Isnin, 6 Julai 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Khairul Azwan nafi terlibat pembelian hartanah MAR

Posted: 06 Jul 2015 09:00 PM PDT


 

Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun menuntut Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli supaya memohon maaf kerana mendakwa beliau terlibat dalam pembelian hartanah Mara di Melbourne.

Khairul Azwan berkata beliau tidak terlibat dalam apa cara sekali pun dalam perkara itu.

Bercakap kepada pemberita di satu majlis di Kuala Lumpur hari ini, Khairul Azman berkata ia adalah fitnah dan beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan jika Rafizi tidak memohon maaf atau menghentikan pembohongan itu.

Rafizi mendakwa Khairul Azwan sebagai salah satu daripada mereka yang mempunyai peranan "di belakang tabir" berkaitan pembelian sebuah bangunan pejabagt oleh Mara Inc di 746 Swanston Street di Melbourne.

Hartanah ini adalah antara empat hartanah yang dibeli oleh Mara pada harga yang tinggi.

Dalam membuat dakwaan itu, menurut Rafizi, Khairul Azwan adalah pengerusi Biosis Group Bhd, di mana salah seorang pengarah juga berkhidmat dalam lembaga pengarah syarikat yang memegang hartanah itu.

Pengarah tersebut adalah salah seorang daripada dua orang pengarah yang berkhidmat di anak syarikat Mara Inc yang berpangkalan di Kepulauan Virgin British (BVI), walaupun dikatakan tiada berkaitan kepada MARA.

Pihak berkuasa Australia sedang menyiasat dakwaan akhbar Australia, The Age, bahawa terdapat sogokan terlibat dalam pembelian satu daripada hartanah itu, manakala Rafizi mendakwa berlaku salah laku dalam pembelian tiga lagi hartanah yang lain.

Ketika mempertahankan Khairul Azwan itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata adalah salah bagi Rafizi untuk menganggapnya sedemikian.

"Apa logik yang Rafizi pakai? Contohnya A kenal B, B buat satu kesalahan yang tidak ada kaitan dengan A langsung tetapi oleh kerana A kenal B, dia pun tiba-tiba salah," katanya ketika ditemui media di Majlis Berbuka Puasa Pemuda Barisan Nasional (BN) di ibunegara hari ini.

Malah, katanya mereka yang didakwa terlibat pun belum terbukti lagi.

"Jadi bagaimana dia boleh mengatakan orang lain terlibat," katanya.

Palanivel dilarang berfungsi sebagai presiden MIC

Posted: 06 Jul 2015 08:30 PM PDT

 
 

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan perintah injunksi sementara bagi menghalang Datuk Seri G Palanivel daripada menggelarkan dirinya sebagai presiden parti, mengadakan mesyuarat atau meluluskan resolusi bagi pihak parti itu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Wahab membenarkan permohonan Pengerusi Cawangan MIC Ampang Jaya, Datuk N Muneandy mendapatkan perintah tersebut susulan notis permohonan saman pemula yang difailkan oleh beliau terhadap Palanivel.

Muneandy memfailkan permohonan itu Jumaat lepas di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Vas & Co.

Sementara itu, Muneandy, dalam sidang media di Ibu Pejabat MIC di ibunegara berkata permohonan injunksi sementara itu difailkan bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan anggota MIC khususnya pengerusi cawangan.

"Saya memfailkan permohonan injunksi ini atas kapasiti peribadi sebagai pengerusi cawangan selepas mendapat kebenaran daripada Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Interim MIC 2009," katanya.

Sementara itu, peguam A. Vasanthi berkata perintah injuksi itu bagi memastikan hanya terdapat seorang pemangku presiden yang sah dan CWC Interim 2009 diperakui oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai jawatankuasa yang sah untuk mengendalikan proses pemilihan semula parti itu.

- Bernama

Muhyiddin Perlu Segera Menghadap Agong Desak Najib Letak Jawatan

Posted: 06 Jul 2015 08:00 PM PDT

 

HUSAM: Muhyiddin mesti mengambil inisiatif utama untuk meluruskan langkah pembetulan negara


KUALA LUMPUR: Sesuatu mesti dilakukan oleh semua pihak dalam negara kita untuk memaksa Perdana Menteri melepaskan tanggungjawab dan kuasanya, setidak-tidaknya untuk sementara waktu, bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa berpendapat.

Katanya, Datuk Seri Najib Razak perlu berbuat demikian bagi membolehkan siasatan dan tindakan bebas dapat diambil.

Husam juga mencadangkan supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mencadangkan pelucutan jawatan Perdana Menteri.

"Saya bersetuju Timbalan Perdana Menteri mesti mengambil inisiatif utama untuk meluruskan langkah pembetulan negara.

"Timbalan Perdana Menteri sewajibnya menemui DYMM YDP Agong bersama Peguam Negara untuk menyembah maklum keadaan yang ada dan seterusnya mencadangkan pelucutan jawatan PM.

"Ahli Parlimen seluruhnya perlu menunjukkan sikap patriotik mereka termasuk memberikan sokongan kepada Timbalan Perdana Menteri untuk mengambil alih negara dari Datuk Seri Najib sekalipun mereka adalah dari parti-parti di luar kerajaan," kata Husam dalam satu kenyataan hari ini.

Muhyiddin, juga kata Husam, perlu memberi jaminan suatu tindakan undang-undang diambil tanpa mengira kedudukan dan pangkat.

"Lebih banyak malapetaka akan berlaku jika tindakan segera tidak diambil," tambah beliau.

Jumaat lepas, Wall Street Journal (WSJ) dalam laporannya mendakwa dana bernilai AS$700 juta (RM2.6 bilion) dipindahkan ke akaun peribadi di bawah nama Najib melalui AmBank pada 2013.

Najib bagaimanapun menafikan mengambil sebarang dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk tujuan peribadi dan sebaliknya mendakwa mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terlibat dalam laporan itu serta menuduhnya bekerjasama dengan ejen antarabangsa menentang pentadbirannya.

Dakwaan itu ditolak oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menafikan bahawa bapanya menjadi dalang yang mendedahkan satu persatu masalah yang melanda 1MDB.

Menteri Besar Kedah itu juga menolak tuduhan yang mengaitkan Dr Mahathir dengan pendedahan terbaru WSJ itu.

Sebelum ini, Muhyiddin dalam satu kenyataan menggesa Najib supaya memberi penjelasan yang meyakinkan atau membuat penafian terhadap dakwaan yang dilontarkan terhadapnya.


'Haron belum sempat teliti pendedahan pada Najib'

Posted: 06 Jul 2015 07:30 PM PDT

'Haron belum sempat teliti pendedahan pada Najib'

 

Seorang pemimpin progresif PAS berkata Musyidul Am Datuk Haron Din "belum berkesempatan" melihat kronologi pendedahan dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung sejumlah wang yang disalurkan ke dalam akaun peribadinya.

Sebaliknya, Dr Dzulkefly Ahmad yang juga setiausaha Gerakan Harapan Baru berkata beliau berbeza pandangan dengan Haron dan menegaskan Najib perlu bertanggungjawab menjawab dakwaan tersebut.

"Ternyata perkara itu (pendapat) bercanggah dan mungkin kami mempunyai perspektif masing-masing," kata beliau dalam sidang media di Shah Alam.

"Saya beranggapan beliau belum berkesempatan melihat semua kronologi pendedahan itu," kata pemimpin yang disingkirkan muktamar baru-baru ini.

Sebelum ini Haron berkata "tidak masuk akal" bagi menggambarkan perasaannya terhadap Najib yang didakwa media luar berhubung penyaluran dana ke akaun peribadi perdana menteri itu.

Haron berkata logik akal menyatakan jika seseorang mahu mengambil dana awam ke akaun persendirian, mereka tidak akan melakukan sebegitu sebaliknya akan disalurkan ke akaun rahsia.

 

Dalam laporan Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini, hampir USD$700 juta wang daripada dana 1MDB disalurkan ke akaun persendirian atas nama "Dato' Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak" menjelang pilihan raya umum ke-13.

Najib kemudiannya menafikan dakwaan itu malah menyalahkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang kelihatan beberapa kebelakangan ini menggesa peletakan jawatannya.

Bagaimanapun WSJ pula mempertahankan laporannya kerana ia berdasarkan dokumen bukti yang kukuh. Najib dilaporkan bakal mengambil tindakan terhadap WSJ berhubung isu ini.

Dr Dzulkefly berkata lagi, penubuhan pasukan khas seperti yang diumumkan oleh Peguam Negara Tan Sri Gani Patail untuk menubuhkan petugas khas baru-baru ini tidak perlu kerana membuang masa dan dana awam.

Sebaliknya, peguam negara, Polis DiRaja Malaysia, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengerah tenaga yang sedia ada untuk membuat siasatan segera dan diharap keputusannya tidak menghampakan rakyat.

"Mengapa saya sarankan RM1 pun dana awam tidak wajar digunakan untuk penubuhan siasatan. Tidak perlu.

"Kerana sudah banyak jumlah yang digunakan sebelum ini dan perlu dipertanggungjawabkan terhadap kepenggunaannya. Sudah cukup waktu kita berlengah," katanya.


Posted by Jeebond BLM.

Mukhriz yakin bapanya tidak terlibat seleweng fakta 1MDB Adam Abu Bakar

Posted: 06 Jul 2015 06:30 PM PDT

 
mukhriz_mahathir_600

Tuduhan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Tun M individu di sebalik kontroversi merupakan tuduhan tidak adil.

PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan bahawa bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad terlibat dan menjadi dalang menyeleweng fakta atau mengubah emel dalam kontroversi Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tegasnya, tuduhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa bekas Perdana Menteri itu merupakan individu di sebalik pembohongan yang dibuat termasuk oleh Sarawak Report merupakan suatu tuduhan yang tidak adil.

"Saya harap tidak panjang cerita, kalau ada mana-mana pihak yang rasa tidak adil membuat dakwaan tidak berasas kepada pucuk pimpinan kita. Maka lebih kurang tidak adil buat tuduhan sama terhadap Tun M," katanya dalam Majlis Berbuka Puasa di PWTC pada Ahad.

Rakaman ucapan itu telah dimuat naik oleh jurugambar bebas yang dikenali sebagai 'minaq Jinggo'.

Mukhriz turut menyangkal dakwaan bahawa Dr Mahathir mempunyai hubungan dengan bekas pekerja PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo, yang ditahan oleh pihak berkuasa Thailand kerana didakwa cuba untuk memeras ugut bekas majikannya.

Pada masa sama, Mukhriz turut percaya, kritikan Mahathir terhadap kepimpinan dan parti UMNO itu hanyalah sebagai usaha untuk menyatukan ahli di dalam parti itu.

"Saya percaya apa yang dia (Dr Mahathir) lakukan adalah untuk memperkuatkan parti.

"Soal kebenaran, soal apa yang menyatukan kita sebagai sebuah parti dan itulah yang menggerakkan Tun M untuk mengeluarkan kenyataan yang kelihatan kesat.

"Tetapi itu adalah hasratnya dan bukanlah saya hendak membela dirinya dan dia layak untuk membela dirinya tetapi itulah keadaan sebenarnya," ujarnya.

Rakyat Akan Hancur Menderita Akibat NAJIB - RAHMAN

Posted: 06 Jul 2015 06:00 PM PDT

TERKINI ! - Muhyiddin perlu menghadap Agong untuk ambil alih negara !! - FMT Reporters

Posted: 06 Jul 2015 05:30 PM PDT


muhyiddin.agong

Semua Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang perlu memberi sokongan kepada Muhyiddin untuk ambil alih jawatan Perdana Menteri.


PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu segera mengambil alih kepemimpinan negara daripada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Gesaan itu dibuat oleh Datuk Husam Musa kerana mendakwa negara ini buat pertama kalinya benar-benar berada dalam keadaan sangat kritikal.

Katanya, tindakan drastik perlu diambil termasuk menukar tampuk pemerintahan negara dan individu paling layak adalah Muhyiddin selaku pemimpin nombor dua negara.

"Muhyiddin sewajibnya menemui Yang Dipertuan Agong bersama Peguam Negara untuk menyembah maklum keadaan yang ada dan seterusnya mencadangkan pelucutan jawatan Perdana Menteri.

"Ahli Parlimen seluruhnya perlu menunjukkan sikap patriotik mereka termasuk memberikan sokongan kepada TPM untuk mengambil alih negara dari Najib sekalipun mereka adalah dari parti-parti di luar kerajaan.

"Muhyiddin juga perlu menjamin suatu tindakan undang-undang diambil tanpa mengira kedudukan dan pangkat. Lebih banyak malapetaka akan berlaku jika tindakan segera tidak diambil," katanya dalam kenyataan media.

Husam berkata, kenyataan berani dan terbuka Peguam Negara pada Sabtu lalu sebenarnya sudah cukup bagi seorang pemimpin yang bermaruah mengambil langkah mengundurkan diri.

"Segalanya telah tersimpul dalam kenyataan itu dan hingga petang ini, Isnin 6 Julai, empat hari selepas kenyataan itu, Najib gagal mengeluarkan sebarang penjelasan terhadap kenyataan Peguam Negara.

'Ketika Peguam Negara membuat kenyataan telah melihat sendiri dokumen-dokumen berkaitan dan mengarahkan serbuan dibuat ke atas syarikat berkaitan, negara kita sepatutnya telah pun diambil alih oleh seorang Perdana Menteri yang baru atau paling kurang Pemangku," katanya.

------------------------------------------------------------------------------
 
  •  
    Semua rakyat diminta BERTENANG ! 
     
    Sila berikan kerjasama yang terbaik dalam proses pengalihan kuasa ini dan TINDAKAN TEGAS akan diambil kepada sesiapa saja yang cuba MENGHALANG proses tersebut. Sesiapa saja yang menghalang atau tidak memberi kerjasama dalam perkara ini, akan dianggap BERSUBAHAT SAMA dalam skandal kewangan terbesar melibatkan PM Najib.

  • Hassan Tenang · 
     
    Mari kita lihat, kita renung, kita fikir, kita kaji apa yang berlaku sejak DS Najib jadi PM.
     
    1. Negeri Sabah telah diserang. Ramai juga pasukan keselamatan kita terkorban.
     
    2. Kapalterbang MAS MH370 hilang tanpa dikesan.
     
    3. Kapalterbang MAS MH17 ditembak jatuh. Semua penumpang terkorban. Kotak hitam diserah pada negara barat.
     
    4. Banjir besar berlaku hampir di seluruh negara. Paling teruk di Kelantan.
     
    5. Helikopter yang dinaikki menteri kawan rapat PM jatuh terhempas.
     
    6. Gunung Kinabalu runtuh.
     
    7. Nilai wang jatuh.
     
    8. Pasaran saham pun jatuh.
     
    9. Krisis 1MDB yang dibangkitkan tidak dijawab oleh Menteri Kewangan sendiri. Dalam jawapan yang diberi oleh MK 2 dia mengaku bahawa kerajaan membayar Faedah sebanyak RM 2.7 BILLION.
     
    10. Dalam keadaan negara menghadapi kesulitan yang berat, kapal terbang mewah yang bernilai ratusan juta RM dibeli. Untuk kegunaan siapa?
     
    11. Apakah semua musibah ini diturunkan ALLAH tanpa ada sebabnya? 
     
    MARILALAH SAMA2 KITA FIKIRKAN.
     
    Tindakan Umat Islam. Bersatu untuk mengadakan SOLAT HAJAT DALAM BULAN RAMADAN UNTUK MEMOHON KEPADA ALLAH SUPAYA DIKURNIAKAN KITA PEMIMPIN YANG BAIK, YANG BERANI, YANG JUJUR DAN YANG AMANAH.

TERKINI ! - Bukti Yang Dikeluarkan Oleh TWSJ ??

Posted: 06 Jul 2015 05:00 PM PDT


 Mohamed Badawy al-Husseiny CEO of Aabar was also Chair of Falcon Bank at the time of the multi-million dollar transactions into Najib's account and he remains a current Board Member at the Aabar/IPIC owned bank.

Sudah Jelas & Nyata - PM Najib Bersalah - Bukti Sudah Dikeluarkan Oleh The Wall Street Journal. 

Kepada Mereka Mereka Yang Membela PM Najib Juga Akan Ditahan Kerana Dianggap Bersubahat - 

Rakyat Memandang Serious Jika Ketua Polis Negara atau Peguam Negara Mendiamkan Diri tidak mahu bertindak, kita beranggapan bahawa mereka juga bersubahat dalam skandal kewangan yang melibatkan jutaan $$$.
 

Haron Din Mengajak PAS & UMNO Bersatu ??

Posted: 06 Jul 2015 04:30 PM PDT

Ali Mech

Ali Mech's photo.

Betui ke ni mcm tk percaya saja.....ada juga yg maseh sayang dgn Umno Bn x kala parti itu hampir lemas.....memberi nyawa kpd org yg hampir tumbang dn mati.....yg heran org yg pernah satu ketika dulu mengkafirkan Umno kini nk jd penyelamat pula....hadoiii mcm mana niii....
 

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Jawapan Najib lemah – ISMA FMT Reporters

Posted: 06 Jul 2015 04:00 PM PDT

 
najib_abdullah-zaik_600

Jawapan yang diberikan Najib Tun Razak tidak padan dengan betapa seriusnya dakwaan yang dilemparkan terhadap beliau.

PETALING JAYA: Jawapan dan respon yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan RM2.64 billion dana yang dimasukkan ke akaun peribadinya sangat lemah dan tidak tuntas.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, jawapan yang diberikan Najib tidak padan berbanding seriusnya dakwaan yang dilemparkan.

"Dakwaan itu amat berat. Sama ada benar atau tidak, tanpa jawapan yang tegas dan tuntas akan membawa implikasi yang teruk kepada kredibiliti beliau sebagai Perdana Menteri.

"Bahkan, ia akan merencatkan lagi pertumbuhan ekonomi dan mengancam kestabilan negara," katanya lapor Ismaweb.net.

Abdullah Zaik berkata, rakyat dan juga seluruh dunia dunia memerlukan jawapan yang tuntas, tegas dan segera berhubung kemelut ini.

"Jangan biarkan ia menjadi spekulasi politik yang berpanjangan akan merosakkan nama baik negara, terutama pada pandangan masyarakat antarabangsa," katanya.

Justeru, katanya, Peguam Negara, Bank Negara, pihak polis digesa untuk menyelesaikan siasatan sepantas mungkin dan mengumumkan keputusan dengan segera.

"Jika wujud bukti di sebalik dakwaan WSJ ,mereka perlu mendakwa orang yang bersalah. Jika tidak, umumkan sama ada dakwaan itu palsu, fitnah atau tertuduh tidak bersalah," katanya.

Assalammualaikum & Selamat Pagi Buat Semua !

Posted: 06 Jul 2015 03:30 PM PDT

Mahasiswa Rancang Demo Desak Najib Bercuti..

Posted: 06 Jul 2015 09:00 AM PDT

 



Kumpulan-kumpulan mahasiswa menuntut Datuk Seri Najib Razak bercuti sehingga siasatan melibatkan kontroversi dakwaan pengaliran wang daripada badan dikaitkan dengan 1MDB ke dalam akaunnnya selesai.

Dalam tempoh itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta memangku tugas Najib.

Perkara itu antara tiga tuntutan 12 persatuan mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA), termasuk majlis perwakilan pelajar universiti itu, dalam kenyataan bersama mereka hari ini.

Kumpulan itu juga menggesa sebuah suruhanjaya diraja bebas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dengan segera serta mencadangkan Najib dan kerajaan menyaman WSJ bagi menafikan tuduhan.

"Sekiranya pihak kerajaan masih gagal membersihkan segala tuduhan dan memberhentikan segala penyelewengan dana awam, pimpinan mahasiswa UIA tidak teragak-agak untuk menggerakkan satu protes besar-besaran dengan disertai seluruh mahasiswa UIA serta mahasiswa seluruh negara," begitu amaran mereka.

Antara persatuan mahasiswa lain yang terlibat mengeluarkan kenyataan itu termasuk persatuan undang-undang, persatuan pelajar ilmu wahyu dan persatuan pelajar kuliyah bahasa dan pengurusan.

- mkini


Jatuhnya Marcos Di Filipina Dulu, Berulang Di Malaysia Pulak, Najib Akan Jatuh Dalam Masa Terdekat ?

Posted: 06 Jul 2015 08:15 AM PDT

1MDB : Bagaimana PM Najib Menjadi Billionaire Segera ?

Posted: 06 Jul 2015 07:45 AM PDT

Muka Macai ABANG LIMA MINIT Yang Hina YB LIM KIT SIANG

Posted: 06 Jul 2015 07:15 AM PDT

Dennis Prem Kumar Chandran's photo.

Jom... mari kita berkenalan dengan 'Abang Lima Minit' yang mengugut Sdr Lim Kiat Siang di Johor semalam "5 minit dia tak keluar, dia mati atau saya mati". Baju parti apa yang dia pakai tu ah??? 

Nampak tak?? 

Apa jenis posting yang dia share tu.. bangga lah tu..... 

Entah samada PDRM akan betul betul ambil tindakan atau tidak...kita tengok nanti!
  

Sudah lah muka tak lawa - perangai pulak HODOH !!

HOOORAYY !!! RINGGIT JATUH LAGI berbanding Dolar S'pore & Dolar AS !!!

Posted: 06 Jul 2015 06:30 AM PDT

 

Ohhh jangan panik. Menteri Nazri Aziz kata.. "AKULAH PALING GEMBIRA BILA RINGGIT JATUH" Ohhh jangan gelak. Menteri DAM kata..

"RINGGIT JATUH MAHATHIR PUNYA PASAL"


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Saranan rakyat tidak balik kampung dangkal, terpesong Mohamad Fadli

Posted: 06 Jul 2015 05:45 AM PDT

 
mohd-izhar_600

Hukum balik kampung adalah sunnah yang bertujuan menggembirakan hati ibu bapa dan keluarga.

PETALING JAYA: Cadangan supaya orang Islam tidak balik kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi menjimat perbelanjaan adalah dangkal dan jauh terpesong dari nilai-nilai agama serta syariat Islam.

Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, cadangan penasihat kewangan, Syed Abdul Aziz Al Qubra itu juga bertentangan dengan sunnah.

"Walaupun saudara ingin menasihatkan rakyat agar tidak menyalahkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) atau kenaikan harga minyak, namun saranan untuk rakyat tidak balik kampung agak dangkal dan jauh terpesong dari nilai-nilai agama serta syariat Islam," katanya.

Menerusi Facebook, Dr. Mohd Izhar berkata, hukum balik kampung ketika raya bagi yang berkemampuan adalah sunnah.

"Ini kerana tujuan orang ramai balik ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bertujuan mengembirakan hati ibu bapa dan keluarga yang selama ini semua sibuk di perantauan," jelasnya.

Personaliti televisyen dan radio itu bagaimanapun menasihat pengguna di laman sosial supaya tidak mengutuk pakar penasihat kewangan tersebut.

Dia yang dikenali sebagai Ustaz Izhar berkata, kemungkinan penasihat kewangan itu tidak membuat persiapan rapi sama ada menerusi kajian atau pembacaan sebelum muncul secara langsung di televisyen.

"Bersangka baik, mungkin dia tersilap cakap kerana berdebar-debar di hadapan kamera," katanya.

Sementara itu, Syed Abdul Aziz menjelaskan, kupasannya tentang cadangan itu telah dieksploitasi dan disalah erti sehingga menjadi viral di laman sosial.

Katanya, cadangan itu adalah salah satu penyelesaian apabila statistik yang diberikan pengacara program Selamat Pagi Malaysia menunjukkan 53 peratus wanita akan membeli barang kemas sebelum Hari Raya hanya kerana tidak mahu ditegur ibu mertua atau saudara mara.

"Jika balik kampung terasa beban dengan terdesak untuk tunjuk barang kemas baharu atau kereta baharu, saya sarankan lebih baik jangan balik kampung, tol dan minyak pun dapat dijimatkan. 

Itulah penjelasan saya," katanya seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian.

PAS SAMAN KERAJAAN PULAU PINANG ??

Posted: 06 Jul 2015 05:00 AM PDT

Kaber Farhan's photo.

PAS Pulau Pinang akan menyaman kerajaan negeri Pulau Pinang ekoran pemecatan wakil parti itu dalam kerajaan negeri yang didakwa dilakukan tanpa mengikut prosedur.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Fauzi Mohd Yusof berkata, pihaknya sudah mengeluarkan arahan kepada peguam untuk memfailkan saman itu.

"Kami tak ada masalah kalau pemecatan dilakukan mengikut prosedur operasi standard, tetapi mereka ini suka hati pecat wakil kami tanpa kemukakan sebarang alasan.

NOTA TAPAK KAKI:

LAWAK JUGA TINDAKAN PAK LEBAI NI SAMPAI SAMAN MENYAMAN KERANA JAWATAN. DULU KATA TAK PELAHAP JAWATAN TAPI BILA KENA BUANG TAU PULAK MEROYAN...KEH KEH KEH
 

Utamakan rakyat dan negara, nasihat Nazir Razak FMT Reporters

Posted: 06 Jul 2015 04:15 AM PDT

 
Nazir-Razak

Beliau menulis nasihat itu bersama gambar Tugu Negara di laman Instagram tanpa menyebut ia ditujukan kepada siapa.

PETALING JAYA: Adik Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Razak menasihatkan pihak tertentu supaya meletakkan negara dan rakyat sebagai keutamaan dalam setiap perkara atau tindakan dalam mengharungi tempoh politik yang sukar ini.

Pengerusi CIMB berkata, pihak yang berkenaan itu tidak sepatutnya mengutamakan kepentingan peribadi atau kesetiaan peribadi mahupun parti politik.

Beliau memuatnaik nasihat itu di laman sosial Instagram pada Ahad tanpa menyatakan secara spesifik ia ditujukan kepada siapa.

"Mereka mengorbankan nyawa supaya kita boleh membina sebuah negara. Dalam tempoh politik yang sukar ini kita harus ingat untuk meletakkan negara dan rakyat sebagai keutamaan. 

Bukan kepentingan peribadi, bukan kesetiaan peribadi, malah bukan parti politik," tulisnya.

Adik bongsu Perdana Menteri itu turut memuatnaik nasihat itu bersama-sama sekeping gambar Tugu Negara iaitu sebuah arca untuk memperingati para pejuang yang terkorban menuntut kemerdekaan negara.

Sejak akhir-akhir ini Nazir sering menulis kata-kata tajam berkisarkan suasana politik negara malah beliau secara terbuka mengkritik 1MDB.
 
 
FMT.

Rafizi dakwa pemimpin Pemuda UMNO terlibat skandal MARA Khairil Ashraf

Posted: 06 Jul 2015 03:30 AM PDT

 
rafizi, now, mara

Khairy Jamaluddin didesak membuat penjelasan penglibatan pemimpin Pemuda UMNO dalam pembelian hartanah MARA di Melbourne.

KUALA LUMPUR : National Oversight and Whistleblowers (NOW) mendakwa beberapa individu yang tidak mempunyai kaitan dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah terlibat dalam pembelian hartanah keempat di Melbourne melibatkan lebihan bayaran RM63 juta.

Pengarah Eksekutif NOW, Rafizi Ramli mendakwa, individu itu dikesan mempunyai banyak kepentingan perniagaan dengan pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO.

Rafizi mendedahkan individu terbabit adalah Erwan Azizi dan Izmir Abdul Hamid yang didapati menandatangani pembelian hartanah keempat 746 Swanston Street oleh MARA.

"Erwan Azizi adalah Pengarah Eksekutif Optimus Capital Sdn Bhd. Selain beliau, Pengarah dan pemegang saham Optimus Capital Sdn Bhd yang lain adalah individu yang bernama Mazrul Haizad Maarof. 

 
Individu ini adalah abang ipar kepada Exco Ketua Pemuda UMNO, Dazma Shah Daud,
"Erwan Azizi juga adalah Pengarah Bukan Eksekutif Biosis Group Berhad yang dipengerusikan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun, " katanya pada sidang media pada Isnin.

Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR berkata, kesemua individu itu termasuk Dazma dan Khairul Azwan perlu menjawab mengenai penglibatan mereka dalam urusniaga yang melibatkan ketirisan RM63 juta itu.

Beliau turut menggesa supaya Ketua Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin memberikan penjelasan bagaimana individu yang berkait rapat dengan pimpinan Pemuda terlibat dengan skandal itu.

"Maklumat yang diberikan kepada saya menyatakan bahawa mereka ini terlibat sebagai pengatur kepada urusniaga-urusniaga ini dan berkemungkinan mendapat keuntungan dari urusniaga ini.

"Maka wajarlah Saudara Khairy Jamaluddin memberi penjelasan yang sebaiknya," katanya.

Minggu lepas, Rafizi mendedahkan hartanah 746 Swanston Street itu dijual pada harga AUD$23.5 juta seperti direkod di Australia.

Walaubagaimanapun, jumlah yang diluluskan oleh MARA adalah AUD$41.8 juta dan berlakunya ketirisan sebanyak RM63 juta terhadap pembelian hartanah itu.

AKAN TURUN BALA APABILA ULAMA MEMBELA PEMIMPIN RASUAH !

Posted: 06 Jul 2015 03:00 AM PDT

Najib Panas Telinga Dengan Artikel Ini?

Posted: 06 Jul 2015 02:15 AM PDT

 
Adik Najib Sindir Siapa Pulak Ni? Datuk Seri Nazir Razak, adik bongsu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dalam posting terbaru di laman Instagram miliknya, menulis catatan mengingatkan kepada perjuangan orang terdahulu yang mengorbankan diri untuk kepentingan negara.

Sambil memuatnaik gambar Tugu Negara, beliau berkata, dalam situasi politik semasa ketika ini, keutamaan harus diberikan kepada kepentingan negara dan rakyat, tanpa menamakan kepada sesiapa ditujukan peringatan itu.

"They gave their lives so we could build a nation. In this darkest of political times we must remember to place the country and the rakyat first. Not personal interests, not personal loyalties, not even party politics (Mereka mengorbankan nyawa supaya kita boleh membina sebuah negara. Dalam situasi politik paling kelam ketika ini, kita mesti meletakkan negara dan rakyat di tempat paling utama. Bukan kepentingan peribadi, bukan kesetiaan peribadi, malah bukan politik dalam parti)," katanya.

Tugu Negara dibina di Kuala Lumpur bagi memperingati perajurit dan rakyat Malaysia yang terkorban dalam perjuangan negara mencapai kemerdekaan.

Komen pengerusi CIMB itu dibuat pada ketika pemimpin negara, termasuk Najib, berdepan masalah berhubung skandal sekitar firma pelaburan milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Adik Najib Sindir Siapa Pulak Ni?

Nazir baru-baru ini menjadi tarikan media apabila terdapat laporan mendakwa beliau dalam proses menubuhkan sebuah parti politik baharu dengan Datuk Saifuddin Abdullah dari Umno, dalam keadaan ketika ketika retaknya Pakatan Rakyat (PR) berikutan pertelingkahan PAS dan DAP dan timbul ura-ura mengatakan pihak pembangkang akan menubuhkan sebuah parti baharu. 

Bagaimanapun, beliau kemudiannya menafikan perkata itu, sebaliknya mengatakan beliau pernah berbincang dengan beberapa orang, termasuk Saifuddin, mengenai penubuhan sebuah badan bukan kerajaan, tetapi ia masih di peringkat sekadar lontaran idea. 

Eksekutif bank terkemuka yang lantang menyuarakan isu semasa itu pernah mendesak lembaga 1MDB meletak jawatan jika mereka tidak mahu mengambil langkah proaktif menangani kebimbangan terhadap kewangannya.

1MDB, yang mempunyai hutang sebanyak RM42 bilion, dimiliki Kementerian Kewangan dan mempunyai pinjaman yang disokong oleh surat sokongan dari Putrajaya. Najib juga Menteri Kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Sebelum ini, Nazir juga mengecam eksekutif tertinggi 1MDB yang gagal menghadiri pendengaran siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen.

"Syarikat anda mencetuskan krisis negara dan anda boleh terlalu sibuk untuk menghadapi Parlimen? Tidak dapat diterima," beliau menulis di akaun Instagram beliau bulan lalu selepas pengarah eksekutif kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Shahrol Datuk Azral Ibrahim Halmi tidak menghadiri prosiding PAC yang sudah ditetapkan dan meminta satu tarikh lain.

Bulan lalu, Nazir juga menggunakan laman media sosial itu untuk mempersoalkan mengapa Putrajaya lambat mengaudit akaun 1MDB bagi tahun berakhir Mac 2015.

"Saya hairan mengapa audit Mac 2015 anda belum bermula? Bagaimana ini boleh dibenarkan? Adakah standard tadbir urus GLC (syarikat berkaitan kerajaan) kini jatuh begitu rendah?" tulisnya.

PANAS - Misteri Kehilangan Billionair Yahudi Dari Senarai Penasihat 1MDB

Posted: 06 Jul 2015 01:30 AM PDT

 


Namanya Bernard Arnault, orang terkaya di Eropah dan top ten terkaya di dunia ! Jenama seperti Dom Perignon, Bulgari, Louis Vuitton, Fendi, Sephora semuanya dibawah payung LVMH miliknya. Hartanya lebih dari USD41 billion !

Peeeergh ...... senang kalau ada warga 1MDB nak beli handbag berjenama world !

Pejabat PM ada simpan artikel Bernama bertarikh 29 Julai 2010 semasa Najib melantik Lembaga Penasihat 1MDB dan saya copy satu perenggan -

The current board members are Minister in the Prime Minister's Department, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah secretary-general of Finance Ministry); chairman of Abu Dhabi Executive Affairs Authority and chief executive officer (CEO) & managing director of Mubadala Development Co, Khaldoon Khalifa Al Mubarak; and, group chairman & CEO of LVMH Moet Hennessy Louis Vuitton, Bernard Arnault.

Faktanya, Bernard Arnault adalah salah seorang ahli lembaga penasihat 1MDB. Tapi kenapa sekarang gambar dan namanya sudah dipadam dari senarai ahli lembaga penasihat 1MDB ?

Dah digugurkan ? Bila ? Kenapa ? Atau dia yang letak jawatan ?

Peeeergh ! Respek lah Najib ...... Dengan selamba jer Najib boleh buang orang TERKAYA di Eropah dari menjadi ahli lembaga penasihat 1MDB !

eerrr... harap2 bukan disorok ya ... tak tahu apa sebabnya kalau nak disorokkan... si Bernard ni tahu ke nama dia dah kena buang dari panel penasihat 1MDB ?

Oya, Bernard Arnault adalah seorang Yahudi.

 

INFO KESIHATAN - Kangen Water

Posted: 06 Jul 2015 12:45 AM PDT

My Kangen Source 812371

Kangen Water adalah air minuman yang sihat, kaya dengan mineral, bersih daripada kekotoran, dan di ionkan melalui proses elektrolisis. 

Air kangen adalah pilihan yang sangat baik untuk proses penghidratan yang sihat. Bukan sahaja ia sedap dan menyegarkan, tetapi ia juga membantu anda mengelakkan kekotoran dari air paip dan menjimatkan wang. 

 Jika memerlukan air yang segar, jelas, dan tulen dengan rasa yang menyenangkan dan mempunyai mineral untuk kesihatan badan anda, menggunakan mesin alkali Kangen Water di rumah adalah penyelesaiannya.

kangen-water (1)
Kangen Water merupakan alat perubatan yang dibuat dari teknologi yang inovatif Enagic. Alat ini telah digunakan di hospital-hospital negara Jepun selama lebih 30 tahun. Ia bukan sahaja menapis air paip kita, tetapi ia juga menghasilkan air alkali dan air asid melalui proses yang dipanggil elektrolisis yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti minum, memasak, kecantikan, dan pembersihan.

"Change your water, Change your life" itulah slogan untuk kangen water dimana anda dapat mengubah hidup anda hari ini menjadi lebih sihat dengan hanya menggunakan air yang terbaik di dunia.

Kangen bermaksud "Return to Origin" ataupun kembali kepada yang asal. Ini bermakna air ini merupakan air yang tulen dan sangat bersih. 

Air ini juga mengekalkan pelbagai kandungan mineral yang ada di dalam air seperti kalsium, sodium, potassium, dan magnesium. Berbeza dengan sistem penapis air yang lain dimana mereka menapis kandungan mineral di dalam air. 

Kandungan mineral ini dapat membantu kesihatan tubuh badan. Kangen Water menyediakan air yang sangat berkualiti tinggi yang dapat membantu anda di dalam kehidupan harian.

Najib tidak perlu bercuti, dia tidak buat salah, kata Nazri Aziz OLEH V. VASUDEVAN

Posted: 06 Jul 2015 12:00 AM PDT


Datuk Seri Nazri Aziz mempertahankan bosnya Datuk Seri Najib Razak, dan berkata sekiranya Najib perlu letak jawatan bagi memudahkan siasatan, setiap pemimpin lain terpaksa bercuti sekiranya timbul tuduhan. 

Datuk Seri Nazri Aziz mempertahankan bosnya Datuk Seri Najib Razak, dan berkata sekiranya Najib perlu letak jawatan bagi memudahkan siasatan, setiap pemimpin lain terpaksa bercuti sekiranya timbul tuduhan.

Tidak ada keperluan untuk Datuk Seri Najib Razak bercuti sementara siasatan berkait tuduhan pindahan wang daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ke akaun peribadinya berjalan, kerana belum terbukti beliau melakukan sebarang kesalahan, kata Datuk Seri Nazri Aziz hari ini.

Menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata, kebimbangan pembangkang siasatan itu akan terjejas jika Najib masih memegang jawatannya, tidak berasas.

"Kenapa dia patut bercuti? Dia tidak buat salah pun. Anda hanya bercuti jika didakwa. Jika ini keadaannya, bila-bila masa kalau ada tuduhan, setiap pemimpin terpaksa bercuti," katanya kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, katanya, jika Najib didakwa atas apa juga kesalahan, beliau tidak ada pilihan tetapi terpaksa bercuti.

"Tetapi setakat tuduhan saja tidak cukup kuat dijadikan alasan bercuti," katanya, dan menambah beliau tidak fikir perdana menteri akan campur tangan dalam siasatan itu.

"Mengapa dia perlu campur tangan? Dia pun minat untuk selesaikan isu itu. Lebih pun, dia terlalu sibuk menguruskan negara," kata Nazri.

Terdahulu hari ini, PKR mencadangkan sebarang siasatan yang dijalankan terhadap dakwaan pindahan wang itu akan "membazir masa" jika Najib tidak meletak jawatan sebagai perdana menteri, sekurang-kurangnya sepanjang siasatan sedang berlangsung.

Naib Presiden PKR Chua Tian Chang berkata, jika Najib terus memegang jawatannya, masyarakat sukar untuk percaya siasatan itu dijalankan tanpa bimbang dan berat sebelah.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail semalam mengesahkan pernah melihat dokumen seperti didakwa berkaitan pindahan dana berkenaan dan berkata pasukan petugas khas ditubuhkan terdiri daripada polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara Malaysia untuk menyiasat perkara itu.
Pasukan petugas khas itu menyerbu pejabat SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd pada Jumaat dan memperoleh lebih banyak dokumen.

"Kita faham kuasa besar yang ada pada PM. Membazir masa jika peguam negara atau mana-mana pasukan petugas khas terus siasat 1MDB di bawah pengawasan Najib," kata Chua dalam satu kenyataan, hari ini.

"Jika PM tidak ada apa-apa hendak disembunyikan, dia patut cukup berani untuk sekurang-sekurangnya letak jawatan sementara untuk membolehkan inkuiri bebas dilakukan," katanya.

Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik, menerusi akaun Facebooknya semalam, turut mencadangkan Najib letak jawatan sementara.

"Mungkin ketika siasatan dijalankan, Najib patut melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri buat sementara waktu, sehingga dia dibersihkan," kata Rahim, menambah akaun perdana menteri turut perlu disiasat, jika Bank Negara dan Ambank mengesahkan kewujudannya.

Sementara itu, Nazri berpendapat Najib tidak perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ yang menyiarkan artikel berkenaan pada Jumaat.

"Tidak perlu untuk perdana menteri ambil tindakan. Jika dia ambil tindakan dia mesti saman semua akhbar yang melaporkan mengenai tuduhan palsu ini. Bukan hanya WSJ.

"Dia terpaksa saman semua orang. Dia akan dituduh memilih jika dia hanya saman WSJ," katanya.
Jumaat lalu, WSJ berkata siasatan ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh pihak berkuasa Malaysia mendapati berbilion ringgit dipindahkan ke dalam akaun peribadi milik Najib.

WSJ dan laman pendedah maklumat Sarawak Report memetik dokumen siasatan 1MDB dengan kerajaan Malaysia, dengan Sarawak Report mendakwa peguam negara juga sedar akan maklumat tersebut.

Dokumen yang didakwa menunjukkan AS$700 juta (RM2.67 bilion) bergerak di beberapa agensi kerajaan, bank dan entiti dikaitkan dengan 1MDB, sebelum berakhir di akaun peribadi perdana menteri dalam 5 deposit berasingan, kata WSJ.

Ia berkata urus niaga terbesar adalah deposit sebanyak AS$620 juta dan satu lagi AS$61 juta di antara Mac 2013 dan Februari ini.

Urus niaga pertama dilakukan 2 bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Sarawak Report berkata, RM42 juta dimasukkan ke dalam akaun Najib daripada SRC International Sdn Bhd, syarikat milik Kementerian Kewangan yang mengambil pinjaman sebanyak RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Urus niaga terkini, menurut laporan itu, adalah pada Februari tahun ini. Dokumen menunjukkan SRC International memindahkan RM10 juta ke dalam akaun di bawah nama "Dato' Sri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak" di AmPrivate Bank di Kuala Lumpur.

Najib sebelum ini menyalahkan laporan WSJ mengenai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, menggambarkan ia sebagai "sabotaj politik".

Dalam pos di laman Facebooknya pada Jumaat, Najib berkata serangan itu bermula apabila beliau enggan melaksanakan permintaan peribadi Dr Mahathir, menambah bekas perdana menteri itu "mencipta krisis" dengan melulu mendakwa RM42 bilion hilang daripada 1MDB.

Ini adalah kali pertama Najib, yang juga pengerusi lembaga penasihat 1MDB, dikaitkan secara langsung dengan kemelut syarikat itu, yang mengumpul hutang sehingga RM42 bilion dalam tempoh 6 tahun beroperasi.


See more at: http://www.themalaysianinsider.com.