Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI


Projek 1MDB: TRX hanya ada pagar sahaja – Dr M

Posted: 20 Jun 2015 11:00 PM PDT

 

Projek 1MDB: TRX hanya ada pagar sahaja – Dr M 
Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataan terbaharu hari ini mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menuntut syarikat sarat hutang itu mengemukakan bukti menyokong jawapannya, dan bukan berselindung di sebalik alasan rahsia kerajaan.

Bekas perdana menteri itu menjawab kenyataan 1MDB dua hari lalu yang menafikan beberapa tuduhannya sambil mempersoalkan motifnya dalam membuat dakwaan "yang selalu berubah-ubah".

"1MDB hanya mendakwa kesemua kritikan saya tidak benar. Tetapi tiada bukti diberikan. Selalu jawapannya ialah ia perkara sulit kerajaan," kata Dr Mahathir menerusi blog popularnya www.chedet.cc hari ini.

Beliau menyentuh beberapa perkara termasuk cadangan "tak masuk akal" Terengganu Investment Authority (TIA), syarikat asal sebelum dinamakan semula sebagai 1MDB, menggunakan sumber minyak negeri itu sebagai cagaran pinjaman kerajaan.

"Saya dapat tahu TIA enggan membenarkan hasil masa depan telaga minyak Terengganu dijadikan cagaran selepas bercakap dengan mereka yang terlibat dengan TIA. Kerajaan persekutuan menjadi penjamin pinjaman RM5 bilion itu kerana Terengganu menolak perkara yang tak masuk akal.

"Tidak ada kertas Kabinet dikemukakan mengenai pinjaman RM5 bilion itu. Sila kemukakan kertas itu kepada umum. Dah tentu kamu akan menjawab kertas Kabinet adalah sulit.

"Sekiranya pinjaman bukan di luar bajet, tunjukkan peruntukan tahunan dalam bajet kerajaan bagi memberikan pinjaman itu. Tidak ada," kata Dr Mahathir.

Beliau mencabar 1MDB menunjukkan bukti bertulis mengenai syarat pengeluaran bon sukuk yang disediakan Goldman Sachs atau AmBank, dan sama ada kadar faedah tinggi dikenakan.

Dr Mahathir turut mengkritik pemulangan bon 30-tahun 1MDB, dan berkata syarikat itu akan hanya mendapat "88 sen ke 1 ringgit. Apa yang bagus tentang itu".

Beliau juga mempersoalkan langkah 1MDB membayar lebihan "sekurang-kurangnya RM3 bilion" bagi memperolehi loji janakuasa, dan mahu tahu mengapa ia tidak disenaraikan sekiranya benar ia merupakan aset baik.


"Mengapa apabila Tenaga dan Malakoff dikatakan mahu membeli loji janakuasa 1MDB, saham mereka menjunam?" soal Dr Mahathir.

Beliau menyindir peranan 1MDB sebagai syarikat pembangunan strategik, dengan berkata ia tidak membangunkan apa-apa.

"Malah TRX hanya ada pagar, itu saja", katanya, merujuk projek Tun Razak Exchange di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir merupakan pengkritik paling lantang 1MDB dan Datuk Seri Najib Razak yang mempengurusikan lembaga penasihat firma itu.

http://suarapakatandaily.com/projek-1mdb-trx-hanya-ada-pagar-sahaja-dr-m/

Adun Pakatan Selangor mungkin lompat parti

Posted: 20 Jun 2015 10:15 PM PDT

 



Krisis hubungan Pakatan Rakyat (PR) dijangka bertambah parah apabila timbul ramalan mengatakan berlakunya lompat parti di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) supaya PKR dapat mengekalkan kuasa mentadbir negeri.

Akhbar Sinar Harian memetik penganalisis politik Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, pentadbiran PKR dengan sokongan DAP meletakkan parti itu berada pada majoriti mudah.

Namun, katanya, kedudukan itu tidak selesa kerana majoritinya terlalu kecil.

"Budaya tawar menawar akan berlaku, lebih buruk lagi akan ada yang lompat parti," Samsul dipetik berkata akhbar itu.

Beliau menolak andaian PKR akan membubarkan DUN bagi mengelakkan berlakunya "krisis MB 2.0", merujuk kepada krisis menteri besar kedua selepas Selangor tahun lepas, malah krisis dalaman PAS dan DAP juga tidak akan selesai.

Katanya, membubarkan DUN akan melibatkan kos besar, menyebabkan PKR tiada pilihan kecuali mentadbir dengan kerusi majoriti mudah.

"Walaupun situasi sekarang agak mengelirukan susulan pembubaran PR, namun DUN masih boleh berjalan dengan majoriti mudah," katanya.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali kelmarin menolak dakwaan pihaknya akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menjelaskan kedudukan politik semasa selepas PR diisytiharkan bubar.

Katanya, institusi istana tidak seharusnya diheret dalam pentadbiran kerajaan negeri dan institusi berkenaan sewajarnya dihormati.

"Tidak ada keperluan. Jangan heret istana dalam krisis politik. Kita kena menghormati institusi diraja," kata Azmin. – tmi

Pemuda PKR gesa pemimpin Pakatan hentikan kecaman, segera berunding OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Posted: 20 Jun 2015 09:30 PM PDT

Zack Ahmad's photo.
  Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin (dua dari kanan) bercakap pada sidang media 'Hala Tuju Pemuda PKR dan Masa Depan Pakatan Rakyat' di ibu pejabat Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur, hari ini.

Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin (dua dari kanan) bercakap pada sidang media 'Hala Tuju Pemuda PKR dan Masa Depan Pakatan Rakyat' di ibu pejabat Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur, hari ini.

Pemuda PKR hari ini mendesak semua pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menghentikan perselisihan antara satu sama lain dan segera kembali semula ke meja rundingan.

Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin berkata ini bukan masa untuk menuduh dan menyalahkan mana-mana pihak terutamanya melalui media massa.

Beliau yang menganggap DAP tiada hak mengumumkan PR kini bubar berkata, sebarang langkah tergesa-gesa yang diambil akhirnya akan membunuh pakatan itu.

"Jika kita memilih untuk menghancurkan PR, bermakna kita memilih untuk membunuh aspirasi dan harapan seluruh rakyat Malaysia," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Afif yang juga ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) Pulau Pinang itu menolak pengisytiharan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang PR sudah berakhir.

Beliau bagaimanapun berkata gabungan itu masih wujud selagi diterima rakyat dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, PR bukan hak individu dan menggesa pemimpin tertinggi bersikap matang dan sedar akan harapan rakyat yang semakin terbeban dengan krisis ekonomi dan kepincangan pentadbiran Umno-Barisan Nasional (BN).

"Polisi dan dasar masih sama, yang boleh isytihar PR mati ialah rakyat dalam pilihan raya akan datang. Kalau rakyat tidak pilih kita dalam pilihan raya akan datang, maknanya kita mati," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya itu turut menolak cadangan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua menubuhkan kerajaan gabungan bagi mengelakkan pembubaran DUN Selangor.

"Cadangan itu saya tidak nampak. Kalau hendak bergabung dengan Umno itu mustahil. Di Selangor, agenda PR sebagai asas pentadbiran perlu diteruskan," katanya.

Mengenai cadangan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang ingin menyertai PR, beliau enggan mengulas lanjut namun menyifatkan hubungan PR dengan badan bukan kerajaan (NGO) itu setakat ini baik.

Lim dalam kenyataan pada Selasa lalu mengisytiharkan PR sudah tidak lagi wujud ekoran muktamar tahunan PAS awal bulan ini yang menerima tanpa bahas usul Dewan Ulama memutuskan hubungan dengan DAP.

Ia disusuli keesokannya dengan kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang kesal dengan tindakan DAP dan PAS yang dianggapnya tergesa-gesa.

Namun Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika di Marang semalam menegaskan PR masih belum berkubur dan DAP tidak berhak membuat pengisytiharan sedemikian.



The Malaysia Insider.

UMNO bantu geng ulama PAS menang...

Posted: 20 Jun 2015 09:00 PM PDT

 
Zack Ahmad's photo.

Kemenangan kumpulan ulama koservatif dalam barisan kepimpinan PAS dipengaruhi Umno, kata bekas timbalan presiden parti itu, Mohamad Sabu. 

"Semua agensi media pro-Umno seperti Utusan Malaysia, TV3 dan Bernama memberi keutamaan laporan kepada golongan ulama menjelang pemilihan parti," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di Butterworth. 

Kata Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu, media Umno bertungkus lumus berkempen untuk kepimpinan barisan baru (ulama), manakala kumpulan profesional atau yang pro-Pakatan Rakyat tidak diendahkan. 

"Ini jelas menunjukkan pusat strategi Umno terlibat secara aktif dalam pemilihan PAS," ujarnya. 

Mohamad adalah seorang daripada 'korban' kumpulan ulama konservatif yang menguasai semua peringkat kepimpinan parti itu selepas PAS mengadakan muktamarnya dua minggu lalu. 

Turut senasib dengan Mohamad ialah Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, Khalid Samad (Shah Alam) dan Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar). 

Meraka adalah antara pemimpin yang menggerakkan perjuangan PAS sejak 2008 tetapi ditenggelamkan oleh kumpulan ulama konservatif di Kuala Selangor awal bulan ini. 

"Ini adalah barisan pemimpin yang aktif, terkenal dan sering dijemput untuk menghadiri ceramah, forum, malah menghadiri majlis dialog gereja, yang dianjurkan oleh orang bukan Islam atau Pakatan," katanya.- 


Malaysiakini.
21 June 2015 UMNO bantu geng ulama PAS menang... Kemenangan kumpulan ulama koservatif dalam barisan kepimpinan PAS dipengaruhi Umno, kata bekas timbalan presiden parti itu, Mohamad Sabu. "Semua agensi media pro-Umno seperti Utusan Malaysia, TV3 dan Bernama memberi keutamaan laporan kepada golongan ulama menjelang pemilihan parti," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di Butterworth. Kata Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu, media Umno bertungkus lumus berkempen untuk kepimpinan barisan baru (ulama), manakala kumpulan profesional atau yang pro-Pakatan Rakyat tidak diendahkan. "Ini jelas menunjukkan pusat strategi Umno terlibat secara aktif dalam pemilihan PAS," ujarnya. Mohamad adalah seorang daripada 'korban' kumpulan ulama konservatif yang menguasai semua peringkat kepimpinan parti itu selepas PAS mengadakan muktamarnya dua minggu lalu. Turut senasib dengan Mohamad ialah Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, Khalid Samad (Shah Alam) dan Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar). Meraka adalah antara pemimpin yang menggerakkan perjuangan PAS sejak 2008 tetapi ditenggelamkan oleh kumpulan ulama konservatif di Kuala Selangor awal bulan ini. "Ini adalah barisan pemimpin yang aktif, terkenal dan sering dijemput untuk menghadiri ceramah, forum, malah menghadiri majlis dialog gereja, yang dianjurkan oleh orang bukan Islam atau Pakatan," katanya.- mk UMNO helped ulama win PAS polls... Two weeks after the ulama faction seized power in PAS, a truly disappointed Mohamad Sabu alleged that Umno had a hand in the outcome of the party's internal polls. "All agencies related to Umno like Utusan Malaysia, TV3 and Bernama gave prominence to the ulama faction in the run-up to the party elections," said Mohamad, affectionately known as Mat Sabu, in an interview with Malaysiakini in Butterworth. "They campaigned relentlessly for the new leadership line-up, while the professionals or pro-Pakatan Rakyat leaders like me were ignored," he added. "This clearly shows that Umno's strategy centre was actively involved in the PAS party polls," he asserted. Those who were ignored included MPs Hanipa Maidin (Sepang), Khalid Samad (Shah Alam) and Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar), he said. Together with Mat Sabu, these leaders, who had become the face of PAS since 2008, were wiped out by the more conservative and hardline ulama at the party's 61st muktamar in Selangor earlier this month. "These were active and well-known leaders who were often invited to attend ceramahs, forums, to events in churches, organised by non-Muslims or Pakatan," he added. Punished at polls Mat Sabu said the plan by Umno was to show that those who were pro-Pakatan were against president Abdul Hadi Awang, and should be punished at the polls. He denied this was the case as the professionals or those aligned to Pakatan like himself merely had differences of opinion with Hadi, and were not out to unseat him. Matters became worse when the delegates at the party's muktamar were given a list or 'chai' which contained the names of the ulama faction for them to vote, he said. "Even the top leadership held the list, this is something really strange and abnormal for a party like PAS," he said. "Such trends, including Umno's involvement in the party's polls will have an impact on the future of the party as they seem to be endorsed by the top leadership," he said. Asked if he meant Hadi (photo) when he was referring to "top leadership", Mat Sabu said "it is up to you to interpret". Mat Sabu went on to explain why Umno was so interested in the internal polls of PAS this time. He said Umno, which is supposed to be arch-rivals with PAS as both parties are competing for the Malay heartland, wants a "very weak rival". "Our loss in the party's polls will give BN and Umno a new lease of life, as PAS will no longer be able to garner votes from non-Muslims or pro-Pakatan supporters in the coming national polls," he added. "If Umno has tried to weaken PAS, they are absolutely on the right track and are successful. "They are most successful in using the hudud law to help the ulama faction win in the elections, as all those who glamourise hudud won. Here, we can see how successful Umno has been in its strategy to weaken PAS". Ties severed Hadi's insistence on tabling a private members bill on hudud in Parliament had led to DAP severing ties with him. This resulted in PAS delegates at the muktamar endorsing a proposal by the Dewan Ulama to cut ties with DAP, without debate. However, until now, Hadi's private members bill on hudud has yet to see the light of day in Parliament, although it was tabled twice, the first time in September. Mat Sabu said he was appalled at the many times PAS was tricked by Umno, yet its leaders have yet to learn a lesson. "In Islam, it is said, don't be bitten twice by the same snake, but we allowed ourselves to be bitten again and again, this is what breaks my heart" he lamented. Mat Sabu said he was also baffled how Hadi could express his support for Prime Minister and Umno president Najib Abdul Razak (photo) at the height of the 1MDB financial scandal. Hadi had then said Najib should be allowed to continue as PM as he was elected by the people although they were calls for him to resign, especially by former premier Dr Mahathir Mohamad. "How can we give such politicians a new lease of life again and again. I really don't understand," he said, expressing total disagreement over the possibility of PAS joining hands with Umno in future. S'gor Pakatan salvageable On the Pakatan imbroglio in Selangor, Mat Sabu said that perhaps, the Pakatan government may yet be salvaged, echoing the remark by Menteri Besar Azmin Ali. Azmin's view differs from DAP's secretary-general Lim Guan Eng and PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail (photo) that Pakatan is "dead". In Penang, Lim, who is chief minister, has declared that the Pakatan state government is no more, replaced by "Penang government", which will administer the state according to the 2013 manifesto. While DAP has several proposals for Selangor, Azmin has yet to work out a proper solution for his government. "They will be safe, either as a unity government of even if there was a dissolution of the state assembly and fresh elections, as the people of Selangor do not want an Umno government," Mat Sabu said. But how can DAP work with PAS in Selangor when they are at loggerheads? Mat Sabu merely said with a smile, "They can just cohabit". - mk Did 1MDB funds help BN steal GE13... Electoral reform group Bersih today expressed shock over a Wall Street Journal (WSJ) report claiming that 1MDB's funds was used for election campaigning through intermediaries. "The WSJ report comes as a revolting truth of how the 13th general election was stolen from the people of Malaysia," its steering committee said in a statement today. Bersih said the WSJ report implied that 1MDB may have been used as a government-controlled election slush fund for Umno. "This is totally outrageous and an abuse of power because brazen dirty tactics have been used to manipulate voters' trust. "It also raised the issue of whether this is just the tip of the iceberg. Are there any other government-controlled money used in similar manner?" it said. Bersih also lay blame on the Election Commission (EC), stating that it had failed to bring necessary reforms to rein in "unfettered abuse and corruption". "Prime Minister Najib Razak must refute this report or resign, otherwise he loses his legitimacy to stay in power. "We also call upon Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to investigate into the WSJ report, as well as the prime minister and all those involved including top executives from the Genting Berhad Group involved in the allegations. Yesterday, WSJ claimed that 1MDB's funds were used to bankroll the general election by having the Finance Ministry-owned company to make an overpriced purchase of power assets from a subsidiary of Genting Group in 2012. Genting then made a donation to a charity foundation Yayasan Rakyat 1Malaysia by Najib, said the report. WSJ said the "donations" to Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) were then poured into the election campaign in Penang for BN's bid to recapture the state. Malaysiakini has contacted the Prime Minister' Office, YR1M, Genting Group and 1MDB and is awaiting their response.- mk Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Orang Perak: MB anda dan kroni bolot projek berbilion ringgit..... suarakami

Posted: 20 Jun 2015 08:30 PM PDT

 
Mengapa projek berbilion ringgit untuk membina penjana kuasa hidro mini yang telah dianugerahkan kerajaan negeri Perak kepada seorang ketua bahagian Umno.
 
Kerajaan negeri Perak pada tahun 2012 telah menandatangani perjanjian air dengan Perak Hydro Renewable Energy Corporation (PHREC).
PHREC dimiliki oleh dua buah syarikat iaitu MB Incorporated (40%) dan Pusaka Hijau Sdn Bhd (60%). Pengarah eksekutif PHREC pula seorang ketua bahagian Umno di Perak.
PHREC kemudian diambilalih oleh Gunung Capital BHd melalui pembelian 85% saham Pusaka Hijau pada Ogos 2013.
Pengerusi eksekutifnya merupakan seorang lagi ketua bahagian Umno di Perak.
Bina 25 penjana kuasa
Perjanjian tersebut membenarkan PHREC untuk membina 25 penjana kuasa hidro mini yang berkapasiti 176 MW dalam tempoh 21 tahun.
Satu lagi perjanjian yang ditandatangani di antara kerajaan negeri dan PHREC pada 29 April 2013 menyaksikan enam lagi penjana kuasa hidro mini berkapasiti 116 MW dianugerahkan kepada PHREC.
"Berdasarkan kiraan kasar, perbelanjaan kapital setiap megawatt adalah RM10 juta. Maka 31 projek ini bernilai kira-kira RM2.92 bilion,".
bagaimanapun tidak dapat dipastikan adakah projek ini diperoleh secara rundingan terus atau tender terbuka.
Pengerusi eksekutif Pusaka Hijau yang kini menguasai PHREC merupakan "pengambil projek kerajaan profesional".
"Beliau telah mendapat rezeki lumayan daripada pelbagai projek kerajaan, baik kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat,".
Syarikat-syarikat milik pengerusi eksekutif Pusaka Hijau itu juga telah mendapat pelbagai kontrak yang bernilai ratusan juta ringgit.
Ini berdasarkan pendedahan yang telah dilaporkan sejak tahun 2008 yang melibatkan syarikat-syarikat tersebut.
Melalui kontrak-kontrak yang kebanyakannya diperoleh melalui rundingan terus. Adalah disyaki bahawa ini merupakan satu modus operandi baru.
Walaupun nama beliau tidak akan terlihat apabila kontrak dianugerahkan, tetapi projek akhirnya sampai ke tangan orang yang sama.
Kerajaan negeri Perak perlu memberikan penjelasan yang sewajarnya mengenai isu yang dipersoalkan.

Jangan Buang Biji Kurma Selepas Makan, Ketahui Khasiat Hebat Biji Buah Kegemaran Rasulullah Ini Kita Bantai

Posted: 20 Jun 2015 08:00 PM PDT


Hari ini 19 June 2015 bersamaan 2 Ramadan 1436 H merupakan hari kedua umat Islam menunaikan ibadah puasa di mana kita masih ada lagi 28 hari untuk mencapai hari kemenangan melawan godaan nafsu dan syaitan.

Bulan Ramadan adalah penghulu segala bulan di mana bulan suci ini Allah menjanjikan pelbagai ganjaran yang hebat kepada hambaNya jika melakukan ibadat dan berbuat kebaikan.

Ramadan pasti secara ironinya kita umat Islam tidak dapat dipisahkan dengan tamar atau pun kurma. Buah kegemaran Rasulullah ini pasti terjual di mana-mana sahaja pada bulan Ramadan terutamanya pasaraya dan bazar Ramadan.

Buah hebat ini mempunyai pelbagai khasiat kepada manusia seperti memberi tenaga segara kepada kita, Kaya dengan serat dan potassium, menajamkan ingatan, penawar racun, mengubati penyakit us mahupun sembelit dan pelbagai lagi jika kita kerap mengamalkan pemakanan buah ini.


Tetapi tahukah anda bukan isi buah ini saja mempunyai khasiat hebat malahan bijinya juga mempunyai khasiat yang hebat.

Bagaimana hendak memakan biji kurma ini untuk mendapatkan khasiatnya?

Pasti anda pernah dengar kopi biji kurma? tidak susah kerana kopi biji kurma ini ada boleh lakukan sendiri di rumah kerana prosesnya begitu mudah. ikuti cara-cara ini:


1. Basuh biji kurma tersebut dan toskan.

2. Ratakan di dalam dulang kemudian jemur seharian di bawah cahaya matahari.

3. Kemudian bila sudah kering, goreng biji kurma tersebut dalam kuali tanpa minyak. Goreng sehingga hangus dan mengeluarkan aroma seperti kopi.

4. Tumbuk atau blender biji kurma berkenaan dan terhasillah serbuk kopi yang sedia dibancuh untuk di minum.

Antara kebaikan dan khasiat kopi biji kurma:

1. Memberi tenaga segera

2. Memulihkan tenaga Syahwat

3. Menyembuhkan kencing manis

4. memberi tenaga kepada lelaki dan wanita

5. Menghilangkan letih dan lesu

6. Menghangatkan badan

7. Mengendorkan saraf yang tegang

8. Menyembuhkan kanser, keputihan, gatal-gatal dan masuk angin

9. Menyembuhkan sakit perut

10. menyegarkan badan/tidak mengantuk

11. Menyembuhkan darah tinggi, kolesterol, strok dan goutt

12. Menyembuhkan sakit kepala/ migrain

13. Melancarkan peredaran darah


Berikut adalah komposisi kimia dan nutrisi dalam biji kurma:
Kelembaban
7.17 – 9 %

Protein
1.82 – 5.2 %

Lemak
6.8 – 9.32 %

Karbohdrat
65.5%

Serat
6.4 – 13.6 %

Abu, Sterol & Estrone
0.89 -1.57 %

Polisakarida Larut Alkali
0.89 – 1.57 %

Minyak Kuning-hijau
6 – 8%

Kandungan Asid Lemak Minyak Kuning-hijau
Lauric, 8%; myrictic, 4%; palmitic, 25%;
Stearic, 10%;oleic, 45%;

Linoleic, 10%; juga terdapat kandungan asid kaprilik & kaprik.
Asid Oksalat
Julat sehingga 56%

Selain itu kopi biji kurma ini bukan sahaja untuk diminum, serbuk biji kurma ini boleh dijadikan scrub untuk melembutkan kulit. Campurkan serbuk kopi biji kurma ini dengan madu sebelum sapukan.

Jika mengalami masalah kulit kepala yang teruk atau rambut gugur, ambil serbuk kopi biji kurma ini campurkan dengan minyak zaitun, amalkan setiap hari sebelum tidur. InsyaAllah hasil yang menakjubkan akan anda perolehi.

Nampaknya begitu banyak khasiat biji kurma ini. SK sendiri pun selama ini tidak tahu akan kehebatan biji kurma ini.

Jadi Sahabat-sahabat Sk semua bolehlah cuba membuat kopi ini sendiri kerana tidak rugi malahan berbaloi dengan khasiat yang bakal kita perolehi. sumber

Masih "MENARUH HARAPAN?"

Posted: 20 Jun 2015 07:30 PM PDT

Hudud: Pas beri Umno masa tunai janji

Hudud: Pas beri Umno masa tunai janjiKOTA BHARU – Pas Kelantan memberi peluang kepada Kerajaan Persekutuan sehingga akhir tahun ini untuk menunaikan janjinya bagi membenarkan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian berkaitan pelaksanaan hudud di Kelantan dibentangkan di Parlimen.

Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, jika ia tidak berlaku, kekecewaan tersebut bukan sahaja dirasai penyokong Pas, namun ia memberi kesan kepada semua pihak yang menyokong pelaksanaan hukum Islam itu.

"Kita tunggulah Oktober nanti untuk sesi Parlimen seterusnya. Kita beri peluang kepada Umno untuk menunaikan janjinya sehingga hujung tahun ini. Jika tidak, kita akan perang habis-habisan," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas RUU Persendirian berkaitan pelaksanaan hudud di Kelantan tidak akan dapat dibahaskan selagi agenda dan urusan kerajaan tidak selesai, sebagaimana yang dinyatakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Mohd Amar berkata, Pas Kelantan menghormati dan bersikap adil dalam melihat perkara tersebut melalui banyak skop memandangkan dalam suasana kini, banyak perkara lain yang mungkin perlu mendapat pertimbangan sama.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar turut memberitahu, oleh sebab yang munasabah pihaknya masih memberi peluang kepada kerajaan pusat selesaikan dahulu segala keperluan kerajaan sebagaimana yang ternyata iaitu usul persendirian tidak boleh dibahaskan selagi agenda kerajaan di bawah peraturan mesyuarat tidak diselesaikan.

"Selepas ini (sesi Parlimen Oktober) kita ada sebulan lebih, masa itu panjang dan Insya-ALLAH masa itu kita harap Umno akan menunaikan janji mereka," katanya. - SH

'Ustaz muda' pengaruh Hadi jadi tertutup

Posted: 20 Jun 2015 07:00 PM PDT

 
  'Ustaz muda' pengaruh Hadi jadi tertutupKemasukan kumpulan ustaz muda ke dalam PAS mengubah sikap Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi lebih tertutup kata anak lelaki bekas presiden PAS Muhammad Faiz Fadzil.

Kata Faiz, golongan tersebut menyertai dan aktif dalam PAS selepas wujud kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang.

Mereka, katanya, kemudian memencilkan perjuangan Islam PAS hanya kepada isu hudud sahaja.

"Kebiasaannya mereka memegang jawatan dalam PAS dan mula menyingkir golongan profesional dengan melancarkan pelbagai isu, seperti menolak DAP dan pada masa sama, mengabaikan slogan PAS for All(PAS untuk semua).

"Golongan ini melihat islam terhad kepada hudud saja semata-mata dan manu pecahkan pakatan rakyat," katanya di forum anjuran Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan semalam.

Forum itu turut dihadiri Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Low Chee Chong dan penganalisis Lim Hong Siang.

Faiz berkata beliau melihat perubahan strategi politik Abdul Hadi yang dulu terbuka kini tertutup ekoran pengaruh gelombang ustaz muda dalam PAS.

Faiz Fadzil berkata demikian sebagai menjawab soalan diajukan Timbalan Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan Lau Chee Boon.

Panggil Abdul Hadi berdialog



Kata Lau, pihaknya pernah berdialog dengan Abdul Hadi sebelum pilihan raya umum 2013 dan Abdul Hadi kelihatan berfikiran terbuka ketika itu.

"Mengapakah pendirian Abdul Hadi boleh bertukar begitu cepat? Sebelum 505 (tarikh pilihan raya umum ke-13), dia memang berfikiran terbuka. Dia kata PAS mempertegaskan perjuangan negara berkebajikan.

"Saya sangat hairan, selepas pilihan raya, dia tukar begitu cepat. Dia berdegil nak melaksanakan hudud," katanya.

Faiz berkata Abdul Hadi perlu diajak berdialog bagi mendapatkan penjelasan mengenai perubahan sikap berkenaan.

"Kita kena panggil Abdul Hadi berdialog lagi untuk tanya, sebab saya pun mahu tanya dia," kata Faiz.

Sementara itu Teo  berpendapat sikap Abdul Hadi bertukar berikutan pergolakan dalaman UMNO.

"Semasa video (Timbalan Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin tersebar, saya tahu inilah sebab mengapa Hadi Awang bertukar sikap.

"Jika orang nombor dua ini membawa sebilangan ahli keluar dari UMNO, mereka yang pro-UMNO atau prokerajaan perpaduan mungkin dapat mengisi jawatan kosong tersebut," dakwa Teo.

Video dimaksudkan Teo adalah rakaman ucapan tertutup Muhyiddin mengenai isu 1MDB dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. - M'kini

Pemikiran pemimpin PAS bahaya kepada parti, negara, kata Mat Sabu

Posted: 20 Jun 2015 06:30 PM PDT

 
Pemikiran pemimpin PAS bahaya kepada parti, negara, kata Mat SabuDalam bahagian terakhir temu bual kami dengan Mohamad Sabu, seorang pemimpin PAS popular, beliau memberitahu The Malaysian Insider mengenai kebimbangannya terhadap pemikiran pemimpin dalam parti Islam itu, dan memberi amaran ia boleh membahayakan negara.

PAS kini mula mengikut trend "bahaya" di mana fokus diberikan kepada menghukum mereka yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Islamik, kata Mohamad Sabu, salah seorang pemimpin "progresif" dalam parti itu yang digulingkan.

Bekas timbalan presiden parti popular itu dikenali sebagai Mat Sabu, yang kalah dalam pemilihan baru-baru ini berkata, kecenderungan itu dalam amalan Islam hari ini bermula di Timur Tengah, dan PAS menyertai gerakan "takfiri" itu (umat Islam menuduh saudara Islam lain murtad) ketika berdepan dengan mereka yang tidak bersetuju dengan mereka.

"Kamu tidak bersetuju dengan kami, maka kamu tidak bersama kami. Kamu kafir, liberal, munafik.
"Ini berlaku di Syria, Iraq, Mesir, Somalia, Algeria dan Pakistan. Ia sangat bahaya dan pelajar yang melanjutkan pelajaran di Timur Tengah, membawanya pulang bersama mereka," katanya ketika ditemu bual The Malaysian Insider.

Mat Sabu turut memberi gambaran kesan lebih besar kepada Malaysia jika cara pemikiran seumpama itu berterusan.

"Apa yang sedang berlaku berbahaya kepada parti dan pada masa depan, ia juga akan membahayakan negara.

"Persaingan di Timur Tengah mungkin akan ambil masa lebih panjang daripada 20 atau 30 tahun untuk berakhir. Di Malaysia, ia belum bermula lagi, tetapi benihnya sudah mula ditanam dan kuntumnya tidak lama lagi akan berbunga," katanya.

Kesannya ialah beberapa pemimpin dan ahli PAS jadi lebih fokus terhadap sama ada seseorang itu berada di pihak mereka atau tidak, bukannya bergantung pada rekod kecemerlangan seseorang dalam berkhidmat kepada parti, katanya.

Merujuk kisahnya sendiri, Mat Sabu berkata, tidak kisahlah jika beliau pernah dipenjarakan 2 kali mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri, dan keluar masuk balai polis mempertahankan perjuangan PAS dan isu berkaitan rakyat Malaysia.

"Apa yang mereka bincang hanyalah sama ada Abang Mat berada di pihak mereka atau tidak. Mereka tidak peduli selama ini kamu berpenat lelah untuk parti dan hanya balik rumah beberapa hari saja dalam sebulan.

"Mereka lihat Hanipa dan label dia liberal dan kata dia mesti ditolak. Tidak peduli berapa hebat dia berbahas di Dewan Rakyat atau mahkamah, mempertahankan rakyat. 

Kerjanya tidak ada nilai kerana dia dilabel liberal," katanya merujuk kepada peguam Mohamed Hanipa Maidin, yang turut gagal mempertahankan jawatannya dalam Jawatankuasa PAS Pusat.

"Inilah aliran pemikiran dunia Islam hari ini... dan PAS pun sedang berdepan penyakit ini," kata Mat Sabu.

Beliau dan Hanipa adalah antara bekas pemimpin parti yang dikatakan progresif kerana pendirian mereka yang lebih terbuka terhadap bukan Islam dan mereka percaya perjanjian persefahaman di bawah Pakatan Rakyat (PR) yang kini tidak berfungsi lagi, sepatutnya dihormati.

Mereka juga bersifat kritis terhadap kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan beliau sering mengingkari keputusan sebulat suara yang dibuat kepimpinan PR berhubung beberapa isu.


Mat Sabu, ahli PAS selama 37 tahun dan pernah menjadi ahli Parlimen selama 3 penggal di bawah tiket parti itu berkata, patah hatinya melihat PAS berubah hala tuju, walaupun beliau tidak berkata akan keluar parti.

"Sudah tentu saya kecewa. Ini parti saya, darah daging saya... terlalu banyak yang diusahakan untuk parti. Bukan mudah untuk meninggalkan parti, walaupun ini satu keadaan yang ganjil," katanya.

Pengakhiran PR bermula dengan usul yang diterima dalam muktamar tahunan PAS awal bulan ini, yang hasilnya memutuskan hubungan dengan DAP, pihak yang bertelingkah dengan Hadi dan beberapa pemimpin konservatif lain.

Kini ada kemungkinan pemimpin progresif PAS yang digulingkan membentuk parti mereka sendiri, tetapi Mat Sabu berkata masih terlalu awal untuk bercakap lebih banyak mengenai idea itu.

"Kita perlu berbincang lagi sama ada kita akan perlukan parti baharu atau kita boleh cari cara untuk memulihkan ahli PAS... baik pulih semuanya.

"Walau apa pun, parti itu perlu berasaskan Islam kerana hanya dengan itu kita boleh menarik umat Islam untuk menyokongnya," katanya, sambil menambah, parti dengan asas Islam tidak akan ditolak bukan Islam.

Ini kerana PAS berjaya menawan sokongan bukan Islam dengan slogan "PAS untuk semua" yang digunakan pada pilihan raya umum 2013. Konsep negara berkebajikan juga menerima sokongan daripada bukan Islam, kata Mohamad.

"PAS diterima masyarakat Cina. Kita pernah nampak orang Cina pakai kemeja T dengan logo PAS pada masa itu.

"Islam bukan masalah. Masalahnya ialah cara pemikiran pemimpin (PAS)," katanya.
Jika satu parti baharu dibentuk barisan pemimpin sepertinya yang tersingkir daripada kepimpinan PAS, Mat Sabu berkata ia akan meneruskan cita-cita yang kini diabaikan parti Islam itu.

Cita-cita itu ialah untuk memperjuangkan nilai seperti keharmonian pelbagai bangsa, tadbir urus yang baik dan kerajaan yang bersih.

"Lihat ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Mereka yang bercakap mengenai rasuah, tadbir urus kerajaan yang baik dan nilai adalah orang seperti (Ahli Parlimen Parit Buntar) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, (Ahli Parlimen Shah Alam) Khalid Samad, (Ahli Parlimen Sepang) Hanipa dan beberapa lagi yang seperti mereka," katanya.

Semua nama disebutkan itu turut kalah dalam pemilihan parti.

"Tadbir urus kerajaan yang baik, memerangi rasuah, menepati masa, memastikan bandar kita bersih, semua itu Islamik. Tetapi mereka yang kononnya ulama kelihatan lemah dalam mengendalikan perkara seumpama itu.

"Nilai dan amalan itu bukan keutamaan pemimpin PAS sekarang. Semua itu menggambarkan cara pemikiran mereka," katanya. –TMI

Penganalisis: Azmin mungkin lakukan rombakan Exco

Posted: 20 Jun 2015 06:00 PM PDT

 
Penganalisis: Azmin mungkin lakukan rombakan ExcoSHAH ALAM – Penganalisis politik, Prof Madya Dr Ismail Sualman menjangka tidak berlaku pembubaran Dun di Selangor, sebaliknya hanya rombakan Exco di bawah pentadbiran Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Katanya, pembubaran Dun adalah sesuatu yang dielakkan oleh Azmin kerana beliau baharu sahaja memegang kuasa dan mentadbir Selangor.

Menurutnya, rombakan Exco mungkin akan berlaku kerana Pas telah memutuskan hubungan dengan DAP.

"Sepatutnya Pas di Selangor mengundurkan diri dan tidak lagi memegang mana-mana jawatan dalam Exco negeri Selangor.

"Mereka harus sedar diri dan berpolitik lebih matang dengan mengotakan kata-kata dalam muktamar yang lalu," katanya .

Tambahnya, beliau yakin Azmin akan menukarkan beberapa jawatan Exco yang disandang oleh Pas untuk digantikan dengan Adun daripada PKR dan DAP.

Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani juga berpendapat, tidak perlu bubarkan Dun tetapi Azmin perlu menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk meyakinkan baginda bahawa beliau mempunyai sokongan yang cukup untuk terus mentadbir Selangor. - SH

USTAZ HJ AHMAD AWANG AKAN SAMAN FITNAH HADI

Posted: 20 Jun 2015 05:30 PM PDT




Calon presiden PAS yang tewas, Ahmad Awang, sedang mengkaji tindakan undang-undang ke atas pihak yang memfitnah beliau sepanjang kempen pemilihan baru-baru ini, termasuk presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, beliau tidak kesal kecundang dalam pemilihan itu kerana ia adat pertandingan namun fitnah yang dilemparkan kepadanya dan pihak lain menyebabkan perpecahan besar berlaku dalam PAS.

"Saya sedang kaji tindakan itu (saman), termasuk presiden yang menuduh saya sebagai calon DAP," kata Ahmad kepada The Malaysian Insider.

"Ini (fitnah) saya tidak boleh terima dan saya akan bersihkan nama baik saya," katanya yang tewas dalam pemilihan itu awal bulan ini apabila hanya mendapat kira-kira 25% sahaja dari keseluruhan jumlah undi.

Menjelang pemilihan pada muktamar tahunan ke-61 parti itu di Kuala Selangor, Hadi dalam satu kenyataannya yang disebarkan melalui video mendakwa, pertandingan itu antara calon pilihan DAP dan calon pilihan PAS.

"Boleh pilihlah antara yang DAP hendak atau yang kita (PAS) hendak," katanya dalam rakaman video yang disebarkan secara meluas melalui media sosial khasnya di kalangan perwakilan muktamar itu.

Semasa pemilihan pula, 'cai' atau senarai calon kumpulan pro beliau disebarkan di kalangan perwakilan yang sedang berbaris untuk mengundi.

Dalam pemilihan itu, kumpulan pro-Hadi menyapu bersih jawatan dalam PAS Pusat, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat manakala calon Dewan Ulama dimenangi tanpa bertanding.

Hanya Mazlan Aliman, calon yang tidak tersenarai dalam cai pro-Hadi itu, memenangi jawatan ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, namun meletakkan jawatan kira-kira seminggu selepas itu.

Selain Ahmad, bekas bendahari dan juga pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi juga turut mengkaji mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang membuat fitnah terhadapnya.

Asmuni, seorang peguam dan pernah mewakili Hadi dalam kes saman RM2 juta oleh bekas calon PKR Bukit Besi menyatakan perkara ini melalui satu posting dalam Facebook beliau sebaik sahaja selesai muktamar PAS tersebut. – tmi



PR Baru Akan Dihidupkan Semula Dengan Pilihan Bersama Atau Tanpa Penyertaan Pas - oleh: shahbudin.com

Posted: 20 Jun 2015 04:45 PM PDT

Dua tiga hari lalu politik negara agak gempar dengan berita seolah-olah Pakatan Rakyat tidak wujud lagi. Sudah ada juga yang mula bertepuk tangan dan mengeluarkan kenyataan "lebih lajak dari laju" dengan mengatakan Kerajaan Selangor akan bertukar tangan, Exconya perlu segera meletakkan jawatan, kemungkinan pilihanraya negeri dan sebagainya lagi.

Ia berikutan tindakan DAP mengatakan keputusan Pas memutuskan hubungan dengan parti itu dalam muktamarnya adalah makna yang jelas bahawa tidak wujud lagi pakatan pembangkang yang ditubuhkah sejak 2008 lalu itu dikatakan tidak saja memberi kesan di Pulau Pinang tetapi juga di Selangor.

Bagaimanapun Pas mengatakan PR masih wujud kerana tiada sesiapa yang keluar daripada gabungan itu, melainkan hanya wujud masalah antara Pas dengan DAP sahaja. Sama seperti DAP yang tidak mengumumkan ia keluar daripada PR meskipun menyatakan gabungan itu tidak wujud lagi, Pas  juga bertegas mahu terus kekal bersama gabungan itu.

Dalam keputusan selepas mesyuarat Biro Politiknya pula, walaupun PKR mengakui secara formal gabungan itu sudah mati tetapi menggambarkannya kerjasama yang wujud selepas ini sebagai perkahwinan poligami yang sudah bercerai, namun kekal sebagai kawan.

Dalam masa yang sama, ketiga-tiga parti juga komited untuk mengekalkan kerajaan pembangkang di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Dengan ini ribut-ribut dalam PR ini hanyalah umpama air berkocak dalam cawan saja. Ia barangkali sekadar "latihan" untuk saling memperbaiki diri, memperbetul kesilapan dan mencari cermin untuk saling melihat diri sendiri. Mungkin juga sekadar usikan atau "geli-geli" untuk UMNO, BN dan Najib yang sedang menghadapi tekanan daripada banyak penjuru ketika ini.

Sejak ketiadaan Anwar yang kini merengkok di penjara, hubungan Pas dengan DAP diakui tidak lagi seharmoni dulu. Pas tidak saja bermasalah dengan  DAP, tetapi juga bermasam muka dengan kelompok profesional dalam partinya sendiri.

Seolah-olah perjuangan Islam itu hanya milik kumpulan ulama dan kunci pintu syurga juga dipegang oleh mereka, Muktamar Pas baru-baru ini tidak saja menyaksikan ketetapan Dewan Ulama diterima tanpa bahas untuk memutuskan hubungan dengan DAP, bahkan kumpulan profesional, progresif dan bukan ulama juga disingkirkan terus daripada kepimpinan parti itu.

Selepas berakhir muktamar pula, tindakan membawa haluan masing-masing antara kumpulan profesional dengan ulama ini berterusan lagi dengan kedua-dua pihak saling menghimpun sokongan serta berbalas kenyataan di media.

Pemimpin kelompok profesional  berterusan mendesak Pas keluar daripada PR kerana mendakwa itulah maksud daripada tindakan memutuskan hubungan dengan DAP dalam muktamarnya. Mereka juga diminta segera meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang sebagaimana contoh teladan yang telah ditunjukkan oleh Mohamad Sabu, Mujahid Yusof Rawa dan beberapa yang lain.

Lebih malang, jika dulu ungkapan kafir, taghut, munafik dan sebagainya menjadi senjata serangan oleh kumpulan pro ulama, kini lutut dan siku pula dijadikan alat seolah-olah Islam itu suka benar berlawan dan berperang.

Kadang-kadang terfikir, inikah rupa bentuk keindahan dan kelembutan Islam yang mahu ditunjukkan kepada pihak lawan dan juga kepada bukan Islam?

Dari segi DAP pula, walaupun jelas mereka tidak ingin lagi bersama dengan Pas tetapi ini juga ruang untuk mengendurkan ego dan lebih bertolak ansur dengan rakan seperjuangan.

Tetapi daripada apa yang berlaku, jelas bahawa mereka masih mahu PR itu terus wujud. PR  akan lebih selamat dan kukuh dengan menubuhkan entiti baru yang turut disertai oleh sebuah parti baru yang bakal ditubuhkan oleh kumpulan profesional daripada Pas.

Dalam hal ini, kumpulan profesional Pas yang disingkirkan secara pembersihan etnik baru-baru ini yang diketuai oleh Mohamad Sabu dan disertai beberapa tokoh lain, harus segera tampil dengan parti baru berwajah Islam progresif dan moden yang boleh diterima rakyat.

Mereka harus tampil bukan saja dengan perjuangan di masjid, surau atau berkaitan hukum dan keinginan menegakkan undang-undang Islam tetapi juga mampu menjadi juara dalam isu-isu rakyat seperti rasuah, pembaziran, penyonglapan wang negara sehinggalah kepada longkang tersumbat sekali pun.

Pas yang kini sepenuhnya dikuasai kumpulan agama dan pro ulama pula harus menentukan hala tuju mereka. Hubungan dengan kumpulan profesional barangkali sukar dipulihkan tetapi kepimpinan baru ini wajar menilai sama ada mereka mahu terus melakukan perubahan bersama PR atau sebaliknya. Berilah peluang kepada kumpulan profesional ini berjuang melalui wadah baru pula.

Ini bermakna, kiranya kesepakatan baru dapat dijelmakan, PR baru nanti akan dianggotai oleh PKR, DAP, Pas dan sebuah parti yang mungkin dipimpin oleh Mohamad Sabu tadi.

PR baru yang dianggotai oleh empat parti adalah lebih baik berbanding tiga parti yang ada sekarang. Dengan empat parti, walaupun jumlah kerusi pilihanraya yang bakal diperolehi setiap parti akan berkurangan, ia lebih menjamin ruang kemenangan serta kestabilan. Jika semua pihak sedia memperbaiki kesilapan, lebih bertolak ansur dan bersikap lebih matang, PR baru ini akan lebih kukuh berbanding sebelumnya.

Bagaimanapun jika Pas tidak bersetuju dan enggan bersama-sama melakukan perubahan bersama gabungan baru itu, ada baiknya parti itu bergerak sendiri menuju syurga impian mereka atau jika merasakan syurga itu sudah ada di sisi UMNO, maka berbaik dan bergabunglah dengannya.

Ketika itu, PR baru yang dianggotai PKR, DAP dan sebuah parti Islam progresif ini pun dirasakan sudah cukup untuk mencorak perubahan dalam negara, lebih-lebih lagi jika Najib Razak masih memimpin negara dan terus berbalah dengan Tun Mahathir. (SH 18/06/2015)


PAS tak puas hati selagi kerajaan Selangor tak hancur - Posted By: Redzua&Amiruddin

Posted: 20 Jun 2015 09:00 AM PDT

PAS tak puas hati selagi kerajaan Selangor tak hancur

PAS tak puas hati selagi kerajaan Selangor tak hancur
Tindakan beberapa pemimpin PAS yang berkeras kononnya Pakatan Rakyat masih wujud di antara parti itu dengan PKR jelas dipengaruhi oleh anasir yang mahukan kerajaan negeri Selangor hancur.

Pengarah Pilihan Raya PAS Mustafa Ali, sebelum ini berkata, Pakatan tidak hancur tetapi hanya pengsan. Beliau menyifatkan PR masih berfungsi dengan dua buah parti, PKR dan PAS. 
 
DAP meninggalkan PR sebagaimana tindakan parti itu pada 2001 meninggalkan Barisan Alternatif (BA). Ketika itu BA diteruskan oleh PKR dan PAS sehingga PRU 2004 dan seterusnya PRU 2008, sebelum PR ditubuhkan pada 1 April 2008.

PAS sengaja menolak keputusan mesyuarat Biro Politik PKR pada 16 Jun lalu yang mengesahkan PR tidak lagi berfungsi secara formal. Mesyuarat itu juga mengesahkan pakatan longgar hanya berlaku di peringkat negeri bersama DAP dan PAS. 
 
Namun pada peringkat nasional parti-parti dalam PR yang sebelumnya terikat dengan konsensus dan dasar bersama tidak lagi sedemikian. Ketiga-tiga parti kini bebas sepenuhnya mengamalkan polisi parti masing-masing.

Untuk menegaskan lagi perpisahan itu, Setiausaha Agung PKR menggunakan terma 'bercerai tapi masih berkawan' dalam menggambarkan hubungan parti-parti komponen bekas PR. Presiden PKR, Dr Wan Azizah juga berkata PR tidak lagi seperti PR sebelumnya yang bergerak secara formal antara ketiga-tiga buah parti.

Mengelirukan penyokong

Oleh itu, untuk apa PAS terus menerus mengelirukan para penyokong mereka bahawa PR masih wujud? Bukankah PAS berkata parti itu kuat dan boleh bergerak sendirian dalam mana-mana pilihan raya. Dengan ketetapan itu, puak ulama tega menyingkirkan golongan profesional yang sebelum ini terlalu mempertahankan PR.

Dalam hal ini, tidak dapat ditolak teori mendakwa PAS ingin memusnahkan mana-mana kerajaan PR yang masih bertahan. Pemimpin PAS di Pulau Pinang sebelum ini berdegil untuk tidak meletakkan jawatan daripada majlis tempatan walaupun parti itu telah memutuskan hubungan dengan DAP.

Di Selangor, keadaan lebih parah apabila gabungan DAP dan PKR tidak mampu membentuk kerajaan kerana tidak memiliki majoriti. DAP hanya mempunyai 15 kerusi manakala PKR 13 kerusi daripada 56 kerusi dewan. 
 
PAS (15 kerusi) pula pernah mempunyai rekod membentuk kerajaan minioriti bersama Khalid Ibrahim (bebas) dan Umno (12 kerusi) untuk selama dua bulan pada 2014 lalu, apabila PKR dan DAP menarik balik sokongan kepada Khalid Ibrahim.

Para pemerhati politik mendakwa PAS mahu membentuk kerajaan seumpama itu sekali lagi. Mereka amat maklum mesyuarat DAP Selangor baru-baru ini telah memutuskan untuk mendesak MB Azmin Ali memecat exco PAS.

Azmin tidak berminat dengan desakan itu kerana memecat exco PAS akan mengakibatkan pilihan raya negeri (PRN), sekiranya PAS menarik keluar ADUN mereka daripada kerajaan. 
 
Pilihan raya semula, jika dimenangi DAP dan PKR pun, dijangka tidak akan mendapat kerusi yang lebih banyak daripada sekarang dan memerlukan parti ketiga untuk membentuk kerajaan.

Lebih buruk, PRN itu akan menyebabkan BN merebut kembali kerusi-kerusi PKR dan PAS. Maka tidak mustahil BN dan PAS akan bergabung membentuk kerajaan negeri dengan Khalid Ibrahim diangkat semula sebagai MB.

Balas dendam

Strategi 'bumi hangus' DAP tidak diterima oleh PKR serta kebanyakan ahli DAP Selangor. Mereka menganggap pemimpin DAP 'hilang akal' dan terlalu dirasuk dendam sehingga sanggup mendesak Azmin memilih antara DAP dan PAS.

Maka dalam hal ini, tindakan PAS terus-menerus mempertahankan PR kekal wujud mungkin mempunyai motif yang lebih besar.
 
Strategi kerajaan perpaduan PAS – Umno yang ditaja broker kuasa dalam PAS jelas mempengaruhi presiden Hadi Awang.

Pemimpin tertinggi PAS amat maklum tujuan dan perlaksanaan strategi memprovokasi DAP tersebut. Tidak lain untuk mewujudkan 'The Greater Melayu'. Iaitu percantuman Umno – PAS dan memerintah seluruh negara.

Hal ini boleh dibuktikan melalui rundingan-rundingan yang pernah dilakukan ketika 2008 untuk membentuk kerajaan perpaduan di Selangor dan Perak serta tulisan-tulisan pemikir strategi PAS yang kini menguasai AJK Pusat mengenai kekuasaan Melayu 'menjentik' kaum-kaum lain.

Malaysia dalam bahaya mengikut lakaran strategi ini. Negara ini akan jadi sebuah negara fasis yang menolak kaum-kaum lain untuk mendapatkan hak-hak perlembagaan mereka. Amat sedih apabila PAS sebuah parti agama masuk ke dalam perjuangan asabiyah yang haram di sisi Islam.

Masihkah ada badi untuk parti Islam BARU? Oleh Shahbudin Husin

Posted: 20 Jun 2015 08:30 AM PDT

 
Masihkah ada badi untuk parti Islam BARU?Kumpulan profesional yang kalah dalam pemilihan Pas baru-baru ini barangkali sudah "tawar hati" dan "putus kasih" terhadap parti itu. 

Berjuang dan bersama-sama mengabdikan diri atas nama kecintaan terhadap Islam melalui Pas tetapi akhirnya "cai" telah memisahkan mereka dengan kelompok agama dalam parti tersebut.

Buat pertama kali sejak kumpulan profesional bertapak kukuh dalam Pas yang menjadikan sokongan diterima parti itu makin melebar bukan saja di kalangan masyarakat Melayu tetapi juga bukan Islam, kumpulan itu "dibersihkan" dan seolah-olah tidak diperlukan lagi.

Pas hari ini menjadi seratus peratus dikuasai golongan yang dikenali sebagai kumpulan ulama dan mereka yang pro ulama. Kumpulan profesional semuanya kecundang dan tidak ubah mangsa pembersihan etnik secara total. Lebih buruk kumpulan profesional dan progresif Islam ini juga digelar "jebon" yang menggambarkan kebencian terhadap golongan itu.

Walaupun masih berteka-teki dan belum membuat keputusan rasmi, kelompok profesional ini secara umumnya boleh memilih sama ada menubuhkan sebuah parti Melayu/Islam yang baru atau menyertai parti tajaan PasMa yang sudah diumumkan penubuhannya sebelum ini.

Tiada gunanya lagi mereka terus kekal dalam Pas kerana bukan saja perbezaan lebih berpanjangan, malah akan membuatkan terus "sakit hati" dengan kepimpinan barunya yang dilihat semakin tidak tentu hala tujunya antara keinginan mahu menumbangkan BN atau menghulurkan "tongkat" kepada UMNO yang semakin lemas.

PasMa yang sebelum ini diura-urakan akan bertukar menjadi parti politik bagaimanapun dikhabarkan akan kekal sebagai sebuah NGO yang bertujuan memberi sokongan luaran kepada PR agar terus kekal sebagai pencabar unggul untuk menyaingi dan menumbangkan BN.

Begitu pun, sementara parti baru itu masih dalam penantian dan kumpulan profesional juga belum menentukan hala tuju masa depan mereka secara rasmi, persoalan yang paling banyak berlegar sebagai tanda tanya ialah bolehkah parti itu bertahan lama?

Ramai juga yang optimis parti baru itu nanti akan menerima nasib seperti Berjasa dan Hamim yang hanya tinggal nama dan rujukan sejarah saja akhirnya.

Rata-rata bagaikan percaya bahawa Pas mempunyai badi tersendiri yang membuatkan sesiapa saja bekas pemimpinnya yang keluar daripada parti itu tidak akan dapat bertahan lama jika menubuhkan parti baru mirip sepertinya.


Selalunya Berjasa dan Hamimlah dijadikan contoh serta rujukannya.

Ada yang berkata kononnya ia adalah disebabkan nama Islam yang ada padanya, sementara yang lebih ekstrem pula menganggap hanya Pas parti yang diredhai Tuhan untuk meneruskan kelangsungan perjuangan Islam di negara ini.

Dahulu pun, parti serpihan daripada UMNO juga dianggap tidak mampu bertahan lama kerana kononnya perjuangan keramat untuk agama, bangsa dan negara yang dibawa oleh UMNO tidak mampu diambil alih oleh mana-mana parti selainnya.

Parti Semangat 46 kerap dijadikan rujukan bagaimana tidak mampunya parti yang ditubuhkan oleh bekas pemimpinnya daripada bertahan lama.

Tidak kurang juga yang berkata, sesebuah parti mesti mempunyai ideologi untuk diperjuangkan, lantaran itu dalam konteks masyarakat Melayu dan Islam di negara ini, keperluannya sudah pun dipenuhi dengan adanya UMNO dan Pas.

Tetapi kemunculan PKR yang sebahagiannya adalah serpihan UMNO, bahkan tanpa idelogi selain pada awalnya hanya untuk memperjuangkan nasib Anwar Ibrahim dan kemudian melebar kepada memperjuangkan isu-isu semasa dan ketidakadilan yang merata dalam masyarakat, namun kini mampu bertahan dan menguasai Selangor membuktikan tiada badi dalam menentukan nyawa sesebuah parti itu.

Selagi ia mempejuangkan isu-isu yang dekat dan menjadi keperluan rakyat, ruang dan peluang untuk terus bertapak sentiasa terbuka.

Kemampuan PKR terus bertahan dan mendakap kuasa membuktikan badi itu sebenarnya tidak ada atau kalau ada, ia sebenarnya sudah terhapus. Jika dalam UMNO, badi itu sudah terhapus, tentulah tidak mustahil ia juga tiada lagi untuk melindungi Pas.

Apatah lagi dengan kelimpinan baru Pas daripada kumpulan ulama sepenuhnya sekarang, keupayaan mereka memperjuangkan isu-isu rakyat yang melibatkan pembongkaran rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, alam sekitar, perundangan dan sebagainya pasti lebih terbatas.

Di sinilah parti baru yang bercirikan Islam moden, progresif dan lebih menyentuh hati nurani rakyat, boleh mengambil tempat dan memainkan peranannya. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Pakatan belum MATI? Anda hancurkannya, Kit Siang beritahu Hadi

Posted: 20 Jun 2015 07:45 AM PDT

Mengapa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertegas mengatakan Pakatan Rakyat (PR) tidak mati apabila beliau sendiri yang memusnahkan gabungan itu dengan melanggar Rangka Kerja Dasar Bersamanya dan juga prinsip operasi kesepakatannya, soal DAP.

Ketua Parlimennya Lim Kit Siang berkata, akibat tindakan Hadi itu, Majlis Kepimpinan PR tidak dapat berfungsi sepanjang setahun yang lalu, menyebabkan PR hanya wujud pada nama.

Beliau juga mendedahkan, presiden PAS itu sama ada enggan menghadiri mesyuarat kepimpinan PR atau menggunakan kuasa vetonya menolak keputusan yang diambil pada mesyuarat yang tidak dihadirinya, walaupun kesepakatan dicapai kepimpinan ketiga-tiga parti.

Hadi juga, katanya, enggan menghormati janji yang beliau buat sendiri semasa mesyuarat.
"Saya rasa pelik bagaimana Hadi mendakwa PR tidak mati apabila sepanjang setahun yang lepas beliau sendiri memusnahkan dua tiang yang membawa kejayaan kepada PR pada pilihan raya umum ke-13 dan tanpanya, PR tidak akan wujud," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

 

Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut mempersoalkan mengapa Hadi menegaskan gabungan itu masih wujud sedangkan Ketua Dewan Ulama Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata beliau tidak menyesal dengan keputusan muktamar memutuskan hubungan dengan DAP, walaupun ia membawa kepada pembubaran PR.

Mahfodz yang juga Pesuruhjaya PAS Johor itu berkata mereka sudah sedia maklum akan akibat usul tersebut sejak awal lagi apabila membentangkannya pada muktamar Dewan Ulama pada 3 Jun lalu, yang kemudiannya diterima tanpa bahas pada muktamar tahunan ke-61 parti itu.

Tetapi Lim berkata, walaupun kepimpinan PAS kelihatan tidak sependapat mengenai usul yang diluluskan itu, beliau tidak berminat campur tangan dalam hal tafsiran mereka yang berbeza.

Sebaliknya, pemimpin veteran itu berharap walaupun PR tidak lagi wujud, Rangka Kerja Dasar Bersama gabungan itu mengenai perpaduan negara, keadilan dan kemakmuran rakyat Malaysia akan kekal sebagai matlamat yang boleh dicapai pada pilihan raya umum akan datang. - TMI


Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

Langkah Kajang, pelantikan Azmin punca perpecahan PR FMT Reporters

Posted: 20 Jun 2015 07:00 AM PDT


raja_azmin_hadi_600

Presiden Pas dipersalahkan sedangkan beliau menyelamatkan PR daripada menderhaka kepada Sultan Selangor.

PETALING JAYA: Langkah Kajang dan pelantikan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali didakwa punca sebenar perpecahan dalam Pakatan Rakyat.

Penulis blog, Raja Petra Kamaruddin mendakwa, Langkah Kajang dimulakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) tanpa berunding dengan parti sekutu lain.

"Namun begitu, Hadi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula yang dipersalahkan. Sedangkan Hadi bukan dari PKR," tulisnya di blognya, malaysia-today.

Raja Petra berkata, Hadi sebenarnya menyelamatkan Pakatan Rakyat daripada dituduh menderhaka kepada Sultan Selangor.

Katanya, Sultan Selangor mahukan Pakatan Rakyat memberi dua nama untuk calon Menteri Besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim tetapi PKR dan DAP hanya menghantar satu nama – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Hadi datang dari Terengganu di mana Sultan boleh mengarahkan polis mengiringi sesiapa saja keluar dari negerinya. Anwar dan Lim Guan Eng berasal dari Pulau Pinang sebab itu mereka tiada rasa sayang dan hormat terhadap Sultan," katanya.

Katanya, Hadi melihat perkara itu dari perpekstif berbeza berbanding Anwar dan Lim Guan Eng yang tidak mengambil kira pandangan Sultan Selangor.

Katanya, kemuncak perbalahan apabila Pas mahu memperkenalkan hudud di Kelantan tetapi Hadi yang pula dipersalahkan.

Katanya, DAP dan PKR menyalahkan Hadi tetapi tidak kepada almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Kerajaan Kelantan.

"Kenapa menyalahkan Hadi atas tindakan kerajaan Kelantan? Mengapa memuji Pas Kelantan dan pemimpinnya tetapi menghentam Hadi?

"Sekarang DAP menggunakan duit mereka untuk membina masjid di Kelantan. Pemimpin DAP bertepuk tangan dan memuji tetapi tidak pula mengkritik kerajaan Kelantan kerana melaksanakan hudud," tegasnya.

Berbalik isu di Selangor, sepupu kepada Sultan itu berkata, Azmin Ali dijangka akan menghadap Sultan Selangor untuk memaklumkan bahawa Kerajaan Selangor tidak lagi diperintah oleh Pakatan Rakyat sebaliknya oleh Kerajaan Azmin Ali.

Sekurang-kurangnya 28 wakil rakyat bersama  Azmin dan sehingga tidak ada undi tidak percaya di Dewan Negeri Selangor dicadangkan,  bermakna Azmin terus mengetuai kerajaan negeri.

Menurut Raja Petra, Sultan Selangor pula akan memaklumkan kepada Azmin jika sekurang-kurangnya 29 wakil rakyat tidak membuat undi tidak percaya terhadapnya, maka Azmin boleh terus kekal Menteri Besar sehingga tamat penggal.

Ini Punca sebenarnya : 


http://darisungaiderhaka.blogspot.com/.../takkan-nak-kaji...

DAP nafi tuntut MB pecat Exco PAS

Posted: 20 Jun 2015 06:15 AM PDT

 
 
Pengerusi DAP Selangor Tony Pua hari ini menafikan laporan akhbar Sin Chew Daily yang mengatakan pihaknya meminta supaya Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali memecat exco PAS dan membubarkan DUN negeri itu.

Dalam kenyataan medianya hari ini, Pua menganggap laporan akhbar berbahasa Cina itu sebagai "tidak tepat" dan "mengelirukan".

Malah, Pua berkata pembubaran DUN adalah  perkara yang perlu dielakkan dan ia merupakan pilihan terakhir sekiranya kemelut Pakatan masih berlanjutan.

Sehubungan itu, Pua berkata pihaknya telah mengemukakan beberapa cadangan mengenai masalah Pakatan untuk dibincangkan bersama Azmin.

"Saya ingin menegaskan sekali lagi di sini bahawa mesyuarat DAP Selangor mengemukakan beberapa cadangan penyelesaian untuk dibincang dengan menteri besar. Kami juga mengambil pendirian untuk sedia mendengar cadangan-cadangan beliau," kata ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu.

Sedia kerjasama

Sin Chew Daily pada Khamis lalu melaporkan hasil mesyuarat tergempar DAP Selangor memutuskan supaya mendesak Azmin memecat tiga exco PAS memandangkan Pakatan sudah tidak lagi wujud.

Laporan itu juga menyebut, DAP Selangor membincangkan beberapa penyelesaian, termasuk menarik diri daripada kerajaan negeri dan meminta Azmin membubarkan DUN supaya pilihan raya negeri diadakan.

Selain itu, Pua berkata, pihaknya juga mengalu-alukan sebuah kerajaan gabungan negeri yang baru memandangkan Pakatan tidak lagi wujud.

Katanya, DAP Selangor juga bersedia untuk bekerjasama dengan pihak yang ingin melaksanakan dasar bersama dan manifesto kerajaan negeri.

"Tanpa wujudnya kerajaan Pakatan Rakyat, kami mengalu-alukan sebuah kerajaan gabungan negeri Selangor yang baru. Gabungan ini perlulah berasas secara menyeluruh kepada kerangka dasar bersama dan manifesto kerajaan Selangor yang diberi mandat oleh rakyat pada pilihan raya lalu.

"Kami mengalu-alukan kerajaan gabungan ini bersama dengan PKR dan mana-mana pihak lain yang sedia bekerjasama politik antara satu sama lain secara rasmi untuk mencapai matlamat tersebut," katanya.

Justeru, Pua berharap supaya pertemuan bersama Azmin yang juga timbalan presiden PKR itu dapat disegerakan bagi mengelakkan tercetusnya sangkaan buruk di media massa.

Jelasnya, permintaan untuk mengadakan pertemuan itu telah disampaikan kepada Azmin pada Khamis lalu dan pihaknya kini sedang menunggu tarikh untuk mengadakan pertemuan tersebut.

"Perjumpaan antara DAP Selangor dengan menteri besar adalah amat penting dan perlu disegerakan untuk menyelesaikan kemelut politik ini secepat mungkin.

"Selagi mesyuarat ini belum diadakan, tidak hairanlah jika ada pihak-pihak yang ingin mencetuskan sangkaan buruk di dalam media massa arus perdana.  
 
Permintaan ini telah disampaikan kepada menteri besar pada hari Khamis yang lalu dan kami kini menunggu penetapan tarikh dan masa daripada pejabat beliau," katanya lagi.
 

Hayat parti baru mungkin tak panjang

Posted: 20 Jun 2015 05:30 AM PDT

 
 

Dengan nasib Pakatan Rakyat yang kekal tidak menentu, tumpuan ramai terarah ke kumpulan progresif dalam PAS yang mungkin meninggalkan parti itu untuk membentuk parti baru selepas Aidilfitri ini.

Jika itu menjadi kenyataan, parti baru tersebut kemungkinan besar akan bekerjasama dengan DAP dan PKR bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, jika parti itu sekadar satu lagi pertubuhan politik berasaskan Melayu - Muslim atau pecahan daripada PAS, hayatnya mungkin tidak lama, kata Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan.

"PAS akan tenggelam kerana pendirian konservatifnya tidak mendapat sokongan. Justeru sebuah parti baru diperlukan.

"Tetapi berapa lama parti baru ini boleh bertahan? Ia banyak bergantung kepada nilai progresif yang dibawa mereka," katanya kepada Malaysiakini.

Jika parti baru itu bersedia untuk menerima nilai-nilai sejagat dan tidak berasaskan etnik serta agama, maka ia mungkin boleh bertahan untuk jangka masa panjang.

"Tetapi kebimbangan kita ialah, ia tidak kelihatan begitu," katanya.

Pemuda PAS puji Azmin

Posted: 20 Jun 2015 04:45 AM PDT

 
 
Pemuda PAS hari ini berkata, walaupun Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengisytiharkan Pakatan Rakyat sudah berakhir namun Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali masih lagi berkongsi pendirian yang sama dengan PAS.

Menurut Naib Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khirudin (gambar), beliau memuji sikap Azmin yang juga timbalan presiden PKR itu kerana mengambil pendirian bahawa Pakatan masih wujud walaupun DAP berpendapat sebaliknya.

"Kenyataan Lim sejurus selepas mesyuarat jawatankuasa parti berkenaan harus merujuk kepada kenyataan bercanggan (oleh) Azmin yang masih rasional mempertimbangkan situasi yang berlaku.

"Beliau (Azmin) masih optimis dengan kerjasama Pakatan di Selangor dan menolak pilihan untuk membubarkan DUN," katanya dalam kenyataan medianya hari ini.

Malah, Khairil berkata, tindakan DAP sebelum ini yang memulakan "permainan" dengan menyerang PAS dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi punca dewan ulama parti itu membuat usul tergempar bagi memutuskan hubungan dengan DAP.

Tindakan melampau

Katanya, dalam "permainan" itu DAP dilihat terlalu gopoh dan terburu-buru menyerang PAS yang akhirnya mematikan Pakatan.

"DAP secara konsisten menyerang hampir setiap hari dan mencampuri urusan dalaman pemilihan PAS menjelang muktamar PAS.

"Tindakan melampau DAP inilah yang memaksa Dewan Ulama PAS membuat reaksi dan mengemukakan usul tergempar bagi memutuskan hubungan dengan DAP dan kekal di dalam Pakatan. Bagaimanapun ia dengan syarat mendapat persetujuan Majlis Syura Ulama PAS.

"Dalam sandiwara ini, DAP dilihat terlalu ofensif, gopoh dan terburu-buru menyerang PAS. Mereka sendiri yang memulakan game ini dan mereka sendiri yang akhirnya mematikan Pakatan Rakyat," katanya lagi.

Selasa lalu, DAP mengumumkan bahwa Pakatan sudah tidak wujud lagi ekoran keputusan muktamar PAS yang meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dan kerjasama politik bersama DAP,

Usul yang lulus tanpa bahas pada muktamar awal bulan ini bagaimanapun masih lagi belum diputuskan memandangkan ia perlu dibincangkan oleh Majlis Syura Ulama PAS.
 

Rakyat lahirkan Pakatan, perlukah mandat baru?

Posted: 20 Jun 2015 04:00 AM PDT

 
 
Pada mulanya rakyat, kemudian pakatan. Dan kini gabungan itu kembali kepada asal, sebelum 8 Mac 2008, cuma tanpa rakyat membuat keputusannya.

Dengan keghairahan DAP mengulangi "kematian" Pakatan Rakyat dan penegasan semula PAS untuk bersama gabungan itu, senario ini tidak ubah Barisan Alternatif + DAP.

Bukan kerana PKR memilih PAS dengan meninggalkan DAP seperti pra-Mac 2008. Tetapi kerana, seperti kenyataan Anwar Ibrahim, PKR bersetuju pada intipati kerjasama untuk menunaikan hasrat rakyat walau menyedari gabungan "rasmi" sudah tiada.

Pada masa yang sama PKR sendiri enggan dipaksa mengikut telunjuk DAP yang mendesak parti itu menerimanya atau PAS.

Hakikatnya PKR, khususnya demi kelangsungan pentadbirannya di Selangor, tidak berupaya memilih satu rakan kongsi sahaja; PKR memerlukan kedua-duanya.

Gabungan dua parti saja (DAP + PKR saja atau hanya PAS + PKR) akan menggugat "keseimbangan kaum" dalam barisan wakil rakyat.

Hal ini cuba dielak oleh PKR kerana istana atau pengundi tidak selesa dengan komposisi yang tidak seimbang itu.

Pakatan pada asalnya "stabil" hasil perimbangan komposisi tersebut yang membolehkannya mencabar BN, model utama gabungan politik negara.

Namun, Pakatan tidak dibentuk akibat kerelaan semula jadi ketiga-tiga parti ini duduk bersama tetapi desakan pengundi pada 2008, khususnya Cina dan penduduk kota di pantai barat Semenanjung.

Akibat keputusan bersejarah itu, jatuhnya lima negeri + Wilayah Persekutuan ke tangan pembangkang, kerajaan tiga parti itu terpaksa bergabung dengan nama "Pakatan Rakyat", label yang lucunya datang dari mulut presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Malas ambil peduli

Jadi asas gabungan ini sebenarnya hasrat pengundi, bukan kehendak asal tiga parti ini. Hasrat ini melahirkan marriage of convenience atau "kahwin paksa" yang sekarang nampak jelas kekekokannya.

Rakyat kini hanya pemerhati bisu, yang kadang-kadang risau bercampur malas ambil peduli.

Jika rakyatlah pendesak utama gabungan ini, wajarkah rakyat menentukan semula bentuk kerjasama ini dalam satu pilihan raya negeri, misalnya Selangor?

Walaupun MCA dan Mahfuz Omar, bekas pemimpin kanan PAS, mendesak pilihan raya negeri, penulis tidak nampak banyak parti akan bersetuju dengan idea tersebut.

Selain masih lagi berbaki hampir tiga tahun sebelum pilihan raya umum ke-14, kedua-dua gabungan dilanda masalah serius.

BN, atau lebih tepat lagi Umno di bawah Najib Abdul Razak, sedang bergelut dengan isu cukai baru GST, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan desakan Dr Mahathir Mohamad.

Dalam keadaan ini, Umno tentunya tidak ingin mempertaruhkan nasibnya di Selangor. Dr Mahathir tentu akan berkubu di Shah Alam, bukan untuk membantu menteri besar Mohamed Azmin Ali, tetapi memastikan tanggapannya selama ini benar: bahawa Najib akan menyebabkan Umno kalah teruk!

Apatah lagi ura-ura Dr Mahathir selama ini tidak mempunyai masalah dengan Azmin, tidak sekronik masalahnya dengan Anwar.

MCA, MIC dan Gerakan masih belum pulih. Malah krisis MIC terus berlarutan. Jadi, empat komponen BN tidak bersedia menempuh pilihan raya negeri.

Begitu juga PAS yang beriya-iya masih mahu bersama Pakatan. Jika gelagat politiknya dianggap tidak menyenangkan pengundi Cina dan Melayu bandar, apakah ia masih mahu menguji kehebatannya di Selangor?

PKR pula, khususnya Azmin yang belum setahun memegang jawatan menteri besar, tentu tidak mahu pilihan raya negeri. Lagi pula, krisis PAS-DAP bukan masalah PKR, begitulah yang mereka fikir.

Tiada siapa suka pilihan raya

DAP pula tidak boleh beriya-iya mengikut seleranya sendirian, termasuk menyokong idea pilihan raya negeri.

Pengundi Pakatan sendiri, termasuk Cina moderat, mungkin akan marah dan meninggalkannya kali ini. Ia akan dilihat cuba bermain sendiri dan "punca" krisis Pakatan berlarutan.

Penyokong MCA dan Gerakan, malah penyokong PKR dan PAS, menunggu saat-saat DAP dilihat cuba bergerak solo dan angkuh.

Mereka boleh bergabung sentimen menentang parti yang selama ini sentiasa dicop "chauvinist" dan kadang-kadang "terlebih yakin diri".

Senario ini tidak akan menguntungkan DAP sewaktu ia cuba memancing pengaruh Melayu "progresif" di bandar-bandar pantai barat.

Jika sultan pula selesa dengan pentadbiran baru di Selangor, selepas Abdul Khalid Ibrahim, baginda juga tentu tidak mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pendek kata tiada siapa suka pilihan raya negeri kecuali segelintir pemimpin PAS yang kecewa, yang menggunakan hujah ini untuk menempelak kumpulan pro-Abdul Hadi yang selama ini berasa DAP tidak diperlukan dalam Pakatan.

Akhirnya, jika tiada faktor luar jangka, tiga parti "Pakatan Rakyat" dipaksa oleh keadaan-keadaan politik untuk terus bekerjasama di Selangor dan Pulau Pinang seperti Mac 2008.


FATHI ARIS OMAR, aktivis media bebas dan bekas editor, boleh dihubungi melalui Twitter dan Facebook. Emelnya fathiaris@gmail.com
 

AL FATIHAH - Tokoh silat Omardin meninggal dunia

Posted: 20 Jun 2015 03:15 AM PDT

 
Tan Sri Haji Omardin Mauju

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.20 pagi Sabtu.


PETALING JAYA: Tokoh persilatan tersohor yang dianugerah Pendekar Negara yang juga Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri Omardin Mauju meninggal dunia di Hospital Tawakal, Kuala Lumpur.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.20 pagi Sabtu.

Jenazah akan dibawa ke Kompleks Lincah Mahaguru Omardin (KLMO), Taman Sunway, Batu Caves, Gombak.

Omardin dipilih sebagai penerima pertama Anugerah Pendekar Malaysia pada Julai 2011.

Ia disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada majlis perhimpunan PSSLM sempena 50 tahun pertubuhan itu.

Hasil usaha Allahyarham, menjadikan Seni Silat Lincah Malaysia berkembang melangkaui benua, termasuk di Britain dan Belgium.

Sultan Murka Azmin Ali Dan Hadi Akan Kemuka Nama MB Selangor Yang Baru

Posted: 20 Jun 2015 02:15 AM PDT




BEBERAPA minit sebelum berbuka puasa hari kedua petang tadi, saya menerima satu panggilan.

Tak perlulah saya sebut siapa pemanggil itu. Tapi beliau kerap menghubungi saya dari semasa ke semasa. Walaupun jarang bertemu tetapi beliau cukup istimewa.

Insan itu memang hebat dalam arena politik Malaysia.

"Saya dapat tahu Sultan cukup murka dengan MB Selangor, Azmin," katanya pendek.

Saya bertanya pasal apa? Mungkin dia akan menjadi MB Selangor terpendek tempoh perkhidmatan dalam sejarah negeri itu, jelas beliau.
Difahamkan sudah dua bulan Azmin tidak dititah menghadap Sultan. Dan kononnya, Sultan pun enggan menemui Azmin.

Benarkah?

Majlis-majlis rasmi pun kini diwakili oleh adinda baginda, Tengku Sulaiman. Nampaknya, baginda Sultan cuba mengelak daripada bertemu Azmin.

Apa masalah Azmin ini sebenarnya? Bukan sahaja Sultan, kononnya ramai lagi yang sudah menjauhkan diri daripadanya. Semasa belum mendapat kuasa, Azmin menjanjikan selagi ada bulan dan bintang. "Sudah dapat kuasa, lupa diri," kata insan itu.

Sultan dikatakan murka kepada Azmin kerana tiga perkara. Pertama, katanya mengenai isu air Selangor yang gagal diselesaikan sehingga kini.

Kedua, isu lebuh raya Kinrara-Damansara (KIDEX) yang dibatalkan oleh Azmin. Projek itu amat diperlukan oleh rakyat. Azmin membatalkannya kononnya kerana projek itu membabitkan beberapa pihak UMNO.

Dan ketiga, katanya ialah kerana isu satu kejohanan sukan peringkat negeri yang berlangsung tidak lama dulu. Baginda Sultan dikatakan menitahkan Azmin supaya jangan menggunakan cogankata "Kita Lawan" untuk kejohanan itu, yang menurut baginda membawa konotasi politik yang negatif.

Namun, Azmin berdegil. Semua itu mengakibatkan Tuanku murka.

Itulah antara kata-kata sahabat itu kepada saya.

HADI AWANG AKAN MENGADAP BAGINDA SULTAN?

Kata sahabat saya itu lagi, Sultan sudah bersedia untuk menerima menghadap Datuk Haji Hadi Awang yang bakal mengemukakan senarai nama pengganti Azmin. Perlu diingat Pas menguasai Selangor dari segi jumlah kerusi yang dimenanginya.

Kononnya, kata insan itu, dua nama telah disenaraikan. Mereka adalah bekas MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan YB Iskandar Abdul Samad, Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga ADUN Chempaka dan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Selangor.
Benarkah?

Kita tunggu dan lihatlah…

COPY PASTE DARI SINI



Berita Gempar Hari Ini..

Posted: 20 Jun 2015 01:45 AM PDT

 

Rahsia Najib Didedahkan Lagi. Laporan Wall Street Journal (WSJ) hari ini mendakwa bahawa dana 1MDB telah digunakan untuk membiayai kempen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Laporan itu mendakwa bahawa ia dilakukan dengan 1MDB membuat pembelian aset pada harga yang tinggi dari Genting Group pada 2012.

Genting kemudiannya didakwa membuat sumbangan kepada sebuah yayasan yang didakwa ada kaitan dengan Najib sebelum PRU13 dan dana itu telah digunakan untuk berkempen.

"1MDB pada Oktober 2012 memperolehi satu unit Genting yang memiliki 75 peratus kepentingan dalam loji janakuasa arang batu 720 megawatt berhampiran Kuala Lumpur," kata laporan itu.

WSJ mendakwa, pembelian 1MDB terhadap kepentingan Genting dalam aset kuasa itu adalah kira-kira lima kali ganda nilainya ketika itu.


Laporan itu mendakwanya "harganya yang bersamaan dengan kira-kira AS$740 juta pada masa itu, menjadi RM2.3 bilion.
"Beberapa bulan selepas jual-beli itu, satu unit Genting yang dikenali sebagai Genting Plantation Berhad membuat sumbangan kira-kira AS$10 juta kepada sebuah badan amal yang mempunyai kaitan dengan Najib, menurut jurucakap untuk Genting Plantation," dakwa laporan itu lagi.

WSJ mendakwa bahawa yayasan itu ialah Yayasan Rakyat 1Malaysia, yang menyenaraikan Najib sebagai pengerusinya di laman web yayasan tersebut.

Menurut laporan WSJ itu lagi, walaupun ditubuhkan untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik melalui pendidikan dan sukan, namun badan kebajikan itu kemudiannya terlibat dengan perbelanjaan yang dilihat untuk membantu Najib mengekalkan kuasanya dalam pilihan raya umum Mei 2013.
 
 
Addin

Singapura 'terkejut' Malaysia tamatkan terminal kereta api laju KL-Singapura di JB

Posted: 20 Jun 2015 01:00 AM PDT


Kementerian Pengangkutan Singapura (MOTS) pada Jumaat menyatakan bahawa pihaknya 'terkejut' dengan kenyataan Suruhanjaya Pengangkutan Darat Malaysia (SPAD) tentang cadangan mahu menamatkan terminal kereta api berkelajuan tinggi di kompleks kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) di Johor Bahru.

Pada bulan Mei, kedua-dua pemimpin Malaysia dan Singapura telah mengumumkan bahawa terminal di Singapura akan berada di Jurong East, lapor portal berita ChannelNewsAsia.

"Mengikut pemahaman kami, Malaysia melihat premis komersial bagi projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura sebagai suatu hubungan terus antara dua pusat bandar raya.  Itu yang kami persetujui.

"Namun, dengan menamatkan terminal tersebut di Johor Bahru objektif ini tidak akan tercapai," kata jurucakap MOTS .

Dalam sebuah temubual dengan The Edge Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Nur Ismal Mohd Kamal telah ditanya mengenai stesen terakhir di Singapura yang menjadi isu.

Menjawab soalan itu, Mohd Nur Ismal berkata, seperti yang dipetik oleh The Edge: "Kami lebih berminat untuk mengakhiri laluan tersebut di kompleks CIQ sedia ada. Walau bagaimanapun, Singapura mahukan ia berakhir di Jurong East.

"Seperti mana kami ingin membangunkan Bandar Malaysia, mereka mahu menggunakan projek ini untuk memacu pembangunan di Jurong East.

"Daripada perspektif kami, dengan mengakhiri laluan tersebut di CIQ, keseluruhan projek ini akan berada dalam sempadan negara kita dan kita akan mempunyai kawalan penuh ke atasnya. Ia lebih dekat dengan Orchard Road berbanding Jurong East.

"Namun tentunya, kita harus mengambil kira pertimbangan ekonomi dan komersial Singapura untuk mencapai satu persetujuan."

MOTS berkata, pihaknya dan Malaysia masih dalam perbincangan mengenai model komersial dan operasi projek landasan keretapi berkelajuan tinggi.

Singapura telah mencadangkan bahawa perkhidmatan transit domestik, iaitu yang berhenti di enam stesen di Malaysia, akan diselia secara berasingan daripada perkhidmatan ekspres antara Kuala Lumpur dan Singapura.

"Ini yang akan memberikan autonomi kepada Malaysia bagi memenuhi keperluan domestik dan manfaat terhadap negara itu," ujar Kementerian Pengangkutan Singapura.

Mohd Nur Ismal dilaporkan sebagai berkata: "Oleh kerana stesen tambahan akan memberi kelebihan kepada Malaysia, Singapura tidak begitu tertarik dengan laluan transit tersebut."

"Bagaimanapun, selain kita mempertimbangkan aspek ekonomi dan komersial Singapura, kita juga harus menjaga kepentingan kita.

"Perlu ada tolak ansur supaya kedua-dua pihak boleh mendapat manfaat daripadanya," ujarnya yang mengatakan bahawa kos membina enam stesen itu hanya peratusan kecil daripada kos keseluruhan projek.

Pemuda PAS Tuduh DAP Cuba Bunuh Pakatan Rakyat

Posted: 20 Jun 2015 12:03 AM PDT

 


SHAH ALAM – DAP yang memulakan permainan politik ini dan parti itu juga yang membunuh PR, kata Naib Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin.

Menurutnya, DAP terus memfitnah Pas meskipun semua isu yang dibangkitkan termasuk berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Kelantan sudah dijawab parti Islam itu.

"DAP telah membuat keputusan bahawa PR sudah tidak lagi wujud atau mati. Saya melihat ini satu 'game' yang telah lama dimulakan oleh DAP dengan mengambil kesempatan dalam beberapa isu intra koalisi PR serta berterusan menyerang peribadi Presiden Pas, Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Dakwaan kerjasama dengan Umno, pertukaran Menteri Besar Selangor serta implementasi Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Kelantan…menunjukkan bahawa segala isu yang dibangkitkan telah dijawab oleh Pas.

"Namun DAP masih terus memfitnah Pas dan Presiden secara khususnya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini

Katanya, susulan tindakan melampau DAP selama ini, Dewan Ulama Pas membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

"Parti tersebut juga telah mengambil keputusan drastik sebelum ini dengan membatalkan kerjasama politik di Sarawak, Sabah dan terakhir memutuskan hubungan dengan Presiden Pas pada 24 Mac lalu.

"Kemudian, DAP secara konsisten menyerang hampir setiap hari dan mencampuri urusan dalaman pemilihan Pas menjelang muktamar yang lalu.

"Tindakan-tindakan melampau DAP inilah yang memaksa Dewan Ulama Pas Pusat membuat reaksi dan mengusulkan satu usul tergempar bagi memutuskan hubungan dengan DAP dan kekal di dalam PR. Walau bagaimanapun, ia dengan syarat mendapat persetujuan daripada Masjlis Syura Ulama," katanya.

Dalam kenyataan sama, beliau menyifatkan DAP gopoh dan terburu-buru dalam menyerang Pas.

-Sinar Harian


BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT