Sabtu, 4 Julai 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Apakah Najib akan menerima nasib seperti Tunku Abdul Rahman? FMT Reporters

Posted: 04 Jul 2015 09:15 PM PDT


Zainuddin_najib_abdul-rahman_600

Bapa Kemerdekaan menerima tentangan secara diam sedangkan dengan Najib terpaksa menghadapinya secara terang-terangan

PETALING JAYA: Situasi yang dialami Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sama seperti yang pernah tempuh Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al Haj.

Bezanya, Bapa Kemerdekaan menerima tentangan secara diam daripada pihak keselamatan, pegawai tinggi kerajaan dan cerdik pandai yang meminta beliau berundur.

Keadaan itu berbeza dengan Najib di mana beliau terpaksa menghadapinya secara terang-terangan berikutan dasar dan perubahan yang dilakukannya sebaik menduduki tampuk sebagai Perdana Menteri Malaysia Keenam.

Dalam tulisannya, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkongsi senario sekarang dengan kemelut yang dilalui Tunku Abdul Rahman sehingga beliau terpaksa meletak jawatan.


"Langkah pemulihan yang dijalankannnya menerusi reformasi lebih mempamerkan liberalisme, tolak ansur,kompromi, dan sikap tidak apa, iaitu kriteria yang menyebabkan akhirnya Perdana Menteri Malaysia Pertama Tunku Abdul Rahman terpaksa mengundurkan diri dan memberikan laluan kepada Tun Abdul Razak bapa kepada Najib.

"Tunku sebagai seorang yang demokratik sanggup menerima realiti sekalipun pemimpin parti dan kerajaan di sekelilingnya masih kuat menyokongnya. Beliau menyingkirkan orang yang tidak disenanginya. Namun menciumi api sekam yang membara, ledakan sentimen Melayu kehilangan maruah dan kehilangan keyakinan, beliau akhirnya menyerah kalah," tulisnya di zamkata.blogspot.com.

Sebagai perbandingan, Zainuddin atau nama penanya Zam mengaitkan apa yang dilakukan Najib pada masa sekarang mempunyai kesamaan dengan Tunku Abdul Rahman.

Tulisnya, kehilangan keyakinan terhadap Najib adalah akibat tidak ada konsistensinya dalam usaha untuk pemulihan kuasa selepas Barisan Nasional (BN) kehilangan kuasa dua pertiga.

Ulasnya, Presiden UMNO itu pada mulanya nampak gagah, garang dan berani dalam menerima kekalahan dengan mengecamnya sebagai Tsunami Cina tetapi kemudiannya membuktikan beliau tidak mempunyai ketegasan walaupun mempunyai kesedaran.

Beberapa dasar dan pembaharuan yang dilakukannya, masih gagal mendapat sokongan kaum Cina bahkan ia turut menyebabkan pengaruhnya di kalangan orang Melayu merosot.

"Selain dari penghapusan ISA yang ternyata gagal mendapat sokongan orang Cina,beliau mahu menghapuskan Akta Hasutan yang amat dibimbangi oleh pihak polis dan juga orang Melayu.

Jika difikirkan dengan waras tidak perlu ISA dihapuskan jika hendak digantikan dengan akta yang mempunyai kesan bangkangan yang sama .Ini hanya menampakan dasar yang flip flop..

"Kehilangan kredebiliti Najib bukanlah hanya kerana IMDB tetapi dari rangkaian berbagai fakta yang bertali arus dari penghapusan ISA ,percubaanya untuk menghapuskan Akta Hasutan, jawapan kepada penggunaan jet kerajaan yang tidak meyakinkan yang tidak membawanya pulang ketika bencana banjir besar di Kelantan, penapian keluarganya tentang harta pusaka, GST ,kelemahan dasar luar negara ,tolak ansur dengan Singapura dan sebagainya," ulas Zam

Lebih buruk di bawah pentadbiran Najib strategi yang dilakukannya lebih banyak menampakan kelemahan daripada kebaikan.

Pengurusan maklumat yang lemah serta tidak menyeluruh, gagal menjawab soalan dengan tepat,menggunakan personaliti murah, tidak berintegriti yang dikenali umum dan dalam banyak hal yang menampakan tidak profesionalisme menyebabkan usaha untuk memperbaiki imej pimpinan dan mempromosikan imej kerajaan gagal.

Tambah Zam lagi, keadaan itu dibebankan lagi dengan pelbagai bencana yang melanda negara ini, ancaman keselamatan dan pembongkaran mayat Rohingya dan pemerdagangan manusia telah memalukan negara dan imej Najib sendiri.

"Ini semua petunjuk dari Allah kepada kepimpinan negara dan juga kepada rakyat jika kita mahu insaf dan sedar," tulis Zam mengakhiri tulisannya dengan petikan ayat suci al Quran.


 
Nampaknya TEORI RAHMAN akan menjadi kenyataan. PM Najib akan menjadi PM Terakhir dari UMNO, kerana akan dikuburkan tidak lama lagi.

Haron Din Sangsi Najib Bersalah

Posted: 04 Jul 2015 08:30 PM PDT



Tidak masuk akal adalah ungkapan yang dapat menggambarkan perasaan Datuk Dr Haron Din berhubung dakwaan media luarmengenai penyaluran dana ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Ditemui media di Putrajaya hari ini Haron berkata, logik akal menyatakan jika seseorang mahu mengambil dana awam ke akaun persendirian, mereka tidak akan melakukan sebegitu.

Sebaliknya, kata Haron, dana itu akan disalurkan ke akaun rahsia.

Bagaimanapun Haron tidak menyatakan sama ada bersetuju atau tidak dengan dakwaan berkenaan.

Kata Haron, banyak berita timbul baru-baru ini dan ia kelihatan benar tetapi kemudian terbukti sebaliknya selepas siasatan dijalankan.

"Jadi saya perlu periksa sama ada berita ini benar atau tidak terlebih dahulu," katanya.

Haron juga berharap tuduhan terhadap perdana menteri itu tidak benar demi kepentingan negara.

Tuntut isytihar harta

Jika tidak, katanya, perkara itu sangat malang terutama kerana ia berkait dengan ekonomi Malaysia yang semakin lemah.

Jika dakwaan itu benar, kata Haron, pelabur asing akan menjadi tidak selesa melabur di Malaysia dan orang ramai akan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan negara.

"Sebab itu saya berharap akan ada penafian dan penyelewengan tidak pernah berlaku.

"Tetapi jika tidak berlaku juga, ia adalah perkara yang sangat malang dan tidak boleh dipandang ringan," katanya.

Semalam Wall Street Journalmelaporkan hampir AS$700 juta wang daripada dana 1MDB disaluran ke akaun persendirian atas nama "Dato' Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak" menjelang berlakunya pilihan raya umum ke-13.

Ekoran dakwaan itu PAS kemudian menuntut Najib dan isterinya, Datik Seri Rosmah Mansor membuat pengisytiharan harta.

Najib kemudian menafikan dakwaan itu dan menegaskan beliau tidak pernah menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi.

Hari ini WSJ pula mempertahankan laporan berkenaan.

- mkini


Pelakon Wanita Malaysia Ditahan Polis China

Posted: 04 Jul 2015 08:00 PM PDT



Berpunca daripada salah faham dengan pihak berkuasa di China, Sari Yanti telah ditahan ketika menjalani penggambaran drama Mencari Mubarakh di Turpan, Xinjang, China pada Jun tahun lepas.

Sari Yanti dan kru ditahan sewaktu mereka menjalani penggambaran di tanah perkuburan kerana didakwa menceroboh kawasan tersebut dan mereka telah dibawa menaiki trak polis.

"Kalau ditahan, saya seorang sahaja perempuan. Saya dah suruh adik bersiap sedia untuk hubungi pejabat kedutaan kalau saya kena tahan. Alhamdulillah, semua itu hanya salah faham dan akhirnya kami dilepaskan dan meneruskan penggambaran," katanya yang dipetik daripada Utusan Malaysia.

Selain itu, tambah pelakin ini, dia juga telah dimasukkan ke hospital tempatan di sana kerana demam panas kerana cuaca yang agak panas iaitu sekitar 45 darjah celcius ditambah lagi dengan keadaan berdebu di kawasan padang pasir.

"Cuaca di sana memang panas. Bila malam dingin sangat. Saya dan Shah Jaszle dimasukkan ke hospital kerana demam panas, gara-gara kami keletihan kerana perjalanan yang jauh. Sempat jugalah air dimasukkan ke dalam badan kami"

"Biarpun saya alami pelbagai dugaan tetapi saya suka tengok suasana di sana. Dapat lihat pokok anggur sepanjang jalan dan satu lagi masyarakat di sana suka makan tembikai. Sewaktu penggambaran, orang di sana macam biasa saja dengan aktiviti mereka," katanya. - rtky




Akibat menteri undang-undang ditangkap berbohong dengan ijazah palsu .....

Posted: 04 Jul 2015 07:30 PM PDT

 
Zack Ahmad's photo. Lebih 1,400 guru sekolah rendah telah berhenti kerja sedang siasatan dijalankan ke atas kelayakan palsu, kenyataan dari seorang pegawai pendidikan di India timur sejak beberapa bulan kebelakangan ini. 

Mungkin lebih ramai lagi akan meletakan jawatan sebelum akhir tempoh pengampunan yang membolehkan guru-guru di Bihar berhenti untuk mengelakkan tindakan undang-undang kerana memalsukan ijazah mereka, kata setiausaha utama jabatan pendidikan negeri RK Mahajan. 

Mei lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan siasatan ke atas 350,000 guru sekolah rendah di negeri ini berikutan kebimbangan bahawa sehingga 25,000 telah menyertai sekolah kerajaan tanpa latihan yang sewajarnya. 

Ramai meletakan jawatan sebelum mahkamah memerintahkan pengampunan pada bulan lepas, yang berakhir pada 9 Julai. 

"Kita akan tahu jumlah guru-guru yang mengambil kesempatan daripada penangguhan itu selepas tamat tempoh pengampunan." 

Mahajan berkata beliau tidak fikir akan timbul masalah dengan berkata "tidak akan ada vakum dalam sistem pendidikan". 

Tetapi beliau memberi amaran tindakan keras terhadap guru-guru yang mengambil keputusan untuk kekal dengan sijil palsu, mengatakan "ini adalah satu perbuatan jenayah. Mereka mungkin dikenakan penjara".

"Siasatan itu mengesahkan kelayakan semua guru di negeri ini yang menyertai sejak 2006", berikutan kempen pengambilan besar-besaran oleh kerajaan negeri. 

Menjadi tajuk utama bulan lepas selepas menteri undang-undang Delhi, Jitendra Singh Tomar, ditangkap kerana didakwa berbohong tentang ijazahnya. Kualiti pendidikan, terutamanya di kawasan luar bandar, adalah masalah utama di India. 

Ramai guru gagal untuk menunjukkan sehingga kelas kerap, meninggalkan rakan-rakan terbeban. Lebih separuh daripada kanak-kanak di kawasan luar bandar masih tidak dapat membaca teks asas dalam bahasa mereka sendiri selepas tamat lima tahun persekolahan kerajaan, satu kajian tahunan dengan menjalani pendidikan dan penyelidikan kumpulan India Pratham dilaporkan. ~ sumber



HARAPAN DAN IMPIAN BARU.

Dr M: Kenapa LHDN tak serbu Seri Perdana?

Posted: 04 Jul 2015 07:00 PM PDT

 
Dr M: Kenapa LHDN tak serbu Seri Perdana?Adakah pegawai cukai pernah mengunjungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak?

Perkara itu diajukan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu tahu jumlah kutipan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) daripada Najib.

Mahathir berkata beliau tumpuan terpilih diberikan pihak yang sering memantau golongan yang hidup melebiji kemampuan, termasuk menyerbu mereka.

Katanya, kekayaan Najib dikaitkan degan kepentingan perniagaan, yang sepatutnya bermaksud perdana menteri harus membayar lebihan cukai.

"Adakah orang cukai pendapatan siasat dia susulan keuntungan perniagaan ini?

"Berapa banyak cukai dia bayar?

"Sudah tentu perkara ini rahsia. Tetapi saya harap tiada cubaan menutup perkara ini," kata Mahathir. - Dr M

Ambank dan Bank Negara perlu buktikan dakwaan terhadap Najib fitnah - FMT Reporters

Posted: 04 Jul 2015 06:30 PM PDT

 
rafizi-wsj

Ambank dan mana-mana bank lain perlu dedahkan akaun yang dimiliki Najib bagi mematikan serangan terhadap beliau.

PETALING JAYA: Ambank perlu mengesahkan atau menafikan sama ada akaun bernombor seperti yang didedahkan oleh Asian Wall Street Journal (AWSJ) di bawah nama Datuk Seri Najib Tun Razak itu benar-benar wujud.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, langkah itu akan memberi gambaran paling baik kepada rakyat sama ada Najib benar-benar terlibat dalam mengambil dana milik rakyat seperti yang didedahkan oleh AWSJ dan Sarawak report (SR) itu.

"Saya pasti jika Najib tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan, cara terbaik untuk mematikan serangan ke atas kredibiliti beliau ini ialah dengan membenarkan Ambank (atau mana-mana bank di negara ini) mendedahkan secara keseluruhan setiap bank akaun yang pernah beliau buka sejak menjadi Perdana Menteri dalam 2009.

"Jika terbukti bahawa akaun di Ambank seperti yang didedahkan oleh AWSJ dan SR itu tidak wujud, maka dengan mudah sahaja Najib boleh menghentikan isu terbaru ini.

"Saya juga menyeru supaya Bank Negara Malaysia menggunakan semua kuasanya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan untuk merungkai kontroversi ini dengan mengesahkan sama ada akaun yang nombor dan namanya didedahkan oleh ASWJ dan SR itu benar-benar wujud.

"Jika ia tidak wujud, perkara ini tidak perlu dipanjangkan," katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, jika akaun itu wujud, maka satu siasatan segera perlu dibuat dan Najib perlulah bercuti dan seorang pemangku Perdana Menteri boleh mengambilalih pentadbiran Kerajaan Persekutuan sementara siasatan sepenuhnya diadakan.

AMK buat laporan polis terhadap Najib di seluruh negara pada Ahad - Faiz Zainudin

Posted: 04 Jul 2015 06:00 PM PDT

 
nik-nazmi-najib

Laporan polis dibuat supaya satu siasatan secara telus dibuat terhadap Perdana Menteri berhubung pendedahan AWSJ dan Sarawak Report.

SHAH ALAM: Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan menggerakkan wakil mereka di seluruh negara bagi membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bermula Ahad.

Menurut Timbalan AMK Afif Bahardin, laporan tersebut dibuat susulan dakwaan akhbar Asian Wall Street Journal (AWSJ) dan Sarawak Report bahawa sejumlah RM2.67 bilion disalurkan dari 1MDB ke akaun peribadi Perdana Menteri.

Katanya, Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad telah mengeluarkan arahan kepada AMK negeri supaya membuat laporan kepada pihak polis dan SPRM supaya melakukan siasatan secara telus terhadap Najib.

"Ketua-ketua AMK Negeri akan membuat laporan polis berkenaan dakwaan terhadap Najib itu di negeri masing-masing secara serentak pada Ahad, 5 Julai," katanya dalam sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Shah Alam pada Sabtu.

3 Syarikat di dakwa salur duit kepada Najib di serbu....KPN rakyat memerhati..... suarakami

Posted: 04 Jul 2015 05:15 PM PDT

 

Tan Sri Abdul Gani Patail mendedahkan pasukan petugas khas menyerbu 3 syarikat yang dikatakan menyalurkan wang ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak dan menambah beliau sudah menerima kertas siasatan berhubung perkara itu.
Gani berkata, beliau sudah meneliti dan menyemak kesemua dokumen yang dikemukakan, dan memberi nasihat dan panduan kepada pasukan petugas khas ini bagi mengambil tindakan lanjut.
Menurut Gani, semalam pasukan petugas khas  sekali lagi menghantar pasukan siasatan ke syarikat SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd untuk mengadakan serbuan dan memperoleh dokumen."Saya mengesahkan menerima dokumen-dokumen berkaitan 1MDB termasuk dokumen berkaitan dakwaan penyaluran dana ke akaun milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada pasukan petugas khas ini.
Semalam, The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan ketiga-tiga syarikat ini memindahkan sejumlah AS$700 juta (RM2.67 bilion) kepada akaun peribadi Najib di Ambank.
Gani berkata,  pasukan petugas khas, dianggotai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia, sudah pun memulakan siasatan terhadap syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurut Gani, siasatan pasukan petugas khas akan fokus kepada setiap aspek yang dibangkitkan.
"Saya yakin keanggotaan pelbagai agensi akan membolehkan siasatan dijalankan dengan lebih profesional dan terperinci.
"Saya juga berharap semua pihak memberi kerjasama bagi membolehkan pasukan petugas khas ini menjalankan siasatan dan tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai," katanya.

APA KHABAR ANWAR ??

Posted: 04 Jul 2015 04:30 PM PDT

Aman Shah's photo.

Anwar Ibrahim..

Lahirmu ke bumi sebagai umat melayu..
 

Takdir darahmu mengalir dibumi bertuah ini
Kehebatanmu di alam melayu memberikan sinar baru
Kehadiranmu begitu dirasai..


Bermula sebagai anak mahasiswa,hinggalah menjadi penguasa negara..
Perjuanganmu di jalanan ,mengetarkan sang penguasa yang gilakan harta dan kuasa..


Sehingga akhirnya kau dihantar ke penjara, sebagai rakyat biasa yang hina
kerana ketegasanmu kepada mereka yang durjana....


‪#‎March2Freedom‬ ‪#‎BebasAnwar‬

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI SEMUA SAHABATKU !

Posted: 04 Jul 2015 04:15 PM PDT

TERKINI ! 'Sumber kami kukuh, bukan siasatan berniat politik' - Wall Street Journal

Posted: 04 Jul 2015 12:22 PM PDT

 Zack Ahmad's photo. Susulan laporan WSJ, Najib (gambar) berkata beliau akan mengambil tindakan terhadap akhbar antarabangsa itu.

KUALA LUMPUR: Ketua Biro Wall Street Journal (WSJ) di Hong Kong berkata laporan yang mendakwa dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai jutaan dolar Amerika disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak berdasarkan daripada penyiasatan yang boleh dipercayai dan bukan siasatan berniat politik.

Ken Brown memberitahu saluran CNBC bahawa WSJ sangat berhati-hati dengan laporan itu kerana ia melibatkan seorang pemimpin negara.

"Kami amat berhati-hati dan kami percaya siasatan dan dokumen kita adalah kukuh dan datang dari siasatan yang boleh dipercayai dan bukan siasatan politik.

"Ia adalah satu berita yang penting dan kami sangat serius.

"Bila-bila masa anda berkata seorang pemimpin negara telah...atau sekurang-kurangnya bukti menunjukkan wang telah dikemukakan kepada akaun peribadi, dan berkait kepada urusan kerajaan, ia penuh drama," Brown berkata kepada saluran perniagaan itu.

Brown berkata, dokumen yang mereka miliki telah dikongsi dengan Peguam Negara Malaysia (Tan Sri Abdul Gani Patail) dan juga telah dilihat oleh Perdana Menteri Malaysia.

Selepas laporan WSJ diterbitkan pada Jumaat, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di akaun Facebook mengkritik tindakan beberapa individu yang "menjejaskan keyakinan dalam ekonomi negara, mencemarkan nama kerajaan dan Perdana Menteri dan ingin menjatuhkan Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik."

Menurut kenyataan itu, tuntutan terbaru adalah sebahagian daripada sabotaj politik berterusan yang bertujuan untuk mengelirukan pihak media dan orang ramai dengan menggunakan dokumen yang dipinda.

Brown membalas kritikan itu dan berkata: "Dan mereka menuduh lawan politik mereka untuk menyerangnya.

"Dan mereka berkata benda yang sama mengenai laporan awal kami mengenai 1MDB, iaitu wang dana itu diambil dan digunakan dalam kempen pilihan raya lepas oleh Perdana Menteri, jadi reaksi mereka sama."

Apabila ditanya sama ada beliau tahu dari mana sumber wang berkenaan, Brown berkata mereka "tahu apa yang mereka tahu", sambil menambah satu bahagian adalah daripada salah satu unit Kementerian Kewangan manakala satu lagi bahagian datang melalui sebuah bank swasta berkaitan dengan Abu Dhabi, yang katanya mempunyai hubungan rapat dengan Malaysia dan menanggung beberapa bon 1MDB.

Dalam temu bual itu, Brown akui tidak tahu di mana wang itu pergi.

"Aliran yang kita tahu berakhir di akaun bank (dengan) nama Perdana Menteri," katanya.

Semalam, WSJ dan Sarawak Reporttelah menerbitkan laporan wang 1MDB yang dipindahkan ke akaun AmBank peribadi milik Najib.

WSJ melaporkan bahawa dokumen itu telah dikesan hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) telah dipindahkan ke sebuah agensi kerajaan dan kemudiannya dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri dalam deposit berasingan.

Pada hari yang sama, Najib berkatabeliau akan mengambil tindakan terhadap WSJ.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata, laporan tersebut disifatkan sebagai satu fitnah jenayah.

"Laporan itu sungguh berniat jahat dan tidak berasas dengan sumber yang lemah dan meragukan.

"Kita akan ambil tindakan mengikut undang-undang," Khairun Aseh dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian.

Muhyiddin mahu Najib beri penjelasan

Posted: 04 Jul 2015 08:00 AM PDT

 
 
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta perdana menteri tampil membuat penjelasan terhadap dakwaan yang dikenakan terhadapnya oleh Wall Street Journal (WSJ) semalam.

Kata Muhyiddin, memandangkan dakwaan yang dibuat media itu bersifat peribadi ke atas Datuk Seri Najib Razak, perdana menteri perlu membuat penjelasan atau penafian meyakinkan.

"Sekiranya beliau yakin semua tuduhan itu adalah tidak benar dan fitnah semata-mata, maka adalah wajar beliau mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang membuat tuduhan demi membersihkan nama beliau dan mengembalikan kredibiliti kerajaan," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Semalam WSJ melaporkan berlaku perpindahan dana 1MDB bernilai hampir AS$700 ke akaun perseorangan yang menggunakan nama "Dato' Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak".

Media mendakwa dana itu dipindahkan sejurus sebelum pilihan raya umum ke-13 berlangsung.

Najib sudah membuat kenyataan balas mengenainya lewat malam tadi.

Muhyiddin berkata, pihak berkuasa juga perlu menjalankan siasatan terhadap dakwaan dikenakan terhadap Najib.

Gesaan itu bermakna, jika pihak berkuasa membuka kertas siasatan, turut akan mungkin disoal siasat ialah Najib sendiri.

Kata Muhyiddin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara Malaysia, polis dan Jabatan Peguan Negara perlu bertindak segera menyiasat segala tuduhan yang dibuat terhadap Najib.

"Tuduhan ini amatlah berat kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti Datuk Seri Najib sebagai perdana menteri dan ketua kerajaan," katanya.

Sementara siasatan dijalankan, Muhyiddin menyeru semua pihak supaya bertenang.

"Saya pasti kebenaran akan muncul hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa," katanya. - Mkini

MAJORITI DARI PARTI CAP AYAM !

Posted: 04 Jul 2015 07:30 AM PDT

Zack Ahmad's photo.

NAJIB : SAMAN JIKA FITNAH ( bukan penafian)

Posted: 04 Jul 2015 06:45 AM PDT

 
Ismaily Bungsu C's photo.

MENDIAMkan diri bukan caranya selesaikan wasangka rakyat dan PM kena bertindak sewajarnya dan sila saman WALL STREET JOURNAL.

Kita tidak mahu mendengar kata penapian kasus berkenaan dan bersumpah bukan cara rakyat mahukan pencerahan tetapi PM seorang pahlawan berani kena hadapi dan saman serta heret yang berkenaan ke mahkamah.

Saya tidak mengatakan WSJ ada bukti-bukti kukuh tetapi dengan cara saman dan bicara di mahkamah barulah yang berkenaan akan merasa langit tinggi rendah.

Tentunya rakyat yang selama ini dihindangkan dengan hal-hal yang cukup meragukan tidak mahu punya PM yang penakut dan tak berani hadapi kenyataan.

Mahkamah luang terbuka untuk buktikan segalanya dan kita mahu dihurai segala perkara di mahkamah agar lagi jelas kerisauan rakyat kesan entah ke mana sebahagian dana 1MDB.

Sesungguhnya ini bukan tuduhan tetapi satu pertanyaan yang mahukan pencerahan total.


ISMAILY BUNGSU
sabah


 

Pengkritik Najib akan dihukum FMT Reporters

Posted: 04 Jul 2015 06:00 AM PDT

 najib-hukum

Perdana Menteri menyifatkan mereka yang menyerangnya menggunakan taktik jenayah.
najib-hukum

PETALING JAYA: Mereka yang berterusan menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak perlu bersedia dengan untuk menanggung kesan perbuatan mereka.

Amaran itu diberikan beliau di laman NajibRazak.com.

"Taktik itu tidak berhati perut -dalam beberapa kes membabitkan jenayah- untuk menggulingkan kerajaan akan gagal. Di mana sewajarnya mereka akan berdepan dengan tindakan undang-undang sepenuhnya," tegas Najib.

Katanya lagi, amat memalukan banyak tuduhan palsu dibuat atas kepentingan peribadi dibuat ketika Malaysia mendapat peluang yang pada tahun ini di mana ia menjadi Pengerusi ASEAN selain status negara maju yang bakal dicapai dalam masa beberapa tahun lagi.

Najib berkata, serangan demi serangan tidak berasas terhadap dirinya dan keluarga bermula apabila beliau enggan melaksanakan permintaan peribadi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Dalam tuduhan terbaharu kononnya saya mengambil dana awam untuk kepentingan peribadi, saya percaya Tun, yang bekerjasama dengan warga asing termasuk dengan blog serangan politik yang hilang kredibilitinya, Sarawak Report berada di sebalik penipuan terkini," katanya

Beliau menjelaskan, pihak yang membuat tuduhan itu tidak pernah memberikan apa juga bukti selain menggunakan dokumen yang didakwa bocor dan penyiasat yang tidak dinamakan.

Katanya, tiada satu pun sumber dokumen itu pernah ditunjukkan malah dokumen berkenaan tidak pernah diberikan untuk pengesahan oleh pihak berkuasa.

"Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah mengambil dana awam untuk kepentingan peribadi sebagaimana yang didakwa oleh musuh politik.

"Sama ada daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International atau mana-mana entiti sebagaimana yang telah disahkan oleh syarikat berkenaan," perincinya.

Beranikah Najib mengambil tindakan ke atas Tun M Faiz Zainudin

Posted: 04 Jul 2015 05:15 AM PDT

 najib,-mahathir

Jika benar dakwaan Najib kononnya Dr Mahathir menjadi dalang di sebalik pendedahan WSJ, bekas Perdana Menteri itu perlu dikenakan tindakan undang-undang

najib,-mahathir

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak perlu berani mengambil tindakan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad jika benar beliau menjadi dalang berhubungan pendedahan Wall Street Journal (WSJ).

Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, Najib perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Mahathir terlebih dahulu berbanding WSJ dan Sarawak Report.

"Sama sekali tidak berguna jika hanya mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ tetapi dalang yang dikenal pasti dibiarkan lepas bebas begitu saja.

"Dengan membiarkan lepas bebas dan tidak diambil sebarahg tindakan, "tok dalang" boleh terus mencari panggung lain untuk memainkan peranan di belakang tabirnya," katanya menerusi entri terbarunya 

shahbudindotcom.blogspot.com.

Shahbudin, berkata jika dilihat menerusi kenyataan Sinar Harian, Setiausaha Politik Perdana Menteri Khairun Aseh berkata Najib akan mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ yang didakwa telah melakukan fitnah dan berniat jahat.

Malah Najib tidak menyebut secara jelas bahawa beliau akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap Dr Mahathir walaupun menuduh bekas Perdana Menteri itu sebagai dalang di sebalik pendedahan WSJ.

"Tidak pula disebut tindakan undang-undang akan diambil terhadap Tun Mahathir sedangkan jika Najib sudah berani menuduh bekas Perdana Menteri selama 22 tahun sebagai dalangnya, sudah tentulah beliau mempunyai bukti terhadap tuduhan yang dibuatnya itu

"Apakah tuduhan bahawa Tun Mahathir sebagai dalang itu disertakan dengan bukti yang kukuh atau sekadar khayalan Najib dengan sumber yang lemah dan meragukan juga?," soal Shahbudin.

Beranikah Najib mengambil tindakan ke atas Tun M Faiz Zainudin

Posted: 04 Jul 2015 04:30 AM PDT

 
najib,-mahathir

Jika benar dakwaan Najib kononnya Dr Mahathir menjadi dalang di sebalik pendedahan WSJ, bekas Perdana Menteri itu perlu dikenakan tindakan undang-undang

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak perlu berani mengambil tindakan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad jika benar beliau menjadi dalang berhubungan pendedahan Wall Street Journal (WSJ).

Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, Najib perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Mahathir terlebih dahulu berbanding WSJ dan Sarawak Report.

"Sama sekali tidak berguna jika hanya mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ tetapi dalang yang dikenal pasti dibiarkan lepas bebas begitu saja.

"Dengan membiarkan lepas bebas dan tidak diambil sebarahg tindakan, "tok dalang" boleh terus mencari panggung lain untuk memainkan peranan di belakang tabirnya," katanya menerusi entri terbarunya shahbudindotcom.blogspot.com.

Shahbudin, berkata jika dilihat menerusi kenyataan Sinar Harian, Setiausaha Politik Perdana Menteri Khairun Aseh berkata Najib akan mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ yang didakwa telah melakukan fitnah dan berniat jahat.

Malah Najib tidak menyebut secara jelas bahawa beliau akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap Dr Mahathir walaupun menuduh bekas Perdana Menteri itu sebagai dalang di sebalik pendedahan WSJ.

"Tidak pula disebut tindakan undang-undang akan diambil terhadap Tun Mahathir sedangkan jika Najib sudah berani menuduh bekas Perdana Menteri selama 22 tahun sebagai dalangnya, sudah tentulah beliau mempunyai bukti terhadap tuduhan yang dibuatnya itu

"Apakah tuduhan bahawa Tun Mahathir sebagai dalang itu disertakan dengan bukti yang kukuh atau sekadar khayalan Najib dengan sumber yang lemah dan meragukan juga?," soal Shahbudin.


Sultan harus guna Majlis Raja-Raja, bukan Facebook, kata pakar OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Posted: 04 Jul 2015 03:45 AM PDT

 
Zack Ahmad's photo.

Dr Abdul Aziz Bari berkata kerabat diraja tidak wajar menggunakan saluran seperti media sosial dalam mengutarakan pendapat mengenai kerajaan.

Dr Abdul Aziz Bari berkata kerabat diraja tidak wajar menggunakan saluran seperti media sosial dalam mengutarakan pendapat mengenai kerajaan. 

Pemerintah sama ada raja atau sultan tidak seharusnya mencampuri urusan pentadbiran kerajaan dengan memberi pandangan secara terbuka, terutama membabitkan soal dasar dan polisi kerajaan, kata pakar perlembagaan, Dr Aziz Bari.

Aziz berkata, pemerintah bagaimanapun boleh menggunakan platform Majlis Raja-Raja sekiranya ingin menyuarakan pendapat mereka, tetapi bukan menggunakan laman media sosial seperti Facebook atau sebagainya.

"Orang sudah tidak nampak apa kerja dia, kita dalam sistem yang hancur sekarang, bukan kerja dia berjuang untuk rakyat.

"Boleh jika ingin melakukannya, tapi dalam platform Majlis Raja-Raja, bukan di Facebook," kata Aziz, dalam forum siri pendidikan demokrasi akademi politik anjuran Institut Darul Ehsan di Shah Alam, hari ini.

Baru-baru ini, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggunakan Facebook Johor Southern Tigers untuk mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, selepas beliau gagal menghadiri dialog "Nothing to Hide" anjuran SukaGuam.

Tindakan Tunku Ismail itu bagaimanapun diselar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz, yang berpendapat kerabat diraja tidak seharusnya mencampuri politik.

Aziz yang merupakan pensyarah Universiti Selangor itu berkata, tindakan sedemikian oleh mana-mana raja atau sultan akan memalukan kerajaan pemerintah yang membentuk dasar dan polisi tersebut.

"Memang raja berhak memberi pandangan, tetapi dengan kehadiran perdana menteri atau menteri besar, di luar tidak boleh," katanya.

Beliau turut mempersoalkan sekiranya pandangan yang diutarakan raja atau sultan memberi kesan negatif dan sama ada mereka ingin bertanggungjawab terhadap tindakan tersebut.

Aziz berkata, rakyat pelbagai lapisan, termasuk raja dan sultan, mempunyai hak dan peranan mereka dari aspek perlembagaan.

"Semua orang termasuk raja ada hak mereka dalam Perlembagaan dan terpulang kepada mereka untuk menggunakannya," kata Aziz. – 4 Julai, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Tuduhan terhadap Najib boleh jejas ekonomi, nilai ringgit, kata menteri

Posted: 04 Jul 2015 03:00 AM PDT

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata tuduhan terhadap Datuk Seri Najib Razak mengenai isu 1MDB umpama mensabotaj ekonomi negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Julai, 2015. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata tuduhan terhadap Datuk Seri Najib Razak mengenai isu 1MDB umpama mensabotaj ekonomi negara. 

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata tuduhan terhadap Datuk Seri Najib Razak mengenai isu 1MDB umpama mensabotaj ekonomi negara.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah meminta pihak tidak bertanggungjawab berhenti melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana ia boleh menjejaskan ekonomi negara.

Beliau berkata ini kerana ia boleh mencetuskan sentimen yang tidak baik dalam kalangan pelabur dan seterusnya menurunkan nilai mata wang negara.

"Perlu lebih rasional dalam konteks kita menghadapi masa depan negara ini... tindakan tidak bertanggungjawab seperti ini bukan sahaja mensabotaj ekonomi tetapi juga menjejaskan masa depan negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan zakat kepada penduduk Kampung Cik Zainal Tambahan Satu, Chemor, Ipoh hari ini.

Katanya, tindakan Najib menjawab dengan pantas terhadap laporan The Wall Street Journal yang mendakwa kononnya kira-kira RM2.6 bilion dana 1MDB dimasukkan ke akaun peribadinya, menunjukkan beliau seorang yang berintegriti.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan semalam berkata laporan itu merupakan "sabotaj politik" yang berterusan dan yakin terdapat usaha bersepadu oleh individu tertentu untuk memburukkan kerajaan dan menyingkirkan perdana menteri yang dipilih secara demokrasi.

Semalam, 1MDB menjelaskan yang syarikat itu tidak pernah menyalurkan sebarang dana kepada Najib.

Pendedahan terbaru itu membangkitkan kebimbangan mengenai kesahihan beberapa dokumen "bocor" yang digunakan beberapa saluran media dan blog dalam talian seperti Sarawak Report bagi memperdayakan orang ramai selain mewajarkan tuduhan yang dibuat terhadap syarikat ini serta kerajaan. – Bernama, 4 Julai, 2015.



- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Saman WSJ langkah kurang bijak, kata peguam OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Posted: 04 Jul 2015 02:15 AM PDT

 Zack Ahmad's photo. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berhati-hati susulan keputusannya mahu menyaman The Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa berbilion ringgit disalurkan ke akaun peribadinya, dengan peguam berpendapat adalah kurang bijak bagi Najib dan penasihat perhubungan awamnya menyerang media kalau mahu mendapatkan sokongan di "mahkamah rakyat".

Mereka berkata Najib perlu berdepan isu disiarkan akhbar ternama itu, atau menuntut penarikan balik artikel dan permohonan maaf sekiranya laporan itu tidak tepat, sebelum mengambil tindakan undang-undang.

Peguam Ang Hean Leng berkata, pemimpin tempatan seperti Tengku Razaleigh Hamzah pernah memenangi saman terhadap penerbitan asing kerana menjejaskan reputasinya dalam skandal Bumiputera Malaysia Finance Limited (BMF).

"Pilihan seperti itu terbuka kepada Najib untuk menentang WSJ dan saman boleh difailkan di Kuala Lumpur atau Amerika Syarikat," katanya.

Bagaimanapun, sekiranya perdana menteri ingin memfailkan saman di luar Malaysia, beliau perlu menyerahkannya kepada bidang kuasa undang-undang asing.

Ang mengulas siasatan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa menyalurkan berbilion ringgit ke akaun peribadi perdana menteri seperti disiarkan WSJ dan Sarawak Report.

Kedua-duanya memetik dokumen mengenai siasatan 1MDB yang kini dijalankan kerajaan Malaysia, dengan Sarawak Report mendakwa Peguam Negara turut sedar akan perkara itu.

Dokumen itu menunjukkan US$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan antara agensi kerajaan, bank, dan entiti berkaitan 1MDB sebelum disalurkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri dalam 5 deposit berasingan, kata WSJ.

Akhbar berkenaan berkata, transaksi terbesar bernilai US$620 juta, manakala sebuah lagi akaun menerima US$61 juta pada Mac 2013, 2 bulan sebelum pilihan raya umum dijalankan.

Putrajaya menafikan laporan tersebut, dan bertegas Najib tidak pernah menggunakan mana-mana dana awam. Hari ini, akhbar Sinar Harian melaporkan Najib akan mengambil tindakan undang-undang menyaman WSJ.

Ang, bagaimanapun berkata, media boleh menggunakan pertimbangan, laporan adil dan pengesahan sebagai pembelaan terhadap tindakan saman.

Beliau berkata, laporan itu mendapat perhatian umum dan media boleh melaporkan berita sedemikian, namun perlu bertanggungjawab.

Ang berkata, Najib juga boleh memfailkan saman di Kuala Lumpur kerana reputasinya lebih tercalar di Malaysia berbanding kawasan lain.

"Lebih-lebih lagi, laporan itu dipaparkan melalui internet dan dimuat turun di Malaysia," katanya, dan menambah, ganti rugi kemusnahan yang besar boleh diberikan jika beliau berjaya membuktikan kesnya.

Peguam S. N. Nair berkata, sebagai ahli politik, pilihan yang Najib ada adalah memperjelaskan laporan WSJ.

"Saya yakin penerbit akan memuat naik versi perdana menteri melalui akhbar atau laman portal atas talian selari dengan prinsip keadilan," tambahnya.

Nair berkata, Najib boleh meminta penarikan balik laporan tersebut dan jika ia palsu, permohonan maaf boleh dilakukan.

"Namun jika penerbit membuat laporan menyesali tindakan mereka, tiada yang boleh menghalang Najib daripada memfailkan saman. Hanya dengan itu, pampasan akan diberikan, namun lebih rendah kerana defenden mengakui kesilapannya tanpa bertangguh," katanya.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen, bagaimana pun menyifatkan tindakan mengemukakan saman adalah sia-sia kerana penjelasan sudah memadai.

"Najib perlu menggunakan saluran yang ada, termasuk WSJ bagi meyakinkan orang ramai tiada yang ingin disembunyikan," katanya.

Paulsen berkata, tindakan menyerang media terutama organisasi yang mempunyai reputasi tinggi adalah kurang bijak.

"Laporan itu dikeluarkan WSJ dan bukan daripada blog yang ada kredibiliti dan boleh dipertikaikan profesionalismenya," katanya.

Paulsen berkata, pemimpin politik seperti Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Perdana Menteri Britain, David Cameron, tidak menyaman media yang menerbitkan berita kepentingan awam.

"Akhirnya, talian hayat ahli politik bergantung kepada pendapat umum mengenai mereka. Jadi, lebih baik bekerjasama dengan media," katanya. – 4 Julai, 2015.

Datuk Seri Najib Razak ketika tiba di kediaman rasmi menteri besar Johor semalam menghadiri program berbuka puasa. Najib bakal mengambil tindakan undang-undang susulan laporan yang mendakwa akaun bank beliau menerima berbilion ringgit.

Datuk Seri Najib Razak ketika tiba di kediaman rasmi menteri besar Johor semalam menghadiri program berbuka puasa. Najib bakal mengambil tindakan undang-undang susulan laporan yang mendakwa akaun bank beliau menerima berbilion ringgit. 


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Ambank harus sahkan sama ada Najib punyai akaun, kata PKR

Posted: 04 Jul 2015 01:36 AM PDT

 
Rafizi Ramli berkata segala tuduhan terhadap Datuk Seri Najib Razak mengenai aliran masuk dana ke dalam akaun peribadi boleh dimatikan sekiranya ada pengesahan Ambank yang perdana menteri tidak ada akaun bersama bank itu. – 

Rafizi Ramli berkata segala tuduhan terhadap Datuk Seri Najib Razak mengenai aliran masuk dana ke dalam akaun peribadi boleh dimatikan sekiranya ada pengesahan Ambank yang perdana menteri tidak ada akaun bersama bank itu. – 

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata pengesahan itu boleh mengembalikan keyakinan terhadap Najib yang menolak tuduhan dalam artikel WSJ yang mendakwa hampir RM2.6 bilion disalurkan ke akaun peribadi perdana menteri itu.

"Saya pasti jika Datuk Seri Najib Razak tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan, cara terbaik untuk mematikan serangan ke atas kredibiliti beliau ini ialah dengan membenarkan Ambank (atau mana-mana bank di negara ini) mendedahkan secara keseluruhan setiap bank akaun yang pernah beliau buka sejak menjadi perdana menteri dalam tahun 2009

 

"Jika terbukti akaun di Ambank seperti yang didedahkan oleh WSJ dan SR (Sarawak Report) itu tidak wujud, maka dengan mudah Najib boleh menghentikan isu terbaru ini," kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Akaun milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa menerima wang berjuta ringgit, menurut laporan The Wall Street Journal semalam

Akaun milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa menerima wang berjuta ringgit, menurut laporan The Wall Street Journal semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 4 Julai, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.