Rabu, 8 Julai 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Dua kereta polis bertembung, suspek lesap

Posted: 08 Jul 2015 10:00 PM PDT


Dua kereta polis bertembung, suspek lesapBIDOR - Tiga anggota polis cedera manakala seorang lagi terselamat selepas dua kereta peronda bertembung sesama sendiri dalam usaha menyekat sebuah kenderaan suspek di Kilometer 68.5, Jalan Ipoh – Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kenderaan peronda dari Balai Polis Bidor mengejar sebuah kereta Proton Saga yang melarikan diri dari sekatan jalan raya di Kampung Coldstream, di sini.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, kenderaan suspek melarikan diri dari sekatan itu dengan melalui jalan alternatif Kampung Jeram Mengkuang – Kampung Pasir menuju ke pekan Bidor.

"Apabila sampai di tempat kejadian, sebuah MPV dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah membantu dengan menghalang pergerakan namun, suspek berjaya mengelak dan meloloskan diri.

"Bagaimanapun, kereta peronda dari Balai Polis Tapah yang dinaiki Koperal Mohd Nizam Mat Zin, 30, dan Lans Koperal Shazmi Johari, 28, yang berada di belakang suspek tidak sempat mengelak lalu berlanggar bahagian belakang MPV terbabit," katanya.

Menurutnya, dua anggota iaitu Lans Koperal Mohd Aizat Zakariya , 26, dan Koperal Sokongan Mohd Noor Azah Mohd Nasir, 49, yang berada di dalam kenderaan itu dirempuh peronda dari Balai Polis Bidor menyebabkan mereka terbabas dan melanggar tiang.


"Dalam kejadian itu, Mohd Aizat cedera di bahagian belakang kepala telah dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut manakala rakannya, Mohd Noor Azad menerima rawatan di Hospital Tapah akibat sakit di bahagian dada.

"Manakala, pemandu dari Balai Polis Tapah, Mohd Nizam turut mengalami kecederaan ringan di kaki kanan telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tapah manakala, Shazmi tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Som Sak berkata, kesemua mangsa dihantar mendapatkan rawatan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Katanya, pihaknya sedang giat mengesan kereta suspek yang meloloskan diri dari sekatan jalan raya dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - SH

KENYATAAN BODOH DARI PEMBODEK !

Posted: 08 Jul 2015 09:30 PM PDT

Zack Ahmad's photo.

TERKINI ! PANASS!! Raja Petra: 6 Tan Sri terlibat usaha singkirkan Najib

Posted: 08 Jul 2015 08:45 PM PDT

  Raja Petra Kamaruddin, who lives in self-exile in Manchester, says in his newsite that Malaysia's task force investigating the US$700 million allegedly transferred into the prime minister's bank account is part of a wider plot involving six Tan Sris. – 

Abu Kassim Mohamed

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed antara yang dinamakan Raja Petra Kamaruddin dalam kumpulan 6 orang bergelar 'Tan Sri' mahu menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak. – Gambar TMI

Seorang penulis blog yang sebelum ini pernah didakwa memfitnah Datuk Seri Najib Razak kini menyenaraikan nama pegawai kerajaan dalam usaha menyingkirkan perdana menteri menerusi satu siri "rampasan kuasa".

Raja Petra Kamaruddin yang hidup dalam buangan di Manchester, United Kingdom, menulis malam tadi, pasukan petugas khas yang menyiasat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan sebahagian plot besar membabitkan 6 Tan Sri, antara pangkat tertinggi di peringkat persekutuan yang diberikan kepada pegawai kerajaan dan ahli perniagaan

"Jika gerakan anti perdana menteri berjaya menumbangkan Najib, ini akan menjadi rampasan kuasa pertama dalam sejarah Malaysia, 50 tahun selepas apa yang berlaku di Indonesia.

"Sejarah mungkin akan mengingatinya sebagai hari enam Tan Sri – empat dalam kenyataan media di atas dan dua lagi saya pasti anda tahu siapa mereka," katanya menerusi entri di blognya, malaysia-today.net.

Kenyataan media yang dimaksudkan Raja Petra ialah yang dikeluarkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang mengumumkan pembekuan 6 akaun berkaitan siasatan 1MDB.

Tidak dapat dipastikan siapakah dua lagi Tan Sri yang dimaksudkan, namun berdasarkan gambar yang dilampirkan, salah seorang lagi ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.raja petra kamaruddin

Raja Petra (gambar, kiri) berkata, yang menarik dalam rampasan kuasa kali ini ialah ia tidak membabitkan ketenteraan seperti di Indonesia, sekadar menggunakan media untuk mencapai objektif.
Katanya, gerakan anti Najib tidak mahu menunggu hasil siasatan petugas khas atau Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) selesai kerana dibimbangi perdana menteri akan didapati tidak bersalah.

"Jadi sebelum bukti kukuh dibongkarkan yang mungkin melepaskan atau tidak melepaskan Najib, mereka mahu mengambil 'langkah selamat' menyingkirkannya sekarang.

"Ya, persoalannya ialah wang RM2.6 bilion yang mereka tidak mahu rakyat Malaysia tahu. Jadi mereka perlu melakukan rampasan kuasa supaya Najib boleh disingkirkan dari pejabatnya.

"Namun, jika rampasan kuasa itu gagal, Najib masih di pejabatnya dan siasatan membuktikan Najib tidak mencuri RM2.6 bilion itu, maka siasatan tidak harus terhenti malah perlu dilakukan lebih mendalam lagi," katanya.

Najib hari ini memulakan proses tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya dalam skandal melibatkan berbilion ringgit ekoran pendedahan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) minggu lepas.

Peguam perdana menteri bagaimanapun berkata, sebelum memutuskan tindakan mereka seterusnya ke atas akhbar antarabangsa itu, mereka perlu mendapatkan semua fakta berkenaan laporan itu.

Ia termasuk mengenalpasti pihak yang disebut di dalam laporan itu, bidang kuasa perundangan dan penglibatan dalang konspirasi, kata peguam Wan Azmir Wan Majid bagi pihak firma Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, seperti dipetik The Star.

"Ini bukan kes undang-undang yang jelas dan mudah kerana ia membabitkan dakwaan pihak tempatan dan antarabangsa. Kami diarah mengenal pasti fakta dan membentangkan kesemuanya, sebelum anak guam kami memberikan arahan seterusnya," kata Wan Azmir.

"Matlamat mendapatkan penjelasan terperinci adalah bagi mengelak sebarang bantahan daripada WSJ berkenaan tuduhan yang dibuat.

"Selepas anak guam kami mendapatkan kesemua fakta yang diperlukan dan kedudukan WSJ dipastikan, kami mendapat arahan jelas mengambil sebarang jalan dan penyelesaian undang-undang serta-merta." 


-malaysianinsider-

Badlisyah tersasul, Nazir kerut dahi...

Posted: 08 Jul 2015 07:50 PM PDT

 



Pengerusi kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak malam tadi mempersendakan CEO CIMB Islamic Bank, Badlisyah Abdul Ghani yang menimbulkan keraguan terhadap dokumen perbankan yang didakwa menunjukkan deposit berbilion ringgit ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri.

Dokumen-dokumen itu, termasuk mesej Swift, telah dikeluarkan oleh Wall Street Journal (WSJ) pada hari Selasa untuk menyokong laporannya yang mendakwa AS$700 juta dana awam dikatakan didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Menulis di Instagram, Nazir menyiarkan gambar CEO Kumpulan CIMB Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz menunjukkan sesuatu di telefon bimbitnya kepada bekas pengerusi kumpulan CIMB Tan Sri Mohammed Nor Md Yusof sambil diperhatikan oleh  pengerusi CIMB Islamic Bank, Datuk Syed Muhamad Syed Abdul Kadir.

Nazir menulis kapsyen yang berbunyi Zafrul dan Syed menunjukkan kepada Md Nor yang terpegun, catatan Facebook oleh Badli (Badlisyah CIMB Islamic) mengenai artikel WSJ.

Dalam nada yang serius, Nazir berjanji bahawa tindakan akan diambil berhubung perkara itu.

"Catatan itu telah dibuang kerana ia adalah satu perkara teknikal yang dia tidak sepatutnya mengulas.

"Kami memohon maaf, kita akan menjalankan siasatan dalaman," kata Nazir, yang merupakan adik kepada perdana menteri.

Semalam, Badlisyah menimbulkan keraguan terhadap dokumen perbankan yang didakwa mengaitkan Najib, dengan mendakwa bahawa terdapat percanggahan dalam Kod Swift dan juga alamat bank penghantar.

Oleh itu, beliau membuat kesimpulan bahawa dokumen itupalsu dan menyatakan kehairannya kerana WSJ "terjebak" dengannya.

Ini berkaitan dengan mesej Swift pada dua urus niaga yang melibatkan AS$619,999,988 dan AS60,999,988, yang dikatakan dari Tanore Finance melalui Wells Fargo Bank ke akaun yang didakwa dikawal oleh Najib.



Hujah itu kemudiannya disebarkan secara meluas di kalangan blog pro-Umno untuk mempertahankan Najib.

Bagaimanapun, Malaysiakini yang meneliti dakwaan Badlisyah itu,  mendapati tidak ada percanggahan pada alamat bank penghantar.

Malaysiakini juga mendapati bahawa Badlisyah tersilap menganggap Kod Swift yang disenaraikan dalam dokumen yang dikeluarkan oleh WSJ itu kepada Alfa Bank Moscow.

Selepas itu, Badlisyah dalam satu kenyataan mengakui kesilapannya.

"Kesilapan itu telah ditunjukkan dengan betul oleh satu laporanMalaysiakini berhubung perkara itu, dan saya juga telah membuat pembetulan pada laman Facebook saya," katanya.

Bagaimanapun, dalam catatan Facebooknya yang dikemaskini, Badlisyah masih berkeras bahawa dokumen itu palsu.


Polis Malaysia Harus Dakwa Pengirim Berita Palsu Melalui Wassup !

Posted: 08 Jul 2015 06:00 PM PDT

 Sirul Azhar NAFI akan buat pengakuan
 Sirul Azhar NAFI akan buat pengakuanKUALA LUMPUR – Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar menafikan maklumat yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp kononnya dia akan membuat pengakuan di mahkamah Australia minggu depan.

Peguamnya, Hasnal Rezua Merican berkata, pengakuan kononnya Sirul Azhar membunuh Altantuya Shaariibuu atas arahan individu tertentu hanyalah khabar angin dan dilihat bertujuan menimbulkan kekecohan dengan melibatkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, selepas sebaran maklumat palsu yang dibuat dengan menggunakan nama akhbar Herald Sun Australia itu menjadi viral, beliau terus menghubungi Sirul Azhar untuk mendapatkan kepastian.

"Setelah bertanya sen­diri, Sirul Azhar menafikan sekeras-kerasnya tentang maklumat berkenaan termasuk prosiding untuk ha­dir ke mahkamah.

"Kemudian saya menghubungi Herald Sun Australia dan mereka juga menafikan khabar angin itu. Mereka tidak ada maklumat mahu pun menyiarkan sebarang berita berkaitan Sirul Azhar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Hasnal Rezua, kenyataan palsu itu merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana berpotensi menjatuhkan kredibiliti banyak individu.

"Saya tidak pasti motif sebenar kenyataan itu dibuat tetapi masyarakat Malaysia diharap dapat menghentikan perkongsian maklumat palsu itu sebelum menjadi perkara yang lebih teruk," katanya.

Pada 13 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan sebulat suara menjatuhkan hu­­kuman mati ke atas Sirul Azhar dan Azilah Hadri kerana membunuh Altantuya sembilan tahun lalu namun Sirul Azhar bertindak melarikan diri ke Australia. - UTUSAN

Najib perlu BERSUMPAH nafikan tidak ambil duit 1MDB Oleh Mohd Sayuti Omar

Posted: 08 Jul 2015 05:30 PM PDT


Najib perlu BERSUMPAH nafikan tidak ambil duit 1MDBCadangan ini tidak begitu praktikal tetapi setidak-tidaknya Najib Razak boleh meredakan tanggapan umum terhadapnya waktu ini yang dikatakan telah menyelewengkan wang syarikat pelaburan strategik 1MDB sebanyak USD700 juta atau RM2.62 billion.

Cadangan dimaksudkan, ialah Najib perlu melafazkan sumpah laknat berbiunyi Walahi, Wabilah dan Wataliahi.

Sumpah ini beliau pernah melafazkannya sewaktu beliau diasak dan dikaitkan dengan pembunuhan kejam perempuan Mongolia Altantuya Shaariibuu beberapa tahun lalu. Najib didakwa kononnya mengenali perempuan berkenaan jadi beliau juga dibabitkan dengan pembunuhan kejam modeling breranak satu itu.

Najib menafikan segala tuduhan dan dakwaan itu dengan melafazkan sumpah berkenaan di sebuah masjid di Permatang Pauh ketika berlangsungnya pilihan raya kecil parlimen Permataang Pauh yang membabitkan Anwar Ibrahim.



Kandatipun sumpah itu tidak dapat mengikis persepsi umum terhadap dakwaan tidak berasas itu tetapi dari segi syariat, pegangan agama, Najib dianggap sebagai sudah terlepas daripada tuduhan itu apabila beliau melakukan sumpah laknat. 

Sama ada dia kenal atau tidak, berbohong dengan sumpah itu, orang kena mempercayainya kerana dia bersumpah menggunakan nama Allah.

Nama Allah haram dipermainkan untuk apa-apa tujuan yang tidak benar. Najib sebagai orang mukmin memahami akan larangan itu.

Sekiranya dia melanggari atau bohong dengan sumpah itu dia akan dilanda laknat berpanjangan.

Mengenai tuduhan terbaharu yang dilemparkan oleh Well Street Journal (WSJ) dan ketika ini sedang dipertuturkan orang ramai, elok kalau Najib mengambil langkah sama melafazkan sumpah laknat.

Sementara siasatan dijalan untuk mementukan tuduhan itu dan beliau berkira untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas WSJ, molek benar kalau Najib menggunakan mana-mana mimber masjid Jumaat ini untuk melafazkan sumpah lanat itu menafikan dia tidak terlibat dengan tuduhan itu, atau pun tidak tahu menahu dengan wang itu ataupun tidak pernah mengambil wang 1MDB walaupun satu sen.

Sumpah itu sudah pasti akan dijadikan pegangan terutamanya dari kalangan orang beriman di negara ini untuk tidak membebankan perdana menteri dengan tuduhan berkenaan yang sangat menekan jiwa. 

Penduduk Melayu luar bandar dan para peneroka akan lebih yakin dengan Najib tidak terlibat dengan penyelewengan itu kalau beliau melafazkan sumpah itu. - http://msomelayu.blogspot.com/

Tindakan polis siasat WSJ memalukan negara – NOW FMT Reporters

Posted: 08 Jul 2015 05:00 PM PDT

 
akmal-nasir-wsj

NOW mendakwa ini bukan pertama kali pihak berkuasa mencari kesalahan pemberi maklumat.

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memalukan negara kerana mahu menyiasat Wall Street Journal (WSJ) mengikut Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer kerana mendedahkan maklumat.

Pengarah Eksekutif National Oversight and Whistleblowers (NOW), Akmal Nasir berkata, intimidasi terhadap media antarabangsa WSJ hanya akan merendahkan integriti polis.

Katanya, tindakan itu seperti mahu mengalih perhatian rakyat terhadap isu utama iaitu adakah dana awam RM2.63 bilion disalurkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Razak.

 
"Tindakan pantas Ketua Polis Negara untuk menyiasat bagaimana dokumen tersebut boleh bocor adalah seolah-olah beliau lebih berminat untuk mencari kesalahan pemberi maklumat iaitu WSJ sedangkan siasatan terhadap 1MDB mahupun Najib sehingga kini masih menemui jalan buntu.

"Justifikasi yang diberikan oleh Ketua Polis Negara bahawa pendedahan dokumen ini boleh mengancam ekonomi negara dan membawa kepada sabotaj ekonomi negara adalah tidak masuk akal.

"Malah, rakyat sepatutnya berterima kasih kepada WSJ yang mendedahkan kepincangan 1MDB yang wajar diberi tumpuan untuk mengelakkan lebih banyak ketirisan berlaku," katanya.

Akmal berkata, pihak berkuasa perlu menumpukan siasatan kepada perkara utama dan berhenti daripada mencari jalan untuk menghukum pemberi maklumat.

Helah Najib terburai ... hahahahaha 1MDB, WSJ - MEMALUKAN NEGARA !!

Posted: 08 Jul 2015 04:30 PM PDT

 
Sesuatu yang tidak masuk akal untuk peguam Datuk Seri Najib Razak menghantar surat meminta penjelasan kepada penerbit The Wall Street Journal (WSJ) yang
mendakwa AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri, kata peguam, sambil mencadangkan ia sekadar satu muslihat
untuk melengahkan masa.


Mereka menegaskan, firma guaman yang bertindak bagi pihak pelanggan yang terkilan biasanya akan mula-mula menghantar surat tuntutan kepada penerbit dan
kemudian memfailkan saman fitnah jika tidak dibuat penarikan balik dan permohonan maaf.


Peguam berkata surat itu seolah-olah menunjukkan Najib tidak pasti sama ada hendak membawa WSJ ke mahkamah atau tidak kerana mencemarkan reputasinya.

Peguam Fahri Azzat berkata, langkah yang diambil oleh peguam Najib untuk mendapatkan penjelasan dan butiran lanjut merupakan satu "prosedur ingin tahu."

"Mereka tidak seperti dalam keadaan bersegera untuk memulakan tindakan saman fitnah terhadap WSJ," kata Fahri.

Peguam itu berkata, artikel yang disiarkan WSJ Jumaat lalu, mengenai sejumlah besar wang yang didepositkan ke dalam akaun bank Najib, berunsur fitnah dan
surat tuntutan sepatutnya dihantar kepada penerbit berkenaan.


"Tetapi, akhbar itu menyiarkan keterangan dokumentari semalam untuk menyokong laporannya," katanya.

 

Fahri mengulas surat yang dihantar firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak kepada Dow Jones, pemilik WSJ memintanya bertindak balas dalam masa
14 hari menyatakan sama ada Najib menyelewengkan hampir AS$700 juta daripada 1MDB.


"Kami diarahkan anak guam kami (Najib) untuk mendapatkan pengesahan sama ada anda berpendirian, seperti dalam artikel itu, yang pelanggan kami menyelewengkan
hampir AS$700 juta daripada 1MDB?


"Kami diarahkan mendapatkan pendirian anda kerana artikel itu secara kolektifnya menunjukkan anda tidak pasti 'sumber asal wang itu dan apa yang berlaku
kepada wang itu', tetapi sebaliknya, kandungan umum artikel itu mewujudkan gambaran yang jelas mengatakan pelanggan kami menyalahgunakan AS$700 juta milik
1MDB,"kata surat yang dikirim melalui emel itu," katanya.


Surat itu merujuk kepada 2 artikel bertajuk "Malaysia leader's accounts probed" (Akaun pemimpin Malaysia disiasat) terbitan 2 Julai dan "Scandal in Malaysia"

(Skandal di Malaysia) terbitan 6 Julai, kedua-duanya ditulis Simon Clark dan Tom Wright.

Surat itu juga menunjukkan kemungkinan kedua-dua penerbitan dan penulis akan didakwa.

"Sila maklumkan kepada kami sama ada anda melantik peguam di Malaysia untuk menerima penyampaian prosiding undang-undang bagi pihak anda dan bagi pihak
wartawan yang menulis artikel itu jika prosiding undang-undang perlu diadakan," kata surat itu.


Peguam New Sin Yew berkata peguam yang layak menentukan sama ada sesuatu penerbitan itu berunsur fitnah atau sebaliknya.

"Ia bukan perkara biasa bagi peguam untuk mendapatkan penjelasan sebelum membuat keputusan memfailkan tuntutan di mahkamah. Hanya baca artikel itu dan
putuskan sama ada perdana menteri difitnah atau tidak," katanya.


New berkata, surat kepada WSJ itu sama seperti meminta penerbit berkenaan membantu dalam membuat keputusan sama ada untuk memulakan tindakan undang-undang
atau tidak.


"Ini satu surat yang pelik dan ia mendedahkan perdana menteri tidak pasti dengan pendiriannya," katanya. – 8 Julai, 2015. ~TMI

Pendedahan WSJ membuktikan dakwaan Tun M berasas Khairil Ashraf

Posted: 08 Jul 2015 04:00 PM PDT

 
zam,mahathir

Pendedahan itu juga menyebabkan Najib berada dilema kerana rakyat tidak mempercayainya serta menolak kepimpinannya.

PETALING JAYA : Pendedahan berterusan Wall Street Journal (WS) menunjukkan kebenaran kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak demi menyelamatkan UMNO dan negara.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, pendedahan itu telah menyebabkan Perdana Menteri berada dalam dilema.

Katanya, jika Najib berundur, ia mengesahkan tuduhan dilemparkan kepadanya dan sebaliknya jika tidak berundur, sudah jelas keadaan tidak lagi memihaknya.

Zainuddin bagaimanapun berkata, apa juga yang dilakukan oleh Najib tidak lagi akan dapat memulihkan imejnya.

"Jika kehendak rakyat dan Allah berlaku maka inilah pertama kali seorang Perdana Menteri Malaysia yang berbangsa Melayu dan beragama Islam jatuh secara yang paling tidak terhormat.Tentunya sekaligus melibatkan maruah UMNO.

"UMNO telahpun kehilangan kepercayaan dari orang Cina dan kepercayaan dari orang Melayu sedang terhakis dengan parahnya.

"Najib sebagai pemimpin besar. Mereka (UMNO) berada dalam keadaan cedera parah. Skandal kewangan yang berlaku menyebabkan mereka (UMNO) membuat konklusi mudah untuk menolak 'sahlah cerita selama ini UMNO parti rasuah," katanya dalam entri terbarunya zamkata.blogspot.com.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia itu berkata, tindakan mahkamah yang diambil oleh Perdana Menteri tidak lagi boleh menyelamat dan membersihkan dirinya tetapi hanya sekadar mampu dapat memanjangkan kuasanya buat sementara waktu.

"Sekarang hanya terserah kepada para pemimpin UMNO untuk memutuskan sama ada untuk membiarkan keadaan ini terus berlaku sehingga berlaku keadaan yang lebih buruk dan lebih memalukan.

"Mereka mesti membuat pilihan yang bijak dan keputusan tegas berani sama ada untuk menyelamatkan Najib atau untuk menyelamatkan UMNO sekalipun terpaksa mengorbankan Najib.

"Jika UMNO disokong oleh orang-orang menjiwai perasaan rakyat maka mereka akan dapat membuat keputusan yang tepat dalam keadaan yang runcing," katanya.

Menurut Zainuddin, orang Melayu kini tidak mempunyai tempat kuat untuk bergantung kerana Pas juga sedang runtuh manakala UMNO berada pada taraf moral yang cukup rendah.

"Nafas terakhir UMNO sekarang berada di tangan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri sebelum rakyat mencabutnya," katanya.

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI SEMUA !

Posted: 08 Jul 2015 02:51 PM PDT

USTAZ COOL MASUK PKR TAHINiAH

Posted: 08 Jul 2015 09:00 AM PDT

 
KOMENTAR
apakah ustaz wan ji
yang dinobatkan
sebagai  ustaz cool
ikon counter culture anak muda
akan dapat mempertahankan
status coolnya nanti

kita tunggu
dan kita nanti




Wan Ji, tiga pemimpin siswa sertai PKR

Menyedari sokongan pengundi muda bawah 30 tahun amat penting pada pilihan raya umum akan datang, PKR hari ini mengumumkan penyertaan pemimpin muda dan mahasiswa untuk menarik sokongan kumpulan itu ke dalam parti itu.
Dalam kenyataannya, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengumumkan penyertaan pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin (kiri) dan tiga pemimpin mahasiswa - Ahmad Syukri Razab, Mohammad Zaki Abdul Shukor dan Muhammad Hasny Hasni - dan tugas kepada mereka.

Wan Ji yang juga bekas ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Selangor dilantik sebagai exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk menarik lebih ramai golongan berpendidikan Islam ke dalam parti itu.

Agamawan muda itu mendapat pendidikan Islam awal di Karachi, Pakistan sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Maqasid Syariah di Universiti Al-Azhar.

Sementara Ahmad Syukri(kanan), yang pernah mengetuai beberapa gerakan pelajar termasuk Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), pula ditugaskan sebagai setiausaha pengelola AMK.

Beliau yang juga aktivis hak asasi bertanggungjawab menambah keahlian dan memperkuat sayap PKR itu.

Manakala Presiden Majlis Keadilan Mahasiswa (MKM) Mohammad Zaki dan timbalannya Muhammad Affendy ditugaskan untuk menarik sokongan mahasiswa kepada PKR.

Mohammad Zaki dan Muhammad Affendy adalah mahasiswa jurusan undang-undang dan pendebat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta pernah menjuarai debat undang-undang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

"PKR akan terus memberi ruang kepada gologan muda dari kalangan mahasiswa, aktivis dan profesional supaya roh parti ini yang digerakkan oleh golongan muda akan terus dikekalkan selaras dengan amanat Anwar Ibrahim bahawa perubahan hanya berlaku dengan penyertaan orang muda," kata Rafizi.

Dalam kenyataannya juga, Rafizi turut mengumumkan bahawa Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Sheikh Ismail yang kini dilantik sebagai senator ditugaskan membawa isu wanita muda dan menambahkan penyertaan golongan itu dalam PKR.

Rafizi juga berkata Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor Dr Fahmi Ngah (kiri) diberi tanggungjawab untuk menarik lebih ramai penyertaan pimpinan profesional bersama parti itu.

Sebelum ini Fahmi pernah bertugas sebagai saintis kanan Agensi Penyelidikan Pertahanan United Kingdom, sebelum menyertai sektor korporat di negara itu dan di CIMB.

Beliau juga bertanggungjawab khusus kepada program 'Profesional in Politics (PIP) yang bakal dilancarkan PKR.
 
---------------------


Notis saman keluarga Altantuya didengar 28 Julai

Posted: 08 Jul 2015 08:15 AM PDT

  

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menetapkan 28 Julai ini untuk mengeluarkan perintah berhubung serahan notis permohonan meminda tuntutan saman RM100 juta oleh keluarga bekas model Monggolia, Altantuya Shaariibuu.

Peguam, Ram Karpal Singh memaklumkan, Hakim, Datuk Soraya Othman di dalam kamarnya berkata, notis tersebut akan diserahkan kepada Konsulat Malaysia di Sydney, Australia, untuk diserahkan kepada defendan, Sirul Azhar Umar.

Pindaan itu melibatkan beberapa penambahan keterangan berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Sirul dan bekas anggota Unit Tindakan Khas Cif Inspektor Azilah Hadri.

"Pengurusan kes ini ditetapkan pada 28 Ogos depan," katanya.

Sirul, 43, yang ditahan oleh pihak berkuasa Australia, Januari lalu dipercayai masuk ke itu dengan visa pelancong dan pasport yang sah namun ia telah dibatalkan oleh kerajaan Australia berikutan notis merah Interpol yang dikeluarkan terhadapnya.

Pada 4 Jun 2007, bapa Altantuya, Shaariibuu Setev dan isterinya, Altantsetseg Sanjaa serta dua cucu lelakinya, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, menamakan Azilah,Sirul Azhar,penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda dan kerajaan Malaysia sebagai defendan dalam tuntutan samannya.

Abdul Razak didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar dalam pembunuhan Altantuya pada 2006.

BATU VS KAYU

Kes Bukit Kepong: Mat Sabu Menang!

Posted: 08 Jul 2015 07:30 AM PDT


Mat Sabu bebas tuduhan memfitnah polis Bukit Kepong

Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini membebaskan bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang dituduh memfitnah polis Bukit Kepong dan keluarga mereka.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi dalam penghakimannya berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Keputusan tersebut disambut dengan sorakan Allahuakbar daripada mereka yang hadir di galeri.

Mat Sabu didakwa membuat fitnah menerusi kenyataannya berhubung kejadian Bukit Kepong pada 1950, yang menyaksikan 25 anggota polis dan keluarga mereka dibunuh oleh komunis.

Beliau didakwa berkata, Mat Indera yang mengetuai serangan itu adalah seorang wira negara dalam melawan British. Beliau dikatakan membuat komen itu pada satu ceramah di Tasek Gelugor pada 21 Ogos 2011.

Beliau juga didakwa mengatakan pengasas Umno Datuk Onn Jaafar dan perdana menteri pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman tidak layak digelar wira negara kerana mereka juga hamba penjajah British, dan pembangkang (Pakatan Rakyat) akan menulis semula sejarah negara ini jika mereka memenangi pilihan raya umum akan datang.

Ucapannya menimbulkan kekecohan terutama di kalangan ahli keluarga polis Bukit Kepong yang terbunuh dalam serangan itu.

Banyak laporan polis dibuat terhadapnya oleh persatuan bekas polis, individu dan badan bukan kerajaan (NGO) membantah kenyataannya.

Bercakap di luar mahkamah selepas itu, Mat Sabu mengucapkan syukur di atas keputusan mahkamah itu dan berterima kasih kepada semua yang menyokongnya selama ini.

Katanya, beliau kini akan memberi tumpuan kepada usahanya menubuhkan sebuah parti dan gabungan pembangkang baharu.



ULASAN GB

Tahniah dan syabas kepada Mohamad Sabu, juga kepada peguamnya Hanipa Maidin yang dari dulu sememangnya professional membela anakguamnya.

Ini petanda baik untuk parti baharu, kerana selepas ini Mat Sabu boleh memberikan tumpuan sepenuhnya kepada penubuhan parti baharu yang amat ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia terutama ahli-ahli PAS yang ramai ingin keluar dari parti itu untuk menyertai parti baharu pimpinan golongan progresif.

YDP AGONG Wajib Mengadakan Suruhanjaya DiRaja Siasat 1MDB !!

Posted: 08 Jul 2015 07:00 AM PDT

  

Wall Street Journal Dedah Tembelang Pasukan Siasatan 1MDB Malaysia?


Wall Street Journal Dedah Tembelang Pasukan Siasatan 1MDB Malaysia? Akaun-akaun dibekukan pasukan petugas khas menyiasat dakwaan wang sebanyak AS$700 juta daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ke dalam akaun-akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak bukan akaun yang sama dilaporkan eksklusif Wall Street Journal (WSJ).

WSJ melaporkan pembekuan 6 akaun hari ini, memetik sumber rapat dengan siasatan yang akaun-akaun terlibat " berbeza daripada dinyatakan di dalam laporan Journal minggu lepas".

Selain 6 akaun dibekukan, dokumen dikaitkan dengan 17 akaun bank di dua bank turut dirampas pasukan petugas yang terdiri daripada Jabatan Peguam Negara, Bank Negara, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Pasukan petugas dalam satu kenyataan hari ini, bagaimanapun tidak menamakan bank di mana akaun dibekukan, juga tidak mengatakan sama ada ia milik Najib.

Bagaimanapun, sumber lewat hari ini mengesahkan kepada The Malaysian Insider yang 3 daripada akaun dibekukan adalah milik Najib, bersama AmBank dan Affin Bank.



Tindakan pasukan petugas menyiasat berikutan laporan WSJ pada Jumaat lepas yang AS$700 juta (RM 2.6 bilion) berlegar melalui syarikat berbeza dikaitkan dengan 1MDB sebelum ia didepositkan dalam 2 akaun dimiliki oleh Najib di AmPrivate Bank di Kuala Lumpur.
Wall Street Journal Dedah Tembelang Pasukan Siasatan 1MDB Malaysia?

Jumlah terbesar AS$681 juta didakwa dipindahkan ke akaun Najib pada Mac 2013, dua bulan sebelum pilihan raya umum diadakan.

WSJ hari ini juga mengeluarkan dokumen yang menunjukkan aliran pemindahan dana kepada akaun Najib bagi menyokong laporannya.

Dokumen-dokumen ini termasuk arahan pindahan telegraf, carta yang menunjukkan aliran yang dikatakan wang, bentuk kiriman wang dan surat kuasa deposit tunai oleh Nik Faisal Ariff Kamil, pengarah syarikat milik Kementerian Kewangan, SRC International Sdn Bhd, kepada pengurus cawangan AmIslamic Bank Bhd. 

SRC juga merupakan satu daripada syarikat-syarikat yang terlibat dalam aliran wang katakan WSJ, yang dilaporkan berdasarkan dokumen diperoleh daripada siasatan kerajaan Malaysia.

Najib yang juga menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB, dan kini menghadapi cabaran paling sukar sebagai perdana menteri berhubung 1MDB dikritik kerana urusan mencurigakan dan jumlah besar RM42 bilion hutang yang ditanggung dalam masa 6 tahun operasi.

Najib menafikan mengambil sebarang dana untuk kepentingan peribadi tetapi sebaliknya tidak memberi sebarang penjelasan terhadap pemindahan wang yang didakwa.

Kit Siang: Najib’s threats not in letter to WSJ - Shane Fuentes

Posted: 08 Jul 2015 06:15 AM PDT


lim-kir-siang_najib_wjs_600

Najib also failed to act against former Prime Minister Mahathir after making various allegations against him.

KUALA LUMPUR: Malaysia must move forward and cannot continue even for another day in the state of government morass and national paralysis induced by the RM42 billion 1MDB scandal and crisis.

It's crystal clear that Malaysia cannot afford to have a Prime Minister who has been stripped of all credibility, moral authority and legitimacy as the head of government. 

"The fact that there's no legal requirement to compel the Prime Minister to vacate his position or go on leave while investigations on the Wall Street Journal report and allegations are ongoing, is besides the point," said DAP elder statesman Lim Kit Siang.

"So where does the government and the nation go from here?"

He was commenting on a take by former Attorney-General Abu Talib Othman.

From the letter sent to the Wall Street Journal (WSJ) by Prime Minister Najib Abdul Razak's lawyers, there appears to be room for dispute as to whether the American publication's report on him last Friday was defamatory or otherwise, pointed out Lim who is also DAP Parliamentary Leader and Gelang Patah MP.

Najib has notched up another precedent, lamented Lim. "His lawyers have sent a letter which is ambivalent. It paves the way for the Prime Minister to sue or not to sue WSJ for publication of a report that Malaysian government investigators have found almost USD700 million (RM2.6 billion) of 1MDB's funds deposited into Najib's personal accounts at AmBank."

Lim cannot hazard a guess on WSJ's response to the letter by Najib's lawyers, but under the circumstances, he thinks that no one can rule out a scenario where the report remains while no legal action is instituted by Najib's lawyers against the American newspaper.

The letter was not what Malaysians had been led to expect with the various threats of legal action against WSJ for its report and allegation, added Lim. "The contents are conspicuously absent on any forthright demand to WSJ to apologise for the defamation of the Prime Minister and withdrawal of the report concerned with the undertaking, among others, not to repeat such defamation."

Najib also failed to take action against former Prime Minister Mahathir Mohamad after making various allegations against him. "Najib has accused Mahathir of 'masterminding' the latest allegation against him and working 'hand in glove' with foreigners as a continuation of the political sabotage against his Prime Ministership."

"Is Najib instead going to institute legal action against Mahathir for the falsehoods and lies being leveled against the Prime Minister?" asked Lim.

He reminded that Mahathir had retorted in his blog that it was Najib and not him who has embarrassed the nation with the 1MDB imbroglio. He quoted Mahathir as saying: "In other nations, a scandal like this involving a leader would have seen him resign and apologizing."

"But in Malaysia, there are those who defend the leader without reason, just to safeguard their positions."

Mahathir went on to say, reminded Lim, "It is Najib who embarrassed the nation with his 1MDB. Before this, the country has never been ridiculed with allegations that have gone unanswered."

Najib's lawyers, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, have asked Dow Jones, the owner of WSJ, to respond within 14 days "whether it is your position, as taken in the articles, that our client misappropriated nearly USD700 million from 1MDB".

Tidak Ada Siapa Dalam Dunia Ini Akan Mengaku !!

Posted: 08 Jul 2015 05:30 AM PDT

Najib nafi ambil dana 1MDB untuk 

kepentingan diri

najb-wsj

Najib yakin tuduhan WSJ itu disokong dan didokong oleh pihak tertentu dalam negara untuk menjatuhkannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menegaskan beliau tidak pernah mengambil dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk kepentingan diri sendiri.

Perdana Menteri berkata, tuduhan Wall Street Journal (WSJ) merupakan niat jahat yang didokong dan disokong oleh pihak tertentu dalam negara yang bertujuan memaksa beliau untuk melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

"Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya tidak pernah mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri," katanya menerusi status yang dimuat naik di Facebook.

Katanya, Pasukan Petugas Khas telah menjalankan siasatan untuk menentukan sama ada tuduhan yang dibuat oleh WSJ bahawa beliau telah mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri berasas atau tidak.

"Siasatan mesti mengambil kira kesahihan dokumen yang telah disiarkan bagi menyokong tindakan akhbar tersebut," katanya.

Najib menegaskan, beliau telah mengarahkan pasukan peguamnya untuk menghantar surat kepada WSJ pada Rabu bagi meminta pengesahan mengenai laporan surat akhbar tersebut sebelum mengambil tindakan undang-undang (surat tuntutan).

"Sebagaimana arahan saya, surat peguam tersebut meminta WSJ mengesahkan pendirian akhbar tersebut berikutan laporan yang telah dibuat menuduh saya menyalahgunakan dana USD700 juta milik 1Malaysia Development Berhad.

"Peguam saya akan mengambil tindakan selanjutnya selepas mendapat pengesahan dari akhbar tersebut," katanya.

KPN enggan layan cadangan tangkap Tun M - FMT Reporters

Posted: 08 Jul 2015 04:45 AM PDT

 
Mahathir-IGP

Tun Dr Mahathir tidak akan ditangkap kerana mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

KUALA LUMPUR : Tiada sebab untuk polis menangkap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau menyifatkan cadangan itu sebagai perbuatan nakal dan tidak akan melayan permintaan seperti itu.

"Tiada sebab untuk menangkap Dr Mahathir. Cadangan tersebut adalah satu tindakan yang nakal dan saya tidak akan melayan permintaan tersebut," katanya selepas melancarkan kempen Ops Selamat 7/2015 sempena Hari Raya Aidilfitri di KL Sentral pada Rabu.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata siasatan kes dakwaan dana 1MDB yang diselewengkan dan pembelian kontroversi aset Dudley International House di Melbourne, Australia oleh MARA Incorporated Sdn Bhd, tidak boleh didedahkan sehingga siasatan selesai.

Katanya, pendedahkan awal boleh mengganggu siasatan dan bertentangan dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Sesiapa sahaja yang mendedahkan siasatan yang dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas boleh dikenakan tindakan undang-undang," katanya.

Sehubungan itu, Khalid menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak terlampau ghairah memberi pendapat serta menyebarkan maklumat yang mereka terima di laman sosial berkaitan dua isu itu.

Mengikut Akta SPRM, sesiapa sahaja yang mendedahkan siasatan yang dilakukan boleh dikenakan tindakan undang-undang, katanya.

Shafie Apdal dicabar jual semula hartanah MARA Adam Abu Bakar

Posted: 08 Jul 2015 04:00 AM PDT


Rafizi-Ramli_Mohd-Shafie_mara_600

Jika MARA membeli dengan harga lebih murah seperti didakwa Shafie, sudah pasti MARA akan mendapat keuntungan besar jika menjualnya semula.

PETALING JAYA: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dicabar supaya menjual semula hartanah yang telah dibeli oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Melbourne, Australia.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, ini kerana Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mendakwa hartanah itu telah dibeli dengan harga lebih murah berbanding harga pasaran pada waktu itu.

Katanya, jika hartanah itu dibeli dengan kadar yang lebih murah daripada harga semasa di antara 2012-2013, MARA pasti mendapat keuntungan lebih besar jika menjualnya semula.

Setiausaha Agung PKR itu berkata, Shafie tidak pernah menafikan harga pembelian kesemua empat hartanah oleh MARA seperti yang telah didedahkan, yang menunjukkan MARA Inc membayar lebih tinggi berbanding harga sepatutnya.

Sebelum ini, Rafizi mendedahkan MARA Inc terlebih bayar RM129 juta bagi pembelian empat aset di Australia.

"Menteri langsung tidak menafikan harga pembelian hartanah yang telah kita dedahkan. 

Ia seolah-olah MARA mengakui pembelian tersebut dan mengesahkan pendedahan ini," katanya dalam sidang media pada Rabu.

Katanya, pendirian Shafie yang mahu menunggu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai sebelum tindakan seterusnya hanyalah sia-sia.

"Sejak empat ke lima tahun lalu, kerajaan akan berselindung di sebalik istilah penyiasatan. Namun sebenarnya tidak ada apa yang berlaku.

"Lihat kes Perbadanan Nasional Fidlot (NFC) dan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), hingga kini masih tidak ada penangkapan yang berlaku," katanya.

KOMEN: 

Kalau Shafie Bedal ini, wajib disiasat, macam mana dia boleh beri wang tunai ratusan ribu setiap bulan kepada artis simpanan nya di Ampang, ini telah disahkan oleh Pemandunya sendiri dalam makhamah.- http://www.artismelayu.net/zahida_rafik_hilang_200_ribu.html
Zarida Rafik kehilangan RM200 ribu dikebas pemandu...
artismelayu.net|By artismelayu

Pejabat 1MDB kena serbu?? - FMT Reporters

Posted: 08 Jul 2015 03:15 AM PDT

 
1MDB-IMC

Serbuan dibuat pada jam 10 pagi dan mengarah kakitangan mengosongkan premis
 
PETALING JAYA: Menurut seorang saksi kepada serbuan pejabat 1MDB yang masih dijalankan, polis telah menyekat akses ke pejabat 1MDB yang terletak di tingkat lapan Menara IMC.

Pihak polis telah dikesan berada di bangunan itu kira-kira pukul 10 pagi.

"Terdapat dua buah van dan kira-kira empat buah kereta polis Proton Preves di luar bangunan itu," menurut saksi tersebut.

"Rakan saya pergi ke tingkat lapan dan dia melihat pengawal memakai jaket hitam sedang mengosongkan tingkat itu," katanya sambil menambah rakannya itu mengagak pengawal yang memakai jaket itu bukan pengawal yang bertugas di bangunan itu.

"Mereka yang memakai jaket itu telah memastikan bahawa tidak ada sesiapa pun di sana. Tetapi tingkat itu penuh sesak dengan orang, yang sepatutnya adalah polis," kata saksi itu.

Serbuan bermula kira-kira pukul 10 pagi Rabu dan masih berterusan.

Siti muat naik doa Rasulullah kepada pemimpin yang menyusahkan rakyat Adam Abu Bakar

Posted: 08 Jul 2015 02:30 AM PDT

Dalam statusnya Siti tidak memperincikan pemimpin yang dimaksudkan 

siti,doa

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin telah memuat naik sekeping foto yang memaparkan doa buat pemimpin yang menyusahkan rakyat.

Melalui laman sosial Instagramnya, Siti juga menggunakan kapsyen, "Ya Allah.. Kau tunjukkan kebenaran, sesungguhnya kami memohon jauhi kami dari fitnah dan didusta,".

Foto yang telah dimuat naik sehari lalu itu telah disukai seramai 14,495 pengguna Facebook lain.

Rata-rata peminat Siti menyambut baik doa yang dimuat oleh penyanyi nombor satu negara itu.

Bagaimanapun, tidak diketahui siapakah pemimpin yang Siti maksudkan tersebut.

Dalam statusnya sebelum ini, Siti menyuarakan sokongan secara terbuka ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan tidak akan membiarkan beliau sendirian

Rosmah hanya mampu doa hadapi fitnah....iya ke Fitnah Kak Mah - suarakami

Posted: 08 Jul 2015 01:45 AM PDT

 

Isteri perdana menteri Rosmah Mansor berkata, beliau hanya mampu berdoa kepada Allah berhubung dakwaan dan fitnah yang dilemparkan terhadap suaminya Datuk Seri Najib Razak.

Malah, beliau juga menasihatkan semua pihak supaya tidak memfitnah antara satu sama lain di bulan Ramadan yang mulia ini.

"Kita serah pada Allah SWT. Itu yang paling mustahak.

"Hari baik, bulan baik jangan kita fitnah satu sama lain. (Jangan memfitnah) itu adalah ajaran al-Quran.

"Kita serah pada Allah. Kita hanya mampu berdoa," kata Rosmah ketika ditanya mengenai perasaannya berhubung pelbagai dakwaan terhadap Najib baru-baru ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian sumbangan hari raya kepada para pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Ayer Keroh, Melaka.

Ditanya apakah yang dilakukannya sebagai isteri kepada Najib ketika menghadapi situasi begini , beliau dengan ringkas berkata:

"Sebagai isteri saya pun berdoa juga."

Najib sebelum ini berdepan tekanan dan digesa meletakkan jawatan berhubung dakwaan "kehilangan" wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tekanan semakin serius apabila pendedahan Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report yang mendakwa sejumlah wang dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri itu.

WSJ dan Sarawak Report mendakwa hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) wang didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib di AmBank, sebelum pilihan raya umum 2013.

Bagaimanapun, Najib menafikan dakwaan tersebut. Malah, Presiden Umno itu turut menuduh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai orang yang bertanggungjawab di sebalik dakwaan itu.

Sehubungan itu, Najib memulakan tindakan undang-undang terhadap WSJ berkaitan laporannya yang mendakwa wang dari dana 1MDB itu telah didepositkan ke dalam akaun peribadinya.

Bagaimanapun, ia bukan surat tuntutan seperti kebiasaannya, sebaliknya pasukan peguam Najib menghantar emel kepada Dow Jones, pemilik WSJ, meminta penerbitan itu mengesahkan sama ada ia mempertahankan laporannya dan memberi tempoh 14 hari kepada penerbitan itu untuk menjawab.

Seluruh Dunia Tertumpu Kepada Kredibiliti Anda !!

Posted: 08 Jul 2015 12:00 AM PDT

Mafiaboss Melayu's photo.Susulan kepada kenyataan media bertarikh 4 Julai 2015, Pasukan Petugas Khas ingin memaklumkan kemajuan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh Pasukan ini sehingga kini.

Perintah pembekuan enam akaun bank pihak-pihak yang dipercayai terlibat dalam kes ini telah pun dikeluarkan pada 6 Julai 2015.

Selain itu, Pasukan Petugas Khas telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun dari dua buah bank bagi membantu siasatan.

Pasukan Petugas Khas juga telah mengambil dokumen-dokumen melibatkan isu ketidakpatuhan peraturan-peraturan dan kaedah Bank Negara Malaysia oleh bank terbabit.

Siasatan masih berjalan. Justeru, Pasukan Petugas Khas menyeru kepada semua pihak agar memberi kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan.


1. Tan Sri Abdul Gani Patail, 
Peguam Negara Malaysia

2. Tan Sri Zeti Akhtar Aziz,
Gabenor Bank Negara Malaysia


3. Tan Sri Khalid Abu Bakar,
Ketua Polis Negara Malaysia


4. Tan Sri Abu Kassim Mohamed,
Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Yang sorang.."Mintak saksi.." Yang sorang.."Tak masuk akal.." Yang sorang..walaon pengkhianat..

Posted: 07 Jul 2015 11:30 PM PDT

  
Ketawa Mat's photo.