Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI


'Dr M takut, maki saya kucing kurap'

Posted: 18 Jun 2015 08:00 PM PDT

 
 
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata Tun Mahathir Mohamad menggelarnya "kucing kurap" kerana takut dengan kritikan pada bekas perdana menteri itu.

Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard berkata kenyataan Mahathir di depan sekumpulan "kaki sorak dan ampu"semalam hanya memalukan dirinya sendiri.

"Semua orang tahu semalam Tun M telah buat perjumpaan dengan NGO seramai 50 orang yang memang kaki sorak, kaki ampu dan dah kenyang dengan dia (Mahathir).

"Dia hina saya adakah saya rasa terhina. Saya tidak rasa terhina.

"Sebagai negarawan umur 90 tahun dia panik, dia tertekan dengan kempen kami. Dia terpaksa gunakan bahasa kesat panggil orang kucing kurap depan media, depan orang ramai.

"Maknanya Dr Mahathir menghina diri dia dan memalukan diri dia sendiri," kata anggota PKR yang digantung keahlian itu dalam sidang media di Petaling Jaya.

Mahathir semalam menggelar Badrul kucing kurap apabila mengulas pertanyaan peserta yang membangkitkan soalan sama ada beliau bersedia menerima undangan sebuah lagi program dialog 'Nothing2Hide' anjuran SAMM.

Sementara itu, Badrul turut mengumumkan penerbitan sebuah buku bertajuk "Wajah Sebenar Mahathir" yang memuatkan dakwaan salah laku Mahathir selama 22 tahun menjadi perdana menteri.

Badrul berkata buku itu dicetak sebanyak 40,000 salinan dan telah diedarkan sebanyak 10,000 naskah.

Katanya, buku itu akan diedarkan ke seluruh Malaysia, terutamanya kepada penjawat awam.

Jelasnya, penerbitan buku itu sebahagian dari kempen "Sudahlah Mahathir" yang dilakukan sejak dua minggu lalu.

Badrul ketika ditanya tujuan sebenar menyerang Mahathir ketika orang ramai sedang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menjawab:

"Sebab Najib sudah ramai orang serang. (Saya hendak) bagi tahu rakyat Malaysia, Mahathir bukan hero," katanya.
 

Setelah DAP dipersetankan di muktamar PAS

Posted: 18 Jun 2015 07:30 PM PDT

 
 

Nampaknya ramai yang kecewa dengan kematian Pakatan Rakyat.

Namun ini bukan alasan untuk merasa sedih dan kecewa di saat sepatutnya wujud ketetapan yang lebih kuat serta komitmen untuk terus memburu Impian Malaysia yang inklusif ke arah perpaduan, keadilan, maruah dan kemakmuran buat semua rakyat Malaysia menjelang pilihan raya umum ke-14.

Meskipun perjuangan politik tujuh tahun Pakatan berakhir ekoran pelanggaran serius terhadap dasar bersama Pakatan oleh PAS, kita percaya bahawa impian dan visi ke arah Malaysia baru yang memiliki perpaduan nasional harus menjadi objektif utama.

Begitu juga dengan persefahaman antara kaum dan agama, rasa hormat, keadilan, akauntabiliti, urus tadbir yang baik, menamatkan rasuah dan salah guna kuasa, memelihara maruah, mempunyai sistem pendidikan, kesihatan, perumahan, pengangkutan yang baik serta persekitaran selamat.

Atas tujuan ini, DAP akan bekerjasama dengan parti-parti dan kuasa-kuasa politik yang sependapat, demi muafakat politik baru yang komited terhadap prinsip tersebut dan wawasan Impian Malaysia.

Kami di DAP tidak akan bekerjasama dengan pimpinan PAS yang telah mencabul dasar bersama Pakatan, tetapi bersedia bekerjasama dengan kuasa-kuasa politik dan rakyat Malaysia yang komited terhadap dasar itu.

Ini termasuklah ahli-ahli PAS di pelbagai peringkat yang tidak menolak dan mengabaikan dasar bersama tersebut.

Dipersetan di muktamar

DAP tidak ada masa untuk sandiwara politik seperti usul muktamar PAS yang memutuskan kerjasama dengan DAP dan seruan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamad yang meminta Majlis Syura bertemu segera bagi membincangkannya.

Sedangkan, pada masa ini, Majlis Syura masih belum dibentuk!

Datuk Haron Din sendiri berkata selepas muktamar beliau bukan lagi Mursyidul Am PAS sehinggalah majlis syura dibentuk semula.

Munculnya rang undang-undang persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan pelaksanaan hudud dalam aturan mesyuarat Parlimen sepanjang dua hari lalu, yang berakhir hari ini adalah isyarat kepada dua perkara:

(1) Hadi diberikan imbalan atas perubahan pendirian politiknya, di mana Umno dibahasakan dengan cara terhormat, manakala DAP dipersetankan di muktamar PAS.

(2) Hadi sudah dipermainkan Umno yang tidak mempunyai niat mahupun kemampuan untuk memberikan sokongan di peringkat nasional mahupun di Parlimen untuk melaksanakan hudud.

Ia akan secara langsung menimbulkan kemarahan 48 ahli parlimen BN di Sabah dan Sarawak, mencetuskan bukan sahaja risiko bagi survival Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri tetapi juga survival dan perpaduan Malaysia.



LIM KIT SIANG ketua Parlimen DAP merangkap ahli parlimen Gelang Patah.

Ringgit jatuh: Bank Negara dilihat bersihkan Mahathir

Posted: 18 Jun 2015 07:00 PM PDT


Zack Ahmad's photo.

Keadaan ringgit yang tidak stabil disebabkan oleh faktor antarabangsa dan perkembangan domestik tetapi tidak melibatkan aspek politik, kata Bank Negara.

Kenyataan itu sekali gus dilihat berbeza sama sekali dengan dakwaan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang menyalahkan kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai punca kejatuhan harga ringgit.

Zack Ahmad's photo.

Faktor antarabangsa, kata Bank Negara, termasuk jangkakan pelabur susulan dasar kewangan bank-bank utama serta trend semasa harga minyak mentah dan gas.

Manakala faktor dalaman termasuk kebimbangan kerajaan terhadap entiti berkaitan kerajaan dan isu-isu berkaitan penarafan.

"Oleh kerana perkembangan luaran di luar kawalan mana-mana ekonomi terbuka, setiap usaha perlu diambil untuk menyelesaikan isu-isu dalaman yang dihadapi ekonomi kita," kata bank pusat itu.

Bank Negara juga berkata Malaysia mempunyai asas dan prospek pertumbuhan yang kukuh, dan ringgit akan kembali stabil selepas itu itu diselesaikan.

Bank Negara juga berkata tidak akan terlibat dalam sebarang agenda politik dan akan menumpukan tugasnya untuk mengekalkan kestabilan kewangan dan fiskal.

Ahmad sebelum ini mendakwa dimaklumkan oleh Bank Negara bahawa Mahathir antara punca harga ringgit jatuh.

Pada September tahun lalu, ringgit diikat pada RM3.20 untuk satu dolar Amerika Syarikat. Sekarang ia diikat pada RM3.70.
 

Dari 'bangsa Johor' kepada parti nasionalis negeri?

Posted: 18 Jun 2015 06:30 PM PDT

 
 

Kerabat diraja Johor boleh mempertimbangkan membentuk sebuah parti nasionalis Johor jika mereka benar-benar ikhlas bercakap berkaitan perkara itu, kata penganalisis politik.

Felo Penang Institute Wong Chin Huat membangkitkan perkara itu selepas idea "bangsa Johor" diketengahkan ketika seorang putera Johor bertelagah dengan seorang menteri kabinet.

Wong, pakar dalam bidang federalisme, berkata ini bukan pertama kali kerabat diraja terlibat dalam politik kerana ia pernah berlaku melalui penglibatan perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman.

"Jika ada orang mahu terlibat dengan politik mereka patut pertimbangkan sertai politik.

"Mereka patut mengambil kira membentuk parti nasionalis Johor seperti Parti Nasionalis Penduduk Scotland (SNP)," jata Wong kepada Malaysiakini.

Pengalaman SNP menunjukkan, walaupun ia hanya memperjuangkan pemerintahan sendiri Scotland, tetap berjaya mencapai kejayaan tidak pernah berlaku dalam pilihan raya United Kingdom tahun ini.

SNP kini menjadi parti ketika terbesar di negara itu.

Menyentuh isu Johor boleh terkeluar daripada Malaysia, Wong berkata beliau ragu negeri itu boleh bersendirian.

VIDEO - HUDUD - PR PECAH, PAS TERINAYA.

Posted: 18 Jun 2015 06:00 PM PDT

 

Hadi kena main dengan Umno isu hudud, kata Kit Siang

DAP berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini dipermainkan Umno apabila usahanya membawa rang undang-undang persendirian hudud ke Parlimen tidak mendapat sokongan parti Melayu itu.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, sama ada Umno tidak mempunyai niat atau kebolehan bagi menunjukkan sokongan di peringkat Parlimen, 48 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Sabah dan Sarawak tidak akan digunakan untuk tujuan itu.

"Kemunculan rang undang-undang persendirian melaksanakan hudud dalam aturan mesyuarat Parlimen dua hari lalu menunjukkan Hadi diberi ganjaran kerana menukar arah politik di mana Umno sangat dihormati manakala DAP disetankan dengan bahasa kasar di muktamar.

"48 ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak bukan saja mengundang risiko kepada Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri tetapi survival perpaduan di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini berkata Putrajaya enggan menyatakan pendirian mereka tentang pelaksanaan hudud di Kelantan selepas Rang Undang-undang Persendirian itu muncul dalam aturan mesyuarat.

"Itu bukan pendirian kerajaan. Jerai akan memberikan jawapan tentang pendirian kami," katanya merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.




Shahidan menjawab soalan Ketua Whip PAS, Datuk Mahfuz Omar yang menyimpulkan Putrajaya tidak mahu menyokong undang-undang jenayah Islam selepas mendapatkan penjelasan daripada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengapa usul itu hanya muncul dalam Kertas Arahan semalam walaupun sudah dihantar beberapa minggu lalu.

Lim berkata walaupun Pakatan Rakyat (PR) sudah berakhir, DAP akan meneruskan kerjasama dengan parti politik yang mempunyai prinsip merealisasikan "impian Malaysia".

Katanya, tiada apa yang perlu disedihkan dengan ketiadaan PR kerana impian Malaysia seperti perpaduan, keadilan dan maruah perlu direalisasikan.

"Kami di DAP tidak akan bekerjasama dengan pemimpin PAS yang melanggar Dasar Bersama PR.

"Tetapi kami bersedia bekerja dengan entiti politik dan rakyat yang komited kepada dasar Dasar Bersama termasuk ahli PAS di pelbagai peringkat yang tidak menolak atau meninggalkan Dasar Bersama PR," katanya. -TMI

ULASAN GB



Hari itu haji Hadi mengucapkan perkataan TOLOL kepada sebilangan ahli PAS yang kononnya mahu berpecah. Sekarang ucapan TOLOL itu kembali kiepada si penuturnya iaitu Haji Hadi sendiri. 
Dua kali Private Bill disenaraikan kedua-dua kali tidak dapat dibentangkan. Tidakkah TOLOL namanya jika masih mempercayai UMNO sokong hudud? Lim Kit Siang pun tahu PAS telah berjaya ditipu oleh UMNO. 



Yang menambahkan tololnya lagi ialah pihak parlimen meletakkan aturan mesyuarat yang melibatkan Private Bill di atas meja ahli-ahli Dewan Rakyat. Kononnya Private Bill itu akan dibentangkan oleh YB Marang, sedangkan YB Marang tidak berada di dalam negara, dia masih berada di Jepun. 
Bukankah itu TOLOL berganda namanya? Haji Hadi seolah-olah mempermainkan umat islam di negara ini, hantar Private Bill tetapi beliau sendiri terbang ke luarnegara semasa Palimen bersidang. Ponteng lagi. Tak berdosakah jika tidak menunaikan amanah sebagai seorang ahli parlimen? 

Satu lagi hal, yang bangun mempertikaikan isu tersebut ialah Mahfuz Omar, MP Pokok Sena yang kalah dalam pemilihan Muktamar yang lalu. 
Adapun yang menang dari kalangan PASUG seperti Idris Ahmad, Nasruddin Hassan Tantawi, Nik Abduh dan lain-lain membisu. Berdegar-degar di luar parlimen mengenai hudud tetapi jadi tikus mondok dalam parlimen, terus membisu dan tak tahu nak mendebatkan isu. 
Inilah KETOLOLOLAN maha hebat kumpulan ulama PAS dalam Parlimen. 


VIDEO - Inilah kerja UG di parlimen....makan gaji buta.

Posted: 18 Jun 2015 05:15 PM PDT

 
Zack Ahmad's photo.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dilaporkan berang kerana tidak puas hati dengan kerajaan yang melengah-lengahkan untuk menjelaskan pendirian mereka mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan. 

Beliau berkata demikian sewaktu pertukaran speaker kepada Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Parlimen hari ini, Mahfuz menyindir kerajaan yang tidak menyokong Rang Undang-undang persendirian PAS untuk membolehkan pelaksanaan hudud di negeri itu.

Baca di sini Kenapa Mahfuz yang beriya-iya bertanyakan mengenai RUU Hj Hadi nih? 

Sedangkan Hj Hadi sendiri tidak tidak pernah hadir disepanjang sesi parlimen kali ini yang seolah-olahnya dia sendiri tidak berminat nak tahu perkembangan mengenainya? . Lihat videonya di sini Dan apa ceritanya pendekar kuntau Siku dan Lutut vellfire? Juga panglima cakar cakau Nik Abduh? 

Kenapa mereka ini tidak berani berani berdepan dengan pandikar Amin? YB Wong Chen ada ceritanya berikut : Kedua, Parlimen akan bersidang sehingga 6.30 petang. 



Pengumuman ini oleh Menteri, Ahli Parlimen Mahfuz Omar kumpulan PAS progresif berdiri dan sinis berkata kerajaan BN telah sekali lagi dari segi teknikal tidak membenarkan rang undang-undang hudud Hadi Awang untuk dibahaskan. 

Mahfuz sedang menarik reaksi TIDAK ada dari kumpulan ulama yang berdiri untuk memperjuangkan rang undang-undang Hadi Awang. Semua Ahli Parlimen Ulama tersipu-sipu malu terus duduk diam termasuk YB Nik Abduh.

Jadi tidak ada ia. Di luar Dewan ulama memperjuangkan hudud sebagai panggilan kudus, tetapi dalam Dewan, mereka tidak ambil kisah untuk mempersoalkan keputusan pincang oleh Menteri.


PERKUKUHKAN PAKATAN RAKYAT

Mahfuz beri kata dua kepada Azmin - Khairil Ashraf

Posted: 18 Jun 2015 04:45 PM PDT

 
mahfuz-omar_azmin-ali_pakatan_600

Jika enggan membubarkan DUN, Azmin perlu memilih rakan sama ada daripada Pas atau DAP bagi mentadbir negeri itu.

KUALA LUMPUR :Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menjadi jalan terakhir bagi mengatasi kemelut politik di Selangor.

Kata dua itu diberikan bekas Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar kepada Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Katanya, jika enggan membubarkan DUN, dia perlu memilih rakan sama ada daripada Pas atau DAP bagi mentadbir negeri itu.

"Mahu tidak mahu Menteri Besar Selangor harus membuat pendirian sama ada memilih salah satu daripada parti (Pas atau DAP) untuk menjadi rakan dalam pentadbiran Negeri Selangor.

"Kalau PKR memilih DAP, maka Pas harus berundur.. kalau PKR memilih Pas, maka DAP harus berundur. Yang berundur bukan bermakna dia tidak menyokong kerajaan, dia boleh jadi parti mesra kerajaan," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen pada Khamis.

Beliau berkata, kedua-dua parti seharusnya menerima keputusan sekiranya PKR memilih salah satu daripada parti itu.

DUN Selangor mempunyai 56 kerusi di mana PKR hanya mempunyai 13 kerusi, manakala PAS dan DAP masing-masing 15 kerusi, UMNO 12 kerusi dan satu kerusi bebas.

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI SEMUA !

Posted: 18 Jun 2015 04:30 PM PDT


Walaupun PR sudah tiada, kerjasama masih boleh diadakan - MSO

Posted: 18 Jun 2015 09:00 AM PDT

 
Anwar berharap kerjasama diteruskan.
Anwar Ibrahim menggesa ketiga-tiga parti yang membentuk Pakatan Rakyat, PKR, DAP dan Pas meneruskan kerjasama di peringkat Parlimen dan di tiga buah kerajaan negeri dibawah Pakatan Rakyat, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Dalam satu perutusan dari Sungai Buloh Anwar menegaskan kerjasama itu perlu demi untuk membela dan menyelamatkan rakyat dari terus ditindas oleh kerakusan dan ketidakadilan kerajaan UBN.

Beliau juga menzahirkan keyakinan sekiranya sikap politik profesional dipraktikan, yakin kerjasama antara tiga parti itu di peringkat negeri-negeri dan parlimen boleh dilakukan walaupun Pakatan Rakyat kini sudah tidak wujud lagi.


Pandangan dan gesaan Anwar itu sepatutnya diterima baik oleh ketiga-tga buah parti berkenaan dan menunjukkan satu sikap politik yang sedarhana dan berpandangan jauh daripada Anwar Ibrahim. Pandangan Anwar itu juga merupakan formula untuk menghuraikan kemelut yang berlaku dalam Pakatan Rakyat kini yang semakin rumit.

Azmin berucap dimajlis penyerahan kunci rumah mangsa banjir.
Dalam konteks ini keputusan Lim Guan Eng mengekalkan wakil Pas di Pulau Pinang, Salleh Man dalam kerajaan negeri, adalah satu tindakan yang baik dan profesional. 
 
Manakala kesediaan Salleh Man untuk berada dalam kerajaan Pulau Pinang itu memberi gambaran Adun itu tidak berfikiran jumud seperti Dewan Ulama Pas yang mengemukakan usul memutuskan hubungan dengan DAP.

Adalah lebih baik dan bagus lagi kalau Guan Eng juga tidak emosi bertindak untuk meminta penjawat politik dalam berbagai agensi dan jabatan dalam kerajaan Pulau Penang yang dikenal pasti daripada Pas, agar melepaskan jawatan.

Guan Eng perlu memberikan peluang mereka berkhidmat setidak-tidaknya sampai habis tempoh kontrak mereka. 
 
Pengekalan itu bukan dilihat mereka orang Pas semata-mata untuk menunjukkan beliau terbuka, tetapi apa yang patut dipertimbangkan keupayaan mereka memikul tanggungjawab kepada rakyat.

Sesuai dengan seruan dan gesaan Anwar itu, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali juga seakan tidak tergugat dengan apa yang berlaku kini, tentang kemelut DAP dengan Pas. 
 
Kelmarin Azmin hadir ke upacara untuk menyerahkan replika kunci rumah mangsa banjir yang dibina oleh kerajaan Selangor kepada MB Kelantan Ahmnad Yaakob.

Jaminan dan sikap yang ditunjukkan Azmin, yang kerajaan Selangor akan terus membantu mangsa banjir suatu pendirian dan sikap yang perlu dipuji dan dicontohi oleh semua pihak. 
 
Kerjasama demi rakyat seperti itulah yang diingini dan diperjuangkan oleh parti politik apa lagi yang berkuasa. Jangan kemelut disebabkan kepentingan diri dan puak, telah memangsakan kepentingan rakyat.

Meneliti perkembangan hari ini, mengenai perbalahan Pas dengan DAP sehingga mereka tidak lagi duduk dalam satu pakatan, kita sedikit berasa hairan dan pelik dengan kepimpinan baru Pas yang bersikap acuh tidak acuh sahaja terhadap apa yang berlaku. Mereka seakan tidak terdengar ribut diluar selepas berada dalam rumah batu?

Sehingga kini belum kedengaran komentar atau pandangan daripada Presiden dan juga Timbalan Presiden Pas berhubung keputusan DAP yang mengistyharkan Pakatan Rakyat sudah tidak wujud lagi. Bukan itu sahaja mereka berdua yang menjadi kepala kepada kepimpinan baru Pas juga seakan kepanikan dengan gelora dalam Pas waktu ini terutamanya apabila golongan yang kalah dalam pemilihan lalu sudah membuat pertemuan dan merancang kemungkinan menubuhkan wadah baru.

Situasi ini tidak sepatut dibiarkan begitu sahaja tanpa mereka berdua, presiden dan timbalan presiden memberi apa-apa komentar yang bernada memujuk atau menghalang sesiapa daripada memecah duakan Pas. 
 
Bukankah mereka lebih senang (syok) dikenali dengan pemimpin yang mewarisi (warsatu) ambia, tetapi kenapa mereka tidak mengambil Quran untuk menghuraikan masalah yang berlaku?

Hakikat yang perlu disedari terutamanya oleh Pas dan pimpinan baru parti itu tidak akan ke mana kalau berlaku perbalahan sehingga wujud sebuah lagi parti baru. 
 
Perwujudan parti baru tidak akan memberi untung kepada kedua-dua pihak. Lainlah kalau Abdul Hadi dan Tuan Ibrahim berasakan agenda untuk menggabungkan Pas dengan Umno sudah semakin dekat. 
 
Gelora dalam Pas kini dan dengan kemenangan bergaya menguasi Pas, adalah peluang terbaik untuk merealisasikan impian itu, bergabung dengan Umno, dan keretakan yang berlaku kini tidaklah perlu diperbaiki lagi.

Saya telah berjaya memalukan Tun M- Chegubard Faiz Zainudin

Posted: 18 Jun 2015 08:30 AM PDT

  
chegubard_mahathir_600

Chegubard juga mendakwa Dr Mahathir pengecut kerana menolak pelawaan untuk berdebat dengannya.

PETALING JAYA: Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard tidak merasa terhina dengan gelaran kucing kurap yang diberikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap dirinya.

Sebaliknya, pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu berkata, bekas Perdana Menteri telah memalukan dirinya sendiri kerana terpaksa menggunakan perkataan kesat di hadapan media dan orang ramai.

Katanya, dia juga telah membuktikan Dr Mahathir seorang pengecut kerana menolak pelawaan untuk berdebat dengannya.

"Semua orang tahu semalam Tun M telah buat perjumpaan dengan NGO seramai 50 orang yang memang kaki sorak, kaki ampu yang dah kenyang dengan dia. kemudian sudahlah dia tolok, dia hina saya adakah saya rasa terhina? saya tidak rasa terhina.

"Dia terpaksa gunakan bahasa kesat panggil orang kucing kurap depan media depan orang ramai maknanya Dr Mahathir menghina diri dia dan memalukan diri dia sendiri dan saya bersimpati dengan kejadian tersebut," katanya dalam sidang media pada Khamis.

Chegubard mencabar Dr Mahathir supaya tampil sebagai panel untuk sesi "Hot Seat" #Nothing2Hide bagi menjawab persoalan dan dakwaan yang timbul sewaktu pentadbirannya selama 22 tahun.

Dr Mahathir ketika ditanya pelawaan itu berkata, beliau tidak melayan kucing kurap yang ditujukan kepada Chegubard.

Dalam perkembangan berkaitan, Chegubard yang digantung keahlian PKR sejak tahun lalu menafikan tuduhan dia dibayar oleh penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, berbanding Najib yang diserang bertubi-tubi, Dr Mahathir terselamat daripada serangan walaupun hakikatnya telah melakukan banyak penyelewengan ketika berkuasa.

Isa Samad, Bininya dan Anaknya Sedang Kumpul Kekayaan Peribadi dengan Jahanamkan FELDA Menerusi Pinjaman RM6 Bilion Duit KWSP Posted by Era pasca

Posted: 18 Jun 2015 07:45 AM PDT

  
laki bini ni perlu dinyahkan dari felda kalau nak selamatkan ratusan ribu peneroka felda yang lain
 
Dah dua kali Najibuntuya tukar kepimpinan FELDA. Datuk Dzulkifli Abd Wahab dan Datuk Faizoull Ahmad telah diberhentikan tugas sebagai Pengurus Besar FELDA. Tapi Felda makin teruk. FGV terus menjunam.

Semua orang hendak ditukarkan, diberhentikan kerja dan dipersalahkan tetapi Isa Samad, isterinya Bibi Sharliza dan anaknya, yang berfoya-foya dengan wang keringat dan susah payah peneroka FELDA di seluruh negara, tetap kekal di dalam pengurusan FELDA.

Bukan rahsia lagi bagaimana Bibi Sharliza menggunakan FELDA sebagai tempat untuk dia buat duit dan bela kroni. Untuk mengimbangi nafsu isterinya dan bagi mengurangkan pula rengekan daripada anak-anaknya, Isa Samad melantik salah seorang anaknya ke dalam pentadbiran FELDA yang menjaga marketing dan promosi.

Atas kertas memang macam tu la.

Tapi pada 7 Mac 2015, Isa Samad yang sudah mulai gentar apabila rahsia terdedah, mula mengugut Najibuntuya apabila SPRM memanggil anaknya untuk merakamkan percakapan berhubung pembelian hotel mewah bernilai ratusan juta ringgit di London. 


Siasatan SPRM ke atas anaknya, membuka laluan kepada Isa Samad untuk berbaik-baik dengan Mahathir si tua Firaun itu bagi memberikan tekanan kepada Najibuntuya.

Kita singkap balik, sebelum penyenaraian FGV, Boston Consulting Group (BCG) telah menjalankan kajian ke atas kakitangan pengurusan FGVH pada Jun 2012. Hasil kajian merumuskan:

(1) 65% kakitangan pengurusan FGVH percaya IPO yang dicadangkan akan gagal sepenuhnya.


(2) 55% pula melihat FGVH tidak bersedia untuk pelan penyenaraian di KLCI.


(3) Hanya 20% pengurusan Tertinggi FGVH menyokong penyenaraian ini.

Siapa pengurusan tertinggi FGVH yang kuat menyokong penyenaraian tersebut?

Mereka adalah golongan yang diketuai oleh Bibi Sharliza dan terpaksa dipersetujui oleh Isa Samad kerana kes sayang bini punya fasal.

Isa Samad telah menjadikan FELDA dan FGVH sebagai harta pusaka peninggalan nenek moyang mereka. Dengan meletakkan pelbagai kroni sepertimana yang Bibi Sharliza lakukan dengan memasukkan semua kroni dan ahli keluarga dalam FELDA dan FGVH.

Terbaru, Isa Samad sendiri mengaku tentang usaha FELDA mahu meminjam duit KWSP berjumlah RM6 bilion. Di sebalik cerita tentang FELDA untung RM1 bilion, sekarang mahu pinjam pula? 


Pada masa yang sama, saham FGV merudum di bursa sehinggakan FGV dikeluarkan dari senarai top 30 kaunter. Sekarang pula urusniaga sahamnya telah digantung.

FELDA mengalami kerugian beratus juta ringgit melibatkan pelaburan dalam syarikat Felda Iffco Sdn. Bhd, Twin Rivers Technologies US, TRT-ETGO Canada, Felda Global Ventures Middle Easet dan Felda Global Ventures Arabia.

Beberapa pendedahan melibatkan Isa Samad, Bibi Sharliza, anak lelakinya dan kroni-kroni Isa Samad sudah mulai didedahkan di beberapa tempat. 


Tembelang Isa Samad sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Niat Isa Samad dan Bibi Sharliza untuk menjahanamkan FELDA bagi tujuan kekayaan peribadi mereka, sudah terbuka luas.

Najibuntuya tidak punya pilihan lain, kecuali melakukan rombakan besar ke atas FELDA dan FGVH dengan membuang kesemua anasir Isa Samad-Bibi Sharliza di dalam syarikat tersebut. 


Kalau tidak, sejarah FELDA akan mencatatkan, arwah bapanya wujudkan FELDA, si anak pula musnahkan FELDA semata-mata hendak jaga Isa Samad laki bini.

Rupanya Masih Ada Sinar Harapan Buat Pakatan Rakyat.. Saksikanlah

Posted: 18 Jun 2015 07:00 AM PDT

 
Rupanya Masih Ada Sinar Harapan Buat Pakatan Rakyat. Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata beliau percaya bahawa masalah yang melumpuhkan Pakatan Rakyat pada masa kini hanyalah untuk tempoh sementara.

Laporan The Star Online menyebut, beliau berkata PAS juga akan terus bersama PKR untuk meneruskan kerjasama dalam Pakatan.

"Pakatan tidak mati, hanya pengsan," katanya seperti dipetik dalam laporan portal itu.
Tambahnya, masalah yang timbul pada masa ini hanya berpunca dari tindakan DAP meninggalkan Pakatan.

Langkah itu sama seperti yang dilakukan DAP pada 2001 apabila parti itu meninggalkan Barisan Alternatif.

"DAP yang memutuskan untuk meninggalkan Pakatan, bukan PAS atau PKR," kata Mustafa lagi.


Addin.

YAB MB Selangor Bertadarus di Masjid Tadi

Posted: 18 Jun 2015 06:15 AM PDT


 


Alhamdulillah. Semoga allah memberi kekuatan untuk azmin dalam menguruskan pentadbiran.

VIDEO - Wartawan Tanya Tentang Hudud Nik Abduh Jawab Selamat Berpuasa

Posted: 18 Jun 2015 05:33 AM PDT


VIDEO INSIDE - Chegubard kucing kurap-Tun M Adam Abu Bakar

Posted: 18 Jun 2015 02:00 AM PDT


najib_mahathir_Chegubard_600

Dr Mahathir panggil Chegubard kucing kurap daripada PKR dan enggan jawab soalan yang dibangkitkannya.
 
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hanya akan menjawab soalan yang dibangkitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan syarat ia dibuat secara terbuka dan bersemuka.



Tegasnya, Najib boleh membangkitkan apa sahaja soalan kepada beliau dan pada masa sama Dr Mahathir juga akan berbuat demikian.

"Najib boleh soal saya tentang apa yang saya buat dulu kononnya saya hilangkan duit, apa semua ..lesapkan duit .. dia boleh tanya dan saya boleh tanya dia ! Sama-sama lah.

"Ini bukan soal saya, ini soal Najib. Tapi pasal nak bagi elak daripada Najib, ( …. ) tanya saya. Saya nak jawab !

"Tapi you jawab sama. Sama-sama kita duduk atas stage …… semua TV duduk depan tu dan broadcast bagi seluruh negara," kata Dr Mahathir yang dipetik daripada dinturtle.blogspot.com.

Mengulas mengenai kenyataan itu, dinturtle, menulis Najib boleh ungkit segala dakwaan yang dilemparkan terhadap Dr Mahathir dan ia akan dijawab oleh beliau.

Pada masa yang sama segala soalan yang dibangkitknya perlu dijawab Najib, di hadapan rakyat.
Bagaimanapun ketika nama Chegubard disebut, dengan nada sinis bekas Perdana Menteri Keempat itu berkata beliau tidak akan melayan kucing kurap.

"Itu kucing kurap daripada PKR ni ….. bagi tahu kepada dia, saya tak jawab soalan kucing kurap," kata Dr Mahathir.

Kenyataan itu merujuk kepada Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.

Ia sebagai reaksi terhadap cabaran Chegubard yang sebelum ini mencabar Mahathir agar tampil sebagai panel untuk sesi "Hot Seat" #Nothing2Hide bagi menjawab persoalan dan dakwaan yang timbul sewaktu pentadbirannya selama 22 tahun.

Pembantu peribadi Rosmah sindir pengkritik Adam Abu Bakar

Posted: 18 Jun 2015 01:15 AM PDT

 
Rizal-Mansor2_600

Datuk Rizal Mansor menjawab tohmahan yang dilemparkan terhadap Rosmah dengan nada yang sinis.

PETALING JAYA: Pembantu peribadi kepada Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Rizal Mansor menyerang balas pengkritik yang mempersoal gaya hidup mewah majikannya.

Menerusi laman Facebook, dia menjawab segala tohmahan dengan nada yang sinis.

"Dalam Malaysia ni hanya Datin Sri Rosmah Mansor sorang je yang shopping..orang lain semua tak shopping.. Banyak kedai di pusat beli belah hampir muflis kerana tidak dikunjungi Datin Sri Rosmah Mansor," tulisnya.

Rizal-Mansor_twt 

Pada komen yang selanjutnya dia terus menempelak mereka yang mempersoalkan gaya hidup Rosmah.

Katanya, apa yang digembar-gemburkan menampakkan seolah-olah hanya Rosmah yang mampu membeli-belah di luar negara.

"Berita dari London juga melaporkan satu-satunya individu dari Malaysia yang mampu membeli-belah di London adalah Datin Sri Rosmah Mansor.

"Rakyat Malaysia yang melancong ke London juga diberitakan hanya mampu 'window-shopping' sahaja," katanya.

Bagaimanapun ketika isu penerampilan Rosmah yang dikatakan lebih menonjol berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, dia seolah-olah cuba mengelak.

"Isu nya…bukan shopingg..Rosmah terlalu menonjol sangat dalam kepimpinan Najib..rakyat meluattt..harap hg paham noo…," komen Boy Loso.

"lor.. tang mane dia menonjol?" balas Rizal.

Ahli Pas di Pulau Pinang perlu letak jawatan demi maruah parti - FMT Reporters

Posted: 18 Jun 2015 12:30 AM PDT

 
khalid-samad_pas_penang_600

Pakatan Rakyat tidak lagi wujud dan wakil Pas perlu akur arahan Ketua Menteri.

PETALING JAYA: Semua wakil Pas yang memegang jawatan dalam Kerajaan Pulau Pinang perlu meletak jawatan bagi menjaga nama baik parti.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, ahli Pas perlu akur dengan arahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, selaku ketua kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Adalah perlu bezakan struktur organisasi Pakatan Rakyat (PR) dan kerajaan Negeri. Dalam struktur kerajaan Negeri, Ketua Menteri adalah ketuanya.

"Apabila Ketua Menteri menasihati semua ahli Pas untuk meletak jawatan dari kerajaan Negeri, kerana telah memutuskan hubungan dan kerjasama dengan DAP, ia perlu diterima sebagai arahan ketua kerajaan Negeri," tulis Khalid di blognya.

Katanya, keadaan itu sama dengan tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim memecat EXCO Pas dan DAP kerana tidak lagi menyokongnya sebagai Menteri Besar ketika itu.

"Sepertimana tindakan Khalid diterima sebagai sesuatu yang dilakukan mengikut bidang kuasanya, maka begitu juga dengan tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Beliau boleh memecat semua kalau diinginkannya tetapi memberi peluang untuk yang terlibat meletak jawatan. Itu adalah lebih bermaruah," katanya.

Dia berkata, tindakan Mohamad Sabu dan Datuk Dr Mujahid Rawa meletak jawatan adalah tindakan bermaruah dan ahli Pas lain perlu mencontohinya.

Pengunduran saya tidak redakan sikap tamak pemimpin PR – Khalid Ibrahim FMT Reporters

Posted: 17 Jun 2015 11:45 PM PDT

 
khalid-ibrahim_pkr_600_2

Peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor sia-sia apabila kepercayaan rakyat disalah guna oleh pemimpin tamak dan sombong.

PETALING JAYA: Permainan politik kembali mengatasi tumpuan terhadap memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat, kata bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, beliau melepaskan jawatannya dahulu semata-mata demi faedah rakyat, tetapi malangnya ia tidak meredakan sikap tamak dan sombong ahli politik yang mendakwa mereka memperjuangkan pembaharuan, kesaksamaan dan keadilan.

"Kesudahannya, peletakan jawatan saya ternyata sia-sia sahaja apabila kepercayaan rakyat disalah guna dengan sewenang-wenangnya.

"Ketika saya menjadi Menteri Besar dahulu, saya dan pasukan saya menghabiskan banyak masa untuk cuba menenangkan kumpulan ahli politik ini, hingga mengorbankan hak serta kepentingan rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

Mengenai perkembangan dalam Pakatan Rakyat (PR), yang diisytiharkan DAP sebagai sudah tidak lagi wujud, beliau berkata ketaksuban para pemimpin negeri itu terhadap politik mengakibatkan berlaku perpecahan dalam pakatan pembangkang serta membelakangkan semakin banyak isu penting berkaitan rakyat.

Abdul Khalid berkata, pemimpin PR yang gemar menggelar diri mereka sebagai pejuang rakyat, perlulah mengamalkan kepimpinan melalui teladan serta melayan rakan, sekutu, penyokong dan pihak yang bersimpati dengan mereka dengan penuh rasa hormat dan bermaruah.

"Melakukan campur tangan terhadap isu dalaman sesebuah parti tidak seharusnya dijadikan suatu norma dalam mana-mana gabungan, lebih-lebih lagi Pakatan Rakyat.

"Tamak, tidak peka dan tidak bermaruah kesemuanya merupakan perencah yang melahirkan perasaan curiga secara mendalam, tidak boleh bekerja sama dan akhirnya membawa perpecahan dalam Pakatan Rakyat.

"Perkara paling menyedihkan ialah akhirnya, rakyatlah yang menanggung kerugian paling besar," katanya.

Abdul Khalid terpaksa meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar ketika berlaku krisis kepimpinan di Selangor tahun lepas dan digantikan pesaing politik beliau, Mohamed Azmin Ali.

Langkah Kajang yang bertujuan menggantikan Khalid telah mencetuskan perbalahan dalam PR apabila Pas mendakwa tidak dimaklumkan keputusan itu.

Akhirnya, Pas menyokong Azmin dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar menggantikan Khalid sementara DAP dan PKR mencadangkan satu nama itu Wan Azizah.


BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT