Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI


Akaun peribadi wujud atau tidak, soal bekas peguam negara kepada Najib - OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Posted: 05 Jul 2015 11:15 PM PDT

 . Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berucap pada majlis berbuka puasa di Masjid Bandar Rinching, Selangor semalam. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berucap pada majlis berbuka puasa di Masjid Bandar Rinching, Selangor semalam. 

Datuk Seri Najib Razak perlu segera menjelaskan sama ada beliau mempunyai beberapa akaun peribadi di sebuah bank swasta, berikutan pendedahan The Wall Street Journal (WSJ) yang sebanyak RM2.6 bilion dikreditkan ke dalam akaun di bawah namanya, daripada berfikir untuk menyaman akhbar perniagaan itu, kata bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman.

Beliau berkata, dakwaan terhadap perdana menteri itu sangat serius dan penjelasan perlu untuk melindungi integriti jawatannya.

"Kesan memfailkan saman undang-undang terhadap WSJ akan mengambil masa yang lama. Perkara segera adalah bagi perdana menteri untuk menjelaskan sama ada beliau mempunyai akaun di bank itu," kata Abu Talib kepada The Malaysian Insider.

Najib berkata semalam, beliau akan membuat keputusan tidak lama lagi apakah tindakan akan diambil terhadap WSJ berhubung laporan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) disalurkan ke dalam akaun di Bank AmPrivate di Kuala Lumpur antara 2013 dan 2015.

Perdana menteri pada sidang media semalam memberitahu, beliau sudah berunding dengan peguam berkenaan "dakwaan berniat jahat" itu.

"Merujuk kepada tuduhan-tuduhan liar yang dibuat terhadap saya, yang saya didakwa mencuri AS$700 juta daripada 1MDB dan meletakkannya di dalam akaun peribadi saya, saya sudah merujuk kepada peguam dan mereka akan memberi nasihat tentang tindakan undang-undang dan lain-lain lagi yang boleh saya ambil, dalam dan luar negara.

"InsyaAllah, saya akan membuat keputusan dalam masa beberapa hari berkenaan apa tindakan selanjutnya yang akan diambil terhadap tuduhan berniat jahat itu," kata beliau di Masjid Bandar Rinching di Semenyih semalam.

Bagaimanapun, para pembantunya menghalang kakitangan media daripada membuat sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara itu selepas Najib memberi kenyataan.

Abu Talib berkata terdapat pihak akan mengeksploitasi dan mensensasikan perkara itu dan ini tidak baik bagi perdana menteri dan Malaysia.

"Semua orang ingin tahu sama ada perdana menteri mempunyai akaun dengan bank dan ia tidak adil jika beliau diserang berterusan," katanya.

Abu Talib, yang merupakan peguam negara selama 13 tahun sehingga 1993 berkata, beliau juga berpendapat ahli-ahli politik tidak perlu ke mahkamah untuk memfailkan saman bagi membersihkan nama mereka.

Selain itu, bank berkenaan juga boleh menjelaskan kedudukan Najib selepas mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa, katanya.

"Mereka perlu mengesahkan atau menafikan. Mengapa membuang masa pasukan petugas untuk menyiasat dan bukan menjelaskan isu itu dahulu kerana kedudukan perdana menteri adalah penting," katanya.

Minggu lepas, WSJ mendakwa sebanyak AS$700 juta (RM2.6 bilion) dipindahkan ke akaun bank peribadi Najib di Bank AmPrivate, sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Najib bagaimanapun menjawab, beliau tidak pernah mengambil apa-apa dana daripada 1MDB untuk kepentingan peribadi dan menyalahkan laporan terkini kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang beberapa bulan kebelakangan ini menggesa peletakan jawatan Najib.

Bagaimanapun, ahli-ahli politik pembangkang menyelar "penafian kabur" Najib, manakala WSJ mempertahankan laporannya, dan berkata ia berasaskan bukti yang kukuh.

Peguam Negara Tan Sr Abdul Gani Patail mendedahkan dalam satu kenyataan pada Sabtu, pasukan petugas khas menyerbu 3 syarikat yang dikaitkan dengan dana didakwa disalurkan kepada akaun bank peribadi Najib dan beliau menerima kertas siasatan berhubung perkara itu.

Gani berkata, beliau meneliti semua dokumen dan memberikan nasihat lanjut dan arahan kepada pasukan petugas yang terdiri daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Bank Negara Malaysia.

Gani berkata, para pegawai pasukan petugas menyerbu SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan pejabat Ihsan Perdana Sdn Bhd pada Jumaat dan mendapat lebih banyak dokumen. 


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

'Saya menyesal puji Dr Mahathir'

Posted: 05 Jul 2015 10:30 PM PDT

 
 
Selepas bercerita panjang tentang latar kepada kemasukannya ke parti DAP semalam, bahagian kedua temu bual dengan Datuk A Samad Said hari ini mendedahkan pandangan beliau mengenai beberapa isu lagi.

Beliau yang mesra disapa sebagai Pak Samad berharap, lebih ramai aktivis sosial menyertai parti DAP.

Antara nama yang disebut ialah Adam Adli dan bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan.

Apakah komen Ambiga apabila beliau tahu Bapak masuk DAP?
 
Dia menghantar satu ayat kepada saya: Pak Samad I salute you. Itu yang dikatakannya. Sebenarnya ambiga pun dipujuk untuk menyertai mana-mana parti politik sebab dia sudah memiliki mitos. Dia sudah melakukan banyak perkara. Justeru sebagai individu saya rasa dia boleh menyumbang lebih berkesan jika menyertai politik.

Adakan Bapak mahu mempelawa Ambiga menyertai DAP?
Mengapa tidak? Saya mengalu-alukan beliau. Ambiga sangat bagus dan berpengetauan. Saya harap beliau menyertai DAP.

Bapak menggalakkan aktivis menyertai DAP?
 
Memang saya encourage, perlu ada aktivis. Saya harap Adam Adli akan masuk DAP. Kebanyakan pemimpon pelajar akan menyertai (parti politik) sebab saya fikir mereka boleh memberi lebih banyak sumbangan kepada generasi muda.

Jika mereka meninggalkan NGO mereka untuk menyertai DAP, mesti akan ada orang lain menggantikan (dalam NGO berkenaan).

Samad yang pernah menjadi Pengarang Berita Harian juga ditanya mengenai Pakatan Rakyat.

Pada pandangan Sasterawan Negara keempat itu parti pembangkang perlu disatukan dan menganggap konflik yang berlaku ketika ini bersifat sementara.

Alasannya, semua yang memimpin parti dalam Pakatan adalah individu yang "ada otak".

Apa pandangan tentang isu DAP putuskan hubungan dengan PAS?
 
Bapak baru lagi dalam politik. Itu saya pulangkan kepada Lim Kit Sianglah. Dia lebih tahu. Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya bagaikan seorang 'pelajar' (dalam politik). Sekarang saya membaca tentang politik berbanding dulu banyak tentang kesusasteraan.

Setakat ini saya tak tahu tahu impaknya (DAP putus hubungan dengan PAS). Tentu PAS ada alasan tersendiri dan niatnya yang tersirat, manakala DAP ingin memperkekalkan jalannya yang utuh.

Jadi benda ini boleh terjadi hanya sementara kerana perbedaan sentiasa berlaku. Kadang-kadang kawan jadi lawan, lawan jadi kawan kerana tujuan dan iklim semasa.

Keadaan mungkin akan menjadi lebih jelas apabila pilihan raya (umum) semakin hampir. Saya fikir PAS tidak boleh bertahan jika bersendirian. Mereka perlukan rakan khususnya orang bukan Melayu. Jika berdiri (bersendirian) seperti sekarang memang tidak ada peluang dengan hanya bergantung kepada undi Melayu.

Betul PAS boleh dapat undi Melayu, tapi tidak sepenuhnya.

Apa pandangan mengenai pergeseran antara Datuk Seri Najib Razak dengan Tun Dr Mahathir Mohamad?
 
Saya tidak tersangka akhirnya 'puncak' dengan 'puncak' bertelagah tetapi ini tentunya bukan mainan. 
 
Saya bayangkan memang ada pergolakan dalam Umno sendiri, tetapi oleh kerana golongan ramai tidak ada media cukup, kita nampak yang menang hanya sebelah (pihak) sahaja. Orang lain memang tak boleh menang.

Apa pandangan peribadi Bapak terhadap Najib dan Dr Mahathir?
 
Saya masih belajar. Saya tak mahu sentuh tentang itu untuk masa ini. Saya kenal Dr Mahathir dan pernah menulis sebuah antologi untuk beliau - yang (sekarang) saya kesali kerana memujinya ke tahap yang tidak sepatutnya.

Saya pernah puji Dr Mahathir dengan harapan dia menjadi tunggak kuasa untuk pembaharuan, melakukan perubahan lebih awal, tetapi ia tidak berlaku. Saya pernah bersama dengan beliau dan (Datuk Seri) Mukhriz sebagai sasterawan, bukan siasahwan. Kami saling menghormati.

Apa pendapat tentang kepimpinan Najib?
 
Saya fikir setakat ini kacau. Ada beberapa masalah tidak terjawab, langsung tidak terjawab. Terbaharu ini kes pembelian harta tanah, pemberian BR1M di waktu tidak sepatutnya. Banyak soalan tidak terjawab. We are in murky situation.

Dr Mahathir menggunakan 1MDB untuk memaksa Najib meletak jawatan. Apa pendapat?
 
Sangar sukar, oleh sebab dia (Najib) di puncak, dia pemimpin Umno di puncak. Jadi gajah sama gajah, kita tengok akan nampak sebab masing-masing membuat pendedahan dan menguntungkan kita.

Adakah Bapak rasa Dr Mahathir akan berjaya?
 
Setakat ini kalau Dr Mahathir nak berjaya, dia sudah berjaya. 
 
Saya dengar banyak kali orang berkata, Najib akan letak jawatan minggu ini, bulan ini tetapi tidak. Maksudnnya apa? 
 
Dr Mahathir boleh becakap tetapi dia tidak boleh menyingkirkan Najib.


Malaysiakini

. BELUM PUAS SEKSA RAKYAT MAHU RAKYAT JADI PENGEMIS ???

Posted: 05 Jul 2015 09:30 PM PDT

Edward Stephen Edward Stephen's photo. Harga RON95 Sepatutnya Dinaikkan Sebanyak 20 Sen Seliter - Khairy


SIK: Kerajaan sepatutnya menaikkan harga RON95 sebanyak 20 sen namun kerajaan memutuskan hanya menaikkan minyak sebanyak 10 sen.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata kerajaan terpaksa mengeluarkan sebanyak RM100 juta sebagai subsidi bagi menampun lebihan 10 sen tersebut.

"Harga minyak RON95 sepatutnya naik 20 sen seliter baru-baru ini, tetapi kerajaan hanya menaikkannya sebanyak 10 sen seliter," katanya.
Dengan kenaikan yang dilakukan kerajaan itu, akan memberi pulangan hasil dan penjimatan kepada kerajaan di mana ia akan digunakan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan bagi kemudahan rakyat.

"Konsepnya sama dengan GST di mana kerajaan akan menyalurkan hasil pendapatan cukai itu kepada projek-projek demi kepentingan rakyat." 

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju untuk menyalurkan pendapatan daripada kutipan GST itu untuk usaha-usaha mensejahterakan kehidupan rakyat," katanya lagi.

Negara tidak dapat mengawal kenaikan harga minyak semasa kerana pasaran terbuka yang digunapakai sekarang ditentukan oleh pasaran antarabangsa. - Siakapkeli.my
 

TMJ: Biar tewas terhormat dari menang menipu !!

Posted: 05 Jul 2015 08:45 PM PDT

 
"Rasuah adalah satu jenayah yang serius. Adakah anda tahu apa hukuman kerana melakukannya? Tiada apa-apa... Sekiranya anda salah seorang ahli beberapa organisasi," kata Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Beliau yang terkenal dengan sikap berterus terang menyatakan pandangannya dalam akaun Facebook JOHOR Southern Tigers hari ini.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Johor menegaskan, 'sistem pengadilan' sewajarnya mempunyai badan bebas bagi mengelakkan agensi itu dipengaruhi kepentingan peribadi mana-mana pihak.

Katanya seperti biasa beliau mahu membuat penegasan bahawa rasuah adalah "sifat yang sangat buruk".

"Diam dan tidak melakukan sesuatu mengenainya, adalah lebih keji," kata beliau.

Rasuah adalah satu jenayah yang serius. Adakah anda tahu apa hukuman kerana melakukannya?
Tiada apa-apa... Sekiranya anda salah seorang ahli beberapa organisasi.

Saya seorang sahaja seperti biasa, menyeru supaya sistem pengadilan sepatutnya mempunyai badan bebas agar tidak wujud sebarang kepentingan peribadi.

Terlibat dalam gejala rasuah adalah sifat yang sangat buruk. Diam dan tidak melakukan sesuatu mengenainya, adalah lebih keji.

Saya lebih suka tewas dengan penuh hormat, daripada menang dengan penipuan.
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
--------
Corruption is a serious crime. Do you know what is the punishment for committing it?

Nothing... if you are a member of certain organisations.

As always, I'm the only one voicing out the need to have an independent body for our referees so they will be free from any conflicts of interest.

Being corrupted is a very bad trait. Being silent and doing nothing about it, however, is even worse.
I would prefer even to fail with honour, than to win by cheating.

HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Tidak dapat dipastikan kenyataan itu merujuk kepada isu apa tetapi negara kini sedang memberi perhatian kepada laporan media antarabangsa Wall Street Journal yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pengaliran dana 1MDB.

Malam tadi, pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) turun ke gelanggang dalam saingan Liga Perdana menentang PDRM.

JDT memenangi perlawanan itu dengan jaringan 2-1.

Mengakhiri kenyataan itu, Tunku Ismail berkata beliau lebih suka tewas dengan penuh hormat daripada menang dengan penipuan.
 

Najib belum saman WSJ, mungkin ada perundingan?

Posted: 05 Jul 2015 08:00 PM PDT

 
SUSUPAN PAGI
Pembatalan untuk Najib Razak membuat kenyataan bagi menyaman akhbar Wall StreeT Journal (WSJ) yang mendakwa beliau telah "memakan" wang 1MDB bernilai RM700 juta pada malam tadi menyebabkan persepsi dakwaan akhbar itu sebagai benar akan terus membelenggu diri Najib.

Najib malam ini dilaporkan memberi tempoh beberapa hari lagi untuk mengambil tindakan kepada WSJ yang dikatakan telah memfitnah beliau "memakan" wang syarikat berkenaan. Beliau memberi tahu wartawan malam ini akan berunding dan mendapat nasihat daripada para peguamnya terlebih dahulu.

Sebelum ini Najib beriya-iya untuk mengumumkan tindakannya akan menyaman akhbar berkenaan serta mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang memfitnah beliau kononnya "memakan" wang 1MDB. Gambaran yang diberikan sebelum ini seolah-olah Najib sudah memutus dan nekad untuk saman WSJ untuk membersih dirinya.

Apakah Najib mempunyai pandangan lain menyebabkan beliau mengubah pendirian dan sikap untuk tidak segera mengambil tindakan kepada harian berkenaan?

Dengan melengah-lengahkan untuk mengambil tindakan, walaupun atas alasan untuk berbincang dengan peguam menyebabkan orang akan beranggapan, mesti ada sesuatu yang belum beres mengenai tuduhan akhbar itu. Najib mungkin sedang membuat perkiraan yang terbaik untuk meredakan tanggapan buruk terhadapnya. 

Apakah Najib sedang mencari penyelesaian cara lain dengan akhbar berkenaan bagi mengelakkan beliau mengambil tindakan. Mungkinkah Najib sedang berurusan dengan broker untuk membayar akhbar berkenaan agar menghentikan laporan buruk ke atasnya? Dalam kes seserius itu orang akan sanggup bayar berapa banyak untuk mengaja keutuhan sebuah kuasa.

Atau pun beliau sudah dinasihati kalaupun beliau menyaman ia tidak akan menyelesaikan isu itu bahkan ia akan bertele-tele lagi dimana ia makin menyusah dan menyerabutkan perdana menteri itu.

Boleh jadi juga tidakan itu ditangguhkan apabila Najib mendapat tahu yang WSJ telah mengeluarkan kenyataan lanjutan yang mereka yakin dengan sumber maklumat yang diperolehi itu? 

Selang beberapa hari selepas akhbar itu mendedahkan berlaku pengaliran wang ke dalam akaun Najib, dan setelah Najib dan para menteri dan sang setianya membelanya, menafikan dakwaan laporan itu, akhbar berkenaan mengeluarkan satu kenyataan menegaskan mereka bertanggungjawab atas pendedahan yang dibuat dan menegaskan ianya datang dari sumber kerajaan Malaysia sendiri.

Najib tidak perlu menangguhkan tindakan undang-undang ke atas WSJ kalau dia berada dipihak benar. Setidak-tidaknya apabila dia telah menghantar notis saman ia boleh dijadikan modal kepada para pembelanya bahawa Najib berada dipihak benar. Orang akan membuat perkiraan kalau dia salah, sudah pasti tindakan undang-undang diambil.

Tindakan saman lebih bertenaga untuk membebaskan Najib daripada dibelenggu dengan isu itu berbabding dengan pembelaan oleh sang setianya ataupun seruan dibuat oleh Mursyidul Pas, Haron Din yang tidak logik kalau Najib songlap wang. Kenyataan dan ulasan bomoh itu orang nampak ia lebih untuk menenangkan dan bersifat untuk berbuat budi kerana mengharapkan jasa PM itu.

Begitu juga kenyatan daripada pihak berkuasa seperti polis, SPRM atau Bank Negara sekali pun yang menafikan dakwaan itu ia tidak dakan menamatkan persoalan itu, berbanding dengan tindakan Najib menyaman WSJ. 

Mahkamah dalam soal ini lebih diyakini dan dipercayai dan dapat meredakan tanggapan busuk terhadap Najib. Najib dapat sedikit ketenangan sekurang-kurangnya untuk beberapa ketika kerana proses mahkamah itu sudah pasati akan mengambil masa.

Sementara menunggu penghakiman, Najib boleh gunakan masa rihat itu mengukuhkan kedudukannya serta membina pelbagai pagar lagi dari dibolosi penyerang-penyerang seperti Dr Mahathir Mohamad, Rafizi Ramli dan Lim Kit Siang ataupun Lim Guan Eng serta pihak pembangkang dan sebagainya.


Posted by mso.im

Bekas ketua menteri Melaka saran Najib letak jawatan sementara

Posted: 05 Jul 2015 07:30 PM PDT

 
 
Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata beliau melepaskan jawatan yang dipegangnya iaitu sebagai ketua menteri Melaka dan ketua Pemuda Umno ketika terpalit dengan tohmahan rasuah dan skandal pada 1994.
Menulis di laman Facebooknya, Rahim berkata beliau pada masa itu melepaskan jawatannya dengan rela hati bagi membolehkan siasatan dilakukan.

"Ketika saya menjadi ketua menteri Melaka dan ketua Pemuda Umno, terdapat tohmahan, rasuah dan skandal. Saya lepaskan kedua-dua jawatan buat sementara bagi membolehkan penyiasatan dilakukan," katanya dipetik daripada laman Facebooknya.

Meskipun tidak menyatakan secara jelas tujuan kenyataannya itu, namun reaksi beliau dipercayai sebagai saranan merujuk kepada skandal terbaru yang membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seperti didedahkan Wall Street Journal (WSJ).

Jumaat lalu WSJ memetik dokumen siasatan ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh pihak berkuasa Malaysia, yang menunjukkan berbilion ringgit dimasukkan ke dalam peribadi Najib pada 2013.

Pendedahan itu mengundang pelbagai reaksi daripada pemimpin dalam Umno dan pembangkang.

Meskipun ramai pemimpin Umno yang tampil mempertahankan Najib berhubung pendedahan tersebut, bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta perdana menteri itu membuat penjelasan.

Ketua Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mendedahkan pasukan petugas khas menyerbu 3 syarikat yang dikatakan menyalurkan wang ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak dan menambah beliau sudah menerima kertas siasatan berhubung perkara itu.

Gani berkata, beliau sudah meneliti dan menyemak semua dokumen yang dikemukakan, dan memberi nasihat dan panduan kepada pasukan petugas khas ini bagi mengambil tindakan lanjut.

Rahim yang pernah mencetuskan kontroversi kerana menjadi antara salah seorang Datuk T menayangkan video seks mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2011 berkata setelah siasatan membuktikan dirinya tidak bersalah beliau kembali memegang jawatan tersebut.

Bagaimanapun katanya, beliau terperangkap dengan Anwar pada ketika itu timbalan perdana menteri yang memintanya untuk menandatangani surat pelepasan jawatan kerana mendakwa ia arahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Setelah penyiasatan dibuat bersihkan diri saya, saya menyambung semula mandat jawatan ketua Pemuda Umno tapi tertipu oleh Anwar Ibrahim untuk letak jawatan ketua menteri Melaka.

"Anwar panggil saya di pejabat timbalan perdana menteri dan beritahu perdana menteri (ketika itu Dr Mahathir) untuk letak jawatan ketua menteri sebab sudah jadi liabiliti parti kerana angkara media.

"Saya akur bila Anwar paksa saya tulis tangan peletakan jawatan saya di depannya. Malangnya selepas itu Dr Mahathir kata dia tidak pernah arah pun," katanya. - TMI

Penangguhan pemilihan parti bukti gabungan pemerintah bacul - Semut Harian

Posted: 05 Jul 2015 07:00 PM PDT

KOMEN:  Kata pepatah Melayu, ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. 
 
Merujuk kepada tabiat dan amalan ibubapa yang akan selalu ditiru atau diwarisi oleh anak-anak mereka. 

Inilah yang dilakukan oleh parti komponen BN yang meniru abang besar Umno dalam menangguhkan pemilihan parti. 

Seperti yang berlaku sebelum ini pada 2010,2013 dan sekali lagi pada 2015, parti Melayu yang mendominasi gabungan pemerintah itu akan menangguhkan pemilihan parti, mendakwa untuk memberi ruang kepada parti memperkasakan dirinya serta membentuk perpaduan sebelum pilihanraya umum akan datang. 

Walaupun tidak pernah dikatakan dalam penangguhan tersebut juga dilakukan ketika presiden Umno sedia ada  berada dalam kedudukan yang goyah, misalnya yang berlaku ketika wujudnya golongan dalam parti Melayu itu yang menyerang presiden parti terdahulu Abdullah Badawi pada 2010. 

Dan kini sekali lagi Perdana Menteri Najib Razak menangguhkan pemilihan parti kerana dia juga dalam kedudukan terancam berdepan dengan kritikan yang pernah dia lemparkan kepada Abdullah.
Mengumumkan penangguhan selepas mesyuarat majlis tertinggi parti di Kuala Lumpur pada 26 Jun, Najib berkata langkah itu perlu untuk memperkuatkan parti dan memastikan Umno dan komponen BN yang lain menjadi lebih kuat untuk menghadapi PRU 14. 

"Kita perlu mengutamakan perkhidmatan kepada rakyat...memberi tumpuan kepada keperluan rakyat, samada melalui polisi atau tumpuan kepada akar umbi.

"Kita mesti (juga) fokus kepada kekuatan parti dan melakukan apa yang diperlukan supaya Umno dan kawan-kawan kita terus kuat untuk berdepan pilihanraya akan datang," dia di laporkan telah berkata begitu. 

Seperti yang telah berlaku sebelum ini, sebaik sahaja pengumuman Najib wujud pula khabar yang parti komponen BN, seperti MCA, yang berkata mereka akan mempertimbangkan idea yang sama. 

"Saya melihat ini sebagai usaha untuk memberikan tumpuan perkhidmatan kepada rakyat, langkah untuk bersedia dan kekal bersatu dalam menghadapi pilihanraya akan datang," presiden MCA Liow Tiong Lai (kiri) dilaporkan berkata. 

"Kita akan mengkaji alasan keputusan mereka. Saya pasti semua parti mempunyai matlamat yang sama iaitu pilihanraya," dia menambah. 

Penyokong kuat BN Sarawak PBB juga berkata perkara yang lebih kurang sama. 

Ketua pemuda PBB Fadillah Yusof memberi petanda yang parti tersebut juga mungkin akan menangguhkan pemilihan parti selepas pilihanraya negeri. 

"Penangguhan ini perkara biasa untuk menjaga kepentingan parti," dia dilaporkan berkata. 

Dengan gema suara yang sama dalam landskap komponen BN, penangguhan parti Umno tidak lama lagi bukan suara asing dalam keriuhan. 

Dan saya kira tidak lama lagi penangguhan juga akan dilakukan oleh komponen parti yang lain, seperti tahun-tahun sebelum ini. 

Sama seperti kes terdahulu, kes terkini Najib ini, mendakwa yang penangguhan ini selari dengan peruntukan sedia ada perlembagaan parti dan untuk menguatkan parti dan mewujudkan perpaduan. 

Tetapi cerita sebenar lebih sukar daripada cerita baik yang dikeluarkan, kerana ia mungkin wujud kerana pergelutan kuasa dalaman yang digunakan oleh presiden sedia ada untuk mengelakkan disingkirkan. 

Penangguhan Najib jelas ialah cubaan untuk mendiamkan para pengkritik dan kelompok dalam Umno yang sedang bengang dan ingin menyingkirkannya. 

Sementara untuk komponen BN yang lain ia adalah langkah yang dialu-alukan untuk mereka yang sedang memegang kedudukan memanjangkan cengkaman mereka tanpa perlu bimbang disingkirkan.
Lagipun, bagi mereka, kepimpinan melalui tauladan. 

Jika Najib buat, mereka juga perlu ikut. 

Tetapi kenyataannya, penangguhan pemilihan parti tidak memberi kesan kepada kekuatan parti tetapi hanya melemahkan mandate mereka yang mereka kuasa kerana penangguhan itu membuktikan keterdesakan mereka dan mencetuskan lebih banyak kritikan. 

Dan lebih buruk, ia membuatkan mereka nampak seperti ayam, yang seringkali dikaitkan dengan kebaculan. 


Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di hazlan@hckmedia.com

Pertemuan Tergempar Ahli Ahli Parlimen Berkenaan Perkembagaan Politik Terkini

Posted: 05 Jul 2015 06:15 PM PDT





Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Perkembangan politik terkini tanah air meletakkan kita di beberapa senario yang baru, yang mungkin belum pernah kita alami dalam sejarah negara setakat ini.

Dakwaan cukup berat yang dibuat akhbar Wall Street Journal tentang sejumlah wang yang dimasukkan ke akaun peribadi Dato' Sri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia, kini kelihatan berasas apabila Tan Sri Gani Patail, Peguam Negara, mengesahkan beliau telah melihat dokumen sama yang dipetik akhbar tersebut dan serbuan terhadap premis ketiga-tiga syarikat yang didakwa terlibat telah berlaku

Kegusaran di kalangan rakyat Malaysia akibat perkembangan terkini ini tidak memungkinkan KEADILAN dan parti-parti Pembangkang malah di kalangan UMNO-Barisan Nasional sendiri untuk terus berdiam diri.



Walaupun kita menanti laporan penuh mengenai kes ini dari semua agensi kerajaan yang bertanggungjawab, namun kita perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan demi memastikan kepentingan rakyat dan negara terjamin.

Oleh itu, saya akan memanggil satu pertemuan Ahli-Ahli Parlimen dari semua parti-parti Pembangkang malah juga dari UMNO-Barisan Nasional untuk membincangkan keadaan politik terkini dan halatuju negara.

Pertemuan ini akan diadakan pada hari Selasa, 7 Julai, jam 12 tengah hari di Parlimen. Maklumat lanjut mengenai tempat pertemuan akan diberi kemudian.

Saya juga memanjangkan jemputan terpilih kepada pimpinan-pimpinan badan bukan kerajaan (Non-Governmental Organizations, NGOs) untuk bersama-sama di dalam pertemuan tergempar ini.

Saya berharap melalui pertemuan ini, Ahli-Ahli Parlimen dari semua parti serta NGO dapat menzahirkan satu keputusan yang melambangkan keprihatinan rakyat seluruh negara kepada kebolehpercayaan rakyat terhadap kepimpinan Dato' Sri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia. Satu sidang media akan diadakan di Parlimen pada jam 2.30 petang, selepas pertemuan ini.


Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail


Presiden KEADILAN
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia

Peringatan Buat PM Najib Dan Sekutu Dengannya !!

Posted: 05 Jul 2015 05:30 PM PDT

Ismaily Bungsu C's photo.

kira2 gimana caranya ya?

Sambil baca buku dan nulis sempat jua nonton drama tv. 

Ya, baru selesai dramanya berjodol qasih ramadan di tv3. 

Seronok juga banding drama2 lain meski saya jarang nonton tv kesan asyik di skrin komputer.

begitulah terasa sesekali syok juga untuk relaxkan otak meski dua kerja dilakukan dalam satu masa.
Bila bicara mati dan tidak susahkan orang di sekitar, lalu saya usaha mencari jalan mati kubur sendiri kesannya pasti tak susahkan sesiapa.

Ah, bila apa yang saya fikirkan ini dihidu orang pasti nanti saya dibilang hampir gila tapi tidaklah begitu sebenarnya.

Bertahun2 saya memikirkan bagaimana caranya dan memang mereka yang berfikir aneh2 itu dianggap gila.

Kalau misalnya kita korek bukit dan bikin rumah di dalamnya macam moyang kita dulu2 dan mati sendiri di dalamnya tiada siapa tahu rasanya juga boleh diterima akal.

Rasa2nya ada lagi cara lain yang lagi baik tanpa susahkan sesiapa?

Kalau kamu itu saya konon, lalu apalah yang terbaik kamu fikirkan untuk mencapai keinginan saya ini?

Kira2 gimanalah ya?

Mari kita sama berfikir dan tentu ada jalan terbaik sekali kala memikirkan kasus ini.
Sahur jangan lupa


ISMAILY BUNGSU Pengarah Komunikasi Pkrsabah
 

PAKAR MASTUBASI YANG BERI CADANGAN KITA XPAYAH BALIK KAMPUNG MASA RAYA SEBAB KEPALA BAPAK DIA BERJAMBUL...

Posted: 05 Jul 2015 05:00 PM PDT

Najib akan buat keputusan saman WSJ dalam masa terdekat

Posted: 05 Jul 2015 04:30 PM PDT

PAHLAWAN BUGIS MENIPU LAGI


Najib Razak akan membuat keputusan dalam tempoh beberapa hari lagi berhubung laporan The Wall Street Journal (WSJ) beliau menerima berbilion ringgit melalui akaun peribadinya.
Najib berkata, pihaknya akan merujuk kepada peguam dan mengambil pendirian atas nasihat yang akan diberikan mereka.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-akan-buat-keputusan-saman-wsj-dalam-masa-terdekat#sthash.dedN2yJS.dpuf





KAH KAH KAH
woit
lancowlaaa berani
cakap berdekah dekah
nak saman laaa
nak bukti tak salah
lancowlaaa
taik dalam seluar
kah kah kah
SANDIWARA
--------------


Zack Ahmad's photo.Secara peribadi, kita merasakan "something fishy" - kalau benar Najib tidak bersalah dan Laporan TWSJ itu memfitnah, adalah menjadi tugas Peguam Negara mengeluarkan kenyataan dan membuat bantahan terhadap TWSJ, kenapa pulak Najib kata dia akan berbincang dengan Peguam2 nya. 

SOMETHING WRONG SOMEWHERE - Orang2 Melayu Kampung Rinching dan Masai boleh lah dibohongnya....

video - YB Lim Kit Siang kena halau di Masai - FMT Reporters

Posted: 05 Jul 2015 09:00 AM PDT

 
kit-siang-halau

Penyokong UMNO berang kenyataan seolah-olah menghina Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

JOHOR BAHRU: Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dihalau ketika menghadiri sebuah majlis di Taman Megah, Masai.

Ia berlaku apabila Pengarah DAP Johor, Liew Chin Tong mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah menghina parti itu dan Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dalam ucapan tidak sampai seminit pada satu majlis di Taman Megah Ria, Masai, dekat sini, hari ini, Ahli Parlimen Kluang itu antara lain mendakwa orang UMNO kini cuba nak menumbangkan Najib.



Susulan itu, kira-kira 100 penyokong UMNO yang berada di situ bagi memprotes kedatangan Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang ke kawasan itu, naik berang.

Keadaan menjadi kecoh dan berlaku insiden tolak menolak antara penyokong UMNO berkenaan dengan Liew dan Lim serta beberapa lagi pemimpin DAP yang hadir pada majlis sesi ramah mesra DAP bersama orang Sabah dan Sarawak tersebut iaitu Adun Pengkalan Rinting Cheo Yee How dan Adun Johor Jaya, Liow Chai Tung.

Insiden tolak menolak itu berlaku kira-kira 15 hingga 20 minit sebelum polis campur tangan untuk mententeramkan keadaan.

Polis kemudiannya dilihat menasihati pemimpin DAP berkenaan untuk membatalkan program selanjutnya iaitu 'Walkabout' di Pasar Borneo berdekatan susulan kekecohan itu.

Pimpinan Negara, Sila Ambil Iktibar......BERTAUBAT LAH !!

Posted: 05 Jul 2015 08:30 AM PDT

Kita Pilih Yang Mana ??

Posted: 05 Jul 2015 08:00 AM PDT

Dakwaan terhadap Najib kelihatan berasas – Wan Azizah FMT Reporters

Posted: 05 Jul 2015 07:30 AM PDT

 
najib_azizah_Gani_600

ini berikutan pengakuan Peguam Negara yang telah melihat dokumen sama yang dipetik WSJ hasil serbuan di tiga premis pada Jumaat. 

PETALING JAYA: Dakwaan dibuat akhbar Wall Street Journal tentang sejumlah wang yang dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan berasas, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ketua Pembangkang berkata, ini susulan kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail, yang mengesahkan beliau telah melihat dokumen sama yang dipetik akhbar tersebut dalam serbuan terhadap premis ketiga-tiga syarikat yang didakwa terlibat yang telah dilakukan pada Jumaat.

Katanya, sementara menunggu siasatan selesaikan dijalankan, persediaan perlu dilakukan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Sehubungan itu, beliau akan memanggil pertemuan tergempar dengan semua Ahli Parlimen Pembangkang bagi membincangkan hala tuju politik negara selepas dakwaan berat terhadap Najib.

Katanya, beliau juga akan menjemput Ahli Parlimen Barisan Nasional dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama-sama dalam pertemuan tergempar ini.

Katanya, pertemuan akan diadakan pada Selasa ini di Bangunan Parlimen.

"Saya berharap melalui pertemuan ini, Ahli-ahli Parlimen dari semua parti serta NGO dapat menzahirkan satu keputusan yang melambangkan keprihatinan rakyat seluruh negara kepada kebolehpercayaan rakyat terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia," katanya dalam kenyataan media.

TMJ sindir pemimpin rasuah........ Putera Johor sindir pemimpin rasuah terlepas hukuman

Posted: 05 Jul 2015 06:45 AM PDT

 
Zack Ahmad's photo.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekali lagi melahirkan kritikan terhadap pentadbiran negara yang menurutnya bersikap toleran dengan pemimpin rasuah.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekali lagi mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak berhubung pendedahan dana hampir RM700 juta disalurkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri seperti dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ). 

Meskipun tidak menamakan perdana menteri tersebut, namun tulisannya yang dimuat naik dalam laman Facebook jelas menunjukkan kritikan itu ditujukan kepada Najib. 

Malah Tunku Ismail secara tidak langsung menyindir Najib dengan berkata perdana menteri itu terlepas tindakan walaupun terbabit dalam rasuah yang dianggap jenayah serius. 

"Rasuah adalah satu jenayah yang serius. Adakah anda tahu apa hukuman kerana melakukannya? 

Tiada apa-apa... 

Sekiranya anda salah seorang ahli beberapa organisasi," katanya dalam kiriman di akaun Facebook Johor Southern Tigers. Tunku Ismail yang kini dilihat kerap mengkritik Najib terutama dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), meneruskan sindirannya dengan berkata pihak mengetahui perbuatan tersebut tetapi tidak bertindak adalah lebih teruk. 

"Saya seorang sahaja seperti biasa, menyeru supaya sistem pengadilan sepatutnya mempunyai badan bebas agar tidak wujud sebarang kepentingan peribadi. 

"Terlibat dalam gejala rasuah adalah sifat yang sangat buruk. Diam dan tidak melakukan sesuatu mengenainya, adalah lebih keji. "Saya lebih suka tewas dengan penuh hormat, daripada menang dengan penipuan," katanya. 

Berikutan pendedahan WSJ dan Sarawak Report mengenai dana 1MDB yang disalurkan dalam akuan peribadi Najib, perdana menteri dikritik hebat oleh rakyat Malaysia dan pembangkang. 

Bagaimanapun, ketika kebanyakan menteri mempertahankan Najib, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin semalam meminta Najib disiasat dan tampil memberi penjelasan. – 5 Julai, 2015. 


Posted by mountdweller

Puteri UMNO, jangan jadi perkakas lindungi kesalahan pemimpin FMT Reporters

Posted: 05 Jul 2015 06:00 AM PDT

 
puteri-UMNO

Puteri UMNO sepatutnya mendesak Perdana Menteri merungkai semua persoalan bukan lari daripada kenyataan.

PETALING JAYA: Srikandi Keadilan, sayap wanita muda bagi PKR mengutuk Puteri UMNO kerana hanya berperanan sebagai alat dan perkakas bagi melindungi kesilapan pemimpin.

Ketuanya, Senator Siti Aishah Shaik Ismail berkata, sebagai pemimpin muda, Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin sepatutnya mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab tuduhan bukannya lari daripada kenyataan.

Katanya, tindakan Puteri UMNO membuat laporan polis terhadap Sarawak Report hanyalah menutup kebenaran daripada mendapatkan kebenaran.

"Ini soal aset negara,wang rakyat dengan kata mudahnya apabila ada sesuatu yang didedahkan melibatkan pemimpin utama negera kita harus melihat ia sebagai sesuatu yang perlu diselesaikan.

"Kita bercakap soal penyelewengan, ketirisan serta rasuah yang menyumbang kepada kadar ekonomi negara yang tidak menentu dan ini harus dipandang penting oleh Puteri Umno agar kebajikan rakyat dan hak mereka tidak mudah diseleweng, bukannya dengan bersikap mempertahankan tanpa asas, " katanya.

Katanya, tindakan Puteri UMNO itu lebih kepada politik 'wala' bukannya bersifat prihatin untuk rakyat teramai.

"Ini beza kita orang muda berani bersuara dalam setiap perkara yang melibatkan kepentingan rakyat bukan menjadi alat dan perkakas untuk terus melindungi kesilapan pemimpin.

"Kepada Puteri Umno, bertindaklah sebagai anak muda yang berani bersuara demi kebenaran dan janganlah kerana kepentingan politik membolehkan kita menolak kebenaran," katanya.

Najib Dicabar, Ambil Tindakan Mahkamah Ke Atas WSJ Atau Undur Diri Bolehkan Siasatan.. (84) Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 05 Jul 2015 05:15 AM PDT

 
Datuk Seri Shafie Apdal menggesa Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan mahkamah ke atas The Wall Street Journal.

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan? 
 
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tindakan mahkamah ke atas The Wall Street Journal (WSJ) sekiranya dakwaan berbilion ringgit mengalir masuk ke dalam akaun peribadinya adalah tidak benar, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini.

Shafie yang juga naib presiden Umno berkata, tindakan undang-undang satu kemestian bagi memastikan imej Malaysia tidak buruk di mata masyarakat antarabangsa.

"Datuk Seri Najib perlu mengambil tindakan undang-undang, sekiranya dakwaan itu tidak benar supaya kerajaan tidak dipandang buruk di mata umum dan masyarakat antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga menyeru rakyat bertenang sehingga siasatan selesai, dan yakin ia akan membongkar kebenaran. Najib menafikan dakwaan itu dan kini berdepan gesaan supaya mengundur diri bagi membolehkan siasatan telus dilakukan.

Sebuah pasukan khas yang disertai Peguam Negara, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan WSJ.


Jumaat lalu, WSJ memetik dokumen siasatan ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh pihak berkuasa Malaysia, yang menunjukkan berbilion ringgit dimasukkan ke dalam peribadi Najib pada 2013.

Najib menafikan dakwaan itu dan kini berdepan gesaan supaya mengundur diri bagi membolehkan siasatan telus dilakukan. 


Sebuah pasukan khas yang disertai Peguam Negara, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan WSJ. - 5 Julai, 2015.

Dosa Khianat Agama, Bangsa Tak Sepadan "PEGANG TOMBAK" DAP, Kata Utusan

Posted: 05 Jul 2015 04:30 AM PDT

Mafiaboss Melayu's photo.Kolumnis akhbar Utusan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain berkata kini menjadi trend anak muda Melayu menyertai DAP dan diberikan jawatan dalam cabang parti majoriti Cina itu, yang mana menurutnya ibarat jawatan "pemegang tombak".

Melalui ruangan anekdot Ahad, Ku Seman berkata anak muda Melayu menyertai parti itu terpengaruh dengan DAP yang menangani persepsi umum dengan membuka laluan kepada orang Melayu, terutamanya belia yang terpesona dengan janji "demokrasi".

"Semua yang menyertai parti politik untuk berjuang ke aras perubahan. Untuk membuat perubahan kenalah ada kedudukan, lebih tinggi lebih besarlah pengaruhnya kepada orang bawahan.

"Kalau sekadar pak turut, lebih baik tidak masuk mana-mana parti politik," katanya.

Ku Seman berkata, jika mengharapkan untuk memegang jawatan tinggi dalam parti itu, ia adalah perkara yang mustahil untuk anak muda Melayu itu.


"Tetapi kalau sekadar diberi jawatan pemegang tombak dalam DAP kemudian menyerang pula bangsa sendiri, tidak usahlah masuk DAP. Tidak sepadan dengan 'dosa' mengkhianati agama dan bangsa sendiri.

"Kalau bermimpikan jawatan kanan dalam parti, samalah menunggu bulan berwarna biru," katanya.

Ku Seman turut mengambil contoh bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Aziz Tunku Ibrahim yang turut gagal melakukan perubahan dalam parti itu.

"Melayu paling kanan dalam DAP pun tidak boleh memutihkan DAP yang sangat hitam politik perkauman.

"Jadi, kalau setakat menjadi pemegang tombak, faham-faham sajalah. Kalau saya menjadi kamu, saya tidak membiarkan diri 'dilembukan' untuk kepentingan pihak lain," katanya.

Ku Seman berkata, jika anak muda Melayu menyertai DAP kerana faktor kelihatan seperti melampaui batas kaum dan agama, sedangkan yang menonjol dan berkuasa dalam DAP hanya satu kaum saja.

"Beberapa pemimpin Melayu kanan satu demi satu keluar kerana tebalnya cauvinis Cina dalam DAP.

"Cakap saja untuk semua kaum, tetapi Cina saja yang berkuasa. Maknanya kaum menjadi keutamaan DAP.

"Cuma budak-budak Melayu ini saja yang bengap untuk memahaminya," katanya. – 5 Julai, 2015.-TMI

PERKASA Buat Laporan Polis Terhadap WSJ Ini soal integriti negara, kata PERKASA

Posted: 05 Jul 2015 03:45 AM PDT



Ketua Wira PERKASA Malaysia Irwan Fahmi Idris hari ini membuat laporan polis terhadap laporanWall Street Journal (WSJ) yang didakwa memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, laporan polis itu dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat kebenaran laporan berkenaan dan sekiranya bohong, pihak yang telah mengeluarkan kenyataan itu harus dibawa ke muka pengadilan.

"Kita gesa untuk siasat, sekiranya perkara ini tidak betul dan tidak wajarlah perkara ini difitnah sedemikian rupa.

"Ini bukan tentang mempersoalkan Datuk Seri Najib, ini soal integriti sesebuah negara. Saya dapat tahu media antarabangsa sudah pickup perkara ini dan kita mahu kesahihan perkara ini adakah benar, fitnah ataupun sebaliknya," katanya kepada pemberita di Balai Polis Dang Wangi.

Ketika ditanya bagaimana jika laporan dikeluarkan itu benar,  Irwan berkata, polis harus mengambil tindakan kepada Najib.

Dalam parti dia pun bersuara

Semalam WSJ melaporkan berlaku perpindahan dana 1MDB bernilai hampir AS$700 (RM2.6 bilion) ke akaun perseorangan yang menggunakan nama "Dato' Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak"


Muhyiddin Mesti Maju Selangkah Lagi, Segera Usulkan Najib Ambil Cuti

Posted: 05 Jul 2015 03:00 AM PDT

Antara intipati kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin semalam mengenai dakwaan pengaliran masuk wang berjumlah hampir AS$700 juta ke dalam akaun peribadi Najib Razak oleh akhbar perniagaan berpengaruh, Wall Street Journal (WSJ) ialah mahukan siasatan dilakukan terhadap dakwaan itu.

Beliau berpendirian pihak berkuasa penyiasatan seperti SPRM, Bank Negara, polis dan dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara perlu bertindak menyiasat dakwaan yang menarik perhatian rakyat, media antarabangsa dan menyentuh kepentingan awam itu.

Serentak dengan itu, oleh kerana tuduhan WSJ itu bersifat peribadi, Muhyiddin juga berpendapat wajar bagi Najib untuk memberikan penjelasan yang meyakinkan atau membuat penafian dan sekiranya yakin semua tuduhan itu tidak benar dan fitnah, maka perlu tindakan undang-undang diambil demi membersihkan nama Perdana Menteri serta mengembalikan kredibiliti kerajaan.

Tidak seperti kenyataan kebanyakan pemimpin lain yang menolak mentah-mentah dakwaan WSJ itu sambil berkata tidak mungkin begitu bodoh Najib membenarkan wang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, kenyataan Muhyiddin menimbulkan beberapa perkara menarik yang antaranya:- -

Mahu dakwaan terhadap Najib itu disiasat oleh pihak berkuasa bagi menentukan kebenarannya, - Tuduhan keatas Najib adalah bersifat peribadi dan wajar bagi Perdana Menteri memberi penjelasan lebih meyakinkan atau membuat penafian, -

Mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ sekiranya tuduhan itu tidak benar dan fitnah. Hanya beberapa jam setelah Muhyiddin mengeluarkan kenyataan itu,

Peguam Negara Gani Patail segera tampil dengan mengatakan penubuhan pasukan khas yang diangggotai oleh SPRM, polis dan Bank Negara sudah pun melakukan serbuan di tiga premis yang didakwa menyalurkan wang ke dalam akaun peribadi Najib itu serta mengambil beberapa dokumen daripadanya.

Gani juga mengakui beliau turut melihat dokumen yang sama sebagaimana yang dipetik oleh akhbar WSJ itu.

Ini bermakna, saranan Muhyiddin bukan saja didengar, tetapi sudah dilaksanakan oleh Peguam Negara.

Walaupun Najib sudah menafikan mengambil sebarang dana daripada mana-mana entiti untuk kepentingan peribadinya sebelum ini, penafian itu sebenarnya tidak memadai.

Sebab itu Muhyiddin mengulangi keperluan Najib memberi penjelasan yang lebih meyakinkan.

Ini kerana penafian itu tidak disokong oleh apa-apa dokumen serta bukti dan perkara paling asas yang gagal dijelas atau dinafikan olah Najib ialah berkenaan beberapa nombor akaun yang didakwa miliknya di Ambank itu.

Apakah susah sangat untuk menjelaskan sama ada betul atau tidak akaun bank itu miliknya?

Hanya sekiranya yakin semua dakwaan itu tidak benar dan berupa fitnah, barulah Muhyiddin mencadangkan tindakan undang-undang diambil terhadap WSJ. Dalam masa yang sama,

Muhyiddin juga menyifatkan tuduhan terhadap Najib itu adalah bersifat peribadi.

Dalam mencari kebenaran kepada semua persoalan ini, adalah perlu Muhyiddin bergerak selangkah lagi dengan mengusulkan agar Najib mengambil cuti sehingga siasatan dijalankan oleh pasukan petugas khas itu.

Sudah tentu wujud kesukaran bagi SPRM, polis, Bank Negara dan Jabatan Peguam Negara menjalankan tugas tanpa sebarang gangguan sekiranya Najib masih ada sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan lantaran semua agensi penyiasatan itu ada kaitan secara langsung dengan kedudukannya sedangkan apa yang dituduh itu adakah bersifat peribadi.

Hanya dengan Najib mengambil cuti, semua tugas dan penyiasatan itu dapat dilaksanakan dengan adil, licin serta tanpa gangguan.

Dalam isu pembelian hartanah di Melbourne dengan harga lebih mahal oleh Mara Inc baru-baru ini, Pengerusi Mara Annuar Musa telah menunjukkan teladan yang terpuji dengan merehatkan sementara Mohamad Lan Alani serta Abdul Halim Abd Rahim yang merupakan Pengerusi dan CEO anak syarikat Mara itu sehingga siasatan selesai dijalankan.

Dalam tahun 1994 pula, Rahim Tamby Chik juga pernah direhatkan daripada jawatan Ketua Pemuda UMNO berikutan ada dakwaan rasuah dan isu peribadi yang dikaitkan terhadapnya. Selepas kesnya selesai dan namanya dibersihkan, beliau kemudiannya dikembalikan semula memegang jawatan tersebut.

Ini bermakna memberi cuti kepada mana-mana pemegang kuasa yang dalam siasatan bukanlah asing dan tidak pernah berlaku.

Meskipun sebelum ini sudah ada beberapa pihak mencadangkan agar Najib mengambil cuti untuk membolehkan siasatan berkaitan 1MDB dijalankan dengan lebih adil terhadapnya, tetapi sekarang ini adalah detik dan masa yang paling sesuai ianya diusulkan kembali.

Sudah tentu, sebagai orang nombor dua dalam parti pemerintah dan kerajaan yang sedang berkuasa, Muhyiddin adalah paling sesuai mencadangkan pengambilan cuti itu kepada Najib.

Jika tidak, sementara imej parti dan kerajaan terus terperosok di mata rakyat, siasatan yang dijalankan oleh pasukan petugas khas itu juga sentiasa diragui serta tidak diyakini. Ayuh Muhyiddin, majulah selangkah lagi!!

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Pendedahan WSJ : Haron Din setaraf Awang Selamat

Posted: 05 Jul 2015 02:00 AM PDT


Tan Sri Abdul Gani Patail mendedahkan pasukan petugas khas menyerbu 3 syarikat yang dikatakan menyalurkan wang ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak dan menambah beliau sudah menerima kertas siasatan berhubung perkara itu.

"Saya mengesahkan menerima dokumen-dokumen berkaitan 1MDB termasuk dokumen berkaitan dakwaan penyaluran dana ke akaun milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada pasukan petugas khas ini."

Semalam, The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan ketiga-tiga syarikat ini memindahkan sejumlah AS$700 juta (RM2.67 bilion) kepada akaun peribadi Najib di Ambank.

Gani berkata, pasukan petugas khas, dianggotai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia, sudah pun memulakan siasatan terhadap syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Baca di sini 5 July 2015 : Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa agar pihak berkuasa melakukan penyiasatan segera terhadap dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Muhyiddin berkata, beliau turut yakin, agensi penguatkuasaan akan menjalankan penyiasatan mereka dengan adil. 



"Saya berpendirian pihak berkuasa penyiasatan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara perlu bertindak segera untuk menyiasat segala tuduhan yang dibuat terhadap Najib.Baca di sini 5 July 2015 :

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tindakan mahkamah ke atas The Wall Street Journal (WSJ) sekiranya dakwaan berbilion ringgit mengalir masuk ke dalam akaun peribadinya adalah tidak benar, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini.

Shafie yang juga naib presiden Umno berkata, tindakan undang-undang satu kemestian bagi memastikan imej Malaysia tidak buruk di mata masyarakat antarabangsa.

"Datuk Seri Najib perlu mengambil tindakan undang-undang, sekiranya tuduhan itu tidak benar supaya kerajaan tidak dipandang buruk di mata umur dan masyarakat antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan. Baca di sini 5 July 2015 :



PAS hari ini dilihat mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada skandal terkini susulan pendedahan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai aliran wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi beliau.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia memetik Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang menyifatkan dakwaan WSJ itu tidak logik dan menggesa siasatan dilakukan terlebih dulu. di sini 5 July 2015 :

Umat Islam diminta banyak bersabar terutama dalam bulan Ramadan dan bersangka baik mengenai skandal terbaru Datuk Seri Najib Razak selagi belum dibuktikan kesahihannya, kata akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Awang Selamat menerusi ruangan pojoknya hari ini mahu rakyat Malaysia memberi keyakinan penuh kepada perdana menteri bagi membela diri dan membuktikan beliau di pihak yang benar serta menjadi mangsa tohmahan.

"Lebih-lebih lagi umat Islam pada bulan Ramadan yang mulia ini, dituntut lebih banyak bersabar, tidak mudah percaya spekulasi dan bersangka buruk selagi sesuatu dakwaan itu tidak dibuktikan kesahihannya," katanya dipetik daripada edisi mingguan Utusan Malaysia, hari ini. di sini Komen al-Husseyn :

Memanglah tidak lojik, sebagai seorang Perdana Menteri yang diamanahkan untuk berkhidmat mensejahterakan rakyat, tetapi aleh-alehnya menghancurkan harapan dan amanah tersebut.


Tetapi apabila telah keluar kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang telah mengesahkan menerima dokumen-dokumen berkaitan 1MDB termasuk dokumen berkaitan dakwaan penyaluran dana ke akaun milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak , maka adalah tersangat pelik apabila ada manusia yang mengatakan dakwaan WSJ itu tidak logik ….

Awang Selamat pula menasihatkan rakyat Malaysia supaya banyak bersabar, tidak mudah percaya spekulasi dan bersangka buruk …

Waima pasukan petugas khas itu yang dianggotai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia.

Hanya dua manusia ini saja yang nampak pelik. Seorang kata dakwaan WSJ itu tidak lojik, manakala seorang lagi menganggapnya sebagai spekulasi dan sangkaan buruk....

Nampaknya dua orang ni sama saja tahap mentalitinya …..sama-sama tukang jilat! Mereka berdua masih percayakan Najib kerana siang malam Najib terus melalak dengan slogan Rakyat Didahulukan ....

HARAPAN BARU DAN IMPIAN BARU.

Najib perlu bercuti serta merta FMT Reporters

Posted: 05 Jul 2015 01:15 AM PDT

 
Tuan-Ibrahim_najib_wsj_600

Perdana Menteri perlu mengambil tindakan bermaruah itu kerana Peguam Negara telah mengesahkan siasatan dijalankan terhadap dakwaan WSJ. 

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dinasihat supaya bercuti serta merta kerana pihak Peguam Negara sedang menyiasat dakwaan yang dibuat Wall Street Journal (WSJ) terhadapnya.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Najib boleh menggunakan tempoh bercuti itu untuk merancang tindakan undang-undang terhadap WSJ, Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Katanya, kenyataan Abdul Gani bahawa pihaknya menyiasat kes itu berdasarkan dokumen yang ditemui dalam serbuan di tiga premis yang dikatakan terlibat menyalurkan wang ke dalam akaun yang didakwa milik Najib telah menimbulkan persoalan.

"Adakah Peguam Negara menyiasat kes ini berdasarkan maklumat yang dibocorkan oleh bekas kakitangan PetroSaudi yang didakwa tidak betul?

"Beranikah Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan surat tunjuk sebab terhadap Peguam Negara kerana menyiasat berdasarkan maklumat tidak betul yang digunakan oleh WSJ," katanya.

Tuan Ibrahim berkata, walauapapun berlaku, pengesahan Abdul Gani itu membuktikan kewibawaan dakwaan WSJ berbanding penafian Najib.

"Najib perlu mengambil tindakan bermaruah dengan bercuti serta merta untuk pastikan siasatan telus dan adil," katanya.

Isu barua: Kertas siasatan ke atas Azmin telah lengkap

Posted: 05 Jul 2015 12:38 AM PDT

 
azmin-ali_khalid_polis_600

Sama ada kes itu akan didakwa di mahkamah atau sebaliknya ia bergantung kepada arahan daripada Ketua Unit Perundangan

GEORGETOWN : Polis Pulau Pinang telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang menggelar Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai 'barua Umno' dalam ceramahnya semasa Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh, Mei lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata sama ada kes itu akan didakwa di mahkamah atau sebaliknya ia bergantung kepada arahan daripada Ketua Unit Perundangan (KUP).

"Polis Pulau Pinang telah melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan dan kami meminta bantuan D5 (pendakwaan/undang-undang) Bukit Aman untuk merekodkan keterangan Menteri Besar Selangor itu," katanya yang dipetik daripada Bernama.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Komuniti dan Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang.

Mohamed Azmin didakwa menggelar Khalid sebagai 'barua Umno' dalam ceramah semasa berkempen pada pilihan raya kecil berkenaan.


- Bernama

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT