Jumaat, 19 Jun 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Najib Arah Geran RM100 Juta Bagi Projek Komersil Kroni (Lihat Bukti Dokumen Bocor) suarakami

Posted: 19 Jun 2015 08:30 PM PDT

 
Dari surat ini, saya dapat mengesahkan bahawa:
 
1. Dato' Seri Najib memberi arahan sendiri melalui minit supaya permohonan geran RM100 juta yang berlainan dari tujuan geran R&D dipertimbangkan oleh MOSTI
2. Projek yang diusahakan oleh NSE Resources adalah untuk membekalkan stim ke sebuah kilang yang sedang dibina di Kerteh
3. Kontrak pembekalan stim pada harga RM55 satu tan itu adalah satu kontrak swasta yang melibatkan NSE Resources dan pemilik kilang lain tanpa melibatkan sebarang pegangan modal oleh kerajaan, maka sebarang keuntungan akan dimiliki oleh NSE Resources.


Perenggan (7) surat dari NSE Resources ini secara jelas menunjukkan bahawa projek komersil ini tidak mendapat dokongan dari institusi kewangan kerana syarikat itu menghadapi kesukaran mendapatkan pinjaman bank. 
Ini sepatutnya secara serta merta menimbulkan kebimbangan di pihak Dato' Seri Najib dan kerajaan kerana projek komersil yang tidak melepasi saringan kewangan dari institusi kewangan (seterusnya sukar mendapatkan pinjaman) membayangkan aliran tunai dan kedudukan kewangan yang tidak baik. 
Secara langsung, ada risiko besar bahawa pulangan dari projek tidak mencukupi untuk membayar balik sebarang dana yang disuntik ke dalam projek ini.
Sewajarnya, Dato' Seri Najib mengambil sikap tidak campur tangan dan berhati-hati kerana ia melibatkan dana awam sebanyak RM100 juta yang sepatutnya digunakan bagi tujuan R&D. 
Keputusan beliau memberi saranan kepada Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi untuk mempertimbangkan permohonan ini, apatah lagi dalam bentuk geran, adalah satu salahguna dana rakyat yang terang dan nyata.
 
Pada pendapat saya, projek komersil ini tidak menepati syarat-syarat untuk mendapat geran atau bantuan modal sebesar ini berdasarkan perkara berikut:
1. Teknologi dan perusahaan menghasilkan stim atau syngas dari bahan kayu atau bahan lain bukanlah teknologi terkini atau unik kepada Malaysia. Semakan menunjukkan bahawa boiler yang menggunakan kaedah ini sudah lama dipasarkan (contohnya melalui 
syarikat http://www.superiorgasification.com/) . Oleh itu, penghasilan stim atau syngas dari bahan kayu seperti yang diusahakan oleh NSE Resources tidaklah wajar mendapat suntikan dana sebanyak RM100 juta dalam bentuk geran seolah-olah ia teknologi terkini yang akan melonjakkan nama Malaysia, sedangkan ia hanyalah perusahaan biasa yang ada di pasaran.
2. Pembekal stim atau syngas untuk Kawasan Perindustrian Kerteh (yang mana kilang pembeli sedang dibina) sudah pun ada, jadi tidak timbul keperluan kilang stim milik NSE Resources ini menjadi daya tarikan pelaburan di situ. 
PETRONAS sudah mempunyai satu kilang iaitu Centralised Utilities Facilities (CUF) yang dimiliki oleh PETRONAS Gas yang menghasilkan stim pada kadar 720 tan sejam atau 6.3 juta tan setahun, iaitu 6 kali ganda yang diperlukan oleh kilang baru milik CJ Arkema itu.
Utusan surat-menyurat yang saya bekalkan hari ini secara jelas menunjukkan penglibatan Dato' Seri Najib yang mengarahkan supaya dana awam RM100 juta diberikan kepada sebuah syarikat untuk mengusahakan projek komersil yang diragui untung ruginya oleh bank-bank.
Saya pasti geran RM100 juta ini tidak melalui proses saringan teknologi oleh panel pakar R&D yang dilantik oleh MOSTI seperti mana penyelidik-penyelidik tulen terpaksa lalui.
Dato' Seri Najib tidak boleh terus lari dari persoalan penyelewengan sebegini – atau hanya menyertai larian anti-rasuah – beliau perlu beri penjelasan kerana ada beberapa dokumen lagi yang akan saya dedahkan.
 
YB RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN

Skandal Lebuhraya Banting-Taiping – Najib harus jawab kepada Rakyat - suarakami

Posted: 19 Jun 2015 08:00 PM PDT

 

Najib harus menjelaskan kepada rakyat tentang projek lebuh raya Banting-Taiping sepanjang 316km yang menimbulkan banyak persoalan tentang ketelusan dan prestasi syarikat yang terlibat.
Persoalan bagaimanakah kos projek ini meningkat sebanyak 134 % iaitu daripada  harga asal RM3.016 bilion kepada RM7.07 bilion? Dan kenapa konsesi kepada Kumpulan Europlus Sdn. Bhd. ditambah dari 33 tahun kepada 60 tahun?
Adakah konsesi lebuh raya itu  selama 60 tahun yang berjumlah RM7.07 bilion sebagai permulaan kepada satu lagi skandal yang akan menyebabkan penderitaan rakyat lebih perit.
Rakyat perlu tahu dengan jelas tentang  projek itu yang dianugerahkan kepada Kumpulan Europlus Bhd (Europlus) untuk pembinaan lebuh raya itu yang melibatkan pinjaman mudah RM2.24 bilion, subsidi faedah 3% untuk 22 tahun dan geran sebanyak RM980 juta untuk pengambilan tanah.
Europlus mengumumkan telah menerima surat kelulusan untuk membina lebuhraya 316km daripada Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri.
Apa yang mencurigakan kenapa Kerajaan Persekutuan belum lagi membuat pengumuman mengenai konsesi lebuhraya yang jelas melanggar prinsip asas ketelusan dan kebertanggungjawab awam.
Masalah kewangan yang dihadapi oleh Europlus Construction 
Sebelum kerajaan menandatangani perjanjian dengan Europlus, Perdana Menteri perlu memastikan tujuh persoalan berikut dijawab:
1.Adakah tender terbuka dijalankan untuk perjanjian ini, dan jika tidak, kenapa? Jika ya, siapa lagi yang menyertai dan kenapa mereka tidak dipilih?
2. Kenapa Europlus dipilih, sedangkan mereka tidak mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam bina-kendali-pindah (BOT) sektor lebuh raya, dan pemilik utamanya mempunyai sejarah permasalahan dalam projek perumahan?
3. Bagaimanakah kerajaan boleh memberi tempoh konsesi selama 60 tahun, iaitu yang terpanjang dalam sejarah Malaysia (dan kedua paling lama selepas perjanjian pembekalan air selama 100 tahun kepada Singapura yang telah dimeterai pada tahun 1960-an)?
4. Apakah rasional untuk penganugerahan pinjaman mudah sebanyak RM2.24 bilion dari tahun 2013 pada kadar faedah 4% serta subsidi faedah 3% untuk pinjaman komersial selama 22 tahun? Kedua-dua subsidi ini berjumlah RM4 bilion jika prinsipal pinjaman adalah RM6 bilion.
5. Kenapa perlu kerajaan membayar RM980 untuk pengambilan tanah sedangkan ini projek swasta?
6. Kenapa kos lebuh raya 316km ini yang berjumlah RM7.07 bilion atau RM22.3 juta setiap km adalah dua kali ganda kos pembinaan lebuhraya yang sama di India dengan kos RM10 juta setiap km?
7. Jika konsesi tol terbaru ini adalah alternatif kepada Lebuhraya Utara-Selatan yang sesak, kenapa berhenti di Taiping? Kenapa konsesi Europlus tidak dilanjutkan kepada Pulau Pinang yang mengalami kesesakan yang lebih teruk? Ini tidak adil untuk rakyat Pulau Pinang dan juga Kedah.
Konsesi 60 tahun yang dianugerahkan oleh Jabatan Perdana Menteri itu bermakna beberapa generasi rakyat Malaysia akan terpaksa membayar tol dari generasi beliau hingga ke cucu-cicitnya.
"Ini langsung tidak boleh diterima kerana tempoh konsesi yang begitu lama ini hanya menguntungkan segelintir kroni syarikat pengendali tol yang akan mengaut keuntungan Maha Firaun manakala yang ruginya 28 juta rakyat Malaysia,"
Rakyat Malaysia tidak boleh menerima lagi satu skandal seumpama Lebuhraya Utara-Selatan (NSE), di mana pengendali tol diberi tempoh konsesi 50 tahun sehingga 2038 walau pun mereka sudah mengaut keuntungan berkali-kali ganda lebih daripada pelaburan asal.
Kos pembinaan NSE adalah RM6 bilion dan setakat 31 Disember 2010, pengendali tol sudah pun menerima RM24.3 bilion, iaitu keuntungan sebanyak RM18.3 bilion.
"Kenapa pengendali NSE dibenarkan mengutip tol sehingga 2038 serta menaikkan kadar tol apabila mereka sudah mengaut keuntungan yang maha-Firaun, iaitu RM18.3 bilion ataupun 3 kali ganda kos pembinaan?
"Cukup, cukuplah Najib.....
"Rakyat Malaysia tidak mahu pengulangan skandal NSE. Perdana Menteri haruslah menjawab tujuh soalan di atas untuk memastikan kepentingan awam dijaga dan dipelihara dalam perjanjian RM7.07 bilion dan konsesi 60 tahun Europlus ini,"

'Mengapa Masih tiada permohonan ekstradisi Sirul'

Posted: 19 Jun 2015 07:30 PM PDT

 
 'Masih tiada permohonan ekstradisi Sirul'Enam bulan sudah berlalu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan kes dan hukuman mati kepada bekas polis elit Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri.

Bagaimanapun, kata Ram Karpal, yang mewakili bapa Altantuya Shaariibuu dalam saman RM100 juta, percaya Malaysia masih belum membuat permohonan ekstradisi Sirul di Australia.

Beliau yang juga anggota parlimen Bukit Gelugor berkata sudah dua kali bertanya soalan itu di Dewan Rakyat tetapi didakwa gagal mendapat jawapan positif.

"Saya percaya kerajaan Malaysia tidak buat sebarang permohonan untuk ekstradisi Sirul. Saya tidak dengar apa-apa.

"Ini sebabnya kenapa kami buat permohonan ini untuk berikan pindaan pernyataan tuntutan terhadap Sirul di Australia kerana dia tidak hadir dalam kes saman ini.

"Yang lain berada di Malaysia dan tiada masalah," katanya kepada pemberita selepas kes itu hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Suraya Othman hari ini berkata terdapat prosedur perlu diikuti oleh Shaariibuu Setev, bapa Altantuya, dan dokumen berkaitan tidak boleh diserahkan langsung kepada konsular Malaysia di Sydney.

Setev pada 2007 memfailkan saman RM100 juta terhadap Sirul, Azilah Hadri, penganalisis politik Razak Baginda, pihak polis dan kerajaan Malaysia susulan pembunuhan anaknya.

Sebelum ini dilaporkan bahawa undang-undang Australia menghantar penghantaran pulang individu yang berdepan hukuman mati ke negara asal. - M'kini

Aziz Bari: Siasat jika Tunku Idris menghasut

Posted: 19 Jun 2015 07:00 PM PDT

 
Aziz Bari: Siasat jika Tunku Idris menghasutPakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berkata, polis perlu menyiasat jika putera raja Johor bertindak menghasut melalui kenyataan berhubung hak Johor keluar daripada Malaysia.

Abdul Aziz berkata, Putera Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim tidak menikmati kekebalan undang-undang seperti sembilan orang Raja-Raja Melayu.

"Dalam apa jua kes, Peguam Negara dan pasukan polis perlu membuat pendirian sama ada putera raja tersebut melanggar undang-undang, khususnya Akta Hasutan 1948.

"Jabatan ini bertanggungjawab untuk menguatkuasa undang-undang dengan adil ke atas semua rakyat; putera raja Johor tidak kebal daripada undang-undang.

"Hanya sembilan orang raja-raja Melayu yang menikmati keistimewaan ini, tertakluk kepada peruntukan mahkamah khas untuk raja-raja," kata Abdul Aziz dalam kenyataannya.

Katanya, tindakan itu perlu dilakukan dengan pantas, seperti operasi ke atas aktivis Sabah dan Sarawak yang didakwa menghasut untuk membawa negeri itu keluar dari persekutuan Malaysia.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, Tunku Idris juga sepatutnya mengehadkan ulasan dalam ruang lintup Perlembagaan Persekutuan.

Konteks hujah

Ini kerana, ulasan Tunku Idris di Instagram dilihat mengandungi fakta sejarah tidak tepat apabila menyebut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dibuat pada 1946, sedangkan ia dimeterai pada 1948.

Tambahan pula, tulisan tersebut menyatakan bahawa sekiranya mana-mana daripada syarat tersebut dilanggar, maka terkeluarlah Johor daripada Malaysia – yang hanya wujud 17 tahun kemudian pada 1963.

"Undang-undang asas pada masa ini ialah Perlembagaan Persekutuan. Ini adalah undang-undang yang menentukan hubungan dan hak di antara negeri dan kerajaan pusat.


"Putra Johor mungkin ada hujah tetapi dia perlu tumpukan dalam konteks dan skema Perlembagaan Persekutuan.

"Sesuatu perjanjian pada masa lalu sudah kehilangan keabsahan dan kuasa, apabila ada Perlembagaan Persekutuan, undang-undang paling agung di tanah ini," tegas Abdul Aziz.

Tulisan di Instagram itu adalah rentetan kepada kenyataan Menteri Kabinet, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang menegur Tengku Mahkota Johor agar tidak campur tangan dalam politik.

Nazri bertindak demikian ekoran kritikan Tunku Ismail Sultan Ibrahim ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana tidak hadir dalam debat bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. - M'kini

Masalah status 'Johor boleh keluar Malaysia'

Posted: 19 Jun 2015 06:30 PM PDT

Masalah status 'Johor boleh keluar Malaysia'Putera Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim mengejutkan ramai pihak dengan status Instagram berkaitan perjanjian pada 1946 yang dikatakan membenarkan negeri itu keluar Malaysia dalam keadaan-keadaan tertentu.

Bagaimanapun teks dimuat naik itu dilihat mengandungi fakta sejarah tidak tepat apabila menyebut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dibuat pada 1946, sedangkan ia dimeterai pada 1948.

Tambahan pula, status tersebut menyatakan bahawa sekiranya mana-mana daripada syarat-syarat tersebut dilanggar, maka terkeluarlah Johor daripada Malaysia – yang hanya wujud 17 tahun kemudian pada 1963.

Lebih menarik lagi, menurut penganalisis politik Wong Chin Huat, perjanjian 1946 itu sebenarnya merujuk kepada perjanjian Malayan Union yang menggambarkan kegagalan keluarga diraja sehingga membawa kepada penubuhan Umno.

"Pada 1946, tidak ada Persekutuan Tanah Melayu, hanya ada Malayan Union yang menjadi sebab mengapa Umno dilahirkan.

"Sultan-sultan telah menyerah kuasa mereka (kepada British) dan bersetuju kepada perjanjian untuk memberi kerakyatan secara longgar atas tekanan British.

"Ini yang menjadikan orang Melayu memberontak dan rasa dikhianati. Mereka kemudian membentuk Umno (untuk menentang Malayan Union)," katanya kepada Malaysiakini.

Dr M: Melayu sendiri lindungi Melayu


Malah, tindakan kerabat diraja yang mudah menerima Malayan Union juga digunakan oleh perdana menteri sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melancarkan serangan ke atas raja-raja dalam usaha melucutkan kekebalan mereka pada 1993.

Perkara itu terdapat dalam hansard ucapan Mahathir di Parlimen pada tahun itu.

"Ada pihak yang berpendapat bahawa raja Melayu diperlukan untuk melindungi orang Melayu.

"Peristiwa Perjanjian Mac Michael dan Malayan Union jelas membuktikan bahawa yang sanggup dan mampu melindungi orang Melayu ialah orang Melayu sendiri.

"Jika tidak kerana mereka bangun dan menentang Malayan Union, hari ini orang Melayu akan menjadi pengemis di negeri sendiri," kata Mahathir dalam handsard itu.

Sehubungan itu, Wong berkata Tunku Idris telah mencampuradukkan fakta sejarah dan peninggalan Malayan Union dalam status di Instagramnya itu.

"Disebabkan itu (Malayan Union), kembali kepada persoalan sama ada raja-raja atau ahli-ahli politik dapat melakukan tugasan mereka dengan baik dalam mempertahankan kepentingan Melayu," kata Wong. - M'kini

Perbuatan Tun M bertentangan ketika jadi PM -Annuar Musa - Faiz Zainudin

Posted: 19 Jun 2015 06:00 PM PDT


mahthir_Annuar-Musa_600
Dr Mahathir pernah menyatakan beliau tidak suka Anwar Ibrahim menggunakan media luar untuk memburukkan negara. 
 
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyuarakan tidak puas hati terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menggunakan media antarabangsa untuk memburukkan negara.
Perkara itu didedahkn Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Katanya, Dr Mahathir sering menyebut beliau tidak gembira kerana ada pihak yang menggunakan media luar untuk memburukkan negara.

Annuar yang pernah menjadi Menteri Kabinet di bawah Dr Mahathir berkata, pihak yang dimaksudkan Dr Mahathir itu merujuk kepada Anwar.

Sehubungan itu, katanya, perbuatan Dr Mahathir menulis surat kepada New York Times untuk mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak bertentangan dengan pendiriannya ketika menjadi Perdana Menteri.

"Saya agak terkeliru sedikit sebagai menteri yang berkhidmat di zaman dia, saya agak keliru apa Tun M buat.

Waktu dia jadi Perdana Menteri dia sendiri tidak suka orang lain melakukannya," katanya semasa sidang di Ibu Pejabat Mara pada Jumaat.

Katanya, kritikan Dr Mahathir terhadap Najib merupakan hak beliau untuk bersuara dan semua pihak perlu menghormati pemimpin yang banyak menabur jasa kepada negara.

"Kita boleh berdukacita (serangan terhadap Najib) tapi kita tak boleh menolak hak bersuara Tun M. 

Beliau kekal sebagai negarawan yang perlu dihormati dan kita tidak boleh berlaku tidak sopan kepada orang yang banyak berjasa pada negara," katanya.
 

GAMIS desak sembilan Naib Canselor letak jawatan Adam Abu Bakar

Posted: 19 Jun 2015 05:30 PM PDT

 
gamus_600

GAMIS turut melahirkan rasa terkilannya dengan sikap pihak pentadbiran universiti terbabit yang seolah-olah menutup sebelah mata mengenai ketirisan yang berlaku.

PUTRAJAYA: Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) mendesak supaya Naib Cancelor sembilan buah universiti tempatan yang ditegur oleh Ketua Audit Negara ekoran kelemahan urus tadbir kewangan meletak jawatan.

Timbalan Presidennya, Ahmad Fahmi Mohktar menyifatkan ia sebagai satu perkara yang sangat menjijikkan apabila ia melibatkan institusi pengajian tinggi.

"Universiti selalu mendidik kami (mahasiswa) untuk melakukan kebaikan, tetapi mereka pula yang melakukan ketirisan," ujarnya dalam sidang media pada Jumaat.

Pada masa sama, GAMIS turut melahirkan rasa terkilannya dengan sikap pihak pentadbiran sembilan buah universiti terbabit yang seolah-olah menutup sebelah mata mengenai ketirisan yang berlaku.

"Sebaliknya, pihak universiti sering campur tangan mengenai aktiviti aktivis mahasiswa," katanya lagi.

Sebelum itu, GAMIS yang diwakili oleh Pengerusi Majlis Politik Malaysia, GAMIS, Saiful Mujahid Mohd Fadzil menyerahkan memorandum kepada Pegawai Unit Korporat Komunikasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Syazrah Nazuha Husin.

Selain menuntut Naib Cancelor meletakkan jawatan, GAMIS juga mendesak supaya pihak pengurusan universiti mengeluarkan penyata yang telah diaudit serta laporan aktiviti dengan kadar segera.

"Kita mendesak supaya peranan dan tanggungjawab universiti sebagai badan berkanun dikembalikan," kata Saiful.

Sebelum ini, dalam Laporan Ketua Audit Negara 2014 siri 2 telah membuat teguran terhadap sembilan universiti awam membabitkan pengurusan perolehan.

Ia merangkumi proses perolehan perkhidmatan atau barangan yang tidak mengikut tatacara perolehan secara sebut harga, perolehan dipecah kecil, kelewatan kontrak, kelewatan sesuatu projek disiapkan dan tempoh lanjutan sesuatu kontrak.

Sembilan universiti terbabit adalah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Nazri - Najib Tak Layak Debat Dengan Rakyat Biasa, Dengan Wan Azizah.. Ok..

Posted: 19 Jun 2015 05:00 PM PDT





Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjawab soalan-soalan kontroversi termasuk isu 1MDB menggunakan blog dipertahankan seorang menteri kabinet.

Menteri kebudayaan dan pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz berkata tindakan itu membolehkan Najib berfikir terlebih dahulu sebelum menulisnya dalam keadaan santai.

"Kami ada masa untuk fikir sebelum jawab, ia lebih santai.

"Tetapi jika kamu debat, sukar... suasana dan persekitarannya.

"Seterusnya, kamu ada fakta, tetapi kami tidak boleh rujuk padanya (pada masa itu)," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakiniminggu lepas.

Debat tidak akan menyelesaikan masalah, kata anggota parlimen Padang Rengas itu.

Nazri juga berkata, oleh kerana Mahathir merujuk dirinya sebagai rakyat biasa, Najib tidak perlu berdebat dengan perdana menteri keempat itu.

"Ini tidak pernah menjadi amalan kita. Belum pernah ada seorang pun perdana menteri berdebat dengan rakyat biasa. Semak sejarah dulu sebelum buat kesimpulan," katanya.

"Jika seorang rakyat biasa ajak debat, saya akan kata jangan," katanya sambil menambah tindakan itu akan menggalakkan lebih ramai orang mencabar perdana menteri.

Bagaimanapun, katanya, jika mahu berdebat, pihak paling sesuai menjadi lawannya ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah atau pemimpin luar negara

Yang Di Kejar Tak Dapat , Yg Di kendong Berciciran:

Posted: 19 Jun 2015 04:30 PM PDT

 Wahai ulamak2 PAS , akui lah kamu tidak pandai berpolitik Tranungkite "Beginilah nasib Pas . Kesian + sedih . Itulah akibat terlebih cerdik oleh mereka yang merasa diri mereka ulamak.

Nasib Pas tak ubah seperti LEBAI MALANG...seperti kata bidalan YANG DIKEJAR TAK DAPAT YANG DIKENDONG BERCICIRAN... Inilah padah nya MENDENGAR GURUH DILANGIT AIR DITEMPAYAN DIBUANG .

Putuskan hubungan dengan DAP. Kalau bersendirian PAS akan jadi lebih kuat . Itu lah antara kata-kata dan ungkapan si Tak Cerdik. Dari kenyataan2 oleh geng2 kopiah selepas tindakan drastik oleh DAP nyata mereka sebenarnya mahukan sokongan DAP dan PKR. Maka kelaurlah azam dan ikar PR masih wujud....

PR masih utuh...PR tak terjejas...dan yang terkini oleh Mustafa Ali PR tak mati cuma pengsan. Nyata sekali PAS perlukan sangat2 PR.

Ini dapat dilihat sebaik saja Lim Guan Eng melibas Pas di P Pinang . Boleh dikatakan geng2 utama apa yang disebab ulamak2 PAS tergamam .

Maka keluar kenyataan dari mulut2 yang sebelum muktamar lidahnya keras dan mulut tak ada insuran tiba-tiba mengeluarkan kenyataan yang lembut . Kita sangka mereka akan keluarkan kenyataan yang lebih keras.

Tetapi sebaliknya pula. Yang lebih menghairan watak seperti Zuhdi dan Dr. khairuddin tidak kedengaran. Nik Amar juga tidak berbunyi .

Begitu juga ahli tomoi PAS dari Temerloh yang hendak menyiku dan melututkan DAP tidak berbunyi. Hari dah jelas umno keberatan hendak menyokong undang2 hudud yang dibentangkan oleh Haji Hadi. Hudud yang dibawa oleh PAS tak sampai kemana.

Kesannya PAS dah macam RUSA MASUK KAMPUNG. Terpingga-pingga. Harapkan umno , umno dah mainkan. Pelawaan bersama umno tidak dihulurkan. Cuma ucapan tahniah dari Najib kepada PAS kerana PR telah berpecah dan dibubarkan hasil dari muktamar. Lalu tanpa rasa segan silu masih mengaku dirinya masih ahli gabungan PR.

Sedangkan PR sudah tidak wujud lagi. Tanpa malu mengatakan kerajaan PR masih utuh sedangkan PAS yang mahukan PR bungkus. Nyatakan golongan berlatarbelakangkan pendidikan agama ( mereka bukan ulamak sebenarnya) amat cetek dalam permainan politik . Terlalu gopoh dalam menguruskan kemenangan yang masih muda usianya.

Gagal menilai dan mengukur kekuatan keupayaan PAS . Bagi mereka kemenangan PAS dinegeri2 Selatan khususnya Selangor adalah kerana sokongan padu pengundi kepada PAS. Sebab ahli tomoi PAS di Temerloh jadi orang lupa daratan.

Dia sangka kemenangannya mengalah Datuk Saifuddin adalh kerana kekuatan pengeruh PAS disitu. Tindak tanduk PAS tak ubah seperti...perempuan tua yang latah , malam dia tenun , siang di rosakkannya tenunannya.

Geng2 kopiah tidak menghargai dan berteterima kasih kepada golongan profesional dan moderate yang bertungkus lumus meyakinkan pengundi Cina ( yg seblumnya sangat takut dengan PAS) akan menyokong dan memberi peluang kepada PAS. Usaha itu berjaya.

Tapi dengan satu hari sahaja usaha yang bertahun-tuhan itu di musnahkan. Kita percaya selepas ini tidak ada lagi orang2 cina yang mahu memberi undi kepada PAS.

Wahai ulamak2 PAS , akui lah kamu tidak pandai berpolitik.


Kerengga.


Sejarah dan asal usul Rosmah Mansor - By canang

Posted: 19 Jun 2015 09:00 AM PDT

 
Dalam posting wa yang sini dan sini, wa cuma nak jelaskan bahawa yang sepatutnya menjadi isteri pertama PM Najib bukan lah Rosmah Mansor seperti yang di ketahui kini.
Oleh itu, wa korek pulak siapakah wanita 'hebat' yang berjaya merampas PM Najib dari tangan isterinya yang sah, malah PM Najib sanggup meninggalkan anak bini dia hanya kerana ingin membina hidup bersama Rosmah Mansor.
                                                                                                                                           Datin Paduka Seri Hajah Rosmah Mansor ialah isteri kepada Perdana Menteri Malaysia ke-6 Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Abdul Razak namun beliau bukanlah isteri yang pertama bagi PM Najib. Beliau dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 1951. Beliau merupakan canselor Universiti Industri Selangor (UNISEL) semasa di era pemerintahan Umno/BN di Selangor dulu. 

 
Beliau merupakan isteri yang kedua bagi PM Najib. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang anak, Norashman dan Nooryana Narjawa. Beliau jugak mempunyai seorang anak, Azrene Soraya hasil daripada perkahwinan beliau yang pertama dengan Farith Ismeth Amir, pembaca berita Dunia Jam 10 di RTM. Ibu beliau berasal dari Kampung Mertang, Seri Menanti, Negeri Sembilan. Ramai yang tidak mengetahui kisah sebenarnya bagaimana Rosmah Mansor berjaya mendapatkan PM Najib dari bekas isterinya, Tengku Puteri Zainah iaitu seorang kerabat raja sebuah negeri di Pantai Timur.                                                                                                                                                                           Ketika itu PM Najib adalah MB Pahang pada usia yang terlalu muda. Menurut maklumat, Rosmah Mansor senantiasa berkunjung ke pejabat MB Pahang untuk bertemu PM Najib. Beliau dibawa oleh rakan karibnya iaitu Datuk Maznah Mazlan yang kini menjadi Timbalan Menteri dan ADUN Muadzam Shah. Khabarnya, boleh dikatakan setiap hari Rosmah Mansor akan mengadap PM Najib, dan setiap kali itulah jugak lah hanya Rosmah yang dibenarkan naik ke Pejabat MB Pahang, lain-lain orang tidak dibenarkan masuk.                                                                                                                                                         Kejadian dan mungkin boleh di kategorikan sebagai skandal itu berlaku agak lama, hinggakan PM Najib ketika itu terpaksa mengarahkan pihak-pihak tertentu untuk  mengalihkan kenderaan rasmi MB untuk membuktikan bahawa beliau tiada di pejabat setiap kali Rosmah Mansor datang. Peliknya, Maznah hanya menunggu di lobi Wisma Sri Pahang tempat kejadian ini berlaku. 
Hubungan pelik Rosmah Mansor  yang datang ke pejabat ini berlarutan agak lama, hinggalah ditemui isteri PM Najib dikatakan terkena penyakit misteri yang sukar diubati.                                                                                                                                                    Maka dengan alasan itu akhirnya, PM Najib menceraikan isterinya dan sanggup berkahwin dengan Rosmah Mansor setelah membayar sekian harga kepada pemilik Rosmah Mansor yang sah ketika itu. Entah berapa harga yang telah dibayar oleh PM Najib pun tidak pasti, mungkin ratus ribu RM atau juta RM agaknya.                                                                                                                                                                                                               Akhirnya berjayalah Rosmah Mansor memiliki PM Najib, dan menurut maklumat maka bermulalah agenda Rosmah Mansor untuk menjadi orang nombor satu. Ini didedahkan kepada rakan-rakan rapatnya dan juga Maznah Mazlan.                                                                                                                                                                                         Berbanggalah Rosmah Mansor kerana memiliki lelaki seperti PM Najib Razak, seorang anak bekas Perdana Menteri yang amat disayangi rakyat satu ketika dulu. Hasratnya untuk menjadi wanita nombor satu tercapai seketika tatkala isteri bekas Perdana Menteri Pak Lah, iaitu Hindon meninggal dunia akibat penyakit barahnya.                                                                                                                                                                                                   Namun, perjalanan Rosmah Mansor sedikit terhalang selepas Pak Lah berkahwin kali kedua dengan Jeane Abdullah. Akhirnya hajat itu terbantut, namun usahanya tetap berjalan. Rosmah Mansor terus melangkah dan melangkah, segala yang menghalang langkah PM Najib pasti akan diketepikan.                                                                                                                                                                                                                                                Maka wujudlah berbagai skandal yang mengaitkan namanya seperti kes Altantunya, isu pembelian kapal selam dan jet sukhoi, isu pakaian seragam pelatih PLKN dan banyak lagi. Perjalanan Rosmah Mansor sedikit terencat dengan isu-isu ini. Namun, baginya perjalanan semakin hampir cuma masanya belum tiba.
Akhirnya kini, Rosmah Mansor sudah hampir berada dikemuncaknya. Kelibat beliau lebih hebat dari mana-mana isteri raja-raja Melayu atau Perdana Menteri sebelum ini. Kemana PM Najib pergi, maka beliau tetap akan mengekorinya.                                                                                                                                                 Beliau terlalu marah jika wajahnya tidak dipaparkan di media ketika beliau berada bersama PM Najib dalam mana-mana acara rasmi. Pernah terjadi sebuah stesyen televisyen swasta di beri surat "tunjuk sebab", gara-gara mengambil gambar PM Najib dengan ternampak hanya tangannya sahaja di kaca TV.                                                                                                                              Rosmah Mansor tidak suka ini terjadi, beliau memberi amaran "tunggulah beliau jadi wanita nombor satu negara nanti". Katanya itu masih terpahat di minda dikalangan wartawan media terbabit. Mereka takut dengan amaran Rosmah Mansor. Beliau kini sedang mengatur strategi agar tidak ada orang yang menggagalkan rancangannya itu.                                                                                                                                                                                                                                          Jika ada pasti "dipastikan" mereka akan gagal termasuklah Pak Lah, Anwar dan lain-lain lagi. Masa semakin tipis dan beliau harus berwaspada. Khabarnya beliau sudah mula berangan-angan untuk berada di Pejabat Perdana Menteri, bukannya PM Najib.                                                                                                                                                               Bagi memastikan semua pihak berbuat baik dengannya, maka beliau telah membelikan jam-jam tangan yang nilainya jutaan ringgit untuk diberikan kepada isteri-isteri pembesar negara dan raja-raja Melayu. Beliau sanggup lakukan semua ini demi mendapat sokongan dan yakin PM Najib akan menjadi orang nombor satu negara dan beliau bakal ditabalkan sebagai "wanita nombor satu".
Apakah hasratnya itu akan tercapai?. Rakyat dapat membayangkan, apakah akan terjadi jika beliau berjaya dengan impiannya ini?. Ada yang gusar dan takut apakah yang akan berlaku kepada rakyat terutamanya musuh PM Najib dalam pakatan pembangkang.                                                                                                                                                   Terdapat juga khabar angin mengatakan Tun Madey ada memberi "kata dua" kepada PM Najib, jika beliau ingin mengejar impiannya itu beliau harus "lepaskan Rosmah". Ini kerana Tun Madey tahu siapa Rosmah Mansor dan apakah kaitannya dengan skandal-skandal yang dimaksudkan. Apapun, sama-samalah kita nantikan perjalanan Rosmah sebagai "wanita nombor satu" selepas ini.

Blogger: kopitarikkaw2.blogspot.com/

Najib akan terus menyogok Melayu, kata wartawan veteran - OLEH MD IZWAN

Posted: 19 Jun 2015 08:30 AM PDT

 
Datuk Seri Najib Razak masih percaya kaum Melayu dan masyarakat luar bandar boleh dibeli menerusi pemberian tunai bagi menutup mulut mereka mengenai masalah pentadbirannya, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Jun, 2015. 

Datuk Seri Najib Razak masih percaya kaum Melayu dan masyarakat luar bandar boleh dibeli menerusi pemberian tunai bagi menutup mulut mereka mengenai masalah pentadbirannya, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Jun, 2015.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yakin masyarakat Melayu dan Bumiputera boleh terus disogok bagi menyokong kelangsungan politiknya, kata wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin.

Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu berkata, ia terbukti apabila Najib masih "menaburkan wang" dengan mengumumkan bonus raya baru-baru ini walaupun kewangan negara dalam keadaan genting.

"Mohd Najib sangat yakin orang Melayu-Bumiputera serta orang miskin luar bandar boleh disogok untuk terus menyokong beliau," tulis Kadir dalam blognya The Scribe A Kadir Jasin hari ini.

"Yang terbaru, walaupun kewangan negara dalam keadaan genting dengan hutang bertimbun, Mohd Najib mengisytiharkan bonus raya untuk sejuta lebih kakitangan awam." 

Kadir (gambar) yang memimpin NSTP semasa era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan masyarakat luar bandar boleh ditutup mata dan telinga mereka dengan pemberian wang tunai supaya isu-isu besar lain tidak dihiraukan.

"Beliau yakin mata dan telinga orang Melayu-Bumiputera serta orang miskin luar bandar boleh ditutup dengan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) agar tidak menghiraukan isu-isu genting seperti 1MDB (1Malaysia Development Berhad), Felda/FGV (Felda Global Ventures) dan PFI serta ekonomi yang menurun, harga barang dan perkhidmatan yang semakin mahal akibat pelaksanaan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) dan banyak lagi isu yang menekan," katanya.

Menurut Kadir, parti komponen BN kini tidak lagi dipedulikan malah tidak diperlukan dalam usahanya kekal berkuasa.

"Parti-parti BN pusat hampir-hampir tidak dipedulikan atau dibawa berunding dalam perjuangan hidup-mati beliau.

"Mohd Najib hanya mengadakan perhimpunan solidariti (perpaduan) dengan Umno – bukan sekali, tetapi berulang kali," katanya.

Mengambil kira faktor ketakpedulian Najib terhadap BN, Kadir berkata kedudukan Najib ketika ini masih belum selamat walaupun parti pembangkang sedang bergelut sesama sendiri.

"Kemungkinan BN kalah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang tetap ada walaupun Pakatan Rakyat (PR) sudah terkubur akibat ketidakserasian DAP-PAS.

"Kalau PR kini hanya wujud dalam bentuk prinsip, BN hampir-hampir tidak relevan lagi di bawah pentadbiran Mohd Najib Abdul Razak," katanya.

Kadir turut berkata, kuasa dan pengaruh Melayu dan Bumiputera paling tercabar sekiranya pembangkang berjaya memerintah negara.

Kadir berkata langkah pertama diambil pembangkang sekiranya memerintah adalah dengan melembutkan hati masyarakat Melayu-Bumiputera, khususnya di kalangan kakitangan awam.
"Kakitangan awam, polis dan tentera yang didominasi oleh orang Melayu-Bumiputera mudah dilembutkan hatinya melalui kenaikan gaji biarpun tidak banyak mana.

"Orang Melayu-Bumiputera miskin mudah diambil hatinya dan ditambat taat setianya dengan menaikkan kadar subsidi pendapatan ala Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)," katanya.

Kadir membuat analisis ringkas yang mungkin berlaku sekiranya pembangkang memerintah negara dalam pilihan raya umum depan yang baginya tidak mustahil akan berlaku.

Langkah menambat hati tersebut akan memberi hasil yang lumayan jika pembangkang mengatakan kenaikan subsidi dan gaji adalah hasil penghapusan pemborosan, gaya hidup mewah, salah guna kuasa dan rasuah zaman BN.

"Sesiapa pun yang menggantikan BN akan menjadi lebih popular dan diyakini jika berani mengambil tindakan yang lebih tegas seperti menyiasat, mendakwa dan menghukum pemimpin BN dan tali barut mereka atas kesalahan jenayah," katanya.

Selepas masyarakat Melayu-Bumiputera diambil hati, Kadir berkata kerajaan baru kemudian akan mengisi tuntutan orang Cina dan India yang akan memberi kesan besar dalam ekonomi dan perniagaan.

"Orang Cina dan India, khususnya kelas perniagaan dan ikhtisas (profesional) lebih tinggi tuntutannya dan mereka inilah yang akan mempengaruhi dasar dan pendekatan pengganti BN dalam bidang ekonomi dan perniagaan," katanya.

Malah, kumpulan ini juga penuntut hak dan peranan yang lebih luas dalam penentuan dasar-dasar negara, khususnya yang berkaitan ekonomi, pendidikan dan guna tenaga.

Yang paling dibimbang adalah mereka pasti menuntut penyertaan yang lebih luas dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) yang kini didominasi oleh Bumiputera.

"Dalam sfera inilah kuasa dan pengaruh Bumiputera paling tercabar.

"PR (Pakatan Rakyat) pastinya tidak akan memberi keutamaan kepada usahawan Bumiputera yang dilihat sebagai proksi atau tali barut parti-parti BN dan akan menjadikan kegagalan korporat (corporate failure) GLC dan GLIC sebagai alasan meminggirkan eksekutif Bumiputera," kata Kadir. – 19 Jun, 2015.

PAS tak dapat terima hakikat mereka bunuh Pakatan, kata DAP

Posted: 19 Jun 2015 07:45 AM PDT

 
Naib Pengerusi DAP Teresa Kok (dua dari kiri) berkata, kehancuran PR berpunca daripada usul ketika Muktamar PAS ke-61 di Kuala Selangor baru-baru ini, yang memutuskan hubungan dengan DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Jun, 2015. 

Naib Pengerusi DAP Teresa Kok (dua dari kiri) berkata, kehancuran PR berpunca daripada usul ketika Muktamar PAS ke-61 di Kuala Selangor baru-baru ini, yang memutuskan hubungan dengan DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Jun, 2015.
Susulan kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali Pakatan Rakyat (PR) hanya "pengsan" semalam, pemimpin DAP berpendapat, beliau tidak dapat menerima kenyataan pakatan pembangkang itu sudah tidak lagi wujud. 

Naib Pengerusi DAP Teresa Kok berkata, kehancuran PR juga berpunca daripada usul ketika Muktamar PAS ke-61 di Kuala Selangor baru-baru ini, yang memutuskan hubungan dengan DAP. 

"Kenyataannya itu membuktikan beliau tidak dapat menerima realiti PAS membunuh PR dan PR tidak lagi wujud," kata ahli Parlimen Seputeh itu merujuk kepada Mustafa. 


Mustafa, semalam dipetik laporan media berkata, PAS akan tetap bersama PKR untuk memastikan PR terus hidup. 

"Pakatan tidak mati, hanya 'pengsan'," katanya pada sidang media di pejabat Perhubungan PAS Terengganu di Kuala Terengganu, semalam. 

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS baru-baru ini memutuskan untuk memilih Ahli Parlimen Kota Baru Datuk Takiyuddin Hassan sebagai setiausaha agung bagi menggantikan Mustafa. 

Sementara Mustafa yang sebelum ini menjadi setiausaha agung PAS diturunkan pangkat sebagai pengarah pilihan raya bagi menggantikan Dr Mohd Hatta Ramli.

Menurut Mustafa, PR hanya mengalami sedikit kejutan berikutan keputusan DAP untuk keluar daripada PR.

"DAP yang memutuskan untuk meninggalkan Pakatan," katanya.  

Kok bagaimanapun berkata, meskipun pemimpin PAS berpendapat, keputusan muktamar masih belum dimuktamadkan, usul itu jelas menunjukkan mereka ingin memutuskan hubungan dengan DAP memandangkan muktamar adalah badan pembuatan keputusan tertinggi parti itu. 

"Mustafa dan pemimpin PAS lain tidak mungkin tidak faham makna dan kesan usul tersebut.  
"Malah, juga silap apabila Mustafa mengatakan DAP yang ingin meninggalkan PR," kata Kok. 

Mustafa juga katanya tidak seharusnya cuba meletakkan beban kesalahan di bahu DAP susulan perpecahan pakatan pembangkang itu. 

"DAP sedar akan aspirasi rakyat Malaysia untuk melihat perubahan politik dalam negara. 
"Tapi, realiti menyedihkan pada muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP membunuh PR," kata Kok. 

Beliau turut mengulangi pendirian, DAP hanya akan bekerjasama dengan PKR, dan pihak yang ingin menamatkan penguasaan Umno dan Barisan Nasional (BN). – 19 Jun, 2015.

Selepas pengampunan aktivis, bekas MB seru mahkamah pulangkan denda

Posted: 19 Jun 2015 07:00 AM PDT

 
Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata wang denda yang dibayar 11 aktivis yang dibebaskan menerusi pengampunan diraja semalam perlu dipulangkan kerana mereka dari golongan susah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Jun, 2015.
 
Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata wang denda yang dibayar 11 aktivis yang dibebaskan menerusi pengampunan diraja semalam perlu dipulangkan kerana mereka dari golongan susah. 
Mahkamah perlu memulangkan semula bayaran denda RM5,000 yang dikenakan terhadap 11 aktivis rampasan kuasa Perak selepas mereka mendapat pengampunan diraja dan dibebaskan malam tadi, kata Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Bekas menteri besar yang kini ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak itu berkata, bayaran denda itu wajar dipulangkan semula kerana mereka terdiri daripada golongan yang tiada berpendapatan tetap dan bergaji rendah.

"Memandangkan mereka sudah diampuni, mohon supaya denda yang telah dibayar dipulangkan balik kepada mereka kerana rata-rata mereka adalah dari kalangan yang tiada berpendapatan tetap dan bergaji rendah," katanya dalam kenyatan hari ini.


Setiausaha Lembaga Pengampunan Perak Datuk Razali Othman dalam kenyataan semalam berkata, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah memberikan pengampunan untuk 11 individu berkenaan selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan.

Katanya, dalam mesyuarat pada 5 Mei lalu iaitu sehari sebelum pertabalan Sultan Nazrin, hanya seorang daripada 12 penunjuk perasaan menerima pengampunan apabila mengemukakan permohonan terus dan bukannya melalui pihak ketiga.

Kumpulan 11 aktivis yang dibebaskan dari penjara malam semalam susulan pengampunan diraja. – Gambar The Malaysian Insider, 19 Jun, 2015.Kumpulan 11 aktivis yang dibebaskan dari penjara malam semalam susulan pengampunan diraja. – Gambar The Malaysian Insider, 19 Jun, 2015.
Nizar, yang juga Adun Pasir Panjang berkata, pihaknya menghargai tindakan baginda dan mempertahankan aktivis tersebut bukan mahu menderhaka kepada sultan sebaliknya mahu menegakkan keadilan dan demokrasi di Perak.

Katanya, mereka bukannya penjenayah biasa tetapi orang yang wajar disanjung tinggi kerana sudi korban diri dan berjiwa sayangkan rakyat untuk wujudkan negeri yang adil dan berlandaskan demokrasi. 

Katanya, hak dan kehendak rakyat untuk memilih kerajaan negeri Perak secara demokrasi hendaklah dihormati pada setiap masa.

"Kami menjunjung kasih Kebawah Duli Tuanku Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di atas pembebasan tersebut dan merasa bersyukur semua OKZ tersebut dapat kembali ke pangkuan keluarga mereka. 

"Semoga dengan pembebasan ini sebagai satu yang cukup bermakna juga kepada seluruh rakyat Perak dan memartabatkan Institusi DiRaja Negeri Perak," katanya.

Pada 18 Mac lalu, Mahkamah Rayuan Putrajaya menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan dan denda RM5,000 setiap seorang. 

Seramai 13 orang ditahan ekoran demonstrasi di luar Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar, Perak, pada Februari 2009 semasa majlis mengangkat sumpah menteri besar baru Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir daripada Barisan Nasional di hadapan Sultan Perak.

Seorang warga Indonesia dihantar pulang ke negaranya selepas dibebaskan, manakala Mohamad Nazeer Hameed, 49, adalah satu-satunya aktivis yang mendapat pengampunan diraja sempena pertabalan Sultan Nazrin pada 6 Mei lalu. – 19 Jun, 2015.

Ulama PAS akan tentukan arah tuju politik Malaysia, kata laporan

Posted: 19 Jun 2015 06:15 AM PDT



The Economist melaporkan kumpulan ulama PAS merupakan pembuat keputusan selepas mengetepikan ahli kumpulan progresifnya semasa muktamar lalu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Jun, 2015. The Economist melaporkan kumpulan ulama PAS merupakan pembuat keputusan selepas mengetepikan ahli kumpulan progresifnya semasa muktamar lalu. 
Arah tuju politik Malaysia bergantung kepada kumpulan ulama PAS, terutama dalam responsnya kepada perpecahan gabungan pembangkang Pakatan Rakyat, kata The Economist.

Akhbar mingguan itu melaporkan sayap parti Islam konservatif merupakan pembuat keputusan selepas mengetepikan ahli kumpulan progresifnya semasa muktamar lalu.

"Banyak bergantung bagaimana PAS yang dikuasai golongan konservatif untuk meneruskannya. Parti yang dipimpin golongan berumur nampaknya fikir masa semakin suntuk untuk memperkenalkan hudud di Kelantan dan dilihat sanggup membentuk kerjasama dengan Umno," katanya.



Katanya, sokongan daripada PAS secara tersiratnya akan membantu peluang Umno mengekalkan lagi kuasa pemerintahannya.

"Ia juga akan melihat Malaysia diracuni politik perkauman yang lebih jelas," katanya.

Pakatan jatuh selepas keputusan PAS dalam muktamar memutuskan hubungan dengan DAP. 

Cadangan itu dibuat sayap ulama dan diluluskan tanpa bahas, menyebabkan kemarahan perwakilan akar umbi.

Pada Rabu lalu, presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan kerjasama itu secara rasminya sudah berakhir.

Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjalani hukuman penjara semalam menggesa bekas rakan sekutunya bekerjasama untuk kekal memerintah di negeri Selangor, Pulau Pinang, dan Kelantan.

Beliau juga memberitahu pemimpin parti itu supaya bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) untuk membawa perubahan dan menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tamak dengan kuasa dan rasuah. – 19 Jun, 2015.

Dulu Dr M benci Anwar bercakap kepada media asing, kata Annuar Musa OLEH KC NAZARI

Posted: 19 Jun 2015 05:30 AM PDT

 
Tan Sri Annuar Musa mempersoalkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengadu mengenai politik Malaysia kepada media asing. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 19 Jun, 2015. 

Tan Sri Annuar Musa mempersoalkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengadu mengenai politik Malaysia kepada media asing. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 19 Jun, 2015.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Annuar Musa berkata Tun Dr Mahathir Mohamad kini mengadu kepada media asing tentang Malaysia, satu perkara yang beliau sendiri benci apabila ia dilakukan bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Annuar, bekas perdana menteri itu sekarang menggunakan taktik sama terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Ia sesuatu yang Tun (Mahathir) sendiri sangat tak suka dahulu.


"Waktu saya dalam Kabinet Tun, Tun selalu menyebut betapa dia tidak gembira bila ada pihak, waktu itu Anwar menggunakan media luar negara.

"Saya agak keliru sikit sebagai menteri yang pernah berkhidmat di zaman beliau kerana apa yang beliau sarankan dahulu tidak dipraktikkannya sekarang," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini. – 19 Jun, 2015.

Najib Razak seorang Perdana Menteri yang DAYUS suarakami

Posted: 19 Jun 2015 04:45 AM PDT

 
Saya sebenarnya kasihan melihat Rosmah terpaksa menggalas tugas yang sangat besar semenjak dua menjak ni. Antaranya ialah:

1. Memastikan kesihatan Najib kembali seperti sedia kala agar dapat kekal jadi PM. Ini penting untuk memastikan RM kekal jadi 1st Lady...maklumlah,dua tahun lagi nak diadakan sidang kemuncak 1st lady lagi....Najib mesti sihat sebab nak kena fikir macam mana nak cari duit peruntukan juta-juta tu.

2. Memikul tanggungjawab menteri-menteri kabinet seperti merasmikan majlis pelancaran itu dan ini. Penat pembantu RM asyik kena buat teks ucapan walaupun isi kandungannya tak seberapa dan impak ucapan RM pun bersifat leweh. 

Agaknya menteri-menteri yang ada kat Malaysia ni tak tahu berucap, kena pergi kursus pengucapan awam dulu, maklumlah, semuanya RM yang kena turun berucap. Bingai ko apo menteri-menteri yang Najib lantik ni?

3. Nak kena 'entertain' PM Australia sebab abang Najib kena cacar. (Mesti masa muda-muda dulu Najib ni kuat antibodinya sebab tak pernah kena cacar...sekarang ni baru nak kena ye?) 


Kesian PM Australia, datang jauh-jauh untuk mengeratkan hubungan antarabangsa Malaysia-Australia, Malaysia ni punya bingai hantar bini PM je jumpa dia...tapi bagus juga, mat-mat salleh ni tak payah la kita utamakan sangat protokol-protokol ni, kasi RM je layan...baru kellllasssss.
 

Jadi pesanan saya kepada DS Najib, janganlah jadi suami yang kejam dan nusyuz, suruh isteri buat itu dan ini, mendera emosi dan mental. Semua PM kita sebelum ini tidak pernah 'mengerjakan' isteri-isteri mereka seteruk ini. Malah mereka menjadikan isteri sebagai ikon kepada golongan wanita.

Isteri yang setia di sisi suami dalam saat sedih dan gembira, tidak menjatuhkan maruah dan kejantanan mereka. Hadirnya mereka disegani, tiadanya mereka dirindui. Jika RM dimaki dan dicaci, ini semuanya salah DS Najib sebagai ketua keluarga dan ketua eksekutif kerana dayus tidak tahu menjaga isteri a.k.a. First Lady.


 
Oleh: paneh.blogspot

Apakah masa depan yang menanti parti-parti Pakatan? - Oleh Robin Stanley Augustin

Posted: 19 Jun 2015 04:00 AM PDT

 
Jadi, Pakatan Rakyat sudah berkubur. PKR akhirnya mengakui apa yang memang sudah menjadi
kebimbangan ramai.

Masa depan Pakatan boleh dikatakan sudah berkecai selepas DAP mengumumkan pengakhiran gabungan itu. Pengumuman – yang dikatakan sesetengah pihak sebagai terlalu awal – dibuat selepas Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP menerima usul muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan mereka.

Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz sejak itu berkata, Pakatan tidak mati, kerana ia hanya memerlukan sekurang-kurangnya dua parti, dan keadaan kini bergantung kepada PKR dan PAS.

Tokoh veteran DAP Lim Kit Siang pula berkata, suda tiba masanya rakyat Malaysia melangkah ke hadapan dan ada keperluan untuk gabungan politik baru yang berasaskan prinsip.

Katanya lagi, kini amat penting untuk mengatur semula pihak dan kuasa politik di negara ini, selain terus menghidupkan harapan rakyat Malaysia yang ingin melihat perubahan berdasarkan ideal Pakatan iaitu perpaduan negara, keadilan, kebebasan dan maruah rakyat.

Sementara itu, bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Mujahid Rawa berkata, Pakatan akan lahir kembali dan menjadi sesuatu yang lebih baik.

Katanya lagi, Pakatan tidak boleh wujud tanpa salah satu parti yang mengasasnya, dan mana-mana parti baru yang mahu mengisi 'vakum' yang wujud kini perlu berpegang kepada nilai yang sama.

Dengan pengakuan DAP dan PKR sendiri, Pakatan sudah mati.

Apa seterusnya untuk DAP, PKR dan PAS?

PAS nampaknya tidak akan berpatah balik daripada agenda Islamisnya, sementara DAP dan PKR kemungkinan besar akan terus bekerjasama.

Adakah kita akan lihat bangkitnya Phoenix daripada abu Pakatan Rakyat?

Ahli Sains Politik Universiti Malaysia Sarawak Andrew Aeria berpandangan, politik Malaysia secara keseluruhannya memerlukan nafas baru.

"Realitiya politik di Malaysia memang bermasalah. Kedua-dua pihak memerlukan pembaharuan."
Andrew Aeria

Andrew berkata bahawa masalah yang dihadapi Pakatan turut dihadapi Barisan Nasional.

"BN juga memang bermasalah seperti yang dapat dilihat dalam perbalahan dalaman parti komponennya termasuk Umno, MIC dan parti komponen di Sarawak.

"Justeru, mana-mana parti politik di negara ini perlu berubah demi negara ini sendiri."

Katanya lagi, sudah tiba masanya untuk meninggalkan politik kaum, agama dan wilayah setempat yang tidak membantu kepada kemajuan negara.

"Parti sepatutnya dibentuk berdasarkan visi yang dikongsi untuk Malaysia, dan berdasarkan ideologi sosio-ekonomi. Ini mesti dipersetujui dengan jelas," katanya dan menambah, gabungan politik pada masa ini sepatutnya bergabung sahaja menjadi satu parti.

Katanya lagi, sama juga dengan BN yang sepatutnya meninggalkan gaya politiknya hari ini dan menjadi satu parti.

"Politik Malaysia juga perlukan muka-muka baru. Kedua-dua pihak perlukan pimpinan baru."

Satu lagi aspek penting "nafas baru" ini adalah untuk parti Sabah dan Sarawak turut menyumbang kepada pembentukan parti di peringkat nasional.

"Parti politik di Malaysia Timur tidak boleh mengulangi kesalahan masa lalu, dengan agenda "Sabah untuk orang Sabah" dan "Sarawak untuk orang Sarawak". Apa yang telah dilakukan parti Sabah dan Sarawak untuk negeri mereka?" soalnya sambil menambah, parti tempatan yang menjadi komponen BN tidak mempunyai pencapaian hebat sejak Sabah dan Sarawak bersama menubuhkan Malaysia.

Katanya lagi, dua negeri tersebut perlu melihat gambaran yang lebih besar. Parti di semenanjung pula perlu lebih sensitif dan bersifat memahami terhadap masalah dan isu tempatan yang dihadapi penduduk Malaysia Timur, katanya lagi.

"Tubuhkan satu parti dan bukannya gabungan, dan jalankan pemilihan satu parti ini. Dengan cara ini, lebih mudah untuk menguruskannya, menubuhkan kabinet bayangan dan berjuang untuk isu-isu yang dekat dengan rakyat."

Katanya lagi, inilah yang perlu difahami politikus di kedua-dua pihak, demi masa depan negara.

Beliau ternyata membangkitkan idea dan hujah yang menarik.

Memang ideal untuk merasakan yang kita mampu melangkaui politik agama, kaum dan setempat. Tetapi adakah ia mampu dicapai?

Saya sendiri sudah banyak juga mendengar ucapan oleh pemimpin-pemimpin, tentang apa yang telah mereka lakukan untuk kaum, agama dan halaman mereka.

Ia seperti menganggap dirinya sahaja yang betul, dan berulang-ulang. Memang membosankan.

Persoalannya, afakah kita mampu melangkah melangkauinya? Adakah orang ramai akan menyokong parti yang melangkaui kaum, agama dan wilayah setempat?

Memang ada parti yang mendakwa sedemikian, tetapi bolehkah mereka dengan yakin berkata mereka berkata benar?

Kebenaran yang menyedihkan adalah politik kaum dan agama akan terus berkekalan, selagi rakyat Malaysia masih berpegang kepada idea politik seperti itu. Kaum masih lagi menjadi persoalan dalam kehidupan seharian kita.

Mungkin ia akan menjadi kenyataan pada beberapa generasi akan datang.

Ramai yang berharap Pakatan Rakyat mampu mencapai reformasi yang sebenar. Tetapi malang, barangkali kita meletakkan harapan yang terlalu tinggi.

Saya sendiri teruja untuk melihat jika "kelahiran semula" Pakatan Rakyat nanti adalah sebuah parti baru dengan prinsip bersama dan asas yang kuat, atau hanya satu lagi gabungan longgar yang bertujuan menewaskan BN.

Ulama PAS tidak kesal putus hubungan dengan DAP Dicatat oleh ustazcyber

Posted: 19 Jun 2015 03:15 AM PDT

Zack Ahmad's photo. Dewan Ulama PAS tidak pernah kesal selepas usulnya memutuskan hubungan dengan DAP diluluskan pada Muktamar Tahun ke-61 parti itu, kata ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed. 

Mahfodz berkata, mereka sudah sedia maklum akan akibat usul tersebut sejak awal lagi.
"Bagi saya, tiada patah balik, tiada pusingan-U kerana dengan kronologi yang dibuat PKR dan DAP kepada PAS, selama ini kita sabar, tak jawab kasar-kasar," kata Mahfodz dalam wawancara bersama The Malaysian Insider di Johor baru-baru ini. 

"Tetapi apabila kita dah buat (keputusan) di Muktamar memang tak akan berlaku pusingan-U. Kita dah memikirkan, akibatnya kita dah tahu," katanya. 

Beliau mengulas kedudukan terkini Pakatan Rakyat (PR) selepas DAP, disusuli PKR, mengumumkan gabungan itu kini "berkubur". 

Menurut Mahfodz, PAS juga tidak kesal dengan kerjasama politik yang terjalin di antara parti itu dengan DAP selama ini. 

"Kita bertahaluf ini tidak ada yang rugi, selalu untung. Dengan Umno pun kita untung juga, kita boleh sampai ke kawasan Felda. "Dengan PR kita dapat menguasai Kelantan dan dengan tahaluf siyasi, alhamdulillah, hasilnya ada," katanya. Usul memutuskan hubungan dengan DAP dicadangkan Dewan Ulama PAS dan dipersetujui sehingga mendatangkan kemarahan beberapa perwakilan akar umbi. 

Pemimpin PAS bagaimanapun berkata usul itu tidak mewakili keputusan muktamad, kerana masih perlu diputuskan Majlis Syura Ulama parti itu. Namun, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kemudiannya mengatakan bersedia menerima peletakan jawatan wakil PAS dalam kerajaan negeri Pulau Pinang. 

Sekurang-kurangnya 5 ahli sudah berbuat demikian, termasuk dari kumpulan progresif PAS Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan bekas timbalan presiden, Mohamad Sabu. DAP kemudian mengisytiharkan PR sudah berakhir pada mesyuarat jawatankuasa eksekutifnya Isnin lalu. 

Bagaimanapun, Lim semalam berkata satu-satunya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS, Datuk Salleh Man, masih sebahagian daripada kerajaan negeri Pulau Pinang. 

PKR juga menganggap PR sudah tidak berfungsi secara formal dan merakam kekesalan mereka dengan keputusan DAP dan PAS. Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa 3 parti yang sebelum ini dikenali sebagai PR agar terus menjadikan Dasar Bersama sebagai panduan dalam mentadbir negeri mereka. 

Menurutnya, ini kerana secara hakikatnya, PR masih wujud walaupun secara formal ia tiada. "Saya ingin menggesa rakan-rakan untuk menumpukan sepenuh perhatian menjadikan kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan yang menunjukkan kepedulian terhadap masalah rakyat berdasarkan Dasar Bersama PR," katanya dalam kenyataan menerusi Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, yang bertemunya di mahkamah semalam. – 


TMI 19 Jun, 2015.
 

Gaji peminjam PTPTN dipotong tapi ketirisan dibiarkan berlaku - FMT Reporters

Posted: 19 Jun 2015 02:30 AM PDT


PTPTN-defaulters
AMK percaya tindakan itu ada kaitan dengan saranan Menteri Belia dan Sukan, Khary Jamaluddin.

PETALING JAYA: Tindakan kerajaan mahu memotong gaji 163,007 pejawat awam bagi membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah tidak adil.

Pengarah Strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir berkata, perbuatan menghukum peminjam PTPTN itu dilakukan pada masa ketirisan berlaku yang dibiarkan oleh kerajaan.

"Tekanan ekonomi rakyat kini memuncak sejak pelaksanaan GST. Harga minyak yang naik setiap bulan dan ura-ura kenaikan kadar tol di 12 lebuh raya utama memburukkan lagi tekanan kos sara hidup rakyat biasa.

"Adakah gaji yang diterima penjawat awam memadai untuk menanggung semua ini dan kini berdepan dengan potongan gaji?, katanya dalam kenyataan media.

Akmal berkata, AMK percaya tindakan itu ada kaitan dengan saranan Menteri Belia dan Sukan, Khary Jamaluddin yang mahu kakitangan awam yang tidak membayar PTPTN dikenakan tindakan tatatertib.

"Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO lebih cenderung menghukum penjawat awam mahupun orang muda. Beliau gagal melihat masalah ini dari sudut yang luas iaitu bayaran balik pinjaman PTPTN tidak memuaskan adalah disebabkan ketempangan sistem itu sendiri.

"Beliau sepatutnya meneliti mengapa rakyat dipaksa membuat hutang bagi melanjutkan pelajaran dan mengapa terdapat elemen membuat keuntungan dalam pendidikan tinggi," katanya.

Dia berkata, mengikut perkiraan pada 2013, kos untuk menghapuskan hutang PTPTN berjumlah RM23 bilion, separuh daripada hutang RM42 bilion oleh 1MDB.

"Ini jelas terbukti sikap pilih kasih apabila kerajaan memilih untuk menghukum peminjam PTPTN tanpa kompromi sedangkan begitu banyak ketirisan wang rakyat yang lain dibiarkan begitu saja.

"Jika Khairy dengan lantang menggelarkan peminjam yang tidak membayar PTPTN sebagai mengkhianati perjanjian, beranikah beliau menuntut agar gaji Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Razak dipotong sehingga hutang 1MDB dijelaskan terlebih dahulu?, katanya.

YAB Azmin Ali Jadi Serba Salah ? - FMT Reporters

Posted: 19 Jun 2015 01:45 AM PDT

DAP desak Azmin gugur tiga EXCO Pas

azmin,PR

Keputusan itu antara pilihan yang diputuskan dalam mesyuarat tergempar tetapi masih belum dimuktamadkan.


PETALING JAYA: DAP Selangor telah membuat keputusan untuk mendesak Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali supaya menggugurkan tiga EXCO negeri dari Pas.

DAP memberi tempoh sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri dan sebelum September untuk Azmin membuat keputusan itu.

Sekiranya Azmin gagal mengambil tindakan, DAP akan bertindak keluar daripada pentabdiran Negeri Selangor.

Desakan itu diputuskan dalam mesyuarat tergempar DAP Selangor baru-baru ini, lapor akhbar Sin Chew Daily.

Tiga EXCO Pas itu ialah Datuk Iskandar Samad, Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidi Abdul Talib.

Sementara itu, FMT dimaklumkan desakan itu antara pilihan yang dibuat oleh DAP Selangor di samping beberapa pilihan lain yang belum dimuktamadkan.


Sumber DAP memberitahu, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua akan mengadakan perbincangan dengan Azmin dalam waktu terdekat ini.

Katanya, beberapa pilihan akan diberikan kepada Azmin supaya kerajaan negeri sedia ada terus kekal.

"DAP seboleh-bolehnya tidak mahu Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubar dan berlaku pilihan raya negeri," katanya.

Tiada asas bubar DUN Selangor- Azmin FMT Reporters

Posted: 19 Jun 2015 01:00 AM PDT

 
azmin,sultan
Azmin juga memberi amaran supaya tidak melibatkan Sultan Selangor ke dalam krisis politik.

PETALING JAYA: Tiada asas untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dibubarkan, kata Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Katanya, walaupun Pakatan Rakyat secara rasmi sudah tidak wujud, ketiga- tiga parti dalam pentadbiran negeri masih lagi berfungsi.

Katanya, tiada juga keperluan untuk beliau menghadap Sultan Selangor untuk memaklumkan krisis politik tiga parti itu kerana tidak menjejaskan pentadbiran negeri.

Timbalan Presiden PKR itu juga mengingatkan Rafizi Ramli supaya tidak cuba mengheret Sultan Selangor dalam krisis politik.

Beliau berkata, perjumpaan mingguan dengan Sultan Selangor hanya melibatkan perbincangan yang lebih penting iaitu pembangunan negeri.

"Jangan libatkan Sultan Selangor. Institusi istana perlu dihormati," tegasnya ketika ditemui di Masjid Negeri Shah Alam pada Khamis.

Naib Presiden PKR, Rafizi telah dilaporkan berkata, Azmin akan menghadap Sultan Selangor untuk memaklumkan tentang krisis politik itu.

Dia yang juga Setiausaha Agung PKR berkata, bukan senang untuk rakyat membuat pilihan parti mana kerana Pakatan Rakyat telah diberi amanah pada pilihan raya lalu.

Azmin juga menegaskan pakatan baru bagi menggantikan Pakatan Rakyat hanyalah merupakan cadangan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), bukan pendirian parti.

Anifah Aman bidas surat terbuka Tun M kepada New York Times - FMT Reporters

Posted: 19 Jun 2015 12:15 AM PDT

 
anifah-aman_mahathir_600

Menteri Luar mdakwa Dr Mahathir cuba merosakkan nama negara di kaca mata media antarabangsa

KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kesal dengan tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat terbuka kepada editor akhbar New York Times.

Katanya, tindakan itu dilihat sebagai percubaan untuk merosakkan negara sendiri di kaca mata media antarabangsa yang didorong dendam politik peribadi.

"Ia adalah tidak bertanggungjawab bagi mana-mana warga negara, apatah lagi seorang bekas perdana menteri, untuk menyebarkan pembohongan dan memutarbelit mengenai kedudukan syarikat-syarikat milik negara," katanya yang dipetik daripada Bernama

Dalam surat terbukanya kepada agensi berita itu, Anifah menangkis serangan Dr Mahathir terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), UMNO dan tuduhan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain disifatkan sebagai keterlaluan ia juga dianggap tidak benar.

Bahkan katanya, langkah pembaharuan yang dilaksanakan di bawah pentadbiran Najib telah membolehkan Tun Mahathir mempunyai kebebasan untuk bersuara dengan begitu kritikal.

"Kebanyakan rakyat Malaysia lebih suka melihat Dr Mahathir bersara secara hormat daripada terus merosakkan kedudukan negara sendiri untuk kepentingan politik peribadinya," katanya.

Pas tidak akan putus hubungan dengan PKR Adam Abu Bakar

Posted: 18 Jun 2015 11:23 PM PDT

 
tuan haji ibrahim,pas,pkr

Hubungan yang terjalin sejak penubuhan PKR akan diteruskan walaupun berhadapan krisis dengan DAP.

PETALING JAYA: Pas akan terus kekal bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, hubungan Pas dan PKR tidak pernah putus walaupun berhadapan krisis seperti sekarang.
"Pas kekal dengan kerja sama bersama PKR yang tidak pernah putus sejak penubuhannya," katanya dalam kenyataan media yang disiarkan di Facebook.

Mengenai hubungan Pas dan DAP, Tuan Ibrahim berkata, jika ada kerja sama untuk kali ketiga, parti itu mengharapkan ia kekal untuk tempoh masa yang lebih panjang berbanding sebelum ini.

"Jika ada kali ketiga, diharap kerja sama ini akan lebih panjang berbanding yang sebelumnya," ujarnya.

Katanya, Pas masih lagi kesal dengan DAP yang berterusan mengkritik Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan memfitnah Pas mahu mengadakan kerja sama politik dengan UMNO
"Lebih baik bagi DAP untuk menumpukan serangan pada UMNO yang berkuasa di kerajaan Persekutuan," katanya.