Rabu, 24 Jun 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Panas: Wikileaks Dedah Menteri Merogol Pembantu... suarakami

Posted: 24 Jun 2015 10:45 PM PDT

 
 
 


Pendedahan WikiLeaks berhubung kejadian rogol terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia yang melibatkan seorang Menteri Kabinet era mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dilihat mampu menggugat hubungan Malaysia-Indonesia dan menjejaskan imej negara.

"Walaupun laporan WikiLeaks ini boleh diragui kesahihannya, namun sekiranya kejadian rogol ini benar-benar berlaku, ia akan memberi imej buruk kepada negara sekaligus mengugat hubungan Malaysia-Indonesia.

"Tambahan pula semenjak kebelakangan ini, begitu banyak kejadian-kejadian yang menyebabkan perselisihan faham rakyat antara kedua-dua negara berjiran ini," demikian menurut Naib Ketua Wanita PKR, Haniza Mohd Talha ketika dihubungi hari ini.


Beliau yang telah mencipta sejarah sebagai satu-satunya tokoh wanita negara ini yang menduduki kerusi Timbalan Speaker turut memberitahu FMT, kejadian seperti ini haruslah ditangani dengan telus.

"Saya bukan mengulas tentang laporan ini tetapi secara umumnya, kita tidak boleh mengamalkan budaya yang membezakan layanan undang-undang terhadap orang kenamaan dan rakyat biasa.

"Walau siapa pun yang dituduh, ia perlu menjalani proses perundangan yang sama seperti orang lain dengan telus. Apatah lagi jika membabitkan seorang pemimpin yang mendapat kepercayaan rakyat untuk memimpin dan merupakan pemimpin di peringkat pembuat dasar," katanya lagi.

"Undang-undang sama untuk semua. Kalau tidak bagaimana kita hendak memastikan orang yang berpengaruh dan ada kedudukan ini lebih bertanggungjawab sekiranya mereka mendapat layanan yang istimewa apabila mereka melanggar undang-undang," katanya lagi.

Beliau turut mengutuk sekeras-kerasnya kejadian seumpama ini dan tindakan undang-undang haruslah diambil terhadap mana-mana pihak yang melakukan dan pihak yang melindungi perbuatan seperti ini.

Penganiayaan terhadap wanita

"Kalaulah laporan WikiLeaks ini sahih, saya mengutuk sekeras-kerasnya dan tindakan undang-undang harus diambil terhadap sebarang kejadian penganiayaan terhadap wanita lebih-lebih lagi jenayah rogol dan termasuklah yang melindunginya," ujar beliau.

Sebelum ini dalam satu laporan blog Rocky Bru yang nama sebenarnya Ahirudin Atan hari ini menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa salah seorang menteri ketika era Abdullah menerajui pentadbiran kerajaan telah merogol seorang pembantu rumah warganegara Indonesia.

Menurutnya, kejadian tersebut turut diketahui oleh Abdullah sendiri, namun tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap menteri tersebut.

Bagaimanapun menurut blog itu lagi, menteri terbabit hanya digugurkan sebagai menteri dalam satu rombakan kabinet yang dibuat oleh Abdullah tidak berapa lama selepas beliau mengetahui berita itu.

Beliau turut mencatatkan, pada masa ini menteri tersebut kembali aktif dari persaraannya apabila dilantik semula sebagai pengerusi sebuah badan kerajaan yang baru dibentuk pula.

Rocky Bru yang juga terkenal sebagai blogger proUmno juga menjelaskan, cerita tersebut telah sampai ke pengetahuannya semenjak tiga tahun lalu namun hanya dapat disahkan apabila pendedahan dibuat oleh WikiLeaks baru-baru ini.

Susulan peristiwa yang berlaku pada tahun 2007 ini, ketika mangsa ditemuramah di kampungnya di Jawa Tengah pada Julai tahun yang sama, mangsa telah membuat pengakuan terhadap kejadian itu.

Akhirnya laporan kejadian yang berlaku ketika tempoh perkhidmatan mangsa tersebut bersama bekas menteri terbabit menjangkau lapan tahun telah dibuat dan diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat, Indonesia dan juga Pejabat PM sendiri.

Menurut sebuah badan NGO pula, kejadian yang menimpa amah yang mempunyai dua orang anak itu turut diketahui oleh suaminya tetapi disebabkan perasaan takut dan malu, tiada usaha yang serius dijalankan untuk mendakwa menteri terbabit.

MALAYSIA DAPAT GELARAN BARU - "MALAYSIA DARUL RASUAH" ???

Posted: 24 Jun 2015 09:45 PM PDT

1MDBgate, FGVgate, MARAgate- selamat datang ke Malaysia SARUL RASUAH

1MDBgate, FGVgate, MARAgate- selamat datang ke Malaysia DARUL RASUAH

Oleh Mohd Ariff Sabri
Ini bukan soal masih mahu bercakap mengenai FGV. Malah ketika masa apungan lagi dalam tahun 2012, saya telah menulis dengan panjang lebar membantah apungan fgv. FGV is a bloody mistake. The fault lies with Najib.

By now, biarlah rakyat tahu, seperti saya sebut secara terbuka dalam parlimen- setiap pembelian, setiap projek yang dilakukan oleh kerajaan, ejensi kerajaan dan oleh mereka yang mempunyai kuasa regulatory- merupakan alasan2 untuk balun duit rakyat.

Sama ada dalam projek2 kurnia dihujung tahun, tender terpilih, rundingan terus, belian kerajaan dan pemalsuan harga - setiap nya digunakan sebagai alasan dan wadah membalun dan menyamun duit rakyat.

Apa justifikasi bayar 2 kali ganda kepentingan Rajawali Group?


Tidak munasabah, FGV yang mengalami keadaan bisnes yang merosot, bermurah hati membeli kepentingan Peter Sondakh dua kali ganda dari harga yang sepatutnya. Istilah willing buyer , willing seller adalah istilah yang meletihkan dan overrated. Permuatan antara pencuri yang sama2 willing- adakah ianya suatu transaksi yang morally right? Dan kalau melanggar undang2 adakah ianya legally right?

Kenapa murah hati sangat? Banyak sangat duit FGV? Dengan pembelian bayaran secara tunai dan saham, reseb tunai Felda/FGV berada dalam tahap minima. Ini akan mendedahkan Felda dan peneroka dalam bencana ekonomik.

Tipu jangan tak tipu.

Janganlah berselindung disebalik alasan2 bukuteks seperti synergy lah, disebalik membuat rantaian stratejik lah- ia nya tidak dapat mengelakkan sangkaan bahawa ini semua ada udang sebalik batu. 

Saya perhatikan, para pemimpin UMNO kalau tidak dapat menerangkan sesuatu, akan mengunkap jampi serapah blue ocean strategy. Sama ada mereka faham atau mengkakaktua frasa blue ocean ini, saya sudah kurang pasti. yang saya pasti, kita rakyat mahu blue-ocean kan kepala pemimpin UMNO.
do it the isa samad way.

Isa Samad telah menunjukan cara ini semasa pembelian hotel di UK dahulu- pemimpin UMNO masih tidur lagi dalam hal ini.

Hanya ada satu faktor sahaja yang menerangkan sikap pemimpin UMNO- mereka semua bersubahat dalam perkara ini.

Orang lupa, Isa Samad membeli hotel2 tersebut dengan harga extra RM100 juta. Mengapa bayar harga lebih? Ada grounds untuk percaya, harga extra ini ialah untuk agihan sesama broker, sesama pembuat pembuat keputusan dan pakar runding.

Bilakah SPRM mahu mengemukakan penemuan2 siasatan mereka keatas beberapa individu yang berkait dengan pembelian hotel dan hartanah oleh FGV? Saya beri jawapan terlebih dahulu- tidak ada salah laku berlaku. semua clear dan above board.

Scam yang serupa dilakukan. Bayar pembelian kepentingan Sondakh dua kali ganda. Mesti ada fee broker, consultants, walaupun consultants itu banker.Bankers are not pristine and holy people you know.

The thieves come in all shapes, sizes and forms.

Pencuri wang hari in datang dalam pelbagai bentuk dan nama, tidak kira alim atau tak alim semua berpotensi sebagai penyauk wang. Yang melakukan regulatory caputure boleh jadi sesiapa sahaja- alim dan kurang alim, ustaz dan liberal, tua dan muda, perempuan dan lelaki. Selagi mereka mempunyai ownership keatas sumber pengkayaan wa imma sumber pembuat keputusan- mereka berpotensi meletakkan terma dan syarat kedalam keputusan hendak beli atau tidak, hendak beri kontrak kepada A atau tidak.

Forms of Rent Seeking: the rise of the Rentier Class.

Economists menggelar perbuatan ini dengan banyak nama; antara nya political atau state capture, atau regulatory capture. Ianya semua bermaksud rent seeking.


Yakni, orang2 tertentu menjadi kaya raya kerana mereka mempunyai hak milik, walaupun sementara keatas sumber pengkayaan. Dalam kes mereka yang ada kuasa eksekutif ditahap tententu, mereka boleh membuat keputusan dan memasukkan terma2 dan syarat2 yang menguntungkan mereka.
KSU yang hendak pencen, mencari projek ratusan juta untuk diluluskan dan akan berusaha meletakkan beberapa syarat dan terma yang diraih setelah pencen.

Ini sahaja yang menerangkan mengapa kita lihat KSU2 dan pegawai atasan yang pencen, menjadi kaya raya beberapa bulan setelah pencen.

Pegawai eksekutif seperti yang berkerja dengan MARA, meletakkan syarat2 kepada persetujuan MARA membeli suatu bangunan di Melbourne. Ini disebut sebagai regulatory capture sebab pegawai itu yang regulate dan kawal urusan antara MARA dan pembekal.

Semua projek kerajaan tidak terkecuali. Semua projek ialah mesin ATM untuk menteri sampai kepada pegawai paling rendah mengapur duit rakyat. Bayangkan jika apa yang berlaku dalam Melbournegate ini diulangi dalam semua kes pembelian hartanah mara diseluruh dunia.

Maka janganlah kita hairan sangat bila lapuran mendedahkan bahawa pegawai2 MARA dan ahli politik yang ada kaitan dengan MARA melakukan skim serupa seperti 1MDB-Petrosaudi, atau dalam kes pembelian hotel oleh FGV. Projek2 ini diguna sebagai wadah mengeCaj kerajaan untuk service perkhidmatan.

Pembelian Dudley House di Melbourne oleh MARA dikata melibatkan penyaluran yuran untuk consultancy sebanyak AUS4.75 juta berlaku, serupa cara dengan pembelian hotel di UK oleh FGV yang membayar RM100 juta lebih dari harga penilaian untuk hotel tersebut.

Penjual sudah setuju menjual pada harga AUS17.8juta, Melayu MARA murah hati kata- takpe mate- we pay you AUS22.5 million. Tapi AUS4.75million you must credit into our account in Singapre yeah.

Siapa bilang orang Melayu yang pergi Australia tidak tahu berbicara Inggeris!

Rakyat Melaysia hanya perlu nanti- cerita seram yang akan terbongkar mengenai handal nya pengurusan Melayu keatas MARA, Amanah Raya, Khazanah Nasional, dan banyak lagi. Tapi buat masa ini, hal FGV yang mendedahkan peneroka kepada bencana ekonomi perlu diulangi kembali. 

Perperangan keatas segala bentuk kezaliman adalah perperangan yang berterusan. Korapsi, salah laku, pencurian wang samun perbendaharaan mesti di lawan sampai habis.

Ramai keturunan lanun rupa nya dinegara kita. - http://sakmongkol.blogspot.com/

Pakatan 2.0 bakal ganti Pakatan Rakyat FMT Reporters

Posted: 24 Jun 2015 08:45 PM PDT

 
teresa-kok

Teresa Kok mendedahkan perkara itu menerusi status Facebooknya pada 23 Jun lalu.

PETALING JAYA: Pakatan 2.0 bakal menggantikan Pakatan Rakyat (PR) yang diisytiharkan secara rasmi sudah tidak wujud lagi.

Penubuhan Pakatan 2.0 itu dibayangkan Teresa Kok menerusi status di laman sosial Faceboknya pada 23 Jun lalu.

Ahli Parlimen Seputeh itu mendedahkan rancangan penubuhan Pakatan 2.0 selepas majlis berbuka puasa di kediaman Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar.

Antara yang hadir ialah kumpulan progresif dalam Pas yang kalah dalam pemilihan baru-baru ini antaranya Salahuddin Ayob, Mohamad Sabu, Dr Zulkeply Ahmad, Suhaizan Kaiaat, Wan Aishah Wan Ariffin, Datuk Dr Mujahid Yusof dan Dr Hatta Ramli.

Beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga hadir termasuk Datuk Saifuddin Nasution, Datuk Johari Abdul, Shamsul Iskandar, Khalid Jaafar, Tian Chua dan Dr Syed Husin Ali.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa pemimpin DAP lain turut kelihatan dalam gambar yang dimuat naik oleh Teresa Kok itu.

"Walaupun keputusan Muktamar Pas untuk putus hubungan dengan DAP telah mematikan Pakatan Rakyat tetapi malam ini nampaknya memberi harapan penubuhan Pakatan 2.0," tulis Teresa Kok.

Pengakuan itu menguatkan lagi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini berkata pakatan pembangkang akan muncul semula dengan kerja sama yang lebih kuat dan kukuh.

Ini bermakna Pas yang didominasi kumpulan pro ulama akan ditinggalkan bersendirian oleh DAP dan PKR.

Situasi itu sudah pasti mencampakkan PKR dalam keadaan serba salah kerana sebahagian pemimpin parti itu lebih memihak kepada Pas.

VIDEO - PM kata kenyataan Annuar diputar belit

Posted: 24 Jun 2015 08:00 PM PDT

 



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, media memutar belit kenyataan pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa sehingga menunjukkan beliau meluluskan pembelian apartmen kontroversi di Melbourne.

"Saya kecewa bahawa kenyataan Tan Sri Annuar Musa diputarbelit oleh sesetengah media. Keputusan hanya dibuat secara konsensus oleh majlis ekonomi," kata Najib di Facebook.

Jelasnya, kes melibatkan bayaran lebih sebanyak RM13.7 juta terhadap pembelian Dudley International House oleh MARA Inc itu bagaimanapun akan terus disiasat.

"Sekiranya ada pihak yang didapati menipu atau cuba memperdaya ahli mesyuarat Majlis Ekonomi dengan butiran yang tidak tepat atau lengkap, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab," katanya lagi.

Annuar hari ini dilaporkan berkata, pembelian blok apartmen di Melbourne, Australia itu dilakukan mengikut prosedur dan mendapat kelulusan Najib.

Bekas menteri pembangunan luar bandar itu mengesahkan demikian ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini.

Dalam catatan Facebook lewat hari ini, Annuar seterusnya apabila merungut apabila media melaporkan kenyataannya yang menjuruskan kepada peranan Najib berkaitan urusniaga tersebut.

"Apakah motif TV Malaysiakini dan Malaysian Insider memilih tajuk 'Najib luluskan...', sedangkan saya dengan jelas menyebut kelulusan oleh economic council.

"Ini adalah procedur yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan wajib diikuti. Tidak berbangkit soal kelulusan oleh mana-mana individu termasuk Dato Seri Najib. Saya harap perkara ini jelas," tulisnya.

Semasa sidang akhbar itu, Malaysiakini secara khusus bertanya kepada pengerusi Mara itu sama ada perdana menteri perlu meluluskan urusniaga itu sebelum pembelian dibuat, yang Annuar menjawab: ".Ya, ia adalah sebahagian daripada prosedur"

Rakaman sidang akhbar itu seperti di bawah:

Kemunculan parti Islam baru untuk semua?

Posted: 24 Jun 2015 07:30 PM PDT

 
 

 Malaysia tidak lama lagi bakal menyaksikan kelahiran parti Islam baru yang akan membuka pintu kepada semua rakyat tidak mengira kepercayaan dengan syarat mereka bersetuju dengan perjuangan terasnya.

Ini akan menjadi menjadi kenyataan sekiranya PAS tidak memenuhi pendekatan inklusif yang dibina pada masa ini, kata MP Shah Alam.

Tidak seperti PAS, kata Khalid Samad, objektif parti baru itu antara lain lebih kepada memerangi rasuah dan menegakkan keadilan.

Bercakap kepada Malaysiakini, beliau yang juga bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat  berkata parti itu masih berpandukan kepada prinsip-prinsip Islam.

"Pendekatan kami lebih inklusif. Kami mahu semua kumpulan orang Islam dan bukan Islam bersama-sama kami dan menentang rasuah. Inilah apa yang (Allahyaham bekas presiden) Datuk Fadzil Nor bawa.

"Ia adalah perjuangan Islam berdasarkan kepada prinsip Islam. tetapi jika bukan Islam bersedia untuk menerima asas perjuangan, maka tidak ada masalah (mereka untuk menyertainya)," katanya.

Tidak seperti pemimpin PAS yang lain, Khalid lebih jelas menceritakan mengenai inisiatif baru itu sebagai parti politik yang sedang dalam penubuhan sedangkan pemimpin lain memilih menggunakan perkataan 'platform'.

Ditanya sama ada kumpulan pemimpin progresif yang dikenali G18 mahu menubuhkan parti baru, Khalid berkata:

"Ya, besar kemungkinan jika ia tidak memenuhi visi pendekatan yang inklusif yang dibina pada masa ini.

"Jika ia mula menjadi lebih pendiam, lebih nak halau orang keluar keluar, nak yang suci murni saja bersama dia, maka sudah tentu pendekatan itu (tubuh parti baru) kami mahu," katanya.

Perincian mengenai parti itu masih di peringkat awal, kumpulan pemimpin progresif itu merancang untuk menarik sokongan profesional, aktivis, pemimpin NGO Islam atau bukan Islam.

TMJ: Khidmat untuk rakyat bukan parti

Posted: 24 Jun 2015 07:00 PM PDT

 
 

Tengku Mahkota Johor mengingatkan ahli politik di negara ini supaya berkhidmat demi rakyat bukan ideologi sesebuah parti politik.

Menulis dalam laman Facebooknya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim juga menggesa mereka supaya mengetepikan perbezaan pandangan dan menghormati satu sama lain jika tidak bersetuju dalam sesuatu isu.

"Sedarlah bahawa kita tidak berkhidmat demi ideologi sesebuah parti politik, kita berkhidmat untuk rakyat," tulis baginda.

Tulisan Tunku Ismail hadir berikutan pembubaran Pakatan Rakyat dan perang mulut antara PAS dan DAP terus.

Tengku Mahkota Johor menjadi tumpuan di internet selepas baginda mengejek Perdana Menteri Datuk Seri Najib kerana tidak hadir dalam dialog "Nothing2Hide".

Kedutaan M'sia nafi terima 7 nota bantahan

Posted: 24 Jun 2015 06:30 PM PDT

    Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia menafikan dakwaan kononnya menerima tujuh nota bantahan oleh Kementerian Luar Indonesia berhubung dakwaan tentera Malaysia menceroboh kawasan perairan Laut Sulawesi atau lebih dikenali sebagai Ambalat.

Duta Besar Malaysia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, pihaknya kesal dengan dakwaan itu kerana ia tidak benar sama sekali.

"Sama ada secara hubungan diplomatik mahupun hubungan ketenteraan, setakat ini kita tidak  menerima sebarang nota bantahan dan kerajaan Malaysia juga telah menafikan kononnya berlaku pencerobohan seperti didakwa oleh media Indonesia," katanya kepada pemberita  Malaysia selepas diwawancara oleh CNN Indonesia di Jakarta semalam.

CNN Indonesia dalam wawancara khas itu meminta Zahrain mengulas mengenai kononnya Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi ada mengeluarkan kenyataan bahawa republik itu telah menghantar tujuh nota bantahan terhadap Malaysia berkaitan dakwaan berlakunya pencerobohan oleh tentera Malaysia itu.

Beliau berkata, jika benar terdapat nota bantahan, sudah tentu pihaknya akan menyelesaikan masalah itu secara diplomatik.

"Malaysia dan Indonesia telahpun menubuhkan jawatankuasa khas bersama bagi membincang sebarang masalah yang timbul mengenai kawasan Ambalat itu dan jika benar berlakunya pencerobohan, masalah itu akan diselesaikan secara rundingan dalam jawatankuasa  berkenaan," kata Zahrain.

Sebuah akhbar berbahasa Indonesia baru-baru ini memetik Retno sebagai berkata beliau masih menunggu data terperinci koordinat daripada Panglima Tentara Nasional Indonesia (TNI)  mengenai dakwaan pencerobohan oleh tentera Malaysia itu.

Panglima TNI Jen Moeldoko pula dipetik sebagai berkata jika benar ia berlaku, beliau akan memberi peringatan kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

Moeldoko berkata pihak angkatan tentera kedua-dua negara sebelum ini telah bersetuju untuk menjaga keamanan dan tidak mahu menimbulkan sebarang konflik.
 
Isu tuntutan bertindih antara Malaysia dan Indonesia di kawasan perairan di Laut Sulawesi atau Ambalat yang terletak antara Kalimantan Timur, Indonesia dan tenggara Sabah, Malaysia itu timbul sejak penerbitan peta oleh Malaysia pada 1979.
 
Peta itu menunjukkan kawasan sempadan maritim itu terletak dalam perairan Malaysia tetapi Indonesia membantah peta itu.

- Bernama

Skandal MARA: Najib makin tersepit dan di nasihat bercuti suarakami

Posted: 24 Jun 2015 06:00 PM PDT



PAS menasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak bercuti sehingga siasatan terhadap dakwaan skandal pembelian hartanah Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Melbourne selesai.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata "langkah permulaan" itu juga wajar bagi memastikan tanggapan "tiada gangguan" terhadap Jabatan Audit untuk menyiapkan laporan 1MDB kepada PAC, hujung bulan ini.

"Banyak keputusan perniagaan berkontroversi seperti 1MDB (1Malaysia Development Berhad), penyenaraian Felda FGV, GST, pembelian tanah 1MDB oleh Tabung Haji dan kini Mara telah berlaku di bawah kepimpinan Najib.

"Cap jari Najib dapat dikesan di sebalik semua keputusan ini meskipun media kerajaan cuba memisahkan Najib daripada kesemua keputusan-keputusan kontroversi ini," kata Tuan Ibrahim.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi MARA bahawa pembelian blok apartmen The Dudley International House oleh MARA Inc di Australia sebenarnya diluluskan oleh Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Najib ekoran pendedahan oleh akhbar The Age.

Laporan itu mendakwa sekumpulan pegawai MARA menggunakan dana pelaburan kerajaan Malaysia untuk membida harga blok apartmen itu daripada A$17.8 juta (RM51.5 juta) kepada A$22.5 juga (RM65 juta), dengan wang perbezaan itu didakwa dijadikan sebagai rasuah di tanah air.

Dalam kenyataannya Tuan Ibrahim menyifatkan pendedahan Annuar itu "sangat memalukan" sekaligus menandakan pemimpin Umno sudah mula keberatan untuk menanggung tugas bagi menjawab keputusan perniagaan kontroversi yang melibatkan Najib.

"Realitinya, hampir semua lubuk duit kerajaan dan syarikat milik kerajaan sudah disentuh untuk tujuan yang mencurigakan dan tidak memanfaatkan negara," katanya.

Tuan Ibrahim berkata dalam suasana nilai ringgit yang lemah dan hutang 1MDB yang masih perlu dibayar, maka tidak menghairankan jika syarikat konsesi tol selepas ini membeli tanah daripada 1MDB atas alasan pelaburan.

"Syarikat konsesi tol mendapat duit daripada siapa, kalau bukan rakyat," sindir Tuan Ibrahim.

Bekas Hakim Mahkamah Syariah Dipenjara 6 Tahun Kerana Rasuah

Posted: 24 Jun 2015 05:30 PM PDT



Bekas hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak Hassan Basri Shafie akan menghabiskan waktu di penjara sepanjang Aidilfitri ini.

Pagi ini, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atasnya kerana rasuah.

Hassan Basri, 61, yang gagal dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan terhadap tujuh tuduhan rasuah, dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman. 

Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan dipengerusi Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki sebulat suara menolak rayuan Hassan Basri atas sabitannya setelah mendapati sabitan itu adalah wajar.

Mahkamah juga mengekalkan denda RM210,000 dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen.

Hassan Basri bagaimanpun, berjaya dalam rayuannya bagi mengurangkan hukuman penjara dari 10 tahun kepada enam.

Panel yang turut dianggotai hakim-hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Seri Zakaria Sam mengekalkan hukuman penjara antara satu dan lima tahun tetapi mengarahkan Hassan Basri menjalani hukuman serentak, bukan secara berturut-turut.

Hassan Basri, yang kelihatan tenang bila mahkamah menyampaikan keputusan, diarah memulakan hukumannya hari ini oleh kerana beliau diikat jamin RM105,000 dengan dua penjamin, ketika menunggu pendengaran rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Beliau didakwa meminta dan menerima rasuah daripada dua orang berhubung dua perkahwinan tanpa mengikuti prosedur yang betul, dan bagi pengembalian wang jaminan berhubung pengambilan alkohol dan menggalakkan jenayah maksiat di beberapa lokasi di Perak antara 6 Ogos, 2006 dan 15 Ogos, 2007.

Mahkamah Sesyen di Ipoh mensabit dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi tuduhan pada 14 Dis, 2010.

Hassan Basri gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi yang mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen.

Beliau dipercayai hakim Syariah pertama dihukum kerana rasuah. Hassan Basri diwakili peguam-peguam Afifuddin Ahmad Hafifi dan Datuk Salehuddin Saidin.

Salehuddin berhujah hukuman penjara itu agak melampau dan menggesa mahkamah mengurangkannya.

Timbalan Pendakwa Raya Saiful Hazmi Mohd Saad dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagaimanapun meminta mahkamah mengambil kira tingkah laku Hassan Basri bila beliau berkata, "Habislah kena tangkap, minta tolong" kepada pegawai yang menangkapnya bila ditahan.

- Bernama


Bimbang 'Ditendang' PKR, Hadi Bingkas Arahkan Adun PAS Selangor Sokong Azmin

Posted: 24 Jun 2015 05:00 PM PDT


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ADUN PAS di Selangor memberi sokongan kepada Menteri Besar Azmin Ali demi mempertahankan kerajaan negeri yang dibina atas kepercayaan rakyat.

Beliau berkata kerjasama PAS dengan rakan komponen Pakatan Rakyat di negeri itu dalam kerangka mengekal kedudukan kerajaan memerintah dan meneruskan khidmat kepada rakyat.

"Sehubungan dengan itu juga, PAS Pusat telah pun memberikan arahan kepada Datuk Iskandar Abdul Samad selaku pesuruhjaya PAS Selangor yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor untuk mengarahkan seluruh Ahli Dewan Undangan PAS Negeri Selangor supaya terus bersama dengan Datuk Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali bagi meneruskan khidmat kepada rakyat dan seterusnya mengekalkan kedudukan kerajaan yang memerintah Selangor pada waktu ini," katanya.

Berikut adalah kenyataan penuh Hadi:-


Kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sesungguhnya menyedari bahawa iklim kerjasama yang dibina dalam Pakatan Rakyat pada waktu ini adalah pada tahap yang paling mencabar dan berdepan dengan perbezaan prinsip yang memerlukan penyelesaian yang adil bagi memenuhi aspirasi seluruh rakyat yang mahukan perubahan.

Bagi PAS, muafakat asal yang dibina adalah kebersamaan dalam perkara yang dipersetujui dan menjadi kepentingan bersama, manakala dalam masa yang sama mengiktiraf kewujudan perbezaan pandangan dan prinsip perjuangan parti masing-masing dalam kalangan parti dalam Pakatan Rakyat (PR).

Pendirian PAS terhadap kerjasama dalam PR adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Ucapan Dasar Presiden PAS sempena Muktamar Tahunan PAS yang baharu sahaja berlangsung. Antaranya dinyatakan dengan jelas, bahawa "PAS akan terus dan tetap melaksanakan Tahaluf Siyasi bersama Pakatan Rakyat, selagi mana ianya tidak bercanggah dengan panduan al-Quran dan as-Sunnah"; dan juga nyata termaktub dalam Perlembagan PAS [Fasal 7(1)] bahawa hukum tertinggi dalam perlembagaan PAS ialah al-Quran, as-Sunnah, Ijma' ulama dan Qiyas.

Ingin saya pertegaskan bahawa, kerjasama PAS dengan komponen dalam PR di Selangor adalah dalam kerangka untuk mempertahankan kerajaan yang dibina bersama melalui kepercayaan rakyat.

Sehubungan dengan itu juga, PAS Pusat telah pun memberikan arahan kepada YB Datuk Iskandar Abdul Samad selaku Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (Exco) untuk mengarahkan seluruh Ahli Dewan Undangan PAS Negeri Selangor supaya terus bersama dengan YAB Datuk Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali bagi meneruskan khidmat kepada rakyat dan seterusnya mengekalkan kedudukan kerajaan yang memerintah Selangor pada waktu ini.


Lampu Potret Dr M Di HQ Umno 'Padam' Tarik Perhatian

Posted: 24 Jun 2015 04:30 PM PDT



Potret tujuh orang presiden Umno menarik perhatian pengunjung di Pusat Dagangan Dunia Putra malam ini apabila potret seorang daripadanya gelap dan tidak kelihatan.

Potret enam yang lain di hadapan Dewan Tun Razak diterangi lampu tapi lampu bagi potret Tun Dr Mahathir Mohamad satu-satunya yang tidak menyala.

Menurut seorang anggota polis penjaga di kawasan itu, lampu tersebut 'terbakar' dan masih belum diganti dengan mentol baru.

"Baru terpadam, masih belum diganti," katanya kepadaMalaysiakini.

Secara kebetulan atau sebaliknya, beberapa pengguna media sosial tertanya-tanya sama ada ini mencerminkan perkembangan semasa, ekoran bekas perdana menteri itu lantang mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Antara lain, Mahathir mempersoal ke mana perginya dana 1MDB, dan meramalkan Najib akan kalah dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang sekiranya tidak meletak jawatan.

Bangunan milik Umno itu juga menjadi tempat dialog 'Nothing2Hide' yang dijadual berlangsung pada 5 Jun, di mana Najib sepatutnya menjelaskan kepada NGO mengenai kontroversi 1MDB itu, tetapi Najib tidak hadir.

Berikutan itu, penganjur acara itu menjemput Mahathir berucap kepada 1,500 hadirin yang pada mulanya datang untuk mendengar ucapan perdana menteri.


Sebelum itu, ramai petugas media berada PWTC untuk menghadiri majlis berbuka puasa media anjuran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Selepas majlis itu tamat, mereka yang meletak kenderaan di kawasan tersebut berhenti untuk melihat potret tersebut serta merakam gambar terbabit.

Pada kira-kira tengah malam, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafli memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa kerosakan lampu itu telah dibaiki.

- mkini

Kerajaan belum putuskan kenaikan tol - Mohamad Fadli

Posted: 24 Jun 2015 09:00 AM PDT



fadillah_tol_600

Perbincangan perlu mengambil kira kesannya kepada kedudukan ekonomi negara. 

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum membuat keputusan kemungkinan kadar tol dinaikkan di beberapa lebuh raya mengikut Perjanjian Konsesi yang telah ditandatangani.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keputusan itu bergantung sepenuhnya kepada Kabinet.

"Kenaikan perlu dibincangkan dan diluluskan Kabinet, Ia perlulah dikaji mengikut kesannya kepada kedudukan kewangan negara," katanya kepada pemberita selepas Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Jabatan Kerja Raya dan Lembaga Getah Malaysia pada Rabu.

Akhbar Berita Harian baru-baru ini melaporkan kadar tol di 16 lebuh raya akan dinaikkan pada Ogos ini melibatkan kenaikan antara 20 sen sehingga RM1.

Mengikut Perjanjian Konsesi, kadar tol perlu dikaji setiap tiga tahun dan mengikut perjanjian itu, kadar tol sedia ada akan tamat Ogos ini.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin sebelum ini menjangkakan hanya lebuh raya tertentu akan mengalami kenaikan kadar tol kerana kerajaan telah menyediakan sejumlah peruntukan dalam Bajet 2015 untuk membayar pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya.

Lebih baik tubuh parti baru dari mempertahankan Najib, UMNO - Mohamad Fadli

Posted: 24 Jun 2015 08:15 AM PDT

 
hadi awang, UMNO, ulama

Keputusan kumpulan progresif dalam Pas menubuhkan parti baru juga lebih baik daripada bersama pro ulama.

PETALING JAYA: Rancangan kumpulan progresif dalam Pas untuk menubuhkan parti baru amat tepat bagi memenuhi inspirasi rakyat.

Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, keputusan itu adalah lebih baik berbanding terus bersama kepemimpinan Pas yang pro ulama.

Katanya, ia juga lebih baik untuk kumpulan progresif itu berbanding terus tenggelam kerana mempertahankan Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO.

"Mereka menubuhkan parti Islam baru yang sesuai dengan kehendak rakyat serta bersandarkan aspirasi berbilang kaum masyarakat di negara ini adalah untuk menjadikan diri mereka terus timbul dalam persada politik negara ini," tulisnya diblog.

Shahbudin mengulas surat terbuka Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada semua ahli Pas yang memberi amaran ahlinya yang keluar parti pasti akan tenggelam.

Dia turut mempersoalkan mengapa Hadi mengeluarkan surat terbuka itu sedangkan kumpulan progresif telahpun kalah dalam pemilihan parti.

"Bukankah mereka sudah ditenggelamkan oleh kumpulan ulama dalam pemilihan baru-baru ini?" katanya.

Katanya, Hadi tidak harus selama-lamanya bersandar kepada sejarah dalam menghukum sesuatu yang belum berlaku.

"Barangkali Haji Hadi memberikan ingatan itu kerana jauh di sudut hatinya sudah mula terselit rasa bimbang tentang masa depan yang suram akibat ketiadaan kumpulan progresif dalam Pas nanti?," tulis Shahbudin.

Skandal MARA : Najib, Annuar Musa perlu ‘bercuti’ - Khairil Ashraf

Posted: 24 Jun 2015 07:30 AM PDT

 
tuan man,anuar,najib

Mereka perlu bercuti supaya siasatan terhadap kes itu tidak terganggu.


PETALING JAYA :Skandal pembelian hartanah oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di The Dudley, Melbourne yang terlebih bayar RM13.8 juta menguatkan lagi hujah bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu 'bercuti'.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Najib perlu mengambil langkah pertama dengan bercuti dari jawatannya sehingga siasatan terhadap kes itu selesai dijalankan.

Katanya, Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa juga wajar mengambil tindakan sama supaya siasatan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

"Memandangkan Najib sendiri yang mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan telus terhadap kes ini, maka wajarlah Najib mengambil langkah pertama untuk bercuti, begitu juga dengan Annuar Musa sehingga siasatan selesai.

"Cuti ini pun wajar untuk memastikan persepsi 'tiada gangguan' terhadap kerja Jabatan Audit dalam menyiapkan laporan 1MDB kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dijangka siapa pada akhir bulan ini," katanya menerusi kenyataan media.

Tuan Ibrahim berkata, banyak keputusan perniagaan kontroversi seperti 1MDB, penyenaraian Felda FGV, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), pembelian tanah 1MDB oleh Tabung Haji dan terkini MARA berlaku di bawah kepimpinan Najib.

"Cap jari Najib dapat dikesan di sebalik semua keputusan ini meskipun media kerajaan cuba memisahkan Najib daripada kesemua keputusan-keputusan kontroversi ini.

"Realitinya, hampir semua lubuk duit kerajaan dan syarikat milik kerajaan sudah disentuh untuk tujuan yang mencurigakan dan tidak memanfaatkan negara," katanya.

Tambahnya, dengan nilai mata wang ringgit yang lemah dan hutang 1MDB masih perlu dibayar, tidak hairan selepas ini semua syarikat konsesi tol pula membeli tanah daripada 1MDB atas alasan pelaburan.

"Syarikat konsesi tol mendapat duit daripada siapa, kalau bukan rakyat," katanya.

Hadi arah wakil rakyat Pas Selangor sokong Azmin - Khairil Ashraf

Posted: 24 Jun 2015 06:45 AM PDT

 
hadi_azmin__600

Sokongan itu bagi memastikan kerajaan Selangor yang dbina di atas kepercayaan rakyat terus kekal dan bertahan.

PETALING JAYA: Pas akan terus menyokong Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali bagi mengekalkan kerajaan negeri yang sedia ada.

Sehubungan itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengarahkan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad untuk meminta seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas terus menyokong Azmin
.
"Ia bagi mengekalkan kedudukan kerajaan yang memerintah Selangor pada waktu ini," katanya dalam satu kenyataan.

Hadi berkata, pendirian Pas terhadap kerja sama dalam Pakatan Rakyat (PR) adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Ucapan Dasarnya di Muktamar Pas baru-baru ini.

Pada muktamar itu, Hadi berkata, Pas akan dan tetap melaksanakan Tahaluf Siyasi bersama Pakatan Rakyat selagi mana ia tidak bercanggah dengan panduan al-Quran dan Sunnah.

Dalam kenyataan itu, Hadi menegaskan, kerja sama Pas dengan PKR dan DAP di Selangor adalah dalam kerangka untuk mempertahankan kerajaan yang dibina bersama melalui kepercayaan rakyat.

BERAPI!!! MB Selangor Buat Hal Lagi... Apa Kata PM Haji Najib Lepas Nie? Jom Terjah!!!

Posted: 24 Jun 2015 06:00 AM PDT


 

Kerajaan Selangor mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji kepada 17,534 kakitangannya sempena Hari Raya Raya Aidilfitri, kata Mohamed Azmin Ali.

Menteri besar Selangor itu berkata, imbuhan tahunan itu akan dibayar pada 9 Julai depan, sebagai menghargai khidmat penjawat awam melaksanakan dasar kerajaan negeri secara profesional dan berintegriti.

"Kerajaan Negeri Selangor berasa amat sukacita mengumumkan pemberian Imbuhan Tahunan Sempena Hari Raya berjumlah satu bulan gaji kepada 17,534 orang anggota yang berkelayakan dan berkhidmat di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

"Imbuhan Tahunan ini adalah bagi menghargai khidmat yang diberikan oleh semua penjawat awam negeri dalam melaksanakan dasar kerajaan negeri secara profesional dan berintegriti ke arah Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada minggu lalu juga mengumumkan pemberian bantuan kewangan RM500 kepada penjawat awam gred 54 ke bawah, sebagai persiapan menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

DATO HUSAM DICANTAS TERUS OLEH PUAK ULAMA ??

Posted: 24 Jun 2015 05:00 AM PDT

Pimpinan Baru PAS: Datuk Husam, Sudah Tiada Jawatan Apa-apa Lagi.

SHAH ALAM: Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa (gambar) sudah tiada lagi apa-apa jawatan dalam kepimpinan PAS Malaysia. Bahkan di Kelantan beliau digugurkan daripada barisan kepimpinan PAS Kelantan apabila kabinetnya dibentuk semalam

Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Lajnah Politik dan Pilihan Raya yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Lajnah Dakwah oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Lajnah Pendidikan oleh Datuk Mohd Amar Abdullah dan Lajnah Hal Ehwal Parlimen oleh Datuk Mahfuz Omar


"Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang lepas juga bersetuju membentuk 24 portfolio dengan menggabungkan dua lajnah sebelum ini, iaitu Lajnah Asas Tani dan Lajnah Alam Sekitar menjadi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar," kata beliau dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman web Pas, hari ini.

Beliau juga berkata lajnah gabungan itu akan dipengerusikan seorang muka baharu, Sanusi Mohd Noor yang juga bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah. Mengulas lanjut, beliau berkata lagi, satu portfolio baharu telah diwujudkan iaitu Lajnah Hubungan NGO dan dipengerusikan oleh seorang muka baharu, iaitu Prof Madya Zainal Abidin Kidam yang juga bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel).

Sementara itu, katanya Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) akan dipengerusikan semula oleh beliau sendiri seperti di awal penubuhannya pada 2000 sebelum ini.

"Manakala satu lagi perubahan adalah jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua Pegawai Operasi (COO) Pusat Penyelidikan Pas (PPP) juga telah ditukarkan kembali kepada Pengarah PPP seperti di awal penubuhannya dahulu," katanya lagi.


Berikut adalah senarai penuh Pengerusi dan Pengarah Lajnah-lajnah dan Jabatan di kalangan AJK Pas Pusat bagi sesi 2015-2017:

1) Lajnah Politik dan Pilihan raya Pengerusi: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Timbalan: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Setiausaha: Datuk Takiyuddin Hassan Ketua Pengarah Pilihan Raya: Dato Mustafa Ali

2) Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan Pengerusi: Idris Ahmad Timbalan: Sallehen Mukhyi

3) Lajnah Dakwah Pengerusi: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan 1: Dr Nik Zawawi Salleh Timbalan 2: Mokhtar Senik


4) Lajnah Penerangan dan Perhubungan Media Pengerusi: Nasrudin Hassan Tantawi Timbalan: Datuk Nasurudin Daud

5) Lajnah Ekonomi & amp; Pengurusan Harta PAS Pengerusi: Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali Timbalan: Zaharuddin Mohammad


6) Lajnah Pendidikan Pengerusi: Datuk Mohd Amar Abdullah Timbalan: Zainal Abidin Kidam

7) Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar & amp; Hal Ehwal Orang Asal Pengerusi: Razman Zakaria Timbalan 1: Dr Ali Akbar Timbalan 2: Mohamad Hussain

8) Lajnah Pekerja dan Pengguna Pengerusi: Mohd Taufek Abdul Ghani Timbalan: Abdullah Hussin

9) Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pengerusi: Datuk Takiyuddin Hassan Pengarah IT - Mohd Shuhaimi Embong

10) Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pengerusi: Dr Rosni Adam Timbalan 1: Dr Ridhuan Mohd Nor Timbalan 2: Datuk Nasuruddin Daud

11) Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Pengerusi: Datuk Seri Abdul Hadi Awang Timbalan: Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

12) Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Pengerusi: Datuk Wan Abdul Mutalib Embong Timbalan: Datuk Dr Mohamad Fadzli Hassan

13) Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar Pengerusi: Sanusi Mohamad Nor Timbalan: Mohamad Hussain

14) Lajnah Perpaduan Nasional Pengerusi: Dr Najihatul Salihah Ahmad

15) Lajnah Kebudayaan dan Kesenian Pengerusi: Dr Ridhuan Mohd Nor Timbalan: Norazli Musa

16) Lajnah Hubungan NGO Pengerusi: Zainal Abidin Kidam

17) Lajnah Hal Ehwal Parlimen Pengerusi: YB Dato Hj Mahfuz Omar

18) Lajnah Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi
 Pengerusi: Salahuddin Ayub

19) Lajnah Lembaga Pemerkasaan Parti Pengerusi: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan: Dr Rosni Adam

20) Lajnah Lembaga Pembinaan
Kompleks Pas Pengerusi: Datuk Iskandar Abdul Samad Timbalan 1: Mohamad Noor Mohamad Timbalan 2: Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali

21) Lajnah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Pengerusi: Datuk Seri Abdul Hadi Awang Pengarah: Dr Mohd Zuhdi Marzuki Timbalan: Zaharudin Mohammad

22) Lajnah Pusat Pengurusan Kecemasan dan Bencana Pengerusi: Datuk Iskandar Abdul Samad Timbalan: Hussin Ismail

23) Jabatan Pilihan Raya pas Pengerusi: Datuk Mustafa Ali

24) Harakah Pengerusi: Idris Ahmad Pengarah Urusan: Dr Rosli Yaakup Penasihat Editorial: Nasrudin Hassan Tantawi

25) Pejabat Presiden Pas Setiasaha Politik: Dr Ahmad Samsuri Mokhtar Setiausaha Sulit: Zaihan Mohd Daud Setiausaha Akhbar: - Pegawai Khas: Kamaruzaman Mohamad Pegawai Penyelidik: Abdul Malik Abdul Razak.

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa digugurkan daripada barisan kepimpinan PAS Kelantan apabila kabinetnya dibentuk semalam. Dalam kabinet baharu itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob kekal sebagai pesuruhjaya manakala Datuk Dr Fadzli Mohamad dilantik timbalan pesuruhjaya, mengambil alih tempat bekas exco Kelantan itu.

Turut dilantik sebagai timbalan pesuruhjaya adalah Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Dr Johari Mat. PAS Kelantan juga mendapat setiausaha perhubungan yang baharu, apabila Datuk Che Abdullah Mat Nawi dilantik menggantikan Zulkiflli Mamat yang kini dilantik sebagai pengarah pilihan raya.

Ketika Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memimpin Kelantan, Husam merupakan orang kanan beliau dalam parti dan kerajaan. Husam dan rakan-rakan progresifnya dalam PAS tewas dalam pilihan raya pada awal Jun lalu. - 24 Jun, 2015. IH

Sekeping Gambar Yang Membuatkan Ulamak PAS Demam

Posted: 24 Jun 2015 04:15 AM PDT


Pada hari yang sama bekas ketua pembangkang menyeru penyusunan semula dan muncul pembangkang yang kuat, para pemimpin gabungan pembangkang itu dilihat mengadakan satu pertemuan.

Sekeping foto menunjukkan sekumpulan anggota parlimen dan pemimpin progresif PKR, DAP dan PAS duduk bersama-sama dalam satu kumpulan dengan dilaporkan mereka berbincang menubuhkan Pakatan 2.0.

MP Teresa Kok yang memuatnaik gambar tersebut dalam laman Facebooknya semalam berkata ia diambil dalam satu majlis berbuka puasa di rumah anggota parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar di Kuala Lumpur malam tadi.

"Ketika keputusan muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP, tetapi malam ini ia seolah-olah memberi harapan lahirnya Pakatan Rakyat 2.0," tulis beliau.

Antara pemimpin yang hadir dalam gambar tersebut ialah bekas timbalan presiden Mohamad Sabu, tokoh DAP Lim Kit Siang, bekas naib presiden Salahuddin Ayub, MP Shah Alam Khalid Samad, MP Sungai Petani Datuk Johari Abdul, penyanyi dan ahli PAS Wan Aishah Wan Ariffin dan Naib Presiden PKR Tian Chua dan Shamsul Iskandar Mohd Akin.



PM Lulus Urusan Beli Hartanah MARA

Posted: 24 Jun 2015 03:22 AM PDT




Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa berkata pembelian sebuah blok apartment di Melbourne, Australia dilakukan mengikut prosedur dan mendapat kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Urusan pembelian itu bermula pada 2012 dan diluluskan MARA Inc pada akhir 2012 dan di bawa ke Majlis MARA untuk kelulusan dan seterusnya di bawa ke kelulusan kementerian wilayah luar bandar dan di bawa ke Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh perdana menteri dan dapat kelulusan.

"Maklumat yang diberi ialah pihak Majlis mempertimbangkan untuk membeli dengan nilai harga pasaran," katanya.

Annuar yang juga MP Ketereh berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat MARA hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya tidak mengetahui berhubung bayaran lebih sebanyak RM13.7 juta terhadap pembelian Dudley International House oleh MARA Inc.

[Berita penuh menyusul] - mkini

Negara mungkin hadapi wabak denggi terbesar

Posted: 24 Jun 2015 01:00 AM PDT

 
 
Negara mungkin menghadapi wabak denggi terbesar pernah berlaku dengan lebih 40,000 kes dan 157 kematian dilaporkan sejak Januari tahun ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata angka itu mengejutkan berbanding apa yang dilaporkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

"Jumlah kematian tahun ini berganda berbanding tempoh yang sama tahun lepas, dan 30 peratus lagi kes dilaporkan, yang jauh lebih tinggi dari tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa dengan media di ibunegara malam tadi.

Beliau berkata banyak kes baru yang dilaporkan tahun ini ialah jenis Denggi yang belum pernah berlaku sebelum ini.

"Dahulu, ia cuma demam denggi berdarah. Sekarang, denggi boleh menyebabkan kegagalan hati berfungsi, radang paru-paru, jangkitan otak. Tingkah laku virus berbeza sekarang," katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai insiden 'sarung' di Hospital Sungai Buloh, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata para pelawat telah ditahan oleh pengawal keselamatan, bukan oleh pihak pengurusan hospital.

Bagaimanapun, beliau berkata pengawal tersebut telah diberi amaran dan latihan akan diberikan untuk membolehkan beliau memahami prosedur hospital.

"Pengawal keselamatan itu baru bertugas di hospital itu. Setiap tempat mempunyai garis panduan mengenai pakaian," kata beliau.

Media tempatan hari ini melaporkan seorang wanita telah ditahan oleh pengawal keselamatan di pintu masuk Hospital Sungai Buloh pada 16 Jun kerana memakai seluar pendek.

- Bernama

TERKINI!!! Dato' Mahfuz Omar Dilantik Semula... Inilah Senarai 24 Portfolio Yang Diputuskan, Jom Terjah!!!

Posted: 24 Jun 2015 12:00 AM PDT

 
SHAH ALAM – Bekas Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar dilantik semula sebagai pengerusi Lajnah Hal Ehwal Parlimen dan ia merupakan salah satu daripada empat lajnah yang mengekalkan pengerusi pada penggal lepas.

Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, selain Mahfuz, tiga lagi lajnah tidak menerima pengerusi baharu iaitu Lajnah Politik dan Pilihan Raya yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Lajnah Dakwah oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Lajnah Pendidikan oleh Datuk Mohd Amar Abdullah.

"Disebabkan perubahan agak besar dalam Jawatankuasa Pas Pusat, hampir semua lajnah mendapat pengerusi yang baharu kecuali empat lajnah tersebut. 
"Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang lepas juga bersetuju membentuk 24 portfolio dengan menggabungkan dua lajnah sebelum ini, iaitu Lajnah Asas Tani dan Lajnah Alam Sekitar menjadi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman web Pas, hari ini.

Beliau juga berkata lajnah gabungan itu akan dipengerusikan seorang muka baharu, Sanusi Mohd Noor yang juga bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah.

Mengulas lanjut, beliau berkata lagi, satu portfolio baharu telah diwujudkan iaitu Lajnah Hubungan NGO dan dipengerusikan oleh seorang muka baharu, iaitu Prof Madya Zainal Abidin Kidam yang juga bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel).

Sementara itu, katanya Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) akan dipengerusikan semula oleh beliuau sendiri seperti di awal penubuhannya pada 2000 sebelum ini.

"Manakala satu lagi perubahan adalah jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua Pegawai Operasi (COO) Pusat Penyelidikan Pas (PPP) juga telah ditukarkan kembali kepada Pengarah PPP seperti di awal penubuhannya dahulu," katanya lagi.

Berikut adalah senarai penuh Pengerusi dan Pengarah Lajnah-lajnah dan Jabatan di kalangan AJK Pas Pusat bagi sesi 2015-2017:

1) Lajnah Politik dan Pilihan raya

Pengerusi  : Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Timbalan : Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Setiausaha :

Datuk Takiyuddin Hassan


Ketua Pengarah Pilihan Raya:

Dato Mustafa Ali

2) Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan

Pengerusi: Idris Ahmad

Timbalan: Sallehen Mukhyi

3) Lajnah Dakwah

Pengerusi: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Timbalan 1: Dr Nik Zawawi Salleh

Timbalan 2: Mokhtar Senik

4) Lajnah Penerangan dan Hubungan Media

Pengerusi: Nasrudin Hassan Tantawi

Timbalan: Datuk Nasurudin Daud

 5) Lajnah Ekonomi & Pengurusan Harta PAS

Pengerusi: Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali

Timbalan: Zaharuddin Mohammad

6) Lajnah Pendidikan         

Pengerusi: Datuk Mohd Amar Abdullah

Timbalan: Zainal Abidin Kidam

7) Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar & Hal Ehwal Orang Asal

Pengerusi: Razman Zakaria

Timbalan 1: Dr Ali Akbar

Timbalan 2: Mohamad Hussain

8) Lajnah Pekerja dan Pengguna

Pengerusi: Mohd Taufek Abdul Ghani

Timbalan: Abdullah Hussin

9) Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Pengerusi: Datuk Takiyuddin Hassan

Pengarah IT – Mohd Shuhaimi Embong

10) Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan

Pengerusi: Dr Rosni Adam

Timbalan 1: Dr Ridhuan Mohd Nor

Timbalan 2: Datuk Nasuruddin Daud

11) Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar

Pengerusi : Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Timbalan : Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

12) Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia

Pengerusi: Datuk Wan Abdul Mutalib Embong

Timbalan : Datuk Dr Mohamad Fadzli Hassan

13) Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar


Pengerusi: Sanusi Mohamad Nor

Timbalan:  Mohamad Hussain

14) Lajnah Perpaduan Nasional

Pengerusi : Dr Najihatul Salihah Ahmad

15) Lajnah Kebudayaan dan Kesenian

Pengerusi: Dr Ridhuan Mohd Nor

Timbalan: Norazli Musa

16) Lajnah Hubungan NGO

Pengerusi: Zainal Abidin Kidam

17) Lajnah Hal Ehwal Parlimen

Pengerusi: YB Dato Hj Mahfuz Omar

18) Lajnah Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi

 Pengerusi: Salahuddin Ayub

19) Lajnah Lembaga Pemerkasaan Parti

Pengerusi: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Timbalan:  Dr Rosni Adam

20) Lajnah Lembaga Pembinaan Kompleks Pas

Pengerusi: Datuk Iskandar Abdul Samad

Timbalan 1: Mohamad Noor Mohamad

Timbalan 2: Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali

21) Lajnah Pusat Penyelidikan PAS (PPP)

Pengerusi: Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Pengarah: Dr Mohd Zuhdi Marzuki

Timbalan: Zaharudin Mohammad

22) Lajnah Pusat Pengurusan Kecemasan dan Bencana

Pengerusi: Datuk Iskandar Abdul Samad

Timbalan: Hussin Ismail

23) Jabatan Pilihan Raya pas

Pengerusi: Datuk Mustafa Ali

24) Harakah

Pengerusi: Idris Ahmad

Pengarah Urusan : Dr Rosli Yaakup

Penasihat Editorial: Nasrudin Hassan Tantawi

25) Pejabat Presiden Pas

 Setiausaha Politik: Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

Setiausaha Sulit: Zaihan Mohd Daud

Setiausaha Akhbar: -

Pegawai Khas: Kamaruzaman Mohamad

Pegawai Penyelidik: Abdul Malik Abdul Razak