Khamis, 25 Jun 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


1MDB: Tun M tidak percaya laporan LKAN dan PAC Adam Abu Bakar

Posted: 25 Jun 2015 11:30 PM PDT



Laporan audit tidak boleh mendedahkan segala kesalahan yang dilakukan oleh syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

mahathir

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa beliau hilang kepercayaan terhadap Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Menurutnya, laporan audit tidak boleh mendedahkan segala kesalahan yang dilakukan oleh syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Laporan audit hanyalah berbentuk akaun, orang yang tulis akaun 1MDB itu dia boleh tipu, jadi laporan audit juga tidak berkesan," katanya.

Pada masa sama, Dr Mahathir juga mempersoalkan ketelusan PAC yang menurutnya bersifat berat sebelah.

"Ahli PAC, Tony Pua juga bersifat bias. Malah, yang lain juga bias pada UMNO. Jadi lebih baik tidak payah ada. Dan kita (UMNO) boleh bertahan sampai pilihan raya," kata beliau lagi.

Selain, Dr Mahathir juga membidas kenyataan mana-mana pihak yang menyatakan serangan yang beliau lakukan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah serangan peribadi.

"Kalau orang kita tak faham politik jadi kita akan kehilangan negara kita kerana masalah yang timbul ini adalah mengenai syarikat 1MDB.

"1MDB kini telah kehilangan wang berbilion ringgit," ujarnya lagi.

See more at: http://www.freemalaysiatoday.com

Info : Kenapa Brunei Tak Masuk Malaysia Dulu

Posted: 25 Jun 2015 10:45 PM PDT



Info : Kenapa Brunei Tak Masuk Malaysia Dulu



Apabila Sultan Omar Ali Saifudin III dari Brunei mengisytiharkan bahawa Brunei tidak akan bersama-sama membentuk Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah cuba untuk memberikan tekanan ke atas Brunei dengan memanggil balik beratus-ratus guru dan pegawai dari Tanah Melayu yang di pinjamkan kepada negara tersebut. Hal ini menyebabkan Brunei ketika itu menghadapi masalah pentadbiran.

Namun Sultan masih tetap dengan pendirian nya. Antara perkara yang tidak dipersetujui oleh Sultan semasa rundingan dengan Persekutuan Tanah Melayu adalah kedudukan Kesultanan Brunei yang di letakkan di bawah sekali di dalam Majlis Raja-raja Melayu. Satu lagi perkara besar yang tidak dipersetujui oleh Sultan adalah berkenaan dengan cukai Pusat ke atas hasil minyak sebanyak 10% untuk selama 10 tahun dan selepas itu Pusat mahu mengambil alih kawalan minyak Brunei.

Hujah-hujah bahawa dengan pembentukan Malaysia maka dapat membendung ancaman komunis dan untuk mendapatkan kemerdekaan awal dari British akhirnya telah di tolak oleh Sultan atas sebab-sebab tidak bersetuju dgn syarat-syarat di atas.
Hari ini Brunei adalah sebuah negara yang berdaulat, ahli kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan juga ahli kepada ASEAN. Ini bermakna ia nya sebuah negara yang diiktiraf bukan sahaja oleh negara-negara yang berjiran dgn nya, malah diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Hari ini juga rakyat Brunei menikmati pendapatan per kapita antara yang tertinggi, harga Petrol yang terendah, pendidikan percuma hingga peringkat tinggi dan sebagai nya.

Pada akhir tahun lepas, Kerajaan Brunei melalui Menteri Tenaga nya telah melahirkan rasa kekecewaan secara terbuka kerana masih ramai rakyat tempatan tidak di ambil bekerja di syarikat-syarikat pembekal dan kontraktor industri minyak. Menteri tersebut berkata, walaupun Brunei mengalu-alukan pelaburan asing, namun jika tidak serius untuk memberikan peluang pada rakyat tempatan, syarikat-syarikat ini tidak dikehendaki untuk berada di Brunei.

Ini adalah satu amaran keras dan terbuka. Saya percaya syarikat-syarikat yang ada di dalam industri Minyak dan Gas ini akan mula memberikan perhatian yang serius.

Dalam satu ucapan, bagi memperingati Sultan Omar Ali Saifuddin III, bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew berkata apabila Singapura keluar dari Malaysia, Sultan Omar Ali telah berkata pada nya "Kamu sudah seperti Brunei. Itu adalah lebih baik untuk kamu"

Sejarah adalah satu perkara yang telah pun berlalu dan tidak akan sesekali dapat di ubah, Namun satu soalan retorik yang menarik, apakah yang mungkin berlaku andainya Brunei bersetuju untuk bersama-sama membentuk Malaysia?

Andaian

1. Brunei bukan saja akan di kenakan cukai utk hasil minyak, malah 95% hasil minyak akan pergi ke Pusat. Tinggal 5% untuk Brunei.

2. Pendapatan rakyat Brunei mungkin akan sama dengan Sarawak iaitu RM30,000 berbanding dengan sekarang RM62,000 (USD 20,000)

3. Rakyat Brunei akan membeli minyak dengan harga yang lebih mahal dari sekarang iaitu RM1.90 seliter utk RON95 berbanding sekarang RM0.90 (B$0.36)

4. Rakyat Brunei yang hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan terpaksa meminjam dari PTPTN dan dikenakan Riba.

5. Sindrom ramai orang luar Brunei yang memegang jawatan tinggi dgn gaji mahal di sektor Minyak dan Gas akan berlaku tanpa ada apa-apa bunyi bantahan dari pemimpin tempatan Brunei. Rakyat Brunei akan di beri jawatan peringkat rendah dgn gaji yang rendah juga.

6. Harga kereta import akan mahal dan rakyat Brunei akan ramai yang terpaksa beli Proton dan Perodua.

7. Jalan antara bandar di Brunei akan menjadi jalan satu lorong untuk sehala yang berombak2 dan berlubang. Dan kebanyakan di tampal pelbagai kali hingga rupanya macam kek lapis Sarawak.

Semoga Allah merahmati roh Sultan Omar Ali Saifuddin III dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...

Sumber asal penpatah

-RD

Dewan tuntutan bagasi baru mula beroperasi hari in

Posted: 25 Jun 2015 10:00 PM PDT

 
Negara ku brunei darussalam's photo.

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Feb – Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Kementerian Perhubungan, hari ini, memaklumkan bahawa dewan tuntutan bagasi dan bahagian pemeriksaan kastam baru Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei akan mula beroperasi esok (9 Februari 2015).

Dengan pembukaan ini, para penumpang akan dapat menuntut bagasi mereka dari karusel tuntutan bagasi dan membuat pemeriksaan kastam di kawasan yang telah diperbaiki sebagai sebahagian daripada projek pemodenan terminal.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BEDB, sistem ketibaan bagasi ini mampu memuatkan sehingga 1,330 bagasi sejam yang merupakan unjuran kapasiti penumpang pada waktu puncak yang direka bagi projek pemodenan. Ini adalah peningkatan sebanyak 50 peratus berbanding kapasiti sistem sedia ada.

Pembukaan dua daripada tiga karusel akan dapat mencapai kapasiti waktu puncak sementara karusel ketiga, yang bakal siap kemudian, akan meningkatkan lagi kebolehpercayaan kepada sistem berkenaan.

Menurut kenyataan itu lagi, dewan tuntutan bagasi baru ini telah diperbesarkan daripada yang asal kepada sekitar 1,800 meter persegi, dan pembaharuan ini boleh menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sebanding dengan lapangan terbang antarabangsa yang lain di dalam rantau ini.

Tatkala projek Pemodenan Terminal Lapangan Terbang mencatatkan satu lagi kejayaan penting, BEDB dan DCA memohon kerjasama dan sokongan berterusan daripada para pengguna lapangan terbang dan penumpang, serta memohon maaf atas sebarang kesulitan serta ketidakselesaan yang berlaku.

SEGAK DAN BERGAYA !!

Posted: 25 Jun 2015 09:30 PM PDT


Sultan dan Raja Permaisuri Perak rai tetamu khas Majlis Santapan Diraja
KUALA KANGSAR: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, antara 570 tetamu jemputan khas berangkat ke Majlis Santapan Diraja sempena Pertabalan Sultan Perak ke-35, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, di Istana Iskandariah, malam tadi. Turut menyerikan majlis santapan diraja itu ialah keberangkatan Raja-Raja Melayu, antaranya Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Jamalullail. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli, antara kenamaan yang turut hadir.

Sebelum santapan diraja bermula, Sultan Perak dan Raja Permaisuri Perak bergambar dengan tetamu kenamaan di Balai Istiadat Kecil istana berkenaan. Majlis Santapan Diraja itu diserikan dengan persembahan nyanyian oleh penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah dan Chakra Khan. - BERNAMA

Bulan Baik, Hari Baik Ini Mari Lah Kita Buat Bantuan Kepada Saduara Kita Sesama Islam !

Posted: 25 Jun 2015 09:00 PM PDT

Negara ku brunei darussalam's photo.

Asalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Dipohonkan bantuan dan keprihatinan biskita untuk keluarga ini daripada Sg. Mau, Ulu Belait iaitu : 

1. Md Jeffrey Mohd Salleh 40
2. Nur Liyana Abdullah Lanting 39
3. Azrin Abdullah 16
4. Azhar Abdullah 15
5. Nurhazirah Md Jeffery 13
6. Azrul Md Jeffery 12


Mereka tidak memiliki kediaman sendiri. Mempunyai tapak rumah tetapi tidak ada kewangan untuk membina rumah tersebut. 

Sumber kewangan keluarga ini hanyalah dengan memancing dan mengumpul besi-besi buruk untuk dijual. 

Sumbangan yang diperlukan adalah seperti makanan harian, pakaian, peralatan dapur, tilam, bantal dan sebagainya. 

Mana - mana individu atau persatuan yang ingin mendapatkan maklumat dan memberikan sumbangan dan khidmat yang diperlukan bolehlah menghubungi talian 8815900 atau 8755389. 

Semoga Allah memberkati biskita sekeluarga dengan rahmat yg berlipat ganda sempena Bulan Syaaban ini dan Bulan Ramadhan yang akan datang. AMIN.

Kenapa Polis halang SPRM siasat dakwaan rasuah di IPD Sepang ??

Posted: 25 Jun 2015 08:15 PM PDT

 



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendakwa berlaku salah faham ketika seorang pegawainya sedang menyiasat satu dakwaan serahan wang rasuah yang sepatutnya dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah, Sepang pada Selasa.

Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob, dalam satu kenyataan pada Khamis malam, menjelaskan sebaik sahaja tiba, pegawai SPRM itu menahan seorang pegawai di IPD tersebut.

Tindakan itu menyebabkan berlaku salah faham antara pegawai polis terbabit dan pegawai SPRM berkenaan.

Bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini, pegawai SPRM itu diarahkan untuk meninggalkan IPD tersebut. Sehubungan dengan kejadian tersebut, satu laporan polis dibuat pada Rabu oleh SPRM.

Berikutan kejadian itu, pengurusan SPRM mengadakan perbincangan dengan pengurusan Polis Diraja Malaysia.

Menurut kenyataan SPRM, agensi kerajaan tesebut hanya menjalankan fungsi yang diperuntukkan mengikut Akta SPRM 2009 dengan bebas, telus dan profesional.

Astro AWANI difahamkan wang perangkap sejumlah RM10,000 dibawa oleh isteri suspek yang ditahan oleh pihak polis.


- astroawani

Fast n Furious” Ferrari Speciale di Kuching Jadi Viral Kita Bantai

Posted: 25 Jun 2015 07:30 PM PDT

 


KUCHING, 25 Jun: Seorang pemandu kereta mewah Ferrari Speciale terselamat apabila terbabit dalam satu kemalangan dengan tiang berhampiran Jalan Tabuan Court pagi tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, pemandu tersebut bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kemalangan.


Difahamkan juga, pemandu kereta tersebut adalah anak kepada seorang ahli perniagaan hartanah di negeri tersebut.

Gambar kemalangan tersebut telah menjadi viral di media sosial dengan orang ramai melontarkan pelbagai pendapat mengenai kejadian. - sumber












Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman book.

Aduhhh!! Ini lagi satu bala bagi rakyat Malaysia?

Posted: 25 Jun 2015 07:00 PM PDT


1.5 juta pekerja Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia.

Kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh 3 tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kerajaan Malaysia mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan kerajaan Bangladesh dan dijangka memeterai perjanjian tidak lama lagi.

"Kami jangka akan memeterai perjanjian pada bulan Syawal (Julai) ini di Dhaka (Bangladesh), pekerja ini bagi pelbagai bidang terutama perladangan dan bakal memenuhi permintaan pasaran pekerjaan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Bagaimanapun inisiatif ini hanya melibatkan pekerja yang 'fresh' dari Bangladesh, pendatang asing tanpa izin Bangladesh yang bekerja di negara ini tidak terlibat dan kita akan tetap hantar mereka pulang," katanya pada sidang akhbar di Alor Gajah, hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Masjid Terapung Durian Daun, penyampaian sumbangan kepada fakir miskin dan majlis berbuka puasa di Sekolah Menengah Agama Imtiaz Ulul Albab, Durian Daun di Alor Gajah.

Zahid berkata pekerja Bangledesh yang akan dibawa masuk ke negara ini akan dilatih terlebih dahulu di negara itu dan menjadi pekerja separa mahir dan pekerja yang memenuhi spesifikasi keperluan khusus majikan di Malaysia.

Beliau berkata majikan akan dikenakan empat syarat sekiranya ingin menggaji pekerja Bangladesh iaitu pekerja mesti diberikan perlindungan insurans; pekerja diberi kemudahan kediaman secara berpusat; gaji dibayar melalui bank; dan memberikan perlindungan keselamatan secukupnya.

-Bernama-

Hadi Awang Perlu Lebih Matang Bila Bercakap

Posted: 25 Jun 2015 06:30 PM PDT

Seorang bekas ahli jawatankuasa PAS pusat berkata beliau berharap kenyataan balas yang lebih "matang" daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap pemimpin dan anggota PAS yang mencari pakatan baru di luar parti, berbanding berkata mereka akan "tenggelam".

MP Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof mendakwa bahawa Hadi "memperkecil dan memandang rendah" mereka yang mencari wadah baru di luar parti itu seolah-olah mereka sebagai sebuah "kapal tenggelam atau nyamuk" apabila presiden mengeluarkan surat terbuka kepada ahli PAS.

Dr Mujahid berkata Hadi juga menolak Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang diasaskan oleh segelintir ahli yang tidak berpuas hati, dan bercadang menubuhkan parti politik baru.

"Saya rasa, mana-mana presiden dari mana-mana parti akan bertindak dengan cara yang sama tetapi saya berharap respon beliau perlu lebih matang, dan beliau boleh menghormati hak demokrasi sesiapa sahaja pun untuk membentuk parti baru atau pakatan.

"Jika saya jadi presiden, inilah apa yang saya akan cakap. Saya akan menyuarakan harapan bahawa kita boleh bekerjasama dengan parti baru ini jika kita bersetuju mengenai gambaran yang lebih besar. Kita perlu bekerjasama dengan orang lain demi kepentingan bersama rakyat.

"Tetapi malangnya ia datang daripada mulut seorang presiden yang memperkecilkan hak demokrasi anggota PAS.

"Beliau bukan sahaja memperkecil, malah memandang rendah terhadap mereka (dengan menyifatkan) seperti kapal tenggelam atau nyamuk," kata Dr Mujahid kepada Malaysiakini.

Mujahid berkata beliau tidak boleh menyalahkan Hadi yang dilihatnya seolah-olah "sangat berpuas hati" dengan apa yang beliau ada sekarang dan beliau mempunyai hak untuk menyatakan apa yang beliau rasa.

Mujahid, salah seorang daripada 18 pemimpin progresif PAS menjawab soalan berhubung pandangan Hadi mengenai pemimpin dan penyokong PAS yang mencari wadah baru selepas kekalahan mereka dalam muktmar di Kuala Selangor awal bulan ini.


Salman dan PAS Perak patut berasa bangga dengan DS Nizar

Posted: 25 Jun 2015 06:00 PM PDT

Zack Ahmad's photo.

Dilaporkan bahawa Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur, Salman Saleh membantah pengumuman DAP bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan dikekalkan sebagai sebagai Ketua Pembangkang Perak.
Alasan yang diberikan oleh Salman ialah: 

Zack Ahmad's photo.
1) Mohammad Nizar bukan lagi memegang jawatan utama di dalam PAS setelah gagal mengekalkan jawatannya dalam Jawatankuasa PAS Pusat malah disingkirkan dari jawatan Ketua Kawasan PAS Kampar.

2) Salman beralasan lagi,"DAP perlu menghormati pendirian PAS dalam perkara ini dan dengan mengekalkan Mohammad Nizar bukan jalan terbaik mengukuhkan keadaan hubungan antara PAS dan DAP." 

Pertamanya apa yang perlu diperhatikan ialah DAP mempunyai 18 kerusi DUN Perak manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS masing-masing lima kerusi.

Maka hak untuk menjadi Ketua Pembangkang ialah DAP kerana kedudukan kerusinya. 

Namun DAP melantik Mohammad Nizar untuk terus kekal sebagai Ketua Pembangkang Perak kerana beliau adalah Adun yang dilantik untuk mewakili Changkat Jering. Salman bertanya, kenapa tidak Adun PAS yang lain diambil kira? 

Apakah Salman lupa kecemerlangan Nizar yang pernah menjadi Menteri Besar Perak selama 10 bulan ketika Pakatan Rakyat (PR) menang dan mentadbir negeri itu pada 2008? 

Dan apakah Salman lebih suka kalau DAP melantik ADUN dari PKR? 

Tetapi atas sebab kelebihan yang ada pada Nizar itulah, maka DAP melantiknya untuk kekal sebagai Ketua Pembangkang. 

Apakah hanya kerana Nizar sudah bukan lagi YDP Kampar maka dia tidak layak untuk jadi Ketua Pembangkang di DUN Perak? 

Mungkinkah guru agama yang menggantikan Nizar itu patut dicadangkan? 

Seperkara lagi yang perlu Salman ingat ialah kerjasama antara kedua-dua parti, DAP dah PAS sudah berakhir.PR sudah tidak lagi wujud di Perak. 

Salman dan PAS Perak patut berasa bangga kerana DAP telah memilih Nizar, seorang ADUN PAS untuk jawatan tersebut. DAP lebih mengenali yang mana permata dan yang mana kaca.
 

"TENGGELAM" Suhaizan Kayat Jawab Ostad Hadi

Posted: 25 Jun 2015 05:15 PM PDT



G18 'berbalas pantun' dengan puak Chai Pas yang menggunakan taktik kotor semasa pemilihan Pas 2015.

Kini kegelisahan yang teramat telah dizahirkan oleh pemimpin pemimpin Pas yang menang dengan kaedah chai dalam pemilihan parti islam tersebut.

Pemimpin progresif PAS yang tewas dengan kaedah chai pada pemilihan awal bulan ini yakin parti politik baharu yang bakal ditubuhkan untuk menggantikan PAS dalam pembentukan Pakatan 2.0 tidak akan 'tenggelam'.


Penolong Setiausaha G18, Suhaizan Kayat menyifatkan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agak ketinggalan apabila memberi peringatan bahawa ahli dan pemimpin parti Islam baharu itu akan 'tenggelam' apabila ia ditubuhkan.

"Zaman sekarang sudah berubah. Lanskap politik sudah bertukar. Apa yang bakal ditubuhkan G18 ini berbeza dengan sejarah lama.

"G18 bukan dibentuk atas inisiatif satu dua pemimpin serpihan PAS. Ia sebaliknya adalah gerakan rakyat, hasil sokongan rakyat," katanya kepada mStar Online
.

Sebelum ini Hadi memberi amaran bahawa pemimpin dan ahli PAS yang menyertai parti dan pertubuhan lain akan 'tenggelam' bersama parti baharu itu.

Kenyataan Hadi disokong Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mengatakan bahawa sejarah membuktikan penubuhan parti serpihan PAS tidak mampu bertahan lama.

Mohd Amar menamakan Parti Melayu Semangat 46 dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) sebagai contoh.

Mengulas lanjut, Suhaizan bagaimanapun menolak amaran dan peringatan Hadi.

"G18 berbeza dengan Hamim mahupun parti Berjasa (Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia). Parti-parti itu ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS yang mahu bergerak sendiri.

"Bezanya G18 bukan ditubuhkan oleh pemimpin, walaupun yang mengetuainya adalah bekas pimpinan PAS tapi hakikatnya ia didorong oleh sokongan rakyat, bukan sahaja ahli PAS," katanya.

Jelas Suhaizan lagi, G18 kini giat mengadakan pertemuan dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendokong perjuangan Islam seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM).

G18 diketuai bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

kutipan dari Mstar

MP Umno Suruh Peguam Shafee Abdullah Tutup Mulut

Posted: 25 Jun 2015 04:30 PM PDT

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamad meminta supaya peguam Umno Tan Sri Shafee Abdullah supaya tidak masuk campur dengan urusan jawatankuasa itu.

Nur Jazlan berkata Shafee juga tiada hak untuk meminta MP Petaling Jaya Utara Tony Pua supaya meletakkan jawatannya dalam PAC kerana menjadi terlalu kritikal terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Beliau (Shafee) tidak mempunyai hak untuk meminta ahli PAC yang merupakan ahli badan perundangan, cabang ketiga daripada kerajaan serta dipilih oleh rakyat.

"Secara peribadi saya fikir dia (Pua) telah membantu untuk mengetengahkan isu 1MDB yang mana majoriti rakyat Malaysia percaya bahawa PAC akan menolak isu ini dan memihak kepada kerajaan.

"Kami bekerja dengan baik sebagai satu pasukan," kata Nur Jazlan kepada Malaysiakini.

Menurut Nur Jazlan lagi, Pua tidak pernah menggunakan sebarang maklumat daripada perbicaraan PAC mengenai 1MDB dalam mana-mana kenyataannya dan kebanyakkannya daripada jawapan Parlimen dan sumber lain.

"Pua melakukan dua peranan iaitu sebagai ahli parlimen untuk Petaling Jaya Utara dan ahli PAC. Dan sejauh mana yang saya tahu, dia tidak menggunakan apa-apa maklumat daripada perbicaraan PAC mengenai 1MDB di dalam kenyataannya.

 

"Apa sahaja maklumat yang digunakan dalam kenyataannya itu diperolehi daripada jawapan Parlimen dan sumber-sumber lain," katanya lagi.

Nur Jazlan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Shafee dalam laporan akhbar Berita Harian yang meminta Pua meletakkan jawatan sebagai ahli PAC bagi memastikan penyiasatan 1MDB dilakukan secara adil.
- mkini
 

Posted by Jeebond BLM

BUAT SEMUA SAHABATKU !!

Posted: 25 Jun 2015 04:00 PM PDT


Zack Ahmad's photo.

Najib juga wajar DISIASAT isu hartanah Mara

Posted: 25 Jun 2015 09:00 AM PDT

 
Najib juga wajar DISIASAT isu hartanah MaraKUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu disiasat berhubung skandal pembelian hartanah di Melbourne, Australia oleh anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (Mara), Mara Inc, baru-baru ini.

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin berkata pihak polis perlu mengambil serius terhadap pendedahan Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa bahawa urus niaga tersebut diluluskan sendiri oleh Najib selaku Pengerusi Majlis Ekonomi.

"Kita minta Perdana Menteri mesti bersedia untuk disiasat. Kita harap pihak polis tanpa mengira setinggi mana pangkat seseorang itu mesti bersedia untuk menyiasat," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Dang Wangi, di sini, hari ini.

Semalam, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata Mara akan mengadakan mesyuarat khas bagi meneliti pembelian blok apartmen Dudley International House yang dijadikan asrama pelajar tajaan agensi kerajaan itu sepertimana yang dilapor akhbar The Age.

Akhbar Australia The Age mendakwa sekumpulan pegawai Mara yang amat kaya, menggunakan dana pelaburan kerajaan Malaysia, untuk membida harga blok apartmen itu daripada AS$17.8 juta (RM51.5 juta) kepada A$22.5 juga (RM65 juta).

Pembelian hartanah itu yang jauh lebih tinggi dari harga pasaran didakwa dijadikan sebagai rasuah dalam urus niaga tersebut.

Walau bagaimanapun, Najib telah menafikan dakwaan bahawa beliau telah meluluskan pembelian hartanah tersebut dan menegaskan media telah manipulasi kenyataan sidang media Annuar.

Mengulas lanjut, Hanipa juga berkata pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh menyiasat bersama skandal tersebut selepas pendedahan dibuat oleh akhbar antarabangsa itu.

"Saya fikir polis dan SPRM boleh menyiasat serentak sebab isu penipuan itu di bawah bidang kuasa polis, di bawah seksyen 4, 2420, begitu juga dengan kes pecah amanah pun di bawah polis.

"Saya rasa tiada masalah untuk polis siasat, kita tak mahu guna birokrasi untuk menyiasat kes ini dan Kita harap pihak polis juga mengambil masa yang cepat, tak perlu berdolak-dalih lagi," katanya lagi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menegaskan pendedahan Annuar itu seolah-olah urus niaga itu tidak menyalahi undang-undang.

"Ia menjadi tanda tanya sejauh mana ianya merupakan satu amalan biasa dalam pentadbiran Umno-BN.

"Kekayaan negara dapat dibelanja dengan sewenang-wenangnya, membeli atas alasan membeli aset, tetapi dibeli pada harga yang RM13 juta melebihi harga pasaran," katanya lagi. - SH


Tangan Najib pembawa MALANG Oleh Aspan Alias

Posted: 25 Jun 2015 08:30 AM PDT

 
Tangan Najib pembawa MALANGSemua sentuhan Najib membawa masalah kepada negara terutamanya dalam hal melibatkan kewangan dan khazanah negara yang merugikan. Tidak payah kita sebut sejarah lama. Jika kita mulakan dengan hal kapal selam hinggalah kepada isu FGV dan kini isu pembelian harta di Cauldfield di Melbourne semuanya adalah transaksi di bawah dagu Najib.

Pendeknya apa sahaja yang disentuh oleh Najib akan membawa malang kepada negara dan rakyat yang menanggung semua salah laku beliau. 

Dalam pada itu beliau tetap berdegil dan tidak mahu berundur dan setiap salah lakunya yang diketahui umum beliau akan dialihkan pandangan ramai kepada perkara yang lain tidak tepat sasarannya.

Isu yang saya selalu sebutkan ialah pimpinan kita sejak berapa lama dahulu tidak mahu mengambil 'accountability' terhadap noda dan kesalahan yang dilakukan mereka. Memerintah hendak lama tetapi kesalahan tetap dilakukannya. 

Kesalahan mereka tidak mahu diakui tetapi sebaliknya menyalahkan orang lain. Apabila disoal oleh rakyat jawapan tidak diberi dengan betul atau tidak dijawab terus. Jika menjawab pun hanyalah jawapan-jawapan loyar buruk sahaja dan tidak tepat.

Semua tanggungjawab hendak dipikul tetapi satu pun tidak terlunas dengan baik dan sempurna malah semuanya dalam kepincangan. Rakyat keliru dengan sifat dan tindak laku pimpinan kita. Gaya ada tetapi tidak mempunyai 'substance' dan kalau dikaji dengan teliti mereka ini layak bersama saya sahaja duduk dan minum dikedai mamak setiap hari.

Kita cuba ingatkan isu-isu yang lepas yang berkait dengan Najib. Isu scorpene semua orang tahu ia melibatkan isu RM lebih dari RM7billion. Akhirnya timbul isu sampingan selain dari isu tambahan harga yang begitu tinggi, iaitu isu pembunuhan Altantuya yang sampai hari ini tidak mendapat penyelesaian yang betul walaupun telah dibawa ke Mahkamah. 

Dr Mahathir telah bertanya siapa yang mengarahkan Sirul membunuh Altantuya, jawapannya tidak diberi sehingga hari ini.

Felda mantap dan selamat semasa perbadanan itu berada di Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah dahulu, tetapi kelemahan Abdullah Badawi yang terbilang dengan mudah tidurnya telah membenarkan Najib membawa Felda untuk diletakkan dibawah urusan beliau semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu.

Felda yang mempunyai resab yang melebihi RM4 billion sekarang sudah tinggal sejemput sahaja. Peneroka yang tidak pernah berhutang sekarang sudah berhutang kerana pembelian saham FGV yang beliau janjikan bulan dan bintang dahulu. Sekarang harga saham FGV telah merudum dan sekarang berlegar di sekitar RM 1.70 sen sahaja. FGV ibarat berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.

Dulu ramai yang menentang Felda di senaraikan di Pasaran Saham termasuk pegawai – pegawai yang kanan dalam perbadanan itu tetapi mereka ini diharam jadahkan oleh Najib. Sekarang peneroka sudah mengalami masalah yang belum pernah mereka alami kerana tindakan Najib yang memandai-mandai. 
Kata-kata sumbang sudah terlepas usaha yang kononnya untuk kepentingan peneroka telah gagal.
Timbul pula isu 1MDB yang terhutang sebanyak RM42 billion. Itu pun beliau nafikan yang 1MDB mengalami kerugian dan Najib sentiasa berfikir rakyat semuanya bodoh dan tidak tahu yang rakyat lebih cerdik dari beliau.

1MDB membawa padah kepada banyak pihak. Beberapa orang pegawai bank antarabangsa telah kehilangan kerja kerana memberikan pinjaman kepada 1MDB. 1MDB menjadikan 'credit rating' negara sudah menurun. 

Kita bukan tidak tahu, jika tiga 'credit rating agencies' ini memberikan negara 'rating' yang rendah negara akan kehilangan kredibiliti dan akan memberikan masalah dan tambahan beban kepada negara. Isu-isu seperti ini dipermain-mainkan dan dilalai-lalaikan. Akhirnya kerajaan telah menghantar seorang Menteri Kabinet untuk berjumpa salah satu dari 'credit rating agencies' itu untuk meminta jangan diturunkan 'rating' Malaysia.

Semua kerja tidak dilakukan oleh pelaksana dengan jujur. FGV telah membeli saham syarikat perladangan kumpulan Rajawali di Indonesia dengan harga yang meragukan. Felda sememangnya terbilang dengan membeli harta dengan harga yang ditambah berlipat kali ganda di seluruh dunia. 


Tentulah kita tahu sebabnya jika membeli harta yang berlipat kali ganda harganya itu. Kali ini Felda telah membeli syarikat kumpulan Rajawali dengan harga dua kali ganda dari aras harga pasaran. Ada beberapa orang yang hendak menjadi kaya raya dengan menggunakan kedudukan dan keringat peneroka itu.

Sekarang timbul pula hal pembelian harta di Cauldfield Melbourne dengan tambahan harga sebanyak hampir RM14 juta. Sekarang MARA sedang menubuhkan jawatankuasa untuk menyiasat pembelian itu. Pergolakan dalam UMNO juga dikatakan penyebab kenapa isu ini diketengahkan. Siapa yang memangsakan dan dimangsakan dalam isu terbaru ini kita akan ketahui nanti.

Pemutus kata, apa sahaja yang berada dibawah Najib semuanya mempunyai masalah hasil dari tidak ada kejujuran dan merobek keyakinan dan kepercayaan yang telah diberikan rakyat itu.
Najib has to be forced out. Semua sentuhannya membawa malang. - 

http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Phahrolrazi beri laluan kepada Tn Haji Mat Sabu ?

Posted: 25 Jun 2015 07:00 AM PDT

 
Phahrolrazi beri laluanKUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma), Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd. Zawawi menyatakan kesudiannya memberi laluan kepada bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, untuk memimpin sebuah parti Islam baharu bagi menggantikan Pas.

Pendirian Phahrolrazi itu merupakan jawapan balas cukup pedas kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang memberi peringatan kepada pemimpin dan ahli parti tersebut semalam, bahawa mereka akan 'tenggelam' jika keluar Pas untuk menubuhkan parti baharu.

Dalam nada sinis, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkalan Kundor, Kedah, itu menambah, peringatan Abdul Hadi itu tidak berasas kerana Pas sebenarnya yang bertindak menenggelamkan 18 pemimpin dari kem Anwarinas dalam pemilihan parti tersebut baru-baru ini.

"Ini (perancangan menubuhkan parti Islam baharu) soal kebebasan dalam demokrasi, masing-masing mempunyai pertimbangan sendiri dan sudah tentu apabila kita merancang menubuh parti baharu, ada risikonya. Tapi peluang kejayaan juga sentiasa terbuka luas untuk kita.

"Soal tenggelam tidak timbul kerana dalam Pas (kumpulan 18 pemimpin) sudah ditenggelamkan, sedangkan mereka memiliki banyak potensi. Jadi kena cari tempat baharu untuk timbul iaitu wadah politik baharu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas peringatan Abdul Hadi menerusi surat terbuka Presiden Pas itu kepada seluruh ahli parti bahawa mana-mana pemimpin atau ahli yang keluar daripada Pas akan 'tenggelam' bersama parti atau pertubuhan lain yang disertainya.

Kumpulan 18 pemimpin Pas yang dilabelkan sebagai pendokong Anwarinas diketuai Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, kini sedang dalam siri jelajah untuk mengumpulkan sokongan selaras dengan rancangan mahu menubuhkan parti baharu selepas Aidilfitri nanti.

Dalam pada itu, menyentuh kesediaannya memberi peluang kepada Mat Sabu untuk memimpin parti yang bakal ditubuhkan kelak, Phahrolrazi berkata, langkah berkenaan wajar kerana bekas Timbalan Presiden Pas tersebut merupakan pemimpin paling kanan selain seorang aktivis.

"Mat Sabu merupakan pemimpin paling kanan, beliau seorang aktivis parti yang paling konsisten. Ini tentunya memberi kelebihan kepada beliau kerana faktor tersebut boleh memperkukuhkan pakatan tetapi buat masa ini, kita masih lagi di peringkat penaja," katanya. - UTUSAN

SANDIWARA NAJIB, JHO LOW? Penangkapan Justo 
buka mata banyak pihak

Posted: 25 Jun 2015 06:00 AM PDT

 
SANDIWARA NAJIB, JHO LOW? Penangkapan Justo 
buka mata banyak pihakPENANGKAPAN warga Switzerland yang juga bekas pegawai PetroSaudi International Ltd., Xavier Andre Justo Isnin lalu atas tuduhan me­meras ugut syarikat berkenaan berhubung maklumat berkaitan 1MDB, membuka mata banyak pihak.

Penahanan Justo sekali gus menghapuskan syak wasangka umum terhadap imej syarikat dana pelaburan strategik, 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), termasuklah nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diheret sama dalam isu 1MDB.

Menurut sumber kepada Utusan Malaysia, pihak berkuasa Thailand yang menahan Justo di Koh Samui atas cubaan untuk memeras ugut syarikat itu menyatakan ia merupakan sebahagian plot untuk menjatuhkan Najib.

Berikutan cubaan peras ugut itu, beberapa e-mel dan dokumen disiarkan di blog bermotif politik, Sarawak Report, sehingga mencetuskan pelbagai tuduhan terhadap 1MDB.

"(Dengan penangkapan Justo) semua pengkritik yang membuat tuduhan tidak berasas terhadap Perdana Menteri dan 1MDB kini perlu menarik balik kenyataan mereka dan meminta maaf kerana tidak mengesahkan maklumat yang diperoleh daripada Sarawak Report.

"Ini berdasarkan laporan NST (News Straits Times) bahawa beberapa e-mel dan dokumen yang disiarkan di blog terbabit didapati telah diubah sehingga ketepatan dakwaan itu boleh dipersoalkan," menurut sumber itu lagi.

Akibat daripada itu, jumlah kerosakan terhadap prestij, reputasi dan imej antarabangsa ke atas negara ini, Perdana Menteri, ekonomi serta semua individu dan organisasi yang dituduh dalam plot ini, amat besar.

"Maka, tindakan harus diambil terhadap semua individu, agensi media, wartawan yang telah menyebabkan kerosakan ini kerana laporan tidak bertanggungjawab mereka.

"Mana-mana individu yang menganggap sebarang maklumat dalam laman sosial adalah benar, jelas menunjukkan mereka mempunyai pemikiran tidak rasional.

"Wartawan yang mengulas artikel itu dengan menuduh kerajaan tanpa meneliti kesahihan dokumen yang telah diambil daripada Sarawak Report, disifatkan sebagai satu penghinaan pada dunia media.

"Sepatutnya, ia tidak mengambil masa yang lama untuk meneliti semula dokumen atau mendapatkan kesahihan terhadap dakwaan itu dengan hanya menghubungi pihak berkaitan," menurut sumber itu.

Kes melibatkan Justo menunjukkan mana-mana kerajaan termasuk Malaysia akan terus berdepan kritikan yang berpunca daripada penyiaran berita secara online yang tidak betul.

Dalam kes Justo, apa yang bermula sebagai berita mudah untuk kepentingan peribadi oleh seorang bekas pekerja, melarat menjadi dakwaan bermotif politik menerusi blog yang tidak bertanggungjawab.

Moralnya - Sebarang maklumat yang disiarkan di Internet perlu ditapis, perlu dianggap tidak selamat dan tidak tepat untuk dijadikan rumusan oleh mana-mana pihak.

Kata sumber itu lagi:

"Beberapa bulan sebelum tangkapan (Justo) itu, siasatan telah dijalankan dan penemuan itu me­nunjukkan memang terdapat percanggahan.

"Bagaimanapun, saya tidak mahu berkongsi penemuan siasatan itu kerana berpendapat tidak kira apa pun, majoriti rakyat Malaysia telah pun memilih untuk percaya pada bukti yang tidak sah serta menyokong usaha bekas Perdana Menteri untuk menggulingkan Perdana Menteri ketika ini." - UTUSAN

Pakatan Rakyat Baru direstui Anwar? Oleh Shahbudin Husin

Posted: 25 Jun 2015 05:00 AM PDT

 
Pakatan Rakyat Baru direstui Anwar?Perkembangan terkini dalam blok pembangkang menunjukkan bukan saja sebuah parti Islam baru bakal wujud tidak lagi, bahkan juga akan disusuli dengan penyusunan semula Pakatan Rakyat yang benar-benar beraspirasi mahu menggantikan BN mentadbir negara ini.

Setelah kumpulan progresif Pas yang menggelarkan diri mereka G18 mengadakan beberapa pertemuan, seorang daripada anggotanya, Khalid Samad hari ini mengesahkan mengenai penubuhan sebuah parti Islam baru itu.

Katanya, parti baru itu berkonsepkan untuk semua tanpa mengira kepercayaan dengan teras perjuangannya ialah untuk memerangi rasuah dan menegakkan keadilan kepada rakyat.

Sebelum ini beberapa pemimpin progresif Pas seperti Mohamad Sabu, Nizar Jamaluddin dan lain-lain turut membayangkan perkara yang sama yang sekaligus menunjukkan mereka ini sudah tawar hati dengan trend perjuangan yang dibawa oleh Pas pro ulama sekarang.

Pada malam semalam juga, kumpulan G18 ini turut mengadakan pertemuan dengan pimpinan utama PKR dan DAP di kediaman bekas Setiausaha Agung Pas, Kamaruddin Jaafar yang dipercayai sebagai tanda-tanda awal kepada penyusunan semua Pakatan Rakyat yang dalam keadaan tidak menentu ketika ini.

Antara pemimpin PKR yang hadir dalam pertemuan itu ialah Dr Wan Azizah Wan Ismail, Tian Chua, Johari Abdul, Saifuddin Nasution dan Shamsul Iskandar manakala daripada DAP pula ialah Lim Kit Siang, Teresa Kok, Liew Chin Tong dan beberapa yang lain.

Dengan adanya pertemuan tersebut serta kehadiran pemimpin utama PKR dan DAP, kebarangkalian paling nyata ialah bukan saja penubuhan sebuah parti Islam baru akan menjadi kenyataan tidak lama lagi tetapi juga penyusunan semua Pakatan Rakyat yang lebih mantap dan kuat.

Adalah dijangkakan sebaik saja parti baru itu disahkan penubuhannya, ia akan terus memohon menyertai Pakatan Rakyat atau PKR dan DAP sendiri yang akan mencadangkan kemasukannya ke dalam gabungan pembangkang.

Ia akhirnya terserah kepada Pas sama ada mahu terus kekal bersama Pakatan Rakyat atau secara sukarela "mencari selipar dan berlaku pergi" meninggalkan gabungan itu.

Jika Pas mahu terus kekal, bermakna Pakatan Rakyat baru ini akan dianggotai oleh empat parti, tetapi kiranya Pas memilih untuk mengundurkan diri ia akan kekal dianggotai oleh tiga parti.

Pertemuan kumpulan G18 dengan pimpinan PKR dan DAP ini diadakan hanya beberapa jam selepas Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan daripada Penjara Sungai Buloh yang melahirkan keyakinan bahawa gabungan pembangkang akan menjadi lebih kuat setelah melalui penyusunan semulanya.

Sambil menegaskan bahawa Pakatan Rakyat masih berfungsi sama ada di peringkat negeri mahupun Parlimen, Anwar berkata, barisan pembangkang selepas disusun semula dengan kekuatan baru, termasuk sokongan NGO-NGO, akan muncul lebih kuat dan bersatu selepas ini.

Beserta ikrar tidak akan meninggalkan perjuangan ini selagi nyawa dikandung badan, Anwar ternyata tidak sekadar membaca buku dan mengaji Al Quran saja ketika mendekap di penjara.

Sepertimana jangkaan banyak pihak sebelum ini, kehidupan di penjara tanpa tekanan dan gangguan akan membuatkan Anwar lebih bebas berfikir dan merangka strategi yang lebih baik untuk kepentingan Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihanraya akan datang.

Serentak dengan itu, tidak disangsikan lagi bahawa penubuhan parti Islam baru dan penyusunan semula Pakatan Rakyat yang sedang direncanakan ini adalah dalam pengetahuan dan restu Anwar sepenuhnya.

Di luar atau dari dalam penjara, Anwar nampaknya sentiasa ada untuk politik Malaysia. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/

 

FGV didakwa buat urus niaga ‘luar biasa’ - Faiz Zainudin

Posted: 25 Jun 2015 04:00 AM PDT


Mazlan Aliman,fgv

FGV didakwa membeli saham syarikat peladangan dari Indonesia dengan harga lebih tinggi dan telah membayar deposit walaupun perjanjian belum muktamad.


KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures (FGV) didakwa membeli saham syarikat peladangan dari Indonesia dengan harga lebih tinggi berbanding harga pasaran.

FGV juga didakwa telah membayar deposit melebihi 10 peratus sedangkan perjanjian belum muktamad, sekali gus didakwa urus niaga luar biasa.

"Harga pasaran semasa sahamnya hanya RP 400 (0.1128 sen) tapi FGV membelinya pada harga RP700 (0.1974 sen) sesaham," kata Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman

Dia berkata, tindakan FGV yang telah membayar bayaran deposit melebihi 10 peratus sedangkan perjanjian tersebut belum dimutamadkan antara kedua-dua syarikat, boleh dipertikaikan.

"Bayaran deposit belian lebih dari 10 peratus. Ini diluar daripada 'normal sale dan purchase agreement' (SNP).

"Sekiranya deposit belian tidak boleh diteruskan, deposit dipulangkan tanpa apa-apa faedah ini juga diluar 'normal sale dan purchase agreement'," jelasnya.

Katanya, disebabkan pembelian yang dibuat FGV terlalu tinggi, satu penyiasatan terperinci perlu dibuat ke atas pihak yang bertanggungjawab.

Dia berkata demikian selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi terhadap Pengerusi dan Ketua Pengawai Eksekutif (CEO) FGV pada Khamis.


Aliman berkata, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak perlu menjawab isu yang melanda FGV seperti mana beliau memberi respon terhadap 1MDB dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Katanya, sebarang tindakan dan jawapan Perdana Menteri dalam isu ini amat diperlukan kerana FGV merupakan projek beliau.

"Saya dukacita apabila begitu banyak laporan polis dan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat terhadap salah laku FGV, namun Najib masih berdiam diri.

"Saya juga hairan kalau isu GST dan 1MDB Najib cepat tampil memberi penjelasan tetapi isu FGV sampai sekarang tidak ada sebarang tindakan sedangkan FGV merupakan salah satu projek beliau," katanya.

Mengapa Shafie Apdal berdiam diri isu MARA? - FMT Reporters

Posted: 25 Jun 2015 03:15 AM PDT


Ahmad-Amzad_Shafie_mara_600

Sebagai Menteri Kanan dan Naib Presiden UMNO, Shafie tidak boleh 'cuci tangan' dalam isu melibatkan amanah rakyat.

PETALING JAYA: Sikap berdiam diri Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam isu lebihan bayaran terhadap hartanah di Australia oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) menimbulkan tanda tanya.

Ketua Penerangan Pas Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, Shafie tidak sepatutnya cuci tangan dalam skandal pembelian hartanah The Doudley di Melbourne itu.

Tambahnya, selaku Menteri Kanan dan Naib Presiden UMNO, Shafie tidak boleh berdiam begitu saja.

"DS Shafie Apdal yg bertanggungjawab terhadap MARA, takkan cuci tangan begitu sahaja? Beliau Naib Presiden UMNO. Antara pemimpin paling kanan," katanya menerusi kenyataan media.

Ahmad Amzad berkata, skandal pembelian itu amat mengejutkan kerana keputusan pembelian telah dimuktamadkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara konsensus Majlis Ekonomi.

"Masih amanahkan Majlis Amanah Rakyat di bawah pentadbiran UMNO," katanya.

Menurutnya, kenyataan Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa bahawa beliau tidak tahu lebihan bayaran RM13.7 juta tidak masuk akal.

"Tidak masuk akal langsung Pengerusi MARA yg juga mantan menteri berpengalaman serta punya latarbelakang pendidikan yg cemerlang tidak tahu semua ini," katanya.

Dakwanya, selepas tiada Kementerian Pembangunan Usahawan, peranan MARA semakin dipinggirkan seperti 'anak kehilangan bapa'.

Pemandu langgar kereta polis ditahan - FMT Reporters

Posted: 25 Jun 2015 02:30 AM PDT

 
langgar

Suspek dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan berjaya ditahan beberapa jam selepas kejadian

VIDEO INSIDE
 
PETALING JAYA: Polis mengesahkan pemandu kereta Volkswagen yang merempuh dari belakang sebuah kereta perondanya telah berjaya ditahan.

Menurut laporan, suspek berusia 21 tahun yang merupakan pelajar di sebuah kolej swasta.
"Susulan dari Video Kereta Peronda @PDRMsia dilanggar sebuah kereta hitam. Individu yang melanggar telah pun berjaya di berkas.

Berdasarkan maklumat pemandu Volkswagen Polo hitam itu memandu dalam keadaan mabuk.. Syabas atas tindakan pantas PDRM. Mana mau lari???," petik status yang dimuat naik di laman Facebook Friends of PDRM


Dalam kejadian Isnin lalu, remaja yang memandu kereta itu melarikan diri sejurus kejadian yang berlaku di Jalan Pudu menghala ke pusat bandar.

Bagaimanapun, tindakannya berjaya dirakam sebuah kereta lain yang kebetulan berada di belakangnya.

Visual yang berdurasi 1.22 minit itu kemudian disebar di laman sosial dan membantu usaha polis menjejaki pemandu berkenaan.

‘I will not apologise’, Hannah says for wearing head scarf Navina Vivekanandan

Posted: 25 Jun 2015 01:30 AM PDT


hannah-yeoh-630x350

DAP politician says extremist mindsets such as that of a Chinese columnist who criticised her recently, must be rejected.

KUALA LUMPUR: Hannah Yeoh has drawn flak from a Chinese columnist who criticised the DAP politician for wearing a head scarf to a 'buka puasa' event at a mosque recently.

In a Facebook posting, the Selangor State Speaker and assemblywoman for Subang Jaya brushed off the criticisms after pictures of her at the event were posted on Facebook.

"… extreme views exist in every faith & race", she wrote today.

"Malaysians who want to move this country forward must reject such extreme views."

Hannah asserted that the main reason why she had joined politics was to take a stand against such an extremist mindset.

"I will not apologise for my stand," she declared.

Netizens who had viewed the Facebook post lauded her stance and voiced their support for her.

One such user with the handle Seong Yeow Tan said, "You are in a mosque is correct (sic) to wear headscarf. Doesn't compromise your faith. Don't bother with narrow minded individuals!"

Another user, Ambiga Rajendran, commended Hannah by saying, "Well said, YB. Living in a diverse community like ours requires respect for other cultures, not extremism".

"Thank you for standing your ground in every issue that matters!"

Songlap Duit MARA - Polis Persekutuan Australia Lancar Serbuan

Posted: 25 Jun 2015 12:50 AM PDT



KUALA LUMPUR: Polis Persekutuan Australia hari ini melancarkan beberapa serbuan di bandaraya Melbourne ekoran penyiasatan ke atas pembelian sebuah hartanah di Australia yang didakwa melibatkan seorang pegawai tinggi Majlis Amanah Rakyat (MARA), seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik Malaysia.

Menurut laporan The Age, pihak polis telah merampas beberapa komputer dan fail dari sebuah rumah di Vermont South dan beberapa hartanah lagi telah disasarkan untuk serbuan lain.

Operasi yang dinamakan Carambola itu, dilancarkan susulan penyiasatan oleh Fairfax Media mengenai satu skim penipuan hartanah yang didakwa membabitkan berjuta-juta dolar Australia.

Laporan itu berkata ini adalah kali pertama pihak polis melancarkan operasi besar-besaran seumpama ini.

Siasatan itu turut mendapat perhatian di negara ini apabila laporan The Age sebelum ini mendakwa ia turut membabitkan beberapoa individu dari Malaysia termasuk mengaitkannya dengan pembelian hartanah oleh anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata siasatan akan dilakukan terhadap laporan terbabit dan berkata sekiranya ada pihak yang didapati menipu atau cuba memperdaya ahli-ahli mesyuarat Majlis Ekonomi dengan butiran yang tidak tepat atau lengkap, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa dalam sidang akhbarnya pada Rabu pula berkata pembelian hartanah Dudley International House di Melbourne oleh anak syarikatnya, Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) mematuhi tatacara perolehan yang di tetapkan mengikut garis  panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.

Annuar berkata  Mara Inc  juga telah mula disiasat oleh unit audit Mara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak dua bulan lepas.

Beliau turut memberikan masa tujuh hari untuk Mara Inc mengemukakan ulasan bertulis mengenai perkara itu   dan dalam masa 14 hari lagi, sebuah mesyuarat khas Mara akan diadakan untuk membincangkan perkara itu.

Akhbar Australia The Age sebelum ini melaporkan seorang pegawai tinggi MARA, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan jutaan ringgit dana kerajaan untuk membeli satu blok apartmen di Melbourne dalam penipuan hartanah.

Akhbar itu mendakwa "sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya" terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok apartmen di bandaraya itu pada 2013.

Ketiga-tiga pegawai itu didakwa "membida lebih tinggi" bagi Dudley International House, daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta), dengan wang perbezaan itu dijadikan sebagai rasuah.