Ahad, 14 Jun 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Polis akan siasat Nazri...Dakwa Pengkhianat ini KPN Agar Seluruh PDRM Tidak Di Caci Rakyat suarakami

Posted: 14 Jun 2015 10:45 PM PDT

 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan polis akan menyiasat Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz mengikut Akta Hasutan 1948 kerana memberi amaran kepada Putera Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim. 

Khalid berkata laporan polis sudah dibuat ke atas Nazri dan beliau disiasat kerana memberi amaran kepada Tunku Ismail agar menjauhi politik.
 
"Ya, kami akan menyiasat di bawah Akta Hasutan," kata Khalid. Beliau berkata polis juga akan mengambil kenyataan Nazri tidak lama lagi.
 
Nazri pada Sabtu memberi amaran kepada Tunku Ismail supaya menjauhi politik jika tidak mahu "dibelasah" apabila mengkritik Najib yang tidak muncul dalam program "Nothing To Hide" bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu.
 
"Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan whack (belasah secara lisan) beliau," menurut The Star Online.
 
Tunku Ismail pada 5 Jun lalu memuat naik status di laman Facebook "Johor Southern Tigers" membidas Najib tidak muncul di khalayak umum menjawab persoalan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana mahu menyembunyikan banyak perkara.
 
Komen itu dimuat naik baginda beberapa jam selepas forum yang dianjurkan SukaGuam itu dibatalkan oleh polis atas faktor keselamatan.
 
Tunku Ismail di laman Facebook Johor Southern Tigers berkata: "Macam mana boleh adakan dialog dipanggil Nothing2Hide yang menampilkan seorang yang banyak perlu disembunyikan? Memanglah dia tak akan muncul."‎
 
Tulisan Tunku Ismail juga mengatakan mereka yang diamanahkan dengan tanggungjawab tidak patut menyalahkan rakyat kerana kehilangan kepercayaan umum.
 
"Mereka yang diamanahkan dengan tanggungjawab, jangan salahkan rakyat kerana hilang kepercayaan denganmu, tetapi fikirkan mengapa mereka tidak percayakan kamu lagi."

Nazri Aziz kurang ajar kata Ketua UMNO Parit Sulong

Posted: 14 Jun 2015 10:00 PM PDT

 
Kalaulah ayat yang keluar dari mulut Pemimpin UMNO yang namanya Nazri Aziz tu.. keluar dari mulut sesiapa saja pemimpin PR.. rasanya tak sampai 24jam dah kena cekup dah..

Tak cukup dengan tindakan Polis, NGO-NGO pun tentu riuh rendah buat laporan Polis dan demo mengutuk tindakan pemimpin PR itu..

Tapi disebabkan ianya keluar dari mulut pemimpin UMNO, maka pihak berkuasa pun buat tak nampak sajalah..

Dah dua atau tiga hari berlalu belum muncul seorang pun dari mereka membuat laporan Polis.. Inilah Malaysia!!

Laporan berkaitan..

Jangan kurang ajar! Demikian kenyataan tegas, Ketua Umno Bahagian Parit Sulong, Datuk Zulkurnain Kamisan yang ditujukan kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. 
"Saya teramat kesal dengan kenyataan menteri itu. Semua orang perlu sanjung tinggi kedaultan institusi istana, termasuk pemimpin di peringkat pusat. Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) hormatkan istana, inikan pula menteri. Kena hormatlah juga. 
"Jawatan menteri bukan lesen untuk hina institusi yang sudah wujud sekian lama ini," katanya. 
Zulkurnain berkata, kenyataan Mohamed Nazri bukan sahaja melampau tetapi dibimbangi akan mencetuskan kemarahan rakyat Johor sekali gus menjejaskan keharmonian rakyat keseluruhannya. 
Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan menteri itu, kelmarin yang membidas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang diminta supaya tidak campur tangan dalam urusan politik negara. 
Ini berikutan Tunku Ismail pada 5 Jun lalu dalam satu kenyataan dilaporkan berkata, "orang yang ingin menyembunyikan segala-galanya tentu sekali tidak akan muncul..." yang dipercayai merujuk kepada tindakan perdana menteri tidak hadir dalam sesi dialog dengan NGO, Nothing2Hide. 
Menurut Mohamed Nazri, kenyataan anakanda Sultan Johor itu berhubung isu-isu politik negara akan menyebabkan beliau dikecam. 
"Saya rasa beliau (Tunku Ismail) harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan whack (belasah) dia. Raja-raja dan keluarga diraja ini berada di atas undang-undang. Kalau dia (Tunku Ismail) mahu jadi ahli politik, dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik. 
"Kamu memegang jawatan penting di negeri… kalau kerajaan 'belasah' kamu balik, jangan marah," demikian kata Mohamed Nazri dipetik. 
Zulkurnain berkata, kenyataan menteri itu yang merujuk kepada Tunku Mahkota Johor amat dikesali. 
"Saya cukup kesal dengan tindakan sesetengah pemimpin yang semakin kurang ajar hingga sanggup mengeluarkan perkataan yang begitu sekali menghina institusi raja," katanya. 
Zulkurnain bagaimanapun yakin pendirian Mohamed Nazri tidak mewakili pandangan kepimpinan Umno atau rakyat kerana beliau bukan anggota majlis tertinggi parti. 
"Saya sarankan beliau muhasabah diri, cermin diri dahulu apabila mahu buat kenyataan berkaitan institusi raja," katanya. 
Zulkurnain juga percaya, bukan sedikit rakyat Johor yang marah dengan kenyataan menteri itu. 
Menurutnya, sejak dahulu lagi rakyat Johor akan bangun menentang sesiapa juga yang cuba menghina institusi raja yang boleh merosakkan perpaduan rakyat. 
"Orang luar yang tidak suka 'Cara Johor' tidak perlu cerca atau hina, mereka boleh mencari tempat lain tetapi bukanlah di negeri Johor ini yang sudah cukup aman selama ini," katanya. 
Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Abd Latif Bandi berkata, Tunku Ismail berhak menyalurkan pandangan sebagai seorang warganegara Malaysia yang prihatin. 
Katanya, baginda mempunyai hak khususnya dalam hal-hal berkaitan dengan kepentingan awam. 
"Oleh itu, adalah tidak wajar bagi sesiapapun untuk menafikan hak ini. Malah adalah agak keterlaluan bagi mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan yang berbaur ugutan dan boleh mencemarkan nama baik institusi diraja Johor khasnya," katanya lapor Sinar Harian

Mat Sabu, Mahfuz Digugurkan daripada Pesuruhjaya PAS Negeri

Posted: 14 Jun 2015 09:25 PM PDT

 
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar (gambar, kiri) dan bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu merupakan antara 6 pesuruhjaya negeri yang digugurkan daripada jawatan tersebut, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Mohamad yang merupakan pesuruhjaya Pulau Pinang digantikan dengan Mohd Fauzi Yusof manakala Mahfuz digantikan dengan Datuk Amirudin Hamzah sebagai pesuruhjaya Kedah.

Turut digugurkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Mohamad Taufek Abd Ghani, Adly Azhari (Melaka) dan Aminolhuda Hassan (Johor).

Senarai baharu pesuruhjaya negeri sesi 2015-2017 itu dimuat naik dalam satu kenyataan di laman Facebook milik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"PAS selesai melantik pesuruhjaya negeri sesi 2015-2017 dalam mesyuarat pertama parti itu baru-baru ini.

"Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Presiden PAS melalui Setiausaha Politiknya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, pelantikan itu membabitkan semua negeri," katanya.
 

Bagi jawatan pesuruhjaya negeri lain, kedudukan penyandang kekal termasuk Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Ahmad Yaakob dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad.

Muktamar Tahunan PAS Ke-61 di Kuala Selangor baru-baru ini disifatkan satu pertembungan antara golongan pro-Hadi dan profesional di mana akhirnya menyaksikan golongan pro-Hadi berjaya menguasai jawatan penting dalam parti itu. – 15 Jun, 2015.

ANAKANDA ALMARHUM SULTAN JOHOR SELAR KENYATAAN MAHATHIR

Posted: 14 Jun 2015 07:00 PM PDT

ANAKANDA ALMARHUM SULTAN JOHOR SELAR KENYATAAN MAHATHIR MENYALAHKAN ALMARHUM SULTAN JOHOR YANG MENYEBABKAN TUN SALLEH ABBAS DIPECAT SEBAGAI KETUA HAKIM NEGARA. 

Zack Ahmad's photo.

Adinda Sultan Johor, Tunku Abdul Majid Sultan Iskandar membidas kenyataan Tun Dr Mahathir yang cuba menyalahkan ayahandanya berhubung isu pemecatan Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara pada 1988. 

Menurut Tunku Abdul Majid, mantan perdana menteri itu tidak sepatutnya meletakkan kesalahan itu terhadap mereka yang telah meninggal dunia. 

"Mahathir mengunakan ayahanda saya untuk menyingkirkan Tun Salleh, beliau seorang individu yang baik dan (almarhum) ayahanda saya mengiktirafnya dan telah berbaik dengannya. 

"Mahathir tolong jangan letak kesalahan (tersebut) pada orang yang tidak boleh mempertahankan dirinya" bidas baginda melalui catatan Facebooknya semalam. 

Menurut anakanda almarhum Sultan Johor itu, dakwaan Mahathir itu tidak berasas kerana jarak antara istana Johor dan rumah Tun Salleh agak jauh dan adalah mustahil bunyi bising yang dimaksudkan itu boleh didengar dengan jarak tersebut. "Kita manusia tak lari dari kesilapan. 

Arwah ayah saya ada baik dan buruknya tetapi semua rakyat tahu baginda adalah seorang Sultan yang Amanah, Jujur dan sentiasa menjaga kepentingan rakyat dan negeri Johor di atas segala-galanya. "… apa yang saya nak katakan adalah mustahil yang Mahathir mengatakan Tun Salleh cakap rumah Tuanku bising sedangkan rumah Tun Salleh dan arwah ayah saya terlampau jauh (dan) kalau memandu pun mengambil masa lebih dari 5 minit jadi macam mana renovation istana boleh tun dengar" ujarnya lagi. 

Mahathir ketika bercakap dalam sebuah majlis di Kuala Lumpur semalam mendakwa Yang di-Pertuan Agong ketika itu mahu Salleh disingkirkan. 

Agong ketika itu ialah almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar Sultan Ismail. Menurutnya masalah itu berpunca daripada aduan yang dibuat Salleh kerana menulis surat kepada semua Sultan mengenai Agong ketika itu yang didakwa "terlalu bising dan mengganggu rumahnya". 

Selain Tunku Abdul Majid, kenyataan Mahathir itu turut dibidas oleh Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sambil menyifatkan Mahathir cuba memanipulasi isu tersebut. 

"Pada masa itu, Tun Salleh tinggal kediaman rasmi Ketua Hakim di Jalan Conlay. 

Tiada sebarang kerja pengubahsuaian yang dilakukan di Istana Johor. "Bunyi bising yang dimaksudnya (Mahathir) itu datang dari kerja-kerja pembinaan rumah pangsa Conlay yang bersebelahan dengan rumah Tun Salleh" ujar baginda pula. 

Pentadbiran Mahathir sebelum ini didakwa sebagai bertangungjawab menyekat kuasa dan peranan institusi perundangan negara. 

Mahathir sebelum ini dikatakan membalas dendam dengan memecat Tun Salleh Abbas pada tahun 1988 kerana keputusannya mengharamkan UMNO sebagai sebuah parti politik.

Omak Kau !!!!

Najib janji selesai masalah 1MDB selewatnya hujung tahun ini OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Posted: 14 Jun 2015 06:30 PM PDT



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (tengah) berkata dalam dua bulan atau hujung tahun ini, beliau akan menyelesaikan kemelut 1MDB yang sarat hutang. –

"Seawal-awalnya dua bulan, namun tidak bergantung kepada tempoh tertentu, beliau akan menyelesaikannya hujung tahun ini," kata Hasan yang ditemui pemberita di perkarangan PWTC hari ini.

Hassan berkata penjelasan Najib hari ini memuaskan dan tiada sebab untuk rakyat Malaysia tidak memberikan sokongan kepada presiden Umno itu.

Katanya, 1MDB perlu diberikan masa kerana isu yang melanda syarikat sarat hutang itu tidak sebesar mana, tetapi sudah diputar belit pihak tertentu.

"Isu ini sudah diputar belit. Kita berharap rakyat Malaysia menyokong Najib tidak kira apa jua cabaran, yang penting Melayu, ekonomi dalam keadaan baik, orang Islam bersatu dan tidak boleh mempunyai dua kapten.

"Isu 1MDB dibangkitkan dan terbesar ia sudah diputar belit DAP untuk kepentingan politik.

"Najib berkata hakikatnya berbeza berbanding apa yang dikatakan di media sosial dan pihak pembangkang," katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad menyifatkan penjelasan Najib hari ini lahir daripada hati dan tidak menyembunyikan isu yang disampaikan.

Katanya, Najib juga jelas dalam menyampaikan isu 1MDB yang syarikat itu sudah menjelaskan hutang dan ia merupakan proses berterusan.

"Dia bercakap dari hati, ceritakan kebenaran dan segala-galanya daripada soal 1MDB dan pentadbiran negara. Ada yang rahsia dan ada langkah yang ke hadapan.

"Saya fikir dia dapat sambutan yang baik daripada Umno sebab beliau cakap dari hati.

"Tiada masalah. 1MDB segalanya seperti dirancang dan diterangkan. Hutang sudah dibayar, proses pembayaran akan berlaku," katanya.

Mengulas mengenai pergeseran Najib dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Alwi berkata Najib terbuka kepada perbezaan pendapat tetapi semuanya perlu dilakukan secara berhemah. 

"Pada dia boleh ada perbezaan pendapat. Boleh tegur tetapi ada kaedahnya. Jangan sampai meruntuhkan Umno.

"Kita dengan bapa, bapa kita tegur, kita terima dengan baik tetapi tak kan nak berdebat depan ramai," katanya.

Ahli  Jawatankuasa Penerangan Pemuda Umno Rozaidi Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi berkata apa yang diterangkan kepada Najib hari ini seharusnya dijelaskan kepada khalayak ramai.

Katanya, sekiranya Najib dapat memberi penjelasan sebaik itu kepada masyarakat, pastinya pelbagai perbalahan yang berlaku sebelum ini dapat dielakkan.

"Dia sudah menjelaskan dari sudut spekulasi sesetengah pihak tentang pendiriannya sebelum ini tentang apa yang dilakukan. Kita sebagai akar umbi seharusnya jelaskan kepada setiap cawangan.

"Apa yang diterangkan ini memang sangat jelas. Kalau ini yang diterangkan sebelum ini, kita akan faham. Kenapa beliau tidak jawab hari itu? Kalau tidak, tidak ada terjadi perbalahan dan sebagainya.

"Kalau Tun (Dr Mahathir) ada, Tun pun akan sokong Najib. Semuanya jelas. Sepatutnya ini yang diterangkan supaya kita faham," katanya.


See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

VIDEO - Nasarudin Mat Isa mengaku masih ahli PAS dan kerja menyatukan PAS dengan UMNO tidak pernah berhenti..!!

Posted: 14 Jun 2015 06:00 PM PDT






indakan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menubuhkan parti politik baharu bakal menjejaskan persefahaman komuniti Melayu dan Islam di negara ini serta memberikan kesan negatif kepada negara pada masa akan datang, kata bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa.
Nasharuddin bagaimanapun berkata, PasMa bukan saingan parti Islam itu sekiranya mereka berhasrat menjadi parti politik menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR).
"Malaysia negara demokrasi, siapa sahaja boleh tubuh parti, tapi rakyat yang akan tentukan. Itu hak mereka. Hak menentukan masa depan parti adalah hak rakyat," katanya, ketika ditemui pemberita di Kenduri Rakyat di Bandar Bukit Mahkota, Bangi, hari ini.

"Saya sekian lama mengusahakan persefahaman politik PAS dan Umno sebagai pilihan utama Melayu Islam di negara kita. Jadi bila ada parti baharu, ini boleh beri kesan kewujudan persefahaman Melayu itu, mungkin tidak berikan sesuatu baik untuk masa depan," katanya. Beliau bagaimanapun berkata, hanya akan memberikan tumpuan kepada pertubuhan bukan kerajaan yang diterajuinya, dan tidak akan kembali aktif di dalam PAS meskipun pemilihan parti Islam itu menunjukkan pertambahan bilangan penyokong ulama menerajui kepimpinannya.
"Kejayaan PAS sama ada memerintah negeri itu jelas terbukti, parti baharu tidak akan beri impak besar kepada PAS.
"Tapi sudah tentu PAS akan ada saingan, tapi saya tak rasa ia isu besar," katanya.
"Saya lebih berminat dengan kerja saya sekarang, berikan khidmat bersama masyarakat. Saya punya ruang jauh lebih besar, banyak benda saya boleh beri sumbangan."
Beliau turut berkata, tiada sebarang jemputan daripada PasMa untuk beliau menyertai mereka.
"Setakat ini tiada jemputan sertai parti baharu. Pada ketika ini aktiviti kemasyarakatan sudah cukup menyibukkan saya. Saya lebih senang.
"Pasaran baru saya lebih luas, tugas dan tanggungjawab saya banyak. Apa saya dapat bantu PAS, saya bantu. Untuk jawatan tertinggi mungkin tidak. Saya boleh menyumbang sebagai ahli biasa," katanya.
Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi sebelum ini berkata, dengan hasrat PAS yang tidak mahu menjalinkan hubungan dengan DAP dan kenyataan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang mendakwa PR bersedia untuk dikebumikan, maka pakatan itu dilihat sudah terbubar.
"Kita mengambil pendirian yang sebuah pakatan baharu perlu ditubuhkan dengan suatu persetujuan yang lebih mantap membaiki lagi pakatan yang lepas yang tidak mempunyai struktur, tetapi sekadar satu persefahaman.
"Kita mencadangkan PR baharu yang akan diketuai DAP, PKR dan parti baharu yang akan ditubuhkan ini hendaklah mempunyai struktur dan ditubuhkan dan mempunyai struktur kepimpinan yang tetap," katanya.
Phahrolrazi berkata usaha berkenaan digerakkan kerana PasMa mahu memastikan PR terus kukuh selepas majoriti pengundi menolak Barisan Nasional (BN).
Katanya, PR sudah tidak boleh diselamatkan selepas Lim melontarkan pandangan tersebut dan PAS dipimpin mereka yang lantang mengkritik PR.
"Pasma belum setahun ditubuhkan, tetapi begitu mendapat perhatian sekali kerana menjadi satu NGO yang secara tegas dan jelas menyokong PR," katanya.
Nasharuddin berkata, kombinasi dalam PAS selepas muktamar adalah baik dengan bilangan penyokong ulama lebih ramai.
"Tapi ia mungkin baharu buat presiden dapat ahli yang setia dan memudahkan Hadi bergerak ke hadapan," katanya.
Sehubungan itu, demi mengukuhkan hubungan antara komuniti Melayu dan Islam itu sendiri, PAS dan Umno perlu duduk berbincang, kata Nasharuddin.
"Khabar-khabarnya PasMa akan jadi sebahagian komponen PR, kalau jadi realiti, sudah tentu PAS akan lihat mungkin tidak disenangi dalam Pakatan.
"Kalau terkeluar daripada Pakatan ada pilihan lain untuk Melayu, bagi saya makin banyak pilihan tidak baik. Patutnya PAS dan Umno itu memperkukuh kedudukan.
"Tapi bila ada ketiga dan keempat itu akan membawa kepada perpecahan," katanya.
"Saya harap pimpinan yang ada sempena semangat Ramadan, duduk berbincang, melihat maslahat yang lebih umum," tambahnya.
Beliau turut berkata, dengan siri-siri kritikan DAP terhadap PAS, kepimpinan parti Islam itu seharusnya meneliti semula hubungan mereka bersama parti majoriti Cina itu.
"Hubungan PAS dan DAP sudah saya katakan 4 tahun lepas. Sekarang jelas bagaimana DAP serang presiden dan PAS. Mereka bukan sahaja anti PAS, mereka anti Islam.
"Saya harap PAS menilai hubungan dengan DAP," kata Nasharuddin yang dianggap sebagai salah seorang pemimpin pro kerajaan perpaduan di antara PAS dan Umno itu.  – 14 Jun, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/parti-politik-baharu-pasma-jejas-perpaduan-melayu-kata-bekas-timbalan-presi#sthash.NLKZAbS7.dpuf
indakan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menubuhkan parti politik baharu bakal menjejaskan persefahaman komuniti Melayu dan Islam di negara ini serta memberikan kesan negatif kepada negara pada masa akan datang, kata bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa.
Nasharuddin bagaimanapun berkata, PasMa bukan saingan parti Islam itu sekiranya mereka berhasrat menjadi parti politik menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR).
"Malaysia negara demokrasi, siapa sahaja boleh tubuh parti, tapi rakyat yang akan tentukan. Itu hak mereka. Hak menentukan masa depan parti adalah hak rakyat," katanya, ketika ditemui pemberita di Kenduri Rakyat di Bandar Bukit Mahkota, Bangi, hari ini.

"Saya sekian lama mengusahakan persefahaman politik PAS dan Umno sebagai pilihan utama Melayu Islam di negara kita. Jadi bila ada parti baharu, ini boleh beri kesan kewujudan persefahaman Melayu itu, mungkin tidak berikan sesuatu baik untuk masa depan," katanya. Beliau bagaimanapun berkata, hanya akan memberikan tumpuan kepada pertubuhan bukan kerajaan yang diterajuinya, dan tidak akan kembali aktif di dalam PAS meskipun pemilihan parti Islam itu menunjukkan pertambahan bilangan penyokong ulama menerajui kepimpinannya.
"Kejayaan PAS sama ada memerintah negeri itu jelas terbukti, parti baharu tidak akan beri impak besar kepada PAS.
"Tapi sudah tentu PAS akan ada saingan, tapi saya tak rasa ia isu besar," katanya.
"Saya lebih berminat dengan kerja saya sekarang, berikan khidmat bersama masyarakat. Saya punya ruang jauh lebih besar, banyak benda saya boleh beri sumbangan."
Beliau turut berkata, tiada sebarang jemputan daripada PasMa untuk beliau menyertai mereka.
"Setakat ini tiada jemputan sertai parti baharu. Pada ketika ini aktiviti kemasyarakatan sudah cukup menyibukkan saya. Saya lebih senang.
"Pasaran baru saya lebih luas, tugas dan tanggungjawab saya banyak. Apa saya dapat bantu PAS, saya bantu. Untuk jawatan tertinggi mungkin tidak. Saya boleh menyumbang sebagai ahli biasa," katanya.
Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi sebelum ini berkata, dengan hasrat PAS yang tidak mahu menjalinkan hubungan dengan DAP dan kenyataan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang mendakwa PR bersedia untuk dikebumikan, maka pakatan itu dilihat sudah terbubar.
"Kita mengambil pendirian yang sebuah pakatan baharu perlu ditubuhkan dengan suatu persetujuan yang lebih mantap membaiki lagi pakatan yang lepas yang tidak mempunyai struktur, tetapi sekadar satu persefahaman.
"Kita mencadangkan PR baharu yang akan diketuai DAP, PKR dan parti baharu yang akan ditubuhkan ini hendaklah mempunyai struktur dan ditubuhkan dan mempunyai struktur kepimpinan yang tetap," katanya.
Phahrolrazi berkata usaha berkenaan digerakkan kerana PasMa mahu memastikan PR terus kukuh selepas majoriti pengundi menolak Barisan Nasional (BN).
Katanya, PR sudah tidak boleh diselamatkan selepas Lim melontarkan pandangan tersebut dan PAS dipimpin mereka yang lantang mengkritik PR.
"Pasma belum setahun ditubuhkan, tetapi begitu mendapat perhatian sekali kerana menjadi satu NGO yang secara tegas dan jelas menyokong PR," katanya.
Nasharuddin berkata, kombinasi dalam PAS selepas muktamar adalah baik dengan bilangan penyokong ulama lebih ramai.
"Tapi ia mungkin baharu buat presiden dapat ahli yang setia dan memudahkan Hadi bergerak ke hadapan," katanya.
Sehubungan itu, demi mengukuhkan hubungan antara komuniti Melayu dan Islam itu sendiri, PAS dan Umno perlu duduk berbincang, kata Nasharuddin.
"Khabar-khabarnya PasMa akan jadi sebahagian komponen PR, kalau jadi realiti, sudah tentu PAS akan lihat mungkin tidak disenangi dalam Pakatan.
"Kalau terkeluar daripada Pakatan ada pilihan lain untuk Melayu, bagi saya makin banyak pilihan tidak baik. Patutnya PAS dan Umno itu memperkukuh kedudukan.
"Tapi bila ada ketiga dan keempat itu akan membawa kepada perpecahan," katanya.
"Saya harap pimpinan yang ada sempena semangat Ramadan, duduk berbincang, melihat maslahat yang lebih umum," tambahnya.
Beliau turut berkata, dengan siri-siri kritikan DAP terhadap PAS, kepimpinan parti Islam itu seharusnya meneliti semula hubungan mereka bersama parti majoriti Cina itu.
"Hubungan PAS dan DAP sudah saya katakan 4 tahun lepas. Sekarang jelas bagaimana DAP serang presiden dan PAS. Mereka bukan sahaja anti PAS, mereka anti Islam.
"Saya harap PAS menilai hubungan dengan DAP," kata Nasharuddin yang dianggap sebagai salah seorang pemimpin pro kerajaan perpaduan di antara PAS dan Umno itu.  – 14 Jun, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/parti-politik-baharu-pasma-jejas-perpaduan-melayu-kata-bekas-timbalan-presi#sthash.NLKZAbS7.dpuf

DOA AGAR PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN

Posted: 14 Jun 2015 05:15 PM PDT

PAS Keseorangan - PKR Selangor Putuskan Hubungan Dengan PAS

Posted: 14 Jun 2015 04:45 PM PDT



KUALA SELANGOR: PKR nampaknya menyertai DAP dan bertegas bahawa 'usul PAS untuk putus hubungan dengan DAP' berkuatkuasa serta merta berikutan Muktamar PAS adalah badan pembuat keputusan tertinggi parti Islam itu.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata usul itu harus dijadikan dasar dan dilaksanakan dalam Pakatan Rakyat sepertimana yang ditegaskan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebelum ini.

"Keputusan di dalam muktamar itu harus dijadikan dasar yang harus dilaksanakan dalam Pakatan Rakyat.

"Ianya disebut dalam ucapan dasar Presiden PAS dan disebut dalam muktamar," katanya kepada pemberita selepas berucap pada Majlis Penyampaian Cek Pembiayaan Program Hijrah Selangor Bagi Fasa Ketiga di Auditorium Dewan Canselor Unisel, Kampus Bestari Jaya, pagi ini.

Azmin berkata demikian selepas ditanya apakah ketetapan yang diambil PKR berhubung usul yang dibawa Dewan Ulama PAS, 3 Jun lalu.

Terdahulu, Kit Siang dalam satu kenyataannya menganggap Pakatan Rakyat sudah tidak lagi wujud.

Ujar Ahli Parlimen Gelang Patah itu, usul putus hubungan dengan DAP yang diluluskan Muktamar PAS tiada keperluan untuk dibawa ke Majlis Syura Ulama untuk diperhalusi lagi.

"Saya tidak sedar bahawa Jawatankuasa PAS Pusat boleh membatalkan Muktamar, yang akan menjadi percanggahan dalam terma yang melanggar Perlembagaan PAS menetapkan bahawa Muktamar adalah badan pembuat keputusan tertinggi PAS.

"Peruntukan mana di dalam Perlembagaan PAS yang memberi Jawatankuasa PAS Pusat kuasa untuk membatalkan Muktamar?" soal Kit Siang dalam kenyataan itu.

Azmin juga bertegas tiada keperluan PAS membawa usul itu untuk dibincang Majlis Syura Ulama.

"Saya tidak kata setuju...Keputusan muktamar adalah keputusan tertinggi dan menjadi amalan setiap parti-parti politik.

"Kalau Keadilan pun jika ada kongres, itulah keputusan muktamar atau pun juga dengan DAP yang diputuskan dalam kongres DAP, itulah keputusan muktamar.

"Saya percaya sepatutnya itu juga menjadi amalan dalam sistem demokrasi, apa yang diputuskan oleh kongres, perlu dipatuhi oleh semua pihak, " ujarnya.


Bertudung tapi mencuri FMT Reporters

Posted: 14 Jun 2015 09:15 AM PDT

 
curii-baju_600

Sekumpulan pencuri wanita di Tawau, Sabah berselindung di sebalik tudung dan pakaian mengandung.

PETALING JAYA: Gelagat sekumpulan empat wanita bertudung yang bersekongkol untuk mencuri di sebuah premis berjaya dirakan sistem televisyen litar tertutup (CCTV).

Berdasarkan maklumat yang dimuat naik di laman sosial, kejadian dikatakan berlaku pada 1 Jun lalu, di Tawau Sabah.

Dalam rakaman itu, salah seorang daripada mereka kelihatan menggumpal pakaian sebelum menyelak dan menyumbatnya di dalam baju yang dipakai.

Sejurus selepas itu, dia beredar dan di kedudukan yang sama, seorang lagi rakannya melakukan perbuatan yang serupa, serentak dengan seorang lagi yang lain.

Tiga daripada mereka kemudian beredar keluar dari premis berkenaan.

Dalam satu lagi rakaman, kelihatan seorang wanita membuka kotak dan kemudian mengakang untuk menyumbat bahan yang dicuri di celah kelangkang.

Ia dilakukan berdepan dengan CCTV dan suspek kelihatan ditemani suami dan seorang anak kecil.

Dalam video yang berdurasi 6.03 minit kelihatan kumpulan berkenaan kembali semula ke premis berkenaan selepas berjaya membawa keluar barang yang dicuri.

Seperti sebelumnya, mereka menggunakan cara yang sama.

Bagaimanapun kali ini salah seorang daripada mereka tidak bernasib baik selepas barang yang disembunyikan di celah kelangkang jatuh di hadapan salah seorang pekerja.

Dia kemudian cabut lari manakala teman sejenayahnya yang lain berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Kerajaan negeri Pulau Pinang pecat ahli Pas - Mohamad Fadli

Posted: 14 Jun 2015 08:30 AM PDT


fariza_pas_dap_600
Pemecatan ahli Pas di dalam pentadbiran kerajaan negeri dibuat selepas Muktamar Pas ke-61 memutuskan hubungan politik dengan DAP

PETALING JAYA: Kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengeluarkan surat pemberhentian kerja kepada anggota Pas yang dilantik berkhidmat di negeri itu.

Notis pemberhentian ditanda tangan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus dan salinannya telah dihantar kepada Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri Pulau Pinang.

Salah seorang ahli Pas, Fadzil Kemi yang berkhidmat sebagai Pegawai Penerangan Gred S41, antara mereka yang telah menerima surat itu.

"Dimaklumkan bahawa kerajaan negeri telah memutuskan untuk memberi notis pemberhentian perkhidmatan tuan sebagai Pegawai Penerangan Gred S41 dengan serta merta berkuatkuasa 12 Jun 2015 dengan bayaran satu bulan gaji menggantikan notis selaras dengan fasal 9, perjanjian kontrak yang ditandatangan tuan pada 12 Disember 2014," petik isi kandungan surat berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Menteri Lim Guan Eng telah meminta kepimpinan baru Pas mengarahkan semua ahlinya meletak jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Ia susulan penerimaan usul tanpa bahas pada Muktamar Pas ke-61 yang bersetuju memutuskan hubungan kerjasama politik dengan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR)

Najib tetap kena jumpa Tun M-AMT UMNO Mohamad Fadli

Posted: 14 Jun 2015 07:45 AM PDT

  
mahathir_najib_see_600

Perjumpaan itu bagi menyakinkan kembali kepercayaan Tun Mahathir kepada Najib dan mengatasi masalah mereka berdua.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dinasihat berjumpa segera Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai sebahagian usaha mengatasi kemelut mereka berdua daripada terus berpanjangan.

Pandangan itu dibuat oleh salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Prof.Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah, yang melihat ia satu-satunya jalan penyelesaian terbaik.

"Pada pandangan saya, ikhlas Najib mesti berjumpa dengan Tun Mahathir.

"Itu satu penyelesaian. Kalau tak, sampai bila-bilapun tak akan selesai," katanya kepada pemberita selepas selesai Majlis Penerangan Perdana oleh Najib bersama Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

Beliau juga optimis kerana berdasarkaan pengalamannya, perjumpaan antara Najib dengan bekas Perdana Menteri Keempat itu akan menjadi kenyataan.

"Sebenarnya Tun Mahathir ini sangat baik hati. Saya rasa Tun Mahathir tidak ada masalah sekiranya cadangan ini dibuat.

"Sebagai anak didik Tun Mahathir, saya cuba rapatkan perbezaan pandangan antara mereka," katanya lagi.

Sebelum itu Najib hadir dalam majlis tertutup yang pada dasarnya memberi penjelasan mengenai krisis 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada masa sama, Bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) berpuas hati dengan penerangan Najib, khususnya dalam mengatasi masalah berkenaan.

"Mengenai 1MDB itu hanyalah agenda pembangkang yang ingin menjatuhkan kerajaan.

"Kita kena sabar dan tunggu laporan audit mengenai 1MDB dulu sebelum buat tuduhan," katanya.

Sementara itu bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh, Hasan Hamzah turut menyatakan pandangan sama, supaya Najib bersemuka dengan Dr Mahathir.

"Penyelesaian yang terbaik ialah berjumpa dengan Tun Mahathir.

"Tapi sama ada boleh diterima atau tidak oleh pihak Tun Mahathir, Wallahualam, kena tanya dengan Tun Mahathir sendiri," katanya.

Kapal Tangki Malaysia Bersama 22 Anak Kapal Tiba-Tiba Hilang

Posted: 14 Jun 2015 07:00 AM PDT

 


KAPAL tangker Malaysia, Orkim Harmony, yang membawa sekitar 22 awak dilapokan hilang di perairan Singapura dekat Laut Cina Selatan sejak tiga hari lalu.


KUALA LUMPUR – Sebuah kapal tanker Malaysia yang membawa 22 awak dilaporkan hilang dekat perairan Singapura di Laut Cina Selatan sejak kemarin. Kapal MT Orkim Harmony yang membawa muatan 5.879 ton bensin RON 95 dari Klang menuju ke Kuantan bersama 16 kru lokal termasuk lima warga negara Indonesia dan warga negara Myanmar.

Berdasarkan situs Marine Traffic, kapal tersebut terputus hubungan dengan perusahaannya sekitar pukul 6.05 petang.

Semua kru yang hilang berusia antara 20 tahun sampai 64 tahun.

Wakil Direktur (Operasi) Badan Penegakan Maritim Malaysia, Datuk Ahmad Fuzi Ab Kahar, ketika dihubungi membenarkan hal itu dan mengatakan setelah menerima laporan, gerakan pencarian dan penyelamatan (SAR) segera diluncurkan untuk menemukan semua anak kapal tersebut.

Dia mengatakan, posisi kapal terakhir adalah di 30 mil laut dari timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor pada pukul 8.50 malam kemarin.

"Operasi SAR diaktifkan pada pukul 7.30 pagi kemarin melibatkan tiga aset laut yaitu KM Mulia, Pengawal 32 dan Penggalang 14 serta sebuah helikopter untuk pencarian dan penyelamatan kapal tersebut.

"Selain itu, dua kapal Angkatan Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut membantu dalam operasi penyelamatan tersebut," katanya.

Ahmad Fuzi mengatakan pihaknya telah menginformasikan lembaga penegak negara tetangga termasuk Singapura dan Indonesia tentang kejadian itu.

"Sampai saat ini penyelidikan tentang penyebab kejadian masih diteruskan dan SAR intensif ke semua aspek termasuk pencarian meliputi seluruh pantai timur dan Sarawak," ujarnya. (utusan)

Dipetik Dari Sini

Nazri Aziz Teruskan Serangan Terhadap Mahathir

Posted: 14 Jun 2015 06:15 AM PDT



Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata beliau berasa gembira dengan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat pusingan 'U' berkaitan kebebasan bersuara yang menjadi hak rakyat Malaysia.

"Saya berasa gembira sebab sejak akhir-akhir ini dia (Mahathir) dah pandai bercakap pasal kebebasan bersuara. Sebab masa dia jadi PM dulu dia langsung tak kisahkan kebebasan bersuara ni," katanya kepada Malaysiakini.

Mengulas mengenai Dr Mahathir yang mempertahan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memberi pandangan mengenai ketidakhadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam dialog berkaitan 1MDB, Nazri berkata raja tidak boleh terlibat dalam politik kerana Malaysia berpegang teguh kepada sistem raja perlembagaan yang meletakkan raja di atas politik.

"Ini adalah konvensyen negara yang amalkan sistem ini. Oleh itu raja tak boleh terlibat politik," katanya.

Semalam, Dr Mahathir mengulas kenyataan Nazri terhadap Tunku Ismail supaya tidak terlibat dengan politik, berkata tengku mahkota itu mempunyai hak yang sama untuk bersuara kepada sesiapa shaja mengikut undang-undang.

Tengku Mahkota itu berkata rakyat tidak sepatutnya dipersalahkan kerana hlang keyakinan dan kepercayaan kepada Najib selepas beliau gagal hadir dalam forum 'Nothing2Hide' pada 5 Jun.

Nazri - Saya Tiada Facebook, Nak Hentam Saya Hentam Depan-Depan

Posted: 14 Jun 2015 05:30 AM PDT



SUSULAN kritikan masyarakat tentang kenyataannya terhadap Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam, Datuk Seri Nazri Aziz mencabar individu-individu tersebut untuk bersemuka dengannya dan tidak berselindung di sebalik media sosial.

Ujarnya yang juga Menteri Kebudayaan dan Pelancongan kepada Malaysiakini, "Saya mungkin seorang menteri yang tidak mempunyai akaun Twitter dan Facebook.

"Saya tidak percaya dengan Facebook, saya lebih percaya dengan bersemuka.

"Sekiranya anda mahu menghentam secara lisan, hentam saya depan-depan. Saya boleh jawab dengan cara mudah."

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas tentang reaksi orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kenyataannya terhadap TMJ.

Ujarnya lanjut, dia tidak mengendahkan pendapat negatif awam tentang kenyatannya.

"Saya tidak mengecam baginda. Saya berkomunikasi dengannya. Tengku Mahkota harus tahu pihak mana yang perlu dikecam dan pihak yang beliau akan bergantung untuk melindungi keluarganya.

"Tetapi untuk mengatakan saya tidak mengenang budi, tahap intelektual golongan ini rendah. Jika tahap intelektual mereka rendah, saya tidak boleh membantu."

Semalam, tindakan Nazri mengkritik Tunku Ismail supaya tidak mencampuri urusan politik negara dibalas TMJ dengan satu video ngauman harimau di laman Facebook Johor Southern Tigers tak lama selepas itu.

Ia mendapat perhatian ramai terutamanya warga Johor yang tidak berpuas hati dengan pandangan yang dilontarkan Nazri.

– MYNEWSHUB.CC

PEGAWAI GUAN ENG KENA PECAT, HASIL SILAT "SIKU LUTUT"

Posted: 14 Jun 2015 04:57 AM PDT






1. Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri P.Pinang daripada PAS, Fadzil Kemi telah dipecat oleh kerajaan negeri, melalui surat bertarikh 12 Jun lalu. Beliau akan menerima pampasan sebulan gaji.

2. Ia berkaitan usul daripada Dewan Ulama dan Muktamar PAS yang memutuskan hubungan dengan DAP.

3. Fadzil adalah setiausaha PAS negeri dicadangkan oleh Mohd Sabu memegang jawatan itu.

4. Sebelum ini, ahli majlis MBPP dan MPSP daripada PAS enggan letak jawatan, dengan alasan mereka dilantik oleh PAS.

5. Mereka sengaja tidak mahu bezakan antara "cadang" dan "lantik".

6. Lebih 1000 ahli pas memegang jawatan dalam kerajaan negeri.

Sumber Dari Sini

Kemelut DAP-PAS semakin meruncing apabila Setiausaha PAS Pulau Pinang yang berkhidmat sebagai Pegawai Penerangan gred S41 dalam kerajaan negeri telah diberhentikan kerja berkuat kuasa Jumaat lepas.
  
Notis bertarikh 12 Jun dari Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri itu telah dihantar dengan tangan kepada Mohd Fadzil Kemi yang memegang jawatan sebagai Pegawai Penerangan kepada Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
  
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus yang mengesahkan notis tersebut berkata beliau yakin notis itu telah diterima oleh Mohd Fadzil pada Jumaat lepas kerana telah dihantar dengan tangan.
  
"Notis pemberhentian perkhidmatan itu berkuat kuasa pada 12 Jun 2015 dengan  bayaran satu bulan gaji menggantikan notis selaras dengan fasal 9, perjanjian kontrak telah dihantar kepada Mohd Fadzil," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
  
Katanya, dalam tempoh perjanjian kontrak setahun yang ditandatangani pada 12  Disember tahun lepas, mana-mana pihak boleh menghentikan kontrak tersebut tanpa sebarang alasan.

Sementara itu usaha untuk mendapat maklum balas daripada Mohd Fadzil yang juga merupakan ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang, gagal kerana beliau tidak dapat dihubungi.
  
Semalam, Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam satu kenyataan telah mendesak kepimpinan baru PAS untuk mengarahkan wakil- wakilnya untuk mengundur diri.
  
Beliau berkata adalah tidak logik kepimpinan baru PAS masih cuba berbelit-belit bahawa mereka masih membincangkan usul memutuskan hubungan dengan DAP, bila usul itu "diterima" tanpa bahas dan "bukan dirujuk" oleh Muktamar PAS.
  
Lim berkata tiga wakil PAS dalam kerajaan PAS, iaitu Mohamad Sabu, Ustaz Mujahid Yusof Rawa dan Ustaz Rosidi Hussain telah  meletakkan semua jawatan mereka dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.
  
Kemelut DAP-PAS berlaku selepas Dewan Ulama PAS sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 tanpa bahas, namun akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam pakatan pembangkang.
  
-Bernama

Nazri Bongkak Hina Tun M: Martabat Najib Lebih Tinggi Dari Tun Mahathir suarakami

Posted: 13 Jun 2015 11:30 PM PDT



Datuk Seri Najib Razak tidak perlu berdebat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ia akan merendahkan kedudukannya sebagai perdana menteri, kata Datuk Seri Nazri Aziz.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan itu berkata, Dr Mahathir sebagai bekas pemimpin negara selama 22 tahun merupakan seorang warganegara biasa dan tidak mempunyai lokus standi untuk berdebat dengan Najib.

"Bagi saya, ia (berdebat) bukan idea yang baik. Kenapa perdana menteri saya perlu rendahkan kedudukannya dengan berdebat dengan rakyat biasa?

"Jika ada perdebatan, ia sepatutnya antara pemimpin pembangkang dan Najib. Dan platform untuk itu ialah di parlimen," katanya kepada pemberita.

Selain itu, ketika ditanya mengenai Najib yang jarang berada di parlimen, Ahli Parlimen Padang Rengas itu mempertahankan bosnya dengan berkata, perdana menteri mempunyai jadual yang sangat sibuk.

Malah, katanya, ada menteri lain yang boleh memberikan jawapan bagi pihak Najib dalam sidang parlimen.

"Tidak masuk akal apabila Najib perlu membalas dakwaan seorang individu. Sebagai perdana menteri, banyak perkara lain yang Najib perlu lakukan. Saya tidak mahu dia membuang masa," kata Nazri lagi.