ZAKRI ALI |
- Laporan: MARA, pegawai tinggi didakwa terbabit tipu beli harta di Australia
- Samad pilih parti berintegriti A Shukur Harun.
- Pas perlu manfaatkan tenaga dan idea pemimpin yang tewas
- Pemikiran politik multi-kaum - Oleh Saifuddin Abdullah
- G18 Dibentuk Sebagai Wadah Baharu Buat Pakatan Rakyat
- 'Kalau sekular kami tak masuk PAS'
- Zaid nasihat Azmin pilih rakan parti sebenar - Adam Abu Bakar
- Dalam 4 Tahun Najib Habiskan 28 Juta Duit Rakyat Lawatan Luar Negara suarakami
- YB DS Nizar Jamaludin Kekal Ketua Pembangkan DUN Perak
- Pelik Dan Mengejutkan - Menantu Kesayangan Hadi Tidak Dilantik Sebarang Jawatan
- 'Siapa kata Najib takut didakwa jika berundur?'
- Tiada layanan istimewa untuk Anwar keluar masuk penjara - Faiz Zainudin
- 'M'sia harus tarik diri dari TPPA' - Nik Nazmi Oleh Nik Nazmi
- PEMBOHONG
- Lawatan kali kedua Obama ke Malaysia mencurigakan - Adam Abu Bakar
- Ridhuan Tee kritik A Samad Said sertai DAP FMT Reporters
- Mukhriz akui Tun M tidak pernah bantunya dalam politik - Faiz Zainudin
- Mahkamah Tinggi tolak permohonan semakan kehakiman Mkini Dotcom - FMT Reporters
- Logo UMNO diroboh sebab tiada permit FMT Reporters
- Lewat tiba di mahkamah, peguam Anwar dakwa disabotaj FMT Reporters
- Ketua Srikandi Keadilan antara lima dilantik Senator - Oleh : Khairil Ashraf
- Pemimpin Kebal Di Malaysia ?
- PAKATAN BARU : MASIH ADA JALAN ( asal PAS akur rangka kerja sebelum ini)
- Berita Gempar Yang Tidak Mampu Disorok Oleh BN..
- Lagi Penafian Atas Pembohongan Ulamak-Ulamak PAS
Laporan: MARA, pegawai tinggi didakwa terbabit tipu beli harta di Australia Posted: 22 Jun 2015 11:00 PM PDT Laporan akhbar Australia, The Age, mendakwa pegawai tinggi kerajaan Malaysia dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan RM65 juta dana awam untuk membeli sebuah blok apartmen di Melbourne, Australia, dengan membayar harganya RM13.7 juta lebih tinggi, yang kemudiannya didakwanya untuk membayar sogokan. The Age, yang membuat dakwaan itu dalam laporan eksklusif hari ini, juga mendakwa penglibatan MARA, sebuah agensi pelaburan kerajaan, yang membeli hartanah itu pada 2013. Laporan penyiasatan The Age itu mendakwa sekumpulan pegawai Malaysia, dengan menggunakan dana pelaburan kerajaan Malaysia, membida harga untuk blok apartmen di Melbourne, daripada A$17 juta (RM51.5 juta) kepada A$22.5 juta (RM65 juta). Akhbar itu mendakwa, tambahan A$4.75 juta (RM13.7 juta) itu kemudiannya didakwa dibawa keluar dari Australia melalui pengubahan wang haram dan didakwa dibayar sebagai sogokan di Malaysia. The Age mendakwa firma Malaysia yang menerima sogokan yang dikatakan itu, berkait rapat dengan seorang tokoh kanan di agensi pelaburan kerajaan Malaysia, MARA. Seorang lagi yang didakwa akhbar itu terlibat, ialah seorang pegawai kanan Malaysia dan bekas ahli politik yang mempunyai hubungan rapat dengan seorang menteri kabinet Malaysia. Malaysiakini telah menghantar emel kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di mana MARA terletak di bawah kementeriannya; Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad; Timbalan Ketua Pengarah, Datuk Salmah Hayati Ghazali untuk mendapatkan respons mereka terhadap dakwaan tersebut. | ||||||||||||
Samad pilih parti berintegriti A Shukur Harun. Posted: 22 Jun 2015 10:00 PM PDT Beberapa hari selepas Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menyertai DAP, beberapa sahabat bertanyakan pendapat saya mengenai langkah sasterawan ternama itu, saya menjawab: "Apa salahnya, ini demokrasi Samad seorang pemikir dan dia sudahpun berfikir sebelum menyertai DAP." Untuk beberapa hari saya belum lagi menghubunginya, memikirkan mungkin beliau sedang sibuk dengan perkembangan baru ini, hinggalah penyair Dinsman memberitahu saya bahawa Samad mahu mendengar pendapat saya mengenai langkahnya itu. Lalu saya menghubunginya, mengucapkan tahniah kepadanya kerana memilih parti yang berintegriti, mempunyai imej bersih. Beliau mengucapkan terima kasih kepada saya. Pada pendapat saya, sasterawan negara itu membuat pilihan yang tepat, iaitu memilih parti yang mampu mempertahankan integritinya, teguh pada prinsip perjuangannya untuk menegakkan demokrasi dan keadilan, menentang perkauman, walaupun selama puluhan tahun DAP digambarkan sebagai parti chauvinis Cina dan pelbagai lagi. Pada mulanya Samad Said cuba merapatkan diri dengan pimpinan PAS, terutamanya daripada golongan sederhana seperti Mohamad Sabu, Dr Hatta Ramli, Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa , Khalid Samad dan lain-lain sentiasa yang dilihatnya sebagai pemimpin berintegriti dan berada di tengah gelombang rakyat dalam pelbagai perhimpunan dan program lain parti itu dan Samad sangat gembira melihat keadaan ini dan berada di tengah mereka. Sasterawan Negara itu pernah membaca sajaknya bersama saya di majlis Sambutan Di ambang Merdeka di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru Kuala Lumpur, anjuran PAS Wilayah dua tahun lalu. Penglibatannya sebagai pengerusi bersama Bersih 2.0 pula bersama Datuk Ambiga Sreenevasan. Ambiga beberapa tahun lalu dan seterusnya penglibatannya dalam pelbagai kegiatan rakyat, membaca sajak di Dataran Merdeka dan di mana-mana di seluruh negara, memperlihatkan minatnya untuk berjuang bersama rakyat. Di sinilah saya melihat Samad mendekati PAS dengan harapan bahawa parti itu juga sama-sama mendukung cita-citanya memperjuangkan keadilan rakyat. Malangnya apa yang berlaku kepada PAS sejak lebih setahun lalu itu sejak berlaku krisis yang puncaknya apa yang terjadi di Muktamar PAS baru-baru ini sangat mengecewakan Sasterawan Negara itu. Saya sendiri merasakan bahawa peristiwa di Kuala Selangor – tempat muktamar itu diadakan – adalah sejarah hitam bagi PAS dan sangat sukar dibaiki kerosakannya. Nilai Ukhuwah Islamiyah, kasih sayang sesama jemaah hilang seperti disambar raksasa, digantikan dengan persengketaan dan prejudis. Matlamat menghalalkan cara. Lalu golongan sederhana dan progresif disingkirkan semuanya dengan cara paling hina, seperti "menghalau kucing kurap dengan penyapu". Saya kira begitu ramai orang, termasuk Samad sendiri turut merasa amat kecewa dengan peristiwa ini, melainkan musuh politik PAS yang tentunya merasa gembira. Di sinikah saya terkesan dengan sebuah mesej yang saya terima: "Sebelum muktamar: Jebon, barua, munafik haraki, engkar syhura, pengkhianat, lawan ulama, pro-DAP, fikrah tak jelas, liberal, sekular, anti hudud, pemecah belah. Selepas muktamar: Mari kita rapatkan saf perjuangan kita, rapatkan ukhuwah, kalah menang adat bertanding. Jadilah Khalid Al-Walid. Ruang dalam perjuangan sangat luas." Demikianlah lidah bercabang dan sikap kepura-puraan tahap tinggi yang wujud dalam sebuah parti yang bernuansa Islam sejak akhir-akhir ini. Sebagai pemikir yang merenung kehidupan ini dengan mendalam, termasuklah dunia politik, A, Sa,mad Said akhirnya mengambil keputusan untuk menyertai DAP, sebuah parti politik yang dilihatnya berwibawa, konsisten dengan perjuangan menegakkan keadilan dan demokrasi, tidak sekadar bermain dengan kata-kata, tetapi melaksanakan yang termampu olehnya serta memiliki daya intelektual yang tinggi. Permusuhan terhadap DAP oleh sesetengah pihak, adalah biasa, ditambah lagi dengan kempen anti DAP oleh BN/Umno sejak puluhan tahun. Namun Samad tidak terpengaruh dengan parti lawan itu. Penyair dan dramatis Dinsman menyatakan bahawa dia sedar memang ada kerisauan beberapa teman penulis iaitu apabila menjadi ahli DAP nanti Samad akan menerima kritikan, tohmahan dan fitnah, seperti yang biasa berlaku di kalangan orang politik. Bahkan ada yang mengatakan DAP akan memperalatkannya demi kepentingan politik mereka. Bagi saya, betapapun kita menjangka fitnah dan kutukan akan dihadapi oleh sasterawan negara itu, tetapi tentu sekali Samad sudah merujuk kepada bisikan hatinya sendiri, penilaiannya terhadap semua parti politik tanah air dan membuat perbandingan. Lalu beliau mendapati perjuangan DAP memenuhi sebahagian besar cita-citanya. Bukan bermakna DAP itu serba sempurna, tetapi bagi Samad, ia memenuhi sebahagian besar ideal yang dihajatinya. Saya kira selepas ini pun Samad akan bebas mengkritik, termasuk mengkritik DAP di mana DAP sendiri pula perlu bersedia untuk dikritik. Dalam hal ini ramai penulis yang kononnya tidak memihak kepada parti politik, tetapi ternyata sikap, aliran fikiran mereka yang dipancarkan melalui tulisan dan kata-kata, ternyata ada di antara mereka yang memihak. Tidak kurang juga yang membisu melihat kemungkaran yang berlaku di depan mata mereka. Daripada segi seni-budaya pula, seperti kata Dinsman, rasanya tiada pihak yang lebih tahu dan faham Samad melainkan Seniman Paksi Rakyat (Paksi). "Maka setakat ini, kami perhatikan walaupun beliau terlibat dalam pelbagai jenis dan lapangan aktiviti, yang menjadi inti pati atau roh atau semangat penglibatannya adalah kerakyatan dan kemanusiaan. Dia masih menjunjung dua prinsip tersebut, di mana Paksi pun menganggapnya sebagai inti pati, roh dan semangat kreativiti seniman dalam berkarya. Dinsman percaya, keputusan nekad Pak Samad menyertai politik DAP itu adalah juga kekecewaannya terhadap sikap pimpinan PKR dan PAS terhadap seni-budaya. Kawan dalam paksi, kata Dinsman, sangat faham, kerana Samad adalah sebahagian daripada gerakan itu. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN | ||||||||||||
Pas perlu manfaatkan tenaga dan idea pemimpin yang tewas Posted: 22 Jun 2015 09:15 PM PDT
Nama-nama yang diumumkan untuk memegang jawataan eksekutif parti, seperti Setiausaha Agung, Ketua Penerangan, Ketua Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, tidak berubah, ia tetap orang sama seperti mana diumumkan secara tak rasmi sebelum ini. Setiausaha Agung, Takiyuddin Hassan, Ketua Penerangan Nasarudin Hassan, manakala Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Mustapa Ali. Ketiga-tiga mereka berkongsi nama "Hassan". Dua anak Hassan dan seorang bernama Hassan. Nama kedua Mustapa ialah Hassan. Bagaimana pun jawatan Bendahari sebelum ini diumumkan nama Exco Kelantan, Che Abdullah Nawi, bertukar dengan nama lain, Mohammad Nor Mohamad. Mungkin Che Abdullah tidak bersedia untuk menjadi Bendahari, kerana jawatan itu sangat berat dan penting. Bendahari bukan sahaja menyediakan akaun keluar masuk wang parti, tetapi juga bertanggungjawab mencari keewangan bagi parti melaksanakan programnya.
Jadi Pas memerlukan seorang yang bergeliga untuk mencri sumber kewangan. Sebelum ini saya mencadangkan supaya bekas naib presiden, Husam Musa dilantik menjadi bendahari. Satu masa katanya ibu pejabat sudah dihimpit masalah kewangan. Pernah diusulkan agar Pas menjual secomping tanah berdekatan dengan ibu pejabat di Jalan Raja Laut itu untuk kerperluan parti. Bagaimana usul itu dibantah oleh pemegang hartanah berkenaan. Buat seketika hartanah yang tidak ramai diketahui oleh ahli Pas itu, terselamat.
Apakah sedikit hari lagi tanah itu akan terjual juga apabila Bendahari yang baru dilantik gagal menambahkan wang dalam perbendaharaan Pas? Kalau pun ia terpaksa dijual, mungkin tidak salah, kerana untuk kepentingan parti. Lagi pun tanah dan harta lain tidak dapat dibawa bersama ke syurga! Semalam juga mesyuarat Pas telah membuat perlantikan lapan orang jawatankuasa tambahan. Mereka yang dilantik ialah, Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar, Mohd Taufek Abdul Ghani, Zainal Abdin Kidam, Wan Abdul Mutralib Embong, Dr Najihatusalehah Ahamd, Mohamad Hussin dan Muhtar Suhaili. Daripada lapan orang jawatankuas tambahan itu, tiga adalah pemenag jawatan sebelum ini, mereka kalah dalam pemilihan lalu, iaitu Salahuddin, Mahfuz dan Mohd Taufek. Manakala beberapa pemegang jawatan lain tidak dilantik atau masih belum diberi apa-apa peranan dan tanggungajawab. Antara mereka yang kalah dan merupakan pemegang jawatan sebelum ini, Mohamad Sabu, Husam Musa, Dr Mohd Hatta Ramli, Siti Zailah Mohd Yusuf, Dr Mujahid Yusuf, Hanifa Maidin, Suhaizan Kiayat dan lain-lain. Meneliti kepada perlantikan jawatankuasa tambahan itu, apabila tiga nama penjawat yang kalah disenaraikan menunjukkan ada perasasaan kepedulian Jawatankuasa Pas yang baru kepada mereka. Mungkin pengurusan parti sudah mulai menyedari atau pun tahu yang peranan mereka sebelum ini sangat diperlukan bagi membantu kemajuan parti. Kehilangan mereka mungkin sudah mulai dirasai. Ia satu tindakan yang baik dan ke arah untuk mendamaikan parti. Sewajarnya Pas tidak membuang begitu sahaja tenaga dan fikiran mana-mana ahlinya yang dapat membantu parti. Mereka yang kalah tidak perlu dibuang dan diasingkan. Bagaimana pun ia menimbulkan persoalan sejauh mana keikhlasan dan kesungguhan pengurusan baru Pas, khasnya Abdul Hadi Awang untuk memulihkan keadaan.
Kenapa mereka tidak diberikan peranan dan tanggungjawab sebagai pegawai eksekutif parti? Jawatan itu lebih bermakna dan nampak kesungguhan untuk mengguna pakai tenaga dan pengalaman mereka. Misalnya Mahfuz boleh dikekalkan sebagai Ketua Penerangan yang mana jawatan itu sudah sebati dengannya. Apabila Mahfuz tidak lagi diberi tugas menjadi Pesuruhjaya Pas Kedah, elok kalau Mahfuz terus memegang jawatan berkenaan. Begitu juga dengan Salahuddin, beliau patut dilantik sebagai Setiausaha Agung. Pengalamannya dalam parti sangat luas, dari zaman pemuda kepada menjadi naib presiden tiga penggal dan ditambah sebagai ahli Parlimen dua penggal. Reputasi beliau sebagai seorang politician dan diplomatic juga baik. Perlantikan Salahuddin ke mana-mana jawatan bertaraf eksekutif boleh membantu Pas Johor. Atau pun kerana jawatan Setiausaha Agung terpaksa diberi kepada Takiyuddin Hassan, mungkin kerana janji sudah terlapaz, atau Takiyuddin sendiri mahukan jawatan itu untuk memelihara darjat dalam parti selepas beliau tidak memegang apa-apa jawatan di peringkat kawasan, Salahuddin boleh dilantik menjadi Penarah Pilihan raya Pas. Rasanya Mustapa Ali, yang sudah dibuang dari jawatan Setiausaha Agung tidak perlu lagi bertengek dalam Jawatankuasa kerja Pas. Apakah kelebihan dan kehebatan Mustapa maka beliau perlu berada dalam Dewan Harian Pas? Saya tidak nampak beliau banyak menyumbang idea kepada kemajuan parti melainkan menjadi "cop mohor" kepada segala tindak tanduk Abdul Hadi sahaja. Umum menyedari perlantikan Mustapa di kerusi itu bagi membolehkan beliau berada dalam Dewan Harian.
Sebagai nyiur kotel, beliau hanya boleh dijadikan seperti nyiur "komeng" untuk dibuat alasa kepala tidur budak-budak pondok. Di pondok, anak-anak pondok tidak dibenarkan tidur atas bantal kekabu sebaliknya disuruh tidur atas nyiur komeng agar mudah terjaga dan tidak kelenaana tidur. Begitulah Mustapa, relakah dia dijadikan nyiur komeng. Salahuddin sepatutnya ditempatkan di situ. Keikhlasan dan kesunguhan pengurusan Pas baru ini untuk mendamaikan parti juga boleh dipersoalkan apabila enam orang lagi penjawat jawatan penting sebelum tidak ada dalam senarai kepimpinan mereka. Mohamad Sabu, Husam Musa, Dr Mohd Hatta Ramali, Asmui Alwi dan Dr Mujahid Yusuf tidak ada dalam lantikan jawatankuasa tambahan itu. Apakah mereka sudah dirisik untuk dilantik tetapi mereka tolak? Sekiranya mereka langsung tidak ditawarkan, maka jelas kepimpinan baru Pas mendendami mereka.
Begitu juga dengan Mujahid yang berperanan menjadi penyambung Pas dengan bukan Islam dan Asmui yang merupakan peguam Pas bersama Hanifa Maidin. Abdul Hadi dan Tuan Ibrahim Tuan Man, perlu mengambil kira kebolehan dan pengaruh peribadi serta ketrampilan profesional mereka. Mereka tidak perlu mendengar kepada cadangan dan pandangan dari mana-mana orang yang berkepentingan dalam jawatankuasa kerja Pas kini atau pun yang beremosi dengan mereka. Sebagai presiden dan timbalan presiden sepatutnya mereka berfikir dan bertindak tidak berasaskan serntimen dan dibuat dengan perasaan yang masih marah. Istikharahlah banyak-banyak. Bukankah syaitan itu sudah bergayut dijangut dan dijubah? Apabila mereka tidak dilantik, maka kenyataan seruan Tuan Ibrahim yang meminta agar Mohamad Sabu terus membantu parti tidak sampai ke mana. Kenyataan itu orang lihat sebagai hanya menanam tebu di bibir mulut sahaja. Atau menjirus bara dengan air liur. Kalau benar dan kenyataan itu ikhlas, sudah tentu nama Mohamad Sabu bersama yang lain diumumkan untuk memikul apa-apa amanah dan tanggungjawab dalam parti. Bukan itu sahaja, perundingtan dan perbincang dengan mereka yang tewas perlu diadakan secara rasmi dalam semangat mahabbah. Mungkin untuk matlamat ini Pas Pusat boleh mengadakan majlis iftar dan bersolat terawih bersama. Yang lebih penting juga memberi nasihat dan mengambil tindakan disiplin kepada mana-mana ahli yang masih berterus mengencam mereka. Apa yang dapat saya rumuskan pengumuman perlantikan dibuat semalam, hanya sebagai memanis mulut sahaja dan ia dibuat tidak berdasarkan kepada realiti dan ke arah untuk menyatu padukan ahli Pas seluruhnya. Mungkin juga lantikan Mahfuz dan Salahuddin itu sebagai usaha untuk memecahkan permaufakatan golongan profesional yang kalah dalam pemilihan yang kini sudah pun mula membentuk angan-angan bagi membina wadah tersendiri. Himpunan dinamakan "Jasamu Dikenang" di Bakri Muar Johor lalu mungkin sudah mendatangkan keresahana kepada pengurusan Pas yang baru dimana mereka terpaksa cuba menunjukkan muka manis kepada ahli dan penyokong Pas agar angan-angan itu tidak menjadi kenyataan kerana kalau ia menjadi realiti ia mengudang musibah besar kepada Pas. [wm.kl.12:36 pm 22/06/15] | ||||||||||||
Pemikiran politik multi-kaum - Oleh Saifuddin Abdullah Posted: 22 Jun 2015 08:30 PM PDT TAJUK artikel ini adalah berdasarkan cadangan saya di forum bertajuk "Dilema Kepemimpinan Politik Melayu" anjuran Institut Asia Tenggara Jeffrey Cheah (JCI) di Universiti Sunway, pada 17 Jun lalu. Ahli panel yang lain ialah Datuk Dr Vaseehar Hassan (Institut Kets de Vries) dan Dr Ahmad Farouk Musa (Islamic Renaissance Front) dan Prof Woo Wing Thye (JCI) sebagai moderator. Pembentangan saya telah dibahagikan kepada tiga, iaitu pandangan alam, langkah ke hadapan dan pemikiran politik multi-kaum. Dari segi pandangan alam, sebahagian orang Melayu masih bergelut untuk mempunyai pendirian jelas tentang identitinya dan interaksinya dengan "orang lain". Siapakah Melayu? Satu ketika dahulu, yang wujud ialah orang Pahang, Kelantan, Johor, dan sebagainya atau keturunan Jawa, Bugis, Minang, dan sebagainya, serta Orang Asal. Istilah "Melayu" datang kemudian. Perlembagaan Persekutuan mendefinisi Melayu, contohnya, Melayu bermakna beragama Islam. Tetapi, Umno sebagai parti Melayu, menerima orang Kristian di Sabah sebagai anggotanya. Adakah Melayu sebagai Muslim, melihat bukan-Muslim sebagai "kafir harbi" dan "kafir dhimmi" atau sebagai "warganegara sesaksama"?. Kedua, pertembungan antara nilai tradisional dan realiti baru. Contohnya, dalam krisis Menteri Besar Selangor baru-baru ini, kepemimpinan tertinggi Pas kelihatan tidak memahami prinsip demokrasi dan Raja Berperlembagaan. Ketiga, sebahagian Melayu belum meninggalkan zon selesanya dalam berhadapan dengan cabaran globalisasi dan hakikat Melayu sudah berperanan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Keempat, ketika Melayu dipilih sebagai pemimpin negara dan hak istimewanya dijamin Perlembagaan serta dimeterai melalui beberapa undang-undang dan dasar, namun masih ada yang hidup dalam ketakutan akan bayangan "orang lain", sehingga muncul suara-suara yang mahu ditingkatkan perlindungan bagi Melayu. Dan kelimanya, ialah salah tafsir tentang makna perpecahan sehingga mencampuradukkannya dengan hak individu untuk memilih sokongan terhadap parti politik. Dari segi langkah ke hadapan, bagi saya, ia bukan soal "ketuanan Melayu", tetapi adalah soal "ketuanan Perlembagaan". Dalam hal ini, terdapat tiga isu, iaitu, memastikan Perlembagaan ditafsir dengan betul; semua undang-undang/enakmen adalah bertepatan dengan Perlembagaan; dan Perlembagaan tidak ditulis-semula melalui pintu belakang. Seterusnya saya telah mencadangkan perlunya diwujudkan pemikiran politik multi-kaum yang matang. Dr Ahmad Farouk Musa BN diwujudkan sebagai parti payung bersifat multi-kaum. Tetapi, semua parti gabungannya adalah berasaskan-kaum atau didominasi kaum tertentu. Kecuali sejumlah kecil, kebanyakan aktivitinya adalah atas nama parti-parti gabungan, bukannya atas nama BN. Strukturnya memperlihatkan dominasi Melayu (Umno). Sekiranya Umno bekerjasama dengan Pas, manakala MCA, MIC, dan lain-lain tidak berupaya mendapatkan kembali sokongannya, maka BN akan menjadi lebih Melayu daripada multi-kaum. PR cuba menjadi lebih rabun warna. PKR benar-benar multi-kaum. DAP berusaha menjadi kelihatan lebih multi-kaum. Tetapi Pas dengan hudud, menjadi semakin Melayu-Islam. Kini, PR telah mati. Kedua-dua pengalaman di atas belum mencapai tahap pemikiran politik multi-kaum yang matang. Justeru, masanya telah tiba untuk pemikiran multi-kaum yang baru ini diwujudkan, sama ada dalam bentuk parti, NGO atau wacana. Ia mesti berdasarkan nilai-nilai pembangunan dan demokratik yang terangkum dalam Perlembagaan dan Rukun Negara. Nilai-nilai itu perlu diterjemah sebagai undang-undang dan dasar yang berasaskan integriti, kerangka governans baharu, inovasi demokrasi dan pemikiran progresif. Kebetulannya, pada hari forum tersebut, Datuk Seri Nazir Razak mengeluarkan kenyataan bahawa beliau telah mengadakan beberapa perbincangan, termasuk dengan saya, tentang keadaan sosiopolitik dan ekonomi negara serta akan menubuhkan sebuah NGO. Jadi, saya akhiri forum itu dengan menyatakan bahawa NGO baharu tersebut akan cuba menegakkan aspirasi multi-kaum yang matang itu. - SH | ||||||||||||
G18 Dibentuk Sebagai Wadah Baharu Buat Pakatan Rakyat Posted: 22 Jun 2015 08:00 PM PDT Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyingkiran mereka daripada kepimpinan tertinggi PAS menyebabkan satu wadah baharu yang lebih kukuh dan inklusif dibina untuk semua rakyat Malaysia. Pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan PAS baru-baru ini menyifatkan kekalahan mereka secara blok dalam pemilihan itu menjadi "rahmat yang terselindung" apabila ia membuka ruang membina sesuatu lebih kukuh untuk Malaysia selepas ini. Setiausaha jawatankuasa bertindak kumpulan 18 (G18) yang tewas itu, Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyingkiran mereka menyebabkan satu wadah baharu yang lebih kukuh dan inklusif dibina untuk semua rakyat Malaysia. "Sejak sekian lama kita bergaduh dalam PAS dengan pendekatan dan pandangan yang berbeza berhubung beberapa perkara, sekarang kita bebas untuk membentuk wadah baharu lebih inklusif untuk semua rakyat negara ini," katanya kepada The Malaysian Insider. G18 mengadakan pertemuan pertama di Muar, Johor pada 16 Jun lalu dan membentuk jawatankuasa bertindak di kalangan mereka. Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang gagal mempertahankan jawatannya dipilih sebagai pengerusi kumpulan ini sementara bekas Naib Presiden Salahudin Ayub dilantik menjadi timbalan manakala bekas Ketua Pemuda Suhaizan Kaiat sebagai penolong setiausahanya. Semua ahli G18 yang lain dilantik sebagai ahli jawatankuasa (AJK) badan bertindak ini. Dzulkefly berkata badan ini akan menggabungkan semua masyarakat sivil di negara ini terutama badan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi membentuk satu wadah baharu politik Malaysia berteraskan Islam yang lebih progresif berbanding parti lama mereka. "Kami yakin wadah ini akan lebih diterima masyarakat Malaysia kerana sifatnya yang inklusif dalam sebuah negara berbilang agama dan bangsa ini," katanya yang juga bekas ketua pegawai eksekutif Pusat Penyelidikan PAS itu. Selain bersatu dengan PKR dan DAP, wadah baharu itu akan menghimpun semua NGO Islam di Malaysia yang mempunyai cita-cita sama. Dzulkefly bagaimanapun berkata, beliau dan pimpinan G18 akan mengambil pendekatan tidak akan berkonfrontasi atau menjadikan parti lama mereka iaitu PAS sebagai musuh. "Kita akan melihat masa depan dan cuba melupakan perbezaan pendapat kita dalam PAS. Kita akan membawa gagasan masa depan dan lupakan masalah lama kita," katanya. Dzulkefly berkata, sepanjang Ramadan ini kumpulan berkenaan akan mengadakan mesyuarat bersama pertubuhan Islam dan bukan Islam serta pemimpin masyarkat di seluruh negara bagi menjelaskan peranan pergerakan itu. Pengumuman lanjut, katanya hanya akan dibuat selepas sambutan Aidilfitri dan selepas mendapat maklum balas daripada akar umbi serta pertubuhan yang berkaitan. Menurut laporan, kumpulan itu juga merancang untuk menganjurkan pameran bergerak di seluruh negara dan akan menyokong kempen "Harapan Baru" atau "The New Hope and Dream" selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. Posted by Jeebond BLM | ||||||||||||
'Kalau sekular kami tak masuk PAS' Posted: 22 Jun 2015 07:30 PM PDT Anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini menolak tanggapan bahawa kumpulan progresif dalam PAS berfahaman sekular. Katanya, jika perkara itu benar sudah pasti mereka tidak akan memilih parti Islam itu sebagai wadah perjuangan. "Jika kami sekular, kami tidak akan masuk PAS," kata bekas anggota jawatankuasa pusat PAS itu. Beliau juga memberikan tempoh selama 100 hari bermula dari muktamar kepada kepimpinan baru PAS yang pro-ulama untuk 'mengubah' atau atau beberapa pemimpin progresif parti itu akan membentuk parti baru yang akan bersama Pakatan Rakyat. Khalid berkata beliau memberi tempoh tersebut selepas Naib Presiden Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pernah berkata kepimpinan PAS yang baru diberi 100 hari untuk menilai mereka. "Kami akan memberi masa kepada kepimpinan yang baru untuk mengembalikan semula gaya kepimpinan Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan Datuk Nik Aziz Nik Mat. "Bagaimanapun, tanda-tanda daripada kenyataan oleh presiden menunjukkan bahawa mereka tidak akan kembali kepada gaya begitu," katanya. Mohd Amar yang juga timbalan besar Kelantan sebelum ini dilapor berkata kepimpinan PAS masih terlalu baru untuk dinilai demi menjadikan parti lebih mantap dan memastikan tanggungjawab kepada parti dan rakyat akan dilaksanakan. "Kita masih terlalu baru mentah untuk dinilai sedangkan penilaian kepimpinan biasanya melibatkan tempoh 100 hari pertama. "Saya harap semua pihak akan beri kerjasama yang utuh kepada kepimpinan baharu ini bagi memastikan PAS terus maju ke hadapan dan perjuangan kita terbela," katanya seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian. - M'kini | ||||||||||||
Zaid nasihat Azmin pilih rakan parti sebenar - Adam Abu Bakar Posted: 22 Jun 2015 07:00 PM PDT Menteri Besar Selangor perlu memilih DAP atau Pas sebagai rakan komponen baru yang akan menyebabkan berlakunya ketidakpercayaan dan kekecewaan. PETALING JAYA: Kemelut yang berlaku di antara parti PKR-DAP-PAS telah menyebabkan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dalam dilema untuk memilih parti mana agar negeri Selangor dapat dipertahankan. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim turut menyatakan PKR juga harus memilih parti yang benar-benar ingin berjuang bersamanya. Jelasnya, Azmin sememangnya bersahabat dengan pemimpin dari kedua-dua parti, namun untuk memilih salah satu parti sebagai rakan komponen baru di dalam PR akan menyebabkan ketidakpercayaan dan kekecewaan berlaku. "Jika PKR mementingkan nilai persahabatan dan masih mengingati pengorbanan mendiang Karpal Singh dan ramai pihak lain yang bangkit bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka PKR harus tahu siapa yang seharusnya dipilih," katanya. Menulis di blog miliknya www.zaid.my, Zaid tetap menyatakan peluang untuk Pas dipilih sebagai salah satu komponen di dalam PR juga masih wujud. Zaid turut mengingatkan semula bagaimana Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar lantas menyebabkan Azmin dilantik bagi memegang jawatan tersebut. Jelas beliau lagi, Azmin juga harus memutuskan sama ada mahu bersama Pas atau ia juga sebagai satu langkah untuk menjatuhkan Abdul Hadi. "Rakyat pasti akan kecewa dengan situasi tersebut kerana rakyat mahu melihat kerja sama politik yang mana setiap bangsa saling bekerjasama. Rakyat juga sudah penat permainan politik," ujarnya. Beliau turut menyatakan 'menjaga rumah' bersama Pas bermakna Azmin telah memberi tekanan kepada kepada progresif Muslim di dalam parti Islamik yang sering membantunya tetapi kini dilayan sebagai ahli politik terbuang. "Apa yang akan terjadi kepada sahabat Azmin seperti Mat Sabu, Khalid Samad dan yang lain? Adakah mereka akan masih mempercayainya sedangkan Azmin bersama ulama di Selangor. "Dan bagaimana untuk Azmin mengelak dari memberikan tali keselamatan kepada Pas di Selangor jika mereka masih di dalam pentadbiran kerajaan negeri," soalnya, Tambah Zaid lagi, kumpulan progresif ini juga boleh dianggap sebagai 'kuasa sukar'. "Mereka boleh membentuk suatu parti politik baru, tetapi memerlukan sokongan kuat dari parti yang sudah ternama seperti DAP," ujarnya. Zaid mengakhiri tulisannya dengan memberikan kata dua kepada Azmin sambil menyatakan, "Saya harap anda (Azmin) tidak mengambil masa yang lama untuk memilih untuk membuat keputusan atau selesa di dalam Selangor sedangkan hilang peluang untuk bergabung dengan rakan sebenar," | ||||||||||||
Dalam 4 Tahun Najib Habiskan 28 Juta Duit Rakyat Lawatan Luar Negara suarakami Posted: 22 Jun 2015 06:30 PM PDT Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghabiskan sebanyak RM26,080,144.39 wang rakyat ke luar negara dalam tempoh empat tahun sejak 2009. Menteri di Jabatan Perdana Menteri memaklumkan demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong yang meminta Perdana Menteri menjelaskan senarai semua lawatannya ke luar negara dan saiz rombongan dan kos terlibat. Jumlah itu mewakili keseluruhan 74 kali lawatan Najib yang turut diiringi para pegawainya. Mengikut pecahan tahunan, pada 2009, Perdana Menteri melakukan 22 kali lawatan ke luar negara dengan 306 orang pegawai yang menelan kos RM3,442,343.68. Pada 2010 pula sebanyak 17 kali dengan 252 pegawai dengan kos RM5,133,875.99. Paling kerap pada 2011 iaitu sebanyak 27 kali dengan 425 pegawai mengiringi dengan kos RM12,568,227.49. Untuk separuh tahun 2012, sebanyak lapan kali lawatan bersama 125 pegawai dengan kos RM4,935,697.23. Di maklumkan juga, Perdana Menteri menghabiskan RM3 juta wang rakyat untuk mengadakan lawatan ke London, New York dan Washinton, Amerika Syarikat dalam masa beberapa hari. Najib berbelanja RM849,175.33 ketika berada di London antara 13 hingga 15 Mei untuk menghadiri majlis anjuran Putera Charles. Lawatan itu diikuti dengan mesyuarat Perdana Menteri di Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global di New York antara 16 hingga 18 Mei, dengan kos RM1.6 juta. Selain itu, Najib bersama pegawainya berkunjung ke Washington untuk 'kunjungan peribadi' antara 109 hingga 24 Mei dengan kos RM452,985.75. Perlu diingatkan bahawa kapal terbang 9M-NAA yang digunakan Najib hanya untuk kegunaan rasmi Yang di-pertuan Agong dan Perdana Menteri, bukan untuk percutian peribadi. Mengapa tiada sebarang tindakan setelah dengan nyata Najib menggunakan pesawat untuk lawatan peribadi? | ||||||||||||
YB DS Nizar Jamaludin Kekal Ketua Pembangkan DUN Perak Posted: 22 Jun 2015 06:00 PM PDT Berita Mengejutkan Dari UtaraBetul Ke Pakatan Rakyat Berkubur.. Cuba Baca Berita Ni. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang menang kerusi itu atas tiket PAS akan kekal sebagai ketua pembangkang Perak, kata Pengerusi DAP negeri Nga Kor Ming, walaupun kerjasama antara kedua-dua parti itu sudah berakhir. Nga berkata Nizar yang juga pernah menjadi menteri besar Perak selama 10 bulan ketika Pakatan Rakyat (PR) menang dan mentadbir negeri itu pada 2008, menerima sokongan semua 18 Adun DAP dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). "Nizar akan kekal sebagai ketua pembangkang walaupun PR tidak lagi wujud dalam negeri ini. Selain wakil daripada DAP, saya percaya Nizar juga memperoleh sokongan daripada 5 lagi Adun PKR," katanya kepada The Malaysian Insider. Lima lagi wakil, termasuk Nizar Jamaluddin adalah daripada PAS dan secara bersama, mereka membentuk 28 Adun pembangkang dalam DUN. Nga, yang juga Adun Kepayang berkata ini adalah respons sama ada DAP akan menarik sokongannya kepada Nizar untuk kekal sebagai ketua pembangkang, memandangkan DAP dan PAS tidak lagi menjalinkan kerjasama politik. Ini adalah susulan usul memutuskan hubungan dengan DAP yang diluluskan tanpa bahas di muktamar tahunan PAS awal bulan ini. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut mengumumkan jawatankuasa eksekutif pusat parti itu membuat keputusan mengisytiharkan PR sudah terkubur memandangkan parti sekular dan rakan kongsi Islam itu tidak lagi bekerjasama. Betul Ke Pakatan Rakyat Berkubur.. Cuba Baca Berita Ni Nga berkata walaupun PR tidak lagi wujud, Nizar boleh memegang jawatan itu kerana beliau adalah Adun yang dilantik untuk mewakili Changkat Jering. "Kedudukan Nizar adalah wakil rakyat yang dilantik dan DAP yang membentuk majoriti pembangkang dalam DUN menyokongnya untuk kekal di situ," katanya. Nizar menjadi ketua pembangkang negeri sejak Mei 2009. Nga, yang juga ahli Parlimen Taiping berkata DAP negeri mempunyai hubungan yang mesra dengan kepimpinan PAS Perak yang baharu di bawah Razman Zakaria. "Kami bukan musuh PAS atau pemimpinnya. Contohnya, kami akan pergi majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri mereka jika dijemput. "Bagaimanapun, kami mempunyai hubungan kerja yang cemerlang dengan semua Adun PAS dalam melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dilantik dalam DUN," katanya. Nizar sendiri gagal mengekalkan jawatannya dalam Jawatankuasa PAS Pusat bersama sekumpulan ahli "progresif" yang diketuai bekas Timbalan Presiden Mohamad Sabu yang digulingkan dalam pemilihan kedudukan tertinggi parti. Nizar juga tewas bagi jawatan ketua cawangan PAS Kampar yang disandangnya sejak 14 tahun lalu, kepada Mohd Sofian Rejab, seorang guru agama. | ||||||||||||
Pelik Dan Mengejutkan - Menantu Kesayangan Hadi Tidak Dilantik Sebarang Jawatan Posted: 22 Jun 2015 05:30 PM PDT Menantu presiden PAS, Zaharudin Mohamad tidak dilantik semula sebagai ahli Majlis Syura ulama selepas sesinya tamat, baru-baru ini. Zaharudin yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat itu tidak termasuk dalam senarai ahli yang dilantik AJK PAS Pusat, Dewan Ulama, Pemuda atau Wanita. Dalam mesyuarat pertama Majlis Syura semalam, mereka mengekalkan Datuk Dr Haron Din sebagai mursyidul am manakala Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub sebagai timbalannya. Bagaimanapun, Zaharudin boleh dilantik semula melalui kuota 5 ahli yang dilantik Majlis Syura untuk mencukupkan keahlian 17 orang. Majlis Syura mengadakan mesyuarat yang pertama mereka semalam di Pejabat Agung PAS Jalan raja Laut, Kuala Lumpur. Ahli Majlis Syura terdiri daripada 4 dilantik AJK PAS Pusat, 4 oleh Dewan Ulama manakala 2 masing-masing daripada Pemuda dan Wanita. Ahli yang dilantik itu kemudiannya akan melantik 5 lagi untuk menjadikannya 17 ahli. Ahli yang dilantik AJK PAS Pusat ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden Idris Ahmad dan bekas Ahli Masjlis Syura, Hashim Jasin. Dewan Ulama pula melantik ketuanya Datuk Dr Mahfodz Mohamad, timbalannya Ahmad Yakub, naib ketuanya Nik Zawawi Salleh dan ketua penerangan Datuk Dr Khairuddin Aman Razali. Sementara itu, Pemuda pula melantik ketuanya Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz dan bekas ketua Nasrudin Hassan. Sebelum ini, Zaharudin dilantik melalui kuota Pemuda. Wanita PAS pula mengekalkan kedua-dua wakil mereka sebelum ini. – tmi | ||||||||||||
'Siapa kata Najib takut didakwa jika berundur?' Posted: 22 Jun 2015 04:45 PM PDT Najib Cukup Jantan Untuk Didakwa Di Mahkamah, Kata Kaki BodekSeorang pemimpin kanan Umno menolak dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan berundur kerana bimbang didakwa di mahkamah. Sebaliknya, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata Najib "cukup jantan" untuk menyelesaikan masalah negara. "Jika beliau undur diri, beliau pengecut. "Beliau bukan orang sebegitu dan (beliau) perdana menteri yang bertanggungjawab menghadapi cabaran," katanya kepada Malaysiakini. Dalam video yang dimuat naik baru-baru ini, Mahathir antaranya berkata Najib enggan berundur kerana bimbang berdepan pertuduhan jenayah. Rakaman itu dibuat dalam pertemuan tertutup perdana menteri keempat itu dengan 50 aktivis NGO di Putrajaya minggu lepas. - mkini | ||||||||||||
Tiada layanan istimewa untuk Anwar keluar masuk penjara - Faiz Zainudin Posted: 22 Jun 2015 09:00 AM PDT Kebenaran untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar penjara dibuat mengikut peraturan yang telah ditetapkan. PETALING JAYA: Jabatan Penjara tidak pernah memberi apa-apa layanan bertaraf VIP atau istimewa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membenarkan beliau keluar masuk penjara secara bebas. Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara, Supri Hashim berkata, bekas Ketua Pembangkang itu dibenarkan keluar penjara pada Khamis lalu untuk menghadiri penyiasatan Jawatankuasa Tatatertib Peguambela dan Penguamcara di Wisma Maran, Kuala Lumpur, melibatkan aduan disiplin terhadap seorang peguam yang difailkannya sebelum ini. Katanya, kebenaran itu diberikan selepas Ketua Pengarah Jabatan Penjara meneliti notis yang dikeluarkan Pengerusi Jawatankuasa berkenaan melibatkan aduan yang dibuat Anwar di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976. "Ketua Pengarah Jabatan Penjara telah menggunakan kuasanya di bawah Seksyen 31 Akta Penjara bagi melaksanakan notis tersebut. "Sepanjang tempoh bersama jawatankuasa berkenaan dan semasa di Wisma Maran, Datuk Seri Anwar telah dikawal oleh pegawai penjara dengan kerjasama berterusan dari pihak polis," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. Berhubung tindakan sesetengah pihak mengambil gambar Anwar untuk tujuan tertentu, katanya, Jabatan Penjara tidak berupaya untuk mengawal sepenuhya tindakan itu kerana berada di tempat awam. Beliau mengulas laporan media sosial sebelum ini yang mendakwa Jabatan Penjara telah memberi layanan Istimewa kepada Anwar apabila beliau bebas keluar masuk penjara walaupun dipenjarakan atas kesalahan meliwat. Supri berkata, tindakan yang dilakukan Jabatan Penjara adalah tidak melanggar mana-mana peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan. | ||||||||||||
'M'sia harus tarik diri dari TPPA' - Nik Nazmi Oleh Nik Nazmi Posted: 22 Jun 2015 08:30 AM PDT Saya tertarik dengan laporan-laporan yang mengatakan bahawa Barrack Obama, Presiden Amerika Syarikat, akan membuat lawatan ke Malaysia sekali lagi pada bulan November, walaupun baru sahaja membuat lawatan pada bulan April tahun ini. Apa yang lebih menarik adalah lawatan pada bulan April itu merupakan lawatan pertama seorang presiden Amerika Syarikat selepas hampir 50 tahun. Lawatan terakhir adalah pada tahun 1966 yang diketuai oleh Presiden Lyndon B Johnson. Mengapa tiba-tiba seorang presiden Amerika begitu tertarik dengan Malaysia dan rantau ini? Adakah mungkin kerana beliau ingin meraih sokongan untuk Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang semakin lama semakin lesu? Pada bulan lepas, pentadbiran Obama gagal untuk mendapatkan sokongan Senat, terutamanya daripada golongan ahli parti Demokrat beliausendiri bagi mendapatkan Kuasa 'Fast-Track' untuk berunding perihal TPPA. Bagaimanapun, Kongres Amerika Syarikat baru-baru ini meluluskan juga Trade Promotion Authority, dengan majoriti tipis dan kini ia perlu mendapatkan semula kelulusan di Senat. Kesungguhan Obama untuk meluluskan perjanjian ini, yang sehingga sekarang masih tetap dirunding dengan penuh sulit, menimbulkan beberapa persoalan mengenai niat beliau. Seperti yang sudah dilaporkan di merata-rata tempat, TPPA merupakan satu perjanjian yang berat sebelah dan hanya memberi manfaat kepada syarikat-syarikat transnasional besar Amerika, di samping menjejaskan kedaulatan negara-negara lain, termasuklah Malaysia, serta kesihatan awam dan kebebasan internet. Obama sendiri tidak mampu menyakinkan rakan-rakan parti Demokrat beliau untuk menyokong perjanjian itu walaupun Amerika pasti menerima manfaat yang besar, maka Malaysia sepatutnya sedar perkara ini dan tidak meneruskan rundingan. Dalam hal ini kerajaan Malaysia mestilah membuat pendirian terhadap komitmen mereka sama ada mereka sanggup membenarkan Amerika Syarikat dan syarikat-syarikat besar negara itu merobek kekayaan negara ini, atau membuat keputusan yang betul dan mempertahankan kepentingan dan kedaulatan negara kita. NIK NAZMI NIK AHMAD adalah ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan exco kerajaan Selangor. | ||||||||||||
Posted: 22 Jun 2015 07:45 AM PDT SAYA baru saja menerima Whatsapp dari seorang teman yang mahu saya menulis soal bohong dan rasanya sesuai juga saya bercakap kasus ini dibulan puasa sebelum sampai waktunya sungkai. Memang di sekitar kita ini sering saya diketemukan dengan manusia pembohong dan rasanya berbohong itu seolah menjadi budaya dalam dirinya atau barangkali memang menjadi budaya di rumah sejak kecil melihat orang di sekelilingnya suka berbohong. Saya merujuk kenyataan MONTAIGNE yang menyatakan seseorang yang berbohong itu adalah seorang yang sangat luar biasa, tetapi dia begitu pengecut menghadapi sesamanya manusia. Nabi Muhammad bersabda bohong itu ibu dari segala macam dosa dan memang kalau seorang yang akui agamawan atau pemimpin kala berbohong lagi bahaya banding bohong orang biasa. Bohong itu sebenarnya menghampiri dosa fitnah sebab sekali menjadi saksi bohong maka secara tak langsung ia menempah dosa di akhirat nanti dan kita akan lihat manusia bohong tidak akan aman hidupnya di dunia ini. Saya banyak sangat memerhatikan teman2 yang bohong selalu saja dihindari dan ramai tidak suka, kalau ada yang suka pemimpin berbohong itu makna bukan kerana bohongnya tetapi kerasa kuasanya boleh kasih kekayaan mendadak. Bila seseorang itu berbohong dan kemudian tidak mengakuinya melakukan, maka kesannya prasangka akan mula menjalar lingkar dan di situ akan ada bibit2 wasangka kepada orang lain yang tidak berdosa. Kalau memang diri melakukan kesilapan, mengakuinya itu sesuatu yang cukup kita hormati dan bukan mendapatkan seribu alasan untuk menutup kesalahan diri sendiri. Barangkali ini bisa kita fikirkan bersama dan jelaslah bohong itu jalan laluan ke neraka yang di sana apinya panas membakar. ISMAILY BUNGSU sabah | ||||||||||||
Lawatan kali kedua Obama ke Malaysia mencurigakan - Adam Abu Bakar Posted: 22 Jun 2015 07:00 AM PDT Malaysia perlu menarik diri daripada Pejanjian TTPA kerana berat sebelah, merobek kekayaan negara dan mencemar kedaulatan negara. PETALING JAYA: Lawatan kali kedua Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama ke negara ini pada November depan amat mencurigakan, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad. Katanya, lawatan itu kemungkinan Obama mahu meraih sokongan Malaysia untuk Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang semakin lesu dan tidak mendapat sokongan Senat negara itu termasuk sokongan ahli Demokrat beliau sendiri. "Mengapa tiba-tiba seorang Presiden Amerika begitu tertarik dengan Malaysia dan rantau ini? "Adakah mungkin kerana beliau ingin meraih sokongan untuk TPPA yang semakin lama semakin lesu," katanya dalam kenyataan media. Nik Nazmi berkata, kerajaan Malaysia perlu menyatakan pendirian sama ada sanggup membenarkan Amerika Syarikat dan syarikat-syarikat besar negara itu merobek kekayaan negara. "Atau membuat keputusan yang betul dan mempertahankan kepentingan dan kedaulatan negara ini," katanya. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor itu menyatakan kesungguhan Obama untuk meluluskan perjanjian berkenaan yang sehingga sekarang masih dirunding dengan penuh sulit, menimbulkan kesangsian dan seolah-olah mempunyai niat tersirat. "TPPA merupakan satu perjanjian yang berat sebelah dan hanya memberi manfaat kepada syarikat-syarikat transnasional besar Amerika, di samping menjejaskan kedaulatan negara-negara lain termasuklah Malaysia. "Aspek lain yang turut terkesan dengan TPPA iaitu kesihatan awam dan kebebasan internet," katanya. Malah, katanya, Obama juga tidak mampu meyakinkan rakan-rakan parti Demokratnya untuk menyokong perjanjian itu walaupun Amerika Syarikat pasti menerima manfaat yang besar. Katanya, disebabkan itu juga Malaysia sepatutnya sedar akan perkara itu dengan menarik diri daripada meneruskan rundingan. "Pada bulan lepas, pentadbiran Obama gagal untuk mendapatkan sokongan Senat, terutamanya daripada golongan ahli parti Demokrat beliau sendiri bagi mendapatkan Kuasa 'Fast-Track' untuk berunding perihal TPPA. "Bagaimanapun, Kongres Amerika Syarikat baru-baru ini meluluskan juga Trade Promotion Authority, dengan majoriti tipis dan kini ia perlu mendapatkan semula kelulusan di Senat," jelasnya. | ||||||||||||
Ridhuan Tee kritik A Samad Said sertai DAP FMT Reporters Posted: 22 Jun 2015 06:15 AM PDT Dia menasihatkan jika berpolitik pastikan wadah yang dipilih itu boleh membawa ke syurga. PETALING JAYA: Penceramah bebas, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengkritik Sasterawan Negara, A Samad Said kerana menyertai DAP. Beliau menasihatkan Samad atau dikenali Pak Samad supaya menyertai parti politik yang boleh membawa ke syurga. "Hebat Melayu Ultra Kiasu ini sehingga tidak memilih parti UMNO atau Pas sebagai wadah. "Nasihat saya, bila berpolitik (atau bekerja) pastikan wadah politik boleh membawa kita ke syurga," tulisnya menerusi rencana di akhbar Sinar Harian. Pak Samad baru-baru ini mengumumkan menyertai DAP dan sanggup menjadi 'hamba' parti itu dan tidak mahu sebarang jawatan mahupun dicalonkan wakil rakyat. Ridhuan Tee turut mengkritik DAP yang bercadang menaja pembinaan masjid di Kelantan. Katanya, tindakan DAP itu merupakan sebahagian perang psikologi dan operasi psikologi oleh parti berkenaan yang dilabelnya dengan panggilan Utra Kiasu. "Macamlah Kerajaan Kelantan begitu haprak sehingga tidak mampu untuk membina masjid di buminya sendiri," tulisnya. Katanya, tawaran membina masjid itu bukan kerana kerajaan Kelantan tidak mempunyai peruntukan tetapi pembinaan masjid mengikut keperluan bukan dibina sewenang-wenangnya. Katanya, begitu juga dengan pembinaan Patung Buddha kedua terbesar di dunia di Kelantan, walaupun penganut Buddha hanya minoriti. "Inilah tolenrasi umat Islam yang tidak ada di negara lain," katanya. Ridhuan Tee berkata, dia bersyukur Pakatan Rakyat sudah mati dan mengucap tahniah kepada Pas kerana berani membuat keputusan dan tidak lagi dibuli. Katanya, tidak dinafikan memang sukar parti Melayu (UMNO dan Pas) untuk memerintah tanpa sokongan atau berpakat dengan bukan Islam. "Sebab itu, UMNO perlukan BN, Pas perlukan PR. Namun, dalam soal prinsip kita tidak boleh bertolak ansur," katanya. | ||||||||||||
Mukhriz akui Tun M tidak pernah bantunya dalam politik - Faiz Zainudin Posted: 22 Jun 2015 05:15 AM PDT Menjadi anak bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO selama 22 tahun tidak menjamin laluan mudah kepada Mukhriz untuk diterima rakyat. Menteri Besar Kedah itu berkata, kejayaan yang dikecapi beliau adalah hasil usaha sendiri yang bermula dari bawah setelah beberapa kali kecundang dalam perjuangan politik UMNO. Katanya, walaupun sebagai anak bekas Perdana Menteri ia langsung tidak menjamin bahawa peluangnya untuk diterima rakyat menjadi lebih mudah. "Hakikat bahawa saya anak bekas Presiden yang menerajui parti selama 22 tahun tidak menjamin perjalanan politik saya akan menjadi mudah – kononnya laluan sudah dibuka orang tua saya. "Bagaimanapun, saya belajar mengenai hikmat di sebalik setiap kejadian yang saya lalui. Kekalahan di Bahagian ayah saya sendiri menarik perhatian ramai terhadap usaha saya untuk bergiat aktif dalam UMNO," katanya dalam nukilan sempena hari Bapa di Facebook. Dalam nukilan itu, Mukhriz berkata beliau tidak akan membenarkan ahli keluarganya terlibat dalam perniagaan di Kedah. "Selepas saya dilantik Menteri Besar, saya mengumumkan pendirian tidak membenarkan kaum keluarga terlibat dalam sebarang perniagaan yang melibatkan Kerajaan Negeri Kedah," katanya sebagai mengikut jejak langkah bapanya. Katanya, sewaktu masih menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir tidak membenarkan kaum keluarganya terlibat dalam politik atau perniagaan bagi mengelak timbulnya kekeliruan untuk beliau memilih keluarga atau rakyat. Mukhriz menulis perbualannya dengan bapanya yang dipanggil ayah. Berikut petikan perbualan yang ditulis Mukhriz atau dipanggil Is oleh ahli keluarganya. Dua tiga hari kemudian, saya berjumpa dengan ayah. "Jadi saya pun tak boleh berniaga di Kedah lah." Saya jawab: "Boleh". Ayah membalas: "Macam mana boleh, kalau Is dah umum macam tu?" Saya jawab: "Kena tunggu Is berhenti dulu lah." "Bila nak berhenti?" tanya ayah. "Dua puluh dua tahun lagi!" jawab saya berseloroh. "Hai, macam balas dendam saja," kata ayah dalam ketawa. "Dah ayah ajar macam tu," balas saya | ||||||||||||
Mahkamah Tinggi tolak permohonan semakan kehakiman Mkini Dotcom - FMT Reporters Posted: 22 Jun 2015 04:30 AM PDT Hakim Besar Malaya mempunyai kuasa mutlak untuk mengarahkan mana-mana hakim mendengar sesuatu kes di mahkamah mengikut Seksyen 20 Akta Mahkamah Kehakiman PETALING JAYA: Permohonan semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Hakim Besar Malaya berhubung hakim yang mendengar kes saman fitnah difailkan Datuk Seri Najib Razak oleh Mkini Dotcom Sdn Bhd ditolak Mahkamah Tinggi. Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Asmabi Mohamad, yang memutuskan bahawa Hakim Besar Malaya mempunyai kuasa mutlak untuk mengarahkan mana-mana hakim mendengar sesuatu kes di mahkamah mengikut Seksyen 20 Akta Mahkamah Kehakiman. Sebelum ini, Mkini Dotcom memfailkan permohonan bagi kebenaran semakan kehakiman dengan alasan Hakim Datuk Wira Kamaludin Md Said yang akan mendengar kes saman fitnah difailkan Najib terhadapnya sudah ditukarkan ke Mahkamah Tinggi Seremban. Dalam kes saman fitnah itu, Najib di atas kapasiti peribadi dan UMNO menyaman Mkini Dotcom dan dua lagi kerana memfitnahnya berhubung penyalahgunaan kuasa. Menurut laporan yang dipetik daripada Berita Harian Online, Asmabi turut mengarahkan Mkini Dotcom membayar kos sebanyak RM5,000. | ||||||||||||
Logo UMNO diroboh sebab tiada permit FMT Reporters Posted: 22 Jun 2015 03:45 AM PDT MBPP meminta UMNO tidak mempolitikkan isu ini kerana ia dibuat mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Ong Ah Teong menjelaskan sebelum tindakan meroboh dilakukan, pihaknya telah memberi arahan lisan. "Saya telah menerima panggilan Khamis lepas yang mengadu wujud satu struktur haram di tempat itu. Pada Khamis petang saya pergi ke tempat itu dan mendapati memang ada satu struktur haram tanpa permit," katanya pada sidang akhbar yang dipetik daripada Bernama. Menurut Ong, dia telah memanggil Bahagian Pelesenan Unit Iklan memberi notis secara lisan kepada tuan punya bangunan untuk memberhentikan segala kerja di tempat itu. Bagaimanapun, keesokannya kami dapati struktur logo itu telah siap dinaikkan. Pada hari sama Jabatan Bangunan telah mengeluarkan notis serta-merta untuk menurunkan struktur itu. "Mereka (jabatan bangunan) ke sana untuk menurunkan struktur itu. Berlaku sedikit kekecohan di situ. "Diharapkan pihak UMNO tidak mempolitikkan isu ini.Kami di pihak MBPP hanya membuat kerja mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976," jelasnya. Penguatkuasa MBPP pada Jumaat lepas cuba meroboh struktur tulisan UMNO di depan bangunan parti itu di Jalan Macalister, namun berjaya dihalang anggota parti berkenaan. Ong yang juga Anggota Jawatankuasa Tetap MBPP berkata sebarang pembinaan struktur di negeri ini perlu mendapat permit terlebih dahulu. Katanya beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Datuk Bandar MBPP Datuk Patahiyah Ismail yang turut mengarahkan tindakan diambil mengikut prosedur undang-undang. | ||||||||||||
Lewat tiba di mahkamah, peguam Anwar dakwa disabotaj FMT Reporters Posted: 22 Jun 2015 03:00 AM PDT Peguam Anwar Ibrahim menuduh peguam Jamil Khir menggunakan taktik kotor dan cuba mensabotaj kes itu. Peguam Anwar, Rafie Mohd Shafie hanya tiba di mahkamah sebelum jam 11 pagi sedangkan kes itu sepatutnya didengar jam 9 pagi. Rafie mendakwa, peguam Datuk Seri Jamil Khir Baharom cuba mensabotaj kes itu kerana notis yang dihantar kepadanya menyatakan kes itu akan berlangsung jam 11 pagi. "Ini surat yang kami terima, jadi kami hadir sebelum 11 pagi seperti yang terkandung dalam surat pemberitahuan ini," katanya sambil menunjukkan surat pemberitahuan itu. Seorang lagi peguam Anwar, Kamar Ainiah Kamaruzaman pula berkata, kelakuan peguam Jamil itu tidak beretika. "Kita mahu kes ini didengar dan Anwar perlu diberi peluang untuk berhujah," katanya. Sebelum itu, Peguam Jamil Khir, Roslizam Rahim yang berada dalam mahkamah jam 9 pagi telah mengadakan perbincangan dengan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah, Mohd Khairul Nizam Kassim, kerana kelewatan kehadiran peguam Anwar. Bercakap kepada media selepas itu, Roslizam memberitahu, sepatutnya Anwar hadir bagi menjawab afidavit dan melantik peguamnya. "Oleh kerana Anwar gagal berbuat demikian, mahkamah telah memutuskan memberi Anwar masa sehingga 6 Julai untuk menjawab afidavit anak guam saya dan untuk Anwar melantik peguam," katanya. | ||||||||||||
Ketua Srikandi Keadilan antara lima dilantik Senator - Oleh : Khairil Ashraf Posted: 22 Jun 2015 02:15 AM PDT Empat merupakan muka baru manakala seorang lagi lantikan semula untuk tempoh tiga tahun. KUALA LUMPUR : Ketua Srikandi Keadilan, Siti Aishah Shaik antara lima individu yang dilantik sebagai Senator di Dewan Negara. Upacara Angkat Sumpah Ahli Dewan Negara diadakan sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen Ke-13 di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang pada Isnin. Selain Siti Aishah, tiga muka baru yang mengangat sumpah sebagai Senator ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Pahang, Datuk Hoh Khai Mun; Ketua UMNO Cawangan Hilir Barat Batu Rakit, Datuk Abdul Rahman Mat Yasin dan Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Pahang, Norahan Abu Bakar manakala, wakil DAP, Dr Ariffin S M Omar dilantik semula. Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang ketika ucapan pembukaannya mengingatkan Ahli Dewan Negara supaya mematuhi lafaz taat iaitu taat setia, melindungi dan mempertahankan negara. Beliau berharap supaya Ahli Dewan Negara yang baru dilantik berperwatakan keperibadian tinggi, beradap, bersopan santun dalam perbahasan di Dewan Negara dan Dewan Rakyat. "Sekarang saya rasa amat risau sebab terdapat juga segelintir Yang berhormat tidak menghormati Dewan Negara dan Dewan Rakyat. "Terdapat juga yang melanggar Peraturan Mesyuarat dan Perlembagaan Negara ketika perbahasan," katanya. Tambahnya, perbuatan itu jelas menunjukkan Ahli Dewan Negara dan Ahli Parlimen mengingkari lafaz sumpah yang diikrarkan. "Oleh itu, kita semua hendaklah memahami segala peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Negara," ujarnya. | ||||||||||||
Posted: 22 Jun 2015 01:30 AM PDT Senarai mereka yang 'kebal' di Malaysia oleh Mariam Mokhtar Pertelingkahan terbuka antara Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, atau lebih dikenali dengan panggilan TMJ, dengan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Nazri Aziz telah menunjukkan, betapa wujud dua undang-undang di bawah Umno baru. Satu untuk rakyat biasa, dan satu lagi untuk menteri Umno Baru. Ironinya, ia memerlukan seorang putera untuk memaksa menteri mengakui hal itu. Najib Razak patut mengarahkan menterinya untuk berhenti menambahkan ketegangan antara institusi diraja dan menteri. Tanpa mengira siapa yang betul atau salah, tidak wajar untuk seorang menteri berkelakuan begitu. Nazri berkelakuan seperti penjual ikan di pasar dengan bertukar kata-kata kesat. Ada juga yang mengatakan beliau seperti gangster. Kebisuan Najib mencerminkan kepimpinannya yang teruk, dan meningkatkan permusuhan dan kewujudan bersama yang rapuh antara rakyat, menteri dan kerabat diraja. TMJ tidak berlapik apabila mengkritik Nazri di media sosial dan berkata, "Anda seorang menteri, bukannya Tuhan yang tidak boleh ditegur. Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat." Tunku IsmailTunku Ismail Putera itu mahu mengingatkan politikus tentang peranan dan tanggungjawab mereka dan berkata, "… Sekiranya perkara seperti itu pun anda tak boleh terima, jelaslah kepada seluruh rakyat betapa angkuh dan sombongnya anda." "Saya membayangkan masa depan di mana setiap orang ada hak menyuarakan pendapat masing-masing. Namun keadaan Malaysia hari ini tidaklah begitu, menteri-menteri pantang ditegur," katanya lagi. TMJ benar. Menteri di Malaysia "pantang ditegur". Menteri tidak akan buat salah. Mereka tidak tertakluk kepada undang-undang seperti rakyat lain. Menteri dan kroni mereka terlepas daripada apa-apa hukuman. Setiap keputusan mahkamah seakan berpihak kepada mereka, dengan denda minimum. Berikut mungkin individu kebal paling dikenali di Malaysia: Dr Mahathir Mohamad mungkin bersuara tentang korupsi Najib dan hubungannya dengan Altantuya, tetapi senarai kesalahan Mahathir sendiri adalah panjang, kalau pun tidak lebih panjang daripada Najib. Dasar monopoli dalam industri utama di Malaysia daripada padi kepada tenaga, pengangkutan kepada telekomunikasi membuktikannya. Apabila ada masalah, seperti apa yang berlaku dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), tiada siapa yang didapati bersalah. Mahathir menafikan yang beliau mengarahkan penahanan dalam Operasi Lalang, dan menjarakkan diri daripada Projek IC. Beliau mengalihkan kesalahan berhubung kehilangan kuasa kehakiman kepada nenda TMJ. Rakyat Malaysia yang menganggap Mahathir sebagai wira yang memperjuangkan rakyat gagal melihat yang beliau ada agenda tersembunyi. Merentasi Laut China Selatan, Gabenor Sarawak Taib Mahmud adalah orang kebal paling terkenal di Malaysia Timur. Di sebalik pelbagai pendedahan oleh Bruno Manser Fund dan Sarawak Report, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menemui apa-apa bukti konkrit ke atas Taib. Mahkamah Syariah sukar menyabitkan anaknya, Bekir, kerana curang dan enggan membayar alimoni kepada isterinya. Nampaknya kekebalan boleh diwarisi. Peranan Najib dalam rampasan kuasa kerajaan Perak pada 2009 adalah satu tindakan khianat. Tetapi kerana kekebalan Najib, tiada mahkamah yang boleh, dan akan menjatuhkan hukuman bersalah. Turut membantu apabila Najib dan timbalannya menutup sebelah mata terhadap salah laku dalam kerajaan. Apa yang penting adalah kemenangan dan survival Umno Baru. Di sebalik kenyataan bertentangan tentang 1MDB, Najib masih lagi menjadi perdana menteri. Pelbagai jabatan yang menjalankan siasatan, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara pula melapor kepadanya. Senarai ini tidak terhad kepada lelaki sahaja. Bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Shahrizat Abdul jalil dan keluarganya terlibat dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC), tetapi siasatan terhadap isu tersebut seperti sudah dilupakan. Walaupun dengan dakwaan salah guna dana oleh keluarga Shahrizat, serta bukti yang dikumpulkan oleh pembangkang, tidak ada pendakwaan dikenakan ke atas pemain utama isu ini. Yang ramai hanyalah kambing hitam. Puak ulama' pula menyebabkan perpecahan dalam masyarakat. Mereka bersama-sama Umno Baru dan menggunakan agama untuk mengawal rakyat. Mereka saling menyokong agenda tersembunyi masing-masing. Mereka juga boleh dikatakan sebagai puak yang kebal di negara ini. Begitu juga dengan NGO ekstrem seperti Isma dan Perkasa. Mereka diupah Umno Baru untuk mencetuskan ketegangan dan gangguan apabila khabar buruk melanda negara ini. Mereka membuat dakwaan palsu tentang orang Melayu yang dimurtadkan, serta tuduhan mengarut tentang orang Melayu yang terancam imannya ekoran lambang salib di gereja. Institusi kebal yang lain adalah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Walaupun dengan segala tuduhan penipuan dalam pilihanraya, SPR tidak disiasat dan mempunyai rancangan jangka panjang untuk menjamin kemenangan Umno Baru dalam pilihanraya-pilihanraya akan datang. Menteri biasa seperti Nazri juga kebal. Nazri tidak didakwa menghasut kerana mengkritik TMJ, tetapi hanya ditegur. MP pembangkang Nizar Jamaluddin pula didakwa di bawah Akta Hasutan kerana menulis di Twitter, bahawa wang yang digunakan Sultan Johor untuk membeli nombor pendaftaran kereta WWW1 sepatutnya digunakan untuk tujuan yang lebih baik, seperti membantu orang miskin. Jurutera Chan Hong Keong dipenjara selama setahun dan didenda RM50,000 atas dakwaan menghasut, apabila dituduh menghina almarhum Sultan Azlan Shah kerana melantik Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak dalam rampasan kuasa 2009. Di sebalik 4R – race (kaum), religion (agama), rural people (masyarakat luar bandar dan royalty (institusi diraja) – untuk mengawal rakyat, Malaysia seperti terbolak-balik dan ditimpa hal memalukan tanpa henti. Barangkali ini adalah sumpahan Dalit*. *Dalam sistem kasta India, Dalit adalah golongan kasta rendah yang sering disisihkan daripada arus perdana. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN | ||||||||||||
PAKATAN BARU : MASIH ADA JALAN ( asal PAS akur rangka kerja sebelum ini) Posted: 22 Jun 2015 12:45 AM PDT PRU13 telah menjelaskan PAKATAN meraih undi 52% dan meninggalkan BN dengan 47% sahaja, tetapi kesan BN memenangi lebih 33 kerusi maka BN berhak kuasai putrajaya. Kerusi2 MP di Malaya sekitar 116 kerusi dan di Sabah 25 kerusi sedang di Sarawak sejumlah 31 kerusi. Jika PAS dan PKR juga DAP tidak berkerjasama, maka jelas BN akan meraih kemenangan di musim PRU14 nanti. Katakan PAS bersendirian dan silap2 Kelantan akan terlepas ke BN dan sejarahnya cukup jelas PAS tidak akan susah jika di Kelantan diperjuangkan oleh PAS melulu dan untuk kuasai Trengganu/kawasan Hadi akan lebih susah. Tidak boleh tidak, ketiga parti berkenaan kena bersama berjuang dalam pakatan baru nanti dan jika ini bisa dilakukan maka menundukkan BN itu akan lebih mudah di PRU14 akan datang. Barangkali PAS kena akur maksud kesepakatan atau kena akur sistem kabinet dan tidak boleh menolak suara majoriti yang menyebabkan ada masalah dalam membuat keputusan. ISTILAH pakatan kena akur suara majoriti. Jika dua parti sekata dan yang satu kena akur. Jika tidak makna bukan pakatan. Samalah maksudnya bila kita bercakap sistem kabinet kena akur suara majoriti dan yang lain kena setuju. Biasanya kalau tak setuju dan bising di luar, pihak ketiga kena tinggalkan pakatan dimaksudkan. Hadi selalu tidak menghadiri mesyuarat Pakatan dan bila Dap dan PKR bersetuju, Hadi pula menggunakan kuasa vetonya menolak apa yang dipersetujui dan kesannya menimbulkan banyak masalah. Kenyataan Lim Kit Siang kala menghadiri acara buka puasa di Taman Indah Jaya, Kluang sabtu lalu jelas membayangkan masih ada harapan dan keinginan jika PAS benar-benar mahu berkerjasama asal akur dengan visi yang mengutamakan kesejahteraan rakyat, ekonomi, pendidikan, kesihatan dan semua aspek. ISMAILY BUNGSU Sabah | ||||||||||||
Berita Gempar Yang Tidak Mampu Disorok Oleh BN.. Posted: 22 Jun 2015 12:00 AM PDT Berita Gempar Yang Tidak Mampu Disorok Oleh BN. Perhimpunan khas MIC hari ini oleh puak yang menentang Datuk Seri G Palanivel, meluluskan resolusi bersetuju yang presiden parti itu bukan lagi ahli parti etnik India terbesar dalam Barisan Nasional (BN) itu. Resolusi pertama diluluskan ialah MIC akan mematuhi arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk menjalankan pemilihan semula dan menegakkan keputusan mahkamah iaitu Palanivel dan 4 yang lain memfailkan saman terhadap RoS atas kapasiti peribadi mereka. Berita Gempar Yang Tidak Mampu Disorok Oleh BN | ||||||||||||
Lagi Penafian Atas Pembohongan Ulamak-Ulamak PAS Posted: 21 Jun 2015 11:15 PM PDT "Saya tidak ada mengeluarkan kenyataan seperti itu," itu penjelasan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Nor Azli Musa berhubung kontroversi kononnya beliau mengeluarkan fatwa menyatakan mana-mana individu yang keluar dari Pas akan jatuh kafir. Nor Azli berkata, isu berkenaan timbul selepas beliau dijemput menyampaikan tazkirah Ramadan di sebuah masjid di Batu Kurau, kelmarin. Katanya, apa dijelaskan dalam tazkirah itu hanya membabitkan maksud sebuah hadis yang menyentuh mengenai perjuangan dalam Islam. "Dalam hadis yang saya nyatakan itu bermaksud: 'Sesiapa yang berpisah atau keluar dari jemaah walau sejengkal, maka sesungguhnya dia telah melepaskan ikatan Islam dari lehernya". "Saya ulas lebih lanjut berhubung hadis itu dan ia tidak rujuk pun kepada mana-mana pihak, jadi saya tidak pasti bagaimana dakwaan seumpama itu boleh keluar," katanya ketika dihubungi, semalam. Menerusi laman sosial, Facebook, Nor Azli didakwa mengeluarkan fatwa jatuh kafir kepada mereka yang keluar dari parti Islam itu. Kenyataan dimuat naik dalam Facebook itu mendapat reaksi negatif. Nor Azli yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, sepanjang tempoh ini, isu jatuh kafir sekiranya keluar Pas tidak pernah dibangkitkan dalam ceramah melibatkan dirinya. "Tak tahulah kalau ada pihak yang cuba nak fitnah saya, setahu saya mereka yang memuat naik isu itu pun, tidak hadir dalam tazkirah saya semalam (kelmarin)," katanya. Beliau tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat. - sumber Komen al-Husseyn: Mungkin Norazli tidak sebut sebiji: "jatuh kafir kepada mereka yang keluar dari parti Islam itu" Hadis itu membawa maksud: 'Sesiapa yang berpisah atau keluar dari jemaah walau sejengkal, maka sesungguhnya dia telah melepaskan ikatan Islam dari lehernya.' - Melepaskan ikatan Islam dari lehernya itu bermaksud keluar dari Islam atau murtad. Cuma nak tanya Norazli : Jemaah yang dia maksudkan itu jemaah mana kalau bukan jemaah PAS? Tolong katakan, apakah Norazli turut mengiktiraf lain-lain jemaah di Malaysia selain PAS sebagai al-Jamaatul-Muslimin? Sajer nak tanya benda tu saja. Berikut saya perturunkan makna kemestian bersama jamaah (luzum al-jamaah) Kemestian bersama jamaah (luzum al-jama'ah) bermakna beriltizam dengan segala apa yang dihalal dan diharamkan oleh jamaah serta taat kepadanya, iaitu menerima sumber rujukan asasi Islam, meskipun terdapat perbezaan dari sudut mazhab, aliran dan pandangan. Baca Seterusnya DISINI |
You are subscribed to email updates from ZAKRI ALI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |