Jumaat, 12 Jun 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


PasMa jadi parti politik? FMT Reporters

Posted: 12 Jun 2015 11:15 PM PDT

 
pasma
Presiden PasMa akan buat keputusan selepas Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PasMa.

PETALING JAYA: Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) berkemungkinan besar akan membuat pengumuman mengubah statusnya daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjadi sebuah parti politik.

Desas-desus semakin bertiup kencang memandangkan pada Sabtu, ia akan membuat satu pengumuman penting selepas Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PasMa seluruh negara di Shah Alam.

Ketika diminta mengulas mengenai tanda tanya itu, presidennya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi yang dihubungi FMT enggan mengulas lanjut.

Katanya, ia bergantung kepada keputusan mesyuarat.

"Masuk parti politik atau kekal sebagai NGO kita tunggu keputusan mesyuarat esok (Sabtu)," jelasnya dalam perbualan telefon.

Pada mesyuarat yang bakal berlangsung, PasMa telah mengarahkan semua negeri menghantar 10 wakil dan menetapkan syarat, ia tidak akan dihadiri mana-mana wakil daripada parti politk.

Kenyataan itu menjadi menjadi tanda tanya, apakah selepas dilabel sebagai kumpulan liberal dalam Pas serta dianggap pro DAP, ia akan memulakan wadah baru sebagai sebuah parti politik.

PAS FOR ALL - Hanya Tinggal Kenangan ?

Posted: 12 Jun 2015 10:30 PM PDT

Norarich Norarich's photo.

Ini lah sebahagian dari yg berjuang utk PAS FOR ALL pd Pru 13 yg lps...kini tinggal kenangan....mudahan2 pd Pru 14 nnti mereka akn bersatu kembali utk menghadapi tentangan Umno Bn..
 
Norarich Norarich's photo.
Norarich Norarich's photo.
Norarich Norarich's photo.

Mufti Perlis diberitahu kejatuhan ringgit kesan ketirisan 1MDB Faiz Zainudin

Posted: 12 Jun 2015 09:45 PM PDT

 
Datuk Dr Asri Zainul Abidin

Beliau diberitahu oleh pakar ekonomi tiga minggu lalu bahawa ringgit akan jatuh disebabkan 1MDB.

PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkata, kejatuhan mata wang ringgit disebabkan kesan ketirisan syarikat pelaburan negara, 1MDB.

Katanya, perkara itu telah dimaklumkan oleh seorang pakar ekonomi kepadanya.

Tanpa menyebut nama, Asri berkata, pakar ekonomi itu memberitahunya kira-kira tiga minggu lalu yang nilai ringgit akan jatuh disebabkan ketirisan 1MDB.

"Tiga minggu yang lalu ada pakar ekonomi memaklumkan kepada saya bahawa ringgit akan jatuh. Ia salah satu kesan 1MDB, katanya. Saya hanya mendengar penerangannya," tulisnya di Facebook.

Beliau berkata, kejatuhan nilai ringgit berbanding mata wang utama dunia membimbangkan rakyat negara ini terutama mereka yang kerap berurusan di luar negara.

"Sesiapa yang berada di luar negara akan terasa bagaimana mata wang kita jatuh. Keadaan ini menjadikan rakyat amat bimbang," katanya.

Asri berkata, beliau yang kini berada di luar negara kerana urusan kerja tidak terkecuali merasai kesan kejatuhan mata wang negara.

"Kini, kebetulan saya berada di luar negara sudah dua minggu dan dapat merasai kejatuhan itu. Semoga Allah selamatkan kita semua," katanya.

Mahathir Dedah Rahsia Paling Besar 1MDB

Posted: 12 Jun 2015 09:00 PM PDT

 
Mahathir Dedah Rahsia Paling Besar 1MDB. Tun Dr Mahathir Mohamad memperincikan penglibatan ahli perniagaan Low Taek Jho dalam penubuhan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), mendakwa beliau turut "menasihati" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung beberapa transaksi perniagaan.

Menulis dalam blognya, Dr Mahathir menyatakan, Low "memujuk" Najib untuk menjadikan syarikat pendahulu 1MDB, Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) sebagai dana berdaulat, tetapi masih kekal di bawah kawalan perdana menteri.

Bekas perdana menteri itu berkata, Najib melantik kakitangan tanpa pengetahuan negeri pantai timur yang kaya dengan minyak itu.


 "Terengganu bersetuju pada mulanya tetapi apabila Najib memutuskan untuk menaikkan melalui bon RM5 bilion menggunakan telaga minyak Terengganu sebagai cagaran, istana dan kerajaan fikir ia tidak betul.

"Terengganu meminta agar penerbitan bon ditangguhkan. Najib tetap meneruskannya. Terengganu mengambil langkah wajar menarik diri kerana ia tidak boleh membiarkan telaga minyaknya dalam risiko," katanya.

Pendedahan Dr Mahathir itu menyokong kenyataan bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang memberitahu Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan lepas, 1MDB cuba menggunakan minyak dan gas Terengganu sebagai cagaran, tetapi keputusan itu kemudiannya ditarik balik.

Ahmad berkata usaha itu dibuat ketika 1MDB berkait dengan TIA, dan Najib tidak berpuas hati dengan keputusannya.

Mahathir Dedah Rahsia Paling Besar 1MDB

Dr Mahathir berkata, Jho Low turut menasihatkan Najib supaya Putrajaya menjamin pinjaman RM5 bilion itu, dan perkara itu dilakukan tanpa pengetahuan Kabinet.


"Sebenarnya, perkara seperti itu perlu dibincang dan diluluskan Kabinet. Tidak ada bukti kertas Kabinet disediakan dan dikemukakan untuk kelulusan walaupun jumlah luar biasa besarnya. Malah, untuk masa yang lama Kabinet tidak menyedari aktiviti 1MDB," katanya.

Beliau juga mendedahkan, pinjaman itu diklasifikasikan sebagai 'off-budget', bermakna ia di luar bajet tahunan dibentangkan dan diluluskan di Parlimen.

Dr Mahathir berkata ini dilakukan bagi mengelakkan penelitian pegawai, sambil menambah prosedur itu tidak dipatuhi.

"Perbelanjaan 'off-budget' boleh dibuat, tetapi biasanya hanya dalam jumlah yang terhad. RM5 bilion tidak pernah dipinjam kerajaan atau mana-mana agensinya. Ia tidak boleh 'off-budget'.

"Ia perlu mendapat kelulusan Kabinet terlebih dulu dan kemudian dibentangkan kepada Parlimen. Semua prosedur ini tidak diikuti," katanya.


Beliau berkata, tidak jelas sama ada mana-mana jabatan atau agensi kerajaan meneliti syarat pinjaman itu.

"Tetapi termanya sangat tidak memihak kepada 1MDB dan kerajaan," katanya.

Beliau berkata Goldman Sachs ditugaskan mendapatkan pinjaman RM5 bilion itu pada kadar faedah 5.9%, dengan bank pelaburan global itu mengambil komisen 10%.

"Ini bermakna, daripada RM5 bilion yang dipinjam, 1MDB akan mendapat hanya RM4.5 bilion. Goldman Sachs akan mendapat RM500 juta sebagai komisen, jumlah wang yang tersangat besar.

"Tetapi 1MDB akan membayar faedah 5.9% atas keseluruhan RM5 bilion itu. Kerana ia hanya mendapat RM4.5 bilion, kadar faedah ke atas jumlah ini akan menjadi lebih 6.6%. Goldman Sachs tidak perlu membayar faedah ke atas RM500,000 yang diterimanya sebagai komisen, " katanya.
Sebaliknya, Dr Mahathir berkata, pinjaman yang diambil atau dijamin kerajaan biasanya mempunyai faedah 3% atau kurang.

Bagaimanapun, pinjaman 1MDB adalah pada faedah hampir 7%, atau kira-kira RM350 juta setahun atau hampir RM1 juta setiap hari.

"Siapa meluluskan pinjaman yang begitu teruk itu untuk sebuah syarikat milik kerajaan? Kita ingin tahu siapa. Mesti ada dokumen yang mempunyai tandatangan pihak berkuasa yang meluluskannya. Jika tidak, seseorang perlu menjawab kebodohan ini. Atau adakah ia penyalahgunaan kuasa?

"Tetapi kelulusan akhir mesti datang daripada menteri yang bertanggungjawab. Dan menteri yang bertanggungjawabnya ialah juga yang mengetuai 1MDB," katanya.

Bocor Naik Harga Tol Perbuatan Khianat, Kata Najib

Posted: 12 Jun 2015 08:15 PM PDT

 PM: Cadangan kenaikan tol dibocor pengkhianat




Pihak yang membocorkan maklumat mengenai cadangan kenaikan tol lebuh raya telah mengkhianati kepercayaan diberi kabinet, kata Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN di Kuala Lumpur malam tadi, beliau berkata, perbuatan itu menyebabkan berlaku sentimen negatif terhadap pentadbirannya.

Perdana menteri juga menegaskan keputusan menaikkan kadar tol berkenaan belum dimuktamadkan.

"(Kabinet) membincangkan isu ini (semalam) tetapi butirannya seperti bagaimana ia dilaksanakan, akan diputuskan pada beberapa minggu mendatang.

"Justeru apa yang terbocor dari kabinet belum muktamad.

"Malangnya berlaku kebocoran melalui media sosial dan perkara ini digembar-gemburkan," katanya.

Najib juga kecewa apabila ada pihak tertentu yang dianggap tidak beretika serta mengkhianati kepercayaan kerajaan kerana membocorkan maklumat berkenaan.

Sementara itu sumber memberitahu Malaysiakini, majoriti anggota kabinet bersetuju menaikkan kadar bayaran tol untuk 16 daripada 19 lebuh raya di negara ini.

Begitu juga dengan laporan Berita Harian yang menyatakan kadar bayaran tol untuk 16 lebuh raya akan dinaikkan antara 20 sen hingga RM1 mulai Ogos ini.

Bagaimanapun jurucakap pemegang konsesi lebuh raya memberitahu Bernama mereka tidak tahu menahu mengenai perkara berkenaan.



Nak musnahkan warisan saya? letupkan lebuhraya PLUS, KLIA dan KLCC kata Mahathir

Posted: 12 Jun 2015 07:30 PM PDT

 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa agar projek yang menjadi warisan beliau dalam pentadbiran negara 'diletupkan' jika benar warisan beliau mahu dihapuskan.

Ini termasuk Projek Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Beliau berkata demikian mengulas tulisan terbaru bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainudin Maidin di blognya hari ini.

Zainudin mendakwa TV3 diarahkan menyerang Perusahaan Otomobil Nasional (Proton), satu projek diilhamkan Dr Mahathir sewaktu pentadbirannya.

"Nak musnahkan warisan saya? Jadi, letupkan lebuh raya Plus," kata bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu kepada wartawan di Kuala Lumpur petang ini.

"Bukan itu sahaja, letupkan juga KLIA dan KLCC (Menara Berkembar Petronas) juga. "Semua (projek ini) tidak bagus," katanya sinis.

Zainudin mendakwa arahan itu dibuat untuk memburukkan Proton sebagai balasan kepada kritikan berterusan Dr Mahathir terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Namun, portal Malaysiakini melaporkan penafian TV3 berhubung siri rancangan yang menyerlahkan masalah pemandu teksi berkaitan kereta nasional negara itu.

Menurut stesen TV itu, rancangan itu dibuat bagi menyampaikan suara pelbagai lapisan masyarakat lapor The Malaysian Insider

MENGAPA TIADA YANG PERTIKAI ZETI AKHTAR AZIZ SEBAGAI GOVERNOR BANK NEGARA?

Posted: 12 Jun 2015 07:00 PM PDT


Dr Zeti Akhtar Aziz dilantik jadi Governor Bank negara pada tahun 2000. Semua parti menyambut baik lantikanya. 
 
Tidak timbul soal dia datang periods atau tiada kebolehan. 

Berdasarkan biodatanya, kelayakan Zeti Akhtar memang hebat. Dia mahir dalam bidang aliran modal dan implikasinya terhadap dasar monetari. sebab itu Chedet lantik dia. 
 
Pada tahun 2013, Zeti Akhtar telah diberikan "Gred A" untuk kali ke-10 oleh majalah Global Finance. Anugerah itu dikongsi bersama gabenor bank pusat Filipina 'Amando Tetangco, Jr dan Bank Pusat Taiwan Gabenor Perng Fai-nan.  Penilaian ini dari kalangan gabenor bank pusat lebih daripada 50 buah negara utama. 

Tetapi kenapa prestasi negara Malaysia tumbang macam pokok nangka yang sedang sarat berputik dilanda ribut?

Dr Mahathir pilih Pak Lah. Lepas tu dia kata Pak Lah tak efisyen. Dia jatuhkan Pak Lah.

Dr Mahathir pilih Najib. Lepas tu di kata Najib tak efisyen. Dia sedang berusaha menjatuhkan Najib.

Dr Mahathir pilih Dr Zeti Akhtar Aziz. Tapi Dr Mahathir sikitpun tak salahkan Dr. Zeti. 

Ini kerana Dr Mahathir tahu puncanya negara jadi begini ialah kerana kuasa membuat keputusan itu dipegang oleh ahli politik.
Dr Mahathir pegang pucuk pemerintahan negara ini selama lebih dari 2 dekad. Siapa yang lebih faham sepak terajang politik Malaysia selain dari dia?

Ooh? Ada seorang lagi yer? Tapi orang itu dalam penjara sekarang.

Jelas apa yang berlaku di Malaysia (masalah 1MDB, lembu dan kondo, TEKUN, Tabung Haji, KWSP, Felda, Tabung Pencen etc...) berlaku kerana masalah tadbirurus oleh ahli politik UMNO.
Sebab itu ditubuhkan Pakatan Rakyat (PR) dan pemimpin serta penyokong bersusah-payah nak jatuhkan UMNO. PR sokong Bersih. Rakyat disimbah air kimia. Dikejar FRU. Dipukul polis.

Ada yang ditangkap polis dan ada yang dipenjara.

Itu belum kira lagi yang digigit kerengga kerana memanjat pokok masa nak pasang bendera. Atau yang adik-beradik masam muka sebab tidak menyokong parti sinun.

Tetapi ada lebai PAS yang tak menghargai pengorbanan ini. Tak jelas. 

Sampai dikata cemburu PAS berbaik dengan UMNO.

AKU KAWAN UMNO, KAU ADA?

Kalau UMNO itu satu parti yang hebat, mungkin ada yang cemburu. Tapi kalau pemimpin UMNO itu dipertikaikan oleh ahli sendiri, siapa yang cemburu?
Mujur Dr Zeti Akhtar Aziz bukan Menteri UMNO.

Kalau dia menteri UMNO maka tahap dia macam menteri CGPA 3.85 sajalah jadinya.

Diharap Dr Zeti Akhtar Aziz bertindak tegas mengenai isu yang berkaitan dengan 1MDB.

Hudud - PAS Yakin Umno Tidak Akan Kencing Lagi

Posted: 12 Jun 2015 06:30 PM PDT

 
Zack Ahmad's photo. KOTA BAHRU - Setiausaha Agung Pas yang baru, Datuk Takiyuddin Hassan yakin Pas tidak akan dipermainkan BN dalam isu perlaksanaan undang-undang jenayah syariah di Kelantan walaupun usul meminda akta 355 masih belum dibenarkan dibawa ke Parlimen.

Beliau berkata, berbaki empat hari persidangan Dewan Rakyat, beliau mengharapkan kerajaan akan membenarkan usul itu dibentangkan. 

"Kita masih menunggu, beberapa berjumpa dengan Speaker Dewan juga telah dibuat, beliau mengatakan belum mendapat lampu hijau daripada kerajaan untuk membawa usul ini, kita mengharapkan menteri akan membenarkan perkara ini dibuat dalam penggal ini juga. 

"Saya yakin kita tidak akan dipermainkan kerana undang-undang ini akan diguna pakai untuk seluruh negara, " katanya kepada pemberita selepas Majlis Sumbangan Ihya Ramadan di Dataran Ilmu di sini, hari ini.

Wahai Bakal PM, Jangan Biar Mahathir Terus Sendirian... Oleh Shahbudin Husin

Posted: 12 Jun 2015 06:00 PM PDT

Tun Mahathir memang diketahui seorang yang "keras hati" dan tidak pernah mengalah dengan apa yang sudah dimulakannya. Sesetengah yang rapat dengannya mengatakan, bekas Perdana Menteri itu seperti mendapat "nyawa baru" bila sedang berkelahi.

Beliau akan kelihatan cergas, penuh semangat, berwajah kemerah-merahan dan lebih berseri-seri apabila berkrisis berbanding hanya kelihatan seperti negarawan biasa ketika jiwanya aman dan tenteram.

Sejak mula menarik sokongannya terhadap Perdana Menteri pada Ogos 2014 lalu, Tun Mahathir telah melancarkan banyak serangannya. Kelemahan sebagai pemimpin, tunduk kepada negara asing, skandal 1MDB, Altantuya, karenah Rosmah dan lain-lain adalah antara peluru yang digunakannya untuk menembak Najib.

Seruannya agar Najib meletakkan jawatan juga sudah beberapa kali dilakukannya. Tun Mahathir tidak berselindung lagi bahawa masalah UMNO, BN dan negara hanya dapat diselesaikan dengan perletakan jawatan Najib sebagai Perdana Menteri.

Pada peringkat awal, Najib banyak berdiam diri dan seolah-olah tidak mahu melawan serangan demi serangan itu. Sambil tidak mengendahkan serangan itu, beliau sebaliknya mula mengumpul sokongan untuk memperlihatkan bahawa walaupun dikritik oleh Tun Mahathir tetapi sokongan terhadapnya masih utuh.

Namun sejak kebelakangan ini jelas Najib sudah berbeza pendirian. Selain sudah berani memberi kata dua kepada anggota kabinet sama ada mengundurkan diri atau bersamanya, Najib juga mulai menjawab, menyerang, memperlekeh dan mengungkit-ungkit sokongannya kepada Tun Mahathir selama ini.

Selain melakukan semua itu dalam ucapan, Najib juga sudah empat kali menjawab kritikan Tun Mahathir melalui soalan lazim menerusi blog NajibRazak miliknya.

Tun Mahathir yang lebih dulu popular melalui blog Chedet, juga menggunakan tulisan melalui media baru itu untuk menyerang atau menjawab balas apa yang terbuku di hatinya terhadap Najib.

Kedua-duanya kini nampak selesa berbalas serangan dan jawab-menjawab melalui blog masing-masing. Dengan Najib dan Tun Mahathir semakin agresif ini, hakikatnya hubungan mereka semakin retak, sukar dipulihkan dan hanya menunggu masa untuk terus terbelah dua.

Tun Mahathir juga sudah beberapa kali menyebut Muhyiddin Yassin sebagai bakal pengganti Najib berdasarkan tradisi dan hireaki dalam UMNO. Tetapi sesetengah pihak pula berpendapat Tengku Razaleigh Hamzah lebih sesuai berdasarkan pengalaman, rekod bersih dan harapan lebih cerah memenangi pilihanraya akan datang.

Bagaimanapun, baik ketika memulakan serangan sehinggalah kini sudah memasuki fasa di mana Najib nampaknya semakin agresif, bukan saja menjawab, membalas kritikan malah juga mengulangi pendirian tidak sesekali akan berundur, Tun Mahathir hanyalah bersendirian melakukan tugas ini.

Sebaliknya pula, selain Najib ketika ini makin banyak idea dan lebih keberanian menyanggah, serangan kepada Tun Mahathir juga dilakukan melalui media arus perdana dan bantuan peranan "orang lama" seperti Shahrir Samad dan Annuar Musa.

Walaupun majoriti rakyat bersama Tun Mahathir dan melihat tindakannya mewujudkan krisis dengan Najib bertujuan menyelamatkan lebih banyak wang negara terus lesap dan mengelakkan BN daripada hilang kuasa, tiada kalangan pemimpin UMNO atau bekas menteri yang benar-benar terbuka dan berani menyatakan sokongan mereka.

Ramai yang masih bertindak seperti kepala kura-kura, sekejap muncul, sekejap tenggelam. Dua pemimpin kanan UMNO, Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal pun kelihatan masih dalam zon berhati-hati walaupun mereka diketahui agak kritikan terhadap Najib dalam isu 1MDB.

Sebahagian yang lain juga bersikap sama, meskipun isi hati mereka terhadap masalah yang sedang berlaku ini lebih jelas difahami kebimbangannya jika berbual sesama sendiri.

Daripada kalangan bekas pemimpin yang masih ada pengaruh, termasuk yang diketahui rapat dengan Tun Mahathir, juga tidak mahu bersikap terbuka, meskipun jika bercakap dalam perbualan biasa, mereka ini agak kuat "membelasah" Najib.

Sampai bilakah Tun Mahathir harus dibiarkan sendirian menyingkirkan Najib dan menyelamatkan negara ini? Jika kemelut ini berpanjangan setahun dua lagi, tidak kesiankah dengan stamina Tun Mahathir yang sudah mencecah usia 90 tahun itu?

Terutama kepada nama yang sudah disebut sebagai bakal Perdana Menteri dan mereka yang selalu melafazkan rasa cinta kepada negara, tidakkah kini masanya untuk bertindak berani dan menyatakan pendirian demi kepentingan negara?

Kenapa dibiarkan Tun Mahathir terus sendirian sedangkan cukup disedari memanjangkan lagi tempoh jawatan Najib adalah lebih buruk kepada negara daripada cepat-cepat menyingkirkannya? - http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.


Dalam keadaan sekarang, hampir tidak ada yang berani mengatakan hubungan Najib Razak dengan Tun Mahathir Mohamad mampu dipulihkan seperti sedia kala. Lebih ramai yang percaya pertelingkahan ini akan berterusan dengan penutup ceritanya yang sukar diramalkan.

Tun M akui media memburukkan legasinya sebagai serangan balas - Faiz Zainudin

Posted: 12 Jun 2015 05:15 PM PDT

 
mahathir

Beliau tidak melenting sebaliknya mencabar pihak yang terlibat supaya memburukkan projek-projek mega lain.

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak mula menyerang balas dengan memburukkan projek-projek besar yang diwujudkan oleh beliau.

Tidak melenting dengan taktik itu, Dr Mahathir sebaliknya menyampaikan mesej sinis kepada pihak terbabit.

Katanya, selain Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) banyak lagi projek- projek buruk yang dibuat ketika berkuasa yang boleh dijadikan sasaran serangan.

Antaranya, kata Dr Mahathir, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Menara Berkembar KLCC dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Sesetengah orang anggap ia cubaan jatuhkan (burukkan Proton). Ada banyak benda buruk yang saya buat.

"Contohnya,PLUS Mungkin kita patut letupkannya. Malah Menara Berkembar, KLIA semua benda ini adalah perkara buruk yang saya buat," katanya kepada pemberita pada sidang media Persidangan Antarabangsa 'Plight of the Rohingya Part II : Crime Agains Humanity' pada Jumaat.

Beliau diminta mengulas dakwaan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang berkata beliau telah mendapat maklumat bahawa media prokerajaan terutama TV3 cuba memburuk-burukkan produk kereta nasional itu.

Zainuddin membuat dakwaan itu selepas beberapa blog yang tidak puas hati dengan TV3 menerusi siaran beritanya, Buletin Utama, yang menyerang Dr Mahathir dengan mmemburukkan legasi yang ditinggalkan Bapa Permodenan Malaysia itu.

Adik Najib persoal 1MDB belum mulakan audit - FMT Reporters

Posted: 12 Jun 2015 04:30 PM PDT

 
nazir razak 1MDB

Nazir Tun Razak mengkritik 1MDB menggunakan akaun Instagram yang dimuat naik jam 10 malam Khamis.


PETALING JAYA: Adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Tun Razak terus mengkritik 1MDB menggunakan laman sosial Instagram.

Pengerusi CIMB Holdings Bhd mempersoalkan pentadbiran syarikat pelaburan milik penuh Kementerian Kewangan (MOF) kerana masih belum memulakan audit bagi Mac 2015.

"Saya hairan mengapa audit bagi bulan Mac 2015 masih belum dimulakan? Bagaimanakah hal ini dibenarkan? 

Adakah pentadbiran GLC jatuh begitu rendah?" tulisnya yang turut memuat naik gambar audit 1MDB.

Beliau memuat naik status itu kira-kira jam 10 malam pada Khamis dan mendapat perhatian pengguna lain yang memberi pelbagai komen dan reaksi.

Nazir, diketahui antara yang lantang mengkritik 1MDB walaupun abangnya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak merupakan tulang belakang kepada penubuhan syarikat itu.

Beliau sebelum ini pernah mengkritik Presiden 1MDB, Arul Kandasamy dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Sharul Ibrahim Halmi kerana tidak hadir sesi pendengaran oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Akaun-akaun 1MDB dilaporkan belum diaudit walaupun syarikat itu dilanda pelbagai kontroversi terutama pinjaman RM42 bilion yang menjadi senjata serangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Najib.

Najib orang pertama perlu letak jawatan, selamatkan negara- Tun M FMT Reporters

Posted: 12 Jun 2015 12:07 PM PDT

 
najib-mahathir

Tindakan itu perlu dilakukan bagi menyelamatkan negara daripada diperintah oleh anarki.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak individu pertama yang perlu meletak jawatan sekiranya rombakan Kabinet dilakukan.

Gesaan itu dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas tidak lagi mempercayai kepimpinan Perdana Menteri.

Katanya, Barisan Nasional (BN) akan kalah pada pilihan raya akan datang jika Najib terus berkuasa.

"Perlu rombakan Kabinet dengan orang pertama yang perlu dikeluarkan adalah Najib.

"Saya rasa dia perlu meletak jawatan kerana selagi dia jadi Perdana Menteri BN akan kalah," katanya pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa 'Plight of the Rohingya Part II Crime Against Humanity' anjuran Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) pada Jumaat.

Dr Mahathir juga menegaskan, beliau tidak akan berhenti mengkritik serta akan terus memberi tekanan sehingga Najib berundur daripada terus mentadbir negara.

Katanya, tindakan itu dibuat bagi menyelamatkan UMNO dan BN daripada tersungkur ke tangan pembangkang.

"BN akan kalah dan pembangkang tidak boleh mentadbir kerana mereka pun berbalah sesama sendiri. Akhirnya negara akan jadi anarki dan semua rakyat Melayu, Cina, India, Iban , Kadazan akan sengsara," katanya.

Puncak Niaga mahu batalkan perjanjian air FMT Reporters

Posted: 12 Jun 2015 03:00 AM PDT

 
puncak niaga,selangor

Kelewatan kerajaan Selangor menyelesaikan perjanjian dengan Persekutuan telah menjejaskan perkhidmatan kepada rakyat.


PETALING JAYA: Penyusunan semula industri air di Selangor yang telah berlanjutan selama lapan tahun mungkin tidak akan menjadi kenyataan.

Isu itu berlanjutan terlalu lama menyebabkan Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) yang memiliki Puncak Niaga Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Sdn Bhd (SYABAS) berhasrat membatalkan perjanjian dengan syarikat milik kerajaan Selangor, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan PNHB, Tan Sri Rozali Ismail berkata, tarikh tamat terkini menjadi Lanjutan Masa Kelima perjanjian jual beli (SPA) pada Khamis, 11 Jun 2015.

"PNHB berharap tidak akan ada lagi lanjutan bagi Air Selangor untuk memenuhi syarat-syarat dalam perjanjian SPA," katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.

Rozali berkata, PNHB tiada pilihan lain selain menggunakan hak undang-undang untuk membatalkan SPA dengan Air Selangor.

Katanya, Puncak Niaga dan SYABAS akan memulakan semula tindakan undang-undang terhadap kerajaan Selangor sementara menunggu penyelesaian penstrukturan semula air.

Rozali berkata, langkah itu bertujuan untuk mendapatkan balik hutang tertunggak oleh kerajaan Selangor yang mencecah RM4.97 bilion pada 31 Mac 2015.

Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memulakan proses pengambilalihan empat konsesi air untuk mengembalikan hak air kepada rakyat negeri itu dengan jaminan tarif air lebih rendah dan perkhidmatan yang lebih cekap.

Ia membabitkan empat konsesi air iatu, Konsortium Air ABBAS Sdn Bhd , Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH), Puncak Niaga dan SYABAS.

Hanya SPLAH tidak setuju dengan tawaran kerajaan Selangor mengambil alih manakala tiga yang lain telah bersetuju dengan tawaran keseluruhan RM9.65 bilion.

Pendirian pemimpin UMNO macam kepala kura-kura FMT Reporters

Posted: 12 Jun 2015 02:45 AM PDT

 
 
 
mahathir,kura2

Sebahagian mereka dikatakan bersifat bermuka-muka walaupun mengkritik keras isu 1MDB dan kepimpinan Najib


PETALING JAYA: Pemimpin UMNO atau bekas menteri tidak berani menyuarakan secara terbuka sokongan mereka terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebahagian mereka dikatakan bersifat bermuka-muka walaupun mengkritik keras isu 1MDB dan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak

"Ramai yang masih bertindak seperti kepala kura-kura, sekejap muncul, sekejap tenggelam.

"Dua pemimpin kanan UMNO, Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal pun kelihatan masih dalam zon berhati-hati walaupun mereka diketahui agak kritikan terhadap Najib dalam isu 1MDB," dakwa bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Husin.

Katanya, senario yang berlaku menyebabkan Dr Mahathir sendirian terutama selepas beliau menarik sokongannya terhadap Perdana Menteri pada Ogos 2014 lalu.

Sejak tarikh itu, bekas Perdana Menteri Keempat itu telah melancarkan banyak serangan terhadap kerajaan.

Menurut Shahbudin, kelemahan sebagai pemimpin, tunduk kepada negara asing, skandal 1MDB, Altantuya, karenah Rosmah dan lain-lain adalah antara peluru yang digunakannya untuk menembak Najib.

"Bagaimanapun, baik ketika memulakan serangan sehinggalah kini sudah memasuki fasa di mana Najib nampaknya semakin agresif, bukan saja menjawab, membalas kritikan malah juga mengulangi pendirian tidak sesekali akan berundur, Tun Mahathir hanyalah bersendirian melakukan tugas ini," jelasnya.

Jika dinisbah kepada faktor fizikal, usia tidak menghalang Dr Mahathir meneruskan misinya menjatuhkan Najib sekaligus menyelematkan negara ini.

Namun, hakikat itu perlu diambil kira kerana semakin lanjut usia, semakin kurang stamina seseorang.
"Jika kemelut ini berpanjangan setahun dua lagi, tidak kesiankah dengan stamina Tun Mahathir yang sudah mencecah usia 90 tahun itu?," tulisnya di shahbudin.blogspot.com

Bagaimanapun Tun Mahathir memang diketahui seorang yang keras hati dan tidak pernah mengalah dengan apa yang sudah dimulakannya.


"Sesetengah yang rapat dengannya mengatakan, bekas Perdana Menteri itu seperti mendapat "nyawa baru" bila sedang berkelahi," tulisnya di blog berkenaan.

Tun M desak ASEAN pecat Myanmar Faiz Zainudin

Posted: 12 Jun 2015 02:00 AM PDT

 
mahathir,asean

Tindakan tegas itu perlu kerana kerajaan Myanmar enggan menyelesaikan isu itu sehingga menyusahkan negara-negara ASEAN lain.


KUALA LUMPUR: Tindakan tegas perlu diambil untuk memecat Myanmar jika kerajaan negara itu gagal menghentikan penindasan terhadap etnik Rohingya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia perlu dibuat berikutan keengganannya menyelesaikan isu berkenaan sehingga menyusahkan negara-negara anggota lain.

Katanya, penindasan terhadap etnik Rohingya merupakan jenayah kejam yang tidak boleh diterima sama sekali dan kerajaan Myanmar perlu bertanggungjawab sepenuhnya.

"Kita perlu ambil tindakan terhadap Myanmar kerana hal ehwal dalamannya kini menjadi urusan antara bangsa. Orang ini lari dari Myanmar dan melibatkan negara lain.

"Membunuh dan melakukan penindasan terhadap kumpulan etnik Rohingya adalah sesuatu yang sama sekali kita tidak boleh terima termasuk oleh badan-badan kemanusiaan di seluruh dunia.

"ASEAN mesti memberitahu Myanmar untuk berhenti membunuh dan melakukan penindasan atau jika tidak, lebih baik tinggalkan ASEAN," katanya ketika menyampaikan ucaptama Persidangan Antarabangsa 'Plight of the Rohingya Part II Crime Against Humanity' anjuran Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) pada Jumaat.

Dr Mahathir yang juga Presiden PGPF berkata, kemelut itu bukan lagi urusan dalaman Myanmar semata-mata kerana pelarian itu kini tiba di negara lain bagi menyelamatkan diri.

"Sudah tiba masanya untuk Malaysia selaku Pengerusi ASEAN dan negara anggota serta dunia membuang sikap enggan campur tangan dalam isu ini kerana menganggap isu ini melibatkan politik dalaman Myanmar.

"Kita perlu campur tangan. Rohingya perlu dipertahankan dari luar jika dari dalam negara sendiri mereka gagal dipertahankan," katanya.

Nasihat Rahman Dahlan untuk Tun M FMT Reporters

Posted: 12 Jun 2015 01:15 AM PDT

 
Zack Ahmad's photo.

Debat antara Tun Dr. Mahathir dengan Datuk Seri Najib tidak sesuai untuk diadakan kerana ia tidak memberi manfaat kepada Barisan Nasional mahupun UMNO.

rahman,mahathir,najib

PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan berharap kemelut antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan mengulangi pengalaman pahit yang pernah dialui Barisan Nasional (BN) pada 2008.

Dalam satu kenyataan media, beliau yang juga Menteri Kesejahteraann Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjelaskan, ketika itu Tun Dr. Mahathir menyerang Tun Abdullah Ahmad Badawi hingga memberi kesan buruk kepada BN dalam pilihan raya umum.

"Apa-apa perbezaan antara ahli-ahli parti atau kepimpinan tertinggi dalam UMNO perlu diselesaikan dalam semangat kekeluargaan tanpa perlu dibawa kepada awam kerana ia hanya akan membawa kepada tuduhan dan fitnah," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, debat antara Tun Dr. Mahathir dengan Datuk Seri Najib tidak sesuai untuk diadakan kerana ia tidak memberi manfaat kepada Barisan Nasional mahupun UMNO dalam apa jua cara sekalipun.

Katanya lagi, beliau berdiri dan menyokong pendapat Perdana Menteri serta menganggap ia tidak akan memberi kesan yang baik.

Mengulas mengenai isu yang dibangkitkan Tun Dr. Mahathir berkaitan 1MDB, Abdul Rahman berkata, bekas Perdana Menteri itu boleh mengetahui perkara itu secara mendalam tanpa perlu berkonfrontasi dan menggunakan media untuk menyindir.

Lebih teruk lagi membuat tuduhan berdasarkan dakwaan tidak berasas yang dimanipulasi dari pihak ketiga yang berkepentingan.

Nasihat Rahman Dahlan untuk Tun M FMT Reporters

Posted: 12 Jun 2015 12:30 AM PDT

 
rahman,mahathir,najib

Debat antara Tun Dr. Mahathir dengan Datuk Seri Najib tidak sesuai untuk diadakan kerana ia tidak memberi manfaat kepada Barisan Nasional mahupun UMNO.


PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan berharap kemelut antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan mengulangi pengalaman pahit yang pernah dialui Barisan Nasional (BN) pada 2008.

Dalam satu kenyataan media, beliau yang juga Menteri Kesejahteraann Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjelaskan, ketika itu Tun Dr. Mahathir menyerang Tun Abdullah Ahmad Badawi hingga memberi kesan buruk kepada BN dalam pilihan raya umum.

"Apa-apa perbezaan antara ahli-ahli parti atau kepimpinan tertinggi dalam UMNO perlu diselesaikan dalam semangat kekeluargaan tanpa perlu dibawa kepada awam kerana ia hanya akan membawa kepada tuduhan dan fitnah," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, debat antara Tun Dr. Mahathir dengan Datuk Seri Najib tidak sesuai untuk diadakan kerana ia tidak memberi manfaat kepada Barisan Nasional mahupun UMNO dalam apa jua cara sekalipun.

Katanya lagi, beliau berdiri dan menyokong pendapat Perdana Menteri serta menganggap ia tidak akan memberi kesan yang baik.

Mengulas mengenai isu yang dibangkitkan Tun Dr. Mahathir berkaitan 1MDB, Abdul Rahman berkata, bekas Perdana Menteri itu boleh mengetahui perkara itu secara mendalam tanpa perlu berkonfrontasi dan menggunakan media untuk menyindir.

Lebih teruk lagi membuat tuduhan berdasarkan dakwaan tidak berasas yang dimanipulasi dari pihak ketiga yang berkepentingan.

Harun Din - PAS Tak Kejar Jawatan, Kami Hanya Cari Keredhaan Tuhan

Posted: 11 Jun 2015 11:45 PM PDT

 
KUALA LUMPUR 11 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din menegaskan, pimpinan dan ahli parti itu berjuang dalam politik bukan ke­rana mengejar jawatan, sebaliknya mencari keredaan Allah.

Sehubungan itu, Haron berkata, Pas sama sekali tidak gentar dengan desakan bertali arus oleh DAP agar pimpinan dan ahli parti itu meletakkan jawatan di kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang.

"Secara umumnya masyarakat mengetahui bahawa yang berjuang dalam Pas bukan mengejar jawatan. Banyak yang kita lantik dan dipilih telah menolaknya. Kita berpolitik kerana mencari keredaan Allah, jawatan bukan matlamat, yang memegang jawatan adalah yang memegang amanah.

"Sekiranya Pas membuat keputusan mengarahkan semua ahli memegang jawatan supaya meletakkan jawatan, memang kita bersedia dan tiada siapa pun takut berbuat demikian, itu pendirian kita dari dahulu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pimpinan DAP dilihat meningkatkan tekanan terhadap Pas agar ahli parti itu meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor ekoran usul daripada Dewan Ulama Pas agar parti itu memutuskan kerjasama dengan DAP tetapi kekal dalam pakatan pembangkang telah diluluskan tanpa dibahaskan dalam Muktamar Tahunan Pas ke-61 di Kuala Selangor awal bulan ini.

Mengulas lanjut, Haron menyifatkan desakan DAP itu sebagai tindakan gopoh berikutan usul Pas memutuskan hubungan dengan DAP masih belum diluluskan di peringkat Majlis Syura Ulama Pas mahupun Jawatankuasa Pas Pusat.

Katanya, meskipun usul ber­kenaan telah diluluskan tanpa bahas dalam muktamar, kata putus muktamad masih belum dicapai selagi tidak melalui dua badan ter­tinggi parti tersebut.

Jelas Haron, buat ketika ini, usul berkenaan masih belum diputuskan dalam peringkat Jawatankuasa Pas Pusat manakala Majlis Syura Ulama Pas pula perlu ditubuhkan terlebih dahulu memandangkan barisan lama ahli majlis telah dibubarkan semasa muktamar pada awal bulan ini.

"Sepatutnya DAP menunggu sampai keputusan muktamad dibuat oleh Majlis Syura Ulama, walaupun masih belum ada keputusan tetapi DAP beritahu seolah-olah sudah ada keputusan muktamad. Dia (DAP) tidak payah mengajar kita. Kita tahu apa yang kita hendak buat, tunggu sehingga sampai ada keputusan muktamad," katanya.

Menurut Haron, DAP diingatkan untuk tidak terburu-buru kerana tidak semestinya usul berkenaan diluluskan dan begitu juga sebaliknya.

"Sedangkan DAP daripada awal memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi kita terima dan tidak bising pun, kemudian mereka putuskan hubungan dengan Pas di Sabah dan Sarawak, kita terima se­adanya dan tidak bertindak gopoh seperti DAP bertindak sekarang," katanya. - utusan malaysia