Rabu, 1 Julai 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Altantuya: Akhirnya Razak Baginda bersuara selepas 9 tahun berdiam diri....BENARKAH? suarakami

Posted: 01 Jul 2015 10:45 PM PDT



Sembilan tahun berlalu, penganalisis politik Abdul Razak Baginda masih tidak tahu motif pembunuhan kekasihnya Altantuya Shaariibuu, tetapi sedia maklum ramai yang mati tanpa sebarang penjelasan kukuh semasa dalam tahanan polis.
Razak dibebaskan daripada bersubahat dengan pembunuhan itu pada tahun 2006 tetapi dua komando polis didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan selepas rayuan terakhir bulan ini.
"Hanya dua anggota polis itu sahaja yang tahu. Polis yang penyangak memang bunuh orang, seperti dalam kebanyakan kes reman," Razak memberitahu The Malaysian Insider ketika ditanya pendapatnya terhadap motif pembunuhan itu.
Namun, motif pembunuhan itu tidak dapat dipastikan. Mahkamah Persekutuan, bagaimanapun, memutuskan keterangan mengikut keadaan sudah cukup untuk menghukum kedua-duanya ke tali gantung.
Azilah sedang berhadapan hukuman mati manakala Sirul melarikan diri ke Australia. Pihak berkuasa Malaysia memohon agar dia diekstradisikan.
Bercakap kepada The Malaysian Insider baru-baru ini, Razak berkata spekulasi mengenai kes itu sudah sampai ke tahap tidak masuk akal.


  

"Keadaan ini sudah menjadi agak tidak masuk akal dari segi spekulasi. Spekulasinya lebih kurang sama seperti sebelum ini tetapi kini, lebih berbelit kerana kita sampai ke penghujung proses undang-undang yang panjang.
"Ia jadi berbelit-belit kerana Sirul melarikan diri dan pergi ke Australia," kata Razak, sambil menambah beliau bersedia untuk bercakap sekarang kerana dari sudut undang-undang, kes jenayah itu sudah berakhir.
Beliau juga menyentuh laporan mengenai luahan hati ibu Sirul Azhar, mengatakan anaknya diperangkap.

"Apa lagi yang kita nak jangkakan keluar dari mulut ibunya?" katanya.
Razak merujuk laporan anak Sirul Azhar tiba-tiba muncul menulis di laman Open Sans","Helvetica Neue",Helvetica,Arial,sans-serif;color:#1E6EC1;cursor:pointer;text-decoration:underline;color:#1E6EC1;" id="bdvrplc1" onMouseOver="return escape('Facebook');">Facebook, mengatakan dia berada di Australia bersama ayahnya.
Pengguna Open Sans","Helvetica Neue",Helvetica,Arial,sans-serif;color:#1E6EC1;cursor:pointer;text-decoration:underline;color:#1E6EC1;" id="bdvrplc2" onMouseOver="return escape('Facebook');">Facebook yang menggelar dirinya Shuk Sz itu mendakwa sebagai anak Sirul Azhar yang berusia 19 tahun.
Dalam postingnya, Shuk Sz berkata Sirul dipanggil memberi kenyataan tetapi tidak menyebut pihak berkuasa mana yang memanggilnya. Beliau berkata jika kenyataan itu boleh mencemar reputasi Malaysia.
"Kita malah tidak tahu kesahihan akaun Open Sans","Helvetica Neue",Helvetica,Arial,sans-serif;color:#1E6EC1;cursor:pointer;text-decoration:underline;color:#1E6EC1;" id="bdvrplc3" onMouseOver="return escape('Facebook');">Facebook itu, tetapi ia mendapat liputan. Tiada siapa yang terfikir untuk memeriksanya?
"Jika anda hanya menganggap ini sebagai pembunuhan dan tidak mempolitikkannya, maka ia hanya satu kes pembunuhan semata-mata," katanya.
Razak bertegas dua anggota polis itu bertindak menurut kemahuan mereka sendiri ketika melakukan pembunuhan itu, sambil menambah, "ini yang diputuskan mahkamah".
"Akhirnya, prosiding mahkamah begitu telus, beberapa peguam pembelaan terbaik turut terlibat, termasuk mendiang Karpal Singh. Hakim sangat liberal, memberi peluang kepada semua orang untuk bertanya soalan."
Beliau mempersoalkan dakwaan konspirasi dalam kes ini walaupun tiada bukti menyokongnya.
"Masih ada orang di luar sana yang yakin polis tidak boleh melakukan ini tanpa arahan.
"Berapa ramai orang yang mati dalam tahanan reman? Kiraan terakhir ialah 156 pada tahun 2008 dan angka itu semakin bertambah. Jadi, siapa yang mengarahkannya?"
Keterangan dalam mahkamah mendedahkan wanita Mongolia itu dibunuh sama ada dengan bahan letupan C4 atau dibunuh terlebih dahulu dan mayatnya dihapuskan pada 18 Oktober 2006, di pinggir bandar Shah Alam, berhampiran ibu kota Kuala Lumpur.
Semasa perbicaraan, Razak yang juga rapat dengan Datuk Seri Najib Razak, mendapatkan pertolongan Timbalan Superintenden Musa Safri kerana tidak tahan dengan gangguan daripada Altantuya.
Musa pada masa itu merupakan pembantu peribadi Najib, yang ketika itu timbalan perdana menteri.
Pada 9 April 2009, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman mati ke atas Azilah dan Sirul selepas perbicaraan berterusan selama 159 hari.
Pada 23 Ogos, 2013, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membebaskan dua anggota polis itu kerana kekurangan bukti.
Malah, Hakim Tengku Maimun Tengku Mat, yang membacakan keputusan berkata, mereka sepatutnya dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.
Hakim memutuskan kegagalan memanggil Musa adalah punca kekalahan kes pendakwaan itu.
Tengku Maimun mengingatkan episod buruk dan dahsyat itu bermula dengan permintaan Razak kepada Musa sebelum Azilah dan Sirul dilibatkan.
Pihak pendakwaan berkata tidak perlu memanggil Musa sebagai saksi kerana beliau hanya seorang sampingan dalam kes itu, dan afidavit Razak yang menyokong permohonan ikat jaminnya mendedahkan peranan pegawai kanan polis itu terhad kepada memperkenalkan beliau (Razak) kepada ketua polis Brickfields.
Malah Sirul, yang memberi kenyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh, berkata Musa tidak terlibat dan tidak memberi sebarang arahan.
Sirul juga merayu hakim agar tidak dikenakan hukuman mati itu.
"Saya kambing hitam yang harus dikorbankan untuk melindungi orang-orang yang tidak dinamakan," katanya.
Azilah memberi notis alibi kepada pihak pendakwa mengatakan beliau tidak berada di lokasi kejadian jenayah, dan mengemukakan salinan diari stesen menunjukkan beliau berada di Ibu Pejabat Polis Persekutuan di Bukit Aman pada masa kejadian.
Penghakiman menegaskan Azilah dan Sirul dikesan di hotel di mana Altantuya tinggal dan kedua-dua berada di luar rumah Razak pada malam dia hilang.
Mahkamah juga menerima keterangan maklumat yang membawa kepada penemuan apabila mereka secara sukarela membawa polis ke tempat kejadian yang terpencil itu.
Tambahan pula, Sirul tidak dapat memberi penjelasan berkenaan selipar berlumuran darah yang ditemui di dalam keretanya dan penemuan barang kemas di rumahnya.
Berikut sebahagian petikan wawancara Razak dengan TMI :
TMI: Kenapa anda bersuara sekarang?
Razak: Masalahnya ialah, keadaan sudah menjadi sangat tidak masuk akal. Ya Tuhan, orang pusing dan putar belit cerita. Sekarang tiba-tiba anaknya muncul (anak Sirul Azhar) dan terbaharu yang saya dengar, ibunya kata dia diperangkap. Apa lagi yang kita nak jangkakan keluar dari mulut ibunya? Lebih kurang spekulasi yang sama, tetapi sekarang lebih berbelit kerana kita sudah hampir sampai ke penghujung proses. Semua spekulasi yang dibuat sudah tentu membuatkan saya lebih marah. Dari sudut undang-undang, kes jenayah kini sudah berakhir dan itulah sebabnya saya bercakap sekarang.
Boleh anda kongsikan pengalaman anda di penjara?
Tiada siapa nak masuk penjara. Saya dengar orang cakap, "Saya tak peduli, saya nak masuk penjara". Jangan cakap macam tu sebab anda tak pernah cuba. Saya sangat kecewa, kerana saya tidak bersalah. Saya terus-terusan menyoal diri, apa saya buat di sini? Satu lagi kekecewaan ialah, kes mahkamah yang berlarutan. Saya benci cuti umum kerana cuti umum bermakna kes itu akan ditangguhkan lagi. Ia satu pengalaman yang dahsyat.
Semasa anda di sana, adakah Azilah dan Sirul dalam kompleks penjara yang sama? Anda nampak mereka?
Sudah tentu mereka (pihak berkuasa penjara) pisahkan kami. Saya tidak pernah melihat mereka. Hanya nampak mereka apabila kami berada di mahkamah. Sebenarnya, saya tidak pernah bertemu mereka sehingga tiga atau empat bulan selepas saya berada di penjara. Hanya bertemu mereka pada hari pertama perbicaraan.
Ini bukan kes pembunuhan biasa.
Ya, kerana ada banyak putar belit. Kalau anda hanya anggap ini sebagai satu pembunuhan dan tidak mempolitikkannya, ia hanya satu kes bunuh biasa. Akibat keakraban saya dengan Najib, orang-orang yang mahu membunuh Najib (dari segi politik) pada masa itu, melihatnya sebagai peluang keemasan menggunakan keadaan itu terhadapnya. Jika saya tiada sebarang kaitan dengan Najib, walaupun saya seorang penganalisis politik, perkara ini akan reda.
Ada "herd mentality" (sikap menurut) di kalangan rakyat Malaysia. Dari awal lagi, satu gambaran dicipta. Ini sudut pandang yang perlu diambil, dan semua orang turut serta mengambil pandangan yang sama. Saya cabar anda jadi lebih kreatif sedikit dan lihat gambaran yang lebih luas.
Jika anda bercakap mengenai konspirasi polis, tidak mustahil ada konspirasi lain juga berlaku. Kebenaran dalam kes ini ialah satu perkara yang terlalu amat membosankan. Ia hanya kes jenayah bunuh biasa, tetapi masih terdapat mereka yang yakin polis tidak boleh melakukan ini tanpa arahan. Berapa ramai orang yang mati dalam tahanan reman? Kiraan kali terakhir ialah 156 pada 2008, dan angka semakin bertambah. Jadi, siapa yang arahkan semua ini?
Maksud anda, kedua-dua mereka bertindak atas kemahuan mereka sendiri?
Ya, seperti yang diputuskan mahkamah. Kerana, akhirnya, prosiding mahkamah begitu telus, beberapa peguam pertahanan terbaik turut terlibat, termasuk Karpal Singh. Hakim sangat liberal, memberi peluang kepada semua orang untuk bertanya soalan. Anda boleh kata apa saja tentang sistem kita, tapi ia sangat telus.
Saya sangat kecewa kerana ada begitu banyak penangguhan ketika kes itu. Apa masalahnya jika mereka (Azilah dan Sirul) bertindak sendiri? Lihatlah kes MH370, ada konspirasi? Buktikan. Tiada siapa dapat berikan bukti. Perkara itu boleh terjadi. (Seperti) Segitiga Bermuda.
Ada sesetengah perkara yang tidak dapat dijelaskan. Kenapa tidak dengan kes ini? Mereka bertindak sendiri. Mengapa tak boleh? Mengapa? Kerana rakyat Malaysia disogokkan dengan idea sejak hari pertama yang inilah ceritanya. Inilah cerita yang diputarkan. Semua orang, tanpa berfikir, terus mengambil dan menerima pandangan yang sama dan terus-terusan begitu.
Ada sekali anda menimbulkan kekecohan apabila sesuatu diperkatakan dan isteri anda jua menjerit, "Lihat sini, dia tak mahu jadi PM." Apa cerita di sebalik kejadian itu?
Sangat kelakar. Betul. Kalau anda di penjara, dan anda kata, saya nak selesaikan kes ini, dan kemudian ada orang beritahu anda, kes ini ditangguhkan hingga dua minggu akan datang. Saya marah sangat kerana pada pandangan saya keseluruhan sistem ini sengaja dipanjangkan.
Perbicaraan ini merupakan yang paling disensasikan dalam sejarah Malaysia.  Botak Chin pun tak dapat liputan sebegini. Saya masih simpan semua keratan akhbar. Memang menakjubkan melihat liputan media yang saya terima.
Anda pun tahu... pengarang berita juga terlibat. Kalau saya punya surat khabar sendiri, saya hanya perlu kata, "jangan mainkan cerita ini". Tapi, ada orang cuba siram minyak kat api. Sudah tentu saya kecewa. Saya dalam penjara, fikirlah... Dan semua orang sibuk spekulasi itu dan ini.
Jadi, kekecohan itu hanya kerana perbicaraan kes ditangguhkan?
Ya, sebab, kalau anda tengok tarikhnya, ada dua minggu penangguhan. Anda pun tahu bagaimana keadaannya apabila kes ditangguhkan, anda balik ke penjara, anda tak boleh jumpa keluarga. Ayah saya bisik kepada saya yang kes itu akan ditangguhkan, saya marah sangat.
Ceritakan hubungan anda dengan Bala (penyiasat persendirian P Balasubramaniam).
Hubungan yang menarik. Dua kali saya berhubung dengannya. Pertama, ketika Altantuya datang ke Malaysia buat kali pertama, selepas peras ugut, dia nak jumpa saya. Saya sedar saya perlukan satu bentuk perlindungan. Saya bertanya sekeliling dan ada seseorang mencadangkan Bala.
Arahan dia senang saja - ikut saya, tunggu di bawah, kalau dia (Altantuya) datang, beritahu saya. Dan ketika itu saya hanya mahu mengelak dari berjumpa dengannya. Saya tak mahu berdepan dengannya. Saya tahu apa isunya, dia hendak duit dari saya.
Saya sebenarnya jumpa dia sekali, sebelum saya jumpa Bala.
Ceritanya begini, dia datang. Saya beritahu dia, "Buatlah apa awak nak." Harap anda tak akan kena peras ugut. Kalau anda tengok semua kes peras ugut, sekali anda menyerah diri bila diperas ugut, susahlah. Peras ugut tidak akan berakhir apabila anda kata, "Anda hendak peras ugut saya? Saya tak peduli." Kemudian, habislah.
Apa dia nak buat? Dalam kes saya, saya serah diri pada awalnya, tapi kemudian saya kata, tidak lagi. Masa itulah dia (Altantuya) mula datang. Saya kata saya tak mahu beri duit lagi. Dia jadi sangat marah.
Apa yang dia peras ugut anda?
Ia sesuatu yang peribadi, hubungan itu... Ia sesuatu yang sangat peribadi.
Bagaimana dengan tuduhan komisyen AS$500,000 (dari perjanjian kapal selam)?
Mana datangnya cerita itu? Inilah masalahnya. Orang sekarang ini semuanya malas, wartawan dan semua orang malas. Mereka tak periksa sumber. Tengok dari mana datangnya AS$500,000 itu.
Ia disebut dalam akuan bersumpah pertama Bala.
Ok, sesiapa pun boleh kata begitu. Dari mana datangnya perkara itu? Jujur cakap, AS$500,000 itu perkara baharu bagi saya. Saya tak tahu tentang itu. Dia (Altantuya) peras ugut saya minta AS$5,000, AS$8,000. Sebab itu saya ikutkan.
Tiada yuran untuk khidmatnya sebagai penterjemah?
Yuran penterjemahan apa? Cerita dia sebagai penterjemah itu hanya jenaka. Dia tak boleh pun bertutur bahasa Perancis. Kita semua mangsa satu percaturan politik. Dan kita semua pun peraya. Sejak awal, semuanya satu naratif – pembunuhan, Najib, Razak dan perjanjian kapal selam.
Naratif ini disogokkan kepada rakyat Malaysia sejak hari pertama dan semua orang seperti sekawan kerbau, ikut saja.
Cuba periksa, bolehkah dia bercakap dalam bahasa Perancis? Tiada seorang pun warga Perancis yang terlibat dalam urusan jual beli kapal selam jumpa dia atau kenal dia. Orang Perancis semuanya canggih. Mereka bertutur bahasa Inggeris dengan baik. Tiada siapa persoalkan. Kenapa perlu ada penterjemah bahasa Perancis yang berbangsa Mongolia?
Cuba fikir. Kalau saya hendak seorang penterjemah, sudah tentu saya ambil seorang berbangsa Perancis, atau warga Britain. Kenapa saya nak ambil seorang warga Mongolia?
Pernahkah dia pergi ke Perancis, tinggal di sana dan belajar bahasa itu? Dan semua orang percaya sahaja yang dia seorang penterjemah bahasa Perancis dan dia dibayar untuk itu. Tiada siapa yang persoalkan perkara itu.
Dalam akuan bersumpah pertama Bala, ada satu lagi tuduhan, iaitu Najib yang memperkenalkan Altantuya kepada anda.
Itu sebahagian dari naratif itu. Saya sudah katakan beratus kali, saya tak tahu nak cakap macam mana lagi. Najib tak pernah kenal perempuan itu. Najib tidak bersalah. Kalau anda semua rasa ada kaitan antara mereka, mana buktinya? Jangan lupa yang dalam keadaan macam ini, ramai orang ambil kesempatan. Kita dah selalu sangat tengok perkara ini.
Bagaimana anda mengenali Altantuya?
Kalau saya kenal Najib, tak bermakna dia tahu semua tentang saya. Tetapi, kesimpulan dibuat, dia (Najib) tahu semua yang saya buat. Itu satu kesimpulan yang salah.
Saya katakan dalam afidavit saya, dan itulah kebenarannya. Kebenaran itu menyakitkan keluarga saya, dan ada perdebatan di kalangan pasukan guaman saya sama ada saya patut masukkan perkara itu atau tidak. Saya sudah beritahu bagaimana saya jumpa dia. Semuanya ada di sana (dalam afidavit).
Jadi, anda mengatakan isi kandungan akuan bersumpah Bala yang pertama itu mengarut?
Semuanya mengarut. Termasuk juga tuduhan seks luar tabii. Semua mengarut. Semua orang anggap akuan bersumpah itu betul. Tambahan pula, dalam akuan bersumpah itu, Bala kata: "ada orang beritahu saya" atau "saya beritahu dia". Semua itu cakap-cakap orang sahaja.
Siapa di belakang semua ini?
Drakula, pontianak, serigala jadian, siapa saja lah. Watak kesukaan saya selalunya Drakula.
Tujuan utamanya ialah hendak mengenakan Najib?
Ya, sudah tentu.
Dan anda juga menjadi mangsa?
Tidak, saya tak boleh kata saya mangsa. Ada pembunuhan berlaku, dan disebabkan saya mempunyai kaitan dengan keseluruhan perkara itu, dan ceritanya sangat menarik untuk dilepaskan begitu saja.
Di luar sana ada ramai orang yang mengambil kesempatan. Dan jangan lupa. Najib ketika itu timbalan perdana menteri (TPM), dan di negara kita ini, TPM cuma selangkah sebelum menjadi PM. Semua orang tahu beliau berpotensi menjadi PM.
Adakah anda masih rapat dengan Najib sekarang?
Tidak. Tapi pentingkah perkara itu? Keadaan sudah menjadi sangat tidak masuk akal, kalau saya minum teh dengan Najib, semua orang akan kata "Ya Tuhan..." Jadi, kita kena mara ke hadapan teruskan kehidupan.
Adakah anda rasa rakyat Malaysia akan mara ke hadapan? Hantu Altantuya akan berakhir di sini?
Tidak. Kerana ada ramai pihak berkepentingan di luar sana. Kerana, ini satu percaturan politik. Kita semua mangsa permainan politik ini. Anda tahu ada berapa ramai hantu di luar sana? Orang tidak peduli sebab semua mereka tidak memihak kepada mana-mana parti politik. Tetapi yang ini, orang peduli, kerana ia bermotifkan politik. Itu saja.
Anda dibebaskan pada 31 Oktober, 2008. Sejak itu, isu Altantuya ini digunakan untuk menentang Najib. Kenapa anda tidak bersuara lebih awal, katakan contohnya, okay, cukup-cukuplah?
Yang menjadi kebimbangan peguam saya, sangat jelas. Selagi saya terlibat dalam perbicaraan, dan kes ini belum selesai, anda tidak akan mahu berkata apa-apa sehingga keseluruhan proses selesai.
Tetapi Najib tidak dibicarakan. Dan anda dibebaskan. Jadi, apa masalahnya?
Saya adakan sidang media (selepas dibebaskan). Kenyataan dikeluarkan. Yang mengecewakan, pihak akhbar tidak bertanya semua soalan itu. Mereka hanya tanya tentang naratif itu. Mereka tak tanya soalan penting yang lain.
Anda tidak rasa selepas itu anda perlu lakukan sesuatu yang wajar dan katakan, cukup semua ini?
Terdapat perdebatan hangat selepas saya dibebaskan, dan keputusannya ialah, biar saya keluarkan satu kenyataan. Dan bukan hanya kenyataan, diikuti sesi soal jawab.
Tetapi, enam tujuh tahun kemudian, perkara yang sama ditimbulkan. Setiap kali saya bercakap dengan peguam saya, mereka kata elok saya tidak kata apa-apa. "Anda sudah cakap apa yang anda hendak cakap… tiada apa lagi yang baru. Tunggu dulu… hingga keseluruhan proses selesai."
Dan itu sebabnya kenapa saya rasa saya perlu bercakap sekarang, memandangkan kes ini akhirnya sudah selesai.
Tetapi saya masih lihat banyak benda yang mengarut. Jadi, saya kata kepada diri sendiri, biar saya cuba (terangkan) sekali lagi.
Mereka kata Najib tidak pernah menafikan (mengenali Altantuya). Tak betul. Beliau banyak kali menafikan. Orang macam Najib pun, sampai satu masa dia akan kata, "apa saya nak buat lagi."
Najib sekarang diserang. Dan anda tampil mengatakan Najib tidak bersalah. Beliau tidak terlibat sejak dari mula. Kenapa sekarang?
Saya harap fokusnya ialah ke atas saya, bukan Najib. Ini kisah saya. Kasihan dia (Najib). Jujur saya katakan, saya tidak dapat luahkan dengan kata-kata perasaan saya tentang bagaimana beliau yang jadi mangsa.
Tetapi anda tidak jelaskan bagaimana anda menjadi mangsa?
Terus terang, saya seorang yang "private" (mempunyai kehidupan peribadi sendiri). Saya tiada cita-cita politik. Saya tak peduli semua itu sebenarnya.
Tetapi anda terpaksa meringkuk di dalam penjara selama 22 bulan.
Ya, tetapi begitulah sistemnya. Apa boleh saya buat. Kami cuba apa saja yang boleh untuk mendapatkan ikat jamin tetapi tidak berjaya.
Kalau dikenang semula apa yang terjadi, apa yang berbeza yang mungkin anda lakukan?
Jujur saya katakan kepada anda, saya sepatutnya dapatkan pasukan guaman yang terbaik dan saman semua orang yang sesuka hati bercakap sesuatu yang mereka tiada bukti. Itu yang saya sepatutnya lakukan, itu yang saya kesalkan.

Mahfuz Bimbang Kelantan Akan Hilang Pada PRU14

Posted: 01 Jul 2015 10:00 PM PDT



Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar bimbang kerajaan PAS Kelantan tumbang jika kepimpinan parti gagal meraih semula sokongan rakyat selepas berlangsungnya muktamar bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata PAS perlu mengambil tindakan drastik untuk memperbaiki "kerosakan dan imej PAS yang tercalar" dengan melihat secara menyeluruh kesan pemilihan parti - yang menyaksikan tersingkirnya pemimpin progresif - kepada masyarakat dan anak muda.

Pada masa yang sama, beliau turut menggesa kepimpinan PAS tidak beretorik dengan "kata-kata manis" dengan menyembunyikan masalah termasuk ketidakpuasan hati rakyat dan penyokong seperti tiada apa-apa yang berlaku dalam PAS, sedangkan pada hakikatnya rakyat menuntut tindakan PAS mengenainya.

"Ya, kalau gagal (atasi masalah pasca muktamar) sokongan akan merosot. Apatah lagi dengan sokongan kewujudan parti baru, sudah pasti, ia akan memberikan implikasi yang buruk. Yang sangat menjadi kebimbangan saya ialah kehilangan Kelantan.

"Kita boleh kata tak (ada) apa. (Tapi) jangan sampai orang kita menyembunyikan sesuatu, yang tidak sepatutnya kita sembunyikan (seperti) menyembunyikan ketidakpuasan hati rakyat, penyokong dan sebagainya," katanya.

Dengan mengandaikan pilihan raya umum boleh diadakan lebih awal sama dengan Sarawak atau pada 2017, Mahfuz berkata kepimpinan PAS perlu segera dan drastik mencari jalan penyelesaian dan menunjukkan rasa jiwa besar serta merendahkan ego masing-masing demi kebaikan parti.

Beliau menjawab soalan berhubung harapan beliau kepada kepimpinan baru PAS dan implikasi jika gagal menyelesaikan masalah dalaman parti menjelang pilihan raya umum akan datang.

Ketika diwawancara denganMalaysiakini, Mahfuz berkata faktor kewujudan parti baru juga perlu ditangani kerana menurutnya boleh memberi "implikasi yang sangat tidak sihat" dan PAS perlu memperlihatkan sikap lemah lembut dan kasih sayang sewaktu mengadakan rundingan dengan mereka.

"Keutamaan kita ialah PAS meletakkan matlamat Islam. Jadi bagaimana nak menyelamatkan imej Islam? Imej Islam mesti diselamatkan supaya oran lihat Islam agama yang baik dan lemah lembut, kasih, sayang, bukan dilihat," katanya.

Sokongan 'tak menggembirakan'

Mahfuz bagaimanapun enggan mengulas kepimpinan PAS yang dikuasai kumpulan pro-ulama malah menasihatkan mereka agar meneliti maklum balas dan komen rakyat terhadap PAS selepas muktamar, yang disuarakan dalam media online yang mesra parti itu.

Beliau berkata berdasarkan rumusan seorang ahli akademik yang juga sahabatnya kepadanya, menunjukkan maklum balas yang diberikan kepada PAS selepas muktamar "tidak menggembirakan" beliau.

"Kalau sebelum (pilihan raya umum) 2008, Datuk Rohani Ahmad membuat andaian rambang berasaskan komen dalam media online, dia buat satu rumusan bawa BN akan kalah.

"Tapi bila kawan saya dari universiti buat rumusan dengan mengambil (maklum balas) media online macam Harakahdaily, Tranungkite, dan satu dua tiga lagi, yang memperlihat peratusan (sokongan) yang tidak menggembirakan kepada PAS.

"Saya tidak lihat sangat keputusan muktamar, tapi orang yang komen hasil daripada, bagaimana perjalanan kempen (dalam pemilihan), yang dilihat tidak sihat," katanya.




 

Azwan akur kehendak Rani Kulup FMT Reporters

Posted: 01 Jul 2015 09:15 PM PDT

 
Rani Kulup

Azwan menyalahkan orang lain dan mendakwa orang Melayu sebagai batu api yang mencetuskan kontroversi.

PETALING JAYA: Azwan Ali secara terbuka memohon maaf dan menzahirkan rasa hormatnya terhadap Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah.

Ia dibuat dalam status Instagramnya yang dimuat naik pada malam Rabu, beberapa jam kata dua diberikan.

Sebelum ini, Abdul Rani memberi tempoh seminggu kepada bekas pengacara Muzik-Muzik itu untuk memohon maaf atas kenyataannya yang dikatakan menghina orang Melayu.

"Ada masalah & harap pihak bersifat terbuka & menghentikan isu yg telah diperbesar pihak ke3 yang yang tidak bertanggungjawab! Bak kata Ayah " ini bulan puasa ! hari baik bulan baik," tulisnya di laman Insatgram.

Namun, dalam status yang sama, adik kepada Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali ini turut menyalahkan orang lain kerana didakwa menjadi batu api.

"Kepada semua Melayu khasnya si batu api tolong # muhasabah!," tulisnya.

Kontroversi bermula selepas Azwan yang menggelar dirinya Diva AA meminta cadangan lokasi restoran yang kurang dikunjungi ramai Melayu untuk menikmati hidangan steak menerusi akaun Twitternya.

Tweetnya itu turut mendapat respons dari seorang pengikutnya, @NurAziraWA yang secara ringkas menjawab 'menate'.

Ia kemudian mengundang kontroversi selepas dia menggeluarkan kata-kata kesat terhadap wanita berkenaan.

Pelaksanaan catuan air bergilir tertangguh FMT Reporters

Posted: 01 Jul 2015 08:30 PM PDT

 
ismail_kasim_span_600
Ia tidak dapat dijalankan kerana masih menunggu kelulusan kerajaan negeri Selangor untuk memberi kelulusan

PETALING JAYA: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengesahkan gangguan bekalan air yang berlaku di Hulu Langat dan Kuala Lumpur disebabkan simpanan rizab air terawat yang sangat rendah di kawasan berkenaan.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, ia memaklumkan Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih dan LRA Langat yang membekalkan air ke kawasan-kawasan khususnya Semenyih, Beranang, Kajang, Langat dan Balakong kini sedang beroperasi melebihi beban (overloading) dengan pengeluaran melebihi 20 peratus daripada kapasiti reka bentuk.

"Keadaan ini dimudaratkan lagi dengan kerosakan satu pam yang berlaku di LRA Langat pada hari Sabtu 27 Jun yang lalu dan menyebabkan loji terpaksa mengurangkan pengeluaran sebanyak 6 peratus daripada purata pengeluaran harian atau 30 Juta Liter Sehari (JLH).

"Kerosakan tersebut adalah sesuatu yang bukan di luar jangkaan memandangkan semua pam sedang beroperasi tanpa henti dan dalam masa yang sama, permintaan air meningkat disebabkan oleh cuaca panas yang melanda negara pada ketika ini," demikian kata Pengerusi SPAN, Datuk Ismail Kasim dalam kenyataan itu.

SPAN juga mencadangkan supaya catuan air dilaksana bagi memastikan pengguna di kawasan teruk terjejas.

Melalui kaedah itu, air dibekalkan secara bergilir.

Bagaimanapun ia tidak dapat dijalankan kerana masih menunggu kelulusan untuk berbuat demikian.

Berikutan masalah yang berulang SPAN juga menggesa kerajaan negeri supaya menyegerakan pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) dan Sistem Agihan Langat Dua.

Jelasnya, projek mitigasi yang sedang dilaksanakan sebelum ini hanya bersifat sementara.

"Ia (projek mitigasi) dijangka siap pada bulan Oktober 2015 yang akan meningkatkan pengagihan semula air dan seterusnya menambah bekalan air ke kawasan gangguan, tetapi ia hanya bersifat sementara," kata kenyataan itu.

LRA dan Sistem Agihan LRA Langat 2 perlu disiapkan segera untuk memastikan bekalan air yang berterusan bagi jangka masa panjang di negeri Selangor serta Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Walaupun pembinaan loji sedang berjalan, namun sehingga kini Sistem Agihan Langat 2 masih belum bermula.

"SPAN telah menulis surat kepada tiga pihak berkuasa tempatan yang masih belum memberikan kelulusan," katanya.

Nak kata lucu ker bangang? Tiada kerajaan lain bantu rakyat seperti BN, kata timbalan menteri OLEH KC NAZARI

Posted: 01 Jul 2015 08:00 PM PDT


Zack Ahmad's photo.
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (bersongkok) berkata tidak ada kerajaan yang membantu rakyat dengan pelbagai program seperti kerajaan Malaysia.
Ketika nilai matawang ringgit terus menjunam dan harga petrol naik sehingga 20 sen seliter bermula semalam, seorang timbalan menteri hari ini mengingatkan orang ramai akan kemurahan hati kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memberikan pelbagai bantuan kepada rakyat. 

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, kerajaan BN memberi pelbagai bentuk bantuan kepada orang ramai bagi membangunkan industri pertanian dan perikanan. 

"Tiada kerajaan lain seperti BN yang memberikan bermacam-macam sokongan. "Apa sahaja lagi yang kita tidak buat? Inkubator? 

Pusat latihan?" katanya sewaktu berucap di Dewan Negara, menjawab soalan Senator Datuk Adam Abdul Hamid. 

Adam dalam soalannya bertanya rancangan kementerian itu bagi membangunkan industri hiliran perikanan di Malaysia. 

Menyamakan penerima bantuan dengan ahli politik yang bertekak di Parlimen, Tajuddin berkata, kesungguhan mereka yang menerima bantuan itu pudar dengan cepat. 

"Selepas keluar dari inkubator, seperti ahli politik, di Dewan kita bergaduh, tetapi lepas mesyuarat agung, semuanya pudar. "Inilah masalahnya, budaya dan sikap yang perlu diubah," katanya. 

Beliau kemudian menyeru agar peluang yang disediakan kerajaan dalam industri perikanan disambut orang ramai seperti nelayan. – 2 Julai, 2015. 


Posted by mountdweller

AL FATIHAH : Penyanyi Shamsudin Lamin meninggal dunia

Posted: 01 Jul 2015 07:30 PM PDT

Samsudin Lamin

Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu 20, Kuang, Rawang, selepas solat Zohor pada Rabu

KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu-lagu Melayu Asli, Samsudin Lamin, 76, meninggal dunia di kediamannya di Kuang, Rawang, akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Allahyarham meninggalkan isteri Yunetta Yusof, 57, dan empat orang anak.

Ketika dihubungi Bernama berkata dia berada di pangkuan suaminya semasa Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.44 pagi.

"Allahyarham telah lama mempunyai komplikasi tersebut malah sebelum bulan puasa, dia pernah koma dan dirawat di Hospital Sungai Buloh selepas terjatuh di bilik air," katanya.

Allahyarham akan disembahyangkan di Surau Kampung Setia, Kuang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 20, Kuang selepas solat Zohor.

Karier seni Samsudin bermula apabila beliau menyanyi untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1951 bersama Orkes Rangkaian Tunas Baru.

Allahyarham juga pernah menyertai pertandingan Bintang Asli pada tahun 1961 dan 1971.

Antara lagu yang pernah didendangkan Allahyarham ialah 'Titisan Embun Pagi', 'Pantun Seloka' dan 'Dondang Sayang Hari Raya' secara berduet bersama Jamilah Abu Bakar.




- BERNAMA

RM jatuh punca harga minyak naik - Adam Abu Bakar

Posted: 01 Jul 2015 07:00 PM PDT

 
rafizi.now_

Matawang yang rendah akan menyebabkan harga barang import akan meningkat terutamanya makanan mentah kerana negara masih banyak bergantung dengan negara luar.

PETALING JAYA: PKR mendakwa kejatuhan kadar matawang negara telah menyebabkan rakyat tidak dapat menikmati kadar harga bahan api yang rendah sehingga membebankan mereka.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangani masalah yang berlaku dengan segera dan berkesan.

Katanya, matawang yang rendah akan menyebabkan harga barang import akan meningkat terutamanya makanan mentah kerana negara masih banyak bergantung dengan negara luar.

"Rakyat tidak akan dapat menikmati harga minyak yang murah hasil dari paras harga minyak mentah yang rendah di pasaran dunia kerana nilai matawang ringgit yang rendah.

"Walaupun bukan faktor yang paling dominan, kejatuhan nilai matawang ringgit menyebabkan rakyat Malaysia menjadi mangsa menanggung harga petrol dan diesel pada harga yang lebih tinggi," katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan bertekad memfailkan Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) untuk mewujudkan Tabung Penstabilan Harga Minyak di Parlimen dalam sesi akan datang.

Jelasnya, RUU itu penting ekoran keengganan Najib untuk mengekalkan subsidi minyak petrol.
"Sebagai Menteri Kewangan, Najib telah membuat beberapa keputusan percukaian yang menambah beban kepada rakyat.

"Kenaikan harga minyak ini berlaku pada kala rakyat sudah pun terbeban dengan kenaikan harga barang terutamanya akibat Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)," katanya.

Ketua Wanita PKR persoal kenyataan ADUN Kinrara - Faiz Zainudin

Posted: 01 Jul 2015 06:30 PM PDT

 
jahara-kinrara

Sze Han dikatakan cuba membawa idea liberal ke negara ini dengan memperlekeh kod etika berpakaian

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han dikatakan tidak menghormati Rukun Negara dan gagal memahami budaya masyarakat negara ini.

Kenyataan itu dibuat susulan status yang dimuat naik wakil rakyat daripada DAP itu, mengenai kebebasan berpakaian ketika berurusan di pejabatnya.

ADUN Telok Ayer Tawar yang juga Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid menyifatkan status yang dimuat naik Sze Han di laman Facebooknya, sebagai percubaan membawa idea liberal ke negara ini.

"Kalau dia (Sze Han) cuba nak bawa pengaruh liberal ini bukan tempat dia, kalau hendak duduk Malaysia dia kena akur dengan budi bahasa kita," ujarnya ketika di hubungi FMT.

Sementara itu, Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin turut mempersoal kenyataan Sze Ha.

Jelas Ahli Parlimen Ampang itu, perkara berkenaan tidak perlu ditimbulkan kerana masyarakat sendiri sudah sedar tentang cara berpakaian yang sopan ketika hendak melakukan urusan rasmi.

"Apabila ada isu (tatacara berpakaian oleh kakitangan kerajaan), mereka (ADUN Kinrara) seolah-olah ingin menunjukkan protes dengan melakukan tindakan tersebut.

"Perkara itu tidak perlu dijadikan isu sebenarnya, malah tindakan tersebut tak perlu di uar-uarkan kepada orang ramai sebab orang yang nak datang ke sana mereka sudah faham apa yang mereka patut pakai," katanya.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, ADUN DAP itu tidak sepatutnya memanaskan kembali isu berhubung tatacara berpakaian kerana itu telah reda dan pihak bertanggungjawab sudahpun memberi penjelasan.

"Tindakan itu tidak wajar sebab isu itu sudah reda, malah selama ini rakyat negara kita hidup dengan cara sopan,' katanya.

Mengulas isu yang sama, Presiden Ikatan Muslim Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, dia tidak pelik dengan kenyataan itu.

Katanya, apa yang dibuat Sze Han itu munasabah dan bersesuaian dengan matlamat perjuangan parti itu yang gemar budaya kotor.

"Kita tahu DAP ini perjuangan mereka bukan sahaja politik tetapi budaya yang tidak senonoh turut diperjuangkannya. Imej parti itu memang macam itu," sindirnya.

Khalid Ibrahim, usah bermimpi!

Posted: 01 Jul 2015 06:00 PM PDT


ABDUL Khalid Ibrahim perlu berhenti memalukan dirinya dengan menawarkan untuk memegang jawatan Menteri Besar.

Bagaimana beliau boleh mempersolakan tentang Cekap, Amanah, dan Telus apabila beliau sendiri gagal dalam pentadbirannya yang lalu seperti perjanjian air Selangor?

Rakyat Selangor masih ingat isu KIDEX dan kes penyelesaian di luar mahkamah dengan Bank Islam.

Selain dipecat dari PKR, bagaimana seorang Adun Bebas dan ahli Parlimen boleh berharap untuk kembali menjawat jawatan Menteri Besar yang bebas dari mana-mana parti politik?

Adakah Abdul Khalid cuba untuk menjua dirinya kepada pembida yang paling tinggi? Mungkin Umno?

Adalah lebih baik jika Abdul Khalid belajar untuk berkhidmat di dalam kawasan beliau dahulu. 

Tugasnya adalah untuk rakyat, maka jagalah Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak dengan baik dan berhenti bermimpi tentang menjadi Menteri Besar Selangor.

Sejak Azmin Ali mengambil alih sebagai Menteri Besar, Selangor telah berkembang dan makmur dengan ketara berbanding sebelum ini.

Walaupun masih ada ketegangan kaum dan agama, namun telah ditangani dengan baik dan cara yang memuaskan.

Tidak ada ruang bahawa Abdul Khalid mempunyai peluang dalam mengambil alih Selangor semula.
Begitulah kisah sedih Abdul Khalid Ibrahim!



ZURAIDA KAMARUDDIN
Ahli Parlimen Ampang
Ketua Wanita PKR

Kerajaan JANJI DI TEPATI ?

Posted: 01 Jul 2015 05:15 PM PDT

 
 
Esok lusa nak balik kampung beraya. Memang bagi sesetengah orang naik sepuluh sen tu tak ada lah effect mana pun, tapi kita tak boleh live in denial.

Rakyat dh bosan mendengar rasionalisasi subsidi minyak, subsidi lebih tersasar n etc.

Persoalan skrg adalah macam mana nak increase kuasa ekonomi rakyat, the buying power of rakyat atau sekurang skrg dlm moving into recession macam mana hendak minimise the damage atau tempias yg akan dihadapi dalam recession ini.

We cant live in denial syndrome. We can give 1001 reasons to explain to rakyat kenapa kenaikkan berlaku, but we also must give 10001 solutions to rakyat utk minimise their cost of living from the rise of petrol prices.

Nanti nak balik kampung, mak ayah kita tanya, kenapa kerajaan buat macam ni. Padahal kita lah juga yang pujuk mak kita ayah kita untuk undi BN PRU yang lepas.

Kenapa lah benda simple pun tak boleh fikir?

SETUJU ATAU TIDAK...????? - Dtk Noora Abdullah

Posted: 01 Jul 2015 05:00 PM PDT

KPN Ulangi Tiada Unsur Pecah Amanah Oleh MARA ??

Posted: 01 Jul 2015 04:30 PM PDT

Mafiaboss Melayu's photo.Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan pihaknya tidak melihat apa-apa elemen pecah amanah (CBT) dalam pembelian sebuah apartmen oleh anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Australia.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan terus menunggu siasatan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"SPRM telah mulakan siasatan terhadap MARA sejak bulan Mac. Saya pasti, jika ada unsur CBT, pihak SPRM akan terus memaklumkan kepada kita," ujarnya.

Khalid menafikan laporan yang menyatakan pihak polis langsung tidak melakukan siasatan terhadap kes pembelian sebuah apartmen oleh MARA di Australia.

"Siapa cakap tidak ada siasatan, saya tidak cakap. Saya cuma beritahu, buat masa ini kita tidak nampak unsur CBT," ujarnya.

Semalam, Khalid menyatakan keseluruhan siasatan akan dijalankan oleh SPRM.

Laporan akhbar Australia, The Age, mendakwa anak syarikat MARA iaitu MARA Inc terlebih bayar RM13.7 juta untuk pembelian sebuah kompleks apartmen di Melbourne, dan mendakwa wang perbezaan itu dijadikan rasuah untuk orang tertentu di negara ini.

Bekas Timbalan Pendaftar KIAS dapat RM200,000

Posted: 01 Jul 2015 01:13 PM PDT

Pecat Semberono - Kerajaan Kelantan Kena Bayar Saman RM200 Ribu Gara-Gara Dendam Politik







Mahkamah Perusahaan mengarahkan bekas Timbalan Pendaftar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dibayar RM200,000 sebagai penyelesaian kes pemecatannya oleh kerajaan Kelantan, hari ini.

Che Ibrahim Mohamed dimaklumkan mengenai pemecatan itu pada 1 Februari 2014 melalui surat ditandatangani Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Bagaimanapun, menurut Che Ibrahim yang telah berkhidmat di KIAS selama 14 tahun, beliau tidak dimaklumkan sebab pemecatannya itu.

Selepas menerima surat berkenaan, Che Ibrahim menceritakan beliau kemudian menghantar surat kepada Mohd Amar (gambar) untuk meminta penjelasan tetapi ia dibalas tanpa memberi sebarang sebab.

"Mohd Amar menyebut: Tuan sedia maklum dengan pemecatan tuan. Cuma itu," katanya kepada Malaysiakini


Che Ibrahim pernah berkhidmat sebagai exco Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Kata Che Ibrahim, di Mahkamah Perusahaan dia meminta untuk diambil bekerja semula di KIAS kerana menganggap pemecatan berkenaan tidak sah.

"Selepas berunding dan sebagai penyelesaian, KIAS perlu membayar RM200,000," katanya.

Nak larang tak boleh

Walaupun begitu, Che Ibrahim yang juga Ketua PAS Cawangan Kepala Jambatan, Pasir Pekan, Tumpat beliau akan memfailkan saman sivil terhadap KIAS kerana pemecatan berkenaan menyebabkan wujudnya pandangan negatif masyarakat terhadap dirinya.

Selepas diberhentikan, kata Che Ibrahim, dia tidak bekerja selama lebih setahun dan terpaksa melakukan pelbagai kerja lain, termasuk menoreh getah, untuk menyara 10 orang anaknya.

"Saya merasakan pemecatan ini menjejaskan nama baik saya dan telah menyusahkan saya. Maka saya akan berbincang dengan peguam saya untuk memfailkan satu saman sivil di Mahkamah Tinggi Kota Bharu dalam masa terdekat," katanya lagi.

Ketika ditanya adakah beliau mengetahui jika wujud punca lain mengapa dipecat, Che Ibrahim berkata ia, mungkin disebabkan oleh "pertukaran" kepimpinan exco kerajaan negeri apabila Datuk Husam Musa digugurkan.

"Masa itu isu pertembungan kumpulan Husam dan (Mohd) Amar. Husam digugurkan dari exco, jadi kemungkinan ada kaitan, saya tidak tahu.

"Saya juga pernah bincang secara tak rasmi dengan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob tetapi Menteri Besar kata dia  tak bersedia bincang isu ini sebab ia keputusan parti di peringkat negeri," katanya lagi.

Sementara itu, Mohd Amar ketika dihubungi Malaysiakini enggan menjawab berhubung kes pemecatan Che Ibrahim.

Naib Presiden PAS itu hanya berkata: "Nak buat apa komen lagi, kes dah selesai. Kalau dia nak saman itu hak dia, kami nak larang tak boleh," katanya ringkas.



Di sebalik syahdu Ramadan, politik PAS, Umno semakin rancak OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA

Posted: 01 Jul 2015 12:45 AM PDT

 
Bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu, turut giat dalam program tazkirah Ramadan sambil mengkritik kepimpinan puak pro-Hadi yang memenangi pemilihan parti bulan lepas. –

Bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu, turut giat dalam program tazkirah Ramadan sambil mengkritik kepimpinan puak pro-Hadi yang memenangi pemilihan parti bulan lepas. 

Majlis berbuka, tazkirah Ramadan, moreh dan bersahur yang sepatutnya merupakan program ibadat, bertukar menjadi aktiviti mendapat sokongan dan menyerang lawan masing-masing dalam kedua-dua parti itu.

Ramai menyangka perang dalam PAS akan selesai apabila kumpulan konservatif berjaya menguasai parti itu dan kumpulan progresif tewas, namun ia tidak begitu, malah semakin panas.

 
"Tidak, ia tidak reda bahkan semakin rancak, dalam PAS dan juga dalam Umno. Kebanyakan aktiviti tertumpu di waktu malam selepas mereka berpuasa pada waktu siang," kata pengkaji politik dari Ilham Center, Mohamad Hisomuddin Bakar (gambar) kepada The Malaysian Insider.

Beliau yang kini berada di Kelantan berkata, aktiviti "makan colek" selepas solat Terawih menjadi pusat aktiviti politik di negeri itu sekarang, apabila mereka berkumpul ramai-ramai sambil makan di surau dan masjid.

Walaupun Kelantan merupakan kubu kuat PAS sejak bertahun lama, spekulasi timbul mengatakan parti baharu yang bakal mencabar parti Islam itu akan lahir di negeri itu.

"Persiapan ke arah itu sedangkan dilakukan," kata seorang pemimpin veteran PAS Kelantan yang tidak senang dengan apa yang berlaku dalam PAS baru-baru ini.

Datuk Seri Najib Razak yang menghadapi kritikan pemimpin parti menangguhkan pemilihan parti, langkah yang dikatakan memberi tekanan kepada timbalannya. 

Datuk Seri Najib Razak yang menghadapi kritikan pemimpin parti menangguhkan pemilihan parti, langkah yang dikatakan memberi tekanan kepada timbalannya.



The Malaysian Insider, 1 Julai, 2015.

PM: Jangan jadi gay, jangan jadi pengganas

Posted: 01 Jul 2015 12:00 AM PDT

 
 

Perdana menteri mengingatkan umat Islam bahawa konsep wasatiah menggariskan jalan kesederhanaan yang tidak terlalu ekstrim dan tidak terlalu longgar.

"Tidak perlu ada perbarisan gay umpamanya.

"Itu terlalu longgar," kata Najib Datuk Seri Najib Razak.

Najib berkata demikian dalam ucapan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) sebelum berbuka puasa dengan anggota keselamatan itu dan kakitangan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Isu lesbian, gay, dwiseksual dan transgender (LGBT) mencetuskan semula perbincangan hangat selepas mahkamah tertinggi di Amerika Syarikat memutuskan bahawa perkahwinan sejenis sah di segi undang-undang.

Ramai pejuang hak-hak golongan menyambut keputusan itu dengan menghias profil Facebook masing-masing dengan warna pelangi yang menjadi lambang gerakan LGBT.

Sementara itu, beliau juga menyeru umat Islam menolak sepenuhnya ideologi ala kumpulan bersenjata Negara Islam di Timur Tengah.

"Apa alasan bunuh orang yang tak bersalah?" soalnya.