Rabu, 17 Jun 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Nazri: Menteri Isytihar Harta Bahaya Keselamatan.......atau takut terbongkar berapa byk harta.. suarakami

Posted: 17 Jun 2015 11:00 PM PDT

 
Kata Nazri "Mengisytiharkan harta dan aset milik menteri dan ahli keluarga terdekat mereka kepada orang ramai adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka,"

Memang merbahaya.. merbahaya kepada masa depan karrier politik kepala-kepala penyamun yang berada di dalam UMNO..

Merbahaya kepada masa depan karrier politik mereka kerana harta negara yang dirompak dan disembunyikan mereka selama ini akan terdedah..

Jika tiada apa yang hendak disorokkan mengapa takut untuk melakukannya?

Tapi kalau terdedah sekalipun penyokong tegar UMNO tetap menyokong mereka....

Tak dengarlah pulak Menteri-menteri Kabinet India dan Thailang yang baru-baru ini mengistiharkan harta mereka sekarang berada di dalam bahaya..

Alasan Nazri kerana takut untuk mengistihar harta tu mungkin akan dipercayai penyokong tegar UMNO..

Perisytiharaan harta menteri 'bahaya' kata NazriMengisytiharkan harta dan aset milik menteri dan ahli keluarga terdekat mereka kepada orang ramai adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka," kata Nazri Abdul Aziz.

"Jika kita umumkan butirannya kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan.

"Ini khususnya, jika ia juga membabitkan butiran peribadi mereka," kata Nazri pada sidang medianya di Putrajaya.

Ditanya mengenai 'bahaya' yang dimaksudkannya, beliau berkata pendedahan harta dan kekayaan seseorang kepada umum mungkin mengundang bahaya jika orang luar tahu mengenai tahap kekayaan dan aset yang dimiliki mereka.

Nazri bagaimanapun tidak menghuraikan lanjut perkara berkenaan.

Semalam, pengerusi lembaga penasihat panel SPRM berkata ahli keluarga dan pasangan menteri kabinet tidak lama lagi akan diwajipkan mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara prinsip telah bersetuju dan berharap ia akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Melayu murah hati tuntut hanya 30%, kata MTEM OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Posted: 17 Jun 2015 10:15 PM PDT


Zack Ahmad's photo.

Ahli Pemegang Amanah MTEM Rizal Faris Mohideen Abdul Kader berkata, ketika orang Melayu mempunyai pegangan dalam sektor perniagaan kecil dan sederhana (SME), pegangan ekonomi orang Cina pula berlipat kali ganda.

Ahli Pemegang Amanah MTEM Rizal Faris Mohideen Abdul Kader berkata, ketika orang Melayu mempunyai pegangan dalam sektor perniagaan kecil dan sederhana (SME), pegangan ekonomi orang Cina pula berlipat kali ganda.

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menyifatkan kemurahan hati orang Melayu sekadar menuntut 30% ekuiti dalam ekonomi menjadikan orang Cina bertambah kaya walaupun kaum itu sudah memiliki pegangan ekonomi yang kukuh. 

Ahli Pemegang Amanah MTEM Rizal Faris Mohideen Abdul Kader berkata, sambil orang Melayu mempunyai pegangan dalam sektor perniagaan kecil dan sederhana (SME), pegangan ekonomi orang Cina pula berlipat kali ganda. 

"Dari aspek bilangan, orang Melayu menguasai segala aspek perniagaan, kita memiliki bilangan SME yang besar, pekerja ramai, penyumbang terbesar cukai pendapatan negara. 


"Namun entah mengapa, kita masih belum berupaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lain di Malaysia, khususnya kaum Cina yang memiliki pegangan ekonomi yang jauh lebih kukuh.

"Nilai kekayaan mereka berkali ganda dengan nilai kekayaan orang Melayu. 

"Kita sebenarnya terlalu bermurah hati apabila hanya menuntut 30% sahaja pegangan ekuiti dalam perniagaan sedangkan dari sudut logiknya, orang Melayu dan Bumiputera perlu menguasai kekayaan lebih besar sesuai dengan peratusan penduduknya," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam sidang Kemuncak Ekonomi Melayu 2015 di Kuala Lumpur hari ini.

Rizal berkata, laporan yang dikemukakan MTEM hari ini menunjukkan status ekonomi orang Melayu masih berada di tahap tercorot. 

Katanya, komuniti Melayu masih lagi kekal berada dalam kumpulan pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan. 

"Kita memiliki kuasa signifikan dalam sektor kerajaan, pertahanan, pertanian, pendidikan dan lain-lain. 

"Kita sebenarnya memiliki kekuatan politik apabila undi orang Melayu sering kali menjadi taruhan apabila mahu meraih undi menjelang pilihan raya.

"Namun hari ini kekuatan politik semata-mata tidak akan menjamin survival orang Melayu," katanya.

Beliau berkata, kekuatan politik orang Melayu perlu disokong kekuatan intelektual dan kekayaan ekonomi, sambil menambah, nilai yang lebih penting ialah semangat jati diri seorang Melayu yang beragama Islam.

Sementara itu, Ketua Penyelidik MTEM Azman Awang mendedahkan, syarikat di Malaysia secara puratanya sekadar membayar 30% gaji dari perolehan mereka. 

Katanya, keuntungan purata yang diperoleh pula sekitar 70% berbanding Amerika Syarikat yang hanya minimum 8%.

"Keuntungan (yang diperolehi syarikat) 70%, gaji 30%, adakah ini adil? Kenapa kena 70%? Kalau Amerika, keuntungan 40% ke 50% sahaja, gaji yang banyak. 

"Syarikat di negara kita kalau diaggregatkan, 25% keuntungan bersih selepas cukai secara purata. Ini kita dapat dari kajian LHDN. 

"Kalaulah mereka bayar gaji lebih dan pendapatan isi rumah lebih, ia akan hidupkan ekonomi balik, orang akan berbelanja," katanya. 

163,007 penjawat awam bakal dipotong gaji bayar PTPTN, kata KSN

Posted: 17 Jun 2015 09:30 PM PDT


Zack Ahmad's photo.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan hari ini, berkata surat pemotongan gaji akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan hari ini, berkata surat pemotongan gaji akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Sejumlah 163,007 penjawat awam yang tidak pernah membuat pembayaran dan tidak konsisten menyelesaikan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menerima surat pemotongan gaji dalam masa terdekat.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan hari ini, berkata surat berkenaan akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Beliau berkata mengikut pecahan kategori, penjawat awam pelbagai gred (kecuali Gred Jusa C, Gred 54 dan Gred 28) yang tidak pernah membuat pembayaran adalah sebanyak 32,803 orang.

"Penjawat awam pelbagai gred yang membuat pembayaran sekali-sekala (tidak konsisten) adalah sebanyak 130,204 orang," katanya.

Ali sebelum ini dilaporkan berkata langkah memotong gaji mandatori penjawat awam yang liat membayar hutang PTPTN hanya akan dilakukan sebagai jalan terakhir bagi menyelesaikan masalah itu. – Bernama.

Lebih 600 ahli NGO, Pemuda Umno gesa Azmin segera selesai isu air Selangor

Posted: 17 Jun 2015 09:00 PM PDT



Sekumpulan 600 ahli NGO dan Pemuda Umno Selangor berhimpun di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam sambil membawa baldi sebagai simbolik memprotes tindakan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, yang didakwa melengah-lengahkan penyelesaian air.

Sekumpulan 600 ahli NGO dan Pemuda Umno Selangor berhimpun di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam sambil membawa baldi sebagai simbolik memprotes tindakan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, yang didakwa melengah-lengahkan penyelesaian air.


Lebih 600 ahli badan bukan kerajaan (NGO) dan Pemuda Umno Selangor mendesak kerajaan negeri supaya segera menyelesaikan isu penstrukturan air Selangor.

Perhimpunan aman itu diadakan di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, dengan kumpulan berkenaan membawa baldi sebagai simbolik memprotes tindakan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, yang didakwa melengah-lengahkan penyelesaian isu tersebut.

Tunjuk perasaan itu berlangsung ketika Dewan Rakyat hari ini membincangkan usul mendesak Kerajaan Persekutuan mengambil tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang berhubung isu penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor dan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA2).

Usul itu dikemukakan Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) berikutan Selangor mungkin berdepan risiko pencatuan air jika keupayaan pembekalan air terawat tidak ditingkatkan dari sekarang.

Bercakap kepada pemberita semasa perhimpunan itu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Selangor, Zainuri Zakaria berkata sebagai pentadbir negeri, Mohamed Azmin sepatutnya lebih prihatin dan memandang serius penderitaan dan kepayahan rakyat semasa menghadapi krisis air.

"Warga emas antara golongan yang paling terkesan dengan krisis air tersebut apabila terpaksa menunggu lama sehingga bekalan air dibawa kepada mereka kerana tidak mampu mengangkutnya sendiri ke rumah masing-masing," kata Zainuri.

Beliau meminta menteri besar mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili pada Jumaat ini bagi mempercepatkan penstrukturan semula industri air.

Zainuri berkata pihaknya turut menghantar satu memorandum kepada Mohamed Azmin supaya menteri besar itu dapat memastikan industri air di Selangor mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat pada masa depan.

Mac lepas, Mohamed Azmin membatalkan perjanjian penstrukturan air Selangor dengan Kerajaan Persekutuan itu atas alasan Putrajaya melanggar terma Perjanjian Utama yang ditandatangani pada 12 September tahun lepas. – Bernama,

Permohonan Najib didengar 24 Julai

Posted: 17 Jun 2015 08:30 PM PDT

 
 
Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan permohonan untuk memadamkan beberapa perenggan dalam afidavit sokongan yang difailkan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee dalam saman fitnah berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Nor Emelia Iszeham, yang mewakili perdana menteri, memberitahu pemberita bahawa Najib memohon memadamkan perenggan itu kerana kenyataan fitnah yang dikeluarkan oleh Pua hanya dengar cakap dan bukan di bawah pengetahuannya (Pua).

Peguam itu berkata Najib juga memfailkan permohonan kedua iaitu untuk memadamkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan yang difailkan Chan Chee Kong, selaku defendan kedua atas alasan pembelaan itu bukan satu komen berpatutan.

Kedua-dua permohonan itu difailkan 25 Mei lepas.

Beliau berkata demikian selepas kes itu disebut di dalam kamar di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, K Pavani.

Peguam Alliff Benjamin Suhaimi mewakili Pua selaku defendan pertama dan peguam Shahid Adli Kamarudin mewakili Chan.

Nor Emelia berkata mahkamah menetapkan 24 Julai ini untuk mendengar dua permohonan Najib itu.

Sementara itu, Alliff berkata mahkamah juga menetapkan tarikh yang sama untuk mendengar permohonan Pua bagi membatalkan saman fitnah yang difailkan Najib dan ketiga-tiga permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Vazeer Alam Mydin Meera.

Pada 8 Mei lepas, Pua memfailkan permohonan untuk membatalkan saman Najib atas alasan perdana menteri itu tidak mempunyai 'locus standi' untuk memulakan tindakan saman terhadapnya dan mendakwa saman itu menyusahkan dan merupakan satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Najib, atas kapasiti peribadinya, memfailkan saman itu pada 5 Mac lepas dan menamakan Pua, 42, dan pemilik portal online Mediarakyat.net, Chan Chee Kong, 51.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Najib mendakwa pada 13 November tahun lepas, Pua sebagai seorang penceramah utama di majlis makan malam kutipan dana DAP telah memberi ucapan berhubung isu 1MDB dan rakaman ucapan itu telah dimuat naik oleh defendan kedua sendiri atau ejennya di laman YouTube Mediarakyat dan laman web Mediarakyat.

Najib mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau telah merompak duit rakyat berkaitan urus niaga 1MDB dan oleh itu beliau adalah seorang yang tidak boleh dipercayai dan tidak layak memegang jawatan awam.

Najib, yang juga presiden Umno, berkata penerbitan perkataan-perkataan fitnah itu telah merosakkan reputasinya kerana rakaman ucapan itu boleh diakses secara meluas dan mudah di seluruh dunia melalui internet, blog, forum dan laman web tanpa sebarang sekatan dan boleh dikongsi semula.

Sehubungan itu, beliau menuntut ganti rugi am, teladan, kos dan perintah injunksi bagi menahan defendan pertama dan kedua atau ejen-ejennya daripada menerbitkan lagi perkataan-perkataan fitnah itu terhadapnya.

- Bernama
 

Antara PAS dan DAP, siapa perempuan?

Posted: 17 Jun 2015 08:00 PM PDT

   

Muktamar PAS ke-61 telah berakhir pada hari Sabtu 6 Jun 2015. Saff pimpinan baru yang dipilih menjanjikan satu perubahan dan perbezaan berbanding yang sebelumnya.

Ada yang menamakan perubahan saff kepimpinan sebagai kejayaan mengembalikan PAS kepada "landasan yang betul" –  kononnya berubah kembali seperti asalnya. Kata-kata ini seolah-olah menuduh pimpinan sebelum ini telah menyimpang dari landasan asal PAS.

Maka ahli menunggu-nunggu supaya pembaharuan dan perbezaan ini dizahirkan. Pada masa sama, mereka menunggu juga penjelasan berhubung penyimpangan yang telah dilakukan pimpinan lama.

Mereka ingin tahu sama ada pendekatan almarhum Tuan Guru Yusuf Rawa, Ustaz Fadzil Noor dan Tuan Guru Nik Aziz turut dianggap sebagai suatu penyimpangan dari landasan asal PAS.

Usul Dewan Ulama

Persoalan usul DUPP ini terus dipolemikkan oleh saf pimpinan baru. Seolah-olah ingin lari dari kenyataan. Ianya merupakan persoalan yang akan menentukan hidup mati Pakatan Rakyat tetapi malangnya satu kata putus masih tidak mampu diberikan oleh saf pimpinan baru.

Ketua Pemuda pula mula mengejek DAP dengan jolokan seolah-olah DAP adalah perempuan yang tak boleh melafazkan talak dan hanya mampu menunggu dicerai.

Tetapi mungkin dia lupa bahawa PAS sekarang ini yang dilihat terencat tindakan kerana membuat usul tetapi tidak berani melaksanakannya. Oleh itu, dikhuatiri jolokan yang sama lebih tepat diguna pakai terhadap PAS sendiri.

Lebih-lebih lagi apabila talak seolah-olah disebut tetapi dianggap tidak tersabit. Maka siapa lelaki dan siapa perempuan? Akhirnya DAP menyebut cerai maka adakah ianya mengesahkan bahawa PAS adalah sebagai isteri dalam hubungan Pakatan Rakyat ini?

Jolokan dan ejekan merupakan kegembiraan manusia berpemikiran kebudak-budakan. Yang berfikiran matang inginkan penyelesaian terhadap masalah, bukan jolokan dan ejekan.

Yang kebuntuan juga biasanya gemar dengan kata-kata ejekan dan jolokan ini. Mungkin mereka tidak tahu jalan penyelesaian atau sememangnya tidak inginkan suatu penyelesaian.

Bagi saya, usul Dewan Ulama telah muktamad. Ianya diluluskan oleh muktamar. Muktamar meliputi semua. Hadir di dalamnya sebagai perwakilan adalah anggota Majlis Syura Ulama (MSU), AJK PAS Pusat, kesemua Dewan dan pimpinan dari setiap kawasan.

Maka apa perlunya usul itu dibawa balik ke MSU dan AJK PAS Pusat? Sedangkan MSU dan AJK PAS Pusat hadir bersama dan telah meluluskannya bersama.

Adakah mereka meluluskan dalam muktamar tetapi menolaknya bila di luar? Atau masih ada yang tidak memahami istilah "lulus tanpa bahas"? Tanpa disedari, mereka turut meluluskannya.

Saya harap pimpinan segera melaksanakan usul yang telah diluluskan itu. Jangan sampai dikatakan mengenai PAS, "peraturan dan kehendak ahli parti sendiri pun tidak difahami dan dihormati, adakah mungkin dihormati peraturan dan ahli parti lain?"

Jangan berdolak-dalik lagi. DAP kononnya menghina Islam, PAS dan presiden PAS. Itu yang didakwa dan itu juga yang dipersetujui muktamar. Tidakkah PAS akan dituduh tiada maruah kalau terus ingin bersama dengan parti sedemikian rupa?

Sebelum saya meninggalkan tajuk muktamar ke-61, ada satu persoalan yang saya tidak mampu jawab:

"Sepanjang muktamar PAS ke-61 perwakilan zahirkan kemarahan kerana presiden kononnya dihina oleh parti DAP. Tetapi tidakkah PAS sedar bahawa PAS juga pernah menghina presiden parti PKR?"

Saya berdiam diri dan tidak mampu menjawab. Sudah pasti akan dituduh tidak membela presiden.

Jaga jawatan

Ada yang turut mempertikaikan keperluan meletak jawatan di Pulau Pinang. Mereka turut menuduh Mat Sabu gelojoh dan tidak mendengar arahan pimpinan.

Mereka berhujah, "kami dilantik atas kemenangan Pakatan maka tidak wajar kami dipaksa letak jawatan kecuali DUN Pulau Pinang dibubar".

Saya sebenarnya turut merasa kasihan kepada golongan seperti mereka ini. Siang malam mengutuk DAP dan dengan itu secara tidak langsung Pakatan, tetapi berselindung di sebalik Pakatan demi mengekalkan jawatan mereka!

Tidakkah mereka sedar betapa janggalnya tindakan mereka itu? Sedangkan ini merupakan persoalan kerajaan Negeri dan bukan berhubung parti politik atau gabungan parti politik seperti Pakatan.

Struktur organisasi Pakatan dan kerajaan negeri perlu dibezakan. Dalam struktur kerajaan negeri, ketua menteri adalah ketuanya.

Apabila ketua menteri menasihati semua ahli PAS untuk meletak jawatan dari kerajaan negeri, kerana telah memutuskan hubungan dan kerjasama dengan DAP, ianya perlu diterima sebagai arahan ketua kerajaan negeri.

Ianya sama sahaja dengan tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim memecat PKR dan DAP semasa krisis menteri mesar dulu atas alasan mereka tidak lagi menyokongnya.

Sepertimana tindakan Khalid diterima sebagai sesuatu yang dilakukan mengikut bidang kuasanya, maka begitu juga dengan tindakan ketua menteri Pulau Pinang. Beliau boleh memecat semua kalau diinginkannya tetapi memberi peluang untuk yang terlibat meletak jawatan. Itu lebih bermaruah.

Oleh itu, tindakan Mat Sabu dan Dr. Mujahid adalah tepat dan bermaruah. Saya harap semua ahli PAS yang terlibat akan mengikuti contoh mereka dan dengan itu menjaga nama baik dan maruah PAS.

Penolakan jawatan pimpinan PAS

Ada yang terkejut dengan tindakan Mazlan Aliman dan mantan pimpinan yang menolak jawatan apabila ianya ditawarkan. Sememangnya ini merupakan suatu tindakan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Tetapi suasana sekarang berbeza dengan sebelum ini. Maka tidak hairan sekiranya tindakan susulan juga berbeza.

Mereka yang tidak berada di dalam 'chai' DUPP pada hakikatnya tidak diingini oleh pasukan yang telah menang. Ini hakikatnya. Mereka satu geng dan tidak boleh geng dengan yang lain. Apabila bukan satu geng, maka berbagai perkara yang boleh dilakukan terhadap dirinya sekiranya hadir bersama dalam AJK PAS Pusat.

Sebagai contoh, sekiranya maklumat mesyuarat dibocorkan, maka yang tidak satu geng akan dituduh sebagai yang membocorkan walaupun tanpa bukti. Beliau akan dibicara dan dijatuhkan hukuman di alam maya. Ini semua dilakukan tanpa proses pengadilan yang telus dan adil.

Tanpa diberi peluang membela diri, beliau akan dipersalahkan. Pada ketika itu tiada siapa akan membelanya walaupun semua tahu bahawa tuduhan tersebut tidak dibuktikan. Ini adalah apa yang telah berlaku sebelum ini.

Kes Syed Azman berhubung Ijtima Antarabangsa di Rusila adalah contoh yang jelas. Beliau difitnah di alam maya dengan tuduhan mensabotaj ijtima tersebut. Ini adalah kerana beberapa pimpinan gerakan Islam telah kembali ke Kuala Lumpur sebelum ijtima itu bermula.

Dalam mesyuarat AJK PAS Pusat isu ini dijelaskan dan semua memahami bahawa pada hakikatnya Dr Syed Azman telah banyak membantu menjayakan ijtima tersebut.

Ini termasuklah kesanggupan beliau menunda tarikh program asal yang melibatkan pimpinan gerakan Islam ini kepada tarikh yang sesuai untuk ijtima diadakan.

Dan juga untuk ianya diadakan di Rusila. Permulangan awal beberapa pimpinan bukan salah Dr. Syed Azman tetapi atas sebab kehendak pimpinan berkenaan atas sebab-sebab tertentu.

Namun pimpinan PAS tidak membela Dr Syed dari terus dicemuh. Keenganan membela Dr Syed kemungkinan besar adalah atas sebab beliau bukan satu geng. Maka Dr Syed terus dicemuh hingga ke hari ini.

Pada masa yang sama, tidak dinafikan, pendekatan dan kaedah saf pimpinan baru agak berbeza. Ada yang mengelarkannya sebagai pendekatan "siku dan lutut" serta "mencakar".

Oleh itu adalah dianggap lebih baik mereka dibenarkan melaksanakan perancangan mereka tanpa diganggu anggota geng lain yang tidak disenaraikan dalam chai tersebut.

Akhirnya, pencapaian paling cemerlang saf pimpinan baru buat masa ini adalah berakhirnya Pakatan Rakyat. Kejayaan yang memakan masa bertahun untuk dibina sememangnya boleh diruntuhkan dalam sekelip mata. Sama seperti bangunan yang indah memakan masa bertahun untuk dibina tetapi boleh dirobohkan dalam hanya sehari.

Bagi yang melihat Pakatan sebagai sesuatu yang menghalang kemaraan PAS, sudah pasti perkembangan mutakhir ini membanggakan.

Bagi yang melihat Pakatan sebagai gabungan yang mampu membantu PAS terus mara di mata rakyat, ianya perkembangan yang menyedihkan, dan saya turut bersedih bersama mereka.



KHALID SAMAD MP Shah Alam dan bekas AJK PAS Pusat.

Panas: Najib pindah wang RM7 Billion ke akaun sulit suarakami

Posted: 17 Jun 2015 07:30 PM PDT

 

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan mendedahkan perjanjian hutang 1Malaysia Development (1MDB) di Parlimen Isnin ini bagi membuktikan Menteri sebenarnya berbohong.

Beliau merujuk penafian Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan bahawa Kerajaan Persekutuan menjamin hutang 1MDB yang kini berjumlah RM41 bilion.

Saya mempunyai satu salinan perjanjian hutang tersebut yang secara jelas menunjukkan Kerajaan Persekutuan menjamin hutang 1MDB walaupun ia ditulis dalam lenggok kata yang berlainan.

"Hakikatnya, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak ingin bersembunyi di sebalik perkara teknikal untuk menyembunyikan bahawa hutang-hutang 1MDB sebenarnya dijamin oleh rakyat," kata Rafizi dalam kenyataan.

Ahmad Maslan ketika mengulas mengenai kedudukan kewangan 1MDB menyatakan, dana rakyat sedang dalam proses untuk dibawa pulang ke Malaysia.


Itupun setelah didesak oleh rakyat. Semasa saya mula-mula membawa isu di mana dana rakyat , pengurusan 1MDB menghantar surat mengugut untuk menyaman saya dan kini terbukti bahawa kebimbangan saya itu bertempat.

"Oleh itu, mulai minggu depan, saya dan pasukan dari National Oversight & Whistleblowers (NOW) akan dedahkan individu dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam urusniaga menyimpan dana rakyat secara penuh rahsia.

Ini penting supaya menteri dan individu terbabit tidak dengan mudah mencuci tangan setelah dana itu mula dibawa kembali ke Malaysia.

Individu yang terbabit di dalam keputusan tersebut perlu menerima pertanggungjawaban dari keputusan yang salah itu," tegas Rafizi yang juga Naib Presiden KEADILAN.

Oleh itu, beliau memberi Ahmad Maslan sehingga Ahad ini untuk memperbetulkan kenyataannya, jika tidak, beliau tidak akan teragak-agak membawa usul tergempar merujuk beliau kepada Jawatankuasa Khas Parlimen kerana berbohong kepada Parlimen.

Kerajaan Membazir Wang Rakyat 1.8 juta Untuk Membina Page Facebook.... suarakami

Posted: 17 Jun 2015 07:00 PM PDT

 

Pakar media sosial Dave Duarte berpendapat harga RM1.8 juta yang dibelanjakan bagi laman Facebook Pelancongan Malaysia tidak menjamin akan membawa kejayaan besar.

Pengarah urusan Huddlemind Labs di Afrika Selatan itu berkata kempen media sosial yang berjaya harus melabur lebih banyak dalam pengiklanan seperti Google Ads, bagi menarik lebih ramai pengunjung berbanding membangunkan platfom.

Katanya RM300,000 adalah 'agak tinggi' bagi setiap aplikasi Facebook.

"(Laman Facebook) sepatutnya dihubungkan kepada perkara lain seperti, mungkin TV," katanya ketika diwawancara selepas hadir pada Persidangan Blogger Dunia dan Media Sosial di Kuala Lumpur.


Duarte berkata harga yang dibayar Pelancongan Malaysia itu jauh lebih tinggi daripada kos purata kempen media sosial Facebook yang berlegar di sekitar US$30,000 setahun.

Beliau yang pernah mengetuai beberapa kempen media sosial berkata berdasarkan pengalamannya bahawa bajet yang kecil boleh diterjemahkan kepada perniagaan yang besar.

Musa Hassan dedahkan Najib dan Menteri memperkudakan Polis..

Posted: 17 Jun 2015 06:30 PM PDT

 
Tan Sri Musa Hassan menuduh menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara dan mendakwa ia masih berlanjutan.

Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli politik itu dalam satu sidang media hari ini dan mendakwa keenggannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak.

Beliau turut mengkritik penggantinya, Tan Sri Ismail Omar sebagai seorang pegawai yang hanya mengikut perintah kepada ahli politik yang berpengaruh.

"Terdapat banyak keraguan daripada pegawai polis yang dikatakan menerima arahan bukan daripada (pegawai tertinggi mereka) tetapi daripada Kementerian Dalam Negeri.

"Malahan kementerian tersebut masih boleh memberikan arahan sekaran... siapa yang kawal sekarang?" soal Musa.

Musa kemudiaan memetik Sesyen 4(1) daripada Akta Polis yang menyatakan bahawa sebarang arahan kepada pegawai polis mestilah datang daripada KPN, yang mempunyai bidang kuasa ke atas arahan tersebut.

"Saya dimaklumkan malahan Setiausaha Agung boleh mengarahkan CPO(Ketua Pegawai Polis) dan (mengarahkan mereka untuk) melapor balik kepada mereka. Jadi siapa yang mengawal polis sekarang?

"Arah dan kawal... ke atas pasukan polis haruslah dibawah KPN. Tiada orang lain boleh beri arahan."

Namun, bekas pemimpin tertinggi dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) tersebut enggan mendedahkan nama tetapi mendakwa beliau menerima arahan tersebut daripada menteri, timbalan menteri dan ahli politik, juga daripada pembangkang.

"Apabila saya menangkap penjenayah, yang terlibat dalam aktiviti haram, pasti akan ada panggilan telefon daripada pihak atas.

"Saya masih ingat... seorang MP pembangkang selalu datang ke pejabat saya. Dia bawa kepada saya banyak saman (untuk selesaikan). Saya kata Tan Sri... awak (antara salah seorang) yang meluluskan di Parlimen.

Musa juga mensasarkan penggantinya, Tan Sri Ismail Omar yang dianggapnya sebagai seorang hanya mengikut arahan kepada ahli politik berpengaruh.

"Kamu baca akhbar. Kadangkala, kamu dengan (ahli politik berkata) "Saya arahkan polis buat itu... buat iini," jawab Musa apabila ditanya bentuk arahan yang diberikan kepada KPN ketika ini.

"(Ismail) orang yang baik, tetapi menjadi seorang yang baik dan menjadi popular bukan adalah perwatakan menjadi seorang KPN. Kamu perlu jadi lebih tegas.

"Kadangkala, kamu perlu jadi seorang yang lantang (kepada) pihak atas. Apabila tidak betul... jangan hanya kata ya.

"Jika seorang KPN hanya mengikut perintah, dia akan jadi KPN terbaik di dunia. Jika dia lantang, dia akan jadi KPN yang jahat dan tidak akan ada banyak tuduhan ke atas dirinya," gurau beliau.

Beliau menggambarkan hubungannya dengan Hishamuddin sebagai biasa, tetapi Menteri Dalam Negeri tersebut secara langsung mengarahkan beliau untuk mengawal pasukan polis.

"Apabila saya mendapati arahan yang diberikan kepada pegawai baru dan OCPD (Ketua Polis Daerah) tanpa pengetahuan saya, jadi pastinya suatu yang salah berlaku.

"Jadi saya tekankan kepadanya Sesyen 4(1) Akta Polis... arah dan kawal dalam pasukan polis adalah hak KPN, bukan seorang menteri.

"Saya beritahu dia secara baik tapi dia tidak suka. Sebab itu (jawatan) saya tidak disambung," dakwa Musa.

Musa bertugas sebagai KPN selama tiga sebelum bersara pada 13 September 2010 selepas kes rasuah yang ditutup pada Julai 2007 kerana kurang bukti.

Sidang akhbar tersebut dianjurkan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), sebuah pemantau bukan kerajaan (NGO) yang mengakui mereka akan "mencabar sebarang statistik yang dikeluarkan oleh PDRM".

NGO tersebut mendakwa mereka mempunyai statistik jenayah "sebenar" daripada pasukan polis yang dituduh mereka telah "dimanipulasi" sebelum dikeluarkan kepada orang awam.

MyWatch juga mengakui mereka memiliki bukti melibatkan pegawai atas polis dengan kumpulan bawah tanah.

Mereka merancang untuk mendedahkannya secara berperingkat, bermula minggu depan jika PDRM masih enggan bekerja dengan mereka.

Copy Paste Dari Sini



Siapa perlu keluar dari Selangor? Faiz Zainudin

Posted: 17 Jun 2015 06:00 PM PDT

 
Mahfuz-Omar_pkr_300

Bagi mengatasi kemelut kepimpinan dalam pentadbiran kerajaan negeri, Mahfuz mencadangkan sama ada DAP atau Pas perlu keluar dari Selangor.

KUALA LUMPUR: Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak akan menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

Bekas Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar melahirkan kebimbangan sekiranya tindakan berkenaan diambil, ia akan memburukkan lagi keadaan.

"Rakyat masih beri penghormatan jadi kalau bawa kepada pembubaran DUN, timbul krisis yang lebih buruk dan semua parti akan dilihat tiada sefahaman parti," katanya.

Sebagai penyelesaian kemelut yang berlaku, beliau meminta sama ada Pas atau DAP, berundur daripada pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, hanya dengan cara itu ia akan menyelamat keadaan dan menangkis tanggapan buruk terhadap mereka.

"Kalau terus kekal, ia akan membina persepsi. Bukan saya kata, tetapi untuk orang kata, ini parti politik hipokrit sekali gus menjejaskan kepercayaan rakyat.

"Kena ada pihak berundur dan jadi parti yang mesra kepada kerajaan," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen pada Rabu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pokok Sena menambah, jika kedua-dua parti itu terus berdegil, rakyat akan menilai mereka lebih mementingkan kuasa berbanding rakyat.

PR berpecah: Kenyataan Azmin berbeza FMT Reporters

Posted: 17 Jun 2015 05:30 PM PDT


rafizi,azizah,azmin

Timbalan Presiden PKR itu berkata PR boleh diselamatkan dan ketiga-tiga parti perlu berbincang.


PETALING JAYA: Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat tidak sependapat berhubung status sebenar Pakatan Rakyat.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengumumkan pakatan pembangkang itu secara rasmi sudah tidak wujud.

Katanya, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Biro Politik PKR pada 16 Jun 2015.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli juga mengesahkan keputusan itu muktamad, seperti dilaporkan Malaysiakini.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali membuat kenyataan berbeza yang bercanggah keputusan parti.

Harakahdaily melaporkan Azmin berkata, PR masih boleh diselamatkan daripada berpecah dan ketiga-tiga parti masih boleh berunding.

"Duduk dan berbincang secara berhemah dengan menghormati pihak lain. Saya percaya kita boleh melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara.

"Jangan pula sampai Pakatan berpecah. Perlu ada rasa hormat menghormati antara satu sama lain," katanya selepas menyerahkan kunci rumah kekal mangsa banjir di Simpang Tiga Kuari Manek Urai Baru pada Rabu.

Menteri Besar Selangor itu dikatakan lebih memihak kepada Pas kerana parti itu yang mencadangkan namanya menggantikan Tan Sri Abdul khalid Ibrahim selain nama Wan Azizah.

Untuk rekod, Azmin tidak hadir dalam mesyuarat Biro Politik PKR kerana berada di Kelantan.

Kemungkinan Azmin membuat kenyataan kepada Harakahdaily sebelum Wan Azizah mengeluarkan kenyataan media tetapi timbul persoalan mustahil pemimpin nombor dua tidak dimaklumkan lebih awal pendirian parti.

PAS tak boleh sendirian jika mahu tumbangkan BN, kata anak bekas pemimpin

Posted: 17 Jun 2015 05:00 PM PDT

 

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) seharusnya kembali kepada pendekatan yang ditinggalkan bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam usaha menyelamatkan gabungan pembangkang dan menumbangkan Barisan Nasional (BN), kata Nik Omar Nik Aziz.

Anak bekas menteri besar Kelantan itu berkata, arwah bapanya sering mengingatkan, segala permasalahan perlu dibawa ke meja rundingan dan pemimpin PAS seharusnya memulakan inisiatif itu.

"Cara nak selesai, lebih baik melalui meja rundingan. Dalam PR ada Majlis Presiden, di sinilah ruang terbaik.

"Saya rasa parti PAS yang mesti memulakan inisiatif langkah terbaik, bincang secara teliti, ikhlas supaya dapat dikekalkan PR, sebab itu pendekatan Tok Guru," katanya kepada The Malaysian Insider.

Nik Omar berkata, ayahnya terlalu sayangkan ikatan sesama parti dalam PR melebihi kasih sayang kepada anaknya sendiri kerana sedar PAS tidak akan dapat mentadbir negara sendirian.

Katanya, Nik Aziz sedar landskap politik Malaysia memperlihatkan PAS perlu bersama sekutunya - PKR dan DAP - dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan BN.

"Macam mana pun, kita kena terima, PAS ini parti politik, kita nak bezakan politik yang PAS nak bawa dengan lawannya, Umno, yang berasaskan kebangsaan dan sekular.

"Apabila politik, kita kena fikir akhirnya kita mahu undi. Di Malaysia, Allah buat ketentuan masyarakat majmuk dan agama pelbagai. Kalau kita fokus pada satu bangsa sahaja, dari segi logiknya agak sukar kita nak dapat kuasa.

"Dari situlah yang saya faham, Tok Guru beri perhatian serius kepada Islam dan bukan Islam. Selain untuk dakwah, Tok Guru lihat jangka masa panjang, dia juga tengok melalui undi tadi," katanya.

Mengulas hasrat PAS memutuskan hubungan dengan DAP seperti yang dipersetujui semasa muktamar parti itu awal bulan ini, Nik Omar berkata beliau menghormati Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagaimana menghormati ayahnya sendiri, namun mengakui pendekatan presiden PAS itu berbeza dengan ayahnya.

Katanya, Nik Aziz jelas menunjukkan bagaimana akhlak pemimpin Islam yang sepatutnya untuk mendekati DAP bagi menghasilkan kejayaan dalam hubungan PR.

"Kalau kita berbaik melalui perbincangan, hormat-menghormati, ziarah-menziarahi, guna saluran perbincangan yang betul sebagaimana Tok Guru tunjuk dulu, mungkin suasana agak berbeza sikit.

"Kalau tanya saya secara peribadi, saya lebih suka kita masih ada ruang (untuk berbaik dengan DAP) sebab kita tahu DAP ini 90% pimpinannya bukan Islam.

"Kalau mereka tunjuk akhlak yang tidak sesuai dengan kita orang Islam, padanlah, sebab dia bukan Islam. Kita sendiri lebih sesuai tunjuk pendekatan Islam bagaimana," katanya.

Sementara itu anak kepada bekas presiden PAS, Faiz Fadzil berkata, PAS kini tidak berpijak kepada realiti dan cuba kembali kepada zaman retrogresif 1970-an.

Faiz yang merupakan anak kepada Datuk Fadzil Mohd Noor berkata, pimpinan PAS pada hari ini juga sudah melupakan pendekatan bapanya yang banyak membawa kejayaan besar kepada parti itu.

"Mereka tidak berpijak pada realiti. Tak mungkin PAS boleh memerintah Malaysia atau negeri Pantai Barat tanpa berpakat dengan parti lain.

"Kalau hanya melihat PAS di Pantai Timur yang majoriti rakyatnya adalah Melayu, mungkin boleh berjuang sendirian.

"Tetapi sejarah membuktikan PAS tak mampu membentuk kerajaan dengan berjuang bersendirian," katanya sambil menambah, malah sewaktu membentuk kerajaan negeri Kelantan pada 1990, PAS bermuafakat dengan Semangat 46.

"Tanpa muafakat Angkatan Perpaduan Ummah, tak mungkin kita boleh bentuk kerajaan," katanya.

Beliau mendakwa, ucapan penggulungan Hadi semasa muktamar lepas yang positif terhadap Umno jelas menunjukkan ahli Parlimen Marang itu dan pengikutnya tebal dengan semangat ketuanan Melayu.

Katanya, PAS harus sedar, Islam itu bersifat terbuka, inklusif dan rahmat, selaras dengan gerakan Islam yang tidak diturunkan kepada golongan tertentu.

"Mereka tak dapat terima pendekatan yang dibina Fadzil untuk kembangkan PAS dan letakkan parti dalam persada arus perdana.

"Di Malaysia berbeza dengan Arab. Kita di Malaysia pelbagai kaum, jadi, pendekatan kena berbeza.

"Kita hidup di Malaysia perlu menerima masyarakat majmuk dan berkongsi kuasa. Malaysia tak boleh dipusatkan pada satu kaum pemerintahannya. Mesti berkongsi," kataya kepada The Malaysian Insider.

Seorang lagi anak kepada bekas presiden PAS, Datuk Dr Mujahid Yusof berkata kepimpinan PAS yang dahulu berbeza dengan kepimpinan sekarang apabila mengelak dari perbuatan keji dan mungkar.

Katanya, sifat terbuka PAS ditambah dengan budaya terlalu berpolitik, menjadikan pimpinan sekarang tidak mampu mengawal anasir buruk yang berlaku dalam parti.

"Zaman dulu tak ada perebutan jawatan dalam parti dan masing-masing bukan nak melawan antara satu sama lain. Masing-masing menolak untuk memegang jawatan.

"Mungkin juga mengambil kira pada waktu itu PAS tiada kerajaan negeri, tidak ada kekuatan seperti hari ini," katanya.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, walaupun ada perbezaan pandangan pada waktu itu, ia lebih dilihat sebagai satu perkara biasa yang berlaku dalam organisasi.

"Tidak wujud cantas mencantas, fitnah memfitnah, label melabel maka perjalanan parti dipacu semangat persaudaraan," katanya.

Ketika ditanya hala tuju PAS apabila parti Islam itu kini dianggotai anak dan menantu Hadi, Mujahid berkata, ini bukan kali pertama keluarga presiden dominan dalam parti.

Katanya, bekas presiden PAS Tan Sri Asri Muda yang terlebih dahulu mengamalkannya sehingga parti Islam itu dilabel sebagai parti keluarga.

"Dulu masa zaman kemuncak Asri, ada gelaran yang diberikan kepada PAS.

"Ini kerana Asri presiden, ketua Muslimat isterinya, ketua Pemuda menantunya, AJK PAS yang lain kroni-kroninya. Dulu mereka namakan 'Parti Asri Sekeluarga', PAS.

"Maknanya ini bukan kali pertama dominan keluarga presiden dilihat terserlah dalam PAS. Cuma soal yang lebih utama saya harap keberadaan menantu dan anak itu kerana merit.

"Saya yakin mereka ada merit sebab mereka dipilih perwakilan. Mungkin perwakilan melihat mereka ada merit. Bukan melihat mereka anak Hadi atau menantu," katanya.

Faiz pula berkata, PAS perlu dilihat berbeza dengan parti lain kerana parti Islam itu dikurniakan dengan ramai pemimpin berkebolehan.

"Macam ayah saya, dia ambil pendekatan Khalifah Umar Abdul Aziz untuk mengelak berlakunya kepimpinan kekeluargaan dalam parti.

"Bila berlaku kekeluargaan dalam parti, ia menyukarkan keputusan dibuat secara kolektif, kerana ada keluarga dalam jawatankuasa kepimpinan. Bukan satu suasana yang baik dalam parti."

Nik Omar pula berpandangan mungkin Hadi melihat dari sudut berbeza dan percaya anak dan menantunya mempunyai kebolehan untuk memimpin. – tmi

VIDEO - Tun M: I don't talk or answer to 'kucing kurap'

Posted: 17 Jun 2015 04:30 PM PDT



TUN M MENGANGGAP CIKGU BARD DARI PKR SEBAGAI "KUCING KURAP" ? BIADAP SUNGGUH MAMAK KERALA NI......

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI SEMUA !

Posted: 17 Jun 2015 04:15 PM PDT


 
Zack Ahmad's photo.

Wan Azizah umum PR secara rasmi sudah tidak wujud FMT Reporters

Posted: 17 Jun 2015 09:00 AM PDT

  
wan azizah,pr

Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang terus kekal.

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Pakatan Rakyat secara rasmi sudah tidak wujud.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menerusi kenyataan media bagaimanapun berkata, Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang terus kekal.

Katanya, PKR menyokong penuh kepimpinan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Katanya, PKR juga menyokong kepimpinan Negeri Kelantan di bawah Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yaakob.

Katanya, walaupun PR sudah tidak wujud, PKR tetap berpegang kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Biro Politik PKR pada 16 Jun 2015.

Vanidah Imran Terlibat Dalam Kemalangan, Kereta Terbakar?? - Kita Bantai

Posted: 17 Jun 2015 08:15 AM PDT

 
INDUSTRI hiburan hari ini digemparkan dengan nahas kemalangan yang menimpa pelakon Vanidah Imran apabila kereta Mini Cooper yang dipandunya secara tiba-tiba terbakar, dekat Sungai Besi kira-kira jam 3 pagi tadi.
Difahamkan, ketika itu Vanidah sedang dalam perjalanan pulang dari penggambaran drama di Serdang.
1 (1)
1 (1) (1) (1)
Memetik laporan Berita Harian, suami Vanidah, Rashidi memaklumkan bahawa isterinya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Dia tak apa-apa, masih tidur lagi. Alhamdulillah dia terselamat daripada sebarang kecelakaan. Cuma sedikit trauma dengan apa yang terjadi. Kereta itu memang rosak dan hancur teruk selepas terbakar.

"Punca kereta boleh terbakar tidak diketahui dan kami menyerahkan kepada pihak berkaitan untuk menjalankan siasatan. Kami juga sudah membuat laporan polis di Puchong," katanya.
Vanidah Imran
Tambah Rashidi, dia bergegas ke tempat kejadian sejurus mendapat panggilan daripada isterinya.
Kereta Mini Cooper yang dipandu Vanidah itu dimenangi ketika dia dan suami menjuarai pertandingan Sehati Berdansa musim pertama yang disiarkan stesen Astro pada tahun 2007.

NGO Jumpa Tun Mahathir .....Apa akan berlaku? suarakami

Posted: 17 Jun 2015 07:00 AM PDT

 

Kira-kira 50 peserta daripada beberapa NGO hari ini mengadakan pertemuan secara tertutup dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Bagaimanapun, tujuan pertemuan itu diadakan tidak dapat disahkan kerana para pemberita tidak dibenarkan membuat liputan berhubung pertemuan tersebut.

Sejak jam 3 petang lagi beberapa wartawan mula menunggu di luar bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana. Turut hadir NGO dari pelbagai tempat termasuk Kuala Kangsar, Perak.

Salah seorang peserta dari NGO yang hadir memberitahu wartawan bahawa pertemuan itu bermula sekitar jam 4.30 petang.

Katanya, kehadiran meraka bagi mendengar sendiri penjelasan bekas pemimpin negara itu mengenai isu semasa terutamanya melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Ini sebenarnya program biasa untuk bertemu dengan Tun (Dr Mahahtir). Cuma hari ini beramai-ramai sebab mereka nak dengar sendiri daripada mulut Tun," kata individu dari NGO itu ketika ditemui pemberita.

Dr Mahathir sebelum ini menyerang pentadbiran Najib dan mendesak beliau meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri terutamanya berkaitan isu hutang firma pelaburan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).  

Walaupun Najib turut membalas kritikan bekas pemimpin selama 22 tahun itu, namun Dr Mahathir meneruskan serangannya.  

Selain sering mempersoalkan wang berjumlah RM42 bilion, Dr Mahathir turut menyifatkan rundingan yang dibuat oleh 1MDB sebagai "kebodohan" syarikat itu apabila syarikat pelaburan tersebut terlebih bayar ketika membeli aset tenaga, walaupun lesennya hampir tamat.

VIDEO Bung Mohtar Ugut Bunuh Peserta Demo Depan Rumah Beliau 'Kalau saya ada, mungkin ada yang mati'

Posted: 17 Jun 2015 06:15 AM PDT

 

N Berang dengan satu protes yang diadakan di luar kediamannya di Ampang, Ahli Parlimen Umno Bung Moktar Radin berkata "mungkin ada yang mati" jika beliau berada di rumah ketika insiden itu.

Katanya, sekumpulan wanita dari Ampang telah menceroboh rumahnya hari ini, sambil memegang sepanduk dan antara lain melaungkan 'reformasi'.



Bung Moktar berkata laporan polis telah dibuat sambil menambah bahawa apa yang berlaku dalam Dewan hendaklah diselesaikan di Dewan.

"Jangan biadap," katanya semasa perbahasan Rang Undang-Undang Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan) 2015.

 

Bung berkata, protes itu, yang diadakan sebagai tindak balas terhadap kenyataannya yang didakwa 'seksis' terhadap Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, merupakan satu bentuk gangguan terhadap keluarganya.

"Nasib baik saya tidak ada. Kalau saya ada, mungkin ada yang mati di situ. Jangan cabar saya," tegasnya.

Memetik Peraturan Mesyuarat 36, Bung menuntut Dewan Rakyat merujuk Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan untuk tindakan disiplin.

Berikutan itu, Hee Loi Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) bangun memprotes kata-kata Bung itu yang seterusnya mencetus perang mulut.



Posted by Jeebond BLM -

FUYOOOH! HAJI HADI MEMANG HEBAT DI RUSILA!

Posted: 17 Jun 2015 05:30 AM PDT

Tidak payah papar banyak-banyak gambar. Sekeping gambar sudah cukup. Memang sambutan terhadap Kepimpinan Ulamak sangat hebat di Rusila, berbanding dengan Mat Sabu di Muar, Johor, diadakan pada waktu yang sama, 16 Jun, 2015.


RUSILA: SELESA DI BAWAH BUMBUNG (DPP)

Sokongan ini memang jauh lebih daripada sokongan HINDAR GST anjuran Dewan Ulama PAS di Padang Merbuk, pada 11 April 2015.

Mana Mat Sabu boleh lawan?

MUAR: SELESA DI BAWAH LANGIT (UAAS)

PRU14, PAS dah boleh tawan Terengganu.

UMNO pun sudah menunjukkan keikhlasannya:

JADILAH WALAU 1 BUTIR

Syarat tawan Terengganu bukan susah sangat.

Ikut formula Dr Zuhdi Marzuki saja:
KERJASAMA DENGAN UMNO

Tak faham?

Tak payah susah-susah masuk politiklah.




Seorang lagi Ahli Majlis PAS Pulau Pinang letak jawatan

Posted: 17 Jun 2015 04:45 AM PDT

 
Seorang lagi ahli majlis kerajaan tempatan dari PAS di Pulau Pinang meletak jawatan hari ini berikutan putusnya hubungan di antara DAP dan parti Islam itu yang mengakhiri Pakatan Rakyat (PR).

Dahalan Fazil, ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP), meletak jawatan berkuat kuasa hari ini, menurut ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Chow Kon Yeow. Chow berkata, beliau menerima peletakan jawatan Dahalan yang dihantar ke pejabatnya di Komtar petang semalam.

"Bagi pihak kerajaan negeri, kami mengucapkan terima kasih di atas khidmatnya dan jasanya kepada Pulau Pinang sebagai ahli majlis."

Dahalan dilantik ahli MPSP atas cadangan PAS awal tahun ini. Beliau mengangkat sumpah pada Januari.

Beliau merupakan ahli jawatankuasa pelesenan dan penguatkuasaan, jawatankuasa lalu lintas dan infrastruktur dan jawatankuasa perancangan, pembangunan dan pengindahan majlis itu lapor The Malaysian Insider

Najib perlu di halang dari guna RM3.6 billion wang rakyat bayar hutang September ini... suarakami.

Posted: 17 Jun 2015 04:00 AM PDT

Maklumat yang telah di terima mendedahkan selain dari pinjaman daripada bank-bank tempatan, 1MDB juga telah mengambil pinjaman sebanyak USD975 juta (bersamaan RM3.6 bilion) dalam Oktober 2014 dari satu konsortium 6 bank antarabangsa yang diketuai oleh Deutsche Bank.

Pinjaman ini telah dilaporkan di dalam majalah-majalah kewangan antarabangsa. Pinjaman bagi jangka masa satu tahun ini perlu dibayar dalam September 2015 dan telah menarik perhatian pasaran kewangan antarabangsa di saat-saat 1MDB berhadapan dengan masalah membayar hutangnya kepada bank-bank tempatan.


Maklumat tidak rasmi yang di terima dari pemberi-pemberi maklumat yang bekerja di bank-bank terbabit dan dari pasaran kewangan untuk mendapat pasaran lebih jelas mengenai pinjaman ini. Maklumat tidak rasmi yang di terima mendapati adalah amat membimbangkan kerana terma-terma pinjaman itu amat membebankan rakyat.

Oleh yang demikian, saya ingin menimbulkan soalan-soalan ini agar Dato' Seri Najib Tun Razak menjelaskan sendiri mengenai terma-terma pinjaman ingin saya perolehi secara tidak rasmi dari pemberi-pemberi maklumat:

1. Apa cagaran yang telah dibuat oleh 1MDB untuk mendapatkan pinjaman ini kerana ia dibuat pada ketika masalah kewangannya telah diketahui umum?

Pinjaman sebesar ini sudah tentu melibatkan cagaran ("collateral"). Maklumat yang saya perolehi menyebut cagaran kepada pinjaman ini adalah simpanan wang di BSI Singapura yang sebelum ini telah dilaporkan tidak wujud.

Jika cagaran ini tidak wujud, ada kemungkinan besar 1MDB perlu mendapatkan dana lain untuk menggantikan cagaran tersebut.

2. Adakah benar Perdana Menteri atau Kementerian Kewangan telah mengeluarkan satu surat sokongan atau surat makluman mengenai pinjaman ini?

Saya dimaklumkan satu surat sokongan telah dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia yang membolehkan pinjaman ini diluluskan kepada 1MDB. Apakah terma-terma surat sokongan itu?

3. Adakah benar kadar faedah bagi tempoh setahun itu ialah 11% seperti yang dimaklumkan kepada saya? Jika benar, kadar ini sudah mencecah kadar "overdraft" dan menunjukkan terdesaknya 1MDB.

Mengambil kira bahawa hutang ini perlu dibayar dalam tempoh terdekat iaitu September 2015 dan jumlahnya besar, pinjaman ini adalah satu lagi "bail out" yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Sebelum ini, setiap kali 1MDB perlu membayar hutangnya, kerajaan terpaksa menyuntik wang atau satu urusniaga yang merugikan rakyat akan berlaku:

1. Mac 2015 – Kerajaan terpaksa menyuntik RM950 juta dalam bentuk "standby credit" yang kebetulan diluluskan beberapa minggu sebelum 1MDB perlu membayar hutang

2. Mei 2015 – Tabung Haji membeli hartanah di Tun Razak Exchange dari 1MDB pada kadar untung berlipat kali ganda kepada 1MDB yang kebetulan dimuktamadkan beberapa minggu sebelum 1MDB perlu membayar hutang.

Jika rakyat tidak mendesak Dato' Seri Najib Tun Razak berlaku telus mengenai hutang RM3.6 bilion yang perlu dibayar 1MDB September ini, lebih banyak dana rakyat dan harta kerajaan yang akan disuntik ke dalam 1MDB untuk membayar hutang ini.

Zuhdi Buat Kerja Bodoh - Kutuk ANAK Dan Mazlan Aliman

Posted: 17 Jun 2015 03:15 AM PDT


Dalam menyindir tindakan Mazlan Aliman berundur daripada PAS pusat, ahli jawatankuasa parti itu Dr Zuhdi Marzuki juga menyerang NGO Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang diketuainya.

Dr Zuhdi mendakwa NGO "anti-establishment dan agak radikal" itu mengajak anak peneroka Felda menjadi pendesak dan "kadang-kadang memberontak" dalam menyatakan tuntutan mereka.

Beliau berkata "tindakan popular" itu mendapat sokongan pendukung Pakatan Rakyat yang mempunyai kecenderungan itu.

Bagaimanapun, kata Zuhdi, desakan ANAK itu tidak mendapat tempat di hati majoriti peneroka dan anak mereka.

"Pendekatan ANAK ialah ajak anak-anak Felda jadi kumpulan pendesak malah kadang-kadang 'rebellion' terhadap Felda, sesuatu yang tak dapat diterima oleh mereka kerana Felda begitu banyak berjasa.

"Bagaimanapun, sikap anti-establishment yang dipupuk oleh ANAK memang disukai oleh pendukung Pakatan, menjadikan Mazlan popular dalam lingkaran itu, tetapi kesannya terhadap pengundi Felda minimum," kata kepada Malaysiakini semalam.

Zuhdi ditanya mengenai rancangan PAS seterusnya untuk membela peneroka Felda selepas Mazlan melepaskan jawatan sebagai AJK untuk memfokuskan tugasnya kepada NGO yang diketuainya itu.

Sehubungan itu, Zuhdi yang juga ketua operasi Pusat Penyelidikan PAS berkata parti itu akan mencadangkan "pendekatan alternatif" terhadap anak Felda diperlukan untuk mendekati golongan itu.

"Insya-Allah, PAS akan tubuh sebuah proksi baru anak Felda yang sifatnya lebih mesra peneroka dan prihatin," katanya tetapi enggan mengulas lanjut memandangnya ia berkaitan strategi.

Ditanya mengapa PAS mahu menubuhkan badan baru membela peneroka Felda sedangkan ANAK telah ditubuhkan bagi tujuan tersebut, Zuhdi berkata:

"Beliau dilihat ingin membawa ANAK bergerak sebagai NGO yang bebas dari pengaruh kepartian, dan PAS akan terus membantu tetapi sebagai entiti yang terasing."

Bagaimanapun, Mazlan ketika dihubungi Malaysiakini petang ini berkata beliau mahu Zuhdi supaya menjelaskan bagaimana beliau menyifatkan NGO itu dianggap "radikal" seperti yang didakwanya.

- mkini

Bantuan khas RM500 kepada penjawat awam Khairil Ashraf

Posted: 17 Jun 2015 02:30 AM PDT

 
najib_ringgit_awam_600

Pesara kerajaan pula akan menerima bantuan sebanyak RM250 bagi membantu dan meringankan beban kewangan untuk membuat persiapan menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

PUTRAJAYA : Kerajaan mengumumkan memberi bantuan bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 54 ke bawah.

Ia dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang turut menyatakan bantuan itu turut akan dinikmati lebih 700,000 pesara kerajaan yang menerima pencen dengan bayaran sebanyak RM250.

"Kedua-dua pembayaran tersebut akan dibuat pada 25 Jun 2015 yang melibatkan anggaran implikasi kewangan berjumlah RM1 billion," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-14 di Pusat Konvensyen Putrajaya pada Rabu.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, tujuan bantuan itu diberikan adalah bagi membantu dan meringankan beban kewangan penjawat awam membuat persiapan menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Dalam majlis itu juga, Najib turut mengumumkan kadar baharu terendah Imbuhan Tetap Perumahan adalah pada RM300 sebulan.

Tambahnya, bagi penjawat awam mendiami kuarters kerajaan yang tidak pernah menikmati imbuhan itu, mereka akan menerimanya pada kali ini sebanyak 25 peratus.

"Keputusan ini melibatkan lebih 1.1 juta penjawat awam di seluruh negara.

" Manakala implikasi kewangan pula ialah sebanyak RM1.04 billion setahun. Ia berkuatkuasa mulai 1 November 2015," katanya.

VIDEO - Baldi terbang di hadapan pejabat SUK Selangor Mohamad Fadli

Posted: 17 Jun 2015 01:45 AM PDT


baldi-terbang

Penganjur akan himpun 10,000 peserta di hadapan pejabat SUK jika kerajaan negeri gagal atasi masalah air.


SHAH ALAM: Perhimpunan bantahan isu air di Selangor bertukar kecoh apabila mereka yang hadir bertindak membaling baldi luar pagar Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK).

Mereka bertindak demikian selepas tidak puas hati selepas dilarang anggota keselamatan bertugas daripada menyerahkan memorandum.



Selain membaling baldi mereka turut memekik mengutuk kepimpinan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Sebelum itu, lebih 800 penduduk daripada kawasan sekitar Gombak dan Klang hadir menyertai bantahan yang diketuai Ketua Pemuda UMNO Selangor, Zainuri Zainal.

Kekecohan yang berlaku kembali tenang selepas Pegawai Berita Pejabat Menteri Besar, Shahril Said menerima memorandum berkenaan.

Mengulas mengenai bantahan yang diadakan, Zainuri mendesak supaya Azmin meneruskan perjanjian penstrukturan air antara kerajaan negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan.

"Rakyat Selangor tidak mahu dengar ceramah-ceramah politik, tetapi kita mahu air.

"Kita selalu dengar di Selangor merupakan negara maju tetapi masalah utama adalah tidak dapat membekalkan air yang bersih," katanya.

Dalam nada yang lebih keras dia menggertak akan membawa 10,000 orang untuk berhimpun di hadapan SUK sekiranya Azmin gagal menyelesaikan perjanjian air.

"Kita mahu Azmin selesaikan isu air ini dengan segera.

"Kasihani rakyat yang sedang sengsara menghadapi masalah air lebih lagi menjelang bulan Ramadan.
"Mereka memerlukan air untuk menjalankan aktiviti Ibadat," katanya lagi.

PAS KENA TIPU LAGI ? - RUU hudud terlepas lagi FMT Reporters

Posted: 17 Jun 2015 01:00 AM PDT

 
hudud-parlimen

Harapannya semakin tipis kerana ia disenarai sebagai usul terakhir untuk dibahas pada Sidang Dewan Rakyat yang akan berakhir pada Khamis

KUALA LUMPUR- Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian, Enakmen Kanun Jenayah Syariah (pindaan 2015) disenarai semula dalam kertas Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat pada sidang ini kemungkinan besar gagal dibentangkan.

Harapannya semakin tipis kerana ia disenarai sebagai usul terakhir untuk dibahas pada persidangan yang akan berakhir pada Khamis

Menurut kertas aturan mesyuarat dan usul-usul Dewan Rakyat, terdapat 12 lagi rang undang-undang yang perlu diberi keutamaan serta 15 usul yang dikemukakan anggota Dewan Rakyat lain bersabit pelbagai isu.

RUU Persendirian yang dikemukakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertujuan meminda Seksyen 2, Akta 355 bagi menggantikan peruntukan sedia ada berhubung bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah ke atas orang Islam

Usul RUU tersebut pertama kali disenarai pada 7 April lalu, dua hari sebelum sidang berakhir, tetapi tidak sempat dibentangkan kepada sidang dewan.

Rang undang-undang itu dicadangkan susulan keputusan Dewan Undangan Negeri Kelantan yang sebulat suara meluluskan Kanun Jenayah Syariah II Enakmen 1993 (Pindaan 2015) pada 19 Mac lepas.