Khamis, 9 Julai 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Anak Taib Mahmud mohon mahkamah tolak tuntutan RM121 juta bekas isteri

Posted: 09 Jul 2015 09:15 PM PDT


Peguam kepada anak Tun Abdul Taib Mahmud, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi Syariah Persekutuan untuk menolak permohonan bekas isterinya Shahnaz Abdul Majid yang menuntut nafkah anak sebanyak RM121 juta.

Permohonan Mahmud dibuat atas alasan anak mereka kini sudah berumur melebihi 18 tahun.

Dalam satu kenyataan hari ini, Mahmud berkata, tuntutan RM121 juta untuk anak mereka, Raden Murya Abdul Taib Mahmud itu termasuk sebuah rumah teres di London bernilai RM60 juta, kediaman di Bukit Tunku (RM10 juta), 2 kereta Aston Martin (RM5.5 juta), insurans perubatan (RM5 juta) dan dana unit amanah (RM40 juta) bagi diuruskan bekas isterinya.

"Peguam mewakili Mahmud membuat permohonan kepada mahkamah supaya menolak permohonan nafkah anak sebanyak RM121 juta itu atas alasan, mengikut peruntukan Akta Usia Majoriti 1971, anak mereka berumur melebihi 18 tahun dan sudah dewasa," kata kenyataan itu.

Raden dilahirkan pada 11 Disember, 1993 kini berusia 21 tahun 6 bulan dan bukan lagi kanak-kanak untuk diuruskan ibunya, kata kenyataan itu.



"Sehubungan itu, Mahmud berpendirian Shahnaz tiada kapasiti untuk membuat tuntutan bernilai berjuta ringgit terhadapnya bagi pihak Raden," kata kenyataan itu.

Permohonan rayuan itu dibuat di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Datuk Mahammad Ibrahim; Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak Datuk Muhamad Asri Abdullah dan Hakim Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah Datuk Yusof Musa.

Mahmud diwakili peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Saadiah Din.

Keputusan rayuan itu akan didengar pada 14 Julai, 2015. – TMI

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/

Lain Kali Berfikir Dahulu Sebelum Menamatkan Kerjasama Dengan DAP !!

Posted: 09 Jul 2015 08:30 PM PDT

Guan Eng diingat jangan terlalu angkuh, kenang jasa penyokong Pas

lim-guan-eng_Mohd-Yusni_600

Kerajaan Pulau Pinang tidak akan dibentuk jika DAP tidak bekerjasama dengan PKR dan Pas.

PETALING JAYA: Lim Guan Eng diingatkan supaya tidak terlalu sombong dan angkuh kerana kerajaan Pulau Pinang terbentuk hasil kerja keras penyokong Pas.

Ketua Penerangan Pas Pulau Pinang, Mohd Yusni Mohd Diah berkata, jika tidak kerana sokongan kuat penyokong Pas, mustahil kerajaan Pulau Pinang terbentuk seperti hari ini.

"Perlu diingat Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak akan tertegak jika sekiranya DAP tidak membentuk kerjasama dengan PAS dan PKR.

"Usah bongkak dan sombong dengan kemenangan dilakar, sedang kemenangan itu diraih hasil titik peluh para petugas khususnya ahli-ahli Pas yang bertungkus lumus bekerja menentang Umno-Barisan Nasional," katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Yusni berkata, Guan Eng tidak sepatutnya memecat mana-mana kakitangan Pas secara terburu-buru dengan membuat tafsiran gopoh terhadap usul muktamar Pas untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Katanya, ini kerana, Majlis Syura Pas belum membuat sebarang keputusan terhadap perkara itu.

"Ianya tuduhan yang amat tidak matang, prejudis, lagi provokatif dan tidak profesional.


"Amat malang sekali andai Guan Eng memilih untuk bermusuhan, sedangkan umum mengetahui bahawa pemecatan yang dibuat itu adalah suatu perkara keterlaluan," katanya.

Guan Eng mengisytiharkan Pas sebagai musuh DAP ekoran tindakan parti itu mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Pulau Pinang ekoran pemecatan beberapa ahlinya daripada agensi kerajaan negeri.

Kerajaan Pulau Pinang memecat dua ahli majlis tempatan Pas iaitu Yacoob Omar daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Omar Hassan daripada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tanpa sebarang alasan.

Malah, pada 12 Jun lalu, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Mohd Fadzil Kemi turut dipecat Pegawai Penerangan Gred 41 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Beb... Tuang Presideng PAS Dah Nampak Sentap Beb... Kah Kah Kah

Posted: 09 Jul 2015 08:00 PM PDT

 
Ada ke beb orang yang sudah menyertai Parti Baru tapi masih lagi mahu menjadi Ahli kepada Parti Lama yang dia orang menjadi Ahli sebelum itu... jawap nya ada beb... iaitu Orang yang mempunyai Sakit Mental seperti Orang yang Gila Talak... 

Orang yang kata Hendak Bercerai Tetapi Tidak juga Bercerai dan Orang yang Mabuk Pil Kuda Tuang Presideng dari Rusila, selain dari itu mana ada mana ada beb Orang yang menyertai Parti Baru tetapi masih mahu menjadi Ahli Parti Lama... kah kah kah !. 

Tak payah lah nak Gertak-Gertak macam Tuang Presideng Gertak si Wala'un-Wala'un tu Tuang Presideng, jika sudah Ahli PAS tersebut meneyertai Parti Baru bermakna sudah semestinya lah Ahli PAS tersebut tahu apa Risiko yang dia orang akan terima. 

Dia orang bukan nya si Wala'un-Wala'un yang boleh Tuang Presideng Gertak dan Tarik seperti Lembu Dicucuk Hidung Tuang Presideng. 

Apa Tuang Presideng sudah Sentap ke Tuang Presideng mana Istiqamah Hingga Kemenangan tu... kah kah kah !. 

Macam-macam Tuang Presideng PAS ni beb... macam lah Ahli PAS yang menyertai Parti lain tu Kepala Otak dan Daya Permikiran dia orang seperti Kepala Otak dan Pemikirang si Wala'un, nak kata Keluar PAS seperti Jemaah Islam dah Tak Berani beb. 

Nanti terasa lah pulak Sahabat Sehati Sejiwa yang Menyokong Hudud iaitu UMNO, yang mana seolah-olah UMNO tidak berada didalam Jamaah Islam iaitu PAS... jadi Gertak lah Ahli PAS manalah tahu kot-kot boleh pulak menjadi... kah kah kah !. 

Tuang Presideng nak tahu tak Tuang Presideng... hanya Pemimpin yang Tolol saja yang tidak mahu Memecat Ahli yang sudah menyertai Parti lain, tak mungkin Tuang Presideng tergolong didalam Pemimpin yang Tolol kan Tuang Presideng. 

Rasanya jika Tuang Presideng tidak mahu Memecat Ahli tersebut tetapi didalam Perlembagaab PAS jelas mengatakan yang Keahlian PAS Seseorang akan terbatal dengan sendiri jika Seseorang tersebut menyertai Parti lain... kah kah kah ! sumber Itu lah sebab bila membuat Kerja hanya memikirkan Kepentingan dan Kedudukan Diri... 

Anak Bapak... Anak Hantu dan Puak-Puak sahaja, sampaikan untuk Melantik Ahli Jawatan Kuasa (AJK) PAS Pusat bagi Pengerusi Lajnah pun terpaksa melantik Pemimpin yang Kalah dalam Pemilihan PAS. Masa hendak menyingkirkan dia orang macam-macam label dibagi seperti Jebon lah... 

Munafik Hariki lah... Islam Liberak lah... Anwrinas lah Kuda Tunggangan DAP lah dan sebagai nya... kah kah kah !. 

Diberi Teguran dikatakan Tak Wala' dan sebagainya, buat PAS seperti Harta Mak Bapak beliau... Usul tak nak Bahas, dah terima Usul tapi Kecut Telor untuk Laksanakan. Duduk dalam Pakatan Rakyat (PR) Berlagak Hendak Mampos... nak datang Masyuarat ke tak nak datang Masyuarat Suka Hati beliau aje. 

Dah tu Sombong pulak tu beb "Terpulang Saya Lah Hendak Datang Ke Tidak", elok lah andai nya PAS tidak ada dalam Pakatan 2.0 jika Ditakdirkan Wujud... 

kah kah kah !. hemmmmm.....nasib lah beb dua orang adun pas tu belot jika tidak sah-sah kerajaan ug dengan umno akan wujud... sekarang ni pun jika adun pas tak belut maka wujud rasa nya kerajaan ug... sebab itu ts khalid ibrahim cakap beliau sedia jadi mb selangor semula... kah kah kah !.



Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang.
Beb... Tuang Presideng PAS Dah Nampak Sentap Beb... Kah Kah Kah Ada ke beb orang yang sudah menyertai Parti Baru tapi masih lagi mahu menjadi Ahli kepada Parti Lama yang dia orang menjadi Ahli sebelum itu... jawap nya ada beb... iaitu Orang yang mempunyai Sakit Mental seperti Orang yang Gila Talak... Orang yang kata Hendak Bercerai Tetapi Tidak juga Bercerai dan Orang yang Mabuk Pil Kuda Tuang Presideng dari Rusila, selain dari itu mana ada mana ada beb Orang yang menyertai Parti Baru tetapi masih mahu menjadi Ahli Parti Lama... kah kah kah !. Tak payah lah nak Gertak-Gertak macam Tuang Presideng Gertak si Wala'un-Wala'un tu Tuang Presideng, jika sudah Ahli PAS tersebut meneyertai Parti Baru bermakna sudah semestinya lah Ahli PAS tersebut tahu apa Risiko yang dia orang akan terima. Dia orang bukan nya si Wala'un-Wala'un yang boleh Tuang Presideng Gertak dan Tarik seperti Lembu Dicucuk Hidung Tuang Presideng. Apa Tuang Presideng sudah Sentap ke Tuang Presideng mana Istiqamah Hingga Kemenangan tu... kah kah kah !. Macam-macam Tuang Presideng PAS ni beb... macam lah Ahli PAS yang menyertai Parti lain tu Kepala Otak dan Daya Permikiran dia orang seperti Kepala Otak dan Pemikirang si Wala'un, nak kata Keluar PAS seperti Jemaah Islam dah Tak Berani beb. Nanti terasa lah pulak Sahabat Sehati Sejiwa yang Menyokong Hudud iaitu UMNO, yang mana seolah-olah UMNO tidak berada didalam Jamaah Islam iaitu PAS... jadi Gertak lah Ahli PAS manalah tahu kot-kot boleh pulak menjadi... kah kah kah !. Tuang Presideng nak tahu tak Tuang Presideng... hanya Pemimpin yang Tolol saja yang tidak mahu Memecat Ahli yang sudah menyertai Parti lain, tak mungkin Tuang Presideng tergolong didalam Pemimpin yang Tolol kan Tuang Presideng. Rasanya jika Tuang Presideng tidak mahu Memecat Ahli tersebut tetapi didalam Perlembagaab PAS jelas mengatakan yang Keahlian PAS Seseorang akan terbatal dengan sendiri jika Seseorang tersebut menyertai Parti lain... kah kah kah ! sumber Itu lah sebab bila membuat Kerja hanya memikirkan Kepentingan dan Kedudukan Diri... Anak Bapak... Anak Hantu dan Puak-Puak sahaja, sampaikan untuk Melantik Ahli Jawatan Kuasa (AJK) PAS Pusat bagi Pengerusi Lajnah pun terpaksa melantik Pemimpin yang Kalah dalam Pemilihan PAS. Masa hendak menyingkirkan dia orang macam-macam label dibagi seperti Jebon lah... Munafik Hariki lah... Islam Liberak lah... Anwrinas lah Kuda Tunggangan DAP lah dan sebagai nya... kah kah kah !. Diberi Teguran dikatakan Tak Wala' dan sebagainya, buat PAS seperti Harta Mak Bapak beliau... Usul tak nak Bahas, dah terima Usul tapi Kecut Telor untuk Laksanakan. Duduk dalam Pakatan Rakyat (PR) Berlagak Hendak Mampos... nak datang Masyuarat ke tak nak datang Masyuarat Suka Hati beliau aje. Dah tu Sombong pulak tu beb "Terpulang Saya Lah Hendak Datang Ke Tidak", elok lah andai nya PAS tidak ada dalam Pakatan 2.0 jika Ditakdirkan Wujud... kah kah kah !. hemmmmm.....nasib lah beb dua orang adun pas tu belot jika tidak sah-sah kerajaan ug dengan umno akan wujud... sekarang ni pun jika adun pas tak belut maka wujud rasa nya kerajaan ug... sebab itu ts khalid ibrahim cakap beliau sedia jadi mb selangor semula... kah kah kah !. Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Ust Ahmad Awang adalah aktivis Kesatuan Ulama Sedunia lebih awal dari Hj Hadi !

Posted: 09 Jul 2015 07:30 PM PDT

 

Mufti Besar Palestin, Sheikh Hussein bersama 5 pesrta multaqa' Uklama Sedunia menerima plaque logo Palestin sempena majlis penutupan multaqa'

1. Ramai yang tidak mengetahui bahawa Kesatuan Ulama Sedunia Cawangan Malaysia telah ditubuhkan sejak dua tahun yang lalu.Presidennya ialah Ust Abd Ghani Shamsudin. Manakala timbalannya ialah Ustaz Ahmad Awang.

2. Kesatuan Ulama Sedunia Cawangan Malaysia adalah penganjur bersama Persidangan Pembebasan Masjid al-Aqsa dan Ummat tertindas yang diadakan di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan pada 17-18 Mei 2014 yang turut dihadiri oleh 200 delegasi dan pembicara dari negara Mesir, Lubnan, Turki, Palestine, Indonesia, Kemboja, Iran Qatar, Syria, Thailand India dan Myanmar.

Ucaptama majlis tersebut telah disampaikan oleh Presiden PAS, Hj Abd Hadi Awang dan Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, DS Anwar Ibrahim. Sila baca mengenainya di sini

3. UAA dan DSAI telah menerima jemputan ke Persidangan Kesatuan Ulama Sedunia di Turki, pada 22 Ogos 2014 lalu.

Tetapi DSAI tidak dapat hadir walaupun dijadualkan untuk menyampaikan ucapannya pada persidangan tersebut.

Pada persidangan inilah Hj Hadi telah dilantik menjadi Naib Ketua III kesatuan tersebut bagi menggantikan kekosongan akibat penarikan diri Pak Nur Hidayat daripada Indonesia sebagai mewakili rantau Malindo/Asia.

UAA bersama Sheikh Hussein dan tetamu khas multaqa' Dr Ali Velliyati

4. Pada 16 Mei 2015 yang lepas, UAA, Ustaz Ghani Sahamsuddin dan Cikgu Azmi Hamid dijemput sebagai mewakili Persatuan Ulama Sedunia cawangan Malaysia menghadiri satu program 'Global Convention Of Scholars For Palestine' yang berlangsung di Beirut selama seminggu.


Bagaimanapun kedua-dua mereka Ustaz Ghani Sahamsuddin dan Cikgu Azmi Hamid tidak dapat hadir bersama ke program tersebut. Baca di sini

5. Pada 12 Nov 2014 , orang terkanan al-Qaradhawi, Dr Mahyudin Ali, Setiausaha Kesatuan Ulama Dunia telah datang ke Malaysia atas urusannya dengan Bank Negara Malaysia.

DSAI mencuri masa Dr Mahyudin dari tugas rasminya itu dengan mengadakan majlis secara kecilan di kediamannya di Segambut pada sebelah malamnya kerana esoknya, Khamis 13 Nov 2014, DSAI akan berangkat ke Amerika Utara. DSAI menjemput "office bearers" Kesatuan Ulama Dunia Cawangan Malaysia. Hj Hadi juga turut dijemput, tapi beliau tidak hadir.

5. Pada hari Jumaat 14, Nov 2014, Kesatuan Ulama Sedunia Cawangan Malaysia mengambil kesempatan menjemput Dr Mahyudin Ali untuk merasmikan penubuhannya di pejabat MAPIM di Kampung Baru Kuala Lumpur.

TGHH juga telah dijemput atas kapasitinya sebagai Naib Ketua III namun sekali lagi, Hj Hadi tidak hadir... 6. Hj Hadi gagal hadir pada majlis di rumah Anwar itu kerana menurut menantu Hj Hadi yang dimaklumkan kepada UAA, dia terpaksa menghadiri satu program di tempat lain. 7.

Tetapi sewaktu UAA dan Fawaz berbual-bual dengan Dr Mahyudin Ali, mereka terkejut apabila Dr Mahyudin berkata, beliau dimaklumkan oleh menantu Hj Hadi yang kononnya Hj Hadi sedang bermusafir , yakni berada di luar negara.

(Bercanggah dengan perkara 6). Ustaz Ahmad Awang, walaupun telah lebih awal terlibat dengan Kesatuan Ulama Sedunia ini berbanding dengan orang lain di Malaysia, (tak mahu sebut nama...hahahaha) beliau tidak pulak nak heboh sangat macam orang lain.

UAA telah berjaya mengadakan Persidangan Antara Bangsa mengenai Pembebasan Masjid al-Aqsa dan Ummat tertindas yang diadakan di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan pada 17-18 Mei 2014, walaupun tanpa menggunakan gambar al-Qaradhawi pada iklannya dan tanpa menggunakan perbelanjaan besar sampai mencecah RM1 juta macam yang orang Marang buat....

Saya paparkan cerita ini sekadar untuk memberi pencerahan mengenai wujudnya Kesatuan Ulama Sedunia Cawangan Malaysia dan mendedahkan aktivitinya dalam menganjurkan Persidangan Pembebasan Masjid al-Aqsa dan Ummat tertindas.

aL-Husseyn.

KPN Sudah Tidak Relevan Lagi - Dia Harus Dikeluarkan Segera !!

Posted: 09 Jul 2015 07:00 PM PDT

Wak Rico Rock Kapak's photo.Wak Rico Rock Kapak Keluarkan Khalid dari pasukan penyiasat isu 1MDB

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan ketelusan siasatan berikutan kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) yang mengelirukan.


Tambah beliau, kenyataan Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa pihak polis akan menyiasat siapa dan bagaimana kebocoran maklumat yang diperolehi Wall Street Journal (WSJ) tidak membantu memulihkan imej negara.

"Kenyataan KPN memburukkan lagi imej negara dan menambahkan lagi rasa tidak percaya masyarakat antarabangsa kepada Malaysia apabila PDRM yang sepatutnya menjaga kepentingan rakyat dan negara dilihat cuba melindungi jenayah yang dilakukan oleh pemimpin negara.

"Malah ia turut mempunyai unsur sabotaj kepada ekonomi negara ini," katanya.


Ketua Whip Ahli Parlimen PAS turut berpendapat sikap KPN telah menimbulkan keraguan rakyat Malaysia terhadap ketelusan Pasukan Khas Penyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan laporan WSJ.

"Apakah kesudahan lakonan dan drama yang sedang dilakonkan mereka, di mana letaknya ketelusan dalam penyiasatan.

"Bagi menjamin intergriti Pasukan Khas Penyiasat serta nama baik negara, saya mendesak agar Khalid dikeluarkan dari pasukan penyiasat dan dil ucutkan jawatan beliau sebagai KPN," katanya lagi.

-Harakahdaily

RM2 juta Dideposit Ke Akaun 'Rosmah Binti Mansor'

Posted: 09 Jul 2015 06:15 PM PDT



Laman pembocor maklumatSarawak Report mendakwa RM2 juta dideposit ke dalam akaun bank yang dikatakan milik Rosmah Mansor.

Laporan itu mendakwa laporannya berasas maklumat diterima berkaitan sebuah akaun dengan Affin Bank Berhad.


Ia mendakwa sejumlah besar wang dideposit ke dalam akaun itu dalam tempoh dua bulan bermula pada awal tahun ini.

Memetik dokumen didakwa berkaitan siasatan 1MDB, Sarawak Report mendakwa seorang individu bernama "Roslan Sohari" antara 10 Februari dan 23 April tahun ini memasuki sebuah cawangan bank itu di Kuala Lumpur sebanyak lapan kali.

"Dalam kunjungan-kunjungan ini beliau mendeposit keseluruhan RM2,000,000 ke dalam akaun bernombor 1000 xxxx xxxx, yang mana para penyiasat melaporkan ia milik "Rosmah Binti Mansor (Datin Sri)".

Dihubungi Malaysiakini, pembantu Rosmah, Rizal Mansor, berkata beliau tidak dapat mengulas perkara itu pada masa laporan ini ditulis kerana sedang berada dalam sebuah majlis berbuka puasa.


Malaysiakini juga telah menyemak sebuah laman Facebook milik "Roslan Sohari", seorang pegawai tentera berpangkat pegawai waran, yang antara lain menunjukkan gambar individu itu dengan Najib selain kelihatan berada dalam jet peribadi.

Dalam Facebook itu, pekerjaannya diletakkan sebagai "Resident Manager at the Prime Minister's Office" (pengurus residen di Pejabat Perdana Menteri).

Rekod di Facebook itu juga mendedahkan bahawa individu itu 'mendaftar masuk' di pelbagai lokasi di luar negara ketika Najib berada di tempat itu.

Tempat-tempat itu antaranya Kazakhstan (tahun lepas), Jeddah (6 Jun 2015), Beijing (12 November, 2014 ketika perdana menteri hadir Persidangan Ekonomi Asia Pasifik) dan New York (ketika Najib hadir persidangan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu September lalu).

Beliau juga berada di Padang, Indonesia, pada 26 Ogos tahun lepas, ketika Rosmah menerima sebuah anugerah Minangkabau.


Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada individu ini orang yang sama dimaksudkan olehSarawak Report.

Ketika Malaysiakini menghubungi "Roslan Sohari" melalui nombor telefon yang ditunjukkan dalam sebuah dokumen dimuat naik olehSarawak Report, dia menafikan berkhidmat dengan Jabatan Perdana Menteri atau mempunyai kaitan dengan Rosmah.

Bagaimanapun, gambarnya di profil Whatsapp menunjukkan gambar yang sama dengan pemilik akaun dengan di Facebook.

Laman Facebook telah dinyahaktifkan tidak lama selepas laporan
ini diterbitkan.


Malaysiakini juga memeriksa nombor kad pengenalan Rosmah yang dinyatakan di dokumen itu dan mendapati ia sememangnya isteri Najib.

Nombor akaun Affin Bank yang 1000 xxxx xxxx yang dinyatakan itu juga mendapati ia milik "Rosmah Binti Mansor" (lihat gambar).

- mkin
 
 

Hadi Pernah Hina Anwar Dengan Bahasa Yang Amat Kasar Dan Tak Berakhlak

Posted: 09 Jul 2015 05:45 PM PDT


Bekas setiausaha agung PKR dedah Anwar dihina ketika krisis Selangor


Bekas setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim dikasari semasa berjumpa dengan presiden PAS untuk membincang krisis menteri besar Selangor.

Bekas setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dikasari individu dipercayai presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mahu membincangkan kemelut menteri besar Selangor tahun lalu.

Walaupun tidak menyatakan identiti Hadi secara langsung, Saifuddin mengimbas peristiwa ketika dirinya menemani ketua umum PKR berjumpa dengan individu terbabit untuk mengadakan perbincangan.

"Masih ingat saat aku menemani Datuk Seri Anwar berjumpa dengannya. Bagaimana Datuk Seri Anwar diaibkan dengan bahasa yang cukup kasar," katanya dalam status Facebook hari ini.‎

Perbincangan itu dipercayai merujuk kepada ‎pertemuan singkat Anwar dengan Hadi di Terengganu untuk menukar jawatan menteri besar Selangor yang ketika itu disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.



Saifuddin berkata, pertemuan itu bagaimanapun tidak membuahkan hasil kerana individu itu beredar kerana kurang sihat implikasi pengambilan ubat.

"Perbincangan terhenti. Dia kemudian beredar. Dua temannya yang juga turut hadir kemudian meminta maaf. Dia baru makan ubat kata mereka.

"Aku dan Datuk Seri Anwar kemudian meminta diri. Indahnya akhlak," katanya sinis.

Bekas ahli Parlimen Machang itu berkata, dirinya menyaksikan sendiri Anwar dihina dan menganggap individu itu "bukan malaikat" yang perlu dipertahankan.

Beliau turut menggambarkan individu tersebut semasa pertemuan itu‎ sebagai "amat kasar" dan Anwar pula bersikap "amat lemah lembut".


"Yang hadir di situ saya. Yang tengok dan dengar sendiri kata penghinaan itu saya.

"Yang dok cerita lebih-lebih kata dia lebih tahu pula sebenarnya tak ada di situ pun. Tapi pertahan gila-gila... 'dia bukan malaikat'," katanya.



Pada Ogos tahun lalu, media melaporkan Anwar dan Hadi mengadakan pertemuan sulit di sebuah hotel di Kuala Ibai, dekat Kuala Terengganu, namun beberapa sumber dalaman parti mendakwa perbincangan itu gagal mencapai kata penyelesaian.

Anwar dilaporkan enggan mengulas lanjut hasil pertemuannya dengan Hadi dan menganggap ia hanya pertemuan biasa.

"Perjumpaan biasa... kita baru dalam proses perbincangan... bincang banyak isu... hasilnya macam biasa," kata Anwar dipetik Astro Awani ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, 12 Ogos lalu.

- tmi

Posted by Jeebond BLM

VIDEO - 1MDB Gagal Beri Kerjasama Kepada Audit Negara

Posted: 09 Jul 2015 05:00 PM PDT


Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed, hari ini memaklumkan bahawa syarikat pelaburan negara 1MDB yang kini sarat hutang tidak memberikan kerjasama penuh kepada Jabatan Audit Negara. 
 
Katanya, terdapat halangan apabila pegawai Jabatan Audit Negara cuba mendapatkan dokumentasi seperti kenyataan bank dan perjanjian apabila diminta berbuat demikian.
 

Anak pengasas AmBank persoal tindakan KPN Adam Abu Bakar

Posted: 09 Jul 2015 04:30 PM PDT

 
Zack Ahmad's photo.

Penafian kaitan pembunuhan Hussain Najadi dengan 1MDB menjejaskan persepsi rakyat ke atas PM
Pascal-Najadi

PETALING JAYA: Pascal Najadi, anak kepada pengasas AmBank, Hussain Najadi mempersoal tindakan Ketua Polis Negara, Tan Seri Khalid Abu Bakar yang mengugurkan sebarang kaitan pembunuhan bapanya dengan kontroversi Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dakwanya, tindakan Khalid itu hanya akan memburukkan lagi persepsi rakyat terhadap kewibawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

"Dengan menafikan begitu sahaja wujudnya kaitan pembunuhan bapa saya, Husain Najdi, Ketua Polis Negara, menarik lebih banyak perhatian daripada kami sekeluarga dan orang ramai.

"Bagaimana dia (Khalid) boleh katakan bahawa tiada penyiasatan terhadap kes itu?" ujarnya dalam status Facebook miliknya.

Pada masa sama, Najadi yang juga seorang pakar kewangan antarabangsa menyeru supaya Ketua Hakim Negara (AG), Tan Seri Abdul Gani Patail masuk campur dalam kes bapanya yang telah ditembak mati dengan kejam di kawasan letak kereta di ibu kota pada 29 Julai 2013.

"Ini bukan lagi bidang kuasa Khalid. Ini adalah tugas AG untuk memanjangkan kes ke enakmen kanun jenayah yang dilakukan di dalam negara..
 
 
KOMEN:
 
 
Zack Ahmad's photo. Nampaknya semakin hari semakin "TIDAK RELEVAN" lagi KPN, kita adukan kepada Majlis Raja Raja agar jawatan KPN diganti dengan secepat mungkin... demi masa depan AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

Assalammualaikum Dan Selamat Pagi Semua !!

Posted: 09 Jul 2015 04:00 PM PDT

POLIS Kena Tahan Rosmah Dan Buat Siasatan Segera !!!

Posted: 09 Jul 2015 09:00 AM PDT

Millions In Cash Go Into Rosmah's Account - How Come? EXCLUSIVE!

Millions In Cash Go Into Rosmah's Account - How Come? EXCLUSIVE!

9 Jul 2015

Shopping therapy – how does Malaysia's 'First Housewife' manage to get such enormous cash injections into her accounts?

Sarawak Report has been passed information relating to an account at Affin Bank Berhad owned by the Prime Minister's wife Rosmah Mansor.
Shopping therapy - how does Malaysia's 'First Housewife' manage to get such enormous cash injections into her accounts?Baffling amounts of cash were deposited into it during the course of just two months at the start of this year.

According to documentation related to the 1MDB related enquiries, between 10th February and 23rd April 2015 a gentleman called Roslan Bin Sohari entered the central branch of the bank in Kuala Lumpur on eight occasions.

On these visits he deposited a round total of RM2,000,000.00 into the account number 1000 2000 0058, which investigators have reported as belonging to "Rosmah Binti Mansor (Datin Sri)".

Sarawak Report has a copy of these transactions and has been informed that Roslan came into the bank with the cash in the form of notes contained in a bag.

According to the record (below) the deposits into the account were made by the account owner's 'personal assistant'.

Eight deposits that came to a neat total figure of RM2 million

Eight deposits that came to a neat total figure of RM2 million

 

 

Owner of the account was Rosmah Mansor

As anyone who has deposited large sums of cash is well aware, such enormous transactions are immediately treated as suspicious.  They automatically flag up on the banking system and trigger an enquiry.
The question is why did this not appear to immediately happen in this case, until the 1MDB investigation took place?
Could the answer be that the owner of the account was considered too powerful to be touched?  That individual, according to the investigation papers acquired by Sarawak Report, is indeed Rosmah Mansor:

Rosmah was the owner of the account and Roslan the designated bag carrier who made the deposits on each occasion
Rosmah was the owner of the account and Roslan the designated bag carrier who made the deposits on each occasion

1MDB related

Sarawak Report can confirm that this particular bank account has now been placed under investigation, because it can be related to enquiries about the possible misappropriation of money linked to 1MDB.

One of the key Board Members at Affin Bank is none other than Lodin Wok Kamaruddin, who is the Chairman of 1MDB.

As originally reported by Sarawak Report, investigators have already discovered that money from the former 1MDB subsidiary company SRC went into bank accounts in the name of the Prime Minister himself, via the companies Gandingan Mentari Sdn Bhd and Ihsan Perdana Sdn Bhd.

The account for Ihsan Perdana Sdn Bhd is also at Affin Bank:
Transfer documents - one of the transfers of money that had arrived from Gandingan into Ihsan Perdana at Affin Bank, before transferring on to the PM's named account at AmBank

Transfer documents – one of the transfers of money that had arrived from Gandingan Mentari into Ihsan Perdana at Affin Bank, before transferring on to the PM's named account at AmBank

SRC itself was raided by investigators last week at its offices in the Menara BRDB building in the Bangsar Shopping Centre.

Sarawak Report understands that the Rosmah linked cash payments came to light during the course of these investigations, but that this account may just be the tip of the iceberg when it comes to other previously undisclosed accounts belonging to Malaysia's first lady, who has become a world famous shopper in recent years.


SARAWAK REPORT

Siasatan terhadap Anthony Loke mengarut Adam Abu Bakar

Posted: 09 Jul 2015 08:15 AM PDT


khalid-surendran

Khalid Abu Bakar didakwa sering bertindak melanggar hak kebebasan rakyat yang telah dijamin Perlembagaan Persekutuan.

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Seri Khalid Abu Bakar dibidas kerana mahu menjalankan siasatan terhadap Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke.

Ahli Biro Politik PKR, N Surendran berkata, Khalid sering bertindak menyalahi peraturan dan bertentangan dengan Perlembagaan yang membenarkan rakyat berhimpun secara aman.

"Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan bahawa rakyat berhak berhimpun secara aman, ia termasuk hak untuk menganjurkan perhimpunan rakyat yang mengkritik kerajaan dan juga Perdana Menteri," katanya dalam kenyataan media.

Malah, katanya, Parlimen juga telah meluluskan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Khalid menerusi Twitter memaklumkan Anthony Loke akan disiasat kerana mengajak rakyat berhimpun sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berundur.

Surendran berkata, kenyataan Khalid itu mengarut kerana tidak mungkin kenyataan Ahli Parlimen DAP itu boleh mendatangkan ketakutan dan merupakan hasutan kepada orang ramai.

"Bagaimana menyeru supaya perhimpunan aman diadakan boleh digelar menghasut," katanya.
Katanya, kenyataan Khalid itu juga bagaimana Akta Hasutan disalah guna secara berterusan oleh pihak berkuasa.

"Arahan siasatan ini perlu digugurkan dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga seharusnya tidak masuk campur dalam isu kebebasan rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan," katanya.

Dokumen WSJ tidak akan digunakan dalam siasatan 1MDB Mohamad Fadli

Posted: 09 Jul 2015 07:30 AM PDT


gani-wsj

Pasukan Petugas Khas siasatan akaun 1MDB mengesahkan enam akaun bank yang dibekukan tidak membabitkan akaun milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

PETALING JAYA: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, tidak akan menggunakan dokumen yang disiarkan oleh Wall Street Journal (WSJ) atau pihak-pihak lain dalam siasatan akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibekukan.

Ini kerana Pasukan Petugas Khas siasatan akaun 1MDB mengesahkan enam akaun bank yang dibekukan tidak membabitkan akaun milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Berkaitan dengan arahan pembekuan enam akaun bank pada 6 Julai 2015, tiada akaun bank di AmBank Islamic dimiliki Perdana Menteri," petik kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Pasukan Petugas Khas siasatan 1MDB.

Kedua-dua akaun bank milik Najib dikatakan sudah ditutup pada 30 Ogos 2013 dan 9 Mac 2015.
"Pasukan Petugas Khas telahpun memperoleh semua dokumen yang berkaitan akaun-akaun itu," kata pasukan itu.

Pasukan Petugas Khas itu dipimpini Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

"Semua dokumen siasatan yang diterimanya hanya melalui saluran Pasukan Petugas Khas," tegas kenyataan itu.

Tanya 1MDB kenapa tidak serah dokumen – Ketua Audit Negara Faiz Zainudin

Posted: 09 Jul 2015 06:45 AM PDT

 
Ambrin-Buang_1mdb_300

Jabatan Audit Negara akan dapatkan dokumen daripada sumber lain jika 1MDB gagal serahkan dokumen.

KUALA LUMPUR: Jabatan Audit Negara akan mendapatkan dokumen dari sumber lain jika 1MDB gagal memberikan dokumen yang diperlukan.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang bagaimanapun, pihaknya yakin 1MDB akan memberikan segala dokumen yang diperlukan untuk menyiapkan siasatan.

"Dokumen ada banyak , ada yang dah dapat, ada yang belum, kita kena minta jugalah.

"Kita yakin kita masih mencuba mendapatkan dokumen tersebut. Kalau kita tak boleh, kita tak dapat dokumen-dokumen itu, kita cuba dapatkan dari sumber lainlah," katanya ketika ditemui pemberita selepas pembentangan Laporan Interim terhadap pengauditan 1MDB dan sesi taklimat bersama PAC di Parlimen pada Khamis.

Ambrin berkata, peluang untuk pihak 1MDB sentiasa terbuka untuk mereka mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan.

"Bagi mereka masa, kita pun belum selesaikan kerja-kerja kita. Sudah tentu kita perlu berhubung dengan mereka" katanya.

Beliau berkata, hanya 1MDB dapat memberi penjelasan berhubung kelewatan penyerahan dokumen-dokumen yang diperlukan.

"Mungkin mereka tak ada dokumen itu, kita tak tahu sepatutnya dokumen itu ada dengan merekalah. Tanya mereka 1MDB, jangan tanya saya," katanya.

Laporan awal siasatan 1MDB cacat- PAC Faiz Zainudin

Posted: 09 Jul 2015 06:00 AM PDT

 
Datuk-Nur-Jazlan_jan_1mdb_600

1MDB tidak memberi kerjasama penuh dalam membekalkan dokumen kepada Jabatan Audit Negara.

KUALA LUMPUR: Laporan awal Jabatan Audit Negara terhadap syarikat 1MDB dianggap cacat susulan syarikat pelaburan milik kerajaan itu tidak memberi kerja sama penuh untuk memberi dokumen.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan berkata, perkara itu dimaklumkan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dalam pembentangan laporan tersebut pada pagi Khamis.

"Jabatan Audit Negara masih belum mendapat kerja sama yang baik daripada 1MDB dalam memberi dokumentasi untuk mereka menjalankan audit.

" Kita minta pihak pengurusan 1MDB tolong bagi kerjasama kepada Jabatan Audit Negara untuk memberi segala dokumentasi dan maklumat yang diperlukan untuk mereka meneruskan audit supaya segala laporan dapat dimuktamadkan pada akhir tahun ini," katanya dalam sidang media pembentangan Laporan Interim terhadap pengauditan 1MDB dan sesi taklimat bersama PAC di Parlimen.

Mengulas lanjut, Nur Jazlan berkata, antara dokumen yang belum diserahkan ialah penyata bank dan beberapa perjanjian lain.

Katanya segala dokumen tersebut penting untuk memenuhi skop siasatan.

Ahli Parlimen Pulai itu bagaimanapun berkata, pihaknya berpuas hati dengan hasil laporan interim 1MDB oleh Ketua Audit Negara dan usaha yang dilakukan pihak berkenaan.

Katanya pihak PAC akan mengunakan segala maklumat yang dikumpul oleh Jabatan Audit, untuk menyoal dan menyiasat Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Shahrol Azrai Ibrahim dan bekas Pengerusi dan bekas CEO, Mohd Azim Abdul Rahman pada Ogos ini.

Tny Pua pertikai kerjasama 1MDB Faiz Zainudin

Posted: 09 Jul 2015 05:15 AM PDT

 
tony-pua_1mdb_600_2

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu mempersoalkan kegagalan 1MDB menyediakan dokumen kepada Jabatan Audit Negara

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Tony Pua mempersoalkan tindakan syarikat 1MDB yang gagal menyediakan penyata bank kepada Jabatan Audit Negara.

Katanya, penyata bank adalah dokumen paling penting dalam menyediakan laporan lengkap siasatan.

"Bagaimana untuk melakukan siasatan jika tiada penyata akaun? Penyata akaun adalah perkara paling penting dalam penyiasatan.

"Mereka (1MDB) juga lambat menyerahkan dokumen selain gagal menyertakan dokumen lain yang penting," katanya ketika ditemui pemberita semasa menghadiri pembentangan laporan interim pengauditan 1MDB oleh Jabatan Audit Negara bersama PAC.

Tony Pua juga menolak sebarang alasan kerana penyata bank boleh dicetak dalam masa kurang sampai lima minit.

Katanya, jika 1MDB tetap enggan memberikan penyata bank tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak harus mengarahkan syarikat milik kerajaan itu berbuat demikian memandangkan beliau yang telah mengarahkan siasatan tersebut.

Bagaimanapun, Tony Pua berpuas hati dengan laporan interim yang disediakan Jabatan Audit Negara.
Kekesalan yang sama sebelum ini turut disuarakan Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Akaun Najib Tak Dibeku Kerana Sudah Tutup

Posted: 09 Jul 2015 04:30 AM PDT

 


Pasukan petugas khas berkaitan isu 1MDB menjelaskan bahawa enam akaun bank yang dibekukan mereka tidak termasuk milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Berkaitan arahan pembekuan pada 6 Julai 2015 terhadap enam akaun bank, tiada akaun-akaun bank di AmBank Islamic dipegang oleh perdana menteri pada tarikh dibekukan itu kerana akaun-akaun bank itu sudah ditutup pada 30 Ogos 2013 dan 9 Mac 2015," kata pasukan itu.

Pasukan petugas juga mengumumkan memperoleh dokumen bank berkaitan akaun-akaun itu.

Pasukan itu juga menyebut bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menegaskan bahawa semua dokumen siasatan diterimanya disediakan oleh pasukan khas.

"Justeru, tiada isu peguam negara menggunakan dokumen yang disiarkan oleh Wall Street Journal (WSJ) atau pihak lain," kata pasukan itu lagi.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Gani bersama Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Gani semalam sudah menjelaskan bahawa perintah pembekuan yang dikeluarkan pada 6 Julai tidak melibatkan mana-mana akaun yang dikatakan dipunyai Najib, tanpa menghuraikan lanjut.

WSJ melaporkan dakwaan terdapat pengaliran dana daripada syarikat berkaitan 1MDB ke akaun Najib bernilai AS$700 juta (RM2.6 bilion).

Najib menafikan dan memulakan tindakan undang-undang terhadap media antarabangsa berpengaruh itu.

- mkini