Isnin, 15 Jun 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Anak Agong Dakwa Mahathir Perguna Bapanya Untuk Singkir Tun Salleh Abas

Posted: 15 Jun 2015 10:36 PM PDT

 


Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa mempergunakan sultan Johor sebelum ini Sultan Iskandar Sultan Ismail untuk menyingkirkan Tun Salleh Abbas sebagai ketua hakim negara pada 1988.

Anak sultan itu yang juga Tunku Bendahara negeri Tunku Abdul Majid Idris Iskandar berkata demikian di Facebook beliau.

"Mahathir gunakan bapa saya untuk singkirkan Salleh, titik. Salleh orang baik dan bapa saya iktirafnya.

"Baginda (Sultan Iskandar) sudah berbaik-baik dengan Tun Salleh.

"Mahathir, tolong jangan salahkan pihak yang tidak dapat pertahankan dirinya lagi," kata Tunku Majid.

Mahathir pada 13 Jun lalu mendakwa beliau terpaksa mengambil tanggungjawab atas pemecatan itu walaupun Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong ketika itu, yang mahu Salleh disingkirkan.

Mahathir, pemecatan itu berpunca daripada tindakan Salleh menulis surat kepada semua sultan mengenai Agong ketika itu yang didakwa "terlalu bising dan mengganggu rumahnya".

Mahathir membuat dakwaan terhadap Sultan Iskandar selepas berdepan soalan mendakwa beliau melemahkan badan kehakiman negara, dalam sebuah acara di Kuala Lumpur.

Pemecatan Salleh pada 1988 dilihat meluas sebagai serangan balas Mahathir selepas mahkamah memutuskan pengharaman Umno sebagai parti politik ketika itu.

- mkini


JPJ bakal perkenal sistem e-Training dan e-Testing

Posted: 15 Jun 2015 09:45 PM PDT

 
Zack Ahmad's photo.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal memperkenalkan sistem baru iaitu 'e-Training' dan 'e-Testing' di institut memandu tidak lama lagi.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad berkata buat permulaan JPJ memilih lokasi di Lembah Klang sebagai projek perintis kepada sistem ini sebelum diperluaskan dan diguna pakai di tempat lain.

Katanya menerusi sistem yang diperkenalkan ini kaedah penilaian bukan lagi dibuat oleh para penguji dari anggota JPJ di atas kertas malahan keseluruhannya menggunakan sistem komputer sama ada lulus atau sebaliknya.

"Untuk projek perintis kita akan buat di Lembah Klang dalam masa terdekat dan jika berjaya kita akan laksana tidak lama lagi, kita tidak memaksa institut memandu untuk menggunakan sistem ini dan ianya terbuka.

Jika institut memandu itu berminat dengan sistem yang diperkenalkan ini kita akan memulakan perbincangan untuk memasang sistem di institut memandu mereka," katanya kepada pemberita pada majlis naik taraf litar memandu sebuah institut memandu di Kuala Nerus hari ini.

Menurutnya inisitif yang bakal diperkenalkan ini juga mampu menjimatkan tenaga pekerja dari JPJ mahupun institut memandu itu sendiri.

Katanya langkah ini juga sekali gus dapat mengelakkan tohmahan serta isu untuk memiliki lesen memandu dengan mudah tanpa saluran yang betul dan dapat meningkatkan integriti.

Dalam perkembangan lain Ismail berkata pihaknya juga sedang berusaha meningkatkan profesionalisme dalam kalangan penguji daripada pegawai JPJ di setiap institut memandu.

"Kita dalam proses untuk membangunkan modul jika tiada halangan ia dapat dilaksanakan dalam masa terdekat," katanya.


- Bernama

Proton Nak Tumpang Populariti Perodua ?

Posted: 15 Jun 2015 09:00 PM PDT

Dr M: Proton akan masuk pasaran Perodua

 

Proton akan bersaing dengan Perodua dalam pasaran kereta kompak selepas prestasi lembab syarikat kereta pertama nasional itu, kata Pengerusi Proton Tun Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata, memorandum persefahaman telah ditandatangani dengan pengeluar kereta Jepun Suzuki untuk membantu mereka berkembang ke pasaran dikuasai Perodua.

"Perodua sepatutnya kekal dengan (kereta kapasiti enjin) 660cc tetapi kini mereka masuk ke wilayah Proton.

"Pada masa itu OK... tetapi sekarang walaupun mempunyai dua syarikat pengeluar kereta, pasaran kita daripada 80 peratus jadi 48 peratus," katanya.

Mahathir berkata demikian dalam sidang media di Pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam hari ini.

Kenyataan Mahathir itu kebetulan dibuat tiga hari selepas bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa TV3 cuba memburuk-burukkan Proton, antara legasi pentadbirannya.

Zainuddin, bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu itu juga berkata terdapat pihak memaklumkan padanya bahawa TV3 tiga malam berturut-turut menyiarkan keburukan teksi Proton.

TV3 bagaimanapun menjelaskan bahawa laporan itu tiada kena mengena dengan keadaan politik dalam negara sekarang ini.

Tun M tidak percaya masalah 1MDB selesai hujung tahun ini - Adam Abu Bakar

Posted: 15 Jun 2015 08:30 PM PDT

 
najib mahahthir
Syarikat pelaburan itu didakwa tidak mempunyai aliran tunai untuk menyelesaikan masalah hutang

SUBANG JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak percaya masalah 1MDB selesai hujung tahun ini seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini kerana, Dr Mahathir percaya syarikat tersebut tidak mempunyai sebarang aliran wang tunai untuk menyelesaikan masalah itu.

"Saya tidak yakin 1MDB akan selesai, sebab benda (wang) itu hilang. Duit tidak ada," katanya sewaktu ditemui pemberita dalam sidang media di Pusat Kecemerlangan Proton pada Isnin.

Bukan itu sahaja, Dr Mahathir turut menafikan kritikannya terhadap Najib sebagai satu gasakkan, sebaliknya akui ia dilakukan untuk mendedahkan kepincangan yang berlaku di dalam pentadbiran Najib.

"Bukan gasak, saya 'expose' (dedah) benda yang tidak kena. Benda yang kena, saya tidak pernah complain (adu)," ujarnya lagi.

Pada Ahad lalu, Najib telah memberi jaminan bahawa krisis 1MDB akan diselesaikan paling lewat hujung tahun ini.

Janji itu disampaikan melalui bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh, Hasan Hamzah.
"Najib telah berjanji akan menyelesaikan 1MDB selewat-lewatnya hujung tahun ini.

"Saya yakin dengan penjelasan itu," kata Hasan kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penerangan Perdana di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) pada Ahad.

Mazlan Aliman Mengambil "tindakan" Yang Bijak !!

Posted: 15 Jun 2015 08:00 PM PDT

Mazlan Aliman letak jawatan kerana kecewa

Mazlan-Aliman_jawatan_600
Dia kecewa selepas rakan-rakan baiknya yang pro Pakatan Rakyat kalah dalam Muktamar Pas baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Mazlan Aliman yang merupakan satu-satunya calon Pro Pakatan Rakyat (PR) yang dipilih dalam Muktamar Pas ke-61 melepaskan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, berkuat kuasa Isnin.

Tindakan melepaskan jawatan yang baru dimenangi itu dibuat setelah mengalami 'luka mendalam' melihat rakan-rakanya yang Pro PR kalah dalam pemilihan muktamar itu.

"Saya akui peletakkan jawatan saya sedikit sebanyak dipengaruhi oleh kekalahan yang dialami oleh rakan-rakan baik saya dalam Pas.

"Ia merupakan satu titik hitam sepanjang 30 tahun berkecimpung dalam Pas," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Pas.

Mazlan mengesahkan surat peletakan jawatan itu akan diserahkan secepat mungkin kepada wakil Pejabat Pas Pusat.

Beliau turut menafikan akan menyertai Persatuan Sejahtera Ummah Malaysia (PasMa) selepas tindakannya melepaskan jawatan dalam Pas.

"Saya tiada kaitan dengan PasMa, dan apa yang parti itu nak buat, tidak kena-mengena dengan saya.
"Saya tetap ahli Pas biasa dan akan terus memberikan sumbangan dalam perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran," katanya lagi.

Katanya, beliau tetap akan terus memberi sumbangan dalam Pas dan memanfaatkan masa dan ruang untuk mengambil inisiatif mengabungkan NGO-NGO bagi menangani isu krtikal seperti Felda Global Ventures (FGV), Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kenaikan kos sara hidup.

Berani Buat, Berani Lah Tanggung - Siapa Yang Putuskan Hubungan Dengan DAP ?

Posted: 15 Jun 2015 07:30 PM PDT

Wakil PAS Yang Dipecat Meroyan Dan Akan Saman Kerajaan Pulau Pinang


Mohd Fadzil yang sebelum ini memegang jawatan Pegawai Penerangan gred 41 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata beliau sedang berbincang dengan peguam tentang notis pemberhentian perkhidmatan yang diterima Jumaat lepas.

Katanya, beliau turut membawa perkara itu kepada perhatian pemimpin PAS pusat dan sedang menunggu maklum balas mereka sebelum mengambil sebarang tindakan.

"Peguam saya masih meneliti kes ini dan saya akan membuat pengumuman sekiranya membuat keputusan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi melalui WhatsApp di George Town hari ini.

Notis pemberhentian bertarikh 12 Jun dengan bayaran satu bulan gaji daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri itu dihantar dengan tangan kepada Mohd Fadzil yang juga ahli lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang.

Mohd Fadzil berkata perkara itu turut dibawa kepada perhatian Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang baharu, Mohd Fauzi Yusof.

"Pesuruhjaya PAS akan membuat keputusan selepas jawatankuasa PAS negeri dibentuk dalam masa beberapa hari lagi," katanya.

Sementara itu, Fauzi ketika dihubungi berkata PAS akan melihat isu ini dengan cermat dan tindakan akan diambil selepas mesyuarat yang akan datang.

Sabtu lepas, Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam satu kenyataan mendesak kepimpinan baharu PAS untuk mengarahkan wakil-wakilnya untuk mengundur diri.

Katanya, 3 wakil PAS dalam kerajaan DAP Pulau Pinang iaitu Mohamad Sabu, Mujahid Yusof Rawa dan Rosidi Hussain meletak semua jawatan mereka dalam kerajaan negeri.

Kemelut DAP-PAS berlaku selepas Dewan Ulama PAS sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 tanpa bahas, namun akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam pakatan pembangkang.

– Bernama

Orang kata muka Zuraida macam hantu – Bung Mokhtar - Adam Abu Bakar

Posted: 15 Jun 2015 07:00 PM PDT

 
bung-moktar-zuraidaBung Moktar mempertahankan teguran bahawa Zuraida terlalu ganas dan kesian terhadap suami Zuraida yang dibuat pada 9 Jun lalu.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan kenyataan seksi di Parlimen.

Kali ini, Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamarudin menjadi 'mangsanya'.

Dalam persidangan Parlimen pada Isnin, Bung berkata, wajah Zuraida menyerupai hantu, seperti yang didakwa di laman sosial.

"Ada orang cakap di laman sosial wajah Zuraida macam 'mak lampir'," katanya ketika berhujah mempertahankan teguran yang dibuat terhadap Zuraida pada 9 Jun lalu.

Dalam sidang Parlimen 9 Jun lalu, Bung menegur Zuraida kerana dikatakan membuat ucapan yang terlalu ganas.

"Saya bimbang, saya tengok laki dia di rumah takut macam ini keadaan", kata Bung.

Mempertahankan kenyataan itu, Bung berkata, dia ikhlas menegur kerana kesian terhadap suami Zuraida yang menderita dengan perangai Ahli Parlimen Ampang itu.

"Saya ikhlas menegur, kerana laki dia menderita perangai dia macam tu," katanya.

Zuraida dalam sidang akhbarnya berkata, dia kesal dengan ucapan Bung itu yang menyalahi peraturan Dewan.

"Tindakan Ahli Parlimen Kinabatangan telah menyalahi peraturan mesyuarat Dewan Rakyat 37(4) kerana telah menyentuh peribadi dan mengeluarkan kenyataan bersifat seksis," katanya.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching pula menyindir Bung dan menyatakan simpati terhadap isteri Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) itu kerana memiliki suami yang tidak prihatin terhadap wanita.

Bagaimanapun, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee melepaskan Bung dari tindakan tatatertib kerana tujuannya hanya sebagai teguran.

Mufti Perlis sokong kenyataan TMJ - Mohamad Fadli

Posted: 15 Jun 2015 06:30 PM PDT

 
Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim

Tiada siapa boleh menafikan hak TMJ untuk bersuara bagi menyatakan pendapat walaupun baginda anak Sultan.


PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin secara terbuka menyatakan sokongan terhadap Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim.
 
Beliau berkata, walaupun anak Sultan, TMJ tidak boleh dinafikan untuk bersuara bagi menyatakan pendapat demi kepentingan rakyat.

"Sebagai seorang yang hidup dalam negara ini, juga seorang anak Sultan, tiada siapa boleh menafikan hak beliau bersuara.

"Saya baru sahaja terbaca kenyataan beliau yang terakhir tentang teguran beliau, saya hormati," katanya di laman Facebooknya.

Dr Asri atau lebih dikenali dengan panggilan Dr Maza menegaskan setuju atau tidak itu soal kedua.

"TMJ ada hak untuk menyatakan pendapat dan bersuara. Apatah lagi jika apa yang disuarakan itu berfaedah untuk rakyat awam.

"Moga beliau terus berjuang untuk kepentingan awam.. Amin..," katanya lagi.

TMJ telah membalas kritikan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa menteri bukan Tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur.

Baginda berkata, dirinya rela dicemuh kerana mempertahankan kebenaran daripada dipuja kerana menyokong kesalahan.

Kata baginda, menteri dipilih oleh rakyat untuk berkhidmat kepada rakyat dan sekiranya ada perkara tidak betul berlaku, rakyat berhak menyatakan pandangan.

Nazri sebelum ini memberi amaran kepada TMJ supaya tidak masuk campur hal ehwal politik selepas baginda mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak hadir dialog Nothing 2 Hide baru-baru ini.

Sultan of Pahang says Malay rulers above politics

Posted: 15 Jun 2015 06:00 PM PDT

 
sultan ahmad shah,politik

The Malay rulers have a duty to protect the interests of the people fairly and honourably.

KUALA LUMPUR: Sultan Ahmad Shah of Pahang says the Malay Rulers are above party politics. He said the Malay Rulers and Yang Dipertuas Negeri were neutral in the administration and governing of the country.

They only wish to protect the interests of the people fairly and honourably and are not influenced by "election seasons", he added.

The Pahang Sultan said: "I agree with what was stated by the Yang di-Pertuan Agong a few days ago that the people should refrain from extreme politics.

"Moderation in everything should be our precept because it is also what religion teaches. Whatever we do that is extremist can bring disaster," Sultan Ahmad Shah said when he chaired the 238th meeting of the Conference of Rulers on June 11.

The text of his speech was released to the official media by the Keeper of the Rulers' Seal today.

The Sultan referred to the speech of Johor's Sultan Ibrahim, who urged the Federal Government to involve the states in discussions with other countries that concern the interests of the states.

"We must always remember that our nation is a federation with the federal and state governments sharing rights and responsibilities," Sultan Ahmad Shah said.

"Cooperation and mutual respect will foster a harmonious  government at national and state levels that is ultimately for the good of the people."

Sultan Ahmad Shah also alluded to the speech of Perak's Sultan Nazrin Shah, who wanted the Conference of Rulers to be recognised as the sole platform to bring together royal and public institutions without regard to political leanings.


BERNAMA

Hanya enam jam kerja di Brunei sepanjang Ramadan - FMT Reporters

Posted: 15 Jun 2015 05:15 PM PDT

 
brunei1

Waktu bekerja bagi pekerja yang menerima gaji harian pula dikurangkan sebanyak satu jam

PETALING JAYA: Kakitangan awam di Brunei hanya bekerja selama enam jam sehari sepanjang Ramadan ini dan tiga jam setengah pada Jumaat.

Waktu bekerja itu dikeluarkan menerusi Surat Pekeliling yang ditandatangani oleh Setiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri Brunei, Yahya Idris pada Isnin.

Menurut Pekeliling itu, pada Isnin sehingga Khamis, waktu bekerja bagi kakitangan awam ditetapkan jam 8 pagi dan pulang pada jam 2 petang.

Manakala pada hari Jumaat pula, operasi di pejabat awam bermula dari jam 8 pagi hingga 11.30 pagi.

Menurut Pekeliling itu, Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah telah memberi perkenan terhadap perkara itu.

Sementara itu, bagi pekerja-pekerja yang bergaji hari pula masa bekerja hendaklah dikurangkan selama satu jam dari waktu-waktu bekerja biasa dan penentuan memulakan kerja terserah kepada budi bicara kementerian dan jabatan masing- masing, kata Pekeliling itu.

JGN BIADAP DGN TUANKU LU SAPA?..DAULAT TUANKU TMJ DAN KERABAT JOHOR < > PERAK

Posted: 15 Jun 2015 04:30 PM PDT



 
KITA BACA...
 
DAULAT TUANKU.BRIGEDIAR JENERAL BANGKITLAH RAKYAT MALAYSIA

Kebelakangan ini, saya hanya menyuarakan pandangan supaya mereka yang diberikan amanah jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda. 
 
Nampaknya teguran saya secara baik ini telah mendapat maklum balas yang kasar daripada seorang menteri. Kalau saya mendapat jawapan sedemikian, apa harapan untuk teguran rakyat lain didengar?

Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat. 
 
Apabila saya bersuara, saya melakukannya sebagai pemimpin rakyat saya, rakyat Johor dan Malaysia. Saya hanya mengingatkan para pemimpin negara ini bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat, dan nampaknya oleh sebab itu saya diserang.

Dalam aturan dunia yang baru, saya membayangkan masa depan di mana setiap orang mempunyai hak menyuarakan pendapat masing-masing. 
 
Namun, keadaan di Malaysia pada hari ini tidaklah begitu, menteri-menteri pantang ditegur. Saya rela dicemuh untuk mempertahankan perkara yang benar, daripada disanjung untuk membela perkara yang salah.

Saya bukan ahli politik. Saya hanya bertanggungjawab kepada Allah, Sultan saya, dan rakyat Johor. Saya bukannya menjalankan suruhan seperti boneka. 
 
Johor hanya mempunyai tempat bagi mereka yang mahu berkhidmat kepada rakyat, bukan untuk mereka yang mahu meraih undi demi kepentingan peribadi.

Akan tiba suatu masa, di mana rakyat Johor perlu membuat keputusan demi kebaikan masa depan kita dan generasi yang akan datang. 
 
Kita akan bersatu dan membuat keputusan tersebut sebagai Bangsa Johor, untuk menempa masa depan kita. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. 
 
Saya berdiri untuk rakyat saya, bukan untuk merebut kuasa, bukan untuk menumbangkan kerajaan, tetapi untuk menjaga kesejahteraan rakyat saya.

Saya tidak pernah menyuruh sesiapa berundur atau meletak jawatan, hanya sekadar memberi ingatan kepada ahli politik berkenaan peranan dan tanggungjawab mereka. 
 
Sekiranya perkara seperti itu pun anda tidak boleh terima, jelaslah kepada seluruh rakyat betapa angkuh dan sombongnya anda. 
 
Gerakan demontrasi jalanan wajib dimulakan segera demi memastikan 500 tahun lagi anak cucu kita nanti tidak menghadapi nasib yang sama. 
 
Di jual dan di jajah bangsa sendiri kononnya atas nama agama dan negara.

Alhamdulillah, saya telah dikurniakan dengan kehidupan yang selesa. Kalau hendak diikutkan, saya boleh hidup dalam dunia saya sendiri tanpa menghiraukan permasalahan rakyat, tetapi saya di sini berdiri teguh bersama mereka. 
 
Jadi kepada mereka yang ingin mencemar imej saya dan menjadikan saya musuh awam nombor satu, sesungguhnya rakyat lebih bijak dan mampu menilai sendiri.

Jangan gunakan saya untuk mengalihkan tumpuan daripada isu-isu nasional yang lain. Negara ini memerlukan ahli politik yang bersih dan telus, yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan keikhlasan dan integriti.

-DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Doa Buat Semua Pembaca !!

Posted: 15 Jun 2015 04:00 PM PDT

Hasil carian imej untuk Banner Doa Dipagi Hari

Viral Kisah Makcik Menangis di Jambatan Pulau Pinang

Posted: 15 Jun 2015 09:00 AM PDT

Viral Kisah Makcik Menangis di Jambatan Pulau Pinang - Satu kisah yang dikongsi oleh laman Facebook PenangKini mengenai seorang makcik yang menangis di Jambatan Pulau Pinang menjadi viral di media sosial.


Viral Kisah Makcik Menangis di Jambatan Pulau Pinang

Perkongsian tersebut mengisahkan seorang wanita yang berhenti di bahu jalan di atas Jambatan Pulau Pinang untuk memeriksa bonet hadapan kereta Saganya dan terkejut apabila mendapati bau hangit yang datang dari keretanya adalah berasal dari kucingnya yang tersangkut di bahagian enjin kenderaan.

Ikuti kisah penuh perkongsian tersebut :

Cerita otw balik keja td. Nmpk keta saga ni stop dkt tempat emergency Penang Bridge dan ownernya sorang makcik melayu tgh nangis.Aku tanya la kenapa kot2 blh tolong.

Makcik ni ckp meter radiator keta dia panas melampau dan bila stop buka bonet depan bru sedar kucing belaan dia sangkut dlm enjin keta. Dah mati dimasak enjin pnas. Bau kuat sgt, daging dan bulu kucing hangit.Kucing ni nk ikut dia dari rumah lg tp dia tak bg.

Lps tu hilang dia igt xdak dh la. Rupanya kucing ni nk ikut jgk dan cuba nk masuk dlm keta ikut bawah enjin last2 sangkut. Menangis teruk makcik ni. Dh la ni kucing betina masih menyusu anak kecik.Mesti seksa kucing ni nk mati td.. Hmmm tak boleh bayangkan..

Viral Kisah Makcik Menangis di Jambatan Pulau Pinang

Rata-rata pengguna media sosial berkongsi kesedihan wanita tersebut dan meminta agar pengguna-pengguna kenderaan lain lebih berhati-hati agar perkara yang sama tidak berulang.

Sehingga kini, kisah tersebut telah mendapat lebih dari 100 perkongsian di Facebook PenangKini
 
 

Kapal tangki ditawan lanun bawa RON95 bernilai RM21 juta Faiz Zainudin

Posted: 15 Jun 2015 08:30 AM PDT

 
kapal MT Orkim Harmony ,puzi

APMM yakin kapal MT Orkim Harmony ditawan lanun kerana tiada kesan perlanggaran seperti tumpahan minyak.


PUTRAJAYA: Kapal MT Orkim Harmony yang hilang bersama 22 kru yang dipercayai dirompak lanun di perairan Malaysia membawa 6,000 tan metrik minyak RON95 milik Petronas bernilai RM21 juta.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata, kebarangkalian kapal tangki itu dirompak sangat kukuh kerana tiada kesan pelanggaran di laut.

Katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan lanun yang menawan kapal itu terdiri daripada rakyat tempatan dan negara jiran berdasarkan risikan.

"Mengikut rekod sehingga kini kita telah menahan dan mengenakan hukuman terhadap 40 perompak yang kebanyakkan dilakukan oleh warga negara jiran.

"Dalam hal ini kita melihat kebarangkalian juga melibatkan warga negara kita sendiri atau negara jiran," katanya dalam sidang media di ibu pejabat APMM pada Isnin.

Katanya, jika kapal itu berlanggar di laut, sudah tentu ada kesan tumpahan minyak dan kapal yang dilanggar di samping panggilan kecemasan daripada kru kapal.

Ahmad Puzi menjelaskan sehingga jam 3.30 petang pada Isnin, tidak ada sebarang panggilan daripada mana-mana pihak untuk meminta wang tebusan.

SAMAN PM NAJIB : "Banyak yang akan terbongkar Dalam Makhamah Nanti."

Posted: 15 Jun 2015 08:00 AM PDT

Najib, Rosmah saman Nga Kor Ming

nga-kor-ming-2-650x400
Saman itu kerana gambar yang dimuat naik oleh Ahli Parlimen Taiping di Facebook pada 29 Mac lalu yang mengandungi perkataan memfitnah.

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Taiping dari DAP, Nga Kor Ming.

Saman itu susulan gambar dan perkataan mengandungi fitnah yang dimuat naik Kor Ming di laman sosial Facebook pada 29 Mac lalu.

Kor Ming memuat naik gambar menunjukkan beberapa Menteri Kabinet dan pegawai tinggi Wisma Putra ketika lawatan rasmi di China yang mengandungi perkataan-perkataan memfitnah.

Antaranya, mendakwa Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri dan menyerahkan tugasnya kepada Rosmah.

Ia juga bermaksud Najib telah menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri untuk kepentingan Rosmah.

Saman itu telah difailkan pada minggu lalu dan salinannya telah diserahkan kepada Kor Ming pada Isnin, lapor The Star Online.

Mahkamah menetapkan 10 Julai ini untuk pengurusan kes.

Wan Azizah - Kaji Semula Hubungan Dalam Pakatan

Posted: 15 Jun 2015 07:15 AM PDT

 

Wujud keperluan mendesak untuk menyemak bentuk kerjasama Pakatan Rakyat susulan masalah dalaman yang melanda, kata Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

"PKR mengakui bahawa wujudnya masalah dalam Pakatan Rakyat yang memerlukan perhatian segera para pimpinan untuk menangani masalah ini dengan penuh bijaksana.

"Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Pakatan dalam perjuangan menuntut perubahan.

"Isu-isu bersama yang menuntut reformasi ekonomi dan pendidikan, pembanterasan gejala rasuah dan salah guna kuasa serta menentang kezaliman Umno-BN harus diperjuangkan terus," katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan di saat hubungan PAS-DAP semakin meruncing. Semua ini susulan muktamar PAS meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP.

Wan Azizah yang juga ketua pembangkang mengemukakan model pentadbiran Selangor sebagai bukti kejayaan kerana berpegang kepada dasar bersama Pakatan.

"(Model pentadbiran itu) telah menghasilkan kejayaan dalam beberapa dasar termasuk dasar perumahan, bantuan mikrokredit dan pendidikan mampan yang kini menjadi pemangkin dalam kita menuntut perubahan lanjut di peringkat pusat," katanya.

Sehubungan itu, MP Permatang Pauh itu menyeru kepada semua pimpinan tertinggi PKR agar berusaha menggilap dan memperkukuhkan muafakat yang dipupuk sejak 15 tahun yang lalu.

"Solidariti tahaluf siyasi (kerjasama politik) sebegini telah menangkap imaginasi rakyat dan memberikan harapan baru kepada Malaysia," katanya.

Skandal duit lesap berkembang dari zaman Mahathir

Posted: 15 Jun 2015 06:30 AM PDT

 

Menarik juga majalah KINIBIZ yang baru saya beli dan baca baru-baru ini. Ia menceritakan perihal masalah kewangan negara kita terutamanya masalah seperti kes 1MDB yang semua sedia maklum amat hebat dicanangkan oleh pengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak.
Adakah 1MDB ini satu-satunya kes pelik berhubung dengan salah urus tadbir kewangan yang melibatkan rakyat, negara dan ahli politik? semua tahu jawapannya adalah Tidak!, itu bukan yang pertama dalam sejarah Malaysia.

Kalau nak diikutkan, berlakunya berbagai kes pelik salah urus tadbir kewangan yang membuatkan duit lesap dalam kuantiti yang banyak berlaku sejak zaman pemerintahan Tun Mahathir lagi. 


Malah oleh kerana Tun Mahathir merupakan Perdana Menteri paling lama memerintah dan berkuasa dalam Malaysia, maka sudah tentu lebih banyak kes sebegitu berlaku pada zamannya berbanding pada zaman perdana menteri lain.

Skandal duit lesap yang terkenal

Skandal paling mula yang meletup dan jadi terkenal di seluruh negara bermula pada awal tahun 80-an. Masa zaman itu saya juga masih bersekolah menengah lagi dan sekolah kat kampung pula.

Namun begitu saya masih ingat lagi kes yang kita panggil sebagai 'skandal BMF', mendapat perhatian saya yang masih mentah itu. Punyalah besar sampai seorang budak kampung yang banyak habiskan masanya main bolasepakpun tertarik untuk mengetahuinya.

Kes itu jadi meletup dan terkenal kerana ia merupakan kes pertama yang melibatkan jumlah wang yang amat besar sampai berbillion ringgit. 


Kalau adapun skandal sebelum itu dalam melesapkan wang rakyat atau korporat taklah sampai berbillion. Jadi kes misteri 'Bumiputra Malaysia Finance' adalah kes besar pertama berlaku di negara kita.

Sebenarnya mungkin hanya disebabkan nasib tak baik Tun Mahathir terlibat sama secara tidak lansung dalam skandal BMF. Tun Mahathir hanya jadi Perdana Menteri pada tahun 1981 sementara skandal BMF mula bergerak sejak tahun 1979 lagi.

Wang sejumlah RM2.5 billion bergerak dari 1979 sehingga 1983 dari BMF masuk ke dalam pelaburan hartanah Carrian Group milik George Tan di Hong Kong. 


Selepas jadi PM, nampaknya Tun Mahathir biarkan saja pelaburan itu berterusan sehinggalah projek Carrian hancur lunyai dan terus bankrup.


Skandal besar, hukuman ringan

Bila jadi begitu semua orang buka mata. Seluruh dunia buka mata dengan kehebatan sistem kawalan bank yang diamalkan oleh BMF (Cawangan Bank Bumiputra di Hong Kong) dan juga Bank Bumiputera di Malaysia.

Persoalan paling besar adalah apa yang bank bumiputra buat dengan melabur kat projek hartanah di Hong Kong sedangkan tujuan penubuhan bank bumiputra Malaysia adalah untuk memenuhi agenda bumiputra aktif di dalam dunia perniagaan ?

Dan yang paling saya ingat sekali tentang kes atau skandal BMF ini adalah bila pegawai yang ditugaskan ke Hong Kong untuk menyiasat skandal ini dibunuh dengan kejam dan dihumban mayatnya ke ladang pokok pisang. Sikit punya brutal ke?

Akhir sekali, punyalah besar dan hebat kes BMF, mereka yang terlibat dalam skandal tersebut menerima hukuman yang membosankan dan amat ringan sekali. Mereka tentu tergelak besar dengan hukuman yang mereka terima masa itu dan semuanya dilupakan selepas itu.

Banyak lagi skandal lain

Selain daripada skandal BMF ada banyak lagi yang melibatkan jumlah wang yang amat banyak. Antaranya adalah seperti skandal Maminco, Perwaja Steel, Malaysia Airlines, Renong, Bank Negara Malaysia (forex) dan lain-lain lagi.

Cuba lihat kesemua kes tersebut apa jadi pada mereka yang bertanggung jawab? tak ada apa-apa berlaku sebenarnya. Mereka semua masih dianggap hebat dan masih dikagumi oleh rakyat Malaysia. 


Malah ada banyak pinjaman yang disalurkan pada taikun hebat bumiputera yang langsung tak pernah dibayar sampai sekarang !

Secara ringkasnya, banyak terjadi aktiviti lesap duit yang banyak dilakukan bermula daripada perjuangan atas nama bumiputera. 


Atas nama itu, maka bermula pengumpulan wang yang banyak disalurkan oleh kerajaan dan rakyat yang kononnya dikahskan untuk tolong bumiputera.

Dan biasanya ia berakhir dengan duit dilesapkan begitu saja oleh pihak-pihak tertentu yang amat licik. Bila duit dah habis, akan lompat seorang lagi pemimpin menghunuskan keris atas nama bumiputera dan menyeru agar satu lagi longgokan duit segera di buat khas untuk membantu bumiputera.

Dan satu longgok lagi duit akan lesap sambil rakyat hanya melihat terkebil-kebil! setelah puas terkebil-kebil, mereka palingkan muka dan terus terlupa dan tidak ada yang dihukum dan diseret ke tali gantung sebagai hukuman yang patut kerana membuat rompakan secara aman. 


Atau sekurangnya hukumlah mereka dengan lebih setimpal supaya tidak ada lagi yang berani meloncat menyeru satu lagi longgokan duit dikumpulkan atas nama bumiputera!

Apa pendapat anda...?

SEMUA BERHAK MENEGUR ~sultan nak dibelasah, rakyat biasa?~

Posted: 15 Jun 2015 05:45 AM PDT

Ismaily Bungsu C's photo.

INI negara bukan hak BN atau PR atau mana2 parti dan bukan hak sesiapapun. 

Negara ini milik rakyat Malaysia anugerah Allah dan sesiapa jugapun berhak menegur tak kira apakah ia sultan, raja atau atau tukang angkat tahi/yang bersihkan tandas sebab semua ada hak mengundi dan tentukan kepimpinan dan ini tercatat dalam perlembagaan soal hak menentukan kepimpinan negara.

Seorang menteri atau wakil rakyat tugasnya memimpin negara/negeri harus penuh ikhlas dan bukan sebaliknya yang sarat dengan sesuatu yang tersembunyi alias ada niat menipu untuk kayakan anak bini, kroni suku sakat sendiri.

Tungku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sekadar komen soal ketidakhadiran PM dan kemudian Nazri Aziz selaku menteri melenting membabi buta dan terkeluar perkataan agar Tungku tidak usah campuri politik untuk elak kena belasah. 

Perkataan belasah itu jelas memperlihatkan kesamsengan dan keSOMBONGan yang tidak bertempat dan amat keterlaluan.

Sultan kerabat diraja nak dibelasah dan kita ini rakyat biasa bagaimana?

Inilah masalah menteri2 dalam dalam kerajaan yang memang sudah tahu bersalah tetapi tidak boleh pula ditegur dan balasan yang diterima asyik mahu belasah dan sama seperti Zaid Hamidi yang membelasah kekasih anaknya hingga patah tulang dan perangai semacam ini sebenarnya tidak layak menjadi pemimpin rakyat yang mahukan kepimpinan yang baik.

Dalam negara yang namanya Malaysia ini sesiapapun punya hak untuk menegur dan sebagai pemimpin kena siap untuk ditegur demi kebaikan meski seseorang itu bukan politikus tetapi rakyat biasa yang sama hak punya satu undi untuk tentukan kepimpinan negara bangsa dan agama.

Tungku Ismail Ibni Sultan Ibrahim melalui "message for Malaysian" yang dikirim agar pemimpin yang ada semula meneliti kenapa rakyat hilang kepercayaan terhadap mereka disamping menjelaskan pemimpin bukan tuhan yang tidak boleh ditegur dan mengharapkan ahli2 politik haruslah telus, bersih ketika menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.


ISMAILY BUNGSU
sabah

Isyarat Dari Zaid menunjukkan Rombakan Kabinet bila-bila masa.... suarakami

Posted: 15 Jun 2015 05:00 AM PDT

 

Selepas desus-desus rombakan kabinet, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta anggota polis mendoakannya kekal lebih lama di kementerian itu.

"Doakan saya lama sedikit di Kementerian Dalam Negeri ini.

"Saya tahulah nak buat apa," kata Zahid dalam ucapannya di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur petang ini.

Zahid berkata demikian selepas mengumumkan sumbangan RM50,000 bagi membaiki kemudahan asas di balai polis yang rosak, seperti lif dan tandas.

Dalam ucapannya beliau berkata terpanggil untuk berbuat demikian memandangkan kunjungannya mendapati terdapat lif yang rosak dan "lumut lebih banyak daripada cat" di situ.

Sebelum ini, terdapat desas desus mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan rombakan kabinet sejurus selepas beberapa menteri kelihatan mempertikaikan isu  1MDB.

Zahid juga sebelum ini menyeru menteri yang tidak bersetuju dengan perdana menteri agar meletakkan jawatan dengan terhormat.

Dua menteri kanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz sebelum ini menafikan bahawa terdapat rombakan kabinet akan dibuat.

Sementara itu, Zahid dalam ucapannya hari itu turut meluahkan kekecewaan terhadap masyarakat yang memberi tanggapan negatif kepada anggota polis walaupun kadar jenayah berkurangan.

"Masalah yang timbul adalah persepsi daripada masyarakat terhadap kita (polis) apabila kadar jenayah menurun tetapi persepsi yang baik terhadap kita tidak pernah meningkat," katanya.

Bagaimanapun Zahid berkata, selagi beliau masih menyandang jawatan itu, beliau akan tetap bersama dengan anggota polis yang lain.

Ugut TMJ - Nazri Disiasat Polis? & Masej TMJ Untuk Rakyat Malaysia

Posted: 15 Jun 2015 04:13 AM PDT

KDN: TMJ vs Nazri urusan polis ke?



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas mengenai siasatan polis terhadap Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz.

Sebaliknya, Naib Presiden Umno itu cuma menjawab ringkas ketika soalan diajukan kepadanya.

"Itu (urusan) polis ke? Bukan (urusan polis) kan? Saya ada program lain pukul lima," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Zahid berkata, isu mengenai Nazri (gambar) tidak ada kena mengena dengannya.

Sejurus soalan itu diajukan beliau terus bangkit dari kerusi dan memberitahu perlu beredar untuk menghadiri acara lain.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia memaklumkan akan menyiasat Nazri mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

Mengikut akta itu, seseorang boleh disiasat jika didapati melakukan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, penjara atau kedua-duanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan perkara itu dan pihaknya akan merekodkan keterangan Nazri tidak lama lagi.

Siasatan dibuat susulan kenyataan Nazri ke atas Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa campurtangannya dalam politik boleh mengakibatkan beliau akan 'dibelasah' kerajaan.

- mkini

Tun M melanggar prinsip hak asasi manusia – Rais Yatim

Posted: 14 Jun 2015 11:30 PM PDT

 
rais-yatim-mahathir

Tun M sepatutnya menunggu keputusan siasatan 1MDB sebelum menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Najib.

PETALING JAYA: Perbuatan Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak bersalah sebelum keputusan siasatan 1MDB selesai adalah melanggar prinsip hak asasi manusia.

Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, perbuatan bekas Perdana Menteri itu mengetepikan Rule of Law dan tidak mencerminkan hemah dan kewibawaan.

"Perbuatan penghakimkan seseorang di khalayak bahawa beliau (Najib) sudah bersalah justeru diputuskan supaya meletak jawatan adalah bercanggah dengan prinsip bicara dahulu kemudian bertindak.

"Apakah negarawan seperti Tun M tidak boleh menunggu keputusan siasatan itu," tulisnya di ruangan rencana dalam akhbar Utusan Malaysia pada Isnin.

Bekas Menteri Kabinet itu berkata, beliau sedar tulisannya itu akan menyebabkan dirinya dihina dengan pelbagai cara, namun beliau sanggup menerimanya demi menyatukan Melayu dalam politik negara.

Beliau membuka lipatan sejarah bagaimana dua Perdana Menteri Malaysia sebelum ini telah meletak jawatan kerana Dr Mahathir.

Rais berkata, Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Al-Haj terpaksa meletak jawatan selepas surat terbuka Dr Mahathir mengenai pentadbirannya tersebar luas pada 1970.

"Benar Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan susulan pukulan teruk yang dibagi oleh Dr Mahathir. Kini pukulan itu mengena pada Najib pula tetapi kali ini Najib lebih teruk menerima hentaman beliau," katanya.

Rais berkata, kenapa Dr Mahathir tidak berterus menempelak Najib di kamar khas dengan disaksikan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ketiga-tiga Naib Presiden.

" (Mereka) boleh berdebat habis-habisan. Selesai itu, boleh beri berjabat tangan dan beri nasihat sebagai seorang bapa kepada anaknya.

"Menghukum seseorang sebagai bersalah tanpa proses keadilan amat menyimpang dan salah," katanya.