Khamis, 2 Julai 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Jika Benar Dakwaan TWSJ - Polis Wajib Menahan Najib Untuk Siasatan Segera !!

Posted: 02 Jul 2015 11:05 PM PDT

WSJ Dakwa RM700 Juta Ditemui Dan Akaun Bank PM

WSJ: Dakwaan kaitan ditemui antara 1MDB dan akaun bank PM




Dalam satu lagi pendedahan sensasi, Wall Street Journal (WSJ) hari ini melaporkan para penyiasat Malaysia didakwa telah mengesan hampir AS$700 juta deposit ke dalam apa yang mereka percaya adalah akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

WSJ memetik dokumen-dokumen dari satu siasatan kerajaan, yang telah diperolehi oleh akhbar kewangan antarabangsa itu dan laman web pemberi maklumat Sarawak Report.

Menurut WSJ, dokumen-dokumen siasatan itu didakwa menunjukkan buat kali pertamanya Najib telahdikaitkan secara langsung dengan siasatan terhadap dana pelaburan negara yang bermasalah itu.

WSJ mendakwa kerajaan menyiasat dokumen-dokumen yang apa pihak penyiasat percaya adalah pergerakan wang tunai di kalangan agensi-agensi kerajaan, bank-bank dan syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB sebelum ia berakhir dalam akaun peribadi Najib.

Dakwanya, dokumen-dokumen yang disemak oleh The Wall Street Journal termasuk borang-borang pemindahan bank dan carta aliran yang diperolehi oleh penyiasat kerajaan yang mencerminkan pemahaman mereka tentang laluan wang tunai itu.

Sementara itu, Sarawak Reportmelaporkan secara berasingan bahawa sebanyak AS$681,999,976 (RM2.6 bilion) didakwa dipindahkan oleh dana Abu Dhabi Aabar ke dalam akaun peribadi Najib di AmBank di Kuala Lumpur pada bulan Mac 2013, dua bulan sebelum pilihan raya umum pada 5 Mei 2013.

Ia mendakwa, pemindahan dari Falcon Bank milik penuh dana itu ke dalam akaun bank peribadi Najib berlaku hanya beberapa hari selepas satu perkongsian strategik ditandatangani antara Malaysia dan Abu Dhabi pada 12 Mac 2013.

Dakwanya lagi, ini membawa kepada penerbitan bon AS$3 bilion yang dijamin oleh kerajaan Malaysia sebagai sebahagian daripada ."'usaha sama 50-50 antara 1MDB dan Aabar untuk membangunkan projek Tun Razak Exchange."

Ia mendakwa "maklumat perbankan itu telah diterima baru-baru ini oleh beberapa penguat kuasa undang-undang utama Malaysia, termasuk peguam negara".

Sarawak Report juga mendakwa RM42 juta lagi telah dipindahkan dari SRC International Sdn Bhd, sebuah syarikat kontroversi yang dikaitkan dengan 1MDB, yang kini di bawah kementerian kewangan, ke dalam tiga akaun peribadi Najib di AmPrivate Banking di Kuala Lumpur sejak beberapa bulan yang lalu.

Menurutnya, dakwaan mengenai wang yang diambil dari SRC International itu adalah satu pendedahan yang mengejutkan, kerana ia didakwa adalah wang yang dipinjamkan oleh dana pencen Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).

Ia mendakwa pada 10 Februari 2015, SRC International telah memindahkan RM10 juta ke dalam nombor akaun milik "Dato' Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak" di AmPrivate Bank.

Begitu juga, dakwanya lagi, pada 26 Disember 2014, dua transaksi awal menyaksikan pemindahan RM27 juta dan RM5 juta lagi dari SRC International Sdn Bhd ke dalam nombor akaun di AmPrivate Banking yang juga milik "Dato' Sri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak. "

- mkini

Rafizi LAMBAT, semua dokumen pada SPRM, kata Annuar

Posted: 02 Jul 2015 07:00 PM PDT

 
  Rafizi LAMBAT, semua dokumen pada SPRM, kata AnnuarTan Sri Annuar Musa menyifatkan pendedahan badan pemantau National Oversight and Whistleblowers (NOW) berhubung kes Majlis Amanah Rakyat (Mara) terlebih bayar RM18 juta dalam pembelian hartanah ketiga di Melbourne, sudah terlambat.

Pengerusi Mara itu berkata, apa yang didedahkan badan bukan kerajaan (NGO) yang dipimpin Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli itu sudah mendapat perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan semua dokumen berkaitan sudah diserahkan.

"Sebab itu saya kata mereka terlewat, kita (bertindak) lebih dahulu daripada mereka.

"Kita tak ada niat pun nak sembunyikan penyelewengan jika betul-betul ada kes," katanya seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian.

Annuar berkata SPRM bukan sahaja menerima dokumen berkaitan jual beli hartanah oleh Mara Inc, anak syarikat Mara di Australia, malah dokumen yang melibatkan aset di England.

Katanya, kes itu serius kerana bukan sahaja melibatkan wang ringgit tetapi masa depan orang yang dikaitkan.

"Saya tidak sembunyikan apa-apa. Kalau ada maklumat, kita boleh (bagi), tapi bukan dedahkan begitu saja.

"Kalau salah (pendedahan itu) boleh datangkan keburukan pada masa akan datang dan pendakwaan boleh dibuat oleh pihak yang dituduh," beliau dilaporkan sebagai berkata.

Ahli Parlimen Ketereh itu juga menggesa orang ramai menunggu hasil siasatan SPRM dan mengelak maklumat dari sumber yang meragukan.

"Kita tunggu siasatan, tidak boleh dahului SPRM. Maklumat 'lebihan' yang digunakan itu boleh mengelirukan," katanya kepada akhbar itu.

Semalam, Pengarah NOW, Akmal Nasir berkata Mara setakat ini terlebih bayar sekurang-kurangnya RM66 juta bagi pembelian hartanah di Australia.

Katanya, Mara Inc membayar A$22 juta hanya beberapa bulan selepas pembeli yang tidak dinamakan membeli hartanah di 51 Queen Street itu, pada harga A$16.65 juta.

Ia melibatkan perbezaan harga RM18 juta, selain RM14 juta yang Mara didakwa juga terlebih bayar dalam pembelian The Dudley House, dan hampir RM30 juta untuk hartanah di 333 Exhibition Street, katanya.

Akhbar Australia The Age sebelum ini mendakwa perbezaan harga dalam pembelian Dudley itu diambil sebagai wang sogokan oleh beberapa pegawai kanan Mara.

Pembelian hartanah Queen Street itu melibatkan kaedah yang sama dengan pembelian Dudley House dan Exhibition Street, iaitu harga yang dibayar Mara Inc jauh lebih tinggi daripada harga pasaran, kata Akmal. –TMI

Nancy tidak pasti peguam negara disambung kontrak atau bersara

Posted: 02 Jul 2015 06:30 PM PDT

 
Nancy tidak pasti peguam negara disambung kontrak atau bersaraMenteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri tidak pasti sama ada kontrak Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang akan menyambut hari jadinya pada Oktober depan akan disambung atau tidak.

Nancy berkata, beliau dimaklumkan Gani akan bersara pada Oktober depan tetapi penyambungan kontraknya tertakluk kepada pertimbangan kerajaan.

"Saya tiada maklumat mengenai kedudukan beliau. Beliau sepatutnya bersara pada Oktober.

"Tapi sama ada kontrak dilanjutkan atau tidak bergantung kepada kerajaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada satu majlis di gedung Publika, Kuala Lumpur pagi ini.

Ditanya sama ada beliau bersedia terus bekerja dengan Gani, Nancy berkata beliau sedia bekerjasama dengan sesiapa saja demi menjalankan tugasnya.

"Saya akan kerja dengan sesiapa saja. Sesiapa yang jadi peguam negara saya akan kerja dengan dia.
"Sama ada Gani atau orang lain, kerja perlu diteruskan," katanya.

Peranan peguam negara sebagai penasihat undang-undang utama kerajaan termaktub dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Gani memegang jawatan itu sejak 2002, dan jika kontraknya disambung, beliau akan menjadi peguam negara paling lama berkhidmat, mengatasi Tan Sri Abu Talib Othman yang memegang jawatan itu dari 1980 hingga 1993.

Gani mencetuskan kontroversi kerana penglibatannya dalam pasukan pendakwa raya kes Liwat I membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan kemudian sebagai peguam negara dalam kes Liwat II. – TMI

Skandal MARA: Dua pegawai kanan direhatkan ? - Faiz Zainudin

Posted: 02 Jul 2015 06:00 PM PDT

 
MARA,rehat

Namun tindakan itu tidak bermakna dua pegawai kanan itu bersalah sebaliknya untuk memudahkan siasatan.


KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) merehatkan dua pegawai kanan anak syarikatnya, MARA Inc, yang terlibat dalam pembelian aset di Australia untuk memudahkan siasatan.

Pengerusi MARA Inc, Datuk Mohamad Lan Allani dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abd Halim A Rahim direhatkan sehingga tempoh yang akan ditentukan kelak.

Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa berkata, tindakan itu tidak bermakna mereka berdua telah bersalah.

"Kedua-duanya dilepaskan sementara daripada tugas bagi membolehkan urusan penyiasatan berlaku tanpa sebarang gangguan untuk memastikan mereka tidak dituduh pada perkara yang bukan-bukan.

"..Ini tidak sekali bermakna memberi apa-apa kesalahan pada masa ini, ini nak jaga intergriti MARA selari dengan komitmen kita yang penyiasatan dibuat SPRM adalah penyiasatan yang telus," katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat MARA pada Khamis.

Bagi memastikan isu pelaburan keatas Dudley Internasional House disiasat dengan telus, Majlis MARA telah memutuskan untuk melantik badan audit bertauliah.

"Mesyuarat Majlis MARA telah memutuskan melantik Princewaterhouse Coopers (PwC) untuk menjalankan audit secara mendalam," katanya.

MARA didakwa terlebih bayar RM15 juta bagi pembelian The Dudley International House. Akhbar Australia, The Age, mendakwa wang itu dibayar kepada beberapa individu sebagai rasuah.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pula mendakwa MARA menyeleweng sebanyak RM129 juta menerusi empat pembelian aset di Australia apabila membeli dengan harga tinggi berbanding harga pasaran.

Dalam pada itu, Annuar berkata, MARA juga tidak berpuas hati dengan keputusan awal pihak PDRM bahawa tiada unsur pecah amanah dalam kes tersebut.

"MARA kurang berpuas hati dan akan menemui PDRM dalam masa terdekat untuk memberi kerja
sama seterusnya," ujarnya.

Guan Eng buat Azmin Ali makin tertekan FMT Reporters

Posted: 02 Jul 2015 05:15 PM PDT

 
feakag,azmin,guang eng

Faekah Husin mendakwa tidak mustahil Azmin akan meminta sokongan wakil rakyat UMNO untuk mengekalkan jawatan Menteri Besar Selangor.


PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali semakin tertekan dengan pengumuman Lim Guan Eng bahawa Pulau Pinang bukan lagi negeri Pakatan Rakyat, dakwa Faekah Husin.

Pegawai Khas kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu berkata, Azmin masih gagal menyelesaikan kemelut politik antara Pas dan DAP yang menjejaskan pentadbiran Negeri Selangor.

Katanya, dengan perkembangan terbaru di Pulau Pinang itu sudah pasti membuatkan Azmin 'pening kepala' untuk menyelamatkan kerajaan Selangor.

Menurut Faekah, hubungan tergantung antara Pas dan DAP menimbulkan sikap saling mencurigai sesama EXCO yang sudah semestinya tidak sihat untuk pembangunan negeri dan rakyat.

"Sekarang kerajaan negeri sibuk dengan usaha memperbaiki kerosakan yang mereka cipta sendiri hasil Langkah Kajang yang gagal," katanya kepada FMT.

Katanya, dengan perkembangan terbaru itu, Azmin perlu membuktikan beliau mendapat sokongan majoriti, sama seperti desakan yang dikenakan terhadap Khalid apabila beliau dipecat PKR.

Jelasnya, Azmin perlu menerangkan kepada rakyat apakah bentuk kerja sama dalam kerajaan negeri Selangor yang ada ketika ini selepas PKR dan DAP mengumumkan Pakatan Rakyat sudah tidak wujud.

"Walaupun krisis DAP dan Pas tiada kesudahannya, Azmin sudah pasti sedang mencari jalan untuk menyelamatkan kedudukannya.

"Sebagai seorang yang berpengalaman sebagai 'perunding' sudah pasti Azmin memiliki banyak idea dan bertungkus lumus membuat tawaran kepada semua pihak. Tidak mustahil Azmin meminta tolong UMNO," katanya.

Assalammualaikum & Selamat Pagi Semua.

Posted: 02 Jul 2015 05:00 PM PDT

Zack Ahmad's photo.

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..

Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu,
Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh,
Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. 

dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 isteriku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, 

Ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan 

Kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan tidak, yang disengajakan dan tidak, yang disedari dan tidak....

Amin3 Ya Rabbal A'lamin
 

Saya tidak boleh batalkan pembelian MARA -Annuar Musa - oLEH: Faiz Zainudin

Posted: 02 Jul 2015 04:30 PM PDT

 
rafizi,annuar

Annuar menjelaskan jika aset itu telah menjadi milik MARA, beliau tidak boleh membatalkan pembelian.


KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak boleh membatalkan pembelian hartanah oleh anak syarikatnya, MARA Inc.

Bagaimanapun, ia tidak bermakna beliau tidak mengambil tindakan walaupun tahu lebihan bayaran bagi pembelian Doudley International House di Melbourne.

Oleh itu, tuduhan Rafizi Ramli bahawa beliau tidak mengambil tindakan adalah tidak benar.

"Kalau dia kata saya tahu dan kenapa tak ambil tindakan batalkan pembelian, elok dia renung balik ayat dia tu, sebab bila benda tu dah jadi milik MARA, adakah saya boleh undur ke belakang membatalkan pembelian? 

Mungkin dia tersasul, tapi ia tidak menjejaskan kita langsung.

"Dan kalau dia kata kita tak ambil tindakan, sebenarnya ada, mesyuarat pada Jun 2014 catat dalam minit ada teguran yang saya buat, sejak dari itu, kita terus buat pemantauan, tindakan ada, cuma saya tak sempat lapor kepada Rafizi sebab tak tahu dia berminat dalam kes ni, tapi kita memang ada buat laporan, ada minit, ada tindakan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat MARA pada Khamis.

Annuar berkata, Rafizi boleh berjumpa dengannya secara terus sekiranya Naib Presiden PKR itu mahu mengetahui secara jelas isu melibatkan pembelian aset di Australia.

Beliau juga menasihatkan Rafizi supaya bekerjasama dengan pihak berkuasa jika mempunyai maklumat penyelewengan.

Habis duit rakyat dibaham

Posted: 02 Jul 2015 04:00 PM PDT

ADUN Umno: Lelong 'Patriot' macam pelacuran

Posted: 02 Jul 2015 09:00 AM PDT

 
ADUN Umno: Lelong 'Patriot' macam pelacuranSeorang anggota Dewan Undangan Negeri Umno hari ini mengejutkan banyak pihak dengan mengaitkan lelongan nombor plat 'Patriot' dengan aktiviti pelacuran.

"Tindakan menjual plat ini sama seperti 'pelacuran', sacred word kepada pembida tertinggi membuatkan mereka bapa ayam, bukan patriot," kata wakil rakyat Kempas Tengku Putra Haron Aminurrashid.

Menjelaskan kenyataannya itu Tengku Putra berkata, lelongan sebegitu seolah-olah pihak yang terlibat melacurkan ungkapan suci (iaitu patriot) kepada pembida.

Tengku Putra juga mempersoalkan sama ada pengendali lelongan nombor itu Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPN) memahami perkataan "Patriot" itu, dan sama ada latar belang pembida disemak.

"Antara yang menang bidaan boleh jadi pengkhianat ekonomi yang mensabotaj negara untuk buat duit segera!

"Adakah mereka ini layak pakai nombor plat ini?

"Adakah penganjur tidak mahu pastikan dulu bahawa pemegang (nombor plat) itu patriot yang sejati?" soalnya.

Tengku Putra juga berkata keadaan akan lebih buruk jika pembida yang berjaya mendapatkan nombor itu bukan warganegara Malaysia.

"Jika orang asing menang bidaan 'Patriot 1', secara simbolik, penganjur telah jual negara kita ini," katanya. - M'kini

CUKUP-CUKUPLAH - Tunku Ismail Oleh Tunku Ismail

Posted: 02 Jul 2015 08:00 AM PDT

 
CUKUP-CUKUPLAH - Tunku IsmailSaya menyeru kepada semua pihak media, cukuplah memainkan isu berkenaan saya, Datuk Nazri dan kerajaan.

Saya tahu anda terhibur dengan apa yang berlaku. Apa yang ingin saya sampaikan telahpun saya katakan. Hormatilah bulan yang suci ini, dan biarkan saya dan keluarga saya menikmatinya dengan aman.

Sekiranya terdapat apa-apa yang ingin saya sampaikan, saya akan memaklumkannya kelak.

Saya akan terus bersuara demi rakyat dan kepentingan negeri saya. Buat masa ini, biarlah kita tamatkan isu berkenaan saya dan Datuk Nazri kerana ianya tidak kemana, dan secara jujurnya, saya pun sudah bosan dengan hal ini.
Kalau anda mahu ianya lebih menarik, boleh diadakan satu perlawanan tinju antara saya dan Datuk Nazri, dan hasil kutipannya boleh disalurkan untuk tujuan amal... SAYA HANYA BERGURAU.


Walaubagaimanapun, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di Johor dan Malaysia, dan semoga Allah merahmati anda sekalian.

Kepada yang bukan muslim, semoga Tuhan memberkati anda dan orang yang tersayang. Akhir kata, salam kasih kepada seluruh Bangsa Johor. Johor mesti sentiasa jadi Johor.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Last modified on Khamis, 02 Julai 2015 06:50

Arul sedia berdepan dengan tindakan undang-undang FMT Reporters

Posted: 02 Jul 2015 07:15 AM PDT

 
arul-kanda_1mdb_600_1

1MDB disiasat pelbagai pihak termasuk Ketua Audit Negara, BNM, dan (PAC)

PETALING JAYA: Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy menegaskan tindakan undang-undang boleh diambil sekiranya wujud salah laku dalam syarikat itu.

Dalam kenyataannya pada Khamis, beliau menegaskan,telah berulang kali membuat penjelasan terhadap tuduhan yang dilontarkan oleh pelbagai pihak, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua serta kumpulan media The Edge.

"1MDB memberi kerja sama sepenuhnya terhadap semua pertanyaan ini. Segala bukti berkaitan syarikat ini telah dan akan terus dikongsi bersama pihak berkuasa yang berkaitan," kata Arul.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan tertentu dikaitkan dengan Pua dan yang disiarkan secara dalam beberapa portal yang mempersoalkan mengapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap 1MDB.

Mengikut syarikat itu, 1MDB ketika ini disiasat pelbagai pihak berwajib termasuk Ketua Audit Negara, Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

"PAC, yang turut dianggotai Tony Pua, adalah pihak berkuasa yang dilantik secara sah untuk menyiasat sama ada RM42 bilion itu telah 'lesap' daripada 1MDB.

"Demi kepentingan keadilan dan proses sewajarnya, 1MDB percaya Tony Pua akan mengesahkan bahawa PAC akan menyiasat tuduhan khusus membabitkan 'kehilangan RM42 bilion,' sebagaimana desakannya terhadap siasatan bagi tuduhan lain yang melibatkan syarikat ini," katanya

Gabungan anak muda kecewa PR berkubur, desak tubuh pakatan baru Faiz Zainudin

Posted: 02 Jul 2015 06:45 AM PDT

 
adam-adli_pkr_600_1

Mereka menggangap PKR, DAP dan Pas terlalu ego dan telah menghancurkan harapan rakyat yang mahukan perubahan selepas PRU13.

KUALA LUMPUR: Gabungan anak muda mengutuk PKR, DAP dan Pas kerana terlalu ego sehingga menyebabkan kehancuran kepada Pakatan Rakyat (PR).

Jurucakap kumpulan itu, Adam Adli berkata, polemik politik PR telah membunuh harapan rakyat yang mahu melihat perubahan kepada pentadbiran negara.

Namun, katanya, harapan itu musnah kerana sikap terlalu ego tiga parti itu sekaligus memberi talian hayat kepada Barisan Nasional (BN).

"Polemik demi polemik melanda Pakatan Rakyat telah membunuh harapan rakyat. Anak muda berasa mual melihat parti-parti yang kononnya berpakat, tetapi gagal mengurus egosentrik lantas memberi talian hayat kepada kerajaan BN," katanya dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpu pada Khamis.

Sehubungan itu, Adam berkata, gabungan anak muda mendesak supaya gabungan pakatan pembangkang baru dan inklusif dibentuk bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang telah berkubur.

"Pakatan baru diperlukan untuk membela nasib rakyat yang kian terseksa dan menjadi mangsa kezaliman UMNO/BN," katanya.

Seorang lagi ahli gabungan tersebut, Ahmad Syukri Ab Razak berkata, parti pembangkang sepatutnya malu dengan kehancuran yang berlaku dalam gabungan mereka sebelum ini.

Katanya, sikap terlalu ego kepada parti sendiri akhirnya mengecewakan 52 peratus pengundi yang telah memberi kepercayaan kepada mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Kita jemu melihat sikap ego kepada parti sendiri sehingga gabungan dipersia dan kepentingan rakyat diperjudi," katanya.

Sehubungan itu, Syukri berkata, satu campur tangan pihak ketiga (anak muda) perlu diperhalusi bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada pembangkang.
"Cukuplah dari zaman kami kecil dulu kami lihat parti pembangkang, PKR, Pas, DAP buat keputusan dan hala tuju sendiri.

"Parti pembangkang tidak arif segala-galanya, mereka perlu pandangan dan teguran pihak ketiga dan kami mengambil langkah tersebut," katanya.

Kumpulan anak muda tersebut akan mengadakan perjumpaan dengan PKR, Pas dan DAP dalam tempoh 14 hari bagi membincangkan cadangan penubuhan pakatan pembangkang baru.

PM Najib Mengeluarkan Fatwa ??

Posted: 02 Jul 2015 06:00 AM PDT

Mafiaboss Melayu's photo.

Umat Islam tidak akan terjamin masuk syurga jika hanya menunaikan solat tetapi pada masa sama masih bersikap adu domba, kuat memfitnah dan menghancurkan perpaduan, kata Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Perdana menteri memetik hadis mengenai amalan yang mendekatkan umat Islam dengan syurga, iaitu menjaga akidah, mendirikan solat, menunaikan zakat dan menjaga silaturrahim.

"Sembahyang tak tinggal, tapi jadi batu api, fitnah, adu domba, hancurkan perpaduan, tak jamin jadi ahli syurga.

"Pakai lambang besar pun tak jamin masuk syurga, ini peringatan untuk kita semua," katanya ketika berucap di Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri kepada asnaf Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Serdang, pagi tadi.

Lelaki mengamuk kerana ‘fogging’ - FMT Reporters

Posted: 02 Jul 2015 05:15 AM PDT


kerana-fogging2

Lelaki itu dikatakan naik angin selepas mendakwa tidak ada sebarang notis dikeluarkan oleh pihak berkenaan untuk melakukan semburan asap itu.



PETALING JAYA: Beberapa orang anggota dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diacu parang oleh seorang lelaki ketika melakukan semburan asap untuk membasmi nyamuk aedes.

Kejadian berlaku di Flat Desa Baiduri Farlim, Paya Terubong,Ayer Itam, Pulau Pinang kira-kira jam 6.45 petang pada Rabu.

Difahamkan, kakitangan KKM dari Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut itu telah didatangi seorang lelaki yang tidak membenarkan pihak berkenaan melakukan semburan berkenaan.

Lelaki itu dikatakan naik angin selepas mendakwa tidak ada sebarang notis dikeluarkan.

"Kalau terjadi apa-apa kepada anak saya kamu semua mahu tanggungjawab ka? bagitau la, mau tanggungjawab ka?," kata lelaki itu.

Kakitangan KKM berkenaan cuba menenangkan lelaki berkenaan walaupun ketika itu dia kelihatan mengacu dan menghayun parang.

Berdasarkan keterangan, penduduk telah diberikan notis oleh KKM pada pagi hari kejadian berhubung langkah yang hendak diambil.

Insiden tersebut yang telah dirakam menerusi video telah dimuat naik ke laman Facebook dan Youtube serta menjadi viral di internet.

Bagi Pas Pakatan Rakyat masih wujud FMT Reporters

Posted: 02 Jul 2015 04:30 AM PDT

 
iskandar-samad-pakatan-raky
Ia kekal selagi pemimpin parti itu tidak duduk semeja dan menyatakan persetujuan bersama PR sudah tidak wujud.

PETALING JAYA: Pas masih berpegang teguh dengan pendirian bahawa Pakatan Rakyat (PR) masih lagi wujud, kata Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Katanya, pendirian itu kekal selagi ketiga-tiga pemimpin parti tidak duduk semeja dan menyatakan persetujuan bersama bahawa PR sudah tidak wujud.

"Buat masa ini kerja sama dan hubungan PR di peringkat nasional dan Selangor masih berjalan seperti biasa," katanya dipetik Sinar Harian.

Dalam perkara berkaitan, Iskandar berkata, Pas menyerahkan kepada kebijaksanaan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali untuk menjernihkan krisis antara parti itu dengan DAP di negeri itu.

"Memang menjadi tugas dan tanggungjawab Menteri Besar untuk pastikan kerajaan berjalan lancar dan kembali seperti sedia kala. Ini bermakna terpulang kepada kebijaksanaan Azmin untuk berbincang dengan semua parti.

"Saya tidak tahu butir perbincangan DAP dan PKR kelmarin. Saya juga sudah banyak siri perbincangan bersama Menteri Besar. Setakat ini, kita buat pertemuan berasingan iaitu Pas, PKR dan DAP," katanya.

Beliau yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar berkata, hubungan jalinan kerjasama di peringkat ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak ada masam muka malah interaksi antara Exco berjalan seperti biasa.

"Di peringkat Exco, perbincangan kita berjalan seperti biasa. Pada saya kerajaan negeri PR Selangor tidak berdepan kemelut seperti yang digembar-gemburkan.

RAKYAT PERLUKAN KERAJAAN ALTERNATIF

Posted: 02 Jul 2015 03:45 AM PDT



KUMPULAN
SATU EMPAT 
ENAM




RAKYAT PERLUKAN KERAJAAN ALTERNATIF

Pilihanraya Umum ke 13 yang lalu merupakan indikasi jelas harapan rakyat yang mahu melihat Malaysia ditadbir oleh sebuah Kerajaan yang lebih baik sekaligus menamatkan era pemerintahan fasis Barisan Nasional. Hal ini juga terbukti secara faktual apabila graf pencapaian Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum semakin merudum dari tahun ke tahun biarpun pelbagai langkah popular dilakukan untuk meraih semula kepercayaan pengundi.
Namun polemik demi polemik yang melanda Pakatan Rakyat telah membunuh harapan rakyat yang ingin melihat sebuah Kerajaan yang lebih baik. Anak muda berasa mual melihat parti-parti yang kononnya berpakat, tetapi gagal mengurus egosentrik lantas memberi talian hayat kepada Kerajaan minoriti Barisan Nasional.
 Melihat kepada isu ekonomi yang terus mencekik kehidupan rakyat, krisis kepimpinan Negara yang dihimpit skandal dan korupsi, serta kesenjangan sosial yang masih tidak bebas daripada politik perkauman, maka anak muda hari ini melihat perlunya sebuah gabungan inklusif yang akan memimpin perjuangan menegakkan cita-cita rakyat. Oleh itu anak muda ingin mengusulkan perkara berikut untuk segera dilaksanakan oleh parti-parti pembangkang.
1. Gabungan Baru : Demi Rakyat.
Mempercayai bahawa harapan rakyat untuk melihat perubahan itu masih menyala, maka Anak Muda mendesak agar parti pembangkang segera membentuk gabungan yang baru demi meneruskan cita-cita rakyat. Parti-parti pembangkang perlu konsisten dalam menjadikan harapan rakyat sebagai fundamental kerjasama, seterusnya memangkas perbezaan dan memberi tumpuan untuk merealisasikan perubahan. Gabungan yang baru ini perlulah lebih kemas dengan dipandu terma-terma rujukan yang lebih jelas.
2. Prinsip Kerjasama Lebih Tegas.
Melihat kepada kepincangan jalinan kerjasama yang terbentuk dalam Pakatan Rakyat sebelum ini, anak muda ingin mencadangkan supaya prinsip berikut mesti dimasukkan sebagai teras penting kepada pembentukkan gabungan yang baru:
         i.            Gabungan mestilah berkerja berteraskan polisi bersama yang disepakati. Polisi tersebut mestilah menjulang cita-cita rakyat sebagai asas kerjasama. Setiap Parti yang menyertai gabungan perlu bersedia untuk meletakkan polisi bersama ini sebagai prioriti yang perlu diutamakan.
       ii.            Setiap parti perlu bersedia untuk meletakkan kepentingan parti sebagai perkara kedua sekiranya bertembung diantara kepentingan parti dan kepentingan gabungan. Hal ini bagi memastikan tidak wujud lagi tindakan-tindakan esoterik parti tertentu yang boleh menggugat kestabilan gabungan.
      iii.            Menjadi obligasi setiap parti untuk memastikan gabungan terus kuat dan utuh. Setiap keputusan yang dibuat diperingkat gabungan perlulah melalui proses konsolidasi bagi mencapai persepakatan bersama.
3. Gabungan Inklusif.
Anak muda juga melihat gabungan baru yang bakal dibentuk ini perlu melibatkan sebanyak mungkin pihak berkepentingan dalam proses membuat keputusan. Tatanan pemikiran lama yang mengatakan pemimpin tahu segalanya sudah terlalu tua untuk diamalkan dalam politik kontemporari. Hal ini juga bagi menyahut saranan banyak pihak yang menyifatkan gabungan pembangkang akan lebih kuat dengan sokongan dan kerjasama NGO. Oleh itu, anak muda mencadangkan supaya diadakan sesi pertemuan diantara parti-parti pembangkang dan juga anak muda  dalam masa 14 hari dari sekarang. Anak muda percaya adalah menjadi keperluan mendesak untuk gabungan baru ini ditubuhkan segera.
Sekian. 
Demi Malaysia
Kenyataan media ini dibuat secara bersama oleh 146 anak muda.





Kisah Sebenar Di Sebalik Penderitaan Adik Yaya Mangsa Dera

Posted: 02 Jul 2015 02:59 AM PDT

 
Baru-baru ini Malaysia didedahkan dengan kes penderaan seorang kanak-kanak, Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5, yang mengejutkan segenap lapisan masyarakat. Kedua-dua tertuduh, ibu tiri Nur Zuliana dan bapa kandungnya telah pun ditahan polis.

Guru tabika Nur Zuliana mendedahkan kanak-kanak terbabit pernah memberitahu dia hanya diberikan keropok lekor dan air kosong dirumah.

Dia kata dia hanya makan keropok lekor dan minum air kosong di rumah," kata Rohaida, pekerja di Tabika Ummi.

"Sebelum ini, ibu tiri yang saya fikir cuba menutup kesalahannya pernah memberitahu bahawa jangan berikan makanan bergula kepada kanak-kanak itu kerana menghadapi masalah kulit.

"Tetapi saya agak aneh apabila mendapati kanak-kanak itu makan dengan banyak setiap kali dia berada di tabika ini.

"Hanya selepas itu baru saya menyedari kanak-kanak itu tidak mempunyai masalah kulit, tetapi itu adalah helah ibu tiri untuk menutup penderaan yang dilakukannya," katanya lagi.

Selain itu Rohaida pernah bertanya Nur Zuliana siapa yang memukulnya dan kanak-kanak itu menjawab "mummy".

Menurut Rohaida, dia pernah bertanya mengenai kesan lebam di badan Zuliana namun dimarahi oleh ibu tiri kanak-kanak berkenaan.

Rohaida berkata, ibu tiri kanak-kanak itu kemudian memberhentikan persekolahan anaknya di tabika pada mac lalu.

Tambahnya lagi dia telah melaporkan perkara itu kepada pengerusi tabika serta merancang untuk bersemuka sendiri dengan ibu tiri dan bapa kanak-kanak itu dan tidak bercadang untuk melaporkan kepada pihak berkuasa.

"Kami tidak mahu terlibat dalam masalah pasangan itu. Walaupun saya menjaga kanak-kanak itu, tapi saya tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantunya," katanya.

Rohaida menjaga adik Zuliana dari Januari hingga Mac

Sementara itu, seorang jiran suspek, Sabariah Ahmad, 51, berkata bapa Nur Zuliana memperlihatkan dirinya seolah-olah seorang bapa yang baik dan peramah.

"Tanggapan pertama saya adalah bahawa dia adalah bapa yang baik dan saya mengenali dia selepas dia berpindah ke sini 12 bulan yang lalu. Tetapi isterinya jarang bercakap dengan saya.

"Amat mengejutkan apabila mengetahui tentang nasib gadis itu kerana saya tidak pernah mendengar apa-apa kekecohan dari rumah pasangan itu," katanya memetik mStar Online.



Lagi pemimpin Pas bakal masuk DAP Adam Abu Bakar ( gambar )

Posted: 02 Jul 2015 01:00 AM PDT

PAS - RAMAI YANG DAH MERAJUK

pas,dap


 
PETALING JAYA: Seorang lagi bekas pemimpin Pas secara terbuka menyatakan hasrat untuk menyertai DAP. Terbaru, bekas Peguam Pas, Zulhazmi Shariff yang keluar dari parti itu pada 15 Jun lalu, dijangka akan berbuat demikian dalam tempoh terdekat. 

Sewaktu dihubungi FMT, dia menyatakan masih belum lagi menyerahkan borang penyertaannya dan tidak menolak kemungkinan ia akan dibuat pada Khamis di Majlis Berbuka Puasa di Sunway Putra anjuran Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng. 

Mengulas penyertaannya dalam parti DAP, Zulhazmi yang pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat turut memberitahu DAP merupakan sebuah parti yang konsisten dengan prinsipnya. 
 
"Di antara parti politik pembangkang yang ada di Malaysia, yang konsisten melawan Barisan Nasional (BN) adalah DAP dan berpegang kepada prinsip. 
 
"Kalau DAP mahukan ketelusan, parti itu akan berusaha untuk menjadi lebih telus, contohnya dari segi ketelusan pentadbiran kerajaan negeri di Pulau Pinang," terangnya. 

Pada masa sama, Zulhazmi menafikan DAP sebagai parti yang menentang dan menindas orang Islam selain merasakan DAP tidak menolak perlaksanaan hukum hudud secara total. 
 
"Saya tidak nampak DAP menentang atau menindas Islam. Walhal, dalam isu hudud sekalipun saya tidak rasa DAP membantahnya, cuma tidak berpuas hati dengan tindakan PAS yang tidak mengikut saluran dan semangat yang betul. "DAP tidak pernah kata hudud tidak boleh dilaksana, tidak elok atau zalim.


Hanya UMNO yang berkata demikian, bahkan, pemimpin DAP hanya menyatakan ia tidak boleh dilaksana kerana melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan," jelasnya. 
 
Tidak terhenti di situ, Zulhazmi turut mengakui bahawa penyertaannya ke dalam parti DAP adalah disebabkan rasa kecewanya dengan Pas. 
 
"Pas masih di takuk lama, menganggap hanya mereka sahaja betul dan apa yang dilakukan oleh rakan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) adalah salah," katanya. -fmt-

BNM perlu perjelas tuduhan oleh Tun M - Mohamad Fadli

Posted: 02 Jul 2015 12:15 AM PDT


zam, 1mdb, negara
BNM perlu keluarkan kenyataan mengenai tuduhan 1MDB itu agar rakyat tidak keliru dan tidak panik

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) digesa memberi penjelasan berhubung isu serangan Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikatakan telah menjadi penyebab kepada kerosakan ekonomi.

Gesaan itu dibuat oleh Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang merujuk kenyataan BNM sebelum ini.

Beliau berkata, penjelasan itu perlu ekoran pada masa ini orang ramai sangat percaya kepada perkara-perkara negatif yang tersebar.

"BNM sewajarnya mengeluarkan satu kenyataan segera untuk menjelaskan kedudukan sebenar ekonomi negara untuk mengawal kesan buruk dari kenyataan agensi kerajaan sendiri.

"Jika tidak ia menyebabkan rakyat menjadi panik," katanya menerusi entri terbaru di laman blog zamkata.blogspot.com.

Zainuddin yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan berkata, sekiranya 1MDB mengharapkan rakyat menuding jari kepada Dr Mahathir ia adalah satu perhitungan yang salah.

"Tidakkah kenyataan 1MDB yang berunsur politik itu telah turut menyumbang kepada keadaan ini?


"Jika dakwaan kerosakan ekonomi itu dibuat oleh Dr Mahathir atau pembangkang tentu sukar untuk diterima tetapi apabila datang dari agensi penanaman modal kerajaan sendiri maka ia adalah pengesahan dan menyebabkan penerimaan negatif di kalangan rakyat," ujarnya.

Beliau berkata demikian merujuk kenyataan 1MDB yang berbeza dengan beberapa kenyataan BNM serta kenyataan Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan Majlis Profesor Negara(MPN) Prof. Datuk Dr, Noor Azlan Ghazali yang menafikan ekonomi Negara kini merudum.

"Kata Dr Azlan tindakan sesetengah pihak yang mendakwa ekonomi negara berada dalam keadaan kritikal dan jatuh merudum adalah tidak beretika dan boleh mendatangkan kebimbangan kepada orang ramai," katanya memetik laporan akhbar Utusan Malaysia sebelum ini.

Justeru Zainuddin menggesa BNM perlu bersuara dan tidak boleh membiarkan kenyataan seperti 1MDB berterusan.

"Ini tentunya telah menjadi viral di seluruh negara hari ini," ujarnya.

" NAZRI BIDAS KENYATAAN TENGKU MAHKOTA JOHOR LAGI. BILA MAU HABIS DA.... " tikaq buloh

Posted: 01 Jul 2015 11:30 PM PDT

 
Tikaqbuloh percaya jika Nazri Aziz ini mewakili parti pembangkang sudah pasti juak-juak dan para pembodek UMNO akan berdemo kerana telah menderhaka kepada anak Sultan, kerana telah mencemarkan kerabat diraja Sultan Johor dengan isu-isu politik.


PETALING JAYA – Datuk Seri Nazri Aziz menolak pandangan Tunku Mahkota Johor (TMJ) bahawa beliau seorang menteri yang tidak cerdik dengan merujuknya sebagai "tong kosong".

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata, pandangan Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu tidak benar kerana beliau layak sebagai pengamal undang-undang, malahan ahli Lincoln's Inn di London.

"Tentu sekali ia tidak benar, saya seorang barrister perundangan," katanya kepada The Star Online pada Rabu.

Beliau juga berkata, tiga perdana menteri pertama negara iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn juga adalah barrister.

"Mereka semuanya bukannya tong kosong," katanya.

Menerusi temubual dengan sebuah portal berita, Tunku Ismail berkata, Nazri tidak layak menjadi menteri dan menganggapnya sebagai "tong kosong".

Kata Nazri, jika beliau tidak layak menjadi menteri, TMJ seharusnya menyalahkan tiga perdana menteri – Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana melantiknya.

"Jika saya tidak layak sebagai menteri, salahkan tiga individu ini," katanya.

Nazri juga menafikan beliau tidak sensitif kepada kerabat diraja Johor sambil menyifatkan mereka berada pada kedudukan sekarang kerana Umno.

"Mengikut Perlembagaan Umno, kita mendukung hak Melayu termasuk kerabat diraja. Mereka sepatutnya mengambil berat dan menjaga Umno," katanya.

Katanya lagi, masa depannya tidak ditentukan oleh Tunku Ismail, tetapi rakyat yang memilihnya.


"Mereka tidak sepatutnya campur tangan hal politik," katanya yang turut mengucapkan selamat hari lahir kepada TMJ dan berharap beliau gembira mendapat hadiah jet peribadi daripada ayahandanya, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Suara TV