Jumaat, 3 Julai 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


KECEWA HATI IBU

Posted: 03 Jul 2015 08:30 PM PDT


LULUH JIWA
Tok Rahah agak agaknya luluh tak jiwa dia? bila dia tahu anak jantang sekor ni laki bini penyamun tarbus? tolong bagitau sat kepada mak dia. mak yang ada hormat diri takkan mengaku yang penyamun harta negara ini anak kandung dia. 

yang paling sesuai ialah menyumpah laki bini penyamun ni jadi batu ! buat pengajaran kepada semua yang gatal nak pegang jawatan dengan niat untuk menyamun. tun rahah. puan boleh senyap saja ke anak jantan sial ni jadi bala bencana untuk Negara ni? 


Buat la kenyataan di media yang puan tak redho benda2 zalim benda2 jahat ni si najib sial ini berlaku. kalau puan mampu bersuara tapi senyap sunyi, kami akan tanya: puan bersubahat sama ke? on PEMIMPIN MELAYU ISLAM DIFITNAH

VIDEO - Layanan istimewa buat DS Rosmah Mansor apabila beliau dipakaikan kasut oleh seorang anggota polis

Posted: 03 Jul 2015 08:00 PM PDT


Video Rosmah Dipakaikan Kasut Jadi Viral



Satu video yang memaparkan isteri kepada Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendapat layanan"istimewa" oleh seorang wanita, dipercayai seorang anggota polis telah menjadi viral di media sosial.

Memetik laporan dari FMT, video itu diambil ketik Rosmah sedang menghadiri satu Malis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama Media yang berlangsung di Kompleks Media Karangkraf, Shah Alam pada Khamis lalu. Turut menghadiri majlis itu Najib Razak.

Video yang berdurasi selama setengah minit itu memaparkan wanita terbabit memakaikan kasut ke kaki Datin Rosmah ketika beliau sedang berdiri di situ.


Rakyat Malaysia tidak berkenan kenyataan pejabat PM

Posted: 03 Jul 2015 07:30 PM PDT

 
Rakyat Malaysia tidak berkenan kenyataan pejabat PMPengguna media sosial kelihatan tidak berkenan dan tidak yakin dengan kenyataan Putrajaya yang menyangkal laporan Wall Street Journal (WSJ) mendakwa Datuk Seri Najib Razak menerima berbilion ringgit yang dipindahkan ke dalam akaunnya.

Pengguna Facebook melalui komen mereka menghentam perdana menteri di laman profil rangkaian sosial beliau hampir sepanjang masa sejak beliau berkongsi kenyataan rasmi Pejabat Perdana Menteri jam 1.39 tengah hari tadi.

Mereka melepaskan kemarahan, rasa sakit hati dan menghamburkan sindiran dalam hampir 500 komen yang dibuat setakat ini.

"Eerrr.. How about we don't believe you (Macamana kalau kami tak percayakan anda)!!" kata Damien Thanam.

Nicholas Chin menulis: "Our cute PM. like to post in fb rather than speak openly to the ppl (PM kita yang comel, suka tulis posting FB, daripada bercakap secara terbuka dengan rakyat)."

"U should realise by now that you have lost the rakyat's support. No amount of money n propaganda can save you this time (Anda patut sedar sekarang anda kehilangan sokongan rakyat. Sebanyak mana wang dan propaganda pun tak akan dapat selamatkan anda kali ini)," tulis Fariz Zakaria.

Kenny Wan mencadangkan Najib buktikan kepada semua yang beliau memiliki sokongan rakyat.
"100% support you PM Najib. Why not dissolve the parliament and call for early election to show everyone that you will be still democratically elected? (100% menyokong anda, PM Najib. Kenapa tidak bubar Parlimen dan isytiharkan pilihan raya segera untuk tunjukkan anda masih dilantik secara demokratik" katanya.

Zakiy R. Hasham menulis: "Thank you for your services sir. your contributions are highly appreciated, but I think it's time for you to move on. Wish you the very best in life. (Terima kasih atas perkhidmatan Tuan. Sumbangan anda amat dihargai, tetapi saya rasa tiba masanya anda pergi. Mengucapkan yang terbaik untuk hidup anda)"

Sweekeng Lim menggesa Najib mengisytiharkan hartanya kepada umum untuk membuktikan beliau tidak bersalah, sambil Mahmud Fahrurrazi Uhd bertanya Najib bila beliau akan bertaubat.

Pengguna Facebook Mohammad Fadino Khairuman bertanya adakah Najib membaca semua komen yang dibuat dan akan membalasnya.

"Saya menguruskan sebuah fan page dengan fan 3.5 juta. Jauh lebih banyak dari Pak Jib. Namun walau ada satu comment negative ianya dapat saya perasan dan memberi maklum balas. 

Jadi janganlah kata Ko tak nampak orang semua tak suka dekat ko di FB ni Jib. #MuhongKuat"

Ramai juga yang mencabar Najib menyaman WSJ kerana laporan itu, seperti Zuhairy Fauzy yang menulis: " Sue WSJ then. You're always right, aren't you? (Kalau begitu, samanlah WSJ. Anda memang selalu betul, kan?)"

Seorang lagi pengguna Facebook, Norakma Mohd Yaman mengatakan: "Kalau setakat tulis sahaja, saya pun boleh buat. Bukti mana, bukti? Samanlah WSJ kalau betul kau di pihak yang betul. Menyampah pula dengan propaganda melalut ini." – TMI

Guan Eng diarah bayar RM500,000 kepada Jahara FMT Reporters

Posted: 03 Jul 2015 07:00 PM PDT


guan-eng-jahara

Jahara Hamid menang saman ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang kerana menggelarnya nenek rasis.

PULAU PINANG: Ketua Menteri, Lim Guan Eng diarah membayar sebanyak RM500,000 kepada Ketua Pembangkang negeri, Datuk Jahara Hamid sebagai ganti rugi kerana menggelarnya nenek rasis.

Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Nordin Hassan yang membuat keputusan itu turut mengarahkan Guan Eng membayar kos guaman sebanyak RM40,000 berserta faedah sebanyak lima peratus.

Menurut laporan Utusan Online, Nordin turut mengarahkan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, menarik balik gelaran terhadap Jahara selain mengeluarkan injunksi menahannya daripada mengulangi kata-kata fitnah.

Jahara sebelum ini memfailkan saman selepas Guan Eng pada 10 Disember 2013 dalam sidang akhbar di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) menggelarkan Jahara sebagai 'nenek rasis'.

Gelaran itu dibuat Guan Eng kerana Jahara dikatakan cuba membangkitkan isu perkauman apabila menuduh kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu.


Guan Eng kemudiannya memohon maaf kepada Jahara tetapi hanya untuk gelaran 'nenek' namun tetap menyifatkan Jahara sebagai seorang yang rasis.

Dalam saman fitnah berkenaan, Jahara yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar turut memohon perintah injunksi untuk menghalang Guan Eng daripada berterusan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya selain mahu perkara berkenaan tidak berulang.


Bagi kes itu, Jahara diwakili peguam, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunos

Proses cerai di Selangor hanya enam jam FMT Reporters

Posted: 03 Jul 2015 06:30 PM PDT

 
cerai_selangor_600

Ia berbeza dengan kaedah sebelumnya mengambil masa kira-kira tiga bulan atau 90 hari untuk diselesaikan.

SHAH ALAM: Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess) memperkenalkan proses cerai yang lebih singkat bagi pasangan Islam yang bersetuju untuk berpisah.

Melalui pendekatan itu, ia cuma mengambil masa enam jam berbanding kaedah sebelumnya mengambil masa kira-kira tiga bulan atau 90 hari untuk diselesaikan.

"Proses kes cerai 'fast track' mampu mengurangkan tempoh ini kepada enam jam sahaja. Namun ini hanya ditawarkan kepada kes perceraian yang difailkan mengikut Seksyen 47 Enakmen undang-

Undang Keluarga Islam (Selangor) sahaja atau dengan kata lain kepada pasangan (suami isteri) yang bersetuju untuk berpisah," kata Ketua Hakim Syarie Selangor, Dr. Mohd Na'im Mokhtar kepada Bernama.

Dia ditemui dalam sidang media selepas majlis pelancaran Proses Kerja "Kes Cerai Fast Track".

"Proses ini selain menjimatkan kos, dapat juga memberi peluang kepada pasangan yang bercerai untuk menjalani kehidupan baharu dengan lebih cepat," katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran Proses Kerja "Kes Cerai Fast Track" tambahnya.

Mufti Perlis sindir ketidakadilan terhadap rakyat di negara ini ? - Mohamad Fadli

Posted: 03 Jul 2015 06:00 PM PDT

 
Mohd-Asri-Zainul-Abidin_600

Mohd Asri mempersoalkan individu yang terlibat kehilangan wang rakyat masih mampu tersenyum bergaya tetapi rakyat biasa ditangkap dan dihukum kerana kesalahan kecil.

PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menyindir pemimpin negara ini kerana mengamalkan sikap tidak adil terhadap individu yang melakukan kesalahan.

Katanya, ada individu yang masih mampu tersenyum bergaya walaupun bertanggungjawab terhadap kehilangan jutaan ringgit wang milik rakyat dan negara.

Menerusi akaun Facebooknya, Mohd Asri menulis, beliau sedih kerana nasib berbeza yang dialami antara individu itu dengan rakyat lain yang melakukan kesalahan kecil tetapi dikenakan hukuman berat.

Beliau memberi contoh rakyat ditahan dan dihukum kerana tidak membayar saman motosikal dan mencuri setin susu untuk anaknya.

"Ku simpati pada wajah seorang warga yang ditahan polis kerana tidak membayar saman motosikalnya.

"Ku sedih seorang yang diheret ke penjara kerana mencuri setin susu untuk anaknya.


"Tapi ku hairan mereka yang dikaitkan dengan kehilangan laksa dan juta harta kita masih tersenyum bergaya dan tiada siapa yang menahan dan mengheretnya untuk dibicara," katanya.

Walaupun tidak menyebut secara langsung, namun dapat dijangka kata-kata sinis itu berkait rapat dengan hutang 1MDB berjumlah RM42 bilion yang didakwa oleh Tun Dr Mahathir sebahagian wang itu telah hilang.

Kritikan itu juga boleh dikaitkan dengan kes penyelewengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang didakwa terlebih bayar bagi pembelian empat aset di Australia.

Rafizi Ramli mendakwa MARA menyeleweng RM129 juta untuk pembelian empat hartanah itu apabila anak syarikat MARA, MARA Inc membeli dengan lebih tinggi berbanding harga sepatutnya.

Kah Kah Kah Kah Dah Tua Rupanya - Ingatkan Sebaya Neelofa ?

Posted: 03 Jul 2015 05:30 PM PDT

Rosmah Sudah 64 Tahun, Lutut Tak Kuat ??
  

"Lutut tak berapa nak kuat... tak boleh nak tunduk..." demikian penjelasan Datuk Rizal Mansor, pegawai kepada isteri perdana menteri berhubung sebuah video yang menunjukkan Rosmah Mansor dilayan seperti dongeng Cinderellah yang menjadi perhatian di media sosial.

Malah, Rizal juga menjelaskan Rosmah bukan lagi seorang wanita muda dan isteri perdana menteri itu memerlukan bantuan untuk dipakaikan kasut memandangkan usianya kini sudah 64 tahun.

"Kalau isteri PM (perdana menteri) itu umur 25 tahun kena pakaikan kasut sebegitu, bolehlah mu nak pelik, ini umur dah 64 tahun," kata Rizal dalam Facebooknya.

Malah beliau juga menempelak individu yang merakamkan video berkenaan dengan mengandaikan bahawa individu tersebut kurang kasih sayang dan tidak pernah memakaikan kasut kepada ibunya.

Ini kerana, menurut Rizal menjadi perkara biasa sekiranya seseorang memakaikan kasut kepada individu yang lebih tua.

 

"Yang jadi isu bila orang yang rekod video ini kurang kasih sayang atau dia tak pernah pakaikan kasut untuk mak dia ke, makcik dia ke, nenek dia ke.

"Bagi yang biasa dan pernah pakaikan kasut untuk mak, ini adalah sesuatu yang biasa," kata Rizal lagi.

Justeru itu, Rizal meminta supaya semua pihak bersangka baik di bulan Ramadan memandangkan terdapat isu lain yang lebih penting perlu diambil peduli berbanding isu pemakaian kasut kepada isteri perdana menteri.

"Orang kita ini dah tak ada isu lebih penting nak ambil peduli. Isu air di Selangor tak nak pula dia bincang, isu longkang tersumbat punca denggi meningkat tak pula kakitangan Karangkraf ini nak ambil kisah. Isu pakai kasut lebih penting bagi dia.

"Bersangka baik - bulan Ramadan syaitan semua dah kena ikat. Yang tak kena ikat itu nafsu, akal dan hati," tulis Rizal. 

Hari ini, video menunjukkan seorang wanita memakaikan kasutkepada Rosmah menjadi perhatian di media sosial.

Video sepanjang selama 31 saat yang dimuat naik di Facebook dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial itu.


Posted by Jeebond BLM.

Surat terbuka kepada Anwar Ibrahim - Mardhiyyah Nor Azizan

Posted: 03 Jul 2015 05:00 PM PDT

 Menemui Pakcik Anwar yang dikasihi, semoga pakcik berada dalam kesihatan yang baik semasa membaca surat ini.

Surat ini ialah surat yang penting, kerana sekurang-kurangnya saya tidak berdiam diri dan bersama-sama kezaliman.

Saya yakin dan saya percaya, ramai anak muda seperti saya sebenarnya ingin mempunyai ruang untuk berbual dan berbincang dengan pakcik.

Pastinya, idealisme dan jati diri pakcik, mempunyai banyak hal yang dipelajari, tetapi penjara fizikal itu harus diakui menyekat hal ini.

Pakcik, Kalau masih ingat semasa pakcik memperkenalkan diri dalam kuliah pakcik di Georgetown University, pakcik memperkenalkan diri sebagai seorang lelaki Melayu Muslim.

Tiga perkataan itu (lelaki, Melayu, Muslim) merupakan perkataan yang menjadi garis pemisah sosial dalam had politik (political limit) rakyat Malaysia.

Tanpa 3 perkataan itu dalam masyarakat hari ini, hampir mustahil untuk seseorang menjadi perdana menteri mahupun menteri besar di kebanyakan negeri-negeri beraja di Malaysia.

Sesungguhnya dengan 3 anugerah itu, yang diadun baik dengan ilmu dan karisma, pakcik secara tidak langsung, harus diakui menjadi "harapan" kebanyakan warga negara ini.

PAS dan DAP Pakcik, semasa cuti semester yang lalu, saya berpeluang untuk bekerja sementara bersama-sama seorang ahli politik DAP yang sangat saya hormati, YB Yeo Bee Yin.

Saya ialah seorang penyokong PAS dan secara jujurnya saya kecewa dengan pemilihan muktamar PAS tetapi saya bertambah kecewa dengan kecekapan PAS dalam mengendalikan peraturan-peraturan PAS sendiri.

Pendirian daripada kedua-dua belah pihak (PAS dan DAP) untuk memutuskan hubungan serta kecekapan dalam menguruskan persepsi masyarakat awam (mass perception) sangat jelas perlu diperbaiki.

Ya, saya sedih dan saya kecewa dengan Pakatan Rakyat (PR), pakcik. Sepanjang 3 minggu saya bekerja membantu sahabat saya Bee Yin, beberapa "orang besar" anak muda PAS menyertai DAP dan sepertinya media dan DAP sangat memberi publisiti kepada mereka.

Dan dalam pengetahuan saya, ramai juga sahabat-sahabat saya yang merupakan penyokong PAS mengisi borang keahlian DAP secara senyap-senyap tidak mahu publisiti. Ya, saya sedih dan kecewa dengan mereka, pakcik.

Saya sedih dan kecewa dengan sikap memukul rata penyokong-penyokong PAS kepada DAP. Hal yang sama saya sedih dan kecewa dengan sikap memukul rata penyokong-penyokong DAP kepada PAS.

Kekecewaan paling besar Pakcik, Jika meneliti kembali kekecewaan yang saya sebutkan, kesemua kekecewaan ini datang daripada sikap rakyat Malaysia.

Dengan nada yang jujur dan tegas, sebagai seorang anak muda, saya tidak mahu ibu dan ayah saya menaikkan dan menurunkan kerajaan kerana harga susu adik saya.

Saya tidak mahu ibu dan ayah saya menaikkan dan menurunkan kerajaan kerana harga minyak. Saya juga tidak mahu ibu dan ayah menaikkan dan menurunkan kerajaan kerana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Apa saya harapkan dan saya mahu ialah ibu dan ayah saya menaikkan dan menurunkan kerajaan kerana ilmu dan penelitian.Tetapi saya sedar akan hakikat kata-kata George Bernard Shaw, pengasas London School of Economics,

"Kemajuan (progress) adalah mustahil tanpa perubahan. Dan mereka yang tidak mampu mengubah minda mereka, tidak akan mampu mengubah apa-apa." Menanti perubahan minda Pakcik, Saya sedar perubahan minda ialah perubahan yang paling memakan masa bagi masyarakat yang masih belum cukup terbuka.

Secara jujurnya, saya berharap agar pakcik dan rakan-rakan, serta sesiapa juga yang merasakan kerja-kerja mengubah minda ini sebagai satu tanggungjawab amanah Tuhan, akan terus bertahan dalam kehidupan.

Orang-orang yang baik tetapi ego kononnya merendah diri dan tidak cukup ilmu, ialah orang pertama yang perlu kita ubah minda mereka.

Harapan rakyat Pakcik, Saya bertanya kepada sahabat saya Bee Yin, "Berikan 3 perkataan yang menggambarkan komitmen bos dalam berkhidmat kepada rakyat."

Seorang DAP ini menjawab, "Benar, kehendak yang kuat, dan keadilan ." Kemudian saya bertanya beliau lagi, "Apakah yang paling dunia perlukan sekarang?" Beliau diam seketika dan menjawab, "Kasih sayang."

Saya bertanya soalan yang sama kepada seorang pemimpin muda PAS, dan jawapan beliau sama seperti jawapan Bee Yin. Tidak hairan kerana kedua-duanya ahli politik. Saya bertanya soalan yang sama lagi kepada seorang pemimpin mahasiswa yang turut didakwa mahkamah universiti, dan jawapan beliau sama seperti jawapan Bee Yin.

Saya melirikkan senyuman. Dengan hati yang jujur saya bertanya, dapatkah Pakcik Anwar melihat apa yang ingin saya sampaikan? Harapan akan tetap dan subur, selagi orang-orang baik memilih untuk bersuara.

Tiada istilah tidak berpihak kerana "Silence is with the oppressor."

Doa Saya harus mengakui, saya harus berdoa dengan kuat agar pakcik diberikan kesihatan dan kehidupan, sehinggalah sekurang-kurangnya terdapat seorang pemimpin yang berkepimpinan, lelaki, Melayu dan Muslim. Bukan kerana pakcik ialah Tuhan, tetapi kerana wasilah Tuhan tidak turun dari langit tetapi tumbuh dari bumi. Cepat sembuh, pakcik. Salamun Qaulan Mir Rabbir Rahim.

* Penulis ialah seorang anak muda yang bersekolah di sebuah sekolah luar bandar dan melihat wajah harapan orang tua dan anak-anak setiap hari di KL Sentral.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Kah Kah Kah Azwan Ali Kecam Dan Kutuk Mufti Perak

Posted: 03 Jul 2015 04:30 PM PDT



Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, baru-baru ini menegur tindakan melampau Azwan Ali memaki hamun pengikutnya di Twitter sehingga tidak menampakkan dirinya seperti orang Islam yang sedang berpuasa.

Menurut Mufti Perak itu, tweet-tweet yang dimuat naik oleh Azwan Ali itu menunjukkan ciri-ciri golongan fasik kerana tidak menggambarkan teladan dan sifat seorang Muslim yang sebenar.

Berikutan itu, Azwan Ali memuat naik gambar Mufti Perak berkenaan di laman Instagramnya.

"Jutaan terima kasih Mufti Perak Darul Ridzuan. Sempat tegur 1001 cerita panas truly Diva AA. Sikit tak luak, after all teruja seorang ulamak punya gigih ambil kita Azwan Ali. Hebatnya penangan nama besar Azwan Ali. Kau mampu?


"Fatwa? Hukum? Semua dah ada dalam genggaman hidup Azwan Ali. Sah-sah arwah abah aku ustaz. So? So? So? Cuma Azwan Ali hanya hambaNya. If even kau di luar sana meroyan, menyalak, mencemar busuknya Azwan Ali.

"Macamlah aku ini tak tahu hukum hakam. Why bother? Why bother? Why bother? Go ahead. But remember doa hambaNya yang teraniaya.

"Kau carilah mufti besar Arab Saudi pulak. But its okay. Terima kasih atas teguran. Tapi ingat semua, atas dunia kau boleh buat apa saja untuk berkuburnya nama besar Azwan Ali. Akhirat, azab kau amatlah pedih. Tuhan Maha Mengetahui siapa benar siapa salah. Kebenaran mungkin tidak di dunia pasti di akhirat.

"Nawaitu kau lebih penting tika memporak peranda kes ini. Nahuzubillahminzalik," katanya.


Assalammualaikum Dan Selamat Pagi Semua !!

Posted: 03 Jul 2015 04:00 PM PDT


Mahathir Pandai Makan Pandai Simpan !!

Posted: 03 Jul 2015 09:00 AM PDT

 

Dr M: 29 tahun dalam k'jaan pun tak semewah Najib Dr M: 29 tahun dalam k'jaan pun tak semewah Najib

Dr Mahathir Mohamad berkata "gaya hidup mewah" Datuk Seri Najib Abdul Razak melebihi apa yang diperolehnya selama 29 tahun berkhidmat dalam kerajaan.

"Dia (Najib) dibayar gaji perdana menteri, yang setahu saya jauh lebih kecil daripada apa yang eksekutif perniagaan dapat.

"Tetapi kerajaan bayar elaun, bil elektrik dan air, pengangkutan, rumah dan sebagainya supaya semua gaji boleh disimpan dan dibelanjakan.

"Tetapi gaya hidup mewah itu perlukan wang yang banyak. Ia mesti lebih banyak daripada apa yang saya simpan selepas 29 tahun dalam kerajaan," tulisnya dalam blog. - M'kini

Biar 3 Tun tentukan nasib Najib

Posted: 03 Jul 2015 08:00 AM PDT

 
Biar 3 Tun tentukan nasib NajibMenghadapi dakwaan terbaru, seorang pemimpin pembangkang menggesa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta bosnya, Datuk Seri Najib Razak, bercuti.

Kemudian, kata Lim Kit Siang, tiga tokoh membabitkan dua bekas perdana menteri - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi - serta bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam, memutuskan sama ada Najib wajar kembali ke jawatan berkenaan.

Walaupun Dr Mahathir kekal kritis terhadap Najib dan skandal 1MDB, Abdullah dan Musa pula tidak membuat kenyataan mengenainya.

Kata Lim, Muhyiddin mesti memohon untuk bertemu Najib dan ia bukan hanya bagi pihak kabinet, malah mewakili parlimen dan negara dalam usaha meminta anak bekas perdana menteri itu bercuti.

Ahli Parlimen Gelang Patah dari DAP itu membuat kenyataan mengulas laporan The Wall Street Journal yang mendakwa wang bernilai AS$700 juta disalurkan ke akaun bank dipercayai milik Najib.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini Lim berkata, dakwaan itu adalah paling serius dibuat setakat ini, terutama membabitkan urus tadbir kerajaan dan integriti sehingga menjerumuskan negara ke dalam krisis yang tidak pernah dialami sebelum ini.

"Tidak pernah ada perdana menteri di Malaysia pernah dituduh melakukan kesalahan seperti Najib," katanya.

Lim juga berkata, penafian dibuat 1MDB dan Pejabat Perdana Menteri "terlalu rapuh" jika dibandingkan dengan dakwaan dibuat sebuah penerbitan antarabangsa. - M'kini


Skandal MARA ujian kepada Shafie Apdal

Posted: 03 Jul 2015 07:15 AM PDT

PETALING JAYA - Skandal Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan ujian kepada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sejauh mana beliau mahu menegakkan prinsip kebenaran dan ketelusan dalam kerajaan.

 Skandal MARA ujian kepada Shafie ApdalBekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah sebelum ini dipuji kerana ketelusan dan kebenaran apabila mempersoalkan adakah bertanya soalan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) suatu kesalahan dan perlu meletak jawatan.

"Ketika itu, ramai yang memuji pendirian dan sikapnya berkenaan ketelusan dan kebenaran, tambahan pula ramai menteri yang lain lebih suka memilih berdiam diri atau menyokong Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) walaupun tiada hujah mampu ditampil untuk mempertahankan 1MDB.

"Lalu, tentu saja menarik untuk menunggu apakah ulasan dan penjelasan oleh Shafie Apdal pada 7 Julai nanti?," soalnya menerusi entri terbarunya shahbudindotcom.blogspot.com.

Shahbudin, berkata jika dilihat dalam ulasan awal Shafie sebelum ini mengenai pembelian apartment di Dudley, Ahli Parlimen Semporna itu mengatakan semuanya mengikut prosedur yang ditetapkan dan terdapat satu perjanjian saja dalam pembelian itu.

"Atau maksud tersiratnya ingin memberitahu tiada sebarang unsur rasuah berkaitan dengannya. Apakah penjelasannya pada 7 Julai nanti menjurus ke arah mempertahankan Mara Inc juga?," katanya.

Shahbudin berkata, jika dilihat pada reaksi awal Shafie itu, beliau seolah-olah cuba melindungi dan menafikan wujudnya unsur rasuah walaupun Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa telah menyerahkan beberapa dokumen kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa di Australia juga masih menjalankan siasatan.

"Annuar juga kurang puas hati dengan kenyataan awal pihak polis yang mengatakan tiada unsur pecah amanah dalam pembelian hartanah itu dan berhasrat bertemu polis bagi memberi kerjasama dan menyerahkan dokumen berkaitan," ujarnya.

Shahbudin berkata, adakah pada 7 Julai nanti Shafie akan mengulangi kenyataanya yang bukan saja hartanah di Dudley tetapi semua keempat-empat pembelian Mara Inc itu dibeli mengikut prosedur dan tidak ada unsur rasuah. - FMT

Kisah Sedih Warga Emas Dijemput Untuk Terima Sumbangan Raya, Tetapi Sekadar Meramaikan Majlis

Posted: 03 Jul 2015 06:30 AM PDT


Berlegar dilaman sosial hari ini kisah seorang warga emas berumur 62 tahun yang dijemput oleh pihak Baitulmal untuk menerima sumbangan Hari Raya di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) yang akan dihadiri oleh pemimpin negara.

Cerita berkenaan telah diceritakan oleh anak warga emas berkenaan, Rabiatun Asmah Mohd Ali, mengenai ibunya yang didakwa telah dianaiya oleh pihak Baitulmal dan juga seolah ditipu untuk membuatkan ibunya pergi ke majlis yang kononnya penyerahan sumbangan hari raya untuk mereka.

Menceritakan kisah itu, ibunya telah bangun pada jam pukul 2 pagi (2 Julai) selepas dikatakan pihak Baitulmal telah menelefonnya meminta pergi ke Masjid Az-Zubair pada jam 4 pagi kerana ada makanan sahur disediakan.

Belum sempat menjamah makanan yang disediakan, ibunya yang ditemani abang ipar sudah diarah menaiki bas untuk bergerak ke Maeps

"Mak cepat-cepat ambil sebungkus bekas makanan dan menaiki bas dimana di dalam perjalanan mak membuka makanan tersebut. Apa yang ada hanya sedikit nasi (mkn dirumah lagi kenyang) dan lauknya ikan bilis goreng sejemput...tiada sayur..dan kurma dua biji." katanya.

Apabila sampai di Merps hari masih gelap dan masing-masing mahu menunaikan solat subuh namun apa yang mengejutkan bas berkenaan berhenti sejauh 500 meter dari dewan yang dikatakan akan diadakan majlis berkenaan.

"Mak yang berumur 62 tahun gagahkan diri berjalan sejauh itu dari langit bewarna gelap hinggalah suasana menjadi cerah baru sampai ke dewan berkenaan, tiada kakitangan yang datang membantu insan-insan lemah seperti mak ini."

"Menurut kata mak ada orang yang lebih tua darinya dimana ada yang sampai jatuh terjelepok kerana tidak mampun untuk berjalan lagi dan merungut kerana pemandu bas berkenaan memberhentikan bas terlalu jauh dari dewan," katanya lagi.

Apabila sampai ke dewan ibu wanita berkenaan hendak memasuki tandas untuk mengambil air sembahyang tetapi orang menunggu terlalu ramai dan dia tidak mampu berdiri lagi menyebabkan warga emas itu terlepas solat subuh kerana keadaan kemikian.

Selepas jam 7 semua jemputan masih menanti-nanti, selepas 2 jam menunggu tiada apa-apa majlis lagi bermula menyebabkan ibu beliau pergi ke tandas selepas.

Semasa di tandas ibu beliau telah menegur seorang gadis dengan bertanya"Majlis ape ye ramai sgt nie?" Gadis tersebut jawab.."Majlis nie saje nk meramaikan majlis makcik" Mak mengangguk tanda faham.

Terpandang di luar dewan Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak sudah sampai dengan kereta iringan.

"Terdetik dlm hati mak...PM boleh pula naik kereta sampai dewan..kenapa rakyat perlu susah-susah berjalan jauh-jauh."

Selepas sejam PM berucap, majlis yang merupakan majlis sumbangan aidilfitri untuk asnaf Baitulmal dan ibu beliau didakwanya hanyalah jemputan sahaja.

Tiada sumbangan aidilfitri pun buat mereka di mana hanya menerima cenderahati berupa sebuah beg kain berisi kain pelikat, kain batik dan tuala kecil.


Habis majlis kira-kira pukul 11 pagi ibunya yang ditemani abang ipar keluar cepat-cepat kerana takut ditinggalkan bas yang membawa mereka datang sebab ibunya itu berjalan dengan perlahan.

"Mak berjalan ke bas tapi mak sempat merungut..penat mcm nak mati...mak x larat..tapi mak gagahkan juga...berkali2 mak berhenti kepenatan..mak ada semput..mak asyik kata "tobat aku xkan pergi lg"..smpai abg ipar terpaksa papah mak..aku menangis dengar cerita mak...sedih sgt2."

"Sesampai di dalam bas..mak menarik nafas lega sebab dapat duduk..sblm bas bertolak..kakitangan baitulmal bagi sampul raya...Mak ckp syukur dpt rezki walau pnt..tp ble smpai rumah..buka2 hanya ada rm30..mak ketawa sendiri..."tobat aku xkn pergi lg", ceritanya mengenangkan nasib ibunya diperlakukan demikian.

Kerana penyebaran cerita ini, ada pihak telah membawa perkara ini kepada pihak Baitulmal sendiri. Baitulmal dalam maklum balasnya memberitahu kain pelekat dan kain batik hanyalah cenderahati tetapi akaun tunai aidilfitri mereka akan masukkan ke dalam akaun penerima sebanyak RM500 pada 1 Julai dan sebahagian lagi pada 3 Julai.

Puan Rabiatun Asmah Mohd Ali menyifatkan apa yang dilakukan oleh Baitulmal tersebut adalah satu penganiyaan terhadap warga emas dan golongan kurang upaya kerana bantuan boleh diagihkan ke kawasan masing-masing bukannya mengadakan majlis yang menyusahkan sedemikian.

- Siakapkeli

SUBHANALLAH !!! - Layanan istimewa buat ROSMAH ????????????????????????????

Posted: 03 Jul 2015 05:30 AM PDT


Zack Ahmad's photo. PETALING JAYA - Sebuah video yang menunjukkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendapat layanan istimewa apabila beliau dipakaikan kasut oleh seorang anggota polis mendapat perhatian di media sosial.

Difahamkan, visual itu diambil pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama Media yang turut dihadiri Datuk Seri Najib Tun Razak dan berlangsung di Kompleks Media Karangkraf di Shah Alam pada Khamis.

Menerusi video yang berdurasi 31 saat itu, seorang wanita yang merupakan anggota polis dilihat memakaikan kasut ke kaki Rosmah yang ketika itu berdiri di pintu.

Beberapa orang tetamu yang mengiringi turut menyaksikan tingkah laku anggota polis berkenaan terhadap isteri Perdana Menteri itu yang hadir ke majlis tersebut dengan mengenakan pakaian berwarna merah.

Selepas memakai kasut, Rosmah kemudiannya beredar dari situ dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang telah diubah suai menjadi `buggy'.

Pengguna Facebook menggunakan nama Yusry Danie yang memuat naik video tersebut menulis status;

"Nak tya sikit…Si tukang pemakai kasut tu… mahai ka gaji dia? Sampai macam tu sekali layanan pada seorang PM.

"Bersangka baik – dia tengah halau semut pada kain dan betulkan kainnya," tulisnya. - FMT


Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

Mara dalam jangkitan sistemik - Oleh Kadir Jasin

Posted: 03 Jul 2015 04:45 AM PDT

 
SAYA tidak mengulas secara khusus skandal pembelian hartanah oleh Majlis AMANAH Rakyat (Mara) di Australia kerana bagi saya ia tidak sedikit pun memeranjatkan.

Lagi pun kes ini masih berjalan dan lebih banyak hal didedahkan. Yang terbaru Pengerusi Mara Incorporated, Mohammad Lan Allani dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abd Halim A. Rahim digantung jawatan dan firma audit PWC dilantik bagi menyemak pembelian harta oleh Mara Inc.

 Mara dalam jangkitan sistemik

Mohammad Lan digantung jawatan

Cuma saya berdoa dakwaan ini tidak betul. Tetapi jika ditakdirkan betul maka kita semua rugi sekali lagi kerana kitalah mangsa mutakhir pengkhianatan amanah ini.

Selepas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak ada apa lagi yang memeranjatkan, mustahil dan luar biasa. 1MDB mencetuskan piawaian dan tanda aras baru urus niaga dan urus tadbir syarikat dan agensi berkaitan kerajaan.

Ini cerita bapa borek anak rintik. Kata orang Johor, "engkau garuk belakang aku, aku garuk belakang engkau" atau kata orang putih, birds of a feather flock together – burung yang sama bulunya berkumpul bersama.


"Birds of a feather flock together"

Inilah bahana apabila orang yang berkuasa berasa bahawa kuasa menghalalkan segala-galanya. Atau apabila orang yang berkuasa terlalu banyak makan budi dan ada rangka-rangka bergantungan dalam almari.

Bukan rahsia lagi. Banyak orang tahu dan lagi banyak dengar apa yang berlaku ketika peralihan kuasa daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada penghujung tahun 2003.

Mereka tahu dan dengar mengenai fail-fail segar Badan Pencegah Rasuah (SPR/ACA) – kini 

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (PSRM/MACC) - yang diserahkan oleh Dr Mahathir kepada Abdullah.

Mereka tahu dan dengar bagaimana kandungan fail-fail itu tidak diambil tindakan sebaliknya digunakan untuk mengukuhkan kedudukan politik orang tertentu.

Beberapa watak dalam fail-fail ACA itu bukan sahaja tidak didakwa malah diberi habuan lumayan dengan syarat mereka menyokong pentadbiran baru.

Amalan "engkau garuk belakang aku, aku garuk belakang engkau" berterusan ke zaman Mohd Najib Abdul Razak apabila individu-individu yang dihukum dan disingkir oleh Umno pada era Abdullah kerana politik wang kembali dimuliakan dan diberi kuasa luar biasa kerana mereka tahu "what you did last summer".


Poster "I know what you did last summer"

Jadi apa yang berlaku (atau dituduh berlaku) di 1MDB, Mara, Felda, Felda Global Ventures (FGV) Berhad, Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Pembinaan PFI Sdn Bhd, SRC International dan mungkin banyak lagi tidak langsung memeranjatkan saya.

Bila bapa borek, logiknya anak rintik. Bila atuk borek, bapa rintik, cucu tentu tidak banya berbeza warna dan coraknya.

Apabila berlaku persepsi dan realiti bahawa orang di atas rasuah maka anak buah pun tidak teragak-agak untuk rasuah juga. 

 Apatah lagi apabila berlaku persekongkolan ala birds of a feather flock together atau macam dalam filem seniman agung P Ramlee Nujum Pak Belalang – "satu untuk engkau, satu untuk aku".
Jangkitan moral itu menyebabkan rasuah dan salah guna kuasa dalam sektor awam merebak menjadi sistemik.

Apa yang salah, korup dan seleweng di 1MDB, Felda, FGV, Tabung Haji, LTAT, Pembinaan PFI SRCI adalah lebih dahsyat dan hanyir apabila berlaku di Mara.

Sesiapa yang celik sejarah tentu sedar betapa keramatnya Mara. Lagi keramat apabila kerajaan pimpinan Umno sendiri mengubah nama asalnya kepada Mara dengan kata kuncinya "amanah". 

Amanah yang dipegang atas nama rakyat Melayu dan Bumiputera.

Mara Dalam Kontrak Sosial

Mara adalah antara manifestasi terawal kontrak sosial di antara peribumi dan pendatang. 

Apabila pada tahun 1950-an Inggeris mencuba memujuk Raja-Raja Melayu untuk memberi "kewarganegaraan negeri" kepada pendatang Cina dan India, sebagai ganti British menubuhkan Rida (Rural Industrial Development Authority) untuk memajukan ekonomi dan pendidikan orang Melayu.
Rida/Mara banyak berjasa kepada orang Melayu dan penduduk luar bandar. Ada rumah Rida, kilang Rida, bas Mara dan yang paling unggul pembabitannya dalam bidang pendidikan.


Bas Mara tahun 1960-an

Malangnya sejak dekad-dekad kebelakangan ini Mara sudah menjadi seolah-olah pusaka keluarga atau "fiefdom" elit politik yang diberi amanah mengurus dan mentadbirnya.

Dalam konteks pendedahan di Australia dan UK sekarang, kita janganlah terlalu yakin bahawa yang bersalah akan dihukum.

Selagi orang yang bertanggungjawab tidak dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah, kita janganlah terlalu menaruh harapan. Kita sudah terlalu kerap mendengar guruh berdentum tetapi hujan tak jadi.

Mengapa Diam Mengenai Siasatan MAS?

Berkenaan 1MDB saya terfikir, kalau penangkapan Xavier Andre Justo (XAJ) di Thailand menjadi modal besar kepada kerajaan dan penyokong Perdana Menteri, mengapakah Bank Negara berdiam diri mengenai hasil siasatan Pihak Berkuasa Mata Wang Singapura (MAS) ke atas simpanan "unit" 1MDB di Singapura?


Mengapa rahsiakan laporan MAS?

Kalau hasil penyiasatan itu positif kepada 1MDB, mengapakah Bank Negara tidak menguar-uarkannya sebaliknya berselindung di sebalik kerahsiaan (confidentiality)?

Kalau laporan MAS itu positif, hebahkanlah saja demi membersihkan nama 1MDB dan membebaskan Bank Negara sendiri daripada tuduhan cuai (oversight)!

Dan adakah Bank Negara dalam penyiasatannya berani menyeluk pekasam seperti ini? -  http://kadirjasin.blogspot.com/

TANGKAP NAJIB !!!

Posted: 03 Jul 2015 04:00 AM PDT

Saya Tertekan, Kata Najib



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengakui bahawa beliau juga tertekan dengan laporan media yang menghakis sokongan kepada BN.

Beliau membangkitkan laporan media mementingkan kecepatan dan bukan ketepatan, yang menurutnya boleh membentuk tanggapan negatif kepada kerajaan.

"Saya pun depress (tertekan). 


Orangpolitik pun depress sebab kita mudah jadi sasaran.

"Orang media rugi pengedaran (akhbar). Kita rugi daripada segi undi. Sama juga depress," kata Najib.

Beliau bercakap demikian dalam majlis berbuka puasa bersama media di ibu pejabat Sinar Harian di Shah Alam hari ini.

Najib juga membangkitkan laporan pembelian tanah Tun Razak Exchange oleh Tabung Haji pada hari terakhir kempen dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh sebelum ini sebagai contoh bagaimana berita mempengaruhi undi.

"Takkan kita nak guna duit rakyat untuk bailout (selamatkan) 1MDB. Itu bukan kerajaan punya tanggungjawab. Tapi cerita itu dahviral (dikongsi meluas).

"Inilah cabaran dalam persekitaran baru ni," katanya.

BN tewas dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh. Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail menang dengan majoriti 8,841 undi
 
Bloglist Malaysia


Siapa "KERA" yang Sharnaaz maksudkan?? Azwan Ali???

Posted: 03 Jul 2015 03:00 AM PDT

Sharnaaz Ahmad Kutuk Azwan Ali Perangai Macam Kera?

 

 






Tak ada angin tak ada ribut, Tup-tup Sharnaaz Ahmad melalui laman Instagramnya dah perli seseorang.. Ada gaduh dengan sesiapa ke? Memang semua tahu Sharnaaz ni jenis orang yang lantang bersuara, kalau ada je dia rasa tak puas hati.. Mesti dia sound derek individu tu..

Tapi kali ni dia menegur dan memberi nasihat pada seseorang.. Kalau korang baca nasihat Sharnaaz ni mungkin tahu teguran ni untuk siapa..hahaha..

"Picture ehsan dari twitter.. Kita hidup atas dunia ni jangan lupa diri, jgn riak, jgn takabbur .. Aku sedar aku pun kadang kadang terlupa diri..

Biasalah kita manusia, sentiasa melakukan kesilapan, tapi kalau kita ulang kesilapan tu dua kali kita kurang sikit dari manusia, up sikit dari binatang.. Kalau kita ulang lagi sekali kita lagi rendah dari binatang, up sikit dari najis binatang..

Muhasabhkan otak dan zat pinjaman Allah SWT.. Jangan riak, satu kali Allah tarik nikmat, nak bercakap pun tak boleh bos.. Tak mau sebut nama, tapi sendiri mau ingat lah.. Kali ni aku berhenti mendoakan mu.. Kerana biar Allah tentukan nasib mu..

Ok.. Itu mukadimah ja.. Kembali pada business ketum kita, memandangkan ianya diharamkan di malaysia, namun segelintir pihak masih mengamalkan nya.. Jangan tanam, jangan petik.. Kalau dah siap bancuh, minum saje lehh :) kami org utara tau kesihatannya bukan nak stim, so di hari raya nanti diharapkan supply ketum dapat menampung demand yg banyak..

Kihkih.. Sekadar gurauan.. Jangan esok aku dok dalam pulak sembang pasai ni.. Pi tangkap kera yg suka memekak tuh.. Salam ramadhan #watchmenaenae #anakantoopenang," tulisnya..

Sharnaaz dah bagi 'hint' kot dalam tu.. Siapa yang ada kontroversi hebat kat Malaysia baru-baru ni? Ramai para pengikut Sharnaaz dapat agak 'hint' yang diberi Sharnaaz tu.. Semua teka tu adalah Azwan Ali..

Entah la nak cakap lebih-lebih pun Miss A tak berani sangat, takut-takut Sharnaaz tuju pada orang lain.. Nanti jadi gaduh pulak Sharnaaz dengan Diva AA, sebelum ni pun dorang dah la pernah berperang mulut..

Kalau dia tujukan pada Diva AA, memang Miss A respect la.. Berani betul dia tegur Azwan Ali tu.. Azwan Ali tu bukan boleh ditegur, dengan Rani Kulup je yang dia takut..hehe..

- Miss A/UtaraNews.com



POLIS KENA TANGKAP NAJIB !!!!

Posted: 03 Jul 2015 02:00 AM PDT

BONGKAR DAN TANGKAP NAJIB !

Posted: 03 Jul 2015 01:15 AM PDT

Mafiaboss Melayu's photo.WSJ memetik dokumen-dokumen dari satu siasatan kerajaan, yang telah diperolehi oleh akhbar kewangan antarabangsa itu dan laman web pemberi maklumat Sarawak Report.

Menurut WSJ, dokumen-dokumen siasatan itu didakwa menunjukkan buat kali pertamanya Najib telah dikaitkan secara langsung dengan siasatan terhadap dana pelaburan negara yang bermasalah itu.

WSJ mendakwa kerajaan menyiasat dokumen-dokumen yang apa pihak penyiasat percaya adalah pergerakan wang tunai di kalangan agensi-agensi kerajaan, bank-bank dan syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB sebelum ia berakhir dalam akaun peribadi Najib.

Dakwanya, dokumen-dokumen yang disemak oleh The Wall Street Journal termasuk borang-borang pemindahan bank dan carta aliran yang diperolehi oleh penyiasat kerajaan yang mencerminkan pemahaman mereka tentang laluan wang tunai itu. 

Sementara itu, Sarawak Report melaporkan secara berasingan bahawa sebanyak AS$681,999,976 (RM2.6 bilion) didakwa dipindahkan oleh dana Abu Dhabi Aabar ke dalam akaun peribadi Najib di AmBank di Kuala Lumpur pada bulan Mac 2013, dua bulan sebelum pilihan raya umum pada 5 Mei 2013.

Ia mendakwa, pemindahan dari Falcon Bank milik penuh dana itu ke dalam akaun bank peribadi Najib berlaku hanya beberapa hari selepas satu perkongsian strategik ditandatangani antara Malaysia dan Abu Dhabi pada 12 Mac 2013.

Dakwanya lagi, ini membawa kepada penerbitan bon AS$3 bilion yang dijamin oleh kerajaan Malaysia sebagai sebahagian daripada ."'usaha sama 50-50 antara 1MDB dan Aabar untuk membangunkan projek Tun Razak Exchange."

Ia mendakwa "maklumat perbankan itu telah diterima baru-baru ini oleh beberapa penguat kuasa undang-undang utama Malaysia, termasuk peguam negara".

Sarawak Report juga mendakwa RM42 juta lagi telah dipindahkan dari SRC International Sdn Bhd, sebuah syarikat kontroversi yang dikaitkan dengan 1MDB, yang kini di bawah kementerian kewangan, ke dalam tiga akaun peribadi Najib di AmPrivate Banking di Kuala Lumpur sejak beberapa bulan yang lalu.

Menurutnya, dakwaan mengenai wang yang diambil dari SRC International itu adalah satu pendedahan yang mengejutkan, kerana ia didakwa adalah wang yang dipinjamkan oleh dana pencen Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).

Ia mendakwa pada 10 Februari 2015, SRC International telah memindahkan RM10 juta ke dalam nombor akaun milik "Dato' Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak" di AmPrivate Bank.

Begitu juga, dakwanya lagi, pada 26 Disember 2014, dua transaksi awal menyaksikan pemindahan RM27 juta dan RM5 juta lagi dari SRC International Sdn Bhd ke dalam nombor akaun di AmPrivate Banking yang juga milik "Dato' Sri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak. "

Warkah Ramadhan buat Abdul Hadi Awang (3)

Posted: 03 Jul 2015 12:30 AM PDT

Gema penubuhan parti baru

Tuan muktamar Pas ke-61 lalu yang berjalan dalam keadaan kotor telah meninggalkan bekas yang busuk kepada PAS hari ini. Mereka yang kalah seakan sudah berpatah arang untuk tidak bersama PAS lagi. 
 
Apa yang saya bimbangkan sebelum ini tampaknya akan menjadi kenyataan. Awal-awal lagi saya sudah mengatakan kalau tidak kena lagu, pemilihan dalam PAS yang tanpa dikawal dengan tertib menyebabkan yang menang jadi arang dan yang kalah jadi abu.

Saya menganologikan pemilihan dalam PAS lalu seperti tindakan puak Serb di Bosnia cuba melakukan ethnic cleansing, ke atas kaum Bosnia Muslim. 
 
Serb mahu hapuskan ethnic itu dan mahu hidup secara memonopoli bumi Bosnia - Hazegovina. Peristiwa yang berlaku di Eropah Timur 10 tahun lepas itu sungguh mengerikan dan satu pembunuhan manusia yang paling dahsyat.


Saya melihat usaha dilakukan setengah pihak dalam PAS itu tak ubah seperti apa yang berlaku di Serb itu. Dan kekalahan hampir semua golongan progresif dalam pertandingan itu menjelaskan kesadisan tindakan satu puak lagi dalam PAS itu, puak ad-Din.

Hari ini sudah tampak keadaan itu. Tuan tentu mengikuti dengan teliti perkembangan dan telatah mereka yang kalah. Mereka sudah sepakat dan membentuk kumpulan yang mereka namakan sebagai G18. Apakah maksud "G" itu saya sendiri tidak arif. Mungkin juga "gila" atau pun "gempur" ataupun "ganas". Tetapi angka 18 sempena dengan bilangan mereka yang kalah barang kali, seramai 18 orang. Tetapi ada yang juga menang bersama mereka, dan ada juga yang tidak ikut berhimpun di Bakri Muar tempoh hari. Kedua mereka berasal dari Kelantan.

Kewujudan G18 dipandang negatif oleh Tuan seolah-olah ia tidak akan ke mana. Menerusi surat terbuka Tuan kepada ahli PAS, Tuan membayangkan kumpulan itu akan tenggelam. Saya pun ada mengulas surat Tuan itu dalam blog ini dua tiga hari lepas dan mungkin Tuan membacanya atau tidak.

Walaupun surat itu bersifat umum untuk semua ahli, tetapi maksud tersiratnya ditujukan khas kepada kumpulan itu. Ia ditulis adalah kerana perkembangan yang berlaku dalam PAS ketika ini, pasca muktamar. 
 
Surat itu walaupun ia bersifat pesimis kepada hasrat kumpulan G18 yang sedang menyusun dan membina kekuatan untuk membina wadah baharu buat mereka, tetapi ia bertolak daripada kebimbangan Tuan sendiri mengenai perpecahan dalam PAS.

Hati kecil Tuan tidak boleh melindungi detik kebimbangan yang tersudut. Sebagai orang masih waras bohonglah kalau Tuan sebagai presiden tidak gerum dengan apa yang berlaku. 
 
Kecualilah Tuan sudah tidak waras lagi dan melihat sesuatu tanpa deria dan perasaan, atau lebih tepat melihat dengan mata dan hati Badwi.

Sangat ego sifat tuan apabila mengatakan mereka akan tenggelam berdasarkan kepada sejarah masa lampau penubuhan parti serpihan atau compingan baik dalam PAS dan juga parti-parti lain yang semuanya tidak berdaya maju dan dapat survive. 
 
Betullah sejarah melakar begitu. Tetapi berhubung dengan usaha G18 ini yang mendapat dokongan beberapa Ngo terkemuka serta kumpulan anak-anak muda, Tuan sepatutnya tidak memandang dari sudut kegagalan dan kehancurannya, tetapi Tuan juga perlu melihat kesan negatif kepada PAS. Tuan perlu memikirkan nasib PAS di masa depan bermusibah daripada tindakan G18 ini.

Sebagai presiden yang menjadi bapa, Tuan tidak sahaja boleh memberi pandangan negatif atas penubuhan itu, sebaliknya seruan dan pandangan positif untuk memyelamatkan PAS. Kebimbangan Tuan itu berasaskan sejarah, lampau, tetapi apa yang sedang Tuan dan PAS hadapi ialah situasi dan kondisi kontemporari. Bahawa keadaan lama itu tidak terpakai dalam membuat penilaian terhadap gerakan G18 itu atau suasana semasa. Tuan haru mempunyai bacaan politik yang jauh dan mendalam bukan berlandasan ego dan keras kepala.

Ada beberapa faktor kenapa saya berkata begitu. Pertamanya kalau wujud wadah atau parti baharu yang diusahakan oleh G18, atau mana-mana pihak yang kecewa dengan PAS dan yang bekerjasama dengan NGO, ia berbeza dengan kewujudan serpihan atau parti comping PAS, laksana, Berjasa atau Hamim. 
 
Hasrat atau aspirasi itu berbeza. Ia dibuat oleh satu kumpulan dan gerakan. Ia bukan berlandaskan kepada perjuangan peribadi seperti mana tertubuhnya Berjasa dan Hamim itu.

Wadah baru itu pula akan membawa aspirasi dan harapan baharu. Ia menjadi pemangkin kepada kehendak rakyat, Pakatan Rakyat. Kalau ia wujud sudah tentu kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat tidak ada lagi. Dalam pengamatan saya DAP dan PKR akan berpihak kepada kumpulan baru ini. Individu yang ada dalam kumpulan G18 ini lebih mudah dan serasi dengan kedua-dua parti berkenaan. Jadi kemanakah PAS selepas ini. Bersama Umno?

Perlu disebut layanan baik PKR kepada PAS khasnya di Selangor bersifat sementara sahaja. Ia bukan sesuatu yang kekal dan dibuat dengan suci hati seperti dahulu. PKR hanya ingin memastikan kerajaan yang diketua itu kekal sehingga habis penggal Dewan Undangan Negeri kini. Tuan harus tahu menilai dan melihat akan keserasian PKR bukan dengan PAS tetapi dengan DAP.

Faktor kedua ialah, kalau wadah baharu itu muncul ia menjadi pengganti PAS. Kalau kedudukannya jelas dan nyata sebegitu tujuan penubuhannya bermakna PAS akan hilang dan tiada dalam pakatan baru kelak.
 
Justeru bagi membendung keadaan ini Tuan dan para pimpinan PAS perlu bangkit segera dan terus menghijaukan PAS melestarikan dengan suasana ketika ini. Kelewatan dan "kebetakkan" Tuan bertindak ia memberi kedukaan panjang kepada PAS.

Kepada saya Tuan, baik Tuan berusaha mengelakkan diwujudkan parti baharu itu yang bakal disertai oleh ahli parti yang tidak senang dan muak dengan kepimpinan Tuan yang dikatakan tidak konsisten tidak profesional, dan selalu membuat puisngan "U" dan "S" dalam sesuatu keputusan dan tindakan. 
 
Tuan juga perlu meralat kembali hasrat untuk berpisah dengan DAP itu. Walaupun hubungan PAS dengan DAP kini sudah terbelah, namun ia masih belum menjadi puing-puing lagi.

Untuk tujuan ini langkah berbaik-baik perlu dibuat. Satu mekanimse perlu dicari bagaimana untuk perkemaskan semula ikatan Pakatan Rakyat. Semak kembali idea dan cadangan yang dilontar oleh orang-orang tertentu yang sudah termakan oleh Tuan itu. Masa masih ada.

Sementara parti baharu itu belum menjadi kenyataan, atau masih dalam kandungan, jangan tunggu ia keluar dia sebagai bayi. Kandungan itu harus di"salur"kan, digugurkan. Kerana apabila ia sudah keluar menjadi jani dan bayi yang bakal menyusahkan PAS. 
 
Kalau ia tidak mampu menyangi PAS setidak-tidaknya tangis dan renyet bayi itu membosankan telinga.

Saya minta Tuan buang perasaan ego, sombong dan bongkok serta perasaan berasakan diri hebat demi masa depan PAS sendiri. Tuan mempunyai hak dan kuasa untuk memastikan ke mana PAS dalam keadaan sekaranng ini. 
 
Tuan berpeluang dengan kuasa yang diamanahkan oleh ahli. Sekiranya Tuan ragu-ragu mungkin Tuan boleh panggil mesyuarat khas untuk menentukan masa depan PAS.

Tuan perlu menghening cipta sejenak untuk melihat kepada PAS. Kejayaan dicapai sebelum ini (semasa berkoliasi dengan DAP dan PKR) harus dijadikan rangsangan kepada Tuan dan juga macam mana PAS menjadi harapan rakyat. Percaya dan yakinlah dengan PAS yang dipecah pecilkan kini, impian PAS untuk menjadi sebuah parti besar dan alternatif kepada UMNO akan berakhir. 
 
Kecualilah Tuan ada hasrat ingin membawa PAS untuk bergabung dengan Umno.

Dan kalau benar Tuan masih menyimpan angin lama untuk bersama Umno, sebagai taubat nasuha atas kesilapan Tuan mengkafikirkan Umno selama ini, Tuan tidak payah berdolak dalik, Tuan harus nyatakan dengan tegas dan berani. 
 
Seorang pemimpin perlu bersikap tegas, jujur dan konssiten dengan keputusannya. Secara peribadi sebagai pemerhati saya berasakan tidak salah kalau Tuan mengambil keputusan untuk bersama Umno, ia bukan merupakan dosa, tetapi keputusan dan hajat itu hendaklah dijelaskan dengan terang dan nyata.

Tidak baik menipu ahli dan penipuan itu sendiri merupakan sifat tercela dalam Islam. Ia dinamakan sebagai munafik.

Waktu sekarang ini untuk Tuan membawa PAS hidup bersama Umno adalah terbaik. Saat Tuan dan kepimpinan baru yang seraga dengan Tuan. 
 
Saya yakin kalau PAS mengadakan muktamar PAS untuk menentukan masa depannya dengan Umno, Tuan akan berjaya. Muktamar PAS akan bersetuju dengan apa jua rangka dan cadangan Jawatankuasa kerja PAS yang Tuan mengetuainya. 
 
 Sikap wala' taat yang menebal di kalangan ahli kepada kepimpinan Tuan waktu ini, memudahkan segala niat yang Tuan rasakan suci itu.

Silakan... Bersambung.