Isnin, 8 Jun 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Anwar gesa PAS kaji semula putus hubungan dengan DAP

Posted: 08 Jun 2015 10:00 PM PDT


Zack Ahmad's photo.

Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan kekesalan dengan usul PAS untuk memutuskan hubungan dan kerjasama dengan DAP yang diluluskan muktamar tahunan parti Islam itu baru-baru ini. 

Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan kekesalan dengan usul PAS untuk memutuskan hubungan dan kerjasama dengan DAP yang diluluskan muktamar tahunan parti Islam itu baru-baru ini.

"Saya gesa rakan politik kami PAS untuk mengkaji semula usul tersebut yang dilulus tanpa dibahas, dan agar ia tidak dilaksanakan pada ketika ini," kata Anwar dalam perutusan itu.

Menurut Surendran, Anwar juga menghantar pesanan khusus berkenaan isu itu kepada pemimpin DAP Lim Kit Siang dan PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – 9 Jun, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/…/anwar-gesa-pas-kaji-se…


kOMEN:

Zack Ahmad's photo. Kalau PAS Baru masih berdegil tidak mahu berkerjasama dengan DAP; sebaiknya DS Anwar pertimbangkan semula pelawaan PM Najib dulu agar DS kembali kepangkuan UMNO dan dilantik menjadi TPM semula. 

Tawaran tersebut dibuat PM Najib setelah BN kalah dengan undi popular cuma 47%....PADA pru 13 dulu,  tetapi DS menolaknya ketika itu.... 

Rasanya sudah sampai masanya DS harus memikirkan diri DS dan keluarga - persetankan semua mereka2 yang tidak mahu mengikut dan berkerjasama dengan DS. 

 Lagipun DS sekarang sudah berusia 68 tahun pada 10 Oktober akan datang ini. Jangan membuat kerja yang sia sia yang langsung tidak dihargai oleh parti dalam komponen PR. 

Fikir dan timbangkan semula - kasihan keluarga DS - fikirkan tentang cucu cucu yang senantiasa merindui DS.... 


 Ikhlas dari saya: ZAR ALI.

Imbas kembali pemimpin profesional PAS yang disingkir OLEH ANISAH SHUKRY

Posted: 08 Jun 2015 09:15 PM PDT

 
Zack Ahmad's photo.

Selepas beberapa minggu dengan konflik dalaman dan kempen menyelar, muktamar PAS yang berakhir pada Sabtu melihat golongan pemimpin digelar "profesional" hampir kesemuanya disingkirkan kumpulan konservatif, menyapu bersih pemilihan parti paling kontroversi itu.

Antara yang kalah adalah wajah-wajah sering dihantar PAS ke forum dihadiri pelbagai kaum – "pemimpin progresif" dikatakan lebih mesra dengan bukan Islam, dan sering melakukan kawalan kerosakan parti kepada mereka – memusuhi PAS dan rancangannya melaksanakan rang undang-undang hudud Islam.

Salah seorang daripada mereka ialah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang sejak dahulu lagi mencuba mengetengahkan parti di luar undi Melayu-Islam sahaja PAS dengan mengasaskan Dewan Himpunan Penyokong PAS – sayap penyokong bukan Islam – yang kemudiannya menjadi Kongres Penyokong PAS pada 2010.

Sebagai pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Mujahid mewujudkan slogan pilihan raya umum parti "PAS For ALL" yang membantu melembutkan imej keras parti Islam tersebut dan akhirnya mendapat undi bukan Islam, pada ketika MCA agresif dengan kempen anti-hudud.

Mujahid adalah anak kepada bekas Presiden PAS Yusof Rawa, yang terkenal dengan usahanya untuk merapatkan hubungan antara Islam dengan Kristian, dan menulis buku tentang pengalamannya bertajuk "Engaging Christianity: A travelogue of peace".

Pemimpin lantang Mohamed Hanipa Maidin yang di "boo" dan diejek pada muktamar PAS minggu lepas apabila mempertahankan kritikannya terhadap Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pernah dipukul tahun lepas semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS kerana menggelar presiden lemah dan berat sebelah.

Namun Hanipa yang juga seorang peguam merupakan orang penting dalam mendapatkan perhatian umum tentang hudud bagi PAS, dan menulis dua buku berkaitannya, "Undang Undang Hudud Perspektif Perbandingan" dan "Prima Facie".

Beliau juga salah seorang daripada segelintir, ataupun satu-satunya pemimpin PAS yang menyatakan secara umum beliau percaya undang-undang jenayah Islam itu perlu ditangguhkan sehingga orang ramai dapat menerimanya.

Dalam kariernya, Hanipa merupakan peguam bagi bekas mejar tentera udara Zaidi Ahmad yang didakwa mahkamah tentera kerana mengeluarkan kenyataan kepada media tentang bagaimana dakwat kekal digunakan dalam Pilihan Raya Umum 2013 boleh dibasuh dengan mudah.

Sementara itu, ahli akademik Dr Dzulkefly Ahmad yang mengetuai Pusat Penyelidikan PAS, sering menjadi suara pendamai dan kesederhanaan di dalam parti, dan seperti Mujahid, berusaha menjadikan parti tersebut lebih bersifat sederhana.

Semasa perbalahan kontroversi atas kalimah Allah antara masyarakat Islam dan Kristian, bekas ahli Parlimen Kuala Selangor itu merupakan antara yang lantang mempertahankan penggunaan perkataan Arab tersebut bagi bukan Islam, disebabkan ia bukan eksklusif untuk umat Islam.

Dalam surat terbuka serta forum, Dzulkefly juga mempertahankan keputusan parti melaksanakan hudud di Kelantan, menyatakan sebab-sebab seperti demokrasi serta tanggungjawab kerajaan negeri untuk memenuhi kehendak rakyat.

Sementara itu, kekalahan Salahuddin Ayub dalam perebutan jawatan naib presiden PAS mengejutkan ramai pihak kerana beliau seorang yang tidak kontroversi dan memegang jawatan dalam PAS selama 3 dekad, termasuk jawatan ketua Pemuda.

Digelar sebagai "Mr Clean", Salahuddin dilihat sebagai jambatan antara profesional dan ulama tetapi tidak pernah berat sebelah kepada mana-mana golongan.

Seperti golongan ulama, beliau menyokong mana-mana ahli PAS yang mahukan "Islam liberal" patut dibuang, tetapi juga mempertahankan golongan "liberal" seperti Mujahid, Dzulkefly dan Khalid Samad dengan mengatakan mereka patut dibenarkan untuk menyuarakan pandangan mereka.

Bagaimanapun, semasa pemilihan PAS, Salahuddin juga dikaitkan dalam plot yang didakwa ingin menumbangkan presiden PAS.

Walaupun penyiasatan ke atas plot tersebut kian pudar kerana pihak penuduh gagal menghadiri soal siasat parti, khabar angin tentang konspirasi itu masih kekal dan mengakibatkan Salahuddin kehilangan undinya, bersama-sama pemimpin PAS yang mesra Pakatan Rakyat (PR).

Namun bukan semua profesional kalah dalam pemilihan minggu lepas; satu-satunya golongan bukan ulama yang bertahan ialah aktivis Felda Mazlan Aliman – namun beliau juga sedang mempertimbangkan melepaskan jawatannya selepas berasa "terganggu" akibat perpecahan parti.

Mazlan yang mengetuai badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), memperjuangkan hak penduduk dan mencipta nama bagi dirinya kerana melawan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH).

Semasa pemilihan pada Khamis, perwakilan dilihat seperti mengundi mengikut senarai calon disokong ulama atau sayap ulama parti yang kebanyakannya pro-Hadi dan berpengaruh ke atas hal ehwal parti.

Senarai tersebut (cai) disebarkan di perhimpunan Dewan Ulama.

Penggunaan senarai seperti itu dikatakan jarang berlaku dalam pemilihan PAS sebelum ini, di mana ulama, profesional dan aktivis dipilih bercampur dalam pemilihan Jawatankuasa Pusat.

Namun pemilihan PAS tahun ini diadakan semasa perbalahan dalaman atas perbezaan pendapat tentang kepimpinan Hadi dan hala tuju dalam mengimbangkan agenda Islamiknya dengan politik pragmatik. – 9 Jun, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.
 

Peguam negara nafi salah guna kuasa dakwa Nik Nazmi OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Posted: 08 Jun 2015 08:30 PM PDT

 
Zack Ahmad's photo.

"Sebagai seorang pendakwa raya, yang tertuduh (Gani) mempunyai budi bicara di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Acara Jenayah untuk memulakan atau menggugurkan pertuduhan," kata Gani dalam dokumen pembelaannya yang dilihat The Malaysian Insider.


Katanya, pihak pendakwaan mendakwa Nik Nazmi sekali lagi di Mahkamah Sesyen pada Mei tahun lepas untuk memelihara integriti rayuannya di Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, menjawab pembelaan Gani, Nik Nazmi berkata pihak pendakwaan boleh menunggu keputusan rayuan daripada membuat dakwaan baru atas kesalahan yang sama.

Mahkamah Persekutuan pada 8 Mei tahun ini membatalkan rayuan peguam negara terhadap pembebasan Nik Nazmi oleh mahkamah rayuan tahun lepas.

Dalam keputusan bersejarah pada 25 April, 2014, Mahkamah Rayuan menyatakan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Awam (PAA) tidak berperlembagaan kerana seorang penganjur tidak boleh dihukum kerana gagal memberikan notis 10 hari kepada pihak polis.

Nik Nazmi memfailkan dakwaan bagi pendakwaan berniat jahat serta salah guna kuasa oleh peguam negara pada 31 Mac dan menamakan kerajaan sebagai rakan subahat.

Exco Selangor itu juga menuntut ganti rugi yang tidak ditentukan jumlahnya serta pampasan yang diperakui sesuai oleh mahkamah.

Beliau berkata tindakan Gani mendakwanya untuk kali kedua dan merayu terhadap keputusan dakwaan pertama adalah pendakwaan yang dilakukan dengan niat jahat.

Ahli Parlimen Seri Setia itu juga berkata, Gani melakukan kesalahan dalam jabatan awam (tort of misfeasance).

Dalam kenyataan bertulisnya Nik Nazmi berkata, beliau menganjur perhimpunan di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei, 2013 bagi membantah Suruhanjaya Pilihan Raya pada Pilihan Raya Umum ke-13, yang dikatakannya tidak adil dan bebas.

Beliau didakwa di Mahkamah Sesyen kerana menganjurkan perhimpunan tanpa memberi notis 10 hari kepada polis, satu kesalahan di bawah Seksyen 9(5) itu.

Nik Nazmi kemudiannya memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi supaya Mahkamah Rayuan merujuk semula keperlembagaan peruntukan tertentu dalam PAA itu.

Katanya, Gani atas kapasitinya sebagai pendakwa raya, memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan untuk menterbalikkan keputusan Mahkamah Rayuan.

Nik Nazmi berkata Gani memfailkan dakwaan yang serupa terhadapnya di Mahkamah Sesyen pada 6 Mei tahun lepas.

Beliau berkata, mahkamah lebih rendah itu memutuskan melepaskan tanpa membebaskan beliau kerana masih terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 April.

Sementara itu, peguam Syahredzan Johan yang muncul bagi pihak Nik Nazmi semasa pengurusan kes minggu lepas berkata, pembantu registrar kanan (SAR) Mahkamah Tinggi, Pavani Kasi meminta semua pihak kembali pada 18 Jun untuk arahan seterusnya.

Peguam Persekutuan A Kasthuri mewakili Gani.

"SAR itu juga mengarahkan semua parti memfailkan semua dokumen sebagai persiapan untuk perbicaraan," katanya.

Ini kali kedua Gani dikenakan dengan dakwaan yang sama, kali pertama oleh bekas anggota polis Datuk Ramli Yusuff dan peguam senior Rosli Dahlan pada 2013.

Mahkamah Rayuan pada 1 April tahun ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menyebelahi Ramli dan Rosli. – 9 Jun, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Empat maut dalam nahas dan lemas

Posted: 08 Jun 2015 08:00 PM PDT

 
 
 
 
Empat orang maut - dua dalam nahas jalan raya dan dua lagi lemas - dalam dua kejadian di Selangor dan Johor semalam.

Dalam kejadian pertama dua saudara maut selepas kenderaan yang dipandu hilang kawalan sebelum merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 112.3 Lebuh Raya Utara-Selatan, berdekatan Yong Peng, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Din Ahmad berkata kedua-dua mangsa dikenali Mohammad Nawawi Zulkifli, 22, dan Nurul Jannal Osman, 28 tahun.

Din berkata kejadian berlaku kira-kira 9 pagi apabila Mohammad Nawawi yang memandu dari arah Pagoh menuju ke Yong Peng gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh belakang sebuah lori yang bergerak perlahan di lorong sama.

Akibat rempuhan, Mohammad Nawawi dan saudara perempuannya itu mati di tempat kejadian manakala pemandu lori berkenaan pula, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat kedua mangsa telah dihantar Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk dibedah siasat, katanya.

Menurut Din, hasil siasatan awal mendapati kenderaan tidak mengalami masalah kerosakan brek dan cuaca dilaporkan baik semasa kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta pengangkutan Jalan 1987.

Dalam satu lagi kejadian, dua pelajar lelaki sebuah institusi pengajian tinggi swasta di sini lemas manakala tiga rakan mereka terselamat dalam kejadian yang berlaku di kawasan perkelahan Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai W. Kevin Raj dan L. Viknesh setelah gagal diselamatkan oleh rakan-rakan mereka.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baharu P. Kiretharan berkata ketika kejadian kelima-lima pelajar terbabit sedang bermandi manda sebelum
kesemuanya tenggelam timbul akibat paras air yang dalam.

"Salah seorang darinya yang mahir berenang telah menyelamatkan dua rakannya manakala dua lagi gagal diselamatkan lalu tenggelam pada kedalaman air sehingga tujuh meter," katanya kepada Bernama.

Menurutnya, penduduk yang menyedari kejadian itu telah bertindak menghubungi pihak bomba sebelum 14 anggota dari Pasukan Khas dan Operasi bergegas ke lokasi kejadian.

Jelasnya, mayat mangsa pertama ditemui kira-kira 4.08 petang semalam manakala mangsa kedua dijumpai 13 minit kemudian.

"Mayat kedua-duanya telah diserahkan kepada pihak polis," katanya.

Menurutnya kelima-limanya berusia dalam lingkungan 23 tahun hingga 25 tahun serta berasal dari Puchong.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt. R.Supramaniam berkata, mayat kedua-duanya telah dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat.

- Bernama

Ni la bahananya bila Ulama' jahil bab ilmu persepsi

Posted: 08 Jun 2015 07:30 PM PDT

 
Paling kurang pun, takkan depa tak terfikir yang depa sendiri pun kena putuskan hubungan dengan DAP termasuklah tak boleh bermesyuarat dan berurusan dengan ahli DAP. Pegang jawatan kejadah apa kalau nak berurusan pun tak boleh.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Pengerusi DAP Selangor Tony Pua hari ini berkata, mustahil untuk meneruskan kerja seperti biasa di negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat (PR) susulan usul muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP.
Beliau berkata, "sukar dibayangkan" bagaimana seseorang boleh percaya PR dapat diteruskan selepas usul itu diterima tanpa perbahasan oleh muktamar PAS, walaupun parti Islam itu berkeras mengatakan keputusan itu belum muktamad. - TMI.
Juga dilaporkan:
"PR di Selangor kini berada dalam keadaan yang tidak pernah dialaminya. Satu-satunya perkara yang pasti dalam situasi ini ialah, keadaan tidak boleh, atau tidak akan sama lagi, selepas ini.
"Sukar dibayangkan sesiapa boleh berfikir atau percaya PR boleh terus wujud dalam keadaan semasa ini dengan adanya usul yang begitu jelas," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.

Pua berkata, hubungan rapuh antara pemimpin PR Selangor diburukkan lagi dengan ancaman Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat Nasrudin Hassan pada Jumaat, mengatakan ulama akan menggunakan "lutut" dan "siku" mereka mengajar DAP.

Pua juga mempersoalkan bagaimana kerajaan negeri boleh berfungsi sekiranya ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) PAS enggan bekerjasama dengan exco DAP.

"Boleh bayang tak bagaimana mesyuarat exco negeri akan menjadi di luar realiti, dengan exco PAS mengabaikan exco DAP atau berpura-pura mereka tidak wujud?

"Masalahnya tidak hanya akan timbul dalam dalam exco, tetapi di semua peringkat kerajaan Selangor.

"Adakah ahli majlis tempatan PAS, contohnya tidak akan mengendahkan semua komen, cadangan dan saranan ahli majlis tempatan DAP ketika menjalankan tugas mereka di peringkat kerajaan tempatan?," katanya. - Ibid.
Aku sangat-sangat yakin, takdak sorang pun perwakilan Dewan Ulama terfikir bab PERSEPSI macam yang Tony Pua tu cakap.

Bagi yang tak terlibat secara langsung aku tak berapa nak heran, tapi aku yakin ramai jugak perwakilan Dewan Ulama' yang ada jawatan lantikan politik di Penang dan Selangor, takkan depa-depa tu pun tak terfikir.

Paling kurang pun, takkan depa tak terfikir yang depa sendiri pun kena putuskan hubungan dengan DAP termasuklah tak boleh bermesyuarat dan berurusan dengan ahli DAP. Pegang jawatan kejadah apa kalau nak berurusan pun tak boleh.

Lagi satu, aku tak dapat bayangkan kalau aku la jadi depa, berkeras tak mau jawatan tentu punya kena ejek tahap gaban punya, mana nak letak muka oooiii...
Hahaha...



Cenangau Daunkari

Ketua Cabang PKR dedah punca keluar parti, sertai DAP - FMT Reporters

Posted: 08 Jun 2015 07:00 PM PDT

 

pas-pkr-dap_600
Dia mendakwa PKR sebuah parti yang tidak terurus dan mempunyai polisi bercanggah.

PETALING JAYA: Seorang bekas Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan punca dia meninggalkan parti itu dan menyertai DAP.

Dia yang keluar PKR dan menyertai DAP pada 16 Mei lalu mendakwa, PKR sebuah parti yang tidak terutus dan mempunyai polisi bercanggah.

Katanya,pemimpin tertinggi PKR sering meminggirkan dan tidak menghargai ketua-ketua cabang dan ahli peringkat bawahan.

"Saya memilih menjadi ahli DAP kerana parti ini lebih menghargai saya. Walaupun saya keluar dari PKR, mereka tetap menerima saya," katanya kepada FMT.

Dia yang pernah berkhidmat dengan seorang bekas EXCO Selangor turut mengkritik pentadbiran Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang didakwanya mengamalkan pembaziran.

Dia memberi contoh pembaziran apabila Kerajaan Selangor memperuntukkan RM15 juta untuk Pasukan Bola sepak Selangor (FAS), dua kali ganda lebih tinggi berbanding pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Saya tak nampak keperluan Kerajaan Negeri keluar duit dalam jumlah yang terlalu besar untuk membayar gaji pasukan bola sepak, " katanya yang mengakui pengurusan kewangan Selangor lebih baik di bawah Abdul Khalid.

FULL LAAA MAK

Posted: 08 Jun 2015 06:30 PM PDT


KOMENTAR
dewan ulamak pas buat keputusan
amat jelas badan tertinggi ini buat keputusan
amat jelas keputusan putus hubungan dengan DAP

tetiba
ada yang berhujah ini dan itu
berhujah untuk tidak memutus hubungan dengan DAP

ini membuktikan bahawa dewan ulamak 
hanya kumpulan yang membuat keputusan
tapi tidak ramai yang mengikut keputusan itu
heboh heboh mengatakan bahawa dewan ularmak ini
wajib dipatuhi dilihat sekarang sebagai lawak bodoh

dalam masa yang sama
apa yang sedang berlaku dalam PAS
dalam pentabiran selangor
membuktikan bahawa
duit  gaji elaun pangkat
lebih kuat dari keputusan dewan ularmak

NOTA
tak caya tanya mat serban
kalau tak juga percaya
tanya le poulet din



Mujahid letak semua jawatan di Pulau Pinang, teruskan dialog antara agama

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang  Dr Mujahid Yusof Rawa mengikut contoh Mohamad Sabu, meletakkan kesemua jawatan dalam kerajaan negeri pimpinan DAP, sebagai menghormati keputusan Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan parti sekular itu. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mujahid-letak-semua-jawatan-di-pulau-pinang-teruskan-dialog-antara-agama#sthash.8l77Iqm5.dpuf

KAH KAH KAH
woit
di selangor ada 5000 ekor ular 
hidup makan tidoo baring
dari tangan cina kapir
bila agaknya ular ular ini
nak berhenti
kah kah kah
baru sedar langit tinggi
baru sedar fulus  tak masuk
baru sedar tak ada kapir
tak boleh hidup
APA PUNYA ULAR
 

Mujahid kepada wala'un : 'Undurlah demi maruah'

Posted: 08 Jun 2015 06:00 PM PDT

Tunggu apa tunggu puak-puak wala'un yang bekerja dengan kerajaan Pulau Pinang bawah LGE? Hoi, korang pakai kulit muka apa?

Korang tak ada maruah ker? Siku dan kepala lutup hangpa masih ada dan kuat tak boleh cari rezeki lainkah?

Belajarlah jadi nelayang dengan alMaranggi... Allah redha kah korang masih mahu bekerja dengan DAP yang korang kata duk tolak hudud duk kutuk PAS?

Mana maruah korang sebagai orang Islam??

Aku tabek dengan anak almarhum Yusuf Rawa nih...tak macam korang yang loklaq, cakap dah tak mahu berkawan dengan DAP, tapi masih mahu jadi kuli depa apasal? Alfulus? Hahahaha...

Selepas Mohamad Sabu, seorang lagi pemimpin progresif PAS meletakkan jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang. Anggota Parlimen Parit Buntar Mujahid Yusof Rawa mengesahkan mengosongkan semua jawatannya dalam kerajaan negeri, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.

'Undurlah demi maruah'

Mujahid kini menyandang jawatan sebagai anggota lembaga Yayasan Islam Pulau Pinang dan ahli lembaga pengarah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang, bawah kelolaan Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Katanya langkah itu diambil selari dengan keputusan muktamar dan berharap pemimpin lain mempunyai semangat sama.

"Saya letak jawatan kerana saya dilantik atas kapasiti parti," katanya. Sementara itu, dalam kenyataannya awal malam ini,

Mujahid berkata usul dalam muktamar baru-baru ini bermaksud PAS sudah hilang kepercayaan kepada Pakatan.

"Sebagai memenuhi keputusan muktamar yang merupakan keputusan tertinggi parti adalah bermaruah saya melepaskan jawatan yang dilantik atas kapasiti parti," katanya,

"Semoga keputusan ini memberi semangat kepada rakan-rakan lain yang terlantik atas kapasiti parti PAS sebagai salah satu anggota kerajaan Pakatan untuk melepaskan jawatan bagi memelihara maruah parti yang disayangi dan terhormat."


 
PERKUKUHKAN PAKATAN RAKYAT.


PRU14 - Kajian Pakar Sahkan BN Akan Menang Mudah Setelah PR Berjaya Dihancurkan

Posted: 08 Jun 2015 05:15 PM PDT

 
Zack Ahmad's photo.

BN boleh menang dengan sokongan bawah 50%

Ketika hubungan PAS-DAP suram, seorang penganalisis meramalkan bahawa pilihan raya umum akan datang boleh menyaksikan kecenderungan pertembungan tiga penjuru, dengan BN
menang dengan sokongan kurang 50 peratus.


Pengarah pusat kajian Merdeka Center Ibrahim Suffian berkata dalam keadaan pilihan raya Malaysia "yang bebas tetapi tidak adil", pembangkang perlu bekerja keras bagi memastikan perlawanan satu lawan satu.

"Memandangkan parti Islam itu memutuskan tidak bekerjasama dengan DAP dan menyebabkan pakatan pembangkang tidak berfungsi lagi, tiada lagi pakatan pembangkang yang berwibawa bagi memastikan pertandingan satu lawan satu di pelbagai kerusi," katanya.

Justeru, katanya, banyak kawasan berpotensi berlaku pertandingan tiga penjuru seperti di Sabah yang akhirnya menyaksikan BN menang bawah sokongan 50 peratus.

Ibrahim berkata pertembungan mungkin berlaku antara Umno, PAS, PKR atau parti lain.

Ibrahim berkata demikian dalam dalam persidangan dua hari berkaitan pilihan raya umum ke-13 di ibu negara hari ini.

PAS dalam muktamarnya baru-baru ini menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP tetapi kekal bersama PKR dan Pakatan.

Tun M tak pernah berdebat walau dikritik - oleh: Faiz Zainudin

Posted: 08 Jun 2015 04:30 PM PDT


shabery cheek, najib, mahathir

Debat terbuka bukan menjadi budaya di negara ini kerana tidak pernah dipratikkan oleh kepemimpinan terdahulu.

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah mengadakan debat terbuka sepanjang 22 tahun berkuasa.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, Dr Mahathir tidak pernah memberi ruang perdebatan terbuka walaupun dikritik Tunku Abdul Rahman dan pembangkang.

"Semasa Dr Mahathir memerintah dulu pun, beliau tidak pernah berdebat dengan pembangkang atau bekas Perdana Menteri. Saya masih ingat ketika itu, Dr Mahathir sendiri dapat banyak kritikan daripada bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman.

"Tetapi bukan secara tradisinya untuk kita buat debat terbuka," katanya dalam sidang media di Parlimen, pada Isnin.

Shabery berkata, tiada keperluan untuk menyiarkan secara langsung di televisyen debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Dr Mahathir.

Jumaat lalu, forum 'Nothing 2 Hide' yang sepatutnya dihadiri oleh Najib dan Dr Mahathir bagi menjawab isu 1MDB terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan.

Shabery berkata, masih ada cara lain yang lebih baik boleh digunakan untuk memberi penjelasan isu berkenaan.

"Kalau saya ada berbeza pendapat dengan ayah saya misalnya, saya tidak akan bahas secara terbuka.
"Kita ada cara sebaik-sebaiknya iaitu cara anak beranak," katanya.

Kesombongan, Fitnah dan Tuduhan Palsu di sebalik tendangan maut terhadap progresif dalam PAS

Posted: 08 Jun 2015 04:00 PM PDT

 
Bagi pemerhati dan penganalisis yang mengikuti perkembangan dalam PAS secara neutral, agak sukar untuk tidak berasa sedih apabila melihat perkembangan yang berlaku dalam Muktamar PAS ke-61 yang baru berlangsung. 
 
Hal lebih dirasakan apabila seseorang mengikuti dengan lebih dekat dan menyaksikan sendiri muktamar yang berlangsung selama tiga hari itu. Pergelutan kuasa yang berlaku sekian lama antara kem agamawan dan kem progresif menemui penamatnya dengan penguasaan menyeluruh kem agamawan.

Di sebalik semua label dan alasan ketidaksenangan yang dimomokkan terhadap golongan progresif ini, tidak ada yang dianggap lebih berperanan penting selain "kesombongan". Kesombongan merupakan faktor yang menggarisbawahkan keterpinggiran golongan progresif ini dalam PAS.

Kebolehan dan keupayaan yang dimiliki golongan progresif. menyebabkan pemimpin-pemimpin progresif seperti ini tidak langsung dihargai walaupun merekalah yang memainkan peranan signifikan dalam meletakkan PAS ke kedudukan sekarang.

Kesombongan menyebabkan fitnah dan tuduhan palsu dibenarkan dijaja dan dibenarkan berleluasa. Kempen yang berlangsung seakan-akan menghantar mesej yang "tidak mengapa berbuat sedikit kejahatan dengan maksud untuk mengekang kejahatan yang lebih besar".

Mengejutkan apabila diktum seperti ini diamal dan dipraktikkan secara meluas dalam pemilihan yang berlangsung. Sekian lama pegangan Machiavelli ini hanya hidup subur dalam Umno. 
 
Apabila lawan jatuh, maka tindakan seterusnya bukanlah berhenti tetapi terus memijaknya. Kini, PAS juga kelihatan amat ghairah untuk menginstitusikan kesombongan seperti ini.

Kerana sombong, PAS tidak dapat lagi melihat secara rasional mana kaca dan mana permata. Bukan sahaja mereka menyingkirkan tenaga intelektual yang merupakan aset berharga parti, tetapi juga menghantar mesej yang "kami tidak memerlukan pengetahuan ilmu moden dan bantuan kaum-kaum lain untuk mentadbir negara". 
 
Kesombongan menyebabkan PAS mahu menoleh semula ke belakang sedangkan dunia sudah jauh bergerak ke hadapan.

Kesombongan menyebabkan PAS masih mahu berpegang pada Islamisme sedangkan dunia sedang bergerak ke arah pasca Islamisme. Kesombongan menyebabkan apa sahaja idea-idea yang bertentangan dilihat sebagai ancaman dan bukan sebagai kelainan.

Tidak ada ruang untuk berbeza pendapat. Kerana sombong dan tidak mahu menerima kelemahan diri, apa jua alasan cuba dihamburkan bagi menutup pembersihan yang berlaku.

Sebagai contoh, penegasan yang yang parti itu masih mempunyai golongan profesional seperti pensyarah walaupun kumpulan progresif ini tersingkit. 
 
Tetapi profesional bukan sekadar dilihat dari segi status pekerjaan. Ia juga dicerminkan kepelbagaian ideologi, keterbukaan, kemahuan berbeza pandangan dan dekat dengan kemodenan.

Bagi yang mengikuti secara dekat muktamar yang berlangsung selama tiga hari, kesombongan adalah bahasa badan yang paling menonjol terpapar. 
 
Dalam bentuk pengendalian muktamar yang jelas menampakkan kecondongannya pada ideologi semasa, dalam bentuk laungan takbir yang dikhususkan hanya untuk perwakilan-perwakilan pro-agamawan, dalam bentuk wajah beberapa pemimpin tertinggi PAS yang amat ketat dan tidak langsung pernah tersenyum, dalam bentuk sorakan sindiran yang tidak putus-putus ditujukan kepada golongan progresif yang berucap dan sehinggalah kepada kehilangan suasana kesedihan yang sewajarnya dirasakan berikutan kepergian golongan progresif ini dari parti.

Tangisan Hanipa Maidin dan juga nyanyian melankolik Mohamad Sabu hanya mampu mengheningkan suasana tetapi tidak mampu membuatkan mana-mana perwakilan untuk bangun memujuk atau menahan keputusan beliau yang ingin meletakkan jawatan dari semua jawatan yang disandangnya. 
 
Bahasa badan yang ditunjukkan bukan sahaja melengkapkan pembersihan yang berlaku tetapi semacam menghantar mesej "jika boleh, kami tidak mahu lagi kamu kembali di sini".

Apa yang berlaku dalam Muktamar PAS 61 adalah tragedi sebuah kesombongan. Sombong dengan kekuatan diri dan lantas menjadi taksub dan narsistik. PAS seperti seorang suami yang baru mendapat "isteri kedua" yang kaya, cantik dan berpendidikan. 
 
Tetapi apabila jatuh sakit, isteri pertama yang tua dan kurang cantik yang sering dicari untuk menjaga si suami kerana isteri kedua tadi rupanya tidak boleh diharapkan.

Kesombongan menyaksikan kapal Titanic karam walaupun dianggap sebagai kapal yang tidak akan karam. Kesombongan membuka jalan kepada tragedi 9/11 di Amerika Syarikat. Kesombongan jugalah yang kini menjadikan Umno terumbang-ambing.

Muktamar PAS menyarankan yang kesombongan merupakan nilai yang kini menjadi virtue dalam parti tersebut. Kesombongan yang wujud dalam PAS amat menakutkan dan lebih menakutkan dari kesombongan Umno. 
 
Dalam mana golongan ini sering mengkritik keangkuhan kuasa Umno, mereka terlupa untuk menyelak kesombongan diri sendiri.

Benarlah kata-kata tokoh revolusi Poland, Lech Walesa yang mengingatkan tentang kewujudan pemimpin yang menghasilkan sistem dan kepimpinan yang lebih buruk (dibaca: lebih sombong) selepas menggulingkan sistem yang mereka tentang sebelum itu.

Ironinya, kesombongan ini seolah-olah hanya disedari wakil DHPP yang bukan beragama Islam apabila menyatakan kejutannya terhadap kebejatan yang berlaku. Untuk wakil DHPP ini, pertimbangkan logik ini. 
 
Jika kesombongan seperti ini boleh dilakukan terhadap saudara seagama mereka, adakah anda merasakan yang mereka akan berfikir dua kali untuk melakukan kesombongan yang serupa kepada mereka yang bukan seagama?

Tahniah sekali lagi kepada PAS. Gunakanlah "cakaran", "siku", "lutut" (dan juga laungan takbir) itu sebaik mungkin.

■ Oleh Muhamad Takiyuddin Ismail

PKR kata Tun M terima pembalasan FMT Reporters

Posted: 08 Jun 2015 09:00 AM PDT

 
Rafizi-Ramli_mahathir_600

Menerusi akaun Twitter, pemimpin PKR menyifatkan apa yang berlaku terhadap Tun M adalah karma kerana layanan buruk terhadap pembangkang ketika berkuasa 

PETALING JAYA: Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan apa yang berlaku kepada Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan pembalasan terhadap layanannya kepada pembangkang ketika berkuasa.

Pemimpin PKR menggunakan laman sosial Twitter untuk menyindir Dr Mahathir kerana dihalang berucap pada Dialog Bersama PM 'Nothing2Hide' pada Jumaat lalu.

Mereka berpendapat, sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir telah menggunakan pelbagai akta drakonian seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan dan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak untuk menyekat kebebasan bersuara di negara ini.

"Tun Mahathir jadi mangsa kepada budaya dan perangai yang dia sudah bentuk ketika dia berkuasa dahulu. Sekarang dia sudah dapat balasan dari peninggalannya.

"Saya harap beliau buka mata orang UMNO yang kuat sokong Akta Hasutan apabila perkara ini terjadi kepada diri sendiri," kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Ahli Dewan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shaari berkata, bagi sesetengah orang menyifatkan apa yang berlaku itu mungkin karma bagi Dr Mahathir.

"Ini jadi #something2Hide. Ada yang pandang dia hero, ada yang pandang ia satu karma," tulisnya.

Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendren berkata, Dr Mahathir telah 'disenyapkan' oleh amalan kuku besi yang diamalkannya sendiri sewaktu menjadi Perdana Menteri.

"Dr M disenyapkan oleh negara kuku besi yang dia sendiri cipta," katanya.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Azmizam Zaman Huri pula berkata, Dr Mahathir tidak boleh menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semata-mata.

"Dulu Dato' Seri @anwaribrahim kena macam ni semasa zaman Tun Mahathir berkuasa sebagai PM… Sekarang Dato' Seri Najib yang berkuasa… So Tun Mahathir jangan salahkan Dato' Seri Najib pula sebab ini semua ajaran Tun Mahathir jugak hahaha…," sindirnya.

Ketua Srikandi, Siti Aishah Shaikh Ismail pula menyindir Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didakwanya tidak boleh menjamin keselamatan Perdana Menteri apatah lagi keselamatan rakyat.

"Dibatalkan atas alasan keselamatan…Bayangkan keselamatan PM di tempat awam pun PDRM tak boleh jamin apatah lagi keselamatan RAKYAT.. #1MDB," tulisnya.

Lagi satu tweetnya berbunyi "Tun jangan nak opocot sangat la Najib tak datang hari ni, Tun pun masa kita mintak debat dengan DSAI (Anwar) dulu tak datang juga kan," tulisnya, lapor 


KeadilanDaily.com.

Najib, berhentilah memfitnah Pas - FMT Reporters

Posted: 08 Jun 2015 08:30 AM PDT

najib
Pas tidak akan sesekali mengubah pendirian untuk tidak bekerjasama dengan UMNO.

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dinasihatkan supaya berhenti meneguk di air keruh dengan memfitnah Pas.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas tidak akan sesekali mengubah pendirian untuk tidak bekerjasama dengan UMNO.

Katanya, Najib menggunakan Pas untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu lebih besar iaitu skandal 1MDB.

Sebelum ini, Najib dilaporkan berkata, UMNO sedia bekerjasama dengan Pas demi kebaikan ummah tetapi kerja sama itu tidak semestinya menerusi kerajaan perpaduan.

Tuan Ibrahim berkata, Najib tidak boleh lari daripada realiti sebenar di mana beliau telah merosakkan negara menerusi 1MDB.

"Najib boleh melarikan diri daripada forum ‪Nothing 2 Hide. Namun, beliau tidak boleh lari daripada masalah negara.

"Kamu boleh hancurkan diri kamu dengan 1MDB. Tapi jangan hancurkan negara dengan 1MDB. Cukuplah kamu meranakan rakyat dengan GST, janganlah kamu meranakan generasi masa depan dengan 1MDB," katanya.

Beliau juga menasihatkan Najib meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan kerana 1MDB sedang disiasat Bank Negara Malaysia sekali gus boleh menimbulkan prejudis.

Pelantikan semula Ahmad Jauhari keputusan kejam – Nurul Izzah FMT Reporters

Posted: 08 Jun 2015 08:00 AM PDT

   
Nurul, Jauhari

Beliau mendesak Khazanah Nasional mengkaji semula pelantikan itu dan menjelaskan kriteria pemilihan Ahli Lembaga Pengarah Malaysia Airlines

PETALING JAYA: Pelantikan semula bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Datuk Ahmad Jauhari sebagai Ahli Lembaga Pengarah Malaysia Airlines Berhad (MAB) merupakan tindakan tidak adil kepada 6,000 bekas kakitangan MAS yang dipecat.

Katanya, keputusan itu juga kejam kerana Ahmad telah gagal memberikan prestasi tetapi dibawa masuk semula dengan pelbagai faedah dan ganjaran lumayan.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berkata, Ahmad bertanggung jawab sepenuhnya terhadap salah tadbir urus MAS sehingga menyebabkan menanggung kerugian besar.
"Pelantikan Ahmad ini amat mengejutkan. 

Jika syarikat baru ditubuhkan untuk memasuki fasa baru, ia sepatutnya memutuskan hubungan terus dengan pentadbiran lama," katanya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, laman sesawang Malaysia Airlines memaklumkan pelantikan itu berkuatkuasa Mei lalu.

Katanya, merujuk laporan kepada Bursa Malaysia, MAS mencatatkan kerugian RM4.22 bilion dalam tempoh September 2011 sehingga September 2015.

Bermula Jun 2015, kesemua 20,000 kakitangan MAS telah diberikan surat pemecatan dengan 14,000 ditawarkan semula bekerja dengan pengurusan baharu, MAB, manakala 6,000 telah hilang pekerjaan.
"Pelantikan ini jelas satu skandal apabila pihak yang bertanggungjawab dalam salah urus tadbir dan kegagalan MAS dibawa masuk kembali dengan menerima gaji Pengarah dan ganjaran lain manakala beribu pekerja yang setia telah diabaikan," katanya.

Nurul Izzah berkata, Khazanah Nasional perlu memberi penjelasan terhadap keputusan kejam itu atau membatalkan pelantikan itu jika gagal mempertahankannya.

"Saya mendesak Khazanah Nasional mengkaji semula pelantikan Ahmad dan menjelaskan kriteria pemilihan Lembaga Pengarah MAB.

"Saya tidak dapat bayangkan bekas CEO MAS yang gagal menunjukkan prestasi yang baik dibawa masuk semula dengan pelbagai faedah sedangkan pekerja lain dipecat atas dasar penjimatan operasi," katanya.

Kedudukan atau reda Allah yang dikejar? – Mohamad Sabu Written By canang

Posted: 08 Jun 2015 07:15 AM PDT

Kedudukan atau reda Allah yang dikejar? – Mohamad Sabu

Setiap orang atau kumpulan yang ingin mempertahankan jawatan di dalam PAS sama ada di Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat termasuk AJK PAS Pusat berhak menonjolkan kerja dan prestasi mereka. Mereka yang mempertahankan jawatan atau kedudukan cuba menonjolkan prestasi mereka sepanjang mereka memegang jawatan.

Mereka yang ingin mengambil alih atau menawarkan diri untuk berkhidmat melalui memegang jawatan akan menonjolkan idea baru dan mendedahkan kelemahan dan prestasi mereka yang sedang memegang jawatan.

Semua kerja itu perkara atau perbuatan biasa dalam sesuatu organisasi atau parti.
Melalui sekelompok pemimpin dan ahli PAS cuba mempertikaikan timbalan presiden PAS dan beberapa orang di antara mereka Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar, Dr Hatta, Suhaizan Kayat, Dr Mariah, Mohamed Hanipa Maidin, Khalid Samad dan beberapa lagi tidak menjunjung dan mempertahankan kepimpinan ulama.

Bagi saya tuduhan itu perkara biasa dan pihak yang kena tuduh cuba menjawab dengan pelbagai cara.

Kemudian mereka dikumpulkan dalam kumpulan (Jebon) dan anti ulama. Lebih parah lagi mereka juga dituduh lebih walak dan taat pemimpin parti lain sama ada PKR atau DAP.

Tuduhan itu dicurahkan melalui Majlis Multaqa, Nekad dan tuduhan tidak membela presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika diserang DAP.

Saya menjadi sasaran utama kerana dituduh tidak membela presiden dalam kemelut menteri besar Selangor dan hadapi DAP.

Kecam mengecam antara pimpinan PAS dan DAP hampir sudah tidak terkawal lagi. Tulisan dan pandangan pemimpin PAS supaya putus hubungan dengan DAP dan bersedia untuk "bersendirian".

Kemuncaknya, bila Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulama pada 3 Jun, 2015 lalu menegaskan syarat tahaluf siyasi dengan DAP sudah rosak dan tamat.

Usul Muktamar Dewan Ulama diluluskan pada hari yang sama dan mendapat sokongan 100% daripada perwakilan supaya PAS putuskan hubungan dengan DAP.
Kira-kira 10.30 malam 4 Jun, 2015 keputusan pemilihan muktamar di ketahui di mana saya, Salahuddin, Mahfuz, Husam, Hanipa, Dr Hatta, Dr Siti Mariah dan lain-lain semuanya tewas.

Seminggu sebelum itu presiden memberi pandangan ahli PAS boleh pilih sama ada mereka yang dilihat mewakili DAP atau yang pertahan dasar.

Mereka yang dilabelkan tunduk kepada DAP dan "Anwarinas" semua tewas belaka.
Di Muktamar pada 6 Jun, 2015 usul untuk putus hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas. Usul kawasan Tumpat dan Dewan Ulama.

Bila usul itu diluluskan, ia menjadi gempar. Bagaimana kedudukan penjawat jawatan di Pulau Pinang (yang paling terkesan).

Bagaimana pula kedudukan PAS dan anggotanya di Selangor - kerajaan negeri, exco, jawatan berkaitan yang dianggarkan lebih 5,000.

Ucapan penggulungan pada 6 Jun, 2015 saya mengambil keputusan meletak semua jawatan yang bersangkutan dengan kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin DAP.

Sekarang saya dapat melihat menggunakan melabel, menuduh orang itu alat itu, suruhan itu ini, Anwarinas, Agen DAP hanyalah alat untuk mencapai kedudukan.

Sudah dapat kedudukan, cuba cari jalan untuk berbaik semula dengan DAP. Orang yang bersama membina Pakatan Rakyat dari awal sudah dinyahkan.
Kedudukan dan jawatan paling dikejar?

Moga Allah memberi petunjuk kepada kita semua. – 8 Jun, 2015.

* Mohamad Sabu ialah bekas timbalan presiden PAS

YAB Azmin Ali Bukan Calang Calang Orang Untuk Ditumbangkan !!

Posted: 08 Jun 2015 06:30 AM PDT

Perbalahan Pas - DAP bakal goyang kerajaan Selangor

RENUNGAN T/HARI                                                                       
Azmin pening kepala?
Sekiranya perseteruan antara Pas dengan DAP yang tampaknya makin hari makin tegang, (dan makin menegang selepas Pas selesai mengadakan muktamar dan membuat pilihan secara borong raga), ianya bakal membawa padah kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
Tidak mustahil kerajaan berusia dua tahun itu akan hancur dan satu pilihan raya negeri terpaksa diadakan. Keadaan ke arah pilihan raya negeri Selangor diadakan pernah terbayang sebelum ini apabila Pas tidak sekata dalam soal untuk menurunkan Abdul Khalid Ibrahim MB yang berbuat tanpa mengikut kehendak parti, akan diganti dengan Dr Wan Azizah Ismail.

Pas menenatng cadangan PKR itu dengan alasan projek Kajang Move itu tidak dirundingkan dengan mereka terlebih dahulu. Pas menuntut dia ada hak dalam urusan menenurunkan MB itu, walhal konsensus telah dicapai Selangor adalah hak PKR, melantik MB.


Manakala dalam masa sama Pas berkenan agar Khalid Ibrahim terus menjadi MB Selangor sehingga Pas sedia menerima Khalid menjadi ahli Pas sekiranya perlu atau ditolak oleh PKR. Begitu sekali Pas tergila-gilakan Khalid. Satu perjumpaan separa rasmi antara Khalid dengan pimpinan tertinggi Pas termasuk presiden dan setiausaha agung juga telah diadakan.

Sikap Pas itu menjelaskan parti itu tidak tahu malu dan tidak ada rasa hormat kepada kawannya sendiri. Tindakan itu juga menunjukkan pemimpinan Pas khasnya presiden tidak reti bahasa dalam soal berkawan dan berpolitik jauh sekali melihat kepada implikasi dan risiko atas apa yang terjadi.

Bagaimana pun keadaan itu tidak sampai membawa kepada kemungkinan diadakan pilihan raya semula, kerana masalah penukaran MB itu selesai apabila akhirnya Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah menjadi MB Selangor. Khalid yang mulanya berkeras akhirnya terpaksa bungkus tikar bantal dan terjun jendela.

Pas juga apabila gagal untuk mempertahankan Khalid terpaksa akur dan tunduk dengan pelan pertukaran itu, tetapi dengan mengalami sedikit kerugian apabila kerusi exconya dikurangkan dari empat kepada tiga. Itulah perjuangan dan kebijaksanaan politik Pas? Bertanak nasi periuk besar, sedang diri tidak pakar akhirnya nasi mentah.

Kali ini suasana tidak menyenang dan membimbangkan telah timbul semula yang berpuca daripada sikap Pas juga. Kali ini parti agama itu telah mencadangkan untuk memutuskan hubungan dengan DAP. Cadangan itu dibuat tergesa-gesa dan bersifat angkuh tanpa melihat kepada keadaan semasa khususnya kedudukan kerajaan Pakatan di Selangor yang didokong sama oleh Pas.

Barang kali Pas lupa, bahawa kerajaan Selangor itu tegak bukan sahaja kerana sokongan Pas, tetapi kerana sokongan DAP sama. Pas mungkin berasakan kuat dan besar kepala apabila parti itu memiliki 15 kerusi dimana, itulah pertama kali dalam sejarah pilihan raya parti itu mendapat kerusi banyak di Selangor. Kejayaan itu menyebabkan Pas jadi lupa diri dan mudah melupai jasa-jasa dan persepakatan dengan orang lain.

Sekiranya Pas menyedari hakikat ini, mereka tidak angkuh dan sombong. Mereka perlu membuat perhitungan panjang sebelum menerima usul tanpa bahas untuk bercerai dengan DAP. Tentunya parti itu akan berwaspada sebelum menerima usul berkenaan.

Keadaan kini semakin gawat dan kritikal. DAP jelas sudah turut hilang akal sama dan tidak boleh berdamai lagi dengan Pas. Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sangat geli geleman dengan Abdul Hadi Awang dan beberapa kerat yang lain.

Sekiranya perkara ini berterusan, tidak msutahil krisis Pas - DAP itu juga akan membabitkan PKR dan seterusnya mengoyang kerajaan Pakatan di Selangor. DAP tidak dapat tidak akan memberi kata dua kepada PKR sama ada kekal bersama Pas atau pun kekal bersamanya untuk kelangsungan kerajaan.

DAP ada kekuatan dan modal untuk membuat pilihan itu berbanding dengan Pas. Kedudukan kerusi DAP dalam DUN Selangor sebanyak 15 kerusi cukup untuk parti itu memberi kata dua kepada PKR. Pas walaupun mempunyai kerusi sama banyak dengan DAP tetapi sudah berkurangan apabila dua orang wakilnya (Saari Sungip dan Hasnol)  di pecat atau digantung keahliannya. Pas kini pada dasarnya mempunyai 13 kerusi sahaja.

Kedudukan itu belum mencukupi bagi Pas untuk membentuk kerajaan negeri bersama Umno, sekiranya ada cita-cita dan hasrat bersama ke arah itu. Umno ada 12 kerusi dicampur dengan Pas 13 baru 25 dan dicampur dengan seorang calon bebas Khalid Ibrahim jadi 26 kerusi. Ia tidak mencukupi.

Sementara sekiranya PKR terus kekal berkerjsama dengan DAP, mereka mempunyai kelebihan lima kerusi untuk membentuk kerajaan. Kerusi PKR (13) campur dengan DAP (15) jadi 28 dan dicampur dengan dua kerusi wakil Pas yang dipecat, jadi 30 kerusi.

Sungguhpun kerajaan campuran DAP dengan PKR mempunyai kelebihan lima kerusi, yakni simple majoriti ia tidak menstabilkan kerajaan yang ada. Jadi hendak tidak hendak satu pilihan raya baru perlu diadakan bagi menyerahkan mandat kepada rakyat menentukan bentuk kerajaan Selangor baru.

Jelas kemelut antara Pas dengan DAP itu meletakkan kerajaan Pakatan Rakyat dibawah pinpinan Mohamed Azmin Ali kini bak telor di hujung tanduk. Sudah pasti dalam kedaan yang belum menentu ini ia tidak memberi keselesaan untuk Amin mentadbir.

Janji Dr Wan Azizan Wan Ismail untuk berunding dengan Pas dan DAP bagai menyelesaikan kemelut yang ada tidak banyak menjanjikan penyelesaian yang tuntas. Apa lagi kedudukan Wan Azizah sebagai ketua pembangkang awal-awal lagi tidak disenangi oleh presiden Pas, rundingan sukar membuahkan hasil.

Dan kesan daripada kedudukan tidak menentu ini sudah tentu ia menjejaskan pembangunan untuk rakyat.  Jadi kalau ia berterusan maka tidak mustahil satu pilihan raya terpaksa diadakan. [wm.kl.1:07 t/hari 08/0615] 


Mahfuz - Hujah Ulama Pas Untuk Putus Dengan DAP Cukup Kuat

Posted: 08 Jun 2015 05:45 AM PDT



Pengerusi jawatankuasa usul PAS dalam muktamar lalu Datuk Mahfuz Omar menegaskan usul memutuskan hubungan dengan DAP sudah pun dipersetujui.

Katanya, Dewan Ulama telah menyenaraikan sembilan alasan kenapa langkah itu harus diambil.

"Sembilan alasan itu ialah alasan untuk menunjukkan bahawa sudah cukup kerjasama itu, perlu ditamatkan dengan sembilan alasan.

"Jadi saya percaya Dewan Ulama sudah merujuk dari sudut Islamnya, yang menunjukkan ulama berpendapat sudah cukup kerjasama itu, (kini) perlu ditamatkan," kata Mahfuz.

Kekeliruan itu muncul apabila pemimpin kanan PAS berkata keputusan itu masih belum muktamad.

Dewan Ulama pula berkata usul mereka  "mencadangkan", bukan "menegaskan" seperti diluluskan.

Pada masa yang sama, bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu sudah pun mengumumkan akan berundur daripada jawatan disandangnya dalam sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Pulau Pinang kerana taatkan ulama.

Jadi parti pro-Pakatan saja?

Sementara itu, Mahfuz juga berkata beliau tidak fikir anggota Dewan Ulama yang turut menganggotai Majlis Syuara tidak akan mempertahankan keputusan muktamar yang berpunca daripada usul mereka sendiri.

"Jadi (perkara) ini harus dilihat. Tapi apa-apa pun saya serah kepada Majlis Syura," katanya.

Sambil mengulas beberapa kemungkinan yang akan berlaku di Selangor, Mahfuz berkata beliau tidak fikir PAS akan bekerjasama dengan BN di Selangor "tetapi boleh jadi satu komponen yang mesra Pakatan".

Ditanya sama ada PAS akan membuat pusingan U dengan keputusan itu, Mahfuz menjawab tindakan itu sukar dilakukan.

"Kalau u-turn persepsi orang Islam akan melihat sebaliknya terhadap PAS," katanya lagi.

"Saya melihat pada pandangan (menyebut) orang akan menyatakan PAS hanya pentingkan kedudukan kerana ada keuntungan dan sebaliknya, sedangkan PAS ini dia punya hardcore ialah orang Islam.

DAP Tidak Perlukan Orang Tengah Untuk Berunding Dengan Parti 'Siku Dan Lutut'

Posted: 08 Jun 2015 05:00 AM PDT

 

DAP berkata mereka tidak memerlukan PKR menjadi orang tengah untuk membantu menyelesaikan kemelut mereka dengan PAS.

"Kami tidak perlu orang tengah," kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

Katanya, DAP yang ditubuhkan pada 1966 dan mempunyai anggota parlimen pembangkang teramai, boleh berunding terus dengan pihak terbabit dalam sebarang isu.

PKR semalam berkata mahu berunding dengan kedua-dua sekutu mereka yang sedang berselisih faham untuk menyelesaikan isu itu.

Ketegangan PAS-DAP bertambah buruk selepas muktamar parti Islam itu menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas.

Pemimpin-pemimpin PAS bagaimanapun berkata ia masih belum putus dan akan dibincangkan oleh Majlis Syura dan jawatankuasa pusatnya dahulu.

- mkini

Najib Sudah Beri Lampu Hijau Untuk Bincang Dengan PAS

Posted: 08 Jun 2015 04:22 AM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Umno sedia berbincang dengan PAS demi kemaslahatan umat Islam di Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedia berbincang dengan PAS selepas golongan ulama berjaya mendominasi kepimpinan parti dalam pemilihan yang diadakan minggu lalu, menurut Berita Harian hari ini.

Najib dilaporkan berkata, PAS membuat keputusan jelas dengan memilih kepimpinan ulama dan diharapkan rundingan 2 parti Melayu itu akan membawa kepada kemaslahatan umat Islam di Malaysia.

"Perwakilan (PAS) membuat keputusan jelas. Mereka memihak kepada calon ulama. Kita berharap kepimpinan ulama akan membawa kepada sesuatu yang positif.

"Umno bersedia untuk mengadakan perbincangan demi kemaslahatan umat Islam," katanya seperti dilaporkan akhbar kawalan Umno itu.

Najib juga menggesa semua pihak agar tidak membuat kesimpulan awal yang rundingan di antara Umno dan PAS ialah bagi mewujudkan kerajaan perpaduan.

"Kita jangan membuat sebarang rumusan spesifik dalam hal ini. Apa yang penting ialah perpaduan umat Islam," beliau dipetik berkata.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat antara kumpulan yang bergegas keluar meninggalkan sebuah bangunan di Taman Kinabalu di Kundasang, Sabah selepas satu gegaran kecil berlaku.

Muhyiddin, Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berada di situ bagi mengikuti taklimat operasi menyelamat mangsa gempa bumi yang melanda negeri itu Jumaat lalu.

Bagaimanapun, kehadiran Hadi dan turut kelihatan, Ketua Pemuda PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, tidak diketahui umum atas urusan apa.

Hadi ketika menyampaikan ucapan penangguhannya pada hari terakhir Muktamar Tahunan pada Sabtu menyelar pihak tertentu yang memandang negatif pertemuan yang diadakan PAS bersama Umno kerana katanya, pandangan serupa itu bukan pendekatan parti Islam itu.

Katanya, walaupun ada pihak yang mencemburui pertemuan di antara 2 parti itu, beliau menegaskan, parti Melayu itu tidaklah seburuk Firaun yang digambarkan dalam Al-Quran. – tmi