Sabtu, 13 Jun 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Dr M tak boleh tahan dengan isu - 1MDB NAJIB MESTI UNDUR !

Posted: 13 Jun 2015 10:45 PM PDT

Zack Ahmad's photo.
  Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau akan tetap cuba menyingkirkan perdana menteri itu walaupun tanpa isu 1MDB.

Sebaliknya, Dr Mahathir berkata beliau memberi banyak peluang kepada Najib sebelum ini tetapi isu 1MDB menyebabkan beliau tidak boleh lagi berdiam diri.

"Ada banyak lagi kesalahan Najib. Saya boleh senaraikanya tetapi ini (1MDB) menggunakan berbilion wang kerajaan. Itu saya tak boleh terima," katanya di sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Malah, kata Dr Mahathir, beliau bekerja keras berkempen untuk Najib dalam pilihan raya umum lalu yang menyaksikan Kedah kembali ke tangan BN daripada Pakatan Rakyat.

"Saya bersedia menyokong Najib tetapi dia nampaknya menganggap jika anda memberi wang kepada rakyat, mereka akan sayang anda," katanya.

Terdedah Sudah!!! Punca Sebenar A Samad Said Memilih DAP Bukan PKR, Jom Terjah!!!!

Posted: 13 Jun 2015 10:00 PM PDT



Dinobat 'Perwira Ubah', Pak Samad sah sertai DAP 

Selepas sekian lama menyimpan hasrat, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyertai DAP hari ini bagi meneruskan usaha mendekati rakyat. Ahli DAP baharu yang mesra dengan panggilan Pak Samad itu turut diangkat sebagai "Perwira Ubah" oleh penasihat parti Lim Kit Siang. 

"Mereka menganggap tindakan ini akan mencederakan imej sasterawan negara, tetapi bagi saya ia tidak menjadi masalah kerana setiap tindakan pasti ada pro dan kontranya," Samad dilaporkan sebagai berkata.

Pak Samad berkata sudah lama menyimpan hasrat untuk menyertai DAP namun tidak pernah dizahirkan walaupun ada golongan yang berasa kurang senang.

Ketika ditanya The Malaysian Insider mengapa menyertai DAP dan bukannya PKR atau pun PAS, Samad berkata salah satu sebabnya adalah parti sekular itu lebih mewakili rakyat Malaysia.

Katanya, DAP sudah mula menunjukkan kemesraan kepada orang Melayu namun gambaran media sering memberi gambaran sebaliknya.

"Saya fikir mula mesra tetapi biasanya gambaran media yang merosakkan. Kalau kita lihat interaksi pimpinannya, individu yang mewakilinya, ia sangat merangsang bagi saya.

"Saya mahu memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kebahagiaan yang sedapat boleh,"
 katanya.

Samad berkata apa yang berlaku kepada Pakatan Rakyat (PR) kini membimbangkan namun beliau perlu meneliti keadaan semasa sebelum dapat memberikan pandangan lanjut.

Ditanya, adakah wujud kebimbangan statusnya sebagai sasterawan negara tetapi menyertai DAP, Samad berkata, "Langsung tak takut."

Penyertaan tokoh sasterawan negara itu dilihat sebagai usaha membantu DAP menarik lebih ramai penyokong Melayu, memandangkan parti itu sebelum ini menjadi bahan belasahan PAS dan Umno apabila dilabelkan sebagai anti Islam dan Melayu.

Samad, 80, bekas pengarang akhbar Berita Harian dan The New Straits Times memulakan Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang menentang Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pada 2009.

Beliau juga sering dilihat aktif menyertai himpunan dan demonstrasi anjuran PR dan badan bukan kerajaan, memimpin Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) bagi menuntut reformasi pilihan raya. 


– TMI 



 
SYABAS ! Pak Samad, satu keputusan bijak dan pilihan yang tepat. 
 
Dengan ini, kita berharap orang2 Melayu UMNO tidak lagi bersangka buruk terhadap keikhlasan DAP dalam perjuangan untuk menegakkan keadilan demi masa depan Negara. 
 
Saya sokong dan hurmati beliau.

Akhbar Singapura dedahkan pemimpin UMNO jual tanah dengan harga rendah kepada Robert Kuok..

Posted: 13 Jun 2015 09:30 PM PDT

 


Isu yang sering diutarakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dalam apa saja majlis atau ceramah yang dihadiri mereka ialah, Melayu akan terpinggir jika PR memerintah..

Menjadikan Pulau Pinang sebagai contoh menurut mereka kebanyakkan Melayu Pulau Pinang telah dipinggirkan dan seterusnya disingkirkan dari Pulau Pinang kerana tanah milik mereka telah diambil oleh DAP.

Namun begitu hakikat sebenarnya ialah.. Kebanyakkan Melayu di Pulau Pinang ini telah terpinggir dan tersingkir dari Pulau Pinang angkara mereka..

Merekalah yang telah menjadi orang tengah untuk membeli dengan harga murah kemudiannya menjualkannya dengan harga yang tinggi kepada pemaju untuk dibangunkan..

Hari ini akhbar berpengaruh dari seberang tambak mendedahkan tanah di Johor telah dijual pada harga jauh lebih rendah dari harga pasaran semasa oleh pemimpin UMNO kepada seorang Billionair berbangsa cina..

Dengan keluasan 12.5 ekar nilai tanah di Nusajaya dianggarkan sudah mencecah RM13.4 bilion pada harga RM720 sekaki persegi..

Tetapi ianya telah dijual pada harga jauh lebih rendah dari harga pasaran iaitu RM182Juta sahaja..

Baca apa yang dilaporkan oleh Jalan Pulang berdasarkan laporan oleh Straits Times Singapore itu..

Mengejutkan! Pendedahan terbaru sebuah laporan akhbar di Singapura, The Straits Times mengesahkan bahawa bilionair terkenal, Robert Kuok sudah pun membeli tanah di Iskandar Malaysia di Nusajaya pada harga RM182 juta (SGD74 juta).

Pembelian itu dibuat kurang dari dua minggu sebelum pilihanraya umum lalu menerusi usahasamanya dengan cabang pelaburan kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional (Khazanah).

Dua lot tanah presint di Nusajaya telah dibeli dengan pegangan ekuiti 70 peratus dimiliki oleh Robert sementara selebihnya oleh Khazanah.

Dalam pelaburan yang dijangka memperolehi pulangan sehingga RM12 bilion (SGD3.7 bilion) dalam masa 15 tahun, Robert yang merupakan manusia terkaya di Asia Tenggara sudah memulakan projek berskala besar di pusat pentadbiran kerajaan Johor itu sebaik sahaja pembelian selesai.

Kekayaan terkini Robert di seluruh dunia dianggarkan bernilai USD12.7 bilion (RM40.64 bilion).

Menerusi syarikat induknya, Kuok Brothers, Khazanah dan syarikat Kuok tersebut akan bergabung menjadi entiti dinamakan Southern Marina Development untuk membangunkan tanah seluas lima hektar di Puteri Harbour di Nusajaya dari pemilik tanah asal, UEM Berhad (UEM).

Menurut laporan The Straits Times yang disiarkan di ruangan Asia Report itu, Southern Marina akan membangunkan lot kediaman termasuk kondominium bernilai tinggi, lot perniagaan dan pusat membeli belah terbaru di Johor Bharu dengan nilai anggaran kasar pembinaan mencecah RM1.2 bilion (SGD479 juta) dalam tempoh tersebut.

Kuok yang menetap di Hong Kong terkenal dengan monopoli gula sebelum diambil alih oleh seorang lagi taikun Melayu yang rapat dengan Umno, Syed Mokhtar al-Bukhary pada 2010.

Persoalan yang timbul adalah bagaimana tanah bernilai tinggi kepunyaan kroni Umno itu boleh terlepas dengan mudah ke tangan Kuok dan Khazanah pada harga begitu murah sedangkan nilai tanah di Nusajaya sudah mencecah RM13.4 bilion pada harga RM720 sekaki persegi?

PAS jangan berbelit, undur diri daripada kerajaan negeri, kata Guan Eng

Posted: 13 Jun 2015 09:00 PM PDT

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, kepimpinan baru PAS harus mengarahkan wakil mereka dalam kerajaan negeri mengundurkan diri rentetan usul memutuskan hubungan dengan DAP dalam muktamar.

Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, PAS harus jelas dan tidak perlu berdolak-dalik mendakwa usul berkenaan masih di peringkat perbincangan kerana muktamar sudah pun meluluskan usul itu tanpa perbahasan.

"Oleh demikian, kepimpinan baru PAS haruslah menyusuli usul mereka yang diterima tanpa bahas, dengan mengarahkan wakil kerajaan PAS mengundurkan diri.

"Adalah tidak logik kepimpinan baharu PAS masih cuba berbelit-belit yang mereka masih membincangkan usul memutuskan hubungan dengan DAP, bila usul ini 'diterima' tanpa bahas dan 'bukan dirujuk' oleh muktamar PAS.

"Perlu diingat yang kerajaan negeri Pulau Pinang masih stabil dan tidak terjejas tanpa penyertaan atau penglibatan wakil PAS," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata keputusan 3 wakil PAS dalam kerajaan negeri, iaitu Mohamad Sabu, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Rosidi Hussain yang meletakkan semua jawatan mereka dalam kerajaan negeri Pulau Pinang amat disanjungi.

Katanya, langkah tepat dan bermaruah itu turut disusuli satu Jawatankuasa Ketua Kampung (JKKK) PAS di Pekan Darat, Seberang Perai yang turut meletakkan jawatan.

"Mereka rasa adalah patut dan bermaruah untuk mengundurkan diri daripada jawatan kerajaan negeri Pulau Pinang demi menghormati dan menegakkan usul tanpa bahas yang diterima dan diluluskan oleh kepimpinan baharu dan muktamar PAS.

"Exco ingin memuji dan menyanjungi pengorbanan ketiga-tiga pemimpin PAS dan JKKK Pekan Darat yang menunjukkan mereka lebih mementingkan maruah parti serta prinsip kerajaan negeri daripada memegang jawatan," katanya.

Setiausaha agung DAP itu berkata, ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) Pulau Pinang mengingatkan kepimpinan baharu PAS wakil parti Islam itu dalam kerajaan negeri dilantik atas kesudian bekerjasama dengan kepimpinan kerajaan negeri serta berikrar dengan setia menerima arahan serta melaksanakan dasar-dasar kerajaan negeri.

Katanya, keputusan memutuskan hubungan dengan DAP akan menyentuh prinsip itu yang mempunyai impak terbesar ke atas 4 wakil PAS yang merupakan ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai.

"Ini disebabkan mereka akan terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan ketua menteri dan juga Ahli Exco Kerajaan Tempatan Chow Kon Yeow.

"Oleh kerana kerajaan negeri memegang prinsip tata kelola atau urus tadbir kerajaan baik ini, barulah Pulau Pinang dapat menikmati kemajuan dan kemakmuran.

"Hanya pemimpin kerajaan negeri yang tidak memahami prinsip ini akan menyebabkan negeri yang dipimpin mereka terus mundur dan ketinggalan zaman," katanya.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/

Kenyataan Azmin Ali Yang Boleh Menambahkan Pening Kepala Ulama' Duniawi PAS... Kah Kah Kah !

Posted: 13 Jun 2015 08:30 PM PDT



Pening beb Pening... macam mana Tak Pening nya beb...

Usul yang pada Asalnya sekadar Sandiwara Wayang Pacak bagi tujuan mempengaruhi Perwakilan Atas Pagar sebelum Pemilihan berlangsung, kini sudah menjurus kepada Memakan Diri Ulama' Duniawi serta Lebai-Lebai Mercun di dalam PAS... kah kah kah !

Sebab itu lah Usul dari Dewan Ulama' PAS Pusat (DUPP) cukup susah untuk Dilaksanakan hingga kesaat ini, berbagai Alasan serta Putar Belit seperti Llilitan Serban yang ada kat Kepala dia orang diberikan, konon nya Usul tersebut hanya baru Cadangan lah...

Sabar lah... jangan Gopoh dan sebagainya... kah kah kah !. Macam mana lah tidak disuruh orang lain Bersabar beb... atas sebab Usul tersebut memang tidak dijangka akan Memakan Diri dan sampai boleh Menghilangkan Mata Percarian Lebai-Lebai Mercun serta Wala'un-Wala'un yang ada dalam PAS, kalau gua pun akan Cakap supaya Sabar lah... Rilek lah... Cool Lah... kah kah kah !.

Terkini Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor Azmin Ali menambahkan lagi PENINNNNG Kepala Ulama' Duniawi serta Lebai-Lebai Mercun dalam PAS, apabila mengatakan yang beliau Mengalukan Penubuhan Parti baru yang dirancang oleh PASMA semalam... biar BETIK Azmin Ali oiiii... kah kah kah !.

Mungkin kenyataan Azmin Ali hanya bersifat Umum, namum dengan kata-kata yang Pakatan Rakyat (PR) sedia Menerima siapa sahaja sama ada Parti atau Individu asalkan ianya Selari dengan Perjuangan PR. Rasa nya ia sudah cukup memberi Tamparan buat Kepala Lutut, Siku dan Cakar Rimau... kah kah kah !.

Bila dikatakan sebagai Ulama' Duniawi... tahu pulak Marah beb... konon nya ianya Fitnah... tapi bila Mengatakan Pihak yang lain sebagai JEBON... Munafik Hakiki dan sebagai nya Tak Apa pulak, banyak Cantik lu orang punya Muka ya Wala'un... lu orang kata orang lain Halal bila kena pada Diri jadi Haram ya... kah kah kah !.

Tapi gua Yakin beb kesudahan nya Usul tersebut Terpaksa juga Dilaksanakan demi Mengjaga Maruah Ulama' Duniawi serta Lebai-Lebai Mercun dalam PAS, walaupun Agak Berat Rasa Dihati untuk Melaksakan Usul tersebut namun apakan daya Kerana Mulut Badan Binasa dan Nasi Sudah Menjadi Hangit... kah kah kah !.

Ditambah lagi yang Ulama'-Ulama' Duniawi serta Lebai Mercun dalam PAS bertanding didalam Pilihan Raya bukan untuk Menang tetapi mencari Keredhaan Allah SWT, jadi dia orang Tak Kisah walau menjadi Pembangkang sampai Mampos dan Umno/ Bn terus menjadi Kerajaan sampai bila-bila sahaja... kah kah kah !.

Sebab itu juga bila sahaja Nyawa Umno hampir Mampos maka Ulama' Duniawi serta Lebai-Lebai Mercun ni akan memberikan Pertolongan Cemas supaya Umno/Bn jangan Mampos... iu sebab nya lah terjadi Pertandingan sesama PR dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kemudian Tuduh orang lain Jual Pil Kuda... kah kah kah !.

Bila sudah kena Saman, tak nak pulak Mengaku dan tunjukan Bukti siapa yang Jual Pil Kuda... kemudian bila disoal Peguam dalam Mahkamah mula lah menjawap errr... errr... errr... suruh minta Maaf tak nak konon-konon nya ia bukan Fitnah dan akan Menjatuhkan Maruah Presideng PAS merangkap Tuang Guru... kah kah kah !. sumber MI 


hemmmmm..... semasa perbahasan dalam muktamar sampai ketua dhpp pun menyentuh soal fitnah... tak malu ke bila orang bukan islam pun membangkitkan soal fitnah... tapi tuang presideng buat dekkk aje beb semasa pengulungan... kah kah kah !.

Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang

PANASS!!! Ku Li bakal ganti Najib selepas undi tidak percaya di Parlimen - media antarabangsa .

Posted: 13 Jun 2015 07:47 PM PDT

 
Zack Ahmad's photo.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bakal menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Malaysia Ketujuh. 

Razaleigh atau Ku Li, 78, dilaporkan akan mengetuai kerajaan perpaduan kerana Barisan Nasional (BN) sudah hampir lumpuh disebabkan skandal 1MDB, sebagai jalan kepada kemelut politik negara. 

Menurut laporan Asia Sentinel, satu pertemuan telah diadakan di kediaman Ku Li pada 11 Jun lalu yang diketuai Tun Daim Zainuddin, rakan baik Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Laporan itu mendakwa, Daim telah diberi tugasan memujuk Ku Li menerima tanggung jawab itu.
Perjumpaan kedua akan diadakan pada minggu ini dan diikuti dengan undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen, tulis laporan itu yang memetik sumber. 

Laporan itu menyebut, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula akan menggantikan Najib sebagai Presiden UMNO bagi memperkukuhkan parti yang terjejas teruk akibat skandal 1MDB. 

"Razaleigh akan diterima semua. Sebelum ini beliau akan keberatan kerana menjaga isterinya yang sakit. 

Kematian isteri beliau baru-baru ini membolehkannya memberi tumpuan sepenuhnya kepada negara," tulis laporan itu lagi. 

Portal berita yang berpangkalan di Hong Kong itu mendakwa, Ku Li, Ahli Parlimen UMNO paling lama, telah lama menjadi pilihan menggantikan Najib tetapi tidak mendapat sokongan sepenuhnya ahli parti. 

Bagaimanapun, berdasarkan situasi politik tidak menentu yang turut menjejaskan ekonomi negara, pemimpin UMNO akan menerima Ku Li. 

Menurut laporan 12 Jun itu, kejatuhan nilai ringgit telah merisaukan pelabur asing ditambah pula skandal 1MDB telah mendorong pemimpin UMNO berbelah bahagi untuk terus menyokong Najib. 

Mereka bimbang ketidak tentuan politik dalaman akan menyebabkan UMNO dan BN kalah pada pilihan raya akan datang.


-fmt-

Tak penting tapi ramai mendekat

Posted: 13 Jun 2015 07:30 PM PDT

 
 
"Mengapa orang asyik memberitahu saya bahawa saya tidak keseorangan?" tanya Tun Dr Mahathir ketika diminta memberi komen mengenai kenyataan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz yang menganggap bekas perdana menteri itu sebagai "orang biasa" dan "tidak penting".

Kata Dr Mahathir, beliau adalah rakyat biasa tetapi kini begitu ramai orang dilihat memberi sokongan kepadanya.

"Apabila saya kata saya bersendirian, ramai orang tampil dan memberitahu, tidak, tidak, anda tidak bersendirian," katanya di sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Dr Mahathir menambah, penyokongnya itu juga tidak dibayar atau diupah - kenyataan yang dilihat sekali lagi menyindir Datuk Seri Najib Razak yang akhir-akhir ini sering mengadakan perhimpunan untuk menyokongnya.

Bekas perdana mentri itu juga mencadangkan kepada Nazri supaya membaca komen yang ditulis pengunjung blognya, chedet.cc.

Kalau cinta, cintalah

Saya lihat di blog sebagai contoh, dalam satu jam ada sejuta orang

"Adakah saya bersendirian? Entaglah. Dia (Nazri) tak pernah baca. Saya rasa bagus kalau dia sesekali membaca komen dalam blog saya, dalam WhatsApp dan Facebook," katanya.

Diminta mengulas kenyataan Nazri terhadap Tengku Mahkota Johor supaya tidak mencapuri urusan politik, Dr Mahathir memberitahu keluarga diraja juga berhak menyatakan pandangannya.

"Adakah kita mempunyai undang-undang menyatakan tengku mahkota tidak boleh memberi pendapat?" katanya.

Dalam sidang media sama Dr Mahathir juga mempersenda sepanduk "I Love PM" yang sering dinaikkan dalam perhimpunan bersama Najib.

"Anda tidak berjumpa teman wanita anda dan meminta dia membawa kad bertulis I love you.

"Jika orang mencintai anda, mereka akan mencintai anda. Anda tidak perlu meminta dia mengangkat kad," katanya.
 

PAS Terkedu Dengan Berita Ini?

Posted: 13 Jun 2015 06:45 PM PDT

 
PAS Terkedu Dengan Berita Ini? Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) berpandangan, satu parti baharu perlu ditubuhkan menggantikan Pakatan Rakyat (PR) selepas gabungan itu dilihat tidak bersedia untuk berdepan pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, dengan hasrat PAS yang tidak mahu menjalinkan hubungan dengan DAP dan kenyataan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang mendakwa PR bersedia untuk dikebumikan, maka pakatan itu dilihat sudah terbubar.

"Kita mengambil pendirian yang sebuah pakatan baharu perlu ditubuhkan dengan suatu persetujuan yang lebih mantap membaiki lagi pakatan yang lepas yang tidak mempunyai struktur, tetapi sekadar satu persefahaman.

 "Kita mencadangkan PR baru yang akan diketuai DAP, PKR dan parti baharu yang akan ditubuhkan ini hendaklah mempunyai struktur dan ditubuhkan dan mempunyai struktur kepimpinan yang tetap," katanya pada satu sidang media di Shah Alam hari ini.

Phahrolrazi berkata usaha berkenaan digerakkan kerana PasMa mahu memastikan PR terus kukuh selepas majoriti pengundi menolak Barisan Nasional (BN).

PAS Terkedu Dengan Berita Ini?

Katanya, PR sudah tidak boleh diselamatkan selepas Lim melontarkan pandangan tersebut dan PAS dipimpin mereka yang lantang mengkritik PR.

"Pasma belum setahun ditubuhkan, tetapi begitu mendapat perhatian sekali kerana menjadi satu NGO yang secara tegas dan jelas menyokong PR. 

"Selepas semua negeri dan pimpinan diberi peluang untuk berbahas, maka PasMa hari ini mengambil keputusan sebuah parti politik baharu perlu ditubuhkan dan peranan PasMa dalam parti politik ini mengambil kesinambungan PAS dalam komponen PR, sebagaimana persetujuan sebelum krisis," katanya.
Beliau berkata parti baharu itu kelak tetap akan menjunjung prinsip yang pernah dipersetujui PAS seperti memelihara hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan agama Islam, hak sama rata semua rakyat, hak memilih agama dan persetujuan yang dinyatakan dalam Buku Jingga.

Katanya, jawatankuasa penaja akan bermesyuarat selepas Aidilfitri ini bagi menentukan hala tuju parti baharu dan menetapkan pimpinan organisasi.

"Pasma akan terus kekal sebagai NGO dan tidak bertukar sebagai parti politik dengan peranan terdahulu.

"Tetapi kali ini menambah tugas bersedia dengan NGO lain yang pro PR dan pimpinan kumpulan progresif yang pemilihan lepas tidak berada dalam pimpinan menaja penubuhan parti baharu yang akan mengambil tempat PAS dalam PR baru," katanya.

Mahathir blames Agong again for top judge’s sacking - FMT Reporters

Posted: 13 Jun 2015 06:00 PM PDT

 

mahathir,abbas

Ex-premier revisits 1988 judicial crisis with twisted account of Salleh Abas affair.

KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad gave a twisted and one-sided account of the 1988 judicial crisis when the Lord President, Tun Salleh Abas, was sacked and five Supreme Court judges later removed from the Bench.

Speaking at the trendy Cooler Lumpur Festival, he said it was the Yang di-Pertuan Agong, then Johor's Sultan Iskandar Ismail, who had wanted Salleh removed.

He has previously given similar accounts of the Salleh sacking, which came in the midst of an Umno crisis which had resulted in the party being deregistered, in which he has also similarly blamed Sultan Iskandar.

Poignantly, his remarks come just one day after the death of Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh, the last of the five Supreme Court judges who were removed from the Bench for trying to intervene in the Salleh case to preserve the judiciary. The others were George Seah, Eusoffe Abdoolcadeer, Wan Suleiman Pawanteh and Azmi Kamaruddin.

Dr Mahathir again claimed, as he has done before, that he had to take the blame for Salleh's sacking and that it was Tuanku Iskandar's wish to remove Salleh.

"The Johor Sultan never liked Salleh. He (Salleh) wrote a letter complaining about noise coming from his (Sultan's) house. That was wrong… but Salleh wrote the letter and copied it to every Sultan. 
The Johor Sultan, who was the Agong, was annoyed and said this is the wrong thing to do, and he asked me to dismiss Salleh," said Mahathir

Dr Mahathir also blamed the then Attorney-General, Tan Sri Abu Talib Othman, of having made him the complainant instead of Tuanku Iskandar when the government instituted a tribunal, as required by the constitution, to remove Salleh.

The former premier made no mention of his onslaught in public speeches against the judiciary, which at the time was about to make a decision about the future of Umno, or of Salleh's letter to the Yang di-Pertuan Agong or the Conference of Rulers in which he wrote about the independence of the judiciary being under threat.

Instead, Dr Mahathir said Abu Talib "used speeches made by Salleh against me which I did not know about" in order to show that he was the one who decided Salleh should be dismissed," he added.

Wan Hamzah was remembered by former Bar Council president Param Cumaras­wamy, who acted as defence counsel for the sacked judges. In remarks quoted by The Star, Param said Wan Hamzah was one of the best examples of "an independent and impartial judge whose integrity was beyond question. He personified judicial independence and impartiality during his lifetime."

Penduduk Damansara Damai tuntut janji Azmin - FMT Reporters

Posted: 13 Jun 2015 05:15 PM PDT


azmin,gapai
Menteri Besar telah berjanji untuk menyelesaikan masalah kesesakan di kawasan itu.


PETALING JAYA: Penduduk Damansara Damai berhimpun secara aman pada Sabtu bagi mendesak Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menunaikan janji.

Gabungan Penduduk Damansara Damai (GAPAI) menerusi kenyataan media berkata, mereka menuntut Azmin menunaikan janji untuk membina jalan alternatif.

"Menteri Besar Selangor Azmin Ali telah membuat janji kepada penduduk Damansara Damai berkenaan jalan alternatif ketika memberi ucapan di Masjid Al Muhtadin Damansara Damai pada 21 Mac lalu.

"Kenyataan beliau dipetik melalui media Selangorkini bertajuk "Apa nak jawab depan Allah jika abaikan penduduk Damansara Damai." Apa beliau tidak malu berkata sedemikian? sedang isu ini tiada solusi hingga hari ini," katanya.

GAPAI berkata, Damansara Damai yang dibuka pada 2000 berdepan masalah kesesakan yang semakin teruk kerana pertambahan penduduk mencecah 100,000 orang tetapi hanya mempunyai satu jalan keluar masuk.

"Perbincangan telah banyak kali dibuat tetapi sehingga kini tiada penyelesaian," katanya.

GAPAI mengancam untuk mengadakan perhimpunan lebih besar jika masalah itu tidak mendapat perhatian kerajaan negeri khususnya Menteri Besar.

Media antarabangsa dakwa Ku Li bakal ganti Najib FMT Reporters

Posted: 13 Jun 2015 04:30 PM PDT

 
Zack Ahmad's photo.

Laporan itu mendakwa undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen akan diadakan dalam waktu terdekat.

YBM Tengku Razaleigh Hamzah -  YAB DS Najib Tun Razak

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bakal menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Malaysia Ketujuh.

Razaleigh atau Ku Li, 78, dilaporkan akan mengetuai kerajaan perpaduan kerana Barisan Nasional (BN) sudah hampir lumpuh disebabkan skandal 1MDB, sebagai jalan kepada kemelut politik negara.

Menurut laporan Asia Sentinel, satu pertemuan telah diadakan di kediaman Ku Li pada 11 Jun lalu yang diketuai Tun Daim Zainuddin, rakan baik Tun Dr Mahathir Mohamad.

Laporan itu mendakwa, Daim telah diberi tugasan memujuk Ku Li menerima tanggung jawab itu.
Perjumpaan kedua akan diadakan pada minggu ini dan diikuti dengan undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen, tulis laporan itu yang memetik sumber.


Laporan itu menyebut, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula akan menggantikan Najib sebagai Presiden UMNO bagi memperkukuhkan parti yang terjejas teruk akibat skandal 1MDB.

"Razaleigh akan diterima semua. Sebelum ini beliau akan keberatan kerana menjaga isterinya yang sakit. Kematian isteri beliau baru-baru ini membolehkannya memberi tumpuan sepenuhnya kepada negara," tulis laporan itu lagi.

Portal berita yang berpangkalan di Hong Kong itu mendakwa, Ku Li, Ahli Parlimen UMNO paling lama, telah lama menjadi pilihan menggantikan Najib tetapi tidak mendapat sokongan sepenuhnya ahli parti.

Bagaimanapun, berdasarkan situasi politik tidak menentu yang turut menjejaskan ekonomi negara, pemimpin UMNO akan menerima Ku Li.

Menurut laporan 12 Jun itu, kejatuhan nilai ringgit telah merisaukan pelabur asing ditambah pula skandal 1MDB telah mendorong pemimpin UMNO berbelah bahagi untuk terus menyokong Najib.

Mereka bimbang ketidak tentuan politik dalaman akan menyebabkan UMNO dan BN kalah pada pilihan raya akan datang.

Dr M: Bekas Agong mahu Salleh Abas dipecat

Posted: 13 Jun 2015 09:00 AM PDT

 
 

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa, beliau terpaksa mengambil tanggungjawab atas pemecatan Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara pada 1988.

Bercakap dalam sebuah majlis di Kuala Lumpur hari ini, Dr Mahathir berkata, Yang di-Pertuan Agong ketika itu mahu Salleh disingkirkan.

Katanya, ia berpunca daripada aduan dibuat Salleh menulis surat kepada semua Sultan mengenai Agong ketika itu yang didakwa "terlalu bising dan mengganggu rumahnya".

Agong ketika itu ialah almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar Sultan Ismail.

Akhirnya Najib Akui Negara Akan Bankrap Tanpa GST.....Duit Habis Rakyat Tanggung! Bagusssss suarakami

Posted: 13 Jun 2015 08:15 AM PDT

 
Masih Ingatkah Kata Najib Kenapa GST perlu dilaksanakan.

Najib akui dibawah pentadbirannya negara akan muflis.

Setelah sejumlah RM7.2Billion dibayarnya kepada perunding sejak lima tahun yang lalu, akhirnya Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan itu akui di bawah pentadbirannya negara akan bangkrap.

Malangnya kerana kebebalannya dalam mentadbir ekonomi negara, beliau memaksa rakyat menanggung akibat dari kebodohannya itu.

Dalam amarannya yang kelihatan amat terdesak untuk melaksanakan GST kepada seluruh rakyat Malaysia, Najib memberi kata dua kepada kita.. samada terima GST atau negara akan muflis..

Atau dalam lain ayat.. jika tidak dilaksanakan GST negara akan muflis atau bangkrap!!.. Bangkrap di bawah pentadbirannya sebagai Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan

Marilah, TMJ beri isyarat

Posted: 13 Jun 2015 08:05 AM PDT


Mungkin kata-kata tidak diperlukan untuk Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk beliau menyampaikan mesejnya.

Dalam klip video dimuat naik pada akau Facebook Johor Southern Tigers petang tadi, anak Sultan Johor itu kelihatan sedang berehat di atas kerusi apabila kamera datang menghampirinya.

Ketika kamera berada di kiri Tunku Ismail, beliau menoleh dan mengangkat tangan kirinya sebelum membuat isyarat "marilah" sambil bersandar di kerusi.

Klip sepanjang 17 saat itu juga bermula dan berakhir dengan bunyi ngauman harimau.

Hanya beberapa jam selepas ditegur Datuk Seri Nazri Aziz, Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim muncul dalam klip pendek sambil membuat aksi mencabar.


 

Dalam akaun Facebook Johor Southern Tigers, beliau dilihat sedang berehat di atas bangku dan menoleh ketika kamera berada di kirinya.

Menggunakan tangan kiri, Tunku Ismail membuat isyarat memanggil.

Klip video sepanjang 17 saat itu bermula dan berakhir dengan bunyi ngauman harimau.

Tunku Ismail adalah Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor

Walaupun klip video berkenaan tidak disertakan tajuk atau kapsyen, ia dimuat naik hanya selepas beberapa jam Nazri yang juga Menteri Kebudayaan dan Pelancongan memberi amaran supaya Tunku Ismail tidak mencampuri politik.

Kata Nazri (gambar) tindakan Tunku Ismail boleh menyebabkan rakyat hilang rasa hormat kepada beliau jika kerajaan memberi reaksi kepada komennya.

Pos berkenaan juga pantas mendapat reaksi daripada pengguna Facebook.

Dapat reaksi segera

Sehingga jam 8.15 malam ini lebih 2,000 orang menekan butang Like dan sekurang-kurangnya 541 akaun lain berkongsi pautan berkenaan.

Pos berkenaan juga mengundang banyak komen. Pemilik akaun Facebook Nasrulhadi Noh misalnya menulis: "Setengah Menteri sekarang dah tiada rasa hormat dgn Kerabat di Raja. Mintak Tunku halau jek menteri mcm ni dari masuk ke Johor dengan Ahmad Maslan sekali."

Syahriman Paparock pula menulis: "Nazri jp lg mkn kayu hoki koottt".

Bagi Hakeem Neils, video itu mendorongnya menulis: "ape lagi..dah panggil tu..jgn x dtg pulak mcm sorang lagi tu...xD"

Ashhabu Rayati Suud: "Senyum lebar tgok video ni, kerajaan nk belasah kerabat johor, ingt kami anak johor batang pisang."

Sementara itu Nazri enggen memberi komen mengenai video berkenaan kerana "cabaran" dibuat Tunku Ismail tidak jelas ditujukan kepada sesiapa.

Bukan mengkritik

"Jika TMJ nak kata sesuatu beliau perlu keluarkan kenyataan," katanya kepada Malaysiakini.

Nazri berkata, kenyataan dibuatnya sebelum ini dilakukan bagi mempertahankan institusi diraja di Malaysia.

"Mari bercakap tentang individu dan institusi. Saya di sini bukannya untuk mengkritik institusi raja Melayu kerana ia adalah sebahagian daripada budaya saya.

"Pandangan saya juga tidak mewakili sesiapa dalam Umno. Pandangan beliau (TMJ) juga tidak mewakili keluarga diraja di Malaysia.

"Saya tidak mengkritik beliau. Saya cuma tertarik dengan pendapatnya.

"Beliau mesti ingat kedudukannya masih di bawah undang-undang," katanya.

Jho Low pujuk Najib tubuhkan 1MDB, kata Dr Mahathir Maknanya Mat Said Tidak Berbohong dan Merapu...!!!

Posted: 13 Jun 2015 12:00 AM PDT


 
Tun Dr Mahathir Mohamad memperincikan penglibatan ahli perniagaan Low Taek Jho dalam penubuhan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), mendakwa beliau turut "menasihati" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung beberapa transaksi perniagaan.

Menulis dalam blognya, Dr Mahathir menyatakan, Low "memujuk" Najib untuk menjadikan syarikat pendahulu 1MDB, Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) sebagai dana berdaulat, tetapi masih kekal di bawah kawalan perdana menteri.

Bekas perdana menteri itu berkata, Najib melantik kakitangan tanpa pengetahuan negeri pantai timur yang kaya dengan minyak itu.

"Terengganu bersetuju pada mulanya tetapi apabila Najib memutuskan untuk menaikkan melalui bon RM5 bilion menggunakan telaga minyak Terengganu sebagai cagaran, istana dan kerajaan fikir ia tidak betul.

"Terengganu meminta agar penerbitan bon ditangguhkan. Najib tetap meneruskannya. Terengganu mengambil langkah wajar menarik diri kerana ia tidak boleh membiarkan telaga minyaknya dalam risiko," katanya.

Pendedahan Dr Mahathir itu menyokong kenyataan bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang memberitahu Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan lepas, 1MDB cuba menggunakan minyak dan gas Terengganu sebagai cagaran, tetapi keputusan itu kemudiannya ditarik balik.

Ahmad berkata usaha itu dibuat ketika 1MDB berkait dengan TIA, dan Najib tidak berpuas hati dengan keputusannya.

Dr Mahathir berkata, Jho Low turut menasihatkan Najib supaya Putrajaya menjamin pinjaman RM5 bilion itu, dan perkara itu dilakukan tanpa pengetahuan Kabinet. "Sebenarnya, perkara seperti itu perlu dibincang dan diluluskan Kabinet.

Tidak ada bukti kertas Kabinet disediakan dan dikemukakan untuk kelulusan walaupun jumlah luar biasa besarnya. Malah, untuk masa yang lama Kabinet tidak menyedari aktiviti 1MDB," katanya.

Beliau juga mendedahkan, pinjaman itu diklasifikasikan sebagai 'off-budget', bermakna ia di luar bajet tahunan dibentangkan dan diluluskan di Parlimen. Dr Mahathir berkata ini dilakukan bagi mengelakkan penelitian pegawai, sambil menambah prosedur itu tidak dipatuhi.

"Perbelanjaan 'off-budget' boleh dibuat, tetapi biasanya hanya dalam jumlah yang terhad. RM5 bilion tidak pernah dipinjam kerajaan atau mana-mana agensinya. Ia tidak boleh 'off-budget'. "Ia perlu mendapat kelulusan Kabinet terlebih dulu dan kemudian dibentangkan kepada Parlimen.

Semua prosedur ini tidak diikuti," katanya. Beliau berkata, tidak jelas sama ada mana-mana jabatan atau agensi kerajaan meneliti syarat pinjaman itu. "Tetapi termanya sangat tidak memihak kepada 1MDB dan kerajaan," katanya.

Beliau berkata Goldman Sachs ditugaskan mendapatkan pinjaman RM5 bilion itu pada kadar faedah 5.9%, dengan bank pelaburan global itu mengambil komisen 10%. "Ini bermakna, daripada RM5 bilion yang dipinjam, 1MDB akan mendapat hanya RM4.5 bilion.

Goldman Sachs akan mendapat RM500 juta sebagai komisen, jumlah wang yang tersangat besar. "Tetapi 1MDB akan membayar faedah 5.9% atas keseluruhan RM5 bilion itu. Kerana ia hanya mendapat RM4.5 bilion, kadar faedah ke atas jumlah ini akan menjadi lebih 6.6%.

Goldman Sachs tidak perlu membayar faedah ke atas RM500,000 yang diterimanya sebagai komisen, " katanya. Sebaliknya, Dr Mahathir berkata, pinjaman yang diambil atau dijamin kerajaan biasanya mempunyai faedah 3% atau kurang.

Bagaimanapun, pinjaman 1MDB adalah pada faedah hampir 7%, atau kira-kira RM350 juta setahun atau hampir RM1 juta setiap hari. "Siapa meluluskan pinjaman yang begitu teruk itu untuk sebuah syarikat milik kerajaan?

Kita ingin tahu siapa. Mesti ada dokumen yang mempunyai tandatangan pihak berkuasa yang meluluskannya. Jika tidak, seseorang perlu menjawab kebodohan ini. Atau adakah ia penyalahgunaan kuasa? "Tetapi kelulusan akhir mesti datang daripada menteri yang bertanggungjawab.

Dan menteri yang bertanggungjawabnya ialah juga yang mengetuai 1MDB," katanya. Tun Dr Mahathir Mohamad memperincikan penglibatan ahli perniagaan Low Taek Jho dalam penubuhan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), mendakwa beliau turut "menasihati" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung beberapa transaksi perniagaan.

Menulis dalam blognya, Dr Mahathir menyatakan, Low "memujuk" Najib untuk menjadikan syarikat pendahulu 1MDB, Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) sebagai dana berdaulat, tetapi masih kekal di bawah kawalan perdana menteri. Bekas perdana menteri itu berkata, Najib melantik kakitangan tanpa pengetahuan negeri pantai timur yang kaya dengan minyak itu.

"Terengganu bersetuju pada mulanya tetapi apabila Najib memutuskan untuk menaikkan melalui bon RM5 bilion menggunakan telaga minyak Terengganu sebagai cagaran, istana dan kerajaan fikir ia tidak betul.

"Terengganu meminta agar penerbitan bon ditangguhkan. Najib tetap meneruskannya. Terengganu mengambil langkah wajar menarik diri kerana ia tidak boleh membiarkan telaga minyaknya dalam risiko," katanya.

Pendedahan Dr Mahathir itu menyokong kenyataan bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang memberitahu Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan lepas, 1MDB cuba menggunakan minyak dan gas Terengganu sebagai cagaran, tetapi keputusan itu kemudiannya ditarik balik.

Ahmad berkata usaha itu dibuat ketika 1MDB berkait dengan TIA, dan Najib tidak berpuas hati dengan keputusannya. Dr Mahathir berkata, Jho Low turut menasihatkan Najib supaya Putrajaya menjamin pinjaman RM5 bilion itu, dan perkara itu dilakukan tanpa pengetahuan Kabinet.

"Sebenarnya, perkara seperti itu perlu dibincang dan diluluskan Kabinet. Tidak ada bukti kertas Kabinet disediakan dan dikemukakan untuk kelulusan walaupun jumlah luar biasa besarnya.

Malah, untuk masa yang lama Kabinet tidak menyedari aktiviti 1MDB," katanya. Beliau juga mendedahkan, pinjaman itu diklasifikasikan sebagai 'off-budget', bermakna ia di luar bajet tahunan dibentangkan dan diluluskan di Parlimen. Dr Mahathir berkata ini dilakukan bagi mengelakkan penelitian pegawai, sambil menambah prosedur itu tidak dipatuhi.

"Perbelanjaan 'off-budget' boleh dibuat, tetapi biasanya hanya dalam jumlah yang terhad. RM5 bilion tidak pernah dipinjam kerajaan atau mana-mana agensinya. Ia tidak boleh 'off-budget'. "Ia perlu mendapat kelulusan Kabinet terlebih dulu dan kemudian dibentangkan kepada Parlimen.

Semua prosedur ini tidak diikuti," katanya. Beliau berkata, tidak jelas sama ada mana-mana jabatan atau agensi kerajaan meneliti syarat pinjaman itu. "Tetapi termanya sangat tidak memihak kepada 1MDB dan kerajaan," katanya.

Beliau berkata Goldman Sachs ditugaskan mendapatkan pinjaman RM5 bilion itu pada kadar faedah 5.9%, dengan bank pelaburan global itu mengambil komisen 10%. "Ini bermakna, daripada RM5 bilion yang dipinjam, 1MDB akan mendapat hanya RM4.5 bilion.

Goldman Sachs akan mendapat RM500 juta sebagai komisen, jumlah wang yang tersangat besar. "Tetapi 1MDB akan membayar faedah 5.9% atas keseluruhan RM5 bilion itu. Kerana ia hanya mendapat RM4.5 bilion, kadar faedah ke atas jumlah ini akan menjadi lebih 6.6%.

Goldman Sachs tidak perlu membayar faedah ke atas RM500,000 yang diterimanya sebagai komisen, " katanya. Sebaliknya, Dr Mahathir berkata, pinjaman yang diambil atau dijamin kerajaan biasanya mempunyai faedah 3% atau kurang.

Bagaimanapun, pinjaman 1MDB adalah pada faedah hampir 7%, atau kira-kira RM350 juta setahun atau hampir RM1 juta setiap hari. "Siapa meluluskan pinjaman yang begitu teruk itu untuk sebuah syarikat milik kerajaan?

Kita ingin tahu siapa. Mesti ada dokumen yang mempunyai tandatangan pihak berkuasa yang meluluskannya. Jika tidak, seseorang perlu menjawab kebodohan ini. Atau adakah ia penyalahgunaan kuasa? "Tetapi kelulusan akhir mesti datang daripada menteri yang bertanggungjawab.

Dan menteri yang bertanggungjawabnya ialah juga yang mengetuai 1MDB," katanya. Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hadir di persidangan antarabangsa mengenai kesengsaraan etnik Rohingya di Kuala Lumpur, pagi ini.

Tun Dr Mahathir Mohamad memperincikan penglibatan ahli perniagaan Low Taek Jho dalam penubuhan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), mendakwa beliau turut "menasihati" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung beberapa transaksi perniagaan.

Menulis dalam blognya, Dr Mahathir menyatakan, Low "memujuk" Najib untuk menjadikan syarikat pendahulu 1MDB, Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) sebagai dana berdaulat, tetapi masih kekal di bawah kawalan perdana menteri. Bekas perdana menteri itu berkata, Najib melantik kakitangan tanpa pengetahuan negeri pantai timur yang kaya dengan minyak itu.

"Terengganu bersetuju pada mulanya tetapi apabila Najib memutuskan untuk menaikkan melalui bon RM5 bilion menggunakan telaga minyak Terengganu sebagai cagaran, istana dan kerajaan fikir ia tidak betul.

"Terengganu meminta agar penerbitan bon ditangguhkan. Najib tetap meneruskannya. Terengganu mengambil langkah wajar menarik diri kerana ia tidak boleh membiarkan telaga minyaknya dalam risiko," katanya.

Pendedahan Dr Mahathir itu menyokong kenyataan bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang memberitahu Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan lepas, 1MDB cuba menggunakan minyak dan gas Terengganu sebagai cagaran, tetapi keputusan itu kemudiannya ditarik balik.

Ahmad berkata usaha itu dibuat ketika 1MDB berkait dengan TIA, dan Najib tidak berpuas hati dengan keputusannya.

Dr Mahathir berkata, Jho Low turut menasihatkan Najib supaya Putrajaya menjamin pinjaman RM5 bilion itu, dan perkara itu dilakukan tanpa pengetahuan Kabinet. "Sebenarnya, perkara seperti itu perlu dibincang dan diluluskan Kabinet.

Tidak ada bukti kertas Kabinet disediakan dan dikemukakan untuk kelulusan walaupun jumlah luar biasa besarnya. Malah, untuk masa yang lama Kabinet tidak menyedari aktiviti 1MDB," katanya.

Beliau juga mendedahkan, pinjaman itu diklasifikasikan sebagai 'off-budget', bermakna ia di luar bajet tahunan dibentangkan dan diluluskan di Parlimen. Dr Mahathir berkata ini dilakukan bagi mengelakkan penelitian pegawai, sambil menambah prosedur itu tidak dipatuhi.

"Perbelanjaan 'off-budget' boleh dibuat, tetapi biasanya hanya dalam jumlah yang terhad. RM5 bilion tidak pernah dipinjam kerajaan atau mana-mana agensinya.

Ia tidak boleh 'off-budget'. "Ia perlu mendapat kelulusan Kabinet terlebih dulu dan kemudian dibentangkan kepada Parlimen. Semua prosedur ini tidak diikuti," katanya.

Beliau berkata, tidak jelas sama ada mana-mana jabatan atau agensi kerajaan meneliti syarat pinjaman itu. "Tetapi termanya sangat tidak memihak kepada 1MDB dan kerajaan," katanya.

Beliau berkata Goldman Sachs ditugaskan mendapatkan pinjaman RM5 bilion itu pada kadar faedah 5.9%, dengan bank pelaburan global itu mengambil komisen 10%. "Ini bermakna, daripada RM5 bilion yang dipinjam, 1MDB akan mendapat hanya RM4.5 bilion. Goldman Sachs akan mendapat RM500 juta sebagai komisen, jumlah wang yang tersangat besar.

"Tetapi 1MDB akan membayar faedah 5.9% atas keseluruhan RM5 bilion itu. Kerana ia hanya mendapat RM4.5 bilion, kadar faedah ke atas jumlah ini akan menjadi lebih 6.6%. Goldman Sachs tidak perlu membayar faedah ke atas RM500,000 yang diterimanya sebagai komisen, " katanya.

Sebaliknya, Dr Mahathir berkata, pinjaman yang diambil atau dijamin kerajaan biasanya mempunyai faedah 3% atau kurang. Bagaimanapun, pinjaman 1MDB adalah pada faedah hampir 7%, atau kira-kira RM350 juta setahun atau hampir RM1 juta setiap hari.

"Siapa meluluskan pinjaman yang begitu teruk itu untuk sebuah syarikat milik kerajaan? Kita ingin tahu siapa. Mesti ada dokumen yang mempunyai tandatangan pihak berkuasa yang meluluskannya. Jika tidak, seseorang perlu menjawab kebodohan ini.

Atau adakah ia penyalahgunaan kuasa? "Tetapi kelulusan akhir mesti datang daripada menteri yang bertanggungjawab. Dan menteri yang bertanggungjawabnya ialah juga yang mengetuai 1MDB," katanya. 

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.



 
Rakyat Negeri Trengganu harus bersyukur kerana masih ada pemimpin UMNO seperti Dato Seri Ahmad Said, yang tidak mahu khianat untuk membenarkan Telaga Minyak dijadikan cagaran pinjaman TIA ( Trenganu Investment Agency ) kemudian bertukar menjadi 1MDB. 
 
Alhamdulillah.... Semuga Allah SWT memberkati dan Memrahmati Usaha Beliau itu. Amin.