff apakah isteri seorang Perdana Menteri boleh bertindak sendirian, memerentahkan Bank Negara untuk kes peribadi disamping mengeluarkan kenyataan akhbar mengenainya.

Adakah pekara ini telah ditimbang dengan semasak-masaknya lebih dahulu oleh Jabatan Perdana Menteri atau ini tindakan sendirian Rosmah? .

Pada pandangan saya integriti dan reliability Gabenor Bank NegaraTan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang selama ini dihormati di dalam dan di antarabangsa yang ternama sebagai di antara Ketua Bank Pusat Terbaik di Dunia, sekarang berada dalam keadaan tercabar yang melibatkan keyakinan kepada Bank Negara dan juga pandangan dunia kepada Malaysia.

Ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya pengurusan kewangan negara yang di ketuai oleh Menteri Kewangan telah berjalan dengan cekap dan bijak.

Soal yang berbangkit sekarang kenaapa Pasukan Petugas Khas yang menyiasat 1MDB hanya mengakui mengetahui wujudnya akaun Rosmah itu setelah pendedahan dibuat oleh Sarawak Report?.

Jika alasannya masih dalam siasatan maka kenapa tidak berpegang pada prinsip ini sehingga tamat penyiasatan?.

Sentimen saya kepada Dr. Zeti sama seperti sentimen saya kepada bapanya Pak Ungku Aziz seorang ahli akademik terulong negara dan ibunya Kak Azah (Allahyarhamah ) sebagai s budayawan negara tersuhur yang mendorogkan saya menulis buku biograpi bergambar Tun Abdul Razak untukYayasan Tun Abdul Razak.

Zeti tidak seharusnya turut tercemar dalam suatu misi yang telah menimbulkan keraguan orang ramai dan sewajarnya meletakan jawatan sebelum pergi lebih jauh dalam mission impossible ZAM


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

72 Jam Diberi Untuk BNM Bertindak Terhadap Pembocor Akaun Rosmah

Posted: 10 Jul 2015 07:30 PM PDT



Firma guaman yang bertindak bagi pihak Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mengesahkan akaun Affin Bank yang didakwa menerima RM2 juta deposit tunai seperti yang dilaporkan oleh Sarawak Report, adalah kepunyaan isteri perdana menteri.

Bagaimanapun, firma guaman itu berkata kebocoran maklumat akaun itu, melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan oleh itu menuntut Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil tindakan.

Firma guaman Tetuan Noorhajran Mohd Noor dalam satu kenyataan malam ini berkata perlindungan maklumat dan kerahsiaan dan kekangan terhadap pertanyaan khusus mengenai hal ehwal pelanggan tertentu, juga diperuntukkan di bawah Akta yang sama.

Katanya, dalam satu pelanggaran jelas fungsi bank dan memandangkan profil pelanggannya di peringkat nasional dan antarabangsa, ia berharap BNM dengan segera dan/atau dalam tempoh 72 jam menjalan satu siasatan dan mengeluarkan penemuan terhadap pendedahan yang tidak dibenarkan di pihak bank itu.

Dalam mengesahkan akaun itu milik Rosmah, firma guaman itu berkata ia telah dibuka semasa pelanggannya itu seorang pekerja.

Akaun bank yang disebut dalam laporan di atas, katanya adalah akaun peribadi pelanggannya.

Menurutnya, ia dibuka pada tahun 1984 ketika pelanggan berkhidmat dengan Island & Peninsular Sdn Bhd (kini dikenali sebagai I&P Group Sdn Bhd).

Firma guaman itu juga menuduh Sarawak Report membuat "inferens" terhadap Rosmah dan menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk bertindak.

Walaupun firma guaman itu mendakwa "inferens" Sarawak Report itu berniat jahat untuk memfitnah Rosmah, namun ia tidak menyebut tentang sebarang saman fitnah.


Tawar khidmat seks ??

Posted: 10 Jul 2015 07:00 PM PDT

 
Tawar khidmat seksKUALA LUMPUR  - Seramai 53 wanita warga asing ditahan kerana dipercayai menawarkan khidmat seks kepada pengunjung di dua premis hiburan di sekitar Jalan P. Ramlee di sini, semalam.

Turut ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 8 malam itu ialah seorang lelaki warga asing berpakaian perempuan yang turut dipercayai menawarkan khidmat yang sama.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, tangkapan tersebut dibuat ketika pegawai dan anggota Pasukan Tindakan Taktikal Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (Stagg), Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur menyamar sebagai pengunjung.

"Ketika operasi dijalankan, ke­semua warga asing terbabit bergerak ke setiap meja pengunjung termasuk meja pasukan yang menyamar bagi menawarkan perkhidmatan mereka.

"Mereka turut menentukan bayaran perkhidmatan dari RM300 hingga mencecah ribuan ringgit termasuk bayaran untuk bilik hotel," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Menurut Zainuddin, kesemua yang ditahan terdiri daripada seorang lelaki warga Vietnam, 39 perempuan warga Vietnam, Uzbekistan (9), Indonesia (2), Filipina (2) dan Thailand (1).

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam akaun Twitter rasminya turut mengesahkan kejayaan tersebut dan mengucapkan tahniah atas kejayaan pasukan berkenaan. - UTUSAN

Mahasiswa desak Najib undur ‘bertembung’ pesara polis di Putrajaya

Posted: 10 Jul 2015 06:30 PM PDT

 

Sekumpulan mahasiswa yang dikenali sebagai "Gerakan Mahasiswa Selamatkan Negara" yang cuba menyerahkan memorandum menuntut peletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya menerima cabaran dalam bentuk gangguan daripada sekumpulan orang awam tidak bersetuju dengan tindakan mereka.

Pesara polis, Roslan Darus, 58, adalah orang awam yang paling lantang membantah cubaan kumpulan kira-kira 10 mahasiswa itu untuk berucap, sewaktu membuat demonstrasi ringkas bersama kain rentang dan sepanduk di hadapan Masjid Putra, Putrajaya pada kira-kira jam 2 petang selepas solat Jumaat, petang ini.

"Tunggulah lagi 2 tahun. Ayat pun tak betul nak bercakap apa?

"Lawanlah dik, Seri Perdana dah dekat dah tu," kata Roslan kepada mahasiswa itu sewaktu salah seorang wakil mereka cuba berucap di hadapan masjid.

Tindakan Roslan mengundang ketawa orang ramai yang berkerumun di hadapan masjid bagi mengetahui demonstrasi kecil yang berlaku selepas solat Jumaat tadi.

Kumpulan mahasiswa itu kemudian berarak ke arah bangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang terletak bersebelahan Masjid Putra dan dalam kawasan sama dengan kediaman rasmi PM, Seri Perdana.

Mereka berarak sambil membawa kain rentang putih bertulisan "Mahasiswa tuntut Najib undur" serta beberapa sepanduk diperbuat dari kad manila bertulisan "Step down Najib" dan "Najib isytihar harta".

Sekumpulan kira-kira 7 orang anggota polis beruniform mengawasi pergerakan mahasiswa berkenaan.



Pada masa sama, The Malaysian Insider menemu bual Roslan yang kekal di kawasan masjid dan tidak mengekori pergerakan mahasiswa itu.

"Saya menyampah pasal Melayu ini tak reti hendak bersyukur dengan nikmat.

"Kalau tak ada polis (berkawal) saya tampar semua itu tetapi, saya hormat polis kerana saya pun bekas polis.

"Saya dulu sekolah orang putih bayar RM9.90 sebulan, tetapi kita hari ini bangsa Malaysia semua dapat (pendidikan) percuma," katanya.

Wakil kumpulan mahasiswa itu, Muhamad Luqmanul Haqim Zul Razali kemudian membacakan 3 tuntutan mereka di hadapan pintu masuk – menuntut Najib mengesahkan tuduhan The Wall Street Journal meliputi nombor akaun dan dakwaan wang masuk ke akaunnya, serta menuntut Najib mengisytiharkan harta.

"Sekiranya Datuk Seri gagal melakukan segala di atas, kami menuntut Datuk Seri dan semua kepimpinan negara meletak jawatan.

"Atau kami akan menggerakkan satu gerakan besar-besaran bagi menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri dan Barisan Nasional," kata Luqmanul Hakim membacakan kenyataan media.

Bagaimana pun, tiada sebarang serahan memorandum dilakukan kepada mana-mana wakil JPM. –TMI

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

PAC akan panggil Jho Low

Posted: 10 Jul 2015 06:00 PM PDT


PAC akan panggil Jho LowJawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, berdasarkan laporan interim Ketua Audit Negara mengenai syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, keputusan memangguil Jho Low itu berdasarkan kapasiti ahli perniagaan itu sebagai lembaga penasihat Terengganu Investment Authority (TIA).

"Selepas kita mendengar taklimat beliau mengenai pelaburan 1MDB yang baru pagi ini, kita buat keputusan memanggil Jho Low atas kapasiti sebagai penasihat TIA yang ditubuhkan pada 2009 dan kemudiannya diambil alih Putrajaya tahun sama.

"Kedudukan rasmi Jho Low adalah sebagai penasihat kepada pengerusi lembaga penasihat yang disahkan dalam laporan Ketua Audit Negara," katanya pada sidang media selepas sesi taklimat laporan interim Ketua Audit Negara mengenai 1MDB di Parlimen.

Jazlan berkata, tujuan PAC untuk memanggil Jho Low kerana mahu ahli perniagaan itu menjelaskan beberapa isu berkaitan 1MDB namun tidak menjelaskan perkara tersebut.

Sementara itu, ditanya adakah PAC dapat menjamin kehadiran ahli perniagaan itu, Jazlan berkata ia terpulang kepada Jho Low.

Jawapan yang sama juga diberikan Jazlan berkenaan kemungkinan PAC mengambil tindakan undang-undang sekiranya Jho Low enggan hadir.

"Kita tidak mahu sampai ke peringkat itu tetapi ia terpulang kepadanya (Jho Low)," kata beliau tanpa memaklumkan tarikh PAC akan memanggil Jho Low.

Kata Jazlan, buat masa ini kepentingan PAC ialah menyelesaikan pendengaran bekas dan ketua pengarah eksekutif 1MDB termasuk saksi baharu serta firma audit  syarikat tersebut.

Pada masa sama, beliau berkata hasil pembentangan Ketua Audit Negara membangkitkan beberapa persoalan baharu yang memerlukan saksi lama dan baharu dipanggil semula pada Ogos dan September.


Antaranya ketua pegawai pelaburan yang bertanggungjawab mengenai 1MDB Vincent Koh, Penasihat Undang-undang Pelaburan Ivan Chen dan Pengarah Eksekutif Terence Geh.

"PAC juga akan memanggil anak syarikat 1MDB iaitu 1MDB Investment Holdings Ltd pada 4 Ogos ini, begitu juga, Datuk Shahrul Helmi, Setiausaha 1MDB Jasmine Loo termasuk Pengarah Urusan Brazen Sky Azmi Tahir," ujar beliau lagi.

Beliau turut memaklumkan, hasil laporan interim mendapati beban hutang meningkat 1MBD berpunca daripada pelaburan berdasarkan keterangan saksi yang terlibat dalam bidang itu.

Beliau berkata, ia punca mengapa saksi baharu dipanggil berdasarkan beberapa persoalan baharu yang timbul.

Selain itu, Jazlan juga berkata wujudnya percanggahan jawapan antara Ketua Audit Negara dan Ketua Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda KandaSamy

"Ketua Audit Negara memberitahu beliau tidak menerima dokumen 1MDB, bagaimanapun Arul Kanda maklumkan ia sudah diberi. Bagi pihak kita, sudah tentu lebih percayakan Ketua Audit Negara," katanya.

Malah beliau juga menafikan penambahan saksi baharu dan lama dalam siasatan PAC membuktikan krisis skandal kewangan membabitkan kerajaan yang kritikal.

"Kita tidak kata keadaan semakin teruk. Terpulang kepada persepsi umum menterjemahkannya. Kita hanya menjalankan tanggungjawab menjalankan siasatan secara adil dan setara," katanya. – TMI

Tahukah Anda ?? 18 Manfaat Negara Boleh Dapat Dengan Dana RM42 Bilion Yang Ditelan 1MDB

Posted: 10 Jul 2015 05:30 PM PDT

 
Selepas melihat senarai di bawah, pasti sukar untuk anda percaya betapa banyaknya negara kita telah bazirkan duit.

Pertama sekali anda kena tahu macam mana nak tulis 1 bilion. Kalau 1 juta ada enam sifar di belakang (1,000,000), 1 bilion pula sama dengan seribu juta atau ada sembilan sifar di belakang (1,000,000,000).

Jadi kalau RM42 bilion, ia ditulis seperti ini = RM42,000,000,000.

Faham kan?

Sebelum ini, perkataan "bilion" merujuk kepada sejuta juta (1,000,000,000,000).

Walau bagaimanapun, cara penulisan telah diubah dan perkataan "bilion" itu kini jelas bermaksud seribu juta (1,000,000,000) sampailah sekarang.
Kalau anda nak tahu, jumlah RM42 bilion itu terlalu banyak sehingga mampu untuk...

1. Bina 63 lagi sistem Bus Rapid Transit (BRT) seperti di Sunway.

Keseluruhan pembinaan laluan bertingkat BRT Sunway adalah berjumlah RM661 juta. Bas elektrik berteknologi tinggi yang berulang-alik di sepanjang laluan bertingkat sejauh 5.4 kilometer (km) ini melintasi tujuh stesen dan meliputi radius populasi penduduk seramai 500,000 orang.

Dengan RM42 bilion, sebanyak 63 lagi projek yang seumpama ini boleh dibina.

2. Bina lagi SATU projek Mass Rapid Transit (MRT) dengan tiga jajaran utama.

Projek Mass Rapid Transit (MRT) telah diumumkan oleh kerajaan pada Disember 2010. Projek ini melibatkan tiga jajaran utama dengan anggaran kos awal sebanyak RM50 bilion.

Walaupun kos lebih daripada RM42 bilion, kerajaan boleh guna hasil kutipan GST selama 4 bulan (April, Mei, Jun, Julai) iaitu sebanyak RM10.4 bilion bagi menampung kos selebihnya.

3. Bina lagi DUA Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 1,663 kilometer bagi meningkatkan tahap ketersampaian.

Jajaran Lebuhraya Pan Borneo merangkumi Kuching di Sarawak hingga ke Tawau, Sabah.

Dibina dengan kos keseluruhan RM27 bilion, projek Lebuhraya Pan Borneo akan melibatkan pembinaan dan penambahbaikan jalan raya sepanjang 1,663km dari Sarawak ke Sabah iaitu 936km jalan di Sarawak dan 727km untuk Sabah.

Dua lebuhraya ini akan menelan kos RM54 bilion. Kerajaan boleh gunakan dana 1MDB RM42 bilion beserta kutipan cukai GST untuk lima bulan (April, Mei, Jun, Julai, Ogos) untuk cukupkan duit.

4. Bina lagi SATU projek kereta api laju Kuala Lumpur - Singapura, mungkin ke arah utara pula.

Projek kereta api laju menghubungkan Singapura dan Kuala Lumpur dengan kos anggaran RM40 bilion dijangka siap paling awal pada 2022. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura dijangka hanya mengambil masa selama 90 minit.

Masih ada baki RM2 bilion.

5. Bina 21 lagi projek Terowong SMART supaya dapat selesaikan terus masalah banjir dalam negara.

SMART adalah singkatan kepada Stormwater Management And Road Tunnel dan ianya telah mula dibuka kepada umum pada 14 Mac 2007. Pembinaan projek SMART Tunnel ini telah bermula pada tahun 2003 dengan kos sebanyak RM1.93 billion untuk menyiapkannya.

SMART Tunnel ini juga merupakan terowong pertama di dunia dilengkapi dengan laluan kenderaan dan saluran air.

Satu terowong kos RM2 bilion, 21 terowong yang sama kos RM42 bilion.

6. Boleh tampung kos tragedi banjir di Kelantan, daripada kos infrastruktur sehinggalah ke kos baik pulih rumah mangsa banjir.

Masalah pembinaan rumah untuk mangsa banjir masih belum selesai.

Kerajaan menganggarkan kos baik pulih di Kelantan selepas tragedi banjir adalah sebanyak RM2 bilion.
Kos infrastruktur yang lain RM360 juta.
Kos baik pulih 3,000 buah rumah mangsa banjir sebanyak RM30 juta.

Kos keseluruhan tak sampai RM3 bilion.

Kalau diikutkan, kerajaan sebenarnya boleh bagi rumah baru kepada SELURUH 1.6 juta rakyat Kelantan dengan dana RM42 bilion.

7. Biaya kos kutipan tol Malaysia selama 7 tahun setengah bagi meringankan beban rakyat.

Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Rosnah Rashid Shirlin, kutipan tol bagi 2013 ialah RM5.4 bilion dan 2014 sebanyak RM5.425 bilion.

Dengan dana RM42 bilion, Malaysia boleh jadi sebuah negara bebas tol selama 7 tahun setengah.

8. Tanggung kos minyak selama SETAHUN untuk 14 juta rakyat yang bekerja di seluruh Malaysia.

Berdasarkan statistik dari imoney.my, purata penggunaan minyak bagi golongan bekerja di Malaysia adalah sebanyak RM230 sebulan.

Menurut Bank Negara Malaysia pula, jumlah guna tenaga dalam negara meningkat kepada 13.6 juta pekerja pada Disember 2014. Mungkin jumlah itu naik lagi sekarang dan boleh mencecah sehingga 14 juta.

Jadi...

Kos minyak seorang dalam setahun: RM230 x 12 = RM2760
Kos minyak 14 juta orang dalam setahun: RM2760 x 14,000,000 = RM38.64 bilion.

Setelah ditolak, kerajaan masih ada baki sebanyak RM3.36 bilion.

9. Bina 280,000 unit gelanggang futsal siap berbumbung dan berjaring untuk galakkan kempen #FitMalaysia.

Menurut sumber, kos untuk membina DUA gelanggang futsal di bangunan berbumbung adalah sebanyak RM300 ribu.

Jadi, dengan RM42 bilion, 280,000 ribu gelanggang boleh dibangunkan di seluruh negara. Kalau bahagikan 280,000 kepada 14 negeri, setiap negeri akan dapat 20,000 gelanggang baru. Banyak!

10. Bekalkan elektrik, sumber air bersih, dan akses jalan raya kepada kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.

Kerja-kerja pemasangan paip diusahakan di kawasan pedalaman Sarawak.

Harus diakui, keadaan kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak memang menyedihkan. Pada 2013, 41% kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah masih tidak mempunyai bekalan air, 33% kawasan tidak bersambung dengan grid elektrik, dan terdapat banyak kawasan yang tidak mempunyai jalan untuk akses kenderaan.

Kerajaan memperuntukkan RM26 juta untuk mendirikan tambahan 10 batang tiang lampu di 22,000 kampung di Sabah dan Sarawak.

Jadi, dana RM42 bilion itu sangat mampu untuk menyediakan bekalan elektrik, sumber air bersih, dan akses jalan raya kepada seluruh kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.

11. Beri pendidikan percuma berkualiti dari peringkat tadika hingga Universiti Ijazah pertama beserta makanan dan pengangkutan percuma kepada semua pelajar untuk 4 tahun.

Statistik menunjukkan dengan adanya RM5-6 bilion setiap tahun kerajaan mampu memberi pendidikan percuma dari tadika hingga Universiti Ijazah pertama.

Jika kerajaan memperuntukan RM10 bilion setiap tahun untuk pendidikan, negara mampu memberi satu sistem pendidikan percuma yang berkualiti berserta dengan makanan dan pengangkutan percuma kepada semua pelajar.

Siapa kata pendidikan percuma di Malaysia tidak boleh direalisasikan?

12. Langsaikan hutang yang ditanggung Malaysia Airlines supaya 6,000 kakitangan yang diberhentikan terus dapat bekerja macam biasa.

Banyak pihak mungkin dah lupa bail out pada 2000/2001 dulu. Kerajaan membayar kepada Tan Sri Tajudin Ramli hampir RM1.8 bilion untuk saham MAS bernilai RM800 juta yang dipegangnya. Tajudin memegang tampuk kawalan MAS dengan membeli 32 peratus saham Bank Negara untuk RM1.8 bilion pada 1994.

Tajudin menjual semula saham terkawal itu kepada kerajaan dengan harga RM8 seunit berbanding nilai pasaran RM3.68 seunit pada 2001, setara dengan perbelanjaannya RM1.8 bilion pada 1994 walaupun MAS mengalami kerugian.

Dan dia tinggalkan MAS dengan hutang hampir RM10 bilion. Itulah yang menyebabkan MAS bergelut dengan hutang sehingga hari ini. Hutang RM10 bilion itulah yang menyebabkan MAS sampai sekarang tak mampu pulih.

Dan dengan dana RM42 bilion, apalah sangat kalau nak langsaikan hutang RM10 bilion MAS dan selamatkan pekerjaan kesemua 6,000 pekerja.

13. Beri Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M kepada rakyat Malaysia selama lebih kurang 13 tahun.

Sepanjang tahun 2012 hingga 2015, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM13 bilion dana BR1M yang telah memberi manfaat kepada 7.4 juta rakyat.

Ini bermakna, purata setahun ialah RM3.25 bilion.

Jadi...

RM42 bilion bahagi RM3.25 bilion = 12.9 tahun

14. Mansuhkan cukai kereta import selama ENAM tahun supaya rakyat boleh beli kereta luar negara pada harga rendah.

Menurut sumber, kerajaan mengutip sebanyak RM7 bilion cukai kereta import setiap tahun.

Jadi, RM42 bilion itu boleh jadikan Malaysia negara bebas cukai kereta untuk tempoh 6 tahun.

15. Beri duit belanja makan RM20 setiap hari kepada 100,000 orang miskin untuk tempoh 57 tahun. Boleh bagi makan McD dua kali sehari.
1996

Sehari: RM20 x 100,000 = RM2 juta
Setahun: RM2 juta x 365 = RM730 juta.

57 tahun: RM730 juta x 57 = RM41.61 bilion.

16. Beli 3,230 buah kereta berkuasa tinggi Lykan Hypersport bernilai RM13 juta untuk PDRM banteras jenayah.

17. Tahukah anda, dana RM42 bilion itu juga boleh bina DUA lagi Putrajaya seluas 4,931 hektar...

Lokasinya yang berada ditengah-tengah Koridor Raya Multimedia, Putrajaya seluas 4,931 hektar ini dibangunkan dengan kos RM20.5 bilion.

18. ... dan TUJUH lagi Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang menelan kos sebanyak RM6 bilion.

(Kredit to: FAROUQ JOHARI)
 

Persamaan Antara Rosmah & Rakan2 Seangkatannya Hampir Tiada Bezanya......

Posted: 10 Jul 2015 05:00 PM PDT

Serambi Politik's photo.

Marie Antoinette Pemaisuri Raja Louis ke-14 hingga ke hari ini masih disebut sebagai ikon gaya hidup mewah yang penuh glamor.

Pesta dan kenduri-kendara di Istana menjadi buah mulut warga Perancis.

Marie Antoinette dengan boros membelanjakan dana negara untuk kenduri-kendara, berpoya-poya dan pesta-pestaan seperti tidak ada hari esok.

Semua ini berlaku ketika kaum tani Perancis kebuluran dan kelaparan. Gaya hidup boros Marie Antoinette menjadi peluru untuk menyemarakkan gerakan tunjuk perasaan kaum tani yang hidup semakin dihimpit oleh tuan tanah dan kaum feudal.

Apabila dana negara kosong, Raja Louis mengenakan cukai pertanian yang menjerut leher kaum tani. Marie Antoinette pula terus berbelanja tanpa henti – menempah pakaian dan membeli intan berlian ketika ramai pak tani mati kelaparan.

Perangai dan kelakuan Marie Antoinette ini membantu memangkin kemarahan kaum tani. Akhirnya Revolusi Perancis meledak.

Revolusi Perancis menghapuskan sistem Raja pada 12 September 1792. Akhirnya kaum tani melalui perwakilan mereka dengan sebulat suara bersetuju agar leher Permaisuri Marie Antoinette ini dipenggal pada 16 Oktober 1793.

Itu kisah di Eropah 200 tahun dahulu. Di Amerika Latin sesudah Perang Dunia Kedua kita bertemu dengan Evita Peron. Minah ranggi – pandai menyanyi dan berlakon. Si mak janda berhias ini akhirnya menjadi isteri kedua Kolonel Juan Peron.

Kononnya lawatan rasmi

Dengan berlakunya beberapa rampasan kuasa di Argentina akhirnya Juan Peron menjadi presiden Argentina pada tahun 1946. Apabila Juan Peron menjadi presiden, dengan serta merta Evita menggelarkan dirinya FLOA – First Lady of Argentina.

Dari fakta sejarah Argentina Evita dirakamkan sebagai sosok yang paling berpengaruh dalam politik Kolonel Peron. Evita amat popular. Melalui popularitinya ini, Evita berjaya merembat harta negara. 

Pada tahun 1947 Evita bercanda-canda ke Eropah, kononnya untuk "lawatan resmi negara". Lawatan ini dituduh oleh musuh politik sebagai alasan untuk membuka akaun bank di Switzerland.

Manakala di Asia Tenggara kita bertemu dengan Raden Ayu Siti Hartinah atau Ibu Tien, isteri kedua kepada Jeneral Suharto yang merampas kuasa pada tahun 1965. 

Rampasan kuasa yang ditaja oleh CIA ini menyaksikan pembantaian hampir tiga juta warga Indonesia penyokong Bung Karno.

Ibu Tien juga menjadi FLOI – First Lady of Indonesia. Sejarah merakamkan bagaimana Wanita Pertama Indonesia ini cukup berpengaruh. Media Indonesia dan luar negara turut melaporkan tentang peranan Ibu Tien di belakang kuasa Jeneral Suharto.

Jeneral Haji Muhamad Suharto memerintah Indonesia dengan kejam dan ganas. Suharto membunuh lebih dari tiga juta penyokong Sukarno ketika mengukuhkan rampasan kuasa. 

Setelah berkuasa, ribuan warga Indonesia telah hilang lesap. Pada tahun 1975 Suharto menyerang dan menawan East Timor – tanah jajahan Portugal.

Jeneral Suharto juga memerangi gerakan pembebasan Papua Merdeka dan Gerakan Acheh Merdeka.

Ketika semua ini berlaku Radin Ayu Siti Hartinah telah bertukar menjadi Ibu Ten Percent. Apa sahaja projek di Indonesia jika ingin mendapat kelulusan wajib membayar 'duit kopi' sebanyak atau 10 peratus kepada Radin Ayu Siti Hartinah. 

Dikatakan, suami Wanita Pertama Indonesia ini menjadi orang terkaya di Asia. Anak beranak Jeneral Suharto beraja di mata dan bersultan di hati.

Tidak jauh dari Jakarta ada seorang lagi Mak Janda Berhias yang menjadi First Lady. Namanya Imelda. Mak janda ini sama seperti Evita Peron, seorang bekas Ratu Cantik yang menjual badan kepada jantan-jantan yang berkuasa. 

Akhirnya Imelda menjadi isteri kepada Presiden Marcos – seorang diktator yang berkuasa di Filipina dari tahun 1965-1986.

Setiap hari muncul di TV

Imelda juga amat berpengaruh dalam kerajaan Marcos. Selama 20 tahun Mak Janda Berhias ini merompak dan menjarah harta negara Filipina. Marcos sama seperti Suhato yang dipelihara dan dibantu oleh CIA dan Amerika kerana dasar anti-komunis mereka.

Di zaman Marcos beratus aktivis NGO dan aktivis antidiktator hilang lesap begitu saja. Warga Filipina selama 20 tahun terpaksa berhadapan dengan kerenah dan perangai Imelda yang saban hari muncul di kaca TV dan di akhbar. Kenduri-kendara dan pesta-pestaan Imelda menjadi sebutan hingga ke hari ini.

Pada satu ketika, Imelda membuat festival filem yang dikatakan lebih hebat dan lebih glamor dari Festival Filem Cannes. Pada tahun 1986 semuanya berakhir. Berjuta-juta rakyat Filipina turun ke jalan raya menghalau dan menghambat kaum keluarga Marcos dari bumi Filipina.

Paling terbaru ialah seorang perempuan yang bernama Leila Ben Ali yang hanya bekerja sebagai pendandan rambut. Si Leila ini dengan licik berjaya mengahwini Zainal Abidin Ali yang merampas kuasa pada tahun 1987 untuk menjadi Presiden Tunisia.

Minah pendandan rambut ini memaksa media Tunisia memanggil dirinya FLOT – First Lady of Tunisia. Untuk membuktikan bahawa sebagai sosok yang prihatin si minah ini telah menubuh SAIDA badan amal melawan barah. Melalui badan amal SAIDA ini dana negara telah disalurkan ke poket Leila.

Kesah gaya hidup bekas pendanan rambut ini cukup menarik. Pernah dilaporkan oleh media Perancis bagaimana Si Leila menghantar sebuah pesawat khas terbang ke Selatan Perancis hanya untuk membeli aiskrim yang diminatinya.

Pada 4 Januari 2011, seorang anak muda 26 tahun bernama Mohamed Bouazizi melakukan protes dengan membakar dirinya. Inilah permulaan kepada gerakan jalan raya di Tunisia yang menamatkan 22 tahun penguasaan Leila dan Zainal Abidin.

Ketika diburu oleh rakyat, Leila dan Zainal memecah masuk ke dalam Bank Negara Tunisia dan melarikan 60 kilo jongkong emas. Dua ekor penjahat ini telah melarikan diri ke Saudi Arabia.
Diburu Interpol

Kerajaan baru Tunisia menjatuhkan hukuman 35 tahun penjara kepada dua ekor suami isteri ini. Malah sehingga hari ini Interpol sedang mencari Leila dan Zainal atas tuduhan membunuh dan melarikan duit.

Marie Antoinette, Evita, Imelda, Ibu Tien dan Leila semuanya telah dicampakkan ke dalam tong sampah sejarah. Selepas diporak-perandakan, negara ini kini sedang berusaha untuk pulih semula.
Kisah perempuan-perempuan ini sedang berulang di hadapan mata kita. Kisah ini tidak jauh bezanya dari apa yang sedang dihadapi oleh 26 juta rakyat Malaysia sekarang.

Kisah di Malaysia juga bermula dengan seorang mak janda berhias yang merayau-rayau mencuba nasib. Akhiri berjaya mengahwini seorang duda Lanun Bugis bernama Najib Razak.

Sebaik sahaja Lanun Bugis ini dilantik menjadi perdana menteri Malaysia – si mak janda berhias menggelarkan dirinya FLOM, walaupun dari segi protokol, First Lady of Malaysia ialah Baginda Permaisuri Agong.

Si mak janda berhias ini sedang membawa malapetaka yang maha hebat ke atas bumi Malaysia. Belum pernah terjadi dalam sejarah Tanah Melayu malapetaka sabagini.

Kita ada membaca kesah Raja Bersiong di Kedah. Raja Bersiong yang zalim disurahkan suka memakan hati dan darah anak dara. Tapi ini kesah hikayat, bukan fakta, bukan seperti yang kita rasakan hari ini.

Akhbar New York Times melaporkan tentang anak Rosmah melabur US$100 juta untuk membuat filem di Holywood – bukan RM100 juta tapi US$100 juta. Ertinya kali tiga duit ringgit.

Punca kekayaan Najib, Rosmah

Anak Rosmah yang sama juga membeli sebuah pondok yang bernilai lebih dari 110 juta ringgit di New York.

Orang ramai tertanya-tanya dari mana mamat ini dapat duit? Malah, bekas perdana menteri Mahathir Muhamad bertanya dari mana puncanya harta kekayaan Rosmah Mansor dan Najib Razak. Soalan itu hingga hari ini masih belum terjawab.

Rosmah Mansor hanya anak guru sekolah bukan Puteri Raja Saudi Arabia. Justeru, amat jelas bahawa harta kekayaan ini pastilah datang dari duit dana negara. Mustahil dari gaji Najib Razak.

Kini, hari demi demi hari bukti telah mula muncul tentang 1MDB. Syarikat 1MDB ini adalah badan pelaburan kerajaan yang dikepalai oleh Najib Razak yang juga Menteri Kewangan. Media telah melaporkan bagaimana berbilion ringgit telah lesap. Media dan laman portal telah menulis tentang RM 42 bilion hutang 1MDB yang akan menjadi hutang negara dan akan menjadi hutang rakyat.

Semua ini telah memaksa Mahathir Muhamad mengeluarkan pertanyaan – siapakah jantan Cina Jho Low yang menjadi penasihat 1MDB? Cina ini juga dikatakan berjaya merembat duit negara melalui 1MDB. Adalah juga dimaklumkan bahawa Budak Cina dari Pulau Pinang ini adalah juga kawan baik kepada anak Rosmah Mansor.

Keadaan ini juga telah memaksa Ketua Bahagian United Malays National Organisation Cheras – untuk tidak dilihat bangang – dengan lantang bersuara meminta Jho Low ini ditangkap dan dibawa pulang ke Malaysia untuk disiasat oleh SPRM.

Kesah mak janda FLOM ini bercanda-canda menggunakan jet rasmi negara bukan lagi satu rahsia. Kesah boros mak janda berhias ini mungkin juga telah sampai ke telinga bayi dalam kandungan. 

Marie Antoinette dikaitkan oleh sejarah dengan rantai leher intan berlian. Manakala Rosmah Mansor telah dikaitkan dengan cincin intan berlian yang berharga berjuta ringgit.

Paling akhir ialah Kenduri Tersohor Kurun ini. Mengikut Mahathir Muhamad, bekas PM ini telah mendengar bagaimana dalam kenduri perkahwinan anak janda berhias ini, harga bunga sahaja telah mencecah RM3 juta – diulangi – bukan RM3, bukan RM3 ribu, tapi RM3 juta ringgit.

Ini baru harga bunga belum diketahui harga yang lain

Apa sebenarnya watak perempuan ini? Siapa mereka ini? Kenapa mereka berperangai sedemikian. Tunggu minggu hadapan. -Hishamuddin Rais/mk


copy paste

Terlalu banyak dosa yg disimpan drpd pengetahuan manusia2 lain...

Posted: 10 Jul 2015 04:30 PM PDT

Syeikh Amri Al-Baluni's photo.


Kamera rakaman Allah swt senantiasa merakam segala dosa yg dilakukan..

Ianya pasti akan dipancarkan 'live' di Yaumul Mahsyar nanti... pasti...

Ya Allah...

Ampunkan dosa2 kami...

Sama ada sengaja mahupun tidak. 

Sama ada terang mahupun gelap..

Allah Allah Allah...

ASSALAMMUALAIKUM & SELAMAT PAGI SEMUA....!!

Posted: 10 Jul 2015 04:15 PM PDT

Bagi Melicinkan Siasatan Oleh "TASK FORCE" Yang Dilantik, Najib Harus Letak Jawatan !!

Posted: 10 Jul 2015 02:11 PM PDT

Najib Terkedu Dengan Statement Ini?



Bekas TPM Ibarat Saguhati Kepada Negara Jika Najib Letak Jawatan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai 3 pilihan dalam merencana masa depannya bagi menangkis tuduhan pemindahan wang AS$700 juta (RM2.67 bilion) yang dipindahkan ke akaun peribadinya, kata Tun Musa Hitam.

Bekas timbalan perdana menteri yang berkhidmat dari tahun 1981-1986 itu berkata, Najib boleh kekal memegang jawatannya dan berhadapan tuduhan itu, meletak jawatan, atau bercuti bagi memberi laluan kepada siasatan sedang berlangsung.

Secara peribadinya, beliau amat mengesyorkan jika Najib memilih jalan ketiga bagi "memberi ruang secara psikologi, politik dan perundangan" kepada siasatan yang sedang berlangsung ke atas dakwaan itu.

Menurutnya, Najib boleh meletakkan jawatan dan ia ibarat "sagu hati" kepada negara bagi memberi laluan kepada pelapis baharu dalam Umno.


"Namun, saya dengan rendah diri mengesyorkan Najib melaksanakan pilihan ketiga iaitu bercuti buat sementara waktu bagi memudah cara siasatan non-partisan yang sedang berlangsung.

"Ini pilihan terbaik yang akan mempamerkan kepimpinan Najib, karakter, serta personaliti yang selari dengan prinsip demokrasi berparlimen," katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider.

Mengenang Tun Razak

Bercakap secara eksklusif kepada The Malaysian Insider, negarawan berusia 81 tahun itu berkata sudah tiba masanya beliau bersuara berkenaan isu-isu yang menyelubungi negara.
Bekas TPM Ibarat Saguhati Kepada Negara Jika Najib Letak Jawatan

"Situasinya kini menuntut saya agar tidak berdiam diri lagi.

"Negara ini dibina dengan indah walau bagaimana sekali pun anda melihatnya.

"Namun, perkara yang berlaku dalam negara kita sekarang pastinya menjerumuskan kita ke dasar dengan pantas – ke dalam situasi yang menjahanamkan diri kita sendiri – jika kita tidak segera bertindak," katanya bercakap sepatah demi sepatah, seperti memikirkan dengan mendalam setiap perkataan yang dituturkan agar maksudnya jelas.

Menurut Musa, beliau terpanggil membuat seruan ini dalam bulan Ramadan yang mulia apabila mengenangkan nama baik mentornya, Tun Abdul Razak.

Almarhum Tun Razak, adalah bapa Najib merangkap bekas perdana menteri Malaysia kedua.

"Saya mengenangkan nama baik mentor saya, yang melatih saya, yang membawa negara kita pada kedudukannya sekarang, seorang yang cakna pada orang miskin, seorang yang mengambil berat terhadap rakyat.

"Seorang yang begitu banyak menyumbang iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak. Beliau menjaga saya dengan sangat baik. Sekarang saya rasa macam hendak menitiskan air mata...

"Maaf..saya tak pernah begini," kata Musa.

Pada masa ini, Musa berhenti bercakap selama kira-kira 10 saat, dan matanya kelihatan kemerah-merahan berkaca bergenangan air mata.

"Kini, kita ada seorang individu yang membawa namanya dan ia membuatkan saya lebih tertekan apabila memikirkannya.

"Lakukan perkara ini (berehat). Jika pun anda rasakan anda bersalah dalam beberapa perkara, serah diri kepada Tuhan.

"Ingat, Tuhan Maha Pengampun tetapi Dia juga akan memulangkan kembali apa-apa perkara tidak elok yang kita lakukan, menurut caraNya sendiri.

"Saya melakukan perkara (seruan) ini tanpa niat buruk. Malah saya tidak untung atau rugi apa-apa. Najib sendiri begitu rapat dengan saya," kata Musa meneruskan perbualan.

Umno dalam penafian

Sementara itu, mengulas situasi Umno sekarang, Musa menyifatkan parti itu kini berada dalam penafian. 

Katanya, Umno perlu mengakui masalah ini dan mencari ikhtiar bagi menyelesaikannya.

"Mereka perlu cari alternatif dan ini tidak bermakna menyingkirkan presiden tetapi meneliti pilihan-pilihan yang ada.

"Ini perlu dilakukan dengan tenang, rasional dan mengambil kira kepentingan negara," katanya lagi.

Musa juga menegaskan beliau tidak percaya dengan sokongan terbuka diberikan kepada mana-mana pemimpin yang masih memegang tampuk kuasa.

"Mereka yang mengikrarkan sokongan ini adalah yang pertama akan angkat kaki apabila pemimpin mereka dilanda masalah," katanya mengimbau kembali kenangannya dalam parti.

Pada 2 Julai lalu, The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan sebanyak AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke akaun peribadi Najib di AmPrivate Bank, Kuala Lumpur.

Dakwaan itu kemudian disokong dengan dokumen yang dimuat naik ke atas talian oleh WSJ.

Terkini, pasukan petugas khas menyiasat dakwaan WSJ mengesahkan Najib pernah mempunyai 2 akaun peribadi di AmBank yang sudah ditutup – sekali gus mengiakan sebahagian daripada laporan WSJ. 

Najib bagaimana pun sebelumnya tanpa mengesahkan atau menidakkan laporan itu, menafikan pernah menggunakan wang yang dimaksudkan demi "kepentingan peribadi".

Sewaktu laporan ini ditulis, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor pula didakwa menerima deposit wang sebanyak RM2 juta di antara 10 Februari hingga 23 April tahun ini.

Selamat Hari Lahir ke-90 Tun M FMT Reporters

Posted: 10 Jul 2015 08:15 AM PDT

 
mahathir_h.day_6001
Tun M berdoa supaya terus diberi kekuatan untuk terus bergiat aktif dalam meneruskan perjuangannya.

PETALING JAYA : Ahli keluarga dan artis mengambil peluang mengucapkan Selamat Hari Lahir ke-90 kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyambutnya pada Jumaat.

Melalui laman sosial Instagramnya, Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mendoakan agar bekas Perdana Menteri yang kini telah mencecah umur 90 tahun itu dirahmati Allah.

"Selamat Hari Lahir Bapa Pembangunan & Permodenan Malaysia..Negarawan yang Ku Hormati. Ya Allah Rahmatilah beliau. amin Ya Rabb," tulisnya.

Beliau memuatnaik semula (Photo Repost) gambar ucapan Selamat Hari Lahir daripada peminatnya terhadap Dr Mahathir.

Anak sulung Dr. Mahathir, Marina Mahathir turut mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada bapa kesayangannya.

"Selamat ulang tahun ke-90 kepada ayahku sayangi (darling)! Semoga Allah swt sentiasa memberkati anda dengan kesihatan yang baik, kekuatan, keberanian, kegembiraan dan kasih sayang. # TunM90," tulisnya di Twitter.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga menerusi laman Twitter turut mengucapkan selamat ulang tahun kepada bapanya sambil berharap supaya Dr Mahathir dipanjangkan umur dan serta diberi pemikiran yang tajam untuk membuat teguran.

"HBD90 Ayah, HBD89 Ibu (12/7) Pnjg umur, sihat, tajam pemikiran, terus menegur, bahagia dunia akhirat inshaaAllah," katanya.

Anak Mukhriz yang hanya menggunakan nama Ally memuatnaik gambar Dr Mahathir bersama keluarga, kek dan adiknya, Mia, yang berkongsi sambutan hari lahir.

"Happy Birthday to my wonderful sister Mia, You are 7. I love u forever. Happy Birthday Tok Det. You are 90. Love u both," tulisnya di Instagram.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan Dr Mahathir melahirkan rasa syukur kerana masih berpeluang menyambut ulang tahun ke-90.

"Saya bersyukur kerana dapat sambut hari lahir ke-90. Itu yang saya tak sangka sama sekali. Alhamdulillah," katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara.

Dr Mahathir berkata sempena ulang tahun ke-90, beliau berharap supaya terus diberi kekuatan untuk terus bergiat aktif dalam meneruskan perjuangannya sekarang.

"Kalau saya masih boleh bergerak, saya harap boleh terus aktif dalam (menangani) masalah negara," katanya.

Diminta memberikan ucapan kepada rakyat Malaysia, Mahathir sambil tersenyum berkata: "Saya berdoa semua orang dapat merayakan ulang tahun (kelahiran) ke-90."

Kenapa Tuan Ibrahim Tidak Senada Hadi Dan Haron Untuk Bela Najib? Najib tersilap langkah lagi

Posted: 10 Jul 2015 07:42 AM PDT

 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini tersilap langkah lagi apabila beliau sendiri yang menerangkan skop siasatan Pasukan Petugas Khas yang sedang menyiasat dakwaan mengenai penyaluran dana kepada akaun-akaun bank yang didakwa dimiliki beliau.

"Siasatan sedang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas untuk menentukan sama ada tuduhan yang dibuat oleh Wall Street Journal bahawa saya telah mengambil dana 1 MDB untuk kepentingan diri sendiri berasas atau tidak. Siasatan mesti mengambil kira kesahihan dokumen yang telah disiarkan bagi menyokong tindakan akhbar tersebut." – Kenyataan PM, 8 Julai 2015

Kenyataan di atas mengundang persepsi bahawa Pasukan Petugas Khas tidak bebas, sedang menerima arahan, atau melaporkan penyiasatan kepada Najib, selaku orang yang sedang dituduh di dalam kes ini. Ini tidak betul dan tidak baik untuk usaha Najib membersihkan namanya.

Tindakan ini lebih buruk daripada hakikat bahawa empat individu yang mengetuai pasukan siasatan ini iaitu Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pengerusi SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed, and Bank Negara governor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekerja di bawah beliau.

Oleh itu, PAS sekali menegaskan Najib perlu bercuti segera agar siasatan dilihat bersih. Jika tidak, Najib akan kelihatan bermasalah meskipun pasukan siasatan mendapati dakwaan ke atas beliau tidak benar.

Najib berulang kali menegaskan beliau tidak mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri. Ada dua isu fokus yang masih belum dijawab dengan kenyataan di atas – apakah ada dana 1MDB yang disalurkan melalui akaun-akaun yang didakwa milik beliau? Jika ya, untuk kepentingan siapa, jika Najib bercakap benar bahawa ia bukan kepentingan diri sendiri?

Oleh itu, skop siasatan Pasukan Petugas Khas bukan sahaja perlu menentukan samada kebenaran dakwaan samada ada dana 1MDB yang dimasukkan ke akaun-akaun bank yang didakwa milik Najib – malah pasukan ini juga harus menentukan ke manakah dana itu disalurkan seterusnya daripada akaun-akaun bank tersebut.

Apakah ada cek-cek yang dikeluarkan daripada akaun-akaun tersebut, dan siapa penerimanya untuk kepentingan siapa? Diharap siasatan dapat diselesaikan secepat mungkin untuk mengelakkan negara dan rakyat terus berada dalam keadaan gawat dan kebimbangan. Atas ini, selain menyerbu pejabat 1MDB, PAS mencadangkan agar akaun 1MDB juga dapat dibekukan untuk membantu mempercepatkan siasatan.

 


Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
9 Julai 201
5

Najib, Rosmah ‘kebanggaan baru’ negara Faiz Zainudin

Posted: 10 Jul 2015 06:00 AM PDT

 
najib-rosmah-shahbudin

Belum pernah ada dalam sejarah seorang Perdana Menteri dan isteri sama-sama naik dalam berdepan dengan isu penyelewengan wang melibatkan jumlah yang besar.

PETALING JAYA: Pendedahan terbaharu Sarawak Report yang mendakwa sebanyak RM2 juta telah dimasukan ke dalam akaun peribadi Datin Seri Rosmah Mansor membuktikan isteri Perdana Menteri itu merupakan 'kebanggaan kita'.

Sindiran itu dibuat bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin.

Katanya, belum pernah ada dalam sejarah negara Perdana Menteri dan isteri yang sama-sama naik seperti ini dan ia kemungkinan suatu 'kebanggaan baru' setelah bertahun-tahun rakyat negara ini hanya berbangga dengan adanya KLCC dan Putrajaya.

Katanya, isu kemasukan wang ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak belum lagi terjawab, kini isteri beliau pula dipalit dengan isu yang sama, sekaligus mendatangkan beban baru kepada beliau yang akan menjadi bualan umum.

"Sebagai isteri yang selalu digambarkan oleh pembantunya bahawa Rosmah hanyalah seorang suri rumah saja, rakyat kini ghairah ingin tahu daripada manakah datangnya wang sebanyak RM2 juta yang boleh didepositkan ke dalam akaun peribadinya dalam tempoh tidak sampai tiga bulan itu?

"Adakah Rosmah akan mengatakan ia tabungan lama atau pemberian tanda kasih sayang daripada suami tercinta?," tulisnya diblog shahbudindotcom.blogspot.com.

Dia berkata, sekiranya wang tersebut hasil daripada pemberian Najib, maka dari sumber mana wang tersebut diperolehi dan adakah Rosmah seorang yang mengetahui daripada wang tersebut datang.

"Adakah sehari dua nanti Rosmah juga akan memberi jawapan yang cuba mencairkan hati rakyat seperti, "saya tak ambil wang negara atau Permata untuk kepentingan peribadi" atau "kalau ia wang curi, takkan saya masukkan dalam akaun peribadi?"," katanya.

Shahbudin berkata, walaupun rakyat merasakan isu yang berlaku itu satu lagi bahana untuk negara, Najib dan Rosmah semestinya berdepan dengan masalah sama yang membolehkan kedua-duanya berpakat bagi menyelesaikan krisis yang berlaku.

Seluruh dunia dapat teka individu yang dimaksudkan Siti Hasmah - FMT Reporters

Posted: 10 Jul 2015 05:15 AM PDT

 
zam-hasmah

Orang ramai bukan tidak tahu tetapi takut untuk bertanya siapakah yang dimaksudkan itu.


PETALING JAYA: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, ramai yang dapat meneka individu yang berkenaan selepas membaca temubual Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali bersama Malaysiakini.

Katanya, seluruh dunia dapat meneka dengan pantas individu yang dimaksudkan itu walaupun isteri bekas Perdana Menteri itu tidak menyebutnya.

"Walaupun tidak dimaksudkan kepada sesiapa tetapi apabila Dr Siti Hasmah mendedahkan bahawa 'resipi untuk menjadi isteri pemimpin negara ialah jangan bersaing dengan suami anda' maka seluruh dunia dengan pantas dapat mengenali siapakah yang mempunyai sifat ini, memberikan jawapan yang sama dan menunjukan orang yang sama.

"Bila yang sudah tahu bertanya kepada rakannya, Siapakah dalam pikiran dan perhitungan engkau,jawapannya ialah- " Sudah geharu cendana pula,sudah tahu bertanya pula," tulisnya diblog zamkata.blogspot.com.

Zainuddin atau Zam berkata, sebenarnya orang ramai bukan tak tahu tetapi takut untuk bertanya siapakah yang dimaksudkan itu.

Katanya, menerusi tembubual itu, beliaupun tahu Dr. Siti Hasmah tidak menujukan kepada sesiapa tetapi oleh kerana banyak cerita-cerita popular mengenai seorang isteri, maka Dr. Siti Hasmah tidak dapat menyekat kebebasan orang untuk membuat tafsiran.

"Pengenalan saya pastinya sama dengan pengenalan orang ramai tetapi saya tetap amanah menyimpannya sebagai rahsia peribadi," katanya.

Penstrukturan air di Selangor ditangguhkan lagi 60 hari - FMT

Posted: 10 Jul 2015 04:30 AM PDT


Zack Ahmad's photo.

Lanjutan tempoh itu membolehkan kerajaan Selangor menyelesaikan pembelian syarikat SYABAS dan Puncak Niaga.

azmin-ali_air_600

PETALING JAYA: Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor menandatangi Perjanjian Tambahan bagi melengkapkan lagi Perjanjian Utama Air penstrukturan semula industri air di Selangor.

Majlis Menandatangani Perjanjian itu diadakan di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya pada Jumaat.

Antara lain, Perjanjian Tambahan itu membolehkan penstrukturan semula diteruskan tanpa perlu kerajaan Selangor menyerahkan tanah kepada kerajaan Persekutuan seperti yang termaktud dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).

Perjanjian itu memberikan lanjutan 60 hari bermula pada 10 Julai kepada kedua-dua pihak untuk menyelesaikan penstrukturan semula mengikut Perjanjian Utama yang telah ditandatangani pada September 2014, kata kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor.

"Pertikaian hak milik Loji Air Semenyih dan Bukit Nenas antara kerajaan Persekutuan dan Selangor akan diselesaikan secara berasingan.

"Kerajaan Selangor juga akan memberikan aset lain kepada Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) sebagai balasan kepada pampasan RM2 bilion yang diberikan oleh kerajaan Persekutuan untuk kerajaan negeri mengambil alih syarikat konsesi air," kata kenyataan itu lagi.

Lanjutan 60 hari itu membolehkan kerajaan negeri menyelesaikan Perjanjian Jual Beli antara Air Selangor Berhad dengan Puncak Niaga Holdings Berhad untuk pengambilalihan Syarikat Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dan Puncak Niaga Sdn Bhd.

Mengulas perjanjian itu, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, selepas pengambilalihan ini selesai, usaha dan tumpuan akan diberikan untuk meningkatkan perkhidmatan pembekalan air kepada rakyat.

"Kita akan menumpukan usaha mengurangkan peratusan Air Tidak Berhasil (NRW) dan perkhidmatan bekalan air yang lebih cekap," katanya.


- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com

Penstrukturan air di Selangor ditangguhkan lagi 60 hari

 | July 10, 2015
Lanjutan tempoh itu membolehkan kerajaan Selangor menyelesaikan pembelian syarikat SYABAS dan Puncak Niaga.
azmin-ali_air_600
PETALING JAYA: Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor menandatangi Perjanjian Tambahan bagi melengkapkan lagi Perjanjian Utama Air penstrukturan semula industri air di Selangor.
Majlis Menandatangani Perjanjian itu diadakan di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya pada Jumaat.
Antara lain, Perjanjian Tambahan itu membolehkan penstrukturan semula diteruskan tanpa perlu kerajaan Selangor menyerahkan tanah kepada kerajaan Persekutuan seperti yang termaktud dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).
Perjanjian itu memberikan lanjutan 60 hari bermula pada 10 Julai kepada kedua-dua pihak untuk menyelesaikan penstrukturan semula mengikut Perjanjian Utama yang telah ditandatangani pada September 2014, kata kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor.
"Pertikaian hak milik Loji Air Semenyih dan Bukit Nenas antara kerajaan Persekutuan dan Selangor akan diselesaikan secara berasingan.
"Kerajaan Selangor juga akan memberikan aset lain kepada Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) sebagai balasan kepada pampasan RM2 bilion yang diberikan oleh kerajaan Persekutuan untuk kerajaan negeri mengambil alih syarikat konsesi air," kata kenyataan itu lagi.
Lanjutan 60 hari itu membolehkan kerajaan negeri menyelesaikan Perjanjian Jual Beli antara Air Selangor Berhad dengan Puncak Niaga Holdings Berhad untuk pengambilalihan Syarikat Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dan Puncak Niaga Sdn Bhd.
Mengulas perjanjian itu, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, selepas pengambilalihan ini selesai, usaha dan tumpuan akan diberikan untuk meningkatkan perkhidmatan pembekalan air kepada rakyat.
"Kita akan menumpukan usaha mengurangkan peratusan Air Tidak Berhasil (NRW) dan perkhidmatan bekalan air yang lebih cekap," katanya.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/07/10/penstrukturan-air-di-selangor-ditangguhkan-lagi-60-hari/#sthash.Vky3gyND.dpuf

Penstrukturan air di Selangor ditangguhkan lagi 60 hari

 | July 10, 2015
Lanjutan tempoh itu membolehkan kerajaan Selangor menyelesaikan pembelian syarikat SYABAS dan Puncak Niaga.
azmin-ali_air_600
PETALING JAYA: Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor menandatangi Perjanjian Tambahan bagi melengkapkan lagi Perjanjian Utama Air penstrukturan semula industri air di Selangor.
Majlis Menandatangani Perjanjian itu diadakan di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya pada Jumaat.
Antara lain, Perjanjian Tambahan itu membolehkan penstrukturan semula diteruskan tanpa perlu kerajaan Selangor menyerahkan tanah kepada kerajaan Persekutuan seperti yang termaktud dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).
Perjanjian itu memberikan lanjutan 60 hari bermula pada 10 Julai kepada kedua-dua pihak untuk menyelesaikan penstrukturan semula mengikut Perjanjian Utama yang telah ditandatangani pada September 2014, kata kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor.
"Pertikaian hak milik Loji Air Semenyih dan Bukit Nenas antara kerajaan Persekutuan dan Selangor akan diselesaikan secara berasingan.
"Kerajaan Selangor juga akan memberikan aset lain kepada Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) sebagai balasan kepada pampasan RM2 bilion yang diberikan oleh kerajaan Persekutuan untuk kerajaan negeri mengambil alih syarikat konsesi air," kata kenyataan itu lagi.
Lanjutan 60 hari itu membolehkan kerajaan negeri menyelesaikan Perjanjian Jual Beli antara Air Selangor Berhad dengan Puncak Niaga Holdings Berhad untuk pengambilalihan Syarikat Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dan Puncak Niaga Sdn Bhd.
Mengulas perjanjian itu, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, selepas pengambilalihan ini selesai, usaha dan tumpuan akan diberikan untuk meningkatkan perkhidmatan pembekalan air kepada rakyat.
"Kita akan menumpukan usaha mengurangkan peratusan Air Tidak Berhasil (NRW) dan perkhidmatan bekalan air yang lebih cekap," katanya.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/07/10/penstrukturan-air-di-selangor-ditangguhkan-lagi-60-hari/#sthash.Vky3gyND.dpuf

JANGAN SALAH TAFSIR ( saya tidak gila pangkat/jawatan, jauh ambil kesempatan)

Posted: 10 Jul 2015 03:45 AM PDT


Ismaily Bungsu C's photo.

Jawatan bergaji ribu2 lagi saya tinggalkan, inikah pula yang tanpa gaji dilakukan secara sukarela kesan amanah yang diberikan.

Saya menulis sejak 40 tahun dan 30 buku saya hasilkan memang saya minat dan sejak kebelakangan ini saya banyak menulis politik kerana suka sangat.

Suka sangat tetapi DEMI ALLAH menolak untuk jadi calon dan jauh bercita2 mahu jadi YB sebab ikut Shanon Ahmad, menulis/penulis itu juga wakil rakyat sebab menyatakan keinginan rakyat meski tiada kuasa banding YB yang memerintah.

Mata pena lagi bahaya banding kata-kata YB sebab banyak sangat kerajaan jatuh kesan mata pena yang dan kerana itu saya terus menulis dan menulis selagi terdaya.

Bila saya menulis, saya tidak mewakili parti, tetapi saya lebih untuk mewakili rakyat banyak dan menulis dengan baik juga satu amanah yang kekadang meski pahit harus kita katakan sabda nabi.

Saya tahu barangkali ada yang kepingin duduki kerusi yang diamanahkan dan tiada masalah, kapan juga mahu bisa saya serahkan dan saya boleh meletakkan jawatan kalau yang berkenaan mahu.

Perjuangan saya tidak semestinya dalam parti, malah di luar parti lagi berkesan sebagai wakil rakyat banyak di sekitar.

Dalam bidang penulisan sebenarnya saya tidak menumpu sangat dalam whatsapp yang hanya ahli terhad 100 orang sahaja sedang pengundi di Sabah sekitar 2 juta lebih dan di seluruh Malaysia lagi ramai dan kalau sekadar di Whatsapp itu tidak membawa makna sebab SYOK sendiri2.

Makanya saya tubuhkan sekitar 100 grup2 PKR Sabah dan Sarawak yang saya kendalikan sendirian dan kemudian saya diamanahkan jadi admin di grup2 lain di Malaya sekitar 50 grup/niat saya hanya membantu.

Ahli dalam grup facebook saya barangkali sekitar 1-2 juta dan grup Kala Jantung Berdegup saja ahli sekitar 134,000 orang.

Jadi untuk lebih berkesan saya gunakan/sebarkan hasil karya saya dan teman2 lewat grup facebook ini dan kalau sekali hantar bisa dibaca oleh 2,000 orang dan kemudian disebar kepada ayah dan ibu mereka maka itu cukup bermakna dan itu sebab ada beberapa kerajaan di timur tengah jatuh kesan penulisan/serangan melalu facebook dan ini memang bahaya dan cukup berkesan.

Lalu, kiranya ada yang mahu saya tak teragak-agak melepaskan dan saya sendiri sebenarnya mahu menulis secara bebas dan tidak terikat ke mana-mana pihak dan bercakap bagi pihak rakyat Malaysia dan Sabah khususnya.


ISMAILY BUNGSU
sabah

Najib perlu letak jawatan, bercuti atau kekal pegang jawatan - Nasihat Tun Musa Hitam

Posted: 10 Jul 2015 03:00 AM PDT

 
Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam hari ini memberi tiga pilihan kepadaPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menangkis dakwaan terhadapnya mengenai pemindahan wang AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang dipindahkan ke akaun peribadinya.

Menurut laporan The Malaysian Insider, tiga pilihan yang disyorkan oleh Musa itu adalah kekal memegang jawatannya dan berhadapan tuduhan itu, meletak jawatan, atau bercuti bagi memberi laluan kepada siasatan sedang berlangsung.

"Namun, saya dengan rendah diri mengesyorkan Najib melaksanakan pilihan ketiga iaitu bercuti buat sementara waktu bagi memudah cara siasatan terbuka yang sedang berlangsung.

"Ini pilihan terbaik yang akan mempamerkan kepimpinan Najib, karakter, serta personaliti yang selari dengan prinsip demokrasi berparlimen," katanya kepada The Malaysian Insider.
 

Namun, beliau juga berkata Najib boleh meletakkan jawapan untuk member peluang kepada pimpinan baru dalam UMNO.

Musa, yang suatu ketika dulu pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri semasa Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memimpin, berkata beliau tidak boleh lagi berdiam diri mengenai perkara itu dan beliau terpanggil untuk memberikan pendapatnya pada bulan Ramadan apabila mengenangkan nama baik mentornya, Tun Abdul Razak.

"Saya mengenangkan nama baik mentor saya, yang melatih saya, yang membawa negara kita pada kedudukannya sekarang, seorang yang cakna pada orang miskin, seorang yang mengambil berat terhadap rakyat.

"Seorang yang begitu banyak menyumbang iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak. Beliau menjaga saya dengan sangat baik. Sekarang saya rasa macam hendak menitiskan air mata.

"Maaf, saya tak pernah begini," katanya.

Musa dilaporkan berkata beliau tertekan apabila memikirkan Najib yang membawa nama mentornya dan menyerunya untuk berehat dan menyerahkan diri kepada Tuhan sekiranya rasa bersalah.

"Ingat, Tuhan Maha Pengampun tetapi Dia juga akan memulangkan kembali apa-apa perkara tidak elok yang kita lakukan, menurut caraNya sendiri.

"Saya melakukan perkara (seruan) ini tanpa niat buruk. Malah saya tidak untung atau rugi apa-apa. Najib sendiri begitu rapat dengan saya."

Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan seorang veteran UMNO berkata hanya Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah boleh memberi cuti dan 'merehatkan' Perdana Menteri daripada jawatannya.

Siasatan dijalankan selepas laporan WSJ mendakwa kira-kira RM2.6 bilion dana 1MDB dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib tersebar minggu lepas.


Posted by Jeebond BLM.

Ramai Ulama PAS Setuju G18 Tubuhkan Parti Baru

Posted: 10 Jul 2015 02:01 AM PDT




Sebuah pertemuan antara G18, kumpulan yang tewas dalam pemilihan PAS lalu, akan mengadakan pertemuan dengan beberapa ulama 'progresif' dalam parti itu hari ini.

Golongan itu, yang dilihat tidak selesa dengan kepimpinan sedia ada dijadual berlangsung hari ini di Selangor.

Anggota parlimen Parit Buntar Mujahid Yusof Rawa yang akan turut hadir ke pertemuan itu berkata, kumpulan ulama itu menyokong idea Harapan Baru untuk membentuk entiti baru sebelum menyertai DAP dan PKR.

"Kita akan keluarkan pendirian menyokong Islam progresif, dan Islam yang terbuka untuk semua," kata Mujahid ketika ditemui di pusat khidmatnya di Parit Buntar semalam.

Muhajid bagaimanapun enggan menamakan ulama-ulama PAS itu.

"Parti baru ini akan lebih jelas selepas hari raya. Kita sekarang bertemu pelbagai kumpulan di belakang tabir.

"Kita juga bertemu orang ramai semasa acara berbuka puasa," kata bekas anggota jawatankuasa pusat PAS itu.

Harapan Baru merancang sebuah perhimpunan besar bermula di Perlis pada hari raya ketiga nanti.

Mujahid juga berkata perhimpunan selanjutnya diadakan di Perak pada 26 Julai, sementara tarikh acara sama di Pulau Pinang belum dimuktamadkan.

"Perlis sebenarnya bukanlah tempat pertama. Kita sudah adakan perhimpunan di Johor bulan lalu walaupun ketika itu kami belum fikirkan tentang parti baru," katanya.

Mujahid antara 18 pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan PAS Jun lalu akibat kemenangan sapu bersih kumpulan proulama dalam PAS.

Arus itu malah menumbangkan timbalan presiden PAS ketika itu Mohamad Sabu.

Oleh kerana Pakatan Rakyat sudah diisytiharkan tiada lagi oleh DAP, Harapan Baru mempertimbangkan membentuk parti yang mengambil peranan PAS dalam gabungan baru yang digelar "Pakatan 2.0".

Mujahid mendedahkan bahawa harapan Baru didukung kuat beberapa NGO Islam seperti Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMA), Pertubuhan IKRAM Malaysia, dan Angkatan Belia Muslim Malaysia (ABIM).