Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI


Mara perlu menyiasat perjanjian ‘Dudly House’ di Australia

Posted: 23 Jun 2015 11:00 PM PDT



SEKILAS PANDANG:  Ini sangat menyedihkan! Satu demi satu, perjanjian yang meragukan melibatkan Malaysia di luar negara telah terbongkar.

Kes terbaru melibatkan "sekumpulan pegawai Malaysia yang sangat kaya" yang di dakwa membeli satu blok apartmen di Melbourne, Australia, dengan harga melebihi harga pasaran dan menyimpan perbezaan harga yang wujud itu.

Suratkhabar Australia The Age, dalam laporan ekslusifnya baru-baru ini, membongkar satu penjanjian meragukan yang berlaku di sebalik pembelian bangunan lima tingkat asrama pelajar yang dikenali sebagai Dudley International House, sebagai satu penipuan hartanah terbaru.

Bangunan itu dimiliki oleh agensi kerajaan Mara, dan pihak yang didakwa terlibat dalam perjanjian itu melibatkan pegawai tertinggi Mara, pegawai kanan dan bekas ahli politik.

Menurut laporan itu, kumpulan itu didakwa membayar lebih sebanyak A$4.75 juta (RM 13.8 juta) untuk apartmen itu, dan jumlah itu kemudiannya menjadi rasuah.  Bidaan kemudiannya melonjak daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM 65.3 juta).

Dan seperti mana perjanjian meragukan yang lain, terdapat syarikat bayangan yang ditubuhkan khusus untuk memindahkan dana berkaitan dengan perjanjian itu, dan invois palsu yang diberikan oleh firma Malaysia kepada pemaju perumahan, untuk perkhidmatan palsu yang diberikan.

The Age juga mendakwa yang kumpulan orang yang sama terlibat dalam pembelian hartanah, bangunan pejabat dan blok apartmen bernilai hampir A$80 juta di Melbourne.

Suratkhabar itu menembual kontraktor Australia John Bond, yang bakal diisytiharkan muflis selepas dia menyiapkan bangunan Dudley House, tetapi tidak pernah dibayar untuk kerjanya.

"Perjanjian ini menindas penduduk Australia dan melibatkan korupsi yang sangat serius tetapi tiada seorang pun dipertanggungjawabkan," dia dipetik berkata.

Suratkhabar itu mendakwa yang penjualan apartmen itu ialah sebahagian daripada skandal rasuah dan pelaburan wang haram global yang diketuai oleh pemaju Australia yang tamak dan pegawai asing yang berkuasa- pujian yang kita tidak perlukan.

Ia menamakan orang Malaysia dalam skandal tersebut ialah ahli perniagaan Yusof Gani, Azizi Yom Ahmad, anaknya Erwan (yang menggunakan rangkaiannya untuk memastikan perjanjian itu berlaku), bekas ahli politik yang kini pengerusi Pelaburan Mara Mohammad Lan Allani, dan ketua eksekutif Mara, Halim Rahman.

Tidak mengejutkan, Mohammad Lan memberitahu suratkhabar itu yang dia tidak mengingati perjanjian Dudley House, walaupun dia melawat Melbourne untuk memeriksa hartanah itu pada bulan Mei tahun lepas. Ditanya samada unsur korupsi berlaku, dia meletakkan telefon.

Hakikatnya, pengerusi Mara Annuar Musa sendiri telah melawat bangunan asrama itu pada Mei tahun lepas, ditemani oleh pegawai kanan Mara (termasuk Mohammad Lan), menurut laporan Bernama.

Ini tidak mengejutkan sama sekali.

Skandal ini terbongkar ketika Mara masih bergelut membersihkan namanya selepas kelihatan bersimpati dengan penjenayah seks kanak-kanak yang ditajanya, yang kini sedang dipenjarakan di United Kingdom.

Bertahun lamanya, orang penting dalam kerajaan Malaysia telah mengambil wang pembayar cukai membuta tuli, membelanjakan duit itu seperti duit mereka bak air yang mengalir dalam perjanjian luar negara yang meragukan- selalunya menerima manfaat dalam bentuk rasuah yang besar.

Meneliti orang yang terlibat, tepat untuk mengatakan yang "habiskan selagi boleh tanpa segan silu" ialah ciri-ciri khusus kroni kerajaan pemerintah dan politikusnya- menggunakan nama Umno Baru.

Bertahun lamanya, budaya menjijikan ini berlaku tanpa dikekang. Nampaknya rakyat semakin miskin sedangkan mereka yang mempunyai hubungan yang betul, terus menjadi kaya.

Siapakah dan apa hak mereka untuk menggunakan wang rakyat sesuka hati? Jika kes ini berlaku di negara China, kita akan menyaksikan pegawai-pegawai yang korup ini akan ditahan, dibicarakan kerana korupsi dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh pasukan penembak.

Tetapi kita berada di Bolehland, kita boleh menjangkakan yang tiada siasatan, apatah lagi membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Tetapi mari kita berharap yang kita silap- kini tanggungjawab terletak pada Mara untuk mengambil langkah pertama melancarkan siasatan kepada kes ini.

Persoalan yang masih kekal: adakah Mara akan bertindak?

- See more at: http://bm.theantdaily.com/


Seorang lagi wanita diarah tutup LUTUT, kali ini di Hospital Sg Buloh

Posted: 23 Jun 2015 10:00 PM PDT

 
 Seorang lagi wanita diarah tutup LUTUT, kali ini di Hospital Sg BulohPengawal keselamatan di Hospital Sungai Buloh dilaporkan menahan seorang wanita berseluar pendek dan hanya membenarkannya masuk ke dalam bangunan selepas memakai tuala yang membaluti pinggang hingga kakinya.

Bagaimanapun, pengarah hospital itu mengambil tindakan pantas dengan mengeluarkan permohonan maaf dan berkata ia bukan polisi hospital atau Kementerian Kesihatan untuk menghalang pelawat memasuki bangunan berdasarkan kepada pakaian mereka, lapor Star Online.

Ini adalah insiden ketiga membabitkan pelaksanaan kod etika berpakaian di bangunan kerajaan.

Wanita terbabit memaklumkan mengenai insiden itu di akaun Facebooknya dan dilaporkan oleh The Star Online.

Dalam kejadian itu, bapa wanita itu dikatakan terpaksa naik ke wad untuk meminjam tuala daripada pesakit bagi membolehkan anaknya menutup kaki.

"Ketika saya tiba di pintu pagar pelawat, ada beberapa pengawal keselamatan menahan saya dan berkata 'awak tidak boleh masuk kerana pakai seluar pendek'.

"Pengawal keselamatan itu kata 'ini arahan Kementerian Kesihatan'," katanya di Facebook.

Tetapi pengarah hospital itu, Dr Khalid Ibrahim mohon maaf, berkata insiden itu tidak sepatutnya berlaku.

"Kita tidak larang mana-mana pelawat masuk ke hospital hanya kerana apa yang mereka pakai.
"Tetapi, kami menggalakkan orang awam untuk berpakaian sopan ketika melawat pesakit," katanya dipetik daripada The Star Online.

Beliau berkata, mungkin pengawal keselamatan terbabit salah faham mengenai kod etika berpakaian, dan aduan sudah dibuat kepada syarikat keselamatan berkenaan.

Kejadian ini susulan episod wanita memakai skirt pendek atas lutut diberikan kain sarung dipakai untuk menutup kakinya oleh pengawal keselamatan di pejabat agensi kerajaan.

Insiden pertama ialah di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Gombak pada awal bulan ini, apabila seorang wanita yang berpakaian singkat di atas lutut diminta memakai sarung sebelum boleh mendapatkan perkhidmatan di kaunter kakitangan JPJ.

Semalam, 2 wanita termasuk wartawan dan seorang penduduk Selangor terpaksa memakai kain sarung untuk masuk ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Kod etika berpakaian di semua tempat awam ini melarang baju tanpa lengan serta seluar dan skirt pendek. – TMI

Siasatan terhadap Nazri Aziz selesai - Faiz Zainudin

Posted: 23 Jun 2015 09:15 PM PDT

 
igp

Pihak polis akan menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.


KUALA LUMPUR: Kertas siasatan terhadap Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz telah siap dan akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, kata Ketua Polis Negara.

Beliau berkata, pihaknya telah selesai merekodkan keterangan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu kira-kira seminggu yang lalu.

Katanya, Nazri disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan  kerana mengeluarkan kenyataan terhadap Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim baru-baru ini.

Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan itu merupakan kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang dikhuatiri mendatangkan khianat awam.

"Kita habis merakam semua percakapan Nazri dan akan memajukan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara bila-bila masa," kata dalam sidang media sempena Pelancaran Filem Bukit Kepong versi digital definisi tinggi (HD) di Bukit Aman pada Selasa.

Mengulas tindakan adinda TMJ, Tunku Idris yang memuat naik tulisan berkaitan perjanjian bersama dengan Persekutuan Tanah Melayu yang membolehkan Johor terkeluar dari Malaysia, Khalid memberi amaran supaya isu tersebut tidak lagi di gembar-gemburkan oleh mana-mana pihak memandangkan kes tersebut masih dalam siasatan.

"Saya tak mahu komen yang itu cukuplah, kita telah membuka kertas siasatan biarlah siasatan dijalankan.

"…Elok tidak ada sesiapa lagi memperbesarkan isu ini kerana ia perkara yang sensitif. Nampaknya dah reda, jangan ada pihak yang cuba hendak mengapi-apikan isu ini lagi," tegas Khalid.

“Amoi pakai baju kurung sangat comel” FMT Reporters

Posted: 23 Jun 2015 08:30 PM PDT


amoi

Gambar beberapa gadis bukan Islam berbaju kurung dan berselendang berbuka puasa di masjid mendapat perhatian ramai.


PETALING JAYA: Gambar beberapa orang gadis bukan Melayu memakai selendang ketika menghadiri majlis di Masjid Al Falah Subang Jaya menarik perhatian ramai.

Walaupun tidak menutup aurat sepenuhnya, namun pengguna laman sosial memuji mereka kerana sekurang-kurangnya mematuhi adab berpakaian.

Wanita berkenaan adalah kakitangan dan pelatih di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh.

Mereka menghadiri program pemberian peruntukan kepada masjid dan surau di Subang Jaya di Masjid Al Falah, USJ9, pada Isnin.

Keayuan gadis-gadis bukan Islam memakai selendang dan berbaju kurung itu sehinggakan ada pengguna yang membuat komen nakal bertujuan mengusik.

"Amoi pakai baju kurung sangat comel," tulis Muhammad Harris Nasril.

"Cantik uols dengan selendang. Keep up the good work yb Hannah," tulis Muhamad Amin Firdaus.
Menurut Hannah, sebanyak enam masjid menerima sumbangan Ramadan sebanyak RM2,000 setiap masjid manakala 18 surau menerima RM1,000.

"Peruntukan ini disediakan oleh pejabat saya yang kita sediakan setiap tahun," tulisnya di Facebook.

Hannah Yeoh berkata, dia dan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen turut mengadakan dialog dan berbuka bersama pengurusan masjid dan surau.

Di sebalik pujian itu, terdapat pengguna Facebook yang memperli Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Prof P Ramasamy yang sebelum ini mendakwa pemakaian sarong kepada bukan Islam adalah proses mengislamisasi.

Ramasamy dilaporkan berkata demikian apabila mengulas kejadian seorang wanita diminta memakai sarong kerana tidak mematuhi etika pakaian ketika berurusan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju.

"Mana itu Ramasamy sama Satees Muniandy… Tak mahu biat aduan kepada Lembaga Disiplin DAP… Bukan kah ini satu proses Islamisasi…. Amacam??? Ada berani???," tulis Izaharuddin.
"Teresa Kok pls help this amoi wakaka," perli pemilik akaun Dell Vegas.

Najib - Dakwaan korupsi libat pegawai MARA akan disiasat terperinci

Posted: 23 Jun 2015 08:00 PM PDT

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak menegaskan dakwaan korupsi mengaitkan beberapa individu dalam pembelian hartanah oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Melbourne, Australia, akan disiasat secara terperinci.

"Pihak berkuasa di sini akan menyiasat secara terperinci dakwaan tersebut, dan seandainya ada sebarang salah laku dan penyelewengan, tindakan akan diambil," katanya dalam kenyataan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter miliknya.

Akhbar Australia, 'The Age' melaporkan seorang pegawai tinggi MARA, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan berjuta-juta dana kerajaan untuk membeli satu blok apartmen di Melbourne dalam penipuan hartanah.

Akhbar itu mendakwa 'sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya' terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok apartmen di bandar raya itu pada 2013.

Ketiga-tiga pegawai itu didakwa 'membida lebih tinggi' bagi bangunan itu dikenali 'Dudley International House", daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta), dengan wang perbezaan itu dijadikan sebagai rasuah di tanah air.

Dudley International House merupakan asrama pelajar, dibeli oleh Mara yang menyediakan biasiswa pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di luar negara.

Bangunan Dudley International House setinggi lima tingkat di subbandar East Caulfield menempatkan 115 pelajar Mara di Monash University.

- Bernama

Zalimnya LGE bagi duit raya kat Guru Agama seluruh Penang.. By canang

Posted: 23 Jun 2015 07:30 PM PDT

 
 
Zalimnya LGE bagi duit raya kat Guru Agama seluruh Penang...

Lebai lebai sekalian ini patut korang meroyankan, DAP jahatkan bagi duit pada Guru guru agama..

Ish3 Hj Hadi dan Najib takda bagi duit raya pong lg terutama Guru Agama Islam!

Rasuah 65Juta Pegawai Kanan MARA ?

Posted: 23 Jun 2015 07:00 PM PDT

Seorang ahli politik dan pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dipercayai terlibat dengan rasuah berhubung pembelian hartanah di Melbourne Australia bernilai USD22.5 juta (RM65 juta).

Dakwaan itu dibuat oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berdasarkan laporan media Australia dan media tempatan.

  1. Wujud dakwaan bahawa nilai hartanah yang dibeli di Dudley International House oleh MARA telah dinaikkan sebanyak USD4.75 juta (RM13 juta).
  2. Menurutnya, jumlah tersebut sengaja dinaikkan dengan tujuan sebagai balasan terhadap pembelian hartanah itu.
  3. "Wang tersebut dijanjikan sebagai yuran pengenalan dan perundingan kepada sebuah syarikat dorman di Singapura.

"Sekiranya tuduhan-tuduhan ini benar, adalah amat mengecewakan memandangkan ia melibatkan bukan sahaja wang rakyat malah reputasi MARA, sebuah institusi penting bagi masyarakat Bumiputera selama ini,"

"Jika tuduhan tersebut tidak benar, individu terbabit boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menuduh sebagai langkah mempertahankan nama baik mereka."

Hari Ini Genap13 Tahun Almarhum Ustaz Fadhill Nor Pergi Meninggalkan Kita

Posted: 23 Jun 2015 06:30 PM PDT

22 Jun 2002

10.30 malam berita keadaan yang mencemaskan mengenai Allahyarham diterima.


23 Jun 2002

1.30 pagi keadaan Allahyarham dapat distabilkan.

7.00 pagi berita Allahyarham sedang nazak telah diterima.

10.30 pagi berita sedih pemergian Allahyarham kita semua terima dari HUKM.

11.30 pagi jenazah Allahyarham dibawa ke bilik mayat untuk dimandikan, diwaktu inilah kita lihat ribuan rakyat telah memenuhi HUKM.

12.30 petang jenazah di bawa ke Surau Taman Jaya (bersebelahan HUKM) dengan diiringi dengan laungan takbir serta tahlil disepanjang jalan yang lebih 10,000 orang mengiringinya.

12.45 petang jenazah dilawati oleh Dymm Sultan Kedah dan telah disolat jenazah sebanyak 6 kali sebelum masuk waktu zohor. Dimana setiap kali solat jenazah lebih 3,000 orang menjadi makmumnya.

1.45 petang rakan-rakan bukan Islam dan muslimah dibenarkan melawat jenazah di surau taman jaya.

2.30 petang jenazah dibawa ke lapangan terbang TUDM subang dengan diiringi oleh ribuan kenderaan dan dimaklumkan lebih 5,000 pendokong BA telah berada di Subang.

2.55 petang jenazah sampai di Subang, dengan sambutan takbir, suasana sungguh pilu kerana rakyat marhaen dengan jumlah lebih 10,000 orang mengiringi jenazah Allahyarham dari HUKM ke Subang.

3.15 petang maklumat diterima DSAI telah dibenarkan untuk melawat Allahyarham di Subang, Usaha Nurul Izzah dan Nurul Nuha berbincang dengan Pak Lah di Subang telah berjaya untuk membawa DSAI ke Subang. Penerbangan 3.30 petang telah ditangguhkan untuk menunggu DSAI tiba dari Sungai Buluh.

4.40 petang memandang DSAI lewat tiba dan waktu sudah terlalu lewat, Pesawat TUDM dengan membawa lebih 100 penumpang telah berlepas tepat jam 4.40 petang dari lapangan terbang Subang ke Kepala Batas.

6.00 petang jenazah tiba di lapangan terbang Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 rakyat marhaen dan terus di bawa ke Darul Ulum di Pokok Sena, apa yang dimaklumkan lebih 100,000 orang telah menunggu di Pokok Sena.

7.00 petang dengan bantuan pihak polis dan kerjasama orang ramai jenazah selamat ditiba di Darul Ulum, walaupun jalan raya kesesakkan teruk lebih 20 km, kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari Tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km.

7.45 malam selepas solat maghrib dianggarkan lebih 250,000 rakyat marhaen telah berada di Pokok Sena untuk memberikan penghormatan terakhir ke Allahyarham.

8.30 malam maklumat yang diterima dari jarak 3km ke Darul Ulum telah tidak boleh dimasuki oleh orang ramai lagi, keadaan amat sesak dan padat. Apa yang dimaklumkan ada penyokong BA yang berjalan kaki sejak 6.30 petang ke Darul Ulum gagal sampai kerana keadaan sesak tersebut.

9.15 malam jenazah Allahyarham telah diusung ala intifadha dari Darul Ulum ke tanah perkuburan dengan diiringi laugan takbir yang bergempita seluruh Pokok Sena dan sayup-sayup kedengaran sambutan takbir tersebut dari para jamaah yang tidak sampai ke Darul Ulum.

9.30 malam jenazah selamat dikebumikan.

10.00 malam upacara bacaan talkin dan tahlil selamat dilaksanakan ditanah perkuburan di hadapan Darul Ulum.

Hari ni 23 jun 2015
Sudah 13 tahun pemergiannya.

Hari ini tarikh pemergian Almarhum tuan guru ustaz fadhil noor,alfatihah

Kini telah terbukti seorang pemimpin Islam yang dikasih pasti telah menunjukkan berkatnya di dunia lagi. Tidak pernah terjadi dalam sejarah Malaysia, lebih 300,000 orang hadir dalam majlis pengkebumian seorang pemimpin.

Allahyarham Datuk Hj.Fadhil Nor adalah insan yang bertuah kerana ratusan ribu rakyat marhaen hadir untuk memberi sedekah Al-Fatihah dan sama-sama solat ke atas jenazah beliau.
 
Hari ini Malaysia dan segala isi penduduknya pasti kehilangan seorang pejuang Islam, walaupun kepimpinan beliau dibenci oleh musuh politik, tapi Allah swt telah menunjukkan kepada umatnya Allahyarham adalah insan kerdil yang akan ditempatkan bersama para mujahid dan para syuhada di alam barzakh.

Al-Fatihah untuk roh Allahyarham dan takziah kepada keluarga beliau serta pemimpin Parti Islam Semalaysia (PAS). 
 
Semoga Allah swt akan mengampunkan dosa-dosa Allahyarham serta ditempatkan bersama para syuhadah. Semoga ini akan memberikan kita keinsafan serta kembali kejalan Islam yang sejati lagi hakiki.

Ada Sebab Rupanya Mahathir Selalu Turun Bazar Ramadan

Posted: 23 Jun 2015 05:45 PM PDT



"Nak cari popia," itu jawapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya tujuan beliau selalu turun ke bazar Ramadan.

Katanya popia merupakan antara makanan wajib beliau sekiranya ingin berbuka puasa.

"‎Tun teringat Pekan Rabu kah?' soal seorang pengunjung yang turut mengambil kesempatan bertanya kepada beliau?

"Pekan Rabu tidak berapa ada popia, cuma ada pulut udang.

"Sini tidak ada pulut udang, orang sini tak tahu buat pulut udang, orang Kedah sahaja boleh," selorohnya ketika ditemui Sinar Online di Bazar Ramadan Shah Alam Seksyen 13 hari ini.

Sementara itu, Sinar Online difahamkan, selain popia Dr Mahathir turut menyukai putu piring.

"Tun juga kalau ke bazar akan cari putu piring, itu antara kegemaran beliau," katanya. 

Kehadiran Dr Mahathir ke Bazar Ramadan Shah Alam hari ini menyebabkan keadaan sesak seketika disebabkan orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan 'berselfie' dengan beliau.

Bayangkan, sebaik beliau memulakan langkah untuk bergerak orang ramai sudah mula mengerumi beliau.

Namun Dr Mahathir dengan gaya bersahaja dan santai tetap menyantuni orang ramai yang berada di bazar tersebut.

Bazar Ramadan Shah Alam merupakan bazar keempat yang dikunjungi oleh Dr Mahathir tahun ini, selepas bazar di Kampung Baru, Putrajaya dan Keramat.

Azmin JELASKAN kenapa jumpa Sultan

Posted: 23 Jun 2015 05:00 PM PDT

 
Azmin JELASKAN kenapa jumpa SultanSHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mengesahkan bahawa beliau sudah menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 22 Jun (semalam) bagi menjelaskan keadaan semasa yang berlaku di Selangor.

Katanya, selaku Menteri Besar Selangor, beliau bertanggungjawab memaklumkan kepada Sultan Selangor tentang urusan kerajaan sebelum mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

"Untuk minggu ini, saya telah menghadap Sultan Selangor untuk memaklumkan antara lain kemajuan dalam usaha memuktamadkan Perjanjian Utama Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Negeri Selangor.

"Pada kesempatan ini, saya juga telah memaklumkan kepada Tuanku Sultan tentang masalah dalaman Pakatan Rakyat di peringkat nasional.

"Saya memberi jaminan kestabilan dan keutuhan Kerajaan Negeri Selangor untuk terus fokus kepada usaha memenuhi aspirasi rakyat melalui penjanaan pertumbuhan ekonomi dan keadilan sosial," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Semalam, laporan Sinar Harian melaporkan bahawa Mohamed Azmin Ali mengadakan pertemuan tertutup dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan sekaligus membangkitkan spekulasi mengenai isu nasib dan masa depan kemelut PR yang bertelagah ketika ini.

Mengulas lanjut, Azmin berkata dalam pertemuan itu Tuanku Sultan mengambil maklum tentang penjelasan yang telah beliau berikan.

"Pesanan baginda ialah mahu Kerajaan Negeri Selangor terus stabil untuk membangunkan Negeri Selangor dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat," ujarnya.MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI. - SH

Ini foto AL_AQSA [yg sebenarnya bukan bohongan atau hasil rekaan] di Jerusalem, - Muhd Amirul Akmal Aris

Posted: 23 Jun 2015 04:15 PM PDT

Muhd Amirul Akmal Aris's photo.

Subhanallah ...... Foto ini dapat dibolosi kerana tidak diketahui oleh pihak Israel laknatullah yg menjaga tempatnya dengan sangat ketat. Bukti kebesaran Allah SWT batu tempat duduk Nabi Muhammad SAW Isra Mi'raj sampai kini masih tetap terapung di udara. 

Pada saat Nabi Muhammad mau Mi'raj batu tersebut ikut, tetapi Nabi SAW menghentakkan kakinya pada batu tersebut, maksudnya agar batu tersebut tak ikut. 

Kisah Isra Mi'raj Nabi Muhammad SAW tentang batu gantung tersebut yang berada dalam masjid Umar [Dome of the Rock] di Lingkungan Masjidil AQSA di Yerusalem.

Sampai sekarang masjid dome of rock ditutup untuk umum, dan Yahudi membuat masjid lain Al Sakhra tak jauh disebelahnya dengan kubah "emas" (yg sering terlihat di poster2 yg disebarkan ke seluruh dunia dimana2) dan disebut sebagai Al Aqsa, untuk mengelabui ummat Islam dimana masjid al Aqsa yang sebenarnya, yang Nabi Muhammad SAW pernah sebutkan Al Aqsa sebagai "masjid kubah biru".

Saat ini masjid Al Aqsa yg sebenarnya sudah diambil alih oleh Israel dan merancang untuk dihancurkan untuk diganti sebagai tempat ibadah mereka kerana bersebelahan dengan tembok ratapan.

Subhanallahh .... bagus untuk di baca .....
* Ali bin Abi Talib r.a berkata:

"Sewaktu Rasullullah SAW duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi, lalu berkata: 

'Wahai Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa AS yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab. 'Lalu Rasullullah SAW bersabda:

"Silakan bertanya. 'Berkata orang Yahudi:' Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu."

Sabda Rasullullah S.A.W. : "Solat Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada TuhanNya, Solat Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam AS memakan buah Khuldi, Sholat Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam AS , Maka setiap mukmin yang solat Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya. "

Solat Isya 'itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku, Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan disitu sujudnya tiap orang kafir.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah SAW maka mereka berkata: 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan di dapati oleh orang yang solat.'

Rasullullah SAW bersabda: "Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, Solat Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan keatasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat."

Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: "Manakala solat Asar, adalah saat di mana Nabi Adam AS Memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan solat Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir. "

Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: "Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, solat Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam AS diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.

'Sabda Rasullullah S.A.W. : "Solat Isya '(atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan solat Isya 'berjamaah, Allah SWT haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titian sirath. "

Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: "Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, diberi oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:

1. Dibebaskan dari api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah SAW maka mereka berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (SAW). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu? '

Sabda Rasullullah S.A.W. : "Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam AS selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.Ş. berlapar selama 30 hari. 

Sementara izin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhlukNya."

Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu '.

Sabda Rasullullah S.A.W. : "Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT dia akan diberi oleh Allah S.W.T. tujuh perkara:

1. Akan dicairkan daging haram yg tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).
2. Rahmat Allah senantiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).

6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi '.

Sabda Rasullullah S.A.W. : "Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat) '.

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa asyhadu anna Muhammada Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah)'. 

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar. "(Al-Baqarah: 155)

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah S.A.W. : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat? "Maka jawabnya Rasulullah SAW," Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU ".

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. 

Maka memanggillah dari zat yang memanggil.
Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. 

Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran / beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah SAW : Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah SWT memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekalian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun -daun kayu di bumi.

Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. 

"Dan (ingatlah) Allah senantiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." (Surah Al-Baqarah: 237) *

* Wassalam, *

Kirim Salam Aje Lah Dengan Lu Punya Kata-Kata Tu Tuang Presideng

Posted: 23 Jun 2015 09:00 AM PDT



Apa lu ingat Ahli PAS adalah seperti Ahli Umno atau pun sebahgian Ahli PAS yang berstatus Wala'un-Walaun ke Tuang Presdeng PAS Tuang Guru Haji Hadi Awang, yang boleh Mengikut apa sahaja kata Pemimpin seperti Lembu Dicucuk Hidung.

Itu cakap yang hanya sesuai untuk Tuang Presideng cakapkan semasa berada di dalam Lingkungan 5 kilometer persegi kawasan Rusila Tuang Presideng oiii... lepas daripada 5 kilometer persegi ia sudah tidak Relevan lagi... kah kah kah !.

Sebab itu pun Tuang Presideng hanya boleh Menang selalu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Redang tetapi belum tentu lagi untuk Menang di Kawasan Parlimen Marang, Jangan cuba nak Memimpin Ahli PAS seperti Cara Pemimpin-Pemimpin UMNO Memimpin Ahli UMNO Tuang Presideng, jangan ingat Ugutan Tuang Presideng dapat menghilangkan rasa Kesal sebahagian Ahli PAS dengan cara Pemilihan dan Berkempen Kotor di pihak Tuang Presideng... kah kah kah !.

Apa Tuang Presideng ingat Tuang Presideng sudah cukup bagus untuk mengatakan "Kamu Akan Tenggelam Jika Tidak Bersama PAS"... siapa Tuang Presideng untuk mengatakan itu semua walau pun Tuang Presideng cuba menutup kata-kata tersebut dengan kata-kata "Ada Pun Perkara Yang Akan Datang Berada Didalam Ilmu Allah". Apa Tuang Presideng ingat bahawa Tuang Presideng sudah cukup bagus kerana Menjawat Jawatan Naib Ketua Ulama' Sedunia... kah kah kah !.

Cakap banyak pun tak guna Tuang Presideng jika rasa-rasa Kepimpinan Tuang Presideng tu diterima oleh Kebanyakan Ahli PAS dan Rakyat... apa kata Tunjukan Kejantanan Tuang Presideng Bertanding diluar Kandang Rhu Redang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) khas di Negeri-Negeri Pantai Barat... jika Tuang Presideng Kalah pun apa ada hal, sebab Bertanding dalam Pilihan Raya bukan untuk kemenangan semata-mata. Setidak-tidaknya boleh Berdakwah... kah kah kah !.

Asal keluar aje dari Mulut si Tuang Presideng mesti Bau Longkang beb... sebab itu mana ada Kenyataan beliau yang boleh dikatakan untuk Menjernihkan sesama-sama Ahli PAS sama ada sebelum Pemilihan PAS mahu pun selepas Pemilihan PAS... sebab nya beliau adalah Bapak Segala Masalah yang berlaku didalam PAS sekarang ini beb... kemudian gunakan Ayat Quran dengan Hadis sebagai Perisai untuk menutup segala Kerja Kotor semasa Pemilihan PAS... hakkkkkk tuihhhhhh !!!.

sumber MK hemmmmm..... pemimpin pas terengganu kebanyakan nya dah berangan menjawat jawatan dalam kerajaan negeri... konon-konon nya boleh menang lah tu beb... kah kah kah !.


Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang.

Ibrahim Ali sifatkan dirinya seperti ‘sabut hanyut yang timbul’ - FMT Reporters

Posted: 23 Jun 2015 08:30 AM PDT

 
ibrahim ali

Beliau berbangga walaupun tidak lagi menjadi Ahli Dewan Rakyat tetapi suara dan pandangannya masih lagi didengar.

PETALING JAYA: Datuk Ibrahim Ali menyifatkan dirinya seperti sabut hanyut yang sedang timbul kerana masih bertahan dalam arus politik perdana.

Katanya, ramai ahli politik tidak mampu bertahan lama kerana tidak kuat atau parti politik yang disertai tidak kuat berbanding parti lain.

"Ibarat seperti sabut hanyut, singgah sana sini dan bila hanyut, orang tolak sana sini.

"Jarang yang boleh survive, tetapi antara yang boleh survive adalah Tok Him (Ibrahim Ali)," kata Presiden Perkasa itu.

Ibrahim berkata beliau berbangga kerana suara dan pandangannya masih didengar walaupun tidak lagi menjadi Ahli Dewan Rakyat.

Mengulas hubungan dengan Paderi Kristian, beliau berkata, hubungan mereka bertambah baik dan sering bertukar pandangan menerusi aplikasi WhatsApps.

Katanya, beberapa Paderi dan pertubuhan Kristian telah menyatakan persetujuan untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa Perkasa pada Khamis ini.

"Sekarang mereka sudah dapat terima yang sebenarnya Perkasa dan saya bukanlah rasis seperti yang didakwa," katanya.

Pakatan Rakyat masih berfungsi – Anwar Ibrahim - Khairil Ashraf

Posted: 23 Jun 2015 08:00 AM PDT


 
anwar,pr

Pakatan Rakyat akan kembali bersatu dan bertambah kuat dengan sokongan NGO-NGO.

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat (PR) masih lagi berfungsi dan teguh di peringkat Kerajaan-kerajaan Negeri dan Parlimen.

Katanya, di sebalik tekanan dan ketegangan yang berlaku dalam PR, ia merupakan fitrah sebagai sebuah gabungan politik yang telus dan demokratik.

Katanya, krisis yang berlaku tidak bermakna perkara itu tidak boleh diselesaikan dan mengatasi masalah yang dihadapi.

"Saya percaya bahawa pembangkang, setelah disusun semula dengan kekuatan baharu termasuk NGO-NGO, akan muncul bersatu dan lebih kuat selepas ini.

"Dari sebalik tirai besi ini, saya menggesa teman-teman seperjuangan di dalam parti-parti Pembangkang dan juga rakyat Malaysia untuk terus bergerak dalam perjuangan ini hinggalah kemenangan dikecapi dan Malaysia diselamatkan," katanya dalam satu kenyataan.

Anwar berkata, walaupun berlaku krisis sejak akhir-akhir ini, tetapi niat dan semangat PR dalam perjuangan untuk menyelamatkan Malaysia dari kepincangan tatakelola dan autoritarian Barisan Nasional (BN) terus utuh.

"PR kini sedang berusaha bagi menjalin kesepakatan yang lebih kukuh dan kekal agar rakyat dapat diberikan khidmat yang lebih baik," katanya.

Majoriti ahli Perkasa mengundi Pakatan Rakyat - Adam Abu Bakar

Posted: 23 Jun 2015 07:15 AM PDT


Zack Ahmad's photo. Majoriti ahli Perkasa atau 65 peratus adalah ahli UMNO namun majoriti mereka dikatakan mengundi Pakatan Rakyat kerana tidak lagi yakin dengan UMNO.

ibrahim ali

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mendedahkan majoriti ahli Perkasa tidak lagi mengundi UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, walaupun 65 peratus ahli Perkasa adalah ahli UMNO, namun kepercayaan mereka terhadap parti yang sudah wujud sejak 50 tahun lalu itu semakin terhakis.

"Keseluruhan mereka tidak berpuas hati dengan UMNO," ujarnya dalam sidang media di Ibu Pejabat Perkasa, pada Selasa.

Jelasnya, Perkasa kini mempunyai 300,000 ahli yang berdaftar, namum melalui perjumpaan dari hati ke hati yang dilakukannya, mendapati kebanyakkan mereka mengundi Pakatan Rakyat.

"Kalau ahli UMNO dalam Perkasa mengundi UMNO, kenapa banyak kawasan yang UMNO kalah," kata bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Pada masa sama, Ibrahim berkata, tinjauan yang dilakukan Perkasa mendapati UMNO semakin tidak mendapat tempat di kalangan pengundi Melayu.

Ini disebabkan isu semasa seperti pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kontroversi Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih belum selesai.

"Walaupun UMNO menolong Melayu Bumiputera, tetapi ia hanyalah sekadar melepaskan batuk di tangga. Ia tidak mencukupi," katanya.

Ibrahim menyifatkan UMNO kini diibaratkan seperti telur dihujung tanduk.

"Dengan penuh kejujuran dan ikhlas, memang telur dihujung tanduk, dan survival UMNO amat kritikal," katanya.

Sultan Selangor mahu kerajaan negeri pastikan kestabilan demi rakyat - Khairil Ashraf

Posted: 23 Jun 2015 06:30 AM PDT

Sultan Selangor mahu kerajaan negeri pastikan kestabilan demi rakyat

azmin-ali_sultan_600
Baginda telah dimaklumkan oleh Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkenaan krisis yang melanda Pakatan Rakyat di peringkat nasional.

PETALING JAYA : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar Kerajaan Negeri memastikan kestabilan supaya pembangunan negeri dapat terus dilaksanakan bagi memenuhi tanggung jawab kepada rakyat.

Baginda bertitah demikian ketika menerima menghadap Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali pada Isnin.

Azmin dalam kenyataan media pada Selasa berkata, dalam pertemuan itu, beliau telah memaklumkan kepada Sultan Selangor berkenaan krisis yang melanda Pakatan Rakyat di peringkat nasional.

"DYMM Tuanku Sultan mengambil maklum tentang penjelasan yang saya berikan dan Baginda mahu Kerajaan Negeri Selangor terus stabil untuk membangunkan Negeri Selangor dan melaksanakan tanggung jawab kepada rakyat," katanya.

Azmin berkata, dalam pertemuannya itu, beliau turut memaklumkan mengenai perkembangan usaha memuktamadkan Perjanjian Utama Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Negeri Selangor.

"Selaku Menteri Besar Selangor, saya bertanggungjawab memaklumkan kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor tentang urusan kerajaan sebelum mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

"Untuk minggu ini, saya telah menghadap DYMM Tuanku Sultan pada 22 Jun 2015 untuk memaklumkan antara lain kemajuan dalam usaha memuktamadkan Perjanjian Utama Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Negeri Selangor," katanya.

Untuk rekod, Kerajaan Pakatan Rakyat sudah tidak wujud selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan PR sudah tidak berfungsi secara rasmi.

Kerajaan Selangor ditadbir oleh tiga parti iaitu PKR yang memiliki 13 kerusi, DAP (15 kerusi) dan Pas (15 kerusi).

PERKASA Ramal PAS Akan Menang Besar PRU14

Posted: 23 Jun 2015 05:45 AM PDT

 
Ayuh ulamak-ulamak syurga PAS. NGO non-partisan dan beri perakuan aka jaminan tu.. Jangan berpaling lagi. Lupakan DAP. Lupakan PKR. Lupakan PR.. Tuan-tuan sekarang telah ditunjukkan tuhan di landasan yang betul. Keredhaan Allah Ada Di Situ

Presiden NGO pendesak Melayu (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali meramalkan PAS akan untung besar dalam pilihan raya umum ke-14 apabila memutuskan hubungan dengan DAP.

Beliau melihat, PAS akan dapat merampas sokongan undi penyokong Umno kerana parti lawan itu tidak lagi memenangi hati orang Melayu terutamanya dari segi ekonomi serta pendidikan.

Katanya lagi, PAS akan lebih kuat apabila tidak lagi berada dalam Pakatan Rakyat kerana undi Melayu akan tertumpu kepada parti Islam itu.

"Tinjauan kita dalam perspektif politik orang Melayu, apabila PAS berpisah dengan DAP, ia bukan tindakan yang rugikan PAS.

"Sebaliknya PAS akan untung besar sekiranya Umno tidak ambil tindakan segera yang proaktif.

"Ini kerana di kawasan majoriti orang Melayu, mereka (pengundi) bagi sokongan pada Umno kerana tidak ada pilihan selain Umno walaupun tidak puas hati dengan Umno," katanya.

Ibrahim bercakap kepada pemberita dalam sidang media di ibu pejabat PERKASA hari ini.

Ibrahim juga membayangkan bahawa sejumlah besar ahli PERKASA merupakan penyokong PAS.

"65 peratus ahli PERKASA adalah ahli Umno. Sebahagian daripada mereka tidak puas hati dengan Umno sejak 2008, sebanyak 90 peratus undi PERKASA kepada pembangkang," katanya.

Maka, PAS akan menjadi semakin kuat lebih banyak bersuara dan bertindak mengenai isu semasa dan isu orang Melayu.

Katanya, tindakan itu lebih baik berbanding menyertai demonstrasi BERSIH bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Selain itu, PAS juga perlu lebih banyak bersuara mengenai isu pendidikan serta ekonomi dan tidak hanyak bercakap mengenai isu agama Islam.

"PAS kena berubah, Jangan cakap bab islam sahaja, PAS kena anjur kongres ekonomi dan pendidikan. (Bila anjurkan kongres seperti itu) banyak pelabur datang dan hilangkan pendapat (masyarakat) bahawa pemimpin PAS kolot," katanya.

Bagaimanapun, beliau yakin bahawa PAS tidak akan bergabung dengan Umno walaupun kedua-dua parti itu sehaluan dari segi ideologi.

Katanya, situasi politik pada masa ini kurang baik memandangkan kerjasama itu akan membuatkan Umno dalam keadaan tersepit.

"PAS tidak akan bergabung dengan Umno. Saya tidak fikir PAS dan Umno bergabung walaupun idealismenya bagus tapi (dari segi politik) tidak bagus.

"PAS tunjuk proaktif pada Umno kerana hendak buat hudud Umno pun tersepit dengan politik semasa, dan perkara ini tidak akan selesai," katanya.


"Kamu Akan Tenggelam Jika Tubuh Parti Baru", Kata Hadi Awang

Posted: 23 Jun 2015 04:54 AM PDT

Mafiaboss Melayu's photo.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang melalui surat terbukanya hari ini memberi amaran kepada semua ahli parti tentang sejarah pemimpin tertinggi yang bersama parti atau pertubuhan lain yang akhirnya gagal.

Surat terbuka Hadi itu dikeluarkan ketika ura-ura pemimpin progresif PAS yang tewas dalam muktamar lalu mahu menubuhkan parti baharu menggantikan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat (PR).
 

Mahkamah perintah pulangkan CD 'Allah'

Posted: 23 Jun 2015 01:00 AM PDT

 
 
Jabatan Kastam dan Kementerian Dalam Negeri hari ini diperintahkan supaya memulangkan lapan CD yang mengandungi kalimah 'Allah' kepada Jill Ireland.

Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, ketika membacakan penghakiman Mahkamah Rayuan, mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya CD itu dipulangkan kepada Ireland.

Mahkamah memerintahkan CD itu dipulangkan dalam tempoh satu bulan dari tarikh hari ini.

Beliau juga memerintahkan bahawa pengisytiharan yang dipohon oleh Ireland mengenai penggunaan kalimah 'Allah' didengar semula di Mahkamah Tinggi.

LLM: 70% nahas di LPT2 kerana faktor manusia

Posted: 23 Jun 2015 12:00 AM PDT

 
 
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menegaskan bahawa faktor manusia adalah punca utama menyumbang kepada kemalangan di jajaran Lebuhraya Pantai Timur Fasa II (LPT2).

Ketua Pengarahnya, Datuk Ir Ismail Md Salleh berkata faktor manusia seperti memandu dalam keadaan mengantuk, memandu melebihi had laju terutama pada waktu hujan, cuai serta gagal mematuhi arahan keselamatan adalah punca utama kemalangan di LPT2.

"Daripada 339 kes kemalangan di LPT2 antara 1 Februari hingga 2 Jun lepas, 70 peratus atau 238 kemalangan berpunca daripada faktor manusia," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata selebihnya merupakan faktor persekitaran iaitu 19 peratus atau 65 kemalangan termasuk pencerobohan haiwan ternakan seperti lembu dan
kerbau serta haiwan liar; juga terdapat lokasi air melintas dan faktor kenderaan sebanyak 11 peratus atau 36 kemalangan.

Ismail berkata daripada jumlah kemalangan tersebut 10 kes adalah kemalangan maut, 25 kes melibatkan cedera parah, 58 kes melibatkan cedera ringan dan selebihnya tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Beliau berkata permukaan LPT2 berada dalam keadaan yang baik secara amnya, namun terdapat beberapa kawasan berlaku pemendapan terutama berdekatan struktur jambatan dan permukaan lebuh raya yang beralun di beberapa lokasi.

"Sebahagian lokasi berlaku mendapan dan beralun telah diperbaiki dan proses pembaikan secara keseluruhan akan dilakukan dalam masa yang terdekat," katanya.

Menurutnya lagi, kerja-kerja penambahbaikan adalah di bawah tanggungan pihak kontraktor asal kerana ia masih dalam Tempoh Tanggungan Kecacatan.

Dalam pada itu, Ismail berkata LLM dan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengambil beberapa tindakan termasuk meningkatkan kekerapan rondaan, membaik pulih pagar rezab yang rosak, mengedarkan risalah kesedaran dan pemasangan papan tanda amaran di lokasi berlakunya pencerobohan haiwan.

"LLM dan JKR juga telah mengenal pasti lokasi air melintas dan selekoh berbahaya dan akan menambah baik permukaan berturap, permukaan lebuh raya serta mengadakan langkah intervensi yang bersesuaian dengan kerjasama pihak polis, Jabatan Pengangkutan Jalan, dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat," katanya.

- Bernama

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT