Jumaat, 26 Jun 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


VIDEO - Penganjur Nothing2Hide Lepas Jawatan Umno Dan Sokong TMJ

Posted: 26 Jun 2015 11:30 PM PDT

Penganjur Nothing2Hide lepas semua jawatan Umno




Ketua Pemuda Umno Kluang, Datuk Khairul Anwar Rahmat yang sebelum ini menganjurkan program #Nothing2Hide, meletakkan semua jawatannya dalam parti itu "bagi meneruskan kerja-kerja kemasyarakatan di dalam dan luar negara serta perluasan operasi korporat firma" milik beliau.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Khairul yang pernah berkhidmat sebagai wartawan di Berita Harian berkata keputusan berkenaan diambil selepas mendapat restu daripada ibu serta mengadakan perbincangan mendalam bersama ahli keluarga.

"Mohon doakan saya berjaya dalam apa jua lapangan yang bakal saya ceburi kelak," katanya.

Selain memegang jawatang Ketua Pemuda Umno Kluang, Khairul juga adalah Naik Ketua Umno bahagian itu, Naib Ketua Pemuda Umno Johor dan Ketua Sekretariat Perundangan Umno Malaysia.

Peletakan jawatan Khairul Anwar pada mulanya diumumkan Unit Komunikasi Korporat syarikatnya, Khairul Group, sebelum beliau sendiri kemudian mengeluarkan kenyataan mengesahkan perkembangan tersebut.

Sokong TMJ

Serentak itu juga, kata kenyataan kumpulan berkenaan, Khairul Group mengumumkan rancangan mereka meneruskan operasi firma itu ke Asia Barat dan Eropah yang tertangguh disebabkan pengerusinya masih bergiat aktif dalam platform politik tempatan.

"Semoga langkah terbaru ini dapat memberi manfaat kepada firma terutama bagi memuktamadkan beberapa rundingan dalam bidang hartanah, perundangan dan mediasi antarabangsa," kata kenyataan itu.

Sebelum ini Khairul Anwar - seorang peguam - bertanggungjawab menganjurkan program wacana Nothing2Hide yang sepatutnya menjadi tempat untuk Datuk Seri Najib Razak mengadakan dialog bersama sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
 



Bagaimanapun program itu tergendala dan dibatalkan selepas mendapat arahan daripada polis.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang datang ke majlis itu untuk bertanyakan soalan mengenai 1MDB kemudian sempatberucap beberapa minit sebelum diminta berhenti oleh polis.

Kelmarin, Khairul Anwarmenyatakan sokongan kepada peringatan Tunku  Mahkota Johor  Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya anggota politik mendahulukan khidmat untuk rakyat.

- mkini

Kes Begini Ibu Bapa Yang Patut Dipersalahkan !!

Posted: 26 Jun 2015 10:30 PM PDT

Remaja meraung enggan digari

takut kena gari
June 27, 2015
 
Remaja berusia 13 tahun ditahan ketika menunggang motorsikal tanpa topi keledar.

PETALING JAYA: Seorang remaja lelaki meraung setelah diugut hendak digari oleh anggota polis kerana melakukan kesalahan jalan raya.

Selain di bawah umur, dia juga tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal Honda Wave.

Sepanjang rakaman 51 saat itu, dia tidak henti menangis dan menurut segala arahan anggota polis .

Berdasarkan audio, remaja berkenaan memberitahu umurnya baru 13 tahun dan dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerja bapanya.

Khianat jika jadi MB Selangor semula, kata PKR kepada Khalid Ibrahim.

Posted: 26 Jun 2015 09:45 PM PDT

Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu bermuhasabah diri sebelum menawarkan diri sebagai jalan penyelesaian kepada permasalahan Pakatan Rakyat dengan menjadi menteri besar Selangor. 

Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu bermuhasabah diri sebelum menawarkan diri sebagai jalan penyelesaian kepada permasalahan Pakatan Rakyat dengan menjadi menteri besar Selangor. 

Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengkhianati rakyat jika dilantik semula memegang jawatan berkenaan atas sokongan Umno, kata Shamsul Iskandar Mohd Akin. 

Naib presiden PKR itu berkata, majoriti rakyat Selangor sudah menolak parti ketuanan Melayu itu dan kepimpinannya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. 

"Jelas, Tan Sri Khalid hanya boleh menjadi menteri besar semula sekiranya beliau diberi sokongan penuh oleh Umno. 

"Jika itu berlaku, ini merupakan suatu khianat yang amat besar terhadap rakyat Selangor kerana mereka menolak parti dan kepimpinan Umno di dalam PRU13," katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Khalid dilaporkan bersedia menjadi menteri besar semula bagi menyelamatkan rakyat daripada krisis Pakatan Rakyat (PR) yang tidak menentu sekiranya mendapat kepercayaan dengan majoriti mudah. 

Ahli Parlimen Bukit Katil itu berkata, Khalid sebaliknya perlu bermuhasabah diri sebelum menawarkan diri sebagai jalan penyelesaian kepada permasalahan PR. 

Katanya, gaya kepimpinan Khalid sewaktu menjadi menteri besar sering tidak seiring dengan keputusan PR melibatkan rakyat dan dilihat hanya bergantung kepada penasihat beliau semata-mata. 

Katanya, disebabkan itu beliau kehilangan sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dan dipecat PKR. 

"Amat hairan bagaimana Tan Sri Khalid boleh menyangka beliau dapat memegang semula jawatan MB kerana beliau dipecat daripada PKR dan sekarang hanya merupakan seorang Adun bebas. 


"Saya ingin mengingatkan Tan Sri Khalid yang beliau dipilih sebagai Adun atas kerusi PKR dan oleh itu beliau tidak harus beranggapan rakyat Selangor memilih beliau atas namanya semata-mata," katanya.

Katanya, Khalid sepatutnya fokus kepada isu hutang Bank Islam beliau yang berjumlah RM70 juta diselesaikan secara tiba-tiba dan pampasan berjumlah RM2.6 juta buat bekas pegawai beliau yang masih berlarutan sehingga kini. 

Mengenai sokongan kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali, katanya tidak berbangkit timbalan presiden PKR itu hilang sokongan kerana majoriti Adun PKR, DAP, dan PAS menyokong beliau. 

Katanya, ini diperkukuhkan lagi dengan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyokong pentadbiran Azmin. 

"Muafakat yang terhasil ini diterjemahkan kepada kepercayaan terhadap Azmin untuk terus memimpin Selangor berpandukan semangat Dasar Bersama PR yang semakin mengambang sepertimana diungkapkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR," katanya.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN. -

Ada KONSPIRASI sebalik penahanan bekas pengarah PetroSaudi, dakwa Dr Mahathir

Posted: 26 Jun 2015 09:00 PM PDT

Zack Ahmad's photo. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa wujud konspirasi yang dirancang pihak tertentu di sebalik penahanan bekas pengarah PetroSaudi International Xavier Andre Justo.

Dr Mahathir berkata, penahanan Justo oleh pihak berkuasa Thailand itu agak mencurigakan kerana dia melakukan kesalahan jenayah di Arab Saudi.

"Kita tengoklah apa dia cakap tetapi dia punya keadaan itu mencurigakan sedikit, macam ada perancangan.

"Ini orang pandai-pandai belaka, macam-macam perancangan ada sekarang ini," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, hari ini.

Dr Mahathir juga hairan dengan tindakan penguat kuasa Thailand yang "berminat" menahan Justo kerana kebiasaannya negara lain tidak akan mengambil berat melainkan seseorang itu disenaraikan sebagai pengganas.

Sebaliknya, Dr Mahathir berkata Justo hanya datang ke Thailand sebagai pelancong dan tidak ada asas untuk beliau ditahan.

"Yang saya hairan dia bukan buat kesalahan di Thailand, dia buat kesalahan di Arab Saudi.

"Barangkali sebab dia pengganas sebab itu tahan dia. Kalau dia setakat tipu syarikat, itu masalah Arab Saudi kena betulkan," katanya.

Warga Switzerland itu pada Selasa lalu ditahan di sebuah rumah di sebuah pulau peranginan Thailand, Koh Samui dan beberapa komputer, pemacu cakera keras serta alat penyimpanan data turut dirampas.

Justo dilaporkan menerima RM15 juta untuk meletak jawatan di PetroSaudi, tetapi dituduh meminta lebih banyak wang dalam cubaan memeras ugut syarikat itu berkaitan urus niaga dengan 1MDB.

Media Thailand melaporkan Justo menafikan tuduhan itu.

Polis Thailand turut menggambarkan Justo sebagai eksekutif teknologi maklumat (IT) tetapi semakan The Malaysian Insider menunjukkan Justo ialah pengarah di PetroSaudi. – TMI


Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

PM bayangkan rombakan Kabinet tak lama lagi

Posted: 26 Jun 2015 08:15 PM PDT

 
PM bayangkan rombakan Kabinet tak lama lagiPerdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini membayangkan kemungkinan ada rombakan kabinet tidak lama lagi walaupun beberapa menteri menafikannya sebelum ini.

Najib, ketika ditanya mengenai spekulasi tentang rombakan itu, tidak menafikannya dan menggesa orang ramai bersabar.

"Tunggulah," katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini.

Najib juga membayangkan bahawa Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel, yang status sebagai presiden MIC masih samar-samar, tidak mempunyai banyak masa dalam kabinet.

"Kedudukan Palanivel sebagai menteri akan diputuskan tidak lama lagi," katanya sambil menambah bahawa buat masa ini, beliau mahu MIC menentukan kepimpinan mereka.

Timbalan Presiden MIC S Subramaniam semalam mendakwa bahawa Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengesahkan Palanivel bukan lagi menjadi ahli MIC.

Beliau juga mendakwa bahawa ROS kini mengiktirafnya sebagai pemangku presiden.

Najib berkata beliau akan menyerahkan kepada mahkamah untuk menyelesaikan krisis MIC itu.

Sebelum ini, spekulasi bertiup kencang bahawa Perdana Menteri mungkin menggugurkan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Shafie Apdal, yang kritikal terhadap kemelut membabitkan 1MDB.

Najib telah pun memberi kata dua kepada para menteri yang tidak bersetuju dengan beliau untuk meletakkan jawatan. - M'kini

 

Wan Azizah buat laporan Qazaf terhadap Shafee - Mohamad Fadli FMT

Posted: 26 Jun 2015 07:30 PM PDT


wan-azizah_anwar_shafee_600

Wan Azizah turut menggesa kenyataan fitnah liwat oleh Shafee disiasat di bawah Seksyen 36 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.

SHAH ALAM: Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan Qazaf terhadap peguam Tan Sri Shafee Abdullah berhubung kenyataan terbuka fitnah liwat terhadap Anwar.

Ia dibuat isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Jumaat.

Dalam laporan yang dibuat, beliau menggesa kenyataan terbuka Shafee disiasat di bawah Seksyen 36 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.

"Pihak kami akan memberi kerjasama sekiranya pihak Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) memerlukan maklumat lebih lanjut," katanya kepada pemberita di Lobi Pejabat JAIS.

Azizah menjelaskan, pada 17 Februari lalu, Shafee dalam satu program dialog terbuka anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) di Kelana Jaya telah memfitnah secara terbuka bahawa Anwar melakukan liwat ke atas Saiful Bukhari Azlan tanpa menampilkan mana-mana empat orang saksi seperti mana yang diwajibkan undang-undang.

"Laporan ini dibuat demi menegakkan keadilan dan hak Anwar yang telah dijadikan mangsa dengan niat jahat untuk menjatuhkan maruah dan peribadi Anwar.

"Kami ingin menegaskan bahawa jumhur Ulama' termasuk dari Mazhab Imam Syafie berpandangan bahawa kesalahan liwat adalah diqiyaskan termasuk di bawah kategori zina di mana tuduhan terhadap kesalahan liwat tanpa empat orang saksi merupakan satu jenayah Qazaf," katanya lagi.

Sementara itu, Peguam Anwar, Fadhlina Sidek berkata laporan dibuat melalui keluarga atau wakil Anwar mengikut arahan JAIS memandangkan Anwar tidak boleh keluar penjara untuk tujuan itu.


 Komen:


HUKUMAN MENUDUH TANPA EMPAT ORANG SAKSI

AL QURAN-SURAH AL-NUR AYAT 4 

"Orang yang melemparkan TUDUHAN (ZINA/LIWAT) kepada seseorang yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan EMPAT ORANG SAKSI, maka sebatlah mereka DELAPAN PULUH KALI sebatan dan jangan lah kamu menerima penyaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang yang FASIQ."



Zack Ahmad's photo.Sudah sampai masanya Kerajaan BN wajib membuat Hukuman Qazaf ini dikuatkuasakan, bagi mengelakkan segala fitnah dan tohmahan yang seharusnya dibawa kemakhamah Syariah, bukan dimakhamah Sivil yang selalunya berlaku. 
 
Jika berjaya, YB DS Dr. Wan Azizah boleh buat Laporan Qazaf terhadap KUMPULAN DATO T yang mengeluarkan Video Fitnah Seks terhadap DS Anwar Ibrahim. 
 
Jika mereka ( Kumpulan Dato T ) gagal membawa EMPAT ORANG SAKSI, mereka bertiga boleh juga dijatuhkan hukuman sebat 80 kali. 
 
Setuju kalian semua ??

Perkasa panggil pengkhianat MARA beruk. - FMT Reporters

Posted: 26 Jun 2015 07:00 PM PDT

 
azrul,perkasa,mara

Perkasa akan tetap mempertahankan MARA daripada mana-mana pihak yang mahu merosakkan nama baiknya walaupun daripada orang Melayu sendiri.


PETALING JAYA: Perkasa mengelar pegawai tinggi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan bekas ahli politik sebagai 'beruk' sekiranya benar mereka terbabit dengan skandal pembelian hartanah melebihi harga pasaran di Australia.

Panggilan itu dibuat Ahli Dewan Tertinggi Perkasa merangkap Setiausaha Biro, Azrul Akmal Saharudin.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, dia memaklumkan pihaknya memandang isu yang berlaku dari dua sudut yang berbeza.

"Dalam pada itu, jika dakwaan itu palsu dan berniat jahat untuk memburukkan nama baik MARA, maka wajarlah tindakan keras dan saman dikenakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu ini," katanya.

Biro tersebut mengakui isu itu dipandang serius kerana MARA, adalah sebuah agensi yang sangat dekat dengan orang Melayu dan Bumiputera di atas peranannya dalam memperkasakan ekonomi serta pendidikan orang Melayu dan Bumiputera.

"Tentunya peranan yang dimainkan oleh MARA sebagai payung kepada orang Melayu dan Bumiputera dalam memajukan diri dalam bidang pendidikan, keusahawanan dan sosioekonomi amat dicemburui oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu memusnahkan MARA," tegasnya.

Justeru, Azrul menegaskan bahawa Perkasa akan tetap mempertahankan MARA daripada mana-mana pihak yang mahu merosakkan nama baiknya walaupun daripada orang Melayu sendiri.

Kenyataan itu dibuat selepas Perkasa membuat laporan di ibu pejabat di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

VIDEO - Pelajar perempuan bergaduh hilang dari rumah FMT Reporters

Posted: 26 Jun 2015 06:48 PM PDT


gadis longkang

PETALING JAYA: Ibu kepada salah seorang pelajar perempuan yang bergaduh dan visualnya diviralkan di laman sosial meminta anaknya pulang.

Menurut Kilijah Abu Bakar, 45, sejak dua minggu lalu, Nurul Raihan Rahman, 16, didakwanya gagal dikesan.

Ibu kepada enam orang anak itu ketika dihubungi FMT, memberitahu kehilangan anak gadisnya hanya disedari selepas anaknya keluar dari rumah pada 10 Jun iaitu sehari selepas mereka sekeluarga pulang dari bercuti ke Pulau Langkawi.

Katanya, Nurul yang tidak pergi ke sekolah sejak empat bulan lepas selepas bergaduh dengan seorang rakan kelasnya bertukar sikap daripada ceria kepada seorang yang pendiam.

"Dia bergaduh dengan rakan kelasnya sehingga terjatuh ke dalam longkang di sekolah ekoran perselisihan faham.


"Apa yang berlaku itu telah diketahui oleh guru disiplin dan tindakan menukar ke sekolah lain juga telah diambil ke atas rakannya itu," katanya yang mendakwa rakan Nurul Raihan itu yang telah memulakan pergaduhan tersebut.

Bagaimanapun katanya, Nurul Raihan tetap tidak mahu pergi ke sekolah dipercayai masih lagi berasa malu dengan guru serta rakan-rakannya.
 INI VIDEO NYA






"Itu bukan kejadian pertama Nurul diperlakukan sedemikian oleh rakannya. Sebelum ini dia juga pernah mengalami nasib yang sama tetapi tidak seperti kali ini hingga dia terjatuh ke dalam longkang," ujarnya lagi.

Kilijah berkata, usaha mencari Nurul Raihan di beberapa rumah rakan yang biasa dikunjunginya juga gagal hingga memaksa mereka sekeluarga membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan pada 14 Jun lepas.

Susulan kehilangan itu, dia yang kini menderita sakit buah pinggang merayu supaya Nurul Raihan, anak kelimanya, pulang segera.

Kes Andre Justo: Najib Menang Jika Tutup Mulut Dr M. Dr M Menang Jika Najib Tersingkir. (81) - Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 26 Jun 2015 05:45 PM PDT

 

Minggu lalu, kebanyakan orang Malaysia tidak mengenali Xavier Andre Justo, rakyat Switzerland berusia 49 tahun yang kini dalam tahanan polis Thailand.
Secara tiba-tiba, Justo menjadi popular apabila ditangkap Isnin lalu, berhubung tuduhan memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International.

Serentak dengan penahanan Justo, akhbar kawalan kerajaan Malaysia menerbitkan berita yang memburuk-burukkannya, walau warga Switzerland itu belum lagi dituduh di mahkamah.

Akhbar New Straits Times semalam contohnya, merumuskan dengan yakin bahawa Justo seorang kaki joli.

"Apa yang menyebabkan beliau melakukan jenayah? Nampaknya, jawapannya adalah untuk membiaya kehidupan mewahnya.
"(Imej) Justo di media sosial memberi gambaran kehidupan hedonistik dan kemewahan - rumah agam di syurga, kolam mandi, gelanggang tenis dan menggayakan tattoo sambil duduk di atas motosikal Harley Davidson," laporan itu dipetik.

Sudut laporan ini samalah dengan pendedahan di Internet sebelum ini mengenai gaya hidup mewah jutawan Jho Low, yang dikaitkan dengan 1MDB.
Begitu juga dengan gaya hidup penasihat komunikasi Najib, Paul Stadlen yang digambarkan sering berparti dan minum arak di blog Sarawak Report.

Adakah Justo, bekas pengarah jabatan teknologi maklumat PetroSaudi International, diburuk-burukkan sebegitu rupa untuk membalas dendam? Akhbar peniagaan The Edge dan laman berita Sarawak Report juga kini menjadi sasaran kerajaan kerana menerbitkan laporan berdasarkan maklumat daripada Justo.

Menurut Zahid Hamidi, maklumat diperolehi Sarawak Report yang kemudiannya dilaporkan oleh The Edge itu merupakan maklumat yang tidak benar memandangkan fakta sebenar telah "diuli".

Beliau merujuk kepada emel dan dokumen yang berpunca daripada Justo. Menurut laporan akhbar New Straits Times, Justo meminda e-mel dan dokumen yang dibocorkan ke blog Sarawak Report.

Bagaimanapun, media prokerajaan yang dikendalikan Stadlen kini masih belum dapat menunjukkan fakta yang benar dan fakta yang salah itu. Maka, penangkapan Justo kini dilihat memberi kemenangan sementara kepada Najib dalam menghadapi serangan daripada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Begitu juga dalam menghadapi penentangan dan kejahilan anggota kabinetnya sendiri mengenai 1MDB. Ini kerana, sentimen umum terhadap 1MDB masih belum memihak kepada Najib, seperti yang diakui sendiri oleh satu sumber Utusan Malaysia dalam laporan semalam berhubung penahanan Justo.

"Tidak kira apa pun, majoriti rakyat Malaysia memilih untuk percaya pada bukti yang tidak sah serta menyokong usaha bekas perdana menteri (Mahathir) untuk menggulingkan perdana menteri ketika ini," kata sumber tersebut.

Mahathir sendiri sangat sangsi dengan penahanan tersebut, dan menganggapnya sebagai satu konspirasi tahap tinggi dan usaha terbaru untuk menyembunyikan urusan 1MDB dengan PetroSaudi.

Awal-awal lagi, awal Februari, Mahathir mempertahankan pemilik The Edge, Tong Kooi Ong apabila usahawan tersebut dikaitkan dengan dakwaan perniagaan matawang yang menyebabkan Ringgit Malaysia lemah.
Menurut Mahathir, dakwaan spekulasi matawang itu hanya timbul kerana Tong mengkritik 1MDB.

Nyatalah, cerita ini tidak akan tamat semudah menangkap Justo. Banyak lagi tanda tanya yang belum terjawab. Najib hanya akan mencapai kemenangan mutlak jika berjaya menutup mulut besar Mahathir dengan kebenaran. Mahathir pula menang jika Najib disingkirkan.

Oleh Salhan K AHMAD ahli sidang redaksi Malaysiakini.

Pemilihan UMNO tahun depan ditangguhkan 18 bulan ? - Adam

Posted: 26 Jun 2015 05:00 PM PDT


Zack Ahmad's photo.
 
Keputusan itu bagi membolehkan kerajaan menumpukan kepada isu rakyat dan persediaan awal menghadapi pilihan raya.


PETALING JAYA: Pemilihan UMNO di yang sepatutnya diadakan tahun depan ditangguhkan, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak

Katanya, penangguhan selama 18 bulan dari tarikh pemilihan asal dibuat mengikut Fasal 10.16 Perlembagaan parti.

Perdana Menteri berkata, penangguhan itu melibatkan pemilihan di peringkat MT, bahagian dan cawangan.

Katanya, penangguhan itu bagi membolehkan tumpuan diberikan kepada keperluan rakyat selain memberi masa kepada UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) membuat persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"MT berpendapat penting untuk kita pentingkan rakyat, memberi tumpuan kepada keperluan rakyat sama ada di peringkat dasar atau akar umbi atau kerja yang sepatutnya kita lakukan.

"Ia juga supaya UMNO dan rakan-rakan BN mempunyai lebih masa untuk merancang untuk menghadapi PRU akan datang," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat MT UMNO di PWTC pada Jumaat.

Najib berkata, penangguhan itu bukan perkara baru kerana pernah dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata, keputusan penangguhan pemilihan perlu diberitahu lebih awal untuk mengelak pelbagai andaian di kalangan ahli parti di semua peringkat.

freemalaysiatoday.

Najib - 1MDB Berjasa Besar Kerana Beri Dana Ubahsuai Sebuah Masjid Di KL

Posted: 26 Jun 2015 04:30 PM PDT

'1MDB banyak sumbang kepada Islam'






Perdana Menteri berkata, syarikat 1MDB yang mendapat kritikan daripada pelbagai pihak sebenarnya banyak berjasa untuk pembangunan Islam di Malaysia.

Merujuk kepada projek menaik taraf Masjid Jamek Kampung Baru, Datuk Seri Najib Razak berkata, sebahagian daripada kos RM20 juta yang diperlukan adalah datang daripada Yayasan 1MDB.

"Malangnya hari ini 1MDB yang banyak membantu masyarakat Islam menerima pelbagai kritikan dan tohmahan, khususnya di media sosial," kata Najib dipertik portalBNBBC News hari ini.

Menurut perdana menteri, ahli jawatankuasa masjid datang bertemu dengannya untuk menapatkan bantuan dana pembangunan semula masjid.

"Serta-merta saya bersetuju dan luluskan. Saya minta Yayasan 1MDB yang malangnya banyak menerima kritikan di media sosial sehari dua ini," katanya.

Najib berkata, jasa dan sumbangan 1MDB kepada umat Islam sangat besar.

"Pada asalnya bajet (pembinaan masjid) ini sedang-sedang, apabila dilaksanakan ia semakin bertambah sehingga RM20 juta. Itu pun tidak cukup lagi," katanya ketika berucap sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru.

- mkini

Jawab Najib Jawab !!

Posted: 26 Jun 2015 09:00 AM PDT

Mafiaboss Melayu's photo.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan penipuan membabitkan pegawai tinggi kerajaan dalam kes pembelian hartanah di Australia.

Pelbagai spekulasi negatif akan timbul lebih-lebih lagi pembelian itu melibatkan dana awam.

Perkara ini menimbulkan lagi kebimbangan kita bagaimana pengaliran dana kewangan negara dengan mudah boleh berlaku begitu saja selepas skandal 1MDB yang digunakan untuk kepentingan pihak tertentu.


Ini peringatan yang jelas buat Perdana Menteri bahawa beliau perlu tampil menjawab dakwaan ini agar segala spekulasi ini tidak terus mencemarkan imej Malaysia khususnya di luar negara.

Laporan akhbar Australia, The Age, mendakwa pegawai-pegawai tinggi kerajaan Malaysia dan seorang bekas ahli politik membelanjakan RM65 juta dana awam untuk membeli sebuah blok apartmen di Melbourne, Australia.

Bayaran itu dikatakan RM13.7 juta lebih tinggi, yang kemudiannya didakwanya untuk membayar sogokan.

Lebih memeranjatkan, invois palsu yang membutirkan kononnya perkhidmatan 'jurunding dan nasihat' daripada firma Malaysia turut dikeluarkan bagi memperdaya ahli perniagaan Australia.

Kenapa Harus Dibandingkan Negara Singapura Yang Jauh Lebih Maju ?

Posted: 26 Jun 2015 08:16 AM PDT

Puad Zarkashi - Hutang Malaysia RM16 Billion Ikut Kiraan Kaedah Baru. Singapura Pula Hutang RM3 Trillion




KUALA TERENGGANU: Rakyat tidak memahami sepenuhnya kaedah baharu pengiraan hutang negara yang mula dilaksanakan sejak 2014, menyebabkan mereka mudah dikelirukan pihak yang cuba menjatuhkan kredibiliti kerajaan.

Hakikatnya, tegas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Puad Zarkashi, pengiraan hutang negara sebanyak RM744 bilion itu turut merangkumi butiran termasuk hutang swasta, hutang syarikat awam serta hutang individu.

Malah jelasnya, hutang kerajaan hanya berjumlah lebih kurang dua peratus iaitu kira-kira RM16.8 bilion selain tidak berhutang kepada pihak seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

"Seperti yang disebutkan, hutang negara sebanyak RM744 bilion. Namun, apa yang berlaku adalah rakyat tidak dimaklumkan bahawa cara pengiraan hutang ini sudah berubah sejak tahun 2014.

"Hutang yang disenaraikan ini termasuk hutang swasta, hutang syarikat awam, hutang individu bahkan hutang orang luar yang membeli bon di negara kita turut dimasukkan sekali.

"Sebenarnya, hutang kerajaan hanya lebih kurang dua peratus sahaja iaitu kira-kira RM16.8 bilion dan ianya tidak banyak. Apa yang nyata, kerajaan tidak berhutang dengan Bank Negara atau pun kepada IMF," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meraikan lebih 80 anak-anak yatim pada majlis berbuka puasa, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, A Latiff Awang dan Pengarah JASA Negeri Terengganu, Adli Kesah.

Puad turut menyuarakan rasa kesalnya berikutan tindakan sesetengah pihak yang cuba mengelirukan rakyat dengan mengeluarkan fakta kononnya negara akan bankrap manakala ekonomi negara tidak stabil.

"Rakyat di negara ini dikelirukan mengenai hutang negara oleh banyak pihak yang cuba memanipulasi fakta dan cuba menjatuhkan kredibiliti kerajaan.

"Kalau kita lihat, melalui kaedah kiraan baharu ini, hutang negara lain masih tinggi berbanding negara kita. Singapura misalnya, hutangnya apabila dikira menerusi kaedah baharu ini adalah sebanyak RM3 trilion," katanya.

Puad turut menyifatkan zaman 'hyper connectivity' (kesalinghubungan) ketika ini sebagai cabaran hebat kerana membuka ruang terhadap fitnah, pembohongan serta fakta yang diputarbelitkan.

"Kalau tak dijawab segera akan membentuk persepsi. Rakyat akan percaya kepada perkara yang tak betul," katanya.

Sehubungan itu, katanya, JASA akan terus mempertingkat peranannya dengan menangkis tohmahan serta menyebarkan maklumat yang tepat kepada rakyat.

"JASA sendiri akan meningkatkan keupayaannya di media sosial menerusi penyampaian maklumat kepada rakyat agar mereka tidak mudah percaya dengan fakta yang sengaja diputarbelitkan pihak tidak bertanggungjawab," katanya.

- astroawani

Bantuan DAP kepada masjid, surau didakwa cuba gula-gulakan orang Islam FMT Reporters

Posted: 26 Jun 2015 06:45 AM PDT


 

PEMBINA mendakwa pemberian bantuan kewangan itu untuk mengatakan DAP bukan anti Islam adalah penghinaan kepada umat Islam.

Ibrahim-Mohd_masjid_600

PETALING JAYA: Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) mengingatkan pemimpin DAP supaya tidak cuba menggula-gulakan umat Islam menerusi pemberian wang ringgit kepada masjid dan surau.

Presidennya, Ibrahim Mohd Hasan Al-Hafiz berkata, tindakan DAP menabur duit untuk mengatakan mereka bukan anti Islam adalah penghinaan terhadap umat Islam.

"Adakah umat Islam boleh digula-gulakan dengan wang ringgit sehingga gula-gula tersebut menutup mulut kita?

"Adakah maruah umat Islam boleh dibeli dengan nilai seribu dua ribu ringgit sahaja?

"Sesungguhnya tindakan biadap menaburkan wang ringgit untuk mengatakan bahawa DAP bukan anti-Islam adalah satu penghinaan terhadap umat Islam," tulisnya di status Facebooknya, lapor Ismaweb.net.

Ibrahim merujuk status Facebook Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh, yang memaklumkan pejabatnya menyalurkan peruntukan RM2,000 kepada masjid dan RM1,000 untuk surau bagi menganjurkan program sepanjang Ramadan.

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/

Cadang had waktu operasi restoran 24 jam ada agenda tersembunyi - Khairil Ashraf

Posted: 26 Jun 2015 06:00 AM PDT

 
Zack Ahmad's photo.

Persatuan Pengusaha Restoran Muslim mendakwa cadangan itu berat sebelah dan mempunyai agenda tersembunyi.

Noorul-Hassan-Saul_presma_600

PETALING JAYA: Persatuan Pengusaha Restoran Muslim (Presma) membantah cadangan mengehadkan waktu operasi Restoran Mamak 24 jam kepada tempoh masa tertentu.

Presiden Presma, Noorul Hassan Saul berkata, cadangan itu berat sebelah dan mempunyai agenda tersembunyi.

Katanya, mengapa cadangan itu hanya tertumpu kepada Restoran Mamak tetapi bukan restoran atau kedai makanan segera.

"Kita nampak satu agenda tersembunyi. Mengapa restoran makanan segera seperti McDonalds, KFC dan sebagainya dibenarkan beroperasi 24 jam?" katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.

Noorul juga mempertikai rasional premis Restoran Mamak dikatakan menjadi punca peningkatan gejala sosial di seluruh negara.

"Berapa ramai anak-anak yang bergaduh dengan ibu bapa kerana melepak di restoran 24 jam? Berapa ramai yang jadi mat rempit kerana lepak di restoran 24 jam?

"Dari aspek positif, restoran 24 jam adalah pusat untuk melepak yang sihat. Apakah kita mahu anak-anak kita melepak di tempat yang mewah atau tidak sepatutnya?," soalnya.

Beliau berkata, kewujudan restoran 24 jam mempunyai impak apabila mampu menjana ekonomi malah nilai hartanah perumahan juga meningkat bila wujud restoran seperti ini.

Katanya, Presma amat kecewa dengan cadangan itu kerana dibuat tanpa kajian teliti.


- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/.

Cadang had waktu operasi restoran 24 jam ada agenda tersembunyi

 | June 26, 2015
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim mendakwa cadangan itu berat sebelah dan mempunyai agenda tersembunyi.
Noorul-Hassan-Saul_presma_600
PETALING JAYA: Persatuan Pengusaha Restoran Muslim (Presma) membantah cadangan mengehadkan waktu operasi Restoran Mamak 24 jam kepada tempoh masa tertentu.
Presiden Presma, Noorul Hassan Saul berkata, cadangan itu berat sebelah dan mempunyai agenda tersembunyi.
Katanya, mengapa cadangan itu hanya tertumpu kepada Restoran Mamak tetapi bukan restoran atau kedai makanan segera.
"Kita nampak satu agenda tersembunyi. Mengapa restoran makanan segera seperti McDonalds, KFC dan sebagainya dibenarkan beroperasi 24 jam?" katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.
Noorul juga mempertikai rasional premis Restoran Mamak dikatakan menjadi punca peningkatan gejala sosial di seluruh negara.
"Berapa ramai anak-anak yang bergaduh dengan ibu bapa kerana melepak di restoran 24 jam? Berapa ramai yang jadi mat rempit kerana lepak di restoran 24 jam?
"Dari aspek positif, restoran 24 jam adalah pusat untuk melepak yang sihat. Apakah kita mahu anak-anak kita melepak di tempat yang mewah atau tidak sepatutnya?," soalnya.
Beliau berkata, kewujudan restoran 24 jam mempunyai impak apabila mampu menjana ekonomi malah nilai hartanah perumahan juga meningkat bila wujud restoran seperti ini.
Katanya, Presma amat kecewa dengan cadangan itu kerana dibuat tanpa kajian teliti.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/06/26/cadang-had-waktu-operasi-restoran-24-jam-ada-agenda-tersembunyi/#sthash.uAWvvJOR.dpuf

MARA serah dokumen ‘Melbourne Deal’ kepada SPRM

Posted: 26 Jun 2015 05:15 AM PDT


MARA juga akan melantik juru audit luar negara sebagai tambahan kepada audit dalaman yang sedang dijalankan selain siasatan oleh SPRM.

annuar musa, Dudley House, MARA

PUTRAJAYA : Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa menyerahkan beberapa dokumen berkaitan pembelian hartanah di Melbourne, Australia oleh anak syarikatnya Mara Incorporated Sdn Bhd kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau yang hadir di Ibu Pejabat SPRM di sini pada 12.10 tengah hari Jumaat, menyerahkan dokumen itu kepada Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mohd Jamidan Abdullah, bagi membantu siasatan kes.

Annuar ketika ditemui pemberita selepas penyerahan dokumen itu berkata pihaknya meminta supaya perkara berkenaan diberi keutamaan dan disegerakan serta menyatakan MARA ingin memberi kerja sama sepenuhnya kepada SPRM.

Beliau berkata, MARA juga akan melantik juruaudit dari luar negara sebagai tambahan kepada audit dalaman yang sedang dijalankan serta siasatan oleh SPRM.

"Audit dalaman tidak memadai…walaupun SPRM menjalankan tugas mengikut kaedah dan peraturan tertentu tetapi dari segi kita, kita mesti melihat juga audit pengurusan untuk diperkemaskan pada masa akan datang," katanya lapor Bernama.

Ditanya sama ada pihaknya sudah mengenal pasti dalang di sebalik kes itu, Annuar hanya berkata: "more or less".

Mengulas tindakan yang akan dikenakan kepada pegawai yang disyaki terlibat, beliau berkata ia tertakluk kepada kuasa Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Bagaimanapun, katanya, perkara tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Mara pada 1 Julai ini.

Mengulas mengenai kenyataannya berhubung kelulusan pembelian hartanah di Melbourne itu yang diputar belit oleh sesetengah media, Annuar berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak meluluskan pembelian itu pada 10 Mei.

"Kemudian Mara dan kementerian membawa rayuan kepada Majlis Ekonomi untuk dibincangkan kerana ia melibatkan pinjaman luar negara dan (Majlis Ekonomi) luluskan hanya 30 peratus dana Mara digunakan untuk pembelian itu. Bakinya dipinjam daripada bank luar negara," jelasnya.

Dua hari lepas, Najib meluahkan kekecewaannya apabila kenyataan Annuar berhubung pembelian hartanah di Melbourne itu diputar belit oleh sesetengah media sambil menjelaskan keputusan mengenai pembelian hartanah itu dibuat secara konsensus oleh Majlis Ekonomi.

Najib berkata sekiranya ada pihak yang didapati menipu atau cuba memperdaya ahli-ahli mesyuarat Majlis Ekonomi dengan butiran yang tidak tepat atau lengkap, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Sementara itu, Mohd Jamidan dalam satu kenyataan memaklumkan telah menghantar pegawainya ke Melbourne untuk mendapatkan dokumen dan maklumat yang boleh membantu siasatan.

"SPRM telah memanggil beberapa individu dan akan memanggil lagi individu lain yang ada kaitan dengan isu ini untuk diambil keterangan. Sehubungan itu, mana-mana pihak yang ada maklumat dan bukti boleh juga menyalurkan kepada SPRM," katanya.

Akhbar Australia, The Age melaporkan seorang pegawai tinggi MARA, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan berjuta-juta dana kerajaan untuk membeli satu blok apartmen di Melbourne dalam penipuan hartanah.

Akhbar itu mendakwa 'sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya' terlebih bayar sebanyak AUS4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok apartmen di bandar raya itu pada 2013.

Ketiga-tiga pegawai itu didakwa 'membida lebih tinggi' bagi bangunan itu dikenali 'Dudley International House', daripada AUS17.8 juta kepada AUS22.5 juta (RM65.3 juta), dengan wang perbezaan itu dijadikan sebagai rasuah di tanah air.

Dudley International House merupakan asrama pelajar, dibeli oleh MARA yang menyediakan biasiswa pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di luar negara.

Bangunan Dudley International House setinggi lima tingkat di subbandar East Caulfield menempatkan 115 pelajar Mara di Monash University.



- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com.



Kita jangan jadi Melayu Mudah Lupa :

 http://kedahku.blogspot.com/2013/07/annuar-musa-bekas-menteri-pembangunan.html
    

MARA serah dokumen 'Melbourne Deal' kepada SPRM

June 26, 2015
MARA juga akan melantik juru audit luar negara sebagai tambahan kepada audit dalaman yang sedang dijalankan selain siasatan oleh SPRM.
annuar musa, Dudley House, MARA
PUTRAJAYA : Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa menyerahkan beberapa dokumen berkaitan pembelian hartanah di Melbourne, Australia oleh anak syarikatnya Mara Incorporated Sdn Bhd kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau yang hadir di Ibu Pejabat SPRM di sini pada 12.10 tengah hari Jumaat, menyerahkan dokumen itu kepada Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mohd Jamidan Abdullah, bagi membantu siasatan kes.
Annuar ketika ditemui pemberita selepas penyerahan dokumen itu berkata pihaknya meminta supaya perkara berkenaan diberi keutamaan dan disegerakan serta menyatakan MARA ingin memberi kerja sama sepenuhnya kepada SPRM.
Beliau berkata, MARA juga akan melantik juruaudit dari luar negara sebagai tambahan kepada audit dalaman yang sedang dijalankan serta siasatan oleh SPRM.
"Audit dalaman tidak memadai…walaupun SPRM menjalankan tugas mengikut kaedah dan peraturan tertentu tetapi dari segi kita, kita mesti melihat juga audit pengurusan untuk diperkemaskan pada masa akan datang," katanya lapor Bernama.
Ditanya sama ada pihaknya sudah mengenal pasti dalang di sebalik kes itu, Annuar hanya berkata: "more or less".
Mengulas tindakan yang akan dikenakan kepada pegawai yang disyaki terlibat, beliau berkata ia tertakluk kepada kuasa Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Bagaimanapun, katanya, perkara tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Mara pada 1 Julai ini.
Mengulas mengenai kenyataannya berhubung kelulusan pembelian hartanah di Melbourne itu yang diputar belit oleh sesetengah media, Annuar berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak meluluskan pembelian itu pada 10 Mei.
"Kemudian Mara dan kementerian membawa rayuan kepada Majlis Ekonomi untuk dibincangkan kerana ia melibatkan pinjaman luar negara dan (Majlis Ekonomi) luluskan hanya 30 peratus dana Mara digunakan untuk pembelian itu. Bakinya dipinjam daripada bank luar negara," jelasnya.
Dua hari lepas, Najib meluahkan kekecewaannya apabila kenyataan Annuar berhubung pembelian hartanah di Melbourne itu diputar belit oleh sesetengah media sambil menjelaskan keputusan mengenai pembelian hartanah itu dibuat secara konsensus oleh Majlis Ekonomi.
Najib berkata sekiranya ada pihak yang didapati menipu atau cuba memperdaya ahli-ahli mesyuarat Majlis Ekonomi dengan butiran yang tidak tepat atau lengkap, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab.
Sementara itu, Mohd Jamidan dalam satu kenyataan memaklumkan telah menghantar pegawainya ke Melbourne untuk mendapatkan dokumen dan maklumat yang boleh membantu siasatan.
"SPRM telah memanggil beberapa individu dan akan memanggil lagi individu lain yang ada kaitan dengan isu ini untuk diambil keterangan. Sehubungan itu, mana-mana pihak yang ada maklumat dan bukti boleh juga menyalurkan kepada SPRM," katanya.
Akhbar Australia, The Age melaporkan seorang pegawai tinggi MARA, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan berjuta-juta dana kerajaan untuk membeli satu blok apartmen di Melbourne dalam penipuan hartanah.
Akhbar itu mendakwa 'sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya' terlebih bayar sebanyak AUS4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok apartmen di bandar raya itu pada 2013.
Ketiga-tiga pegawai itu didakwa 'membida lebih tinggi' bagi bangunan itu dikenali 'Dudley International House', daripada AUS17.8 juta kepada AUS22.5 juta (RM65.3 juta), dengan wang perbezaan itu dijadikan sebagai rasuah di tanah air.
Dudley International House merupakan asrama pelajar, dibeli oleh MARA yang menyediakan biasiswa pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di luar negara.
Bangunan Dudley International House setinggi lima tingkat di subbandar East Caulfield menempatkan 115 pelajar Mara di Monash University.


- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/06/26/mara-serah-dokumen-melbourne-deal-kepada-sprm/#sthash.PwkiKwzv.dpuf

Mana Mana Parti Yang Cenderung Kepada UMNO Akan Berkubur !!

Posted: 26 Jun 2015 04:30 AM PDT

 


Jika ada parti baru jangan sokong Umno/BN..insya'allah ia takan berkubur...
Dato' Tarmizi Mohd Jam



Sejarah hanya membuktikan, parti serpihan yg pro Umno pasti tenggelam. Berjasa, Hamim dan Akim ruyup kerana parti2 serpihan ini menyokong BN. Dan Pas pd masa ini melawan BN. 



Mana2 parti di Malaysia yg dilihat rakyat condong menyokong Umno pastinya akan ditolak. Bukan buat kerjasama, cukup sekadar iyakan cakap2 dan tindakan Umno, akan tenggelam. Parti S46 hidup tetapi tenggelam slps dibubarkan kerana pemimpinnya sertai Umno. 



Bukankah telah juga dibuktikan Parti Keadilan Nasional, kini jadi Partai Keadilan Rakyat (PKR) berdiri teguh wlpun ia parti serpihan Umno. Ini yg di depan mata. 



AK Parti pimpinan Erdogan juga serpihan drpd Parti Refah, terbukti ia lbh berjaya drpd Refah (kini Shadat Parti) yg dipimpin Erbakan menerajui Turki. Dan di Indonesia, Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) yg diketuai Megawati skrg, Jokawi jd Presiden Indonesia adalah parti serpihan drpd Partai Indenesia Perjuangan (PDI). 



AK Parti dan PDI-P lahir kerana krisis dalaman hampir2 sama dgn yg dilalui oleh Pas. Yg clear, parti serpihan jgn condong dgn Umno. Amacam?




Ini sudah pun dijelaskan dalam SURAH HUD AYAT 113  -  "BARANG SIAPA MENYOKONG/CONDONG KEPADA PEMERINTAH YANG ZALIM DAN TIDAK BERLAKU ADIL KEPADA RAKYAT -  KAMU AKAN DIBAKAR API NERAKA."


Tubuh Parti Baru - Selepas Hadi, Haron Din Pula Mengelupur

Posted: 26 Jun 2015 03:45 AM PDT


Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din mengingatkan tindakan pemimpin progesif meninggalkan parti itu hanya akan menguntungkan "musuh" serta melemahkan gerakan Islam.

Menurut laporan The Star hari ini, Haron menasihati kumpulan digelar G-18 itu supaya tidak meninggalkan PAS atau mereka akhirnya akan dilupakan.

"Sekumpulan kambing akan menjadi lebih selamat apabila mereka bersama, tetapi kambing yang memilih untuk bersendirian berdepan risiko diterkam serigala," katanya.

Haron yang tidak pernah memenangi sebarang kerusi dalam mana-mana pilihan raya berkata, dengan berpisah daripada kumpulan utama, mereka bukan saja menyebabkan perpecahan parti, malah gerakan Islam.

"Tindakan mereka hanya akan menguntungkan musuh," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan "musuh" yang dirujuknya itu.

G-18 dilaporkan sedang mempertimbangkan beberapa pilihan politik selepas mereka disingkirkan secara berkumpulan oleh perwakilan PAS yang bermuktamar di Kuala Selangor pada 4 hingga 6 Jun lalu.

Sebagai ganti, kumpulan konservatif menguasai seluruh jawatankuasa pusat serta sayap PAS.

Satu-satunya pemimpin progresif yang memenangi pemilihan itu, Mazlan Aliman, juga kemudian meletak jawatan.

Haron berkata, kekalahan dalam pemilihan lalu bukan bermakna  ahli PAS mahu menghalau mereka, sebaliknya pemimpin terbabit sendiri mahu keluar dari parti berkenaan.



Khalid Ibrahim Sedia Ambil Alih MB Selangor ? Biar Betul !!!

Posted: 26 Jun 2015 03:00 AM PDT


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedia kembali menjadi Menteri Besar Selangor bagi memastikan negeri itu ditadbir secara telus, bertanggungjawab dan bebas rasuah.

Namun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas Pelabuhan Klang itu berkata, beliau hanya boleh kembali menerajui Selangor jika mendapat majoriti mudah dalam Dewan Negeri Selangor (DNS).

"Saya sedia kembali menjadi Menteri Besar jika mendapat sokongan bagi memastikan Selangor ditadbir dengan telus, bertanggungjawab dan bebas rasuah," katanya seperti dilaporkan Malaymail Online.

Desas-desus sudah mula tersebar Abdul Khalid akan kembali menjadi Menteri Besar bagi menggantikan Mohamed Azmin Ali. Dakwaan itu timbul apabila kemelut politik yang melanda DAP dan Pas yang turut sama mengheret Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjejaskan pentadbiran negeri.

Azmin dikatakan tidak lagi mendapat sokongan DAP malah beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (PKR) juga tidak menaruh kepercayaan terhadap pemimpinan Azmin sebagai Menteri Besar. Ketidaktentuan politik di Selangor mendapat perhatian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengingatkan kerajaan negeri memastikan kestabilan supaya pembangunan dapat diteruskan untuk rakyat.

Sejak akhir-akhir ini, kelibat Abdul Khalid kerap kelihatan dalam program-program rasmi yang dihadiri Sultan Selangor sekaligus menguatkan lagi desas desus itu.


Pelik!!! Bangunan Yang Sama Tapi Waktu Berbuka Dan Imsak Berbeza, Jom Terjah!!!

Posted: 26 Jun 2015 02:00 AM PDT


 

PASTI anda akan merasakan satu kelainan jika diberikan peluang untuk menjalani ibadah puasa di atas bagunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa.

Mana tidaknya kerana di atas menara tertinggi di dunia ini sebenarnya mempunyai 3 waktu berbuka puasa berbeza.



Perkara ini sedang dialami oleh pelancong dan juga pekerja yang berada di dalam bagunan tersebut di mana mempunyai ketinggian 829.8 meter.


Kejadian ini terjadi kerana semasa matahari jatuh penghuni ditingkat bawah sudah tidak nampak tetapi penghuni di tingkat atas masih melihat matahari.

Kerana hal demikian penguatkuasa Islam Dubai telah berbincang dan mengeluarkan waktu berbuka puasa berbeza di dalam bangunan  berkenaan.

"Oleh itu, mereka yang tinggal di tingkat atas belum boleh berbuka puasa seperti yang lain-lain di bandar kerana terdapat perbezaan masa selama dua minit," kata Mufti Dubai Ahmed Abdul Aziz al-Haddad.

Seorang ulamak terkenal Mohammed Al-Qubaisi telah mengeluarkan waktu baru di mana berada di atas tingkat 80 perlu berpuasa lebih dua minit manakala mereka di tingkat 150 dan ke atas perlu menunggu selama tiga minit sebelum boleh berbuka. - Siakapkeli.my

Anwar Setuju Tubuh Pakatan Baru Tanpa PAS

Posted: 26 Jun 2015 01:00 AM PDT




Perkembangan terkini dalam blok pembangkang menunjukkan bukan saja sebuah parti Islam baru bakal wujud tidak lagi, bahkan juga akan disusuli dengan penyusunan semula Pakatan Rakyat yang benar-benar beraspirasi mahu menggantikan BN mentadbir negara ini.

Setelah kumpulan progresif PAS yang menggelarkan diri mereka G18 mengadakan beberapa pertemuan, seorang daripada anggotanya, Khalid Samad hari ini mengesahkan mengenai penubuhan sebuah parti Islam baru itu.

Katanya, parti baru itu berkonsepkan untuk semua tanpa mengira kepercayaan dengan teras perjuangannya ialah untuk memerangi rasuah dan menegakkan keadilan kepada rakyat.

Sebelum ini beberapa pemimpin progresif PAS seperti Mohamad Sabu, Nizar Jamaluddin dan lain-lain turut membayangkan perkara yang sama yang sekaligus menunjukkan mereka ini sudah tawar hati dengan trend perjuangan yang dibawa PAS pro ulama sekarang.

Pada malam semalam juga, kumpulan G18 ini turut mengadakan pertemuan dengan pimpinan utama PKR dan DAP di kediaman bekas Setiausaha Agung PAS, Kamaruddin Jaafar yang dipercayai sebagai tanda-tanda awal kepada penyusunan semua Pakatan Rakyat yang dalam keadaan tidak menentu ketika ini.

Antara pemimpin PKR yang hadir dalam pertemuan itu ialah Dr Wan Azizah Wan Ismail, Tian Chua, Johari Abdul, Saifuddin Nasution dan Shamsul Iskandar manakala daripada DAP pula ialah Lim Kit Siang, Teresa Kok, Liew Chin Tong dan beberapa yang lain.

Dengan adanya pertemuan tersebut serta kehadiran pemimpin utama PKR dan DAP, kebarangkalian paling nyata ialah bukan saja penubuhan sebuah parti Islam baru akan menjadi kenyataan tidak lama lagi tetapi juga penyusunan semua Pakatan Rakyat yang lebih mantap dan kuat.

Adalah dijangkakan sebaik saja parti baru itu disahkan penubuhannya, ia akan terus memohon menyertai Pakatan Rakyat atau PKR dan DAP sendiri yang akan mencadangkan kemasukannya ke dalam gabungan pembangkang.

Ia akhirnya terserah kepada PAS sama ada mahu terus kekal bersama Pakatan Rakyat atau secara sukarela "mencari selipar dan berlaku pergi" meninggalkan gabungan itu.


Jika PAS mahu terus kekal, bermakna Pakatan Rakyat baru ini akan dianggotai empat parti, tetapi kiranya PAS memilih untuk mengundurkan diri ia akan kekal dianggotai tiga parti.

Pertemuan kumpulan G18 dengan pimpinan PKR dan DAP ini diadakan hanya beberapa jam selepas Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan daripada Penjara Sungai Buloh yang melahirkan keyakinan, gabungan pembangkang akan menjadi lebih kuat setelah melalui penyusunan semulanya.

Sambil menegaskan Pakatan Rakyat masih berfungsi sama ada di peringkat negeri mahupun Parlimen, Anwar berkata, barisan pembangkang selepas disusun semula dengan kekuatan baru, termasuk sokongan NGO-NGO, akan muncul lebih kuat dan bersatu selepas ini.


Beserta ikrar tidak akan meninggalkan perjuangan ini selagi nyawa dikandung badan, Anwar ternyata tidak sekadar membaca buku dan mengaji Al Quran saja ketika mendekap di penjara.

Sepertimana jangkaan banyak pihak sebelum ini, kehidupan di penjara tanpa tekanan dan gangguan akan membuatkan Anwar lebih bebas berfikir dan merangka strategi yang lebih baik untuk kepentingan Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihanraya akan datang.

Serentak dengan itu, tidak disangsikan lagi penubuhan parti Islam baru dan penyusunan semula Pakatan Rakyat yang sedang direncanakan ini adalah dalam pengetahuan dan restu Anwar sepenuhnya.

Di luar atau dari dalam penjara, Anwar nampaknya sentiasa ada untuk politik Malaysia.

– shahbudindotcom.blogspot.

Foto ini mencerminkan keakraban Husam dengan Tokguru.

Posted: 26 Jun 2015 12:15 AM PDT

Husam Musa Akhirnya Dilenyap Dan Dikuburkan Oleh PAS Kelantan





Badan Perhubungan PAS Kelantan untuk sesi 2015/17 telah pun dibentuk yang memperlihatkan berlaku perubahan mengejutkan. Perubahan itu sesuatu yang postif untuk memantapkan badan eksekutif PAS Kelantan itu. Apa yang paling mengejutkan apabila nama Husam Musa sebelum ini sebagai Timban Pesuruhjaya II tidak ada langsung dalam penyusunan itu.

Ahmad Yaakub kekal sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan. Manakala Mohd Amar Nik Abdullah sudah semestinya sesuai dengan kedudukannya sebagai TMB menjadi timbalan Ahmad, dilantik menjadi Timbalan Pesuruhjaya I. Pesuruhjaya II pula Dr Johari Mat yang dinaikkan darjat meskipun prestasinya tidak seberapa. Manakala Pesuruhjaya III Adun Kemuning yang juga Exco, Dr Mohd Fadzli Hassan.

Penyusunan badan perhubungan itu tidak boleh dinafikan ia sedikit sebanyak berasaskan kepada kroni dan mereka yang "seraga ayam" dengan Ahmad Yaakub. Kerana sebelum ini beberapa nama di luar kronis disebut dan layak untuk menganggotai badan perhubungan itu tetapi, seorang pun tidak dilantik.

Antara mereka ialah Adun Pasir Tumbuh Abdul Rahman Yunus, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim dan Adun Mengkebang Abdul Latif Abdul Rahman. Tetapi disebabkan mereka ini dilihat tidak berpihak kepada mereka, dan tidak bersedia untuk masuk "raga ayam", maka kebolehan mereka dinafikan.

Pembuangan Husam

Pembungan Husam dari badan perhubungan PAS itu dilihat satu tindakan berani oleh Ahmad Yaakub. Tindakan tersalah sangka dari jangka kerana Ahmad dilihat sebagai seorang warak tidak mudah menghukum orang yang tidak melakukan kesalahan syarak. 
Mungkin beliau dengan nasihat Nik Amar telah membuat perhitungan ketiadaan Husam mereka mampu menggerakkan PAS. PAS Kelantan sebelum ini khususnya di era kepimpinan Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat, lebih dilihat ianya digerak dan dibangunkan oleh kuasa dan minda siasah Husam.

Husamlah enjin kepada Nik Aziz dan PAS Kelantan. Walaupun kejayaan Nik Aziz mengekalkan kerajaan Kelantan selama lima penggal ianya adalah berkat kerjasama semua pihak, tetapi orang yang memain peranan dan akitek mengutuhkan PAS adalah Husam Musa. 
Husamlah yang membentuk minda politik Nik Aziz dengan berkonsepkan kepada politik Islam dianuti Tokguru menerusi beberapa jawatan pentingnya sebagai pembantu Tokguru, Pegawai Akhbar, Setiausaha Politik kemudian sebagai Exco kanan. 
Husamlah pendampingi Nik Aziz sepanjang Allahyarham berada diluar rumah dan berada dalam sepanjang medan politik.

Gara-gara keintiman dan kerajinan itulah juga menyebabkan beliau dicemburi sampai diusahakan memisahkan dia dengan Tokguru.

Menyedari hungungan intim dan peranan itu mungkin Ahmad Yaakub tidak mahu Husam terus dilihat berperanan dalam PAS maka beliau harus disingkirkan dari badan perhubungan PAS. Tindakan itu juga sedikit sebanyak mungkin kerana sikap Husam yang tidak begitu cakna kepada Ahmad Yaakub sebelum ini semasa Ahmad memegang jawatan TMB. 
Umum sudah tahun Husam seorang yang tidak begitu mesra alam dan bertindak secara bersendirian.

Bagaimana pun, sepatutnya setelah Ahmad sah mengambil alih jawatan MB tidak seharusnya beliau berasa bimbang dan sangsi kepada Husam lagi kerana keseluruhan "anak kunci kekuasaan" ke atas PAS Kelantan berada ditangannya. Selepas pengunduran Tokguru suka atau tidak, Husam harus akur dan berketuakannya.

Sepatutnya Ahmad tidak bertindak kejam dengan menyingkirkan Husam. Membuang Husam sebegitu dilihat sadis dan ia memberi kesan negatif kepada pentadbiran Ahmad dan PAS Kelantan. Dan kalau pembuangan Husam itu adalah atas tekanan pihak lain ternyata Ahmad tidak mampu berdiri sebagai seorang pemimpin yang tegas, berprinsip dan adil.

Dalam konteks ini saya bukan sengaja mahu membela Husam, tetapi lebih melihat kepada kesan ekoran tindakan itu. Pembuangan Husam dari badan eksekutif PAS itu sangat disukai oleh Umno. 
Selama ini orang yang dibimbangi dan ditakuti oleh Umno ialah Husam Musa. Apabila Husam yang mampu membaca langkah politik musuh dan sering mengelirukan musuh tidak ada lagi, maka mudahlah untuk musuh masuk ke dalam rumah PAS dan menganyang. Musuh bersorak sambil bertepok tangan, seraya dalam hati berkata ''inilah masanya..."

Ahmad mungkin tidak melihat hakikat ini dan dia lebih berasakan dia selamat apabila Husam tidak ada. Congakan itu silap. Seperkara yang Ahmad kena ingat, kalau tindakan terhadap Husam itu berdasarkan kepada dhamirnya tidak mempercayai Husam, perasaan sama juga beliau kena ada juga kepada orang lain yang kini menjadi pagar-pagar besi bodekismenya.

Apa yang Ahmad kena ingat suatu hari pagar itu juga akan memakan dirinya. Ini politik.

Selain itu pengyingkiran Husam juga dianggap kejam dan sikap kacang lupakan kulit. Jasa dan budi Husam selama sejak tahun 1995 menjadi ahli Parlimen, kemudian Adun dan dilantik menjadi Exco dua penggal banyak merancang untuk pembangunan sosial ekonomi di Kelantan. 
Ini menunjukkan Ahmad Yaakub seorang yang tidak tahu mengenang budi dan seolah-olah tidak ada penghormatan langsung kepada Tokguru Nik Aziz. Penyanjungan Nik Aziz kepada Husam sebagai seorang budak bijak tidak diikhtiraf oleh Ahmad Yaakub.

Tindakan itu juga kontras dengan sifatnya sebagai Mursyidul Am yang lebih perlu bertindak menjadi pendamai dan bukan meretakkan lagi keadaan. Murabbi itu membimbang dengan perbuatannya dengan penuh fatanah bukan seronok dan syok dengan kata hafalan dan bacaan dikertas kitab.

Bahaya menanti

Seburuk-buruk Husam dia ada pengaruh dan aura tersendiri. Kalau pun dia selepas ini menjadi pasif kepada PAS, tetapi pengikutnya akan membuat tindakan sendiri. Apa kata kalau para pengikutnya bertindak untuk tidak bersama PAS kerana kecewa kepada apa yang berlaku di Kelantan dan menimpa Husam? Tidak perlu banyak cukup sekadar 25 persen sahaja ia menjejaskan PAS. Kalau itu berlaku jangan salah dan tuduh Husam lagi.

Tidakkah keadaan itu merugikan PAS Kelantan. Tidak tahulah saya kalau pemikiran Ahmad Yaakub dan mereka yang berada diserandang kekuasaanya kini sudah terpeta dalam kepala kerjasama dengan Umno. Kalau bayangan itu sudah wujud, maka pembuangan Husam itu adalah wajar kerana Husam selamanya akan tetap berpegang kepada ikrar dan sumpah Tokgurunya, Nik Abdul Aziz yang sama sekali tidak akan bekerjasama dengan Umno selagi parti itu tidak menukar perlembagaan parti.

Kepada Husam diharap jangan berduka dan bersedih di atas apa yang berlaku. Terimalah dengan penuh keredhaan dan insaf. Percaya dan yakinlah sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya, mungkin juga kifarah Allah ke atas diri kita. 
Dan kebenaran itu selalunya lambat tiba. Ia selalu saya ibaratkan seperti kereta api malam, yang sering kali lewat tiba tetapi ia tidak tetap akan sampai dan tidak sesekali pernah mungkiri kepada setesennya.

Jangan menangis duhai putra Musa, dakaplah kenangan bersama Tokgurumu dan keriduan kepadanya jadikan penawar mujarab untuk mengubati segala kesadisan yang kamu terima selama ini. 
Senyum dan tersenyumlah kandati pun dengan penuh kejadaman. Kepada Ahmad Yaakub good luck. [wm.kl.4:09 pm 25/06/15]

Disesuaikan Dari mso melayu