Ahad, 28 Jun 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Hadi panggil penentang hudud ‘anjing’

Posted: 28 Jun 2015 01:10 PM PDT

Oh Rupanya Dia Yang Sebenarnya "Menyalak"....



Tindak tanduk pemimpin PAS malukan Islam'

Kepimpinan PAS sekarang tidak mewakili sebuah parti politik Islam yang sebenar, dan juga kadang kala memalukan agama itu, dakwa bekas seorang pemimpin parti itu

Bercakap kepada Malaysiakini, anggota parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli berkata perkara tersebut disebabkan oleh tindak tanduk pemimpin-pemimpin parti.

"Secara keseluruhannya, kami percaya bahawa PAS, atau lebih tepat pemimpin, telah sampai ke titik di mana kedudukan dan tingkah tanduk yang tidak mewakili parti politik Islam yang sebenar.

"Kadang kala ia memalukan Islam di mata orang ramai, orang Islam atau bukan Islam,"
katanya.

Dr Hatta berkata, perkara tersebut telah dibincangkan dalam parti, tetapi beliau tidak melihat sebarang usaha serius untuk membetulkan keadaan.

"Sebaliknya, membantah dan pertentangan idea ditafsirkan sebagai menentang ulama," kata bekas pengarah pilihan raya PAS pusat.

Sementara itu, diminta mengulas bagaimana PAS dikatakan memalukan Islam, MP Shah Alam Khalid Samad memberi contoh antara lain keputusan PAS bertanding di Kota Damasara yang menjadi kerusi PKR sejak pilihan raya umum 2008.

Pengerusi PSM Nasir Hashim sepatutnya mempertahankan kerusi DUN bagi penggal kedua atas tiket PKR, namun PAS meletakkan calon menjadikan pertandingan enam penjuru dan akhirnya dimenangi BN.

"Nasir adalah ADUN dan tidak ada rungutan terhadap beliau sejak lima tahun kemudian tiba-tiba pada 2013, PAS letak calonnya sendiri dan tidak memberi penjelasan sebabnya, di samping mengkritik sosialisme, dan begitu dan begini," katanya kepada Malaysiakini.

Langkah itu telah dilabel sebagai pengkhianatan PAS, dan menyebabkan parti itu dikritik hebat.


Hadi panggil penentang hudud 'anjing'

KEPALA BATAS: Pas akan meneruskan agenda untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan. Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan walaupun terdapat sesetengah pihak yang menolak pelaksanaan undang-undang hudud,parti itu tidak akan berganjak.

Malah mengorak langkah dengan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) bagi membolehkan sebahagian undang-undang hudud dapat dilaksanakan di negeri berkenaan.

"Dalam hal ini, Pas mengambil sikap untuk mengajak manusia secara damai. Pas tak mahu berkelahi.

Malangnya ada orang yang nak ajak berkelahi, nak ajak berlawan. Biarlah…biar dia sahaja yang bersuara kita bawa agenda kita. Biar anjing menyalak, serigala menyalak…qabilah berjalan terus sampai ke destinasi,matlamat yang dituju.

"Ini slogan yang kita bawa, salaklah dia nak salak pun. Saya terpaksa sebut perkataan salak ini sebab dia melawan hukum Tuhan. Kita akan terus bawa agenda ini, kita tidak akan berganjak," katanya pada Ceramah Perdana Kepimpinan Pas Pusat di Markas Tarbiyah PAS negeri, Pongsu Seribu.

Turut hadir Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden Pas Idris Ahmad, Ketua Penerangan Pas Pusat Nasrudin Hassan Tantawi dan barisan kepimpinan Pas negeri Pulau Pinang.

Abdul Hadi sekali lagi mengulangi bahawa undang-undang hudud bukan untuk menyeksa penjenayah sebaliknya ia bertujuan mendidik penjenayah selain membela mangsa yang dizalimi.

"Sebagai contoh hukuman sebat. Kita tak boleh samakan hukuman sebat yang ada dalam penjara hari ini dengan hukuman sebat dalam Islam di mana sekali sebat bukan kulit sahaja yang pecah isi juga yang pecah.

"Hukuman sebat dalam Islam ini pukul tak boleh sampai memecahkan kulit, tak boleh menyeksa tetapi mendidik penjenayah dan menakutkan bakal penjenayah.

Bunyinya seratus sebatan, tapi sebatannya tidak memecahkan kulit," katanya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim mengingatkan anggota-anggota Pas untuk menjaga setiap tutur kata agar tidak merosakkan nama baik parti yang mempunyai adab,akhlak dan peraturan yang perlu dijaga setiap anggota parti.

"Kita kena ingat bahawa selagi kita ikat diri kita di jalan Islam menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga nama baik Islam, nama baik jemaah dan perjuangan yang kita bawa.

"Jangan kita tiba-tiba duduk dalam jemaah dan kita mengkritik jemaah yang kita duduk itu. Ia tidak mencerminkan kebaikan akhlak kita kerana seorang yang baik tidak akan keluar daripada mulutnya melainkan kebaikan," katanya.


ULASAN GB

Memang memalukan.

Rupa-rupanya "anjing" yang menyalak itu ialah orang yang menuturnya.

Hukum kebenaran dan keadian akan berjalan. Tutur yang baik akan menerima hal yang baik sementara tutur yang buruk akan menerima hal yang buruk kepada si penuturnya.

Nabi berpesan "Kullu Kalam Addua" - setiap ucapan itu adalah DOA.

Apabila anda mengungkapkan perkataan ANJING MENYALAK, maka sebenarnya perkataan itu akan kembali kepada diri anda sendiri.

Sebelum ini pun Haji Hadi kerapa menutur perkataan-perkataan yang buruk seperti BARUA, TOLOL dan seumpamanya. Misalnya perkataan BARUA... tiba-tiba BARUA menimpanya - beliau diheret ke kandang orang salah di dalam satu kes saman fitnah pil kuda dan walaupun beliau bebas dari tuduhan itu tetapi Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa memutuskan "kata-kata yang disebut Abdul Hadi dalam ucapannya pada malam berkenaan adalah sebagai kata-kata yang berunsur fitnah". Dengan automatik jatuh maruahnya kerana telah diisytiharkan "seorang yang mengeluarkan perkataan yang berunsur fitnah". Itulah hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan... BARUA menimpa sipenuturnya.

Begitulah juga dengan penutur-penutur JEBON, MUNAFIK HARAKI, SYAITAN, BABI dan sebagainya.... usah bimbang ia akan kembali menimpa si penuturnya... kerana demikianlah hukum kebenaran dan keadilan (sunatullah) berjalan .. dan Allah berjanji sunnatullah itu tidak berubah ...

Sama dengan kes Najib dengan perkataan HARAMJADAHnya dulu yang ditujukan kepada peneroka FELDA... akhirnya apa jadi? Najib yang ditimpa HARAMJADAH berkali-kali. Saham FGV merudum, Najib dinobatkan PM Kangkong, MH370 hilang, MH17 ditembak, timbul isu 1MDB, Skandal MARA dan banyak lagi...

Hukum kebenaran dan keadilan tidak mengira kedudukan seseorang itu di atas didunia waimma ia seorang PM atau ulama tersohor sekalipun.

Menayalaklah lagi.... ia hanya mendedahkan perwatakan penuturnya sendiri.... 


Kelab Greenboc

UPACARA PENGEBUMIAN ALMARHUM YAM TG. IMRAN MUHAMAD SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN ABDUL JALIL NASIRUDIN MUTARAM SHAH @ KU ANN.

Posted: 28 Jun 2015 01:09 PM PDT

AL FATIHAH - SEMPAT HADIR DI FLAT SERI SARAWAK, DI SAMPENG, KUALA LUMPUR JAM 10 PAGI TADI. 

UPACARA PENGEBUMIAN JENAZAH YAM TG. IMRAN MUHAMAD SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN ABDUL JALIL NASIRUDIN MUTARAM SHAH @ KU ANN. 

ALMARHUM MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR DI HOSPITAL BESAR K.L. JAM 4 PETANG SEMALAM ( Sabtu 27 Jun, 2015 ). 

JAM 11 PAGI TADI JENAZAH ALMARHUM DIBAWA KE TANAH PERKUBURAN KARAK, GOMBAK, SELANGOR.

Semuga Rohnya Dicucuri Rahmat Dan Ditempatkan Bersama Orang2 Yang Beriman.

AMIN YA RABBAL ALAMIN.





WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


TONTON VIDEO INI

Posted: 28 Jun 2015 06:01 AM PDT

WAJIB TONTON!!.. DENGAR DENGAN TELITI!!..Ini bukan fitnah tulis semborono dlm fb..Ini rakaman video..tak boleh larii..!Segala yg ditakuti..sudah terjadi..Bagaimana pengKHIANAT UG Sudah menguasai..!!Masih lagi tak mempercayai..?Kemenangan PALSU di muktamar yg lalu..sudah terbukti..!Ingin bersama dgn PENYAMON ketuanan melayu yg dikenali..Rakan pro pakatan telah di mangsai..!Maka..tunggu dan nanti..'INI PERJUANGAN BARU' bakal menguasai..Tinggalkan pengKHIANAT pengundi ini sendiri..Karam bersama UMNgOk yg mrk sayangi..!UMNgOk TUMBAMG..UG TERLENTANG..
Posted by Kerajaang Perpaduwang UG on Saturday, June 27, 2015



WAJIB TONTON!!.. DENGAR DENGAN TELITI!!..
Ini bukan fitnah tulis semborono dlm fb..
Ini rakaman video..tak boleh larii..!
Segala yg ditakuti..sudah terjadi..
Bagaimana pengKHIANAT UG Sudah menguasai..!!
Masih lagi tak mempercayai..?
Kemenangan PALSU di muktamar yg lalu..sudah terbukti..!
Ingin bersama dgn PENYAMON ketuanan melayu yg dikenali..
Rakan pro pakatan telah di mangsai..!
Maka..tunggu dan nanti..
'INI PERJUANGAN BARU' bakal menguasai..
Tinggalkan pengKHIANAT pengundi ini sendiri..
Karam bersama UMNgOk yg mrk sayangi..!
UMNgOk TUMBAMG..UG TERLENTANG..





Pekerja hotel lima bintang cuti tanpa gaji: Ekonomi mula meleset?

Posted: 28 Jun 2015 01:58 AM PDT


suara pakatan daily

Pekerja hotel lima bintang cuti tanpa gaji: Ekonomi mula meleset?

Pekerja hotel lima bintang cuti tanpa gaji: Ekonomi mula meleset?

Jaminan kerajaan BN bahawa ekonomi Malaysia tidak akan terjerumus ke jurang kemelesetan sudah tidak boleh dipegang lagi. Terdapat beberapa bukti sektor tertentu ekonomi yang sebelumnya mewah, kini telah membuang pekerja. Manakala sektor awam pula membekukan pengambilkan pekerja baharu .

Penulis baru-baru ini bertemu dengan seorang rakyat Malaysia berumur awal 30an yang menghadapi risiko diberhentikan kerja berikutan kemuraman dalam sektor perhotelan di Kuala Lumpur.
Pemuda yang mendakwa bekerja di sebuah hotel lima bintang itu, kini terpaksa bercuti tanpa gaji atas sebab kekurangan tempahan bilik di hotel tempat beliau bekerja.

Justeru itu, tidak banyak bilik yang perlu dikemas atau kain yang perlu dibasuh. Beliau mengeluh tentang nasibnya selepas rakan setugas diberhentikan kerja.

"Bisnes jatuh teruk sejak perisitiwa kehilangan pesawat MH370 tahun lepas. Sejak itu saya asyik diarah ambil cuti tanpa gaji. Ada rakan setugas yang sudah diberhentikan kerja. Ekonomi saya koyak sekarang.

"Masa depan juga tidak menentu, mungkin saya terpaksa pergi ke Singapura jika tiada kerja sesuai dalam negara," katanya dengan nada sedih.

Beliau juga bercerita mengenai nasib seorang rakan yang berkerja dalam sektor industri. Rakan itu, katanya, sudah kehilangan pekerjaan sejak beberapa bulan lalu kerana permintaan untuk produk industri jatuh mendadak.

"Sekarang susah cari kerja. Malah kerja di kilang pun tiada kekosongan," keluhnya.

Cuma, yang menerbitkan kemarahan beliau, dalam keadaan yang sukar ini mengapakah kerajaan masih ingin membawa 1.5 juta tenaga kerja asing dari Bangladesh, ketika warganegara tidak mempunyai peluang pekerjaan mencukupi?

Selena Tay adalah bekas kolumnis Free Malaysia Today dan Rakyat Times

Parti baharu profesional PAS mesti utamakan Melayu – Zaid Ibrahim

Posted: 28 Jun 2015 01:53 AM PDT

Parti baharu profesional PAS mesti utamakan Melayu – Zaid Ibrahim

Parti baharu profesional PAS mesti utamakan Melayu – Zaid Ibrahim

Susulan heboh diperkatakan sebuah parti politik baharu mungkin dibentuk oleh pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti baru-baru ini, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mempertimbangkan isu itu, mengatakan parti tersebut mesti "hanya untuk orang Islam sahaja" pada peringkat awalnya.

Ini kerana, kata bekas menteri Umno itu, ia akan menjadi satu-satunya peluang untuk parti baharu berkenaan mencabar PAS.
"Ketika ini pun mereka tidak berserban dan berkopiah dalam pakaian harian mereka; ini akan mencacatkan mereka; jadi, jika hendak dibawa orang bukan Islam menyertai parti baru itu, ia hanya akan menambah masalah," tulisnya di blognya hari ini.

"Ia akan menjadi satu lagi PKR dan satu bencana kepada Mat Sabu dan rakan-rakannya," katanya merujuk kepada bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu.

Ketika ini, spekulasi meluas yang pemimpin progresif dalam PAS – digelar G18 – yang kalah pada pemilihan parti Islam itu awal bulan ini, mungkin menubuhkan sebuah parti baharu selepas Hari Raya ini, bersama parti serpihan, Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa).
PasMa sendiri sebelum itu mengisytiharkan ia akan membentuk sebuah parti baharu dengan G18 bagi menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) yang kini tidak berfungsi lagi.

Perkara itu semakin mendapat perhatian apabila sebahagian daripada pemimpin G18 itu berbuka puasa dengan pemimpin PKR dan DAP awal minggu ini.

PR diisytiharkan berakhir selepas PAS meluluskan resolusi memutuskan hubungan dengan DAP dalam muktamarnya yang menyaksikan jawatan tertinggi parti disapu bersih golongan konservatif.

Parti Islam itu bagaimanapun menegaskan, ia akan kekal bersama PR, walaupun DAP dan PKR mengisytiharkan pakatan mereka itu kini tidak lagi berfungsi secara rasmi.

Zaid berkata, parti baharu itu akan menjadi parti masa depan jika ia boleh menjadi wajah "intelektual Islam", bukan seperti versi sekarang yang membawa pendekatan "holier-than-thou" (merasakan diri lebih baik dari orang lain).

Ia juga harus berupaya memperjuangkan keadilan untuk semua dan boleh menawarkan kepada orang Melayu, Islam politik yang menolak rasuah dan salah guna kuasa.

"Ini bagaimanapun, bukan mudah untuk dicapai, kerana kita tidak mempunyai tradisi intelektual, dan umat Islam di sini hanya tahu Islam sebagai yang halal dan yang haram. Semuanya mengenai hukuman. Sebab itulah ulama mendesak mahukan hudud dan undang-undang jenayah yang lain.

"Kumpulan baru itu mesti, sebaliknya, cuba menonjolkan kepada umum idea yang berbeza mengenai Islam, yang bersifat baik dan memaafkan," katanya.

Pada masa sama, Zaid berkata, parti baharu itu perlu bersedia menghadapi tuduhan yang ia tidak lebih sekadar sayap DAP, menyatakan ia perkara yang serius dan ia akan bermasalah mendapatkan sokongan masyarakat Melayu jika ia dilihat seperti anak tumpang DAP.

Beliau juga berkata, parti itu mesti berdikari dari segi kewangan dan intelektual, serta mempunyai ideologi yang kuat.
Ia memerlukan satu pelan ekonomi yang menyokong golongan miskin dan memperjuangkan hak mereka di kelas bawahan, kerana itulah yang dikehendaki Islam, kata Zaid.

"Objektif ini tidak sukar dicapai kerana parti baharu itu akan mempunyai beberapa pemimpin Melayu-Islam terbaik yang ada hari ini, ramai antaranya ahli politik yang tahan lasak dan mempunyai kekuatan yang unik," katanya, yang menamakan pemimpin progresif PAS sebagai contoh.

"Bersama, mereka boleh memberi Umno dan ulama PAS saingan dan tentangan yang kuat pada bila-bila masa," katanya.
Lebih penting lagi, beliau berkata, parti itu akan menjadi ujian dan peluang kepada orang Melayu untuk menentukan bentuk masa depan yang mereka mahu untuk diri mereka sendiri dan negara.
Katanya, jika mereka memilih Umno, mereka akan terpaksa hidup dalam keadaan tadbir urus yang lemah, salah guna kuasa dan skandal kewangan yang tidak berkesudahan.

Sebaliknya, jika orang Melayu memilih PAS, ia mungkin akan mewujudkan lebih ramai mereka yang ingin menjadi pejuang Taliban, kata Zaid, sambil menambah ia bukan sahaja akan digambarkan melalui pakaian mereka, tetapi juga cara mereka berfikir.

1MDBgate, FGVgate, MARAgate- selamat datang ke Malaysia Darul Rasuah.

Posted: 28 Jun 2015 01:39 AM PDT





sakmongkol....



Ini bukan soal masih mahu bercakap mengenai FGV. Malah ketika masa apungan lagi dalam tahun 2012, saya telah menulis dengan panjang lebar membantah apungan fgv. FGV is a bloody mistake. The fault lies with Najib.

By now, biarlah rakyat tahu, seperti saya sebut secara terbuka dalam parlimen- setiap pembelian, setiap projek yang dilakukan oleh kerajaan,  ejensi kerajaan dan oleh mereka yang mempunyai kuasa regulatory- merupakan alasan2 untuk balun duit rakyat.

Sama ada dalam projek2 kurnia dihujung tahun, tender terpilih, rundingan terus, belian kerajaan dan pemalsuan harga - setiap nya digunakan sebagai alasan dan wadah membalun dan menyamun duit rakyat.


Apa justifikasi bayar 2 kali ganda kepentingan Rajawali Group? Tidak munasabah, FGV yang mengalami keadaan bisnes yang merosot,  bermurah hati membeli kepentingan Peter Sondakh dua kali ganda dari harga yang sepatutnya. Istilah willing buyer , willing seller adalah istilah yang meletihkan dan overrated. Permuatan antara pencuri yang sama2 willing- adakah ianya suatu transaksi yang morally right? Dan kalau melanggar undang2 adakah ianya legally right? Kenapa murah hati sangat? Banyak sangat duit FGV? Dengan pembelian bayaran secara tunai dan saham, reseb tunai Felda/FGV berada dalam tahap minima. Ini akan mendedahkan Felda dan peneroka dalam bencana ekonomik.

Tipu jangan tak tipu.Janganlah berselindung disebalik alasan2 bukuteks seperti synergy lah, disebalik membuat rantaian stratejik lah- ia nya tidak dapat mengelakkan sangkaan bahawa ini semua ada udang sebalik batu. Saya perhatikan, para pemimpin UMNO kalau tidak dapat menerangkan sesuatu, akan mengunkap jampi serapah blue ocean strategy. Sama ada mereka faham atau mengkakaktua frasa blue ocean ini, saya sudah kurang pasti. yang saya pasti, kita rakyat mahu blue-ocean kan kepala pemimpin UMNO.
do it the isa samad way.Isa Samad telah menunjukan cara ini semasa pembelian hotel di UK dahulu- pemimpin UMNO masih tidur lagi dalam hal ini.
Hanya ada satu faktor sahaja yang menerangkan sikap pemimpin UMNO- mereka semua bersubahat dalam perkara ini.


Orang lupa, Isa Samad membeli hotel2 tersebut dengan harga extra RM100 juta. Mengapa bayar harga lebih? Ada grounds untuk percaya, harga extra ini ialah untuk agihan sesama broker, sesama pembuat pembuat keputusan dan pakar runding. 
Bilakah SPRM mahu mengemukakan penemuan2 siasatan mereka keatas beberapa individu yang berkait dengan pembelian hotel dan hartanah oleh FGV? Saya beri jawapan terlebih dahulu- tidak ada salah laku berlaku. semua clear dan above board.

Scam yang serupa dilakukan. Bayar pembelian kepentingan Sondakh dua kali ganda. Mesti ada fee broker, consultants, walaupun consultants itu banker.Bankers are not pristine and holy people you know.


The thieves come in all shapes, sizes and forms. Pencuri wang hari in datang dalam pelbagai bentuk dan nama, tidak kira alim atau tak alim semua berpotensi sebagai penyauk wang. Yang melakukan regulatory caputure boleh jadi sesiapa sahaja- alim dan kurang alim, ustaz dan liberal, tua dan muda, perempuan dan lelaki. Selagi mereka mempunyai ownership keatas sumber pengkayaan wa imma sumber pembuat keputusan- mereka berpotensi meletakkan terma dan syarat kedalam keputusan hendak beli atau tidak, hendak beri kontrak kepada A atau tidak.


Forms of Rent Seeking: the rise of the Rentier Class.Economists menggelar perbuatan ini dengan banyak nama; antara nya political atau state capture, atau regulatory capture. Ianya semua bermaksud rent seeking
Yakni, orang2 tertentu menjadi kaya raya kerana mereka mempunyai hak milik, walaupun sementara keatas sumber pengkayaan. Dalam kes mereka yang ada kuasa eksekutif ditahap tententu, mereka boleh membuat keputusan dan memasukkan terma2 dan syarat2 yang menguntungkan mereka.

KSU yang hendak pencen, mencari projek ratusan juta untuk diluluskan dan akan berusaha meletakkan beberapa syarat dan terma yang diraih setelah pencen.

Ini sahaja yang menerangkan mengapa kita lihat KSU2 dan pegawai atasan yang pencen, menjadi kaya raya beberapa bulan setelah pencen.

Pegawai eksekutif seperti yang berkerja dengan MARA, meletakkan syarat2 kepada persetujuan MARA membeli suatu bangunan di Melbourne. Ini disebut sebagai regulatory capture sebab pegawai itu yang regulate dan kawal urusan antara MARA dan pembekal.

Semua projek kerajaan tidak terkecuali. Semua projek ialah mesin ATM untuk menteri sampai kepada pegawai paling rendah mengapur duit rakyat. Bayangkan jika apa yang berlaku dalam Melbournegate ini diulangi dalam semua kes pembelian hartanah mara diseluruh dunia.

Maka janganlah kita hairan sangat bila lapuran mendedahkan bahawa pegawai2 MARA dan ahli politik yang ada kaitan dengan MARA melakukan skim serupa seperti 1MDB-Petrosaudi, atau dalam kes pembelian hotel oleh FGV. Projek2 ini diguna sebagai wadah mengeCaj kerajaan untuk service perkhidmatan.

Pembelian Dudley House di Melbourne oleh MARA dikata melibatkan penyaluran yuran untuk consultancy sebanyak AUS4.75 juta berlaku, serupa cara dengan pembelian hotel di UK oleh FGV yang membayar RM100 juta lebih dari harga penilaian untuk hotel tersebut.

Penjual sudah setuju menjual pada harga AUS17.8juta, Melayu MARA murah hati kata- takpe mate- we pay you AUS22.5 million. Tapi AUS4.75million you must credit into our account in Singapre yeah.

Siapa bilang orang Melayu yang pergi Australia tidak tahu berbicara Inggeris!

Rakyat Melaysia hanya perlu nanti- cerita seram yang akan terbongkar mengenai handal nya pengurusan Melayu keatas MARA, Amanah Raya, Khazanah Nasional, dan banyak lagi. Tapi buat masa ini, hal FGV yang mendedahkan peneroka kepada bencana ekonomi perlu diulangi kembali. Perperangan keatas segala bentuk kezaliman adalah perperangan yang berterusan. Korapsi, salah laku, pencurian wang samun perbendaharaan mesti di lawan sampai habis.

Ramai keturunan lanun rupa nya dinegara kita.

PAS hadapi gelombang penghijrahan keluar selepas Aidilfitri

Posted: 27 Jun 2015 10:32 PM PDT


PAS hadapi gelombang penghijrahan keluar selepas Aidilfitri

PAS hadapi gelombang penghijrahan keluar selepas Aidilfitri

Krisis dalaman PAS sengaja dibayangkan tidak serius oleh golongan ulama yang mentadbir parti itu sejak Muktamar ke 61, yang memusnahkan sama sekali kepimpinan puak profesional.

Bagaimanapun, riak-riak cemas dalam kalangan ulama PAS boleh dibaca lewat amaran yang mereka berikan terhadap pemimpin dan penyokong puak profesional. Daripada hierarki tertinggi, Presiden Hadi Awang, Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man sehinggalah yang lebih bawah, Ketua Penerangan Nasrudin Tantawi dan lain-lain; semuanya memberi ingatan mana-mana pemimpin yang berjuang meninggalkan PAS akan karam.

Mereka memberi contoh parti serpihan seperti Hamim dan Berjasa yang ditubuhkan oleh pemimpin PAS terdahulu akhirnya kalah dalam pilihan raya, mengecil dan tidak berkesinabungan selepas beberapa tahun. Parti Melayu Semangat 46 juga dijadikan ikhtibar. Parti serpihan Umno itu akhirnya dibubarkan dan pengikutnya kembali semula kepada Umno selepas 1996.

PKR gemilang

idrisahmad
Ceramah pemimpin PAS di Negeri Sembilan selepas Muktamar ke 61

Bagaimanapun, puak pro ulama terlupa menjadikan PKR sebagai perbandingan. Parti yang ditubuhkan oleh isteri Anwar Ibrahim ini daripada hanya menang beberapa kerusi parlimen dalam pilihan raya umum (PRU) 1999 bertukar menjadi parti pembangkang paling banyak mendapat kerusi dalam PRU 2008.

Puak profesional berpegang kepada hujah mood rakyat dan kejayaan PKR membulatkan tekad mereka membentuk parti baharu. Bagi profesional tiada guna mereka berada dalam PAS yang tidak menjanjikan peluang dan ruang untuk bergerak. Sedangkan mood rakyat menolak BN tetapi ulama PAS pula ingin bersekongkol dengan Umno. Oleh itu, mereka akan memanfaatkan mood rakyat dan seboleh-bolehnya ingin mengulangi sejarah kegemilangan PKR.

Ura-ura penubuhan parti baharu ini telah menarik minat pemimpin PAS di semua peringkat. Mereka didakwa bosan dengan kepimpinan Hadi yang tidak boleh ditegur dan terlalu mengikut telunjuk think tank parti yang tidak diketahui asas pemikiran atau rujukan.

Penolakan boleh dilihat ketika mesyuarat pertama Badan Perhubungan PAS Johor yang hanya dihadiri 11 ahli daripada 26 Kawasan di Johor.

Keluar parti

Mesyuarat pertama itu sepatutnya dihadiri 52 ahli iaitu Yang DiPertua dan setiausaha kawasan di samping Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfudz Mohamad. Tidak lama selepas itu, pemimpin PAS Johor bermesyuarat di Bakri, Muar dihadiri oleh hampir kesemua pemimpin puak profesional. Dalam mesyuarat itu mereka mencapai persetujuan untuk menubuhkan sebuah parti baharu.

Di Kedah, dikhabarkan ketidak puasan hati ahli PAS akan menyaksikan gelombang keluar parti beramai-ramai. Lebih buruk lagi, di peringkat pusat beberapa dermawan yang selama ini memberi sumbangan kepada PAS juga didakwa telah menarik diri.

Dengan kemerosotan sebegitu teruk sokongan pemimpin peringkat kawasan dan cawangan kepada pucuk pimpinan, dijangkakan arus penghijrahan ahli PAS ke dalam parti baharu kelak sangat kencang. Mungkin lebih hebat berbanding penghijrahan ahli Umno ke dalam Parti Keadilan Nasional pada 1999.

Ahli yang tidak berhijrah pula belum tentu akan memberi undi kepada PAS dalam pilihan raya. Jadi asas untuk pemimpin PAS gentar memang wujud. Mereka terbayang kekalahan bertanding di kawasan-kawasan yang kurang 80 peratus pengundi Melayu.

Malah di Kelantan, misalnya Kota Bharu pun belum tentu PAS akan menang. Situasinya mungkin berulang seperti PRU 1978 apabila PAS ditentang tiga penjuru oleh Umno dan parti serpihan Berjasa.

Lebih segar

Apa pun parti baharu dilihat lebih segar kerana tidak mempunyai struktur didominasi ulama yang memiliki kuasa veto. Tidak ada Majlis Syura Ulama atau Dewan Ulama yang merupakan kuasa pemutus dasar-dasar parti.

Semua keputusan dibuat secara demokrasi dalam mensyuarat AJK Pusat. Parti baharu ini mirip kepada Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) pimpinan Recep Tayyib Erdogan di Turki, yang memisahkan diri daripada parti Refah yang mirip PAS pada 2001 lalu.

Hanya setahun selepas AK ditubuhkan mereka memenangi PRU Turki pada 2002 walaupun ditentang oleh parti-parti sekular yang berpuluh tahun wujud dan pihak tentera yang menjaga perlembagaan sekular Turki.

Gelombang Erdogan akan sekali lagi melanda Malaysia selepas PKR yang menerima nasihat dari Turki telah mencapai tahap maksimum pada PRU 2013.

Dijangkakan parti baharu yang akan dilancar selepas Hari Raya Aidilfitri ini akan segera dipimpin oleh kalangan ahli parlimen dan ADUN PAS yang berhijrah keluar pada gelombang pertama.

dollah yankee

dollah yankee


Bila Anwar tiada..

Posted: 27 Jun 2015 09:46 PM PDT


"SESUNGGUHNYA  orang yang paling gembira sekarang ini adalah orang-orang UMNO/BN. Najib dan Rosmah mungkin boleh tidur lena sikit, kerana tidak perlu fikir sangat yang Pakatan Rakyat 1.0 boleh mengancam mereka lagi untuk menguasai Putrajaya untuk Pilihanraya Umum (PRU) akan datang. Yang beliau perlu fikir hanyalah macam mana cara supaya orang-orang UMNO terus memberi kepercayaan pada beliau untuk terus menjadi Presiden dan PM.

Soal kekuatan pakatan rakyat beliau boleh simpan dalam poket sekejab. Hakikatnya pakatan rakyat sekarang secara teknikal nya telah 'mati', dan apakah mampu untuk dihidupkan Pakatan Rakyat 2.0 menjelang PRU 14, tak ada siapa tahu.

PAS yang sebelum ini dianggap ancaman besar pada UMNO telah 'boh-gear gostan'. Zaman yang mana PAS adalah parti kampung, parti untuk golongan ustaz/ustazah, parti untuk golongan yang ber' ketayap putih saja. "PAS FOR ALL" telah lemas. Muktamar PAS yang baru berlalu menunjukkan golongan profesional yang bukan berpengajian agama samasekali telah di'hudud'kan.
Ini bermakna golongan profesional seperti doktor, jurutera, peguam, arkitek dan sebagainya seolah-olah tidak layak untuk berada dalam saf kepimpinan PAS. Sedangkan golongan inilah yang menjadi pemangkin dan dorongan untuk rakyat dari pelbagai kaum dan warna kulit untuk mendekatkan diri dan menyokong parti itu. 

Pada kempen PRU yang lalu, berduyun-duyun orang datang untuk mendengar ceramah di pentas PAS. Yang datang itu pula, bukan orang-orang Melayu dan yang pakai serban ketayap putih saja. Ada cina, ada hindu, ada benggali dan lain-lain bangsa dan tanpa segan silu, malah ada yang merasa bangga memakai baju lambang PAS dan gambar Nik Aziz. Penceramahnya pula bukannya dikalangan profesional agama saja, tapi juga pakar dalam lain-lain bidang.
Justeru itu kemenangan PAS agak memberansangkan, terutama di negeri Pantai Barat seperti Selangor. Di kawasan yang mana calun PAS bertanding, orang-orang bukan Melayu turut mengundi calon PAS. Mereka undi sudah tentu bukan kerana calun itu orang PAS, tapi atas dasar persepakatan PAS, DAP dan PKR demi untuk menumbangkan calun UMNO/BN.

Kini persepakatan itu telah tempang dan capik serta 'nondi', tinggal nyawa-nyawa ikan dan tinggal mahu ditalkinkan sebelum dikuburkan. Perbalahan antara PAS dan DAP sudah sampai keperingkat yang tidak boleh dipulihkan lagi. Dan yang lebih mendukacitakan lagi minat rakyat pada PAS semakin menurun apabila keahlian parti itu sendiri sekarang ini sedang menuju ke arah perpecahan.

Tapi bagi sesetengah kepimpinan PAS yang baru,yang berjubah berserban,mereka tidak berasa bimbang itu semua. Ini kerana mereka mengharapkan pada 6 rukun iman 'qada dan qadar' untuk menentukan kemenangan PAS dalam PRU akan datang.
PAS telah hilang berkatnya disebabkan hilangnya TGNik Aziz.


dollah yankee -
Bila Nik Aziz meninggal, Anwar dijel,Karpal Singh mati. Semuanya bakal hancur!

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SATU JEMPUTAN JANJI BAKRI

Posted: 28 Jun 2015 06:47 PM PDT





JEMPUTAN

JANJi BAKRi

BATU PAHAT













--------------

PERANG DALAMAN BERMULA

Posted: 28 Jun 2015 06:18 PM PDT








FACE BOOK


DAH MULA .... DAH MULA ðŸ˜‰








































KAH KiH KoI


------------------

NUJUM SERBANI BERSABDA

Posted: 28 Jun 2015 01:00 PM PDT






Nasrudin: Rancangan G18, PasMa tak ke mana...Susan Loone | 1:39PM Jun 28
Beliau anggap tubuh parti baru sebagai "fenomena sementara" yang beransur-ansur hilang tidak lama lagi.


KAH KAH KAH
woit
pak nujum dah beri ramalan
abislah JANJI BAKRI
abislah G18
jangan main main
don play play
tilek nasib dalam air
buang jin dalam laut
ini nujum  mureed jinakolojis

C@#i*&O(7##@ 


-----------------

RANCANGAN GAGAL

Posted: 28 Jun 2015 09:59 AM PDT








GAGALiS
sabtu petang kelmarin  jam 4.30
gwa bergerak menuju
tanjung karang  sekinchan
siap dengan kerepai
siap dengan tong ikan


nasib  punya nasib
jem sana sini
ambil lebuh raya guthrie
potong ke kuala selangor
masuk kampong kuantan
lintas kawasan kelip kelip
jalan tak ada masalah
nak masuk kembali ke jalan besar
simpang ke kuala selangor
jem jem jem

ingatkan jem kerana
pasar ramadan kuala selangor
bukan bukan bukan
dari kuala selangor
 jem gila
 terus hingga ke tanjung karang

jam 7.15 masih dalam jem
rasa rasa akan berbuka korek tahi idung
korek tahik idung
adalah berbuka paling afdal dalam kereta

nasib baik
jam 7.18 sempat potong 
masuk pekan tanjung karang
tapi
bazar ramadan dah selesai
pasar ikan dah tutup
hanya sempat beli minuman
tak ada apa yang spesail
berbuka berdiri
gagalis betul kali ini


TAPi AWAS
kegagalan petang sabtu ditebus
pada petang ahad
laporan menebuis gagal
keluar petang ini
kah kah kah


---------------

LAKAUKAN SEKARANG !

Posted: 28 Jun 2015 06:30 AM PDT







APA KAMU LAKUKAN 

TIDAK PENTING


APA YANG PENTING


KAMU TELAH 

MELAKUKANNYA







---------------

MANA PUNAT MENGHILANG

Posted: 28 Jun 2015 06:00 AM PDT







SUTUT MUTUT



PAS terus agenda hudud walau dimanipulasi 'musuh', kata Hadi


Abdul Hadi Awang berkata PAS tidak akan lari daripada agenda perjuangan parti itu dan mendakwa "musuh" politik mereka menggunakan sudut agama seperti hudud untuk menakut-nakutkan rakyat.

KAH KAH KAH
woit
siapa manipulasi
siapa kencinghkan PAS
siapa tipu pas
siapa musuh pas
siapa siapa siapa

KENA KENCING

---------------

LAWAK LEPAS BERBUKA

Posted: 28 Jun 2015 05:00 AM PDT






MAKAN LANCAU
40 Bidadari untuk lelaki 40 Bidadara untuk perempuan Baru sek-sama Di riwayatkan, Ada sahabat2 pemuda Melayu buat sunat ziarah-menzairahi. Walau pun semua JELAS hukum bersetubuh bukan muhrim haram dalam Islam, namun sorang sorang bisik pada towke, kautim begitu.. kautim begini.. 

Towke buat kira-kira, kemudian jerit panggil "Ok...tali sapa olang yang bilang mau 'makan lancau'...." Potong stim betul, Kansel urusan pada saat tu. Begitulah fadilat bagaimana pemuda2 diperlihara dari melakukan perkara murka berkat amalan doa keluar rumah dan doa naik kenderaan. China Doll - Salat ke tak salat? sehingga menjilat jari on KURMA DARI IRAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 6/28/15


KAH KAH KAH

-----------

BERITA BAIK BERITA BAIK

Posted: 28 Jun 2015 02:00 AM PDT







BERITA BAIK

pada 17 oktober 1998
general pinochet bekas presiden chile
ditangkap dilondon ketika datang berubat

pada 22 jun 2015
general karenzi karake dari rawanda 
ditangkapm di london

pinochet dan karake adalah orang jahat
membuat jalat di chile dan rawanda


INI BERITA BAIK
kita selalu buat polsi report
dari kes rasuah 
ke kes kegansan polis masa demo bersih
sampai ada buta mata
tapi semua laporan polis
tidak menjadi apa apa


maka:
mari kita lakukan sesuatu yang baru
membuat satu pekara yang sama
berulang ulang kali
dengan harapan akan ada perubahan
adalah kerja bodoh

KITA ADA KES:
1 - kegansan polis ketika demo bersih
2- kita ada kes pembunuhan altantyuya
3- kita ada kes rasuah kapal selam
4- kita ada kes pembunuhan aminul rashid
5- kita ada kes pembunuhan teo beng hock
6- kes pemenjaran anwar
7- kes penipuan PRU13

mari buat laporn polis di london
mari buat laporan polis di sydney
buat laporan polis  balai polis
di lapangan terbang heathrow
buat laporn polis  balai polis
di lapangan terbang sydney


SIAPA AKAN BUAT LAPORAN?
yang akan buat laporan
ialah warga malaysia
yang kini menjadi penduduk tetap di UK
warga malaysia penduduk tetap di australia

pada ketika ini semakin ramai rakyat malaysia
yang telah menjadi penduduk tetap di luar negara
majoriti mereka anti kerajaan
majoriti mereka mahu jatuhkan kaerajaan
inilah peluang terbaik untuk mereka
berkerjasama menjatuhkan kerajaan zalim

mereka bekerja sama
dengan pelbagai NGO hak asasi
inilah yang telah dilakukan
oleh warga chile
oleh warga rawanda

jangan buang masa 
buat laporn polis di malaysia
kerana polis itu adalah
sebahaguian jentera yang
mempertahan kuasa
united malays national organisation

jangan buang masa di mahkamah
mahkamah ini juga akan bersubahat
dengan united malays national organisation

INI NAMANYA 
BERFIKIR STRATEJIK

INI NAMANYA BERFIKIR
 DILUAR KOTAK

Rwandan military general arrested in London in connection with war crimes

One of Rwanda's top military figures has been arrested in London in relation to alleged war crimes against civilians, police have said.
Karenzi Karake, director general of Rwanda's national intelligence and security services, was prevented from leaving the country on Saturday morning by the Metropolitan police extradition unit on behalf of authorities in Spain.


-----------------

ALAT MENERUSKAN KUASA

Posted: 28 Jun 2015 12:00 AM PDT




SPRM & SPR

ADALAH ALAT


KOMENTAR
yb adun lenggeng ini 
telah diumumkan bangkrap
ini keputuasan mahkamah
tapi SPR tidak lakukan apa apa
kalau ini  YB ini dari pkr atau dap
pasti telah digugur dengan serta merta
dan pilihan raya kecil diumumkan

cek tendang?
SPRM akan siasat?
mustahil akan berlaku

sedarlah wahai pembaca 
SPRM dan SPR ini hanyalah alat
untuk memastikan bani ketuaan melayu terus berkuasa
mereka alat untuk memukul musuh 
memusnah musuh gerombolan ketuanan melayu

NGO gesa SPRM siasat cek tendang RM4 juta Adun Negeri Sembilan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat cek tendang bernilai RM4 juta yang dipercayai dikeluarkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Negeri Sembilan kepada ahli perniagaan, kata badan bukan kerajaan (NGO) Nadi Keadilan Rakyat, lapor akhbar Sinar Harian.

Adun Lenggeng Datuk Ishak Ismail (gambar, kiri) daripada Barisan Nasional (BN) diisytiharkan bankrap Mahkamah Tinggi Seremban pada Mei lalu kerana kegagalannya membayar pinjaman daripada ahli perniagaan Datuk Misran Sukadi, memungkinkan satu lagi pilihan raya kecil (PRK) diadakan.

Pengerusinya, Mohd Nazree Mohd Yunus pada satu sidang media yang diadakan bersama Pemuda PAS Negeri Sembilan berkata 6 cek tendang itu melibatkan 2 cek bernilai RM1 juta dan 4 lagi RM500,000 bertarikh 28 Mac, 2007

KAH KAH KAH
woit
jangan buang masa
SPR ke 
SPRM ke
semua sama
mustahil akan ada siasatan

ALAT KUASA

----------------

SILA KLIK IKLAN

Posted: 27 Jun 2015 11:30 PM PDT







IKLAN
sila klik iklan
 yang anda lihat 
dalam blog ini
tanpa pembaca klik
ianya memjadi iklan percuma
duit dari iklan 
dihadiahkan kepada
  dapur jalanan


-----------

KUASA FULUS

Posted: 27 Jun 2015 10:30 PM PDT






PUSi PUSi KUM

FULUS Si KUM


KOMENTAR
mana mana parti dalam dunia
mukatamr  mesyuarat agong
atau perhimpuann agong
adalah pembuat dasar tertinggi

fasal ini  juga tertera dalam perlembagaan pas
tetapi kali ini dibuktikan bahawa
kuasa politik 
yang memberi nikmat ekonomi
yang memberi pekerjaan
yang memberi duit
dalam bahasa arab FULUS
dibuktikan lebih berkuasa
dari keputusan muktamar

ini bukti bahawa politik
ialah perebutan ekonomi
berjuang dalam politik
ertinya berjuang untuk merebut ekonomi

ekonomi melintasi
agama bahasa bangsa dan kaum
dunai bergerak kerana ekonomi
manusia mencari makan untuk hidup
ini adalah asas ekonomi

apa yang sedang berlaku dalam PAS
membukti garis ini

Belum ada keputusan usul putus hubungan dengan DAP, kata PAS


PAS masih belum membuat keputusan mengenai usul Dewan Ulama memutuskan hubungan dengan DAP yang diterima tanpa bahas muktamar tahunannya ke-61 awal bulan ini.

Ketua Penerangan Nasrudin Hassan berkata, usul itu masih belum dibincangkan dan dibuat keputusan muktamad di peringkat Majlis Syura Ulama

KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
dengar apa kata mat serban
kah kah kah
parti pas dah jadi kuntau
kah kah kah
muktamar lulus tanpa bicang
sekarang nak buat U TURN
kah kah kah
inilah power pussy pusi kum
inilah power wa fulus sikom
wa tak maluuuun

PUSSY PUSIKOM

------------------

SIAPA ROGOL AMAH

Posted: 27 Jun 2015 08:30 PM PDT







ROGoL AMAH
  • Tranungkite Online v11 - Rais Yatim Tidak Rogol Amah ...

    www.tranungkite.net/v11/modules.php?name...
    Translate this page
    Datuk Seri Utama Rais Yatim menafikan tidak rogol amah Indonesia, TAMAT. Dalam laporan "Invisigasi yang tercatat dalam Mingrant Care" semasa melayari ...
  • Rogol Amah : Patutlah Rais Yatim kelam kabut menafikannya..

    darisungaiderhaka.blogspot.com/.../rogol-amah-patutl...
    Translate this page
    Jan 6, 2011 - Rogol Amah : Patutlah Rais Yatim kelam kabut menafikannya.. Segalanya bermula pada Khamis, 23 Disember 2010 bila pengarang Malay ...
  • Kerajaan Rakyat: Rais, betulke hang rogol Robengah ...

    kerajaanrakyat.blogspot.com/.../rais-betulke-hang-rog...
    Translate this page
    Nov 16, 2012 - Rais Yatim rogol pembantu rumah Robengah ... kerajaan dalam membela mangsa rogol, tetapi tidak menyiasat kes rogol amah yang didakwa  


  • Silat mampu letakkan Malaysia di mata dunia - Rais

     KUALA LUMPUR: Usaha memperkasakan silat sebagai salah satu seni mempertahankan diri yang terulung di dunia boleh dipertingkat melalui penyertaan dalam Kesatuan Seni Mempertahankan Diri Sedunia (WoMAU).

    Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/semasa

    KAH KAH KAH
    woit
    kenyataan ini tak betul
    kenyatan tak tepat
    silat tidak kenalkan malaysia kepada dunia
    yang kenalkan malaysia kepada dunia 
    ialah ROGOL AMAH
    menteri rogol amah indon
    ini popularkan malaysia ke seluruh dunia

    BUDAYA ROGOL

















    ---------------

    BEBAL DARI BERA

    Posted: 27 Jun 2015 07:40 PM PDT





     BEBAL DARi

    BERA

    Ismail Sabri Yaakob
    BERA - Tindakan tegas undang-undang perlu diambil terhadap individu yang melemparkan fitnah terhadap kerajaan dan Perdana Menteri...

    Tindakan tegas undang-undang perlu diambil terhadap individu yang melemparkan fitnah terhadap kerajaan dan Najib Razak berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Ismail Sabri Yaakob.

    KAH KAH KAH
    woit
    ini satu amat amat serious
    kah kah kah
    kalau gwa cakap:

    1- rosmah slim cun bergetah adakah ini fitnah?
    kalau gwa cakap:
    2 - najib ini bijak berani dihadapan suami
    adakah ini fitnah?
    kalau gwa cakap
    3- ismail sabri ini hasan malek
    4- hasan malek adalah ismail sabri
    adakah kenyataan ini fitnah
    kah kah kah

    PUTAK MUTAK

    ------------