Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI


Lori Rempuh Hampir 20 Kereta Di Jelatek Kita Bantai

Posted: 09 Jun 2015 11:15 PM PDT




Kuala Lumpur, 9 Jun - Beberapa keping gambar dan video yang memaparkan satu kemalangan yang berlaku di jalan Setiawangsa ke Jelatek petang tadi.

Menurut laporan dari Sinar Harian, kemalangan tersebut membabitkan sebuah lori dan hampir 20 buah kereta.

Setakat ini, masih lagi tiada laporan penuh mengenai kejadian. Berikut adalah gambar-gambar kejadian hasil perkongsian oleh orang ramai di media sosial.


Memetik laporan dari myMetro, kejadian ini berlaku pada 5.45 petang berhampiran Stesen LRT Putra Setiawangsa.

Kejadian dikatakan berlaku apabila lori yang dipandu oleh seorang lelaki hilang kawalan kerana masalah brek.

Tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan parah yang dilaporkan.
























Tukar Pakaian Ini, Dengan Kain Batik, Wajarkah? Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 09 Jun 2015 10:30 PM PDT

 
JPJ Kain Batik
Suzanne mengenakan baju berwarna merah jambu dan putih bersama skirt merah semasa disuruh memakai kain batik. Foto – Facebook Suzanne G. L. Tan.

KL: Seorang wanita mendakwa dipaksa menyarungkan kain batik sebelum dibenar menjejakkan kaki ke dalam bangunan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.

Wanita yang dikenali sebagai Suzanne G. L. Tan itu menyatakan ketidakpuasan menerusi profil Facebook lantas mendapat perhatian meluas para netizen. 

Menurut status yang dimuat naik tersebut, Suzanne mengunjungi pejabat JPJ yang terletak di Wangsa Maju bagi uruskan perpindahan hak milik kenderaan yang dijualnya.

Walau bagaimanapun, dia didekati pegawai JPJ yang bertugas di kaunter nombor. Pegawai berkenaan menyatakan bahawa pakaian yang dikenakannya tidak bersesuaian untuk sebarang urusan formal di JPJ.

Suzanne kemudiannya memuat naik tiga keping gambar di Facebook. Satu gambar adalah di luar premis, sebelum memakai kain batik, manakala dua lagi semasa berada di dalam bangunan dan sedang menjalankan urusan.

Namun Suzanne tidak menyatakan bilakah insiden itu berlaku. Pada masa yang sama, JPJ menerusi akaun Twitter mengingatkan pelawat supaya mematuhi peratuan berpakaian semasa mengunjungi pejabat mereka.

Mereka yang berhasrat melakukan urusan di mana-mana premis rasmi kerajaan dinasihatkan supaya berpakaian bersesuaian. Namun begitu, terdapat beberapa reaksi yang menyokong atau tidak bersetuju dengan tindakan pegawai JPJ itu. (IH)



NAJIB DAKWA PENTADBIRANNYA SERABUT KERANA MAHATHIR.

Posted: 09 Jun 2015 09:45 PM PDT

 
Bob Kelanang's photo. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, keadaan "berserabut" yang dikatakan wujud di bawah pentadbirannya ialah tindak-tanduk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.

Najib berkata, keadaan "berserabut" yang dirujuk Tun, sebahagian besarnya adalah akibat serangannya sendiri dan mengulangi dakwaan fitnah dan pembohongan pembangkang. 

"Tuduhan-tuduhan ini telah diperbesarkan lagi melalui internet," kata Najib dalam satu set soalan lazim yang dipaparkan diblognya malam tadi.

Malah Najib berkata, bekas pemimpin negara selama 22 tahun itu juga telah mempercayai pembohongan di talian.

"Hanya kerana satu pembohongan disebarkan seribu kali, itu tidak bermakna ianya benar," katanya.
Menurut Najib lagi, dengan adanya serangan yang dilakukan di talian, tidak hairan jika Mahathir merasakan wujud keadaan berserabut yang lebih besar hari ini.

Najib berkata demkian sebagai menjawab dakwaan Mahathir yang mendesak ahli parlimen Pekan itu meletakkan jawatan sebagai perdana menteri berikutan dakwaan keadaan negara yang begitu 'berserabut" berbanding sewaktu perdana menteri sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun, Najib tidak menyentuh dakwaan Mahathir mengenai gaya hidup mewahnya. Najib berkata serangan yang dihadapinya sekarang tidak seperti apa yang Mahathir terpaksa hadapi semasa menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

"Ini adalah sesuatu yang Tun tidak perlu berdepan semasa beliau menjadi perdana menteri," katanya sambil menambah, pada waktu itu, Mahathir tidak perlu menghadapi tuduhan yang tiada akhirnya yang dikitar semula berulang-ulang dan dikongsi selaju kilat.

"Perkataan 'viral' hampir tidak wujud semasa pentadbiran beliau," kata Najib. Najib menyalahkan media dalam talian yang menurutnya 'mempunyai agenda tersembunyi yang memutarbelit tajuk utama dan memuat naik pembohongan yang begitu cepat dikongsi'.

BK: Aljibby memang xpandai tadbir...yang dia pandai buat magik, duit ada jadi xde tanpa tau ke mana hilang.

Kenpen undurkan Najib bermula 3 cawangan mahu Najib berundur, kata ketua Umno Ampang

Posted: 09 Jun 2015 09:00 PM PDT

 Ketua Umno Bahagian Ampang  Ismail Kijo mendakwa hanya satu sepanduk yang dipasang mendesak  Najib Razak untuk berundur di kawasan itu dan ia sudah pun ditanggalkan.
 
Beliau berkata, sepanduk berkenaan hanya dipasang sekitar 40 minit oleh 3 ketua cawangan kawasan itu bertujuan untuk dihebahkan di media sosial.
"Ini golongan manusia yang orang buat apa saja tak betul, mereka saja yang betul. Tak mengapa, majoriti di Ampang tetap bersama perdana menteri.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hanya-3-cawangan-mahu-najib-berundur-kata-ketua-umno-ampang#sthash.jo7xZ468.dpuf
KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
secara resmi dah mula 
tanda dah sampai
perang semakin merebak
fulus dah dapat 
belajawan dah masuk
projek dah sampai
tapi masih nak menentang
masih nak tibai zombi
respek tabik sama lu

MEMANG HEBAT

-------------

Lebih 1,000 jawatan dipegang ahli PAS di Pulau Pinang

Posted: 09 Jun 2015 08:15 PM PDT

 
Jika PAS benar-benar memutuskan hubungan dengan DAP, ia akan hilang lebih 1,000 jawatan berkaitan kerajaan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Ini akan menyebabkan PAS kehilangan apa jua pengaruh yang ia ada sekarang ke atas kerajaan Pulau Pinang.

Menurut Timbalan Ketua Menteri I Mohd Rashid Hasnon (foto), Pulau Pinang telah
melantik kira-kira 1,100 ahli PAS dalam 290 jawatankuasa kampung di negeri itu.

Walaupun jawatankuasa kampung cenderung mempunyai campuran anggota dari DAP, PKR dan ahli PAS, tetapi terdapat 56 jawatankuasa yang hampir eksklusif dianggotai ahli PAS.

"Jika terdapat kira-kira 16 orang dalam setiap jawatankuasa, itu kira-kira 900 orang," katanya.

Setakat ini, 15 ahli jawatankuasa kampung tertentu telah mengemukakan surat peletakan jawatan mereka, katanya.

"Saya telah menerima surat peletakan jawatan mereka dan setiausaha yang berkaitan mengendalikannya sebelum menyerahkannya kepada jawatankuasa saya untuk tindakan seterusnya.

"Peletakan jawatan belum muktamad. Ia akan dibincangkan oleh kabinet negeri," katanya.
Jawatankuasa masjid

Sementara itu, ahli exco yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam Abdul Malik Abul Kassim berkata beliau tidak menerima sebarang surat peletakan jawatan dari ahli PAS yang menganggotai 200 jawatankuasa masjid di negeri itu.

Jawatankuasa masjid juga dilantik oleh kerajaan negeri.

Dalam muktamar PAS pada hujung minggu lalu, parti itu memutuskan untuk meminta jawatankuasa pusat dan majlis syura pusat memutuskan hubungan dengan DAP.

Walaupun beberapa pemimpin PAS mendakwa perkara itu belum muktamad, yang lain berpendapat bahawa ia adalah fait accompli, kerana majlis syura dikuasai oleh pemimpin-pemimpin dalam Dewan Ulama, yang meluluskan resolusi yang sama.

Setakat ini, bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu telah berjanji untuk meletakkan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah di Perbadanan Air Pulau Pinang dan Hub Halal Pulau Pinang.

Berikutan itu, bekas ahli jawatankuasa pusat Datuk Mujahid Yusof Rawa telah meletakkan jawatan sebagai pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang dan ahli lembaga Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB).

Senarai panjang

Ahli PAS juga memegang jawatan penting lain dalam kerajaan Pulau Pinang. Ini termasuk Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Mohd Salleh Man, setiausaha Mohd Fadzil Kemi, ketua pilihan raya Rosidi Hussain, Ketua Pemuda Afnan Hamimi Taib Azamudden, dan timbalan ketua muslimat Aida Yusof Rawa.

Mohd Salleh (gambar), yang juga ADUN Permatang Pasir dan wakil tunggal PAS dalam Dewan Undangan Negeri, mempunyai sekurang-kurangnya empat jawatan dalam kerajaan negeri.

Beliau mempengerusikan Majlis Agama Negeri Pulau Pinang (MAIPP) dan Zakat Pulau Pinang. 

Beliau juga menjadi ahli lembaga pengarah bagi Hub Halal Pulau Pinang dan Yayasan Islam Pulau Pinang.

Mohd Salleh tidak memberi respons terhadap pertanyaan yang dihantar oleh Malaysiakini. Beliau sedang mengerjakan Umrah. Mohd Fadzil merupakan ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang dan dilantik sebagai pegawai media di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang pada tahun lepas, menggantikan Rosidi Hussain, seorang lagi ahli PAS.

Rosidi, seorang peguam, kini menjadi ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan menjadi ahli lembaga Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC).

Afnan adalah ahli MAIPP dan menganggotai lembaga KITAB.

Aida adalah ahli lembaga pengarah Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang.

PAS mempunyai dua orang ahli yang menganggotai Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan dua lagi di Majlis Perbandaran Seberang Perai.

Empat lagi ahli PAS adalah penyelaras bagi pembayaran dana kerajaan negeri dalam kawasan pilihan raya BN di Penaga, Permatang Berangan, Sungai Dua dan Bay an Lepas.

TERKINI & PANAS !! Muhyiddin Disingkir, Shahrir Dan Annuar Kembali Sertai Kabinet? Oleh Shahbudin Husin

Posted: 09 Jun 2015 07:30 PM PDT

 Zack Ahmad's photo. Lawatan rasmi Najib Razak ke Arab Saudi sambil menunaikan umrah bermula Sabtu lalu hingga semalam bersama dua Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan Hishammuddin Hussein, menimbulkan spekulasi yang makin meluas bahawa ia akan disusuli dengan rombakan kabinet selepas ini.

Baik dalam suasana aman, apatah lagi ketika gelora politik makin membara berikutan kritikan berterusan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad ketika ini, hakikatnya amat janggal bagi Perdana Menteri membawa dua orang Naib Presiden UMNO sekaligus untuk mengiringinya bagi menunaikan umrah, kecuali ada permuafakatan yang perlu disepakati di tanah suci itu.

Lantaran itu menjadi perbualan ramai bahawa pemergian mereka ini ada kaitan dengan suasana politik yang sedang melanda negara. Apatah lagi, pemergian itu ketika tragedi gemba bumi Sabah sedang berlaku dan seolah-olah membawa kedua-dua Naib Presiden UMNO lebih penting daripada segala-galanya.

Seorang lagi Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal yang diketahui agak berbeza pendirian dengan Najib sejak kebelakangan ini, terutama berhubung isu 1MDB, tidak ikut serta atau barangkali juga tidak dipelawa untuk berumrah bersama-sama ini.

Beliau difahamkan kini berada di Russia atas urusan rasmi kementeriannya.

Dengan Najib membawa kedua-dua Naib Presiden itu ke Mekah, cakap-cakap paling sensasi menjadi bualan ialah kemungkinan Muhyiddin Yassin akan digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana kedudukannya dalam kabinet lebih dianggap sebagai ancaman serta "duri dalam daging" kepada masa depan Perdana Menteri.

Najib dikatakan sudah tidak dapat menahan sabar lagi dengan karenah dan tingkah laku Muhyiddin yang tidak cukup setia dan kurang konsisten dengannya, terutama sejak isu 1MDB meletus.

Melalui penyingkiran Muhyiddin daripada jawatan nombor dua dalam kerajaan itu, Najib bukan saja ingin membuktikan sikap ingin terus melawannya terhadap serangan Tun Mahathir, bahkan mahu menunjukkan beliau benar-benar pahlawan Bugis yang masih ada sisa-sisa keberaniannya.

Tempat Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dikatakan akan diambil alih oleh Zahid Hamidi manakala Hishammuddin yang merupakan sepupu Najib akan dikanankan lagi kedudukannya dengan diberikan portfolio Kementerian Kewangan untuk persediaan sebagai calon Perdana Menteri masa depan.

Shafie Apdal pula akan dipindahkan di kementerian lain yang kurang penting bagi mengekang pengaruh serta pergerakannya daripada terus memberi kesan negatif kepada Najib.

Sebuah agensi kerajaan yang berkaitan dengan perang saraf dikatakan telah menemui Najib beberapa minggu lalu dan mengemukakan cadangan yang antaranya ialah penyingkiran Muhyiddin daripada kerajaan dengan alasan "masa bertahan sudah berakhir" jika Perdana Menteri ingin terus kekal memimpin parti dan negara.

Agensi itu juga mahukan Najib memulakan fasa "menembak" dan "menyerang" pula selepas sekian lama mengambil pendekatan berdiam diri dan bertahan.

Selain itu, beberapa menteri juga difahamkan bakal digugurkan dalam rombakan yang akan dilakukan ini kerana Najib kini mula menyedari sebahagian daripada mereka hanya "bermain selamat" dan tidak membantunya menghadapi serangan, baik daripada Tun Mahathir atau pembangkang.

Antara pemimpin yang disebut-sebut bakal dimasukkan kembali ke dalam kabinet ialah Shahrir Samad, Pengerusi BNBBC yang sejak kebelakangan ini paling lantang mempertahankan Najib daripada serangan Tun Mahathir.

Najib dikatakan amat berpuas hati dengan cara, pendekatan dan hujah Ahli Parlimen Johor Bahru itu ketika membalas serangan yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Nama lain yang turut disebut bakal dibawa kembali ke dalam kabinet sejak dua tiga hari ini ialah Annuar Musa, Ahli Parlimen Ketereh kerana Najib ingin memanfaatkan keberanian dan kepetahan bekas menteri itu sebagai perisai barunya.

Dalam menghadapi serangan dan kritikan Tun Mahathir yang dijangka lebih panas selepas ini, Najib dikatakan tiada pilihan lain selain melantik Timbalan Perdana Menteri baru, menyusun semula kabinetnya dan meletakkan pemimpin senior yang berani seperti Shahrir Samad dan Annuar Musa untuk membentengi kedudukannya.

Bersekali dengan rombakan kabinet yang bukan saja menyaksikan penyingkiran Muhyiddin dan digantikan dengan Zahid Hamidi tetapi juga disertai dengan kemasukan semula Shahrir dan Annuar itu, sekaligus menunjukkan pahlawan Bugis sudah sedia berentap sehingga "bumi berkeping dua" sebagaimana madah yang selalu diucapkannya sebelum ini.


 - http://shahbudindotcom.blogspot.com/ 

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

Pas, DAP jangan khianati rakyat Selangor-Azmin Khairil Ashraf

Posted: 09 Jun 2015 06:45 PM PDT

 
azmin-ali_slgor_pkr_600

Pemimpin DAP dan Pas perlu mengetepikan ego dan kepentingan peribadi.

SHAH ALAM : DAP dan Pas diingatkan supaya tidak mengkhianati rakyat yang telah memilih Pakatan Rakyat (PR) untuk menerajui Selangor, kata Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, pemimpin DAP dan Pas perlu mengetepikan ego dan kepentingan peribadi demi mengekalkan aspirasi rakyat yang menaruh kepercayaan terhadap PR.

"Jangan kerana kepentingan peribadi kita merosakkan PR dan ini akan menghancurkan aspirasi rakyat. Ia satu pengkhianatan sekiranya amanah rakyat ini dikhianati," katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 pada Selasa.

Azmin bagaimanapun berkata, krisis DAP-Pas tidak akan menjejaskan Kerajaan PR di Selangor kerana kerja sama antara parti masih kuat dan utuh.

"PR di Selangor kuat dan kukuh dan kita akan teruskan kerja sama ini," katanya.

Dia berkata, kedua-dua parti perlu melihat perbezaan pendapat sebagai keutamaan untuk diselesaikan bukan sebagai kelemahan.

"Krisis ini jangan dilihat sebagai satu kelemahan. Jangan melihatnya sebagai satu masalah tetapi peluang untuk kepemimpinan mengetepikan ego masing-masing dan melihat masalah itu harus dijadikan keutamaan.

"Saya kira PKR mempunyai tanggung jawab yang besar untuk memastikan PR terus kuat dan kukuh dan ini memang peranan yang dimainkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini demi kepentingan negara dan rakyat," katanya.

Azmin berkata, PR telah melalui banyak masalah sebelum ini tetapi berjaya menyelesaikan masalah itu secara bersama.

Pas cabar DAP bubar DUN Pulau Pinang FMT Reporters

Posted: 09 Jun 2015 06:00 PM PDT

 
azmzad,DAP

Pas mendakwa DAP tidak mampu membentuk kerajaan negeri tanpa sokongan ahlinya.


PETALING JAYA: Pas Kuala Terengganu mencabar DAP membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang untuk membuktikan parti itu boleh menang tanpa sokongan ahli Pas.

Ketua Penerangannya, Ahmad Amzad Hashim berkata, DAP tidak akan mampu membentuk kerajaan sendiri jika tiada bantuan dan sokongan Pas.

"DAP jangan terlalu angkuh. Jika benar mahu tahu kekuatan sebenar DAP tanpa sokongan Pas, cuba lah bubarkan DUN Pulau Pinang sekarang.

"Bubarkan DUN Pulau Pinang sekarang! dan tengok jawatan mana yang DAP boleh pegang dalam kerajaan yg baru nanti.

"Masih boleh angkuh? Masih boleh sombong? Masih boleh tamak?," tulisnya di Facebook rasmi Dewan Ulama Pas Pusat.

Ahmad Amzad juga menasihatkan ahli Pas di Pulau Pinang yang memegang pelbagai jawatan di bawah kerajaan negeri supaya tidak meletak jawatan.

Katanya, jawatan itu hasil kerja keras mereka bukan kerana simpati DAP.

"Untuk masa ini, ahli ahli Pas yg pegang jawatan, teruslah pertahankan jawatan masing masing. Patuhi arahan pimpinan dan jangan memandai-mandai.

"Kita bukan mendapat jawatan atas belas kasihan DAP. Kita pegang jawatan kerana kita yg bantu naikkan mereka," katanya.

Ahmad Amzad juga membangkitkan persoalan adakah keputusan DAP memutuskan kerja sama dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipersetujui akar umbi parti itu.

"Adakah DAP meluluskan melalui mesyuarat agong mereka untuk keputusan besar memutuskan hubungan dengan Pas? Usul dari bahagiankah? Usul dari sayapkah? Usul dari siapa? Dari mana?

"Apakah DAP tidak perlu meminta pandangan akar umbi untuk tujuan ini? Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Ong Ka Ming punya kuasa sesuka hatikah tak perlu bermesyuarat melibatkan akar umbi DAP?

"Di mana hak bersuara ahli DAP dari Kelantan atau Terengganu? Adakah itu kemahuan akar umbi DAP?, soalnya.

Katanya, berbanding DAP, Pas masih belum membuat keputusan memutuskan hubungan dengan DAP walaupun usul itu telah diterima pada muktamar baru-baru ini.

Katanya, terdapat seksyen tertentu dalam Perlembagaan parti yg menentukan hanya Majlis Syura Ulama mempunyai kuasa dalam soal hubungan melibatkan organisasi luar.

Negara kecoh kerana Tun M FMT Reporters

Posted: 09 Jun 2015 05:15 PM PDT

 
najib,mahathir,ancaman
PM menuding jari Tun M memainkan peranan sama seperti pembangkang


PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan antara penyumbang yang memburukkan keadaan kucar-kacir di negara ini.

Dakwaan itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di laman blognya, NajibRazak.com.

"Ia memberi kesan besar kepada persepsi orang ramai, kerana beliau bukan hanya sekadar rakyat biasa," katanya.

Jelas Najib, apa yang ditempuhinya berbeza dengan pengalaman Dr Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri kerana ketika itu tiada internet.

Sebab itu sebarang kontroversi yang timbul akan mengambil masa untuk disebarkan berbanding sekarang di mana ia mudah dikongsi dan menjadi viral dalam sekelip mata.

Dalam entri berkenaan beliau terus menyindir Dr Mahathir dengan berkata sekiranya meletak jawatan, ia tidak akan menghentikannya campur tangan dalam urusan pentadbiran negara.

"Beliau boleh katakan hanya menjalankan hak demokrasi sebagai seorang rakyat Malaysia, tetapi ini adalah Tun Mahathir," kata Najib.

Nama Muhyiddin tiada dalam kabinet baru FMT Reporters

Posted: 09 Jun 2015 04:30 PM PDT


najib,muhyiddin,kabinet

Mereka yang membantu Najib menghadapi serangan daripada Tun M dan pembangkang akan diberi jawatan.


PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan melakukan rombakan kabinet.

Ia bakal menyaksikan kejutan, di mana orang nombor dua, Tan Sri Muhyiddin Yassin diramal tersingkir.

Sebaliknya, mereka yang membantunya menghadapi serangan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad dan pembangkang akan diberi kedudukan yang lebih kanan.

Andaian itu dibuat bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin.

Dia berpandangan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menggantikan Muhyiddin.

Manakala Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang merupakan sepupu Najib akan dikanankan lagi kedudukannya dengan diberikan portfolio sebagai Menteri Kewangan.

"Hakikatnya amat janggal bagi Perdana Menteri membawa dua orang Naib Presiden UMNO sekaligus untuk mengiringinya bagi menunaikan umrah, kecuali ada permuafakatan yang perlu disepakati di tanah suci itu," tulisnya.

Seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang diketahui agak berbeza pendirian dengan Perdana Menteri juga akan dipindahkan di kementerian lain yang kurang penting bagi mengekang pengaruh serta pergerakannya daripada terus memberi kesan negatif kepada Najib.

Menariknya, nama-nama seperti Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad dan Ahli Parlimen Ketereh yang juga Pengerusi Kelab Penyokon Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Annuar Musa, diramal akan bersama Najib.

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI BUAT SEMUA !!

Posted: 09 Jun 2015 04:15 PM PDT

 

 

Eh....Ulamak mana ada silap, bodoh jauh sekali! Ini adalah komen dari blog C++

Posted: 09 Jun 2015 09:00 AM PDT



Usul Bodoh Bhai/DeeDee semua.... Artikel ini pendek je... Usul bodoh yang diusulkan oleh orang bodoh lalu diterima tampa bahas oleh perwakilan yang bodoh menghasilkan situasi yang bodoh sehingga menyebabkan Dewan Ulama dipandang bodoh.

Hahaha... padan muka kepada semua yang sokong kuat Mokhtar Senik.... Ulamak yang berilmu lah konon.... Hahaha Dewan Ulama PAS Perlu Akui Kebodohan Mereka

TUESDAY, 9 JUNE 2015 Mokhtar Senik - Pembawa usul dari Dewan Ulama PAS Dewan Ulama PAS perlu mengakui kesilapan mereka berhubung usul memutuskan hubungan dengan DAP dan menyebabkan PAS tersepit dalam Pakatan, kata peguam dan bekas bendahari parti, Asmuni Awi.

"Perkara seperti ini harus menjadi pengajaran pada masa akan datang kepada semua pihak, dalam politik kita tidak boleh terburu-buru," kata Asmuni dalam laporan Sinar Harian hari ini.

Laporan itu, turut melaporkan Asmuni merujuk kepada Fasal 7 Perlembagaan PAS dan berkata parti itu perlu bermuktamar semula jika ia mahu menarik balik usul itu yang diluluskan tanpa bahas minggu lalu.

"Dengan kata lain, usul diluluskan itu seperti undang-undang yang perlu dilaksanakan memandangkan gerak kerja dan pentadbiran PAS perlu mengikut keputusan muktamar seperti dicatatkan dalam perlembagaan," katanya

Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS minggu lalu berkata, usul yang diluluskan tanpa bahas itu kini mengundang masalah terhadap kerjasama antara PAS dalam kerajaan Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang.

Justeru, katanya, beberapa pemimpin PAS yang mempunyai jawatan dalam kerajaan Pakatan terpaksa melepaskan jawatan berikutan penerimaan usul tersebut oleh muktamar.

"Saya sendiri tidak faham mengapa usul ini beria-ia mahu dibawa dan diluluskan oleh mereka (Dewan Ulama) tanpa memikirkan risiko terpaksa ditanggung.

"Usul dalam muktamar bukan perkara main-main dan tidak boleh ditarik balik pada bila-bila masa. PAS kena laksana, dah tidak boleh bagi alasan," Asmuni dilaporkan berkata.


via Bloglist Malaysia Posted by mountdweller

Eh....Ulamak mana ada silap, bodoh jauh sekali! Ini adalah komen dari blog C++ Usul Bodoh Bhai/DeeDee semua.... Artikel ini pendek je... Usul bodoh yang diusulkan oleh orang bodoh lalu diterima tampa bahas oleh perwakilan yang bodoh menghasilkan situasi yang bodoh sehingga menyebabkan Dewan Ulama dipandang bodoh. Hahaha... padan muka kepada semua yang sokong kuat Mokhtar Senik.... Ulamak yang berilmu lah konon.... Hahaha Dewan Ulama PAS Perlu Akui Kebodohan Mereka TUESDAY, 9 JUNE 2015 Mokhtar Senik - Pembawa usul dari Dewan Ulama PAS Dewan Ulama PAS perlu mengakui kesilapan mereka berhubung usul memutuskan hubungan dengan DAP dan menyebabkan PAS tersepit dalam Pakatan, kata peguam dan bekas bendahari parti, Asmuni Awi. "Perkara seperti ini harus menjadi pengajaran pada masa akan datang kepada semua pihak, dalam politik kita tidak boleh terburu-buru," kata Asmuni dalam laporan Sinar Harian hari ini. Laporan itu, turut melaporkan Asmuni merujuk kepada Fasal 7 Perlembagaan PAS dan berkata parti itu perlu bermuktamar semula jika ia mahu menarik balik usul itu yang diluluskan tanpa bahas minggu lalu. "Dengan kata lain, usul diluluskan itu seperti undang-undang yang perlu dilaksanakan memandangkan gerak kerja dan pentadbiran PAS perlu mengikut keputusan muktamar seperti dicatatkan dalam perlembagaan," katanya Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS minggu lalu berkata, usul yang diluluskan tanpa bahas itu kini mengundang masalah terhadap kerjasama antara PAS dalam kerajaan Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang. Justeru, katanya, beberapa pemimpin PAS yang mempunyai jawatan dalam kerajaan Pakatan terpaksa melepaskan jawatan berikutan penerimaan usul tersebut oleh muktamar. "Saya sendiri tidak faham mengapa usul ini beria-ia mahu dibawa dan diluluskan oleh mereka (Dewan Ulama) tanpa memikirkan risiko terpaksa ditanggung. "Usul dalam muktamar bukan perkara main-main dan tidak boleh ditarik balik pada bila-bila masa. PAS kena laksana, dah tidak boleh bagi alasan," Asmuni dilaporkan berkata. via Bloglist Malaysia Posted by mountdweller

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Penyatuan Umno - PAS Kian Hampir

Posted: 09 Jun 2015 08:30 AM PDT

 

Bibit penyatuan antara Umno dan Pas semakin jelas apabila kedua-dua kepimpinan parti itu positif untuk menjalin kerjasama.

Setiausaha Kelab Veteran Umno Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub berkata, keterbukaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuatkan masyarakat Melayu khas meletakkan harapan agar kedua-dua parti itu menjalinkan kerjasama yang lebih rapat.

"Kami veteran Umno menyambut baik jika kedua-dua parti menjalin kerjasama untuk kebaikan ummah.

"Telah lama kami nantikan saat ini, perkembangan akhir-akhir ini cukup positif kita percaya keakraban kedua-dua parti membuatkan Melayu dan Islam semakin kuat," katanya.

Kelmarin, Perdana Menteri yang berada di Jeddah menegaskan Umno bersedia berbincang sebarang perkara berkaitan kepentingan umat Islam dengan Pas terutama selepas pembentukan kepemimpinan baharu parti itu.

Najib yang juga Presiden Umno berkata, beliau turut meletakkan harapan untuk kepimpinan baharu Pas ke arah kerjasama itu.

Menurutnya, pihaknya berharap kerjasama itu tidak hanya terjalin dalam bentuk urusan rasmi sahaja, tetapi berlanjutan kepada kerjasama politik.

"Pada peringkat awal ini kita tidak mahu letakkan harapan yang tinggi, cukuplah buat masa ini kerjasama bagi penyatuan ummah dan kebaikan agama itu dilaksanakan dahulu.

"Namun, ke satu peringkat lain, kita harap usaha sama dari segi politik itu akan terjalin," katanya.

Bagaimanapun beliau tidak menolak bukan mudah untuk kerjasama itu terjalin memandangkan tidak semua ahli dalam kedua-dua parti itu mempunyai pendekatan yang sama.

"Kita tahu ada kumpulan dalam Pas yang elergik dengan Umno begitu juga ada orang Umno yang elergik dengan Pas.

"Tetapi sedarlah yang harapan ini bukan pada kami veteran sahaja, tetapi masyarakat juga mengharapkan perkara yang sama terjadi," katanya.

Ditanya sejak bila pihaknya mengesan kedua-dua parti Islam ini mampu menjalinkan kerjasama yang baik, beliau berkata, keadaan itu jelas apabila banjir yang berlaku di Kelantan yang mana Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan boleh duduk berbincang bersama demi kebaikan rakyat.

"Selepas itu kita tengok, Umno juga tidak meletakkan calon dalam PRK Dun Chempaka. Terbaru kejadian gempa bumi di Sabah, walaupun pertemuan antara Abdul Hadi dan (Timbalan Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin Yasssin tidak dirancang, namun mereka masih boleh berbual mesra, ada hikmah di situ," katanya.

Isu kerjasama sama antara Pas dan Umno sudah mula diperkatakan sejak tahun lalu lagi, namun kerjasama itu mula kelihatan apabila kerajaan negeri Kelantan sedia bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk membangunkan semula negeri itu sebaik ditimpa musibah.

Isu itu semakin hangat diperkataan apabila hubungan Pas dan rakan dalam PR khususnya DAP semakin renggang apabila Pas bertegas meneruskan agenda mereka melaksanakan hudud dan Umno sedia untuk membantu Pas.

DAP beri kata dua kepada Azmin - Mohamad Fadli

Posted: 09 Jun 2015 08:00 AM PDT

 
azmin-ali_pkr_all_600

DAP beri syarat Pas adakan semula muktamar untuk tarik balik keputusan putus kerjasama dengan pari itu

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali diminta membuat pilihan sama ada menyokong Pas atau DAP dalam mentadbir di Selangor.

Kata dua itu diberikan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua ekoran keputusan Pas pada muktamar ke-61 pada minggu lalu yang memutuskan hubungan politiknya dengan DAP.

"Saya setuju. PAS mahu Azmin memilih parti mana yang beliau mahu. DAP juga
berkongsi pandangan sama. Jadi, saya serahkan kepada Azmin untuk tentukan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata hubungan ketiga-tiga parti di dalam Pakatan Rakyat (PR) pada masa sekarang berada dalam keadaan sukar.

Katanya, perselisihan antara Pas dan DAP hanya merugikan PR dan menyukarkan usaha untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Bagaimana anda mahu kita berdamai? Melainkan Pas mengadakan muktamar lain dan menarik balik resolusi memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP itu," katanya lagi.

Bagaimanapun Tony menegaskan dia akan berjumpa dengan Azmin bagi membincangkan kedudukan parti itu di Selangor.

Kakitangan MAS rayu diterima bekerja semula Khairil Ashraf

Posted: 09 Jun 2015 07:30 AM PDT

 
mas_staff_600_2

Mereka meminta MAS mengambil kira sumbangan dan pengalaman sepanjang berkhidmat dengan syarikat penerbangan itu.

PETALING JAYA : Beberapa orang kakitangan MAS tampil membuat rayuan supaya diambil berkerja semula.

Perkara itu disampaikan dalam sidang media bersama Kesatuan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (Nufam).

Salah seorang daripada mereka yang mahu dikenali Puan B meminta majikannya mengkaji semula penamatan perkhidmatannya.

Dalam rayuan yang dibuat, dia memaklumkan baru kematian suami tujuh bulan lalu dan apa yang bakal berlaku akan menambah lagi beban yang ditanggung.

"Saya baru sahaja kehilangan suami saya tujuh bulan lalu. Begitu banyak musibah terjadi kepada saya.

"Saya perlu membesarkan anak saya. Saya mahu kembali bekerja dan saya tetap mahu kerja itu semula," katanya yang menangis teresak-esak pada sidang media itu.

Dia yang kini berumur 39 tahun turut menceritakan menerima notis pemberhentian kerja melalui panggilan telefon pada 4 Jun lalu, sehari selepas pulang dari penerbangan.

"Saya bertanyakan kenapa saya diberhentikan kerja tetapi tidak ada jawapan yang diberikan oleh kakitangan MAS yang menghubungi saya," katanya yang telah bekerja salama 18 tahun dengan MAS.

Seorang lagi bekas kakitangan MAS yang hanya mahu dikenali sebagai Puan A pula berkata sepanjang 25 tahun berkhidmat dengan syarikat penerbangan itu, dia telah memberikan komitmen penuh.

"Hari ini periuk nasi saya terjejas. Saya kini berumur 50 tahun dan bagaimana saya hendak mendapat pekerjaan dengan usia seperti ini," katanya.

Khalid Samad - DAP Jahat Kerana Lantik Ramai Ahli Pas Di P. Pinang

Posted: 09 Jun 2015 07:00 AM PDT

 


Bekas Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Khalid Samad 'menempelak DAP kerana melantik begitu ramai ahli mengisi jawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Dalam tulisan terbaru Khalid dalam blognya, Khalid berkata beliau berharap usul daripada Dewan Ulama PAS yang mahu memutuskan hubungan parti itu dengan DAP dilaksanakan

"Bagi saya, untuk mengotakan semangat di sebalik usul itu dan supaya PAS tidak dituduh tunduk kepada DAP, kemaruk jawatan serta sebagai parti tidak bermaruah, hasrat usul tersebut perlu dilaksanakan.

"Lebih-lebih lagi apabila usul tersebut telah diterima – walaupun tanpa bahas – oleh muktamar PAS.

"Maka biarlah tindakan tegas dan berani meletakkan harapan hanya pada Allah. Berani kerana benar dan yakin Allah bersama pihak yang benar," tulis beliau dalam rencana bertajuk 'Pascamuktamar PAS ke-61 dan pembaharuan yang diidamkan'.

Khalid adalah salah seorang pemimpin kumpulan progresif yang diketepikan oleh perwakilan PAS dalam muktamar tahunan mereka di Kuala Selangor minggu lalu.

Selain Khalid, antara pemimpin sederhana yang kalah ialah MP Sepang, Hanipa Maidin; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan Mohamad Sabu.

Khalid yang juga MP Shah Alam untuk penggal kedua berkata, tindakan Mohamad meletakkan jawatannya dalam agensi kerajaan negeri di Pulau Pinang adalah tepat kerana ia bersifat lantikan atas kapasiti parti.

"Ramai juga wakil PAS yang dilantik walaupun PAS hanya menang satu kerusi. Dilantik pula oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang hampir kesemuanya DAP.

"Jahat sungguh DAP kerana melantik begitu ramai wakil PAS! Menyulitkan. Ujian dan dugaan.

"Sepertimana Mat Sabu dilantik, dia boleh juga dipecat. Tidak perlu tunggu dipecat. Lebih berprinsip letak jawatan.

"Lebih-lebih lagi apabila PAS yang menyerang DAP dan ingin memutuskan hubungan dengan mereka," katanya.


Lari terkejut dengan keputusan hakim

Posted: 09 Jun 2015 06:30 AM PDT

 

GEORGETOWN - Seorang lelaki yang baharu dijatuhi hukuman oleh hakim mahkamah sesyen di sini nekad melarikan diri ketika prosidingnya sedang berlangsung pagi hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, lelaki berusia 27 tahun didapati bersalah kerana terbabit kes rompakan bersenjata.

Ketika kejadian Timbalan Pendakwa Raya, Charanjit Singh memohon mahkamah mengenakan hukuman berat terhadapnya.

Dia yang terkejut dengan keputusan hakim bertindak berlari keluar dari kamar mahkamah namun gagal meloloskan diri apabila diberkas oleh anggota polis dan pengawal keselamatan ketika berada berhampiran pintu masuk.

Tertuduh kemudian dibawa semula dengan tangan bergari ke dalam kandang tertuduh selepas 15 minit meloloskan diri.

Hakim Zulhazmi Abdullah kemudian menjatuhkan hukuman enam tahun penjara dan dua sebatan terhadapnya.

Terdahulu, lelaki berkenaan didakwa merompak Norhaizam Borhan, 36, di tandas awam Jalan Masjid Kapitan Keling, di sini, kira-kira jam 4.30 petang pada 16 September 2013.

Dia yang bekerja sebagai pembantu kedai didakwa menggunakan senjata kerambit serta merampas wang tunai RM400, telefon pintar Samsung Galaxy S4 dan Samsung Corby milik mangsa.

Semantara itu, peguam tertuduh, RSN Rayer berkata, anak guamnya itu tidak akan didakwa kerana kesalahan melarikan diri kerana sudah memohon maaf kepada mahkamah.

"Saya bagi pihak anak guam sudah memohon maaf dengan tindakannya itu... cubaannya melarikan diri kerana terlalu terkejut selain keliru selepas mendengar keputusan bersalah dibacakan terhadapnya," katanya. - SH

Najib Tak Dapat Sebarang Imbuhan Terujui 1MDB

Posted: 09 Jun 2015 06:00 AM PDT




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak mendapat sebarang imbuhan selaku pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

"Pengerusi lembaga penasihat 1MDB tidak dibayar imbuhan tahunan atau mengambil sebarang fi, imbuhan atau faedah," demikian jawapan bertulis Kementerian Kewangan kepada Dr Ko Chung Sen (DAP-Kampar).

Ko juga meminta kementerian tersebut menyenaraikan berapa kali lembaga pengarah 1MDB bermesyuarat dalam tempoh lima tahun lalu dan bilangan mesyuarat lembaga penasihat 1MDB yang dihadiri oleh Najib.

"Mesyuarat lembaga penasihat telah diadakan sebanyak dua kali," jawab kementerian itu, tanpa menjelaskan sama ada ia adalah secara tahunan atau sejak penubuhan 1MDB.

Kementerian itu, bagaimanapun, tidak menjawab berapa kali perdana menteri telah mempengerusikan mesyuarat lembaga penasihat itu.

Sementara itu, lembaga pengarah 1MDB bermesyuarat sebanyak 72 kali sepanjang tempoh lima tahun lalu - 11 kali pada 2009, 2010 (16) 2011 (13) 2012 (10), 2013 (8) dan tahun lepas (14).

Dewan Ulama PAS Perlu Akui Kebodohan Mereka

Posted: 09 Jun 2015 05:15 AM PDT

 Asmuni: 'Dewan Ulama perlu akui kesilapannya'




Mokhtar Senik - Pembawa usul dari Dewan Ulama PAS



Dewan Ulama PAS perlu mengakui kesilapan mereka berhubung usul memutuskan hubungan dengan DAP dan menyebabkan PAS tersepit dalam Pakatan, kata peguam dan bekas bendahari parti, Asmuni Awi.

"Perkara seperti ini harus menjadi pengajaran pada masa akan datang kepada semua pihak, dalam politik kita tidak boleh terburu-buru," kata Asmuni dalam laporan Sinar Harianhari ini.

Laporan itu, turut melaporkan Asmuni merujuk kepada Fasal 7 Perlembagaan PAS dan berkata parti itu perlu bermuktamar semula jika ia mahu menarik balik usul itu yang diluluskan tanpa bahas minggu lalu.

"Dengan kata lain, usul diluluskan itu seperti undang-undang yang perlu dilaksanakan memandangkan gerak kerja dan pentadbiran PAS perlu mengikut keputusan muktamar seperti dicatatkan dalam perlembagaan," katanya

Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS minggu lalu berkata, usul yang diluluskan tanpa bahas itu kini mengundang masalah terhadap kerjasama antara PAS dalam kerajaan Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang.

Justeru, katanya, beberapa pemimpin PAS yang mempunyai jawatan dalam kerajaan Pakatan terpaksa melepaskan jawatan berikutan penerimaan usul tersebut oleh muktamar.

"Saya sendiri tidak faham mengapa usul ini beria-ia mahu dibawa dan diluluskan oleh mereka (Dewan Ulama) tanpa memikirkan risiko terpaksa ditanggung.

"Usul dalam muktamar bukan perkara main-main dan tidak boleh ditarik balik pada bila-bila masa. PAS kena laksana, dah tidak boleh bagi alasan," Asmuni dilaporkan berkata.

Najib - Rakyat Jangan Percaya Putar Belit Mahathir

Posted: 09 Jun 2015 04:33 AM PDT

 

Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini merayu rakyat Malaysia supaya tidak "diperdaya" kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkannya "separuh benar, jenaka yang mengelirukan dan berputar belit".

Najib pada Jumaat lepas tidak hadir pada dialog anjuran badan bukan kerajaan yang dijadualkan membincangkan isu semasa termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang turut dihadiri bekas perdana menteri itu.

Menggelar Dr Mahathir sebagai "pakar persepsi umum", Najib dalam satu lagi posting di blognya hari ini mempertahankan dirinya daripada serangan negarawan bersara itu, terutamanya berhubung hutang RM42 bilion 1MDB.

Sebaliknya, katanya, rakyat perlu berfikir sejenak dan menganalisis fakta yang ada, sambil menambah, begitu banyak sumbangan beliau kepada negara sepanjang enam tahun lalu sejak mengambil alih pentadbiran negara.

"Tun ialah seorang ahli politik veteran dan pakar persepsi umum. Beliau faham yang kenyataan politik tidak semestinya mencerminkan kebenaran, tetapi ia mengenai apa yang menjadi kepercayaan masyarakat umum.

"Sebab itu dia terus membuat sindiran, bercakap separuh benar, membuat jenaka yang mengelirukan dan memutar belit kenyataan, supaya pandangannya nampak menarik dan memuaskan," kata Najib dalam satu siri berterusan di ruangan Soalan Lazim blog blog, khusus untuk menangani tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

"Begitu banyak yang kita lakukan dalam tempoh enam tahun yang lalu, tetapi Tun tidak mengendahkan semua ini sebaliknya hanya membangkitkan dakwaan dan masalah kerana beliau tahu, dengan cara itu beliau dapat mempengaruhi fikiran rakyat menentang kerajaan sekarang dan saya," katanya dalam blognya www.najibrazak.com.

"Saya menggesa ahli Umno dan BN bersama dengan semua rakyat Malaysia tidak diperdaya setiap kali Tun menyerang. Fikirlah sejenak dan analisis fakta yang ada."

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT